Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


What a laugh!!! Chinese meant to be China's citizen

Posted: 28 Sep 2015 10:22 PM PDT


The Ambasssdor can't be faulted for declaring the CCG will protect all Chinese. These are China citizens.

But there are no China citixens among Malaysians. If they are Mslaysians then they cannot be China citizens.

There is no dual citizenship in Malaysia. This wss specifically confirmed in the resolution to the Reid Commission Report.

But Ronnie Liu and the others like him are welcome to accept China citizenship and be the concern of China.

All they have to do is to lose their Mslaysian citizenship.

They can't have their cake and eat it too! Is there no law under which Ronnie Liu can be investigated for.

Extract of TMI:


Many looked ridiculously stupid. Hmm ... us too.


Read Rocky Bru SINI



Pemimpin DAP mahu HALALKAN GANJA!!!!

Posted: 28 Sep 2015 07:21 PM PDT


Tak percaya?





Kata-kata hikmah Mat Sabu

Posted: 28 Sep 2015 05:34 AM PDT




Tak suka pindah balik la...

Posted: 28 Sep 2015 01:31 AM PDT





Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Khairuddin mohon dibebaskan daripada tahanan di bawah Sosma?

Posted: 28 Sep 2015 08:36 AM PDT


Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan notis usul habaes corpus supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan atas tuduhan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin, 53, selaku pemohon memfailkan notis tersebut di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguamnya, Fahmi Abd. Moin.

Dalam permohonannya itu, Khairuddin menamakan Timbalan Ketua Polis daerah Dang Wangi, Habibi Majinji; Ketua Polis Daerah Dangi Wangi; Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Putar Belit Cakap Duta China, Ronnie Liu Wajar Disoal Siasat

Posted: 28 Sep 2015 05:55 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


H60K: Pas tidak umpan ahli dengan duit - PJ Terengganu

Posted: 28 Sep 2015 08:17 PM PDT


Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU - Pas tidak akan sesekali mengumpan ahlinya dengan wang untuk memastikan kehadiran ramai ke Himpunan Hijau yang akan berlangsung di Kelantan pada 17 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, sebaliknya peserta akan menggunakan tenaga, usaha dan wang sendiri untuk hadir ke himpunan itu yang dianggap penting bagi menunjukkan sikap istiqamah terhadap parti dan mengukuhkan kekuatan sedia ada.

Menurutnya, kehadiran yang ramai tanpa sebarang upah sudah cukup membuktikan ahli parti mempunyai tekad kuat memastikan matlamat perjuangan Pas tercapai.

"Setiap perhimpunan besar sudah tentu melibatkan pemantapan organisasi, menggembleng kekuatan. Kita tidak bagi duit kerana ia adalah asas untuk benar-benar membina kekuatan ahli.

"Tanpa duit, insha-ALLAH kita masih dapat memastikan kehadiran yang ramai," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pas menganjurkan Himpunan Fastaqim atau 60,000 (H60K) yang turut dikenali sebagai Himpunan Hijau yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Oktober ini.

Pas Terengganu turut menyokong himpunan itu dan akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya dari negeri ini untuk turun ke perhimpunan itu.

Satiful Bahri berkata, perhimpunan kali ini juga istimewa kerana diadakan bersempena 60 tahun Pas bertapak di Kelantan, di samping Kelantan sendiri merupakan negeri kuat Pas atau pangkalan kukuh yang boleh menzahirkan kekuatan Pas.

"Kita akan hantar seramai mungkin untuk turut serta ke program tersebut bermula dari Kemaman hingga ke Besut," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada ia bertujuan untuk membuat perbandingan dengan Himpunan Merah baru-baru ini, beliau memberitahu bahawa ia tiada kena mengena dengan himpunan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Perbandingan Sikap Almarhum TGNA dan TGHH dalam Persoalan Tahaluf

Posted: 28 Sep 2015 08:00 PM PDT

Saudara Nordin Ali telah memberi respon kepada tulisan saya berhubung pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap PR semasa di bawah kepimpinan TGHH. Dia menjawab bahawa TGNA juga mempunyai sikap yang sama dengan TGHH dan oleh itu sepatutnya saya gelarkan tindakan Almarhum TGNA sebagai suatu pengkhianatan juga. Dia telah memberi beberapa hujjah dan alasan untuk menyokong dakwaannya itu.

Dia berusaha menyamakan tindakan TGHH di Kota Damansara dengan tindakan TGNA di Kota Bharu pada 2004 dan 2008 sedangkan kedua-dua peristiwa ini bukan sekadar berbeza tetapi bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum saya jelaskan mengapa ianya bercanggah dan berlainan, biarlah saya kemukakan dulu hujjah saudara Nordin.

Kisah Tuan Syed Hussein Ali : PRU 2004

Tuan Syed Hussein Ali ingin diturunkan oleh PKR sebagai calon mereka di Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya tahun 2004. Almarhum TGNA membantah cadangan itu dengan mengatakan bahawa selama ini orang Kelantan telah diajar bahawa "Sosialis itu adik beradik dengan Kommunis" maka sekiranya Tuan Syed diturunkan di Parlimen Kota Bharu, dikhuatiri beliau akan ditolak pengundi. Hasil dari itu maka PKR telah menukarkan calon mereka dan meletakkan Nik Mahmood Nik Hassan. Tuan Syed Hussein pula telah diturunkan sebagai calon PKR di Negeri lain tanpa bantahan dari PAS.

Kisah PRU 2008 : Diletaknya Dato Wan Rahim

Versi saudara Nordin ini dipertikaikan kesahihannya oleh Dato Wan Rahim sendiri. Namun saya bentangkan juga untuk pengetahuan semua dan sertakan sekali penjelasan saya walaupun versi ini dipertikaikan.

Pada PRU 2008 Almarhum berusaha meletakkan calon PAS di Parlimen Kota Bharu walaupun kerusi Parlimen Kota Bharu merupakan kerusi yang ditandingi PKR sejak 1999. Ini adalah atas sebab keputusan PRU 2004. Ketiga-tiga kerusi DUN di dalam Parlimen Kota Bharu dimenangi calon PAS tetapi kerusi Parlimen Kota Bharu yang ditandingi PKR dimenangi UMNO. Maka Almarhum membuat kesimpulan bahawa PKR bukan parti pilihan rakyat di Kota Bharu dan oleh itu berkeras untuk PAS bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Hasil dari tindakan Almarhum maka PKR Kelantan membuat keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan. Almarhum seterusnya menyebut PKR sebagai parti yang mencelarukan dan PAS bersedia menghadapi BN secara bersendirian tanpa kerjasama PKR di Kelantan.

Walaupun demikian, hasil perbincangan, akhirnya PKR tetap bertanding juga di Kelantan pada 2008 dan telah berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

ANALISA DAN RUMUSAN

Ini adalah dua hujjah utama yang dikatakan Saudara Nordin bahawa sikap Almarhum TGNA adalah sama sahaja dengan TGHH. Sebenarnya ianya adalah sebaliknya. Sekiranya peristiwa yang melibatkan Almarhum TGNA dibandingkan dengan TGHH, perbezaannya akan menjadi amat ketara bagi yang ingin mencari kebenaran.

1. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Tuan Syed Hussein

Jika dilihat dari pendirian Almarhum TGNA, maka amat jelas bahawa keinginan Almarhum ialah supaya calon yang diletakkan akan menang atau mempunyai harapan untuk menang. Ini adalah kerana Almarhum tidak mahu melihat UMNO memenangi kerusi Parlimen tersebut. Pandangan Almarhum TGNA adalah sebagai seorang rakan Tahaluf yang jujur yang ingin melihat calon PR menang dan UMNO kalah. Oleh itu Almarhum menegur pilihan Tuan Syed Hussein sebagai calon di Kota Bharu. Ianya keputusan yang tidak mengambil kira waqi' politik Kota Bharu dan Kelantan.

Harap maklum bahawa pencalonan Tuan Syed di kawasan lain TIDAK dibantah oleh Almarhum TGNA atau PAS pada ketika itu. Hakikat bahawa PAS tidak membantahnya membuktikan bahawa ianya keputusan yang dibuat berdasarkan waqi' politik Kelantan.

2. Sikap dan Pernilaian Almarhum TGNA Kes Kota Bharu 2008

Begitu juga dengan keadaannya pada PRU 2008. Berdasarkan fakta dan statistik, Almarhum menjelaskan bahawa amat sukar bagi calon PKR menang di Parlimen Kota Bharu. Maka adalah lebih baik letakkan calon PAS. TGNA menganggap tujuan bertanding adalah untuk menang, lebih-lebih lagi dalam keadaan kemenangan itu boleh diperolehi. Adalah tidak masuk akal demi mempertahankan kerusi sebagai milik parti PKR dalam keadaan diketahui berdasarkan keputusan PRU lepas, bahawa calon PKR akan kalah. Ini akan mnyebabkan UMNO menang dan dengan itu, Almarhum TGNA sebagai rakan PR, tidak sanggup membenarkannya.

Respon Almarhum TGNA terhadap pendirian PKR menarik diri bertanding di Kelantan pada tahun itu hasil pendirian beliau adalah kerana seolah-olahnya faktor menang itu tidak dipentingkan oleh PKR. Oleh itu dikatakan pemikiran PKR Kelantan 'mencelarukan'. Ini adalah kerana faktor kemenangan adalah yang terpenting bagi sesebuah parti politik. Namun akhirnya ianya selesai dengan baik melalui perundingan.

Maka dalam kedua-dua peristiwa yang disebut oleh Saudara Nordin, kemenangan calon PR adalah matlamat utama Almarhum. Dalam soal ini kita boleh rumuskan Almarhum TGNA amat jujur dalam mengamalkan tahaluf siyasi ini.

3. Versi Dato Wan Rahim

Mengikut Dato Wan Rahim, sebenarnya kerusi Kota Bharu ditukar dengan kerusi Machang pada 2008 kerana PKR ingin meletakkan Saifuddin Nasution sebagai calon mereka. Ini disebabkan kerana Isteri Saifuddin adalah orang Machang maka lebih sesuai untuk beliau bertanding di situ. Machang asalnya kerusi PAS dan Kota Bharu pula kerusi PKR. Maka yang berlaku adalah pertukaran kerusi secara suka sama suka.

Read More / Baca Lagi >>

Membina kekuatan baru pembangkang

Posted: 28 Sep 2015 07:30 PM PDT

A Shukur Harun

Dengan terbentuknya gabungan baharu pembangkang, yang diberi nama Pakatan Harapan, bermakna ia percubaan penting untuk menyatukan kembali parti pembangkang tanah air untuk menghadapi Umno/BN dalam PRU akan datang dan seterusnya.
Gabungan baharu ini, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan sebagai menggantikan Pakatan Rakyat, gabungan yang berjaya mendapat 52% undi popular dalam PRU lalu. Tetapi atas sebab tertentu yang diketahui umum - walaupun prestasinya cemerlang - mengakhiri hayatnya.
Tentunya apa yang terjadi kepada pakatan lama itu menjadi pengajaran penting kepada Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan ini untuk kelangsungannya sebagai pembangkang pada masa depan.

Rakyat yang menyokong gabungan baharu pembangkang ini sangat mengharapkan supaya tokoh pemimpinnya seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan pemimpin lain dalam Pakatan Harapan dapat membina kembali kekuatan pembangkang seutuhnya. Rakyat sangat berharap gabungan baru ini tidak lagi akan terbentur disebabkan krisis demi krisis seperti yang dihadapi pakatan lama itu. Keutamaan yang sangat perlu diberi perhatian Pakatan Harapan ialah:
*Memelihara dan mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya. Sokongan ini kini sudah diperlihatkan pelbagai pihak dalam pelbagai bentuk. Malah sokongan itu sangat luar biasa.
*Sokongan rakyat ini ialah nilai paling berharga yang sangat wajar dipelihara ketiga-tiga komponen Pakatan Harapan. Ia tidak sama dengan nilai sesebuah parti politik betapa pun lama umurnya dan ramai jumlah ahlinya.
Oleh itu apa pun perhitungan politik yang lain, tidak sama nilainya dengan sokongan rakyat ini. Dari itu perhatian penting perlu diambil kira terhadap sokongan ini, malah melebihi segalanya.
*Rakyat mahu melihat integriti atau kewibawaan parti yang ada dalam Pakatan Harapan untuk mengukur kejayaan atau kegagalannya. Sesebuah parti politik tidak kira berapa lama usia dan ramai ahlinya, jika ia tidak memiliki integriti, kepimpinan yang tidak relevan dan tidak peduli rakyat, maka dalam pandangan umum ia hanya parti politik yang hanya penuh retorik.
Seperti kata pengarang Inggeris, William Shakespeare:"Like sound and furry, means nothing."
Bunyinya saja gemuruh, tetapi isi dan maknanya kosong. Inilah yang sangat perlu dielakkan jika Pakatan Harapan hendak mengekalkan sokongan rakyat yang ada sekarang kepadanya.
*Dalam suasana yang ada sekarang, di mana perkauman menjadi masalah terbesar menggugat perpaduan rakyat pelbagai kaum, maka Pakatan Harapan perlu ke depan menentang semua bentuk perkauman dan fahaman ekstremisme agama yang sempit. Dalam hal ini, Pakatan Harapan nampaknya sudah pun mengambil langkah segera yang penting, menunjukkan ia menentang perkauman. Iaitu apabila beberapa hari yang lalu pemimpin Pakatan Harapan mengadakan lawatan ke Jalan Petaling, 'kawasan panas' di tengah Ibu Kota. Mereka meninjau suasana di situ, melihat peniaga Cina yang berniaga di situ sejak sekian lama.
Menurut pendapat saya, pendukung PKR, DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan perlu mengadakan hubungan lebih erat dengan pelbagai golongan rakyat, merentasi semua kaum dalam pelbagai bidang kehidupan.
Buktikan Pakatan Harapan sangat peduli rakyat dan menentang perkauman dalam apa bentuk pun dan sentiasa berusaha untuk melindungi rakyat pelbagai kaum. Maka itu, saya yakin, rakyat akan menyokong gabungan baharu pembangkang ini.
Sementara itu, Amanah yang baru ditubuhkan ini badan politik yang berpaksikan Islam, membawa konsep 'Islam sebagai rahmat seluruh alam', terbuka dan progresif, melindungi semua rakyat seperti yang dituntut Islam.
Inilah antara kekuatan Amanah yang boleh disumbangkannya kepada Pakatan Harapan untuk menegakkan keadilan dan demokrasi serta hak rakyat. Sesungguhnya perkauman ditentang Islam, sementara ekstremisme agama sangat mengelirukan umat Islam sendiri, malah mencederakan imej Islam.
Parti Amanah sendiri, di samping didukung golongan profesional dan veteran, juga didukung ramai ulama progresif seperti Ahmad Awang, Abd Ghani Shamsudin, Hassanuddin Mohd Yunus, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan ramai lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Umno silap langkah jika bertindak terhadap Saifuddin, kata pemerhati

Posted: 28 Sep 2015 07:17 PM PDT

Pemerhati berkata Umno tutup ruang demokrasi jika ambil tindakan terhadap ahlinya, Datuk Saifuddin Abdullah yang menghadiri pelancaran Pakatan Harapan, baru-baru ini.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 29 September, 2015.Pemerhati berkata Umno tutup ruang demokrasi jika ambil tindakan terhadap ahlinya, Datuk Saifuddin Abdullah yang menghadiri pelancaran Pakatan Harapan, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 29 September, 2015.Umno menutup ruang demokrasi dalam parti jika tindakan diambil ke atas ahli yang berbeza pandangan, kata pemerhati, selepas Datuk Saifuddin Abdullah diberikan surat tunjuk sebab baru-baru ini kerana menghadiri pelancaran Pakatan Harapan.
Penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, silap langkah jika Umno dilihat menyekat kebebasan ahlinya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar parti.
"Umno menutup ruang demokrasi untuk ahlinya, terutama terlibat dalam aktiviti bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang berbeza pandangan dengan parti," kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada The Malaysian Insider.

"Ruang keterbukaan untuk ahli berkreatif dan berkarya di luar kelompok Umno yang tidak menjejaskan parti saya rasa harus dibenarkan," katanya. Agus berkata, Umno akan kehilangan aset jika memecat Saifuddin walaupun beliau kini tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan.
Saifuddin sebelum ini merupakan timbalan menteri pengajian tinggi, ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Temerloh.
Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kalah dalam pemilihan Umno menyebabkan beliau kini hanya ahli biasa.
"Saya rasa kalau Umno buang Saifuddin, maka mereka buang seorang yang boleh menarik pengundi dan penyokong liberal kerana beliau merupakan simbol seorang pemimpin sederhana dalam Umno.
"Membuang beliau bererti mereka kekurangan daripada segi itu," kata Agus dan menambah undi Melayu saja tidak cukup bagi Umno untuk mengekalkan kuasa.
Namun, ahli Umno di peringkat akar umbi mempunyai pelbagai pandangan berhubung tindakan terhadap Saifuddin yang juga ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu.
"Ia mendatangkan fitnah dan memberi reputasi yang tidak baik kepada parti," kata Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Beijing won’t play saviour to local Chinese

Posted: 28 Sep 2015 07:03 PM PDT

Our racial problem is strictly a Malaysian problem, and we'll have to solve it ourselves.
china-malaysia
China's ambassador to Malaysia, Huang Huikang, must be commended for going down to Petaling Street the day before a racially charged rally was supposed to be held there and subtly rebuking the government for tacitly endorsing it. His remarks brushed ever so slightly against the rules regarding foreign interference, but he maintained overall neutrality and objectivity.
However, all this fuss and hubbub over China somehow "stepping in to save the Malaysian Chinese" has to stop. It's delusional to entertain the notion. It amounts to ignoring the conventions put in place long ago to stop one country from interfering with another's business. Furthermore, as much as any ray of hope now looks like a godsend, sometimes it just turns out to be something pretty to look at amidst the bleakness.
For one, Malaysia is being courted by the United States in its effort to rein in Chinese territorial advancement in Southeast Asia, and Beijing does not want another roadblock to its ambitions in the region. Our countries have had formalised economic ties for decades, and China is not likely to put that relationship at risk considering that it is experiencing some economic slowdown.
Secondly, there are precedents of China not acting to save Chinese communities overseas, like when racial violence erupted against the Chinese in Indonesia. The Chinese government of the time was one of the most bullish ever known, but even then, China did not enact economic sanctions or any other punitive action against Indonesia.
At most, as implied in Kang's speech, Beijing would be displeased by any anti-Chinese sentiment, especially if it affects a Chinese citizen holidaying in Malaysia or a Chinese national working here. But that is where things will stop. At most, Putrajaya would earn a rebuke should violence erupt here against the Chinese, and the Beijing government won't be the only one administering the rebuke.
China will not save us Malaysian Chinese even if we need a saviour, and we should disabuse ourselves of any notion that any country will interfere in our affairs unless it has the legal right to do so. And fittingly so too. After all, our racial problem is strictly a Malaysian problem, and we need to find a way to solve it ourselves.

EXTRAORDINARY SHAME FOR NAJIB, UMNO: CHINA'S RAW ASSERTION OF POWER

Posted: 28 Sep 2015 07:02 PM PDT


Huang Huikang, the Chinese ambassador to Malaysia, is expected to be summoned to the country's foreign ministry on Sept.28 to explain a remarkable visit last Friday to the center of a Chinese area threatened by Malay-supremacy thugs. He pointedly inserted himself into racial tension in the country, saying at the time that the Chinese government is opposed to terrorism, extremism and discrimination based on race.
Such an action by an ambassador, not just in Malaysia but anywhere, is virtually unheard of. By any measure, it constitutes unprecedented interference in domestic politics and is viewed by critics as a raw assertion of Chinese power. China is now Malaysia's second-largest trading partner, with bilateral trade amounting to US$28.2 billion in 2014 and may well be the largest, since Malaysia's trade with Singapore is US$33.3 billion and Singapore acts largely as an entrepôt, shipping goods on to other countries.
Huang's stroll through Chinatown as Malay "Red Shirt" supremacists threatened the area was a clear indication that China would not tolerate any form of criminal intimidation. But it has also raised serious concerns in the ethnic Chinese community that what is regarded as mainland ham-handedness could make it worse for them rather than better.
Nonetheless, Huang's visit to the Petaling Street area appears to have played a role in bringing to a halt, at least for now, growing threats and intimidation by the Red Shirts led by a United Malays National Organization division chief named Jamal Md Yunos against Chinese hawkers and merchants in the area. The street is the epicenter of the urban Chinese community, home to the historic 127-year-old central market and hundreds of Chinese street hawkers and traders. Police arrested Jamal Yunos and warned Red Shirt protesters against marching through the area. The Red Shirts had been scheduled to march through Petaling Street on Saturday, Sept. 26, amid outright threats of violence.
Racial politics

The Red Shirt protest is closely tied to Malaysia's deteriorating political situation, in which critics say the Prime Minister is attempting to use a perceived threat by the Malaysian Chinese, who dominate the economic landscape, to dominate the political one as well via the Democratic Action Party, the predominant ethnic Chinese party. Najib's position is threatened not just at home, but by investigations into allegations of money laundering and corruption by the US, Swiss, UK, French and Singaporean governments.
He and UMNO officials have responded by blaming an international conspiracy to bring down parliamentary democratic rule in Malaysia. Add to that international conspiracy the Chinese community. On Aug. 29, the good government NGO Bersih brought hundreds of thousands of protesters again to the streets in a two-day rally dominated by ethnic Chinese, giving UMNO the opportunity to characterize the rally as a DAP stratagem to wreck the Barisan Nasional, the ruling national coalition.
Read More / Baca Lagi >>

Pas harap PKR faham kenapa tidak sertai PH - Mohd Amar

Posted: 28 Sep 2015 06:16 PM PDT

Mohd Amar Abdullah KOTA BHARU - Pas mengharapkan PKR memahami pendirian parti itu yang tidak mahu menyertai Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Mengulangi penegasannya sebelum ini, Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, selagi DAP dan Amanah berada dalam pakatan tersebut, hasrat untuk melihat Pas bergabung tidak akan termakbul.

"Pendirian kita jelas, selagi ada DAP dan Amanah, kami tidak dapat bersama," katanya kepada media ketika mengulas tawaran PKR yang masih mengharapkan Pas bekerjasama dalam Pakatan Harapan biarpun sebelum ini telah bertegas untuk tidak bekerjasama dalam satu kumpulan dengan mereka.

Kenyataan Mohd Amar itu yang selari dengan keputusan pucuk pimpinan menunjukkan seolah-olah mengharapkan PKR tidak lagi terus mengharapkan Pas akan menyertai kumpulan berkenaan.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perarakan tanglung anjuran Dewan Perniagaan Cina dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah dan presiden pertubuhan, Oie Poh Choon.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa mesti Anwar Ibrahim?

Posted: 28 Sep 2015 06:11 PM PDT

Oleh Danial Ghani
Beberapa hari yang lalu, lahir satu pakatan pembangkang yang baru yang bernama Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur beberapa bulan lepas. Bezanya, koalisi pembangkang ini turut diisi parti baru iaitu Parti Amanah Negara yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS.
Sekali lagi pakatan pembangkang meletakkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya menumbangkan parti pemerintah pada PRU 14 akan datang.

Persoalannya disini, kenapa mesti Anwar? apakah pakatan pembangkang sudah ketandusan pemimpin sehingga meletakkan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selama 5 tahun sebagai calon Perdana Menteri? seolah-olah kuota untuk menjadi Perdana Menteri hanya terbatas kepada Anwar seorang. PRU 14 pastinya akan berlaku ketika Anwar berada di penjara. Lantas bagaimana untuk melantikkan seorang yang berada di penjara sebagai Perdana Menteri ? Pakatan Harapan pasti ada memikirkan percubaan untuk membebaskan Anwar andai mereka berjaya memenangi PRU 14. Dan semestinya proses untuk membebaskan beliau pasti akan mengambil masa. Siapa yang akan mengisi kekosongan kerusi Perdana Menteri sementara proses pembebasan beliau dilakukan ? sepatutnya pakatan pembangkang harus meletakkan lebih ramai calon untuk dipilih sebagai Perdana Menteri supaya andai percubaan untuk membebaskan Anwar gagal, mereka tidak akan rungsing memikirkan siapa yang perlu dilantik sebagai Perdana Menteri. Tambahan pula, dengan meletakkan ramai calon selain Anwar, ini akan menyakinkan rakyat pakatan pembangkang mempunyai ramai calon yang mempunyai kesesuaian dan karisma untuk memerintah negara.
Read More / Baca Lagi >>

Tak perlu tahan Khairuddin

Posted: 28 Sep 2015 06:10 PM PDT

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Penahanan Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma, dan sebelumnya bawah Kanun Keseksaan, kerana memudaratkan proses demokrasi Parlimen adalah sesuatu yang tidak perlu.
Ini memandangkan Khairuddin hanya ingin mendapat kebenaran dari kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjejaskan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia.
Penahanan ini membawa implikasi undang-undang negara digunakan untuk menyelamatkan pemimpin yang korup dan bukan untuk menjaga kepentingan negara dan awam.
Sosma banyak diperbahaskan dan kami merasakan ia undang-undang yang memberi kuasa kepada Panel Penyiasat lalu menafikan hak kepada mahkamah menentukan merit pendakwaan dan diadili di mahkamah terbuka. Lagipun Sosma bertujuan memerangi keganasan yang menjejaskan keselamatan negara. Apakah menuntut kebenaran kepada skandal 1MDB satu ancaman keselamatan kepada negara?
Penahanan Khairudin dan lain-lain kes menindas kebebasan mengkritik rejim korup adalah lambang kepada negara kuku besi yang sedang terbina bawah pimpinan Najib.
Semua yang cintakan keadilan merentasi kefahaman politik harus bangkit pada penindasan ini, khususnya Umno yang memberi nyawa kepada pemimpin kuku besi seperti ini menguasai negara kita Malaysia tercinta.
Teruskan perjuangan menuntut hak dan tolak pemimpin kuku besi!

Kit Siang tidak sedar pelbagai kelajuan Internet di Malaysia, kata menteri Umno yang sengal..!!

Posted: 28 Sep 2015 06:05 PM PDT

Pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang mungkin tidak sedar tentang pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila beliau merungut tentang Internet yang perlahan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Di Malaysia, seseorang itu malah boleh memilih kadar 20 megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahukan perkhidmatan Internet kelajuan lebih tinggi, kata Salleh, ketika menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Gelang daripada DAP itu bahawa beliau tidak prihatin dengan kelajuan Internet Malaysia yang lemah.
"Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71% daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps," katanya dalam posting terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.my di Kuala Lumpur, malam tadi.

Bagaimanapun, Salleh berkata meskipun kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi boleh didapati, namun majoriti pelanggan akan melanggan pakej lebih murah, justeru lebih perlahan. Mengambil maklum beberapa negara termasuk Singapura dan Thailand mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5Mbps, Salleh berkata Malaysia juga boleh meningkatkan kelajuan Internet ke tahap yang sama, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih tinggi.
"Tetapi itu bermakna kos akan turut menjadi lebih tinggi dan penggunaan Internet akan dinikmati hanya oleh mereka yang mampu membayarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy: Negara luar jangan campur urusan M'sia

Posted: 28 Sep 2015 05:56 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta pihak luar agar tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia.
Mengulas kenyataan Duta China di Malaysia, Huang Huikang ketika membuat lawatan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur Jumaat lepas, beliau berkata kenyataan yang dibuat duta itu boleh ditafsirkan sebagai mencampuri urusan negara.
Katanya berdasarkan apa yang dibaca mengenai kenyataan itu, ia disahkan Kedutaan China dan media tidak tersalah lapor mengenainya.
"Walau apapun yang berlaku di Malaysia, kita (kerajaan) yang akan selesaikan dan bukan tempat beliau untuk ambil tindakan dan keluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan mencampuri urusan negara kita," katanya.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Naim Mohamad untuk Sukan Pekak Asia Pasifik ke-8 di Taoyuan, Taiwan, di Putrajaya hari ini.
Nyata kecewa dengan kenyataan Huang itu, Khairy berkata terpulanglah kepada Wisma Putra untuk mengambil tindakan.
"Kita harus memberikan kepercayaan kepada Wisma Putra untuk buat sebarang keputusan sebab mereka yang mengendalikan soal diplomasi
"Tapi kita kena hantar isyarat kepada negara-negara lain bahawa apa sahaja yang berlaku di Malaysia adalah urusan kita.
"Jangan sampai kita nak jaga hati negara-negara besar disebabkan kepentingan ekonomi dan sebagainya, sampai kita dah hilang maruah tak boleh nak tegur apabila mereka menyalahi norma diplomasi," tegasnya.
-Bernama

Hubungan S’wak-China dalam keadaan terbaik, tapi lain ceritanya dengan Malaya

Posted: 28 Sep 2015 05:37 PM PDT

oleh Jimmy Adit

Dua senario yang amat berbeza – yang satu mudah, yang satu lagi sukar – melibatkan China berlaku dalam beberapa hari ini. Senario pertama: Di Sarawak, konsul besar China ke Sarawak Liu Quan mengadakan majlis makan malam pada 25 September lalu sempena ulang tahun ke-66 penubuhan Republik Rakyat China.

Antara tetamunya adalah Ketua Menteri Adenan Satem, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Lee Kim Shin, MP Bintulu Tiong King Sing serta konsul besar Brunei dan Indonesia, Kamsani Noordin dan Jaafar Gultom. Dalam ucapan alu-aluannya, Liu menyentuh perihal Sarawak yang luas dan kaya dengan sumber asli. "Apa yang lebih menarik bagi pelabur asing adalah kestabilan politik dan keharmonian sosialnya.

Saya memiliki segala sebab untuk percaya bahawa dengan usaha bersama kita, kerjasama antara China dan Sarawak dalam bidang perindustrian, perladangan, infrastruktur, pelancongan, pendidikan dan budaya akan membuahkan hasil pada masa akan datang," katanya seperti dipetik.

Adenan selaku tetamu kehormat pula bercakap tentang kekagumannya dengan China yang cermat dan teguh dalam menguruskan ekonomi yang telah membolehkannya mengekalkan pertumbuhan, bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara.

"Kami berharap yang ia akhirnya akan membantu Sarawak untuk terus membangun ke arah mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi pada 2030. "Pada tahun 2014, jumlah perdagangan antara China dan Malaysia adalah bernilai RM208 bilion, sementara nilai perdagangan antara China dan Sarawak kira-kira RM12 bilion.

 "Tentunya ada ruang untuk China dan Sarawak meningkatkan perhubungan perdagangan dan pelaburan dua hala. Saya yakin kita akan terus mengukuhkan hubungan dan komitmen ini harus menjadi asas kepada perkongsian kita."

Ini benar-benar menunjukkan hubungan rapat China dan Sarawak selama ini. Setiap tahun pada bulan September, konsul besar China ke Sarawak tanpa gagal akan meraikan sambutan ulang tahun Republik itu bersama-sama pemimpin negeri. Malah sambutan ulang tahun tahun lalu diadakan pada 28 September.

 Ketika itu, Adenan berkata yang Liu patut merasa selesa dan tidak canggung memandangkan masyarakat Cina sudah menjadi bahagian penting dalam komposisi kaum dan budaya di Sarawak. Beliau juga berkata bahawa Carpenter Street di Kuching – yang juga dikenali sebagai 'China Street' atau 'Little China' – pasti akan menarik minat Liu.

 Ia selepas Adenan menyingkap beberapa statistik positif tentang perdagangan dua hala Malaysia dan China, dan bagaimana Sarawak terus menjadi rakan perdagangan yang penting buat negara itu. Saban tahun, Sarawak dan China sekurang-kurangnya mempunyai satu sebab yang bagus untuk diraikan bersama-sama – hubungan dua hala yang semakin mendalam.

 Senario yang sukar pula terjadi di Malaya. Jalan Petaling menjadi latar kekacauan pada 16 September lalu. Polis terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta himpunan baju merah yang mahu masuk ke kawasan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Menteri lain jangan campur tangan hal Wisma Putra - Anifah

Posted: 28 Sep 2015 05:33 PM PDT

Menteri lain jangan campur tangan hal Wisma Putra - Anifah
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyuarakan kekecewaannya susulan tindakan beberapa menteri kabinet yang mengambil tindakan tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Tanpa menamakan menteri terbabit, Anifah bagaimanapun merujuk kekecewaannya terhadap isu yang melibatkan arahan memanggil Duta Besar China Huang Huikang ke Wisma Putra.

"Saya berasa amat dukacita kerana beberapa menteri kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu."

Jelasnya, beliau tidak pernah membatalkan arahan untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau.

Bagaimanapun, tegasnya campur tangan menteri terbabit dalam hal ehwal Wisma Putra memberikan persepsi negatif.

Beliau juga yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.

Tindakan untuk memanggil Huang juga adalah amalan biasa kata Anifah.

"Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuatnya semasa beliau melawat Jalan Petaling tempoh hari." katanya

"Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya." jelasnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

KERAjaan "DARUL KELAKAR"

Posted: 28 Sep 2015 05:19 PM PDT

Inilah akibatnya jika menteri UMNO-'melayu' Reezal Merican yg hanya berjawatan Timbalan Menteri shj mula tunjuk taring menjilat melebihi kuasa Menteri Luar utk memanggil Duta China dgn alasan menuduh duta tersebut campurtangan daripada pihak asing ketika melakukan lawatan di Petaling street baru-baru ini.

Bagaimanapun, Huang dalam kenyataan selepas itu membidas tuduhan Reezal dengan menyatakan bahawa kunjungannya itu sebagai satu lawatan muhibbah.

RINGGIT JATUH LAGI !! Semakin hampir RM4.50 DAN SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!

Posted: 28 Sep 2015 05:17 PM PDT

"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELAJAR ASING" -Idris Jusoh

"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELANCONG ASING" -Nazri Aziz

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

UCAPAN NAJIB MEMANG AJAIB.. SEHINGGA BANYAK KERUSI2 YANG MENDENGARNYA..

Posted: 28 Sep 2015 05:15 PM PDT

Kerusi kosong ketika Najib berucap di UN bukan kerana perwakilan tak berminat mendengar temberang & syok sendiri Najib.. tapi ketika itu sudah masuk waktu Asar di New York... jadi perwakilan keluar untuk menunaikan Solat Asar -machai

APA AKAN JADI BILA ROSMAH BERUCAP ???

Apa Jawatan Rosmah Dalam Kabinet Najib...???

Posted: 28 Sep 2015 05:13 PM PDT

HEBAT 'kuasa' yg ada pada Rosmah ni sehinggakan boleh duduk sebaris dgn Menteri di JPM Wahid Omar di PBB..

Mana ada bini2 PM Malaysia terdahulu yg ada buat perangai mcm Rosmah skrg.. Cuba bgtau kalau ada...

Jika diperhatikan gambar2 di persidangan tersebut mana ada pemimpin2 negara lain yg hadir di PBB bawa masuk bininya masuk dan duduk di barisan utama perwakilan (kerusi warna 'beige') setiap negara di PBB..

Kalau yer pon GIAN & JAKUN nak duduk gak.. KENAPA TIDAK DUDUK DI BARISAN BELAKANG (kerusi warna biru) !!!

Hari ini hari penentuan bagi Khir Toyo

Posted: 28 Sep 2015 05:08 PM PDT


Mahkamah Persekutuan akan menjatuhi hukuman ke atas bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, 50, hari ini.
Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada jam 1.30 tengah hari.
Pada 22 September, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.
Dr Khir, bapa kepada enam orang anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.
Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.
Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.
Bekas ADUN Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Dr Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Umno’s last moderate

Posted: 28 Sep 2015 05:06 PM PDT

Saifuddin Abdullah faces the firing squad, but also his chance to realise his potential
saifuddin-umno
Saifuddin Abdullah has long been the sore thumb that sticks out from Umno. He doesn't indulge in communalistic rhetoric come election season, looks for chances to cooperate with the opposition, and regularly comes to the defence of the injured party when one of our inevitable racial flare-ups makes the news. He is always cordial and respectful of others. He is a model politician.
It's a shame that he is an anachronism in his own party, a throwback to the Umno of Tunku Abdul Rahman and its all-encompassing embrace of Malaysians of all colours, and thus irrelevant to Umno Baru. That is why he is shunted into vanity projects like the Global Movement of Moderates (GMM), when he should be groomed to lead Umno into a bright future. But to his credit, he has made GMM a legitimate forum for discussion of ideas in an intellectual arena.
And now, Umno's last moderate faces the firing squad for having the gall to have attended Pakatan Harapan's roundtable discussion and the coalition's launch – in his personal capacity too, one might add.
Branding and party rules and all that jazz are all well and good, but they really just sound like a convenient excuse to be rid of the one remaining voice of sanity in Umno Baru. After all, Saifuddin has weighed in negatively on some of the Najib administration's recent decisions, and it must infuriate some quarters that there is still a holdout when it seems all the other Umno leaders are Najib's made men.
So where does Saifuddin go if he is sacked? Well, the option seems to be to join an opposition party, likely Amanah or DAP, or to lead remaining Umno moderates into exile or to start a new party or NGO.
Now, the addition of Saifuddin to Amanah or DAP would be a win for either party. Amanah would gain an ally with a similar value system and principles, and one intimately familiar with Umno's idiosyncrasies at that. Saifuddin's credentials as a dyed-in-the-wool moderate will burnish the party's credentials and further define the ideological split from PAS. DAP stands to gain more credibility among Malay voters, especially if Saifuddin is accorded the respect he deserves and is pushed as a prominent leader in the party. He could also perhaps rein in the more aggressive elements in DAP that have rubbed some Malay sensitivities the wrong way.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Reezal langgar protokol, boleh jejaskan hubungan Malaysia-China

Posted: 28 Sep 2015 05:04 PM PDT

Kerajaan Malaysia dijangka menyelesaikan isu Duta China secara baik tanpa melibatkan tindakan persona non grata.
malaysia-china
PETALING JAYA : Tindakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melanggar protokol dengan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang boleh menjejaskan hubungan antara dua negara.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, Reezal telah melanggar prosedur dengan memanggil Duta China yang tidak setaraf dengannya.
Katanya, taraf seseorang duta adalah sama dengan jawatan menteri.
Oleh kerana itu, katanya, hanya Menteri Luar dan Pemangku Menteri sahaja yang layak memanggil Duta China jika mahu mendapatkan penjelasan.
"Kena ikut level (taraf). Kalau Reezal Merican nak panggil atas kapasiti dia (Timbalan Menteri), itu telah melanggar protokol. Jika kita salah prosedur, tak ikut protokol antara negara, ia boleh menjejaskan hubungan sebenarnya.

"Kalau level menteri atau pemangku (memanggi Duta China) itu sesuai kerana status menteri. Pangkat duta setaraf dengan menteri," katanya kepada Free Malaysia Today.
Tambah Aizuddin, sekiranya penjelasan yang dibuat oleh Huang tidak menyakinkan kerajaan Malaysia, tindakan Persona Non Grata (usir keluar daripada Malaysia) boleh dikenakan terhadapnya.
"Tapi kesannya agak besar. Kalau dikenakan Persona Non Grata ini kepada Duta China, ia secara automatik akan menjejaskan hubungan antara China-Malaysia. Itu satu risiko kalau Malaysia nak ambil.
Read More / Baca Lagi >>

China pertahan dutanya ke Malaysia

Posted: 28 Sep 2015 05:02 PM PDT


China hari ini mempertahankan tindakan dutanya ke Malaysia selepas beliau dipanggil untuk menjelaskan kenyataannya mengkritik ekstremisme dan perkauman semasa melawat Jalan Petaling.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata Huang bertemu dengan masyarakat Cina semasa Festival Mid-Autumn, satu percutian tradisional Cina yang jatuh pada hari Ahad, sambil menambah bahawa ia adalah satu aktiviti "biasa".
Beliau berkata China tidak campur tangan dalam politik dalaman negara-negara lain atau campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
"China dan Malaysia adalah jiran yang mesra, kami berharap Malaysia boleh mengekalkan perpaduan, kestabilan dan keharmonian etnik," kata Hong dalam satu taklimat harian media.
Huang telah membuat komen itu ketika melawat Petaling Street.
Penganjur perhimpunan berkata pada malam jumaat bahawa mereka telah membatalkan protes yang dirancang atas nasihat pihak polis.
Kebanyakannya peserta 'baju merah' turun bersama dengan 30,000 peserta perhimpunan pada pertengahan bulan September untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Pengkritik berkata protes anti-kerajaan bulan lalu, yang diketuai oleh kumpulan pro-demokrasi yang dikenali sebagai BERSIH, telah menghina pemimpin Melayu di negara ini.

Pemangku menteri kata Wisma Putra tak panggil saya kata Duta China

Posted: 28 Sep 2015 05:01 PM PDT

 Pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan memberitahu Duta China ke Malaysia Huang Huikang bahawa Wisma Putra tidak pernah memanggilnya.
Beliau dilaporkan memberitahu demikian semasa pertemuan sembilan puluh minit dengan duta China itu di kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, kata Huang memberitahu Sin Chew Daily.
Huang berkata laporan bahawa beliau telah dipanggil oleh Wisma Putra hanya spekulasi.
Ini walaupun Wisma Putra mengeluarkan kenyataan akhbar pada 26 September menyatakan ia memanggil duta itu berhubung kenyataannya di Petaling Street pada 25 September
Timbalan Menteri Luar, Reezal Merican berkata, langkah itu untuk memanggil diplomat itu direstui oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Hamzah dan saya adalah kawan baik. Kami membincangkan perkara-perkara lain hari ini, tetapi saya bukan datang ke sini selepas dipanggil oleh Wisma Putra," kata Huang.
Huang dilaporkan memberitahu Hamzah bahawa beliau tidak menerima sebarang panggilan dalam bentuk surat, dan hanya mengetahui mengenainya melalui media.

Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama

Posted: 28 Sep 2015 04:59 PM PDT


BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14.
Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian.
Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama.
"Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama.
"Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi," katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan.
Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik.
Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka.
"Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia," katanya
Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Ekonomi negara: Zeti juga sudah bimbang

Posted: 28 Sep 2015 04:57 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.

Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.

Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.

Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.

Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.

Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapi dijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.

Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.
Read More / Baca Lagi >>

INI SEMUA POYO....

Posted: 28 Sep 2015 04:55 PM PDT

Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian dan dipetik oleh portal berita atas talian, UMNO Pasir Puteh, Kelantan dilaporkan akan melaksanakan peraturan mewajibkan ahlinya memakai baju merah pada setiap 16 haribulan.

Ketua UMNO bahagian berkenaan, Zawawi Othman berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas itu bertujuan menunjukkan kekuatan solidariti dan sokongan penuh kepada parti dah kerajaan.

Katanya, pemakaian baju merah pada setiap 16 haribulan itu tidak hanya terhad ketika menghadiri aktiviti rasmi tetapi wajar dijadikan pakaian santai ketika berada di rumah, kedai kopi mahupun pasar.

Bagaimanapun, pemakaian baju berwarna merah adalah wajib jika menghadiri semua aktiviti parti di peringkat bahagian dan juga akar umbi, tegas Zawawi lagi.

Gabungan NGO Melayu dan Pesaka pada 16 September lalu telah mengadakan perhimpunan baju merah di Padang Merbok sebagai tindak balas kepada himpunan baju kuning Bersih 4 yang sekaligus untuk menunjukkan sokongan kepada Najib Razak yang sedang dibelenggu dengan pelbagai isu.

Rasa nak tergelak pun ada dengan keputusan UMNO Pasir Puteh  ini yang nampaknya lebih melihat faktor kulit berbanding isi dalam konteks perjuangan parti, bahkan melebih-lebih pula sehingga ia diwajibkan pada 16 haribulan setiap bulan.

Ini bermakna, melalui peraturan itu dan jika ianya mendapat sambutan, Pasir Puteh akan bertukar menjadi "Pasir Merah"  sebanyak 12 kali dalam setahun.

Kenapa sampai setiap bulan mahu diraikan sedangkan meraikan hari lahir pun hanya setahun sekali saja?  Apakah UMNO Pasir Puteh makin kuat kerana berbaju merah setiap 16 haribulan itu? Bolehkah ia memastikan menang dalam pilihanraya?

Ketika perhimpunan di Padang Merbok,16 September lalu, berapa puluh ribu peserta yang dihantar oleh UMNO Pasir Puteh?

Ahh, banyak lagi pertanyaan mahu ditanya sebenarnya....

Tetapi kesimpulan paling mudah, bak ungkapan kata popular Awie Wings - INI SEMUA POYO...