Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AMBIGA DAN MARIA CHIN TINGGALKAN MEJA BULAT PAKATAN HARAPAN KERANA DIPERBODOH-BODOHKAN

Posted: 23 Sep 2015 11:04 AM PDT

BARU AMBIGA TAHU DIKTATORNYA PKR, DAP DAN PEKERJA

Ambiga terkenal sebagai pejuang liberal dan demokrasi. Tapi semalam dalam persidangan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan, dia terasa ditipu kerana kewujudan PH hasil dari keputusan yang langsung tak demokratik.

Dakwanya, keputusan dah dibuat sebelum persidangan meja bulat. Mereka hanya dijemput untuk bersetuju dan angguk sahaja. Oleh kerana itu dia bersama Maria Chin ambil keputusan angkat kaki keluar meninggalkan meja bulat yang sebenarnya berbentuk empat segi itu.

Parah. DAP sebuah parti demokrasi. PKR mendakwa perjuangkan dasar demokrasi. Parti Pekerja didokongi pihak yang konon keluar PAS sebab demokrasi. Tapi yang berlaku, seawal penubuhan PH lagi demokrasi telah dicabul.

Ambiga baru tahu apa perasaan TGHH setiap kali dipanggil mesyuarat. Hanya dipaksa jadi rubberstamp untuk keputusan yang telah dibuat. Isu Langkah Kajang, pecat TSKI dan semua, ini sebenarnya kediktatoran yang berlaku oleh mereka yang terlalu takut menerima pandangan pihak lain.

Kita boleh bayangkan bagaimana rupanya kalau PH perintah Malaysia. Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi. Rakyat wajib setuju. Tiada lagi ruang demokrasi. Tiada lagi suara-suara rakyat yang dirai. Nama rakyat pun sudah tiada dalam pakatan ini.

Cara begini akan buat pejuang rakyat lebih benci kepada politikus. Ambiga tak terlibat mana-mana parti, tetapi bekerjasama dengan PR untuk pilihanraya Bersih. Setelah dia tahu perangai sebenar parti politik, saya cukup risau pejuang-pejuang yang berada dalam NGO, individual person dan non partisan movement tidak akan bersama lagi dengan pembangkang.

Malangnya, kebencian kepada kerajaan membutakan kita untuk berfikir cara rasional. Emosi telah menguasai akal. Lalu kesempatan terus diambil dengan cara eksploitasi emosi untuk mencapai kehendak diri. Ditipu hidup-hidup pun mahu percaya lagi. Malang.

Pemerhati
(Alang Ibn Shukrimun)

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Salam qurban ...

Posted: 23 Sep 2015 01:49 AM PDT


Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Hidup adalah untuk berkorban.

Berkorban untuk diri sendiri. Berkorban untuk orang lain. Berkorban untuk keluarga. Berkorban untuk masyarakat.

Berkorban dan berjuang demi jalan Allah. Demi kalimah mengesakan tuhan. Demi kemuliaan Islam.

Demi kebenaran. Demi keadilan. Demi kesejahteraan ramai. Demi keselamatan dan keamanan tanahair. Demi kemakmuran negara.

Demi kehancuran musuh dan menghampuskan anasir jahat.

Sacrifice of the few for the benefit of the largese.

Dalam berkorban, janganlah mengharapkan imbuhan.

Kadangkala dalam berjuang, berkorban, dan menyumbang tidak berakhir sebagai wira ...

Bila ada dalang mengatur, reda bila jatuh. Jadi mangsa yang dihina dan cemuh.

Walillahilham.

Peringatan untuk hari mulia.
Maaf zahir dan batin.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


U/P Berehat sekejap ...



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Relakah Pas diperkotak-katikkan lagi?

Posted: 23 Sep 2015 08:37 AM PDT


Bercelaru dan keliru – Mungkin itu­lah istilah paling tepat untuk menggambarkan konflik dalam pakatan pembangkang sekarang. Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan serpihan Pas menyebabkan situasi itu berlaku.

DAP mahu kekal dalam pakatan pembangkang tetapi menolak Pas. DAP mahu bekerjasama dengan PKR dan Amanah sahaja. PKR pula mahukan pakatan itu menggabungkan semua parti iaitu PKR, DAP, Pas dan Amanah, manakala Amanah pula bersedia bekerjasama dengan Pas dalam pakatan tetapi Pas pula tidak mahu bekerjasama dengan Amanah dan DAP tetapi mahu kekal bersahabat dengan PKR.

Sebenarnya, penyelesaiannya mudah, Pas seharusnya mengekalkan pendirian untuk terus berada dalam blok pembangkang tetapi tidak bekerjasama dengan ketiga-tiga parti tersebut dalam satu pakatan. Ini memandangkan berdasarkan kekuatan yang ada pada Pas, ketiga-tiga parti itu lebih memerlukan Pas.

Walaupun DAP enggan bekerjasama dengan Pas tetapi mereka memahami kekuatan Pas dalam usaha meraih sokongan orang Melayu. Amanah pula tidak mempunyai apa-apa kekuatan selain sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan selepas pemimpinnya tewas dalam pemilihan Pas pada Jun lalu.

PKR pula seperti mana diketahui banyak pihak bergantung kepada sokongan penyokong Pas untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, oleh itu Pas perlu memahami nilai yang ada kepada mereka dan bukannya membiarkan orang lain mencaturkan untuk mereka dalam menentukan haluan politik.


Kalau mengkaji semula apa yang berlaku dalam pakatan sebelum ini termasuklah terbentuknya Amanah, Pas sepatutnya tidak boleh menyerah kalah semata-mata mahukan kuasa. DAP dan Ama­nah sama sahaja pernah menghina Pas habis-habisan. Malah kewujudan Amanah atas alasan pakatan pembangkang perlu 'dibentuk semula' – ertinya pakatan tanpa Pas.

Apa yang pemimpin-pemimpin Amanah tidak pernah kata kepada Pas, begitu juga DAP. PKR pula tidak pernah dilihat mahu menyokong Pas bila ada isu sebaliknya sering mengamalkan politik selamat demi menjaga hati DAP.

Sebab itulah PKR walaupun mahu terus berkawan dengan Pas namun tiada jaminan mereka tidak akan membuat perangai lama iaitu tunduk kepada kehendak politik DAP. Dalam banyak krisis yang berlaku DAP dan PKR boleh dikatakan senada dan Pas sering di­pinggirkan.

Oleh itu Pas tidak boleh mengikut nafsu politiknya sehingga sanggup membiarkan maruahnya terus diinjak-injak semata-mata mahu meraih kuasa. Pas jangan terperangkap dengan sandiwara politik PKR, DAP dan Amanah.

Pas perlu ingat berapa ramai wakil rakyat yang berada dalam Amanah sekarang mencapai kemenangan atas tiket Pas tetapi mereka tidak mahu meletakkan jawatan, alasannya mereka dipilih oleh rakyat.

Jika benar merasakan rakyat bersama mereka sepatutnya semua wakil rakyat tersebut membenarkan pilihan raya kecil diadakan, ketika itu kita boleh lihat apakah rakyat memilih mereka atas nama individu atau parti.

Amanah sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Mereka memahami situasi ini, sebab itulah secara tiba-tiba pemimpin Amanah bernada lembut dengan Pas walaupun sebelum ini pelbagai kecaman dilemparkan.

Oleh itu Pas seharusnya memikirkan semasak-masakkan apa juga keputusan yang hendak dilakukan dalam soal bekerjasama dalam pakatan pembangkang. Pas bukanlah parti yang ditubuhkan melalui demonstrasi jalanan atau dilahirkan akibat kekecewaan pemimpinnya tidak mendapat jawatan dalam parti tetapi Pas diwujudkan oleh sekumpulan ulama demi menegakkan syiar Islam di negara ini. Jangan lupa 'bai'ah' tersebut! - UMO

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ku Nan kata Pakatan Harapan akan bungkus

Posted: 23 Sep 2015 09:38 PM PDT

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Pakatan Harapan bakal berpecah akibat krisis dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015.
Datuk Seri Tengku Adnan Tangku Mansor yakin penubuhan Pakatan Harapan bakal menerima nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang berpecah kerana krisis dalaman antara parti komponen. Dalam reaksi spontannya itu setiausaha agung Umno itu berkata seperti PR, gabungan parti baharu ini tidak akan bertahan lama.
"Saya rasa mereka akan bungkus, tidak ada pakatan. Mereka cuba untuk ikut Barisan Nasional (BN).

"Hanya BN sahaja parti yang berbilang kaum, mereka cuba tiru BN dan tengoklah apa jadi dengan mereka sekarang, Pakatan Harapan akan bungkus," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Polis akan siasat gertakan Jamal, berkawal di Jalan Petaling

Posted: 23 Sep 2015 09:36 PM PDT


Polis akan memanggil Datuk Jamal Md Yunos untuk disiasat berkenaan gertakannya yang mahu menggembleng 5,000 orang ke kawasan perniagaan Jalan Petaling yang didominasi Cina, Sabtu ini.Datuk Jamal Md Yunos akan dipanggil polis selepas mahu menggembleng 5,000 orang ke kawasan perniagaan Jalan Petaling di Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. Memetik laporan The Star Online, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memberi jaminan polis "pasti" akan bertindak terhadap ketua Umno bahagian Sungai Besar itu termasuklah menahannya jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara.
"Jika Jamal benar-benar mengeluarkan kenyataan mengugut, jika beliau didapati sengaja mencetuskan huru-hara, kita akan bertindak. Kita akan panggil dia tak lama lagi," katanya.

Menurutnya, Jamal akan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan – yang berkaitan dengan penyertaan perhimpunan haram – dan polis juga tidak akan teragak-agak menahan ahli perniagaan itu di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah. Kata Rashid, polis juga akan menempatkan anggotanya di Jalan Petaling sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan rusuhan Sabtu ini.
"Kami akan melakukan semua persiapan yang perlu bagi memastukan tiada gangguan dan Petaling Street selamat dikunjungi."
Jamal semalam menggertak akan mengetuai sendiri kumpulan 5,000 orang berhimpun di Jalan Petaling jika penguasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak turun menjalankan operasi di situ hari ini.

Tidak faham erti pengorbanan walaupun pergi haji-Anina

Posted: 23 Sep 2015 09:24 PM PDT

Terdapat mereka yang berkali-kali pergi haji tetapi masih mementingkan diri sendiri sehinggga mengorbankan maruah agama, bangsa dan negara.
anina
PETALING JAYA: Masih ada individu yang tidak memahami erti pengorbanan yang sebenar walaupun sudah berkali-kali menunaikan ibadat haji.
Sindiran itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin di laman Facebooknya.
"Ada umat Islam yang mementingkan diri sendiri sehingga mengorbankan maruah, nama baik keluarga, agama, bangsa dan negara.
"Kita hormati hari suci umat Islam ini untuk kesedaran, doa dan harapan," katanya sempena ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Menulis mengenai kenyataannya, dia menjelaskan status di laman sosialnya tidak digunakan untuk memaki hamun dan mencerca golongan tertentu sebaliknya beliau mendoakan semoga mereka yang tamak haloba dengan kekayaan dan kuasa serta pangkat dunia supaya segera insaf dan kembali kepada fitrah kemanusiaan.
"Saya seru umat Islam dan rakyat Malaysia dengan penuh hormat untuk menyemai semangat pengorbanan dan kasih sayang supaya negara kita ini kembali aman, makmur dan tenteram di bawah payung kepimpinan yang lebih baik dan memahami denyut nadi rakyat," katanya.

PSM berang Pakatan dakwa mereka tolak hak istimewa Melayu

Posted: 23 Sep 2015 09:22 PM PDT

Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. 
Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, selepas PSM tidak dijemput menyertai Pakatan Harapan. 

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan dua ahli Parlimen Pakatan Harapan yang didakwa sebagai berbohong berkenaan alasan parti itu tidak dijemput menyertai gabungan baharu pembangkang. Bekas setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menafikan parti itu menolak perkara tersebut yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Arutchelvan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dalam laporan Malaysiakini mendakwa PSM kekal tidak dijemput sejak pembentukan Pakatan Rakyat lagi kerana mereka tidak bersetuju dengan Perkara 153 yang diangkat dalam Dasar Bersama dahulu.

"Kami cabar dan tuntut penjelasan berkenaan kenyataan ini kerana ia tidak benar, bohong dan berniat jahat. "Bila dan di manakah perbincangan ini berlaku? Siapa yang hadir dan di manakah buktinya? Cuma ada 3 perbincangan di antara PSM dan PKR. Dalam semua perbincangan, tidak pernah Perkara 153 dibincangkan," kata Arutchelvan dalam kenyataan hari ini.
Dalam laporan yang disebut Arutchelvan, Khalid yang kini bersama Parti Amanah Negara mendakwa dasar sosialis PSM menyebabkan parti itu menolak hak istimewa Melayu.
Menurut Arutchelvan, perkara itu tidak benar sama sekali malahan PSM dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 secara terang-terangan mengangkat manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga PKR.

Keputusan PAS tepat tak sertai persidangan meja bulat - Tuan Ibrahim

Posted: 23 Sep 2015 09:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perjumpaan antara PAS dengan PKR di Pejabat PKR pada September 15 yang lalu langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya ia diberi gambaran bahawa persidangan itu sekadar sebagai perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat.

"Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada persidangan itu, katanya laporan pelbagai media mendedahkan ada pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baru iaitu Pakatan Harapan.

Tambahnya, dakwaan itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh DAP Pulau Pinang.

"Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baru ini," ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Penahanan semula Khairuddin bawah Sosma jejaskan demokrasi berparlimen

Posted: 23 Sep 2015 09:10 PM PDT

Bersih 2.0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk sekeras-kerasnya penahanan semula Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan – setelah dibebaskan daripada tahanan reman – di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan melihatnya sebagai suatu tindakan berniat jahat yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Bersih 2.0 menegaskan, satu ciri paling istimewa demokrasi berparlimen ialah keanjalan dalam menukar ketua kerajaan, iaitu perdana menteri. Perdana menteri tidak mempunyai jaminan kerja dan boleh "dipecat" Parlimen pada bila-bila masa seandainya perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen.
Kerana itu, demokrasi berparlimen hanya dapat berfungsi dengan baik apabila rakyat bebas mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri, dan Parlimen pula bebas untuk menentukan sama ada kepercayaan kepada perdana menteri masih wujud atau tidak.

Sesiapa yang cuba menghalang rakyat daripada mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri, dan cuba menafikan hak Parlimen untuk mempertimbangkan semula kebolehpercayaan terhadap perdana menteri sebenarnya merampas kuasa rakyat dan Parlimen dan menjejaskan demokrasi berparlimen. Penahanan Khariuddin asalnya di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaaan [cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen] dan penahanan semula beliau di bawah Sosma (boleh sampai 29 hari) di bawah Seksyen 124K [sabotaj] and 124L [cubaan untuk melakukan sabotaj] Kanun Keseksaan adalah tindakan berniat jahat.
Bersih 2.0 menegaskan, tiada sebarang undang-undang di Malaysia yang mengharamkan rakyat Malaysia daripada memanfaatkan sistem undang-undang di mana-mana negara lain di dunia. Khairuddin tidak bersalah dan tidak melakukan sabotaj dengan mengemukakan laporan mengenai skandal 1MDB ke sistem perundangan negara lain.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin Abdullah cemarkan imej Umno, kata Ku Nan

Posted: 23 Sep 2015 09:01 PM PDT

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kehadiran ahli Umno Datuk Saifuddin Abdullah di perbincangan pembangkang akan mencemarkan imej parti Melayu itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. 
Tindakan bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang hadir ke persidangan meja bulat Pakatan Harapan Selasa lalu, di lihat sebagai mencemarkan imej Umno, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Setiausaha agung Umno itu berkata, meskipun kehadiran Saifuddin ke majlis berkenaan dikatakan bukan atas kapasitinya sebagai ahli parti Melayu itu, ianya tetap mencetuskan persepsi negatif dan membangkitkan persoalan mengenai motif tindakan tersebut. "Sebab tersebar ini adalah kerana yang hadir ialah bekas timbalan menteri dan ahli Umno. Ini persepsi," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Apa yang anda rasa? Saya seorang Melayu bermaruah sekiranya....?

Posted: 23 Sep 2015 08:50 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Saya isytiharkan saya rasis, tetapi dakwa Islam menyokong pendirian saya.
Saya dakwa betapa murahnya hati saya untuk berkongsi Malaysia dengan kaum lain, tetapi abaikan hak Orang Asli.
Saya berhak menghina orang lain dengan gelaran seperti "Cina gila babi" dan tidak rasa bersalah menghina orang bukan Melayu.
Saya bertegas yang hak saya lebih penting berbanding orang lain.
Saya mendakwa sekolah Cina menyokong perkauman dan mengamalkan meritokrasi.
Saya seorang Mat Rempit yang menganggur, tetapi berlagak "berkuasa" dengan jadi kasar dan lucah.
Saya dengki dengan perarakan Bersih 4, berhasil menarik 500,000 orang turun ke jalan di KL.
Saya salahkan Cina kerana masalah yang dihadapi oleh kaum saya sendiri.
Saya dakwa orang Cina rasis, apabila menggaji kakitangan untuk syarikat multi bahasa mereka, tetapi tidak berbuat apa-apa untuk belajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris, atau Mandarin untuk menaikan peluang saya mendapat kerja.

Saya dakwa Umno Baru bukanlah dalang di belakang perarakan baju merah, tetapi pemimpin utamanya menghamburkan kejian perkauman di perarakan itu.
Saya dakwa lebih hebat dan tinggi berbanding kaum lain, kemudian bertindak lagak penyagak, dan merosakan perniagaan orang Cina.
Saya dakwa hormati agama lain, tetapi mengheret kepala lembu di sepanjang jalan, dan merampas bible Melayu.
Saya mengkritik perarakan Bersih 4 atas kelam kabut yang mereka cetuskan, tetapi rasa tidak salah membuang sampah merata-rata dan menceroboh kawalan polis.
Saya mahu semua salib dibuang dari lambang, dinding dan buku sekolah, kerana ianya tidak Islam.
Saya desak anak-anak bukan Islam supaya tidak minum sewaktu Ramadan, kerana ia akan menguji kesabaran saya.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Md Yunos patut dikenakan tindakan undang-undang - Wee

Posted: 23 Sep 2015 08:46 PM PDT

Jamal Md Yunos patut dikenakan tindakan undang-undang - Wee
KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau dikenali sebagai perhimpunan Baju Merah 16 September lalu, Datuk Jamal Md Yunos perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana mengancam untuk mengadakan satu lagi perhimpunan atau protes di Petaling Street Sabtu ini.

Memetik laporan The Star Online, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan rusuhan.

"Beliau melampaui batas dan seolah-oleh menggunakan undang-undang sendiri.

"Bagaimana beliau boleh mengancam negara ini dengan satu rusuhan?" tegas Wee.

Tindakan Jamal menurut Wee, bukan sahaja mencemar imejnya sebagai pemimpin politik, tetapi juga imej negara.

Penganjur ketika perhimpunan 16 September lalu, antara lain mendakwa barangan tiruan dijual di kawasan Petaling Street atau lebih dikenali sebagai Chinatown, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Perhimpunan itu turut menuntut peniaga di Petaling Street supaya berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan menamatkan monopoli di kawasan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam bimbang Sosma digunakan terhadap pengkritik 1MDB

Posted: 23 Sep 2015 08:44 PM PDT


Peguam Syahredzan Johan hari ini menyatakan kebimbangannya berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap kes bukan keganasan seperti terhadap pengkritik 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan menjangkakan ia bukan kali terakhir digunakan.Peguam Syahredzan Johan berkata Sosma sepatutnya digunakan untuk kesalahan berkaitan keselamatan negara dan bukan pengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. Bercakap di laman Twitter, Syahredzan mengulas penahanan pemimpin Umno dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditangkap semula di bawah Sosma selepas dibebaskan daripada tahanan reman kerana disiasat di atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.
Beliau berkata, Sosma diwujudkan untuk menangani kesalahan berkaitan keselamatan seperti keganasan dan bukan kes seperti Khairuddin yang membuat laporan antarabangsa berhubung 1MDB.

"Ini pertama kali Sosma digunakan terhadap ahli politik. "Kali pertama Sosma digunakan untuk kes berkaitan 1MDB. Saya takut ini bukan penggunaan yang satu-satunya", kata Syahredzan melalui akaun Twitter @syahredzan.

Berbincang dengan Umno, PAS tidak tolak kemungkinan itu

Posted: 23 Sep 2015 08:04 PM PDT

Mohd Sayuti Omar


"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan PAS bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari Selasa.
Pemimpin kanan PAS itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada... " katanya apabila disoal apakah benar PAS sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.
"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan PAS, baiklah tu... " ujarnya lagi cuba mengelak.

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan.
"Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan PAS ini serta membolehkan orang membaca peta politik PAS.
Keadaan hari ini dalam PAS sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama PAS-Umno itu diadakan.
Read More / Baca Lagi >>

Gadai Negara: MB N9 tak setuju 1MDB jual aset kepada firma asing

Posted: 23 Sep 2015 08:00 PM PDT

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan membantah cadangan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mahu menjual aset tenaga Edra Global Energy Berhad kepada firma asing, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Menurut akhbar milik Umno itu, bantahan Mohamad adalah kerana bimbang tindakan menyerahkan kepada firma asing akan mendedahkan negara kepada risiko keselamatan.
"Saya bukanlah seorang yang anti terhadap perniagaan dilakukan oleh orang asing tetapi cadangan seperti ini secara umumnya tidak baik untuk negara.

"Secara peribadi saya meminta 1MDB, kementerian kewangan dan kerajaan agar memikirkan semua secara masak-masak dan banyak kali cadangan untuk melepaskan aset tenaga negara," katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini. Menurut Mohamad, seharusnya aset tenaga itu diserahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) walaupun tawaran yang dikemukakan lebih rendah sedikit berbanding firma asing.
Katanya, jika aset itu dimiliki TNB semua pihak terutamanya rakyat akan menikmati faedah lebih terjamin kerana aset berkenaan adalah milik tempatan.
"Sejauh mana pun kita mungkin membenci 1MDB tetapi dalam hal ini kita kena berfikir secara rasional dan meletakkan kepentingan negara lebih atas daripada kebencian kita.
"Cukuplah dengan apa yang berlaku mari kita bergerak ke hadapan dan tidak menilai setiap perkara berdasarkan sentimen semata-mata," katanya.

Anwar bukan Nelson Mandela – Bung Mokhtar

Posted: 23 Sep 2015 07:44 PM PDT

Beliau mendakwa Pakatan Harapan seperti hilang akal apabila mencalonkan Anwar yang masih merengkok dalam penjara sebagai Perdana Menteri.
bung
PETALING JAYA: Keputusan Pakatan Harapan yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang itu menang pilihan raya terus dikritik kerana dianggap tidak munasabah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, Pakatan Harapan seperti 'hilang akal' apabila mencalonkan Anwar sedangkan Ketua Umum PKR itu masih di dalam penjara selepas PRU14.
Katanya, Pakatan Harapan juga sepatutnya sedar dengan hakikat bahawa Anwar jauh berbeza dengan Nelson Mandela yang menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjara 27 tahun.
"Nelson Mandela dipenjara kerana faktor politik tetapi Anwar dipenjara selepas mahkamah mendapati beliau bersalah melakukan jenayah
"Saya nampak bahawa Pakatan Harapan ketandusan pemikiran yang baik, sebab seorang sudah dipenjara itu pula mereka nak jadikan idola, Anwar bukan Nelson Mandela. Mahkamah sudah membuktikan Anwar bersalah," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu menyeru rakyat 'membuka mata' sama ada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang yang berjuang untuk rakyat dan pihak mana pula yang berjuang demi kuasa.
Bung turut menyindir pembangkang apabila penubuhan Pakatan Harapan tidak mendapat sokongan Pas.
"Saya nampak dari awal penubuhan Pakatan Harapan dah bercelaru, ini jelas menunjukan Pakatan Harapan ini rapuh.
"(Malah) saya tetap yakin bahawa BN yang sudah lama memerintah tidak dapat ditewaskan Pakatan Harapan kerana mereka sendiri tidak menyerlah kerana dibayangi Pas yang mendapat sokongan orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah," katanya.

Persepsi memalukan terhadap Malaysia

Posted: 23 Sep 2015 07:31 PM PDT

Isu 1MDB dan siasatan yang dijalankan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) seperti dilaporkan oleh New York Times dan dipetik oleh beberapa pemberitaan di merata dunia telah memberi persepsi negatif terhadap Malaysia.
ashamed
Oleh Yunus Tasim
Kita bangga
Rakyat Malaysia yang menaikkan nama Malaysia di persada dunia sentiasa dialu-alukan. Samada di bidang sukan, di bidang seni, atau di peringkat kenegaraan. Rakyat Malaysia akan turut bangga dengan pencapaian Bangsa Malaysia.
Yang terus menaikkan nama Malaysia di mata dunia pasti akan disanjung. Malah jasa mereka itu akan menerima habuan. Wang ringgit, hadiah dan ada kalanya gelaran. Sedangkan pelakon antarabangsa Shahrukh Khan dan Jackie Chan, serta penyanyi Rossa dari Indonesia dapat gelaran Datuk, walaupun ramai rakyat masih tertanya-tanya apakah jasa mereka itu dalam menaikkan nama Malaysia.
Balik China, balik India
Begitulah pula sebaliknya. Mereka yang dianggap 'memburukkan' nama Malaysia dikecam. Kecaman itu terkadang bersifat melampau dan tidak berasas. Malah ada segelintir orang Malaysia yang menuntut supaya ditarik kerakyatan mereka. Tak kurang pula yang menyuruh orang Cina kembali ke negeri China, dan orang India dihantar ke negeri India. Ini semua lantaran anggapan mereka kononnya orang yang berkenaan itu telah merosakkan imej Malaysia. Ada yang lantaran berdemonstrasi di luar negara. Tapi kini pasti tidak lagi kerana demonstrasi jalanan telah menjadi halal dengan adanya Perhimpunan Maruah Melayu berbaju merah.
Kini bangsa dan negara Malaysia sedang menghadapi situasi yang amat memalukan. Jatuh imej dan maruah Malaysia. Kita bukan sahaja malu di rantau Asean, tapi telah menjangkau di Amerika dan Eropah. Sungguh mengaibkan! Kalau dulu, rakyat Malaysia begitu bangga untuk menyatakan kita ini Bangsa Malaysia. Tapi kini, kalau boleh kita nak jadi seperti burung ostrich, sorokkan kepala ke dalam tanah.
Berita 1MDB menjangkau seluruh dunia
Isu 1MDB yang dilaporkan oleh New York Times sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika atau FBI telah menjadi tajuk berita di seluruh dunia. New York Times (NYT) melaporkan inkuiri yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bukan hanya menyiasat Najib tetapi juga Riza Aziz, anak tiri Najib dan ahli perniagaan Jho Low yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan Najib, Rosmah dan 1MDB.
Bulgaria News memaparkan imej Najib dengan memetik berita WSJ yang Najib sedang disiasat FBI. Berita Thailand memetik media US akan perkara yang sama. Begitu juga pemberitaan di Vietnam, Spanyol, Korea dan WSJ edisi Jepun memetik laporan tentang penyiasatan FBI terhadap 1MDB. Chinese News membawa tajuk FBI Menyiasat Najib yang mengujudkan dana 1MDB.
Pemberitaan di Russia membawa laporan FBI sedang menyiasat penggubahan wang haram melalui 1MDB. Russian LOL menyelitkan berita Najib dan 1MDB di bawah tajuk 'Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators'. Pemberitaan yang kebanyakan diambil dari laporan New York Times itu telah menjadi berita di 10 buah Negara di dunia. Ini belum lagi kesan dari internet dan media elektronik yang menjangkau ke seluruh dunia.
Kesan negatif pemberitaan 1MDB
Pastinya imej Najib akan makin popular di persada dunia. Dan persepsi terhadap Malaysia pasti turut sama melonjak naik. Tapi sayang bukan atas perkara yang baik, tetapi atas sebab dan perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah. Kita takut laporan-laporan itu akan menyebabkan Malaysia akan dikenali sebagai negara di mana kononnya rasuah berleluasa, dari peringkat bawah sampai peringkat tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Resist sweeping wrongdoing under the carpet

Posted: 23 Sep 2015 07:30 PM PDT

No one can get away with anything if the people are determined not to allow them to get away.

KUALA LUMPUR: It's high time that the people rise up in defence of the nation and future generations, urged a political analyst. He warned in his latest blog posting that covering up wrongdoing and sweeping them under the carpet was not the way to enlist the confidence of the international community in the country. "The consumer sentiment and the confidence of investors in the people, government, economy, market, ringgit and country would be affected too."
No one, he said, should think that he can act with impunity i.e. do what he or she likes and expect to get away. "No one can get away with anything if we are determined not to allow them to get away."
Shahbudin Husin, the analyst, pointed out that it was really shameful that the world outside does not hesitate to investigate wrongdoing by Malaysians, at home and abroad, while the authorities concerned in the country maintain an ominous silence on the matter when they are not busy covering up or sweeping them under the carpet. "Who at this stage will replace Najib Abdul Razak as Prime Minister is a secondary matter. I will write about this separately."
"What's important now is that he must first be removed one way or another. The pressure must be maintained until he goes. We can no longer accept him as Prime Minister.
Najib's departure, he added, can only bring good to the people and the country and their future. "He can longer face the international community or look other world leaders in the eye."
"The departure of Najib will send a clear message and signal to others in the corridors of power to think twice before they convince themselves that they can act with impunity," said the analyst. "They should not think that they can manipulate the system to cover-up wrongdoing and sweep things under the market."
Shahbudin was commenting on a Federal Grand Jury convening in the US to examine allegations of corruption involving the Prime Minister and people linked to him on the matter. "What's really shameful is that this investigation not only involves corruption and wrongdoing but also greed and recklessness in piling wealth of uncertain and dubious origin outside the country."
"Meanwhile, consider the fate of the people especially in the kampungs who have to queue up to receive their RM500 BR1M once a year from the government. Compare their plight with the billions in ill-gotten gains being salted away overseas by those who claim to serve them."
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB NOW OBAMA'S 'SLAVE': NO ESCAPE FOR NAJIB, JHO LOW & ROSMAH'S SON FACE JAIL IN US

Posted: 23 Sep 2015 07:28 PM PDT

NAJIB NOW OBAMA'S 'SLAVE': NO ESCAPE FOR NAJIB, JHO LOW & ROSMAH'S SON FACE JAIL IN USGoing by the number of people who rejoice at the news that a U.S. federal grand jury is examining allegations of corruption involving the Malaysian Prime Minister Najib Razak, and people close to him, presumably his stepson Riza Aziz and partner-in-crime Jho Low; it doesn't take a rocket scientist to see how much the public despise their leader.
While it's not easy to "invite" Najib to the United States to face trial, the same cannot be said about his stepson Riza Aziz and bag-carrier Jho Low.
It's unknown if Riza holds other citizenships besides Malaysian's but Jho Low (real name Taek Jho Low) holds not one but two American passports.
Although Jho Low is believed to be hiding in Taiwan, its still isn't safe.

Damage to Najib already done
Jho Low and Father Larry Low - 1MDB Scandal
Jho Low Two American Passports
Although the Justice Department investigation is still in its early days, and it could take years to determine if any federal laws were broken, the damage to Najib Razak has already been done, internationally.
In case Mr Najib hasn't figured it out, the President of the United States is not the most powerful person. The US media can make or break their president.
According to the New York Times, both Riza Aziz and school pal Jho Low are being investigated on their US$150 million collection of luxury residential properties.
The Swiss authorities had frozen several individuals' bank accounts amounting to hundreds of millions of dollars. One of the frozen accounts belongs to Larry Low Hock Peng, Jho Low's father.
FBI Department of Justice DOJ - Najib Razak and Rosmah Mansor - inset Riza Aziz
The US DOJ is also investigating a US$681 million payment made to what is believed to be Mr. Najib's personal bank account.
Since the US$681 million payment was routed through Wells Fargo, an American bank, the DOJ has jurisdiction because the questionable payment used a United States financial system.
If Najib guilty, the U.S. can seize M'sian property: Jho & Riza face jail
FIFA Corruption Scandal - US Justice Department
The scandal is being investigated under the Justice Department's Kleptocracy Initiative, which allows the US government to seize properties in the country.
Naturally, Riza Aziz and Jho Low would be grilled by the US authorities as to the source of their funds.
The present perception is Najib has siphoned money from 1MDB to fund his stepson's luxury properties' purchase.
Since neither Riza Aziz nor Jho Low enjoys any kind of diplomatic immunity, they would be easy meat for the DOJ.
Read More / Baca Lagi >>

Kaya sangat ke Malaysia sampai belanjakan RM550 juta untuk PLKN 2.0?

Posted: 23 Sep 2015 07:08 PM PDT

oleh Mike Tan
Seperti nasib buruk yang selalu muncul, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijadualkan akan kembali!
Kali terakhir PLKN menjadi tajuk utama berita negara adalah pada Januari lepas, ketika kerajaan mengumumkan yang ia akan menangguhkan program itu selama setahun.
Alasan? Negara dalam keadaan sukar dan ada keperluan untuk menjimatkan RM400 juta daripada bajet tahunan sekiranya program itu ditangguhkan.
Perdana Menteri Najib Razak malah menggunakan jumlah itu dalam siaran langsung ke seluruh negara mengatakan, " Program Latihan Khidmat Negara akan dibekukan pada tahun 2015, yang akan membolehkan kita berjimat sebanyak RM400 juta, bagi membolehkan penilaian semula dan penambahbaikan program itu."
Mohamed Asri YusofMohamed Asri Yusof
Dan kini, tidak sampaipun setahun lagi, program itu akan digerakan semula. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Mohamed Asri Yusof, 400 pelatih akan menjalani latihan di Kem Princess Haliza di Sepang bermula 19 Okt.
Masih lagi tahun 2015, kan?
Mengapakah program itu dimulakan semula sebelum tahun ini berakkhir? Adakah negara sudah cukup baik sehingga kita mempunyai RM400 juta untuk dibelanjakan untuk sebuah program yang tidak diperlukan sehingga pernah ditangguhkan?
Tetapi itu bukan sahaja soalan yang kita perlu tanyakan.
Mohamed Asri juga berkongsi beberapa angka menarik berkaitan dengan PLKN, dikenali sebagai PLKN 2.0.
Pertama, dia berkata yang ia memerlukan sejumlah RM9,000 untuk seorang pelatih dalam masa tiga bulan dan di bawah program lama PLKN, 80,000 sehingga 90,000 pelatih dipilih setiap tahun.
Berdasarkan jumlah ini, kos latihan untuk tiga bulan akan menjadi RM720 juta sehingga RM810 juta, angka yang menghampiri RM1 bilion berbanding RM400 juta yang dikatakan Najib pada Januari.
Ini tidak termasuk lagi kos-kos lain- operasi, penyelenggaraan, pentadbiran, perancangan- keseluruhan program.
Jadi berapa banyak sebenarnya kita jimatkan, RM400 juta atau dua kali ganda daripada jumlah itu?
Memandangkan program itu akan bermula pada 19 Okt, kita tidak menjimatkan apa-apa! Hakikatnya, kita sudah mula mengeluarkan duit untuk program PLKN baru ini.
Jadi berapakah sebenarnya kos program baru ini?
Sekali lagi, menurut Mohamed Asri, jabatan itu berhasrat membelanjakan RM5,000 sehingga RM6,000 untuk seorang pelatih dalam tempoh dua bulan, kos penjimatan sekurang-kurangnya RM3,000 berbanding RM9,000 bagi PLKN lama.
Walaupun begitu, kos seluruhnya untuk program baru ini akan berjumlah antara RM550 juta sehingga RM 720 juta, pengurangan sebanyak RM260juta pada kadar jangkaan terbaik (80,000 pelatih berkos RM9,000 berbanding 110,000 pelatih berkos RM5,000).
Lebih buruk lagi, tiada penjimatan langsung (90,000 pelatih berkos RM9,000 berbanding 120,000 pelatih berkos RM6,000).
Read More / Baca Lagi >>

Pemerhati dakwa Pakatan Harapan, Anwar sebagai PM gagal menarik minat pengundi

Posted: 23 Sep 2015 06:45 PM PDT

Ilham Center mendapati pengumuman Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat tidak menarik perhatian orang ramai apabila nama Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai bakal perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 September, 2015. 
Ilham Center mendapati pengumuman Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat tidak menarik perhatian orang ramai apabila nama Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai bakal perdana menteri. 

Pengumuman penubuhan Pakatan Harapan dilakukan tiga parti politik pembangkang pada Selasa tidak mendapat sambutan hangat daripada rakyat negara ini terutamanya apabila nama Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai bakal perdana menteri, kata pemerhati. Para pemerhati mendapati, respons diberikan pembaca portal berita dan laman sosial tidak lagi teruja dengan nama Anwar kerana mereka mengharapkan satu yang lebih konstruktif daripada pakatan baharu ini.

"Apabila nama Anwar dibesarkan sebagai calon bakal PM, saya nampak tiada sambutan. Orang awam dilihat tak kisah lagi tentang Anwar," kata Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar (gambar) kepada The Malaysian Insider.
"Anwar semacam tiada faktor 'wow' lagi bahkan menjadi negatif apabila diumumkan sebagai bakal perdana menteri." Menurut Hisomuddin, apabila menteri besar yang juga timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengumumkan kedudukan PAS di Selangor tidak terjejas dengan pakatan baharu ini, keadaan menjadi bertambah buruk.
Katanya, Pakatan Harapan dilihat tidak tegas dan orang Melayu melihat Umno lebih tegas dalam pendirian mereka.
Pakatan Harapan diumumkan pembentukannya selepas PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bermesyuarat dengan kehadiran beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) termasuk bekas timbalan menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan pendakwah Abdul Ghani Shamsudin.
Pengumuman yang dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, tidak menarik minat ramai kerana mereka mengharapkan sesuatu lebih konstruktif daripada gabungan baru ini selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ia juga berlaku ketika PAS tidak menyertai mesyuarat ini kerana tidak mahu bersama-sama dengan gabungan ini jika DAP dan Amanah menyertainya.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, tiga pemimpin PKR, Azmin Ali, Chua Tian Chang dan Nurul Izzah Anwar cuba untuk memastikan PAS bersama dalam gabungan ini, namun mereka terpaksa menerima hakikat parti Islam itu tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Kata sepakat hampir tidak dicapai sehinggalah pandangan tegas dan bernas diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Amanah yang banyak menjadi mangsa serangan PAS, Dr Hatta Ramli.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya kampus bukan petunjuk sokongan BN, kata pemimpin pelajar

Posted: 23 Sep 2015 04:18 PM PDT

Pemimpin Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada kumpulan Pro-Aspirasi, Ikhwan A'zim Ishak (kanan) berkata kemenangannya dalam pilhan raya kampus tidak bermakna generasi muda menyokong kerajaan. – Gambar ihsan Ikhwan A'zim Ishak, 24 September, 2015. 
Pemimpin Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada kumpulan Pro-Aspirasi, Ikhwan A'zim Ishak (kanan) berkata kemenangannya dalam pilhan raya kampus tidak bermakna generasi muda menyokong kerajaan. 

Kemenangan pemimpin pelajar pro-kerajaan yang lebih dikenali sebagai kumpulan Pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus baru-baru ini tiada kena mengena dengan sokongan Generasi Y terhadap Barisan Nasional (BN), kata beberapa pemimpin pelajar mempertikaikan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Pemimpin Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada kumpulan Pro-Aspirasi, Ikhwan A'zim Ishak berkata, pergerakan itu menyapu bersih pemilihan pelajar di beberapa institut pengajian tinggi awam kerana manifesto dibawa mereka sendiri yang memberi tumpuan kepada pembangunan institusi pengajian mereka.
"Kemenangan kami bukan bermakna (kami) menyokong kerajaan tetapi kerana kempen dan manifesto kami tidak pernah menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik," kata pemimpin pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM itu.

"Ia adalah satu kemenangan manifesto. Ini kerana manifesto tersebut adalah bagi mereka yang mahu membangunkan fakulti, dan bukan disebabkan kejayaan mana-mana parti politik atau kerajaan. "Ia adalah disebabkan permintaan daripada pelajar-pelajar yang mahu kami melaksanakan manifesto kami, serta kredibiliti kami.
"Kami tidak menggunakan politik luar dalam kempen kami," katanya kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Najib yang juga pengerusi gabungan pemerintah BN.
Najib berkata, pilihan raya kampus baru-baru ini penuh bersejarah kerana buat kali pertama kumpulan pelajar pro-kerajaan meraih keputusan terbaik dalam pilihan raya kampus sekali gus membuktikan Generasi Y menyokong BN.

Inilah Malaysiaku.. BOLEHLAND !!!

Posted: 23 Sep 2015 09:12 AM PDT

BERTUAH SUNGGUH pelaku2 rasuah di M'sia. Hukuman penjara nak digantikan dgn beri khidmat rawatan gigi.

Slps ni mana2 pesalah perasuah yg berdarah KEPAHLAWANAN, hukuman penjara boleh digantikan dgn beri khidmat jd 'pak guard' selama 2 tahun yer...

1MDB Menjawab Banyak Isu, Jangan Sampai Jumpa Dalam Tong.

Posted: 23 Sep 2015 09:06 AM PDT

Hasil carian imej untuk 1mdb scandal

Dulu rakyat tertanya-tanya bagaimana suku sakat Najib dan Rosmah hidup dalam kemewahan. Ada macai kata ia adalah daripada kekayaan itu bersumberkan dari 'Yayasan Noah', datuk kepada Najib. Melayu yang memiliki saham terbesar dalam Genting Berhad hasil daripada jasanya bekerja keras melobi kerajaan untuk meluluskan gunung ganang kepada Lim Goh Tong untuk dijadikan kasino.
Apa yang gua tahu sumpah Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan 'gunung-ganang, pulau-pulau, tanah rizab Melayu' telah lama diperlekehkan oleh Umno sebelum Mahathir membangkul sampahkan kuasa Raja-Raja Melayu. Inilah perangai pemimpin Umno bila berkuasa, demi mengaut kekayaan negara ada gunung-ganang diberi kepada Cina, ada pulau diserah kepada Singapura ada blok minyak diserah kepada Brunei. Tanah rizab Melayu dari 3 juta hektar sudah tinggal 1.5 juta hektar. 
Bila sebut bab harta dan kekayaan, jika boleh mak bapak mereka pun akan dijualnya jika ada pembeli. Berapa juta unit saham pusat perjudian Genting diberikan oleh Lim Goh Tong kepada Tan Sri Noah sehingga boleh menubuhkan yayasan untuk dinikmati anak cucunya. Mungkin kerana kekayaan inilah yang membuatkan Rosmah sanggup tebus talak dengan bekas suaminya.
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah

Benarkah Rosmah tidak tergila-gilakan Najib tetapi beliau tergila-gila apa yang ada pada Najib. Demi nafsu sarakahnya, beliau yang diketegori bijak dan cantik telah menggunakan kelebihannya untuk memikat Najib yang ketika itu sudah beristeri dan mempunyai keluarga yang bahagia. Beliau sendiri pun sudah berkeluarga tetapi itu bukan penghalang buatnya walau pun terpaksa menggunakan jalan yang kotor.
Percayalah bro, sehebat-hebat Mahathir pun boleh mati kutu bila berhadapan dengan Rosmah. Lu pasti tertanya kenapa gua menulis tentang Rosmah, bagi yang faham tentu tahu apa point gua. Rosmah adalah pemegang kunci kepada kekalutan yang berlaku dalam negara sekarang ini. Kekuasaan Rosmah mengatasi Najib walaupun Najib adalah Perdana Menteri Malaysia tetapi Rosmah ialah 'Fisrt Lady Of Malaysia' yang mengeluarkan kata putus dalam urus tadbir negara.
Jika era Mahathir, beliau dikenali 'Mr 20 Persen', Era Rosmah pula ialah 'Duit lu.... Gua Punya, Duit Gua.... Gua Punya'. Jika tidak, tak kan Najib begitu berani meletakkan RM 2.6 bilion dalam akaunnya didalam negara. Tiada siapa pun pemimpin dunia berani melakukannya secara terang-terangan jika beliau tiada kuasa tanpa batasan. Kehebatan Mahathir pun beliau akan menyimpan hasil rompakan kat luar negara melainkan gajinya sahaja yang disimpan dalam negara.
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah
Hasil carian imej untuk kekayaan rosmah
Logik di akal kita bila anak Rosmah, Riza Aziz anak bersama suami pertamanya boleh membeli rumah agam di Beverly Hills pada 2010 bernilai USD 17.5 juta (RM 61.5 juta) yang kemudiannya diubah suai sehingga mencecah sekali ganda dari harga asal.  Pada 2012 beliau membeli penthouse mewah di New York bernilai lebih USD 33.5 juta (RM117.5 juta) dan melabur  USD 100 juta (RM 326 juta) untuk filem The Wolf Of Wall Street. Filem prono gred A yang tidak pulang modal walau pun dibarisi dan di arah oleh pelakon dan pengarah bertaraf oscar.
Read More / Baca Lagi >>

PERUTUSAN AIDILADHA PRESIDEN KEADILAN 1436H/2015

Posted: 23 Sep 2015 08:52 AM PDT


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd.
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan AidilAdha bagi tahun 1436 Hijrah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim tiada tolok bandingnya yang telah menjadikan Baginda sebagai pemimpin contoh yang terulung dan terhebat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman lagi: 'Sesungguhnya Aku melantik mu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia'. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: '(Ya Tuhan ku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunan ku (pemimpin-pemimpin ikutan)'. Allah menjelaskan lagi: '(Permohonan mu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim". (Surah Al-Baqarah:124)
Mengambil iktibar daripada peristiwa Korban ini, kita harus memperkukuhkan muafakat rakyat untuk berhadapan dengan penguasa yang zalim, yang mempelopori politik perkauman untuk mengapi-apikan permusuhan, yang mengamalkan politik korupsi serta pincang dalam menjalankan amanah mentadbir ekonomi negara dengan baik.
Read More / Baca Lagi >>

Pas patut berunding, kata Mahfuz

Posted: 23 Sep 2015 08:10 AM PDT

Mahfuz Omar
SUBANG JAYA – Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan dengan pakatan.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan perlu diadakan bagi memastikan terjalinnya kerjasama dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

"Saya berharap Pas lebih terbuka untuk menerima realiti politik di negara ini. Pembangkang seharusnya mempunyai penyatuan yang boleh menyampaikan mesej  tepat kepada rakyat bahawa tidak mungkin berlaku lawan tiga penjuru pada PRU akan datang.

"Tetapi kalau mesej yang disampaikan (oleh Pas, Pakatan Harapan) membayangkan pertemuan tiga penjuru pada PRU nanti, ia akan memusnahkan harapan rakyat yang menyokong pembangkang selama ini," katanya ketika Sinar Online.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan Pas untuk bergabung bersama DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara dalam usaha membentuk pakatan baharu.

"… Ya, saya masih mengharapkan penyertaan Pas dalam pakatan ini atau pun ada kaedah (jalinan hubungan dan kerjasama) yang penting bukan tiga penjuru.

"Walaupun penubuhan pakatan hari ini dibuat tanpa Pas, pakatan baharu ini tidak boleh terus membiarkan keadaan ini berlarutan. Keduanya mesti ada keterbukaan untuk menjalinkan hubungan. Pakatan perlu menghubungi Pas dan Pas juga harus sedia untuk duduk di meja perbincangan untuk mencari jalan untuk menghadapi lawan kita bersama," katanya lagi.

Ijtihad politik Pakatan Harapan

Posted: 23 Sep 2015 08:00 AM PDT

Mohamad Sofee Razak


Arena politik negara sentiasa berwarna-warni dan semua parti politik sedang melalui landasan lebuh raya siasah yang panjang bagi memenuhi kehendak rakyat yang menanti di destinasinya.
Hanya yang benar-benar mampu memacu aspirasi rakyat sahaja akan teruskan perjalanan atau singgah sebentar di perhentian. Tiada jalan untuk pusingan U namun masih boleh keluar dari landasan dan melalui jalan lain.
Semalam melalui ijtihad politik yang sangat dramatik maka lahirlah buat gagasan dan permuafakatan baru parti politik pembangkang yang sebulat suara membentuk Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pakatan Harapan bakal menjadi wadah baru parti pembangkang melalui landasan lebuh raya siasah menuju PRU-14 bagi meneruskan kecemerlangan legasi Pakatan Rakyat yang begitu hampir menjejaki Putrajaya sebelum ini dengan pengalaman strategik dalam PRU-12 dan PRU-13. Persepakatan yang terbentuk melalui persefahaman politik komponen PKR, DAP dan Amanah menjadi penanda aras dan harapan baru untuk Rakyat setelah melalui episod duka pembubaran PR yang sebelum ini turut dianggotai PAS.
PAS nampaknya tidak menunjukkan minat yang tinggi kepada Pakatan Harapan walaupun memutuskan untuk mengekalkan hubungan politik dengan PKR ketika ini. Apa pun landasan lebuh raya siasah luas dan panjang, banyak pilihan terbentang untuk dilalui.
Realitinya rakyat mahukan hasil yang dinikmati dan bukannya retorik atau krisis politik yang berpanjangan. Maka ijtihad politik yang melahirkan Pakatan Harapan tepat pada masanya dan perlu bergerak ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang kerana masa semakin suntuk untuk mendepani PRU-14.
Justeru itu, dalam memenuhi tuntutan rakyat yang semakin kompleks, kewujudan Pakatan Harapan perlu memberi keutamaan pembentukan model kerajaan terbaik pada masa hadapan di samping pelan akomodatif pemulihan ekonomi, pembasmian rasuah secara holistik dan paling penting memastikan nasib rakyat tidak dipolitikkan pihak penguasa.

Harga Lembu Korban 2015 di Malaysia Naik 60%. Cecah RM4,000 Seekor?

Posted: 23 Sep 2015 07:52 AM PDT

Dah elok-elok ada projek lembu berskala mega untuk menampung pemrintaan tinggi rakyat diberikan pula projek bernilai RM250 juta tersebut kepada kalangan tiada pengalaman langsung, tidak mampu menyelaseikan projek dengan jaya yang akhirnya dilihat gagal.
Itu sebablah jangan salahkan rakyat Malaysia adalah pembunuh dan perosak nombor satu negara Malaysia.
Masalah yang Berita Semasa perhatikan yang membuatkan harga lembu korban di Malaysia hari ini adalah berpunca daripada masalah penternak yang tidak mampu menampung kenaikan harga makanan lembu yang semakin mahal dan melonjak tinggi.
harga lembu korban

Harga Lembu Korban 2015 di Malaysia : Kos Ternak Naik?

  1. Dedak penggemuk 50 kg + dedak zat 50g
  2. Ianya dijual pada harga RM90 untuk 100 kg
  3. Untuk penggemukkan seekor lembu contohnya perlu makan 20% daripada berat badannya
  4. Jikalau berat 150kg, makan perlu makan 30kg sehari
  5. Jikalau purata 30kg sehari untuk diberikan makan untuk lembu, sehari sudah RM30
  6. Untuk korban lembu perlukan mencapai umur lembu sehingga 2 tahun
    Jadi berapa besar agaknya kos kasar yang diperlukan untuk membesarkan lembu selama tempoh 2 tahun?
  7. Lebih-lebih lagi hari ini padang ragut pun sudah semakin kurang hari ini
Dan Berita Semasa tidak terkejut jikalau beberapa tahun lagi harga lembu korban di Malaysia akan mencecah RM5,000 seekor. Mampu?
Berita kejatuhan nilai ringgit Malaysia memberikan satu berita buruk kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi menjelang ibadah korban pada hari Khamis ini sempena Hari Raya Aidiladha.
Ini kata penternak lembu :
  • Harga lembu import dari Thailand 2014 : RM2,500 seekor
  • Harga lembu import dari Thailand 2015 : RM4,000 seekor
Berapa banyak kenaikan itu? Hakikatnya setiap tahun kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan duit daripada kantung kerajaan sejumlah Rm1.4 bilion untuk import 700,000 ekor lembu. Persoalannya sampai bila?