Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bukan Khalid tapi Azmin bakal ketuai parti serpihan PKR

Posted: 08 Oct 2015 05:24 PM PDT


Walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan akan ketuai parti serpihan PKR bersama Badrul Shahrin, ada sesuatu yang tidak kawtim.

Ketika ditanya Khalid berkata seolah-olah dia meligat dari jauh perkembangan dalaman PKR dengan penuh humour.

Satu lagi takkanlah tubuh politik dengan pak lawak macam Cikgu Bard.

Sesuatu perlu difahami bahawa pihak yang mahu samgat kewujudan PAS dalam pentadbiran negeri Selangor adalah Azmin.

Walaupun disalak oleh DAP untuk gugurkan dia ADUN PAS dari jemaah exco kerajaan negeri, Azmin tetap berdegil.

Tak peduli dia bahawa DAP tidak mahu kena mengena dengan PAS di Penang. AMK pun menuntut Salleh Man yg baik dengan Lim Guan Eng digugurkan dari Pengerusi JAIPP.

Salleh pun sedia keluarkan larangan baca Quran di loudspeaker dan azan di perlahan.


Hanya perlu diingat kembali bahawa Azmin dan Anwar sudah lama bertelagah. Dulu hal agihan kerusi. Suatu masa hal PKR Sabah.

Pertelkngkahan paling jelas Azmin-Anwar adalah berhubung perlantikanB ganyikan Khalid.

Anwar mahukan isterinya sebagaimana rancangan Langkah Kajang.

Dengan sokongan PAS, Azmin berjaya mendapatkan jawatan yang sangat diingini. Maka itunyang tidak mudah untuk Azmin keyepikan PAS.

Azmin pun sedar DAP sudah ada rancangan lain di Selangor. Dia tahu Wan Azizah hanya kerbau yang hidungnya ditarik dari dalam penjara Sungai Buloh. Disuruh sokong DAP dan Amanah, dia main ikut tanpa peduli implikasi.

Azizah tak tahu dia pun tidak akan merasa jadi MB dan akhirnya DAP yang berjaya letak boneka baru yang tengah peradan gila iaitu Prof Aziz Bari.

Azmin perlu lakukan sesuatu. Dia masih ada jiwa ketuanan melayu dalam.jiwanya walaupun politik membuatnya terpaksa benamkan dari pengetahuan ramai.

Dia tidak bodoh untuk tahu implikasi bila DAP dikasi betis, peha pun anjing kiasu kuat salak mahu.


Maka buat apa Khalid nak balik jadi MB dan mulakan parti baru. Lagi pun siapa yang sudah diketepikan dan kini utamakan Rafizi?

Rasanya bukan Khalid yang akan tubuh parti serpihan PKR. Keperluannya tiada untuk Khalid tang lebih mahu kembali kedunia korporat.

Parti serpihan ini pastinya parti Azmin. Isunya bagaimana Azmin mahu bertahan sebagai MB sebagai parti serpihan? Cukup ke kerusi? Cukup ke sumber?

Jeng jeng jeng ...



Dari PAS wujud PAN, dari PKR akan wujud parti serpihan

Posted: 08 Oct 2015 05:34 AM PDT


... PKR turut dilaporkan bakal memiliki serpihan ala PAN dengan diwujudkan oleh ramai bekas atau pemimpin parti tersebut.

.... sumber RoS mengesahkan pembentukan parti serpihan PKR itu dan diakui sendiri bekas tokoh parti itu yang juga mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipetik oleh portal tersebut.

Bahkan ketika mengulas mengenai desas-desus mengenai pendaftaran parti baharu oleh beberapa pemimpin PKR, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Klang itu mengatakan beliau langsung tidak terkejut.

Kata Abdul Khalid menerusi catatan terkini dalam Facebooknya, beliau tidak hairan ada usaha dibuat oleh ahli PKR bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik tanah air yang lebih seimbang

Saya percaya usaha pihak terbabit akibat kegagalan PKR mengurus parti seperti mana diwar-warkan sebelum ini. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh, katanya. ...

... Abdul Khalid, 68 tahun; disebut-sebut antara bekas pemimpin PKR yang terlibat dalam gerakan rahsia penubuhan parti baharu itususulan pendedahan oleh ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

.... gerakan untuk menubuhkan parti baharu oleh bekas pemimpin dan aktivis PKR serta lebih menyakitkan hati, ia turut didalangi parti sekutu pembangkang sendiri yang berlakon baik di depan mereka.

Baca sepenuh di SINI


Tanpa PAS, Tian Chua melihat kekalahan buat PKR

Posted: 08 Oct 2015 12:23 AM PDT



Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.

Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

"Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.

"Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk," katanya.

Baca sepenih di GAP di SINI

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pakatan Baharu - 25 kepemimpinan PKR hantar petisyen kepada Wan Azizah?

Posted: 08 Oct 2015 05:13 AM PDT

Amirudin Shari

Sebilangan besar pemimpin PKR mahu kerjasama parti itu dalam pakatan pembangkang yang baharu seperti diumumkan oleh Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada September lalu diteliti semula.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Amirudin Shari dan desakan penelitian semula itu dinyatakan menerusi satu petisyen yang ditandatangani 25 kepemimpinan parti termasuk beliau sendiri sebagaimana tersebar menerusi laporan media ketika ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan petisyen itu merupakan satu usaha untuk menolak kepimpinan Wan Azizah sebagai Presiden PKR sebaliknya tuntutan pihaknya yang mahu meminta penjelasan lanjut mengenai kerjasama parti tersebut dalam pakatan pembangkang baharu selain mahu perbincangan lanjut diadakan mengenainya.

"Kita nak dapatkan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara dalam pakatan pembangkang baharu. Isu ini penting kerana melibatkan kesepakatan parti-parti politik dalam barisan pembangkang untuk pilihan raya umum akan datang dan masa depan PKR itu sendiri.

"Justeru, kepimpinan parti harus membincangkan perkara ini secara terperinci dan mendalam. Jadi tuntutan itu adalah supaya diadakan mesyuarat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendeta Za'ba di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.


Amirudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri mengulas dakwaan bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin kononnya sekumpulan pemimpin kanan PKR didakwa membentuk kartel bagi merancang komplot untuk menggulingkan Wan Azizah sebagai Pre- siden parti itu.

Dakwaan Badrul Hisham itu dinyatakan menerusi laman blog, chegubard.blogspot.my pada 3 Oktober lalu yang antara lain mendakwa komplot berkenaan dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan pembangkang baharu pada 22 September lalu.

Menurutnya, kartel tersebut dikatakan mengambil kesempatan dengan melancarkan petisyen agar mesyuarat khas MPP PKR diadakan dengan agenda untuk menarik balik penyertaan parti tersebut daripada pakatan pembangkang baharu.

Dalam pada itu, Amirudin menolak dakwaan Badrul Hisham tersebut selain menyifatkannya sebagai satu 'imaginasi oleh orang tidak ada kerja'.

"Mengenai undi tidak percaya dan menjatuhkan Presiden PKR ini satu imaginasi oleh orang yang tidak ada kerja.

"Kita ada perbezaan pandangan, maka adalah lebih baik perbezaan itu dapat dibawa dalam satu mesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian," katanya yang enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap Badrul Hisham.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PKR SEMAKIN HURU-HARA: RAFIZI BAKAL DIPECAT LAGI, DULU GAGAL SEBAGAI PENASEHAT EKONOMI SELANGOR

Posted: 08 Oct 2015 07:30 PM PDT

Nasib Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung PKR akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015.
PKR HURU-HARA
Nasib Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung PKR akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. Sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan, kata sumber parti.
Sumber itu berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. 
"Pimpinan utama parti menerima mesej berbunyi 'I want blood' (saya mahukan darah) untuk menyelesaikan krisis ini," kata seorang pemimpin kanan PKR kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Sumber memberitahu, dipercayai mesej itu dihantar kumpulan bertentangan untuk menekan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ekoran bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini.
Menurut sumber, selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.
"Jika ini diluluskan oleh MPP, dalam pilihan raya umum akan datang, PKR tidak akan bertembung dengan PAS tetapi PAS bebas meletakkan calon di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh rakan PKR dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)," kata sumber itu.
Cadangan ini berbeza dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan Amanah iaitu kerjasama Pakatan Harapan dan PAS agar tidak ada pertembungan sesama mereka.
25 pemimpin PKR membuat petisyen mendesak MPP mengadakan mesyuarat khas ekoran pengumuman Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa kehadiran PAS baru-baru ini.
Namun, menurut sumber, sehingga kini sekurang-kurangnya 7 anggota MPP yang menandatangani petisyen itu sudah menghubungi Dr Wan Azizah untuk memohon maaf.
Sumber berkata, mesyuarat khas pada Ahad ini juga dijangka akan berlaku pertembungan kuasa di antara penyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokong Rafizi di samping menguji sejauh mana kesetiaan ahli MPP terhadap Dr Wan Azizah.
Difahamkan, pihak yang mahukan PAS menyertai gabungan baharu itu tidak berpuas hati dengan pengumuman Dr  Wan Azizah dan mendesak diadakan mesyuarat segera.
Desakan yang dibuat melalui petisyen menyebabkan mesej dihantar seolah-olah 25 anggota MPP daripada lebih 50 ahli melakukan undi tidak percaya kepada Dr Wan Azizah.
Bagaimanapun, petisyen dikemukakan itu tidak ada ada sebarang tuntutan yang jelas.
Sumber memberitahu, tuntutan itu akan dibuat semasa mesyuarat pada Ahad.
Akan tetapi bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Redzuan Othman tidak merasakan pertembungan akan berlaku dalam mesyuarat khas tersebut.
"Ia hanya perbincangan biasa saja untuk menuntut penjelasan kenapa Pakatan Harapan diumumkan secara tergesa-gesa tanpa dibawa kepada parti terlebih dahulu," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui mendengar usaha sedang dilakukan untuk menyingkirkan Rafizi sebagai setiausaha agung dan digantikan dengan Datuk Kamaruddin Jaffar yang menyertai PKR baru-baru ini.
"Saya rasa mereka tidak berpuas hati dengan cara Rafizi menguruskan parti," kata Redzuan yang merupakan timbalan pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan di bawah kerajaan Selangor pimpinan Azmin sebagai menteri besar. – 9 Oktober, 2015.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Gerakan veteran Umno bakal cetus gelombang

Posted: 08 Oct 2015 09:11 PM PDT

Mohd Azhar Abd Rahman


Satu demi satu personaliti Umno yang menyinar karier politik mereka satu masa dahlu bangkit bersuara lanjutan daripada serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion.
Nama-nama yang pada anggapan ramai sudah boleh disemadikan dalam "Muzium Umno" tidak semena-mena muncul membawa keris masing-masing menghunus ke arah Najib atas kelemahan beliau menguruskan hal ehwal pentadbiran dalam negara.
Bermula dengan Dr Mahathir, rakan sekutunya, Tan Sri Sanusi Junid turut menyatakan desakan sama meminta Najib berundur.

Sebelum itu, Tan Sri Zainudin Maidin turut membuat desakan yang sama apabila melihat Najib seakan-akan tidak menghiraukan gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir. Tan Sri Rafidah Aziz, yang satu ketika dahulu turut pernah dikritik Dr Mahathir juga bersuara mengkritik cara Najib menguruskan ekonomi negara yang kian tenat.
Tidak ketinggalan, Tun Daim Zainudin apabila beliau menyatakan keraguannya terhadap sokongan Umno kepada Najib pada ketika ini.
Tan Sri Sabbaruddin Chik juga antara veteran Umno yang pernah memegang jawatan setiausaha agung menyokong tindakan Dr Mahathir yang mahu Najib meninggalkan kerusi perdana menteri bagi memperbaiki keadaan yang semakin meruncing.
Dipercayai ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah mereka kerana Umno dikatakan boleh ranap seandainya Najib terus berada di takhta.
Kesemua bekas pemimpin Umno ini merupakan penggerak parti dan menteri Kabinet satu masa dahulu dan mereka juga tahu ruang-ruang yang ada dalam kerajaan untuk merompak. Atas sebab itu mereka melihat "rompakan" yang dibuat Najib ternyata begitu melampau sehingga memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara.
Mungkin kerana sudah dimamah usia, kesedaran kepada mencegah kemungkaran mula timbul dalam kehidupan mereka.
Tidak mustahil, dengan kemunculan tokoh-tokoh veteran Umno ini, satu gelombang besar akan melanda Umno dengan gerakan yang dilihat semakin membesar. Najib yang masih mengharapkan Kabinetnya bertahan dengan serangan dari luar dan dalam dilihat semakin hilang upaya.
Terbaru gesaan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin memberi mesej yang sangat jelas apa yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini berasas.
Lalu timbul pula kalimah "derhaka" seandainya tindakan tidak dibuat mengikut saranan majlis itu mengikut tafsiran Datuk A Kadir Jasin.
Read More / Baca Lagi >>

ARROGANT NAJIB BELITTLES THE SULTANS: UMNO BLOGS HURL INSULTS AT THE MALAY RULERS

Posted: 08 Oct 2015 09:01 PM PDT

ARROGANT NAJIB BELITTLES THE SULTANS: UMNO BLOGS HURL INSULTS AT THE MALAY RULERS
Two days after the Rulers issued their unprecendented call for the authorities to conclude the investigations into 1MDB, there has been no comment from members of Cabinet 1MDB, neither any comment from the Police Force, the Attorney General's Office, the MACC or Bank Negara.
In fact, Utusan Melayu delivered an insult to His Royal Highnesses by burying the news in a small column in the middle of the paper, whereas other English dailies throughout the country had given great prominence to this call.
As I had written earlier, this is the first time in living history that the Council of Malay rulers were forced to make a specific mention on a commercial crime. Such is the nature of the 1MDB beast that it has caused many "firsts" as a result of the wanton disregard for everything that has held up this nation.
Now the silence of Najib in this matter is actually a very stupid move. By keeping silent, he shows himself to be acting in an arrogant way. Any basic political analyst will tell you dont be arrogant when people know you are weak.
The question now is whether UMNO is willing to stick to this arrogant attitude.
Arrogant move will backfire
This is a key point and I think those who are alligned with Najib will continue to advocate this method, but those who are neutral or against Najib will rise up.

If word goes out to the masses that the Rulers had issued this call and Najib still kept silent, then Najib's position is untenable.
Of course the key player in this equation is Dato Seri Zahid Hamidi, currently away in Washington DC, but totally aware of what is going on.
He could easily order KBAB to say something. What KBAB says, when he says , will reveal what the police is going to do.
Now if any of the Armed Forces personnel were to something before hand, well that is an altogether different matter.
Fightback with insults

On another note, some UMNO blogs are already insulting His Highnesses.
Hishammudin, Khairy mentioned that it is wrong for people to assume that the rulers have lost confidence in Najib because the rulers did not say that. AG Chambers reiterated that the 1MDB case has been "NFA'ed' despite Bank Negara requesting the AG Chambers to review their earlier decision.
The comment by Hishammudin and KJ surprises me.
The comment by the AG Chambers does not. After all the AG Chambers did not appeal the Baginda's acquittal. Aaah well, Apandi it is, Apandi it shall be.

Baik pulih undang-undang antirasuah untuk selenggara dana politik

Posted: 08 Oct 2015 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menambah baik undang-undang pembiayaan politik dengan menguatkuasakan bersama undang-undang antirasuah dan undang-undang konflik berkepentingan.

Selain itu, kerajaan turut dicadangkan agar mewujudkan sebuah badan dana bebas dan telus bagi mengurus kemasukan dana untuk mana-mana parti politik.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Pembiayaan Politik Gerakan, Datuk Dr Lim Thuang Seng dalam sidang media di sini, hari ini.

PKR: Bukan kami yang ditegur raja, Jamal

Posted: 08 Oct 2015 08:51 PM PDT



Selain berdemonstrasi, wakil rakyat Umno seharusnya memanfaatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membincangkan isu pentadbiran negeri itu yang didakwa 'cacamarba'.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran himpunan "Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba" di Ampang, Ahad ini.
Ia digerakkan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah pada 16 September lepas.
"Mereka boleh salurkan kepada DUN Selangor sebab anggota Umno pun ada wakil. Wakil rakyat Umno boleh menyuarakan apa yang dikatakan cacamarba itu.
"Umno Selangor seharusnya memanfaatkan DUN Selangor untuk membawa perkara-perkara yang mengatakan (pentadbiran Selangor) cacamarba, tidak terurus dan sebagainya," kata Shamsul kepada Malaysiakini.
Shamsul yang juga anggota Parlimen Bukit Katil, Melaka berkata, jika benar dakwaan Yunos, sudah tentu sultan Selangor akan membangkitkan isu tersebut seperti dilakukan Majlis Raja-raja berhubung krisis 1MDB.
"Tak pernah pula kita dengar Sultan Selangor sebagai payung rakyat membangkitkan isu-isu mempertikaikan kerajaan negeri Selangor tidak seperti tuntutan Majlis Raja-raja yang jelas mempertikaikan jawapan kerajaan dalam isu 1MDB," ujar Shamsul.
Jamal bercadang mengadakan satu lagi perhimpunan "berskala besar" di Kajang sebaik sahaja dibebaskan dari lokap polis selepas ditangkap susulan kenyataannya berkaitan kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah siasatan 1MDB masih berjalan, soal bekas menteri Umno

Posted: 08 Oct 2015 08:49 PM PDT

Tan Sri Rafidah Aziz berkata rakyat berhak mempersoalkan perkembangan siasatan 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dan ia tidak sepatutnya dianggap sebagai anti kerajaan atau pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 
Tan Sri Rafidah Aziz berkata rakyat berhak mempersoalkan perkembangan siasatan 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dan ia tidak sepatutnya dianggap sebagai anti kerajaan atau pemimpin.

Kenyataan Majlis Raja-raja Melayu dalam isu besar ternyata mampu memberi impak kepada negara malah mencerminkan kebimbangan dan kekecewaan rakyat yang dahagakan jawapan sebenar, kata bekas menteri Umno.
Menulis di laman Facebook peribadinya, Tan Sri Rafidah Aziz merujuk kepada kenyataan Majlis Raja-raja Melayu yang menggesa siasatan terhadap 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dipercepatkan dan diambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.
Veteran Umno itu berkata, masyarakat ternanti-nanti status siasatan 1MDB yang sedang berjalan agar ia dapat diselesaikan, sekali gus membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Rafidah berkata, terdapat juga kerisauan dan pandangan skeptikal dilahirkan masyarakat luar negara, yang sentiasa menyelubungi suasana ekonomi di samping turut mempersoalkan tadbir urus politik di Malaysia. Menyifatkan isu ini jelas memberi kesan kepada masyarakat dan ekonomi, Rafidah berkata adalah perkara biasa apabila rakyat mempersoalkan pembangunan dan perkembangan siasatan yang sudah bermula.
"Apa tempoh masa ditetapkan untuk semua proses selesai?
"Bila laporan komprehensif pertama akan diumum kepada masyarakat? Tetapi soalan yang paling ditanya adalah, adakah proses siasatan sebenarnya berlaku atau adakah sudah terhenti," tulis Rafidah lagi.
Beliau berkata, masyarakat akan berterusan bertanya selagi persoalan mereka tidak dijawab.
Rafidah turut menyatakan persoalan mengenai isu ini tidak boleh dikatakan sebagai anti kerajaan atau anti pemimpin kerana ia adalah perkara biasa yang akan dihadapi mana-mana negara.

Zeti perlu telus dedah masalah dihadapi negara, kata majalah perniagaan

Posted: 08 Oct 2015 08:46 PM PDT

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz digesa bersikap telus mengenai situasi yang dihadapi negara yang kini turut mempengaruhi ekonomi seperti kejatuhan nilai ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz digesa bersikap telus mengenai situasi yang dihadapi negara yang kini turut mempengaruhi ekonomi seperti kejatuhan nilai ringgit. 

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu jujur ​​berkenaan isu-isu yang melanda negara, kata Euromoney dalam edisi Oktober, seperti ringgit yang terus jatuh dan ekonomi mula perlahan.
Majalah perniagaan dan kewangan itu berkata selama ini Zeti menggunakan perkataan seperti "faktor dalam negara" untuk menggambarkan masalah yang melanda Malaysia, daripada berkata kesusahan disebabkan syarikat sarat hutang milik negara 1Malaysia Development (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Zeti menunjukkan melalui 15 tahun perkhidmatan cemerlang yang beliau bukannya seorang yang cepat melatah di bawah tekanan politik.

"Sekarang bukan masanya untuk beliau mula berbuat demikian. Ia akan memberi makna BNM yang diterajuinya selama ini tidak ada kelebihan langsung. "Zeti boleh mencuba lebih keras terhadap apa yang benar-benar mendatangkan masalah kepada negara. Sebagai pegawai awam paling dipercayai di Malaysia, beliau mempunyai sesuatu yang ahli politik tiada – kuasa hormat dan moral" kata majalah itu.
Walaupun jaminan daripada Putrajaya asas ekonomi Malaysia adalah kukuh, kebimbangan terhadap ekonomi semakin meningkat dengan ringgit, mata wang Asia paling teruk sejak setahun lalu, kini mencapai aras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ini dikaitkan dengan tinjauan global yang semakin teruk, kejutan penurunan nilai yuan China, kejatuhan harga komoditi dan skandal politik semasa dikaitkan dengan Najib berhubung sumbangan penderma tidak diketahui dari Timur Tengah, 1MDB berhadapan siasatan berhubung penyelewengan kewangan yang didakwa.
Bagaimanapun, Euromoney berkata Zeti, 68, yang bakal bersara April depan, meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun penyiasatan lain seolah-olah dihentikan.
Read More / Baca Lagi >>

Tentangan Pas tak gugat DAP

Posted: 08 Oct 2015 07:28 PM PDT


Tentangan Pas tak gugat DAP

JOHOR BAHRU – DAP Johor tidak berasa tergugat sekiranya Pas meletakkan calon di kawasan yang ditandingi mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan menganggapnya sebagai satu persaingan sihat dalam negara demokrasi.
Pengerusinya, Liew Chin Tong berkata, tentangan dari Pas tidak akan memberi impak besar kepada parti itu dan yakin mereka dapat mengekalkan kerusi dengan majoriti undian lebih tinggi hasil sokongan pengundi pelbagai kaum.
"Semua parti perlu faham senario di Johor bahawa dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan terdiri dari komposisi pengundi pelbagai kaum. Jadi semua parti termasuk Pas perlu dapat sokongan semua kaum bukan hanya Melayu.
"Menerusi gabungan Pakatan Harapan saya yakin DAP dapat mengekalkan kedudukan dan menambah kemenangan dalam PRU akan datang," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pas Johor untuk menambah bilangan kerusi pada PRU akan datang termasuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan ditandingi DAP serta kawasan bukan majoriti Melayu.
Chin Tong berkata, Pas sebelum ini berjaya memenangi empat kerusi Dun hasil sokongan pengundi pelbagai kaum dan parti itu akan berdepan cabaran mengekalkan kemenangan sekiranya masih mengamalkan kepimpinan yang tidak terbuka.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Dzulkefly Ahmad berkata, perbincangan antara semua parti pembangkang termasuk Pas perlu diadakan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi menentang BN.
"Pas berhak bertanding di mana-mana kawasan tapi semua parti pembangkang perlu memahami hasrat rakyat yang mahukan perubahan dan menukar kerajaan. Pertembungan tiga penjuru adalah langkah yang tidak bijak.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran tindakan kepada air jampi komersial

Posted: 08 Oct 2015 07:26 PM PDT

Amaran tindakan kepada air jampi komersial KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati menjual produk air jampi tanpa lesen dikeluarkan Kementerian Kesihatan secara komersial di negeri ini.

Pengarahnya, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, produk air jampi dikategorikan sebagai air minuman berbungkus yang tertakluk kepada Peraturan 360B(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menurutnya, berdasarkan peraturan itu,  semua punca air minuman berbungkus bagi tujuan perdagangan atau perniagaan termasuk air jampi perlu dilesenkan sebelum dibotolkan dan dijual.

"Ia selaras dengan persetujuan di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air jampi kerana ia di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

Beliau mengulas isu  "Air Jampi Dijual Secara Berleluasa" yang dilaporkan akhbar Sinar Harian, 27 September lalu.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang serius terhadap isu penjualan sebahagian air jampi secara komersial di pasaran tempatan.

"Kita dapati pihak terlibat menggunakan pengaruh agama untuk  tarik pembeli sedangkan ia hanya air kosong sama," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah harga yang perlu dibayar kanak-kanak orang asli untuk pendidikan?

Posted: 08 Oct 2015 07:15 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli (OA) mengingatkan kita penduduk bandar yang kanak-kanak orang asal melakukan pengorbanan besar untuk mendapatkan pendidikan.
Nasib mereka mengingatkan kita kepada anak-anak gadis kaum Penan, yang dirogol oleh pemandu lori balak di hutan Sarawak pada tahun 2008. Apakah pengorbanan anak-anak ini untuk belajar?
Kanak-kanak OA adalah mangsa ketiadaan penjagaan, oleh pihak sekolah; gadis-gadis Penan pula musnah hidup mereka, ada yang semuda 10 tahun.
Adakah mereka yang bertanggungjawab, akan dibawa ke muka pengadilan? Sangat sukar terjadi. Gadis Penan itu malah tidak menerima pampasan daripada pihak berkuasa.
Kanak-kanak OA, yang keluar daripada rumah pada usia tujuh tahun, dinafikan kehidupan keluarga, keselesaan rumah sendiri, dan persekitaran masyarakat yang menjadi kebiasaan mereka. Begitu juga, gadis-gadis Penan itu, yang telah dirogol, apabila mereka menumpang pemandu lori balak, untuk pergi ke sekolah, bergantung nasib kepada lelaki-lelaki penyangak ini, yang mengambil kesempatan kerana mereka naïf dan rapuh.
Ketua pemuda Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Dendi Johari, dan ibubapa tujuh orang kanak-kanak yang hilang itu, terdesak mahu mencari kanak-kanak itu, tetapi harapan semakin pudar.
Enam minggu lalu pada 23 Ogos, tujuh kanak-kanak,yang berusia dari tujuh sehingga 11 tahun, hilang daripada asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, 50 km dari Gua Musang. Pos Tohoi hanya boleh dimasuki dengan kenderaan 4WD. Sekolah menyediakan asrama dan pendidikan untuk kanak-kanak OA, kerana kampung mereka jauh di pendalaman, dan kekurangan kemudahan, seperti sekolah.
Read More / Baca Lagi >>

THE NEW YORK TIMES LAPORKAN TITAH MAJLIS RAJA-RAJA KE ATAS SKANDAL 1MDB

Posted: 08 Oct 2015 07:00 PM PDT

Rujuk:http://www.nytimes.com/2015/10/08/world/asia/malaysia-sultans-najib-razak-1mdb-corruption.html?smid=fb-nytimes&smtyp=cur&_r=0

Adalah amat memalukan bilamana media luar, malah media Amerika dapat laporkan isi penting titah Raja-Raja Melayu melalui institusi tertua di Tanah Air ini iaitu Darbar atau Majlis Raja-Raja berhubung skandal 1MDB.

Media kawalan UMNO seperti Utusan Melayu tidak meletakkan titah tersebut di muka hadapan.

Sekarang satu dunia tahu Raja-Raja Melayu telah persoalkan ketelusan siasatan 1MDB. Mempertahankan auta 1MDB adalah satu penderhakaan ke atas Raja-Raja Melayu.

Adakah Ketua Bahagian UMNO masih taat kepada Raja-Raja Melayu dalam hal 1MDB?

Dalam laporan NYT ada dua butiran penting:

1-KES WANG PENCEN KWAP

NYT telah berhubung dengan SPRM bertanyakan kes wang pencen KWAP (~RM 27 juta) yang telah disalurkan melalui anak syarikat 1MDB iaitu SRC International (kini di bawah MOF Inc.) yang digunakan untuk kegiatan kebajikan dan juga dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib Razak.

Pegawai komunikasi SPRM l, Datuk Rohaizad menjelaskan kes ini masih dalam siasatan dan mereka perlukan saksi utama iaitu Nik Faisal Arif Kamil yang ada kuasa mengurus selia keluar masuk duit ke akaun peribadi DS Najib. Nik Faisal juga salah seorang pengarah SRC.

SPRM tegaskan mereka sudah ada semua dokumen penting yang membolehkan siasatan di bawa ke muka pengadilaj tapi saksi utama hilang. Kehilangan saksi ini teah dibangkitkan oleh mantan Timbalan Pengarah Unit Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador yang mengatakan terdapat "tangan ghaib" (yang lakukan pemindahan ke atas pegawai SPRM seperti Datuk Bahri ke JPM) yang melindungi saksi-saksi penting kes wang pencen KWAP antaranya saksi Jho Low dan Datuk Suboh Yassin. Datuk Hamid dahulu pernah maklumkan bahawa saksi yang disorok ini ada di Indonesia dan New Zealand.

2-PENDERMA RM 2.6 BILION

Kalau di Malaysia, Sarawak Report dikalangan jaguh yang pertahankan 1MDB dianggap pemfitnah besar. Tapi bagi Akhbar no.1 Amerika, The New York Times, siasatan Sarawak Report ada nilai. Oleh itu mereka memetik laporan Sarawak Report bahawa penderma yang dikatakan bernama Saud Abdul Majid al-Saud adalah orang kaya Arab yang dongeng; tidak wujud. Sarawak Report telah meneliti dokumen yang menjadi bukti butiran "penderma" RM 2.6 Bilion yang terdapat di AmBank dan buat semakan dalam keluarga diraja Arab Saudi: sah tidak wujud nama tersebut.

KESIMPULAN

Majlis Raja-Raja telah diberi penerangan panjang lebar dan para baginda Sultan faham konspirasi menutup siasatan yang adil dan telus telah menganiayai banyak pihak.

Majlis Raja-Raja ada kuasa melantik (juga memecat) melalui wakil mereka iaitu Yang Dipertuan Agong:

1- Perdana Menteri
2- Panglima Angkatan Tentera
3- Inspektor General Polis
4- Ketua Setiausaha Negara
5- Peguam Negara
Read More / Baca Lagi >>

Undi tak percaya, PKR yakin Wan Azizah ada formulanya

Posted: 08 Oct 2015 06:51 PM PDT



Tidak timbul isu untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan perbincangan bagi mendapatkan sokongan PAS berhubung undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ini kerana, menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, semua pihak sedia maklum perkara itu sama ada perbincangan mengenainya dibuat secara formal atau tidak.
"Perkara itu tidak ada isu. Secara umumnya MP sudah pun mengetahui berdasarkan laporan media, hebahan di media sosial dan sebagainya terdapat cadangan untuk membuat usul undi tak percaya dan sudah tentulah perkara ini dibincangkan sama ada formal atau tidak formal,' kata anggota Parlimen Bukit Katil itu kepada Malaysiakini.
Shamsul berkata berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan PAS untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai usul undi tidak percaya kepada perdana menteri.
PAS melalui setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan semalam dilaporkan berkata parti Islam itu hanya akan menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika ketua pembangkang mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.
Bagaimanapun, menurut Takiyuddin yang juga ketua whip PAS, parti itu terbuka untuk berbincang mengenainya tetapi biarlah ia dilakukan secara teperinci.
Mengulas lanjut, Shamsul berkata sudah pasti anggota Parlimen daripada blok pembangkang akan dipanggil untuk membincangkan perkara tersebut secara terperinci kelak.
"Kalau satu proses itu mahu dilakukan melalui Parlimen, sudah pasti pembangkang akan memanggil semua anggota Parlimen daripada blok pembangkang untuk membincangkan perkara ini.
"Paling tidak pun mungkin wakil-wakil parti daripada PAS, Amanah dan DAP akan membincangkan perkara ini secara teliti," kata Shamsul.
Shamsul juga yakin Wan Azizah yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh ada formula tersendiri bagi tujuan tersebut kerana pakatan pembangkang sudah mempunyai calon yang layak bagi menggantikan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA: PAS akan adakan sidang meja bulat bersama NGO

Posted: 08 Oct 2015 06:49 PM PDT

PAS bersama NGO akan mengadakan satu persidangan meja bulat bagi membincangkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"Seperti Kongres Rakyat, meja bulat ini akan memberi peluang kepada semua pihak mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata peluang wajar diberi bukan hanya kepada ahli Parlimen sahaja, sebaliknya semua pihak yang ingin memberikan pandangan.
 "Negara kita mempunyai ramai pakar ekonomi dan strategik yang mampu menyumbangkan idea bernas bagi memuktamadkan pendirian negara sama ada menerima atau menarik diri dari perjanjian tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, tanpa sebarang maklumat, dan selepas 13 tahun rundingan, 12 negara yang mengawal 40 peratus ekonomi global akhirnya mengumumkan mereka sudah mencapai kata setuju terhadap TPPA.
"Asalnya ia cuma satu perjanjian perdagangan, namun kini keluasan kuasa TPPA amat menggerunkan kerana ia meliputi hak pekerja, alam sekitar, perlindungan harta intelek, kastam, e-perdagangan dan juga pelaburan.
"Apakah TPPA ini sudah muktamad? Tidak lagi. Ia masih jauh. Ia mungkin setahun lagi ataupun lebih lama, sebelum perjanjian itu ditandatangani dan ditutup dan dihantar ke semua negara ahli.
"Pergolakan politik di mana-mana negara akan menyebabkan ini tergendala. Bahkan di Amerika sendiri, Presidennya Barack Obama juga menghadapi tentangan Hillary Clinton yang menentang TPPA selain pihak Republican," tambahnya.
Tuan Ibrahin berkata, kini TPPA akan dibawa ke parlimen Temasing-masing untuk didebatkan sebelum sesebuah kerajaan menandatanganinya.
"Walaupun ahli politik tidak boleh mengubah kandungan TPPA, namun mereka boleh mengundi untuk mengubah mana-mana undang-undang tempatan, termasuk tarif dan hakmilik intelek bagi memenuhi kehendak TPPA.
"Perkara yang paling ingin diketahui kini – apakah faedah dan keburukan TPPA? Prestasi kabinet juga mengoyahkan rakyat apakah pimpinan hari ini boleh berunding dengan baik untuk mendapat kelebihan bagi Malaysia di TPPA," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

BERISTERI KERABAT DIRAJA, HISHAMMUDDIN TAK SEHARUSNYA BUAT2 TIDAK FAHAM BAHASA RAJA

Posted: 08 Oct 2015 06:26 PM PDT

Sesiapa  pun yang membaca kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung 1MDB sebenarnya tidaklah sukar memahami maksud sebenar mengapa ia dikeluarkan.

Ia secara jelas bermaksud bahawa Raja-Raja kecewa dengan siasatan berkaitan 1MDB dan hilang kepercayaan dengan apa yang berlaku dalam rentetan penyiasatan sebelum ini, lalu membuat gesaan agar ia dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan rakyat dan negara.

Sudah tentu kenyataan Majlis Raja-Raja ini antara lain ada hubungkaitnya dengan pemecatan Peguam Negara, gangguan terhadap SPRM, pertukaran beberapa pegawai ke Jabatan Perdana Menteri dan perlantikan menganggotai pentadbiran kerajaan kepada anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara, di tengah-tengah mereka sedang menjalankan siasatan mengenai 1MDB.

Sebab itu, isi kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bagi pihak Majlis Raja-Raja antara lain berbunyi:-

- selesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB dan ambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat.

- semua pihak harus beri kerjasama sebenar dengan jujur.

- penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.

- kegagalan memberi penjelasan yang meyakinkan dikhuatiri akan mengakibatkan krisis keyakinan di kalangan rakyat.

- rakyat yang percaya, sama ada dengan realiti atau persepsi berkaitan 1MDB akan mempengaruhi kejatuhan nilai ringgit secara mendadak.

- badan-badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Tuhan dan kepercayaan rakyat secara telus.

- mengingatkan bahawa kepentingan rakyat dan negara hendaklah mengatasi kepentingan peribadi.

Sukarkah memahami maksudnya? Walaupun tidak disebut perkataan hilang kepercayaan terhadap tindak-tanduk Najib Razak berhubung siasatan 1MDB dalam kenyataan itu, hakikatnya memang itulah maksud sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Saya tetap ahli Pas sampai mati’‎ - Husam

Posted: 08 Oct 2015 06:24 PM PDT

'Saya tetap ahli Pas sampai mati'‎
KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan kritikan, menegaskan beliau tetap setia dengan perjuangan Pas.
Adun Salor itu berkata, banyak tuduhan khususnya mengenai status beliau dalam Pas adalah fitnah dan ia berlaku sejak muktamar baru-baru ini yang menyaksikan dirinya gagal mengekalkan jawatan dalam parti.
"Saya Adun Pas...ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya. Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya," katanya yang merujuk kepada perpecahan sedang berlaku dalam Pas.
Kenyataan itu, sekali gus menutup spekulasi terhadap Husam yang sebelum ini didakwa condong kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pimpinan Muhamad Sabu.
Beliau bagaimanapun tidak menolak penubuhan Amanah, khususnya di Pantai Barat kerana ia mampu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.
Ditanya adakah beliau  akan kekal selamanya dalam parti itu, bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan yang  kini masih dalam proses menjalani rawatan kesihatannya berkata: "Sebolehnya saya mahu kekal dalam Pas sehingga mati."
Mengulas kritikan beliau terhadap Kerajaan Kelantan, Husam berkata, tidak pernah ada niat atau berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan kerajaan negeri, sebaliknya teguran yang dibuat supaya pemimpinnya tidak lari dari perjuangan asal lebih-lebih lagi asas yang ditegakkan oleh bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Apa yang saya tegur ini adalah kerana saya yakin Islam, Pas parti yang demokratik mengizinkan bahkan mewajibkan menegur yang makruf dan mencegah kemungkaran oleh siapa sahaja.
"Anggaplah secara positif ia boleh menguatkan Pas. Kalau Pas bertindak balas mengikut apa yang diajar oleh agama, iaitu kalau teguran itu benar, terima teguran. Jangan bila orang tegur, fitnah balik orang itu," kata bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Daripada Orang Kuat SB, Menjadi Musuh Negara: Abdul Hamid Akan Terus Berjuang

Posted: 08 Oct 2015 06:22 PM PDT

YP_Abdul_Hamid_Bador_620_461_100Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador (gambar) berkata, beliau tidak akan berhenti dan akan terus mengkritik pengendalian Kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun kini dilabel sebagai "musuh negara".
Beliau berkata keputusannya pada bulan Ogos lalu untuk secara terbuka mengecam siasatan kerajaan ke atas firma pelaburan negara yang bergolak itu adalah satu yang mememdihkan yang memerlukan banyak perbincangan dan pemikiran serta pengorbanan yang bernilai.
"Setelah berkhidmat dengan kerajaan yang sama di bawah empat perdana menteri selama lebih daripada 36 tahun, saya percaya, kebanyakan orang akan berfikir ia adalah tidak bijak bagi seseorang seperti saya untuk 'lawan tauke'. Lebih-lebih lagi apabila swansong (persaraan) saya hanya beberapa bulan lagi.
"Minda pemikiran rasional akan mengatakan saya sepatutnya diam dan membiarkan 1000 hari lagi dalam perkhidmatan saya untuk berehat dalam keselesaan sebuah pejabat besar di Putrajaya, di mana seseorang boleh menggosok bahu dengan orang-orang besar di koridor kuasa," katanya dalam satu surat bertarikh 6 Oktober dan ditunjukkan kepada akhbar The Star.
abdul hamid ex SBBekas polis itu berkata, walaupun dia telah kehilangan banyak rakan-rakan kerana perbuatannya itu, namun dia tidak mahu berdiam diri kerana ia tidak akan memberikan kepadanya apa-apa keselesaan kepada saya kelak ketika mengenangkan detik-detik keemasan semasa berkhidmat dengan Kerajaan.
"Kawan menjadi lawan, telefon sudah kurang kerap berdering, tiada lagi panggilan dari bekas rakan-rakan dan orang bawahan saya … Nah, itu adalah baik bagi saya.
"Terima kasih kepada pelbagai latihan yang saya lalui selama ini, keazaman memperkuatkan saya dengan masa yang berlalu," kata beliau sambil menambah bahawa rakyat tidak lagi mahu dikaitkan dengan "pemberontak suka bergaduh" seperti beliau kerana takut kemarahan oleh mereka yang berkuasa .
Abdul Hamid berkata demikian secara terbuka telah meletakkan dirinya berisiko ditumbuk atau ditembak oleh penyokong Kerajaan setiap kali dia melangkah keluar untuk makan.
"Setelah menyedari kemungkinan, saya mengambil langkah berjaga-jaga…………. sudah tentu saya tidak boleh menyamar dengan rupa 'ah-pek' (macam Cina) saya," kata beliau merujuk kepada penampilan Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Sekretariat pembangkang Kedah tanpa Pas

Posted: 08 Oct 2015 06:15 PM PDT

Sekretariat pembangkang tanpa Pas
Azman (tengah) bersama Kok Yew (kiri) dan Ismail pada sidang media selepas melancarkan sekretariat itu, semalam.
ALOR SETAR - Sekretariat pembangkang Kedah diwujudkan tanpa penglibatan Pas, namun pintu rundingan untuk parti Islam itu menyertai pakatan ini masih terbuka.
Pengerusi bersama sekretariat, Dr Azman Ismail berkata, sebagai permulaan, sekretariat terbabit dianggotai tiga parti politik, iaitu PKR, DAP dan Amanah, namun penyertaan masih dibuka kepada parti politik lain mahupun NGO yang berminat.
"Sekretariat ini diwujudkan susulan persidangan meja bulat 22 September lalu di peringkat Pusat. Untuk menyelaraskan kerjasama politik tiga parti, kita wujudkan sekretariat ini di peringkat negeri. Walaupun begitu, tidak bermaksud parti lain tidak dijemput atau diterima menyertai pakatan ini," katanya, dalam kenyataan bersama pada sidang media selepas melancarkan sekretariat terbabit, semalam.
Hadir sama, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.
Azman yang juga Pengerusi PKR Kedah berkata, sekretariat ini dipengerusikan bersama tiga parti terbabit berikutan Pakatan Harapan belum dilancarkan secara rasmi.
Ditanya mengenai ketidakhadiran Pas dalam pembentukan itu, sama ada pakatan itu memutuskan hubungan dengan Pas Kedah atau bersedia menjalin kerjasama dalam isu-isu tertentu, Azman sebaliknya menegaskan wujud masalah komunikasi menyebabkan wakil Pas tidak hadir.
"Masih terbuka kerjasama dengan semua, namun bergantung pada perkembangan selanjutnya. Sekiranya menyentuh dasar parti, ia di luar kawalan kita namun bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang perjuangannya senada," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah itu, sekretariat pembangkang Kedah juga bersedia menjalin kerjasama dengan parti politik lain sekiranya melibatkan isu besar yang berkepentingan dalam negara.
"Jika Ahli Parlimen dari BN nak sertai pun tiada masalah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam kutuk penangkapan Chang bawah Sosma

Posted: 08 Oct 2015 06:14 PM PDT


Kira-kira 30 orang - kebanyakannya peguam - hadir di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi malam ini bagi menyatakan solidariti bersama peguam yang ditahan, Matthias Chang.
Dengan diketuai oleh Presiden Majlis Peguam Steven Thiru, kumpulan itu menyala lilin untuk membantah penangkapan Chang petang ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
Steven mengecam penahanan Chang di bawah Sosma dan menggesa pihak polis untuk tidak mengganggu dan menakut-nakutkan mana-mana peguam yang melakukan tugas mereka.
Katanya, serangan terhadap mana-mana peguam yang melaksanakan tugasnya adalah satu serangan terhadap Badan Peguam Malaysia.
"Kita tidak akan membiarkan ia berlaku," katanya kepada Malaysiakini malam ini.
Chang telah ditangkap di bawah undang-undang keselamatan itu kerana menemani anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang telah membuat aduan mengenai 1MDB dengan agensi penguatkuasaan di luar negara.
Khairuddin juga ditahan di bawah Sosma, yang memperuntukkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.
Steven berkata "tidak ada apa asas sekalipun" bagi polis untuk menggunakan Sosma terhadap Chang kerana beliau telah memberi kerjasama dan juga pergi dua kali untuk memberi kenyataan kepada pihak polis.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu: Antara teori dan realiti

Posted: 08 Oct 2015 06:11 PM PDT

Marwan Shukrimun


Sehingga hari ini saya masih belum faham kewarasan apakah yang diguna pakai pihak yang menubuhkan wadah politik Islam kedua di Malaysia selepas PAS. Apakah sunnah yang menjadi panduan kumpulan tersebut dan apa bacaan yang dibuat sehingga dianggap kewujudannya menguntungkan Islam.
Apa yang biasa didengari daripada mereka adalah untuk menang pilihan raya. Bagi mereka, menang pilihan raya adalah syarat utama perjuangan Islam dan ia mustahil berlaku tanpa bantuan DAP dan PKR.
Justeru, sikap PAS yang dingin dengan kemahuan DAP sehingga membawa terkuburnya PR adalah alasan nombor wahid mereka untuk menyatakan Islam tidak akan ke mana-mana tanpa DAP.

Kononnya tanpa DAP, PAS tidak lagi relevan dan kembali ke zaman 70an. Optimis betul mereka dengan parti yang disifatkan Majlis Agama Islam Pahang sebagai "anti Islam" itu. Saya rasa tidak perlulah bincang soal akidah dan syariat berhubung pendirian mereka. Semua boleh menilai jelas. Namun apa yang masih menghairankan kita, logik akal apakah yang mereka fikir  Islam boleh berkembang dengan tertubuhnya parti baharu ini? Setakat yang dapat dilihat, ia tidak lebih sekadar menambah perpecahan kumpulan Islam yang sedia ada banyak.
Sekiranya kita melihat secara teori, memang benar apabila bertambah bilangan, maka bertambahlah kekuatan. Tetapi jika dilihat dari sudut realiti, kekuatan Islam dilihat statik dan mungkin semakin lemah menjelang pilihan raya akan datang.
Secara lebih terperinci, sekiranya kita membanding antara teori dan praktikal:
Teorinya, apabila muncul satu lagi kumpulan Islam maka ia akan menambah kekuatan Islam. Ia mungkin benar jika kumpulan baharu ini memiliki ahli baharu yang sebelum ini tidak pernah terlibat dalam perjuangan Islam. Dengan itu bilangan individu di blok pembangkang akan bertambah ramai.
Tetapi realitinya, kumpulan baharu ini hanya sekadar menarik mereka yang  bersama PAS tanpa menambah bilangan baharu. Mereka yang ditarik pula ramai juga kalangan pimpinan yang sedang aktif dalam PAS.
Maka ia langsung tidak menambah peratus bilangan pejuang Islam sebaliknya semakin menjuzuk-juzukkannya sebagaimana rancangan zionis menjuzukkan kuasa Islam ketika mahu menumbangkan khilafah.
Sekiranya dilakar sebuah carta pai, belahan bahagian Islam tidak semakin membesar menyaingi belahan musuh Islam sebaliknya belahan yang sedia ada terus dibelah-belah kepada lebih kecil. Atau dalam contoh lain, tentera Islam tetap orang yang sama, dia hanya bertukar daripada batalion 2 ke batalion 3 sahaja. Musuh langsung tidak terkesan.
Teorinya, kumpulan baharu akan membantu perjuangan Islam sekiranya mampu menarik sokongan baharu kepada Islam. Daripada menyokong kerajaan kepada menyokong pembangkang. Daripada tidak berparti kepada berpihak oposisi.
Namun realitinya, kumpulan baharu di Malaysia ini langsung tidak berjaya membuat penyokong Umno berganjak daripada parti kebangsaan Melayu itu. Walaupun Umno beri ruang yang banyak kepada parti ini untuk memecahbelahkan PAS, tetapi untuk berpindah ke sana, ia cukup menjijikkan orang Umno sendiri.
Yang menyokong hanyalah mereka yang sedia ada bersama blok pembangkang samada penyokong lama PAS, DAP atau PKR. Dari sudut politik, buang masa sahaja membentuk kumpulan ini kerana jumlah undi tidak akan bertambah dan Putrajaya masih tidak berbau.
Teorinya, kumpulan baharu boleh membantu kumpulan lama dengan idea baharu. Dengan itu Islam akan lebih kelihatan variasi dan mencakupi berbagai sudut.
Realiti tidak seindah teori. Kumpulan baharu hanya mengitar semula idea lama. Tahaluf siasi bersama pakatan rakyat adalah idea presiden PAS yang membentuk kertas kerja di bawah Majlis Syura Ulama. Hari ini matlamat tahaluf iaitu dakwah bukan Muslim  berjaya dicapai dengan terbentuknya kumpulan bukan Muslim yang menyokong Islam (DHPP) dan bukan Muslim tidak lagi fobia terhadap Islam. PAS sekarang sedang melakar strategi politik Islam yang baharu pula.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah masuk pejabat baharu ketika didakwa cuba rampas bangunan PAS

Posted: 08 Oct 2015 06:08 PM PDT

Pengarah Pendaftar Pertubuhan Datuk Mohammad Razin Abdullah (dua dari kir) menyerahkan surat kelulusan bagi Parti  Amanah Negara (Amanah) kepada Setiausaha Agung Anuar Tahir (dua dari kanan) baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 
Pengarah Pendaftar Pertubuhan Datuk Mohammad Razin Abdullah (dua dari kir) menyerahkan surat kelulusan bagi Parti Amanah Negara (Amanah) kepada Setiausaha Agung Anuar Tahir (dua dari kanan) baru-baru ini.

 Parti Amanah Negara (Amanah) mula memasuki bangunan ibu pejabatnya yang baharu pada 1 Oktober ketika sesetengah pihak dalam PAS mendakwa parti itu cuba merampas bangunan-bangunan mereka termasuk ibu pejabat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Bangunan 3 tingkat yang menjadi pejabat baharu Amanah terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur itu dinamakan Wisma Amanah.
Sehingga kini, hampir 10 kakitangan diketuai Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sebagai petugas tetap parti yang dilancarkan 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, beroperasi di situ.

Pada Selasa (6 Oktober), Amanah mencatatkan sejarah apabila menerima sijil pengesahan penukaran nama, logo dan slogan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Sijil itu diterima Anuar bersama Timbalan Setiausaha Agung Abang Ahmad Kerde dan Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat daripada Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah.
"Kita akan jadikan Wisma Amanah sebagai pusat gerakan dan kami dapatkan ia melalui tabungan, ahli dan penyokong Amanah," kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub ketika ditemui di pejabat baharunya.
Bukan DAP biaya Amanah
Salahuddin menolak dakwaan DAP membiayai perbelanjaan kerana segala-galanya diperoleh melalui titik peluh dan hasil sumbangan ahli dan penyokong Amanah.
Ketika The Malaysian Insider berkunjung ke pejabat itu, semua pimpinan pusat termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu sedang bermesyuarat di bilik mesyuarat utama bangunan.
"Kami sedang mengadakan retreat selama 2 hari mulai hari ini bagi membincangkan Perlembagaan parti kami," kata Salahuddin.
Kemasukan mereka ke pejabat baharu itu sedikit sebanyak meredakan spekulasi Amanah akan mengambil alih Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Spekulasi bertiup kencang kerana pemimpin PAS yang menyertai Amanah bertanggungjawab mengusahakan pemilikan ibu pejabat – kini bernilai lebih RM10 juta.
Salah seorang pemegang amanah ibu pejabat PAS ialah Asmuni Awi, bekas bendahari PAS Pusat yang kini merupakan bendahari Amanah.
Bagaimana imej PAS diubah
Kumpulan progresif dalam PAS bersungguh-sungguh untuk memindahkan ibu pejabat dari markas tarbiyah yang terletak di kawasan kampung di pinggir bandar ke Kuala Lumpur.
Difahamkan, ia bertujuan untuk menukar "imej kampung" PAS pada ketika itu kepada "imej kosmopolitan" walaupun mendapat tentangan kumpulan konservatif parti itu.
Kumpulan progresif yang kini menyertai Amanah banyak menjadi pemegang amanah kepada harta-harta milik PAS di seluruh negara.
Baru-baru ini, menjadi viral di laman sosial bagaimana PAS mendakwa Amanah merampas bangunan milik mereka dan Pasti (tadika ditubuhkan PAS) secara sistematik terutama di kawasan Tenggara, Johor.
Read More / Baca Lagi >>

MEMAHAMI KERTAS SIASATAN BANK NEGARA YANG DIHANTAR KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS 1MDB

Posted: 08 Oct 2015 04:36 PM PDT

Rupanya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah benar-benar tunaikan janjinya seperti yang beliau maklumkan pada 13 Ogos yang lalu bahawa Bank Negara telah selesai siasatan 1MDB dan telah hantar laporan kepada Peguam Negara yang baru Tan Sri Apandi Ali untuk tindakan undang-undang selanjutnya ke atas 1MDB. (rujuk berita: http://goo.gl/oDvUhF)

Selepas Majlis Raja-Raja bertitah, Pejabat Peguam Negara hari ini telah memberi jawapan balas yang negatif berhubung Kertas Siasatan (Investigation Paper - IP) yang telah dihantar oleh pihak Bank Negara kepada Pejabat Peguam Negara tersebut. Bank Negara telah menghantar surat rayuan kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula tetapi ditolak sekali lagi oleh Pejabat Peguam Negara atas alasan "tiada bukti selanjutnya" dan telah dipulang Kertas Siasatan tersebut kepada Bank Negara.

(rujuk pekeliling am yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara: http://goo.gl/y5kXLe)

Kertas Siasatan dan laporan Bank Negara ke atas 1MDB itu adalah berkaitan pemalsuan kenyataan yang dibuat oleh pihak 1MDB di bawah perenggan (4)(b) dalam Bahagian 1 daripada Jadual 5 dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (paragraph (4)(b) of Part 1 of the Fifth Schedule to the Exchange Control Act 1953)  iaitu berhubung "compliance" yang ditetapkan oleh Bank Negara:

"No person in or resident in Malaysia shall—
(b) in furnishing any information for any of the purposes of this Act, make any statement which he knows to be false in a material particular, or recklessly make any statement which is false in a material particular;"

Persoalan-persoalan berbangkit:

1 - Soalnya sekarang kenapa Bank Negara sanggup menghantar semula Kertas Siasatan tersebut walaupun telah ditolak sebanyak 2 kali oleh Pejabat Peguam Negara?

2- Adakah ini bermakna Bank Negara benar-benar telah pastikan siasatan mereka benar-benar jelas, yakin dan tiada syak lagi berhubung salah laku 1MDB?

3 - Kalau begitu, kenapa Pejabat Peguam Negara masih tidak berpuas hati dengan bukti yang dilampirkan oleh Bank Negara untuk menolak buat kali kedua Kertas Siasatan yang sama dihantar semula oleh Bank Negara pada 13 Ogos lalu?

4 - Apakah yang Bank Negara maksudkan dengan pemalsuan makluman kepada Bank Negara yang 1MDB lakukan?

5 - Adakah ianya melibatkan pelaburan dalam usaha sama yang dibuat oleh 1MDB ke atas syarikat PetroSaudi International yang rumit itu?

6 - Atau adakah ianya melibatkan pemalsuan makluman kepada Bank Negara melibatkan pelaburan 1MDB dalam portfolio Brazen Sky Limited di Pulau Cayman?
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz minta GST sektor pertanian dikecualikan dalam Bajet 2016

Posted: 08 Oct 2015 04:27 PM PDT

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan membolehkan anggaran sebanyak RM41 juta setahun yang perlu dibayar kepada kerajaan persekutuan, digunakan untuk meningkatkan daya saing petani dalam penghasilan bekalan makanan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015. 
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan membolehkan anggaran sebanyak RM41 juta setahun yang perlu dibayar kepada kerajaan persekutuan, digunakan untuk meningkatkan daya saing petani dalam penghasilan bekalan makanan.

Kerajaan negeri Kedah memohon agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas sektor pertanian khususnya barangan dan peralatan untuk proses penghasilan padi dikecualikan daripada GST semasa pembentangan Bajet 2016.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pengecualian itu akan membolehkan anggaran GST sebanyak RM41 juta setahun yang perlu dibayar kepada kerajaan persekutuan, digunakan untuk meningkatkan daya saing petani dalam penghasilan bekalan makanan itu.
"Kita  membuat perkiraan...barangan serta perkhidmatan yang digunakan petani bagi aktiviti pembajakan, pembajaan, penuaian serta penggunaan jentera adalah termasuk dalam senarai yang dikenakan GST.

"Saya harap dalam Bajet 2016 perkara ini boleh dipertimbangkan kerana pengecualian itu akan membantu Kedah menyumbang kepada jaminan bekalan makanan tanpa bebanan kewangan yang lebih daripada kemampuan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis bual bicara Menteri Besar Bersama Pelajar Universiti Awam dari Kedah di Dewan Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, semalam.
Kira-kira 300 pelajar anak Kedah dari UPM, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) hadir pada majlis itu.
Mukhriz berharap saranan itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekali gus bakal menggembirakan kira-kira 80,000 petani yang mengusahakan sawah padi di negeri itu ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

Petisyen 25: Kedudukan Rafizi sebagai setiausaha agung PKR dalam bahaya

Posted: 08 Oct 2015 04:15 PM PDT

Nasib Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung PKR akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015.  
Nasib Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung PKR akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. 

Sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan, kata sumber parti.
Sumber itu berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini.
"Pimpinan utama parti menerima mesej berbunyi 'I want blood' (saya mahukan darah) untuk menyelesaikan krisis ini," kata seorang pemimpin kanan PKR kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber memberitahu, dipercayai mesej itu dihantar kumpulan bertentangan untuk menekan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ekoran bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini. Menurut sumber, selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.
"Jika ini diluluskan oleh MPP, dalam pilihan raya umum akan datang, PKR tidak akan bertembung dengan PAS tetapi PAS bebas meletakkan calon di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh rakan PKR dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)," kata sumber itu.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis dengan DAP untungkan Pas - DHPP

Posted: 08 Oct 2015 04:12 PM PDT

Sokongan bukan Islam terhadap parti itu terus meningkat meskipun berdepan dengan kemelut dalaman dan konflik dengan DAP
N.-Balasubramaniam,pas,dap
PETALING JAYA: Perpecahan yang berlaku dalam Pas tidak menjejaskan sokongan bukan Islam kepada parti itu.
Sebaliknya, krisis yang berlaku antaranya dengan DAP meningkatkan lagi sokongan kepada parti Islam itu
Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N. Balasubramaniam berkata, setakat ini tidak ada ahli DHPP keluar menyertai parti lain kerana dasar perjuangan Pas membuatkan mereka terus setia.
"Sekarang sokongan bukan Islam pada Pas tiada masalah, kekal seperti dulu.
"Mereka dapat menilai pihak mana yang benar, malah sokongan itu semakin meningkat," katanya ketika dihubungi FMT.
Mengulas mengenai penubuhan parti Amanah dan pembetukan Pakatan Harapan, Balasubramaniam berkata, ia tidak memberi kesan kepada DHPP, kerana Pas sudah terkenal sejak 60 tahun lalu.
"Ahli kita tidak ada yang keluar, cuma 13 ketua DHPP kawasan yang sertai Amanah, tujuh dari Selangor, empat Perak dan dua Johor dan kekosongan itu kita sudah isi semula, malah yang keluar itu mempunyai masalah di kawasan," katanya.
Jumlah keseluruhan ahli DHPP, sehingga kini mencecah 50 ribu orang.

Najib tertekan pelbagai sudut

Posted: 08 Oct 2015 04:10 PM PDT

Serba tidak kena nampaknya Datuk Seri Najib Razak. Daripada serangan keras berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad, reaksi Wall Street Journal dan Tun Ling Liong Sik terhadap gertaknya menyaman mereka, tindakan undang-undang Anina Saaduddin ke atas dirinya sendiri sehingga kepada gambar bersalaman mesra dengan Benjamin Nentayahu.
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi masalah utama terkini tentulah titah raja-raja Melayu berhubung 1MDB.
Ada yang melihat itu sebagai "tanda" raja-raja Melayu sudah hilang keyakinan terhadap perdana menteri. Walaupun bahasa yang digunakan tidak keras (tapi tegas) dan tanpa menuding jari.

Media pro Umno tidak memberi keutamaan terhadap titah berkenaan. Tetapi umum tahu juga raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan siasatan 1MDB secepat mungkin dan ambil tindakan ke atas pihak yang terlibat. Sebelum ini beberapa pihak menuduh kerajaan khususnya Najib, "sengaja melengahkan" siasatan. Malah ada yang mendakwa Najib "membantutkan" siasatan dengan mengambil beberapa langkah termasuk memindah atau menghentikan khidmat penyiasat dan mengambil tindakan udang-undang ke atas pengadu.
John Pang, fellow kanan di S Rajaratnam School of International Studies di Singapura berpendapat Najib kini kelihatan semakin terpinggir. Isolated, katanya.
"Kenyataan raja-raja Melayu itu menggambarkan beliau (Najib ) sudah hilang keyakinan raja," menurut Pang seperti dipetik akhbar The New York Times.
Sambil mengambil kira raja-raja "tidak pernah menyentuh secara spesifik urusan kerajaan" (sebelum ini),  Pang percaya kenyataan mereka sekarang memberi semangat kepada perkhidmatan awam dan kumpulan masyarakat sivil yang sememangnya selama ini tidak senang dengan skandal 1MDB.
Bagi Datuk Mahfuz Omar daripada PAS, raja-raja Melayu seterusnya mesti "paksa" Najib berundur.
Namun rakannya, Salahuddin Ayub daripada Parti Amanah Negara berkata Najib mesti berbuat demikian dengan sendiri kerana titah raja-raja Melayu dilihat sebagai isyarat jelas Najib "mesti letak jawatan serta merta".
Katanya, Najib gagal meyakinkan semua pihak termasuk raja-raja Melayu mengenai 1MDB dan isu peribadi.
"Kenyataan raja-raja boleh diinterpretasikan sebagai nasihat kepada Najib letak jawatan perdana menteri kerana beliau tidak mampu selesaikan isu 1MDB yang mempunyai kesan ke atas ekonomi negara."
Itu pandangan Salahuddin.
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno sudah mula "tightening the screws" ke atas Najib.
Muhyiddin syak ada "tangan tersembunyi yang melindungi" 1MDB kerana siasatan "nampak macam terganggu".
Read More / Baca Lagi >>

Reformasi 1998 bukan kerana Anwar semata-mata

Posted: 08 Oct 2015 08:45 AM PDT


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Gerakan reformasi yang berlaku pada September 1998 setelah bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno bukan kerana Anwar semata-mata.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, gerakan itu berlaku kerana rakyat melihat perlanggaran prinsip keadilan dan kebenaran terjadi terhadap Anwar.

"Betul bahawa kita melihat peribadi Datuk Seri Anwar itu penting, beliaulah yang mencetuskan satu suntikan semangat kuat tapi saya rasa juga pada masa sama, ramai yang terlibat itu bukan kerana sosok Datuk Seri Anwar semata-mata.

"Tetapi kerana mereka percaya bahawa apa yang berlaku itu tidak boleh dibenarkan berlaku. Perlanggaran prinsip keadilan dan kebenaran, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya... itu semua menyebabkan rakyat bangkit.

Pada saya, reformasi itu tercetus kerana kebangkitan rakyat itu sendiri," katanya pada Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan di sini, malam semalam.

Gerakan reformasi merupakan beberapa acara tunjuk perasaan besar-besaran yang dilakukan rakyat menentang kerajaan sehingga Anwar dipenjara pada tahun sama.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, sokongan yang diterima Anwar ketika itu bukan kerana rakyat menyokong pemimpin itu sahaja sebaliknya mereka terkejut melihat orang nombor dua negara diperlakukan sebegitu.

"Reformasi 1998 bermula apabila Datuk Seri Anwar dipecat daripada timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Maka berlaku satu gerakan.

Sebenarnya pada ketika itu, lebih ramai orang yang rasa terkejut banding dengan orang yang rasa nak sokong Anwar... bukan kerana nak sokong Anwar.

"Tetapi terkejut kerana orang nombor dua dalam negara boleh dilakukan sedemikian rupa dan mereka bayangkan, jika orang nombor dua boleh kena sebegitu, apatah lagi orang yang nombor 2,000 atau 1 juta. Insiden mata lebam sangat mengejutkan banyak pihak," katanya.