Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Duta Besar China sudah mula tunjuk 'besar kepala'...!!! Cuba campuri urusan dalaman Malaysia?

Posted: 26 Sep 2015 09:48 AM PDT


PUTRAJAYA 26 Sept. – Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang akan dipanggil pada Isnin ini untuk memberi penjelasan berhubung kenya­taannya yang didakwa mencampuri urusan hal ehwal dalaman negara ini.

Menurut sumber Wisma Putra, tindakan itu bertujuan meminta penjelasan lanjut Huikang mengenai kenyataan beliau yang menyatakan kerajaan China menentang segala bentuk keganasan dan diskriminasi terhadap kaum tertentu di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Kita lihat dahulu hasil penjelasan beliau (Huikang) pada hari Isnin ini," katanya kepada pemberita hari ini.


Huikang ketika dalam sidang akhbar sejurus mengadakan lawatan ke Jalan Petaling semalam berkata, kerajaan China menentang pihak yang cuba mewujudkan segala bentuk keganasan yang bertujuan mengganggu ketenteraman awam.

Ujar beliau, pihaknya turut menentang diskriminasi yang menyasarkan satu kaum tertentu di Jalan Petaling.

Beliau turut memberi amaran bahawa Beijing berani dan tidak takut untuk menyuarakan pandangan terhadap insiden yang boleh menjejaskan kepentingan para peniaga di Jalan Petaling serta hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sahlah DAP parti komunis mahu China jajah negara

Posted: 26 Sep 2015 09:57 PM PDT




K/LUMPUR: Chinese ambassador to Malaysia Dr Huang Huikang is expected to be summoned by Wisma Putra following his statements that are seen as interfering in Malaysia's domestic affairs.

It is understood the summon, set on Monday, will seek explanation from Dr Huang on his statement made during his visit on Friday, Wisma Putra officials said Saturday.


It is understood the Prime Minister's Office has been informed of the summon.

Datuk Seri Najib Tun Razak is currently on a working trip to New York.

Dr Huang has been quoted as saying that China was against those who resort to violence to disrupt public order, an obvious reference to the threat by a group to hold demonstration in Petaling Street.

"The Chinese government opposes terrorism and any form of discrimination against races and any form of extremism," he told reporters during a visit to Petaling Street on Friday.

Dr Huang also warned that Beijing would not fear voicing out against incidents, which threaten the interests of the country, infringe upon the rights of its citizens in doing business, or disrupt the relationship between Malaysia and China.


Officials when contacted are questioning the ambassador's remarks when he spoke about terrorism and infringement of China's national interest at Petaling Street.

"Malaysia views his remarks seriously. It tantamount to interfering in Malaysia's domestic affairs," said an official.


Haram UNDI DAP dan PANtat Mat Sabu yang sekongkol

Posted: 26 Sep 2015 05:27 PM PDT


KERAJAAN DAN MAJLIS FATWA DISARAN HARAMKAN DAP

Ketika Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan bermukim selama tiga hari pada Ogos 2012 dan mengeluarkan ketetapan bahawa haram mengundi DAP, pengasas dan Pengetua Pondok Geting, Tumpat, YM Tuan Guru Abdullah Samahah, diserang bertubi-tubi kononnya menerima RM 2 juta dari UMNO Kelantan bagi membiayai aktiviti beliau dan membangunkan pusat pengajian beliau dengan mengeluarkan fatwa sedemikian.

Hakikatnya, fatwa yang dikeluarkan merupakan resolusi pemukiman guru-guru pondok seluruh Kelantan selama tiga hari tiga malam dengan pelbagai kitab-kitab rujukan ulama' muktabar.

Apabila PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP pada 11 Julai 2015 yang lalu, ia adalah keputusan musyawarah Dewan Ulama' PAS Pusat. Kemudian ianya diperhalusi diperingkat Majlis Syura Ulama' dan akhirnya diterima oleh kepimpinan PAS.

Ustaz Muhammad Najihan Halim, Setiausaha Dewan Ulama' PAS Selangor pada 9 Jun 2015 berpendapat usul membatalkan Tahaluf Siyasi bersandarkan kepada sembilan (9) hujah yang MENEPATI SYARIE dan mencapai keputusan sebulat suara Dewan Ulama' PAS Pusat. (sila rujuk usul Dewan Ulama' PAS Pusat sembilan dalil tersebut).

Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama' (MSU) PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum tetapi kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam selain melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta CAMPUR TANGAN DALAM AQIDAH,, dasar dan matlamat parti PAS.

Kenyataan yang lebih keras datangnya dari Presiden PAS sendiri Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Haji Awang yang menganggap bahawa DAP MENENTANG PELAKSANAAN ISLAM.

Kesemua hujah-hujah ulama' dan pemimpin PAS di atas sebenarnya membenarkan fatwa Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan sebelum ini yang menganggap HARAM MENGUNDI DAP.

Kemelut ini tidak berakhir di sini sahaja. Jabatan Mufti Pahang Darul Makmur di dalam khutbah Eidul Adhanya pada 24 September 2015 lepas secara terang-terangan dan tanpa berselindung menyatakan bahawa DAP MENENTANG ISLAM.

Antara lain, teks khutbah tulisan jawi berkenaan menyebut;

"Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan GHB. Malahan ada dikalangan umat Islam yang menyertai parti DAP YANG TERANG-TERANG MENENTANG ISLAM."

Apakah menjadi satu kesalahan kepada saya dan umat Islam lain yang bertaraf awam memohon supaya kerajaan melalui JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Raja-raja mengambil suatu ketetapan yang konkrit terhadap DAP agar umat Islam tidak terus diporak perandakan oleh golongan ultra kiasu yang sememangnya licik dan keji demi mencapai matlamat perjuangan mereka?

Apakah dengan fatwa-fatwa dari Guru-guru Pondok Kelantan, ulama' PAS dan Jabatan Mufti Pahang tidak cukup kuat untuk kerajaan mengharamkan DAP sebagai sebuah parti politik yang mengancam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, "Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan?"

Saya percaya jika kita meneliti undang-undang tubuh DAP, ia bukan sahaja bertentangan dengan Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan bahkan ianya juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bertindak pantas dan tepat menjamin survival umat Islam selagi kita diberi amanah kekuasaan oleh ALLAH swt.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


"DAP PARTI HARAM KEPADA UMAT ISLAM", MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Posted: 26 Sep 2015 06:27 PM PDT

Ketika Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan bermukim selama tiga hari pada Ogos  2012 dan mengeluarkan ketetapan bahawa haram mengundi DAP, pengasas dan Pengetua Pondok Geting, Tumpat, YM Tuan Guru Abdullah Samahah, diserang bertubi-tubi kononnya menerima RM 2 juta dari UMNO Kelantan bagi membiayai aktiviti beliau dan membangunkan pusat pengajian beliau dengan mengeluarkan fatwa sedemikian. 

Hakikatnya, fatwa yang dikeluarkan merupakan resolusi pemukiman guru-guru pondok seluruh Kelantan selama tiga hari tiga malam dengan pelbagai kitab-kitab rujukan ulama' muktabar. 

Apabila PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP pada 11 Julai 2015 yang lalu, ia adalah keputusan musyawarah Dewan Ulama' PAS Pusat. Kemudian ianya diperhalusi diperingkat Majlis Syura Ulama' dan akhirnya diterima oleh kepimpinan PAS. 

Ustaz Muhammad Najihan Halim, Setiausaha Dewan Ulama' PAS Selangor pada 9 Jun 2015  berpendapat usul membatalkan Tahaluf Siyasi bersandarkan kepada sembilan (9)  hujah yang MENEPATI SYARIE dan mencapai keputusan sebulat suara Dewan Ulama' PAS Pusat. (sila rujuk usul Dewan Ulama' PAS Pusat sembilan dalil tersebut).

Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama' (MSU) PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum tetapi kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam selain melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta CAMPUR TANGAN DALAM AQIDAH,dasar dan matlamat parti PAS.

Kenyataan yang lebih keras datangnya dari Presiden PAS sendiri Tuan Guru Dato' Haji  Abdul Hadi Haji Awang yang menganggap bahawa DAP MENENTANG PELAKSANAAN ISLAM. 

Kesemua hujah-hujah ulama' dan pemimpin PAS di atas sebenarnya membenarkan fatwa Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan sebelum ini yang menganggap HARAM MENGUNDI DAP. 

Kemelut ini tidak berakhir di sini sahaja. Jabatan Mufti Pahang Darul Makmur di dalam khutbah Eidul Adhanya pada 24 September 2015 lepas secara terang-terangan dan tanpa berselindung menyatakan bahawa DAP MENENTANG ISLAM.

Antara lain,  teks khutbah tulisan jawi berkenaan menyebut;
"Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan GHB. Malahan ada dikalangan umat Islam yang menyertai parti DAP YANG TERANG-TERANG MENENTANG ISLAM."

Apakah menjadi satu kesalahan kepada saya dan umat Islam lain yang bertaraf awam memohon supaya kerajaan melalui JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Raja-raja mengambil suatu ketetapan yang konkrit terhadap DAP agar umat Islam tidak terus diporak perandakan oleh golongan ultra kiasu yang sememangnya licik dan keji demi mencapai matlamat perjuangan mereka? 

Apakah dengan fatwa-fatwa dari Guru-guru Pondok Kelantan, ulama' PAS dan Jabatan Mufti Pahang tidak cukup kuat untuk kerajaan mengharamkan DAP sebagai sebuah parti politik yang  mengancam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, "Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan?"

Saya percaya jika kita meneliti undang-undang tubuh DAP, ia bukan sahaja bertentangan dengan Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan bahkan ianya juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Bertindak pantas dan tepat menjamin survival umat Islam selagi kita diberi amanah kekuasaan oleh ALLAH SWT.

VIRAL INI FITNAH, PERDANA MENTERI HANYA AKAN BERUCAP PADA 1 OKTOBER 2015

Posted: 26 Sep 2015 03:28 AM PDT

SESI UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA HANYA BERMULA 1 OKT

Rombongan Perdana Menteri DS Najib dan menteri baharu sahaja tiba di New York hari Sabtu waktu Amerika (26 September 2015).

Namun begitu, jadual ketat rombongan Perdana Menteri menanti di New York.

Pada 11.30am, 26/10/2015 acara dimulakan dengan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia bersama Menteri Pengajian Tinggi, DS Idris Jusoh.

Manakala, pertemuan dan Majlis Dialog pelajar Malaysia dengan YAB Perdana Menteri akan diadakan pada 28-10-2015 pukul 4petang waktu tempatan di sini.

Artikel yang diviralkan ini http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.my/2014/09/najib-berucap-hanya-depan-rosmah.html ternyata berniat jahat untuk menjatuhkan imej negara kita dan kepimpinan negara. 

Gambar dalam artikel tersebut diambil semasa tahun 2014 tetapi terdapat gambar yang dipost adalah gambar semasa pemimpin negara lain sedang berucap.

Perkara seperti ini amat mengecewakan kerana apabila melibatkan negara dan masa depan rakyat kita, berita-berita palsu seperti ini akan memberi mesej yang negatif kepada masyarakat dalam dan luar negara.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MENELAH ANTARA ZAHID DAN MUHYIDDIN SEBAGAI PENGGANTI JIKA NAJIB DISINGKIRKAN

Posted: 26 Sep 2015 07:52 PM PDT

Tidak dapat dipastikan bilakah Najib Razak mahu berundur daripada  jawatannya atau apakah beliau benar-benar sedia berundur, tetapi di mana-mana pertanyaan yang tidak henti-henti  didengar ialah siapakah bakal penggantinya yang paling layak?

Pertanyaan itu tidak saja  ditanyakan oleh ahli dan penyokong parti politik atau mereka yang berminat dengan politik, tetapi juga oleh ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta, golongan profesional, suri rumah, malah murid sekolah turut inginkan jawapan kepada persoalan yang sama.

Seorang murid sekolah berusia 16 tahun pernah bertanya kepada saya, antara Muhyiddin dan Zahid, siapa lebih bagus untuk menggantikan Najib?

Pertanyaan yang semakin meningkat dan dari pelbagai peringkat tentang pengganti itu membuktikan Najib pada hakikatnya semakin tidak dikehendaki dan kedudukannya kian menjauh daripada hati nurani rakyat.

Apatah lagi, walaupun berjaya mengelakkan dirinya daripada disiasat dengan menyingkirkan Gani Patail sebagai Peguam Negara, membubarkan pasukan petugas khas dan melengah-lengahkan pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Najib kini bakal berdepan siasatan di peringkat antarabangsa pula.

Daripada sekian banyak negara yang diberikan laporan mengenainya berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta, sekurang-kurangnya Jabatan Peguam Negara Switzerland, Biro Penyiasatan Persekutuan atau FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dilaporkan bakal melakukan siasatan terhadap Najib.

Bersama asakan dalam negara yang mahukannya berundur, khususnya yang ditunjangi dan dilakukan tanpa henti oleh Tun Mahathir, hakikatnya sukar dijangka sama ada Najib mampu terus mempertahankan jawatannya atau terpaksa mengalah akhirnya.

Pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Dalam masa yang sama, kita juga tidak tahu apa dan berapa banyak lagi "peluru"  yang dimiliki oleh Tun Mahathir untuk memaksa pemberhentian Najib.

Begitu juga, kita turut tidak tahu apa lagi pendedahan daripada media antarabangsa bakal menimpa Najib seterusnya yang tentu saja akan membuatkannya semakin dipandang serong oleh dunia.

Oleh itu, walaupun Najib mungkin cuba bertahan selagi mampu, kemungkinan beliau terpaksa berundur akhirnya kerana tekanan yang makin menghimpit dari pelbagai sudut, tidaklah mustahil sebenarnya.

Rata-rata orangramai menyebut dua dua nama sebagai pengganti jika Najib disingkirkan iaitu Zahid Hamidi yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Ada yang mengatakan Zahid yang sepatutnya mengambil alih jawatan itu kerana kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan. Zahid juga dipercayai akan mendapat lebih sokongan daripada kalangan Ahli-Ahli Parlimen UMNO berbanding Muhyiddin untuk lebih dulu mengadap Yang Dipertuan Agong bagi mengangkat sumpah dan menerima watikah jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid nafi hak warganegara

Posted: 26 Sep 2015 07:49 PM PDT

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri bertentangan dengan Perkara 10 fasal 1(b) yang memberi kebenaran rakyat berhimpun secara aman tanpa senjata.
Fahmi-Fadzil,zahid
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila berkata beliau tidak mahu ada lagi demonstrasi jalanan selepas ini.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, walaupun kenyataan Zahid berniat untuk mengelakkan pihak-pihak seperti sekelompok ekstremis "baju merah" daripada mengganggu ketenteraman awam, namun ia sebenarnya melanggar Perkara 10, Fasal 1 (b) Perlembagaan Persekutuan yang berkata bahawa:
"semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata"
Katanya, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu juga tidak serasi dengan matlamat Akta Perhimpunan Aman 2012 seperti termaktub di dalam Perkara 2 akta tersebut:
"…bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan perhimpunan atau untuk menyertai perhimpunan, secara aman dan tidak bersenjata"
Sehubungan itu, katanya, tidak adil dan tidak wajar bagi Zahid menafikan hak mana-mana rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
Dia berkata, Zahid tidak patut menyamakan perhimpunan Bersih 4 – yang menggesa reformasi pilihanraya dan menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur kerana isu dakwaan rasuah – dengan himpunan "baju merah" yang mempunyai kelompok ekstremis yang sengaja menggunakan perkataan-perkataan perkauman untuk menimbulkan ketegangan.
"Perhimpunan Bersih 4 selamat dan tidak menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakan harta benda awam, malah pihak FRU juga tidak perlu dikerahkan.
"Ini jauh berbeza apabila dibandingkan dengan himpunan "baju merah" di mana sekelompok ekstremis "baju merah" telah dengan sengaja melanggar arahan polis yang melarang mereka dari memasuki kawasan Petaling Street, sehingga pihak FRU dan trak meriam air terpaksa digunakan.
"Hingga ke hari ini, belum ada berita mengenai mereka yang bertanggungjawab menceroboh masuk ke Petaling Street ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah.
"Zahid sewajarnya bersikap lebih jujur dan adil dalam isu ini. Beliau tidak patut menafikan hak seluruh rakyat Malaysia untuk berhimpun dengan aman hanya kerana penganjur himpunan "baju merah" gagal mengawal keadaan, terutama di kawasan Petaling Street.
"Tetapi jika beliau mahu mengelakkan perhimpunan aman seperti Bersih 4 dari berlaku lagi, saya cadang beliau dan pimpinan kerajaan segera melaksanakan reformasi seperti yang dituntut kumpulan tersebut, demi Malaysia yang lebih baik," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Skandal 1MDB: Penahanan Khairuddin di bawah Sosma tidak sah

Posted: 26 Sep 2015 07:47 PM PDT


Penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma),  tidak sah di sisi undang-undang.
Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam),  Datuk S Ambiga berkata, Sosma bertujuan menangani kesalahan yang memudaratkan keselamatan awam dan negara, atau Persekutuan atau mana-mana bahagian Persekutuan.

Namun Ambiga berkata, timbul persoalan adakah tindakan Khairuddin memfailkan laporan di luar negara berkenaan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) memudaratkan keselamatan awam dan negara.

"Laporan  tersebut mungkin telah menyebabkan sesetengah pihak berasa tidak selesa tetapi itu tidak boleh menjadi asas bagi satu penangkapan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ambiga berkata, Hakam mengambil pendirian sama dengan Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk warga Malaysia, mengecam tindakan yang disifatkan sebagai menindas dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Katanya, dalam perbandingan begitu ketara, individu yang mengugut untuk mengadakan rusuhan di Jalan Petaling pula dipandang ringan.

"Ini menyerlahkan lagi penyalahgunaan kuasa dan tindakan-tindakan penguatkuasaan ini mempunyai agenda politik," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Najib perlu saman 5 agensi berita antarabangsa untuk bersihkan nama .....

Posted: 26 Sep 2015 07:44 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ambil tindakan undang-undang terhadap 5 organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ambil tindakan undang-undang terhadap 5 organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Selain The Wall Street Journal (WSJ), Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas 4 lagi organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP hari ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perdana menteri juga harus menyaman Al Jazeera, The New York Times, The Economist dan Channel News Asia (CNA) kerana menyiarkan laporan yang tidak memihak kepada kerajaan.
Setakat ini, Najib masih belum mengambil tindakan terhadap WSJ yang pada awal Julai melaporkan mengenai RM2.67 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya.

Lim berkata, walaupun Putrajaya kecewa dengan organisasi tersebut, ia perlu menilai jika media antarabangsa itu sememangnya tidak bertanggungjawab atau keadaan di Malaysia sememangnya buruk. "Siapa yang perlu bertanggungjawab terhadap begitu banyak laporan buruk di peringkat antarabangsa oleh Malaysia, sama ada media cetak atau elektronik - Salleh, Najib atau media antarabangsa?," soal Lim.
Beliau merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, yang membantah dokumentari CNA di Malaysia bertajuk "A fractured nation" (Sebuah negara yang retak) kerana didakwa berat sebelah.
"Persoalan penting ialah sama ada CNA secara tidak bertanggungjawab memberi imej buruk kepada keadaan yang baik di Malaysia, atau memang sebenarnya mencerminkan keadaan buruk yang berlaku di Malaysia," kata Lim.

Akar umbi kecam tindakan ‘oportunis’ Jamal cemar imej Umno

Posted: 26 Sep 2015 06:12 PM PDT

Ramai ahli Umno tidak setuju dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dan perhimpunan baju merahnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Ramai ahli Umno tidak setuju dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dan perhimpunan baju merahnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.
Tidak semua ahli Umno setuju dengan Datuk Jamal Md Yunos dan perhimpunan baju merahnya. Sesetengah daripada mereka mengecam Jamal yang berterusan melakukan provokasi menyerang peniaga Jalan Petaling, menyifatkannya satu tindakan oportunis yang hanya menyebabkan imej Umno tercemar.
Beberapa ahli akar umbi membidas tindak tanduk Jamal yang dianggap bersikap pentingkan diri sendiri untuk meraih sokongan politik (political milage) dengan menggunakan isu sensasi.

"Jamal ini saja menangguk di air keruh. Dia menggunakan isu sensasi untuk 'political milage' dia," kata ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub kepada The Malaysian Insider. Faizal berkata ini bukan kali pertama ketua Umno Bahagian Sungai Besar tersebut cuba menjadi hero, malah sebelum ini juga pernah lantang mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menggesa beliau melepaskan jawatan timbalan presiden parti.
"Sebelum ini, kes Muhyiddin, dia juga berlagak hero. Sekarang isu baju merah pula," katanya.
Muhyiddin, yang sebelum ini timbalan perdana menteri, digugurkan daripada Kabinet pada Julai lalu kerana secara terbuka mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta sumbangan politik AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Semasa himpunan baju merah 16 September lalu, Faizal, 35, tidak menyertainya kerana melihat penganjuran itu lebih bertujuan mempertahankan Najib, berbanding maruah orang Melayu.
"Kalau nak Umno dihormati masyarakat Malaysia, pemimpin Umno perlu dihormati ahli dulu, kemudian baru dihormati orang Melayu.
"Selepas itu, barulah kaum lain akan menghormatinya," katanya yang menganggap Najib sendiri tidak dihormati ahli Umno, serta pemimpin lama yang sudah tidak menyokongnya seperti negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perhimpunan itu, atau nama rasminya Himpunan Rakyat Bersatu, diadakan sebagai bertindak balas kepada perhimpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu, yang antara lain mendesak pembaharuan demokrasi dan peletakan jawatan Najib.
Kumpulan pro Umno yang menganjurkan perhimpunan baju merah itu mendakwa Bersih 4 menghina maruah orang Melayu, tetapi perhimpunan mereka yang kemudiannya bertukar perkauman dengan gesaan dibuat supaya sekolah Cina ditutup dan ungkapan seperti 'Cina babi' dilontarkan.
Jamal sekali lagi mencetuskan kontroversi minggu ini apabila beliau berkata akan ada satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling semalam.
Beliau kemudiannya menafikan menggesa satu rusuhan diadakan, mendakwa kenyataan beliau disalah petik. Beliau ditangkap pada Jumaat dan dibebaskan malam tadi selepas kenyataannya diambil.
Sementara itu, ahli Pemuda Umno Bahagian Tenggara, Asrul Esreen Mohd Salleh, 39, menggesa supaya Jamal dan kerajaan mencontohi kejayaan peniaga di Jalan Petaling, di mana urus tadbir berjalan dengan baik dan tiada birokrasi.
"Jadikan perkara positif di Jalan Petaling boleh dicontohi generasi muda untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu.
"Contohi gabungan dan persatuan peniaga orang Cina, contohi urus tadbir peniaga bawahan, kurangkan birokrasi, paksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bantu peniaga Melayu yang baru hendak naik," kata Asrul kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Keadaan Negara Kita Hari ini

Posted: 26 Sep 2015 06:10 PM PDT

Musibah melanda negara akibat angkara durjana Najib Tun Razak.
Negara ini mengalami musibah dan malapetaka kerana suatu orang. Nama dia Najib Tun Razak. Bahkan isteri nya yang tidak dipilih oleh orang ramai secara demokrasi turut sama menyibukkan diri dalam memerintah negara.
Kesan kepimpinan yang buruk.
Kepimpinan yang buruk mengakibatkan pentadbiran dan pengurusan yang buruk. Kalau dia tidak amanah dan jujur, apa nasihat yang dia beri akan di perlekehkan orang. Ucapan dia akan hanya diterima dengan sinis dan ketawa.
Pecah amanah diperingkat tertinggi akan hanya mengukuhkan amalan pecah amanah diperingkat bawahan. Belian dengan harga yang dipalsukan, hanya menjadi amalan itu suatu kebiasaan. Penglibatan pemimpin tertinggi dalam aktiviti mendobi wang menunjukkan bahawa system kewangan dalam negara huru hara. Jika pemimpin boleh langgar undang dan memunggah wang sana sini, ia akan menggalakkan penyeludupan wang haram. 
Wang hasil dari rasuah, komisyen, pemalsuan invoice, akan terus berleluasa.  Antara tahun 20003-2012, Malaysian hilang USD395 billion atau secara purata USD39.5 billion setahun. 
Macam mana perompak dan penyamun yang memunggah wang keluar secara haram hendak takut, kalau pemimpin negara melakukan perkara yang serupa? 
Kredibiliti Bank Negara Malaysia sebagai institusi yang mengawal dan memelihara integriti sistem kewangan akan musnah. 
 
api tidak boleh dibungkus dengan kertas.
Semua usaha mempertahankan Najib akan dilayan dengan telinga pekak. Rakyat sudah percaya bahawa Dato Najib ialah PM yang terburuk kita ada. Segelintir pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, melakukan demikian kerana mahu kekal releven. 
Orang2 seperti Salleh Said keruak, Ahmad Maslan, Syed Ali Al Habshee, Anuar Musa, Ali Rustam, Noh Omar melakukan apa yang mereka lakukan untuk kekal releven  dalam pandangan Najib. 
Dr Mahathir di perjahatkan/Dr Mahathir is vilified.
Tokoh yang paling dikecam hari ini ialah Dr Mahathir. Saya mendapati ianya melucukan kerana terkadang kala terpaksa mempertahankan Dr Mahathir; sepatutya tugas ini dilakukan oleh orang UMNO yang berhati-budi/yang ada conscience. 
Adakah budaya orang UMNO melupakan orang yang paling berjasa sekali kepada UMNO dan bangsa Melayu?
Sumbangan Dr Mahatir berbanding dengan sumbangan Najib, ibarat langit dan bumi. Namun, penyokong Najib memperlakukan Dr Mahathir sekian kurang ajar, orang Melayu mahu berdiam diri?
Sebagai seorang yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun, tentulah Dr Mahathir mempunyai maklumat terperinci untuk mendedahkan salah laku Najib.
Cuba tanya soalan ini- kenapa perlu Dr Mahathir memilih jalan susah untuk mengkritik Najib kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan. Pada umur 90 tahun, mengapa perlu Dr Mahathr ambil risiko dan mengundang kebarangkalian hilang semua? Nama baik, penghormatan masyarakat, di dipulau?
Kenapa perlu Dr Mahathir menyusahkan diri dan mendedahkan diri nya kepada kemungkinan dicerca dan dihina orang, KECUALI  jika apa yang dicakapkan oleh beliau benar2 belaku? Dr Mahathir mesti bersuara.
Bukanlah lebih seronok jika dr Mahathir pencen, berjalan sana sini dan menikmati masa dengan anak cucu dan sahabat handai? Kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan, maka itu mendorong Dr Mahathir bersuara. Dia bersuara untuk menyelamatkan orang Melayu dari musibah yang dbawa oleh Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal tidak direman, bukti ‘double standard’ pihak berkuasa, kata peguam, Bersih

Posted: 26 Sep 2015 04:41 PM PDT

Pembebasan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos selepas ditahan semalaman bukti 'double standard' yang diamalkan pihak berkuasa, kata peguam hak asasi manusia Eric Paulsen, berikutan keputusan polis tidak menahan reman pemimpin perhimpunan baju merah itu.
Pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu berkata, walaupun mereka sentiasa menegaskan pentingnya memartabatkan hak kebebasan bersuara, ia ada batasannya dalam keadaan tertentu, seperti dalam kes hasutan terhadap keganasan dan ucapan kebencian.
"Kami terkejut dengan 'double standard' yang terang-terangan dalam kes Umno atau personaliti pro Umno seperti Jamal dan pada waktu sama, tindakan keras diambil terhadap penentang kerajaan dan ahli politik pembangkang atas sebab yang sangat tidak kontroversi," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tahanan reman yang dikenakan ke atas ahli politik pembangkang, aktivis dan penentang kerajaan yang menyertai perhimpunan aman dan ucapan tidak berbahaya sedangkan Jamal hanya ditahan 1 malam walaupun didakwa terlibat mencetuskan keganasan dan mengancam rusuhan kaum. "Memberi layanan istimewa kepadanya tetapi memohon reman untuk rakyat yang menegakkan hak seperti (Datuk) Ambiga (Sreevenasan), Adam Adli (Abd Halim) dan Hishamudin Rais hanya memberi gambaran buruk terhadap pihak berkuasa," katanya kepada The Malaysian Insider ketika mengulas pembebasan Jamal malam tadi.
Ditanya sekiranya beliau berpendapat Jamal perlu ditahan reman, Paulsen berkata:"Jika konsisten dalam amalan diguna pakai, berdasarkan keseriusan kesalahan itu, dan lain-lain hal, ya dia sepatutnya (direman)."
Jamal ditahan pada Jumaat malam berhubung satu protes yang dikatakan akan diadakan semalam di Jalan Petaling.
Protes itu bagaimanapun kemudiannya dibatalkan atas nasihat polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata, Jamal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mendakwa rusuhan akan berlaku di Jalan Petaling itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ditahan polis: Jamal salahkan orang lain selepas dibebaskan

Posted: 26 Sep 2015 04:36 PM PDT

Selain media dan pembangkang, Jamal juga mengaitkan penahanannya dengan Bersih
highlight_60
KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menyalahkan media dan pembangkang sebagai penyebab dia ditahan polis.
Katanya, media hanya melaporkan setengah daripada kenyataannya pada 23 September lalu dan tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan daripadanya.
"Bagi saya, penahanan saya hari ini sangat dukacitakan dan tidak wajar.
Kerana penahanan saya ini berasaskan kepada laporan media yang kurang tepat diambil 23 haribulan lepas
" Hanya sebahagian kenyataan saya diambil dan dihebah yang menjadikan keadaan tidak selesa dan kelam kabut," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Beliau yang memakai baju T-Shirt berkolar dibebaskan polis pada jam 8.30 malam Ahad selepas ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah berhubung kenyataannya tentang rusuhan akan berlaku pada perhimpunan di Jalan Petaling.
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada media yang melaporkan kenyataannya secara tidak tepat.
"Saya beri amaran rakan-rakan media ini yang lapor tidak tepat akan berhadapan dengan tindakan undang-undang tegas daripada saya," katanya.
Jamal turut menjelaskan, segala perkara yang berlaku pada hari ini berpunca daripada himpunan yang diadakan oleh pihak Bersih 2.0.
"Kalau tidak ada Bersih tidak ada perhimpunan pada 16 September dan tidak ada kononnya hari ini juga berlaku perhimpunan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tragedi buatan sendiri

Posted: 26 Sep 2015 04:33 PM PDT

Kuo Yong Kooi


Wahai politikus-politikus PAS termasuk ulama
Janganlah mengkambing-hitamkan DAP dan Amanah
Kamu sendiri keluarkan "cai" semasa pengundian muktamar

Kelakuanmulah pecah-belahkan keharmonian parti dibina bersama Jikalau DAP tidak putuskan hubungan dengan Hadi Awang
"Cai" kolompok ustaz sudahpun lama dirancang
Kamu tidak berazam berkongsi posisi parti dengan terus-terang
Untuk kelompok progresif yang kau ibliskan, kepercayaan pun sudah hilang

Tidak demokratik,
Kau tidak mahu berbahas usul putuskan hubungan dengan DAP
Tidak demokratik,
Presidenmu mengkhianati keputusan-keputusan majlis tertinggi Pakatan
Tidak demokratik,
Presidenmu selalu bertindak bercanggah dengan keputusan orang di bawah partinya
Tidak demokratik,
pengundi-pengundi di muktamar tidak diberi peluang berundi dengan hati mereka.

Tanpa sezarah kesal, anda menyalahi kelompok progresif sebagai pengkhianat
Tanpa sezarah kesal, anda mengkuburkan Pakatan Rakyat
Tanpa sezarah kesal, anda tidak perduli hasrat rakyat
Tanpa sezarah kesal, anda merajuk dan tak bergabung dengan Pakatan harapan rakyat.
Kedudukanmu akan menguntungkan Umno
politik negara kini semakin kabur

Tahukah anda sedang diperkudakan otak jerebu
Tiada penyelesaian politik yang memuaskan akan menyebabkan rakyat berdemo
Orang yang arif senang maaf tindakan orang lain
Orang yang arif sedari apa yang agung
Orang yang arif bertindak demi kepentingan orang lain
Orang yang arif tidak berdegil dan sombong.

Manusia dan kebebasan membuat pilihan

Posted: 26 Sep 2015 04:30 PM PDT

Amin Iskandar

Sebagai manusia, setiap hari kita membuat pilihan dalam hidup. Kita membuat pilihan tentang pakaian, makanan, minuman dan macam-macam lagi.
Daripada hal kecil sehinggalah yang besar, kita dituntut untuk membuat pilihan.
Sudah tentu pilihan yang kita lakukan akan memberikan kesan dalam kehidupan.

Contohnya, jika kita memilih untuk menggunakan banyak gula dalam kehidupan seharian, kita berdepan dengan risiko menghidapi penyakit kencing manis. Jika kita memilih untuk menjadi perokok, bersedialah untuk berdepan dengan penyakit-penyakitnya apabila masa tiba.
Sebagai murid sekolah, kita bebas memilih untuk belajar bersungguh-sungguh atau dengan sambil lewa.
Jika rajin belajar akan lulus cemerlang sehingga menara gading, jika tidak minat belajar, banyak lagi bidang untuk diterokai seperti sektor kemahiran.
Dalam kehidupan spiritual juga manusia diberikan kebebasan untuk memilih. Manusia bebas memilih untuk percaya Tuhan atau tidak.
Manusia bebas memilih agama yang mereka percayai. Manusia bebas memilih untuk mengikut jalan syurga atau neraka.
Tiada siapa yang boleh menghalang manusia dalam kehidupan spiritual mereka kerana semuanya berlaku secara "dalaman" dan bukannya "luaran".
Negara atau undang-undang hanya boleh mengawal "luaran" tetapi tidak "dalaman".
Boleh saja Tuhan atau pencipta menjadikan semua manusia tunduk dan sujud setiap waktu.
Tetapi Tuhan atau pencipta memberikan "hak demokratik" kepada manusia untuk membuat pilihan dalam hidupnya.
Maka kita terfikir mengapa hari ini ramai manusia bertindak lebih daripada Tuhan dan menghalang manusia lain untuk melaksanakan hak demokratik mereka?
Kesilapan membuat pilihan
Apabila hidup secara bermasyarakat, manusia perlu membuat pilihan secara kolektif bagi menyelesaikan sesuatu masalah bersama.
Pilihan dilakukan sudah tentu yang dipercayai akan memberikan keuntungan kepada semua.
Dan apabila majoriti sudah bersetuju dengan sesuatu pilihan itu, mereka juga perlu bersedia menanggung kesan daripada pilihan yang mereka lakukan.
Bagaimanapun, manusia tidak selalunya diberikan kesempatan untuk membuat pilihan dengan baik oleh manusia sendiri dan bukannya Tuhan atau pencipta.
Contohnya dalam pilihan raya yang media tidak begitu bebas, rakyat tidak dapat membuat pilihan tepat kerana kurangnya maklumat seimbang.
Jika kita lihat sejarah kemerdekaan negara dulu, walaupun penjajah Inggeris memberikan peluang kepada rakyat Malaya untuk memilih dalam pilihan raya, ia dilakukan selepas golongan kiri "dikerjakan" secara habis-habisan.
Read More / Baca Lagi >>

Keadaan Negara kita hari ini: Zalim, penghambaan minda dan murung......

Posted: 26 Sep 2015 04:25 PM PDT

Adakah negara kita sudah tidak berundang undang?

Ada benda yang tak kena apabila kita biarkan seorang tauke ikan bakar dan seorang bekas tentera yang terkenal kerana berbogel tunjuk punggung depan rumah Ambiga, ambil undang2 dalam tangan dan cadang buat demonstrasi ( baca rusuhan)  di Petaling Street.  

The country has descended into lawlessness.

Mereka pula yang boleh keluarkan ancaman secara terbuka dan pihak polis tidak berbuat apa apa? Mengapa tidak pakai SOSMA keatas mereka tapi keatas Khairudin Abu Hassan kerajaan dengan zalim nya menggunakan akta ala ISA ini?
( Jamal Yunos telah ditahan polis)

Kita tahu tujuan mereka- hendak masuk dalam kawasan cina dan tunjuk samseng dan kuat. Tangkap sahaja dan masuk mereka dalam lokap. 
Negara kita Malaysia diancam oleh domestic terrorists. 

Apa sikap Najib terhadap perkara seperti ini? Najib is an insouciant leader.Dia tidak akan berbuat apa2 bahkan akan mencurahkan minyak keatas api. Semua nya, untuk menyelamatkan dirinya.
PM yang bertanggung kawab keatas seluruh Malaysia tidak akan membenarkan anasir jahat menggugat keselamatan negara dan hubungan kaum di Malaysia.  Nyatalah PM Najib bukan seorang yang bertanggung jawab. 
Jika PM membenarkan sentiment perkauman, pelampau bangsa, agama dan seumpamanya, bebas melakukan apa sahaja, negara kita akan hancur.

Agaknya Najib lebih suka melihat negara hancur untuk menyelamatkan diri nya? Saya sudah beritahu lama- bahawa inilah second natureNajib- biar dia seorang selamat walaupun dikeliling nya terbakar. That is the nature of the man.

Kita sudah lihat ekpresi sikap ini. Dia buang Muhyidin dan Shafie Apdal (bukanlah mereka ini bersih pun)- kerana mereka menggugat nya; dia buang peguam negara kerana sedang menyediakan kertas dakwaan( peguam negara kata dah tak boleh selamatkan Najib kerana bukan satu kampong- satu dunia tahu apa Najib buat); dia singkir ketua SB dan timbalan sb, dia tukar pegawai SPRM, dia ugut gabenor Bank Negara atau pujuk supaya menutup skendel aliran wang); dia kebas dan songlap wang kedalam akaun peribadi nya; akhir sekali dia kenakan SOSMA keatas Khairudin Abu Hassan. 
Almost all of the institutional supports for a functional democracy are demolished by dictator-like Najib. 

Ini semua petanda Najib tidak peduli apa jadi pada negara, asal dia selamat. Ini character Najib yang sebenar. Character yang dia sembunyi dari Dr Mahathir yang menyebabkan Dr Mahathir menyesal sokong Najib. Ketika artikel ini siap, Dr Mahathir telah menyiarkan artikel nya mengenai Najib.

Ini petanda2 orang yang mementingkan dirinya daripada segala nya. Dan orang Melayu masih mahu berketuakan orang seperti ini? Orang Melayu UMNO maksud saya.  
 Najib fiddles while the country burns.
Orang UMNO bertanya secara perli, kalau Najib tiada, siapa boleh gantinya?  Dan saya sudah jawab lama, kalau orang macam Najib boleh jadi PM, sesiapa lain pun boleh.

There is no such thing as a free lunch. 
UMNO mengajar orang Melayu bahawa mereka ada anugerah self-entitlement. Mereka secara semula jadi berhak keatas sesuatu. Jadi mereka berhak berdengki dan mencemburui pencapaian golongan lain dan berhak mengambil pencapaian orang lain.

Sedikit sebanyak fikiran seperti ini di serapkan secara rasmi dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru. Orang Melayu beranggapan bahawa dengan sokongan dasar rasmi dan perlembagaan, mereka berhak keatas segala nya.
Read More / Baca Lagi >>

BAKI AKAUN SEMASA KERAJAAN MALAYSIA DAH TINGGAL HANYA RM7.5 BILION SAHAJA ....!!!

Posted: 26 Sep 2015 04:13 PM PDT


MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

UCAPAN NAJIB MEMANG AJAIB.. SEHINGGA BANYAK KERUSI2 YANG MENDENGARNYA..

Posted: 26 Sep 2015 04:12 PM PDT

Kerusi kosong ketika Najib berucap di UN bukan kerana perwakilan tak berminat mendengar temberang & syok sendiri Najib.. tapi ketika itu sudah masuk waktu Asar di New York... jadi perwakilan keluar untuk menunaikan Solat Asar -machai

Kalau tahun lps pon dan camni, bagaimana pula reaksi tahun ini di mana Najib Razak terpalit dgn pelbagai skandal 'derma RM2.6 bilion' & 1MDB.

Berapa banyak yang kita benar-benar tahu tentang Umno Baru?

Posted: 26 Sep 2015 08:57 AM PDT

Parti Umno di era Tunku, bukanlah Umno Baru yang ada pada hari ini. Umno Baru adalah ciptaan bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Ia mengamalkan tradisi zaman lama pecah dan perintah.

Tun Dr Ismail Abdul Rahman Ahli silap mata menggunakan cermin dan kepantasan tangan untuk membuat helah yang baik.

 Demikian juga, Umno Baru mahir membuat ilusi. Ia memesongkan perhatian negara dengan tanggapan berbaur perkauman dan agama, namun ia hanya berbuat begitu apabila pemimpinnya dipalit dengan skandal korupsi.

 Untuk satu ketika, berhenti membayangkan orang Melayu diwakili oleh Umno Baru, dan tanya diri anda sendiri: Berapa banyak yang kita benar-benar tahu tentang Umno Baru?

Anda mungkin terkejut untuk mengetahui terdapat lebih banyak, daripada bertemu mata...untuk semua yang bernama; U-M-N-O-B-A-R-U.

 U adalah untuk Unprincipled (Tidak berprinsip).

Orang terakhir yang berintegriti dalam Umno ialah bekas Timbalan PM, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, yang meninggal dunia pada 1973.

Hari ini, Umno Baru menggunakan wang pembayar cukai seperti milik mereka sendiri. Ia memiliki media arus perdana dan merompak kebebasan institusi, seperti polis,

Mahkamah dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Penjawat awam, yang condong ke arah Pembangkang, sama ada dipecat, diturun pangkat, diketepikan atau dipindahkan.

Taktik-taktik ganas disalurkan kepada Mat Rempit untuk mengancam NGO dan ahli politik Pembangkang. Mungkin cogankata Umno Baru ialah "Tidak berprinsip pada nama, tidak berprinsip pada sifat".

M adalah untuk Mahathir, dan juga untuk 1MDB. Tengku Razaleigh Hamzah Mahathir begitu marah apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno parti haram, apabila Tengku Razaleigh Hamzah, memfailkan cabaran undang-undang, selepas pemilihan parti yang meragukan pada 1987.

Berasa malu, Mahathir berusaha untuk menghancurkan badan kehakiman. Beliau menubuhkan Umno Baru pada 1988, dengan memindahkan kesemua aset-aset Umno ke Umno Baru.

Hari ini, dengan legasi beliau yang semakin terhakis, beliau sedang cuba yang terbaik untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak menggunakan 1MDB sebagai senjatanya.

N adalah untuk nepotisme, dan juga untuk Najib. Najib Razak telah dipilih oleh Mahathir, untuk menggantikan PM Abdullah Badawi (yang enggan untuk mengizinkan projek-projek kesayangan Mahathir). Mahathir dan ahli-ahli politik Umno Baru/BN, melayan Kabinet seperti menjalankan firma kendalian keluarga.

Nepotisme berleluasa, dalam Umno Baru/BN, dan juga dalam Pembangkang.

O adalah untuk Oppression (Penindasan). Malaysia secara relatifnya bebas daripada bencana alam. Ianya membentuk kehancuran yang disebabkan oleh taufan, gempa bumi dan aktiviti gunung berapi, oleh kesan sampingan daripada dasar-dasar Ahli Parlimen Umno Baru.

Penyelewengan Umno Baru telah mewujudkan masyarakat yang berpecah, ekonomi yang rosak dan alam sekitar yang musnah di luar bandar. B adalah untuk Bribery & Corruption (Rasuah & Korupsi). Ramai bekas menteri-menteri BN yang bertanggungjawab dalam projek-projek gagal bernilai bilion ringgit dan gajah putih.

Rasuah adalah hampir gaya hidup dalam Umno Baru, tetapi dalam beberapa kejadian, dakwaan telah dibuat, tetapi tiada kesabitan yang dijatuhkan. A adalah untuk Anwar Ibrahim, dan juga Altantuya. Bekas Timbalan PM, Anwar Ibrahim telah melalui satu tempoh renungan selepas bertahun-tahun dikurung dalam Sodomi 1.

Beliau cuba untuk memperbetulkan kerajaan, apabila beliau dibebaskan dari penjara, tetapi dilihat sebagai ancaman, bukan sahaja oleh Mahathir tetapi juga oleh Najib. Najib bukan sahaja cuba melawan tuduhan 1MDB, tetapi juga beliau diganggu oleh hantu model Mongolia, Altantuya. R adalah untuk Revenge (Balas dendam).

Mahathir mungkin mempunyai keperluan menekan untuk mengekalkan legasi beliau, tetapi beliau juga mempunyai masalah sungutan timbalan-timbalan. Anwar yang keras kepala pernah dianggap sebagai ancaman, dan disingkirkan. Apabila beliau bebas dari penjara selepas perbicaraan Sodomi I, Anwar telah dilihat sebagai reformis dan wira.

Malangnya, kedua-dua Najib dan Mahathir menganggap beliau sebagai ancaman kepada agenda peribadi mereka. Balas dendam turut dilaksana oleh Najib, dalam bentuk Sodomi II. Mahathir menyokongnya bersungguh-sungguh.

U adalah untuk Undermocratic party (Parti tidak demokratik) Kerajaan Umno Baru yang tidak demokratik, yang telah menipu pada PRU13, gagal untuk membawa kerajaan bersih.

Dalam usaha untuk membawa negara ke arah kerajaan yang bersih dan dipilih secara demokratik, rakyat Malaysia memilih Bersih 4.

Putrajaya boleh tafsir ‘sabotaj’ ikut caranya, kata Dr Mahathir

Posted: 26 Sep 2015 08:48 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada definisi khusus mengenai sabotaj daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada definisi khusus mengenai sabotaj daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih cuba memahami Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, terutamanya berhubung kesalahan mensabotaj.
Diminta mengulas mengenai penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma, Dr Mahathir berkata tidak ada definisi khusus mengenai sabotaj dinyatakan dalam akta itu, membuatkannya terbuka kepada tafsiran kerajaan.
"Ia menyebut sesuatu tentang sabotaj, tetapi tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengannya, jadi kalau anda pijak atas gambar pun, ia boleh dianggap sabotaj.

"Jadi, apa saja boleh disifatkan sebagai sabotaj, bergantung kepada kerajaan. "Dan kalau kerajaan kata apa yang anda buat ialah sabotaj, maka sabotajlah ia; kalau anda didapati bersalah, anda akan dihukum penjara seumur hidup," katanya kepada media selepas berucap pada forum keamanan di Melaka hari ini.
Khairuddin yang dimasukkan ke hospital malam tadi kerana disyaki demam denggi, ditahan semula pada Rabu di bawah Sosma, undang-undang pencegahan yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 29 hari.
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu pertama kali ditangkap polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu selepas sebelum itu dihalang dari mengambil penerbangan ke luar negara bersama peguamnya.
Selepas melalui tahanan reman selama enam hari, beliau ditahan mengikut Sosma kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberi tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara.
Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis.
Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu.

Najib, kerajaan sokong himpunan baju merah, kata Dr Mahathir

Posted: 26 Sep 2015 08:47 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selepas menonton ucapan Datuk Seri Najib Razak tentang himpunan baju merah, ia kelihatan seperti beliau mengatakan orang Melayu 'boleh berbuat apa sahaja dilakukan orang lain'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selepas menonton ucapan Datuk Seri Najib Razak tentang himpunan baju merah, ia kelihatan seperti beliau mengatakan orang Melayu 'boleh berbuat apa sahaja dilakukan orang lain'.

Nada perkauman perhimpunan baju merah disokong Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, dalam satu lagi serangan ke atas perdana menteri yang dilanda masalah itu. Dr Mahathir berkata beliau merasakan, selepas menonton ucapan yang dibuat Najib mengenai perhimpunan tersebut, ia kelihatan seolah-olah presiden Umno itu menggesa peserta perhimpunan menunjukkan yang "orang Melayu boleh buat apa saja yang orang lain boleh buat".
"Saya tidak lihat orang lain menjerit seperti kumpulan baju merah itu menjerit, mereka bersifat perkauman.

"Saya berada di perhimpunan baju kuning, mereka tidak melaungkan tentang satu-satu kaum, mereka berkata perdana menteri mesti berundur, itu sahaja, tetapi perdana menteri berkata, 'kita boleh bersifat perkauman sepertimana mereka'," kata Dr Mahathir berkata, merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos yang dihadirinya. Beliau juga berkata, jelas sekali perhimpunan baju merah di ibu negara pada 16 September itu mendapat sokongan kerajaan, kerana penunjuk perasaan pergi ke sana menaiki dalam bas Felda dan diberi wang dan makanan.
"Nampaknya kerajaan berada di sebalik perhimpunan itu, ramai daripada mereka orang Umno dan Felda.
"Jadi, hanya orang dalam kerajaan saja yang boleh berbuat begitu," katanya kepada media selepas berucap pada forum keamanan di Holiday Inn Melaka, anjuran Majlis Peguam negeri itu.
Terdahulu, ketika menjawab soalan daripada peserta forum mengenai kaum dan ketegangan agama di negara ini, bekas perdana menteri itu berkata, walaupun rakyat berbilang kaum di Malaysia hidup bersama dalam harmoni, kerajaan yang memerintah menggalakkan sentimen perkauman.
"Sedikit sebanyak, kita menerima perbezaan antara satu kaum dengan kaum yang lain tetapi apa yang saya lihat berlaku hari ini adalah, kerajaan sebenarnya menggalakkan sentimen perkauman, ini sangat sangat tidak baik," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, negara ini boleh dikatakan aman sejak enam dekad yang lalu, kecuali ketika rusuhan kaum pada 1969
Read More / Baca Lagi >>

Crime Watch Raw: Khir Toyo Special

Posted: 26 Sep 2015 08:40 AM PDT

My arrest was uncalled for, says Jamal

Posted: 26 Sep 2015 08:34 AM PDT

Jamal dibebaskan, ancam saman media

Posted: 26 Sep 2015 08:30 AM PDT

Datuk Jamal Mohd Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lalu, dibebaskan alam ini dan mengancam bertindak terhadap media yang didakwa menyebabkan dia ditangkap.
Jamal berkata terdapat media alternatif yang tidak melaporkan kenyataannya secara penuh pada 23 September, yang mendorong pihak berkuasa menahannya.
"Saya sangat bersyukur hari ini tetapi bagi saya penahanan saya hari ini sangat mendukacitakan dan tidak wajar kerana penahanan saya berasaskan laporan media kurang tepat diambil 23 hari bulan lepas.
"Hanya sebahagian diambil dan dihebah," kata pemimpin akar umbi Umno itu.
Dia berkata, keadaan itu menyebabkan keadaan tidak selesa dan kelam kabut serta menyusahkan banyak pihak.
"Saya berkali-kali tegaskan saya dikerah jadi orang tengah di Jalan Petaling ketika 16 September.
"Tetapi laporan sesetengah media propembangkang telah mensensasikan apa yang saya kata. Saya ingin beri amaran rakan media yang laporkan ini bakal hadapi tindakan tegas daripada saya," katanya.
Jamal sekali lagi menegaskan beliau bukan penganjur yang hendak mengadakan rusuhan di Jalan Petaling.
Jamal ditahan polis semalam, dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.
Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang menyebabkan suasana tegang di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.
Tiada perhimpunan yang dikhuatiri menyebabkan rusuhan berlaku di Jalan Petaling hari ini.

SIAPAKAH PM Malaysia satu-satunya sebut HARAM JADAH, BANGSAT, SEKOR-SEKOR terhadap rakyat M'sia..???!!!

Posted: 26 Sep 2015 05:00 AM PDT

Tidak heranlah jika anak2 ternakan UMNO & pencacainya bersikap spt boss mereka... ibarat "Bapa Kencing Berdiri Anak Kencing Berlari.."

Tahniah UMNO & Najib Razak !!!

Melayu Tipu Melayu: Isu hartanah Kampung Baru dikhuatiri sukar diselesaikan

Posted: 26 Sep 2015 04:54 AM PDT

Isu hartanah Kampung Baru dikhuatiri sukar diselesaikanKUALA LUMPUR: Selain aspek penilaian harga, soal pemilikan hartanah berbilang nama dengan waris yang tidak dapat dijejaki turut antara lain membantutkan pelan pembangunan masa depan Kampung Baru di ibu negara.

Bagi mengatasinya, pihak Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) menyatakan masalah itu boleh dibantu melalui program Jejak Waris.

"Pihak PKB ada pasukan khas yang kita panggil Jejak Waris. Apabila ada pihak datang ke PKB untuk memberitahu permasalahan mereka dan kita tahu sesebuah lot mempunyai masalah, kita akan guna segala rangakaian hubungan yang kita ada termasuk Pejabat Tanah untuk cari pewaris-pewaris," ujar Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari.

Beliau ditemui dalam sebuah sesi perbincangan antara PKB dan para pewaris tanah Kampung Baru di ibu negara pada Sabtu.

Menurut Affendi, sejak program itu ditubuhkan Mei lalu, pihak PKB telah berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes melibatkan lot dan pewaris. Bagi semua kes tersebut, status tanah tersebut sudah sedia untuk dijual sekiranya itu kehendak pemiliknya.

"Tentang pertikaian nilai hartanah pula, para pewaris sering tertanya-tanya apakah penilaian yang patut. Mereka selalu bandingkan dengan nilai tanah di luar kawasan Kampung Baru yang jauh lebih tinggi. Namun itulah nilai yang diberi oleh pihak jurunilai ternama di Kuala Lumpur," katanya.

Untuk mengatasinya, pihak PKB telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk melantik enam jurunilai seterusnya memberi kata putus mengenai 'nilaian akan datang' tanah Kampung Baru.

Pada masa ini, nilai sekaki persegi hartanah di Kampung Baru dinilai sekitar RM350 hingga RM500 sedangkan tanah komersial yang bersempadan pula berganda-ganda lebih tinggi.

Kehendak pewaris

Sementara itu, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata dalam perbincangan itu beliau bertindak sebagai perantara bagi memastikan suara para pewaris diberi perhatian oleh PKB.

"Sebagai wakil rakyat, saya ingin memastikan bahawa pemilik-pemilik tanah mendapat nilai daripada pembangunan. Kalau ada masalah dari segi pencantuman tanah-tanah ini untuk dibuat pembangunan, maka saya berperanan untuk memastikan PKB boleh bekerjasama dengan para pewaris," ujar beliau.

Kata Johari, kehendak para pemilik tanah Kampung Baru terbahagi kepada tiga. Pertama adalah golongan yang sekadar mahu menjual, kedua adalah mereka yang mahu tanah mereka dibangunkan manakala yang ketiga adalah pemilik tanah yang hendak terus duduk di tanah mereka tanpa mahu dibangunkan.

"Jadi, bagaimana kita mahu menggabungkan usaha ini? Kita boleh meyakinkan kepada mereka yang sekadar mahu duduk itu bahawa mereka boleh terus menghuni Kampung Baru tapi di dalam kawasan yang dibangunkan," kata Johari.
Read More / Baca Lagi >>

Peniaga Cina dominasi Jalan Petaling bukan isu

Posted: 26 Sep 2015 04:27 AM PDT

Setiap kaum mempunyai kawasan yang telah dikhaskan untuk berniaga di Kuala Lumpur.
peniaga_pj_600
KUALA LUMPUR : Dakwaan peniaga Cina mendominasi perniagaan di Jalan Petaling bukan satu isu kerana setiap kaum mempunyai kawasan masing-masing.
Ia juga bukan perkara baru kerana telah dipraktikkan sejak lama dulu.
Peniaga, Mohd Faisal Abdul Rahim, 30, berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul dan dijadikan isu oleh pihak tertentu
"(Peniaga Cina mendominasi Petaling Street) bukan isu. Sebab benda (perniagaan) ini dah berpuluh-puluh tahun. Dah bahagi-bahagi Cina, Melayu, India.
"Ini (Petaling Street) kawasan Cina. Tapi kalau Masjid Jamek, Kampung Baru itu merupakan kawasan Melayu," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.
Katanya, isu membabitkan siapa yang mempunyai hak untuk berniaga di sesuatu kawasan itu merupakan bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Sementara itu, Ng Lee Yam pula berpendapat peniaga Melayu dan India juga sewajarnya dicampur untuk sama-sama mencari rezeki di Jalan Petaling.
Menurutnya, apa yang menjadi masalah kepada peniaga untuk meniaga di kawasan itu adalah disebabkan mempunyai ruang yang sempit dan padat untuk berniaga.
"Campur berniagapun boleh. Tiada masalah.
"Tapi tempat kena perbesarkan. Lagi banyak kaum lain berniaga lagi baik kerana lebih ramai orang datang," katanya.

Lam Thye: Malay traders didn’t last in Petaling Street

Posted: 26 Sep 2015 04:26 AM PDT

Former KL Bandar MP tells of allocations to Malay and Indian traders in the 1970s
lee-lam-thye_Petaling-Street_600
KUALA LUMPUR: A former MP for Kuala Lumpur has revealed that Malay and Indian petty traders were allocated trading lots in Petaling Street in the 1970s but pulled out on their own.
Lee Lam Thye, then with the DAP, was an adviser to the Kuala Lumpur Hawkers and Petty Traders Association at the time.
He said he was there when the trading lots were handed out, and Malays and Indians were among those allocated lots when the Petaling Street night bazaar began in the area, which has been regarded as Chinatown.
As MP for Kuala Lumpur Bandar, he witnessed Kuala Lumpur City Hall officers calling out names of people who were allotted spots in Petaling Street. "The traders were chosen by ballot and Dewan Bandaraya allocated lots to the Malays and Indians," he told Star Online on Friday.
Petaling Street was the subject of a threatened protest demonstration by the so-called Red Shirts movement of Malay rights groups, whose leader Jamal Mohd Yunos had said a riot might break out if the authorities did not meet their demands to provide trading space for Malay traders.
Sungei Besar Umno leader Jamal demanded that the authorities stop the monopoly of Chinese traders, and that half the stalls should be allocated to Malay traders.
Lee said many Malays later moved out on their own, after they did not find the place conducive or were not able to make enough money. "If the Malay traders moved away voluntarily, it is not fair to say it is monopolised by the Chinese," he was quoted as saying.

Khutbah Aidiladha: JAIP tidak mohon maaf, tuduh DAP campurtangan hal Islam

Posted: 26 Sep 2015 04:06 AM PDT

Post Pic
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu.  
 
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.
  
"Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah," tegas beliau. 
 
"Kita tak akan tarik balik khutbah (ini).  Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.
 
Malah, tegas beliau, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campurtangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. 
 
"Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.
 
"Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf," katanya.
 
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan  khutbah Aidiladaha itu.  
 
Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.
 
"Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.
 
"Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam," menurut teks khutbah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kadir: Pak Cik, Mak Cik will keep Najib in power

Posted: 26 Sep 2015 04:03 AM PDT

PM's 'money is king' approach will go down well outsides the cities, says ex-editor
jadir_najib_red-rally_600
KUALA LUMPUR: The success of the red-shirted Malay protest demonstration of September 16 has shown that Najib Razak will be able to rely on the Malay electorate outside the cities to stay in power, according to former newspaper editor A Kadir Jasin.
He said the organisers of the red-shirts rally, armed with money and political support, had been able to round up enough participants within a few days by playing on the Malay people's greatest fear, of being overwhelmed by the non-Malay population.
"If the red shirts organisers could put up such a show by bussing the people from faraway places who knew neither rhyme nor reason for joining the protest, there is nothing to stop them from using the same modus operandi to win the next general election," Kadir wrote in his blog today.
The rally organisers portrayed the Bersih protests (August 29-30, which demanded political reforms and Najib's resignation) as a non-Malay conspiracy to take over the country. Umno had similarly used this fear in the past "albeit more subtly" and would be likely to do so at the next general election.
"They will use money and political power to garner votes while instilling fear among the Malays that they are in the danger of being swept away by a 'Chinese Tsunami', a term Najib coined," Kadir said.
"Those who think that Najib will be done away with soon and the Barisan Nasional will be gone at the next elections better think twice," Kadir said. "For as long as he can get half of the pak cik, mak cik, the Orang Asli, the rural folk and Felda settlers to side with him, Umno would be returned to power and his position would be unassailable. He would be vindicated."
Read More / Baca Lagi >>