Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI BERBOHONG DAN PEMBOHONG KATA PELAJAR MALAYSIA DI AMERIKA

Posted: 30 Sep 2015 05:44 AM PDT



Saya sangat terkejut dengan Pembohongan dan Pembodohan oleh Rafizi dalam laporan ini http://m.malaysiakini.com/news/313987

Pertama sekali, majlis pada 28 Oktober 2015 di Bangunan Ambasador Malaysia di New York itu adalah Majlis Sepetang bersama Perdana Menteri. Tidak ada Majlis Dialog!!! Kenapa Rafizi merepek. Sejak jadi YB kenapa asyik BERBOHONG sahaja Rafizi? Adakah itu taraf kamu? Jika kamu tidak hadir ke New York dan kamu tidak melihat suasana majlis tidak usah kamu bercakap mengenainya ! Kamu hanya akan mengumpul dosa kering!

Walaupun PM sangat sibuk, baharu sahaja selesai mesyuarat dengan Presiden Obama dan lain-lain ketua kerajaan, PM masih sudi bersama kami. Apatah lagi keadaan jalan di New York jammed di mana-mana. PM kelihatan sangat letih tetapi melayan kami seperti anak-anaknya, kami dari pelbagai kaum merasa sangat friendly, selesa dan gembira. Hampir 1 jam PM berucap mengenai perancangan ekonomi dan pembangunan Malaysia, kemajuan dan cabaran, kami sanggup berdiri lama mendengarnya. Perdana Menteri menggunakan slaid dan ianya sungguh menarik.

Perdana Menteri juga beramah mesra hampir satu jam makan bersama kami sambil bertukar pandangan secara dekat, dari hati ke hati dan kami berpuashati. PM melanggar protokolnya dengan tidak makan secara berasingan di meja VVIP tetapi sanggup berbaris bersama kami mengambil makanan di meja yang disediakan untuk orang ramai. 

Semasa kami makan bersama, kami bertanya banyak perkara, kami meluahkan banyak perkara. Kami faham PM dikritik kerana dasar-dasarnya yang tidak popular, tetapi bukti global menunjukkan PM melakukan perkara yang tepat untuk masa akan datang. 

Bagi kami, kami lebih percayakan PM daripada agenda Rafizi. Kami sudah hilang respect kepada Rafizi kerana banyak bercakap tetapi tidak nampak apa-apa hasil daripada percakapannya.

Asyik-asyik persoal dasar kerajaan, kami sudah naik bosan!!! Asyik recycle isu yang sama amat menjumudkan!!! Rafizi memberi gambaran rakyat Malaysia bodoh belaka. Kami pun tahu membezakan mana yang baik kepada negara, kami sangat bosan dengan cara Rafizi dan pembangkang.

Sangat memalukan dan tidak nampak kematangan hidup bernegara. Kalaulah Rafizi di Amerika Syarikat buat cara yang sama asyik repeat isu seolah-olah rakyat pekak dan bodoh, saya percaya rakyat Amerika akan panggil Rafizi si Bodoh from Malaysia! Memalukan!!!

Matanglah sikit, kalau nak kempen tunggulah PRU14 , sekarang masa untuk bekerja. Jangan tanam kebencian yang keterlaluan kepada kerajaan seolah-olah tiada satu pun perkara yang baik dari kerajaan!

Simpan sedikit kebodohanmu, keegoanmu, keceluparanmu untuk masa pencenmu! Kami sudah bosan dengan retorik dan isu-isu yang kamu recycle. 

Kami mahu masa depan. Kami tak mahu cakap banyak walaupun popular untuk kamu!

Pelajar Malaysia,
New York, USA.
......

Kiriman emel di atas tanpa edit.




The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dengan PAS punya benci, tapi Kit Siang mahu Unity Government?

Posted: 30 Sep 2015 09:03 PM PDT



Apa benda dia cerita ni?

Satesmen and stateswomen from both sides of the political divide?

DAP dengan PAS pun tak boleh berbaik tapi nak satu kerjasama Unity Government untuk selesaikan masaalah negara. Belum lagi cerita PKR bengkak dan fed-up dengan DAP yang merancang ketepikan PKR di Selangor.

Sesama Pembangkang tak boleh kerjasama, tapi nak kerjasama dengan BN. Setakat DAP dengan perangai macam anjing yang tak renti menyalak dan babi yang tak renti menyondol, usahlah...


Bila totey Anwar nak sakit?

Posted: 30 Sep 2015 06:14 PM PDT


Satu-satu helah Anwar. Sekejap sakit ini. Sakit itu. Konspirasi ini. Konspirasi itu.

Dalam banyak-penyakit yang dia hadapi, totey dia belum nak sakit lagi ke?

Dah jatuh usah lagi dihina jika tak tahu kebenaran

Posted: 30 Sep 2015 06:30 AM PDT




Baca sepenuhnya di SPIN




Katanya DAP banyak evangelist ... rupanya kaki maksiat

Posted: 30 Sep 2015 04:30 AM PDT



Pakatan pun reject Saiful Nang

Posted: 30 Sep 2015 02:30 AM PDT


Dengarnya ada seorang si bingai pergi jumpa dia


Anwar sakit bahu ... kikiki

Posted: 30 Sep 2015 12:30 AM PDT




Jangan kita lupa sapa Anwar ...



Daughter pun sama. Ingat ada hal ke NY ...



Apa perlu beg begitu besar dan banyak pula.. ubat bahu abah ke????



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Dewan Diraja Selangor kesal kenyataan Rahim?

Posted: 30 Sep 2015 11:59 AM PDT

Tengku Amir Shah

MUKADIMAH DEWAN Diraja Selangor semalam kesal dengan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di dalam akaun Facebook miliknya pada 25 September lalu berhubung pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Abdul Rahim yang disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah semata-mata.

Berikut adalah kenyataan penuh Dewan Diraja Selangor:

Dewan Diraja Selangor me­rasa amat dukacita di atas kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di dalam akaun Facebook beliau yang diterima pada 25 September 2015, memberi komen tentang pertukaran agama oleh Raja Muda Se­langor, Tengku Amir Shah.

Dewan Di­raja Selangor dengan ini menafikan sekeras­-kerasnya se­gala tohmahan dan fitnah ber­kaitan kenyataan ini yang merupakan satu pembohongan dan fitnah semata-­mata.


Berikut dipetik kenyataan beliau:

"Berita pertukaran agama oleh putera Sultan Selangor, Tengku Amir Shah ke Katholikisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh negara dan dunia.

"Kesedihan ini ditambah de­ngan dua tragedi timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope di Vatican City akan berhasil."

Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik tersebut, Dewan Diraja Selangor berpendapat dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-­unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Se­langor.

Dewan Di­raja melahirkan kekesalan kerana Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik tiada langsung mengambil sebarang langkah untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang posting yang dibuat oleh portal-­portal luar sebelum memberi pendapat dan komen beliau.

Adalah amat mudah bagi beliau untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai sifat tanggungjawab.

Tambahan pula posting tersebut telah diviralkan pada tahun le­pas dan penafian telah dibuat oleh Ketua Polis Negara di akhbar-­akhbar berikutan dengan satu la­poran polis yang dibuat oleh pihak istana.

Tindakan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memberi komen terhadap berita palsu ini dirasakan se­ngaja dilakukan dengan niat ja­­hat (dishonest intention) bagi men­cemar dan mempersoalkan akidah Raja Muda Selangor sebagai seorang Islam dan secara langsung menyatakan Raja Muda Selangor telah murtad.

Akibat dari komen beliau ini terdapat banyak respon dan komen yang dibuat oleh orang ramai terutama umat Islam yang menunjukkan kemarahan, kebencian, cacian mereka terhadap Raja Muda Sela­ngor dan Sultan Selangor.

Di samping itu, kenyataan beliau yang menyatakan Sultan Se­langor akan bertemu Pope di Vatican City juga jelas merupakan satu pembohongan dan fitnah dan tidak seharusnya dikeluarkan oleh beliau yang merupakan bekas Ketua Menteri dan Timbalan Menteri.

Kenyataan beliau ini juga perlu dibanteras bagi mengelakkan umat Islam dari terus mempercayai dan menyebarkan pembohongan dan fitnah ini yang boleh mengakibatkan mereka tergelincir menjadi golongan fasik.

Di dalam masa yang sama Dewan Diraja Selangor ingin memaklumkan bahawa Raja Muda ketika ini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Sekembalinya bagin­da ke negara, baginda akan ditauliahkan di da­lam perkhidmatan Ang­katan Tentera Ma­laysia.

Dewan Di­raja Se­langor menyeru agar Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memberhentikan de­ngan serta­-merta se­gala tindak­-tan­duknya menyebarkan berita pal­su dan pembohongan ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Kedudukan Daya Saing Malaysia Terus Baik Di Dunia

Posted: 29 Sep 2015 10:43 PM PDT

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Najib Hanya Saman Jika WSJ Tidak Guna Speech Act

Posted: 30 Sep 2015 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Sept - Perdana Menteri hanya akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sekiranya mereka tidak akan mengguna pakai peruntukan Speech Act 2012.

Perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Proses perundangan dibuat Najib pada awal Julai lepas berikutan artikel WSJ mendakwa wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu .

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:08 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BERTERUS-TERANG SAJALAH TAK JADI SAMAN WSJ...

Posted: 30 Sep 2015 07:55 PM PDT

Ketika mula-mula timbul dakwaan oleh The Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta yang didakwa mengalir ke akaun peribadinya, Najib Razak mengatakan tindakan undang-undang terhadap akhbar itu diambil pada hari Selasa.

Setelah berpuluh-puluh Selasa berlalu, tidak juga surat saman atau tindakan mahkamah diambil kepada WSJ.

Kemudian peguam Najib mengatakan pihaknya akan menghantar surat untuk meminta penjelasan terlebih dahulu sama ada dakwaan WSJ itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB, sebelum tindakan mahkamah dapat diambil.

Tempoh masa selama 14 hari diberikan kepada WSJ untuk menjawab surat tuntutan itu.

Bagaimanapun apabila WSJ tetap mempertahankan laporannya sebagai betul dan benar yang menggambarkan sedia untuk berdepan di mahkamah, tidak juga tindakan undang-undang diambil, sebaliknya peguam Najib mengatakan mereka mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan.

Sama ada tindakan undang-undang akan diambil atau tidak terhadap WSJ menjadi lebih panas selepas itu apabila SPRM mengesahkan wang RM2,600 juta itu benar-benar pernah mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, tetapi menyifatkannya sebagai derma yang diterima daripada Timur Tengah.

Najib dan para pemimpin UMNO selepas itu berlumba-lumba mempertahankan kemasukan wang tersebut, tetapi dengan alasan yang berbeza-beza sehingga kononnya untuk membantu negara memerang IS (Islamic State) yang belum wujud pada tarikh wang itu dimasukkan, turut dijadikan hujah sandaran.

Lawak dol...

Yang masih tidak diketahui hanyalah siapakah penyumbang derma yang "super pemurah"  itu serta berapakah lagi baki wang yang tinggal dan di manakah ia diletakkan.

Namun, saman terhadap WSJ tidak juga menjadi kenyataan, sebaliknya seorang ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin pula yang mengambil tindakan mahkamah terhadap Najib berkaitan wang itu.

Read More / Baca Lagi >>

Pemenjaraan Dr Khir dan Implikasi Terhadap Skandal 1MDB

Posted: 30 Sep 2015 07:07 PM PDT

A Kadir Jasin
BEKAS Menteri Besar Selangor, (Datuk Seri) Dr Mohamad  Khir Toyo, berkata beliau tidak melakukan kesalahan rasuah.  Betullah tu.
Dalam sistem penghakiman kita, adalah hak mutlak yang tertuduh untuk menafikan tuduhan ke atasnya dengan mengaku tidak bersalah (plead not guilty).
Malah orang yang bersalah dan bersedia mengaku salah pun diingatkan (cautioned) oleh hakim jangan mengaku salah. Tapi kalau hendak mengaku juga, dia akan diingatkan dan dibagi amaran padah pengakuan salahnya itu.
Dalam sistem kehakiman Inggeris yang menjadi asas kehakiman kita, penghakiman hanya boleh dibuat oleh mahkamah. Hanya mahkamah berhak menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.
Malah keadilan (justice) memihak kepada tertuduh (the accused). Mula-mula sekali, tertuduh tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Jadi Dr Khir "tidak bersalah" sehinggalah "dibuktikan bersalah".
Beban mutakhir adalah di bahu pihak pendakwa. Pendakwa wajib membuktikan "tanpa sebarang keraguan" (beyond reasonable doubt) akan kesalahan tertuduh. Maksudnya tanpa syak wasangka.
Pihak pembela pula hanya perlu mewujudkan keraguan yang berpatutan (reasonable doubt) bagi membebaskan anak guaman mereka daripada sabit kesalahan.
Dr Khir dan pasukan pembelaannya gagal cetuskan "reasonable doubt"
Jadi, walaupun Dr Khir "bersumpah" beliau tidak bersalah, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau telah melakukan jenayah yang dituduh manakala peguam beliau gagal menimbulkan keraguan yang berpatutan.
Sekarang sahlah kesalahan beliau. Penafian beliau tidak bermakna lagi di segi undang-undang. Maka dengan itu, Dr Khir dipenjarakan selama 12 bulan dan harta yang terlibat dirampas.
Dengan itu juga, jadilah beliau Menteri Besar Selangor yang kedua dipenjarakan kerana rasuah dan menjadi antara segelintir pemimpin kanan kerajaan yang didapati bersalah melakukan rasuah.
Natijahnya:
1. Sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak, Dr Khir telah dibuktikan terlibat dengan rasuah.
2. Pemimpin politik masih boleh disiasat, didakwa dan didapati bersalah mengikut undang-undang Negara.
3. 0rang baik dan berprofil rendah menjadi alpa, bongkak dan hilang akal apabila mendapat kuasa. Dr Khir boleh dikatakan tidak dikenali sebelum dilantik entah dari mana (out of the blue) menjadi Menteri Besar pada tahun 2000.
4. Pemenjaraan Dr Khir memberi kesan psikologi yang positif kepada rakyat jelata iaitu tidak ada sesiapa pun berada di atas daripada undang-undang (above the law).
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan beri kerajaan negeri Selangor masa tukar nama

Posted: 30 Sep 2015 07:03 PM PDT

Gabungan parti pembangkang baharu tidak beri tekanan kepada kerajaan negeri Selangor supaya isytihar dirinya kerajaan Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Gabungan parti pembangkang baharu tidak beri tekanan kepada kerajaan negeri Selangor supaya isytihar dirinya kerajaan Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Gabungan parti pembangkang baharu tidak akan tergesa-gesa menekan kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan dirinya kerajaan Pakatan Harapan, ketika timbul persoalan mengenai masa depan negeri terkaya Malaysia itu susulan pembentukannya baru-baru ini.
Ini kerana, pemimpin mereka memahami pepatah Melayu yang berbunyi, lain padang lain belalang; oleh itu, lain negeri lain pula pendekatan diambilnya.
Demikian pendirian mereka dalam menentukan hala tuju kerjasama pakatan itu dengan PAS yang tidak menyertai gabungan itu, susulan hubungan tidak baik dengan DAP, bekas rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini terkubur.

Pakatan baharu, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), menyebabkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam keadaan tersepit kerana pentadbirannya bergantung kepada sokongan 13 wakil rakyat PAS dan 3 exco PAS untuk terus berjalan. Kalau di Pulau Pinang, pimpinan kerajaan negeri mengumumkan dirinya negeri Pakatan Harapan beberapa hari selepas ia terbentuk pada 22 September lalu, perkara yang sama tidak akan dipaksa ke atas Selangor.
"Suasana Pulau Pinang berbeza dengan di Selangor dan juga Kelantan," kata Khalid Samad, pengarah komunikasi Amanah kepada The Malaysian Insider.
"Kita akan berikan masa kepada pimpinan di Selangor untuk menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menguruskan negeri ini," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isytihar negeri itu kini adalah kerajaan Pakatan Harapan, bukan lagi Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isytihar negeri itu kini adalah kerajaan Pakatan Harapan, bukan lagi Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan kerajaan Pulau Pinang kini adalah kerajaan Pakatan Harapan bukan lagi kerajaan PR. Ekoran pengumuman itu, secara perlahan-lahan, pimpinan Amanah akan mengambil tempat pimpinan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Ini termasuk sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), majlis bandaraya dan perbandaran sehinggalah peringkat terendah iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kata sumber The Malaysian Insider.
Difahamkan, hampir 500 pimpinan PAS di semua peringkat terlibat dengan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang ketika PR masih terbentuk.
Empat Penyelaras DUN yang diwakili PAS, iaitu di kawasan Sungai Dua, Bayan Lepas, Permatang Berangan dan Penaga, akan digantikan dengan wakil Amanah.
Penyelaras DUN, yang menerima elaun tetap RM3,500 sebulan dari kerajaan negeri, umpama wakil rakyat yang dilantik kerajaan negeri di kawasan yang mereka kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Ketika kedudukan Yang Dipertua Maipp Datuk Salleh Man akan terus kekal sehingga tempohnya tamat kerana pelantikannya dibuat Yang Dipertuan Agong, kedudukan ahli Maipp daripada PAS, Afnan Hamimi Mohd Taib, bakal tergugat.
Namun kedudukan seorang lagi wakil PAS dalam Maipp, Rosidi Husin akan kekal kerana beliau menyertai Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan jadikan negara Malaysia menjadi negara gagal

Posted: 30 Sep 2015 05:39 PM PDT

Apakah pengalaman hidup masyarakat Malaysia, tua  muda, kecik besar, Melayu dan bukan Melayu sejak tahun 2009?
Tahun itu Najib jadi PM dan melancarkan dasar2 yang dikarang olehnya. 1MDB, 1Malaysia, GTP, ETP, dan lain2 abreviasi. 
Orang Malaysia sudah lupa itu semua. Kerana semua tidak mengangkat taraf hidup rakyat.

Malaysia dibawah langit yang kian mendung.
Sejak itu pengalaman seluruh rakyat malaysia- kecil besar, melayu bukan Melayu, jantan betina, kaya miskin semua sama- Malaysia berada dibawah langit yang muram lagi  mendung.

Ada Najib terangkan semua ini kepada rakyat? Najib always keep everyone else in the dark- kecuali Jho Low, Rosmah dan segelintir sepemikiran lain.
Tidak ada- bahkan dia menyembunyikan keadaan yang sebenar nya dan mengarang cerita muluk menghayalkan.

Bagaimana negara menjadi menjadi demikian? Kerana seorang yang bernama Najib Tun Razak yang ternyata jauh terlalu kerdil untuk jawatan pemimpin nombor satu. 
1MDB mula tahun 20009. 

Pertama, belaku skendel 1MDB. Ianya ditubuhkan pada tahun 2009 bila 1MDB ambil alih Terengganu Incvestment Authority. Langkah pertama Najib buat ialah meluluskan yuran RM500 juta kepada Jho low kerana memikirkan dan mengonsepkan TIA.

Dan sejak 1MDB dalam tangan Najib, kita ada apa yang berlaku sekarang. Pertama menerbitkan bon dengan bayaran yuran yang terlalu tinggi kepada Goldman Sachs. Bon2 dijamin oleh kerajaan. Jika 1MDB tidak mampu menebusnya nya, kerajaan guna duit rakyat untuk berbuat demikian. 
Namun sejak mula, PM dan konco2 nya menegaskan 1MDB tidak melibatkan duit rakyat.

Pelaburan yang dibuat dengan Petrosaudi ternyata bohong bila assets yang dijanji untuk disumbang oleh petrosaudi tidak ada, malah kosong. Najib membeli suatu syarikat kosong dan meluluskan bayaran hutang syarikat kosong ini kepada syarikat induk sebanyak USD700 million.  Kemungkinan besar, 'hutang' itu tidak ujud sebetulnya.
Kemudian bayar USD300 juta lagi kedalam akaun yang sama yang dimiliki oleh Jho Low.

6 bulan kemudian, 2010, JV dibatalkan dan Najib kata kesemua duit yang dikeluarkan USD2 billion lebih,  telah dikembalikan kedalam akaun di Cayman Islands. Duit tersebut diletakkan dalam akaun segregated.  
Orang Kampong, terutama ahli UMNO tidak faham apa segregated funds. Saya sendiri pun tak tahu. 

Najib kata kepentingan dalam JV sudah diperolehi kembali, tapi tidak boleh bawa balik.

Bila didesak kenapa duit itu tidak dikembalikan ke Malaysia, Najib kata, setengah diguna untuk bayar hutang faedah dan setengah diletak dalam akaun di Singapura dalam bentuk tunai. Saya telah bertanya soalan ini dalam Parlimen dan najib jawab ianya dalam bentuk tunai di Singapura.

Beberapa bulan kemudian, Najib kata, bukan dalam tunai tapi dalam bentuk units. Kita tidak tahu apa units ini , tapi ianya bukanlah tunai. Najib berbohong kepada parlimen  dalam kes 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Keadaan Negara Kita Hari ini - Musibah melanda negara

Posted: 30 Sep 2015 05:36 PM PDT

Musibah melanda negara akibat angkara durjana Najib Tun Razak.

Negara ini mengalami musibah dan malapetaka kerana suatu orang. Nama dia Najib Tun Razak. Bahkan isteri nya yang tidak dipilih oleh orang ramai secara demokrasi turut sama menyibukkan diri dalam memerintah negara.

Kesan kepimpinan yang buruk.
Kepimpinan yang buruk mengakibatkan pentadbiran dan pengurusan yang buruk. Kalau dia tidak amanah dan jujur, apa nasihat yang dia beri akan di perlekehkan orang. Ucapan dia akan hanya diterima dengan sinis dan ketawa.

Pecah amanah diperingkat tertinggi akan hanya mengukuhkan amalan pecah amanah diperingkat bawahan. Belian dengan harga yang dipalsukan, hanya menjadi amalan itu suatu kebiasaan. Penglibatan pemimpin tertinggi dalam aktiviti mendobi wang menunjukkan bahawa system kewangan dalam negara huru hara. Jika pemimpin boleh langgar undang dan memunggah wang sana sini, ia akan menggalakkan penyeludupan wang haram. 
Wang hasil dari rasuah, komisyen, pemalsuan invoice, akan terus berleluasa.  Antara tahun 20003-2012, Malaysian hilang USD395 billion atau secara purata USD39.5 billion setahun. 
Macam mana perompak dan penyamun yang memunggah wang keluar secara haram hendak takut, kalau pemimpin negara melakukan perkara yang serupa? 
Kredibiliti Bank Negara Malaysia sebagai institusi yang mengawal dan memelihara integriti sistem kewangan akan musnah. 

api tidak boleh dibungkus dengan kertas.
Semua usaha mempertahankan Najib akan dilayan dengan telinga pekak. Rakyat sudah percaya bahawa Dato Najib ialah PM yang terburuk kita ada. Segelintir pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, melakukan demikian kerana mahu kekal releven. 
Orang2 seperti Salleh Said keruak, Ahmad Maslan, Syed Ali Al Habshee, Anuar Musa, Ali Rustam, Noh Omar melakukan apa yang mereka lakukan untuk kekal releven  dalam pandangan Najib. 

Dr Mahathir di perjahatkan/Dr Mahathir is vilified.
Tokoh yang paling dikecam hari ini ialah Dr Mahathir. Saya mendapati ianya melucukan kerana terkadang kala terpaksa mempertahankan Dr Mahathir; sepatutya tugas ini dilakukan oleh orang UMNO yang berhati-budi/yang ada conscience. 
Adakah budaya orang UMNO melupakan orang yang paling berjasa sekali kepada UMNO dan bangsa Melayu?

Sumbangan Dr Mahatir berbanding dengan sumbangan Najib, ibarat langit dan bumi. Namun, penyokong Najib memperlakukan Dr Mahathir sekian kurang ajar, orang Melayu mahu berdiam diri?

Sebagai seorang yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun, tentulah Dr Mahathir mempunyai maklumat terperinci untuk mendedahkan salah laku Najib.

Cuba tanya soalan ini- kenapa perlu Dr Mahathir memilih jalan susah untuk mengkritik Najib kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan. Pada umur 90 tahun, mengapa perlu Dr Mahathr ambil risiko dan mengundang kebarangkalian hilang semua? Nama baik, penghormatan masyarakat, di dipulau?

Kenapa perlu Dr Mahathir menyusahkan diri dan mendedahkan diri nya kepada kemungkinan dicerca dan dihina orang, KECUALI  jika apa yang dicakapkan oleh beliau benar2 belaku? Dr Mahathir mesti bersuara.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Kampung Ulu Temiang menangis dihalau macam binatang

Posted: 30 Sep 2015 05:29 PM PDT


SUFI8848


SEREMBAN 30 SEPT: Sebahagian penduduk Kampung Ulu Temiang di sini menangis teresak-esak mengenangkan nasib hidup selepas diarah keluar dari kampung tanpa pampasan mencukupi.
"Tak ada kerja, rumah pun tak ada, elektrik dan air kena potong. Macam mana tak sedih. Makcik berharap dapatlah duit pampasan yang cukup.
"Bukan senang nak hidup, anak pun susah. Api, air semua tak ada. Memang sedih Harap sangat Kerajaan (Negeri) dapat bertimbang rasa," kata Laila Malik, 60, sambil mengesat air mata.
Seorang lagi perempuan berusia 50 tahun asyik menangis sambil memegang sepanduk 'Jangan Tindas Kami Lagi' dan mengulangi ungkapan: "Kami tak ada wang. Kalau ada wang, kami pindah. Tolonglah kami, kami nak hak kami. Tolonglah kami."
Berterima kasih kepada pemimpin Pakatan Harapan, penduduk, Michael Soosay, 52, pula kesal kerana mereka tidak diberi pampasan mencukupi ketika harga mahupun sewa rumah melambung manakala ekonomi merudum.
"Bukan tak mahu keluar tetapi berilah pampasan secukupnya. Yang duduk kampung, ramai orang miskin dan tak mampu beli tanah sendiri, beli rumah sendiri. Rumah semua mahal.
Read More / Baca Lagi >>

MCA yang malu dipaksa menelan ego oleh Baju Merah

Posted: 30 Sep 2015 05:22 PM PDT

oleh Jimmy Adit
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata yang tidak aka nada lagi perhimpunan jalanan atau demonstarsi.
Ahmad Zahid HamidiAhmad Zahid Hamidi
"Ada orang yang cuba meganjurkan satu lagi perhimpunan di Petaling Street dan Bukit Bintang. Cukup cukuplah tu! Perarakan 16 Sept sudah cukup. Tidak ada lagi 'Baju Merah', 'Baju Kuning', 'Baju Hijau', (atau) 'Baju Biru'. Cukup!
"Budaya di Malaysia tidak termasuk perhimpunan jalanan. Kita boleh menerima perbezaan pendapat dan kita mempunyai platform untuk perbincangan itu, tetapi bukan melalui demonstrasi," katanya di hadapan penduduk kampung sewaktu sesi 'Pemimpin Bertemu Rakyat' di perkampungan sempadan lebih kurang 100km dari Kuching pada 26 Sept.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian memberikan maklum balas dua hari kemudian mengatakan yang Zahid tidak mempunyai kuasa untuk mengekang hak rakyat berhimpun secara aman.
Dia berkata yang hak itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Timbalan perdana menteri sepatutnya mengetahui yang perhimpunan aman dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman, yang diperkenalkan pada 2012, membenarkan perhimpunan berlaku tanpa permit, walaupun begitu penganjur perarakan perlu memberikan notis kepada polis mengenai perhimpunan itu.
"Masalah dalam negara ini ialah bias yang dimiliki oleh pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang.
"Nampaknya ada dua set undang-undang, satu untuk elit "Umnoputras" dan kroni-kroni mereka, dan satu lagi untuk pembangkang dan rakyat biasa.
"Perarakan Bersih 4 ialah perhimpunan aman yang mendesak kepada perubahan pilihanraya tetapi penganjurnya disiasat dan didakwa kerana perarakan 'Kita Lawan' yang diadakan beberapa bulan sebelum itu didakwa mempunyai kaitan dengan Bersih 4.
"Demonstarsi Baju Merah di Petaling Street pula dipenuhi oleh puak pelampau yang menggunakan sepanduk dan laungan perkauman bertukar ganas tetapi tiada tindakan diambil oleh penganjur," wakil rakyat Ba Kelalan berkata dalam satu kenyataan.
Sekiranya Baru tidak gembira, orang yang paling gembira dengan kenyataan Zahid ialah presiden MCA Liow Tong Lain, yang sangat lantang meminta semua perarakan di masa hadapan dihentikan.
Dalam satu kenyataan, Liow berkata: "MCA mendesak perdana menteri kita untuk menghentikan semua perarakan di masa hadapan. Jelas sekali, ianya mengancam merosakan dan memecah belahkan negara kita.
Read More / Baca Lagi >>

Warganegara bukan ‘pendatang’, kata Prof Khoo

Posted: 30 Sep 2015 05:11 PM PDT

Kaykim
Khoo Kay Kim berkata, pemimpin negara juga sejak sekian lama silap dalam melabel bangsa sebagai 'kaum' dalam borang, di mana ia sepatutnya membawa maksud 'negara'.

KUALA LUMPUR, 1 Oktober:

Perkataan 'pendatang' hanya tertakluk kepada mereka yang bukan warga negara, kata pakar sejarah, Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim.
Katanya, pemimpin negara juga sejak sekian lama silap dalam melabel bangsa sebagai 'kaum' dalam borang, di mana ia sepatutnya membawa maksud 'negara'.
"Ia hanya soalan mudah. Pendatang hanyalah satu terma. Mereka yang datang daripada negara lain dan memegang taraf kewarganegaraan, mereka dipanggil pendatang.
"Tetapi apabila mereka tinggal dalam masa yang lama, kemudian memohon taraf kewarganegaraan dan berjaya, mereka bukan lagi pendatang. Mereka warganegara," katanya dalam satu forum Maruah Melayu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini.
Memberi contoh borang yang masih mahukan pengesahan kaum, Khoo berkata pemimpin melakukan kesilapan dalam definisi bangsa di mana sebetulnya ia didefinisikan sebagai kewarganegaraan.
"Kita perlu menulis Melayu, Cina atau India, tetapi bangsa bermaksud kewarganegaraan. Jadi apabila kita sebagai rakyat Malaysia, kita hanya perlu tulis rakyat Malaysia.
"Jika kita menulis Cina, maka kita adalah warganegara China," katanya.
Dengan konsep yang disalahertikan ini, Khoo menambah, perlu difahamkan apa itu istilah berbanding perkataan, yang mana ramai yang menganggapnya sama.
"Istilah tidak sama dengan perkataan. Lihat pada terma 1Malaysia. Apa maknanya. 1Malaysia bermaksud satu negara, bukan satu kaum.
"Apabila negara ini menjadi ahli UN (United Nation), terjemahannya ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bangsa bermaksud negara. Ia adalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bukan Kaum Bersatu," jelasnya.

Saya tidak akan berhenti sertai perbincangan dengan pembangkang – Saifuddin

Posted: 30 Sep 2015 05:09 PM PDT

saifuddin (L)
Saifuddin menegaskan beliau masih ahli Umno dan penyertaannya dalam persidangan meja bulat pembangkang sebagai NGO sudah lama dilakukan.

KUALA LUMPUR, 1 Oktober:

Walaupun sudah menerima surat tunjuk sebab selepas menyertai sidang meja bulat penubuhan Pakatan Harapan (PH), Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan beliau tidak akan berhenti daripada menyertai perbincangan seperti itu pada masa akan datang.
"Saya telah melakukannya sepanjang hidup saya," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel di dalam forum 'Mempertahankan Maruah Melayu' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini.
Jelasnya, kehadiran beliau di dalam perbincangan meja bulat itu sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli Umno.
Beliau mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 22 September pada 28 September lalu yang meminta beliau memberi alasan kenapa tindakan disiplin tidak boleh dikenakan terhadapnya.
Ketika ditanya mengenai kedudukan beliau sebagai ahli Umno akan terjejas disebabkan isu itu, Saifuddin berkata perkara itu tidak ada kaitan.
"Bukan saya seorang, ahli Umno yang pernah mendapat surat tunjuk sebab.
"Jadi saya rasa itu hanya prosedur biasa parti, tidak ada masalah. Saya masih ahli Umno," katanya.

Rakyat tidak sebangsat untuk khianat saudaranya – Saifuddin

Posted: 30 Sep 2015 05:08 PM PDT

saifuddinabdullah-L-940x470 (1)
Saifuddin berkata, BN mengamalkan model di mana parti-parti komponen menjaga kepentingan berasaskan kaum dengan menawarkan bantuan berdasarkan kaum masing-masing.

KUALA LUMPUR, 1 Oktober:

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menilai semula politik 'tawar-menawar' yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) selama ini kata Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Jelas Saifuddin, BN mengamalkan model di mana parti-parti komponen menjaga kepentingan berasaskan kaum dengan menawarkan bantuan berdasarkan kaum masing-masing.
Mengambil contoh pengalamannya bertanding dua kali di Parlimen Temerloh sebelum ini, beliau yakin rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi politik baru.
"Saya fikir rakyat Malaysia sudah banyak yang sedia. Yang tidak bersedia ini (pemimpin) di atas atau ditengah.
"Saya tidak fikir rakyat Malaysia akan rosakkan maruah, saudara sewarganegaranya. Saya tidak fikir rakyat Malaysia sepengkhianat dan sebangsat itu.
"2008 saya bertanding, Cina bawa bendera Pas, saya menang sedikit. 2013 makin ramai bawa bendera Pas, di kampung Melayu pun ada bendera DAP, saya kalah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum 'Mempertahankan Maruah Melayu' yang turut disertai Pakar Sejarah, Tan Sri Prof Khoo Kay Kim, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abdul Rahim.
Walaupun rakyat sudah bersedia kata Saifuddin, mereka sukar untuk menzahirkannya kerana kesediaan itu timbul daripada rasa tidak suka terhadap sesuatu.
"Adalah menjadi tugas pemimpin untuk menyediakan pemikiran seperti menolak soal rasis. Mereka perlu menyediakan betul-betul resipi pemikiran politik berbilang kaum yang sebenar.
"Rakyat bukan hendak jawapan tutup sekolah Cina atau Tamil. Yang rakyat nak sekolah yang bagus sebab itu jawapannya bukan dengan mempolemikkan lagi isu itu," katanya.

Orang Melayu sukakan sukan bola sepak - Prof Khoo

Posted: 30 Sep 2015 04:58 PM PDT

Khoo Kay Kim KUALA LUMPUR - "Sukan bola sepak amat popular dan begitu penting pada orang Melayu... Sehinggalah Malaysia kalah 10-0 baru-baru ini," seloroh Pakar Sejarah, Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan mengenai sejarah dan peradaban Melayu dalam Forum Mempertahankan Maruah Melayu, di sini, malam tadi.

"British mewujudkan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) pada tahun 1922. Pada masa itu mereka miliki padang paling luas di Semenanjung tahah air. Ia digunakan untuk anak-anak Melayu bermain bola sepak.

"Sukan itu begitu penting pada orang Melayu... Orang Melayu begitu gilakan bola sepak.. Sehinggalah kita kalah baru-baru ini. Orang tanya saya, siapa yang salah? Saya jawab: Kitalah yang salah. Padang-padang kita ada, kenapa tak diguna?" kata- katanya disambut ketawa hadirin.

Beliau dalam pada itu menceritakan sejarah perkenalan sukan bola sepak di negara ini.

"Sebelum British datang ke Tanah Melayu, mereka sudah menguasai India dan banyak kekacauan timbul di sana. Pihak British tidak mahu kita (orang Melayu) jadi seperti masyarakat di India, jadi mereka buat persiapan untuk memastikan struktur orang Melayu tidak berubah dan di  samping itu, arus pemodenan tidak harus ditinggalkan.

"British juga menggalakkan orang Melayu mengamalkan budaya mereka yang lemah lembut. Sebab itu mereka perkenalkan sukan seperti bola sepak kepada orang Melayu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

High-income status yes, what about other qualities?

Posted: 30 Sep 2015 04:50 PM PDT

In developed countries we do not hear of ministers justifying and urging racism in the name of religion or calling the minorities names.
high-income
By K H Su
Some 20 years ago the then prime minister Dr Mathathir Mohamad envisioned Malaysia reaching 'High Income Country' status by the year 2020.
Just a few days ago, current prime minister Najib Razak announced that we are on track to achieve that goal, a mere five years from now.
Our current per capita income in nominal terms is about US$11,000 and based on our projected growth over the next five years we should reach US$15,000 by 2020 which will make us look more like a "Middle Income Nation".
But if we view per capita income in PPP (purchasing power parity) terms it throws up a completely different picture. We are now at US$24,000 and in five years time US$30,000 certainly looks within reach.
To put things in perspective there are currently 33 countries recognised by the World Bank to have PPP per capita income above US$30,000 and the majority of them are considered developed economies.
So God willing by 2020 we will have earned the right to rub shoulders with the likes of the US, Switzerland, Australia and Singapore to name a few.
While reaching the magical US$30,000 per capita mark is one thing, being able to behave like a High Income Nation is quite another.
The leagues of developed and high-income economies have several common and shared values and beliefs in matters of natural justice, economics and human rights.
Their over-arching emphasis for the overall good of their nations are invariably the virtues of good governance, transparency and incorruptibility underpinned by the independence of institutions and rules of laws.
They have long ago dispensed with discriminatory policies and if there are any left they are only for protecting the rights of the minorities and not the majority.
We must be ready to face up to the reality that the world will have a new expectation of us in quite the same way that we expect a highly educated individual to be more urbane than a low brow.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada usul minta kerajaan Selangor pecat JKKK Pas – PKR Sg Besar

Posted: 30 Sep 2015 04:49 PM PDT

Berita itu direka dan disebarkan oleh blogger UMNO dan BN untuk menimbulkan perbalahan dengan Pas.
pas-selangor
PETALING JAYA: PKR Cabang Sungai Besar menafikan mereka telah meluluskan usul yang meminta kerajaan Selangor memecat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) daripada Pas.
Ketua Cabang, Mohamad Fauzi Ahmad sebaliknya mendakwa, berita itu sengaja disebarkan penulis blog UMNO bertujuan menimbulkan perbalahan dengan Pas.
"Saya menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Malah, mereka juga memuatnaik gambar ketika mesyuarat sudah selesai untuk menunjukkan tidak ramai ahli PKR hadir mesyuarat sedangkan kehadiran 120 orang.
"Isu ini sengaja diputar belit oleh blogger UMNO dan BN, segala fitnah yang dibuat adalah hasil daripada kerja-kerja puak UMNO," katanya kepada Free Malaysia Today.
Beberapa blog menyiarkan dakwaan kononnya PKR Cabang Sungai Besar telah meluluskan usul itu memecat Pas dan menggantikan Pengerusi JKKK daripada PKR, DAP dan Amanah.
Mohamad Fauzi berkata, mesyuarat cabang itu meluluskan tiga usul iaitu;
1.Mendesak kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.Kerusi Parlimen Sungai Besar dan DUN Sungai Panjang yang dipegang Pas diserahkan kepada PKR
3. Satu pengundi di Sungai Besar satu undi untuk PKR
Dia berkata, tiga usul yang diluluskan itu akan diserahkan kepada PKR Negeri Selangor untuk membuat keputusan.
"Kami hanya mencadangkan dan kami terima segala keputusan PKR Negeri. Kami berdiri teguh dibelakang PKR Negeri dan kepimpinan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.

Khoo: Istilah ‘pendatang’ bukan untuk yang dapat warganegara

Posted: 30 Sep 2015 04:47 PM PDT


Pakar sejarah profesor emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata istilah 'pendatang' hanya dapat diberikan kepada mereka yang tidak mendapat kewarganegaraan.
"Pendatang hanya untuk yang bukan warganegara. Kalau sudah dapat kewarganegaraan dia bukan lagi pendatang," katanya dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu malam tadi di Dewan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
Khoo, yang merupakan pakar sejarah Malaysia, berkata seharusnya dalam kad pengenalan Malaysia ditulis 'warganegara Malaysia' dan bukannya bangsa seseorang itu.
"Bangsa menunjukkan nationaliti kita sepatutnya Malaysia, kalau (dalam kad pengenalan) tulis bangsa Cina, maknanya warganegara Cina lah.
"Itu istilah bukan makna. istilah hanya bawa satu makna," katanya yang turut menyifatkan pemerintah melakukan kesilapan dengan meletakkan bangsa di dalam kad pengenalan rakyat Malaysia.
Beliau berkata semasa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), badan itu tidak digelar sebagai United Race termasuk juga 1Malaysia pula bermakna satu bangsa iaitu Malaysia.
"1Malaysia maksudnya satu bangsa dan ini difahami oleh orang-orang lama," katanya.
Menurut Khoo lagi, dengan menghayati nilai sejarah lampau, ia boleh menjadikan negara ini hebat seperti dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin: Rakyat sedia berubah politik lebih matang

Posted: 30 Sep 2015 04:45 PM PDT



Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah ke arah pemikiran politik yang lebih matang, inklusif dan tidak berteraskan ras atau bangsa semata.
Menurutnya, hanya golongan pemimpin atasan dan sebahagian besar pemimpin peringkat pertengahan yang masih berfikiran bahawa rakyat tidak sedia melihat keadaan sedemikian
"Sudah sampai masanya perubahan pemikiran politik. (Sekarang) boleh berubah parti politik kerajaan tapi pemikiran boleh atau tidak berubah.
"Saya fikir rakyat Malaysia sudah banyak yang sedia untuk berubah tapi yang tidak sedia ini di atas atau yang di tengah," katanya dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di Dewan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
Saifuddin berkata politik di Malaysia perlu menginjak dari politik "tawar-menawar" seperti yang diamalkan oleh gabungan parti-parti politik seperti BN sekarang yang menjaga bangsa masing-masing.
"Kita perlu mengujarkan gabungan pemikiran baru. Sudah tiba masanya kita meneliti apakah betul model 'tawar-menawar' ini berani ditolak.
"Sekarang ini, Umno selesaikan masalah Melayu, MCA selesaikan masalah Cina, dan MIC selesaikan masalah India, kalau boleh diselesaikan," katanya.
Saifuddin yang juga bekas MP Temerloh itu turut membidas cara politik sebilangan pemimpin Melayu yang menurutnya seolah mereka, dan bukan bangsa lain, yang menggugat maruah orang Melayu itu sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
Menurut beliau, mentaliti menuduh semua yang tidak menyokong mereka, turut digunakan seorang lagi pemimpin Melayu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat.
Read More / Baca Lagi >>

Rawatan Anwar bergantung pada keputusan 17 pakar, kata ketua panel

Posted: 30 Sep 2015 08:56 AM PDT


Keputusan untuk menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital bagi menerima rawatan seperti permintaan ahli keluarganya, terletak kepada 17 pakar yang bertanggungjawab atas rawatan perubatan beliau, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai.Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat dikatakan memerlukan rawatan kesihatan lebih rapi dan penempatan dalam hospital, oleh keluarganya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015. Beliau yang mengetuai panel pakar yang merawat Anwar itu berkata bekas ketua pembangkang itu hanya akan dibawa ke hospital jika perlu, mengulas gesaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu suaminya mendapatkan rawatan fisioterapi di hospital.
"Kalau dia (Anwar) mahu dirawat di hospital, keputusannya tertakluk kepada keadaan kesihatan dan pendapat pakar yang merawatnya.

"Kalau hanya seorang pakar sahaja tidak boleh. Kita perlu ada 'check and balance'," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Dr Jeyaindran berkata, panel itu akan membuat keputusan mengenai perkara itu selepas berunding dengan pakar pilihan yang diupah keluarga Anwar, yang sudah memeriksanya pada Isnin lalu.
Pemeriksaan pakar terhadap Anwar itu katanya, adalah kali ketiga seumpamanya, dengan yang pertama oleh panel pakar dan kedua oleh pakar jemputan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dr Wan Azizah bersama barisan pimpinan Pakatan Harapan yang lain hari ini meminta Anwar dimasukkan ke hospital pada kadar segera untuk rawatan fisioterapi yang lebih berkesan, terutamanya untuk bahunya.
Kata presiden PKR itu, jika Anwar tidak ditempatkan di hospital lengkap, beliau perlu diberi fisioterapi 3 kali seminggu untuk rawatan intensif sementara menunggu pembedahan.
Dr Jeyaindran berkata, semua pesakit di penjara itu menerima rawatan yang sama.
"Ini bukan untuk Anwar sahaja. Ia untuk semua pesakit, seperti banduan yang lain dalam penjara, akan terima benda yang sama. Ini adalah proses biasa. Ada akta dalam penjara," kata Dr Jeyaindran.
Katanya, sebelum ini panelnya membuat keputusan meneruskan rawatan Anwar di dalam penjara kerana terdapat dua orang pegawai perubatan yang bertugas di sana setiap hari.
Namun katanya, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan daripada pakar yang dilantik keluarga ketua umum PKR itu.
Read More / Baca Lagi >>

Khutbah bukan pentas politik, kata Abim

Posted: 30 Sep 2015 07:24 AM PDT


khutbah


KUALA LUMPUR - Khutbah dan masjid tidak sewajarnya dijadikan sebagai pentas politik kepada mana-mana parti politik untuk berdebat dan bercakaran antara semasa mereka.

Demikian kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang baharu, Mohamad Raimi Ab Rahim yang melahirkan kebimbangan itu kerana ia boleh mengundang kepada isu agama yang lain.

"Kita tak nak jadikan khutbah dan masjid sebagai tempat untuk menyalahkan mana-mana parti politik walaupun Islam dan politik itu tak boleh dipisahkan.

"Khutbah untuk tujuan keharmonian agama, kemaslahatan masyarakat, kita harap isu-isu menyalahkan parti politik yang kemudiannya ada reaksi balas merupakan satu perkara yang tidak perlu berulang," katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas isu ancaman DAP Pahang pada 26 September lalu yang menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha mendakwa mereka menentang Islam.

Pengerusinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari bermula hari itu untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha dikeluarkan JAIP, umat Islam dinasihati bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu.

Dalam pada itu, Mohamad Raimi juga berkata, pemimpin parti politik sepatutnya memanfaatkan sepenuhnya platform untuk berdebat dan berpolitik sedia ada dan tidak mencampuri institusi agama.

"Ya (jika dibiarkan), masing-masing akan menggunakan khutbah untuk berdebat, politik ada medan perdebatan masing-masing, ada Dewan Undangan Negeri, Parlimen atau di media.

"Saya fikir gunakan khutbah untuk perkara yang makruf kepada masyarakat..khususnya isu melibatkan kepentingan negara dan umat Islam seperti isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang dapat menyatupadukan daripada perbalahan," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Sarawak hanya terima janji kosong pemimpin persekutuan

Posted: 30 Sep 2015 07:19 AM PDT

oleh Joseph Tawie
Menjelang pilihanraya negeri yang semakin dekat, ramai menteri persekutuan akan datang ke Sarawak untuk membantu BN negeri dalam kempen pilihanraya. Mereka tidak akan datang dengan "tangan kosong" kerana mereka akan membawa bersama mereka janji-janji projek.
Apa yang dibimbangi oleh ramai penduduk Sarawak ialah ada projek lama yang dijanjikan sewaktu pilihanraya lepas tahun 2011 dan 2013 masih tidak dilaksanakan.
Salah satu projek itu ialah hospital Sri Aman bernilai RM200 juta yang dijanjikan ketika pilihanraya negeri 2011. Projek lain termasuklah parkir kereta bertingkat di Sarawak General Hospital, hospital Petrajaya bernilai RM500 juta, jambatan sungai di Kuching dan peruntukan RM1 bilion untuk membaiki dan membina sekolah baru di Sarawak. Lebih daripada 600 buah sekolah di seluruh negeri memerlukan pembaikan segera.
Dan terdapat juga janji untuk menilai kembali royalti minyak dan gas daripada 5 peratus sekarang; janji untuk kehidupan yang lebih baik bagi penduduk terjejas disebabkan pembinaan empangan, dan banyak lagi janji yang masih belum tertunai- hakikatnya terlalu banyak untuk ditulis di sini.
Ya, pemimpin persekutuan telah menjanjikan penduduk Sarawak pelbagai projek pembangunan setiap kali tibanya pilihanraya, dan tetapi pengundi Sarawak, terutama penduduk pendalaman, tidak akan pernah belajar.
See Chee HowSee Chee How
Tidak hairanlah pengundi telah diingatkan oleh wakil rakyat Batu Lintang See Chee How yang mereka perlu berhati-hati dan teliti dalam menerima janji geran pembangunan dan projek oleh menteri dan timbalan menteri peringkat persekutuan.
Menabur janji semata-mata tidak mencukupi dan menteri persekutuan dan timbalan menteri perlu mendedahkan projek dan geran, memastikan dana diberikan dan projek disiapkan sebelum pilihanraya negeri akan datang.
"Pada masa yang sama, menteri dan timbalan menteri negeri perlu diingatkan yang mereka mempunyai tugas untuk memastikan rakan sejawat mereka di peringkat persekutuan mendengar apa yang diminta Sarawak, termasuklah hak kami untuk menentukan projek dan membahagikan peruntukan dana.
"Mereka tidak boleh hanya membawa menteri dan timbalan menteri persekutuan berjalan-jalan, menunjukan yang pemimpin persekutuan ini dan hanya berdiam diri apabila mereka menabur janji kosong," katanya dalam satu sidang akhbar.
See, yang merupakan naib pengerusi PKR negeri, berkata dia tidak percaya yang janji-janji ini akan dipenuhi, terutama sekali yang dijanjikan kepada pendudukan kampung dan rumah panjang.
"Saya perlu memberi amaran kepada semua dan pemimpin negeri kerana terdapat banyak bukti yang janji oleh pemimpin kebangsaan BN selalunya diperbesar-besarkan," katanya merujuk kepada janji Menteri Pembangunan Wilayah dan Pendalaman Ismail Sabri Yaakob yang dia akan memperuntukan 30 peratus atau RM 14.9 bilion daripada peruntukan RM 49.47 bilion kepada kementeriannya dibawah Rancangan Malaysia ke 11 untuk Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Esok keputusan untuk Najib ketepi pembelaan saman dana RM2.6 bilion

Posted: 30 Sep 2015 07:18 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetahui esok sama ada beliau dibenarkan untuk tidak memfailkan pembelaan sebagai respons terhadap saman yang difailkan bekas ahli Umno berhubung dana RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaunnya.
Peguamnya, Datuk Wan Mohd Hafarizam Harun berkata pesuruhjaya kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab akan mengeluarkan penghakimannya berhubung perkara itu tengahari esok.
"Kami tidak perlu failkan pembelaan menjelang 1 Oktober (esok) seperti diarahkan sebelum ini. Sekarang kita hanya tunggu keputusan hakim," katanya kepada pemberita hari ini.

Hafarizam dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, menyerahkan permohonan mereka di dalam kamar berkenaan permohonan Najib untuk tidak memfailkan pembelaannya. Presiden Umno itu berpendirian mahkamah harus terlebih dahulu mendengar permohonannya untuk mengetepikan saman itu yang difailkan pada 21 September.
Hafarizam berkata saman itu perlu ditolak kerana Anina kehilangan statusnya sebagai ahli Umno apabila memfailkannya pada 28 Ogos.
Read More / Baca Lagi >>

Najib sudah atasi rekod Mahathir sebagai PM

Posted: 30 Sep 2015 07:01 AM PDT

Hebat Mohd Najib Razak. Walaupun hanya baru sembilan (9) tahun beliau menjadi perdana menteri tetapi rekod dan sejarah perkhidmatannya sudah mengatasi Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Ertinya Najib mengatasi Mahathir belum sampai separuh perkhidmatan yang dilalui Dr Mahathir.


Stail politik mereka sama. Tapi Najib sudah ke depan.
Apa yang dilakukan dan berlaku diera Mahathir telah berlaku diera Najib. Ia seakan satu kejayaan besar Najib yang boleh dibangga oleh rakyat negara ini khasnya ahli Umno yang menjadi ayam ternakan parti kebangsaan itu.

Disepanjang tempoh menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menghadapi pelbagai cabaran, ancaman dan bantahan dilakukan oleh rakyat. Dia juga dikecam dengan dasar-dasar yang dikira tidak menguntungkan Melayu. Tindakan menyelamatkan diri dan kedudukan dalam parti juga dilakukan Dr Mahathir sehingga menyebabkan tindakan itu berlaku bantrakan kepada parti.

Misalnya dasar industri besar yang memperkenalkan higtec membina kilang kereta nasional, Proton. bandar ICT mendapat krtitikan oleh pakar-pakar ekonomi lain yang beranggap ia sesuatu yang tidak perlu pada masa iu dan merugikan negara ini. Namun Dr Mahathir tetap berdegil dan percaya kepada gagasannya dalam usaha meletakkan Malaysia menjadi negara maju dalam tahun 2020.

Langkah Dr Mahathir itu juga mendapat kritikan dari sesetengah menterinya sendiri. Orang paling latang mengkritik projek automobil Dr Mahathir ialah tengku Razaleigh Hamzah yang tidak optimis dengan idea Dr Mahathir itu. Begitu juga dengan projek Perwaja Steel, di Paka Terengganu, Hidro eleterik di Bakun, Sarawak dan lain-lain juga mendapat kritikan hebat dari pembangkang.

Dalam politik, pula Dr Mahatahir dikirik kerana tidak pernah diam daripada menyerang Pas dan cuba menanam perasaan buruk ke atas parti agama itu. Dr Mahathir melihat Pas sebagai sebuah parti yang jumud dan pengacau kemajuan orang Melayu. Dr Mahathir bermusuh dengan gerakan Islam. Beliau mengharamkan jemaah Darul Arqam pimpinan Abuya Ashaari Muhammad dan anti kepada gerakan sufi.

Sebagai mempastikan kedudukannya selamat Mahathir menggunakan akta dan undang-undang untuk memenjarakan pemimpin pembangkang, NGO dan para aktivis. ISA adalah senjata Dr Mahathir untuk mengekang musuh dan lawan politiknya.

Dalam Umno Dr Mahathir ditentang oleh kalangan Umno sendiri. Dua kali kedudukannya sebagai presiden parti ditentang. Kali pertama 1982 dan kedua 1987 oleh orang yang sama Tengku Razaleigh Hamzah yang pada satu masa berpakat dengan Musa Hitam. Gara-gara perlawanan itu menyebabkan Umno berpecah dua tahun 1987.

Dr Mahathir tidak tehenti setakat itu sahaja, dia terus bertindak mencatas musuh politiknya dan mereka berpotensi menjadi pemimpin Malaysia dikubur hidup-hidup. Dr Mahathir mengamalkan politik jahiliah. Tindakan paling sadis dan merugikan negara dilakukan Dr Mahathir ialah apabila pecat Anwar Ibrahim dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri kemudian "memenjarakannya" selama sembilan (9) tahun atas tuduhan salah guna kuasa.

Ekoran tindakan politik Dr Mahathir yang tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan sekali lagi Umno terbelah dua sehingganya wujudnya gerakan reformasi yang memungkinkan melahirkan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Apa kesudahan siasatan skandal 1MDB & RM2.6 Bilion?

Posted: 30 Sep 2015 06:59 AM PDT

1. Saya percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap skandal 1MDB dan RM2.6 bilion ini sedang berjalan.
2. Saya percaya ramai yang tidak tahu apa yang Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang lakukan sekarang dengan kedua-dua skandal ini setelah beliau dilantik menjadi Peguam Negara.
3. Saya juga percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Negara terhadap kedua-dua skandal ini.
4. Saya dan rakyat Malaysia juga sudah lama tidak mendengar hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap RM2.6 bilion dan SRC International.
5. Yang saya dan ramai rakyat Malaysia tahu, mereka yang serius mengkritik skandal ini pula yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan yang terbaru adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.
6. Beginikah tahap kecekapan badan-badan besar yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion?
7. Apa yang menyebabkan badan-badan ini mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat skandal ini?
8. Mengapa terlalu sukar untuk badan-badan ini untuk menemui bukti-bukti penyelewangan dan salah laku yang berlaku di dalam kedua-dua skandal ini?
9. Selama ini ramai yang memuji dan menyatakan bahawa PDRM dan SPRM adalah badan penyiasat yang cekap dan tangkas dalam menangani kes-kes rasuah dan jenayah. Tetapi apabila melibatkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion, ramai menjadi was-was dan ragu-ragu serta bernyata mengapa kedua-dua badan ini kelihatan tidak bermaya dan lembap?
10. Mengapa siasatan terhadap kedua-dua skandal ini dilihat seperti cuba dilengah-lengahkan?
11. Mengapa penyelewengan yang berlaku di dalam skandal ini perlu disembunyikan sedangkan umum mengetahui wujudnya penyelewengan dalam skandal tersebut.
12. Apa yang telah badan-badan ini lakukan terhadap Dato' Sri Najib dan suspek yang terlibat di dalam skandal tersebut?
13. Apa sudah jadi dengan badan-badan ini? Adakah mereka hendak menyelamatkan Dato' Sri Najib dan mereka yang terlibat atau hendak menyelamatkan Malaysia?
14. Akhirnya, adakah siasatan ini hanya sekadar satu lakonan dan sandiwara atau bagaimana?
15. Apa kesudahannya, rakyat mahukan jawapannya !

Akta SPEECH lindung WSJ, Auta SPIN lindungi Najib..

Posted: 30 Sep 2015 06:46 AM PDT

Bila saman dlm negara sepantas penyamun rompak harta rakyat.. Tapi nak saman luar negara bagai xder telor pelbagai alasan diberi..

SAMPAI BILA NAK BOHONG kpd rakyat !!!

Posted: 30 Sep 2015 06:44 AM PDT

RINGGIT LEBIH STABIL BERBANDING MATAWANG NEGARA MAJU ???.. negara2 di atas M'sia' tu negara mundur ka !!!

FAKTA:
1) Ringgit di tangga 'TERBAWAH' jauh meninggalkan drpd mata wang negara maju spt Jepun, S'pore & dll..

2) Ringgit lebih teruk drpd matawang Thai & Filipina ?

3) Lidah siar UMNO/BN kuat KENCING !!

4) Bulan lps RM3.84, smlm dah RM4.53. KUKUH MENDANYA !!!

APA DAH JADI DENGAN JANJI 1 Juta rumah mampu milik !!!

Posted: 30 Sep 2015 06:43 AM PDT

Kalau ikut kiraan purata, 1 tahun mesti kena siapkan sejumlah 200,00 buah rumah. TAPI BILA JANJI BN hanya mampu siapkan 95,124 buah rumah dlm masa setahun setengah aja !!!

LEMBAP BUAT KERJA atau kantong negara dah kering !!!

Mula2 bg #BR1M dipercepatkan.. Kemudian harga minyak naik...

Posted: 30 Sep 2015 06:41 AM PDT

MASIHKAH ANDA INGAT.. "Dgn duit BR1M cukup untuk belanja selama setahun" -Najib