Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tony PuaKA diminta fokus pada skandal sendiri?

Posted: 24 Sep 2015 05:36 AM PDT


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dinasihatkan memberi tumpuan terlebih dahulu terhadap siasatan penglibatannya dalam skandal membocorkan maklumat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan berhenti daripada mempersoalkan 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB).

1MDB dalam kenyataan di sini hari ini berkata, syarikat berkenaan turut hairan bagaimana pemimpin DAP itu tidak terkesan langsung dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang jelas menyatakan mereka telah menilai dokumen-dokumen dalam siasatan PAC, sekali gus itu adalah perbuatan melanggar undang-undang.

"1MDB merujuk kepada kenya­taan Tony yang meminta 1MDB menjawab tuduhan yang dikeluarkan oleh WSJ. Tony lupa menyatakan penafian jelas oleh 1MDB yang dikeluarkan pada 9 dan 18 September lalu.

"Tony sepatutnya terlebih dahulu fokus untuk menjawab siasatan polis yang sedang berjalan dan menjawab persoalan rakyat terhadap skandal yang telah mencemar maruah PAC," kata 1MDB.

Menurut 1MDB, berdasarkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, syarikat itu telah menjelaskan bahawa Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) sememangnya masih menjadi penjamin kepada dua bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion (RM14.79 bilion).

Katanya, WSJ sekali lagi menyiarkan artikel berniat jahat dan salah pada 18 September 2015 yang menyentuh tentang deposit 1MDB berjumlah AS$1 bilion (RM4.2 bilion), sedangkan aset-aset syarikat itu telah ditamatkan.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


UPDATED 717 MENINGGAL DUNIA, 805 CEDERA

Posted: 24 Sep 2015 06:11 AM PDT





Marilah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT ...

UPDATED TRAGEDI MINA ; 453 MENINGGAL DUNIA, 719 CEDERA

Posted: 24 Sep 2015 05:07 AM PDT





Kita amat bersedih dengan tragedi yang berlaku di Mina ketika umat Islam menunaikan ibadah Haji dan menyambut Hari Raya Haji.

Semoga jemaah haji sabar dan bertawakkal dengan ujian ini. Didoakan jua rakyat Malaysia selamat di tanah suci ketika ini.





RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Benteras barangan tiruan bukan tugas "Baju Merah"

Posted: 24 Sep 2015 08:37 PM PDT

Ia tanggunggjawab pihak berkuasa termasuk DBKL untuk membenteras barangan tiruan di Petaling Street
Petaling-Street_jamal_600
PETALING JAYA: Sebahagian besar premis perniagaan di Jalan Petaling dijangka menutup operasi niaga mereka pada Sabtu ini.
Ia susulan ancaman yang diterima daripada penganjur penunjuk perasaan Baju Merah untuk mengadakan bantahan di kawasan berkenaan.
Kekhuatiran itu disampaikan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.
Katanya, 400 daripada 773 peniaga takut akan berlaku huru-hara seperti yang berlaku 16 September lalu.
"Ahli-ahli telah menghubungi saya dan bertanya jika mereka perlu tutup kedai pada hari Sabtu. Mereka bimbang perniagaan akan terganggu.
"Saya nasihatkan mereka supaya membuat laporan polis. Kami takut sebab kami menjalankan perniagaan," katanya yang dipetik dari Mstar Online.
Mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, yang menjadikan alasan kebanjiran barangan tiruan di kawasan berkenaan untuk mengadakan bantahan, Say Tee berkata, ia bukan tugas Baju Merah, sebaliknya tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Jika kami buat salah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu mengambil tindakan terhadap kami, bukan mereka," tambah Say Tee.
Jamal yang juga, Ketua Umno Sungai Besar dan Pengerusi Gabungan NGO Melayu baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa akan berlaku kekecohan di Jalan Petaling pada Sabtu jika tuntutan penunjuk perasaan Baju Merah tidak dipenuhi.
Mereka mendesak supaya kementerian mengambil tindakan terhadap penjualan barang-barang yang dikatakan tiruan dan para peniaga perlu berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan berhenti memonopoli kawasan itu.

Skandal 1MDB: Najib salah guna SOSMA tahan Khairuddin

Posted: 24 Sep 2015 08:35 PM PDT

SHAH ALAM, 25 SEP : Penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) menerima kecaman pelbagai pihak.
Terbaru, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dalam satu posting di Facebook, berkata SOSMA diluluskan di Parlimen bagi menyediakan langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan.
Sebaliknya, beliau berkata Khairuddin hanya mempertahankan haknya dengan memfailkan laporan rasuah membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Bagaimana seseorang yang memfailkan laporan rasuah terhadap Perdana Menteri di luar negara dianggap mengancam keselamatan negara?
"Khairuddin tidak melancarkan perang ke atas Malaysia, beliau hanya memfailkan aduan rasuah terhadap (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya.
Beliau berkata implikasi tindakan terbaru Najib itu bukan sahaja tidak masuk akal, malah membimbangkan dan membuktikan salah guna kuasa.
"Untuk 'mengunci' Khairuddin, Najib menyalahguna kuasa dengan melakukan penahanan tanpa perbicaraan.
"Justeru, sempena Hari Raya Aidiladha hari ini, mari sama-sama kita berdoa kepada keluarga Khairuddin atas pengorbanan yang telah beliau lakukan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nur Jazlan tak mahu himpunan "baju merah" diadakan lagi esok di Jalan Petaling

Posted: 24 Sep 2015 08:31 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan penganjur "himpunan baju merah" agar menghentikan niat mereka untuk  berhimpun di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok, lapor The Star Online.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan baju merah sudah pun mengadakan perhimpunan pada 16 September lalu dan tidak perlu diadakan lagi kerana hanya akan menimbulkan ketakutan.
"Ketua Bahagian Umno, Datuk Jamal Md Yunos perlu hentikan perhimpunan. Buat himpunan baru hanya mengulangi perhimpunan yang sebelum ini.

"Peluang sudah diberikan dan kumpulannya menyatakan kebimbangannya, tetapi cukuplah," kata Nur Jazlan kepada The Star Online. Nur Jazlan berkata, rakyat Malaysia diberi kelonggaran demi kebebasan bersuara tetapi tanggungjawab itu perlu berhenti apabila sensitiviti kaum disentuh.
"Sebab itu bila polis ambil tindakan. Sungguhpun yang melakukannya Melayu, ketepikan saya sebagai kaum Melayu dan ahli Umno, saya rasa dia (Jamal) perlu hentikan," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan motif himpunan esok memandangkan mesej himpunan pada 16 September sudah jelas disampaikan.
"Adakah perhimpunan pertama tidak berjaya dan kamu hendak adakan lagi satu perhimpunan? Orang tidak buat himpunan setiap minggu.
"Bersih buat himpunan setahun sekali dan sampaikan mesej besar dan mereka bukan mengancam orang lain," katanya.
Katanya "himpunan baju merah" 16 September lalu dicemari dengan mesej perkauman dan tidak membantu negara ke depan.
The Star Online turut melaporkan lebih daripada separuh peniaga bimbang dengan himpunan esok.
Mereka turut mencadangkan Pengerusi Persatuan Peniaga Petaling Street, Datuk Ang Say Tee menutup kawasan tersebut.
Beliau berkata 400 daripada 773 bimbang perhimpunan akan memburukkan esok.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah pemimpin "baju merah" akan terlepas dengan ancaman rusuhan yang dibuatnya?

Posted: 24 Sep 2015 08:27 PM PDT

oleh V Shuman
Pemimpin perhimpunan baju merah yang bebal kembali bertindak dan kali ini, dia mengancam untuk menganjurkan rusuhan di Petaling Street sekiranya pihak berkuasa gagal mengambil tindakan ke atas dakwaan penjualan barangan tiruan di sana.

Laporan berita memetik Jamal Md Yunos sebagai berkata yang baju merah akan "terpaksa" turun Sabtu ini, dan kemungkinan "rusuhan", kerana ketiadaan tindakan oleh pihak berkuasa untuk menghapuskan barangan tiruan sebelum Jumaat ini.
"99 peratus yang mereka (baju merah) akan kembali ke sana. Malah mungkin mereka akan merusuh.
"Saya diberitahu seramai 5,000 akan turun" kata ketua bahagian Umno Sungai Besar itu.
Dia bercakap dengan wartawan selepas membuat laporan polis atas fitnah yang dibuat kepadanya di media sosial di ibu pejabat polis Ampang Jaya pada Rabu lepas.  
"Saya merupakan orang tengah antara kumpulan yang berkumpul di Petaling Street hari itu (16 September) dan pihak berkuasa.
"Sekiranya tiada tindakan di ambil sebelum Jumaat, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan di tempat itu," kata Jamal.
Sekiranya membaca kenyataan itu membuat akan terdiam, anda tidak bersendirian.
Mari kita lihat faktanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis telah berkata yang perhimpunan di Petaling Street tidak akan dibenarkan berlaku.
Tetapi, Jamal masih mengatakan yang mereka akan meneruskan perhimpunan itu, malah mengancam merusuh, walaupun sudah dihalang.
Dalam kata lain, dia sedang memeras ugut pihak berkuasa dengan berkata "setuju dengan permintaan saya, jika tidak saya akan merusuh."
Mengapakah lelaki ini masih belum ditahan?
Bayangkan apa yang terjadi sekiranya seseorang yang kritikal kepada kerajaan menghemburkan kata-kata yang sama kepada pihak berkuasa.
Pihak polis akan menahannya di luar balai polis, di mana dia telah datang untuk membuat laporan, atau lebih buruk, komando bersenjata akan mengepung rumahnya di waktu tengah malam buta, dan menahan mereka seolah mereka penjenayah besar.
Adakah Jamal ialah duta keganasan Umno yang baru? Maka, mengapa polis bertolak ansur dengan 'pengganas' ini?
Read More / Baca Lagi >>

‘Saya bukan orang munafik’ - Jamal

Posted: 24 Sep 2015 06:12 PM PDT

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menegaskan, beliau hanya bertindak sebagai orang tengah untuk kumpulan yang dikatakan akan berhimpun di Petaling Street, Sabtu ini.
Jelasnya, kumpulan tersebut sebelum ini mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga di Petaling Street yang menjual barangan tiruan.
"Saya ketika itu hadir sebagai orang tengah untuk menyuraikan peserta. Ketika itu, saya minta mereka bersurai dan berjanji akan memastikan tuntutan mereka ditunaikan.
"Saya bukan orang munafik. Bila saya berjanji, saya akan tunaikan dan tidak akan lepas tangan," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, polis akan menjalankan siasatan dan menahan Jamal, sekiranya terdapat bukti menunjukkan beliau cuba mencetuskan rusuhan di Petaling Street, pada Sabtu ini.
Jamal mendakwa kenyataannya pada Rabu lalu telah disalah tafsir, kononnya beliau mahu membawa 5,000 orang ke Petaling Street, dengan niat sengaja mencetuskan huru-hara.
"Kenyataan saya disalah erti. Bukan saya yang hendak berhimpun, tetapi 'mereka' yang berkumpul di Petaling Street, pada 916, tidak berpuas hati tuntutan mereka tidak dilayan dan tidak ada sebarang tindakan terhadap peniaga di sana," katanya tanpa menamakan 'mereka' yang dimaksudkannya.
Susulan itu, kata Jamal, beliau telah dihubungi polis pada pagi tadi,  untuk membantu siasatan.
"Polis ada hubungi saya pagi tadi, minta saya bantu siasatan. Saya tidak mempunyai masalah untuk beri kerjasama penuh.
"Hari ini Hari Raya (Aidiladha), jadi saya akan jumpa polis esok. Kejadian ini berlaku di Ampang, jadi saya akan ke IPD Ampang, selepas solat Jumaat," katanya.

Parti NewGen mahu sertai Pakatan Harapan, jaga kepentingan India

Posted: 24 Sep 2015 06:09 PM PDT


newgen_L

Parti NewGen yang baru ditubuhkan mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), bagi menjaga kepentingan masyarakat India.
Setiausaha Agungnya, S. Gobi Krishnan berkata, tiada lagi parti sedemikian dalam pakatan pembangkang yang boleh menjaga kepentingan kaum lain.
Jelasnya, walaupun tiga parti dalam Pakatan Harapan adalah parti berbilang bangsa, namun PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) didominasi orang Melayu yang akan menjaga kepentingan masyarakat Melayu, manakala DAP pula dikuasai pemimpin Cina yang menjaga kepentingan kaum Cina.
"Jadi, siapa yang akan menjaga kepentingan orang India dalam Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan?
"Sudah diketahui umum bahawa ramai orang India menyertai PKR pada 2008 yang akhinya menyedari PKR tidak mampu menjaga kepentingan masyarakat India.
"Memang difahami PKR hanyalah Umno mini, dengan majoriti pimpinannya di bawah penguasaan ahli politik Melayu.
"Sekarang ada kekosongan untuk orang India. Inilah peluang Parti NewGen mengisi kekosongan itu dan memperjuangkan isu yang dihadapi masyarakat India," kata bekas Setiausaha Biro Strategi dan Dasar PKR itu dalam satu kenyataan.
Gobi meninggalkan PKR pada Januari 2013.
Gobi menjelaskan, NewGen menyasarkan untuk merampas Melaka daripada Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Kumpulan pemikir pilihan raya kami telah mengkaji keadaan di negeri itu dan merancang strategi merampas Melaka daripada BN.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan buka pintu kepada parti komponen BN

Posted: 24 Sep 2015 06:08 PM PDT

Pakatan Harapan (PH) membuka pintu kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menyertai pakatan baru itu.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, PH mengalu-alukan mana-mana parti komponen BN dan parti lain yang bersetuju dengan dasar serta prinsip pakatan baru itu.
"Jika parti-parti ini bersetuju dengan keputusan dan kerangka dasar PH, kami mengalu-alukan penyertaan mereka.
"Ini juga adalah perkara yang dibangkitkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika penubuhan PH," kata Ahli Parlimen Seputeh itu kepada The Rakyat Post.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, MCA dan Gerakan tidak akan menerima tawaran itu.
"Mereka adalah parasit Umno dan tidak boleh hidup tanpa Umno/BN.
"Prinsip politik mereka amat berbeza daripada ketiga-tiga parti (dalam PH). Macam mana mereka nak sertai Pakatan Harapan?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Possible junk status for M’sian bonds

Posted: 24 Sep 2015 05:43 PM PDT

Despite the potential downgrade, many keep insisting that our fundamentals are strong
ramon,ekonomi
By Ramon Navaratnam
Malaysia faces the economic and financial risk of having its bonds and credit status downgraded and declared as junk!
The downgrading of Brazil's credit rating by the international Rating Agency Standard and Poor, has raised the possibility that the Credit-Default-Swap (CDS) Traders will unofficially downgrade 9 Emerging markets as well. These include China and our own country Malaysia.
That is why Dato Seri Nazir Tun Razak has boldly described Malaysia's credit standing and economic prospects as "worrying ". He is not just being frank. He is also right.
I myself have been saying for some time now that Malaysia's economic and financial fundamentals have been steadily weakening. I have said that although Malaysia is not in crisis, it is nevertheless facing critical times.
But many of our top Government economic and financial agencies and many economists, keep insisting that our fundamentals are strong. They give the impression that all is well with our economy and that we will ride the storm, although the Ringgit keeps falling. There has been a reluctance to speak up publicly, even with the rating agencies and also the World Bank!
In the meantime, the CDS has unofficially reduced their rating of Malaysia by six levels, from A3 to Ba3! As Dato Seri Nazir has advised, and hopefully his views would be taken more seriously than my humble concerns, we cannot afford to "ignore ", these critical CDS assessments.
The 9 Emerging countries who have been unofficially downgraded now run the risk of falling commodity prices including oil, plunging currencies and political turmoil!
Read More / Baca Lagi >>

Tinggalkan PAS, tubuh Amanah ‘pengorbanan besar’ 2 pemimpin

Posted: 24 Sep 2015 05:41 PM PDT

Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengatakan beliau melihat keperluan lebih besar untuk membawa Islam apabila membuat keputusan meninggalkan PAS dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015. 
Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengatakan beliau melihat keperluan lebih besar untuk membawa Islam apabila membuat keputusan meninggalkan PAS dahulu.

Bukan mudah untuk meninggalkan PAS yang pernah dianggotai selama berdekad dalam memperjuangkan kebajikan rakyat berlandaskan Islam, namun itulah pengorbanan besar dilakukan 2 pemimpin untuk meneruskan kesinambungan perjuangan.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail juga memberi semangat dan inspirasi kepada bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah).

"Bukan mudah untuk melepaskan dan kita memberi apa yang kita sayang. Tidak boleh dinafikan selama 35 tahun saya dengan PAS menjadi suatu yang terlalu sentimental.

"Atas kesayangan itulah kita melihat keperluan-keperluan lebih besar untuk membawa Islam dan ambil peristiwa (korban) dan pengorbanan itu," katanya kepada The Malaysian Insider yang mengakui pada mula sukar baginya untuk membuat keputusan untuk meninggalkan PAS.

Menurut Salahuddin, apa yang tertanam di dalam hatinya ialah untuk meneruskan perjuangan dan mengisi ruang kosong pakatan pembangkang untuk masa depan politik negara.

"Saya hanya melangsungkan kecemerlangan politik Islam dalam konteks negara Malaysia," kata bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu apabila ditemui awal minggu ini.

 Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tentang penyertaannya dalam Amanah, beliau perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tentang penyertaannya dalam Amanah, beliau perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.
Umat Islam di Malaysia mula menyambut Aidiladha semenjak semalam bagi memperingati peristiwa pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Pada masa yang sama, umat Islam di seluruh dunia sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Bagaimanapun, lebih 700 orang terkorban disebabkan tragedi tempuhan di Mina semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut menyertai Amanah menegaskan, pengorbanan perlu dilakukan untuk kepentingan bersama dan bukannya individu.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah & Najib akan berada di AS selama 8 hari..

Posted: 24 Sep 2015 04:42 PM PDT

Harap pihak FBI jangan apa2kan mereka. Tanpa mereka siapa lagi nak memimpin negara.

Najib Razak bakal bertemu dgn Presiden AS Barack Obama pada 28 September ini sebelum ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yg me­nyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-70.

Seronoknya jadi wakil rakyat di Malaysia

Posted: 24 Sep 2015 04:32 PM PDT

Nik Aziz Afiq Abdul

Itulah yang terjadi.

Rakyat entah bila akan sedar tugas Wakil Rakyat itu adalah sebagai ahli legislatif (legislator) yakni penggubal undang-undang peringkat tinggi.
Ketajaman perbahasan, kemampuan mematahkan hujah pihak lawan, sokongan data yang kemas, debat yang bermutu bukan indikator.

Pergi tanya "orang kuat politik" yang anda kenali. Tanya dia apa tokoh kesayangan dia bahas buat kali terakhir (yang paling terbaru) di dewan? Rata-rata tak ikuti pun. Ramai yang lebih hadam apa yang Wakil Rakyat tersebut ucap dalam sidang media, ceramah, himpunan, segala perkara yang lain tapi bukan dalam dewan.
Wakil Rakyat dimata Malaysia adalah mereka yang turun depan mata, kacau gulai sama-sama walau api tak hidup, sembelih lembu walau itulah aktiviti sepanjang hayat, hadir majlis kematian, hadir majlis bersunat, majlis perkahwinan, tahnik, doa selamat.
Itulah "seronoknya" jadi Wakil Rakyat di Malaysia. Semua tempat dia pergi rakyat semakin sayang, hubungan makin erat dan paling penting sentiasa dijamu makan.
Ponteng parlimen tak ada masalah. Hujah taraf kanak-kanak tak jadi masalah. Fakta tepi longkang juga tak apa. Debat macam orang tak sekolah pun tetap disayang yang penting turun kenduri.
Elaun Wakil Rakyat ambil. Bila diusul naik gaji cepat-cepat sokong. Tiba waktu ceramah kononnya empati pada rakyat yang miskin dan dilanda cukai tinggi.
Apa yang lebih utama?
Jadilah legislator dahulu. Selesaikan peranan yang kamu minta melalui mandat rakyat terlebih dahulu. Kemudian jika turun makan kenduri, masak sama-sama (walau api tak hidup) sembelih binatang korban (walau itu rutin puluhan tahun samada jadi wakil rakyat atau tidak) dan segala aktiviti makan-makan yang lain itu bonus buat rakyat.
Kamu dihantar kesana untuk bekerja sebagai wakil kami bukan untuk menikmati segala kemudahan yang diperuntukkan semata-mata.
Kami anak muda sedang memerhati.

Harris: M’sia Agreement 1963 not ‘legally’ binding

Posted: 24 Sep 2015 04:21 PM PDT

Putrajaya should tell the truth and not jump every time the Opposition says Bang! Bang! with an imaginary pistol.
harris-nancy
KOTA KINABALU: Former Sabah Chief Minister Harris Salleh, responding to recent statements by several experts, feels compelled to address the basis on which Sabah and Sarawak came together with Malaya and Singapore in a Federation in 1963.
"It's high time that the Federal Government told the people of Sabah the truth," said Harris who was Chief Minister from 1976 to 1985. "The 20 Points (18 Points in Sarawak), Malaysia Agreement 1963 (MA63), the Inter Governmental Committee Report (IGC) and Batu Sumpah (Oath Stone) are all not legally binding."
The contents of these documents, he added, have been incorporated in the Federal Constitution and the state constitutions. "It's high time to speak the truth."
"If the Federal Government does not speak to the people straight and honestly, the Opposition will continue to claim that it has been in breach of these documents. They would continue to claim that Putrajaya has been in non-compliance on MA63."
He was commenting on de facto Law Minister Nancy Shukri saying that both MA63 and the IGC Report were still valid. "She's also falling into the Opposition's trap."
"I was surprised to read her statement that both documents were still legally binding."
DAP leaders in Sabah, he continued, are also harping on Batu Sumpah.
Harris lamented that the Federal Government was on the defensive in Sabah and Sarawak on the issue of Borneo rights. "The Opposition's weapons in the two Borneo states are nothing but imaginary ones and Putrajaya has fallen into their trap."
Read More / Baca Lagi >>

Kebodohan UMNO makin terserlah..

Posted: 24 Sep 2015 04:15 PM PDT

Patutla KPDNKK tak nak layan tuntutan kaki2 demo perusuh & Jamal sekencing ikan bakar..

Mohon kamu berdemo tunjuk bodoh lagi..
Tunjukkan kebodohan kamu ya..
Kami perati je melayu takde maruah cam umno neh..

MAKIN DEMO MAKIN TERSERLAH BODOHNYA !!!

Semakin hampir RM4.50 DAN SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!

Posted: 24 Sep 2015 04:13 PM PDT


Syukur.. RINGGIT MAKIN JATUH BAIK UNTUK PELAJAR ASING & PELANCONG ASING !!!

Tapi TV3suku bgtau satu negara ringgit TAK AKAN CECAH RM4 TAHUN INI & TAHUN DEPAN.. KOH!! KOH!! KOH!!

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

Jamal nak salahkan Cina.. tapi..

Posted: 24 Sep 2015 08:45 AM PDT

Perhimpunan 'Baju Merah' minggu lepas kecoh apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh benteng di Jalan Petaling sehingga memaksa pihak polis menggunakan tembakan meriam air bagi mengawal keadaan.

Jalan Petaling atau Chinatown sebelum itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh pihak berkuasa, dan banyak perniagaan ditutup hari itu kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

Jamal sebelum ini berkata, peserta perhimpunan kecewa dengan "imuniti" yang dinikmati peniaga di Jalan Petaling, dengan tiada tindakan diambil terhadap mereka walaupun menjalankan perniagaan haram.

Beliau juga menuduh mereka menjual produk tiruan dan video lucah. Beliau turut mencadangkan supaya peniaga Melayu dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Petaling dan bukannya membiarkan kawasan itu terus dimonopoli kaum Cina.

Jamal berkata dia pernah memohon untuk mendapatkan tempat menjalankan perniagaan di kawasan itu 10 tahun lalu tetapi ditolak.

Oleh itu Jamal menuntut supaya kawasan perniagaan itu dibuka kepada orang Melayu..

Itu sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider beberapa hari yang lalu..

Apa yang jelas ialah Jamal telah meluahkan bahawa beliau pernah memohon untuk mendapatkan tempat bagi menjalankan perniagaan di situ tapi telah ditolak..

Lalu terus dia bagi tahu 1Malaysia yang kononnya kawasan itu telah dimonopoli oleh kaum Cina tapi dinafikan oleh Pengerusi Penjaja di kawasan tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Lawyers: Umno rebel Khairuddin innocent victim

Posted: 24 Sep 2015 08:25 AM PDT

There are no laws covering his activities and they cannot be taken out of context and lumped under other activities which have been criminalised.
khairuddin-abu-hassan_law_600_2
KUALA LUMPUR: Lawyers in the know and activists have come to the defence of sacked Umno Batu Kawan deputy divisional chief Khairuddin Abu Hassan who has been detained without trial under the Special Offences (Special Measures) Act 2012, under sections 124K and 124L of the Penal Code, for an activity which is not covered by the Act and these sections: "lodging police reports on the covering-up of wrongdoing and sweeping wrongdoing under the carpet."
"No law, no crime. Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali. There exists no crime and no punishment without a pre-existing penal law is a basic maxim in legal thinking."
The lawyers and activists also noted that the authorities concerned have suggested that Khairuddin "engaged in activities detrimental to parliamentary democracy and tantamount to toppling a democratically-elected government".
One lawyer recalled that Inspector General of Police Khalid Abu Bakar even thinks that Khairuddin had engaged in sabotage and made local law enforcement agencies look bad by getting foreign authorities to put pressure on Malaysia through reports lodged abroad on alleged wrongdoing in Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar: Jangan jadikan sejarah alat politik

Posted: 24 Sep 2015 08:23 AM PDT


Aziz Bari

SHAH ALAM - Penulisan sejarah negara tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat politik demi kepentingan pihak tertentu apabila fakta penting dalam pembentukan  negara disembunyikan oleh mereka yang berkuasa.

Pensyarah Undang-undang, Prof Madya Dr Aziz Bari menegaskan, penulisan semula sejarah negara tidak berkesudahan jika fakta itu terus dimanipulasi dan diseleweng mengikut acuan pemerintah sama ada BN mahupun pembangkang.

"Esok kita tulis balik dengan kaca mata (pihak) tertentu, orang lain akan tulis semula, jadi tak habis-habis tulis semula sejarah.

"Kalau kita nak hentikan masalah ini, kena lebih objektif, sejarah perlu ditulis sebagai sejarah dan bukan untuk tujuan politik," katanya kepada Sinar Online, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aziz juga berkata, penulisan sejarah perlu dikendalikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut dan bukan ahli politik.

"Biarlah sejarah itu ditangani oleh pakar-pakarnya, penyelidikan dan mereka yang ada kepakaran, bukan oleh orang politik, itu yang kita tak mahu.

"Saya fikir pakar-pakar itu ada di universiti dan ada dalam kalangan kita, orang ini yang patut kita runding dan pakai," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Dilema 'Hang Tuah' politik yang dahagakan perubahan

Posted: 24 Sep 2015 07:24 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Mereka dilabel pengkritik sebagai "penjahat" yang ingin mencetuskan penentangan dari dalam parti,walaupun ada yang melihat mereka sebagai hanya mahu menyatakan kesilapan pihak sendiri.
Atau mungkin kita boleh memanggil mereka sebagai 'Hang Tuah', seperti pahlawan Melayu legenda yang terkenal dengan sifat setia tidak berbelah bahagi, walaupun dalam kes ini mereka memiliki kesedaran untuk membezakan yang benar dan salah dan benar-benar mahukan parti mereka menjadi lebih baik.
Kedua-dua mereka ini adalah pemimpin dihormati walaupun ramai yang bingung tentang apakah kebaikan yang mereka perolehi dengan kekal di dalam parti yang dikatakan telah mengkhianati pihak yang kedua-dua pemimpin ini perjuangkan.
Kehadiran mereka di acara pelancaran apa yang dinamakan sebagai "harapan baru" untuk Malaysia juga dilihat sebagai pengkhianatan secara langsung terhadap pendirian parti mereka.
Salah seorangnya mungkin berisiko mengalami kehilangan yang lebih besar, selepas kehilangan semua pengaruh dalam partinya dan kini bercakap atas kapasiti CEO sebuah NGO yang ditubuhkan presiden partinya.
Dipecat daripada parti mungkin menjadi faktor terakhir selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab kerana menghadiri acara tersebut.
Sementara itu, seorang lagi kekal mengatakan beliau masih bercakap selaku ketua bahagian parti walaupun diketahui semua yang menyokong pandangannya telah berpindah kapal.
Beliau ke acara itu tanpa pengetahuan ketua parti, namun mereka kemudiannya bersetuju bahawa beliau memiliki hak untuk ke sana atas kapasiti peribadi.
Beliau juga berkata masih "menaruh harapan" tentang kemungkinan kerjasama antara partinya dengan pakatan pembangkang yang baru, walaupun pemimpin parti kemudiannya memutuskan yang mereka hanya mengekalkan hubungan dengan salah satu komponen pakatan tersebut.
Jika identiti kedua-dua pemimpin ini masih belum jelas, mungkin inilah masanya untuk memperkenalkan mereka – CEO Gerakan Kesederhanaan Global Saifuddin Abdullah dan MP Pokok Sena Mahfuz Omar.
Read More / Baca Lagi >>

Tragedi Mina: Semua staf Al Mashaaer Mekah Metro dari Malaysia selamat, kata pengarah projek

Posted: 24 Sep 2015 07:10 AM PDT

Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Mekah Metro Southern Line (MMMSL) terlibat dalam insiden rempuhan di Mina, yang dilaporkan mengorbankan lebih 719 jemaah haji setakat ini.
Sebuah ambulans sedang menghala ke Mina. Pengarah Projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Mekah Metro Southern Line (MMMSL) berkata tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi tersebut terlibat dalam insiden rempuhan di Mina. – Gambar Reuters, September 24, 2015. Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata terdapat 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas dalam operasi MMMSL.
"Semua staf kami selamat. Bagaimanapun, kami akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen-stesen untuk menjamin keselamatan para jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Direktorat Am Pertahanan Awam Arab Saudi, setakat ini 453 jemaah maut dan 719 lagi cedera dalam insiden di kawasan perkhemahan negara-negara Arab di Mina. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu berkata tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini. – Bernama

Tragedi Mina: 717 jemaah mati, 805 cedera dalam rempuhan

Posted: 24 Sep 2015 07:09 AM PDT


Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala yang cedera meningkat kepada 853, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi.Pasukan pertahanan awam Arab Saudi sedang menyelamatkan jemaah di Mina, di luar bandaraya suci Mekah. – Gambar Reuters, September 24, 2015. Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah.
Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi. Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula. – Bernama

SIDANG MEDIA KHAS TRAGEDI REMPUHAN DI MINA, ARAB SAUDI

Posted: 24 Sep 2015 07:01 AM PDT

A brief history of disasters at Mecca and Medina

Posted: 24 Sep 2015 06:59 AM PDT

GRAPHIC: Hundreds dead in Mecca stampede during Eid al-Adha

Posted: 24 Sep 2015 06:58 AM PDT

Hajj stampede: At least 717 killed in Saudi Arabia - BBC News

Posted: 24 Sep 2015 06:57 AM PDT

RM jatuh kepada RM4.31 berbanding USD....Laki-Bini bermewah duit negara di New York...!!

Posted: 24 Sep 2015 05:29 AM PDT

Najib-RMRinggit Malaysia terus mencatatkan penurunan berbanding Dolar Amerika Syarikat iaitu pada kadar RM4.38 pada pagi ini.
Sehingga jam 12 tengah hari semalam, unit tempatan berada pada harga 4.31 berbanding dolar AS daripada penutup sehari sebelum itu iaitu 4.29.
Nilai ringgit terus mencatat penurunan malam tadi pada harga 4.34 berbanding dolar AS dan terus merudum sehingga pembukaan hari ini.
Keadaan ini bertepatan dengan jangkaan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa ringgit akan terus merudum kontroversi syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melanda negara.
Katanya, pemulihan ringgit hanya terjadi sekiranya skandal 1MDB dan ketidaktentuan politik diselesaikan.
Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi Najib, pada 3 Julai lalu.

wirawandesa

0

Posted by Unknown | Posted on 7:03 PTG | Posted in

sumber :-

wirawandesa


RAJA DAN ORANG POLITIK: BUANG MASA MEMIMPIN PERSATUAN SUKAN

Posted: 24 Sep 2015 07:12 AM PDT

Selepas Malaysia ataupun Harimau Malaya mengakhiri kempen kelayakan Piala Dunia dan juga Piala Asia dengan keadaan yang amat memalukan, berbagai kritikan dan pandangan diutarakan orang ramai dan juga tidak ketinggalan para pakar bolasepak yang muncul tiba-tiba bagai cendawan.  Kebanyakan pendapat dan kritik itu menjurus kepada kelemahan FAM. Kononnya FAM tidak melakukan apa-apa pembaharuan dan pembangunan sehingga tahap bolasepak di Malaysia semakin menjunam dari  setahun ke setahun.

Jika dahulu Malaysia setaraf dengan Jepun dan Korea, malah gergasi Asia itu sendiri bermain dalam keadaan sukar bila berhadapan dengan Malaysia ketika itu, sekarang tidak lagi. Malah Malaysia bakal menjadi pasukan belasahan jika berjumpa di padang dan negara itu tidak lagi berminat menjadikan Malaysia sebagai pasukan memanaskan badan apatah lagi untuk perlawanan persahabatan. Mereka  telah jauh meninggalkan Malaysia.

Hal ini berlaku bukan kepada bolasepak sahaja malah sukan-sukan yang lain pun menghadapi masalah yang sama. Lee Chong Wei belum ada pengganti. Rabuan Pit belum ada pengganti. Rekod Nashatar Singh belum dapat dipecahkan.  Lihat juga apa yang terjadi kepada sukan hoki. Tetapi tulisan ini tidak mahu menyentuh perkara-perkara itu malah tumpuan hanyalah difokuskan kepada bolasepak kerana inilah sukan nombor satu di Malaysia.

Semua yang berlaku ini gara-gara persatuan Sukan dikendalikan oleh Raja dan juga ahli-ahli politik. Raja-raja, termasuk putera-putera raja dan juga ahli-ahli politik amat tidak sesuai menggalas tugas tersebut kerana masa mereka terhad dan banyak perkara lain yang perlu ditumpukan.  Raja-raja harus sedar bahawa bukan sukan sahaja 'rakyat' mereka. Tumpuan harus diberi kepada perkara-perkara lain juga, bukan sukan sahaja.

Selama 31 tahun Sultan Ahmad Shah menerajui FAM, apa perubahan positif yang ditonjolkan selain dari prestasi pasukan menurun tahun demi tahun. Dahulu baginda dilantik menggantikan Tan Sri Hamzah Abu Samah kerana minat yang ditunjukkan baginda, dalam keadaan Malaysia di ranking yang sama dengan Korea dan Jepun. Sejak itu ianya turun sedikit demi sedikit sehingga terjadi seperti sekarang.

 Kita tidak payah menyesal kerana kita yang membiarkan keadaan ini berlaku. Semua pegawai tidak berani menegur ataupun pegawai-pegawai di FAM juga seperti baginda, hanya berada di situ kerana minat ataupun kepentingan yang lain. Kalaupun ada yang berani menegur, teguran tidaklah selantang mana kerana teringatkan nasib yang menimpa Datuk Ahmad Basri Akil yang kuat mengkritik FAM. Begitu juga dengan Datuk Seri Annuar Musa.

Ahli-ahli politik juga serupa. Baik jangan melibatkan diri dengan pengurusan persatuan. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan juga para menteri cubalah jangan mencampuri pimpinan persatuan bolasepak mana-mana negeri. Tanggungjawab anda semua terlalu banyak, bukan bolasepak sahaja. Anda semua kenalah menguruskan seluruh rakyat. Itulah yang lebih utama. Jika terlalu berminat, jadilah seperti Sultan Kedah yang sanggup berjalan kaki ke Stadium Batu Kawan kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Ataupun berilah sumbangan dana untuk persatuan yang diminati. Itu adalah lebih baik dari menjadi bahan cemuhan di padang dan juga stadium.

Saya ambil contoh Persatuan Bolasepak Negeri Kedah. Bermula dari presiden hinggalah kepada beberapa Ahli Majlis, terdiri dari ahli-ahli politik. Presiden adalah Menteri Besar sendiri. Setiausaha Kehormat juga ahli politik iaitu Exco negeri. Pengerus-pengerusi jawatankuasa juga terdiri dari ahli politik. Contohnya Pengerusi Jawatankuasa Pengadil adalah Anggota Parlimen. Mereka ini semua tiada masa untuk  bertugas dalam pengurusan malah untuk menguruskan mesyuarat jawatankuasa mereka sekalipun.

Kalau sentiasa tiada masa, bagaimana tumpuan hendak diberikan kepada bolasepak dan persatuan amnya. Selama lebih seminggu saya berusaha untuk menemui Setiausaha Kehormat KFA. Saya terpaksa meminta bantuan Exco yang lain tetapi gagal juga. Akhirnya saya hubungi wakil beliau dan wakil tersebut berjanji akan menentukan satu tarikh dan masa untuk pertemuan tersebut tetapi malangnya sehingga hari ini sudah lebih seminggu tergantung begitu sahaja. Mesej sms dan whatsapp saya kepada wakil dan kepada YB  sendiri tidak berjawab.


Lalu saya membuat kesimpulan bahawa orang-orang politik dan berkepentingan usahlah memimpin persatuan sukan. Perkara penting yang boleh diselesaikan dalam beberapa jam boleh berpanjangan hingga beberapa hari. Dan apabila nasi sudah menjadi bubur, barulah kita menyesal tak sudah.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:39 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Konspirasi politik sisihkan PAS dari Pakatan Harapan?

Posted: 24 Sep 2015 05:33 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic
 
 
[ULASAN] Kini semakin jelas bahawa PKR cuma 'ajak-ajak ayam' apabila mempelawa PAS menyertai rundingan meja bulat untuk menubuhkan suatu gagasan pembangkang baru dalam menghadapi pilihanraya umum ke-14 kelak. 
 
Lakonan politik PKR dilakukan dengan agak dramatik agar ia kelihatan sesuatu yang jujur dan dapat menghindar persepsi bahawa ia sebenarnya tidak mahu PAS akan 'menjejaskan' Pakatan Harapan yang diumumkan penubuhannya pada Selasa, 22 September 2015. 
 
Drama ini bermula dengan saranan dari penjara Sungai Buloh apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tentang harapannya supaya PAS turut dijemput menyertai rundingan Pakatan 2.0.
 
Berikutan itu, pemimpin-pemimpin PKR mula melakonkan watak masing-masing sehingga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kelihatan seolah-olah 'bertegang urat leher' dengan pemimpin DAP yang tidak mahu PAS turut serta.
 
Ada juga kemungkinan bahawa DAP turut berlakon dalam drama politik ini dengan menyuarakan pendirian tegas tidak mahu PAS ada bersama demi terus mendapat 'restu' ahli-ahlinya yang memang alergik terhadap PAS.
 
Sementara Parti Amanah Negara yang masih belum sah pendaftarannya tiba-tiba turut melunakkan pendiriannya dengan 'menerima kehadiran PAS' dengan syarat ia harus 'belajar menghormati konsensus Pakatan'.
 
Natijah yang PKR dan DAP harapkan ialah agar PAS atas nama prinsip dan maruah, benar-benar enggan menyertai pakatan baru itu. Sebab itu, alasan yang diberikan oleh PAS harus ditimbangkan secara saksama. 
 
"Persidangan yang dibuat sedikit tergesa-gesa, kita (PAS) perlu berbincang terlebih dahulu kerana wakil-wakil kita perlu membuat mandat parti.
 
"Kita sendiri belum melakukan perbincangan secara terperinci mengenai beberapa perkara termasuklah pendirian parti," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Menurut Takiyuddin, tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan berkenaan juga terlalu pendek.
 
"Kita perlukan masa. Semasa pertemuan dengan PKR tempoh hari, kita tidak dimaklumkan secara spesifik tentang perkara ini.
 
"Sekiranya tidak ada perbincangan terperinci, PAS bimbang tidak dapat mengambil bahagian dengan baik dalam perbincangan itu," katanya.
 
Sebelum itu, PKR telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS bagi memeta pelan baru untuk menghidupkan kerjasama pembangkang menghadapi pilihanraya umum ke-14.
 
Malangnya, menurut Takiyuddin, tajuk perbincangan meja bulat berkenaan juga tidak dimaklumkan kepada PAS.
 
PKR mungkin berharap rakyat tidak menyalahkannya kerana tidak membuat tawaran pada PAS. Sekaligus ini akan menyorokkan sifirnya yang sebenar untuk membawa masuk Amanah tanpa banyak soal tentang kemampuan parti itu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan.
 
Plot sempurna sisihkan PAS
 
Kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyerlahkan kemungkinan ini apabila beliau menganggap pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP dan partinya itu akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baru.
 
Salahuddin berkata, oleh kerana PAS keberatan bekerjasama, Amanah, PKR dan DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baru itu tanpa PAS.
 
"Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baru pembangkang bagi membawa perubahan politik," katanya.
  
Menurut Salahuddin, Amanah telah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baru.
 
Beliau dalam pada itu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pendiran PAS yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik baru parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.
 
Perihal PAS telah memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP bukan satu rahsia lagi. Soal PAS tidak mahu bekerjasama dengan 'pengkhianat parti' yang kini menerajui Amanah juga bukanlah suatu misteri. 
 
Bagaimanapun yang menjadi persoalan mengapa PKR berlagak seolah-olah ia bersungguh mahu PAS kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat walaupun tahu bahawa PAS tidak akan mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah?
 
PAS konsisten mengatakan ia masih bertahaluf dengan PKR. Namun mengambil kira reaksi PAS pada isu menteri besar Selangor tahun lalu dan drama politik kali ini, timbul persoalan adakah PKR juga mahu meleraikan tahalufnya dengan PAS?
 
Kini dengan pengumuman penubuhan Pakatan Harapan, sempurnalah plot politik yang disusun untuk menyisihkan PAS daripada pemuafakatan pembangkang.
 
 

Hampir 360,000 jemaah tanpa permit gagal tunai haji

Posted: 24 Sep 2015 05:30 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MINA: Tindakan menunaikan haji tanpa permit mengakibatkan 358,756 jemaah dihalang memasuki Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah itu musim ini.
 
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi bertindak sedemikian ketika menjalankan sekatan jalan memasuki bandar ini.
 
Komander bahagian media di Jabatan Keselamatan Awam Kolonel Sami Al-Shuwairekh, berkata, jumlah kenderaan yang dirampas atau diarah berpatah balik kerana membawa jemaah tanpa permit haji mencecah 132,767.
 
Bercakap pada sidang akhbar bersama ketua pasukan keselamatan yang mengambil bahagian dalam operasi haji di Mina, Sami berkata, pihak berkuasa juga memulakan tindakan undang-undang terhadap 70 pegawai palsu yang menipu jemaah.
 
Beliau menambah, sebanyak 1,636 kenderaan ditahan kerana membawa jemaah tanpa permit.
 
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, setakat ini tidak ada kejadian berkait dengan keganasan atau tindakan subversif diterima.
 
 

[KEMASKINI] Lantik Anwar jadi PM: Kena ikut undang-undang, kata Khalid Ibrahim

Posted: 24 Sep 2015 05:14 AM PDT

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Cadangan Pakatan Harapan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya umum akan datang perlu merujuk kepada undang-undang, demikian kata bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"Itu kena ambil kira tentang undang-undang maknanya yang telah ada sekarang samada praktikal atau tidak", katanya kepada Antarapos selepas selesai menemani Sultan Selangor Sultan Sarafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Rahiman.
 
Dalam Persidangan Meja Bulat yang diadakan pada Rabu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku tuan rumah sidang berkenaan mengumumkan pembangkang masih menamakan bekas Ketua Pembangkang itu selaku Perdana Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara.
 
Wan Azizah dalam pada itu juga berkata, pembangkang percaya Anwar merupakan pemimpin yang sesuai untuk menangani pelbagai isu nasional.
 
Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu setelah rayuannya untuk mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan ditolak selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Anwar sepatutnya tidak boleh bertanding pilihanraya untuk tempoh lima tahun selepas keluar penjara.
 
Lembaga Pengampunan pada April lalu menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.
 
Perkara itu dinyatakan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh.
 
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.
 
Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.
 
PAS semalam menyifatkan tujuan untuk melantik Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri tidak realistik dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan konklusif kerana masih menjalani hukuman penjara.
 
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata penubuhan Pakatan Harapan oleh gabungan pembangkang ada tujuan tertentu yang masih belum diperlihatkan.
 
"Itu hal usaha politik mereka (Pakatan Harapan) tentu mereka ada sebab yang penting ataupun usaha tertentu jadi tidak payahlah kita (ambil tahu), jadi politik ini memang sentiasa dalam pergolakan jadi apa yang rakyat hendak habis pergolakan itu, tumpuannya ialah kepada usaha pembangunan", katanya.
 
"Ini semua ialah usaha kumpulan yang tersendiri, saya berharap politik bukan akhirnya iaitu pembangunan rakyat yang paling penting. Apapun kita buat kita mesti fikirkan mengenai usaha kita ini menghasilkan pembangunan rakyat".
 
Khalid sebelum ini berkata gabungan pembangkang perlu ada garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan perselisihan faham antara ahli gabungan.
 
Malah hal dalaman parti gabungan juga katanya tidak perlu dicampuri parti lain demi menjaga kestabilan hubungan antara pembangkang.
 
 

Polis akan siasat Jamal, berkawal di Jalan Petaling

Posted: 24 Sep 2015 05:10 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Polis akan memanggil Datuk Jamal Md Yunos untuk disiasat berkenaan gertakannya yang mahu menggembleng 5,000 orang ke kawasan perniagaan Jalan Petaling yang didominasi Cina, Sabtu ini.
 
Memetik laporan The Star Online, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memberi jaminan polis "pasti" akan bertindak terhadap ketua Umno bahagian Sungai Besar itu termasuklah menahannya jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara.
 
"Jika Jamal benar-benar mengeluarkan kenyataan mengugut, jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara, kita akan bertindak. Kita akan panggil dia tak lama lagi," katanya.
 
Menurutnya, Jamal akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan – yang berkaitan dengan penyertaan perhimpunan haram – dan polis juga tidak akan teragak-agak menahan ahli perniagaan itu di bawah Kanun Acara Jenayah.
 
Kata Rashid, polis juga akan menempatkan anggotanya di Jalan Petaling sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan rusuhan Sabtu ini.
 
"Kami akan melakukan semua persiapan yang perlu bagi memastukan tiada gangguan dan Petaling Street selamat dikunjungi."
 
Jamal semalam menggertak akan mengetuai sendiri kumpulan 5,000 orang berhimpun di Jalan Petaling jika penguasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak turun menjalankan operasi di situ hari ini. 


Kawasan catat IPU tidak sihat terus meningkat

Posted: 24 Sep 2015 05:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat terus meningkat menjadi empat berbanding tiga pada jam 12 tengah hari tadi.
 
Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Kota Tinggi (103), Larkin Lama (118), Pasir Gudang (127) dan Balok Baru, Kuantan (103).
 
IPU di lapan kawasan dalam keadaan baik manakala 40 kawasan masih berada dalam tahap sederhana. 
 
IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.
 
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
 
 

PAS akan terus mendokong bai'ah, kata Nik Zawawi

Posted: 24 Sep 2015 05:02 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tidak ada keperluan untuk PAS menyemak semula penggunan bai'ah yang dipertikaikan oleh kalangan mereka yang melanggarnya dan sanggup menjadi "sampah masyarakat," kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh.
 
"Bai'ah adalah salah satu ajaran Islam. PAS akan meneruskan sistem bai'ah. Selagi PAS wujud dan perjuangan Islam yang dibawa PAS wujud, selama itu kita akan pertahankannya. 
 
"Setakat ini mereka yang patuh dengan bai'ah tetap akur. Yang langgar pula kita serahkan kepada Allah SWT. Di zaman sahabat pun ada orang langgar bai'ah namun tidak ada yang terselamat," tegasnya ketika diwawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.
 
Bai'ah adalah perjanjian Islam di antara dua pihak untuk mengelak berlakunya penyelewengan khususnya salah guna kuasa. 
 
Perjanjian bai'ah dalam PAS umumnya memerlukan wakil rakyat di dalam parti untuk mengosongkan kerus jika lompat menyertai parti lain. 
 
Namun semua 13 Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang menyertai Parti Amanah Negara dan PKR enggan berbuat demikian baru-baru ini, sekali gus memaksa PAS melabel mereka sebagai pengkhianat.  
 
PAS menggangap mereka sebagai mungkir janji bukan sahaja kepada parti tetapi juga  terhadap Allah SWT.
 
Nik Zawawi berkata, lambat-laun mereka yang melanggar baiah akan menerima natijahnya. 
 
"Laknat daripada Allah mungkin di dunia dan pastinya di akhirat. Terpulang kepada mereka yang melanggar bai'ah. Jika mereka sanggup buat dan kemudian mengkhianati Allah SWT, kita tidak boleh kata apa. 
 
"Akhirnya mereka akan menjadi sampah masyarakat dan tidak akan dihormati," tegasnya lagi.
 
 

Skandal 1MDB: DAPSY bantah penahanan Khairuddin tanpa bicara

Posted: 24 Sep 2015 04:55 AM PDT

Khairuddin-1024x696-1024x696

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sosialis Muda DAP (DAPSY) hari ini membantah keras penangkapan dan penahanan semula Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semata-mata kerana pimpinan kerajaan mahu menutup mulut seorang pemberi maklumat berhubung skandal 1MDB yang memalukan negara.

Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan telah ditahan selama 28 hari tanpa bicara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu undang-undang yang sepatutnya digunakan untuk melawan pengganas dan keganasan (terrorism).

Ketua Biro Undang-undang DAPSY Kebangsaan, Damian Yeo Shen Li, berkata kerajaan Barisan Nasional tidak patut menjadikan SOSMA sebagai alat pihak berkuasa, kerana Khairuddin hanya membangkitkan isu mengenai skandal 1MDB.

Katanya,  skandal 1MDB serta isu "derma politik" berjumlah RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, serta siasatan dan penahanan pegawai-pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam siasatan skandal tersebut, telah menimbulkan keraguan dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat.

"Kami ingin mengetahui apa yang telah terjadi dan berlaku kepada siasatan terhadap keseluruhan kes 1MDB yang melibatkan berbilion wang ringgit di mana sehingga kini masih tiada sebarang jawapan ke atas isu lanjutan ini.

"Oleh yang demikian pihak DAPSY menyeru agar pihak berkuasa dan polis agar membuat siasatan yang rapi tanpa takut atau memihak secepat mungkin supaya keyakinan rakyat kepada pihak berkuasa dan polis dapat dipulihkan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua DAPSY Melaka berkata, penyalahgunaan undang-undang yang sepatutnya menjamin keselamatan rakyat adalah bertentangan dengan janji dan jaminan kerajaan BN sendiri.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri di Parlimen sebelum ini, katanya, menteri telah memberi jaminan bahawa SOSMA dan juga Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tidak digunakan sebagai senjata politik, manakala timbalan menterinya pula pernah memberi jaminan bahawa SOSMA bukan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya, Datuk Zahid Hamidi yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah berkata bahawa 'Tiada satu perkataan di dalam akta yang dicadangkan ini membenarkan ia digunakan ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politiknya'. – Roketkini.com


Mesyuarat dua hala Malaysia-Indonesia ditunda akibat jerebu

Posted: 24 Sep 2015 04:52 AM PDT

DENNIS WONG

 

d1bfa7d1735a4ac35fc287ee0cb42b9f
Sarawak merekodkan tahap kualiti udara sederhana di seluruh negeri dengan jarak penglihatan kurang 2,500 meter. Foto TRP/ Dennis Wong 


KUCHING,  Keadaan jerebu di Indonesia memaksa mesyuarat dua hala yang dijadualkan esok ditunda pada tarikh lain.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan berkata, beberapa daerah di Indonesia telah diisytiharkan darurat dan rakan setugasnya di negara itu terbabit dalam operasi jerebu.

"Kami telah bersertuju untuk mengadakan pertemuan pada tarikh lain sehingga keadaan pulih di Indonesia," kata Wan Junaidi.

Lebih 427 titik panas dikesan di Kalimantan semalam dan kualiti udara di daerah Tengah Kalimantan mencecah lima kali ganda tahap bahaya daripada 350 kepada 1995 pada Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Malaysia dijadualkan untuk mengadakan perbincangan berkenaan penggunaan api sifar untuk perladangan di tanah gambut dengan pihak Indonesia serta isu lain berkenaan jerebu.

Antara isu yang akan dibincangkan termasuklah penguatkuasaan undang-undang, sistem amaran awal api, pengurusan tanah gambut dan kerjasama antara negara Asean termasuk Singapura, Brunei dan Thailand.
Perjanjian dua hala jerebu rentas sempadan pernah dibuat dua tahun lalu.

Sementara itu, Sarawak merekodkan tahap kualiti udara sederhana di seluruh negeri dengan jarak penglihatan kurang 2,500 meter.

Peguam Negara diminta ambil tindakan terhadap Jamal dan Ali Tinju

Posted: 24 Sep 2015 04:47 AM PDT

RAJINA DHILLON

 

Liow-Tiong-Lai1
Liow tidak bersetuju perhimpunan pada 16 September lalu adalah perhimpunan aman dan peserta bertindak mengikut undang-undang, kerana wujud elemen-elemen keganasan. - Foto arkib TRP


KUALA LUMPUR, MCA menggesa penganjuran sebarang perhimpunan dihentikan pada masa depan, susulan ancaman-ancaman yang dibuat ketika dan selepas Perhimpunan Rakyat Bersatu, pada minggu lalu.


Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara itu, kerana menganggap perhimpunan itu boleh "mengancam dan memecahbelahkan negara".

Beliau bukan sahaja merujuk perhimpunan baju merah pada 16 September lalu, tetapi juga perhimpunan Bersih 4 yang menurutnya juga menampakkan "elemen-elemen tidak diingini", iaitu perbuatan memijak gambar pemimpin.

"Ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai rakyat Malaysia yang baik.

"Perhimpunan besar-besaran akhirnya membawa kepada konfrontasi ganas, kerana peserta dari kedua-dua pihak akan cuba mencabar satu sama lain.

"Semua ini bukan sahaja akan menjejaskan perpaduan dan nama baik negara di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA, hari ini.

Bercakap mengenai perhimpunan pada 16 September lalu, Liow tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang mendakwa ia adalah perhimpunan aman dan peserta bertindak mengikut undang-undang, kerana wujud elemen-elemen keganasan.

"Ia adalah jelas peserta perhimpunan itu mahu mencetuskan ketakutan dan ketegangan kaum. Kata-kata dan tindakan mereka bertujuan menakut-nakutkan dan sama seperti ugutan jenayah ke atas peniaga-peniaga di Petaling Street secara umumnya dan masyarakat Cina secara khususnya.

"Kata-kata seperti 'Cina Babi' dan 'Hapuskan SJKC' tidak boleh dimaafkan," katanya.

Liow juga mahu Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos. 

"Saya ingin menegaskan sekali lagi mengenai isu Jamal dan juga Ali Tinju, MCA memandang serius perkara ini . 

"Apabila individu terbabit melanggar undang-undang, melanggar Akta Hasutan, dan seperti yang kita tahu, kedua-duanya telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, Peguam Negara harus bertindak," katanya.

Ali Tinju telah memberi amaran kepada polis sebelum perhimpunan pada 16 September lalu, bahawa orang-orangnya akan berwaspada terhadap sebarang provokasi yang dilakukan orang Cina.

Susulan perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu, sekumpulan orang Melayu mendakwa mereka dihina dan maruah tercabar.

Ia susulan tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4 lalu.

Perhimpunan baju merah yang diketuai Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) bersama 250 NGO lain, diadakan bagi membantah penganjuran himpunan Bersih 4, hujung bulan lalu.

Semalam, Jamal memberi amaran mungkin berlaku rusuhan di Petaling Street Sabtu ini, disebabkan tidak ada sebarang tindakan dari kerajaan ke atas peniaga-peniaga di Petaling Street yang menjual barangan tiruan.

Sistem pendidikan satu aliran gagal kerana pemimpin lemah

Posted: 24 Sep 2015 04:43 AM PDT

 
Zam mengkagumi dasar Lee Kuan Yew yang mengetepikan sentimen bangsa sendiri dan kaum lain untuk merealisasi sistem pendidikan kebangsaan satu aliran


zam_Lee-Kuan-Yew_600


PETALING JAYA: Malaysia perlu mempunyai pemimpin yang berwibawa tinggi seperti bekas Presiden Singapura, Lee Kuan Yew jika ingin melaksanakan sekolah satu aliran.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, negarawan negara seberang tambak itu sanggup mengetepikan sentimen bangsa sendiri dan kaum lain demi merealisasi sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Usaha itu bukan mudah, kerana beliau telah ditentang hebat golongan cauvanis Cina khususnya Dewan Perniagaan Cina yang mahukan bahasa ibunda mereka dinaik taraf selepas berpisah daripada Malaysia.

"Untuk menyekat mereka dari meneruskan usaha mengangkat taraf Bahasa Cina,LKY telah menemui jawatankuasa semua dewan Cina di bawah pancaran kaca TV dan memberikan amaran kepada mereka bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapapun mengexploitasikan Bahasa Cina sebagai isu politik.

"Berikutan dengan itu beberapa orang cauvanis Cina berasal dari Malaysia telah lari balik ke Malaysia.

"Kejayaan Singapura meinggeriskan rakyatnya sehingga keperingkat LKY sendiri bimbang dengan deracination and de-culcuralisation yang akan menyebabkan tiap kaum di Singapura melupakan akar umbi mereka.Maka itu dilancarkan pula kempen re-ethnicisation, " tulisnya di zamkata.blogspot.com

Katanya lagi, langkah yang telah dibuat mendiang menyebabkan sentimen perkauman di kalangan generasi baru di pulau itu tidak menjadi isu kerana mereka telah pun disatukan oleh Bahasa Inggeris yang membangunkan perasaan "Singaporean Singapore"

Mengulas lanjut mengenai perbandingan di negara ini, Zainuddin atau nama penanya Zam berkata, usaha itu tidak berjaya kerana kepimpinan negara tidak ada keberanian dan kemahuan politik yang kuat untuk melakukannya.

Meskipun kerajaan telah cuba memperbaiki kelemahan yang berlaku tetapi tiada ketegasan.

Beliau memberi contoh penggunaan Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik yang telahpun ditentang oleh fanatik bahasa Melayu dan cauvanis Cina.

"Ahli-ahli Pelajaran Cina memberitahu saya inilah yang paling di takuti oleh mereka kerana akan memberikan nilai ekonomi kepada aliran kebangsaan dan akan memberi kesan buruk kepada sekolah-sekolah Cina kerana orang Cina yang pragmatik dan practical minded pasti akan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana tidak mahu membuang masa persekolahan dan menjamin masa depan.

"Jika ini berlaku maka sekolah Cina akan mati dengan sendirinya dan inilah sebabnya mereka bersama dengan gulongan fanatik Bahasa Melayu menentang rancangan untuk melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

"Jika dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan maka mereka akan ketinggalan.Fanatik Bahasa Melayu tidak nampak kesan positifnya, komen Zam dalam tulisnya.

Menyentuh mengenai sekolah aliran Tamil, beliau berkata ia tidak mendatangkan isu kerana kelemahan kewangannya.

Lebih 300 jemaah terkorban dalam rempuhan di Mina

Posted: 24 Sep 2015 04:19 AM PDT

 
Kejadian berlaku ketika ribuan sedang berkumpul untuk melontar jamrah.

 
 
haji_injured_600


PETALING JAYA: Lebih 300 jemaah haji terkorban manakala lebih 450 yang lain dilaporkan cedera ketika jemaah haji sedang melakukan ibadat wukuf di Mina

Menurut laporan agensi berita Al Arabiya, kejadian berlaku berhampiran khemah yang menempatkan jemaah haji.

Ketika itu ribuan sedang berkumpul untuk melontar jamrah.

Menurut laporan berkenaan, kerja-kerja menyelamat mangsa sedang diteruskan.

Nasib jemaah haji dari negara ini tidak diketahui dan Tabung Haji (TH) dilaporkan sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian berkenaan.

LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI


Sidang meja bulat : Kesangsian Pas berasas

Posted: 24 Sep 2015 04:15 AM PDT

 
Tuan Ibrahim dakwa pengumuman Pakatan Harapan merupakan tindakan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh pihak tertentu.


Tuan-Ibrahim_cmt_600


PETALING JAYA: PAS mencurigai wujud agenda tersembunyai di sebalik jemputan sidang meja bulat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan perkara itu kerana pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya sedangkan mereka mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat PKR pada 15 September lalu.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu adalah hanya persidangan untuk membincangkan isu melibatkan kepentingan rakyat bukannya penubuhan Pakatan Harapan.

"Perjumpaan antara Pas dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu, langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

"Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat. Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tuan Ibrahim berkata, daripada maklumat yang diperlehinya, terdapat pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan.

Malah dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan baharu ini," soalnya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yakin keputusan Pas untuk tidak menyertai persidangan meja buat adalah tepat dan parti itu terus mara ke hadapan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

"Pada waktu ini, Pas sebagai parti pembangkang terbesar, tidak akan terlibat dalam Pakatan Harapan kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan DAP dan juga Parti Pekerja @ Amanah," katanya.

FACABOOK Dato' Tuan Ibrahim

Tindakan terhadap individu niat cetus huru-hara di Petaling Street

Posted: 24 Sep 2015 04:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang berniat mencetuskan huru-hara di Petaling Street, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata ini termasuklah individu yang mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman seperti di tempat awam atau di media sosial.

"Jika kami merasakan ia menimbulkan ancaman kepada awam dan boleh mencetuskan rusuhan, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas solat Hari Raya Aidiladha dan majlis korban di Masjid Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata kesalahan ini melibatkan Seksyen 143 Kanun Keseksaan danSeksyen 105 Kanun Keseksaan yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan sesiapa sahaja untuk mencegah sebarang kesalahan termasuklah rusuhan.

"Saya juga akan panggil pihak penganjur perhimpunan untuk diambil keterangan," katanya.

Noor Rashid menasihatkan orang awam agar tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan di Petaling Street, Sabtu ini.

Antara lain perhimpunan itu diadakan ialah sebagai membantah kehadiran warga asing yang menjalankan perniagaan termasuklah menjual barangan terlarang dan tiruan di lokasi itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, berhubung kes pembunuhan Anthony Kevin Morais, Noor Rashid berkata setakat ini tiada tangkapan terbaharu dibuat oleh pihaknya dan siasatan masih diteruskan.

Mayat Morais, 55, yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.- Bernama


MP dan ahli DAP buat laporan polis terhadap Jamal

Posted: 24 Sep 2015 04:05 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan beberapa ahli DAP lain telah membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkaitan kenyataan beliau mengenai kemungkinan rusuhan di Petaling Street pada hari Sabtu.

Merujuk kepada laporan berita mengenai kenyataan Jamal semalam, mereka menggesa polis menyiasat perkara itu dan membuat tangkapan.

"Kami minta polis menyiasat kata-kata provokatif dan ancaman yang dinyatakan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dalam artikel itu.

"Kami juga mendesak polis mengambil tindakan tangkapan dengan segera," demikian menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini.

Sementara itu, The Star memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sebagai berkata Jamal akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan berkata jika benar Jamal melahirkan kata-katan ancaman itu dan dia didapati menghasut rusuhan, maka polis akan mengambil tindakan.

Noor Rashid juga dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan memanggil Jamal dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan memberitahu pemberita bahawa Jamal kini disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan rusuhan, tetapi pihak polis juga mempunyai kuasa di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah untuk membuat tangkapan bagi mengelak sebarang jenayah.

Selain itu, beliau berkata, polis akan menggerakkan anggotanya di Petaling Street sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiada jemaah Malaysia terlibat insiden rempuhan

Posted: 24 Sep 2015 03:56 AM PDT

Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina
Kematian dijangka meningkat. -Foto‎ Jabatan Pertahanan Awam Saudi


MINA - ‎ARAB SAUDI . Sehingga kini tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Beliau berkata, pihaknya kini sedang membuat kiraan jemaah haji yang berada di tanah suci.

"Kejadian berlaku bukan di kawasan kita. Kita tidak melalui kawasan kejadian, kerana terdapat laluan yang telah dikhaskan.

"Setakat ini tiada jemaah Malaysia yang terlibat, kita sedang mengira jumlah jemaah termasuk dari jemaah pakej," katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai laporan di media sosial kerana terdapat maklumat yang tidak sahih.

'Jangan percaya khabar angin di media sosial," ‎katanya.

Katanya, maklumat dari masa ke semasa akan diberitahu kepada media tempatan termasuk pemberitahuan terbaharu jika ada jemaah Malaysia yang terlibat‎.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina]

 

Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina

Posted: 24 Sep 2015 03:51 AM PDT

Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina
Kematian dijangka meningkat. -Foto‎ Jabatan Pertahanan Awam Saudi
 

MINA - ARAB SAUDI . Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 220 orang.

Manakala, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 450 orang.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.


Berita New York Times, Wall Street Journal WSJ Popularkan Malaysia, Najib Razak Melibatkan Dakwaan Rasuah Antarabangsa

Posted: 24 Sep 2015 01:03 AM PDT


BERITA SEMASA


Berita New York Times, Wall Street Journal WSJ Popular Malaysia di Pentas Dunia Melibatkan Dakwaan Rasuah Antarabangsa

Di muka nampak tenang dan bersahaja tetapi di dalam lubuk hatinya sendiri tiada siapa yang tahu apa yang sedang dirasakannya.

Masakan tidak, tidak henti-henti dunia terus berminat dengan figura politik yang bernama Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia serta tidak lupa juga Syarikat yang dinaunginya merangkap sebagai Pengerusi 1MDB.

Berita New York Times

Laporan berita New York Times yang mendapat capaian pengunjung dan pembaca setiap hari tidak boleh diambil ringan, merangkap salah sebuah portal berita yang berpengaruh di dunia setiap laporannya akan mendapat perhatian dan bakal viral di seluruh dunia.

 

Berita New York Times dan wall Street Journal WSJ Viral Di Seluruh Dunia

Termasuklah juga laporan terkini berita New York Times apabila menyentuh siasatan FBI terhadap Najib Razak dan kalangan yang berkaitan terhadap dakwaan rasuah antarabangsa telah pun dimulakan. Dan akhirnya berita termasuk menjadi viral termasuklah portal berita dan akhberita berita perniagaan berengaruh di dunia wall Street Journal WSJ apabila turut memaparkan siasatan terhadap Najib Razak dan juga anak tiri (anak Rosmah mansor dan suami lamanya) di muka hadapan mereka. Sekali lagi muka hadapan! Ermmm….


Dan akhirnya telah menjadi viral termasuklah portal berita dan berita berita perniagaan berpengaruh di dunia iaitu wall Street Journal WSJ apabila memaparkan skandal 1MDB Malaysia dan siasatan terhadap Najib Razak dan juga anak tiri (anak Rosmah mansor dan suami lamanya) di muka hadapan mereka. Sekali lagi muka hadapan! Ermmm….

Portal berita lain juga tidak ketinggalan menggangkat nama Malaysia untuk dimuatkan dalam laman berita mereka mengenai perkembangan terkini siasatan FBI terhadap perkaitan 1MDB, Najib Razak dan juga anak tirinya Riza Aziz yang boleh anda semak gambar-gambar di bawah ini….

Jikalau mengikut tafsiran laporan berita media arus perdana dan pemimpin politik di Malaysia, berita seperti ini mungkin terdapat agenda yang tidak baik contohnya :
  • Agenda mahu menjatuhkan dan gulingkan kerajaan Malaysia
  • Negara luar mahu masuk campur urusan kerajaan
  • Agenda Yahudi
  • Agenda Zionis
  • Agenda kafir
  • Agenda cina DAP
  • Agenda pembangkang
  • Agenda Komunis? Mungkin
  • Bla…bla…..bla…..
  • Ada lagi yang anda mahu tambah?
Ok. berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan berita New York Times kali ini, BS ada "highlightkan" beberapa point yang sangat penting dan bagi kami agak mengejutkan melihatkan "network" yang berlegar menjadi semakin jelas. Anda boleh semaknya seperti gambar di bawah ini……

P/S : Selain laporan Berita New York Times, berita Wall Street Journal WSJ yang membuat liputan mengenai skandal ini, berita Bulgaria, negara jiran kita Singapura, Australia, Thailand, Vietnam, Sepanyol, China, Korea Selatan, Rusia, Jepun, India juga tidak ketinggalan mempopularkan nama Najib Razak dan Malaysia.

PP/S : Satu dunia sedang memerhatikan Malaysia, gelodak yang berlaku di Malaysia. Berita Semasa tidak mahu Malaysia popular dengan cara yang sebegini rupa. Rakyat Malaysia juga tidak mahu Malaysia terus menjadi bahan ketawa negara-negara dunia yang lain. Persoalannya sampai bila?


New York Times New York Times Wall Street Journal WSJ

Sekarang Annuar Musa kata tiada perkauman dalam Islam

Posted: 23 Sep 2015 10:55 PM PDT



Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil 'asabiyah'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 23 September, 2015.Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil 'asabiyah'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
 
 
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa, yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana dilaporkan berkata beliau bersikap rasis seperti yang dibenarkan Islam, hari ini mendakwa kenyataan beliau disalah petik. 
 
 Beliau mendakwa tidak pernah mengakui amalan perkauman wujud di dalam Islam, sebaliknya katanya, Nabi Muhammad juga mengecam perbuatan sebegitu yang dipanggil "asabiyah."

Annuar berkata, beliau hanya mengaku bersifat perkauman jika ia ditakrifkan sebagai cintakan kaum sendiri.

"Mencintai kaum anda sendiri tidak salah, itu bukan assabiyah. Tetapi jika anda menindas kaum lain, itu asabiyah," Annuar kepada pemberita di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kuala Lumpur. 
 
"Saya kata, jika orang mahu mengatakan saya rasis kerana saya mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi, maka ya, saya rasis jika itu tafsiran yang anda mahu gunakan."

Katanya, tabiat semulajadi manusia menyayangi kaumnya sendiri, dan mereka yang menafikannya adalah hipokrit.

Annuar juga enggan dikaitkan dengan kenyataan perkauman dibuat peserta perhimpunan baju merah, mengatakan beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu dan beliau sendiri pernah mengingatkan pemimpin agar tidak melanggar undang-undang.

Beliau menyeru mereka yang menjadi mangsa mana-mana peserta perhimpunan agar membuat laporan polis mengenainya.

"Mereka itu tertakluk kepada undang-undang, dan tindakan mesti diambil. Tangkap saja mereka, senang. Tiada siapa pun sepatutnya mengatasi undang-undang," kata Annuar.

Annuar berkata, perhimpunan tersebut bukan idea Umno dan parti itu sebenarnya membantah sebarang demonstrasi berbaur perkauman di kawasan perniagaan didominasi orang Cina.

Tetapi, apabila cakap-cakap mengenai orang Melayu memprotes terhadap Bersih 4 di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur itu mula membina momentum, beliau masuk campur memainkan peranan sebagai penasihat supaya semuanya dalam keadaan terkawal.

"Saya fikir kalau kami tak masuk campur dan ia terjadi, ia akan mengakibatkan pertumpahan darah dan kita akan menyaksikan peristiwa 13 Mei berulang lagi," katanya.

Kerana itu, katanya, beliau mengusahakan supaya perhimpunan dipindahkan ke Padang Merbok dan menamakannya semula sebagai "Himpunan Rakyat Bersatu".

"Kalau anda lihat 14 resolusi yang dibaca pada penghujung perhimpunan itu, tiada langsung disebut mengenai menghapuskan sekolah Cina atau berjuang hanya untuk orang Melayu."


Peguam bimbang Sosma digunakan terhadap pengkritik 1MDB

Posted: 23 Sep 2015 10:52 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Peguam Syahredzan Johan berkata Sosma sepatutnya digunakan untuk kesalahan berkaitan keselamatan negara dan bukan pengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.Peguam Syahredzan Johan berkata Sosma sepatutnya digunakan untuk kesalahan berkaitan keselamatan negara dan bukan pengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider,.
 
 
Peguam Syahredzan Johan hari ini menyatakan kebimbangannya berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap kes bukan keganasan seperti terhadap pengkritik 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan menjangkakan ia bukan kali terakhir digunakan.

Bercakap di laman Twitter, Syahredzan mengulas penahanan pemimpin Umno dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditangkap semula di bawah Sosma selepas dibebaskan daripada tahanan reman kerana disiasat di atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata, Sosma diwujudkan untuk menangani kesalahan berkaitan keselamatan seperti keganasan dan bukan kes seperti Khairuddin yang membuat laporan antarabangsa berhubung 1MDB.

"Ini pertama kali Sosma digunakan terhadap ahli politik. "Kali pertama Sosma digunakan untuk kes berkaitan 1MDB. Saya takut ini bukan penggunaan yang satu-satunya", kata Syahredzan melalui akaun Twitter @syahredzan.


Ku Nan kata Pakatan Harapan akan bungkus

Posted: 23 Sep 2015 10:50 PM PDT



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Pakatan Harapan bakal berpecah akibat krisis dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Pakatan Harapan bakal berpecah akibat krisis dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Datuk Seri Tengku Adnan Tangku Mansor yakin penubuhan Pakatan Harapan bakal menerima nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang berpecah kerana krisis dalaman antara parti komponen. Dalam reaksi spontannya itu setiausaha agung Umno itu berkata seperti PR, gabungan parti baharu ini tidak akan bertahan lama.

"Saya rasa mereka akan bungkus, tidak ada pakatan. Mereka cuba untuk ikut Barisan Nasional (BN).

"Hanya BN sahaja parti yang berbilang kaum, mereka cuba tiru BN dan tengoklah apa jadi dengan mereka sekarang, Pakatan Harapan akan bungkus," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.


PSM berang Pakatan dakwa mereka tolak hak istimewa Melayu

Posted: 23 Sep 2015 10:48 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider

 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan dua ahli Parlimen Pakatan Harapan yang didakwa sebagai berbohong berkenaan alasan parti itu tidak dijemput menyertai gabungan baharu pembangkang.

Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak perkara tersebut yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Arutchelvan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam laporan Malaysiakini mendakwa PSM kekal tidak dijemput sejak pembentukan Pakatan Rakyat lagi kerana mereka tidak bersetuju dengan Perkara 153 yang diangkat dalam Dasar Bersama dahulu.

"Kami cabar dan tuntut penjelasan berkenaan kenyataan ini kerana ia tidak benar, bohong dan berniat jahat. 
 
 "Bila dan di manakah perbincangan ini berlaku? Siapa yang hadir dan di manakah buktinya? Cuma ada 3 perbincangan di antara PSM dan PKR. Dalam semua perbincangan, tidak pernah Perkara 153 dibincangkan," kata Arutchelvan dalam kenyataan hari ini.

Dalam laporan yang disebut Arutchelvan, Khalid yang kini bersama Parti Amanah Negara mendakwa dasar sosialis PSM menyebabkan parti itu menolak hak istimewa Melayu.

Menurut Arutchelvan, perkara itu tidak benar sama sekali malahan PSM dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 secara terang-terangan mengangkat manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga PKR. – 24 September, 2015.


Persepsi memalukan terhadap Malaysia

Posted: 23 Sep 2015 10:44 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY
 
 
Isu 1MDB dan siasatan yang dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) seperti dilaporkan oleh New York Times dan dipetik oleh beberapa pemberitaan di merata dunia telah memberi persepsi negatif terhadap Malaysia.
 
 
 
ashamed
Oleh Yunus Tasim


Kita bangga

Rakyat Malaysia yang menaikkan nama Malaysia di persada dunia sentiasa dialu-alukan. Samada di bidang sukan, di bidang seni, atau di peringkat kenegaraan. Rakyat Malaysia akan turut bangga dengan pencapaian Bangsa Malaysia.

Yang terus menaikkan nama Malaysia di mata dunia pasti akan disanjung. Malah jasa mereka itu akan menerima habuan. Wang ringgit, hadiah dan ada kalanya gelaran. Sedangkan pelakon antarabangsa Shahrukh Khan dan Jackie Chan, serta penyanyi Rossa dari Indonesia dapat gelaran Datuk, walaupun ramai rakyat masih tertanya-tanya apakah jasa mereka itu dalam menaikkan nama Malaysia.

Balik China, balik India

Begitulah pula sebaliknya. Mereka yang dianggap 'memburukkan' nama Malaysia dikecam. Kecaman itu terkadang bersifat melampau dan tidak berasas. Malah ada segelintir orang Malaysia yang menuntut supaya ditarik kerakyatan mereka. Tak kurang pula yang menyuruh orang Cina kembali ke negeri China, dan orang India dihantar ke negeri India. Ini semua lantaran anggapan mereka kononnya orang yang berkenaan itu telah merosakkan imej Malaysia. Ada yang lantaran berdemonstrasi di luar negara. Tapi kini pasti tidak lagi kerana demonstrasi jalanan telah menjadi halal dengan adanya Perhimpunan Maruah Melayu berbaju merah.

Kini bangsa dan negara Malaysia sedang menghadapi situasi yang amat memalukan. Jatuh imej dan maruah Malaysia. Kita bukan sahaja malu di rantau Asean, tapi telah menjangkau di Amerika dan Eropah.
Sungguh mengaibkan! Kalau dulu, rakyat Malaysia begitu bangga untuk menyatakan kita ini Bangsa Malaysia. Tapi kini, kalau boleh kita nak jadi seperti burung ostrich, sorokkan kepala ke dalam tanah.

Berita 1MDB menjangkau seluruh dunia

Isu 1MDB yang dilaporkan oleh New York Times sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika atau FBI telah menjadi tajuk berita di seluruh dunia. New York Times (NYT) melaporkan inkuiri yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bukan hanya menyiasat Najib tetapi juga Riza Aziz, anak tiri Najib dan ahli perniagaan Jho Low yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan Najib, Rosmah dan 1MDB.

Bulgaria News memaparkan imej Najib dengan memetik berita WSJ yang Najib sedang disiasat FBI. Berita Thailand memetik media US akan perkara yang sama. Begitu juga pemberitaan di Vietnam, Spanyol, Korea dan WSJ edisi Jepun memetik laporan tentang penyiasatan FBI terhadap 1MDB. Chinese News membawa tajuk FBI Menyiasat Najib yang mengujudkan dana 1MDB.

Pemberitaan di Russia membawa laporan FBI sedang menyiasat penggubahan wang haram melalui 1MDB. Russian LOL menyelitkan berita Najib dan 1MDB di bawah tajuk 'Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators'. Pemberitaan yang kebanyakan diambil dari laporan New York Times itu telah menjadi berita di 10 buah Negara di dunia. Ini belum lagi kesan dari internet dan media elektronik yang menjangkau ke seluruh dunia.

Kesan negatif pemberitaan 1MDB

Pastinya imej Najib akan makin popular di persada dunia. Dan persepsi terhadap Malaysia pasti turut sama melonjak naik. Tapi sayang bukan atas perkara yang baik, tetapi atas sebab dan perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah. Kita takut laporan-laporan itu akan menyebabkan Malaysia akan dikenali sebagai negara di mana kononnya rasuah berleluasa, dari peringkat bawah sampai peringkat tertinggi.

Walaupun belum sabit kesalahannya, tetapi kita tidak dapat elak persepsi orang terhadap kita. Sayang sekali, perkara yang masih dalam penyiasatan telah menjadi sensasi yang negatif terhadap Malaysia. Tentu rakyat Malaysia tidak ingin nama Malaysia yang harum mewangi sejak 30 tahun yang lalu tercemar. Buruk imej Malaysia akan memburukkan lagi prestasi ekonomi kita. Pelabur luar negara akan hilang keyakinan untuk melabur dan ini akan mengurangkan FDI masuk ke negara kita. Juga pasti akan memberi kesan negatif kepada peniaga luar negara yang ingin berurusan dengan rakyat Malaysia. Dan tentunya banyak lagi kesan sampingan terhadap negara dan kehidupan rakyatnya.

Kembalikan imej Malaysia yang positif

Bangsa Malaysia yang cintakan Malaysia mestilah berganding bahu membersihkan kekotoran ini dan mengembalikan imej Malaysia yang positif. Kita mahu pihak berwajib bertindak segera. Jika dulu ada segelintir rakyat Malaysia menuntut supaya yang didakwa memburukkan nama Malaysia di tarik kerakyatan atau di hantar pulang ke 'negara asal' mereka, apakah tuntutan yang sama dilakukan dalam kes yang tenat dan memalukan ini?

Tepuk dada tanya iman dan hati nurani anda!

(*)  Yunus Tasim adalah pembaca FMT

DBKL tidak akan beri kelulusan perhimpunan Sabtu ini

Posted: 23 Sep 2015 10:34 PM PDT

THE RAKYAT POST

 

SSR_4195
Mohd Amin Nordin berkata, terpulang kepada pihak polis untuk bertindak, jika berlaku rusuhan. - Foto arkib TRP/ Syahirah Roslan


KUALA LUMPUR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan memberi kelulusan untuk sebarang perhimpunan yang mungkin diadakan di Petaling Street, pada Sabtu ini.


Ia susulan kenyataan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos yang tidak menolak kemungkinan berlaku rusuhan di Petaling Street, Sabtu ini.

"Tiada kelulusan untuk sebarang perhimpunan atau aktiviti. Tetapi, terpulang kepada pihak polis untuk bertindak, jika berlaku rusuhan," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, pada Rabu.

Berhubung gesaan Jamal supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk bertindak terhadap penjualan barangan tiruan di Petaling Street, Mohd Amin Nordin berkata, jika ada operasi dijalankan kementerian itu, pegawai DBKL akan hadir.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Isa berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyertai atau mencetuskan rusuhan.

"Polis akan mengambil tindakan untuk memastikan keamanan dikekalkan," katanya yang dipetik The Malay Mail Online.

Menurut Jamal, rusuhan boleh berlaku, jika pihak berkuasa tidak bertindak ke atas peniaga-peniaga di Petaling Street yang menjual barangan tiruan.

"Kalau pihak berkuasa tidak mengambil tindakan, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin juga akan berlaku rusuhan di sana, Sabtu ini.

"Kalau mereka tidak ambil tindakan sehingga Jumaat ini, kalau berlaku apa-apa kekecohan di sana, saya tidak bertanggungjawab," katanya yang menjangkakan sekitar 5,000 orang akan hadir pada perhimpunan itu, jika ia berlaku.

Pencemaran air di Malaysia semakin serius – WWF

Posted: 23 Sep 2015 10:32 PM PDT

RAJINA DHILLON

 

sungai
Rakyat Malaysia digesa memikirkan kepentingan untuk memulihara sungai-sungai di negara ini. - Foto arkib TRP/ Syahirah Roslan


KUALA LUMPUR, Menjelang sambutan Hari Sungai Sedunia, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia menyeru rakyat negara ini memberi perhatian terhadap isu pencemaran air yang kian meruncing.


Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma berkata, isu itu telah menjadi masalah serius di Malaysia yang membawa kesan negatif terhadap kelestarian sumber air negara.

Di Klang dan Kuala Langat khususnya, kualiti air di perairan terbabit semakin merosot, disebabkan pembuangan sisa domestik ke dalam sungai, terutamanya dari kawasan perumahan dan perindustrian, juga pelepasan sisa pembangunan tanah dan pertanian.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pertambahan populasi menyebabkan permintaan untuk bekalan air bertambah yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pelepasan air sisa.

"Air sisa dari kawasan perumahan, komersial dan perindustrian menyebabkan bau busuk, khasnya dengan kehadiran sampah yang menjejaskan kualiti air hujan dan mencemarkan ekologi sungai," kata Sharma dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, sungai tercemar turut mendatangkan kesan negatif ke atas tumbuh-tumbuhan serta organisma dan secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara, kerana kos merawat air tercemar adalah tinggi.

Menurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, tahap pencemaran untuk 5.3 peratus daripada 473 sungai adalah 36.6 peratus, pada 2013.

"Walaupun peratusan sungai tercemar berkurangan sebanyak 1.7 peratus berbanding 2012, peratusan sungai yang sedikit tercemar meningkat sebanyak 2.6 peratus.

"Masalah pencemaran air kini semakin serius, dengan laporan menunjukkan trend menurun," tegasnya.

Sempena sambutan Hari Sungai Sedunia pada Ahad ini, rakyat Malaysia digesa memikirkan kepentingan untuk memulihara sungai-sungai di negara ini.

Jamal perlu dikenakan tindakan – Wee Ka Siong

Posted: 23 Sep 2015 10:30 PM PDT

The Star

 

kasiong
Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Jamal sebagai melampaui batas kerana cuba bertindak seolah-olah mengambil undang-undang sendiri. 


KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebagai tidak bertanggungjawab dan perlu diambil tindakan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Jamal berhubung satu lagi perhimpunan yang boleh membawa kepada rusuhan akan berlaku pada Sabtu ini di Petaling Street.

"Beliau melampaui batas dan seolah-oleh menggunakan undang-undang sendiri. Bagaimana beliau boleh mengancam negara ini dengan satu rusuhan?" tegas Wee memetik laporan The Star Online.

Semalam, Jamal mendakwa akan berlaku satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling pada Sabtu ini yang boleh membawa kepada rusuhan.

Beliau turut mendakwa perhimpunan itu dibuat bagi mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap peniaga di Jalan Petaling yang menjual barangan tiruan.

Dalam masa yang sama, Jamal turut meminta agar ruang perniagaan di Jalan Petaling diberikan secara adil kepada semua kaum di Malaysia dan tidak hanya dimonopoli oleh peniaga Cina.

Sementara itu, Wee menegaskan agar Jamal menggunakan saluran yang betul dalam mengajukan aduan dan tindakan memberi kata dua kepada kerajaan untuk mencetuskan rusuhan adalah satu kesalahan.