Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pakatan harapan 
tidak laku di Selangor?

Posted: 02 Oct 2015 09:30 AM PDT


AGAK bernada 'tinggi' sedikit Lim Guan Eng apabila menyediakan 'permaidani merah' kepada Parti Amanah sebagai rakan sekutu yang baru disertai DAP-PKR, iaitu 'pakatan harapan' yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

Seolah-olah Pas tidak ada jasa langsung dalam memenangkan pakatan pembangkang dua tahun lalu. Setelah Pulau Pinang, mata kini bertumpu di Selangor pula.

Apa agaknya pendirian Menteri Besarnya dari PKR, Mohamed Azmin Ali? Mahukah PKR menuruti jejak Pulau Pinang dengan menyingkirkan Pas di Selangor daripada pakatannya?

Setakat ini selepas lima hari Guan Eng mengumumkan pakatan harapan menggantikan `pakatan rakyat' di negeri itu, Mohamed Azmin terus membatu.

Bolehkah pakatan harapan direalisasikan di negeri terkaya di Malaysia ini?

Sebelum penubuhan pakatan harapan, komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah PKR 13 (sepatutnya 14 kerusi tetapi bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi calon bebas), DAP 15 dan Pas 15.


Selepas penubuhan Amanah, berapa ADUN Pas menyertai Amanah? Adakah dua orang yang digantung keahlian Pas itu telah menyertai Amanah? Berapa orang lagi yang telah disahkan menyertai Amanah?

Jika dikirakan angka, pada masa ini kerusi DUN kerajaan Selangor dibentuk oleh PKR sebanyak 13, DAP 15, Amanah 2, Pas 13.

Jika ditolak Pas, kerusi DUN kerajaan Selangor menjadi 30. Bakinya Pas 13, UMNO 12 dan bebas 1.

Sekiranya angka ini betul untuk setakat ini, bermakna pakatan harapan boleh diisytihar di Selangor dengan kedudukan kerusi kerajaan negeri 30 dan pembangkang dari Barisan Nasional, 26. Ada kelebihan 3 suara + 1 Yang Dipertua atau Speaker DUN.

Adakah Mohamed Azmin tidak berani buat keputusan sekali gus menampakkan dirinya amat lemah dan takut?

Dengan beberapa isu yang terpaksa didepaninya termasuklah kewujudan entiti baharu, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang dipertikaikan ketelusannya, Mohamed Azmin seakan tertekan.

Ini sehinggakan beliau terpaksa pandang remeh soal pembentukan pakatan pembangkang yang efisien di negerinya.

Di sebalik isu DAP Pulau Pinang memandang enteng kewibawaan Pas, Pas perlu mengambil hal ini sebagai iktibar untuk menempuh cabaran lebih getir jika masih mahu bernaung dalam pakatan di Selangor.

Pas kena ingat satu perkara, iaitu ramai menganggap daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya di Selangor, hanya satu kerusi iaitu DUN Bangi memiliki solid pengundi Melayu.

Sejumlah 14 lagi hanyalah kerusi-kerusi campuran 50-50 antara pengundi bukan Melayu - sebahagian besarnya Cina - dan pengundi Melayu. Inilah yang diacum-acumkan oleh Guan Eng dan individu yang mengepalai parti serpihan Pas rakan baharu DAP, Mohamad Sabu.

Soal Mohamed Azmin terus membisu dengan masih menerima Exco Pas dalam barisan pentadbirannya mungkin juga dikaitkan dengan pihak Istana yang diketahui agak akrab dengan Pas.

Kalau tidak, masakan ura-ura DAP-PKR mahu meletakkan presiden PKR di kerusi Menteri Besar pada suatu ketika tidak kesampaian setelah tidak dipersetujui Pas, yang akhirnya menaikkan Mohamed Azmin di kedudukannya sekarang.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP tolak PAS di Penang! Jom tubuh kerajaan baru S'ngor

Posted: 02 Oct 2015 08:04 PM PDT


Kemunculan Syiah bermula kehancuran Syria

Posted: 02 Oct 2015 04:28 AM PDT





WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAKSA PI BALA KELUAR NEGARA: PIHAK TERLIBAT AKAN DIDEDAHKAN

Posted: 02 Oct 2015 09:12 PM PDT

MASTER PLANNING UG???

Posted: 02 Oct 2015 09:09 PM PDT




Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua...



OLEH GREENBOC


PAS Arah Ahlinya Ke Tempat Lain Untuk Himpunan Al-Aqsa

Nampaknya Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat telah dijadikan satu isu kontorversi oleh sebuah parti yang menuduh parti lain melakukan hijack terhadap program berkenaan.

Semalam, difahamkan telah diadakan sidang media oleh semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan berkenaan termasuk ngo-ngo mengenai perhimpunan berkenaan dan telah dipersetujui semua umat Islam (samada parti politik, ngo atau orang perseorangan) supaya berkumpul di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke Kedutaan Amerika. Aqsa-Syarif telah bertindak selaku ketua/juurucakap kepada perhimpunan yang bakal diadakan esok.




Berdasarkan laman sosial Palestine Centre Of Excellence (PACE), sebuah poster juga telah turut dikeluarkan.


Tiba-tiba pada hari ini, PAS menuduh himpunan yang didakwa sebagai programnya telah dirampas oleh parti lain, dan mengarahkan ahli-ahlinya supaya mengubah lokasi berhimpun dari masjid Tabung Haji ke Masjid Jamek.

Banyak pihak yang terkejut dengan gelagat PAS berkenaan. PAS berandaian bahawa parti politik lain akan lebih mendapat political mileage daripada perhimpunan berkenaan.

Seperti di dalam BERSIH 4.0 yang lepas, PAS telah memboikot himpunan berkenaan kerana PAS tidak menjadi "ketua" di dalam perhimpunan berkenaan. (sila rujuk ruangan TAMABAHAN di bawah entri ini)

Begitu juga dengan Pakatan Harapan. PAS menolak untuk menyertainya kerana mereka tidak menjadi ketua.

Maka berlaku lagi di dalam himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa. PAS tidak menjadi ketuanya tetapi himpunan esok diketuai oleh pihak lain. Justeru itu PAS membuat keputusan untuk tidak bersama di Masjid Tabung Haji tetapi di Masjid Jamek.

Ramai yang mempersoalkan sikap dan tujuan PAS berkenaan. Apakah kerana hendak mencari political mileage atau benar-benar berjuang untuk mencari redha Allah di dalam perhimpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa?

Whatever....hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... niat sebenar PAS akan terus terdedah akhirnya nanti....

TAMBAHAN

GB pernah ulas mengenai isu pemboikotan PAS di dalam BERSIH 4.0 sebelum ini. Petikan.

Alasan Presiden PAS kali ini:

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang,"

Kita tak tahu siapa yang dimaksudkan "ajak orang lain datang" sedangkan DAP, PKR, GHB dan NGO-NGO lain sudah memutruskan untuk bersama di dalam BERSIH 4.0.

PAS tidak mahu sertai BERSIH 4.0 kononnya kerana ia dianjurkan "orang lain" bukan PAS. PAS mahu biar dia jadi kepala, bukan orang lain.

Sikap demikian ialah sikap kebudak-budakan dan tidak menampakkan kematangan berpolitik. Bagaimana anda hendak mengharapkan "orang lain" menyertai agenda anda seandainya anda sendiri tidak meraikan agenda orang lain?

Bagaimana anda hendak menjadi ketua sedangkan anda sendiri tidak boleh menjadi pengikut yang amanah dan setia seperti apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dulu?

Alangkan Rasululullah saw sendiri tidak pernah mungkir dan curang kepada janjinya walaupun kepada kumpulan kkafir dan musyrik di Mekah. Tidakkah kisah Perjanjian Hudaibiyah sekalipun ia tidak memihak kepada Islam tetapi Rasulullah amat bertoleransi dan bertolak ansur yang akhirnya memberi kemenangan kepada umat Islam?

Demikianlah, Islam diperjuangkan bukan dengan nafsu dan emosi, tetapi dengan ilmu dan strategi.

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Anda akan tuai apa yang anda tanam.

Tak lihatkah di dalam perhimpunan GST yang lalu? Siapa "orang lain" yang ada menyertai perhimpunan anti-GST anjuran PAS? Berapa ramai yang menyertainya? Bandingkan perhimpunan anti-GST bukan anjuran PAS:


Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua...


APA YANG USTAZ NI MELALUT?????... BANTUAN SAR DAN KES AZAN

Posted: 02 Oct 2015 05:42 AM PDT





FITNAH TERHADAP KERAJAAN DAP P.PINANG KETERLALUAN

Posted: 02 Oct 2015 04:52 AM PDT

Semakin hebat fitnah ke atas Dap.
Atas mimbar tuduh Dap anti Islam.
Kat Tv3 suku pun burukkan Dap sebagai rasis.
Larangan guna pembesar suara di masjid/surau selain dari Azan yg disebut oleh Tok Peti P.Pinang pun disalahkan Dap...
Tuduh Dap P.Pinang hentikan bantuan pulak....
Ada juga tok2 lebai yg kuat finah hanya sekadar dengar berita dari puak2 amno....Kesian mereka dibodohkan.

PERGOLAKAN PKR: DR WAN AZIZAH DAPAT MANDAT ISYTIHAR PAKATAN HARAPAN

Posted: 02 Oct 2015 04:19 AM PDT

FATWA LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA P. PINANG WAJAR DICONTOHI

Posted: 02 Oct 2015 04:17 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Akan wujud pecahan undi dengan bertambahnya parti, kata penganalisis politik

Posted: 02 Oct 2015 09:11 PM PDT

EC-M11
Pilihan parti politik yang banyak kepada pengundi pastinya akan mewujudkan pecahan undi terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu.

KUALA LUMPUR, 3 Oktober:

Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai sebuah parti baru di negara ini, pengundi akan mempunyai banyak pilihan pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Kartini Aboo Talib Khalid berkata, pembentukan parti baru itu sendiri melambangkan amalan demokrasi di negara ini, dan pilihan yang banyak kepada pengundi pastinya akan mewujudkan pecahan undi terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu.
"Parti politik yang didominasi oleh masyarakat Melayu adalah Umno, Pas, PKR, PSM dan kini Amanah dan dengan kewujudan parti ini, lebih banyak pecahan undi berdasarkan minat dan pilihan pengundi.
"Kita akan melihat pecahan undi dan taburannya membabitkan parti politik Melayu yang mana ia memberi kelebihan kepada pengundi Cina untuk memilih perikatan yang mereka bentuk.
"Ia akan menyebabkan parti Melayu akan bergantung kepada pengundi Cina untuk mendapat undi majoriti bagi membentuk sebuah kerajaan," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata untuk mewakili pergerakan demokratik positif, Malaysia perlu membenarkan mana-mana parti politik baru untuk berkembang tanpa kritikan yang keras.
Sementara itu, penganalisis politik, Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata beliau turut berminat dengan landskap politik baru dengan penyertaan Amanah, namun katanya, impak parti berkenaan bagaimana pun masih belum terserlah.
Katanya, Amanah sendiri tidak akan berjaya sekiranya berdiri sendiri namun akan lebih baik sekiranya bersama pakatan pembangkang.
"Parti itu (Amanah) masih belum mempunyai kekuatan untuk menentang Pas di Kelantan dan Terengganu kerana ia mempunyai akar umbi yang kuat.
"Sekiranya Kelantan dan Terengganu berdepan dengan perlawanan tiga penjuru antara Pas, Amanah dan Umno pada PRU akan datang, Umno dilihat lebih berpeluang untuk menang berikutan pecahan undi Pas dan Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Terengganu perlu nyatakan pendirian untuk bersama BN atau PH

Posted: 02 Oct 2015 09:09 PM PDT

rajabahrin-L
Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Amanah telah bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan PH untuk kepentingan rakyat.

KUALA LUMPUR, 2 Oktober:

Keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan (PH) menyebabkan parti itu ketinggalan di Terengganu.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Amanah telah bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan PH untuk kepentingan rakyat.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sekiranya Pas mahu menyertai PH pada masa akan datang, permintaan itu akan dipertimbangkan melalui perbincangan parti komponen PH yang mana buat masa ini disertai oleh DAP, Amanah dan DAP.
"Penubuhan PH di Terengganu adalah atas permintaan akar umbi untuk terus maju ke hadapan dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 14.
"Tawaran awal telah pun dibuat pada peringkat Pusat oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun mereka enggan menerimanya. Jadi PH perlu mengambil langkah seterusnya," katanya.
Raja Bahrin merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat di mana beliau dipetik sebagai berkata, Pilihan Raya Umum akan datang perlu kekal pertandingan dua penjuru.
"Saya setuju dengan cadangan itu. Kini situasi memerlukan Pas Terengganu membuat pilihan sama ada untuk bersama BN atau PH," katanya.
Jadi katanya, Pas perlu menyatakan pendirian sama ada untuk memilih dan ia bergantung kepada parti itu sendiri.
"Pesuruhjaya Pas perlu menyatakan pendirian sekiranya beliau benar-benar mahukan pertandingan dua penjuru," katanya.
Tambahnya, perjanjian persefahaman telah ditandatangani hari ini yang disertai oleh tiga pengerusi parti negeri iaitu Azam Ismail dari PKR, Raja Bahrin dari Amanah dan Ng Chai Heng bagi pihak DAP.

Pakatan Harapan ditubuhkan demi rakyat, kata Rafizi

Posted: 02 Oct 2015 09:05 PM PDT


Post Pic

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu kepentingan rakyat adalah hujah utama mengapa Pakatan Harapan ditubuhkan meskipun ada pihak menganggapnya dilakukan secara tergesa-gesa.
 
Walaupun mengakui wujud pandangan beberapa pihak di dalam PKR tidak bersetuju cara Pakatan itu dilancarkan begitu pantas, namun ujar Rafizi, ia wajar demi menyelamatkan rakyat daripada ketidakadilan Umno-Barisan Nasional.
 
"Di dalam PKR sendiri ada perbezaan pendapat dan saya hormati. Ada yang bertanya kenapa cepat sangat nak umum Pakatan Harapan dan tidak beri lebih masa kepada PAS untuk bersama dan ada juga yang bertanya kenapa bersetuju dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak sampai pun tiga bulan penubuhannya?
 
"Kenapa umum cepat? Saya sokong 100 peratus sebab rakyat sudah tidak tahan. Ahli-ahli politik mungkin rasa mereka ada banyak masa untuk berbincang, berfikir... 
 
"Tetapi rakyat yang menanggung masalah matawang jatuh, GST, harga barangan yang mahal dan tak tahan tengok muka Rosmah dan Najib," katanya di hadapan kira-kira 50 peserta Ceramah Pakatan dan Harapan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Seraya, malam tadi.
 
Pakatan Harapan diwujudkan pada 22 September lalu dengan penglibatan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur pada Julai lalu.
 
Gabungan pembangkang yang lama itu menemui titik noktahnya selepas PAS dan DAP sering bertelagah dalam isu-isu kesepakatan bersama di dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya soal pelaksanaan hudud di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno tangguh mesyuarat dalaman..!!

Posted: 02 Oct 2015 08:58 PM PDT

Mesyuarat dalaman Umno yang sepatutnya diadakan esok, ditunda sehingga tarikh yang belum ditetapkan, kata sumber dari parti itu.
Katanya, makluman mengenai pembatalan berkenaan dikeluarkan pegawai Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada petang semalam.
 "Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberi yang menyebabkan mesyuarat itu ditunda," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam portal ini menyiarkan laporan mengenai mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) yang dijadual diadakan di PWTC pada jam 8 malam esok.
Antara anggota GCOC ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Biasanya Muhyiddin diberi amanah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Untuk makluman, Ahmad Zahid hanyalah Naib Presiden Umno yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin dalam rombakan kabinet 28 Julai lalu.
Kedudukan Muhyiddin dalam Umno juga dilihat diketepikan apabila mesyuarat pengurusan yang diadakan sebelum pertemuan Majlis Tertinggi Umno bakal dipengerusikan oleh presiden parti itu sendiri.
Mengikut kelaziman, mesyuarat itu juga dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno.

Saifuddin jawab surat tunjuk sebab Umno semalam

Posted: 02 Oct 2015 08:10 PM PDT

Datuk Saifuddin Abdullah sudah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan Umno kerana menghadiri sidang meja bulat parti pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.Datuk Saifuddin Abdullah sudah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan Umno kerana menghadiri sidang meja bulat parti pembangkang, meminta penjelasan berhubung apakah kesalahan sebenar beliau, lapor The Star.
Bekas timbalan menteri dan ahli Parlimen Temerloh itu sudah menghantar dua pucuk surat, sepucuk daripada peguam Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang beliau ketuai dan sepucuk lagi atas kapasiti peribadinya.
"Surat tunjuk sebab itu samar-samar.

"Oleh kerana ia menyatakan tindakan disiplin boleh diambil terhadap saya, saya mempersoalkan apakah kesalahan yang saya lakukan dan seksyen mana dalam perlembangaan parti yang saya langgar," katanya kepada The Star dalam satu wawancara. Saifuddin mempersoalkan apakah surat tunjuk sebab itu ditujukan kepada dirinya atas kapasiti sebagai ketua pegawai eksekutif GMM atau sebagai ahli Umno dan mengapa surat itu dihantar ibu pejabat parti dan bukannya lembaga disiplin.
Jawapan daripada peguam GMM adalah untuk mendapatkan penjelasan apakah badan bukan kerajaan itu akan turut terlibat dalam tindakan disiplin bakal diambil parti.
Menurut The Star, kedua-dua surat itu dihantar ke ibu pejabat Umno semalam.
Saifuddin menghadiri sidang meja bulat parti pembangkang yang menyaksikan Pakatan Harapan ditubuhkan.
Kehadirannya menimbulkan kemarahan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap bekas ahli majlis tertinggi parti Melayu itu.

Pas tak akan tarik diri dari kerajaan Selangor

Posted: 02 Oct 2015 08:00 PM PDT

SHAH ALAM – "Pas Selangor tidak akan menarik diri daripada kerajaan Selangor," demikian pendirian Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah yang dinyatakan kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan kepada Pas untuk menentukan pendirian sama ada mahu keluar atau kekal dalam pakatan kerajaan Selangor.
Pas tak akan tarik diri Beliau yang juga Adun Bangi berkata, Pas tidak boleh menarik diri memandangkan wakil rakyat Pas mempunyai tanggungjawab besar melaksanakan mandat rakyat.
"Kami dipilih rakyat pada pilihan raya lalu sehingga kami berjaya membentuk sebuah kerajaan yang baik dalam Pakatan Rakyat (PR) sekali gus memberi kebajikan kepada semua rakyat.
"Pas Selangor percaya mana-mana parti di negeri ini tidak boleh mentadbir secara bersendirian kecuali menerusi kerjasama antara satu sama lain," katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang bersedia untuk mempertimbangkan keputusan keluar dari pakatan kerajaan Selangor, Shafei berkata, keputusan perlu dibuat secara kolektif dan pandangan Pas Selangor biasanya turut diambil kira.
"Buat masa ini Dewan belum buat sebarang keputusan, jadi saya tak boleh nak ulas lebih lanjut perkara itu," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut menegaskan yang Pas Selangor tidak akan goyah dengan Pakatan Harapan.
Menurutnya, PR masih terpakai di Selangor sepertimana yang dinyatakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
"Kami terima baik pandangan beliau (Mohamed Azmin) yang mengatakan hanya PR terpakai di Selangor, bukannya Pakatan Harapan.
"Justeru itu, Pas Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk berbincang dengan rakan PKR dan DAP dalam urusan hal ehwal kerajaan di negeri ini," katanya.

1MDB tangguh serah akaun untuk sembunyikan kebenaran

Posted: 02 Oct 2015 07:44 PM PDT

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan sekiranya 1MDB sedang cuba menjual semua asetnya untuk menampung berbilion ringgit yang dikatakan hilang, menyebabkan mereka lambat menyerahkan kenyataan kewangannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.  
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan sekiranya 1MDB sedang cuba menjual semua asetnya untuk menampung berbilion ringgit yang dikatakan hilang, menyebabkan mereka lambat menyerahkan kenyataan kewangannya. 

Kelewatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam menyerahkan kenyataan kewangannya kepada penyelia tidak boleh diterima, kata DAP hari ini, serta menuduh syarikat sarat hutang itu ingin "mengelak kebenaran terbongkar kepada rakyat".
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua juga mempersoalkan sekiranya kelewatan firma tersebut menyerahkan kenyataan Mac 2015 dilakukan secara sengaja sehingga pelaburan milik Kementerian Kewangan itu dapat menjual semua asetnya untuk menampung berbilion ringgit yang dikatakan "hilang".
1MDB dikatakan memfailkan kenyataan kewangannya dengan Companies Commission sejak 30 September tetapi menerima lanjutan 6 bulan. Syarikat tersebut mengatakan tidak dapat akses kepada dokumen penting kerana sedang disiasat pihak berkuasa.

"Alasan ini teruk kerana seperti yang didapati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semasa pertemuan dengan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia, mereka tidak dipanggil atau dibenarkan memulakan audit dari Jun 2015. "Pengerusi PAC pada masa itu, Datuk Nur Jazlan Mohammad memberitahu media Deloitte belum lagi diarahkan Kementerian Kewangan untuk menjalankan audit lebih 3 bulan selepas kewangan penghujung tahun.
"Beliau berkata Deloitte 'ingin berbuat begitu tetapi belum diberi kebenaran dari kementerian'.
"Jadi Deloitte masih belum diberi arahan untuk memulakan audit lagi." kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA PERLU 3 TAHUN ??? NAMPAK TAK... INGAT.. Rakyat bodoh ka mcm machai..

Posted: 02 Oct 2015 07:28 PM PDT

BN pasti mau adakan PRU14 paling lewat 2018 (LAGI 3 TAHUN) kerana masa itu jumlah pekerja asing dah cecah SUKU DARIPADA PENDUDUK M'SIA..

Nak adakan PRU14 dlm masa terdekat.. Jgn harap la.. Sbbnya Ahmad Maslan hari tu kata BN akan tewas sekiranya p'raya umum diadakan segera...

Mana boleh nak diadakan segera p'raya umum. Kemasukan 1.5 juta bangla blom settle lagi. Zahid Hamidi kan dah kata kemasukan 1.5 juta bangla dlm tempoh 3 tahun. Najib pon dah bg 'green light' akan ambil 3,000 pelarian Syria & diberi 'kad pengenalan khas' juga dlm tempoh 3 tahun lagi

ANWAR IBRAHIM 'WITHOUT A SOUL!'

Posted: 02 Oct 2015 07:28 PM PDT

ANWAR IBRAHIM 'KERAJAAN KATA, BUKAN SAYA KATA!'

Posted: 02 Oct 2015 07:27 PM PDT

ANWAR IBRAHIM - MAT SABU 'ANTARA AKIDAH DAN AKHLAK'

Posted: 02 Oct 2015 07:26 PM PDT

Kalau Tak Menipu, BUKAN UMNO NAMANYA..

Posted: 02 Oct 2015 06:07 PM PDT

Baru tahu.. bila minyak naik harga kehidupan rakyat makin sejahtera..

Kalau camtu, bulan depan & PASTIKAN HARGA MINYAK TERUS KEKAL NAIK ya !!.. JANGAN TURUN2. klu turun nanti kehidupan rakyat TAK AKAN SEJAHTERA !!!

"Nak atasi kesesakan di KL kena kurangkan parking.."

Posted: 02 Oct 2015 06:06 PM PDT

KENAPA TAK SURUH AJA HAPUSKAN SEMUA PARKING DI KL.. gerenti tak sesak di KL..

Asal kluar dari mulut BN saling tak tumpah mcm Haji Ahmad Maslan.

Roti canai, nasi briyani prices to come down

Posted: 02 Oct 2015 06:02 PM PDT

After supermarkets and mini-markets, ministry going after restaurant operators associations to bring food rices down.
hamzah-zainuddin
JOHOR BAHRU: The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry is going all out to bring down prices at restaurants, including for roti canai and nasi briyani.
Its minister, Hamzah Zainuddin, said the move follows the success of the ministry's initial campaign to get retailers, including supermarkets and mini-markets to bring down prices.
"We are discussing with restaurant operators associations to implement the second strategy soon," he told a press conference after launching a price reduction campaign here today.
He said once an agreement was reached, the associations would voluntarily reduce prices based on the type of food ordered by customers.
"For instance, if possible, my strategy would be this week the price of roti canai in the country be reduced … next week, maybe nasi beriyani. This is our strategy and will update on the progress from time to time," he said.
He said this way, the purchasing habits of the people could be changed.
Earlier, Hamzah had launched the "Price Reduction Campaign – Low Prices Everyday Throughout the Year" at the Point Convenience Shop at JB Sentral, here.
"This shop is the first convenience store here which has voluntarily joined the price reduction campaign, lowering the price of a carton of coca-cola today by RM6 from the original price of RM24," he said.
He added that throughout this month, the shop would also reduce the prices of its other goods.
Hamzah said since March, 55 companies and 2,453 branches of supermarkets had voluntarily participated in the price reduction campaign which involved 934,873 types of food products and essential items.
– BERNAMA

MUHYIDDIN - DARIPADA 'MATI KERING', LEBIH TERHORMAT 'MATI MELAWAN'

Posted: 02 Oct 2015 05:48 PM PDT

Walaupun sudah menyatakan kesetiaan kepada parti dan sedia bersama-sama membantu UMNO untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang, petanda bahawa Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin terus dikecil dan dipencilkan nyata semakin ketara.

Kedudukan sebagai orang nombor dalam UMNO nampaknya semakin tidak bernilai apa-apa kepada Muhyiddin sejak disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, 28 Julai lalu.

Jika sebelum mesyuarat MT UMNO pada 9 September lalu, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin yang biasanya dipengerusikan oleh Muhyiddin telah digantikan dengan mesyuarat khas Biro Politik yang dikendalikan oleh Najib, kini pemencilan itu berterusan lagi.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini melalui pendedahan sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihanraya (GCOC) Ahad ini yang sepatutnya dipengerusikan oleh Muhyiddin telah digantikan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Terlihat bahawa meskipun tidak diambil apa-apa tindakan susulan penyingkiran sebagai Timbalan Perdana Menteri, Najib seperti secara perlahan-lahan cuba mengikis kuasa atau amalan biasa peranan yang dimainkan oleh Muhyiddin dalam kapasitinya yang berjawatan timbalan presiden dalam UMNO.

Trend ini memperlihatkan tidak mustahil sebelum mesyuarat MT UMNO bulan ini sekali lagi mesyuarat khas biro politik akan turut bersidang untuk mengambil alih peranan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO.

Jika ia berterusan terjadi sehingga pemilihan seterusnya pada 2018, bermakna Muhyiddin  hadir mesyuarat bulanan MT UMNO dalam tempoh kira-kira tiga tahun akan datang hanya dengan "goyang kaki" dan boleh bercakap dalam perkara hal-hal lain saja.

Juga tidak mustahil dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember nanti, Muhyiddin mungkin turut dikecualikan daripada merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri yang biasanya merupakan tugas penting seorang pemimpin nombor dua untuk menyampaikan amanatnya.

Jalan mungkin sedang dicari sama ada perhimpunan itu akan dirasmikan oleh Zahid Hamidi atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri atau paling tidak ia hanya dirasmikan oleh ketua  sayap masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan bakar negara

Posted: 02 Oct 2015 05:39 PM PDT


Malaysia sudah merdeka 58 tahun. Sepatutnya umur kemerdekaan ini sama dengan kematangan rakyat dan pemimpin berfikir. Tugas kita sebagai rakyat melanjutkan kerja yang sudah dilalui oleh orang yang terdahulu. Menjaga keharmonian dan kedaulatan negara adalah tugas kita bersama.

Pejuang kemerdekaan yang telah meletakkan asas pembinaan negara yang begitu tersusun jangan dihancurkan oleh nafsu serakah yang mempunyai cita-cita politik yang singkat. Asas persetujuan daripada mereka yang terdahulu semasa hendak mencapai kemerdekaan harus direnung dan dijadikan asas oleh generasi sekarang.  Walaupun kita tidak bersetuju dan berpuas hati dengan apa yang diletakkan oleh mereka yang terdahulu. Di samping kita memperbaiki kekurangan yang masih ada, bukan memburukkan lagi keadaan.

Persetujuan yang disepekati oleh semua pihak bahawa Islam agama Persekutuan, Hak Istimewa Orang Melayu, hak kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai balasannya mereka yang datang ke negara ini diberi kerakyatan.

Sepatutnya kita bergerak atas asas itu dalam apa-apa tindakan supaya keharmonian antara  kaum dapat dipupuk. Oleh itu jangan bakar negara dengan isu perkauman dan penghinaan kepada agama serta merungkai kontrak sosial yang sudah dipersetujui.

Sejarah hitam 13 Mei 1969 jangan diulang. Kehancuran yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. Pihak berkuasa perlu bertindak kepada siapa yang cuba membuat provokasi dengan mempertikai asas yang sudah dipersetujui bersama, tanpa mengira darjat dan kedudukan. Kita lebih sayang negara daripada individu.
Read More / Baca Lagi >>

Sekiranya pelarian Syria dibawa masuk, bagaimana dengan pelarian Rohingya?

Posted: 02 Oct 2015 05:37 PM PDT

oleh V Shuman
Kesusahan yang menimpa pelarian dari Syria yang berdepan konflik di negara mereka telah menyebabkan kekecewaan penduduk dunia.

Siapa mampu lupakan imej trajis kematian Aylan Kurdi, 3 tahun, yang terdampar di pantai Turki selepas bot yang membawanya serta keluarga karam di Laut Mediterranean awal bulan lalu?

Kini Malaysia menjadi salah satu negara yang menawarkan perlindungan bagi migran dari Syria.

Perdana Menteri Najib Razak berkata negara kita mengalu-alukan 3,000 pelarian dari Syria dalam tempuh tiga tahun akan datang, bagi meredakan kesusahan yang dialami mereka.

Menurut Najib, negara-negara Islam turut memikul tanggungjawab memastikan kesejahteraan penduduk Syria yang kesusahan dan telah meninggalkan tanahair mereka. Ini mendatangkan tekanan ekonomi dan sosial kepada negara-negara di Eropah.

"Kerana itu, Malaysia sejak bertahun tahun membenarkan kemasukan pelarian perang, kebuluran dan penindasan. Kami kini punyai ratusan ribu imigran yang diambil awal tahun ini di mana wujudnya situasi kemanusiaan di Laut Andaman," ujar beliau di Persidangan PBB di New York, baru baru ini.

Najib berkata jutaan penduduk Syria melarikan diri dan ini mendatangkan kebimbangan dunia.

"Hanya apabila kita melangkauai garis perkauman dan agama, apabila kita melihat imej migran terdesak, mangsa ektremisme, dan mereka  yang merana kerana kebuluran dan kemiskinan - kita dapat melihat mereka sebagai saudara, dan hanya apabila kita melihat gambar menyayat hati (Aylan) terdampar di pantai - kita melihat anak-anak kita sendiri - maka dapatlah kita bertindak dengan sebaiknya.
Read More / Baca Lagi >>

Hak membantah digugat keputusan mahkamah dan sikap samseng menteri.

Posted: 02 Oct 2015 05:32 PM PDT

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengambil maklum keputusan Mahkamah Rayuan semalam, peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah memutuskan penganjur yang gagal memberi notis 10 hari kepada polis kini boleh didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 9(5) PAA sebelum mengadakan sebarang perhimpunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015. Dalam membuat keputusan tersebut, Mahkamah dilaporkan berkata ia harus meminggir daripada keputusannya pada April 2014, peruntukan undang-undang yang sama adalah bertentangan dengan Perlembagaan ketika membebaskan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada kesalahan tidak memberi notis sepuluh hari seperti yang diperuntukkan Akta tersebut.
Bersih 2.0 melihat keputusan Mahkamah ini sebagai satu penghinaan terhadap hak asasi untuk berhimpun dan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, serta merupakan satu lagi usaha untuk menghalang hak membantah sepertimana yang dituntut dalam perhimpunan Bersih 4, lebih satu bulan lalu.

Keputusan Mahkamah Rayuan untuk membuat pusingan-U dalam persoalan ini wajar dipersoal orang ramai. Apakah wujud faktor luaran yang mendorong mahkamah untuk membuat keputusan sedemikian? Apakah Bersih 2.0 sebagai penganjur perhimpunan aman Bersih 4 turut akan diheret ke mahkamah sedikit masa lagi? Trend mengugut dan mengancam rakyat dengan undang-undang yang mengekang kebebasan serta sikap samseng seperti yang ditonjolkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ternyata tidak menjanjikan berita baik buat rakyat Malaysia.
Tajuddin dilaporkan memberi amaran kepada kaum Cina, tidak ada orang yang akan datang menyelamatkan mereka pada setiap kali mereka mengadu tentang sebarang masalah. 'Nak kena lempang macam tu,' beliau dilaporkan berkata.
Bersih 2.0 mengutuk sikap samseng Tajuddin Rahman dan menggesa supaya beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas keceluparan mulutnya itu. Seharusnya seorang menteri kabinet bersikap sopan santun terhadap semua rakyat Malaysia, memandangkan beliau bertanggungjawab melayani rakyat, dan bukan sebaliknya.
Amaran lempang-melempang serta usaha membungkam bantahan rakyat terhadap sikap bongkak sesetengah pemimpin negara pastinya tidak akan dilupakan apabila datang musim pilihanraya nanti.
Rakyat Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk memilih pemimpin mereka melalui peti undi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib beri amaran jangan timbulkan sengketa

Posted: 02 Oct 2015 05:22 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar menghentikan kenyataan berbaur politik yang boleh menimbulkan masalah dan salah faham, sehari selepas seorang timbalan menteri didakwa mengancam untuk "melempang" orang Cina jika mereka mengadu masalah kepada negara luar.
Dalam satu posting ringkas di akaun Facebook beliau, Najib berkata ini bukan masanya bergaduh dan menuduh antara satu sama lain tetapi untuk memastikan negara terus maju.
"Saya mahu semua pihak di Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang boleh menimbulkan sengketa dan salah faham.

"Ini masa untuk kita bersatu pastikan negara kita terus maju, bukan berbalah dan tuduh-menuduh," kata perdana menteri dalam postingnya. Najib, yang kini berada di Milan, Itali untuk lawatan kerja 3 hari, tidak merujuk kepada sebarang insiden khusus dalam membuat posting demikian.
Semalam, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan memberi amaran kepada orang Cina Malaysia supaya tidak mengadu mengenai kerajaan negara ini kepada pihak luar dengan harapan akan mendapat pembelaan daripada kerajaan asing.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
"Nak kena lempang macam itu," Tajuddin dipetik berkata, sambil ketawa kecil pada sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau kemudiannya menafikan membuat ancaman tersebut, mengatakan penggunaan perkataan seperti 'lempang' dan 'tampar' itu tidak sesuai dengan kedudukannya yang sudah lama menjadi ahli politik, The Star Online melaporkan.
Timbalan menteri itu berkata demikian mengulas lawatan Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang ke Jalan Petaling pada 25 September, di mana beliau dilaporkan berkata, Beijing menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi berasaskan kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Dulu politik merah, sekarang baju dan pencemaran merah

Posted: 02 Oct 2015 05:19 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Ada satu lagi ancaman merah, lebih menakutkan dan lebih memusnahkan rakyat Malaysia. Ancaman merah ini tidak datang dari komunis dan ia bukanlah penyangak digelar "baju merah", di mana kerja mereka adalah untuk mengalihkan perhatian kita dari skandal 1MDB dan derma RM 2.6 bilion, yang berakhir dalam akaun peribadi Najib.
Jauh dari pusat kerajaan, di Putrajaya, dan sekitar 50km dari kawasan Najib, Pekan, di bandar Kuantan. Berhampiran dengan Kuantan ialah Felda Bukit Goh. Di sini kita boleh menyaksikan bencana itu disebabkan oleh ketamakan manusia, dan ketidakpedulian. Akhirnya, kita akan menyaksikan kejatuhan manusia yang bersikap acuh tak acuh dan pentingkan diri sendiri.
Kuantan yang malang. Penduduknya masih selesa dengan kesan tidak jelas sisa radioaktif, dari Kilang Lynas. Kini, mereka dihentam pula dengan kemusnahan alam sekitar, kesihatan mereka serta pelancongan yang terjejas. Sumber kecelakaan terbaru ini ialah aluminium dikenali sebagai bauksit, komponen utama ialah aluminium hidrokside.
Bauksit berwarna kemerah-merahan, atau oren pudar. Ia juga mengandungi unsur berat seperti merkuri, arsenik, cadmium, berilium dan juga radioaktif uranium dan thorium. Besi ini dilombong untuk kandungan aluminium tetapi menggali bauksit, boleh menjejaskan kesihatan mereka yang terlibat dengannya.
Bahan ini boleh menyebabkan kanser, sekiranya ia ditelan atau memasuki saluran pernafasan manusia. Ia boleh merosakan paru-paru dan menyebabkan masalah pernafasan. Bahan-bahan ini boleh memasuki rantaian makanan. Orang makan ikan, yang hidup dalam sumber air tercemar, akan diracuni oleh toksin-toksin ini.
Bauksit digunakan untuk membuat aluminium. Pusat kerja dunia, China, memerlukan aluminium. Negara itu tidak mempunyai bekalan yang cukup. Masalah bermula apabila Indonesia mengharamkan semua eksport bauksit mentah. Tidak mengejutkan, Malaysia pula kini memenuhi keperluan China. Tiba-tiba, lombong haram muncul di mana-mana. Tidak banyak peraturan yang wujud, dan seperti biasa yang berlaku di Malaysia, pihak berkuasa tidak peduli.
Read More / Baca Lagi >>

“Jenaka” Tajuddin bayangan kabinet dipenuhi pelawak

Posted: 02 Oct 2015 05:15 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Kadang kala, orang akan memberitahu anda yang mereka hampir "jatuh daripada kerusi" apabila mereka  terkejut kerana melihat atau mendengar sesuatu.
Sudah tentu, kita semua pernah mendengar kata-kata yang melebih-lebih ini, tetapi saya sendiri benar-benar hampir jatuh kerusi sewaktu membaca berita mengejutkan oleh Malaysiakini.
Menurut laporan, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman telah memberikan amaran yang dia akan "menampar" orang Cina di Malaysia sekiranya mereka membuat aduan ke luar negara.
"Saya memberikan amaran kepada orang Cina Malaysia, jangan fikir setiap kali anda ada masalah, anda mahu merungut, sikit-sikit merungut supaya akan ada orang melindungi mereka."
"Nak kena lempang macam itu," dia berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan satu majlis di Kuala Lumpur Khamis lalu.
"Orang Cina di Malaysia, jangan berangan yang akan ada abang besar datang,  yang akan ada pelindung dari China membantu mereka.
Tajuddin menjelaskan yang lawatan duta China ke Malaysia Huang Huikang ke Petaling Street dan komen yang diberikannya hanya mahu melindungi pelancong dari China yang melawat Malaysia, dan tidak ditujukan kepada Cina Malaysia.
Sukar dipercayai kan?
Adakah ini contoh "moderate" yang diajar oleh Perdana Menteri Najib Razak kepada dunia?
Selaku Timbalan Menteri, Tajuddin mewakili pentadbiran yang diketuai Najib.
Adakah ini yang kita harapkan dari seorang ahli Kerajaan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Najib?
Mengancam untuk menampar?
Kemudian pada petang hari sama, The Rakyat Post melaporkan yang Tajuddin berkata bahawa ucapan "lempang"nya hanya satu kata-kata kosong dan dia tidak mengancam sesiapa.
"Ia hanya satu peringatan kepada Cina Malaysia yang sekiranya mereka ada masalah, mereka perlu menyelesaikannya secara dalaman. Jangan libatkan orang luar. Jangan rasa mereka boleh dapat perlindungan dari luar," katanya.
Kemudian, The Star Online melaporkan yang Tajuddin menafikan mengeluarkan kata-kata "lempang" yang tidak wajar dituturkan oleh orang politik lama sepertinya.
"Bagaimana saya boleh menggunakan perkataan 'lempang'? Itu adalah bahasa budak-budak."
"Saya bukan muda lagi. Bagaimana saya boleh gunakan perkaraan itu? Bagaimana saya boleh bodoh sangat untuk guna perkataan itu!" Dia memberitahu The Star Online.
Laporan itu mengatakan bahawa ucapannya yang dikeluarkan oleh laman berita mendedahkan yang dia memang menggunakan perkataan "lempang" walaupun ia diikuti oleh gelak ketawa selepas itu.
Nampaknya Tajuddin bercanggah dengan diri sendiri. Itu atau dia memang ada penyakit cepat lupa.
Gurau atau tidak, kata-kata itu tidak sepatutnya keluar dari seorang menteri.
Bongkak dan kurang ajar.
Ia memalukan semua kakitangan awam yang berkerja keras, sopan dan bersederhana dalam kementerian.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya: Urutan kejadian, pihak terlibat akaun bersumpah PI Bala akan didedahkan

Posted: 02 Oct 2015 05:12 PM PDT

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam sebelum ini merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dibuang negara kemudian meninggal akibat komplikasi jantung, pada 2013. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.   Penyiasat persendirian P Balasubramaniam sebelum ini merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dibuang negara kemudian meninggal akibat komplikasi jantung, pada 2013. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.
Personaliti yang terlibat dalam perbalahan akuan berkanun (SD) penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan didedahkan tidak lama lagi dengan kemasukan semula saman RM2 juta terhadap peniaga permaidani Deepak Jaikishan, kata peguam Americk Sidhu. Americk yang mewakili A. Santamil Selvi, memberitahu The Malaysian Insider perbicaraan dijadualkan pada awal tahun depan juga akan mendedahkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembuangan secara paksa Balasubramaniam dan keluarganya ke luar negara.
Balasubramaniam, yang juga dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 2013, tidak lama selepas keluarga itu pulang dari India. Balasubramaniam juga merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Semalam, Deepak yang mewakili dirinya sendiri, memberitahu 3 hakim Mahkamah Rayuan yang beliau bersetuju dengan dakwaan Santamil dan 3 anaknya serta mengakui rayuan itu. "Saya melakukan perkara yang betul (di mahkamah)," katanya kepada pemberita selepas itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
Americk berkata, tidak akan ada rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Deepak tidak mencabar rayuan Santamil untuk mengembalikan saman beliau kerana konspirasi.
"Kita akan tahu urutan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 yang mengaitkan beberapa orang yang mempunyai peranan penting menyebabkan pemergian Balasubramaniam dan keluarganya," kata Americk kepada The Malaysian Insider.
Dalam SD pertama Balasubramaniam pada 3 Julai 2008, beliau melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya.
Bagaimanapun pada keesokan harinya, beliau menarik balik SD pertama dengan kenyataan bersumpah kedua.
Balasubramaniam dan keluarganya meninggalkan Malaysia selepas menandatangani SD kedua. Deepak dikatakan menguruskan perjalanan mereka sekeluarga meninggalkan negara melalui Singapura.
Peguam itu berkata Santamil akan memberi keterangan bersumpah kerana terlibat dengan apa yang berlaku. Deepak juga dijangka memberitahu versi beliau.
Read More / Baca Lagi >>

IGP: Kertas siasatan terhadap bekas KM Melaka selesai

Posted: 02 Oct 2015 05:06 PM PDT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Kita tahu dia (Rahim) ada beberapa kali memohon maaf kerana kenyataannya tetapi itu terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyiasatnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang meninggal dunia semalam, di Pusat Xiao En, Jalan Kuari, Cheras, hari ini
Khalid berkata polis menerima beberapa laporan polis berhubung kes berkenaan.
Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.
Pada 30 September lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.
- Bernama

Pelarian Syria ditawar penempatan, peluang kerja di Malaysia

Posted: 02 Oct 2015 05:11 AM PDT



Malaysia akan menawarkan penempatan dan peluang pekerjaan sementara kepada 3,000 pelarian Syria serta akses pendidikan kepada anak-anak mereka semasa berada di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penerimaan pelarian berkenaan menunjukkan sikap keperimanusiaan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa rakyat Syria.
"Yang penting adalah perlindungan kepada mereka dan keluarga, dan kita akan memikirkan beberapa pendekatan tentang memberikan pendidikan untuk anak-anak mereka juga.
"Kita gunakan pengalaman lalu supaya penempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan sementara dapat diberikan kepada mereka sehingga keadaan (kembali) aman di Syria dan mereka dapat pulang ke negara asal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Ekstremisme Ganas di ibunegara hari ini.
Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika berucap pada sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis, mengenai kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Najib berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat Syria terpinggir yang melarikan diri dari negara mereka dalam jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.
Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata Malaysia mempunyai pengalaman dalam memberikan bantuan kepada rakyat negara bergolak termasuk Bosnia Herzegovina sehingga diberikan pujian di peringkat antarabangsa.
"Kita dapat lihat pelajar Bosnia ketika itu yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa kini sudah menjadi pemimpin utama di Bosnia dalam politik dan korporat serta (ada juga yang menjadi) profesional," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Shell Malaysia Bakal Buang Pekerja dan Kakitangan Shell Seramai 1,600 Orang!

Posted: 02 Oct 2015 04:49 AM PDT

Kehidupan dan landskap keadaan ekonomi Malaysia yang ibarat syurga dunia sebelum ini sudah berakhir, apabila satu demi satu syarikat terpaksa menstruktur semula syarikat mereka termasuk buang kakitangan dan pekerja bagi mengurangkan kos operasi syarikat masing masing dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia dan ekonomi Malaysia yang masih tidak menentu.
Ditambah pula dengan harga minyak dunia yang terus kekal rendah sekarang ini.
Terbaru syarikat gergasi minyak dunia ini, Shell telah mengambil langkah segera untuk terus bersaing secara kompetatif dalam industri emas hitam dunia apabila melalui Shell Malaysia umumkan :

Persiapan Awal Untuk Lebih Berdaya Saing

berita terkini shell
  • 1,300 pekerja dan kakitangan akan kena buang oleh Shell Malaysia dalam tempih 2 tahun yang akan datang
  • Jumlah kakitangan Shell Malaysia berjumlah 6,500 pada ketika ini
P/S : Syarikat Sapura juga sedang menghadapi masalah bagi mengekalkan momentum syarikat mereka sebelum ini.
PP/S : Kalangan syarikat yang berpusat di G Tower Jalan Tun Razak menunjukkan beberapa syarikat Oil & Gas telah ditutup disebabkan tekanan yang mereka hadapi sekarang. Selain Oil & Gas, industri pembuatan juga terjejas dengan situasi hari ini.