Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Krisis PKR : Saya lihat dari luar?

Posted: 07 Oct 2015 09:21 AM PDT


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau mengambil pendekatan hanya melihat dari luar dan melibatkan diri dalam dakwaan wujudnya gerakan menubuhkan parti baharu oleh ahli PKR.

Namun katanya, beliau tidak hairan sekiranya usaha itu wujud susulan kegagalan PKR mengurus parti itu dengan sebaiknya.

"Saya tidak berasa hairan sekiranya ada usaha daripada ahli PKR untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yg lebih seimbang.

"Saya percaya usaha pihak-pihak terbabit akibat daripada kegagalan PKR mengurus parti mereka sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh," katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.


Sebelum ini, ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dilaporkan mendakwa ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis parti itu berkomplot untuk menubuhkan parti baharu.

Sehubungan itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk melaksanakan hak demokrasi mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya menyedari tindakan parti-parti politik di dalam PR mutakhir ini juga gagal menyediakan wadah yang lebih kondusif dan inklusif. Meskipun demikian saya lebih suka mengambil pendekatan untuk melihat perkara ini dari luar dan tidak langsung terlibat di dalam usaha mereka mewujudkan gerakan pihak ketiga tersebut.

"Saya akan menumpukan kepada usaha dan memberi pandangan dari segi memulihkan kedudukan ekonomi negara yang kini diasak dari dalam dan luar," katanya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dalaman PKR bergolak tak setuju pakatan harapan

Posted: 07 Oct 2015 07:20 PM PDT


SHAH ALAM 6 Okt. - Sebilangan besar pemimpin PKR mahu kerjasama parti itu dalam pakatan pembangkang yang baharu seperti diumumkan oleh Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada September lalu diteliti semula.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Amirudin Shari dan desakan penelitian semula itu dinyatakan menerusi satu petisyen yang ditandatangani 25 kepemimpinan parti termasuk beliau sendiri sebagaimana tersebar menerusi laporan media ketika ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan petisyen itu merupakan satu usaha untuk menolak kepimpinan Wan Azizah sebagai Presiden PKR sebaliknya tuntutan pihaknya yang mahu meminta penjelasan lanjut mengenai kerjasama parti tersebut dalam pakatan pembangkang baharu selain mahu perbincangan lanjut diadakan mengenainya.

"Kita nak dapatkan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara dalam pakatan pembangkang baharu. Isu ini penting kerana melibatkan kesepakatan parti-parti politik dalam barisan pembangkang untuk pilihan raya umum akan datang dan masa depan PKR itu sendiri.

Baca sepenuhnya di

Sokong Raja2 berenti layan taukeh2 mcm YTL dan Vincent Tan

Posted: 07 Oct 2015 08:13 AM PDT





Siapa sebenar Bumiputera yang pemegang saham YTL Power?

Posted: 07 Oct 2015 12:30 AM PDT


"To get an IPP licence, 30% of it must be owned by a Bumiputera company," he said.

However it is unclear who exactly the Bumiputera parties were in YTL Power's case and how that information fits into the overall picture.

According to The Star in 1994, when awarded the first IPP licence YTL Power was 50% owned by YTL Corporation while TNB held a 20% stake. The Employees Provident Fund (EPF) held a 10% stake.

The remaining 20% equity was split between British-based construction outfit John Laing Plc, Mayban Ventures Sdn Bhd and Bumiputera-owned company Bara Aktif Sdn Bhd.

TNB's stake is not unusual as the national utility had stakes in all but one of the first generation IPPs, holding either a 20% or 10% equity. In turn Mayban Ventures is a private equity management company owned by Malayan Banking Bhd and Aseambankers Malaysia Bhd on a 70:30 basis.

According to its website, Mayban Ventures "pool(s) capital from institutional and high networth investors to fund and manage portfolios of privately held investments".

On the other hand, Bara Aktif, incorporated in April 1993, only has two shareholders — Raja Wahid Raja Kamaral Zaman and Mohamed Zainal Abidin Abdul Kadir — and is an investment holding company.

Both men are also directors in Bumiputera construction company Seri Yakin Sdn Bhd. Mohd Zainal Abidin is also a 56% shareholder in investment holding company MZK Realty Sdn Bhd, with the remaining 44% are apparently held by his children. Notably MZK Realty's registered address is the same as Quarry Ventures Holdings Sdn Bhd — formerly known as Achieve Goals Sdn Bhd — a YTL company.

Interestingly Mohd Zainal Abidin is also among Quarry Ventures Holdings' directors.

According to YTL Land & Development Bhd's 2013 annual report, both Mohd Zainal Abidin and Raja Wahid are substantial shareholders through both direct and indirect shareholdings. Mohd Zainal Abidin holds 13.71% through direct shareholding and those of Bara Aktif and MZK Realty while Raja Wahid holds 7.84% equity through direct ownership and that of Bara Aktif.

When posed the question by KiniBiz, Ani declined to comment on the identity of YTL's 30% Bumiputera partners.

Petikan dari Kinibiz. Hati-hati membaca


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Apa khabar reformasi selepas 18 tahun?

Posted: 07 Oct 2015 08:52 PM PDT

Apa khabar reformasi selepas 18 tahun?
Barisan panel Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan.
 
Naib Presiden PKR , R Sivarasa menjelaskan, banyak pencapaian yang dicapai oleh 'semangat' reformasi selepas 18  tahun ia berlalu.

"Mungkin ada yang pandang secara sinis dan mengatakan tiada apa-apa 'sumbangan' reformasi kerana ketika ini Umno /BN masih memerintah. Datuk Seri  Anwar Ibrahim masih dalam penjara. Jadi apa yang sudah kita capai?

"Namun kena ingat impak reformasi telah memberi kesedaran yang jelas kepada kita. Sebelum tahun 1998 kesedaran rakyat terhadap isu tahanan tanpa bicara mereka tidak tahu , namun selepas 1998 jauh berbeza ada kesedaran, begitu juga dengan kesedaran politik, dulu hendak hantar ‎ risalah politik  susah selepas zaman reformasi orang minta risalah politik.

‎"Dan inilah pencapaian reformasi kesedaran politik dan nilai-nilai Deklarasi Permatang Pauh, seluruh negara dari Perlis sampai Johor hingga ke Sabah, itu bukan satu pencapaian kecil itu pencapaian yang besar," katanya dalam Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, semalam.‎

Mengulas lanjut Sivarasa berkata pencapaian reformasi bukan hanya tertakluk kepada memilik kuasa dan pengaruh semata-mata.

"Pencapaian kita bukan pada kuasa, reformasi adalah lebih besar nilai-nilainya, namun akhirnya perjuangan ini perlu diteruskan," katanya.

Mengimbau kembali kisah refomasi ini ia  bermula pada 1998,apabila  Anwar telah mencuri pandangan umum apabila 'orang nombor dua' dalam negara ketika itu telah dipecat dan ditangkap pada 20 September 1998.

Anwar kemudiannya dipenjara berhubung tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

Beliau telah dikenakan hukuman penjara selama enam tahun.

Dr M mahu lihat 'bekas TPM' jadi perdana menteri

Posted: 07 Oct 2015 08:48 PM PDT

 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat bekas timbalan perdana menteri menjadi pemimpin yang mengetuai negara.
Diwawancara majalah The Diplomat, Dr Mahathir, 90, bagaimanapun tidak menamakan pemimpin itu jika beliau bermaksud Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pecat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Julai lalu.
Ditanya wartawan, Joyce Lee mengenai pemimpin mana yang beliau fikirkan akan menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menjawab: "Saya rasa biasanya ia mungkin bekas timbalan presiden Umno".

Penganalisis: Musuh Umno bukan dari dalam...

Posted: 07 Oct 2015 08:35 PM PDT


Susulan pendedahan tujuh pemimpinnya dipantau untuk tindakan disiplin, Umno disaran mencari pendekatan mengukuhkan parti bukan sebaliknya.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (gambar) mengingatkan ketujuh-tujuh pemimpin yang dipantau sudah tentu mempunyai penyokongnya sendiri.
"Usaha mesti menjurus kepada merapatkan barisan dan bukan meregangkan kerana musuh Umno bukan ahli mereka yang berkorban dalam pertahankan kedudukan parti, termasuk sama ada yang memegang jawatan ataupun tidak dalam parti," kata Sivamurugan.
Pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata sebarang tindakan perlu menarik benang dalam tepung memandangkan masing-masing mempunyai sumbangan kepada parti.
Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini mencetuskan tanda tanya selepas mendedahkan tujuh pemimpin parti itu dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.
Tidak menamakan pihak itu, beberapa pemimpin Umno yang dilihat lantang terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengisi senarai itu.
Mereka mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Selain itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut disebut-sebut, di samping bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

TPPA: Hak istimewa Melayu dan Islam akan terhapus

Posted: 07 Oct 2015 08:34 PM PDT

Isma mendakwa TPPA akan mengakibatkan orang Melayu kembali menjadi hina sama seperti zaman penjajahan beratus tahun dahulu.
Mohd-Hazizi-Abd-Rahman-,tppa
PETALING JAYA: Penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan menyebabkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tidak lagi terpakai.
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, TPPA bakal menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera dilayan seperti warga asing.
"Kedudukan istimewa Islam dan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan akan dikira sebagai 'trade barrier'. Penapisan filem-filem lucah boleh dikira satu bentuk sekatan perdagangan bebas begitu juga peruntukan tanah rizab," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Ismaweb.
Mohd Hazizi berkata, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan Bumiputera selepas TPPA ditandatangani.
Katanya, ia pernah berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam yang dikenali sebagai 'Black Economic Empowerment', yang mirip Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Katanya, Parlimen hanya memberikan kata dua- terima atau tolak- dan masa yang diberikan untuk membahaskannya hanya dua bulan untuk meneliti dokumen yang sangat teknikal tetapi keputusannya sudah dijangkakan.
"Orang Melayu akan kembali hina dan mundur kesan daripada TPPA sama seperti akibat penjajahan ratusan tahun lalu," katanya.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau mungkin memohon p ersidangan khas Parlimen bagi membentangkan butiran perjanjian itu, jika perlu.
Katanya, kerajaan yakin Ahli Parlimen BN akan menyokong TPPA bagi manfaat jangka panjang termasuk aspek pelaburan langsung asing (FDI) dan perdagangan untuk negara.

Dilema Menyokong DS Najib Razak

Posted: 07 Oct 2015 08:31 PM PDT

1. DS Najib Razak seorang Perdana Menteri yang mendapat jawatan politik, tetapi cara beliau betindak bukan cara orang politik. 
2. Kemelut yang menyelubungi beliau pada masa kini, kerana sifat beliau yang lurus bendul, sehingga mengakibatkan seolah-olah semua masalah disebabkan oleh tindakan beliau seorang.
3. Kemelut yang berlaku dalam 1MDB, yang menyebabkan beliau dihentam kiri dan kanan, dan yang terkini, kenyataan majlis raja-raja melayu berkaitan syarikat gergasi milik kementerian kewangan tersebut.
4. Najib hanya sebagai penasihat kepada lembaga pengarah 1MDB, beliau tidak terlibat menjalankan operasi syarikat. 
5. Memang benar menurut peraturan syarikat itu, semua tindak tanduk syarikat perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri (keputusan bertulis). Dan setiap keputusan bertulis itu, perlu disertakan cadangan daripada pengurusan dan seterusnya diluluskan oleh lembaga pengarah. Apabila semua urusan muktamad, maka diserahkan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri sebagai penasihat untuk mendapatkan persetujuan bertulis.
6. Kemelut 1MDB diketahui umum pada akhir tahun 2014, apabila timbul masalah kecairan syarikat tersebut untuk membayar hutang tertunggak. Akibat masalah kecairan tersebut, maka terpaksa meminta standby credit daripada kerajaan sebanyak RM970juta, selain itu telah mendapat pinjaman budiman daripada Ananda Krishnan sebanyak RM2bilion.
7. Ekoran masalah kecairan tersebut, pihak pembangkang terutama Tony Pua daripada DAP mengangkat isu 1MDB sebagai menu harian mengecam Perdana Menteri.
8. Tun Dr Mahathir bermula menggunakan isu 1MDB apabila terbaca satu tulisan daripada Datuk Salleh Tun Said, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia berkaitan CSR syarikat tersebut. Dalam tindak balas Tun terhadap tulisan Datuk Salleh tersebut, maka timbullah berbagai bentuk pertanyaan daripada mantan Perdana Menteri tersebut.
9. Oleh kerana berbagai dakwaan terhadap 1MDB, maka pada Mac, DS Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut. Dalam masa yang hampir sama. PAC parlimen mengumumkan turut serta memeriksa syarikat tersebut. Rentetan daripada itu, ditubuhkan pasukan khas yang dianggotai Gabnor Bank Negara, Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis negara dan diketuai oleh Peguam negara.
10. Dalam perjalanan siasatan tersebut, maka muncullah laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai, kononnya memetik daripada temuan mereka yang menyiasat 1MDB, bahawa sebanyak USD681milion wang syarikat itu telah berakhir ke dalam akaun Perdana Menteri di Ambank Kuala Lumpur.
11. Pada 3 Ogos, menurut SPRM, wang USD681milion (atau RM2.6bilion, berasas pertukaran tahun 2013) bukan wang 1MDB, melainkan wang sumbangan daripada pihak tertentu daripada Timur Tengah.
Read More / Baca Lagi >>

Sanusi tak perlu londeh seluar Melayu, kata Dr Noor Azmi

Posted: 07 Oct 2015 08:28 PM PDT

Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali menyelar kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid yang didakwa merendahkan martabat bangsa Melayu. 
 
"Kenapa perlu nak 'londeh seluar' depan orang ramai? Itu saya memang tak setuju. Macam mana nak terapkan perpaduan bila .... lihat pada kelemahan yang ada pada bangsa kita sahaja?
 
"Kita sekarang ini sibuk nak rapatkan hubungan di antara kaum, tapi dia (Sanusi) pergi kata orang Melayu sanggup jual maruah pula", katanya.
 
Post Pic Ujar Noor Azmi lagi, kenyataan yang dibuat oleh Sanusi  boleh menjejaskan persepsi kaum lain terhadap kaum Melayu.
 
Beliau berkata tuduhan Sanusi itu hanya menjadikan "orang Melayu jadi naik marah dengan apa yang dikatakan, (dan) bangsa lain pula semakin intim dalam mengetahui kelemahan sebenar bangsa Melayu".
 
Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Sanusi dalam sebuah program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersamanya bertajuk "Perpaduan: Mengapa kita masih keliru", anjuran Sinar Harian, Selasa lalu.
 
Dalam program berkenaan, beliau dilaporkan berkata kaum Melayu kini sudah tidak mengendahkan maruah mereka sendiri, malah ada yang sanggup menjual maruah mereka.
 
Jelasnya lagi, Melayu juga tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak dengan keadaan yang dihadapi mereka sekarang.

Pemimpin perlu beri tumpuan kepada negara, bukan diri sendiri, kata Dr Mahathir

Posted: 07 Oct 2015 08:15 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata soal kepimpinan bukan meneruskan apa yang dilakukan pemimpin terdahulu, tetapi perlu fokus melakukan yang terbaik demi negara, melebihi kepentingan diri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata soal kepimpinan bukan meneruskan apa yang dilakukan pemimpin terdahulu, tetapi perlu fokus melakukan yang terbaik demi negara, melebihi kepentingan diri.

Tidak semua orang boleh menjadi pemimpin dan individu itu perlulah berupaya mendedikasikan dirinya untuk berjuang demi negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan majalah The Diplomat ketika ditanya apa yang beliau akan katakan dalam lembaran baharu artikel pada 1986 "The Challenge" jika berpeluang mencetaknya semula sekarang.
Katanya, beliau selalu berfikir kepimpinan adalah berkenaan meneruskan apa yang dilakukan pemimpin terdahulu, tetapi kini sedar menjadi seorang pemimpin sahaja tidak mencukupi.

"Jenis kepimpinan yang harus harus ada adalah mempunyai keupayaan untuk tidak memberikan fokus kepada diri sendiri, tetapi apa yang baik untuk negara. "Sekarang saya dapati bukan sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin. Anda memerlukan seseorang yang sanggup melakukan sesuatu demi negara.
"Anda perlu, sehingga satu tahap, pelihara kedudukan anda, tetapi ia adalah bagi membolehkan anda untuk melakukan perkara-perkara yang baik untuk negara," katanya dalam temu bual yang disiarkan semalam.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia dengan tempoh 22 tahun menerajui kerajaan persekutuan, lantang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu melihatnya berundur.
Penyingkiran Najib disebut dalam sebahagian wawancara.
Pada satu ketika, Dr Mahathir berkata, "mungkin bekas timbalan perdana menteri" (Tan Sri Muhyiddin Yassin) apabila ditanya siapa yang difikirkan perlu menggantikan Najib.
Dr Mahathir bercakap mengenai tindakannya menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada Ogos, apabila penunjuk perasaan menggesa peletakan jawatan Najib disebabkan skandal melibatkan pentadbirannya seperti skandal hutang dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Dr Mahathir, beliau hadir kerana menyokong tuntutan rakyat.
Katanya, beliau tidak menentang tuntutan Bersih lain seperti pembaharuan pilihan raya, hak membantah, dan banyak lagi ketelusan, tetapi pada masa beliau memegang jawatan, tiada bantahan seperti Bersih.
Orang ramai berpuas hati dengan pilihan raya dan tidak mempertikaikan keputusan, dan ia hanya selepas beliau meletakkan jawatan wujud Bersih dan penunjuk perasaan membuat permintaan, katanya.
"Mungkin ada orang luar yang akan selalu merungut, tetapi demonstrasi umum seperti itu, tidak ada," katanya yang membuat perbandingan antara zaman pemerintahannya dan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Najib sila sahut cabaran, dedah siapa salur RM2.6 bilion

Posted: 07 Oct 2015 08:12 PM PDT

Najib-1MDBSHAH ALAM, 8 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menyahut cabaran supaya mendedahkan dana RM2.6 bilion seperti yang dilakukan BERSIH.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, menyifatkan Najib gagal sebagai perdana menteri apabila tidak mahu menjawab segala yang membabitkan 1MDB dan RM2.6 bilion yang kononnya sumbangan penderma.
"Najib bukan sahaja tidak mahu mendedahkan, malahan beliau menghalang dan memecat pegawai yang cuba melakuka siasatan terhadap kes itu.
"Sebagai pemimpin yang pernah menjanjikan rakyat transformasi yang telus, Najib gagal berbuat demikian dan ini menyebabkan kebanyakan rakyat menuntut beliau supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri," katanya kepada Selangor Kini.
Tian Chua berkata demikian sebagai mengulas isu BERSIH yang mencabar Najib mengikut jejak yang sama dengan mereka apabila berani mendedahkan dana yang diterima.
"Najib perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya adalah derma. Rakyat sudah bijak untuk menilai ketelusan pemimpin." katanya.
Sebelum itu, BERSIH mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi jumlah keseluruhan dana diterimanya RM2,647,361.74 termasuk semua nama penderma.

Ke mana arah Melayu seterusnya? (Bahagian 3)

Posted: 07 Oct 2015 08:02 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Hassan


Terdapat aspek positif dan negatif dalam sejarah budaya Melayu. Kedua-dua aspek itu sudah tentu membentuk worldview Melayu kini.
Memang kedua-dua aspek ini akan sentiasa bergelut dan bertarung antara satu sama lain dalam diri dan personaliti Melayu.
Aspek mana yang mendominasi diri dan budaya Melayu pada keseluruhannya bergantung pula kepada kualiti, dedikasi, komitmen dan visi kepimpinan Melayu dalam mencorakkan masyarakat.

Memang kepimpinan Melayu selepas merdeka banyak menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Antara cabaran yang penting dan menarik ialah cabaran survival dan kepentingan Melayu dalam konteks  kehidupan masyarakat majmuk dan dalam membangunkan Melayu menghadapi era globalisasi kini. Pada penulis, era kepimpinan Melayu yang paling menarik selepas merdeka ialah era pemerintahan Tun Abdul Razak Hussien selaku perdana menteri dan Tun Dr Ismail Abd Rahman sebagai timbalan perdana menteri pada 1970an.
Dalam era pemerintahan mereka ini, kita lihat terlaksananya dasar nasional, iaitu dasar politik nasional, dasar ekonomi baru, dasar pendidikan nasional, dasar kebudayaan nasional, dasar luar negara yang bebas serta berkecuali dan dasar pembangunan luar bandar.
Pada umumnya, dasar-dasar ini realistik dan praktikal dalam konteks kapasiti Melayu dan masyarakat majmuk Malaysia pada tahap dan era itu.
Dasar pendidikan nasional, kebudayaan nasional dan bahasa kebangsaan nampaknya berada di atas paradigma yang sesuai dengan latar belakang sejarah Malaysia dalam konteks tradisi sejarah budaya gugusan kepulauan Melayu.
Dasar luar yang berkecuali juga sesuai dengan Malaysia sebuah negara kecil yang perlu kepada keselamatan dan untuk berkawan dengan mana-mana negara demi pembangunan dan masa depannya.
Lebih hebat lagi pula, institusi penting negara seperti institusi kehakiman, kepolisan dan lain-lain lagi semasa di bawah pimpinan Tun Abdul Razak dihormati dan dipandang tinggi masyarakat umum dan dunia (integriti institusi penting negara seperti institusi kehakiman, kepolisan dan lain-lain juga wujud dalam zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putera dan Tun Hussein Onn).
Memang wujud konflik politik dalam Umno dalam zaman pemerintahan Tun Abdul Razak sebelum ini. Tetapi konflik politik itu berlaku dalam keadaaan yang tidak maksima (konflik politik antara Datuk Harun Idris selaku ketua pemuda Umno dan menteri besar Selangor pada masa itu dengan pucak pimpinan Umno termasuk Tun Abdul Razak Hussein itu sendiri).
         
Berbeza dengan zaman pemerintahan Tun Abdul Razak sebelum Malaysia, selama 22 tahun di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, seterusnya banyak membawa perubahan wajah.
Perubahan besar yang wujud dalam zaman Dr Mahathir walaupun pada ungkapan lahirnya menampakkan positif, tetapi kalaulah dilihat kepada hakikat, sebaliknya banyak pula membawa kesan yang negatif kepada Melayu dan negara.
Memang Dr Mahathir berjaya mengubah negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara indastri. Dr Mahathir juga berjaya mewujudkan projek mega seperti menara berkembar KLCC syarikat pengeluar kereta Proton, pembangunan Putrajaya, projek lapangan kapal terbang antarabangsa Kuala Lumpur, formula satu dan lain-lain.
Projek-projek ini walaupun ada yang membawa manfaat kepada kehidupan rakyat, tetapi banyak pula membawa bebanan kepada rakyat umum dan negara.
Sebagai contoh, di sebalik kita berbangga Malaysia sebagai negara pengeluar kereta, negara terpaksa memikul beban di atas projek mega ini demi survival dan kelangsungan industri ini.
Beban yang ditanggung rakyat ke atas harga kereta yang tinggi dalam pasaran tempatan demi melindungi dan survival industri kereta tempatan sangat dirasai rakyat umum.
Tambah lagi, industri ini gagal mendapat pasaran yang sepatutnya di gelanggang pasaran antarabangsa.
Projek industri berat iaitu perwaja, nyata kecundang di pertengahan jalan. Kegagalan projek mega ini sudah tentu menambahkan lagi bebanan kepada negara dan rakyat pada umumnya.
Di bawah dasar penswastaan negara, cara-cara penanugerah projek mega kepada syarikat tertentu banyak dipersoalkan rakyat. Sistem penanugerahan tender secara terbuka dan telus tidak dikendalikan pihak berkuasa.
Memang muncul anak Melayu menjadi tokoh koporat dalam era Dr Mahathir, tetapi ramai pula di kalangan mereka kecundang apabila menghadapi peristiwa serangan mata wang di peringkat antarabangsa pada 1990-an.
Memang bangsa perlu kepada kemunculan tokoh-tokoh korporat ini. Kehadiran dan usaha mereka sudah tentu membesarkan kek ekonomi negara dan bangsa. Di bawah "the expansion of the economic cake" tadi, ekonomi negara akan berkembang.
Rakyat umum pula boleh tumpang mendapat rezeki kehidupan. Namun apa yang dapat dilihat pada fenomena umumnya, wujud jurang yang sangat membesar di antara jumlah kecil anggota  masyarakat yang kaya raya dengan kehidupan jumlah besar rakyat umum yang hidup secara sederhana.
Yang sedihnya, lagi ramai juga di kalangan anak bangsa dan rakyat yang hidup menderita di tengah-tengah kos hidup yang tinggi. Sebaliknya, wujud pula segelintir kecil anggota masyarakat yang hidup terlalu mewah.
Dalam senario kehidupan demikian istilah penyalahgunaan kuasa, korupsi dan kronisme menjadi buah mulut masyarakat. Kegiatan jenayah juga dikatakan bertambah dalam masyarakat.
Lebih dashyat lagi di bawah pemerintahan Dr Mahathir, kredibiliti institusi penting negara seperti institusi kehakiman, kepolisan dan lain-lain mulai dipersoalkan ramai angota masyarakat.
Konflik politik yang melibatkan pimpinan tertinggi negara dan Umno kerap kali berlaku, membawa kepada perpecahan Umno dan Melayu. Apakah dengan fenomena negatif ini, Wawasan 2020 yang menjadi idaman Dr Mahathir boleh menjadi realiti?
Juga berbeza dengan zaman Tun Abdul Razak sebelum, Dr Mahathir dalam zaman pemerintahannya kurang sekali fokus kepada dasar kebudayaan nasional, dasar pendidikan nasional, dan pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana arah Melayu seterusnya? (Bahagian 2)

Posted: 07 Oct 2015 07:59 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Hassan


Impak gelora api nasionalisme bangsa dan impak daripada sistem pendidikan kuasa kolonial Inggeris di tanah Melayu, pada abad ke-20, kita dapat menyaksikan muncul beberapa tokoh inteligentsia Melayu mulai tahun 1930 sehingga tahun 1970.
Mereka bangkit dalam bidang mengikut bakat dan pengalaman masing-masing. Bidang yang mereka libatkan ialah sebagai pentadbir dalam pentadbiran birokrasi, hakim dalam sistem kehakiman negara, kerjaya profesional, intelektual, pendidik, tokoh sastera, tokoh bahasa, tokoh kewartawanan dan tokoh seni perfileman.
Tokoh-tokoh ini ialah:

Tokoh pentadbir dan diplomat Melayu Dato Abdul Wahab Toh Muda Abd Aziz (Dato Panglima Bukit Gantang) Dato Nik Ahmad Kamil Hj Nik Mahmud, Dato Abdul Aziz Abdul Majid, Tan Sri Kadir Shamsuddin, Tan Sri Ghazali Shafie, Raja Mohar, Tan Sri Abdullah Salleh, Tan Sri Abdullah Ayub, Tan Sri Hashim Aman, Raja Allias Raja Ali (Felda). Dato Arshad Ayub (Pendidikan Mara) dan Rustam Abdul Hadi (Petronas).
Tokoh Perbankan Melayu: Tun Ismail Ali (Bekas Gabenor Bank Negara).
Tokoh Intelektual Melayu: Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Prof Engku Aziz, Dr Engku Umur, Prof Syed Hussein, Al-Attas, Prof Syed Naguib Al-Attas, Dr. Kassim Ahmad dan Profesor Syed Hussien Ali.
Tokoh Pendidikan Melayu: Aminuddin Baki dan Abdul Rahman Arshad.
Tokoh Pendidikan Agama: Profesor Zulkiflee Muhammad dan Hj Nik Muhd Muhiyideen Musa.
Tokoh Kehakiman dan Perundangan Negara: Tun Suffian Ali, Profesor Ahmad Ibrahim, Tun Salleh Abbas.
Tokoh Peguam Negara: Tun Salleh Abbas.
Tokoh Akuantan General: Tan Sri Ahmad Nordin.
Tokoh SPRM: Dato Harun Hashim.
Tokoh Tentera Negara: Tan Sri General Ibrahim Ismail dan General Hamid Bidin.
Tokoh Polis Negara: Inspektor General Tun Muhammad Saleh Ismail.
Tokoh Korporat Melayu: Tan Sri Azman Hashim.
Tokoh Pejuang Bahasa: Tan Sri Syed Nasir Ismail, Prof Ismail Hussein, Porfesor Dr Nik Safiyah Karim, Profesor Asmah Hj Omar dan Hassan Ahmad.
Tokoh Wartawan Melayu: Rahim Kajai, Samad Ismail dan Said Azahari.
Tokoh Teknokrat Melayu: Dr. Ungku Umar dan Tan Sri Ainuddin Wahid.
Tokoh Seni Perfileman Melayu: P.Ramlee, Jins Shamsuddin dan Hussien Hanif.
Tokoh Muzik Dan Pencipta Lagu Melayu: P. Ramlee, Yussof B, Ahmad Nawab dan Johari Salleh
Tokoh Sastera: Usman Awang (Tongkat warrant), Kamaludin Muhammad (Keris Mas) dan A. Samad Said.
Penglibatan mereka dalam kerjaya masing-masing dalam sejarah tanah air membanggakan Melayu.
Mereka peneroka kepada Melayu dalam bidang dan kerjaya-kerjaya itu. Sebagai peneroka, mereka membuka skop dan horizon kepada minda Melayu untuk berkecimpung dan melibatkan diri dalam bidang seterusnya.
Jasa khidmat mereka banyak memberi makna kepada Melayu dan negara dalam konteks pelaksanaan maksud jiwa merdeka.
Impak gelora api nasionalisme negara Asia dan impak daripada kerakusan penjajahan Inggeris di tanah Melayu, mulai penghujung tahun 1930-an sehingga tarikh kemerdekaan tanah Melayu pada tahun 1957, muncul beberapa parti politik Melayu dengan slogan kata ke arah kemerdekaan tanah air.
Parti politik Melayu ini terbahagi kepada tiga kategori:
I. Parti politik Melayu yang progresif dan dicap kuasa Inggeris sebagai parti yang berhaluan kiri. Parti-parti tersebut ialah:
a) Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1937. Parti ini dipimpin Ibrahim Yaakob, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) dan Ahmad Bustamam.
b) Selepas KMM diharamkan, orang Melayu dibawah pimpinan Mokhtaruddin Laso menubuhkan pula parti kebangsaan Melayu-Melaya (PKMM). Parti ini seterusnya pada 1940-an dipimpin Dr Bohanruddin Al Helmi dan Ishak Hj Mohammad (Pak Sako). Selepas Ahmad Bustamam menubuh sayap pemudanya bernama Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Shamsiah Fakeh menubuhkan sayap wanita dengan nama angkatan wanita sedar kedua-dua sayap ini bergabung dengan PKMM dan tertubuhlah Putera. Parti ini juga seterusnya diharamkan kuasa Inggeris.
II. Parti-parti politik Islam
a. Parti politik yang bernama Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 1947 di Al Ehya Al Sharif Gunung Semanggol Perak di bawah pimpinan seorang ulama bernama Hj Abu Bakar Al Baqir. Parti ini ditubuhkan bertujuan menubuhkan sebuah negara Islam. Namun, usia parti ini singkat kerana diharamkan penjajah Inggeris pada 1949.
b. Parti politik Islam yang bernama parti Islam Se Malaya (PAS). (Kini parti ini dikenali sebagai parti Islam Se Malaysia). Parti ini ditubuhkan pada 1951 oleh ulama dan aktivis Islam dalam Umno. Mereka keluar Umno kerana tidak selesa dengan barisan kepimpinan Umno nasionalis yang mendominasi parti itu.
Ulama-ulama dan aktivis-aktivis Islam ini di bawah pimpinan Hj Ahmad Fuad berhasrat menubuhkan sebuah negara Islam di tanah Melayu. Apabila Hj Ahmad Fuad berhenti sebagai ketua PAS, kepimpinan parti ini diserahkan pula kepada Dr Hj Abbas dan seterusnya Dr Burhanuddin Al Helmy (Dr Burhanuddin Al Helmy selepas parti PKMM diharamkan kuasa Inggeris, seterusnya pada 1950-an dipelawa barisan kepimpinan PAS untuk mengetuai parti itu).
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana arah Melayu seterusnya? (Bahagian 1)

Posted: 07 Oct 2015 07:56 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Hassan

Bangsa Melayu ada menunjukan beberapa kehebatan tertentu dalam sejarahnya.
Ciri-ciri kehebatan awal dapat dilihat dalam zaman sejarah Melaka dalam abad ke-15 dahulu. Ciri-ciri kehebatan ini ialah seperti berikut:
1. Di bawah visi dan misi kepimpinan Melayu, Parameswara dan raja-raja serta bendahara-bendahara, seterusnya Melaka, muncul sebagai empayar merangkumi kawasan di tanah Semenanjung dan Sumatera.

Empayar ini mendapat perhatian kuasa-kuasa besar Asia, iaitu China dan Siam. Di bawah payung empayar Melaka yang besar ini kemudiannya berkembang tradisi pelabuhan, perdagangan, pusat pengajian Islam, bahasa, undang undang dan budaya. 2. Muncul sebuah pelabuhan yang bertaraf antarabangsa, dihormati dan disukai pedagang dari sebelah barat, timur dan gugusan kepulauan Melayu. Wujud sistem "Emporium Trade" apabila wujudnya aktiviti longgokan dan pertukaran barang-barang di pelabuhan itu yang dibawa masuk pedagang dari pelbagai benua dan tempat.
Bagi orang Portugis, Melaka disebut sebagai "the Venice of the East". Dikatakan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di pelabuhan itu. Bahasa Melayu yang berpusat di Melaka menjadi bahasa "lingua franca" di rantau ini.
3. Melaka dalam abad ke-15 terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam ke alam Melayu. Muncul ulama yang datang dari luar, terutamanya ulama Arab. Di samping itu, muncul juga ulama tempatan.
Pemikiran ulama Sufi mendominasikan pemikiran Islam di Melaka pada abad itu (demikian juga dalam abad ke-13 sehingga ke abad ke-19, kita lihat ulama Sufi mendapat sambutan dan kedudukan tertentu di tanah Melayu) Dikatakan dari Melaka dalam abad ke-15 inilah tersebar Islam ke tanah jawa.
4. Mengikut tokoh sejarah negara Prof Dr Khoo Kay Kim, orang yang pertama mengelilingi dunia ialah orang Melayu yang berasal dari Melaka. Beliau disebut dengan nama Penglima Awang dan oleh orang Portugis, dikenali dengan nama On Re Ke.
Pada penulis, ketokohan Panglima Awang ini perlu dikaji dan diketengahkan dalam sejarah bangsa. Kehebatan dan kegigihan tokoh ini sepatutnya menjadi suatu legasi sejarah bangsa dan negara.
5. Dikatakan ada anak Melayu Melaka dalam abad ke-15 mempunyai semangat rajin dan berusaha untuk pergi ke hutan belantara mencari damar, rotan dan lain-lain hasil hutan demi untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka.
Sayang sejarah tamadun Melaka yang hebat ini hanya dapat dipertahankan selama satu abad sahaja. Apabila pemimpin Melayu mulai tewas kepada nafsu demi memperolehi kuasa, wang dan perempuan, maka mulalah pemimpin Melayu dan pengikut masing-masing berpecah dan berkonflik antara satu sama lain.
Akibatnya, Melayu seterusnya senang menjadi mangsa kepada kuasa penjajah, iaitu kuasa Portugis, Belanda dan seterusnya Inggeris. Demikianlah juga atas faktor yang hampir sama maka Singapura, Pulau Pinang, Perak dan negeri-negeri Melayu yang lain dengan senang sahaja jatuh ketangan kuasa penjajah Inggeris.
Pun demikian, di sebalik keruntuhan empayar Melaka tadi, di sebalik persengketaan kepimpinan Melayu dalam zaman-zaman seterusnya, masih ada lagi di kalangan pemimpin Melayu tertentu kemudiannya bangkit dengan berani berjuang menentang kuasa-kuasa penjajah tadi.
Sesungguhnya mereka wira-wira Melayu sejati yang sepatutnya menjadi sumber inspirasi kepada kekuatan Melayu kini. Hakikat kebangkitan ini dapat dilihat dalam sejarah Melayu mengikut kronologi seperti berikut.
1. Muncul empayar Johor, Riau Lingga yang kemudian berfungsi sebagai benteng pertahanan kepada kemaraan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Bertolak daripada empayar Melayu inilah seterusnya wujud siri perjuangan anak Melayu menentang kuasa penjajah tadi.
Siri-siri kebangkitan ini walaupun kecundang di pertengahan jalan, melambangkan manifestasi wujudnya perasaan maruah dan harga diri individu Melayu tertentu sepanjang perjalanan sejarahnya.
2. Satu fenomena menarik dalam perjalanan sejarah bangsa ialah apabila wujudnya pola baharu dalam rangkaian siri kebangkitan itu. Pola baru ini muncul apabila datangnya orang Bugis pada abad ke-18 dan ke-19 dalam sejarah tanah Melayu. Pola baharu ini dapat dilihat dengan munculnya tiga pendekatan orang Melayu Bugis dalam menentang kemaraan kuasa penjajah. Ketiga-tiga pendekatan ini dapat dilihat seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Operasi PAS lumpuh di Johor - ILHAM Centre

Posted: 07 Oct 2015 07:30 PM PDT

Oleh Hilal Azmi
KUALA LUMPUR: Penubuhan Parti Amanah, terutamanya di Johor, menyebabkan pergerakan parti PAS lumpuh. Kajian Ilham Centre mendapati pemimpin pengganti PAS di Johor tiada pengalaman untuk menerajui parti berkenaan.

"Kedudukan PAS goyah biarpun mereka mendakwa tidak terkesan (dengan penubuhan Amanah) kerana semua perjawatan diganti dengan individu lain.


"Menyedari hakikat itu, individu yang jadi pengganti tiada pengalaman, tidak pernah berorganisasi malah tidak pernah menggerakkan PAS di peringkat negeri mahupun cawangan," kata Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.

Tambah beliau, PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada.

Hasil daripada kelemahan yang ada pada pembangkang ketika ini, UMNO dianggap mempunyai peluang baik untuk mengukukuhkan kedudukan di selatan Semenanjung.

"Biarpun wujud parti baharu dengan jenama baharu dan pola pengundian orang Melayu yang sukar berubah, keadaan ini memberi kelebihan pada UMNO walaupun UMNO sendiri kini dibebani pelbagai isu," katanya.

Malah, pemikir strategi UMNO dinasihat agar terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Kalau UMNO gagal yakini pengundi, mungkin berlaku undi protes yang menjadi bonus buat pembangkang. "Dari situ, kejayaan parti pembangkang bukanlah hasil kekuatan mereka, tetapi akibat kegagalan UMNO untuk mengurus krisis dan juga apa yang berlaku pada parti pemerintah sekarang," tambahnya.~

Nurul Nuha : 'Kenapa Najib tak undur lagi?'

Posted: 07 Oct 2015 07:27 PM PDT


'Kenapa Najib tak undur lagi?'

KUALA LUMPUR - Anak bekas Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar mengakui tidak faham dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih kekal di kerusinya walaupun telah digasak dalam Bersih 4.0 lalu.

Malah menurutnya, Najib sudah tiada ruang untuk menoleh lagi selepas Bersih 4.0, namun beliau kecewa kerana Najib masih kekal di kedudukannya.

"Saya tak faham kenapa Najib tak undur-undur lagi selepas Bersih. Saya sedih sangat, pergi Bersih tiga hari...pergi balik, pergi balik...semangat.

"Malah (dapat liputan) media antarabangsa. Mana dia nak pandang (lagi)? Atas pun tak boleh...sangat teruk. Tengok tengok, dia (Najib) di situ lagi (kekal perdana menteri)," katanya ketika menjadi panel Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, di sini, malam tadi.

Dalam forum sama, Nuha turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan anak-anaknya di negara ini.

"Reformasi bukan hanya tentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tapi juga tentang masa depan kita. Sekarang ini, saya tak boleh bayangkan Malaysia macam mana yang anak-anak saya akan lalui dan tempuhi.

"Saya tidak lakukan ini (March To Freedom) untuk ayah saya, tapi juga untuk anak-anak saya dan generasi akan datang," katanya.

Amanah ramal tindakan kekalkan Najib untuk menang PRU14 mudaratkan negara

Posted: 07 Oct 2015 06:57 PM PDT

Barisan pemimpin Pakatan Harapan pada sesi soal jawab selepas majlis mengutip dana bagi Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Oktober, 2015. 
Barisan pemimpin Pakatan Harapan pada sesi soal jawab selepas majlis mengutip dana bagi Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Seruan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin negara demi memastikan kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan memudaratkan negara, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, prestasi buruk Najib membahayakan ekonomi selain mendakwa taktik melaga-lagakan keharmonian kaum yang diguna Umno demi kekal berkuasa mengancam keharmonian kaum di negara ini.
"Saya secara peribadi tidak setuju dengan pendekatan menyimpan perdana menteri ini yang secara perlahan-lahan tetapi pasti akan merosakkan semata-mata bagi memberikan kelebihan kepada kita dalam pilihan raya umum akan datang.

"Cara mereka (Umno) menggunakan politik perkauman di bawah Najib sekarang, kita mungkin akan bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya umum akan datang. "Rizab negara kita mungkin tinggal separuh dan hutang negara mungkin meningkat 2 kali ganda pada masa itu.
"Saya tak fikir dia patut kekal walau sehari lagi sekalipun. Kalau semalam kita boleh singkirkan dia, kita sudah patut berbuat demikian," kata bekas pemimpin PAS itu pada sesi soal jawab selepas majlis makan malam meraih dana Amanah di Dewan Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: Tanpa PAS sekalipun, Pakatan Harapan tetap menang PRU14

Posted: 07 Oct 2015 06:51 PM PDT

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berucap pada majlis makan bagi mengutip dana Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi. Beliau yakin Pakatan Harapan mampu memenangi pilihan raya umum akan datang walaupun tanpa kerjasama daripada PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Oktober, 2015. 
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berucap pada majlis makan bagi mengutip dana Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi. Beliau yakin Pakatan Harapan mampu memenangi pilihan raya umum akan datang walaupun tanpa kerjasama daripada PAS. 

PAS yang membuat keputusan tidak menyertai gabungan baharu pembangkang terus diserang DAP malam tadi pada majlis makan malam mengutip dana bagi parti serpihan mereka, Parti Amanah Negara (Amanah).
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PAS sebenarnya sudah mula tidak mempamerkan prestasi yang baik di kubu kuat mereka Kelantan sejak kematian bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru katanya, gabungan baharu pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang tanpa PAS sekalipun. "Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang? Biar saya beritahu anda, kita boleh. Ia tidak mudah ataupun percuma tetapi kita boleh.
"PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri," katanya di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurutnya, perkara itu jelas kelihatan sewaktu bencana banjir besar di Kelantan hujung tahun lalu yang menyaksikan seolah-olah kerajaan negeri "langsung tidak ada".
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu merujuk kepada kontroversi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan hujung tahun lalu apabila kerajaan negeri dan persekutuan dilihat sama-sama lambat menghulurkan bantuan.
Malah, DAP sendiri mengusahakan projek pembinaan semula rumah di negeri itu yang dikenali sebagai Impian Kelantan.
Hubungan DAP dan PAS putus secara rasmi apabila muktamar PAS yang lalu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan parti itu selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikritik bertali arus.
Hadi dikritik atas dakwaan culas menghadiri mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga sering menggunakan kuasa vetonya dalam parti dengan membangkang keputusan yang dibuat timbalannya pada masa itu, Mohamad Sabu dalam mesyuarat majlis presiden PR.
Bercakap dalam majlis makan malam meraih dana Amanah semalam, Pua turut mengungkit bangkangan Hadi terhadap keputusan persetujuan DAP dan PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Kedudukan Amanah mampu gugat Pas - Dr Mohd Azizuddin

Posted: 07 Oct 2015 06:49 PM PDT


Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

SHAH ALAM – Pas perlu menerima hakikat, parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) berupaya menggugat kedudukan parti itu, setelah ramai di kalangan ahli Pas berubah sokongan.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara seperti itu tidak dapat dielakkan dan sudah dapat dijangka apatah lagi Amanah dibentuk akibat  perpecahan dalam Pas.
"Amanah terdiri dalam kalangan ahli Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan kepimpinan sekarang, lalu membentuk parti baru. Mereka ini yang akan membentuk dan memimpin.
"Justeru, Pas perlu menerima hakikat bahawa ramai di kalangan ahli Pas yang bertindak keluar parti dan menyertai perjuangan Amanah. Begitu juga soal 'harta sepencarian' seperti mana yang berbangkit di Johor," ujarnya mengulas akan tindakan Amanah yang seolah-olah menarik ahli dalam kalangan ahli Pas serta mengambil alih beberapa markas Pas di Johor.
Menurutnya, sokongan terhadap Amanah di kalangan ahli Pas disebabkan oleh parti itu dilihat lebih progresif, berbanding Pas yang mengambil pendekatan  konservatif.
Jelasnya, sebelum ini dalam Pas, terdapat dua golongan ini dan berupaya bergerak seiring,  tetapi sekarang tidak boleh bersama, menyebabkan parti itu  berpecah.
"Pas masih lagi ada sokongan, selagi mana orang menyokong perjuangan konservatifnya terutama di luar bandar. Manakala masyarakat bandar akan menolak pendekatan konservatif, mereka lebih ke arah progresif yang di bawa oleh Amanah.
"Bagaimanapun ini bergantung pada ahli Pas, jika ramai yang keluar dan mengganggu kedudukan pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Itu akan beri kesan besar kepada sokongan Amanah," katanya.
Namun, Mohd Azizuddin berkata, Amanah serta Pas  tidak akan kuat tanpa sokongan daripada rakan dalam Pakatan Harapan.
"Kedua-duanya, Amanah dan Pas memerlukan rakan dalam pakatan ini untuk menang pada PRU akan datang," katanya.

Tubuh parti baharu: Nik Nazmi tak tahu

Posted: 07 Oct 2015 06:48 PM PDT


Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR - Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan tidak mengetahui apa-apa tentang dakwaan ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin berhubung kewujudan gerakan dalam parti itu untuk menubuhkan parti baharu.
Menurutnya, semua ahli mendukung keputusan penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan baru-baru ini.
"(Parti baharu) yang itu saya tak tahu sebab setakat ini yang saya tahu semua orang komited dengan parti dan mendukung pengumuman penubuhan Pakatan Harapan oleh presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).
"Sebagaimana presiden kata, kita buka pintu rundingan dengan Pas dan juga PSM...dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak apabila kita nak luaskan 'front' kita. Itu saya ingat prinsip yang kita semua terima," katanya kepada Sinar Online, selepas Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, di sini, malam tadi.
Memetik laporan Free Malaysia Today baru-baru ini, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.
Chegubard turut mendakwa kemungkinan usaha terancang itu turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang dan membayangkan Pas terlibat dalam usaha itu.
Namun Pas menafikan dakwaan tersebut. Sebelum itu, Chegubard juga mendakwa ada usaha mengguling Wan Azizah sebagai presiden parti.
Namun, menurut Nik Nazmi dakwaan tersebut tidak benar.

Pakatan Harapan belum tetapkan pendirian tentang TPPA, kata DAP

Posted: 07 Oct 2015 06:43 PM PDT

Barisan pemimpin Pakatan Harapan yang hadir pada majlis mengutip dana bagi Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Oktober, 2015. 
Barisan pemimpin Pakatan Harapan yang hadir pada majlis mengutip dana bagi Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi. 

Pakatan Harapan belum menetapkan pendirian mereka berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selagi belum meneliti dokumen perjanjian itu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, Pakatan Harapan akan menunggu perjanjian itu yang dimaklumkan menteri berkenaan akan dapat ditatap umum dalam masa 30 hari selepas ia dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu.
"Pakatan belum menentukan pendirian kami kerana sebab mudah – kami belum ada perjanjian itu. Perinciannya sangat penting," katanya pada majlis makan malam untuk meraih dana bagi Parti Amanah Negara (Amanah) di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurutnya, Pakatan Harapan akan mempertimbang perkara seperti kesan perjanjian itu yang disebut-sebut akan menjadikan syarikat berkaitan kerajaan lebih berdaya saing dan kental. Pada masa sama katanya, mereka juga perlu mengetahui kesahihan dakwaan yang perjanjian itu akan meningkatkan harga ubat-ubatan.
"Kami perlu meneliti lebih 2,000 halaman sebelum membuat kesimpulan sama ada akan menyokong atau membantahnya," kata Pua.
Petang semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan Putrajaya masih belum menandatangani TPPA walaupun rundingannya dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu.
Katanya, keputusan menandatangani perjanjian perdagangan bebas itu hanya akan diputuskan Parlimen selepas sesi perbahasan mengenainya.
"Kita hendak bawa ke Parlimen dan dibahaskan. Kita buat keputusan di Parlimen, maknanya mengundilah," kata Mustapa pada sidang media khas mengenai TPPA di Putrajaya, semalam.

Ubat-ubatan, industri milik negara, kebimbangan utama TPPA, kata pengkritik

Posted: 07 Oct 2015 06:41 PM PDT

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan menyaksikan ubat-ubatan generik sukar didapati dan  menjadikan keupayaan mendapatkan rawatan semakin sukar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2015. 
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan menyaksikan ubat-ubatan generik sukar didapati dan menjadikan keupayaan mendapatkan rawatan semakin sukar.

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan menamatkan akses kepada ubat-ubatan murah dan kawalan terhadap pembuatan dasar negara, kata pengkritik anti perjanjian tersebut.
Mereka berkata, ia turut meletakkan kerajaan Malaysia berisiko disaman sekiranya kepentingan awam diutamakan berbanding pelabur asing di bawah peruntukan perjanjian penyelesaian pertikaian pelabur-negara (ISDS).
Dari aspek perubatan, ubat-ubatan biologi berkala dilindungi, yang digunakan untuk rawatan kanser, kencing manis dan hepatitis C, serta lainnya akan menyaksikan ubat-ubatan generik sukar didapati menjadikan keupayaan untuk mendapatkan rawatan semakin sukar.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago (gambar, kanan) berkata, indikasi awal kandungan perjanjian berdasarkan laporan media berkenaan TPPA dua hari lalu menunjukkan data perlindungan bagi ubat-ubatan biologi untuk tempoh 5 tahun bagi percubaan klinikal dirahsiakan dan berkemungkinan dipanjangkan selama 3 tahun di bawah data eksklusif. Ini bermakna Malaysia akan melalui perlindungan paten sifar untuk ubat-ubatan biologi, sehingga tempoh 5 ditambah dengan 3 tahun.
"Kita bergerak daripada sifar kepada 8, bermakna, versi generik hanya akan berada di pasaran untuk tempoh 8 tahun.
"Kedudukan Malaysia adalah 5 tahun tetapi terikat lagi 3 tahun untuk mencapai persetujuan di bawah tekanan Amerika Syarikat.
"Ini bermakna rakyat Malaysia tidak akan mempunyai ubat-ubatan murah seperti rawatan kanser," kata Santiago kepada The Malaysian Insider.
Walaupun Malaysia tidak akan menandatanganinya sehingga ia dibahaskan di Parlimen, Santiago berkata badan legislatif itu seharusnya membantah untuk menandatanganinya.
"Ini bercanggah dengan apa yang kerajaan komited untuk lakukan kepada rakyat."
Ditanya mengenai jaminan ubat-ubatan mampu milik yang dirumuskan perjanjian itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) merujuk kepada The Malaysian Insider berkenaan kenyataannya yang dikeluarkan Julai tahun ini sebagai respons terhadap kebimbangan mengenai TPPA.
Kenyataan itu berkata, klausa perlindungan paten dalam TPPA tidak begitu berbeza daripada undang-undang sedia ada Malaysia, yang memperuntukkan perlindungan selama 20 tahun.
"Dalam TPP, negara-negara terlibat hanya perlu melanjutkan perlindungan paten jika terdapat kelewatan tidak munasabah dalam proses mendapatkan kebenaran perundangan. Bagaimanapun, lanjutan itu boleh dielak melalui pelaksanaan yang efisyen. Kami percaya proses kelulusan sedia ada efisyen dan tidak akan mengakibatkan kelewatan," kata Miti.
Menyentuh kebimbangan harga ubat-ubatan yang melambung, Miti berkata harga ubat tidak hanya ditentukan perlindungan paten, tetapi terdapat faktor lain seperti turun naik matawang, kos penyelidikan dan peruntukan pemasaran dan amalan sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

FAKTA yang WAJIB rakyat PERLU TAHU !!!

Posted: 07 Oct 2015 06:25 PM PDT

Patutler Najib 'TERSEREMPAK' PM Israel berjabat tgn sambil tersengih2 di PBB tempohari !!!... Rupa2nya negara kita rakan dagang Israel laknatullah..
SANGGUP menteri2 berpaksikan mazhab UMNO utk terus menafikan & berbohong perbodohkan rakyat selagi UMNO bernyawa..

GERTAKAN SAMAN NAJIB TIDAK LAGI DITAKUTI...

Posted: 07 Oct 2015 03:59 PM PDT

Tanpa menunggu tempoh tujuh hari sebagaimana yang diberikan oleh peguam Najib Razak, bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik sebaliknya hanya memerlukan kurang daripada tiga hari saja untuk menjawab gertakan mahu mengheretnya ke mahkamah.

Dr Ling memutuskan tidak akan meminta maaf kepada Najib berhubung kenyataannya yang bersetuju dengan Tun Mahathir agar Perdana Menteri meletakkan jawatannya dengan alasan "telah mengambil wang orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Berikutan kenyataan Dr Ling itu, Najib telah menghantar surat tuntutan peguam yang mahukannya meminta maaf, menarik balik dan membayar sejumlah ganti rugi dalam tempoh tujuh hari  atau jika tidak, proses tindakan undang-undang akan dimulakan kerana menganggap dakwaan bekas Menteri Pengangkutan itu sesuatu yang berunsur fitnah.

"Saya kata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan pertahankan diri saya. Dengan penuh rendah diri, saya terima cabaran anda.

"Saya ingin menyaksikan Perdana Menteri berdiri di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan melakukannya bagi membuktikan reputasinya telah tercalar.

"Saya mahu mengulangi sekali lagi bahawa saya mempertahankan apa yang saya katakan. Saya tidak akan memohon maaf," tegas Dr Ling dalam kenyataannya.

Dengan jawapan Dr. Ling itu, beliau seperti  menuruti jejak langkah The Wall Street Journal (WSJ) yang tetap mempertahankan laporannya mengenai wang RM2,600 juta meskipun telah diminta oleh peguam Najib untuk menjelaskan sama ada laporannya itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

Siasatan 1MDB mendukacitakan – Muhyiddin Yassin

Posted: 07 Oct 2015 03:56 PM PDT

Beliau mendakwa seolah-olah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan orang lain yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.
muhyiddin_1mdb_600_1
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyddin Yassin membangkitkan persoalan mungkinkah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.
Ini kerana, katanya, pada awalnya kerajaan kelihatan serius menyiasat bagi menyelesaikan kemelut tetapi kemudian menjadi makin perlahan dan kini hampir tergendala.
"Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB," katanya dalam kenyataan bagi menyokong titah Raja-Raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan segera isu 1MDB.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, Peguam Negara bertanggungjawab mendakwa mereka yang terlibat sekiranya hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara.
"Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis.
"Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini," katanya.
Tambahnya, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas 1MDB juga mesti diberikan ruang seluasnya meneruskan siasatan terhadap syarikat itu hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara.
"Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB.
"Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tajuddin ancam 'tampar', wartawan yang kena tindakan

Posted: 07 Oct 2015 03:52 PM PDT

oleh V Shuman
Jika anda adalah seorang "pembawa khabar", Malaysia adalah tempat yang bahaya untuk anda.
Termasuklah dengan menjadi wartawan. Anda mungkin akan dipanggil untuk disoal siasat polis kerana melaporkan apa yang dikatakan menteri atau timbalan menteri.
Mangsa terbaru adalah wartawan Malaysiakini yang melaporkan kata-kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman yang mengancam untuk menampar masyarakat Cina di sini.
Memetik laman Facebook wartawan terbabit, laman Free Malaysia Today melaporkan yang beliau akan dipanggil hari ini.
Ini adalah kali pertama beliau dipanggil untuk soal siasat, sepanjang lima tahun terlibat dalam bidang kewartawanan.
"Empat hari lalu saya melaporkan kenyataan Tajuddin, dan dua jam selepas berita diterbitkan, beliau menghubungi saya dan mengancam untuk saman saya kerana memanipulasi kenyataannya. Namun sehingga sekarang, tiada tindakan diambil.
"Namun sejak itu, pegawainya menghubungi saya setiap hari…Hari ini, saya dapat tahu dari bos yang polis mahu mengambil kenyataan saya.
"Sepanjang lima tahun menjadi wartawan, ini kali pertama polis mahu merakam kenyataan…Saya harap semuanya baik sahaja," katanya pada Isnin lalu menurut Free Malaysia Today.
Tajuddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan untuk menampar itu ketika mengulas tindakan masyarakat Cina yang "membuat rungutan kepada pihak luar".
"Saya ingin memberi amaran kepada masyarakat Cina Malaysia, jangan fikir jika anda ada masalah, anda mahu merungut – sedikit pun mahu merungut – dan ada orang yang akan beri perlindungan.
"Kena tampar, kalau macam tu," katanya seperti dipetik.
Tidak mengejutkan apabila kenyataan itu mengundang respon negatif pelbagai pihak, termasuk MCA.
Read More / Baca Lagi >>

'Isi segera kekosongan ahli PAC' - Muhyiddin

Posted: 07 Oct 2015 03:50 PM PDT

'Isi segera kekosongan ahli PAC' - MuhyiddinKUALA LUMPUR: Kekosongan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa itu meneruskan siasatan mereka terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.

"Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC.

"Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan.

"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rombakan kabinet baru-baru ini menyaksikan Datuk Nur Jazlan dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Timbalan Menteri Luar; Datuk Mas Ermieyanti Samsudin sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dalam pada itu Muhyiddin turut bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Ling accepts Najib's challenge

Posted: 07 Oct 2015 03:48 PM PDT