Followers

Nuffnang

Belantan

1

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Jika berlaku ketegangan kaum, DAP akan lepas tangan?

Posted: 04 Oct 2015 10:04 AM PDT


DAP tidak akan bertanggungjawab dan hanya akan bersikap 'lepas tangan' jika berlaku ketegangan antara kaum akibat permainan politik mereka yang menyentuh sentimen perkauman.

Sebelum situasi buruk itu berlaku, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendesak parti itu menghentikan segera perbuatan bermain dengan isu tersebut semata-mata mahu mendapat sokongan masyarakat Cina.

Mengambil kira sikap terdesak DAP itu, Tunku Aziz melontarkan persoalan adakah kaum kedua terbesar itu benar-benar berada dalam keadaan masalah tanpa pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

"Tindakan DAP itu jelas dapat dilihat melalui penganjuran demonstrasi Bersih, walaupun tujuannya dikatakan mahu menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, tetapi demonstrasi tersebut yang disertai hampir kesemuanya masyarakat Cina hanya bermatlamat untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jika berterusan membuat provokasi dengan cara tersebut, lama kelamaan, apabila keadaan tidak lagi terkawal, mereka akan lari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab," katanya di sini hari ini.

Pelbagai pihak semalam meminta DAP menghentikan segera bermain dengan sentimen perkauman sehingga membawa kepada polarisasi sosial dan ketegangan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Dalam pada itu, Tunku Aziz berkata, setiap parti politik sepatutnya berusaha untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman antara masyarakat pelbagai kaum.

Kata beliau, mana-mana rakyat tidak mengira kaum yang terjebak dengan agenda DAP itu perlu mengambil sikap berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa permainan politik mereka dengan cara mengheret rakyat untuk menyertai demonstrasi jalanan.

"Semua pihak perlu bersikap neutral dan bebas walaupun berbeza fahaman dan ideologi politik masing-masing.

"Nikmat keamanan dan ke­selamatan yang dikecapi rakyat selama ini tidak boleh dipertaruhkan demi kepentingan mana-mana parti politik," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

1

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DS NAJIB JAWAB ISU TERSEREMPAK PM ISRAEL

Posted: 04 Oct 2015 06:49 AM PDT

PM reply on Benyamin Netanyahu

Bukan saya jumpa .terserempak dekat pintu. Sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap. Bila kita keluar kita keluar waktu saya bila kita  menunggu kereta dia ada tepi tu .
Jadi dia salam dgn saya, saya salam dengan dia lah. Bukan ada apa-apa . bukan pertemuan. Terserempak . 

By Sheer coincidence i bumped into him at the entrance of united nations.ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di us dan permanent rep 
Boleh banyk org yg boleh sahkan ini bukan pertemuan tetapi secara kebetulan 

anything can be viral. When u viral they give wrong impression of the truth. This is the danger of social media.

The Unspinners

1

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mungkin dulu di NST, TV3, MRCB dan Malakoff dulu tak perlu sahkan dokumen untuk odit kot ...

Posted: 04 Oct 2015 10:20 PM PDT






Yang kamu tuduh-tuduh bila nak siarkan bukti?

Maharaja Pulau Pinang

Posted: 04 Oct 2015 08:35 PM PDT





Anjing banyak takut ...






Bukit banyak takut ...






Banyak kuat kaut ....


Isu sebenar larangan guna pembesar suara di Pulau Pinang ...

Posted: 04 Oct 2015 05:39 PM PDT



Masaalahnya Mufti pulak ...


MINDA KECIL MUFTI PULAU PINANG 

Pembela-pembela parti perkauman DAP tidak menganggap bahawa para pemimpin DAP yang mengkritik dan mahu menyaman. Jabatan Mufti Pahang sebagai biadap, kurang ajar dan tidak menghormati ulama' serta kepimpinan Islam.

Pembela-pembela DAP menganggap mereka yang mengkritik cadangan Jabatan Mufti Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara selain azan dan iQamat sebagai golongan anti ulama' pewaris Nabi.

Antara yang menentang fatwa tersebut adalah PAS Kawasan Permatang Pauh dan mereka beranggapan bahawa kerajaan Pulau Pinang umpama baling batu sembunyi tangan, sementara yang menyokong pula adalah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz.


 Jika kita imbas kembali isu kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Joseph Lim menjelang perayaan Krismas Disember 2012, kita akan mendapati bahawa ia adalah permulaan PAS terpecah kepada dua fraksi, menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Muslim dan menentangnya.

 Golongan PAS yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh non Muslim tersebut dianggap sebagai barua dan broker DAP yang kini membeli (baca merasuah) Parti Pekerja Malaysia dan menciplak logo Parti Pekerja Bangladesh.

Sementara yang menentangnya adalah golongan ulama' yang menerajui PAS sekarang. Perbezaan utama antara isu kalimah ALLAH dan isu pengharaman pembesar suara adalah kaedah memecah belahkan umat Islam PAS.

Dalam isu kalimah ALLAH, Ketua Menteri Joseph Lim sendiri melontarkan isu demi meraih undi MINORITI Kristian kepada DAP dan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

 Dalam isu pengharaman pembesar suara, Jabatan Mufti diperalatkan oleh tangan-tangan ghaib (baca DAP) demi mengalihkan isu-isu penyelewengan, kerakusan, kezaliman dan kekejaman kerajaan Negeri terhadap rakyatnya sendiri yang beragama Islam, Hindu dan Buddha. (KECUALI Kristian Evangelish).

 Jika kita mengimbas ANTARA punca kejatuhan Empayar Andalusia adalah para ulama' mereka sibuk membicarakan persoalan remeh temeh dan bersifat cabang dan ranting agama BERBANDING. isu-isu pokok dan membina kemasyarakatan serta kemanusiaan seperti keimanan, perpaduan, siyasah, ekonomi dan sebagainya.

Sentiasa blur ...

 Sebagai seorang umat Islam, saya merasa malu seorang yang terpanggil sebagai Mufti, Pengerusi dan Jawatankuasa Fatwa Negeri serta Exco yang berkaitan menghabiskan wang rakyat menyiapkan kertas kerja dan melayan beberapa orang bodoh yang membuat laporan tentang kebisingan pembesar suara masjid dan surau sedangkan ianya boleh diselesaikan di peringkat Qariah Masjid/Surau terbabit.

 Sikap dan mentaliti seorang Mufti sewajarnya mampu menyediakan KERTAS KERJA, KERTAS CADANGAN atau apa sahaja lontaran idea-idea membina masyarakat Islam di negeri beliau termasuklah menyediakan penilaian objektif berasaskan Al-Quran dan as-Sunnah terhadap projek pembinaan terowong oleh kerajaan negeri, implikasi kenaikan tarif-tarif air dan cukai terhadap ekonomi umat Islam, nasib dan masa depan umat Islam akibat dasar-dasar perumahan kerajaan negeri dan sebagainya.

 Kalau sekadar mengharamkan pembesar suara (samada atas telunjuk DAP atau pun tidak), mengeluarkan pelbagai fatwa dan isu-isu fardhu 'ain dan seumpamanya LEBIH BAIK TAK PAYAH JADI MUFTI. Para pelajar jurusan agama pun boleh lakukannya.


Ramai dalam PKR tak setuju dengan PH

Posted: 04 Oct 2015 03:30 AM PDT



Pas jelas enggan bekerjasama dengan Amanah.

Kini pemimpin-pemimpin dan akarumbi PKR mula persoal keputusan kepimpinan tertinggi untuk umum Pakatan Harapan dengan DAP dan Amanah.

Baca TMI di SINI

Mungkinkah ini satu drama PKR untuk terus releven sebagai penyambjng antara DAP dan PAN dengan PAS?

Wahai Kurup! Bersih 4.0 pun "race-based"

Posted: 03 Oct 2015 11:45 PM PDT


Buat tahu saja Joseph Kurup hal ini untuk berat sebelah menuduh.

Baca laporan kenyataan bias Kurup di TMI SINI


Baca si lalang evangelis yang konon berlaku adil dalam column hari ahadnya di SINI tapi sebenarnya tiada langsung menyalahkan DAP yg punca keyegangan kaum dan ugama di Malaysia.

Tulisan Wong Chun Wai masih bersikap mahu kaum cina dibiar hidup dalam kepompong kecinaan dari malaysia yang satu yang WCH sering juangkan.

Benar-benar lalang.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

1

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pakatan Harapan: Empat persoalan, empat penyelesaian

Posted: 04 Oct 2015 07:49 PM PDT

Artikel yang sesuai untuk dibaca.

liewchintong03-480x300
Saya kongsikan ucapan saya di sidang meja bulat pembangkang tempoh hari berkaitan penubuhan Pakatan Harapan supaya dapat memperdalam debat terbuka dengan lebih banyak perspektif.
Saya memberitahu sidang bahawa saya akan menyentuh empat isu klise yang kerap menjadi persoalan. Pertamanya, adakah pakatan baru itu ditubuh tergesa-gesa?
Sebenarnya, Pakatan Rakyat berakhir pada Jun 2015 walaupun sebenarnya ia gagal berfungsi untuk tempoh agak lama; setidak-tidaknya sejak krisis Menteri Besar Selangor, atau mungkin lebih awal lagi.
Jadi, sebuah pakatan perlu segera ditubuh kerana pembangkang harus bersedia dengan kemungkinan Umno menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan politik Malaysia. Lebih cepat diisi, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang sebagai pengimbang kepada kerajaan Umno.
Yang kedua, mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah?
Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.
Ada kenyataan menyebut: "Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah." Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.
Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih Umno apabila keadaan mendesak.
Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.
Ketiga pula, bagaimana untuk menang tanpa PAS?
Ada juga suara klise betapa PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Tapi, kita mesti ingat, tanpa sayap progresif mereka, PAS tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu bandar, apatah lagi pengundi bukan Melayu.
Kalau kita anggapkan saja "angin" politik memihak kepada pembangkang, keputusan pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan Umno di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.
Sekarang, Umno memegang 73 kerusi . Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.
Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.
Sudah pasti Umno akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.
Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang.
Lebih penting lagi, pakatan pembangkang yang baru mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan Umno. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu.
Sebaliknya, kepercayaan dan kesepaduan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dibina demi masa depan yang baru.
Jika pakatan baru pembangkang dapat membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan Umno buat selama-lamanya.
Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan 'Baju Merah' cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Suara mereka mungkin kedengaran bersifat perkauman tapi nada mereka jelas berkaitan ekonomi.
Pakatan baru pembangkang mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa amalan kronisme
Umnolah yang menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda Melayu.
Ia bukan disebabkan oleh orang Cina atau DAP, atau mana-mana hantu momok lain.
Contohnya, dengan kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Zahid Hamidi dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, akan wujud persaingan yang mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja Melayu.
Kroni Umno untung tapi orang muda Melayu terseksa.
Lebih-lebih lagi, semua itu tiada kaitan dengan PAS. Ada banyak kerja yang menunggu tapi melalui kepimpinan sekarang yang konservatif, PAS dijangka tidak berminat untuk turut sama.
Keempat, bolehkan PKR berperanan seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada 1990?
Ada pendapat salah dalam kalangan teman seperjuangan dan penyokong pembangkang bahawa PKR boleh memainkan peranan seperti Ku Li dengan menerajui dua pakatan berbeza pada satu masa.
Pada 1990, Semangat 46 yang dipimpin Ku Li bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP dalam Gagasan Rakyat. Ketika itu, DAP dan PAS lebih tertumpu pada kawasan masing-masing dan tidak ada perebutan tuntutan kerusi pilihan raya.
Namun, kali ini berbeza sama sekali. PAS dan Amanah akan bertembung dan berebut kerusi pilihan raya. Secara dasarnya, PAS sedar dengan kenyataan betapa Parti Amanah Negara (Amanah) berkembang pesat dan cuba menyingkirkan pengaruh PAS.
PAS tentu tidak akan membenarkannya. Begitu juga Amanah. Kedua-dua parti itu tidak akan membenarkan PKR untuk menyediakan ruang untuk parti yang satu lagi.
Jelaslah, Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi lompong kepimpinan, seterusnya membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan.
Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia. – Roketkini

Dulu masalah UMNO, sekarang masalah negara-Shahbuddin

Posted: 04 Oct 2015 06:54 PM PDT


 | October 5, 2015

Berikutan keengganan Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir meminta penduduk Pekan supaya menolaknya pada PRU kali ini
Shahbudin-Husin_najib_umno_600
PETALING JAYA: Lebih banyak kempen bergerak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan diadakan selepas kejayaan majlis majlis minum petang anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka pada Sabtu.

Meskipun menggunakan istilah datang untuk menghasut, penjelasan panjang lebar dengan lojik yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan sentimen terhadap senario terhadap senario kepimpinan negara.
"Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara," tulis Shahbudin Husin di shahbudindotcom.

Meskipun dikenakan bayaran RM80 oleh penganjur, majlis yang diadakan telah mendapat sambutan hangat, apatah lagi kali ini Dr Mahathir berkongsi strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Selain pelbagai tekanan yang telah diberikan, kali ini beliau meminta penduduk Pekan supaya tidak mengundi Najib.

Kata Tun Dr Mahathir, perkara itu tidak mustahil kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Najib menang dengan 241 undi sahaja.

Cara itu dibuat selepas Najib tetap berkeras enggan melepaskan jawatan kerana bimbang dan takut dengan kesilapan yang dilakukan.

"Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

"Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya," kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.



AMANAH mutiara baru politik negara

Posted: 04 Oct 2015 06:50 PM PDT

Akhirnya parti baru yang dinantikan berjaya didaftarkan dengan sah menurut undang-undang.
Parti Amanah Negara (Amanah) bakal diuji dan dicuba dengan pelbagai percaturan politik ala Malaysia.
Hubungan pemimpin dan ahli Amanah dengan PAS akan tetap kekal diingati oleh kawan dan lawan

. Selamanya pemimpin utama Amanah akan dikenang sebagai pengkhianat kepada pejuangan Islam oleh pemimpin PAS lantaran keberanian bekas pemimpin PAS menubuhkan wadah baru ini.
Pas makin huru-hara
PAS yang sudah berlambak kerja kini ditambah beban dengan memikirkan strategi untuk menghadapi kemaraan Amanah yang punyai ahli daripada ahli Pas itu sendiri.

Kebanjiran ahli dalam Amanah bukan sahaja daripada atasan parti malahan daripada bawahan juga.

Selagi Pas tidak berhenti melabel dan mengecop bekas pemimpin dan ahli Amanah sehingga sampai tahap kafir maka permusuhan dan dendam akan berleluasa sesama parti Pas dan Amanah.

Hal ini sukar untuk dielakkan kerana kekecewaan telah wujud dalam diri kedua ahli parti Pas dan Amanah.

Hadi tak wajar didewakan

Tindakan ahli dan pimpinan Pas mendewakan pemimpin no 1 mereka sehingga ke tahap maksum sangat tidak relevan dengan perjuangan demokrasi di negara ini.

Juga menuduh dan mentertawakan ahli yang meninggalkan Pas seolah-olah wujudnya ketamakan perjuangan Islam. Hanya Pas sahaja yang layak.

Bagi pihak Amanah pula mereka harus membuktikan wadah perjuangan baru mereka kini adalah lebih baik dan lebih teratur berbanding parti lama mereka yang semakin rosak.


Pas Terengganu tak boleh pergi jauh

Pas Terengganu jangan banyak soal isu nak joint Pakatan Harapan atau tidak. Pas selangor mahu joint tapi pemimpin Terengganu kacau. Pemimpin Terengganu patutnya fokus perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang Allah bagi mereka 15 kerusi itu.
Kedangkalan mengulas isu-isu dalaman Pakatan Rakyat yang telah berkubur itu tidak mendatangkan kebaikan yang banyak kepada Pas Terengganu.
Lebih molek Yb Satiful Bahri, Adun Paka dan juga Pesuruhjaya Pas Terengganu itu memantau Adun-Adun Pas yang kurang berperanan sebagai wakil rakyat.
Isu di Terengganu ialah kebimbangan dan ketakutan rakyat ketika Pas memerintah Terengganu. Maka jika Pas di izinkan Allah mendapat semula kuasa kerajaan di Terengganu maka apakah beberapa tokoh Pas yang pernah berkuasa dulu akan campur tangan juga nanti dalam pemerintahan Pas kelak? Padahal umum sangat maklum peranan tokoh-tokoh tersebut yang buatkan pengundi serik doh undi Pas.
Slogan Derih Jusoh sangat mujarab dan keramat iaitu 'Serik Doh Weh' berjaya menenggelamkan jasa Pas era 1999-2004 dan Pas hanya tinggal 2 kubur dengan 4 nisan sahaja ketika itu, sama seperti Pas kuburkan BN pada 1999 dengan 4 nisan juga!



Kemasukan 1.5 pekerja Bangladesh rampas peluang anak tempatan

Posted: 04 Oct 2015 06:47 PM PDT


Sivakumar-DAP
KUALA LUMPUR 3 OKT: DAP Perak menyarankan Kerajaan Persekutuan supaya menangguh cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, sebaliknya menumpu usaha memulihkan ekonomi negara.
Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar mempersoal kewajaran membawa masuk sebegitu ramai pekerja asing ketika ekonomi negara semakin merudum dan aktiviti perniagaan lembap.
Bimbang kemasukan itu menjejaskan peluang pekerja tempatan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu juga tertanya-tanya sama ada kajian terperinci mengenai keperluan itu ada dibuat atau sebaliknya.
"Adakah negara kita benar-benar mengalami krisis kekurangan pekerja? Negara kita sudah dibanjiri pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan negara lain.
"Atau, adakah kerajaan mahu membantu kroni tertentu membuat keuntungan berbilion ringgit hasil urusan membawa masuk pekerja asing itu?" katanya pada kenyataan media, semalam.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh dari pelbagai sektor akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.
Tanpa menafi peranan pekerja asing, Sivakumar berkata, kehadiran dalam jumlah terlalu besar boleh menggugat kedudukan sosio-ekonomi negara, apatah lagi sebahagiannya memasuki secara haram.
"Ia menjadi pemangkin menjana aktiviti ekonomi. Tetapi, penggantungan keterlaluan juga banyak membawa keburukan kepada negara," katanya.
Beliau khuatir mereka merampas peluang anak muda tempatan berikutan kegagalan kerajaan mengawal mereka hingga ada memulakan perniagaan, mendirikan rumah tangga, malah menjadi warganegara Malaysia.
"Nampaknya warga asing lebih makmur di tanah air ini. Rakyat tempatan rugi kerana pekerja asing sanggup menjadi buruh murah. Ini memaksa pekerja tempatan juga dibayar gaji murah.
"Kebajikan pekerja tempatan juga tidak dipeduli. Dalam keadaan ekonomi meleset, kos hidup tinggi dan gaji rendah menjejaskan ekonomi rumah tangga pekerja tempatan," katanya.
Beliau juga bimbang pekerja asing itu membawa bersama pelbagai penyakit yang memudarat penduduk, selain sebahagian mereka cenderung terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah. – Roketkini.com

SEMUA SEKOLAH DITUTP 5 DAN 6 OKTOBER..KECUALI...

Posted: 03 Oct 2015 10:09 PM PDT

Semua sekolah diarah tutup esok, lusa

Kecuali Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak

  2  0 Google +0
ALOR SETAR 4 Okt. - Kementerian Pendidikan hari ini mengarahkan sekolah-sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak ditutup dua hari bermula esok berikutan keadaan semasa jerebu.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi petang persekolahan di Kedah, Terengganu dan Johor hari ini juga diarah dibatalkan.
"Kementerian akan memantau situasi jerebu di Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan bahawa sesi persekolahan yang ditutup itu tidak perlu diganti.
"Arahan ini membabitkan semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangannya," katanya. - UTUSAN ONLINE

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Jangan Terperangkap Fitnah Zionis, Ini Cerita Sebenar Najib & Netanyahu

Posted: 04 Oct 2015 07:14 PM PDT


 

Ramai yang panas dan melompat membuat spekulasi yang meracau bila melihat gambar PM Najib Razak terjumpa Benjamin Netanyahu, PM Israel. 

Menurut YAB Perdana Menteri, adalah tidak benar beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu sepertimana didakwa pembangkang. 

 http://www.tv14.my/2015/10/04/najib-terserempak-pm-israel-ini-kisah-sebenarnya/

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:08 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hospital swasta mengutamakan wang berbanding kesihatan

Posted: 04 Oct 2015 08:17 PM PDT

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Kesihatan ialah bidang yang lumayan di Malaysia. Kini terdapat lebih dua ribu hospital swasta di seluruh negara. Dan ada kemungkinan banyak lagi akan dibina menjelang tahun-tahun mendatang.
Klinik swasta telah wujud lama dahulu, dan kini sudah menjadi perkara biasa. Tetapi hanya beberapa dekad lepas hospital swasta pula menjadi kebiasaan.
Hanya mereka yang kaya mampu menggunakan kemudahan perubatan ini. Dibandingkan dengan bayaran untuk rawatan yang diperlukan untuk hospital kerajaan, kos rawatan di hospital swasta lebih tinggi.
Biar saya petik beberapa kes yang didedahkan di media.
Seorang pesara berkata yang keluarga terpaksa membelanjakan hampir RM60,000 bagi perbelanjaan rawatan bagi ibu mereka yang berusia 87 tahun yang telah dihospital di institusi swasta.
Dia telah di masukkan ke wad di CCU selama seminggu dan kemudian dipindahkan ke sebuah bilik untuk 35 hari. Tiada pembedahan dilakukan.
Tetapi bil perubatan masih mencecah RM59,000. Bil itu juga termasuk bayaran untuk rundingan pakar nutritionist, yang bernilai RM85 setiap kali lawatan.
Menurut pesara itu, pakar itu akan datang dua kali sehari dan mereka hanya bertanyakan khabar pesakit, yang hanya berlaku kurang daripada lima minit. Setiap lawatan ini akan dikenakan caj.
Caj juga dikenakan untuk perkhidmatan jururawat selepas jam 9.30 malam.

Dalam sebuah kes lain, seorang guru tadika berkata perbelanjaan perubatan untuk ayahnya, yang dirawat untuk penyakit ketumbuhan otak di hospital kerajaan, hanya bernilai RM800.
Sebelum mendapatkan rawatan daripada hospital kerajaan, kawan-kawan telah mencadangkan seorang pakar neurologist di sebuah hospital swasta untuknya. Dalam sebuah rundingan peribadi, pakar itu, selepas menyelak rekod perubatan ayahnya, berkata yang kos perubatan ayahnya ialah RM40,000.
Read More / Baca Lagi >>

Harta Waqaf bukan harta sepencarian - Naib Presiden Pas

Posted: 04 Oct 2015 08:14 PM PDT


KUALA LUMPUR: Harta waqaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan. Demikian tegas Naib Presiden PAS. Ustaz Idris Ahmad dalam catatan Dhuha beliau pada pagi ini.

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan tertubuhnya parti serpihan dari PAS selepas pemilihan parti tersebut.

"Waqaf ialah berhenti,menahan, menghalang. Ertinya harta tersebut ditahan hak pewaqaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah" tegas beliau dalam catatan tersebut.

"Apabila waqaf khas seperti orang waqaf kepada PAS, maka ia milik PAS. Kalau orang waqaf untuk sekolah, maka ia hanya milik sekolah." ujar beliau lagi yang juga merupakan ahli Parlimen Bukit Gantang,  Perak.

Beliau turut mengingatkan bahawa harta waqaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan sesuka hati.

Beliau juga turut memberikan amaran agar pihak terbabit jangan bermain  dengan murka Allah SWT walaupun dari perundangan mungkin terlepas.

"Mungkin dari segi pentadbiran mereka boleh ambil balik, tetapi dengan Allah tidak terlepas. Sejarah membuktikan orang yang makan harta waqaf tidak selamat di dunia dan di akhirat" tegas beliau lagi.

Tafsir undang-undang tidak boleh jumud, kata Pemuda PKR dalam kes Yuneswaran

Posted: 04 Oct 2015 08:13 PM PDT

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sabitan bersalah dan hukuman denda sebanyak RM6,000 yang dikenakan terhadap ahli parti R Yuneswaran, bercanggah dengan keputusan dalam kes membabitkan dirinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015. 
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sabitan bersalah dan hukuman denda sebanyak RM6,000 yang dikenakan terhadap ahli parti R Yuneswaran, bercanggah dengan keputusan dalam kes membabitkan dirinya.

Mentafsir undang-undang hak asasi dengan cara yang jumud kini tidak lagi relevan, kata Pemuda PKR hari ini sambil menambah, ia bertentangan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas dan demokratik.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian dalam melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap anggota parti, R Yuneswaran yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Nik Nazmi berkata, sabitan bersalah dan hukuman denda sebanyak RM6,000 yang dikenakan terhadap setiausaha kerja PKR Johor itu bercanggah dengan keputusan dalam kes membabitkan dirinya.

"Perubahan ketara ini bagaikan mengisyaratkan satu era di mana hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan semakin samar akibat penfasiran yang terhad oleh mahkamah," katanya dalam satu kenyataan. "Sekiranya kes ini dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan, kami hanya boleh berharap Mahkamah Persekutuan akan mengambil langkah lebih berani dan adil di dalam mentafsir akta tersebut.
"Di dalam era global dan penuh kebebasan ini, tafsiran undang-undang berkenaan hak asasi dengan cara yang jumud adalah tidak relevan, malah ia bertentangan dengan perkembangan Malaysia sebagai negara yang bebas dan demokratik," kata Nik Nazmi.

Surat Terbuka Abdul Hamid Bador Kepada Kerajaan

Posted: 04 Oct 2015 07:32 PM PDT


HOT ! Surat Terbuka Abdul Hamid Bador Kepada KerajaanTerlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.
Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.
Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil "merestui perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!!
"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.
Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini. Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal??? Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.
Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang keluar" dari Cawangan Khas. Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.
dd
Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes "rompakan" wang 1MDB ini. Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.
Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!! Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......I Know What You Did Last Summer!!!
Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.
Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai. Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari. Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi. Bukan saja skandal Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita menarik" tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai. Afterall birds of the same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!
dd
Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB. Kedudukan kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau "dipecat". Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa. Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan kerajaan??? Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik "diversion" yang digunakan oleh para "perompak"ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi "perompak" ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB. Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!! Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan??? Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini??? Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan??? Mengapa tiba-tiba Peguam Negara "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara? Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi keterangan? Hanya orang bersalah saja yang takut!!! Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau.
Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,
KETUA SETIAUSAHA NEGARA.
tt
Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini. Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah. Takutilah kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng. Tan Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan, menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam yang teraniaya!!!
Read More / Baca Lagi >>

Apakah FBI perlu maklum PDRM untuk siasat 1MDB & 'derma' Najib?

Posted: 04 Oct 2015 07:30 PM PDT

Apakah FBI perlu maklum PDRM untuk siasat 1MDB & 'derma' Najib?
Beberapa portal hari ini ada menyiarkan artikel Bernama yang mendakwa Ketua Polis Negara ( atau dikenali dengan akronim manja KBAB ) menafikan FBI telah memulakan siasatan keatas 1MDB dan Najib.

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.
"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan perdana menteri.
"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," tegasnya dalam satu kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, Khalid menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan pihak FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan media semata-mata.
Ada sesuatu yang pelik dengan artikel Bernama itu, maka saya cek dengan FB KBAB pula -
KENYATAAN MEDIA: DAKWAAN BAHAWA 1MDB DAN YAB PERDANA MENTERI SEDANG DISIASAT OLEH PIHAK FBI
SAYA MERUJUK KEPADA BEBERAPA ARTIKEL YANG DISEBARKAN DI DALAM MEDIA SOSIAL YANG MENDAKWA KONONNYA PIHAK FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION (FBI) TELAH MEMULAKAN SIASATAN KE ATAS 1MDB DAN JUGA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA.
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) TIDAK PERNAH MENERIMA SEBARANG PEMAKLUMAN BERHUBUNG DAKWAAN SIASATAN YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK FBI. AGENSI TERBABIT JUGA TIDAK MEMOHON UNTUK MNENDAPATKAN SEBARANG BENTUK BANTUAN DARI PDRM BERHUBUNG PERKARA YANG SAMA.
MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN BERKAITAN PERKARA INI, DINASIHATI BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK FBI DI WASHINGTON DAN TIDAK MERUJUK KEPADA LAPORAN MEDIA SEMATA-MATA.
(Tan Sri Dato' Sri Khalid B. Abu Bakar) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
Perenggan pertama artikel Bernama itu yang pelik -
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebab dari kenyataan KBAB, beliau tidak ada menafikan siasatan FBI itu, KBAB sekadar menyatakan secara resmi bahawa tidak ada makluman dari FBI dan tidak ada permohonan dari FBI.
Adakah itu SAMA dengan menyatakan bahawa tidak ada siasatan FBI ?
ff
Persoalan utama di sini adalah, apakah pihak berkuasa luarnegara ( dalam kes ini FBI ) perlu memaklumkan PDRM jika mereka mahu menyiasat organisasi atau individu dari Malaysia berkaitan aktiviti meragukan di negara mereka ?
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat tertekan nilai ringgit terus menyusut

Posted: 04 Oct 2015 07:25 PM PDT

photo 1Ringgit Malaysia terus diniagakan lemah berbanding Dollar Amerika apabila unit tempatan itu berada pada 4.42 bagi setiap satu USD, setakat jam 11 pagi tadi.
Keadaan ringgit yang terus menjunam itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang menyifakan ia sangat memberi kesan kepada keadaan ekonomi semasa.
Bagi kakitangan kerajaan, Alissala Thian, 29, berkata ringgit susut melepasi RM4 berbanding dolar Amerika yang sangat menjejaskan isi rumah akibat kenaikan harga makanan dan keperluan lain.
"Pelbagai kenaikan harga barang berlaku tanpa disedari orang ramai. Sudah tentu rakyat tertekan dengan perkara ini selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau berharap penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mampu memperkenalkan sebahagian langkah kerajaan bagi mengatasi krisis ekonomi negara.
Sementara itu, Asyraf Fauzi, 22, berkata sudah tiba masa untuk kerajaan menyelesaikan beberapa isu dalaman yang didakwa menjadi punca kejatuhan nilai ringgit.
photo 2"Tidak pernah dalam sejarah negara masalah politik, ekonomi dan kejatuhan ringgit berlaku serentak, namun itu hakikat hari ini. Oleh itu, beberapa isu dalaman yang turut menjejaskan sentimen selain keyakinan perlu diselesaikan," katanya.
Dia turut kesal kerana keadaan ringgit yang terus jatuh menyebabkan percutiannya ke Eropah hujung bulan ini terganggu.
"Setakat ini, tukaran mencapai RM5 bagi Euro. Pening juga bila memikirkan kerana semua sudah ditempah awal," katanya.
Pada 2 Oktober lalu, Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata ringgit dijangka diniagakan pada kadar 4.40 hingga 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan berikutan prestasi dagangan yang positif sejajar harga komoditi lebih stabil.
Read More / Baca Lagi >>

7 tahun tadbir Selangor, Pakatan pecah tembok perkauman

Posted: 04 Oct 2015 07:24 PM PDT

Pesta TanglongPANDAN, 5 OKT: Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor berjaya memecahkan tembok pemisah perkauman sebagai pencapaian terpenting sepanjang tujuh tahun mentadbir negeri itu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ini berikutan kunci kejayaan negeri itu terletak pada keharmonian masyarakat dan saling kenal mengenali antara satu sama lain.
"Hari ini kita melihat manifestasi usaha Kerajaan Selangor menyatukan rakyatnya. Sepanjang tujuh tahun Pakatan menjadi kerajaan, kita berjaya memecahkan tembok pelbagai bangsa di negeri ini.
"Kita melihat semua program dianjurkan Kerajaan Negeri atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) sama ada program Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali, bukan dihadiri satu bangsa sahaja tetapi dihadiri semua bangsa," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sambutan Pesta Tanglung peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Pandan Jaya di sini, malam tadi.
Bagaimanapun jelas Iskandar, masih terdapat sesetengah golongan yang sengaja memainkan sentimen perkauman sempit seperti berlaku dalam Perhimpunan Baju Merah demi kepentingan politik pemimpin korup.
"Saya ingat dulu-dulu apabila orang Cina buat persembahan Tarian Naga dengan gendangnya yang kuat bunyinya apabila masa itu kita orang Melayu takut persembahan itu sebab rasa seperti mengancam kita.
"Tetapi bila kita mengenali budaya masyarakat yang bukan daripada kalangan kita, rasa takut itu hilang," kata Iskandar.
Ketika menyentuh kehadiran dianggarkan hampir 1,000 hadirin, Iskandar berkata beliau sendiri tidak menyangka menerima sambutan memberangsangkan walaupun dalam cuaca berjerebu.

TIBA-TIBA SAJA MELAYU DISURUH BERTENANG

Posted: 04 Oct 2015 07:15 PM PDT

Aku pun hairan bagaimana dengan tiba-tiba saja orang Melayu disuruh bertenang.  Setahu aku apabila disuruh 'bertenang' maknanya sudah wujud suatu keadaan yang 'tidak tenang'. dan sepanjang pemerhatian dan penglihatan aku juga tidak timbul langsung suasana yang tidak tenang dikalangan kaum-kaum di Malaysia kini. Kelihatan semuanya 'tenang' dari segi hubungan kaum-kaum di negara ini. Semuanya 'bergumbira'.
            Maknanya tidak kelihatan langsung suasana 'tidak tenang' dalam pergaulan Melayu-Cina-India di negara ini. Semuanya kelihatan riang dan gembira dalam menjalankan tugas harian mereka. Jikalau ada pun keadaan yang 'tidak tenang' ialah apabila rakyat Malaysia dari semua kaum memikirkan tentang kerenah pemimpin di negara kita yang kelihatan seperti 'cacing kepanasan' ataupun 'seperti kera kena belacan. Maknanya entah apa sebabnya kelihatan para pemimpin di negara kita kini semacam tidak tenang menghadapi suasana yang wujud kini.
            Rakyat Malaysia sememangnya 'tidak tenang' apabila mengenangkan tentang wang RM 2.6 billion yang berada dalam akaun peribadi DS Najib. Rakyat Malaysia memang tidak tenang mengenangkan derita yang terpaksa ditanggung ekoran daripada cukai GST yang dikenakan oleh kerajaan. Rakyat sememangnya tidak tenang mengenangkan yang Ringgit Malaysia sudah hampir setaraf dengan 'duit Jepun' bergambarkan pokok pisang yang pernah dimiliki oleh datuk nenek kita zaman dulu ketika berada dibawah pemerintahan Jepun.
            Dan yang paling merunsingkan rakyat Malaysia dari semua kaum ialah tentang para pemimpin negara yang semacam tidak kisah langsung tentang nasib rakyat yang terpaksa 'bertarung' siang malam memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam suasana negara yang dihimpit dengan berbagai masalah ini. Keluhan rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India akan kedengaran di mana-mana tentang kenaikan harga barang keperluan harian. Dan entah bagaimanalah mereka ( termasuk aku juga) menghadapi keadaan kehidupan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ke sekolah.
            Para pemimpin negara semacam tidak peduli dan tidak peka dengan keadaan kehidupan yang dialami oleh rakyat miskin luar bandar. Dan yang anihnya juga rakyat berketurunan Melayu yang miskin di luar bandar seolah-olah dapat melupakan penderitaan yang mereka alami hanya dengan menerima wang BRIM. Mereka akan terus melupakan derita hidup yang dialami oleh mereka. Dan mereka seolah-olah terus 'memaafkan' pemimpin mereka yang menyebabkan keadaan kemiskinan yang terus mencengkam kehidupan mereka untuk beberapa generasi akan datang.
            Dan para pemimpin negara terus menggunakan 'fear paradigm' dengan menakut-nakutkan orang Melayu yang kononnya orang Melayu sedang terancam dan diancam oleh orang Cina. Inilah cara yang digunakan oleh pihak tertentu semenjak zaman berzaman semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada memikir dan membincangkan isu-isu tertentu. Dan isu perkauman sering digunakan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu bagi menyokong sesuatu isu.
            Kini isu IMDB dan isu RM 2.6 billion milik akaun DS Najib menjadi isu hangat dibincangkan bukan sahaja dikalangan golongan bijak pandai di bandar tetapi juga dikalangan penduduk kampung. Bukan sahaja diperkatakan oleh golongan dewasa tetapi kini sedang diperkatakan oleh anak-anak sekolah rendah. Seolah-olah mereka sedang diasuh oleh ibu bapa mereka tentang keadaan 'malapetaka' yang menimpa negara kini.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah wujud 22 bahagian di Selangor

Posted: 04 Oct 2015 07:06 PM PDT

AMANAH 1
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama pimpinan pakatan pembangkang di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
PETALING JAYA, 4 Oktober:
"Parti Amanah Negara (Amanah) wujudkan 22 bahagian di negeri Selangor."
Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah negeri Selangor, Ir Izham Hashim dalam ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
Menurut Izham, Selangor akan menjadi contoh kepada negeri lain kerana Amanah yang baru ditubuhkan itu tidak mahu dianggap sebagai parti yang menumpang.
"Selangor perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain kerana Selangor mengambarkan Malaysia,
"Sasaran ahli Amanah di Selangor sahaja adalah 22 ribu ahli daripada sasaran keseluruhan 100 ribu yang ditetapkan oleh Presiden Parti Mohamad Sabu sehingga akhir tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, Izham turut menyentuh Amanah di Selangor akan menjadi pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum ini.
Katanya, merujuk kepada kajian Merdeka Center dan UMCEDEL mengenai keputusan pilihan raya umum lalu, kelemahan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi PRU-13 adalah ikatan longgar gabungan itu.
"Pakatan Harapan akan mengambil iktibar dari kelemahan Pakatan Rakyat, pandangan skeptikal pengundi berdasarkan kajian Merdeka Center dan UMCEDEL, gabungan yang longgar adalah punca pembangkang tidak berjaya memenangi PRU-13," katanya.
Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ceramah tersebut bermula pada jam 8.30 malam menjadi ruang mendekati penduduk Petaling Jaya mengenali Amanah dengan lebih dekat.

PAS disaran bertoleransi dalam soal penentuan kerusi yang ditandingi - Phahrolrazi

Posted: 04 Oct 2015 07:04 PM PDT

Post Pic
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyarankan supaya PAS tidak bertindak sendirian dalam menentukan kerusi yang mahu ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.
 
Beliau yang kini Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, saranan ini perlu diambil serius oleh PAS dalam usaha memastikan pakatan pembangkang berjaya menewaskan Umno-Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.
 
Sehubungan itu katanya, PAS disaran untuk bertoleransi dalam penentuan kerusi yang mahu ditandinginya atas kapasiti pembangkang.
 
"Sepatutnya begitulah tujuan kita mengadakan pakatan pembangkang ini kerana kita mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
 
"Jadi dengan cara bergabung telah memberi ruang untuk kita menang secara bergabung, jadi sebab itu kita tolak parti bertindak sendirian.
 
"Sebab sejarah telah menunjukkan tidak menguntungkan setakat ini sebab BN itu sendiri pun satu gabungan, jadi kita pembangkang (sama ada) PAS atau Amanah, atau dilihat sebagai kumpulan pembangkang setakat ini, jadi sepatutnya pembangkang mesti bergabung untuk menghadapi parti memerintah," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
 
Beliau mengulas kenyataan terkini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang membayangkan kemungkinan besar saingan tiga penjuru atau lebih di banyak kerusi DUN dan Parlimen pada PRU14 susulan penubuhan Pakatan Harapan (PH).
 
Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak mungkin memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Negara) untuk bertanding di kerusi-kerusi yang secara tradisi ditandingi parti itu.
 
Read More / Baca Lagi >>

Fokus Agenda Besar Pakatan Harapan, Jangan Sibuk salahkan Orang

Posted: 04 Oct 2015 07:00 PM PDT

1. Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali AMANAH hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

2. Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri.

3. Menyalahkan penubuhan PAKATAN HARAPAN sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah, adalah merupakan sikap yang terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal.

4. AMANAH berpandangan pintu  rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti-parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

5. AMANAH sebagai pemain baharu dipersada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam PAKATAN HARAPAN. Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar PAKATAN HARAPAN yang menjadi aspirasi rakyat ini.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara

Ini Jawapannya ,Isu Tuduhan Rampas Markaz PAS Di Johor

Posted: 04 Oct 2015 07:00 PM PDT

Oleh Mazlan Aliman


Apabila timbul dakwaan bahawa Parti Amanah Negara(AMANAH)Kawasan Tenggara merampas Markaz PAS, saya di fitnah dan di maki hamun dengan bahasa yang amat kesat. Di gambarkan kononnya Markaz tersebut telah di waqafkan dan dikutip sumbangan ahli ahli PAS. 

Kisahnya di muat dalam media sosial dan di viralkan hingga tersebar ke seluruh dunia. Saya tidak tahu apa motifnya.

Hakikat sebenar sangat berbeza. Pemilik tanah adalah ahli berdaftar AMANAH. Dia sendiri yang ambil inisiatif mendirikan bangunan dan di beli oleh PAS Kawasan Tenggara dengan jumlah tertentu.

 Wang pendahuluan di bayar oleh Tuan Hj Mohzit, yang waktu itu adalah Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan. Bagi melangsaikan baki hutang pembelian bangunan tersebut, di usahakan membuat kupon.

 Namun, tidak sempat di edar akibat krisis yang melanda PAS. Dokumen dan maklumat mengenai Markaz ada sebagai bukti. Tidak timbul soal AMANAH merampas premis PAS.

Apabila wujudnya AMANAH, pemilik tanah membuat dokumen baru yang di perakukan Pesuruhjaya Sumpah.Itu urusan pemilik tanah dengan AMANAH yang tidak harus dikaitkan dengan saya, sebab saya bukan Pengerusi AMANAH Tenggara. Bahkan, saya juga bukan lagi Pemimpin PAS di Kawasan Tenggara, selepas berundur sejak beberapa tahun lalu.

Selama ini saya berdiam diri dan meletakkan keyakinan perundingan boleh di lakukan secara baik, sebab kita dulunya dari parti yang sama. AMANAH terpaksa menggunakan khidmat nasihat dari Lawyer Firdaus Mas'ud sebab perbincangan gagal mencapai kata sepakat sebab sikap mereka yang keras dan tidak mahu bertolak ansur.

Saya membuat penjelasan ini atas permintaan dan rayuan rakan rakan, meskipun saya amat berat berbuat demikian.

Apapun persepsinya, PAS adalah parti yang saya bergelumang di dalamnya selama 30 tahun. Walaupun kini berbeza wadah, mereka adalah sahabat sahabat baik saya. Tentu sekali, suka duka dan pahit manis yang terlalu banyak; tidak akan di lupakan sepanjang hayat. Apa perlunya untuk kita bermusuhan kerana wadah yang berbeza?
Read More / Baca Lagi >>

Jawaban Keatas Tuduhan Amanah Perampas Aset Milik PAS Johor

Posted: 04 Oct 2015 06:59 PM PDT

Amanah Johor seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama PAS. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kalangan peguam, perunding hartanah, profesional dan asatizah. Satu panduan telah dikeluarkan iaitu ;

1. Aset yg dlm geran tanah atas nama PAS adalah menjadi aset milik PAS.

2. Aset yg dlm geran tanah atas nama pemegang amanah bagi pihak PAS adalah menjadi aset milik PAS.

3. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal tersebut telah meninggal dunia maka aset itu menjadi milik PAS.

4. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal masih hidup maka tuantanah berhak untuk memberikan atau mewakafkan tanah tersebut samada kpd PAS atau AMANAH.

Bangunan yg didirikan diatas tanah adalah mengikut definisi Tanah dlm Kanun Tanah Negara (KTN) dimana bangunan yg terdapat diatas tanah adalah menjadi sebahagian drp tanah. Dengan kata lain hakmilik keatas bangunan adalah merujuk kepada pemilik tanah tersebut.

Panduan diatas jelas menunjukkan bertapa terbukanya Amanah Johor dalam penentuan pemilikan aset sepencarian ketika bersama PAS. (Secara statistiknya peluang Amanah untuk menuntut aset sepencarian bersama PAS adalah 12.5% sahaja).
Read More / Baca Lagi >>

Istiqamah, usah jadi seperti kain buruk - Nasrudin

Posted: 04 Oct 2015 06:45 PM PDT

Nasrudin Hassan
RANTAU PANJANG - Pas mengajak ahlinya istiqamah hingga menang dan tidak menjadi umpama 'kain buruk' yang tidak produktif.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sepatutnya tidak wujud golongan 'kain buruk' dalam jemaah Pas.

Menurutnya, secantik mana pun kain itu, jika tidak digunakan lama-kelamaan ia akan menjadi kain buruk.

"Semua ahli mempunyai kelebihan maka kita galakkan mereka berkongsi buah fikiran yang bernas dalam menuju kemenangan.

"Jangan jadi seperti 'kain buruk',  dibuang sayang, dipakai malu," katanya ketika berucap pada  Majlis Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Pusat Tarbiah Pas Rantau Panjang, kelmarin.

Menyentuh konsep istiqamah, Nasrudin berkata, semua ahli perlu bangun, berdiri dan mendesak dalam melaksanakan tuntutan Islam.

"Kita bersatu dan menyebarkan perjuangan Islam agar Pas di negeri lain sama kuat sepertimana Pas di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui Pas kini menghadapi beberapa krisis selepas Muktamar Pas sehingga ada pemimpinnya menubuhkan parti baharu.

Read More / Baca Lagi >>

Parti Amanah Johor didakwa tidak amanah - PAS Johor

Posted: 04 Oct 2015 06:44 PM PDT


Dr Mahfodz Mohamed

JOHOR BAHRU - Pas Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.

"Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.

"Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar Pas akan ada orang yang menggantikan tugasnya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu.

"Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk Pas walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak Pas.

"Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika Pas mempunyai peluang untuk menang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan parti itu merampas aset milik Pas Johor sebaliknya mereka hanya mengambil alih bangunan yang diwakafkan semula kepada parti itu.

"Apa yang berlaku seperti di Pontian sebenarnya bangunan itu sebelum ini digunakan Pas sebagai markas tetapi pemiliknya telah mewakafkan semula kepada Amanah.

"Kita tidak berniat untuk merampas sebaliknya akan menjadikannya sebagai bangunan guna sama untuk Amanah dan Pas," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Penubuhan Pakatan Harapan ‘tergesa-gesa’, tiada pelan nasional, kata Maria Chin

Posted: 04 Oct 2015 06:39 PM PDT

Pakatan Harapan sepatutnya diumumkan ketika 3 parti pembangkang itu menyediakan sesuatu yang konkrit untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.Pakatan Harapan sepatutnya diumumkan ketika 3 parti pembangkang itu menyediakan sesuatu yang konkrit untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.Ketika Pakatan Harapan yang baru dilancarkan bergelut menghadapi isu persepsi, aktivis Maria Chin Abdullah mempersoalkan mengapa parti politik pembangkang tergesa-gesa mahu menubuhkannya.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, Pakatan Harapan diumumkan sebelum 3 parti pembangkang itu menyediakan sesuatu yang konkrit untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau yang turut dijemput hadir pada sidang meja bulat merundingkan gabungan itu berkata, walaupun beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi peluang memberi pandangan, keputusan seolah-olah sudah dibuat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menubuhkan pakatan itu.

"Saya mempersoalkan proses di mana keputusan dibuat secara tergesa-gesa pada sidang meja bulat itu," kata Maria kepada The Malaysian Insider. "Tidak begitu banyak NGO dijemput dan hanya sesetengah sahaja yang diberikan 'hak bercakap'," katanya.
Pada 22 September lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai gabungan baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang "terkubur" tahun ini disebabkan perselisihan di antara DAP dan PAS.
Dr Wan Azizah juga berkata, Pakatan Harapan turut bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka sekiranya gabungan pembangkang baharu itu berjaya menawan Putrajaya.
Selain itu, katanya, gabungan itu kelihatan seperti tidak mencapai persetujuan dalam perkara lain.
Maria berkata, sidang meja bulat itu gagal membincangkan "Buku Jingga" dan manifesto lain dikeluarkan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), isu-isu penting yang timbul dan sesetengahnya perlu diberikan perhatian segera termasuk pelan jangka panjang.
"Mesyuarat itu juga tidak membentangkan pelan untuk menyelesaikan krisis nasional yang sering kali ahli politik ini katakan mereka akan bantu untuk selesaikan," katanya.
Maria berkata, adalah penting untuk Pakatan Harapan mempunyai pelan nasional semasa mengumumkan penubuhannya kerana rakyat hendak melihat bagaimana krisis yang melanda negara pada hari ini dapat diselesaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Ku Nan mempertahankan Tajuddin yang ‘sukar dikawal’?

Posted: 04 Oct 2015 04:55 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri

 Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor cuba untuk membayangkan yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman tidak begitu bijak?

Setiausaha Agung Umno itu telah dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan meminta Tajuddin untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana mengancam untuk menampar mereka, kerana beliau dikatakan telah terkeliru oleh media sosial dan seterusnya bertindak dalam kemarahan.

Tengku Adnan berkata punca kemarahan Tajuddin berkemungkinan salah faham yang telah membuatkan beliau berfikir bahawa orang Cina tempatan telah meminta bantuan dari China. Huang Huikang "Saya faham perasaan dia. Perkara yang sama turut berlaku, apabila saya pada awalnya salah faham kenyataan duta besar China (ke Malaysia) Huang Huikang, dan saya begitu marah.

"Kenyataan Huang telah diputar belit oleh pemimpin DAP Ronnie Liu. Duta itu tidak pernah menyebut Cina Malaysia tetapi rakyat China. Kenyataan itu telah diputar belit kepada barisan diplomatik," kata Tengku Adnan yang dipetik oleh Sin Chew Daily pada 3 Oktober.

Huan telah melawat Jalan Petaling di ambang perhimpunan kontroversi yang dirancang, yang telah dibatalkan. Ketika tinjauan mesra, duta itu berkata China menolak sebarang bentuk keganasan, perkauman dan ekstrimisme.

Jelas sekali Tajuddin tidak mengikut 'nasihat' oleh pemimpin Umno sendiri yang telah menggesa rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap Internet dan tidak percaya semua yang mereka baca di atas talian.

Ahli majlis tertinggi Umno itu telah memberitahu orang Cina Malaysia supaya berhenti berangan yang 'Godfather' dari China akan datang membantu mereka. Beliau kemudian mengeluarkan amaran 'melempang' orang Cina Malaysia yang mengadu terlalu banyak.

Read More / Baca Lagi >>

Penduduk kampung di Kelantan bina rakit sebagai persediaan hadapi banjir

Posted: 04 Oct 2015 04:52 PM PDT

Fatimah Mat dan penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri membuat persiapan menghadapi banjir yang bakal tiba memandangkan kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang tindakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015. 
Fatimah Mat dan penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri membuat persiapan menghadapi banjir yang bakal tiba memandangkan kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang tindakan.
Selepas hilang tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda Kelantan, sebahagian besarnya pedalaman pada penghujung Disember lalu, penduduk Kampung Limau Kasturi di Gua Musang tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sedang membina rakit sebagai persedian menghadapi hujan lebat susulan angin monsun timur laut yang dijangka membadai negeri itu hujung tahun ini.
Mereka mula mengumpul tong plastik, kayu dan bahan lain untuk dijadikan rakit yang boleh digunakan jika banjir besar melanda negeri itu sekali lagi tahun ini.
"Kami sudah mula mengumpul barang-barang ini untuk membina rakit," kata penduduk kampung Fatimah Mat sambil menunjukkan tong berwarna biru yang disusun di satu kawasan di kediamannya.

Banjir tahun lepas adalah yang paling teruk dalam sejarah hingga menyebabkan lebih 100,000 orang di Kelantan terjejas. Ini termasuk 1,821 keluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dihanyutkan air banjir. Fatimah, 47, dan beberapa jirannya ketika ditemui The Malaysian Insider di kampung mereka yang terletak kira-kira 40km dari Gua Musang berkata, mereka tidak menyangka akan mengalami banjir sebegitu teruk seperti itu.
"Memang pernah berlaku banjir sebelum ini tetapi masa itu air hanya berada pada paras lutut kami saja.
Alias Mohamad dari Kampung Limau Kasturi, Kelantan, khuatir kejadian banjir besar tahun lalu berulang kembali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015. 
Alias Mohamad dari Kampung Limau Kasturi, Kelantan, khuatir kejadian banjir besar tahun lalu berulang kembali.
"Kejadian banjir besar pada Disember lepas adalah kali pertama sehingga menenggelamkan kampung kami serta menghanyutkan rumah penduduk kampung," kata Alias Mohamad, 64.
"Jiran kami, juga sudah mula membina rakit untuk mengangkut barang-barang dan penduduk ke kawasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku lagi tahun ini.
"Jika kita hanya bergantung kepada polis, kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain, matilah kita."
Katanya, tahun lepas penduduk kampung yang membantu menyelamatkan satu sama lain, berpindah ke kawasan lebih tinggi, apabila air semakin naik di kawasan itu.
"Kampung kami berada terlalu dalam. Bantuan luar hanya akan sampai beberapa hari kemudian."
Fatimah berkata, penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri apabila kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang langkah persiapan menghadapi banjir akhir tahun ini.
"Tiada siapa yang memberitahu kami apa yang perlu dilakukan jika ia (banjir) datang lagi dan tiada siapa datang menerangkan mengenai langkah kontingensi yang perlu diambil bagi memastikan ia tidak berlaku lagi di sini," katanya.
Seperti kebanyakan keluarga lain di kampung itu, Fatimah kini menetap di rumah sementara, selepas lebih 4 bulan tinggal di dalam khemah selepas banjir itu.
Tetapi tidak seperti orang yang lain, Fatimah dan suaminya membina rumah mereka sendiri, menggunakan bahan-bahan daripada rumah lama mereka, selepas beberapa bulan tinggal berkhemah itu.
Read More / Baca Lagi >>

PBB: Kenapa Najib tidak kritik AS?

Posted: 04 Oct 2015 04:50 PM PDT


Najib Tun Razak


SHAH ALAM - Ketika Malaysia berpeluang membongkar permasalahan sebenar yang menimpa Palestin di depan semua pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tidak berani mengkritik punca sebenar yang berdiri di sebalik penderitaan rakyat negara itu iaitu Amerika Syarikat.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr Chandra Muzaffar berkata, melalui ucapan Najib di Perhimpunan Agung PBB, Khamis lalu beliau hanya menyuarakan soal hak rakyat Palestin namun tidak menyentuh soal peranan AS dalam kekejaman yang berlaku.

"Sebagai anggota Majlis Keselamatan yang tidak tetap, peranan yang boleh dimainkan Malaysia terbatas. Ini yang harus difahami. Kita bukan kuasa besar namun saya juga berpendapat kita boleh memainkan peranan yang lebih berkesan.

"Sebagai contoh dalam isu Palestin. Memang benar kita selalu menyuarakan tentang hak rakyat Palestin dan sebagainya tetapi kita tidak begitu tegas sebagai anggota Majlis Keselamatan...berhujah tentang punca utama masalah yang dihadapi Palestin.

"Kita tidak begitu tegas mengkritik dan mengecam Israel dan AS. Kita hanya sentuh isu Palestin dan bangkitkan hak rakyat Palestin tapi kita tidak sebut langsung tentang peranan negatif yang dimainkan AS. Kita tak sebut langsung," katanya kepada Sinar Online, baru-baru ini.

Khamis lalu, Najib memberi ucapan di Perhimpunan Agung PBB menggesa supaya satu penyelesaian muktamad dapat dicapai bagi mengakhiri ketidakadilan yang berlaku ke atas rakyat Palestin sekali gus mengutuk kezaliman rejim zionis.

Namun, Chandra berkata, Najib gagal menuding AS sebagai punca sebenar kezaliman itu terus berlaku ekoran sokongan yang diberikan kepada Israel selama ini.

"Dalam ucapan Najib, dia tidak mengkritik AS langsung sebagai negara yang melindungi Israel yang membolehkan dan memudahkan Israel terus melakukan kezaliman. AS yang terus menyokong, menyalurkan senjata dan menghalang dunia daripada menghukum Israel adalah AS.

"Perdana menteri kita walaupun membangkitkan hak Palestin tapi beliau tidak berani mengkritik AS sebagai pelindung kepada Israel. Ini kita kena kritik. Kenapa kita tidak kritik?," katanya.

Menurutnya, isu kedua yang dibangkitkan Najib berkenaan pengganas IS juga mengecewakan apabila beliau tidak menceritakan cerita sebenar di sebalik apa yang berlaku.

"Perkara kedua yang mengecewakan daripada ucapan perdana menteri adalah beliau membangkitkan isu IS. Beliau kritik dan kata itu (IS) bukan Islam...itu semua betul, kita setuju dan sokong seratus peratus.
Read More / Baca Lagi >>

TAHNIAH & SYABAS KERAJAAN UMNO/BN.....

Posted: 04 Oct 2015 02:01 PM PDT

TAHUKAH ANDA !!!
KERAjaan Islam UMNO hantar hasil tani ke ISRAEL bernilai USD17.3 bilion (RM56.7 BILION) pada tahun lepas.

Jumlah nilai EKSPORT M'SIA KE ISRAEL PADA TAHUN 2014 adalah USD52 BILION (RM170.2 BILION) !!!

PATUTLA bila mereka Najib & PM Israel berjumpa di PBB tempohari senyum aja.. Rupa2nya hasil tani negara kita berjumlah RM56.7 BILION membolehkan rakyat Israel dpt hidup dgn amannya !!

BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 04 Oct 2015 01:57 PM PDT

Walaupun Najib Razak dlm keadaan 'terserempak' di pintu & salam saja dgn PM ISRAEL akhbar Israel sehingga boleh puji Najib "KERANA MESRA ISRAEL & AGAMA YAHUDI" !!!

Klu buat pertemuan secara formal apalah agaknya yg Najib dpt yer.. hurmmm.. Manalah tahu kot2 nnti dpt 'keajaiban' dlm passport kita tiba2 tertera "Pasport ini sah digunakan untuk semua negara TERMASUK ISRAEL"

HIDUP UMNO !!! HIDUP ISRAEL !!! HIDUP YAHUDI !!!

Najib nafi adakan pertemuan dengan Netanyahu di PBB.....

Posted: 04 Oct 2015 07:44 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.
Perdana menteri berkata beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.
"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama 3 hari mulai Jumaat. Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.
"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan wakil tetap Malaysia di PBB," katanya.
Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.
Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.
"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. – Bernama

Pengerusi BN jumpa BN (Benjamin Netanyahu) buat apa.. nak bincang sambung kontrak APCO ka ????

Posted: 04 Oct 2015 07:03 AM PDT

Fitnah ??? Mereka yg jumpa dituduhnya lain fitnah..

Najib berani ???? Kah!! Kah!! Kah!!
Baru kena senggol dgn bini muka dh mcm laki xda te***

Mmglah Yasser Arafat & BN (Benjamin Netanyahu) berjumpa kerana negara mereka berkrisis berperang & berbincang berdamai..

Tup2 Allah nak tunjukkan sekali keluar gambar tersengih-sengih mereka berdua jumpa..

Posted: 04 Oct 2015 07:02 AM PDT

Pum pang pum pang.. agenda yahudi nak jatuhkan kepimpinan Najib melalui WSJ & pembangkang bagai..

KENAPA pertemuan bersejarah ini TIDAK DISIARKAN di media2 massa M'sia !!!

Fokus Ke Putrajaya, Pakatan Harapan Tidak Perlu Hiraukan Masalah PAS

Posted: 04 Oct 2015 05:19 AM PDT

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan. PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan. Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Read More / Baca Lagi >>