Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pemimpin Melayu pun ada maruah, kenapa perlu minta maaf?

Posted: 10 Oct 2015 06:29 AM PDT


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat keputusan tepat apabila tetap dengan pendiriannya untuk tidak meminta maaf kepada orang Cina berhubung isu tampar.

Sebelum ini Tajuddin didakwa membuat kenyataan kononnya mahu menampar orang Cina dari Malaysia yang mencari perlindungan China. Berikutan itu, melompat-lompat puak tertentu khususnya daripada MCA yang menggesa beliau meminta maaf.

Tetapi Tajuddin sudah menjelaskan beliau tidak melakukan kesilapan sehingga perlu berbuat demikian, malah beliau juga mendakwa kenyataannya diputarbelitkan oleh media tertentu bagi mencetuskan polemik dan kontroversi. Dengan penjelasan itu, sepatutnya beliau tidak lagi didesak untuk meminta maaf, sebaliknya pihak yang membuat desakan tersebut perlu meminta maaf kerana tidak memeriksa dahulu kesahihan berita yang diterima.

Tajuddin Abdul Rahman

Ini bukanlah kali pertama, pemimpin UMNO didesak meminta maaf terhadap kaum lain. Sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dipaksa berbuat demikian apabila ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan menggesa orang ramai memboikot mana-mana peniaga Cina yang menaikkan harga barang.

Keadaan ini mewujudkan persoalan adakah apabila kita menyebut nama kaum tertentu biarpun ia berdasarkan kepada fakta yang betul akan dianggap rasis atau perkauman?

Sama ada Tajuddin mahupun Ismail Sabri, mereka ha­nya menyatakan perkara yang betul. Tak kanlah bila bercakap benar pun kena meminta maaf, malah tindakan itu sama sekali tidak wajar jika ia hanya bersandarkan kepada laporan media yang diputar belitkan.

Oleh itu berhentilah mendesak pemimpin-pemimpin UMNO meminta maaf seolah-olah kaum-kaum tertentu terlalu sensitif untuk ditegur atau dikritik. Kenapakah hanya pemimpin parti itu sahaja menjadi sasaran? Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin parti lain termasuklah dalam kalangan bukan Melayu membuat kenyataan atau tindakan yang menyinggung orang Melayu?

Ismail Sabri

Penulis tidak perlu menyenaraikan apa kes-kes itu, mereka yang terlibat boleh membuat kajian. Tetapi soalnya adakah pemimpin berkenaan meminta maaaf? Tidak ada pula mana-mana parti begitu lantang tampil mendesak permohonan maaf dilakukan.

Lebih mengecewakan, apabila pemimpin terlibat mendakwa kenyataan beliau diputarbelitkan maka ia di­terima secara terbuka oleh semua pihak tanpa banyak soal, tetapi apabila pemimpin Melayu memberi jawapan sedemikian, ia tetap tidak diterima seolah-olah sama ada betul atau salah pemimpin berkenaan mesti minta maaf.

Keadaan itu menampakkan dalam apa juga situasi hanya pemimpin Melayu dan orang Melayu sahaja yang patut beralah atau mengaku salah biarpun atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Selain itu, orang Melayu sahaja perlu diberi ingatan untuk menjaga sensitiviti kaum lain lebih daripada kaumnya sendiri.

Inilah realiti yang berlaku sekarang. Pemimpin-pe­mimpin Melayu akan `diserang habis-habisan' kalau mereka tersilap membuat kenyataan atau melahirkan pendapat untuk kepentingan bangsanya. Mereka akan dituduh rasis dan cuba melakukan provokasi bagi memecah belah perpaduan rakyat negara ini.

Tetapi soalnya bagaimana dengan pihak lain? Apakah mereka tidak boleh dipaksa meminta maaf apabila melakukan perbuatan menyinggung perasaan orang Melayu dan umat Islam?


Bagaimana dengan peristiwa memijak gambar pe­mimpin ketika perhimpunan haram Bersih pada 29 Ogos dan 30 Ogos lalu?

Kenapa tiada desakan berterusan daripada kelompok tertentu yang mahu DAP dan pemimpin Bersih meminta maaf? Kenapakah tidak ada pemimpin bukan Melayu mendesak supaya DAP Pahang meminta maaf kepada Jabatan Mufti Pahang kerana mengkritik khutbah Aidiladha? Kenapakah tidak ada perjuangan oleh kelompok tertentu untuk menggesa pemimpin pembangkang memohon maaf dalam kes-kes melibatkan tuduhan kepada badan kehakiman?

Hakikatnya banyak lagi kes atau peristiwa yang me­nunjukkan kebiadaban sesetengah pihak terhadap orang Melayu. Namun ia dilupakan begitu sahaja tetapi apabila melibatkan pemimpin Melayu gempak gempita tekanan diberikan supaya pemimpin itu tunduk kepada desakan meminta maaf.

Semua ini berlaku kerana sesetengah pihak melihat orang Melayu dan kepemimpinan mereka berada dalam keadaan lemah. Oleh itu, sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan maka tekanan akan diberikan seolah-olah pemimpin-pemimpin Melayu ini tidak ada pilihan selain tunduk kepada kehendak orang lain.

Namun begitu kita juga harus mengakui bahawa 'keberanian' untuk membuat desakan terhadap pemimpin Melayu berlaku disebabkan oleh sesetengah pemimpin Melayu itu sendiri. Demi menjaga hati orang lain, media yang menye­belahi mereka pun akan dikritik kononnya membuat laporan salah atau memutarbelitkan kenyataan.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada sesetengah pemimpin-pemimpin Melayu yang terlalu takut untuk me­laksanakan atau menyatakan sesuatu pendirian berkaitan kaum lain, mereka bimbang akan kehilangan sokongan politik biarpun pendirian yang hendak dibuat akan meng­untungkan orang Melayu tanpa mengambil hak kaum lain.

Oleh itu, cukup-cukuplah beralah kepada pihak lain. Pemimpin Melayu juga ada maruah. Tidak mengapa kalau betul ada pemimpin-pemimpin Melayu melakukan kesalahan atau tindakan yang menyinggung perasaan kaum lain, mereka layak meminta maaf tetapi apa yang berlaku sekarang banyak tidak betul.

Apatah lagi kalau ia dilaporkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini dan Malaysia Insider, tetapi hendak buat macam mana sebab dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri ada yang lebih percaya kepada laporan kedua-dua portal berita itu dan menjadikan mereka sebagai `tempat untuk melepas' geram. Justeru apabila satu hari kenyataan mereka diputar belitkan maka tanggunglah akibatnya.

Namun apa pun sikap mendesak hanya pemimpin-pemimpin Melayu sahaja meminta maaf harus dihentikan kerana semua orang tahu ada sesetengah pemimpin pembangkang bukan Melayu jauh lebih biadab, tetapi mereka sering terlepas dan tidak diberi tekanan waima oleh musuh politik mereka sendiri, kenapa? Fikirlah sendiri.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Zeti gagal jumpa salahlaku jenayah .. salahguna kuasa sabotaj syarikat kerajaan!!!

Posted: 10 Oct 2015 09:32 PM PDT


1MDB: Profesionalisme Bank Negara dipertikai

1. 1MDB telah dituduh kononnya terlibat dengan penggubahan wang haram (money laundering), penggelapan wang, pemindahan wang dari sumber keganasan, penyelewengan dana awam dan pelbagai dakwaan yang besar.

2. Peliknya, Bank Negara Malaysia (BNM) hanya berupaya membuat siasatan berkaitan kesalahan di bawah perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Lima kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 iaitu membuat kenyataan yang palsu secara sengaja dan tanpa bukti kukuh. Kesalahan ini sudah tentu secara bandingan, amat kecil berbanding tuduhan asal. Itupun, berdasarkan kenyataan Jabatan Peguam Negara, difahami bahawa BNM gagal membuktikan 1MDB melakukan kesalahan tersebut.

3. Ibarat apabila pihak polis diminta menyiasat seseorang atas kes pembunuhan, tetapi akhirnya kerana tiada bukti, dakwaan cuba dibuat atas kesalahan meletak kenderaan. Itupun apabila gagal dibuktikan kesalahan tersebut, sekarang satu demi satu kesalahan sedang dicari termasuk semua perkara yang kecil-kecil semata-mata untuk memastikan kehidupan seseorang itu tidak senang.

4. Berdasarkan pengamatan, 1MDB telah memberikan kerjasama penuh dengan setiap pihak berkuasa yang menyiasat mereka, termasuk BNM. Sehinggakan dokumen asal 1MDB juga telah diambil oleh pihak polis dan ini mengakibatkan laporan kewangan diaudit dan laporan tahunan 1MDB masih belum dapat dimuktamadkan.

4. Dengan semua maklumat dan dokumen yang ada, sudah pasti BNM mempunyai cukup bahan untuk membuat siasatan yang menyeluruh. Dakwaan mengenai salah laku berkaitan kelulusan yang diberi berlaku sepanjang tahun 2009 - 2011. Manakala butiran mengenai pelaburan AS$1.83 bilion dilaporkan setiap tahun di dalam penyata kewangan diaudit 1MDB. Apakah yang dilakukan oleh BNM sepanjang tahun 2012-2015?

5. Tiada siasatan berkaitan penggubahan wang haram. Tiada juga yang berkaitan penggelapan atau penyelewengan wang seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir, Tony Pua dan pihak yang anti-1MDB. Bermaksud, tiada bukti yang ditemui oleh BNM berkaitan jenayah ini, cuma tuduhan-tuduhan kosong. Siasatan BNM akhirnya cuma berkisar di atas dakwaan 'perisytiharan palsu'.

6. 1MDB telah menjelaskan berkali-kali kepada BNM, penyiasat yang lain dan pelbagai pihak secara TERBUKA bahawa dana 1MDB telah digunakan secara sah mengikut undang-undang untuk penggantian hutang IPIC dengan aset. Tentunya pengurangan hutang 1MDB ini akan membantu memperbaiki sentimen dan keyakinan pelabur terhadap 1MDB dan ekonomi negara.

7. Agak tidak masuk akal dan nampak seolah-olah BNM berniat jahat apabila mahu wang yang telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB dikembalikan semula. Adakah BNM sedang cuba menyalah guna kuasa dan membuli 1MDB hanya kerana mereka gagal mensabitkan 1MDB dengan sebarang jenayah?

8. Anehnya, kenapakah BNM seolah-olah sengaja membuat kenyataan-kenyataan negatif setiap kali terdapat perkembangan yang baik berkaitan 1MDB?

9. Misalnya dalam bulan Jun, selepas Jemaah Menteri telah meluluskan pelan rasionalisasi 1MDB dan 1MDB telah melangsaikan hutang sebanyak AS$975 juta Deustche Bank, kenapakah BNM pula mengumumkan siasatan terhadap 1MDB tidak lama selepas itu.

10. Sekarang, sekali lagi dalam bukan Oktober, pada saat satu demi satu perkembangan positif pelan rasionalisasi 1MDB diumumkan, termasuk terbaru, mengenai rundingan dengan IPIC yang bakal mengurangkan hutang 1MDB sehingga RM16 bilion, kenapa BNM seolah-olah sengaja hendak merosakkan berita dan perkembangan yang baik ini dengan pengumuman penarikan kebenaran pelaburan RM1.83 bilion semata-mata kerana tidak dapat menerima kenyataan daripada Jabatan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan membuat perisytiharan palsu?

11. Tidakkah kelihatan seolah-olah tindakan BNM ini berniat jahat dan mahu menjadi 'little Napoleon'? Bukankah ini keanak-anakan dan sama sekali tidak profesional?

Kenyataan Duta China berasaskan LAW OF RETURN

Posted: 10 Oct 2015 05:32 PM PDT


Mohon maaf Bo Su-Lyn tipu, Masih tidak tarik balik artikel

Posted: 10 Oct 2015 05:34 AM PDT






Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BHG. 3 PKR SEMAKIN HURU-HARA: PARTI BARU SERPIHAN PKR PULA BAKAL DITUBUHKAN

Posted: 10 Oct 2015 08:13 PM PDT

Bekas Menteri Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau terlibat dengan gerakan menubuhkan parti baharu sebagai kuasa ketiga oleh pemimpin dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Khalid ketika dihubungi FMT berkata, beliau lebih selesa melihat perkembangan itu dari luar daripada melibatkan diri dalam gerakan itu.
"Saya lebih selesa menumpukan kepada usaha dan memberi pandangan memulihkan kedudukan ekonomi yang kini diasak dari dalam dan luar," katanya.
Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu berkata, beliau tidak hairan jika gerakan itu muncul kerana banyak masalah yang timbul kerana kegagalan pimpinan PKR menguruskan parti dengan baik.
Katanya, terlalu banyak aduan daripada ahli PKR yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh.
Malah, katanya, tindakan parti-parti pembangkang sejak akhir-akhir ini juga menunjukkan ia gagal menyediakan wadah yang lebih kondusif dan inklusif kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi atas pagar.
"Saya tidak hairan sekiranya ada usaha dari PKR untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yang lebih seimbang," katanya.
Pada masa sama, Khalid berkata, beliau masih menunggu keputusan aduannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan tindakan PKR memecatnya yang didakwa dilakukan secara tidak sah dan melanggar perlembagaan parti itu.
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa terdapat gerakan untuk menubuhkan parti baharu oleh bekas pemimpin dan aktivis PKR dan turut didalangi parti sekutu pembangkang.
Dia mendakwa mendapat maklumat dari kakitangan ROS bahawa usaha mendaftarkan parti baharu itu dilakukan di Putrajaya beberapa minggu lepas.
Dakwaan Chegubard juga turut disokong oleh facebooker ABCD yang mendakwa terdapat dua gerakan yang bakal dilakukan daripada akar umbi PKR selepas presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah menubuhkan gabungan pembangkang baharu tanpa PAS yang dinamakan Pakatan Harapan.
Gerakan pertama adalah menubuhkan parti baharu yang dipelopori oleh aktivis-aktivis bekas PKR.
"Perpecahan PKR sudah dijangka lebih awal memandangkan Wan Azizah yang dikawal oleh suaminya di dalam penjara dan Rafizi Ramli yang bertindak sebagai penasihat ulungnya, membuat banyak kesilapan dan tidak mampu memimpin. Malah Wan Azizah tanpa air mata sebagai modalnya, tidak berguna langsung untuk PKR.
"Parti serpihan PKR itu akan dilancarkan dalam tempoh 3 bulan dan merupakan parti pelbagai kaum. Besar kemungkinan juga, bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh Rafizi Ramli dengan LANGKAH KAJANGnya yang terkangkang, Khalid Ibrahim akan menyertai parti tersebut.
"Khalid bagaimanapun, tidak akan memegang sebarang jawatan penting dalam parti itu," dakwa facebooker itu.
Gerakan kedua adalah menggoncang pengaruh Wan Azizah dari dalam parti yang didakwa didalangi oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
"PAS awal-awal lagi telah menyatakan bahawa mereka tidak akan meninggalkan pentadbiran Selangor, sekaligus membuatkan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor perlu memikirkan sesuatu yang lebih bersifat drastik untuk menangani kemelut yang serba memalukan, kesan daripada tindakan gopoh Wan Azizah hasil nasihat Rafizi Ramli.
"Walaupun Azmin Ali cuba menafikan pembabitannya dalam usaha membuat undi tidak percaya dan menggulingkan Wan Azizah, namun banyak sumber-sumber di Selangor yang telah mengesahkan bahawa usaha-usaha untuk membentuk sebuah pakatan baru, sedang dirangka sekarang yang antara lain, turut melibatkan Azmin Ali sendiri.
"Namun ada sesuatu yang lebih menarik apabila selain Pakatan Baru di Selangor, wujud juga Pakatan Ketiga yang bersifat lebih menyeluruh apabila menggabungkan parti-parti yang tidak dipandang oleh DAP selain PAS. 
"Pakatan ketiga tersebut diwujudkan untuk memastikan PKR atau lebih tepat lagi Azmin Ali, diangkat sebagai pemimpin yang lebih ke hadapan memandangkan dia keluar dari pengaruh dan kekangan DAP.
"Pakatan ketiga tersebut terdiri daripada puak pro-Azmin dari PKR yang akan menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Hindraf Makkal Sakti?,"dakwanya lagi.
Sumber: AN/RPR

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


6 Ayat DAP Ini Yang Orang Melayu Kena Ingat

Posted: 10 Oct 2015 12:11 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bahana GST: Sentimen perniagaan runcit jatuh ke paras negatif

Posted: 10 Oct 2015 05:19 AM PDT

Oleh:Amiruddin Ahmad




Bahana GST: Sentimen perniagaan runcit jatuh ke paras negatif

Berikutan dengan laporan sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh 3 Oktober 2015 bahawa sentimen perniagaan telah jatuh ke paras negatif, wartawan Suara Pakatan Daily telah mewawancara beberapa orang yang terlibat dalam sektor peruncitan.

Seorang pemilik kedai pakaian, seorang lagi pemilik kedai kasut dan pemilik salon mendandan rambut untuk mengetahui pendapat mereka. Semua premis perniagaan tersebut bertempat di kawasan Kepong, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemilik kedai barang runcit memberitahu bahawa pada keseluruhannya, angka jualan telah jatuh sebanyak 3 peratus. Menurut mereka produk makanan dalam tin, minuman dalam kotak serta aiskrim adalah di antara beberapa barang makanan yang mengalami penurunan dalam jualan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan mulai 1 April lalu.

"Penurunan jualan kedai runcit kami pada tahun ini adalah yang paling teruk sekali sejak kedai ini dibuka beberapa dekad yang lalu. Semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998. Dulu perniagaan okay tetapi kali ini amat teruk," kata Chee Meng yang berusia 40 tahun yang mengambil-alih urusniaga kedai runcit daripada ayah beliau sejak bulan Januari lalu.

Pemilik kedai runcit yang lain, seorang warga emas berusia 80 tahun, memberitahu bahawa beliau mungkin akan menutup perniagaannya pada hujung tahun kerana lanjut usia dan kedua-dua anaknya tidak berhasrat untuk mengambil-alih perniagaan tersebut.

"Lagipun, kerugian makin bertambah setiap hari," ulasnya muram.

Pemilik kedai pakaian, pemilik kedai kasut dan pemilik salon mendandan rambut pula memberitahu kemungkinan mereka akan menutup perniagaan selewat-lewatnya selepas Tahun Baru Cina Februari 2016 akibat kerugian sejak bulan April lalu.

Mereka merungut jumlah pelanggan telah susut sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus.

"Tak berbaloi menjalankan perniagaan. Kebanyakan waktu tiada pelanggan, kalau ada pun, satu atau dua orang sahaja yang datang.

"Tak boleh 'survive' macam ini. Lebih baik tutup sebelum kerugian bertambah banyak," kata Robert Lee, pemilik kedai kasut yang berusia dalam lingkungan 40an.

HAAAA......BARU ADA AKAI...LETAK LAGI KAT LUTUT.....

Posted: 10 Oct 2015 05:19 AM PDT

Dah kena maki kaw kaw dengan orang ramai...perangai serupa orang tak ada pelajaran..Duduk saja di Bandaraya, tapi otak tak ada...ha..ha.haa...rasakan....tahu pulk tutup muka???







Panas punggung selepas video jadi viral
Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP ditahan polis sebentar tadi.

GEORGETOWN - Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MBPP gesa polis ambil tindakan]

Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial.

Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguatkuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa selepas mereka diarahkan membayar denda sebelum kunci di buka

RENCANA ANALISIS USUL UNDI TAK PERCAYA AKAN DIBENTANG UNTUK TEKAN NAJIB – RAFIZI

Posted: 10 Oct 2015 05:18 AM PDT

Undi tak percaya atas Najib: Pas tarik ‘hand brake’

Posted: 10 Oct 2015 05:03 AM PDT

OLEH: AMIRUDDIN AHMAD

Kenyataan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan baru-baru ini bahawa parti Islam itu mungkin bekerjasama dengan Pakatan Harapan melaksanakan usul undi tak percaya ke atas PM Najib sekiranya dipelawa Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail mengejutkan pemerhati politik.

Sebelum ini, Pas melalui Presiden Hadi, Mursyidul Am Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mahfodz Mohamed membayangkan parti itu telah 'berpatah arang, berkerat rotan' dengan Pakatan Harapan. Mereka rela menjadi 'penyokong BN' berbanding menyokong PH dan bekerjasama dengan DAP atau Amanah.

Ternyata perjuangan bersendirian 'siku dan lutut' yang berdegar-degar diucapkan oleh bekas Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Tantawi pada Jun lalu tak ke mana. Belum 6 bulan Pas sudah pun menarik hand brake.

Tidak percaya Najib kumpul wang
Meski pun PM Najib melawat Haron Din di hospital sebulan lalu namun itu tidak cukup untuk memujuk hati pemimpin tahap 2, 3 dan 4 dalam Pas menerima politik Najib. Pemimpin tahap 1 seperti Hadi dan Haron mungkin kekal menyokong Najib kerana mereka tidak pernah mengecam PM dalam isu skandal pengumpulan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi ketua kerajaan itu.

Haron pernah mengeluarkan pendapat tidak percaya Najib mengumpulkan RM2.6 bilion  dalam akaun persendirian. Hadi pula berkata untuk menuduh Najib melakukannya perlukan saksi yang adil sebagaimana menuduh  Anwar melakukan liwat memerlukan empat saksi.

Apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan Najib memiliki wang 'derma' RM2.6 bilion hanya Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man – pemimpin tahap 2 – yang mengecam Najib. Adakah Haron dan Hadi masih kekal dengan kenyataan mereka sebelumnya?

Mungkin bagi pemimpin Pas tahap 1, mereka melihat Najib amat perlukan parti Islam itu demi survival politik Umno. Maka Pas akan sangat berguna menjelang usul undi tak percaya yang diura-ura akan dilaksanakan pembangkang bersama beberapa MP BN pada sesi Parlimen Oktober.

Pas mungkin akan menawarkan khidmat 16 ahli parlimennya yang berbaki untuk mengekalkan Najib di kerusi PM. Banyak perkara boleh dituntut dari PM sekiranya pertolongan itu diberi.

Najib berpaut pada Yahudi
Malangnya, belum pun sesi Oktober bermula Najib telah menunjukkan beliau tidak memerlukan Pas dan doa para ulama bagi mempertahankan pemerintahan. Awal Oktober, Najib telah berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan nada lunak terhadap Israel. Menganggap Israel sebagai 'teman bicara sah'. Beliau mengutip pula 'Aturan Emas' dalam kitab Torah (Taurat) Yahudi sebagai sebahagian ucapan.

Tidak cukup dengan itu, Najib bersalaman dan beramah mesra bersama PM Israel Benjamin Netanyahu di bangunan PBB ketika mana tentera rejim Zionis merempuh Masjid al Aqsa di Palestin dan membunuh rakyat Palestin yang mempertahankan kesucian masjid itu.

Dua hari kemudian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed bersetuju dengan butir-butir rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Persetujuan itu memberi gambaran jelas Malaysia akan mengikut telunjuk Amerika Syarikat dalam urusan perdagangan, meski pun terpaksa melupakan agenda bumiputera yang di dalam negara sanggup dipertahankan dengan darah dan nyawa menghadapi DAP.

Jelaslah Pas tidak boleh bergantung sama sekali dengan pengamal sekularisme-pragmatik. Dalam tempoh 6 bulan sahaja setiap apa yang diperingatkan oleh dua bekas pemimpin agung Pas Nik Aziz Nik Mat dan Fadzil Noor menjadi kenyataan.

Kedua-dua mereka melarang sama sekali Pas berkawan dengan Umno BN kerana dasar pragmatik menjual negara dan maruah rakyat perikatan politik itu. Nik Aziz paling keras menentang Umno kerana pengkhianatan parti itu terhadap Pas di Kelantan pada era 1970an lalu.

Pas terima balasan
Tiga bulan selepas kematian Nik Aziz ulama Pas membuang saudara mereka dalam kalangan profesional yang menentang Umno dan rapat dengan Pakatan Rakyat. Pas tiba-tiba menganggap Pakatan sebagai musuh yang lebih merbahaya berbanding BN.

Sekarang Pas menerima balasan. Sukar untuk menerangkan kepada ahli akan kerjasama mereka dengan BN bagi merealisasikan Hudud di Kelantan. Dua kali persidangan parlimen, Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan pindaan Akta 335 (mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah 1965) ke arah perlaksanaan hudud didahulukan.

Umno hanya berjanji akan menyokong Hudud tanpa tarikh pasti. Pas menerajang DAP dan menghancurkan Pakatan hanya untuk mendapatkan kelulusan Hudud. Kini, Adakah berbaloi sokongan kepada Umno dengan tergadainya maruah Islam dan negara?

Adakah berbaloi Pas mengekalkan sokongan kepada Najib yang berbaik-baik dengan Yahudi Israel? Adakah berbaloi menyokong BN yang merelakan ekonomi Malaysia dijajah Amerika? Ternyata Pas telah tersalah langkah dan masuk perangkap.

Pemimpin tahap 2 bertindak
Membayangkan menyokong undi tak percaya oleh pemimpin tahap 2 seperti Takiyudin boleh dibaca sebagai tindak balas kepada pimpinan atasan Pas yang masih mengelak mengecam Najib. Sekiranya Pas menerima cadangan undi tak percaya dan melaksanakannya maka kerjasama dengan BN demi meluluskan Hudud akan berakhir.

Bermakna pada sesi Oktober dan selama-lamanya Hudud tidak akan disokong oleh BN, sama ada Najib masih berkuasa atau pun tidak. Jika bukan Najib yang berkuasa maka Umno tidak lagi terikat dengan agenda Hudud yang dipersetujui antara Najib dan pemimpin Pas.

Selepas ini apakah yang perlu ditentang oleh Pas? Jika mereka menolak Najib maka tidak ada beza perjuangan Pas pada Oktober 2015 berbanding perjuangan pada Oktober 2012. Iaitu menentang penyelewengan dan Hudud masih jauh daripada dilaksanakan. Ketika itu Pas sedia bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Maka tidak perlulah Pas bertegas untuk bersendirian kerana perjuangan mereka juga sama dengan Pakatan Harapan.

Gantikan pemimpin muda, progresif

Kesediaan mengundi tak percaya juga memberi impak besar kepada kepimpinan ulama. Mereka memperlihatkan kepada ahli Pas bahawa strategi mereka salah. Ulama telah menyokong orang yang mempermainkan agama dan kemudian bersetuju untuk terpaksa menjatuhkannya.

Ungkapan ulama sentiasa betul dan cermat jalan fikir ketika mempengaruhi perwakilan Pas bagi menyingkirkan golongan 'profesional pada Muktamar ke 61 lalu ternyata keliru. Ternyata ulama silap menyokong Najib yang menjadi barua Yahudi dan Amerika.

Ulama yang sama juga  menyebabkan Pas berpecah dua dan menyaksikan parti yang mempunyai masa depan dan hanya memerlukan tambahan 5 peratus undi bersama Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya kini kembali ke era 1980an, berkecamuk dan tiada harapan.

Bagi ahli Pas, peristiwa yang melanda dalam 6 bulan kebelakangan ini sepatutnya menyedarkan mereka. Pas pernah melalui zaman sama ketika era Presiden Asri Muda menyokong BN. Pemimpin muda Pas ketika itu menjatuhkan Asri dan memulakan era kepimpinan ulama.

Kini, pimpinan ulama sedia ada hilang arah tuju. Tibalah masanya ulama tahap 1 ini direhatkan demi masa depan parti. Tiada salah dengan kepimpinan ulama. Tetapi biarlah berstrategi dan nampak cerdik.

Jika Hadi, Haron, Mahfoz dan Nik Amar direhatkan mereka boleh diganti dengan barisan muda seperti Tuan Ibrahim, ustaz Idris Ahmad dan sebagainya yang lebih jelas kebijaksanaan strategi politik mereka berbanding pemimpin veteran Pas hari ini.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Malaysia tidak perlu kelulusan Parlimen untuk lulus TPPA, kata Mustapa ....Nampak permainan Umno..!!

Posted: 10 Oct 2015 09:10 PM PDT

Putrajaya sebenarnya tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara, lapor Mingguan Malaysia hari ini, memetik Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Dalam satu wawancara khas, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dilaporkan berkata, keputusan membawakan TPPA ke Parlimen bagi pengundian majoriti diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia kerana isu tersebut dilihat mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian ramai, kata akhbar milik Umno itu.

Malah menteri yang mesra dengan panggilan Tok Pa itu berkata, tidak ada istilah "pindaan" tertentu yang boleh dilakukan terhadap kandungan TPPA itu. "Secara keseluruhan, sama ada mahu atau tidak. Kita buat pertimbangan. Misalnya, tekstil dan kelapa sawit dapat masuk pasaran. Kita undi mahu atau tidak saja. Kalau tolak, maka tolak semua.
"Kalau pinda, kita perlu ubah semua. Sebab, rundingan ini melibatkan 12 negara. Umpamanya kalau kita pinda, negara lain pun terlibat dan semua kena pinda. Maknanya, kita kena mula dari awal baliklah," beliau dipetik berkata akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu.
Katanya, jika Malaysia menolak untuk menandatangani perjanjian TPP itu, maka negara ini bakal menyaksikan kehilangan banyak pelabur luar.
"Mungkin pelabur yang ada dalam negara cabut lari dan akan memberikan kesan kepada syarikat kita yang banyak melabur dalam negara," katanya.
Dalam wawancara tersebut beliau juga menjelaskan alasan Putrajaya yang tidak mendedahkan butiran kandungan TTPA kepada Parlimen mahupun umum ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kamaruddin Jaafar ganti Rafizi?

Posted: 10 Oct 2015 09:05 PM PDT

Pelantikan Ahli Parlimen Tumpat yang baharu menyertai PKR itu dikatakan berkuatkuasa November ini bagi menjaga hati Rafizi.
rafizi
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September lalu dikatakan bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.
Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.
Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.
Memetik laporan Malaysia-Chronicle, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.
Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.
Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.
Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad (hari ini) bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.
Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.
Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata.

NAJIB CHECKMATES HIMSELF ALONG WITH THE REST OF THE COUNTRY

Posted: 10 Oct 2015 09:04 PM PDT

Prime Minister Najib Razak continues to believe that he is the Chosen One, and no one has the right to take that away from him. His argument is that he is a democratically elected leader while there is a high level conspiracy to topple him. Based on his conduct and performance for the last six years, everyone knows that he is no leader.
NAJIB CHECKMATES HIMSELF ALONG WITH THE REST OF THE COUNTRYThe country has been practically running on autopilot with his green horn lieutenants making a stinking mess and ridiculing our Federal Constitution. His brainchild 1MDB is up to its neck with RM42billion worth of debts, SRC borrowings of RM4billion from KWAP, Pembinaan PFI sitting on a RM26billion debtpile, RM4billion lost in one Mongolian mine investment, probably another RM160billion burnt up by Petronas in a Canadian LPG venture.
Lets not talk about the small blunders like NFC, Tabung Haji or the Edge'Financial disclosure that a group of Malaysians swindled billions from the country's coffers and which got it suspended for a while.
Nearly a trillion ringgit has left the country, while Malaysia's debt is around RM800billion. And all this is escalating in less than 6 yrs since Najib took power. Not only has the country become very much poor, but we are saddled with humongous debts that everyone knows that, we have no hope of repaying in our lifetime.
If the rich don't migrate now, their children and ours will be the ones to pick up the pieces and service these debts. And right in the middle of this mess, we find that Najib has RM2.6billion in his personal bank accounts.
Cash is King

And in such crisis, Najib still wants to hand out another billion ringgit worth of BR1M, so that the people will be endeared to him. Tengku Razaleigh revealed that nearly RM10million is given out monthly to 192 Umno Division leaders with each pocketing RM50,000. Najib goes on to buy a new executive jet that even US President Obama would be jealous of.
Billions of ringgit worth of projects are systematically given out to cronies without proper tender exercises while his family is on a buying spree of properties worth millions of US dollars outside the country, and even financed a USD100million movie.
A Police State

Dr Mahathir has lamented that at this rate Vision 2020 is not going to materialize and he condemned Najib for turning the country into a Police State where no one is safe if they dare question his regime.
Instead of performing his duties to the nation, he finds the time to sue his detractors and to hold on to his position by any means necessary.
He removed everyone that went against him including Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, ex AG Gani Patail, reassign high ranking MACC and Special Branch Officers, attempting to dislodge Bank Negara Governor Zeti Aziz, and dismantled the PAC investigation team by promoting PAC members to lucrative Ministerial Positions leading to 1MDB investigations grinding to a complete halt.
All this was done without a tinge of guilt or remorse while he accused the whole world of trying to topple his administration.
Read More / Baca Lagi >>

PRN Sarawak: Hadi dan PAS akan buat kejutan bagi meraih beberapa kerusi?

Posted: 10 Oct 2015 08:59 PM PDT

oleh Jimmy Adit
Pas berkata sedang memikirkan calon-calon bukan Islam bagi bertanding di pilihanraya negeri (PRN) akan datang. Ianya dijadual berlangsung pada awal tahun depan.

Ini tidak mengejutkan, kerana Malaysia negara bebas yang mengamalkan demokrasi. Sekiranya ia menurut undang-undang, apa salahnya?

Selain itu, segalanya berkemungkinan dalam politik. Tiada yang mustahil. Dalam keadaan biasa, hanya perkara normal yang berlaku,  tetapi dalam politik, segala macam keganjilan dapat dicetus parti-parti politik serta para pemimpin mereka.

PAS merupakan parti ulama, ustaz dan ustazah, tetapi sekiranya pejuang moral yang sering berkopiah dengan janggut di dagu itu mampu mencari paderi Kristian menjadi calonnya, perkara tersebut bakal terpahat dalam sejarah.

Dan itulah yang dimahukan timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kami pernah menampilkan calon-calon bukan Islam di bawah PAS di pilihanraya umum yang lalu di Semenanjung. Tidak mustahil buat kali pertama, calon-calon bukan Islam akan ditampilkan di beberapa kerusi di PRN Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac tahun depan," katanya ketika perlancaran pusat-pusat parti di Limbang dan Sibuti.

Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili (gambar)

kelihatan teruja dengan kemampuan parti berhubung dengan penonton warga Sarawak selepas beliau berucap berkenaan "turun padang bagi bertemu rakyat di rumah panjang di pedalaman" dan tentang lawatan pemimpin tertinggi Abdul Hadi Awang ke gereja St Columba di Miri. Ini katanya menunjukkan PAS bukan parti ekstremis.

PAS Sarawak melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan PAS di Malaya. Di sini mereka bertemu Dayak yang memakai cawat dan mendapatkan Hadi bagi mengunjungi pegawai-pegawai gereja.

Hadi mungkin sedang memujuk beberapa pemimpin gereja agar menjadi calon-calon PAS di PRN Sarawak ke-11 nanti!

Dengan permulaan yang baik yang diperlihatkan setakat ini, besar kemungkinan kita dapat saksikan mereka duduk di anjung rumah panjang atau ruai bagi ucapacara miring bagi memohon dari tuhan Iban memberi kejayaan kepada PAS dalam PRN nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah sedia tanding 3 penjuru lawan PAS jika terpaksa, kata Mat Sabu

Posted: 10 Oct 2015 08:57 PM PDT

Parti Amanah Negara sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Parti Amanah Negara sedia bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu.
Namun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.
"Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya kepada The Malaysian Insider pada satu majlis di Skudai, Johor baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Amanah kini memberikan tumpuan kepada pengemasan struktur parti serta mendaftar keahliannya. "Kami fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian sekarang ini," katanya.
Susulan pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS, parti Amanah dan DAP menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap Amanah dan DAP sebagai lawan mereka.
Amanah, parti serpihan daripada PAS, dianggap pengkhianat manakala DAP pula musuh mereka selepas hubungan kedua-duanya diputuskan melalui usul tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun lalu.
Sehingga kini, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan PKR melalui timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata parti itu akan membuat kajian terperinci terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.
Katanya, Amanah lebih bersedia untuk bertanding sedikit kerusi saja tetapi menang, berbanding bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang.
Sementara itu, Ketua Amanah Kulai Hisham Md Zin berkata, parti itu mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan BN dan PAS di Johor jika berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran demografi penduduk di negeri selatan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tak mengapalah, bola sepak bukan periuk nasi saya - TMJ

Posted: 10 Oct 2015 06:25 PM PDT


Tunku Ismail Sultan Ibrahim

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil memohon maaf  kepada keluarga bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan penyokong bola sepak negara kerana tidak berjaya memperjuangkan 'nasib mereka'. 
 
Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ berkata, beliau akhirnya terpaksa akur dan memohon maaf kerana usahanya memperjuangkan nasib bola sepak negara ‎tidak berjaya dek kerana sikap sesetengah pihak yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.
 
"Baru-baru ini saya telah membuat pendedahan bagaimana FAM telah membolot hak pasukan-pasukan yang bertanding. 
 
"Di liga-liga bola sepak yang maju, 90-95 peratus hasil penyiaran disalurkan kepada kelab-kelab, manakala di sini pula, kita hanya menerima 22 peratus sahaja. 
 
"Saya hanya memperjuangkan hak setiap kelab. Sesebuah kelab perlu membayar gaji pemain dan staf, pengangkutan, penginapan, infrastruktur bola sepak, dan kita hanya menerima RM1 juta, sedangkan FAM pula menerima RM50 juta, dan itu saya tidak bersetuju. Tidak mengapalah, saya hanya ingin membantu. Bola sepak bukan periuk nasi saya," katanya menerusi akaun rasmi Facebook Johor Southern Tiger.
 
Mengulas lanjut, TMJ berkata, setelah meneliti maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan-pasukan lain dan sesetengah penyokong bola sepak Malaysia, beliau menyedari gambaran sebenar dan apa keutamaannya. 
 
"Saya telah melakukan kesilapan dengan cuba mendidik mereka yang terlibat dalam sukan bola sepak seperti persatuan-persatuan negeri, kelab dan penyokong, dan saya mengakui kesilapan saya.
 
"Sekarang saya sedar mengapa ayahanda saya pernah berpesan, "kurang bijak dan kejahilan tiada ubatnya." Niat saya hanyalah untuk memartabatkan bola sepak Malaysia dengan memerangi korupsi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Dah Serupa UMNO, Halang Ustaz-ustaz Beri Kuliah

Posted: 10 Oct 2015 06:01 PM PDT

Surat untuk semua yg mengenali saya...

Assalamualaikum....

Buat Sahabat sahabat Surau Taman Sri Penggaram
Dariku: Ust Suhaimi Saad

Semalam (9 okt 2015) sebelum kuliah maghrib di Simpang 3, saya singgah di Surau TSP untuk solat asar berjamaah. Ada beberapa jamaah yg sedikit terkejut dengan kemunculan saya.

Kini daripada 8 kuliah di Batu Pahat kini tinggal 1 kuliah. Inilah harga yg terpaksa saya bayar atas fitnah yg dipanjangkan pada ahli PAS di Batu Pahat.

Saya ke Surau TSP bukan untuk merayu supaya saya dibenarkan kuliah. Saya ke surau TSP untuk membersih nama saya.

Sebolehnya saya nak jumpa semua yg keliru dan dikelirukan tentang diri saya. Hanyalah En Misran dan Pak Syed yg dapat mendengar penjelasan saya semalam

Prinsip saya, bila turun kekuliah bukan sekadar memberi ilmu, tapi yg terlebih penting ialah silaturrahim. Kita bukan hanya akrab dlm ruang solat, tetapi lebih jauh dari itu.

Firman Allah..
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.
(Al-Hujurat)

Saya sedikit kecewa kerana kemelut yg melanda PAS diheret sehingga menghancurkan persaudaraan sesama kita.

Sebolehnya saya tak mahu terlibat dengan kemelut dalaman parti ini. Ianya sangat rumit. Sebab itu saya banyak diam dan tak sentuh isu ini dlm kuliah di Surau atau dimeja sembang antara kita.

Amat mengejutkan saya dituduh sudah meninggalkan PAS dan bersama Amanah.

Seharusnya tuduhan ini dirujuk pada saya. Saya masih Ahli PAS yg saya sertai sejak 1987.

Kenapa saya dituduh dan tak diberi peluang membela diri. Bukankah kita mendokong perjuangan menegakkan syariat Islam, yg mengandungi Hudud, Qisas dan Takzir. Hukum Syariat itu mengajar kita bukti adalah penting dan tertuduh mesti diberi ruang seluasnya untuk membela diri.

Jika dalam hal sekecil ini pun kita gagal menunjukkan akhlak bagai pendokong syariat.

Bagaimana utk kita dokong hukum tg lebih besar dari itu jika yg kecil ini kita gagal menurut lunas akhlak Islam

Tanyalah saya dulu. Sahkan dulu tuduhan ini.

Bukankah Allah telah berfirman...

Wahai orang orang yg beriman, jika datang pada kami satu berita yg dibawa oleh orang orang yg fasik, selidikilah dulu (tabayun) supaya kamu tak menghukum secara yg salah nanti kamu menyesal.
Al Hujuurat.

Dalam dakwah ini saya dah biasa disekat, dirampas microfhon dihalau dari masjid oleh YB UMNO tapi saya tak kecewa sebab yg buat ini adalah pendokong parti sekular. Mereka tidak berakhlak sebagaimana dasar parti mereka juga tak menekankan berakhlak Islam.

Tapi saya dihalang untuk kuliah di Batu Pahat oleh org yg mendokong perjuangan Islam yg bukan saya kenal sehari dua.

Saya ahli PAS di halang oleh orang orang PAS yg sepatutnya menjunjung akhlak Islamiah.

8hb Okt saya dah bertolak untuk ke TSP dan tatkala sampai Muadzam, saya hantar mesej saya akan sampai jam 3 utk kuliah muslimat.

Tiba tiba saya dihubungi dan di maklumkan kuliah saya di TSP di KIV. Alahai dah 2 jam saya memandu kenderaan menuju Batu Pahat. Terpaksa berpatah balik.

Saya rasa bagaikan saya dianiaya oleh ahli Parti yg saya sokong.

Suka saya jelaskan pendirian saya. Saya masih Ahli PAS walaupun sessi ini saya tak dilantik apa apa jawatan sessi (2015- 2017). Alhamdulillah saya redha sebab jawatan adalah amanah. Utk sesi ini Allah tak bebankan saya dengan amanah yg berat ini.

Walaupun tanpa jawatan, kerja dakwah mesti diteruskan. Dari dulu saya tak pernah ulas apa apa yg melibatkan kemelut parti dlm kuliah saya di mana mana surau dan masjid, sbb saya tahu yg mendengar bukan semua org PAS, ada UMNO, atas pagar dll.

Saya tak pernah menyerang, menyindir mana mana kumpulan dan mana mana pimpinan PAS dlm kuliah saya.

Saya berpendirian menyerang dalam kuliah mana mana pihak termasuk yg keluar PAS tak akan menguntungkan dakwah. Sbb depan kita dlm kuliah bukan hanya ahli PAS. Malah kita sebenarnya membuka pekung PAS dengan laungan pengkhianat, tebuk kapal, munafik haraki jika medan kuliah umum digunakan utk tujuan ini.

Akhirnya PAS di lihat, busuk dan menjijikkan


Dakwah ini adalah kewajipan org berilmu. Saya berlepas diri depan Allah jika nanti ditanya kenapa kamu tak menyampai dakwah ini. Inilah Jawapan saya..

Read More / Baca Lagi >>

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS?

Posted: 10 Oct 2015 05:49 PM PDT

Faiz Fadzil


Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.
Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.
Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.

PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS. PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113). Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi. Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri. Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.
PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.
PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan 4 dalam 1 untuk apa: menang kuasa atau tadbir negara?

Posted: 10 Oct 2015 05:47 PM PDT

Dr Wong Chin Huat

Kalau Pakatan 2.0 dibentuk tanpa persefahaman dalam dasar dan isu besar, meskipun mampu menang dan berkuasa, sangat dikhuatiri cita-cita mentadbir negara akan gagal.
Kerjasama antara parti politik boleh mengambil bentuk pakatan (huruf kecil "p") untuk mencapai keputusan pilihan raya yang lebih baik (electoral pact) ataupun gabungan untuk mentadbir negara/negeri (governing coalition).
'Pakatan pilihan raya'

"Pakatan pilihan raya" pula boleh mengambil dua bentuk, yang secara terbuka (overt) dengan tujuan untuk berkongsi undi sokongan, dan yang secara tersembunyi (covert) bertujuan memecahbelahkan sokongan parti lawan. Ramai orang salah tersilap kaedah atau mekanisme atau susunan, satu-lawan-satu adalah satu-satunya bentuk pakatan pilihan raya. Kalau tak jadi satu-lawan-satu, maka parti-parti pembangkang dikatakan berpecah dan bakal dihukum oleh pengundi.
Pandangan ini nyata jahil dengan sejarah pilihan raya pada 1980-an, di mana PAS dan DAP banyak bersaing di kawasan yang lama. (atau sama?)
Ini bukan kerana pemimpin PAS dan DAP tidak ingin berpakat. Sebaliknya, sekalipun Barisan Nasional (BN) percaya, persaingan 3 penjuru adalah pakatan pilihan mereka. Apabila PAS masuk ke medan perang DAP dan MCA/Gerakan/MIC yang mempunyai minoriti Melayu, maka PAS tarik undi Melayu daripada MCA/Gerakan/MIC dan meningkatkan peluang kemenangan DAP.
Sebaliknya, apabila DAP masuk ke medan perang PAS dan Umno yang mempunyai minoriti bukan Melayu, maka DAP tarik undi bukan Melayu daripada Umno dan meningkatkan peluang kemenangan PAS.
Sungguhpun strategi ini tidak selalu berjaya, ia tetap strategi yang paling berkesan.
Kerana jurang ideologi antara PAS dan DAP terlalu luas, PAS tidak mungkin memujuk penyokongnya untuk undi DAP dalam pertarungan satu-lawan-satu antara DAP dengan MCA/Gerakan/MIC. Sebaliknya, DAP juga tidak mungkin memujuk penyokongnya untuk undi PAS dalam pertarungan satu-lawan-satu antara PAS dan Umno.
Pertarungan satu-lawan-satu antara PAS/DAP dengan BN hanya menjadi strategi menguntungkan setelah jurang ideologi antara PAS dan DAP itu dikurangkan dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 pasca reformasi dan lebih-lebih lagi dalam tsunami politik tahun 2008.
Apakah kaitan sejarah silam ini dengan percaturan strategi parti pembangkang hari ini? Mereka yang mencadangkan pengaturan (kaedah) satu-lawan-satu akan menjamin kemenangan parti pembangkang untuk menawan Putrajaya mengandaikan semua penyokong dan pengundi gelanggang tengah begitu benci Najib dan Umno/BN sehingga mereka akan secara automatik menumpukan undi mereka kepada parti pembangkang yang diaturkan untuk bertanding.
Dalam lain kata, pengundi nasionalis Islam akan menyokong DAP sungguhpun DAP tetap menolak perlaksanaan kanun jenayah syariah di Kelantan dan penyokong negara madani akan mengundi PAS sungguhpun PAS tetap ingin melaksanakan kanun jenayah syariah.
Bagi saya, ini adalah penganggaran sentimen pengundi yang cukup "syiok sendiri".
Naif sekali kalau ada yang berharap PAS dan Amanah boleh berpeluk dan bercium sekali lagi seolah-olah tidak pernah berlaku persengketaan di antara mereka itu.
Kata seorang rakan saya yang beragama Islam, itu ibaratkan selepas talak tiga, suami nak kahwinkan semula isterinya tanpa sekurang-kurangnya melalui dulu "kahwin cina buta" (nikah muhalil).
Pakatan pilihan raya yang terbuka memerlukan tahap persefahaman atau 'kompromi' ideologi yang tertentu supaya penyokong parti-parti yang bercanggah ideologi itu sanggup menyokong parti yang lain.
Apakah proses mencari persamaan di antara PAS dan DAP sudah berlaku? Ini membawa kita kepada peringkat gabungan pentadbiran.
Gabungan pentadbiran
Gabungan pentadbiran boleh dibentuk sebelum (ada yang bersifat kekal) atau selepas pilihan raya. Apabila tiada satu parti dapat memenangi kerusi majoriti di Dewan, maka parti akan mempunyai motivasi untuk mencari jalan mengatasi perbezaan ideologi dan bergabung demi berkuasa.
(Parti pembangkang juga mungkin membentuk gabungan pasca pilihan raya tetapi itu jauh lebih jarang).
Ini berlaku sekarang di Jerman (gabungan pasca pilihan raya antara Demokrat Kristian dan Demokrat Sosial) dan Australia (gabungan kekal antara Liberal, Nasional dan sekutu kewilayahan) dan pernah berlaku di United Kingdom (gabungan pasca pilihan raya antara Konservatif dan LibDem).
Gabungan pasca pilihan raya biasanya dimateraikan dengan perjanjian yang jelas kerana parti terlibat adalah pesaing sebelum pilihan raya dan akan kembali bersaing dalam pilihan raya akan datang. Dalam kata lain, parti terlibat adalah sekutu-pesaing pada masa yang sama.
Kerana keuntungan berkuasa, banyak gabungan pasca pilihan raya dapat kekal bersatu sampai habis tempoh, malah ada yang memutuskan untuk bergabung secara berkekalan.
Di Malaysia, penubuhan BN berlaku selepas kejayaan pemerintah gabungan (coalition government) di peringkat negeri dan perbandaran di Sarawak, Penang, Ipoh dan Kelantan.
Pakatan Rakyat (PR) contoh baik gabungan pasca pilihan raya, di mana pemerintah gabungan terbentuk di Perak dan Selangor sebelum ketiga-tiga PKR, PAS dan DAP bergabung secara rasminya pada 1 April, 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Henti gelar Amanah parti 'kafir'

Posted: 10 Oct 2015 05:25 PM PDT

JOHOR BAHRU - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar Amanah sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.

Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.

"Seperti yang kita lihat di Iraq, Afghanistan dan Somalia, kesemua penindasan dan peperangan adalah berpunca daripada perang saudara yang kemudiannya ada campur tangan pihak Barat.

"Jika mahu mengelak daripada terjadinya perkara tersebut, kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dan bersikap lebih positif," katanya pada sidang media di Restoran Ameer, Taman Mutiara Rini di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, Amanah telah berjaya menunjukkan kredibilitinya dengan mendapat sokongan padu daripada masyarakat di negara ini terutamanya di Kelantan meskipun parti itu masih baharu.

"Buat masa ini, penyertaan ahli di Kelantan menjangkau 11,000 penyertaan dan sedang meningkat.

"Kami juga menyasarkan seramai 10,000 ahli di Johor dan 20,000 ahli di Selangor menjelang Disember ini," katanya.

Sementara itu, Mat Sabu percaya Pas akan lebih kuat jika bergerak sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Siapa pilihan PKR, Pakatan Harapan atau PAS?

Posted: 10 Oct 2015 04:34 PM PDT

Amin Iskandar

PKR akan mengadakan mesyuarat khas hari ini disebabkan petisyen 25 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang mahu penubuhan Pakatan Harapan dibincangkan semula.
Dua puluh lima ahli MPP ini tidak berpuas hati mengapa presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail "tergesa-gesa" mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini sedangkan sepatutnya ianya hanyalah perbincangan awal.
Kumpulan 25 pemimpin PKR ini juga mahu PAS dilibatkan dalam Pakatan Harapan walaupun parti Islam itu sebelum ini melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan tidak akan bersama gabungan baharu itu kerana adanya DAP dan "pengkhianat" Parti Amanah Negara (Amanah).

Selain itu, kumpulan 25 pemimpin ini mahukan mesyuarat MPP hari ini meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, sekurang-kurangnya 7 daripada 25 pemimpin ini sudah menghubungi Dr Wan Azizah bagi memohon maaf di atas tindakan mereka menandatangani petisyen yang dilihat sebagai "undi tidak percaya" kepada presiden PKR itu.
Difahamkan, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor pada Rabu, pemimpin akar umbi parti itu digambarkan seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan.
Selain itu, pemimpin akar umbi PKR diberitahu, parti itu tidak boleh "hidup" pada PRU14 tanpa sokongan PAS selain DAP "dibelasah hebat" dalam mesyuarat itu.
Sementara kumpulan yang menyokong Dr Wan Azizah pula percaya kerjasama PKR bersama Pakatan Harapan akan membawa kejayaan lebih besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ini kerana kebanyakan kerusi dimenangi PKR adalah kerusi campuran dan bukannya kerusi majoriti Melayu yang sudah menjadi kubu kuat Umno.
Menurut kumpulan ini, PAS sendiri kalah di kerusi majoriti Melayu dan hanya kuat di negeri pantai timur yang sememangnya merupakan kubu mereka.
Kumpulan ini juga tidak pernah memaafkan pengkhianatan PAS dalam PRU13 lalu sehingga menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi seperti di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Sabah.
Mereka juga tidak memaafkan PAS kerana tidak mengiktiraf Anwar sebagai calon perdana menteri semasa PRU 13 selain tindakan Hadi memperlekehkan Dr Wan Azizah semasa kemelut menteri besar Selangor tidak lama dulu.
Amanah dan DAP bergerak sendiri?
Read More / Baca Lagi >>

ZAHID PATUT HALAU PENYEBAB AIR KERUH DULU SEBELUM SALAHKAN PENANGGUKNYA

Posted: 10 Oct 2015 04:23 PM PDT

Dari kejauhan nun di Amerika Syarikat, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi melontarkan teguran kepada pemimpin-pemimpin BN kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan keraguan terhadap agensi-agensi penguatkuasa susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja berkaitan kemelut 1MDB.

Katanya, sebarang kenyataan berunsur provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan lebih awal.

Ketulusan saranan daripada Majlis Raja-Raja tidak seharusnya ditangguk di air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan, katanya.

Walaupun mungkin kenyataan Zahid itu ditujukan kepada beberapa pemimpin yang lain, namun jelas sasarannya ialah kepada Muhyiddin Yassin kerana reaksinya terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja yang turut mengaitkan tentang pendakwaan, tangan ghaib, 1MDB tidak kebal dan sebagainya.

Lebih jelas kenyataan Zahid itu ditujukan kepada Muhyiddin apabila beliau turut menyebut, "tindakan dendam dan memburukkan keadaan akhirnya menyumbang kepada menang sorak kampung tergadai" yang seolah-olah Timbalan Presiden UMNO itu masih berdendam atas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sesuatu yang Zahid harus sedari ialah memang orang menangguk di air yang keruh. Tidak ada sesiapa mahu menangguk di air jernih, kecuali orang yang tak berapa betul sifatnya.
Read More / Baca Lagi >>

ANDA nilaikanlah sendiri.. mana satu PALING BIADAP !!

Posted: 10 Oct 2015 04:15 PM PDT

Semenjak jadi Hero demo baju merah, makin menjadi2 meroyannya.. Apa yg sebenarnya pak tongkol ni nak kat Najib... Puas jilat kat Najb camtu jer..

Pelaksanaan kadar denda baru ini akan berkuatkuasa mulai 15 Oktober ini.

Posted: 10 Oct 2015 04:13 PM PDT

Bila lagi nak tolong KERAjaan buat duit.. Klu KERAjaan xder duit mcmana KERAjaan nak bg BR1M kat korang semua..

Ceramah Perdana & Pelancaran Parti Amanah Negara Parlimen Parit Buntar

Posted: 10 Oct 2015 04:06 PM PDT

Dr M won’t lodge police report against Najib

Posted: 10 Oct 2015 08:57 AM PDT

Arul Kanda: No cover up

Posted: 10 Oct 2015 08:57 AM PDT

Langkah baru, permulaan baru cabaran buat Amanah

Posted: 10 Oct 2015 08:10 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri

Apabila tiba waktu pergi, ianya waktu untuk pergi. Ianya mungkin ideal jika perpisahan boleh dirancang lebih awal tetapi dalam kebanyakan kes, dalam keadaan seseorang tidak punya pilihan, kecuali untuk pergi dan berharap yang terbaik.

Selepas menerima hakikat bahawa ianya mustahil untuk terus kekal, langkah seterusnya adalah memutuskan ke mana perlu pergi. Kadangkala, mungkin terdapat satu tempoh ketidakpastian seperti memutuskan bagaimana untuk maju ke hadapan juga sama penting.

Terdapat pengorbanan yang perlu dilakukan. Perkara yang perlu ditinggalkan dan cabaran baru untuk dihadapi. Pertimbangan begitu mungkin membebankan seorang, atau sesekali satu pasukan.

Dalam kes pemimpin PAS yang meinggalkan parti Islam itu untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), keputusan bersama mereka juga akan memberi kesan kepada semua ahli yang memilih untuk mengikut jejak langkah mereka.

Pada 9 Oktober, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Amanah telah secara rasminya berpindah ke pejabat baru, malah sesetengah pihak dalam PAS menuduh parti baru itu cuba untuk mengambil alih premis parti Islam itu, termasuklah ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pejabat baru Amanah dilaporkan terletak di tingkat tiga dalam bangunan empat tingkat yang dinamakan Wisma Amanah di Jalan Kuching di ibu negara, dan parti itu telah menyewa ruang itu untuk menempatkan ibu pejabat dan pekerjanya.

Parti itu, dilancarkan pada Hari Malaysia pada 16 September, mempunyai hampir 10 orang pekerja tetap, diketuai oleh setiausaha agung Anuar Tahir. Pada 6 Oktober, Amanah menerima pengiktirafan rasmi selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan nama, logo dan slogannya.

Salahudin Ayub "Kami akan menjadikan Wisma Amanah pangkalan operasi kami dan kami berjaya melakukan ini melalui dana dan sokongan kami sendiri daripada ahli dan penyokong," timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub dipetik sebagai berkata.

Penceraian antara PAS dan pemimpin Amanah telah dicetuskan oleh satu tempoh pergaduhan sengit yang kemuncaknya dalam penguasaan kelompok ulama' di pemilihan parti itu.

Walaupun telah melaburkan wang mereka dalam membina aset parti - termasuklah ibu pejabat PAS yang dinilai kira-kira RM10 juta - pemimpin Amanah sanggup meninggalkan itu semua di belakang. Bekas progresif dalam PAS telah bekerja untuk memindahkan ibu pejabat PAS dari pusat sebelum ini di Taman Melewar, dekat Gombak.

Pemindahan itu bertujuan untuk menyingkirkan imej "kedaerahan" kepada lebih "kosmopolitan" yang dimahukan kumpulan progresif, walaupun terdapat bantahan daripada kelompok konservatif dalam parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Saya tidak akan buat laporan polis terhadap Najib, kata Dr Mahathir

Posted: 10 Oct 2015 08:06 AM PDT

Meskipun banyak kritikan lantang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membuat sebarang laporan polis terhadap pemimpin itu.
Bekas perdana menteri itu menegaskan, beliau tidak akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu atau kes tanpa bukti mencukupi.
"Cara untuk menjatuhkan Najib adalah daripada undi tidak percaya, tetapi ia memerlukan jumlah undi yang mencukupi.

"Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa.  "Saya tidak punya cukup bukti. Walaupun saya tahu duit itu hilang, tetapi saya tidak tahu ke mana duit itu," katanya merujuk kepada dana yang didakwanya hilang dari firma pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di Kuala Lumpur malam ini selepas ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis menentang Najib berhubung skandal kewangan 1MDB.

Pelik jika Pakatan tidak berjaya tawan Johor dalam PRU14, kata Mat Sabu

Posted: 10 Oct 2015 08:03 AM PDT

Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika berucap kepada penyokongnya di Skudai berkata adalah pelik jika Pakatan Harapan tidak berjaya menawan Johor dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika berucap kepada penyokongnya di Skudai berkata adalah pelik jika Pakatan Harapan tidak berjaya menawan Johor dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.Pakatan Harapan menyifatkan sesuatu yang pelik jika pihaknya tidak berjaya menawan Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang, kata Parti Amanah Negara (Amanah).
Presidennya Mohamad Sabu berkata, semua tanda-tanda menunjukkan ke arah itu dan situasi sebaliknya tidak sepatutnya berlaku memandangkan pergolakan di negeri itu dalam parti lawan, Umno, ketika ini.
Ia termasuk reaksi yang pelbagai susulan daripada penyingkiran Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berasal dari Johor daripada pentadbiran negara Julai lalu.

"Johor ini, kalau Pakatan Harapan tidak boleh ambil alih, peliklah. Dengan pelbagai pergolakan yang berlaku di Johor sekarang. "Dengan pelbagai isu, Muhyiddin, Pengerang dan sebagainya, semuanya berpusat di Johor dan menjadi tempat yang paling subur untuk perubahan," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu di depan kira-kira 50 penyokongnya yang berhimpun di sebuah kedai makan dekat Skudai petang semalam.
Majlis minum petang itu diadakan sempena perhimpunan pertama Pakatan Harapan yang diadakan di Kulai, kira-kira 30km dari lokasi itu.
Kenyataan Mat Sabu disokong Timbalan Ketua Amanah Kulai, Ramli Abdullah, ketika memberikan ucapan di majlis perhimpunan pertama pakatan itu di Kulai pada malamnya.
"Pada tahun 1990, Angkatan Perpaduan Ummah berjaya merampas Kelantan selepas gabungan itu ditubuhkan di Kelantan sebelumnya.
"Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor selepas ia dilancarkan di negeri itu sebelumnya.
"Kita yakin akan berjaya merampas Johor selepas kita lancarkan Pakatan Harapan di Johor malam ini," kata Ramli yang buat pertama kalinya menganggotai sesebuah parti politik.
Read More / Baca Lagi >>

Johor cipta sejarah baharu kempen Pakatan Harapan ke Putrajaya

Posted: 10 Oct 2015 08:01 AM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (enam dari kiri) hadir pada majlis pelancaran kempen memperkenalkan Pakatan Harapan di Kulai, Johor semalam. Gabungan baharu itu bakal menggunakan treler panjangnya yang dinamakan Optimus Prime dalam siri jelajahnya ke seluruh negara. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015. 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (enam dari kiri) hadir pada majlis pelancaran kempen memperkenalkan Pakatan Harapan di Kulai, Johor semalam. Gabungan baharu itu bakal menggunakan treler panjangnya yang dinamakan Optimus Prime dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

 Pakatan Harapan mencipta sejarah tersendiri dalam arena politik tanah air apabila buat julung kali melancarkan kempen memperkenalkan gabungan baharu itu di Kulai, Johor semalam.
Gabungan itu bakal bergerak ke seluruh negara menggunakan treler panjangnya yang dinamakan Optimus Prime.
Pelancaran kempen ini jelas satu pengiktirafan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan hampir sebulan lalu dan mengetepikan PAS yang selama ini bersama dalam gabungan pembangkang itu.

"Malam ini akan diingati sebagai satu permulaan perjalanan baru untuk ubah wajah politik Malaysia," kata ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika memberikan ucapan pada majlis pelancaran yang disertai lebih 3,000 orang itu. Majlis yang penuh dengan ucapan serta pertunjukan tarian kebudayaan Cina dan India di atas pentas yang dibina daripada treler panjang itu disaksikan semua pemimpin kanan PKR, DAP dan Amanah.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu serta ramai lagi pemimpin kanan ketiga-tiga parti menyertai perhimpunan pertama "roadshow" Pakatan Harapan ke seluruh negara itu.
Selepas bermula di Kulai, Optimus Prime yang dinamakan sempena watak utama robot dalam cerita Transformer itu akan bergerak ke seluruh negara.
"Dari Johor kita akan bergerak ke seluruh negara untuk menawan Putrajaya," kata Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
Perhimpunan malam itu, katanya, sangat penting kerana 3 faktor utama.
Pertama, kerana ia perhimpunan pertama Pakatan Harapan; ke-2, ia berlaku selepas Majlis Raja-raja Melayu menegur syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan ke-3 ia diadakan selepas 4 badan bukan kerajaan (NGO) di Tunisia menerima hadiah Nobel keamanan.
"Empat NGO Tunisia boleh menerima hadiah Nobel kerana mengepalai Arab Spring dan kekal dengan prinsip demokrasi berbanding dengan negara Arab lain yang kembali kepada dasar autokrasi," kata Lim.
Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengetuai rombongan pemimpin DAP ke Tunisia minggu depan bagi menemui pimpinan mereka, termasuk Rashid Ghanouchi, yang mengetuai gerakan Islam Turki.
DAP juga akan ke Turki bagi menemui pemimpin Turki ekoran kejayaan AKP yang berpaksikan Islam dalam mentadbir negara itu.

BNM: 1MDB Perlu Pulangkan AS$1.83 Bilion Ke Malaysia

Posted: 10 Oct 2015 07:54 AM PDT

1MDB: PKR Desak BNM Guna Semua Kuasa

Posted: 10 Oct 2015 07:54 AM PDT

TPP: Tun M Kata Rugi, Najib Kata Untung

Posted: 10 Oct 2015 07:52 AM PDT

Jazlan, kota apa dikata dan penjarakan Ali Tinju dan Jamal Yunos!

Posted: 10 Oct 2015 05:58 AM PDT

oleh V Shuman

Akhir-akhir ini, dua karakter berkaitan dengan Umno telah menghiasi tajuk-tajuk berita untuk sebab yang salah.

Pastinya anda tinggal di bawah tempurung jika anda tidak sedar tentang Jamal Md Yunos dan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, yang telah membuat ancaman untuk menganjurkan perhimpunan jalanan ke atas pembangkang dan khususnya masyarakat Cina, terhadap sebab-sebab yang sedikit.

Tanpa perlu dikatakan, mereka setakat ini terlepas dengan ancaman mereka. Inilah kenapa ianya mengejutkan apabila seorang timbalan menteri telah dipetik memberi amaran kepada dua orang itu, supaya tidak mencabar agensi penguatkuasaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed telah dipetik oleh Star Online sebagai berkata bahawa pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis, tidak seharusnya dicabar.

"Tindakan beliau (Ali) hanya akan mengganggu ketenteraman awam.

"Ianya tidak akan memberi faedah kepada negara atau rakyat" beliau berkata, merujuk kepada ancaman Ali untuk menganjurkan perhimpunan di Melaka hujung minggu ini, yang kemudian dibatalkan.

"Tiada yang baik yang akan diterima apabila sesetengah pihak cuba untuk mengambil kesempatan daripada situasi tegang untuk mempromosi diri sendiri.

Cukup-cukuplah." Nur Jazlan turut mengeluarkan amaran serupa kepada ketua Umno Sungai Besar Jamal, yang merancang satu protes ke atas kerajaan Selangor pada 18 Oktober.

Read More / Baca Lagi >>