KUALA LUMPUR, 27 September:
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tidak ada keperluan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjelaskan sebab Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikecualikan daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Ini selepas Setiausaha Agung PSM, S. Arulchelvan menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian.
Sebab penjelasan tersebut susulan kenyataan beberapa pemimpin yang menyatakan Dr Wan Azizah sendiri berkata alasan penolakan PSM berhubung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Sesiapa yang berkata bahawa PSM melanggari perlembagaan itu adalah salah. Tetapi kita akan terus juga berunding dengan pihak-pihak lain.
"Jemputan persidangan meja bulat pada Selasa adalah isu teknikal kerana masa terhad. Ia tiada kaitan dengan dakwaan tersebut.
"Oleh itu, ia tidak benar dan kita telahpun berkata PSM adalah penyokong kuat pembangkang dan memberi sokongan kepada dasar bersama kami," kata Chua ketika dihubungi The Rakyat Post.
Tambahnya, mereka yang menggunakan Perlembagaan Persekutuan sebagai alasan terpaksa 'menjelaskan diri mereka sendiri' sebab-sebabnya.
Sebelum ini, Arulchelvan mempertikaikan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat, Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad dan Ahli Parlimen DAP-Serdang, Dr Ong Kian Ming, bahawa PSM tidak menerima Dasar Perjanjian Bersama sebelum ini dan juga menolak Artikel 153 berhubung hak-hak keistimewaan Bumiputera.
Ketika dihubungi mengenai perkara itu, Ong tetap bertegas dengan kenyataan tersebut.
"Saya tetap dengan pendirian kenyataan saya. Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini lagi," katanya.