Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


SIAPA LEBIH DAHULU BIADAB?

Posted: 25 Sep 2015 05:11 AM PDT

Individu yang diburu polis kerana menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu, kelihatan selamba memijak gambar pemimpin Melayu Islam.

GELENG kepala kita men­dengar ada pihak me­nga­takan Himpunan Rakyat Bersatu kelmarin suatu serangan perkauman ter­hadap rakyat negara ini.

Siapa yang mulakan babak perkauman ini dengan kencing ke atas gambar pemimpin Melayu? Siapa yang membuat provokasi 'ritual sembahyang' ke atas gambar pemim­pin Melayu seolah-olah tiada adab, tatasusila dan tamadun orang Timur dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 tempoh hari?

Dengan perarakan kumpulan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu didominasi rata-rata para penyokong Cina DAP, adakah Maria Chin Abdullah (boleh Google siapa dia) tidak sedar atau sengaja tidak ambil peduli mengapa himpunan berbaju merah diadakan?

Bukankah itu hasil tindak balas daripada provokasi yang dicetuskan Bersih 4.0 yang dikuasai penyokong Cina DAP?

Andai seseorang datang dari belakang dan sekeh kepala Maria Chin, takkanlah Maria Chin tak marah? Mungkin sekali tak apa, bagaimana pula berulang kali, dari Bersih 1, 2, 3 dan 4. Mahu duduk diam sajakah lagi?

Inilah yang dikatakan bila pokok sudah condong, kura-kura pun naik - ular apatah lagi, biawak pun ikut sekali.

Sebab itu, Himpunan Rakyat Bersatu dianjurkan. Sekurang-kurangnya untuk menunjukkan suara 'masih ada orang perhatikan kamu'. Kerana itu 'lidah' terpaksa digunakan untuk melawan musuh yang semakin biadab. Apabila kuat, orang baru segan. Apabila lembut, orang sudu. Terpaksa sesekali pakai falsafah 'kendur berdenting-den­ting, tegang berjela-jela.'


Apabila Maria Chin tertawa besar di pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur tempoh hari yang gambarnya terpampang di muka depan akhbar ini, ramai yang marah. Sudahlah tak mahu bertanggungjawab selaku penganjur Bersih 4.0 kerana 'mengtongsampahkan' jalan di ibu negara termasuk berdekatan Dataran Merdeka, boleh pula berahsia dari mana dana diperoleh untuk menganjurkan perhimpunan haram.

Siapa di sini yang biadab dahulu?

Kalau adapun sentimen 'Tanah Melayu', adakah itu juga salah? Maria Chin atau sesiapa sahaja terma­suk daripada DAP perlu membaca­nya sebagai 'suatu ingatan bahawa hak Melayu dan Bumiputera sedia terjamin dan kekal dalam Perlembagaan. Hak masyarakat Cina, India dan lain-lain juga terjamin dan kekal di sisi undang-undang negara ini'.

Semua yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan itu hakikatnya ialah kontrak sosial, yakni ikatan janji kemasyarakatan.

Seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Me­layu daripada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan percaya, akibat provokasi Bersih 4.0 itulah muncul bantahan kumpulan 'baju merah' tempoh hari yang mewarnai ibu negara.

Malah, kata beliau kepada akhbar ini, penyertaan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kalangan ahli Majlis Tertingginya dan menteri dalam himpunan itu juga tidak harus dipersoalkan kerana mereka turut menjiwai rasa resah gelisah sebahagian besar orang Melayu yang berasa tercabar akibat penganjuran Bersih 4.0, yang merupakan satu perhimpunan haram.


"Apabila Bersih 4.0 diminta menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok atau stadium, mereka tolak dan tetap mahukan Dataran Merdeka yang tidak dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tetapi apabila Himpunan Rakyat Bersatu buat di Padang Merbok dan dibenarkan, mereka (Bersih 4.0) marah pula," katanya.

Malah, kata beliau, kalau diimbau kembali, Bersih 4.0 tidak ada integriti untuk memperjuangkan rakyat kerana didominasi penyokong Cina DAP yang tidak mewakili kaum Cina negara ini. Lihatlah, ramai pemimpin DAP sertainya (Bersih 4.0), daripada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Tony Pua, termasuklah juga Tian Chua daripada PKR. Jadi, jangan marah kalau ada orang UMNO turut sertai 'baju merah', kata Chandrakumanan lagi.

Jika itu pengertiannya, Himpunan Rakyat Bersatu kalau ada pesertanya melaungkan sentimen Me­layu, sekadar mahu mengingatkan pihak berkenaan sahaja. Iaitu, akan adanya hak-hak istimewa dan khas orang Melayu/Bumiputera, hak Raja Perkara 38 dan 181, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per. 159), kedudukan agama Islam dan lain-lain agama (Per.3), siapa itu Melayu di bawah perkara 160. Semua ini telah berakar tunjang hampir 60 tahun.

Maria Chin atau sesiapa sahaja perlu tahu menghormati orang lain terlebih dahulu, sebelum mahu mendapatkan penghormatan untuk dirinya atau Bersih 4.0.

Di satu segi lain, UMNO dan Pas yang menunjangi orang Me­layu mesti berani menempelak sesiapa sahaja yang cuba menggugat sensitiviti orang Melayu. Jika ada pertubuhan yang memekak, UMNO dan Pas mesti bersatu menempelak mereka.

Jika pengguna Internet menderhaka Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja di negara ini, heret mereka untuk didakwa dengan cepat dan berkesan.

Pemimpin tak harus lembik, takut-takut atau teragak-agak ketika berdepan dengan sebarang penca­bulan hak asasi kaum.

Perimbangan kuasa ini perlu di­terima oleh orang Melayu dan Bumiputera serta kaum-kaum Malaysia yang lain.

Kita mesti hidupkan budaya berundang-undang mahir, berbi­cara juga mesti mahir dan menang.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAHNIAH ASYRAF WADJIDI, TAHNIAH PETUGAS, TAHNIAH TABUNG HAJI

Posted: 25 Sep 2015 07:33 PM PDT


TAHNIAH ASYRAF WADJIDI, TAHNIAH PETUGAS, TAHNIAH TABUNG HAJI
Insiden di Mina telah mengakibatkan 717 jemaah haji meninggal dunia. Lebih 805 jemaah haji cedera. Tetapi insiden itu tidak berlaku kepada jemaah Malaysia kerana adanya TABUNG HAJI (TH) menjaga jemaah haji Malaysia dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.


Dengan pengalaman TH mengurus jemaah haji Malaysia bertahun-tahun lamanya, TH tahu masa yang sesuai dan selamat untuk jamaah haji melakukan ibadah haji di Arafah, Musdalifah dan di Mina. 

TH juga berpengalaman mengasingkan jemaah wanita dan lelaki, mengatur peringkat umur yang tua dan muda, menjaga aspek makanan dan kerehatan, memastikan perubatan semuanya terjaga dengan teliti oleh doktor-doktor pakar, jururawat terlatih malah pemandu ambulance yang sangat terlatih dengan selok belok jalan.

Petugas TH berada di mana-mana ada dan sentiasa menepati masa, hinggakan jemaah yang sakit di Hospital TH pun petugas yang menjaga dengan rapi, bergilir-gilir. Malah petugas berusaha untuk membawa (mengangkat) jemaah haji supaya mereka dapat melengkapkan ibadah haji mereka dengan sempurna.

Pendek kata, kebajikan jemaah Haji Malaysia di bawah Tabung Haji tiada siapa mempertikaikan. Tiada jemaah haji memasak di dalam hotel, semuanya disediakan, Jemaah haji hanya focus kepada ibadah haji sahaja.

Ada orang bertanya kenapa TH tidak membawa RELA untuk menguruskan keadaan yang crowded dengan jutaan jemaah haji. Selepas itu, nanti ada pula yang kata kenapa tidak bawa General Hospital, SPAD, JPJ, polis trafik dan sebagainya. Selepas itu, mungkin ada pula yang akan berkata kenapa tidak sewa sahaja jalanraya Arab Saudi untuk memudahkan jemaah haji ke Mina, Arafah dan Musdalifah. 

Bagi kita pertanyaan itu tidak relevan lagi kerana TH berpengalaman dan terbukti berjaya mengurus jemaah haji dengan baik. TH sudah pasti tidak sempurna tetapi TH telah berjaya meningkatkan banyak perkhidmatannya dan pastinya ia sangat berkesan. Nak keluarkan wang melalui TH pun semudah di Malaysia, tiada prosedure yang menyusahkan. Nak membayar dam pun disediakan. Khidmat nasehat dan kaunseling pun disediakan. Malah rancangan TV dari Malaysia khususnya perjalanan jemaah haji pun disediakan.

Apa yang berlaku kepada mereka yang telah meninggal dunia di Mina baru-baru ini, tidak berlaku kepada jemaah haji Malaysia kerana TH mempunyai prosedur dan pelan yang sangat berkesan sejak sekian lama.

Syarikat kecil yang mahu mempromosikan diri mereka juga tidak memburukkan TH hanya untuk mengambil kesempatan ke atas perniagaan TH. Semua orang tahu TH mengurus jemaah haji yang bukan sedikit.


Tahniah kepada Asyraf Wajidi kerana berada di Mekah sepanjang minggu lepas untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik. Beliau jelas seorang Timbalan Menteri yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab.

Tahniah juga kepada
petugas TH yang tidak tidur untuk memastikan kebajikan dan keselamatan jemaah haji Malaysia berjalan dengan baik. Mereka hanya tidur 3-4 jam sahaja sehari.

Dengan semua perkara di atas, marilah kita
bersyukur dan menginsafi betapa bertuahnya kita sebagai jemaah haji Malaysia mempunyai sebuah badan (Tabung Haji) yang berjaya mengurus ibadah haji kita bermula di Kelana Jaya dan KLIA sampailah di hari terakhir di tanah suci Mekkah sehingga pulang semula di KLIA menemui keluarga tersayang.

Secara keseluruhan kerja yang dilakukan TH sangat baik. Mungkin pada masa akan datang, TH boleh menguruskan perjalanan ke Mina dengan satu perjalanan yang pendek dan selamat. TH perlu memikirkan perkara ini dengan serius, segera dan berkesan sebagai satu penambahbaikan dalam profesionalisme TH mengurus jemaah haji Malaysia.

TAHNIAH TABUNG HAJI !
SYABAS!


9 PERKARA CINA SEDANG KETAKUTAN, LIM KIT SIANG SILAKAN ANJUR BERSIH 5.0 ! AKAN MUNCUL 1001 DATO' JAMAL !

Posted: 25 Sep 2015 01:40 PM PDT



MESEJ TERSIRAT NEGARA IMPIAN CINA MALAYSIA AKA DAP, BAHASA KEBANGSAAN DIHINA, JATA NEGARA DIBUANG 

Orang-orang Melayu, orang-orang Islam, orang-orang India, Orang-orang Kadazan, Iban, Dayak dan lain-lain semuanya aman bahagia, perasaan senang dan tenang, tidak stress, tiada apa-apa yang mereka bimbang!


Tetapi kenapa Cina Malaysia ketakutan, bimbang, stress, ketar lutut. Kenapa Cina Malaysia tension, pengecut (Cina Malaysia sekarang minta bantuan sesiapa sahaja dari luar negara kerana ketakutan). Kenapa takut?. 

1. CINA MALAYSIA SOMBONG
Itulah kamu Cina-Cina Malaysia, mula-mula kamu sombong, buat Bersih 1, 2, 3, 4...apabila orang Melayu baru tunjuk sikit taring kamu sudah ketakutan, ketar lutut, satu ekor ganster Cina pun tiada yang keluar mempertahankan Petaling Street dan Low Yat! Itu belum lagi Merah 2, 3, 4... Silakanlah buat Bersih 5.0!!! Ada Berani?

2. MELAYU PANTANG UNDUR
Biar kamu tahu satu perkara, bagi orang Melayu tidak akan berundur...pantang berundur. Biar putih mata jangan putih tulang. Agi idup Agi ngelaban!

3. RASALAH KESANNYA
Sekarang kamu Cina malaysia, kamu rasa lah kesan nya apa yang kamu sudah buat! Inikan yang kamu mahukan? Nextime, dengar lagi cakap Lim Kit Siang!

4. KEADAAN SUDAH BERUBAH
So now, kamu orang Cina sudah buat silap besar! Keadaan sudah berubah! Jangan terperanjat kalau Malaysia sudah tidak lagi seperti dulu. Kamu Cina yg nak mcm ini, terimalah habuannya!!!. 

5. TAMAK DAN LANGGAR SOCIAL CONTRACT
Inilah angkara orang tamak, orang yang mungkir janji social contract!!! Segala-galanya mahu dikaut kekayaan ekonomi, kuasa politik dan segala-galanya.


6. DATO JAMAL
Dato Jamal boleh dipenjarakan, tetapi tunggulah akan datang akan muncul 1001 Dato Jamal...masa akan menentukannya!


7. BERSIH 5.0
Kepada Cina Malaysia yang tamak, orang Melayu menunggu Bersih 5.0... Silakan buat Bersih 5.0!!!

8. SOCIAL CONTRACT PERKARA 151, PERKARA 152, PERKARA 153

Perkara 151 Hal kuasa-kuasa Khas menentang perbuatan subversif dan kuasa-kuasa Darurat

Perkara 152 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu, bukan bahasa Mandarin! Lim Kit Siang patut ajar Cina DAP belajar bahasa Kebangsaan dengan betul. Kamu kata kamu rakyat Malaysia tetapi bahasa kebangsaan pun tak pandai !!! 

Perkara 153 Raja-raja Melayu dan kedudukan-kedudukan Istimewa orang Melayu pun kamu nak kebas semuanya, kamu nak hapuskan semuanya dengan alasan keadilan, tetapi keadilan apa yang kamu katakan jika kamu sendiri tidak pernah berlaku adil kepada negara Malaysia!

Kamu Cina Malaysia telah diberikan pelbagai perkara, dan kamu nak lagi dan nak lagi dan nak lagi, rakus, tamak haloba!

Perkara 3 Agama Islam adalah agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Hormatilah.Tunjukkan dan buktikan dalam perbuatan kamu, kata-kata kamu, dalam akhbar Cina kamu. 

Adakah kamu ingat orang Melayu tidak tahu membaca surat khabar Cina kamu! Jika setiap hari kami membaca surat khabar kamu bagaikan setiap hari kamu mahu pertumpahan darah!!! kerana kamu menghina orang Melayu setiap hari, kamu menghina Islam setiap hari! Kamu sangat gembira dengan penghinaan Alvin dan Namewee kepada orang Melayu dan orang Islam!

9. DULU LAIN SEKARANG LAIN !
Keadaan sudah berubah kerana kamu Cina Malaysia yang menyebabkannya! Satu kali lagi kamu Cina Malaysia kurang ajar, sombong, lupa diri dan tidak sedar diri, jangan hairan padang jarak akan jadi padang tekukur !!!

Silakan buat Bersih 5.0...!!!

APA CINA MALAYSIA MAHU DI PETALING STREET? KEAMANAN? BISNES BAGUS? ATAU PERTUMPAHAN DARAH ? SIAPA MEMULAKANNYA? BERSIH 1 2 3 4... SILAKAN BUAT BERSIH 5.0 !


Orang Melayu Pantang Berundur, Tidak Seperti Cina Malaysia Lari Bersembunyi Apabila tengok baju Merah, Gangster Cina semua lari sembunyi tidak nampak di Petaling Street tidak nampak batang hidung di Low Yat !

Malaysia sudah berubah, berani buat berani tanggung, berani mulakan berani tanggung risiko !..silakan Cina Malaysia buat Bersih 5.0!

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Singkir Najib kerana guna isu perkauman, kata Pakatan Harapan

Posted: 25 Sep 2015 09:35 PM PDT

Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin DAP diketuai Lim Kit Siang (lima dari kanan) di Jalan Petaling pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 September, 2015. 
Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin DAP diketuai Lim Kit Siang (lima dari kanan) di Jalan Petaling pagi tadi.


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan kerana memainkan isu perkauman untuk terus kekal berkuasa.
Insiden perhimpunan baju merah baru-baru ini dan ugutan oleh kumpulan pro-Umno mengadakan protes di Jalan Petaling hari ini, membuktikan Najib harus berundur, kata pemimpin parti pembangkang itu termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Himpunan Maruah Melayu atau himpunan baju merah 16 September merupakan salah satu produk krisis dan kemelut politik yang menyelubungi negara selama berbulan lama akibat dengan sengaja memainkan unsur perkauman bagi menunjukkan sokongan kepada Najib sebagai perdana menteri," kata Lim kepada media di sebuah kedai kopi di Jalan Petaling, Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua mereka bersama beberapa pemimpin pembangkang pagi ini melawat kawasan membeli-belah popular di ibu kota itu, yang juga dikenali sebagai Chinatown, sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada peniaga yang kebanyakannya kaum Cina. Protes yang dirancang hari ini dibatalkan malam tadi dan sehingga pukul 10.45 pagi ini, ramai peniaga di kawasan itu sudah memulakan perniagaan mereka.

TV berita Singapura sangkal ampu menteri Umno

Posted: 25 Sep 2015 09:27 PM PDT



Stesen televisyen Singapura Channel NewsAsia (CNA) menyangkal dakwaan menteri bahawa programnya "A Fractured Nation" hanya berasaskan sumber pembangkang dan sebelah pihak.
Program itu memaparkan secara kritis perhimpunan baju merah sebagai tanda kem Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan isu perkauman untuk terus berkuasa.
"Berbeza dengan laporan Bernama yang memetik Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, CNA tidak mewawancara mana-mana parti pembangkang di Malaysia," kata penerbit eksekutifnya Zainudin Afandi.
Zainuddin berkata CNA mewawancara penganjur BERSIH 4 Maria Chin Abdullah, yang bukan anggota pembangkang dan dipercayai boleh memaparkan berimbang dalam laporan itu.
"Program itu juga mewawancara penganjur perhimpunan baju merah, seorang ketua bahagian Umno Datuk Jamal Md Yunos.
"Kami juga siarkan pandangan bekas ketua menteri Melaka dan anggota majlis tertinggi Umno Tan Sri Mohd Ali Rustam," kata Zainudin lagi.
Salleh semalam dilapor menyifatkan laporan dokumentari CNA kelmarin berat sebelah dan imej buruk Malaysia selain didakwa berdasarkan temubual hanya dengan sumber pembangkang.
Beliau berkata laporan itu tidak mencerminkan situasi sebenar dan CNA seharusnya menyiarkan laporan seimbang dengan turut menemubual anggota dalam parti pemerintah.
Bernama melaporkan, dalam laporan itu, CNA menyatakan Hari Malaysia sepatutnya menjadi sambutan untuk memperkukuhkan perpaduan semua rakyat Malaysia, bagaimanapun terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan menyemai perpecahan menerusi demonstrasi berbaur perkauman.
Ketika menyangkal laporan itu, Salleh berkata media asing berazam untuk mencemarkan nama baik Malaysia dengan menyiarkan laporan bersandarkan kepada sumber meragukan.

Pakatan Harapan turun Jalan Petaling

Posted: 25 Sep 2015 09:26 PM PDT


Parti-parti dalam Pakatan Harapan, gabungan baru pembangkang, hari ini bersama-sama turun padang ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur bagi menyebarkan mesej perpaduan pelbagai kaum.
Diketuai oleh pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, kira-kira 15 orang pemimpin parti itu, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) berarak di sekitar kawasan perniagaan itu.

Turut serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang juga anggota baru DAP.
Beliau memberitahu pemberita bahawa beliau berharap tempat yang sering dikunjungi itu sejak beberapa dekad tidak bertukar menjadi tempat persengketaan.
"Kita jangan kerana mahu mendapat sedikit kelebihan dalam siasah, kita letakkan tempat tertentu sebagai permusuhan sedangkan ini tempat seni, sejarah dan makanan.
"Oleh itu saya membantah apa saja tindakan untuk mencemar tempat ini," katanya.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini memberi amaran rusuhan jika dominasi kaum Jalan Petaling terus berlaku.
Beliau juga menggesa kerajaan membanteras jualan barangan tiruan di kawasan itu.
Beliau ditahan polis bawah Akta Hasutan malam tadi walaupun menafikan penganjur himpunan itu dan cuma menyampaikan pesanan pihak lain, yang tidak dinamakan.

1MDB says "Mahathir mudah lupa"

Posted: 25 Sep 2015 09:24 PM PDT

Former premier 'conveniently forgets' the facts given by 1MDB, says controversial government firm.
mahathir-1mdb
KUALA LUMPUR: Former premier Dr Mahathir Mohamad was accused today of "conveniently" forgetting the facts relating to the controversial government investment arm 1Malaysia Development Bhd.
In a statement this morning 1MDB responded to several comments by Dr Mahathir, a stern 1MDB critic who has campaigned to force prime minister Najib Razak out of office.
In an indirect reference to Mahathir's past remarks that "Melayu mudah lupa", 1MDB dismissed Dr Mahathir's claim that "over RM20 billion cannot be traced or accounted for", and pointed out that he had previously claimed that RM42 billion was missing from 1MDB.
The company, which is owned by the Finance Minister and comes under Najib's supervision, referred Dr Mahathir to its previous statement in which it had outlined how it had used its RM42 billion in accumulated debt.
1MDB's statement was in response to remarks posted by Dr Mahathir in his latest blog posting on Friday. 1MDB said that Dr Mahathir "continues to reuse and recycle stale and unproven allegations", repeating a comment it had similarly made about another 1MDB critic, the DAP's Tony Pua, MP for Petaling Jaya Utara, who had made almost-daily criticisms of the company's affairs.
In response to Mahathir's criticisms about land owned by 1MDB in the Tun Razak Exchange development on the former air base at Sungai Besi, 1MDB said Mahathir "conveniently forgets that 1MDB is 100% owned by the government" and that any increase in land value increase would benefit the government".
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan Merah: Ali Tinju tarik diri

Posted: 25 Sep 2015 09:22 PM PDT

Menurut Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, jika berlaku juga sebarang bantahan di Jalan Petaling pada Sabtu, ia tidak membabitkannya
ali-tinju
PETALING JAYA: Perhimpunan Baju Merah kedua yang dirancang di Jalan Petaling telah dibatalkan di atas nasihat pihak berkuasa.
Pengesahan itu dibuat Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, yang juga salah seorang penganjurnya.
Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, dia berkata, pembatalan itu bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak balas terhadap tuntutan supaya lebih ramai peniaga Melayu dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling.
Jelasnya, jika berlaku juga sebarang bantahan pada Sabtu, ia tidak membabitkannya.
Kenyataan itu menyusul selepas polis menahan penganjur perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos.

Sizeable police presence at Petaling Street

Posted: 25 Sep 2015 09:15 PM PDT

Pakatan Harapan leaders demand accountability from the Home Minister

Posted: 25 Sep 2015 09:14 PM PDT

Pemimpin Sakan Bermewah, RAKYAT BAYAR GST..

Posted: 25 Sep 2015 04:58 PM PDT

KENAPA Presiden kuasa besar dunia China boleh guna pesawat komersil negaranya sendiri Air China utk ke Perhimpunan Agung PBB berbanding PM Malaysia begitu angkuh, sombong & BOROS semata2 nak jaga imej !!!

Nak jaga imej ??.. Isu skandal 1MDB-Najib Razak tersebar satu dunia apa cerita !!!

FAKTA !!.. Tokeh Panda China tak mampu nak pakai jet mewah VVIP.. tapi 'client' SEWA-BELI dua ekor panda boleh plok pakai jet mewah..

Agak-agak apa akan jadi 'drama' seterusnya ???

Posted: 25 Sep 2015 04:25 PM PDT

Jamal sekencing ditahan ???
Cam tak caya jer pejuang 'MARUAH MELAYU' ditahan polis... Macam bermimpi plok..

Bukankah sebelum ini pemimpin2 UMNO pernah berkata kejatuhan nilai ringgit tiada kaitannya dgn 1MDB ??

Posted: 25 Sep 2015 04:22 PM PDT

PADA 14 JUN 2015 Najib Razak telah berjanji akan selesaikan masalah 1MDB sebelum akhir tahun ini..

BOLEH PERCAYAKAH janji seorang pemimpin melayu-UMNO yg selalu mungkir janji akan dpt settlekan skandal 1MDB sebelum akhir tahun ini.. DAN

...ringgit akan pulih mulai awal tahun depan sekiranya Najib tunaikan janjinya itu ??!!

Keluarga dakwa ketua panel rawat Anwar tidak profesional, mahu digugurkan

Posted: 25 Sep 2015 04:17 PM PDT

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ketua panel yang merawat bekas ketua pembangkang Parlimen itu digugurkan kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan tidak lama dulu. Anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar (kanan) mendakwa Datuk Dr S. Jeyaindran tidak profesional dalam tugasnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015. 
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ketua panel yang merawat bekas ketua pembangkang Parlimen itu digugurkan kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan tidak lama dulu. Anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar (kanan) mendakwa Datuk Dr S. Jeyaindran tidak profesional dalam tugasnya. 

Datuk Dr S. Jeyaindran harus digugurkan sebagai ketua panel yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau pernah menjadi saksi menentang bekas ketua pembangkang itu dalam kes Liwat 2, kata Nurul Izzah Anwar. Mewakili keluarganya, anak sulung Anwar itu berkata pihaknya tidak yakin dengan timbalan ketua pengarah Kementerian Kesihatan itu.
"Dari segi profesionalnya, Dr Jeyaindran harus digantikan serta merta.

"Beliau gagal memberikan rawatan segera terhadap Anwar, khususnya fisioterapi di hospital seperti disyorkan pakar," katanya kepada The Malaysian Insider baru-baru ini. Dr Jeyaindran mengetuai 13 doktor bertugas merawat Anwar, yang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari.
Beliau disabitkan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Ini merupakan kali kedua tuduhan liwat dikenakan ke atas beliau sejak dipecat dari kerajaan pada 1998.
Keluarga Anwar dan peguam sebelum ini mendesak Putrajaya memberi rawatan segera memandangkan beliau kini menderita serta mengalami kekurangan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahu terkoyak.
Peguam Anwar turut memohon ketua umum PKR itu diletakkan di bawah tahanan rumah bagi menerima rawatan lebih sempurna.
Pada Julai, Anwar dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari.
Namun, Nurul Izzah mendakwa kerajaan sengaja melengah-lengahkan rawatan yang berterusan dan keluarganya tidak lagi mahu berurusan dengan Dr Jeyaindran.
"Kami mahu berhubung terus dengan pakar dan tidak mahu berurusan dengan Dr Jeyaindran," kata naib presiden PKR itu.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid nafi anti masyarakat Cina

Posted: 25 Sep 2015 04:15 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman dan anti masyarakat Cina. Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersatu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015. 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman dan anti masyarakat Cina. Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersatu. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman dan anti masyarakat Cina seperti yang disebarkan di media sosial. "Mana ada saya 'racist' (bersifat perkauman), kita sama-sama rakyat Malaysia. Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ringkasnya pada sambutan Festival Kek Bulan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Persekutuan Persatuan Cina Kuching dan Samarahan di Taman Sahabat Kuching di Kuching, malam ini.

Sehubungan itu, Zahid yang juga menteri dalam negeri meminta rakyat supaya tidak mempercayai tuduhan pihak tertentu yang berniat jahat terhadap dirinya. Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat Cina supaya terus memberi sokongan utuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sarawak akan datang.
Mengenai festival berkenaan, Zahid berkata beliau gembira melihat ramai penduduk bukan Cina yang menghadiri festival kuih bulan itu walaupun pesta berkenaan adalah kebudayaan masyarakat Cina. – Bernama,

Asas-Asas Syar’ie Parti Amanah Negara dan Keperluan Politik Muafakat

Posted: 25 Sep 2015 08:28 AM PDT

Pendahuluan
Perkembangan politik kepartian di Malaysia diwarnai oleh berbagai aspek dan angkubah yang wujud dalam negara kita Malaysia. Sebagai negara majmuk yang berlandaskan kepada sistem demokrasi liberal dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia   yang meletakan Islam sebagai agama negara, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, serta sistem Raja Berperlembagaan.
Ini di samping dasar Rukun Negara, dasar budaya kebangsaan, dasar pungurusan ekonomi dan dasar yang dibentuk oleh kerajaan adalah sebagai pencorak utama kepada pelaksanaan politik di Malaysia.
Dalam kontek perjuangan Islam parti PAS, Keadilan dan UMNO adalah mewakili hasrat kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam serta activist Islam. Dengan lebih menjurus Pakatan Rakyat adalah dianggap sebagai kumpulan politik yang akan mengambil alih pucuk pemerintah politik di Malaysia setelah baru-baru ini ia berjaya mendapat 52 peratus undi popular sehingga dapat menidakkan asas legitimacy kerajaan BN yang memerintah sekarang.
Asas ini terus terhakis kini oleh pengurusan politik dan kewangan yang sangat buruk sehingga menyebabkan nilai ringgit turun dengan amat menggerunkan sekali serta meningkatnya hutang Negara berbilion ringgit; sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Sebab itu sebagai suatu usaha bersama gabungan BERSIH mengadakan perhimpunan Bersih4 . Menurut Penganalisa Politweet yang menekuni perkembangan mutakhir secara khusus:
" The demands of the rally are for Prime Minister Najib Razak to step down and the following institutional reforms to be implemented:
1. Clean Elections
2. Clean Governments
3. Saving Malaysia's Economy
4. Right to Dissent
5. Strengthening Parliamentary Democracy (added on August 14th)
On August 14th Bersih released a statement adding a demand for a transitional government to be formed after Najib's resignation. This government would need to implement 10 institutional reforms within the next 18 months to ensure the next General Election would be conducted in a clean, free and fair manner:
1. Reform of electoral system and process
2. Reform of the Election Commission (EC)
3. Separation of Prime Minister and Finance Minister
4. Parliamentary Reform
5. Separation of the functions of Attorney General and Director of Public Prosecution
6. Reform of the MACC
7. Freedom of Information laws
8. Asset declaration by Ministers and senior state officials
9. Abolishment of/Amendment to draconian laws
10. Establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)
On August 27th Opposition MPs from PKR, DAP and GHB released a joint statement declaring they would work with BN MPs to form a new government provided that Anwar Ibrahim and other prisoners of conscience be released; and political reforms be the core agenda of the new government."
Isu-isu yang diperjuangkan oleh Bersih seperti di atas adalah bersifat universal; sebagaimana ia relevan dalam pentadbiran negara, ia juga adalah sangat relevan dalam tadbir urus unit-unit yang lebih kecil termasuklah parti-parti politik.
Latar Belakang Krisis
Dalam suasana krisis politik yang melanda BN atau lebih khusus UMNO sehingga meningkatkan peluang pembangkang untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang, Parti Islam (PAS) serta Pakatan Rakyat berhadapan dengan kemelut yang bukan sahaja menghapuskan keberadaan Pakatan itu malah membawa krisis antara parti PAS dan DAP serta krisis kepimpinan tertinggi dalam PAS itu sendiri.
Ini dilihat berpunca daripada pra matangnya shura di kalangan pimpinan utama PAS mengenai Kanun jenayah Syariah yang hendak dikuatkuasakan di Kelantan. Wujudnya golongan yang pro dan yang kontra dengan anggapan persetujuan wakil Umno Kelantan bersama PAS adalah suatu usaha Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pas itu sendiri.
Ketidak serasian dan perbezaan "awlawiyat" (Perkara yang diutama dan didahulukan) pemimpin tertinggi PAS dalam  perkara ini, di samping pertikaian tentang 'Langkah Kajang', isu MB Selangor dan lain-lain telah juga menjarakkan golongan ulama dan golongan yang dipanggil professional. Ditambah dengan meruncingnya hubungan antara dua kumpulan pemimpin tertinggi PAS;  ini telah dihangatkan lagi dengan salah laku pengurusan perwakilan dan pemilihan kepimpinan ketika pemilihan di Muktamar yang lepas sehingga memenangkan kumpulan yang ada di dalam "chai" yang dikehendaki oleh kalangan yang terdekat dengan Presiden.
Ini kemudiannya menyebabkan 18 pimpinan utama dan penting PAS kalah dalam pemilihan kepimpinan yang dianggap berlaku sesuatu yang kurang adil dan meragukan. Sebelum ini sudah berlaku serangan peribadi terhadap kumpulan ini dengan gelaran yang buruk, anggapan mereka adalah duri dalam daging dan halangan terhadap kebijaksanaan tindakan presiden, mereka golongan yang mesti dihapuskan kerana menjadi gunting dalam lipatan dan berbagai lagi pertuduhan.
Komen presiden PAS sendiri yang gembira dengan kekalahan serta trend penyingkiran pimpinan G18 ini telah menjarakkan lagi hubungan dan bentuk penyelesaian yang boleh dibuat terhadap krisis kepimpinan PAS ini.
Penyelasaian Krisis
Memandangkan kehadiran mereka dalam kepimpinan dianggap sesuatu yang membebankan parti maka ternyata usaha untuk mencari jalan tengah sukar dijalankan. Di samping itu harus diingat bahawa pasal 15 Perlembagaan PAS ( Pindaan 2011 ) itu sendiri membenarkan seseorang ahli PAS memohon berhenti dari menjadi ahli. Ini menunjukkan bahawa keluar daripada parti PAS tidaklah bercanggah dengan perlembagaan parti; apatah lagi syara' .
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan: Tiga persoalan dan cabaran masa depan

Posted: 25 Sep 2015 08:21 AM PDT


pakatan 2.0
Oleh Dr Ong Kian Ming
BAGAIMANA agaknya sejarah menghakimi percubaan ketiga penubuhan pakatan pembangkang di Malaysia? Hanya masa akan menentukannya.
Apapun, penubuhan pakatan baru – Pakatan Harapan berdepan cabaran besar untuk bertarung dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Pada masa sama, ia memberi ruang untuk menguatkan pembentukan identiti pakatan baru itu.
Ketika pengumuman yang dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama-sama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, ia kelihatan seakan-akan segala-galanya sudah selesai.
Hakikatnya, ada banyak pandangan dan pergerakan di sebalik tabir. Pandangan terhadap pembentukan pakatan baru boleh dikelompak kepada tiga kategori besar dengan beberapa pertindihan hujah.
PM-najibPertama-tamanya, tanggapan betapa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak popular menjelang PRU akan datang, sekaligus ia menjadikannya penting untuk parti pembangkang supaya mengelak pertandingan tiga penjuru.
Namun, tanpa penyertaan PAS dalam pakatan baru, ia mungkin mendorong kepada pertandingan tiga penjuru yang boleh menjejaskan matlamat utama. Jadi, parti pembangkang perlu mengekalkan status quo dan tidak ribut-ribut.
Masalahnya, senario PRU15 dibuat dengan andaian Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Ia dijangka berbeza dengan PRU14 kerana strategi memenangi majoriti kerusi Parlimen tidak sama dengan usaha menafikan dua pertiga majoriti.
Harapan rakyat juga berubah bersama-sama lanskap politik negara. Jika tiada pakatan pembangkang yang rasmi dengan platform dan manifesto menyakinkan, sebahagian pengundi mungkin memilih untuk kekal dengan kebiasaan – BN.
Ini tentu melukakan pembangkang berbanding BN. Kita juga tidak dapat mengagak kemungkinan peratusan pengundi merosot berbanding PRU14 jika pengundi tidak nampak kesepakatan pembangkang.
Tambahan pula, pandangan itu berasaskan kepada jangkaan Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Bagaimana jika Najib diganti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi nafas baru kepada BN menjelang PRU15? Ia mungkin memberi rangsangan populariti kepada BN.
Jadi, parti pembangkang perlu mencari pendekatan berkesan untuk mengatasi kemungkinan itu. Dengan adanya pakatan baru, ia mendorong kepada kedudukan lebih baik untuk merancang dan bersiap sedia.
Bermakna, Pakatan Harapan perlu lebih baik daripada BN, sama ada ia diterajui Najib, Muhyiddin, Datuk Seri Zahid Hamidi mahupun Khairy Jamaluddin.
Pandangan kedua pula cenderung untuk menolak pembentukan pakatan pembangkang. Ia kerana wujud kebimbangan PAS akan terasing lalu menyebabkan kehilangan undi Melayu kerana PAS mudah mendapat tempat dalam kalangan pengundi Melayu di pedalaman.
Jika PAS tidak menyertai pakatan baru, pengundi kelompok itu dikhuatiri tidak mengundi Pakatan Harapan. Tanpa PAS juga, ia hanya menyebabkan parti itu bekerja lebih rapat dengan Umno sekaligus mengurangkan peluang pembangkang mencapai kemenangan.
Namun, pandangan itu tidak semestinya tepat.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan esok, Ahad haram - Polis

Posted: 25 Sep 2015 08:17 AM PDT

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Polis mengisytiharkan sebarang perhimpunan yang bakal diadakan di sini esok atau Ahad ini adalah salah di sisi undang-undang, sekali gus adalah perhimpunan haram.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menganjurkan atau menghadiri perhimpunan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
 
"Ingin saya tegaskan bahawa pihak polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan selepas tiada sebarang notis makluman diberikan oleh mana-mana penganjur.
 
"Justeru, sebarang perhimpunan, jika diadakan adalah haram dan menyalahi undang-undang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba mencetuskan kekecohan dan mengancam keamanan negara," katanya.

Jamal Yunos detained over possible Petaling Street rally

Posted: 25 Sep 2015 08:12 AM PDT

Umno man is arrested after giving his statement at the Ampang Jaya police station regarding the possibility of a rally and riot at Petaling Street tomorrow.
jamal-detained
KUALA LUMPUR: Sungai Besar Umno division chief Jamal Md Yunos was detained at 9pm tonight after giving his statement at the Ampang Jaya police station regarding his involvement in a possible rally and riot in Petaling Street tomorrow.
According to a statement by his secretary, Durrany Izam, Jamal was brought immediately to Dang Wangi police station after his arrest to be investigated under the Sedition Act 1948.
However  Kuala Lumpur Criminal Investigation Department (CID) chief Zainuddin Ahmad said Jamal was arrested under Section 105 of the Criminal Procedure Code regarding tomorrow's rally.
Earlier today, Deputy Inspector-General of Police Noor Rashid Ibrahim was reported by Bernama as saying Jamal would be called to the Dang Wangi police headquarters this evening regarding the Petaling Street rally tomorrow.
Jamal on Wednesday warned of a possible riot if no action was taken by the Domestic Trade Cooperatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) against Chinese traders at Petaling Street who sold fake goods.
"If the authorities do not take any action, I am 99 per cent confident that there will be a rally and there might even be a 'rusuhan' (riot) this Saturday at Petaling Street," he said on Wednesday.

Jamal tak sempat sembelih korban esok, ditahan polis malam ini.

Posted: 25 Sep 2015 08:07 AM PDT

Orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, ditahan polis Ampang Jaya malam ini.
Setiausaha beliau, Durrany Izam memberitahu, Jamal dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.
Sebelum itu ketika ditemui media sebelum memberi keterangan kepada polis, Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling esok.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilada.
Justeru, kata Jamal esok dia perlu menghadiri banyak program menyembelih korban di kawasannya.
"Esok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban. Jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok. Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya malam ini.
Jamal sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang akan berlangsung di Jalan Petaling esok.
Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.
Beliau juga berkata, tindakannya menyampaikan pesanan mengenai penjaja Melayu dan Cina di Jalan Petaling dibuat kerana takut menjadi munafik.

Tak beradab tuduh dari mimbar, kata Melayu DAP

Posted: 25 Sep 2015 07:08 AM PDT


Jabatan Mufti Pahang dianggap tidak beradab apabila mengecam DAP melalui mimbar masjid dan surat di negeri itu semalam kerana tuduhan berkenaan dibuat dalam keadaan tiada sesiapa boleh mempertahankan diri.
Malah, tindakan mendakwa DAP sebagai "terang-terangan menentang Islam" jelas dibuat dengan niat jahat.
Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, tuduhan berkenaan bukan saja tidak berasas malah berbentuk fitnah.
"Saya mencabar Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan bukti kukuh yang menjadi asas kepada mereka menuduh DAP sebagai parti memusuhi Islam," katanya kepada Malaysiakini.
Dalam teks khutbah disediakan Jabatan Mufti Pahang semalam, pada salah satu perenggannya dimuatkan kenyataan: "Dewasa ini kita melihat perpecahan umat islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat islam yang menyertai Parti DAP yang terang-terangan menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka".
Khutbah adalah salah satu bahagian dalam sembahyang dan jemaah tidak dibenarkan bercakap atau berkata-kata ketika ia dibaca khatib.
Kata Sheikh Omar, beliau akan memanjangkan perbincangan mengenai isu tersebut kepada pimpinan parti dan mempertimbangkan jika perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Mufti Pahang.
Hadapi pemimpin salah guna kuasa
Sementara itu sekumpulan ahli Melayu DAP juga hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam khutbah berkenaan.
"Kepelbagaian parti politik dan kewujudan parti politik baru bukanlah tanda perpecahan umat Islam sebaliknya menunjukkan kematangan umat Islam dan Melayu dalam negara berdemokrasi.
"Penting juga kita membezakan tentang peranan dan fungsi parti politik dalam sistem demokrasi negara dan dan perpaduan agama. Kita seharusnya meraikan perbezaan bukan sahaja melalui kaca mata politik malah dalam agama dan fahaman," kata kenyataan itu.
Read More / Baca Lagi >>

DAP perlu tunjuk cara selesai masalah Melayu, kata Zaid

Posted: 25 Sep 2015 06:53 AM PDT


Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana DAP merancang untuk membantu orang Melayu dan dasar yang ditawarkan menerusi pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
Menulis di blognya, Zaid berkata, DAP adalah parti paling lantang daripada pakatan tiga parti yang dilancarkan baru-baru, dan ia mendakwa mempunyai jawapan kepada masalah masyarakat Melayu.
Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan bagaimana DAP merancang untuk membantu orang Melayu dan dasar yang ditawarkan menerusi pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, September 25, 2015. Beliau menggesa mereka supaya menjelaskan kepada orang ramai tentang apakah yang akan mereka lakukan terhadap agensi-agensi persekutuan seperti Majlis Amanah Rayat (Mara) dan Felda; syarikat berkaitan kerajaan yang kebanyakannya dikuasai Melayu; serta pengambilan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam.

"Apakah perubahan dasar yang akan DAP buat untuk membantu orang Melayu menjadi lebih baik dan lebih kuat sebagai sebuah masyarakat sehingga mereka tidak akan 'berasa rendah diri' seperti diperkatan oleh Dr Mahathir" tulis Zahid, merujuk kepada kritikan Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zaid berkata, DAP masih belum menyelesaikan perbezaan ideologi dengan PKR, dan pendirian mereka berhubung kedudukan Islam di khalayak umum sebagai contoh. "Adakah DAP akan memberitahu rakyat Malaysia yang agama Islam dan undang-undang Syariah akan terhad kepada bidang perundangan persendirian dan keluarga (selaras dengan fahaman sekular parti itu) atau ia akan bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengatakan Islam adalah cara hidup oleh itu mesti menjadi sebahagian daripada dasar awam?
"Pembangkang tidak seharusnya menganggap dengan hanya kerana mereka bersatu dalam menentukan siapakah yang bakal menjadi perdana menteri, pengundi akan mengabaikan kekurangan dasar inisiatif yang boleh dipercayai pada pilihan raya umum akan datang."
Beliau juga mengkritik DAP kerana memerangkap dirinya dengan menyerang Dr Mahathir.
"Dr Mahathir sudah meninggalkan kerajaan selama 13 tahun dan sekarang kita tidak boleh terus menyalahkan beliau tentang kesilapan yang beliau lakukan terhadap negara ini.
"Kita mesti memulakan semula dan tunjukkan apakah dasar yang akan kita laksanakan untuk rakyat. Yang akan menjadi cara lebih baik untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," tulis Zaid.
Read More / Baca Lagi >>

Bimbang Kecoh, Ramai Peniaga Petaling Street Mungkin Tutup Kedai Esok

Posted: 25 Sep 2015 06:43 AM PDT



Petaling Street mungkin lengang pada sabtu ekoran ancaman yang diterima daripada penganjur penunjuk perasaan baju merah.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee berkata kira-kira 400 daripada 773 peniaga takut akan berlaku huru-hara seperti mana yang berlaku pada himpunan baju merah, 16 September lalu.

"Ahli-ahli telah menghubungi saya dan bertanya jika mereka perlu tutup kedai pada hari Sabtu. Mereka bimbang perniagaan akan terganggu.

"Saya nasihatkan mereka supaya membuat laporan polis. Kami takut sebab kami menjalankan perniagaan," kata Say Tee.

Beliau berkata, jika benar terdapat barangan palsu atau tiruan dijual di situ, bukan penunjuk perasaan baju merah yang patut mengambil tindakan terhadap para peniaga sebaliknya ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa.

"Jika kami buat salah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu mengambil tindakan terhadap kami, bukan mereka," kata Say Tee.
Read More / Baca Lagi >>

Setelah gertak, protes baju merah dibatalkan esok, kata Ali Tinju

Posted: 25 Sep 2015 06:16 AM PDT

Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mengakui menjadi penganjur perhimpunan baju merah esok di Jalan Petaling di Kuala Lumpur mengumumkan pembatalan protes tersebut.
Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut  diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun beliau berkata keputusan membatalkan hanya bersifat sementara untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu tuntutan hak peniaga Bumiputra di Jalan Petaling.

"Setelah dinasihatkan oleh polis, jadi kita membatalkan saja dan ini bertujuan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu di Jalan Petaling. "Tapi kita tidak jamin sekiranya masih ada protes esok cuma ianya bukan daripada pihak kita," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun beliau memberi amaran sekiranya pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan isu tersebut maka, gerakan baju merah tidak akan teragak - agak untuk menganjurkan protes semula.
Beliau juga tidak menolak akan berlaku  kekerasan dalam protes yang akan dianjurkan kelak.
"Kita tidak akan berdiam diri? kalau masih gagal selesaikan masalah kita tidak akan dengar pihak berkuasa lagi, kita akan tetap adakan protes biarpun sekiranya dalam bentuk kekerasan," katanya kepada.

Anwar simbol solidariti politik Malaysia

Posted: 25 Sep 2015 06:05 AM PDT


MSO

Nafas maufakat diambil oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (kalau pakatan pembangkang itu menang) tidak disenangi oleh sesetengah pihak.
Anwar simbol solidariti politik Malaysia
Ada yang mempertikaikan tindakan itu dari segi relevannya dari beberapa perkara. Mereka menyoal apakah PH sudah tidak ada tokoh lain untuk diangkat menjadi PM selain Anwar?
Ada juga komen-komen bersifat individual meluahkan rasa muak dengan pembangkang yang tidak habis-habis untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin.
Tindakan itu bagi mereka seolah-olah hanya Anwar sahaja layak menjabat jawatan itu. Jelas mereka yang berperasaan begitu mereka yang tidak mengenali atau mengetahui keistimewaan yang ada kepada sosok ini kenapa beliau digilai untuk dijadikan PM walaupun beliau dihalang dengan berbagai cara dan tipudaya.
Ada juga yang secara berterus terang mengatakan Anwar sudah terlepas "puyan" (musim), tamat tempoh. Masa Anwar untuk jadi PM dalam usia selepas 70 tahun sudah terlalu lambat. Kalau PH menang pilihan raya nanti usia Anwar ketika itu sudah melebihi 70 tahun dan ia dilihat sudah tua dan letih dan tidak sesuai lagi.
Selain itu Anwar juga disifatkan sudah tidak ada "wow", tidak ada daya tarikan lagi. Lantaran itu pengumuman Anwar itu juga dianalisakan sebagai tidak memberi tambahan nilai sokongan kepada PH. Apa yang hendak diceritakan bahawa Anwar sudah pudar karismatik melainkan sebagai seorang pemukul sejarah dan kesangsaraan hidupnya yang penuh pencaroba dalam perjuangan politik. Mereka menganggap Anwar kini adalah perenung masa di ruang terpojok.
Alasan pemerhati itu kononnya golongan muda sudah tidak tertarik dengan Anwar, dan bagi mereka Anwar bukan isu lagi, andaian itu betul walaupun tidak seratus peratus. Memang Anwar bukan pemimpin di era mereka. Memang generasi muda tidak ada chemistry perjuangan dengan Anwar. Mereka berada jauh di belakang genta dan retak perjuangan Anwar. Sewaktu Anwar sudah mengheret dada dalam perjuangan mereka dan mempolehi beberapa Ph.D masih belum wujud lagi.
eeBukan saja generasi baru, bah mereka yang sudah tua, yang terpesona dengan fitnah-fitnah pihak tertentu yang memburuk-burukkan Anwar, dan jahil pula dengan sejarah dan tidak membaca bilbiografi mengenai Anwar akan tidak merasai apa-apa yang disumbangkan oleh Anwar. Bahkan mereka akan melihat Anwar sebagai jaguh pengkhianat seperti mana dijaja dan dijual oleh media "PB".

Mereka merasa Anwar bukan pembawa cahaya kebaikan tetapi pemancu kejahatan dan pengkhianat bangsa.
Sebaliknya mereka yang senantiasa menghayati dan memahami ucapan dan semangat yang diluahkan serta bijak membelah dadanya, betapa bapa reformis itu membawa gagasan besar untuk kaum berbilang kaum seperti Malaysia ini. Anwar mempunyai iltizam yang tinggi untuk kesejahteraan negara ini. Tidak terlampau kalau dikatakan Anwar adalah pembawa obor membunuh kegelapan yang melingkungi rakyat marhaen selama ini.
Bagi ahli politik pula mereka tidak akan dapat menafikan kehebatan dan ksitimewaan yang ada kepada Anwar ini bagaimana ia telah menjadi satu halangan besar buat mereka. Gara-gara kerana takut dan bimbang kepada kehebatan Anwar inilah maka mereka sanggup mengambil tindakan menyekat Anwar dan menutup kebebasannya untuk bergerak.
Jadi tidak hairan kalau generasi muda kurang terasa dengan kehadiran Anwar. Bagi mereka yang malas membaca idea dan buah pemikirannya, lagilah berasakan Anwar tidak ada guna bahkan merasa bosan dengan Anwar apabila berbagai isu di kelilingnya ditimbulkan. Separuh politik Malaysia bergerak bernadikan Anwar sebagai isunya. Anwar adalah penggerak roda politik Malaysia dan dia juga menjadi modal keuntungan dan kelabaan bagi sesetengah orang.
Bukankah itu satu kehebatan? Tiga orang perdana menteri Umno, bermula dari Dr Mahathir Mohamad sampai ke Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak terpaksa berhadapan dengan Anwar. Mereka (Umno) menjadi susah dan kekuasaannya hampir ternafi oleh Anwar. Najib menuruti "sunnah" Mahathir dalam menghang dan membendung pengaruh Anwar, dengan memenjarakannya, berbeza dengan Abdullah yang mengambil pendekatan berbaik-baik.
Tindakan Dr Mahathir dan Najib Razak itu menjelaskan bahawa Anwar masih relevan dan merupakan musuh utama bagi Umno dan menjadi penyekat kepada penerusan kerja-kerja zalimnya demi mempertahankan kuasa. Mungkin orang hanya nampak Najib meneruskan sunnah Mahathir dengan memenjarakan Anwar, tetapi sebenarnya tindakan Najib lebih jauh dan sadis dari itu.
Najib bukan saja hanya menghalang Anwar tetapi beliau juga turut menghuruharakan Pakatan Rakyat. Kemusnahan Pakatan Rakyat dan kecelaruan dalam Pas adalah tindakan tidak langsung Najib dalam usaha menghalang kemaraan Anwar membela rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Politik dan pembunuhan karakter memang tak dapat dipisahkan

Posted: 25 Sep 2015 05:50 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria

Nampaknya seperti ada kaitan antara PKR dan pembunuhan karakter, daripada Ketua Umumnya yang kini dipenjara sehinggalah kepada bekas MB, pemimpin kanan parti, dan juga parti pembangkang lain yang sepatutnya menjadi sekutu mereka.
Pada kebanyakan masa kita mahu menganggap yang PKR-lah mangsa kepada pembunuhan karakter dengan pelbagai serangan ke atas pemimpinnya daripada penguasa dan sekutu mereka. Dan memang benar, pada sebahagiannya.
Pemimpin PKR berhadapan serangan pembunuhan karakter dan terjejas kerananya. Contoh utama adalah Anwar Ibrahim sendiri, yang telah dibicarakan, dijatuhkan hukuman bersalah dan dipenjara atas tuduhan yang dianggap meragukan oleh ramai orang.
Pemimpin parti yang lain juga telah diserang untuk merosakkan karakter dan maruah mereka melalui media dan cara-cara lain.
Namun PKR bukanlah bersih sepenuhnya, kerana ada yang melihat parti itu juga nampaknya telah menggunakan cara yang sama dalam politik dalamannya.
Antaranya, ramai yang merasakan bahawa satu puak dalam parti itu, dipercayai mahu bersaing merebut kuasa, memainkan peranan dalam pembocoran kertas mahkamah berhubung prosiding penceraian yang membunuh karakter politik salah seorang calon utama bagi jawatan tinggi parti.
Selain itu tuduhan-tuduhan berat juga dilemparkan ke atas MB dari parti itu hanya kerana mahu menggantikan beliau dengan pemimpin yang lain.
Dan memang, pemimpin PKR yang membuat tuduhan ke atas bekas MB dan ahli parti itu sehingga perlu memohon maaf bagi menyelesaikan saman fitnah yang dibuat bekas MB tersebut.
Namun tuduhan yang dilemparkan telah memusnahkan karakter dan profil politik bekas MB, yang menyaksikan beliau ditohmah secara terbuka dan akhirnya berundur.

Mungkin beliau sendiri bukanlah "malaikat", namun pasti ada yang tertanya-tanya sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut memandangkan ia diselesaikan di luar mahkamah.
Dan berkaitan soal pakatan politik, nampaknya PKR boleh dianggap parti yang melakukan pembunuhan karakter yang sama terhadap parti pembangkang yang tidak diinginnya dalam satu platform yang sama. Jika benarlah kata-kata sesetengah pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas ugut, Jamal beri jaminan tidak hadir protes di Jalan Petaling esok

Posted: 25 Sep 2015 05:48 AM PDT

Jurucakap perhimpunan "baju merah" Datuk Jamal Md Yunos memberi jaminan beliau tidak akan terlibat dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling, Kuala Lumpur esok.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidil Adha dimana esok perlu menghadiri banyak program Korban di kawasannya.
"Besok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban,  jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok, Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di Selangor malam ini.

Kroni Melayu yang malas punca sindrom ‘Ali Baba’

Posted: 25 Sep 2015 05:46 AM PDT

Farid Affandi: Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membantu orang Melayu telah disalahguna oleh politikus Melayu untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni mereka.
Namun ekoran sikap malas mereka, kroni-kroni ini mencetuskan sindrom "Ali-Baba".
Oleh kerana dasar pendidikan yang teruk, anak-anak Melayu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Namun apa yang menyebabkan kurangnya keyakinan diri orang Melayu adalah tindakan pemimpin yang membuatkan mereka merasakan tidak cukup bagus jika tidak kerana pemimpin-pemimpin ini.
Sara Yeng: Sejujurnya inilah kesan daripada dasar kerajaan yang teruk. Secara fitrah kita memang tidak menghargai hal-hal yang percuma. Kita hanya menghargai sesuatu yang perlu diperolehi dengan cara yang sukar.
Buing Sultan: Benar. Bukan Melayu sahaja, tetapi ia juga bagus untuk golongan Bumiputera yang lain. Marilah bermain di padang sama rata. Dasar "survival of the fittest" berjaya kerana ia membuatkan semua berjuang dan berusaha keras untuk kehidupan.
Jihep Atoi: Saya tidaklah percaya dengan meritokrasi itu sendiri, tetapi versi Malaysia seperti Malaytokrasi, Cinatokrasi, Indianokrasi, Dayaktokrasi atau Kadazantokrasi.
Mungkin istilah-istilah ini kedengan mengarut, tetapi kita bukanhkah telah dan terus melihat kekarutan saban hari sekarang. Haih!
Gabriel Walter: Jika meritokrasi bermaksud kerja keras, maka buruh tentunya menduduki tempat yang lebih baik dalam masyarakat berbanding eksekutif yang sering minum di Starbucks.
Johan L Ha: Buangkan tongkat dan orang Melayu yang telah merosot akibat Umno akan rasa terancam dan tidak selamat. Mereka akan salahkan DAP seolah-olah DAP yang berkuasa sejak merdeka.
Michel Wright: Oleh kerana mereka sekian lama disuap, tiada cara lain lagi untuk mereka bangkit. Satu-satunya jalan untuk mereka bangkit adalahberhenti disuap.
Phil Ho: Menyedihkan kerana ini benar. Namun, sukar bagi semua orang jika mereka berpendidikan dan boleh berfikir dengan logik.