Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Fitnah PM - Liong Sik enggan mohon maaf?

Posted: 09 Oct 2015 09:58 AM PDT


Bekas Pre­siden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf dan mempertahan kenyataannya yang me­nuduh Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahgunakan dana kerajaan.

Malah, beliau yang juga bekas Menteri Pengangkutan menerima cabaran Perdana Menteri yang mahu mengemukakan tuntutan saman terhadapnya.

Liong Sik dalam satu kenyataan di sini memberitahu, beliau tidak akan memohon maaf kerana mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

"Saya berkata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk mengemukakan saman kepada saya, saya akan mempertahankan diri.

"Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran anda. Saya mahu menyaksikan Perdana Menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," katanya.

Semalam, Perdana Menteri me­ngemukakan surat tuntutan terhadap Liong Sik berhubung penerbitan artikel yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.

Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan, Aisha & Mubarak dialamatkan ke kediaman Liong Sik di Bukit Damansara di sini.

Najib dalam surat tuntutan itu antaranya mengarahkan peguam­nya mengambil tindakan dan me­nuntut penarikan balik artikel tersebut, membuat permohonan maaf tanpa syarat dan ganti rugi yang munasabah berhubung perkataan yang didakwa berbaur fitnah dalam artikel disiarkan akhbar dalam talian Malay Mail Online bertajuk: MCA's Liong Sik Joins Call for Najib's Ouster for allegedly putting people's money in his own pocket pada 3 Oktober lalu.

Surat tuntutan tersebut yang bertarikh kelmarin ditandatangani oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan memberikan masa tujuh hari supaya Liong Sik tidak lagi mengeluarkan fitnah terhadap beliau selain membuat permohonan maaf bertulis tanpa bersyarat disiarkan dalam dua akhbar dan memberikan akujanji tidak mengeluarkan perkataan yang sama.

Jika Liong Sik gagal berbuat demikian, surat itu menyatakan Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dengan pondan pun, perlembagaan dan kedudukan Islam wajib dipertahan

Posted: 09 Oct 2015 09:00 PM PDT



Syabas peguam-peguam Islam yang berjuang menentang perlanggaran perlembagaan oleh hakim yang menyimpang dan ketepikan tuntutan ugamanya.


Dan hakim tu memang otak pun menyimpang untuk ikut puak menyimpang.


Hakim pencen Dato Hishamuddin Yunos yang mengetuai 3 hakim mahkah rayuan yang sengaja mengkebelakangkan kedudukan Islam sebagaimana tertera dalam undang2.

Ketika kes pondan ni, Marina Mahathir adalah yang paling lantang pertahankan pondan2 ni dengan hujah retorik lagi ceteknya. Impuannya supaya Malaysia sa maju dengan San Francisco yang penuh dengan freek, queer dan kaum Nabi Lott yang engkar pada tuhan.

Ada pula seorang negarawan dengan bahasa politik sebagai caveat untuk tidak dituduh pertahan pondan tapi sebenarnya sokong pandangan anak yang sesat.

Sekarang kenapa Hishamuddin Yunos join kumpulan liberal G25. Siapa disebalik G25?

Ada lihat kebanyakkan adalah pegawai2 tertinggi kerajaan zaman Tun Dr Mahathir. Itu sebab mereka hanya mahu jumpa Tun M saja. Orang lain tak mahu.

Mereka dah jumpa walaupun pihak Tun M cuba menafikan ada pertemuaan. Malah Noor Farida ada dilihat dijemput berucap di forum yang mana Tun M pun turut sama berucsp.

Dato Noor Farida bekas Duta adalah spokesman puak liberal ini tapi dalangnya adalah Tan Sri Sherif Kassim.

Baru2 ini 2 orang ahli kumpulan keluar. Mereka kompang konon 11 orang bekas orang gaji awam sertai mereka.

Jika TIADA kesopanan dan kesusilaan, RUKUNEGARA tuntut keluhuran undang-undang

Posted: 09 Oct 2015 04:48 PM PDT

Peristiwa di Pulau Pinang ...







Jika pihak berkuasa awam tidak dihormati dan diberi kerjasama, rukunegara menuntut keluhuran undamg-undang.

Ada undang-undang bawah kanun keseksaan yang khusus terhadap mereka-mereka yang tidak mahu kerjasama.






Bak kata arwah Dato Azman Atar, "When you have power, you must be powerful. If not, you are bloody full."

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BHG 2. PKR SEMAKIN HURU-HARA: KJ GANTI RAFIZI JAWATAN SU AGUNG PKR

Posted: 09 Oct 2015 11:08 AM PDT

Jawatan Setiausaha Agung PKR yang kini disandang Rafizi Ramli mungkin akan diganti dengan Datuk Kamaruddin Jaafar pada Ahad ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr Redzuan Othman kepada The Malaysian Insider.

"Saya rasa mereka tidak berpuas hati dengan cara Rafizi menguruskan parti," katanya.

Portal itu melaporkan sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan di mana Rafizi didakwa merupakan mastermind di sebalik penubuhan gabungan pembangkang tanpa PAS 22 September lalu.

Lapor portal itu, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. 

"Pimpinan utama parti menerima mesej berbunyi 'I want blood' (saya mahukan darah) untuk menyelesaikan krisis ini," kata seorang pemimpin kanan PKR kepada The Malaysian Insider yang tidak dinamakan.

Menurut sumber portal itu, selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

"Jika ini diluluskan oleh MPP, dalam pilihan raya umum akan datang, PKR tidak akan bertembung dengan PAS tetapi PAS bebas meletakkan calon di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh rakan PKR dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)," kata sumber itu.

25 pemimpin PKR membuat petisyen mendesak MPP mengadakan mesyuarat khas ekoran pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa kehadiran PAS baru-baru ini.

Namun, menurut sumber, sehingga kini sekurang-kurangnya 7 anggota MPP yang menandatangani petisyen itu sudah menghubungi Wan Azizah untuk memohon maaf.

Sumber berkata, mesyuarat khas pada Ahad ini juga dijangka akan berlaku pertembungan kuasa di antara penyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokong Rafizi di samping menguji sejauh mana kesetiaan ahli MPP terhadap Dr Wan Azizah.

Difahamkan, pihak yang mahukan PAS menyertai gabungan baharu itu tidak berpuas hati dengan pengumuman Wan Azizah dan mendesak diadakan mesyuarat segera.

Desakan yang dibuat melalui petisyen menyebabkan mesej dihantar seolah-olah 25 anggota MPP daripada lebih 50 ahli melakukan undi tidak percaya kepada Wan Azizah.

Namun, Azmin enggan mengesahkan sejauhmanakah kebenaran khabar angin itu.

Walaupun tidak menjawab dengan jelas khabar angin mengenai Rafizi bakal dilucutkan sebagai setiausaha agung PKR, Azmin membuat penafian secara umum, lapor The Malaysian Insider.

Timbalan presiden PKR itu sebaliknya mengaitkan insiden yang berlaku kepada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang diambil tindakan berhubung postingnya di Facebook apabila mendakwa Raja Muda Selangor murtad. 

Bersambung : Bhg. 3 PKR SEMAKIN HURU-HARA, NIK NAZMI DIJANGKA SERTAI PARTI BARU YANG BAKAL DITUBUHKAN OLEH BEKAS MB SELANGOR. AZMIN ALI MINTA TS KHALID TUTUP MULUT.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Malaysia hadapi risiko dengan keruntuhan kewangan global, kata laporan

Posted: 09 Oct 2015 09:20 PM PDT

Malaysia adalah satu daripada beberapa negara pesat membangun yang berisiko sekiranya berlaku keruntuhan kewangan global, disebabkan hutang yang tinggi dan keadaan ekonomi tidak stabil, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam satu laporan oleh The Guardian, IMF menonjolkan syarikat dan institusi kewangan yang bergantung kepada pembiayaan hutang besar-besaran untuk mengekalkan pertumbuhan, sambil menambah Malaysia adalah satu contoh negara yang sejak akhir-akhir ini membenarkan syarikat terbesar mereka untuk meminjam dengan banyak.
Ekonomi lain yang sedang pesat membangun termasuk Brazil, Turki, India dan Argentina.

Kaunselor kewangan IMF, Jose Vinals dilaporkan berkata, ancaman ketidakstabilan dan kemelesetan membayangi negara-negara tersebut boleh memberi kesan sebanyak 3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Satu usaha bersama untuk melakukan naik taraf dasar diperlukan segera untuk berdepan dengan peningkatan cabaran dalam dunia yang tidak menentu, bagi memastikan kestabilan kewangan dan prospek pertumbuhan lebih baik. Tiga peratus daripada pengeluaran global dalam risiko," beliau dipetik sebagai berkata.
Tahun ini, ringgit jatuh hampir 20% berbanding dolar dan rizab asing negara juga menurun kira-kira pada peratusan yang sama, di bawah paras AS$100 bilion (RM413 bilion).
"Ia seperti satu 'perfect storm' (situasi yang memburukkan lagi keadaan secara drastik) bagi Malaysia," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dalam satu laporan Reuters bulan lalu.
Skandal politik dan keruntuhan mata wang yang semakin buruk memberi kesan kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia, melemahkan semangat negara jiran walaupun bank pusat berusaha untuk mengawal kerosakannya.
Bursa Malaysia mula menjunam sejak Julai, disebabkan krisis politik yang semakin memburuk akibat dakwaan rasuah dan salah urus berhubung dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Skandal itu menambah kebimbangan yang negara ini merupakan kawasan paling lemah yang bergelut dengan kejatuhan harga komoditi, permintaan lemah global dan kenaikan kadar faedah yang dijangka berlaku di Amerika Syarikat.

"Negara Paria": Salleh sanggah Dr Mahathir

Posted: 09 Oct 2015 09:00 PM PDT

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia dilihat dunia sebagai sebuah negara "pariah" kerana sesiapa sahaja boleh ditangkap, disoal siasat dan ditahan adalah tidak berasas.
Ini kerana, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, segala tindakan diambil kerajaan bukan dibuat sesuka hati.
 "Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Apa pun yang kita lakukan adalah mengikut peraturan sedia ada.
"Apabila seseorang itu ditahan mengikut undang-undang Sosma sudah tentulah ada asasnya dan kita tidak sesuka hati mengambil tindakan apabila kita asas-asas kukuh," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu kepada pemberita di Putrajaya sebentar tadi.
Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri keempat semalam meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila menulis dalam blog dengan mendakwa Malaysia kini dilihat oleh dunia sebagai sebuah negara "pariah" apabila sesiapa sahaja boleh ditangkap, disoal siasat dan ditahan serta didakwa dengan menyalahgunakan undang- undang negara.
Kenyataan tersebut ditulis Dr Mahathir susulan penahanan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana membuat laporan antarabangsa mengenai syarikat sarat hutang 1MDB.
Dalam tulisan terbarunya bertajuk 1MDB Cleared, Dr Mahathir membidas penahanan itu sambil berkata ia bertujuan mewujudkan ketakutan kepada rakyat apabila tindakan melaporkan salah laku kerajaan dan pegawainya dianggap mengancam keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Salleh berkata semasa pentadbiran Mahathir, bekas perdana menteri itu juga menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga keselamatan negara.
Justeru, tegas Ahli Parlimen Kota Belud itu sebarang penahanan bukan bermotifkan politik semata-mata seperti mana yang didakwa oleh Dr Mahathir.
"Kita harus membuat penyiasatan kepada mana-mana pihak yang bertujuan mengganggu-gugat kestabilan politik negara, itu yang paling penting, kerana penekanan kita adalah keamanan Malaysia" tegas Salleh.

Ekonomi dibolot ‘Umnoputera’ mundurkan bumiputera

Posted: 09 Oct 2015 08:19 PM PDT

Nurul-IzzahSEGAMBUT, 10 OKT: Syarikat bumiputera di negara ini terpinggir dan sukar untuk bersaing dengan syarikat kroni pemimpin Umno-BN atau juga dikenali sebagai 'Umnoputera'.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ini berikutan syarikat itu terpaksa bersaing syarikat 'Umnoputera' yang sering diberi laluan mudah memperolehi sebarang projek kerajaan.
"Kita bermasalah ekonomi dibolot 'Umnoputra', ini isunya. Bila masa berkait dengan syarikat bumiputera, banyak syarikat tertinggal atau dipinggirkan kerana mereka bukan syarikat dikenali sebagai 'Umnoputera'," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Selangor Kini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Solat Hajat Untuk Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kesejahteraan Negara di kediaman Anwar di sini, baru-baru ini.
Kata Nurul Izzah, syarikat bumiputera itu juga terpaksa merangkak dari bawah berbanding syarikat 'Umnoputera' yang didanai ahli perniagaan besar serta mendapat keistimewaan pemimpin Umno-BN.
Katanya lagi, lebih memburukkan keadaan sekiranya perjanjian TPPA ditandatangani menyebabkan syarikat bumiputera ini kehilangan keistimewaan dan terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi negara asing.

Ramai sertai Amanah kerana dihalau PAS

Posted: 09 Oct 2015 08:17 PM PDT

Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015. 
Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS.

Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.
Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.
Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad (gambar, kiri) berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.

Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota. Sejak itu beliau dilabelkan sebagai penentang ulama dan disisihkan oleh pihak yang menguasai pucuk pimpinan PAS sekarang, iaitu golongan ulama yang menyingkirkan golongan progresif bagi menduduki majoriti jawatan tertinggi parti pada pemilihan Jun lalu.
Apabila barisan Kabinet PAS Pahang dibentuk selepas Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, nama Suhaimi terus ditiadakan daripada barisan kepimpinan negeri.
Beliau mendakwa pemimpin PAS memboikotnya, termasuk kedai buku dimilikinya.
Namun, Suhaimi mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab sebarang serangan terhadapnya.
Beberapa hari lepas, berlaku lagi kejadian tidak disenangi membabitkan rutin bulanan beliau yang selama 3 hari dalam sebulan akan keluar dari Pahang memberikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.
Sejak perpecahan berlaku dalam PAS katanya, kuliah yang dijadualkan untuknya berkurangan daripada 8 kepada 3 sahaja kini.
"5 kuliah lagi bagi alasan nak susun balik, kebetulan ada ustaz lain nak masuk, dan macam macam alasan lain. Aku bersangka baik," tulis Suhaimi di laman Facebook miliknya.
Salah satu daripada pembatalan kuliah itu dibuat melalui telefon apabila beliau hanya dihubungi ketika sudah hampir tiba di tempat dijadualkan berceramah, sebuah masjid di Muadzam.
"Mereka kata, ustaz dah 'join' Amanah dan tak bersama PAS," kata pihak penganjur kepada Suhaimi yang menyebabkan beliau terkejut.
"Apa!!! Saya masih ahli PAS," Suhaimi melahirkan rasa terkejutnya melalui tulisannya di akaun media sosial itu, memecah kebisuannya selama ini.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Suhaimi berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai Amanah.
"Jika saya sertai Amanah bermakna tuduhan terhadap saya betul dan itulah yang dikehendaki pihak yang memfitnah saya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

The biggest cause of disunity

Posted: 09 Oct 2015 06:15 PM PDT

ad politics provides the catalyst and fuel for aggression and conflict.
malaysia,-puppet-master
The biggest single cause of national disunity today is bad politics.
Cultural, racial and religious differences are a given in Malaysia. Our demography guarantees diversity without our having to look far or search hard to find a name, face or tongue that is distinct from our own.
A plural society has more competing interests to manage than does a homogeneous society, and it needs a different style of handling. That is another given. Malaysians may have many bad habits, but as a society, we are not particularly predisposed to conflict or aggression. For that, we need a catalytic reagent. The stream of bad politicians and bad politics provides just that.
The socio-cultural divide has mostly been managed for political gain rather than harmony. Though never well managed in the past, there was at least a sense that all the political juggling would be worthless if stability were lost and the nation fell off the edge, as we did in 1969.
One heavily politicised topic is the education policy. It has always been a convenient issue for opportunistic politicians to exploit. The "single-stream" debate is one issue that has become the fast elevator to political stardom, whereas there are less divisive staircases to take to the top.
It is now embedded in the public consciousness that the SJKC schools are bad for national unity and that unity would be better served if they were abolished. In the deconstruction, the argument for this is twofold: (1) the common tongue proficiency in BM would improve for the non-Malays through the medium of instruction, and (2) the mingling of the races at the primary education level would bring about the kind of unity we desire.
Vessels for prejudices
The precursors to the single-stream solution are already evident in the SKs throughout the country. The enforced integration in the SKs has done little for racial harmony because the kids still prefer to socialise with their own kind when left on their own. It is hard to put a finger on without an in-depth sociological study to prove it, but we suspect that the children are just vessels for the ingrained prejudices of the adults.
Read More / Baca Lagi >>

TPP adalah igauan yang jadi kenyataan

Posted: 09 Oct 2015 06:00 PM PDT


Mohd Rizal Jaapar

KUALA LUMPUR - Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang dipersetujui Malaysia 5 Oktober lalu adalah igauan selama ini yang menjadi kenyataan pada akhirnya, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ketua Eksekutif Operasi MTEM, Mohd Rizal Jaapar berkata, pihaknya tidak akan terkejut sekiranya kerajaan terpaksa menggadaikan sesuatu untuk melindungi kepentingan badan bukan kerajaan (GLC) di negara ini.

"Kita memang risau (selama ini) yang kerajaan akhirnya akan bersetuju dengan TPP. Selama dua tahun kita berkempen menolak TPP dan sekarang ia mimpi ngeri yang menjadi kenyataan.

"Kalau kita ambil kira kenyataan menteri berkenaan hal ini, memang kita boleh jangka akan ada sesuatu yang terpaksa digadaikan, tetapi kita tidak tahu apa. Mungkin kepentingan Melayu yang akan tergadai," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas berakhirnya sidang media Majlis NGO-NGO membantah TPP di sini, semalam.

Beliau dalam pada itu turut mempersoal kelebihan keanggotaan awal TPP yang dibuat oleh kerajaan.

"Dulu kita diberitahu bahawa negara yang bersetuju awal terhadap TPP akan dapat kelebihan. Kita (Malaysia) sudah bersetuju awal, jadi apa kelebihan kerajaan dalam rundingan itu?

"Pihak kami tidak nampak bahawa tindakan Malaysia mempersetujui rundingan itu memberikan apa-apa kelebihan kepada negara," katanya lagi.

Adakah ini Peguam Negara pilihan rakyat atau Peguam Negara pilihan UMNO ??!!

Posted: 09 Oct 2015 05:49 PM PDT

"1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil." - Peguam Negara

APA AKAN JADI RIZAB NEGARA jika Najib bercita2 nak jadi PM selama 22 tahun mcm Mahathir..??!!

Posted: 09 Oct 2015 05:45 PM PDT

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!
JANGAN RISAU.. 'Barua Amerika' dah setuju sertai TPPA !!!

SPR dan masalah-masalah yang tak pernah selesai

Posted: 09 Oct 2015 04:56 PM PDT

TIDAK seperti sebelum ini, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, semua parti politik boleh membuat pendaftaran pengundi baru. Ini membolehkan semua parti politik secara giat membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pendaftaran pengundi baru.
Walaupun tidak membenarkan penolong pendaftar parti politik membuat pertukaran alamat, sekurang-kurangnyamereka boleh membantu membuat pendaftaran pengundi baru.
Betapa tidak, parti politik adalah kumpulan berkepentingan dalam hal ini. Sangat wajar untuk SPR membenarkan wakil parti politik dilantik sebagai penolong pendaftar SPR.
Logo Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Anehnya, selepas PRU13, SPR tiba-tiba tidak mahu melantik semula penolong pendaftar parti politik. Alasannya tidak munasabah. Kononnya, SPR sedang membuat penyelarasan terhadap pelaksanaan kaedah sedia ada.

Ini jawapan yang tidak rasional.
SPR boleh membuat kerja penyelarasan di samping penolong pendaftar menjalankan kerja pendaftaran pemilih baru.
Kerja pendaftaran pemilih baru tidak boleh diberhentikan. Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan pendaftaran jika seseorang warganegara mencapai usia 21 tahun, mahu menggunakan hak mereka sebagai pengundi.
Oleh itu, kerja pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat masih dilaksanakan SPR selepas PRU 13. Peliknya, SPR tidak mahu melantik penolong pendaftar dari kalangan wakil parti politik.
Sebaliknya, SPR melantik jabatan dan agensi kerajaan tertentu untuk membantu membuat kerja pendaftaran pengundi baru. Ketua Kampung dan Ketua Kampung Baru juga dilantik untuk membuat tugas sama.
Pejabat SPR, Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Pejabat Pos juga dijadikan pusat mendaftar pengundi baru dan bertukar alamat. Jika pihak itui boleh membuat kerja pendaftaran pemilih, kenapa tidak wakil parti politik?
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Titah Majlis Raja-Raja Tidak Akan Tercapai - Tun M

Posted: 09 Oct 2015 04:35 PM PDT

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa titah Majlis Raja-Raja supaya siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera dan pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan tidak akan tercapai.
Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana pemberi maklumat kini berhadapan risiko apabila mereka mungkin berdepan tuduhan mengancam keselamatan negara di bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.
Katanya, penahanan  bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang di bawah Sosma telah mencipta ketakutan kepada orang ramai untuk melaporkan tentang salah laku kerajaan dan pegawai-pegawainya kerana ia dituduh sebagai mengancam keselamatan.
"Dengan ini titah Majlis Raja-Raja supaya siasatan dijalankan secara adil dan telus tidak lagi boleh dicapai.
"Terdapat berpuluh-puluh orang yang tahu tentang salah laku dalam 1MDB tidak mahu mengambil risiko dengan memberi keterangan atau membuat tuduhan kerana mereka berdepan risiko ditahan dan didakwa di bawah Sosma," katanya dalam posting terbaru di blognya, Jumaat.

Beliau mendakwa, di mata dunia, Malaysia kini dilihat sebagai sebuah negara di mana sesiapa sahaja boleh ditahan dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui penyalahgunaan undang-undang negara.
"Dan Pejabat Peguam Negara akan menolak atau tidak mengambil kira sebarang laporan salah laku yang melibatkan Perdana Menteri," dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS

Posted: 09 Oct 2015 04:32 PM PDT

JOHOR BAHRU: Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.Read More / Baca Lagi >>

Is student power making a comeback?

Posted: 09 Oct 2015 04:23 PM PDT

A new organisation has emerged in the UK to engage Malaysian students in discussions on current issues.
MPUKFew Malaysians remember the powerful student movement of the 1970s, in an era when everyone in Malaysia relied on the mainstream media for news. Student activism, which most frequently championed the poor and the marginalised communities, forced former PM Mahathir Mohamad to emasculate the student movement with his Universities and University Colleges Act (1971).
Today, student activism appears to be on the rise again, but too slowly, it seems. There are, definitely, Malaysian students actively championing the causes of the rakyat. They may be studying in Kuala Lumpur, London, Melbourne or New York, but their message is clear: they are no longer prepared to tolerate oppression.
However, for every Malaysian student taking part in a protest or attending a talk given by someone other than a government official, another hundred will have a long list of excuses for not participating. Apathy tops the list. For overseas students, violence is the least of their concerns. They fear the Special Branch operatives, busy taking photos or videos of them.
Student voices represent the leadership of tomorrow, and their pursuit of a vision will help shape the nation. Two students, James Chai and Mukhzani Alia, were so concerned by student apathy that they have formed their own organisation, the Malaysian Progressives United Kingdom (MPUK), to engage students in discussions on Malaysian issues. Their views are shared below.
1. Why did a group of students and graduates form MPUK earlier this year?
We formed MPUK to encourage Malaysian students to appreciate the democratic processes of the UK, to become activists, and to be more aware of politics in Malaysia.
There are many reasons for their apathy when it comes to Malaysian socio-economic issues. They are disillusioned by politics, the personalities involved, the feudalism and money politics. Many think that they are unable to change things. Although their parents and their sponsors would probably prefer that they concentrate on their studies, we feel that there is time for them to engage in a bit of activism.
2. How will you make students become more involved in Malaysian issues?
We intend to split politics into easy-to-understand, interesting and engaging parts. There are six separate projects: interviews, news stories, volunteering, student activism, collaboration and research. Our primary focus will be on Malaysia, but we will attempt to understand the democratic processes of mature systems, like in the UK.
3. Why should students take an interest in politics?
Students will have the power to change the country, but they need to be able to make informed decisions. The culture of engaging in politics is fundamental in any maturing democracy and in nation building. Malaysian students are used to learning by rote. We want to encourage critical thinking and make them better citizens.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan kerajaan dan titah raja

Posted: 09 Oct 2015 04:17 PM PDT

Kenyataan kerajaan sebagai reaksi terhadap titah raja raja Melayu berhubung 1MDB dikeluarkan timbalan perdana menteri. Bukan perdana menteri selaku ketua kerajaan.
Sama ada ini mengikut protokol atau sebaliknya bukan perkara yang ingin diajukan.
Perdana menteri berhak menentukan siapa yang patut keluarkan kenyataan rasmi bagi pihak pentadbirannya. Bukan begitu?

Yang ingin dilihat ialah mesej yang dibawa kenyataan itu. Bagi saya mesejnya ialah, "Kerajaan (baca Datuk Seri Najib Razak) masih bertanggungjawab memerintah negara." Seolah-olah Najib berkata, "I'm still in charge. In full control. Here to stay."
Penderaf kenyataan itu jelas mahir berbahasa, cekap bermain dengan perkataan. Hasilnya, satu kenyataan yang lembut tetapi tegas (mungkin juga boleh dianggap keras?).
Menerusi kenyataan itu, kerajaaan "mengambil maklum intipati"  kenyataan 'pre-council' Majlis Raja-raja tempoh hari.
Pun begitu, kerajaan dilihat memberi "peringatan" kepada semua pihak (mungkin termasuk Majlis Raja-raja?) akan sistem Raja Berperlembagaan dan sistem pemisahan kuasa atau "separation of powers" yang diguna pakai di negara ini.
Prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Malaysia "berpisah tiada", kata kenyataan itu.
Sambil menyatakan komitmen Najib dan Kabinetnya "mendukung" sistem pemisahan kuasa, kenyataan itu menegaskan, "Setiap organ kerajaan perlu dibenarkan berfungsi seperti yang dijelaskan dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Termasuk kuasa-kuasa "tersirat dan tersurat Majlis Raja Raja."
Rasanya umum faham apa maksud itu. 
Juga dalam kenyataan itu, kerajaan mengaku "segala titah Majlis Raja Raja dinilai baik".
Bagaimanapun, ia menegaskan "segala siasatan kepada mana-mana pihak sekali pun harus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang – malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana mana pihak tidak patut berlaku".
Raja-raja Melayu seperti kita maklum mahu kerajaan melengkapkan siasatan 1MDB dengan secepat mungkin dan tindakan diambil ke atas pihak terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Menanti Pengganti Najib, Anwar "Come Back"

Posted: 09 Oct 2015 04:12 PM PDT

oleh WFAUZDIN NS

NAJIB tidak perlu lagi bertahan dengan kuasa. Apabila sampai ke tahap institusi Raja pun sudah mula bersuara, tokoh-tokoh profesional, ahli-ahli perniagaan, apatah lagi tokoh-tokoh politik, dan paling jelas rakyat mahu Najib berundur, beliau tiada pilihan.
Samada Najib takut untuk bersara, beliau mesti turun dari pejabatnya di Putrajaya. Rakyat tidak mempersoalkan sangat siapa akan menggantikannya, yang penting Najib kena turun.
Peluang telah diberikan kepadanya untuk menjadi PM yang paling tidak pun lebih baik sedikit dari Pak Lah. Malangnya, Najib lebih teruk dari Pak Lah. Negara merasa malu ada PM seperti Najib yang merupakan satu-satunya PM yang suka tabur wang tunai kepada rakyat melalui BRIM untuk mengatasi masalah rakyat. Nama negara begitu tercemar di luar negara.
Tiada negara di luar sana yang tidak tahu isu 1 MDB atau wang RM 2.6 Bilion di dalam akaunnya. Kisah pembunuhan Altantuya juga begitu hangat diperkatakan di dalam media-media asing. Sehingga kini tiada siapa boleh menjawab bagaimana Sirul, salah seorang yang didapati bersalah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya boleh berada di luar negara.
Siapa tahu, siapa yang arahkan Altantuya dibunuh dengan begitu kejam? Tiada siapa yang tahu bahkan mahkamah juga tidak pernah diberitahu tentang itu.
Terlalu banyak yang boleh kita sebut sebagai bukti untuk menyatakan betapa pentingnya Najib turun dari takhta.
Jika kita benar-benar sayang kepada negara tercinta ini melebihi kasih sayang kita kepada Najib atau Rosmah, kita mesti bersedia untuk mendesak Najib dan Rosmah balik ke Pekan dan bersara. Negara ini bukan ditentukan oleh rakyat atau ahli-ahli Umno di Pekan sahaja.
Jika Tun Mahathir yang terkenal dengan kezalimannya di penghujung pemerintahannya pun menyebut Najib zalim, adakah kita mahu katakan Najib adalah PM terbaik?
Read More / Baca Lagi >>

Budaya kepimpinan kita masih budaya kepimpinan dunia ketiga

Posted: 09 Oct 2015 04:10 PM PDT

Oleh Aspan Alias
Datuk Najib Razak seorang pemimpin yang keliru. Beliau tidak memahami yang seorang pemimpin baik tidak akan ada banyak perancangan yang tidak dapat dilaksanakan.
Sekarang Najib  menunjukkan yang beliau seorang pemimpin lemah sejak awal lagi dan  tidak sepatutnya menjadi perdana menteri. Tetapi tidak tahu mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad beria-ia benar hendak melihat Najib menjadi perdana menteri walaupun hakikatnya barisan kepimpinan Umno sudah kekosongan kepimpinan.
Malahan sesiapa sahaja di antara mereka yang ada dalam badan pentadbiran Umno yang tertinggi, tiada berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang boleh dianggap tindakan yang berkepimpinan. Sesungguhnya kita semua boleh belajar daripada kelemahan dan ketidak-mampuan Najib memimpin negara sekarang ini. Ada juga hikmahnya dengan sikap dan kelemahan Najib itu. Hikmahnya kita dapat belajar untuk membetulkan pandangan kita terhadap seorang yang kita anggap berkepimpinan tetapi sesungguhnya ia hanyalah nilai yang sangat "superficial" sahaja. Di negara-negara maju etika kepimpinan itu amat ketat dan tinggi nilainya. Seseorang itu tidak akan diangkat menjadi pemimpin dan perdana menteri jika sebelum itu terdapat dan kedengaran isu-isu yang boleh memalitkan nama baik kepimpinan dan negara.
Di Britain pada 2006, David Blunkett, menteri dalam negeri hilang jawatannya hanya kerana kesalahan etika dan bukan pun kesalahan kriminal. Blunkett  mempercepatkan proses permohonan permit kerja bagi amah kepada teman wanitanya dalam masa yang singkat. Selepas dipersoalkan, maka Blunkett  meletakkan jawatan.
Seorang lagi ahli Parlimen di utara London dipotong gaji kerana kesalahana menggunakan setem kelas satu apabila menghantar surat kepada ramai pengundinya. Setem kelas pertama di London itu ialah setem yang membolehkan surat yang dikirim sampai pada hari yang sama sedangkan seorang ahli Parlimen hanya dibenarkan menggunakan setem kelas kedua sahaja.
Itu pun menjadi kesalahan etika yang besar dan ahli Parlimen tersebut  diambil tindakan disiplin dan beliau didenda dengan memotong elaun serta gaji beliau melebihi jumlah nilai setem kelas pertama yang digunakan.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat boleh cabar keengganan peguam negara dakwa 1MDB, kata peguam

Posted: 09 Oct 2015 04:09 PM PDT

Sesiapa sahaja, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), boleh mencabar keputusan peguam negara yang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melakukan sebarang kesalahan, walaupun bank pusat itu mahu kes tersebut dikaji semula, kata peguam.
Peguam Amer Hamzah Arshad berkata, meskipun ia tidak pernah berlaku di Malaysia, namun pernah terjadi di negara komenwel yang lain.
"Jika seseorang merasakan wujud niat jahat dalam keengganan peguam negara untuk mendakwa, seseorang itu boleh pergi ke mahkamah untuk mendapat remedi," kata peguam jenayah itu.

Pandangan ini muncul selepas kenyataan BNM semalam yang siasatan terhadap 1MDB mendapati, firma pelaburan negara itu membuat pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap bagi mendapatkan kebenaran membuat pelaburan luar negara. Atas dasar itu, bank pusat itu membuat keputusan membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan berjumlah AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion).
Badan itu turut mencadangkan peguam negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.
Amer berkata beliau menemui kes di mana peguam negara, yang juga pendakwa raya akhirnya merangka pertuduhan terhadap tertuduh selepas agensi penyiasatan merayu semakan semula.

TTPA: NGO Melayu bidas Rafidah

Posted: 09 Oct 2015 07:23 AM PDT

Tok Him mendakwa Rafidah tidak membuat kajian mendalam sebelum mengeluarkan kenyataan
rafidah-,ibrahim-ali
KUALA LUMPUR:Kenyataan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang meminta rakyat negara ini tidak mempolitikkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dibidas badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Jurucakap Majlis NGO-NGO Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berkata,isu TTPA tidak boleh dianggap sebagai bukan isu politik, kerana keputusan yang dibuat itu sangat berkaitan rapat dengan bidang berkenaan.
"Jadi bila Rafidah kata jangan politikkan isu TTPA, ini tidak betul kerana akhirnya keputusan meluluskan TTPA ini merupakan keputusan politik.
"Dia nak pertahankan TTPA tapi dia sendiri tidak membuat kajian secara mendalam," katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Ibrahim yang juga, Presiden Perkasa mendesak kerajaan supaya menarik diri dan menolak rundingan TTPA.
Katanya, ia kolonisasi alaf baharu yang akan mengurangkan keberkesanan agenda Bumiputera.
‎"Sebelum ini, kerajaan telah memberi jaminan melalui pelbagai kenyataan bahawa hak Bumiputera tidak akan tergugat.
"Kata perlu dikota. Kami ingin tahu apakah ada dasar baharu akan diwujudkan pada masa akan datang dilarang dibawah FET dan Expropriation?," katanya.
Jelasnya, rundingan yang bakal dipersetujui kerajaan bakal meminggirkan kaum Bumiputera selain menolak Perlembagaan Negara.
"Kerajaan harus sedar bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional. Oleh itu kerajaan wajib terus perkukuh agenda Bumiputera dan tolak TPPA," ulasnya.

TPP: Kerajaan berhadapan risiko disaman

Posted: 09 Oct 2015 07:20 AM PDT

TPP
KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin berhadapan dengan risiko disaman Amerika Syarikat sebaik sahaja rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dimuktamadkan.

Ini kerana menurut Ketua Eksekutif Operasi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Rizal Jaapar masih banyak dasar negara yang berbeza dengan dasar yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat.

"Inilah yang kita cuba sampaikan kepada semua pihak. Bila sampai masanya, kita semua perlu nyatakan penolakan kita terhadap TPP kerana dasar kita berbeza dengan mereka.

"Kita hanya ada masa tiga bulan sahaja lagi. Kita sudah tidak ada masa. Apabila kerajaan bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada negara yang bersetuju terhadap rundingan tersebut, kerajaan tidak ada pilihan lainselain terpaksa menyesuaikan kandungan tuntutan TPP mengikut perundangan kita. Jika kita gagal, kita akan rugi dan kerajaan akan disaman," katanya dalam sidang media Majlis NGO-NGO membantah TPP di sini, hari ini.

Isnin lalu, Malaysia bersama 11 negara lain telah mencapai persetujuan dalam rundingan perdagangan bebas TPP yang akan menghapuskan sekatan dan memudahcarakan prosedur perdagangan di semua negara anggota.

Memetik sumber Reuters, perkara itu sudah dipersetujui oleh semua Menteri-Menteri Perdangan negara Pasifik yang menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri TPP di Atlanta, Amerika Syarikat bermula Rabu lalu.

Read More / Baca Lagi >>

Lihat papa kesakitan, jantung saya seolah berhenti – Nurul Nuha

Posted: 09 Oct 2015 07:18 AM PDT

Nurul NuhaKUALA LUMPUR 8 Oktober- Meskipun kelihatan tenang bercerita mengenai kesihatan bapanya, namun raut wajah Nurul Nuha Anwar jelas tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang dialaminya.
Cerita puteri kedua kepada Anwar ini, terlalu banyak penderitaan ditanggung keluarganya sejak 17 tahun lalu, dan kali ini mereka sekali lagi diuji dengan tahap kesihatan bapanya yang semakin buruk di Penjara Sungai Buloh.

"Sejak Reformasi 1998, kami sekeluarga telah lalui berbagai-bagai tohmahan dan fitnah. Hinggakan waktu membesar kami ini pun, ada masanya kami lalui dalam keadaan yang sungguh perit.
"Melihat papa dizalimi, bukan untuk kali pertama tetapi ini sudah berkali-kali hingga pernah satu ketika jantung saya seolah-olah berhenti melihat papa terus disakiti," cerita Nuha dalam sesi dialog forum 'Reformasi Perjuangan Diteruskan' di Dewan Himpunan Cina KL Selangor, malam tadi.
Berkongsi keadaan kesihatan papanya, Nuha menjelaskan rawatan fisioterapi dan pembedahan yang diperlukan Anwar sehingga kini gagal diberikan kerajaan meskipun pelbagai permohonan dibuat pihak keluarga dan peguam.
Keadaan kesihatan yang semakin menurun serta beberapa laporan dan saranan pakar perubatan agar Anwar  segera dibedah amat membimbangkan beliau sekeluarga.
"Beliau dalam keadaan yang sangat tidak sihat dan memerlukan pembedahan segera. Tetapi kami telah cuba berbagai cara demi perjuangan mendapatkan rawatan dan pembedahan buat papa.
"Terbaru, selain bahu kanannya, sakit Anwar juga kini di bahagian saraf yang akan menolak ke lehernya. Inilah yang merunsingkan kami sekeluarga," ujarnya sayu.

Kasih sayang dirampas sejak umur 13 tahun

Menurut Nuha, keluarganya hanya dibenarkan berjumpa Anwar di Penjara Sungai Buloh sekali dalam tempoh sebulan.
Anwar juga tidak berpeluang melihat cucu kecilnya yang baru dilahirkan September lalu, iaitu anak kepada Puteri ketiga Anwar, Nurul Ilham.
Read More / Baca Lagi >>

BONGKAR LAGI Malaysia-ISRAEL !!

Posted: 09 Oct 2015 07:03 AM PDT

Sistem sekuriti CIMB dikawal zionis Israel ??!!

Asal aja Najib Razak.. ISRAEL
Asal aja Nazir Razak.. ISRAEL

..kenapa ??!!

Pakatan, nampaknya Raja-raja kini sudah boleh campurtangan?

Posted: 09 Oct 2015 06:34 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Geli hati menonton perlawanan  ping-pong antara dua dua pihak politik yang berterusan di media. Kali ini berhubung apa yang dikatakan sebagai "teguran" diraja terhadap kelambatan kerajaan dalam penyiasatan 1MDB.
Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan baru-baru ini, menggesa kerajaan menyelesaikan siasatan skandal 1MDB secepat mungkin kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada negara, ekonomi dan rakyat jika ia terus berpanjangan.
Kenyataan itu juga menyeru penguasa serta institusi tadbir urus dan penguatkuasaan undang-undang agar bersikap telus dan betul demi tanggungjawab terhadap Tuhan dan kepercayaan rakyat.
Seperti dijangka, politikus pembangkang tidak membuang masa untuk menyertainya dan memuji ketegasan yang ditunjukkan Raja-raja Melayu, serta menyuarakan rasa setia tidak berbelah bahagi kepada kebijaksana yang diangkat hanya berdasarkan keturunan ini.
Ini bertentangan dengan sambutan dingin mereka di masa lalu ketika ada campur tangan diraja terhadap perkembangan politik yang tidak memihak kepada mereka – rampasan kuasa Perak dan krisis MB Selangor.
Malah sebahagian pakar undang-undang dalam parti mereka mempersoalkan sejauh mana Perlembagaan membenarkan monarki campur tangan terhadap isu berkaitan eksekutif, walaupun mengakui peranan mereka sebagai ketua negeri.
Apa-apa pun, memang menghiburkan untuk melihat pembangkang kini tidak kisah pula mengalu-alukan campurtangan diraja, walaupun sebelum ini mengambil sikap berbeza.
Jadi Pakatan, adakah campurtangan diraja sudah boleh diterima sekarang?
Read More / Baca Lagi >>

Kepercayaan rakyat musnah akibat BN yang mungkir janji

Posted: 09 Oct 2015 06:32 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Jelas bahawa rakyat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kepada pentadbiran, apabila begitu banyak janji yang dimungkiri kerajaan Barisan Nasional.
Tempat teratas dalam senarai ini tentunya janji Perdana Menteri Najib Razak untuk memulakan reformasi sivil dan ikrarnya bahawa undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan 1948 tidak akan disalahguna.
Tangkapan terhadap bekas ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Bakar di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) juga mencetuskan kebimbangan sejumlah 38 pertubuhan masyarakat sivil, yang undang-undang itu telah disalahgunakan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu.
"Sosma pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan sebagai langkah anti-keganasan dan keselamatan negara, dan ia membenarkan tahanan tanpa bicara selama 28 hari. Tiada tuduhan atau bukti yang menunjukkan Khairuddin memiliki latar belakang keganasan.
"Sebaliknya Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata dengan jelas bahawa Khairuddin ditahan kerana membuat laporan di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom berhubung skandal kewangan melibatkan 1MDB," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Dalam sidang media 7 Oktober lalu, presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Ambiga Sreenevasan berkata, walaupun ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal dahulu, ia dengan janji bahawa hanya digunakan terhadap pemberontak komunis.
"Janji ini juga termaktub di bawah Seksyen 4(3) Sosma, yang menyatakan tiada siapa yang akan ditahan hanya kerana kegiatan dan pegangan politik mereka," katanya lagi.
Ambiga berkata lagi, sebab penahanan Khairuddin juga tidak jelas.
CEO Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Saifuddin Abdullah berkata, beliau percaya tindakan itu diambil bagi menakut-nakutkan ahli Umno yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir persoal apakah Najib terlibat keputusan peguam negara ‘bersihkan’ 1MDB

Posted: 09 Oct 2015 06:20 AM PDT

Jabatan Peguam Negara tidak telus dalam "membersihkan" 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membuat pendedahan palsu, kata Tun Mahathir Mohamad hari ini sambil mempersoalkan apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut terbabit dalam keputusan itu.
Menulis dalam blognya www.chedet.cc petang ini, bekas perdana menteri itu berkata, peguam negara kini bertindak "melampaui" peranan seorang hakim dengan menganggap cadangan Bank Negara Malaysia melaksanakan pendakwaan terhadap 1MDB sebagai tidak perlu.
"Ia akan kelihatan seperti Peguam Negara sudah membuat penghakiman, menolak kes itu sebagai tidak mempunyai merit untuk perbicaraan di mahkamah undang-undang.

"Dan apabila rayuan dibuat, rayuan itu ditolak beliau atas alasan yang tidak jelas. Terdapat kekurangan ketelusan di sini," tulis Dr Mahathir petang ini.

BNM batal pelaburan RM7.5 bilion 1MDB, gesa pendakwaan

Posted: 09 Oct 2015 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Oktober- Bank Negara Malaysia membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan ke luar negara berjumlah AS1.83 bilion atau RM7.5 bilion.
Bank pusat itu turut mengeluarkan arahan bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan menggesa 1MDB membawa balik wang berkenaan.
Tindakan itu ekoran kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.
Di bawah siasatannya, BNM berkata ia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.
"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci.
"BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," katanya.
Hasil daripada siasatan, BNM berkata, ia mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA.
"Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara," katanya.
BNM berkata ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Nasib parti Amanah pada PRU14 bergantung kepada strategi – ILHAM Centre

Posted: 09 Oct 2015 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nasib Parti Amanah Negara Amanah) bergantung kepada strategi yang bakal diperkenalkan untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ini kerana pengundi Melayu yang menyokong pembangkang masih keliru sama ada mahu memilih PAS atau Amanah?
Dapatan kajian yang dijalankan ILHAM Centre baru-baru ini menunjukkan Amanah dan PAS belum mendapat sokongan padu pengundi Melayu pro pembangkang.
"Bila kami jumpa responden, mereka anggap masih awal untuk buat keputusan.
"Seperti yang digambarkan, Amanah ialah parti serpihan PAS. Jika parti ini meneruskan cara dan gerak kerja PAS dalam jenama lain, mereka takkan dapat menawan hati pengundi," kata Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar ketika ditemui Astro AWANI hari ini.
Katanya, Amanah perlukan citra perjuangan yang berbeza daripada PAS.
"Jika Amanah ubah strategi dengan mewujudkan citra perjuangan yang lebih terbuka, progresif dan menambat hati pengundi muda, mungkin mereka akan berjaya.
"Petanda kejayaan mereka mula dilihat apabila Amanah diterima di peringkat akar umbi di Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan daripada kalangan mereka yang tidak pernah anggotai mana-mana parti politik, tetapi sertai Amanah.
"Segmen ini amat besar dan jika momentum ini berterusan, Amanah mempunyai prospek yang lebih besar berbanding PAS," katanya.
Read More / Baca Lagi >>