Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


JELASKAN ISU PROJEK PERUMAHAN GENERASI KEDUA YANG TERBENGKALAI.

Posted: 03 Oct 2015 07:43 AM PDT


KENYATAAN MEDIA
NGO GENERASI KEBANGSAAN

3/OKTOBER/2015

JELASKAN ISU PROJEK PERUMAHAN GENERASI KEDUA YANG TERBENGKALAI.


FELDA ditubuhkan puluhan tahun lamanya untuk membantu masyarakat yang tiada tidak berkemampuan memiliki tanah dengan menyertai  rancangan kemajuan tanah persekutuan hasil idea bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa kepada Perdana Menteri Malaysia ketika ini iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sejak penubuhannya ramai yang mendapat manfaat memiliki rumah dan dapat mengutip hasil ladang sebagai pendapatan menyara kehidupan.

Namun mutakhir ini, idea secantik dan sebernas itu telah dirosak dan dimusnahkan akibat kebobrokan pemerintahan Najib menguruskan syarikat yang telah menempa nama yang sangat baik dalam pengurusan perladangan itu.

Janji bulan dan bintang selepas penyenaraian FGV ke Bursa Malaysia hanya tinggal janji selepas saham kian jatuh mendadak. Sementara janji untuk menyediakan rumah generasi kedua Felda sejumlah 20, 000 unit  hanya tinggal janji.

Projek perumahan tersebut gagal mendatangkan manfaat apabila banyak yang terbengkalai.

Bagi kami kerajaan Umno-BN harus mengotakan janji mereka untuk menyiapkan rumah generasi kedua selepas  maklumat menyatakan bahawa RM300 juta telah disuntik untuk menyelesaikan projek sakit dibeberapa gugusan Felda.


Mengikut maklumat kerajaan telah menjanjikan 20,000 unit rumah dalam projek  Perumahan Generasi ke 2 Felda,tetapi hingga kini hanya  8570 unit sahaja yang dilaksanakan. Itupun masih tidak sempurna dengan kegagalan projek disiapkan secara mengikut jadual selain terdapat projek perumahan yang telah siap tetapi tidak diagihkan kepada anak Felda yang memohon memiliki rumah tersebut.

Dalam tinjauan kami di Felda Jengka 11 pada 17 September lalu projek perumahan generasi kedua disana berjumlah 180 unit masih gagal disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan selain kerja-kerja projek telah dihentikan sejak beberapa bulan lalu.

Sementara projek perumahan di Felda Jengka 19 yang telah disiapkan 100% sejak PRU13 tidak pun diserah atau diagihkan pemilikan kepada mereka yang telah memohon.

Akibatnya keadaan rumah yang terbiar telah menyebabkan berlakunya kerosakan selain menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian. Terdapat rumah yang rosak akibat vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

 Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sebelum ini ada mengulangi kenyataan mahu menjadikan Felda kubu Umno-BN.

Namun dalam masa yang sama dengan apa yang berlaku membuktikan Najib gagal memastikan kebajikan peneroka terbela.



Kita melihat kehidupan pemimpin mewah ketika rakyat keresahan khasnya mereka yang bergelar peneroka Felda dan Felcra. Dalam masa yang sama rakyat digula-gulakan untuk terus menyokong Umno -BN walaupun parti itu sudah tidak memperdulikan janji untuk membela rakyat.

Janji perumahan dan pembelaan untuk generasi kedua dilihat hanya atas berkepentingan politik sempit Umno-BN.

Janji pilihan raya masih belum tertunai dan kerajaan tidak dilihat kreatif dan inovasi dalam membela hak-hak peneroka dan generasi kedua Felda ini.

Apa yang menyedihkan lagi  kehadiran Tan Sri Isa Samad ke dalam Felda sangat mengharu birukan dan ini memangsakan peneroka dan generasinya dengan saham FGV yang semakin susut harganya.

Industri perladangan khasnya yang diusahakan Felda kini berdepan dengan situasi yang sukar terutamanya kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) serta minyak mentah dunia sejak pertengahan tahun lalu dan sehingga kini masih belum menampakkan tanda-tanda pemulihan.

Situasi ini mencemaskan peneroka, namun kerajaan tidakpun berbuat apa. Mana perginya laungan keramat kononnya rakyat didahulukan,?

Saya sekali lagi menggesa kerajaan segera memulihkan semua projek perumahan generasi kedua Felda dan memberi milikan kepada mereka yang layak dan telah memohon bagi mendapatkan unit rumah tersebut.

SEKIAN .

" MEMANGKIN IMPIAN GENERASI"


USTAZ ROSLAN MD ESA
PRESIDEN
PERTUBUHAN GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI)

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


DAP tak jadi saman isu khutbah Aidiladha?

Posted: 03 Oct 2015 08:14 AM PDT

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Bantahan keras berserta perpaduan utuh umat Islam terbukti berjaya menggentarkan DAP sehingga parti itu tidak meneruskan hasratnya untuk menyaman Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Malah, DAP yang seolah-olah terkejut dengan tindak balas tegas umat Islam itu, dilihat cuba mengendurkan suasana apabila menyuarakan hasrat mahu isu khutbah Aidiladha diselesaikan melalui perbincangan secara berhemah.

Selain itu, tiada lagi nada 'kata dua' seperti yang dilaungkan DAP pada 26 September lalu, apabila dengan penuh lagak menuntut Jabatan Mufti Pahang memohon maaf secara terbuka dalam masa lima hari atau berdepan saman.

Bukan itu sahaja, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga tidak hadir dalam sidang akhbar bagi memaklumkan pendirian terbaharu DAP tersebut, berbeza dengan 'sokongannya' ketika 'kata dua' diberikan kepada JAIP minggu lalu.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, keputusan parti itu mahu menyelesaikan isu khutbah Aidiladha melalui perbincangan dibuat selepas pihaknya mengambil maklum mengenai pandangan semua pihak.

"Selepas meneliti dan mengambil pandangan peguam, ilmuan Islam dan rakan-rakan, saya berpendapat isu khutbah tidak perlu melalui saluran undang-undang secara tergesa-gesa," katanya dalam sidang akhbar tanpa ditemani pemimpin tertinggi DAP di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Minggu lalu, Tengku Zulpuri yang ditemani Kit Siang, bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu dan dua ahli DAP, Datuk A. Samad Said serta Dr. Abdul Aziz Bari menuntut Jabatan Mufti Pahang menarik balik teks khutbah AidilAdha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab itu juga mahu Jabatan Mufti dan JAIP memohon maaf secara terbuka dalam tempoh lima hari atau DAP akan mengambil tindakan undang-undang jika institusi yang memelihara kesucian Islam itu gagal berbuat demikian.

Berikutan tindak-tanduk DAP yang dilihat semakin biadab kerana cuba mencampuri urusan agama Islam dengan mengancam institusi Islam, pelbagai pihak termasuk Pas tampil mempertahankan JAIP dan menyelar parti berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya mengapa DAP tidak meneruskan saman biarpun sebelum ini begitu lantang mengugut JAIP, Tengku Zulpuri berdalih dengan berkata kononnya DAP tidak pernah memberi 'kata dua', sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan umum.

"Bagi peringkat sekarang adalah lebih baik untuk pihak kami untuk mengadakan pertemuan dengan Mufti Pahang untuk menyelesaikan isu ini secara bersemuka tentang apa yang dinyatakan dalam khutbah, itu yang terbaik setakat ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


FBI nak siasat perlu kerjasama PDRM ...

Posted: 03 Oct 2015 07:19 PM PDT



.... tapi tiada pun. Hehehe ... pun dah pusing.


Salahguna status negarawan untuk menipu.

MMO tuntut Perlembagaan bolehkan orang Islam dimurtad

Posted: 03 Oct 2015 06:23 AM PDT


Malay Mail Online and Ms Boo called for the abolishment of article 11(4). Article 11(4) restricts the right to propagate among Muslims.

Jika dilayan tuntutan ini, undang2 melarang berdakwah dan memurtadkan orang Islam tidak lagi boleh dilaksanakan.

This is appalling kurang ajar. We cannot sit still.

Baca FB Lukman Alias di https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10152987590142820&set=a.53657402819.76092.669402819&type=3&comment_id=10152987963447820&offset=0&total_comments=38&ref=m_notif&notif_t=photo_comment.

Boo is attacking the fundamental structure of the Constitution by asking for the abolition of Article 10(4) which protects Part III (Citizenship), Art 152 (National Language), Art 153 (Special position of Malays) and Art 181(Rulers sovereignty).

Suatu penghinaan terhadap Perlembagaan Negara. Peguam Negara harus siasat dan dakwa.




Bacaan Quran diharamkan lepas kapal evangelis berlabuh

Posted: 03 Oct 2015 02:22 AM PDT






Baca posting Ibnumokri di SINI dan seterusnya.



Tun M ke Tawau anjuran Jeffrey "the CONMAN" Rosman?

Posted: 02 Oct 2015 11:18 PM PDT


Masya Allah Tun ... dahlah hadhir Bersih 4.0. Majlis yang diatur conman Jeffrey Rosman pun diterima. Baca link-link di SINI

Entahlah ...



Tak penting kot. Taukeh underworld raikan birthday pun diterima.

Vincent Tan bukan lagi donate duit ke BN utk PRU tapi dok kasi DAP.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


FITNAH KE ATAS ISLAM , JANGAN PERCAYA DAP

Posted: 03 Oct 2015 02:13 PM PDT


Artikel oleh seorang jemaah haji tahun ini:

Ok. Sekarang saya dah pulang,  paling kurang sudah 48 jam tadi (baru selamat sampai Malaysia),  dan melihat kepada komen-komen isu di Mina oleh orang awam secara umum. Maaf cakap, tapi salah sangka orang kita berkenaan isu rempuhan di Mana benar-benar jauh menyimpang dan ia semuanya mencipta 2 impressi 1) mematahkan semangat orang untuk pergi menunaikan haji (dengan memburukkan Saudi), 2) menyebarkan kebencian di kalangan sesama Muslim. 

Biar saya ceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.

1. Bermula dengan insiden kren yang menjadi tajuk utama media asing seperti BBC, Economist dan Times of India, semuanya mengkritik pembesaran Masjidil Haram yang memakan kos US 60 billion. Point dari saya ialah negara mana yang boleh mengagak dan bersedia untuk insiden seperti tsunami, hujan kilat, banjir besar, dan ribut taufan? Saya adalah antara saksi utama semasa kren itu tumbang, dan percaya atau tak ia adalah kategori Takdir Tuhan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan menyapu habis semua yang ada didepan nya. Kren yang tumbang itu adalah yang kedua terbesar di dunia dan di pasang di luar kawasan Masjidil Haram namun ia tidak dapat menahan kekuatan angin yang kuat dan juga tenaga elektrik yang kuat dari kilat yang menyambar,dan anda pasti terkejut melihat kren kedua terbesar itu tumbang ibarat sekeping kertas melayang di udara. Memandangkan saya katakan ia adalah Takdir Tuhan, jemaah yang bersolat tidak berhenti dari solat mereka, begitu juga jemaah yang sedang melakukan tawaf, dan saya salah seorang dari mereka. Kerajaan Saudi pula tidak mahu situasi panik berlaku dan pintu terus ditutup dalam masa setengah jam dan cepat cepat membersihkan mayat mayat dan mangsa mangsa yang tercede. Pihak berkuasa tidak mengaktifkan sistem kecemasan agar jemaah tetap meneruskan ibadah mereka.

2. Insiden di Mina. Pengurusan di Mina kali ini adalah lebih baik. Lebih dari 100 ribu askar dan volunteers ditempatkan di banyak kawasan. Beribu tangki air minuman sejuk dan tandas disediakan dengan jarak beberapa meter diantaranya. Untuk mengatasi suhu panas, pihak berkuasa telah meletakkan alat pancuran air di setiap tiang lampu di sepanjang jalan, beribu kemudahan bergerak air, jus jus, dan air sejuk dalam lori disediakan untuk kegunaan para jemaah. Operasi keretapi dan bas bas telah disediakan untuk mengangkut orang. Yang paling penting pihak berkuasa telah meletakkan pemeriksaan ketat untuk memantau kemasukan haram bagi mengelakkan kesesakan. Walau bagaimanapun,  Takdir Tuhan tetap akan berlaku jika itu telah ditulis. Cuaca mula semakin panas dari suhu 37 kepada 48. Pada malam pertama di Mina,  ada kejadian angin ribut disertakan dengan kilat. Tapi kali ini angin yang datang membawa haba panas dan air sangat sejuk. Subhanallah. Pada keesokan harinya para jemaah menyaksikan hari paling panas di Arafah.  Semua alat penghawa dingin menjadi liabiliti kerana ia menyedut masuk udara panas, dan akhirnya para jemaah merasa sangat letih dan kehausan. Perjalanan dari Arafah ke Mina sedang menanti. Saya sendiri menyaksikan kesan dari cuaca panas itu dengan melihat ribuan orang yang pengsan. Dan bas 5 bintang kami, mengalami kerosakan gear pada waktu malam dan terpaksa berhenti. Kami terpaksa berjalan.pada hari rusuhan sebanyak 3 juta jemaah berjalan dalam laluan segala namun tidak seperti tahun lepas, udara panas pada kali ini tidak mengira masa. Dengan pengalaman dua hari dalam suasana panas dan keletihan, adalah sukar untuk menuju ke tempat Jamarat. Saya percaya rusuhan berlaku adalah disebabkan oleh suasana panas melampau, rasa lemas dan para jemaah mula hilang kesabaran disebabkan kepanasan. Semuanya berlaku. Pihak pihak yang membuat konspirasi seperti jemaah Iran yang menjadi punca rusuhan, atau kononnya ada konvoi putera raja, atau kerana kesalahan askar; hanya ingin memberi salah faham kepada seluruh umat Islam dan membantu Non Muslim untuk menyerang kita kembali. Saya percaya cara pihak berkuasa Saudi menyediakan kemudahan untuk para jemaah tidak dapat ditandingi oleh mana mana negara lain walaupun US. Cuba bayangkan kenapa kerajaan Saudi ingin melakukan projek pembesaran Masjidil Haram sehingga mencecah angka US 60 billion? Loji kuasa yang disediakan untuk menjana elektrik di Masjidil Haram adalah 18000 mw, tenaga elektrik yang jauh lebih besar yang dijana untuk seluruh Pakistan. 

Saya menyeru seluruh umat Islam untuk melihat isu ini sebagai Takdir Tuhan. Keimanan saya menyatakan Allah sedang menguji seluruh umat Islam samaada mereka akan takut untuk mengerjakan haji di masa akan datang, atau mereka akan tetap melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Dalam masa yang sama media asing yang cemburu dengan kita akan berterusan cuba untuk.membentuk pemahaman kita melalui fakta fakta yang salah dan tiada asas, agar terbentuk perbezaan di antara kita sesama Muslim. Maka keputusan adalah di tangan kita (samaada mahu percaya berita dari mereka, atau mahu mengambil fakta dari media kita sendiri).

Nota: Di Malaysia DAP adalah musuh Islam di belakang tabir. DAP belanja banyak wang sponsor parti Dan NGO Islam yang terpedaya. 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tajuddin patut baiki sektor agro-pertanian, bukan suka-suka ‘lempang’ orang

Posted: 03 Oct 2015 09:20 PM PDT


Ben____nya timbalan menteri. Cakap ikut sedap mulut....sikit punya banyak ka gangster cina kat Malaysia ni...Tak kan tak tau....itu tanggung sendiri la ...ha..ha..ha...dapat kat depa....mampoih la hang Tajuddin oiiiiiiii.....

Syerleena-650x400
KUALA LUMPUR 2 OKT: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman perlu berhenti membuat kenyataan rasis, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha menjana ekonomi agro-pertanian.
Setiausaha DAPSY Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, berkata Tajuddin sepatutnya lebih berwibawa dalam membuat kenyataan balas sesuatu isu dan tahu menghormati hubungan sesama masyarakat.
Beliau berkata, ahli politik memainkan peranan penting dalam masyarakat dan dianggap sebagai wakil rakyat – individu yang mempengaruhi dasar dan membuat keputusan dalam kerajaan.
"Politik untuk orang yang memiliki integriti, bukan untuk individu yang tidak cekap dan lambat membuat keputusan dalam memperbaiki kehidupan rakyat. Ia tentu sekali bukan untuk mereka yang suka-suka mahu lempang orang," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Tajuddin semalam dilapor memberi amaran untuk 'melempang' rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar, dipercayai merujuk kehadiran Duta China di Petaling Street baru-baru ini.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka. Nak kena lempang macam itu," katanya dipetik.
Sambil meminta Tajuddin membaiki prestasi kerja, Syerleena berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno itu membuktikan golongan elit semakin terpisah dari realiti.
Sektor agro-pertanian pernah memacu ekonomi negara tetapi kini hanya menjadi penyumbang kecil iaitu hanya 7.1 peratus Keluaran Negara Kasar (KNK) Malaysia dan cuma mencipta 13.3 peratus peluang pekerjaan daripada 11 juta penduduk.
Kajian menunjukkan 66 peratus pekerja dalam bidang itu sudah lanjut usia sekaligus wujud jurang permintaan besar dari generasi muda sedangkan statistik menunjukkan 161,000 graduan menganggur.
"Saya tegaskan sekali lagi, itulah cabaran kementerian itu terutama timbalan menteri untuk cuba mengatasi masalah sedia ada dan ia perlu mendapat keutamaan," kata Syerleena. – Roketkini.com

Adakah Kartel Azmin rancang gulingkan Wan Azizah????

Posted: 03 Oct 2015 07:23 PM PDT




 | October 4, 2015


MPP memaksa satu mesyuarat khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan dan ia jelas usaha undi tidak percaya terhadap Wan Azizah oleh kartel Azmin.

chegubard
PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Rampasan kuasa atau coup de'etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, rancangan penyokong Azmin itu jelas untuk menggulingkan Wan Azizah.

"Ini ialah coup de'etat dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.

"Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan 'u-turn' dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum, alih- alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah," tulisnya di laman blog.

Badrul Hisham atau Chegubard mendakwa, kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan – kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi Ramli yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai.

"Kepada MPP dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang bakal mengundi, saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.

"Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.

"Kem Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya UMNO terhadap Najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.

"Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras," katanya.

Ahli PKR seumur hidup itu juga mendakwa, Azmin dan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas antara Ahli Parlimen yang masih tidak menyerahkan tandatangan komitmen kepada Ketua Whip Ahli Parlimen PKR bagi mengikat mereka untuk misi undi tidak percaya terhadap Najib.

"… berapa banyak kolam lah Azmin ni main yer…," katanya.
Chegubard juga membangkitkan kesetiaan Azmin kepada PKR kerana ramai yang mengatakan Anwar sayang Azmin kerana dia seorang yang setia.

Namun, katanya, tentu ramai yang masih ingat bagaimana Azmin mengerakkan jentera budak – budak mudanya menyerang keluarga Anwar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kerana Anwar tidak tunaikan kehendaknya menjadi Menteri Besar Selangor.

"Anwar diserang tanpa henti. Istilah Istana Segambut dan perbagai konotasi negatif yang digunakan UMNO kini adalah hasil ciptaan budak – budak Azmin.

"Azmin menggerakkan jentera mensabotaj gerakan Blackout 505. Azmin ahli politik cekap dia gerakkan jentera sabotaj Blackout 505 tetapi dia sendiri hadir dan duduk bersila paling depan. Dia keluar TV3 serang Presiden namun semua tidak dikenakan tindakan.

"Menyebut peristiwa 505 ramai tentu tidak tahu ketika malam keputusan pilihanraya Azmin paling lewat hadir ke lokasi pengumpulan tokoh PKR (dan PR) . Rekod menyatakan dia menghadap 'God Father' dahulu.

"Dalam isu lobi diri sendiri guna pintu belakang untuk jadi MB secara jelas dia menggunakan 'network' God Father untuk memalukan Azizah. Namun semuanya tidak dikenakan tindakan," katanya.

‘HADI, CONTOHILAH JIWA BESAR SAIDINA ALI’

Posted: 03 Oct 2015 07:14 PM PDT

AMANAH LIPAT GANDA USAHA LUASKAN PENGARUH – MAT SABU

Posted: 03 Oct 2015 07:11 PM PDT

PKR TAK AKAN BERPECAH, PH LEBIH MANTAP DARIPADA PR – SAIFUDDIN NASUTION

Posted: 03 Oct 2015 06:59 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


DAP Tidak Berhak Campuri Urusan Agama Islam Di Penang

Posted: 03 Oct 2015 05:31 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bualbicara niaga tentang 1MDB dan baju merah

Posted: 03 Oct 2015 08:49 PM PDT

oleh Rama Ramanathan
Mengapa perlu ahli perniagaan hiraukan politik tempatan? Saya berbicara dengan seorang tokoh korporat dan membincangkan persoalan tersebut.

Beliau pada dasarnya bekerja dengan syarikat multinasional berpengkalan di Malaysia. Beliau berurusan dengan pekerja daripada pelbagai negara selaku jurutera projek. Selain itu, tokoh korporat tersebut turut bekerja sebagai strategis kewangan.

Saya juga pernah bekerja di syarikat multinasional. Saya pernah berurusan dengan pekerja dari pelbagai negara serta pengawai-pegawai kerajaan di beberapa negara.

Saya dan tokoh tersebut bertanggungjawab bagi pelaburan pemegang saham - termasuk golongan pesara - di syarikat kami, dan bagi kehidupan ribuan para pekerja.

Saya tidak dapat lupakan hari di mana saya terpaksa membuang 30 pekerja kerana hasil produksi kami menurun dan mereka tidak lagi punyai tugas.

Saya ke kilang pada penghujung tugas di waktu malam, membuat ucapan dan memberi surat pemberhentian kerja. Salah seorang dari mereka menangis. Dia seorang wanita yang baru bercerai dengan dengan anak. Ramai di kalangan mereka kelihatan gusar dan tidak percaya dengan nasib yang menimpa.

Teras masalah pemberhentian kerja ialah pergeseran politik tentang amalan penswastaan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia.

Ketika kami mengimbau pelbagai dakwaan tentang 1MDB dan perdana menteri, serta himpunan baju merah, rakan saya bertanya "Apa salahnya dengan Malaysia?"

Saya mengingatkannya tentang dua obsesi multinasional: tabiat beretika dan kepelbagaian.

Setiap multinasional dari AS atau Eropah, atau mana-mana syarikat dengan pejabat di AS dan Eropah punyai dasar dan program latihan merangkumi etika dan kepelbagaian.

Mereka punyai talian 24 jam seminggu bagi etika di mana sesiapa boleh mengadu tentang siapa sahaja, tanpa mendedahkan identiti pemanggil. Mereka sedar pemanggil boleh mendedahkan maklumat ke media atau memberitahu mesyuarat pemegang saham, dan memalukan syarikat.

Tabiat beretika mampu dan boleh mencakupi pelbagai perkara. Di sini terdapat lima contoh:
Read More / Baca Lagi >>

Akhbar milik Umno secara tak langsung desak Saifuddin dipecat

Posted: 03 Oct 2015 08:42 PM PDT

Utusan Malaysia secara tidak langsung mendesak Umno agar memecat Datuk Saifuddin Abdullah berikutan pendirian bekas menteri timbalan pendidikan tinggi yang tetap mahu menghadiri majlis anjuran pembangkang meskipun diberi amaran sebelum ini.
Dalam ruangan pojok Awang Selamat, secara tidak langsung akhbar milik Umno itu berkata, pimpinan tertinggi parti Melayu itu tidak perlu menunggu lama memandangkan tiada keserasian lagi di antara kedua-dua pihak.
Tindakan Datuk Saifuddin Abdullah hadir pelancaran Pakatan Harapan yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno menimbulkan kemarahan dan menyebabkannya menerima surat tunjuk sebab dan diberi tempoh selama 14 hari untuk memberi penjelasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015. "Pada Awang, Saifuddin tidak lagi berminat kepada Umno dan Umno lebih-lebih lagi sudah tidak mengharapkan beliau. Lagipun pengaruhnya dalam parti sudah hilang selepas kalah di Temerloh.

"Maka apa ditunggu lagi.. sudah tidak ada keserasian antara kedua-duanya," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini. Desakan pemecatan Saifuddin itu dikuatkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bekas timbalan menteri itu perlu meninggalkan parti Melayu itu sekiranya terus menjadi "duri dalam dalam daging".
"Cukuplah sudah banyak peringatan yang diberi. Kegagalan untuk bertindak akan memberi imej salah kepada semua.
"Tanpa Saifuddin dalam Umno, tiada siapa akan menangis, sebaliknya ia kelegaan besar buat kita semua," katanya.
Saifuddin pada 22 September lalu hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi menegaskan kehadiriannya atas kapasiti sebagai pengerusi badan bukan kerajaan (NG) Akademi Belia.
Tindakan Saifuddin yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno menimbulkan kemarahan dan menyebabkannya menerima surat tunjuk sebab dan diberi tempoh selama 14 hari untuk memberikan penjelasan.
Bagaimanapun Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas sebelum ini beranggapan perbuatan Saifuddin hadir ke acara pembangkang merupakan tindakan biasa.
Semalam, Saifuddin dilaporkan sudah menjawab surat tunjuk sebab kepada Umno.

Dulu masalah UMNO, sekarang masalah negara

Posted: 03 Oct 2015 08:38 PM PDT

Berikutan keengganan Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir meminta penduduk Pekan supaya menolaknya pada PRU kali ini
Shahbudin-Husin_najib_umno_600
PETALING JAYA: Lebih banyak kempen bergerak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan diadakan selepas kejayaan majlis majlis minum petang anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka pada Sabtu.
Meskipun menggunakan istilah datang untuk menghasut, penjelasan panjang lebar dengan lojik yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan sentimen terhadap senario terhadap senario kepimpinan negara.
"Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara," tulis Shahbudin Husin di shahbudindotcom.
Meskipun dikenakan bayaran RM80 oleh penganjur, majlis yang diadakan telah mendapat sambutan hangat, apatah lagi kali ini Dr Mahathir berkongsi strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Selain pelbagai tekanan yang telah diberikan, kali ini beliau meminta penduduk Pekan supaya tidak mengundi Najib.
Kata Tun Dr Mahathir, perkara itu tidak mustahil kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Najib menang dengan 241 undi sahaja.
Cara itu dibuat selepas Najib tetap berkeras enggan melepaskan jawatan kerana bimbang dan takut dengan kesilapan yang dilakukan.
"Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.
"Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya," kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.

MCA minta UMNO henti pertahan Tajuddin

Posted: 03 Oct 2015 06:06 PM PDT

Ia turut membantah kenyataan Ku Nan yang memintanya berhenti mengkritik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Chai-Kim-Sen
PETALING JAYA: MCA meminta UMNO berhenti mempertahankan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Ramli selepas beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas orang Cina.
Pada masa yang sama ia juga membantah kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor yang meminta MCA berhenti mengkritik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata, kenyataan Tajuddin telah menyinggung komuniti China dan menggugat keharmonian di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
"MCA telah memaklumkan pendirian kami dengan jelas dan ancaman Tajuddin itu akan disampaikan menerusi saluran Barisan Nasional, katanya yang dipetik Mstar Online.
Pada Khamis, Tajuddin dilaporkan berkata beliau akan lempang warga Malaysia berbangsa Cina yang mendapatkan perlindungan daripada China.
Walaupun Tajuddin kemudiannya menafikan berkata sedemikian, tetapi rakaman mengenainya disebar.

Kartel Azmin rancang gulingkan Wan Azizah..?

Posted: 03 Oct 2015 06:04 PM PDT

MPP memaksa satu mesyuarat khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan dan ia jelas usaha undi tidak percaya terhadap Wan Azizah oleh kartel Azmin.
chegubard
PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Rampasan kuasa atau coup de'etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.
Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, rancangan penyokong Azmin itu jelas untuk menggulingkan Wan Azizah.
"Ini ialah coup de'etat dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.
"Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan 'u-turn' dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum, alih- alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah," tulisnya di laman blog.
Badrul Hisham atau Chegubard mendakwa, kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan – kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi Ramli yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai.
"Kepada MPP dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang bakal mengundi, saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.
"Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.
"Kem Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya UMNO terhadap Najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.
Read More / Baca Lagi >>

PKR berbeza pandangan tentang masa Pakatan Harapan, kata Rafizi

Posted: 03 Oct 2015 05:59 PM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan pada 22 September selepas perbincangan meja bulat dengan DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa NGO. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Oktober, 2015. 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan pada 22 September selepas perbincangan meja bulat dengan DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa NGO.

PKR kini terbahagi kepada 2 kumpulan mengenai pembentukan Pakatan Harapan: satu mahu ia ditubuhkan dengan segera, sementara satu pihak lagi lebih suka jika ia dilewatkan bagi meneruskan perbincangan dengan PAS, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, mengesahkan pemimpin parti akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad depan untuk membincangkan perkara itu.
Rafizi juga mengesahkan surat yang diperoleh The Malaysian Insider yang memanggil satu mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi (MPP) pada 11 Oktober.
Mesyuarat itu berikut petisyen 25 anggota MPP kepada presiden PKR bagu membincangkan tindakan "terburu-buru" pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak mahu menganggu hasil mesyuarat, saya membayangkan, pada pendapat saya, memandangkan pertikaian mengenai masa, maka ia membincangan mengenai itu, berbanding keperluan Pakatan Harapan," ktanya kepada The Malaysian Insider. "Ia adalah amat sukar untuk memberitahu apa yang sebenarnya arah wacana, kerana apabila mesyuarat tergempar seperti ini mengemukakan petisyen, sudah pasti pempetisyen akan menerangkan kepada mesyuarat pandangan mereka, dan bukan sebaliknya."
Beliau berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang melancarkan Pakatan Harapan pada 22 September selepas perbincangan meja bulat dengan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan beberapa NGO.
Pempetisyen menggunakan Artikel 22.1 (c) Perlembagaan parti, yang membolehkan satu mesyuarat MPP tergempar dipanggil oleh satu pertiga daripada ahli-ahlinya melalui petisyen.
Rafizi berkata, beliau tidak dapat menjangka hasil mesyuarat itu, atau apa pempetisyen mahu memberitahu pendapat mereka.
"Mesti ada agenda tertentu, iaitu untuk membincangkan pengumuman (Pakatan Harapan). Dari semua perbincangan setakat ini, terdapat 2 pendapat," kata ahli Parlimen Pandan itu.
"Salah satu percaya PAS memberi isyarat yang jelas mereka tidak akan menyertai pakatan pembangkang yang melibatkan DAP dan Amanah, oleh itu ia adalah lebih baik untuk meneruskan gabungan itu, dan pada masa yang sama terlibat dengan PAS. Sebab itulah Pakatan Harapan diumumkan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno PEMBANGSAT agama

Posted: 03 Oct 2015 05:14 PM PDT

Kenapa Ismail Sabri tidak mengkritik KERAjaan UMNO Perlis yang telah lama mewartakan larangan sejak 25 Julai 2007 setelah diperkenaan oleh Raja Perlis sebagai Ketua Hal Ehwal Islam disana ??

atau.. Dia tak sedar Perlis itu sebahagian dari Malaysia ???

Pemimpin UMNO hanya akan menggunakan Islam untuk kepentingan mereka saja.. berlindung dan bertopengkan sebagai umat Islam tapi sebenarnya bekiblatkan Rasuah dan penyelewengan sebagai amalan mereka..

" SAYA DATANG UNTUK MENGHASUT " KATA MAHATHIR

Posted: 03 Oct 2015 04:44 PM PDT

Tanpa berselindung dan secara berterus terang, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya dalam majlis hi-tea  anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka adalah untuk menghasut semua orang.

Hari ini, saya mengaku datang ke sini adalah untuk menghasut semua orang. Kita tidak perlu takut walaupun berada di bawah pemerintahan yang menakutkan, katanya di hadapan kira-kira 500 yang hadir di majlis itu.

Lantaran itu, selain meneruskan serangannya dengan menyifatkan kepimpinan Najib Razak sebagai zalim dan menghantar orang pergi menunaikan haji dengan duit curi, Tun Mahathir juga menghuraikan bagaimana untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya.

Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya.

Sehubungan itu, tambahnya, jika Najib kekal lagi sehingga pilihanraya akan datang, beliau perlu dikalahkan di kawasan pilihanrayanya di Pekan tetapi dalam masa yang sama memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya.

Bagi Tun Mahathir, perkara itu tidak mustahil mampu dilakukan memandangkan Najib pernah menang dengan hanya 241 undi saja pada pilihanraya tahun 1999

Beliau seterusnya mahu pengundi Pekan menjadi lebih bijak dengan mengutamakan kepentingan negara serta menolak sebarang bentuk wang tunai yang cuba diberikan oleh Najib kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tetap pertahan kerusi jika 3 penjuru dengan BN, PAN - Mohd Amar

Posted: 03 Oct 2015 04:39 PM PDT


RANTAU PANJANG: Benarkah kehadiran serpihan PAS yang kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (PAN) boleh memperkuatkan pakatan pembangkang?

Naib Pesiden PAS Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mempertikaikan dakwaan itu kerana kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi yang ditandingi PAS.

Katanya dakwaan mereka mahu menguatkan pakatan pembangkang sekaligus menjatuhkan BN seperti tidak berasas.

"Itu dakwaan tidak betul terutama apabila calon PAN juga bertanding di kerusi ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

"Kehadiran tiga penjuru tentunya boleh mengurangkan kekuatan parti pembangkang," katanya kepada media selepas program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata calon PAS PRU14 di Kelantan belum lagi ditentukan sekarang.

Bagaimanapun tambah beliau PAS tetap mempertahankan kerusi sedia ada sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAN.

Beliau juga menganggap sukar bagi calon PAN bertanding pada PRU14 kerana tidak mudah parti pembangkang lain memberi laluan kepada mereka.

"Ini kerana dipercayai DAP tidak akan memberi laluan di kerusi ditandingi mereka sebelum ini. Begitu juga PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Pertemuan terakhir PAS bersama Pakatan Rakyat Perak

Posted: 03 Oct 2015 04:38 PM PDT

IPOH : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan perjumpaan terakhir gabungan itu di Hotel Kinta Riverfront, di sini 2 Oktober
Pertemuan ini mengesahkan secara rasmi pembubaran Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejak tahun 2008 selepas Pilihanraya Umum Ke-13.
Ini merupakan mesyuarat terakhir ke-66 yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan disertai wakil tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR di mana PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria.
Antara butiran perbincangan dari pertemuan tersebut adalah proses penutupan akaun serta perkara-perkara berkaitan dengannya.
Menurut Razman, perbincangan dan keputusan dicapai dengan penuh harmoni.
"PAS Perak mengharapkan semua parti dapat terus bergerak dengan mengenali sasaran sebenar. PAS akan istiqamah atas prinsip perjuangan Islam.
"PAS akan terus bergerak diatas jalur tarbiah, dakwah dan siasah. PAS akan terus mendekati dan memberikan kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat," ujarnya mengulas pertemuan itu.

Politik Kelantan: "Hari ini saya tolong cik Rohani, esok-esok cik Rohani tolong saya pula.."

Posted: 03 Oct 2015 04:30 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Rombakan kabinet yang dilakukan Najib Razak dua bulan lalu yang ikut sama terlantiknya Pengerusi Yayasan Dakwah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri sedikit sebanyak sebagai memberi saguhati kepada parti agama, Pas di atas sikap lunak parti itu dengan Umno sejak ke belakangan ini.
Pas atau mereka yang berada dalam parti itu khasnya di Kelantan tentu rasa gembira dengan perlantikan Asyraf itu. Bagi mereka perlantikan Asyraf itu bolehlah dianggap sebagai termakhbulnya sebuah doa. Pas sangat berharap akan ada orang dalam Umno atau kerajaan yang berminat dengan Hudud.

Jaminan dengan air mata yang dibuat oleh Adun Kok Lanas Md Alwi Che Ahmad kononnya akan menyokong Hudud benar-benar merujakan Pas dan menyebabkan parti itu seronok dengan permainan itu. Jaminan Alwi diambil sebagai satu perangkap dan pengharapan oleh Pas?

Speaker DUN Kelantan Abdullah Yaakub dalam satu kenyataan akhbar berharap dengan perlantikan Asyraf Wajdi akan membantu Kelantan melaksanakan hukum Hudud.

Reaksi Abdullah itu menunjukkan kehadiran Asyraf ke dalam kabinet Najib seakan membuka sinar baru kepada parti itu. Ini berlaku tentunya kerana beliau melihat kepada latar belakang, profesionalisme dan ilmu yang ada kepada timbalan menteri itu. Abdullah tentu mengira Asyraf Wajdi sebagai intelektual muda Islam tidak akan bercakap mengarut mengenai Hudud sebaliknya akan memperjuangkannya.

(Tetapi kalau Abdullah membaca sirah ayahanda, Asyraf, Dusuki Ahmad, mungkin harapan dan pengharapan itu tidak setinggi itu, kerana Dusuki adalah antara "oknum" Umno yang memperli dan mencaci Hudud di Kelantan sebagai Hudud Pas semasa Dusuki berkerja dengan Dr Mahathir Mohamad dulu).

Selain Abdullah, tentu juga orang paling gembira dengan perlantikan Asyraf Wajdi itu ialah Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub dan juga timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah. Ahmad sudah tentu mengharap kehadiran Asyraf itu membawa sesuatu yang lebih bermakna lagi buat dirinya secara peribadi dan juga kerajaan dipimpinnya. Bukan kerana Asyraf orang sekampung dan ada bau-bau bacang dengannya, tetapi Asyarf akan dikira menjadi jurubicara mengenai Hudud di JPM.

Orang seperti Asyraf diharap akan menjadi mediator dan lecturer kepada kabinet Najib mengenai keperluan dan kepentingan Hudud. Sebagai seorang anak muda berpendidikan Islam dan dari latar belakang keluarga ulama ulung di Kelantan Asyaraf dikira dapat memainkan peranan itu.

Bagi MB Kelantan itu keperluan atau tuntutan Hudud perlu segera dilaksanakan di Kelantan bukan kerana untuk mengelakkan kian tebalnya dosa-dosa dan tanggungjawab pemerintah kerana tidak laksana hukum Allah. Tetapi beliau ada masalah peribadi dengan Hudud ini.

Ahmad dan juga Mohd Amar kini terdesak dengan kelambatan Hudud dilaksanakan. Sebab itulah Mohd Amar dalam satu kenyataan dipetik berkata sekiranya Rang Undang-Undang persendirian mengenai Hudud yang hendak dibawa ke Parlimen gagal dibentangkan, Pas akan berperang dengan Umno. Kenyataan Mohd Amar itu menunjukkan Umno seperti sudah memberi komitmen tinggi kepada Pas tentang Hudud.

Maksudnya Pas sangat mengharapkan bantuan dan kerjasama Umno untuk mencapaikan hasratanya yang satu ini. Waktu ini Pas atau kerajaan negeri Kelantan masih terkial-kial untuk meminda Akta 355 berhubung bidang kuasa Mahkamah Syarikah bagi membolehkan Hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kenapa dikatakan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar terdesak kini?  Dalam satu sidang DUN Kelantan Ahmad bertegas dia akan sedia kehilangan jawatan MB sekiranya hukum Hudud gagal dilakasanakan di Kelantan pada tahun 2015. Ahmad berjanji Hudud akan dilaksanakan pada tahun ini. Kenyataan Ahmad itu merupakan satu ketegasan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan apakah dia akan melaksanakan tanggungjawab itu atau sebaliknya. Ertinya kalau Hudud masih tidak dilaksanakan di Kelantan pada tahun ini, dia harus berundur.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir to Muhyiddin: Ignore insults, get Najib out

Posted: 03 Oct 2015 04:24 PM PDT

Ousted deputy 'afraid' of talk that he wants to become PM himself, says former premier.
mahathir,muhyiddin
KUALA LUMPUR: Umno deputy president Muhyiddin Yassin has been urged to ignore insults and make it his priority to get Prime Minister Najib Razak, to step down.
Former premier Dr Mahathir Mohamad said this at a high-tea forum by the Umno branch in Pusat Bandar Taman Cempaka at a hotel in Ampang here today.
"The priority is that we want Najib to step down from being the prime minister. Whatever other people want to say, or insult him (Muhyiddin), that is secondary," he said during the event.
Muhyiddin was dismissed from the Cabinet as deputy prime minister on July 28 after controversial remarks about the government investment arm 1Malaysia Development Bhd, and urging Najib to answer all allegations pertaining to him at a time when news reports revealed a reported US$700 million deposit in his personal bank accounts.
Dr Mahathir said Muhyiddin was afraid that people would say that he wanted to get rid of Najib and become the prime minister himself.
Later, asked to his comment on the deputy agriculture minister Tajuddin Abdul Rahman's remark that he would slap Malaysian Chinese who complained about the country's problems to outsiders, Mahathir said Tajuddin only seemed brave because he was in the government. "He wants to slap them? Ask him to slap them lah. He can only talk. When he's in the government he's brave, but outside, he is not."

Kemasukan 1.5 pekerja Bangladesh rampas peluang anak tempatan

Posted: 03 Oct 2015 08:38 AM PDT


Sivakumar-DAP


KUALA LUMPUR 3 OKT: DAP Perak menyarankan Kerajaan Persekutuan supaya menangguh cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, sebaliknya menumpu usaha memulihkan ekonomi negara.
Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar mempersoal kewajaran membawa masuk sebegitu ramai pekerja asing ketika ekonomi negara semakin merudum dan aktiviti perniagaan lembap.
Bimbang kemasukan itu menjejaskan peluang pekerja tempatan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu juga tertanya-tanya sama ada kajian terperinci mengenai keperluan itu ada dibuat atau sebaliknya.
"Adakah negara kita benar-benar mengalami krisis kekurangan pekerja? Negara kita sudah dibanjiri pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan negara lain.
"Atau, adakah kerajaan mahu membantu kroni tertentu membuat keuntungan berbilion ringgit hasil urusan membawa masuk pekerja asing itu?" katanya pada kenyataan media, semalam.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh dari pelbagai sektor akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.
Tanpa menafi peranan pekerja asing, Sivakumar berkata, kehadiran dalam jumlah terlalu besar boleh menggugat kedudukan sosio-ekonomi negara, apatah lagi sebahagiannya memasuki secara haram.
"Ia menjadi pemangkin menjana aktiviti ekonomi. Tetapi, penggantungan keterlaluan juga banyak membawa keburukan kepada negara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

KPN nafi FBI siasat kes 1MDB, Najib

Posted: 03 Oct 2015 08:35 AM PDT

KPN nafi FBI siasat kes 1MDB, Najib
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan perdana menteri.

"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," tegasnya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan pihak FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan media semata-mata.

Berani ke Tajuddin lempang Cina?-Tun M

Posted: 03 Oct 2015 08:33 AM PDT

Dr Mahathir menyifatkan Tajuddin hanya tahu cakap tetapi tidak berani bertindak.
mahathir,Datuk-Seri-Tajuddin-Abdul-Rahman
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikatakan berani membuat kenyataan kontroversi ingin lempang orang Cina hanya kerana beliau ada jawatan dalam kerajaan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu hanya tahu cakap.
"Dia nak lempang? Suruh dia lempanglah. Cakap bolehlah.
"Bila duduk ada kerajaan di belakang memanglah berani, tapi bila keluar tak berani," katanya dalam nada sinis.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tajuddin yang mahu melempang rakyat Cina di negara ini sekiranya terus mengadu masalah kepada pihak luar.
Ia merujuk kepada lawatan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Hui Kang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu, susulan ancaman bantahan kumpulan Baju Merah ke kawasan berkenaan.
Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.

Pas: Agihan kerusi masalah utama

Posted: 03 Oct 2015 08:32 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Agihan kerusi akan menjadi masalah utama jika Pas bergabung dengan pakatan pembangkang yang baharu.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini apabila Pas bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi Pas akan diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau Pas bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna Pas akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku.

"Melainkan DAP atau PKR  sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tak mungkin Pas juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli Pas dan merampas bangunan PASTI dan markas Pas.

"Pas tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP sebelum ini terhadap Pas," katanya lagi.

Selain itu, beliau memberitahu Pas akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak parti.

Read More / Baca Lagi >>

Pas akan kemukakan calon bukan Islam di Sarawak

Posted: 03 Oct 2015 08:30 AM PDT


Tuan Ibrahim

MIRI - Pas akan menyenaraikan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri ke-11 yang dijangka diadakan awal tahun depan dalam usaha menembusi landskap politik Sarawak, kata Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata penampilan calon bukan Islam dalam pilihan raya negeri itu merupakan kali pertama dalam sejarah sejak parti itu mula bertapak di Sarawak, 19 tahun lepas.

"Kami telah mengenal pasti calon-calon tetapi nama akan hanya dimaklumkan pada masa yang sesuai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebab utama ia memutuskan untuk menampilkan calon bukan Islam adalah untuk membetulkan persepsi bahawa parti itu hanya untuk masyarakat Islam di negeri ini.

"Kami mempunyai sokongan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan kami yakin mendapat sokongan mereka di negeri ini," katanya.

Beliau berkata penampilan calon bukan Islam bukan sesuatu yang baharu untuk parti itu di Semenanjung kerana terdapat calon bukan Islam mewakili parti itu sejak 2008.

Sebelum ini, Pas mencipta sejarah pada PRU12 pada 2008 apabila mengetengahkan calon daripada kaum India, Kumutha Raman, seorang graduan undang-undang, untuk bertanding pada kerusi Dun Ulu Tiram di Johor. - Bernama

Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno jangan undi dia di Pekan

Posted: 03 Oct 2015 08:24 AM PDT

Hanya Pengundi Pekan Boleh Kalahkan Najib - Tun M

Posted: 03 Oct 2015 08:23 AM PDT

‘Kalau Najib Menang, Saya Duduk Diam-Diam’ - Tun M

Posted: 03 Oct 2015 08:23 AM PDT

'Saya Terlalu Tua Nak Pimpin Umno' - Tun M

Posted: 03 Oct 2015 08:22 AM PDT

Dr M: Do not sacrifice race for money

Posted: 03 Oct 2015 08:22 AM PDT

HiTea Bersama Tun M - Umno Taman Cempaka

Posted: 03 Oct 2015 08:21 AM PDT

Najib..!! uruskan perkara di tanah air, bukan membuat ucapan gah di luar negara

Posted: 03 Oct 2015 08:15 AM PDT

oleh Mike Tan

Kenyataan presiden bersama Cenbet Gan Ping Sieu baru-baru ini mengenai ucapan Perdana Menteri Najib Razak di Perhimpunan Agung PBB adalah sesuatu yang menarik. Beliau menegaskan bahawa Najib pada dasarnya harus, mengamalkan apa yang diajar, terutamanya apabila tentang ekstrimisme.

Beliau berkata bahawa perdana menteri itu "seharusnya mengambil iktibar daripada ucapan beliau sendiri di Perghimpunan Agung PBB, terutamanya dalam memerangi ekstrimisme domestik yang telah menjadi berleluasa akhir-akhir ini".

 Beliau mempersoalkan rasional ucapan sebegitu, menyatakan bahawa walaupun dasar asing begitu sesuatu yang terpuji, ianya hipokrit jika kerajaan tidak mematuhi prinsip yang sama dalam negara kita sendiri.

"Dalam ucapan beliau, Najib telah berkata tiada keraguan terhadap keseriusan negara dalam memerangi ekstrimis militan. Lantaran itu, keseluruhan undang-undang itu harus digunakan ke atas ekstrimis yang menyemai kebencian dan perpecahan di kalangan kita," kata Gan.

Adakah pengebom berani mati yang meletupkan kompleks membeli-belah dan orang ramai lebih membinasakan atau ekstrimis bangsa dan agama yang mengoyakkan fabrik sosial negara kita lebih membinasakan? Siapa yang rakyat Malaysia harus lebih takutkan? Ini satu persoalan yang baik untuk difikirkan. Ancaman yang mana yang lebih besar kepada masyarakat kita dan justeru memerlukan perhatian kerajaan? Kita berharap yang jawapannya jelas.

Gan menyenaraikan beberapa contoh untuk menggambarkan hujah beliau - yang kerajaan kita, terutamanya perdana menteri, harus lebih risau dengan perkara di tanah air berbanding membuat ucapan gah di hadapan dunia.

Read More / Baca Lagi >>

Kariah masjid, surau boleh guna budi bicara penggunaan pembesar suara - Mufti P.Pinang

Posted: 03 Oct 2015 08:11 AM PDT

Kariah masjid, surau boleh guna budi bicara penggunaan pembesar suara - Mufti
GEORGE TOWN: Jawatankuasa kariah masjid dan surau di negeri ini boleh menggunakan budi bicara dalam melaksanakan larangan penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau bagi aktiviti selain untuk azan dan iqamah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor.

Beliau berkata sekiranya larangan itu diwartakan pada masa depan, pengurusan masjid boleh mempertimbangkan penggunaan pembesar suara itu mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

"Keputusan fatwa mengecualikan azan dan iqamah daripada larangan menggunakan pembesar suara luar masjid. Tetapi diharap jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat gunakan budi bicara apa yang patut mereka lakukan bagi melaksanakan maksud larangan tersebut dalam konteksnya yang sebenar.

"Golongan literalis hanya nampak huruf undang-undang, mereka ikut sepenuhnya apa yang ditulis dalam undang-undang. Tapi orang cerdik dapat melihat makna yang terkandung di balik apa yang tertulis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Larangan penggunaan pembesar suara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24  Ogos lepas.
Read More / Baca Lagi >>