Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Professor Teo Kok Seong saran perlunya SEKOLAH SATU ALIRAN

Posted: 22 Sep 2015 09:42 PM PDT


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Masih belum terlambat untuk kerajaan 'campur tangan' dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan perpaduan antara kaum melalui sistem sekolah satu aliran.

Teo Kok Seong Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khususnya dalam kalangan generasi muda.

Jelasnya, kewujudan sekolah vernakular hanya akan memburukkan keadaan kerana berterusan melahirkan generasi yang cenderung mengamalkan polarisasi dalam kehidupan.

Malah katanya, Malaysia dilihat semakin hilang semangat perpaduan antara kaum apabila wujudnya masyarakat mengamalkan sikap berpuak-puak yang bukan hanya berlaku dalam arena politik negara, malah di peringkat institusi pengajian tinggi dan tempat kerja.

"Negara telah merdeka sejak 58 tahun lalu dan sepatutnya cukup matang untuk berdiri dengan bahasa rasminya. Ini tidak, bahasa yang dibawa oleh penjajah masih diagungkan.

 "Masih tidak terlambat untuk negara dirikan sekolah satu aliran. Biarlah orang kata 'sesat di tengah jalan tetapi pulang ke pangkal jalan' daripada terus membiarkan negara dijajah semula oleh orang asing. Kerana itu mempertahankan perpaduan perlu segera dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung sistem sekolah satu aliran merupakan antara usaha yang perlu diutamakan oleh kerajaan bagi memastikan setiap murid daripada pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain.

Tambahnya, tujuh jenis sistem pendidikan sekolah rendah yang ada pada masa ini juga menjadi 'duri' yang menghalang penyatuan pelbagai kaum di Malaysia.

"Kewujudan sekolah swasta, persendirian Cina, antarabangsa serta belajar di rumah perlu dimansuhkan sementara sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama digabungkan dalam sistem sekolah satu aliran.

"Belajar tanpa mengira bangsa (kaum) di dalam satu kelas akan melahirkan generasi yang menghormati agama lain, sekali gus perpaduan dapat dieratkan," ujarnya.-Utusan Malaysia

ASTRO AWANI SPIN atau ZETI tikam Najib?

Posted: 22 Sep 2015 06:36 PM PDT


Kenyataan Tan Sri Zeti menjadi bualan semalam dan mesej yang ternyata viral adalah laporan Astro semalam. Ianya hingga berikut sahaja yang diingat orang:


Bukan tidak diketahui, dalam Astro Awani ada banyak gay, lesbian dan pro-PKR berkepala botak. Adakah itu yang sebenarnya diperkatakan Zeti?

Menurut FBooker Aznil Hisham:

Kenyataan TS Zeti di putarbelit oleh pemakan kapsul kebodohan.

1. TS Zeti mengatakan ketidaktentuan politik menyebabkan akan mengganggu pelabur asing. Ketidaktentuan politik termasuk isu 1MDB boleh menjejaskan perlaburan negara.

Boleh lihat video tersebut di sini:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/selesaikan-isu-1mdb-untuk-pulihkan-ringgit-zeti-74035

2. Atas dasar itu, bagi pihak BNM beliau telah menyiapkan siasatan dan menyerahkan kepada peguam negara.

"...Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini..."

3. Dalam video yg sama, tidak pula di siarkan kenyataan penuh DS Idris Jala. Namun, beliau menegaskan bahawa :

".. Ekonomi Malaysia dapat hadapi ketidaktentuan global, tidak dalam krisis.."
- Idris Jala

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83634?m=1

4. Di sini, DS Idris Jala memberi perincian tentang kemampuan negara dalam menghadapi cabaran dari dalam dan juga luar.

 


5. Lebih menarik, James McCormack (Pengarah Urusan Penarafan Kerajaan dan Supranasional Fitch rating) menjawab kebimbangan TS Zeti tentang ketidaktentuan politik (berkenaan isu 1MDB) tidak mempengaruhi pelabur asing. (GAMBAR)

6. Dengan kata lain, jika isu 1MDB menganggu sentimen pelaburan asing dan seterusnya menjadi salah satu faktor kejatuhan mata wang negara, ianya di nafikan oleh James McCormack.

---
#Kesimpulan

Ini adalah forum yang membincangkan ekonomi Malaysia 2015. Forum ini terdiri dari pakar2 ekonomi dalam memberi pandangan mereka.

Ini bukan forum debat sepertimana yg digambarkan oleh Page pemakan Kapsul (KCD).

Hanya mereka yg pernah berada dalam forum2 ilmiah seperti ini akan melihat dari sudut ilmiah.

Tetapi bagi mereka yg hanya tunggu depan panggung wayang dan kira berapa orang menangis lepas tengok filem Kapsul - mereka akan berfikir dari sudut yg sangat sempit.



-----------------

Maka Zeti hanya menyebut 1MDB sekali lalu dari pandangan umum yang diutarakan. Betulkah demikian?


Memang dia berkata demikian.

Timbul persoalan adakah Zeti saja menyindir untuk dijadikan headline?

Sebagai seorang yang banyak menghabiskan masa menjadi pengkaji ekonomi, yakinkah Zeti kejatuhan ringgit disebabkan sentimen 1MDB? Atau hanya ikut cakap-cakap di kedai kopi dan warung kewangan serta bukan berdasarkan kajian yang jitu?

Seorang FBooker Jabdin Juhat menyindir Zeti:

Tan Sri Zety Gabenor Bank Negara kata selepas IMDB pulih barulah kita akan saksikan pemulihan ringgit Malaysia. Dan pastinya Australia, Denmark, New Zealand, Rusia dan negara-negara lain turut pulih sekali.

IMDB telah dikenalpasti menjadikan fenomena kejatuhan mata wang seluruh dunia..... lalala

hehehe.

Malah katun berikut mencerminkan sesuatu tidak kena dengan Zeti:



Zeti nampaknya tidak menunjukkan professionalisma. Malah jika sesiapa patut dipersalahkan di atas kejatuhan ringgit yang melebihi matawang lain adalah Zeti.

Sudahkah Zeti melakukan invensi, menggunakan instrumen-instrumen kewangan yang ada pada BNM dan polisi-polisi tertentu untuk memperlahankan kejatuhan dan dengan ini meredakan tekanan spekulasi???

Jangan kata BNM tidak bleh merotan pemain pemain matawang dengan penalti dan cara-cara kewangan sendiri!!!!

Usahlah main game ... suami tu ada cerita, anak ada cerita ... dan bukankah pelik Zeti sahaja dalam seluruh perkhidmatan awam yang diberi extension dari pencen selama lima tahun????

Orang lain 2 tahun sahaja, ada month by month basis.

Mungkin pihak yang lihat hanya luaran kata Zeti hebat, ada seorang pakar kewangan yang bersama ketika menyelesaikan masaalah kejatuhan ringgit pada 1998-2000 berkata Zeti pucat lesu bila diajak sama memikirkan.

Katanya tiada teori yang ada untuk selesaikan masaalah ini. Jelas sekali kiblat Monetarist Yahudi Milton Friedman terlalu kuat dalam jiwa raga Zeti hingga sering bertengkar dengan ayahnya.

Janji pertama Pakatan 2.0: PELIWAT jadi.PM

Posted: 22 Sep 2015 07:33 AM PDT




MUAFAKAT PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN

Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak memerlukan penyelesaian segera. Lebih lama krisis ini berlanjutan, rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan permainan adu domba perkauman sesetengah pihak.

Krisis yang melanda negara ini juga mendesak parti-parti pembangkang bersatu untuk lebih berkesan dalam menentang Umno/Barisan Nasional. Harapan rakyat tinggi menggunung supaya sebuah pakatan pembangkan yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Mengambil kira kepentingan rakyat yang utama ini, parti-parti yang hadir bersidang di dalam Rundingan Mejabulat yang dipanggil oleh Ketua Pembangkang pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) berkuatkuasa hari ini.

Sebuah Jawatankuasa Khas dengan diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.

Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional.

Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara dari kepincangan Umno/Barisan Nasional tertakluk kepada persetujuan perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika permuafakatan politik.

Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang.

YB DATO' SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL Ketua Pembangkang Presiden KEADILAN

YB SAUDARA LIM KIT SIANG Ketua Parlimen DAP

YBhg HAJI MOHAMAD SABU Presiden AMANAH

22 September 2015L

Pilih DAP atau PAS!!!! LEMBABnya JIJAH macam Najib

Posted: 21 Sep 2015 11:32 PM PDT


Sudah jelaslah DAP tak akan mahu bersama PAS.

Mereka mahu bersama GHB yang telah dibiayai dan diletakkan dengan boneka-boneka mereka yang tidak berapa cerdik dan mudah dibeli.


Gobind Singh jelas nyatakan DAP tidak mahu PAS bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0.

DAP jelas menuntut PKR buat pilihan antara mahu bersama dalam PR 2.0 atau tidak?

Dalam lain kata, DAP mengatakan PKR tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Masih tak faham juga, fahamkan DAP mengarahkan PKR tidak dibenarkan bekerjasama dengan PAS.

Take DAP or PAS, itu cakap omputih.


PAS pun tak akan ambil balik GHB pengkhianat. Mereka yang keluar parti telah langgar baiah dan mesti letak jawatan.

Jadi apa yang Jijah nak lagi berharap-harap.

Apa lagi yang Azmin masih lagi mahu main play safe mahu masih bekerjasama dengan PAS dan juga DAP. DAP tidak mahu lagi adanya ADUN PAS bersama dalam Exco.


Dalam Azmin dan Jijah nak playsafe sebab kedua-dua isteri Anwar ini sedar perlunya condom diguna, takkan tak tahu Prof Aziz Bari masuk DAP sebab sudah digula-gulakan jawatan MB untuk Selangor?

Aziz Bari dah percaya sangat DAP mahukan dia sebagai MB dan DAP pasti kuasai DUN Selangor pada pilihanraya akan datang.

Tak perlu fikir-fikir dan nak berebutkan kerusi MB Selangor sebab baik Jijah atau Azmin tak akan merasa.


Mungkin Jijah dan Azmin takut putus dengan PAS sebab undi penyokong PAS diperlukan untuk membolehkan PKR menang. Tanpa jentera PAS, PKR mampus!

Dalam PKR pun dah huru hara hingga mesyuarat cabang tidak boleh diadakan dan gaduh-gaduh akan berlaku.

PKR bakal berhadapan ketidak stabilan dan ejen DAP dalam PKR pun sudah mula jadi batu api.

Ramai hardcore Melayu PKR dah dicampak dari jawatan Ketua Cabang di Penang. Berbelas sekali gus cin aambilalih cabang-cabang.

Rasanya PAS pun nak ajar PKR tak lama lagi kerana Anwar masuk campur dan menjadi politik dalaman PAS hancur. Apa agaknya cara mereka ajar PKR bersama DAP sekali.

Orang putih kata an enemy of my enemy can be my friend. Apa maksudnya? Jeng jeng jeng ....  

 

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DOSA-DOSA LIM KIT SIANG, INIKAH YANG ORANG CINA MAHU ?

Posted: 22 Sep 2015 01:18 PM PDT





1. Semangat keCinaan Lim Kit Siang bukan semangat Malaysia.

90% ahli DAP tidak tahu berbahasa Kebangsaan walaupun sudah 50 tahun menetap di Malaysia! 90% Cina DAP tidak tahu menyanyikan lagu Negaraku dan tidak tahu berdiri tegak menghormati lagu Negaraku. Tidak percaya, masuk pawagam dan tengok gelagat Cina semasa lagu Negaraku dimainkan! Tengok dalam majlis-majlis rasmi, anda boleh rakam Cina DAP tidak tahu menyanyi lagu Negaraku! 

2. Cina dalam kerugian akibat ketamakkan Lim Kit Siang
MARA telah memberhentikan bisnes di Taylor College. Orang Melayu mula mengasingkan diri ke Low Yat. Malaysiakini melaporkan pada 16 September 2015 bahawa Low Yat kehilangan 60,000 pengunjung pada satu hari itu sahaja. Semua gara-gara siapa? Lim Kit Siang!

3. Cita-cita politik Lim Kit Siang bercanggah dengan survival Cina. Buktinya masyarakat Cina dipaksa hadir ke Himpunan Bersih (90%). Akibatnya survival orang Cina terumbang-ambing kerana motif orang Cina sudah diketahui. Orang Melayu bangkit dalam Himpunan Merah. 

Baru satu kali berhimpun Low Yat tutup, Petaling Street tutup tidak ada satu orang pun gangster Hai San gangster Ghee Hin sebutkan apa nama ganster Cina semuanya sembunyi diri. Kerana mereka takut mati sedangkan orang Islam jika dihina seperti penghinaan oleh Alvin dan Namewee dua-dua ahli DAP dan penyokong DAP, orang Islam sanggup mati kerana Jihad.

Jika orang Melayu berhimpun kali kedua di Petaling Street dan Bukit Bintang, apa agaknya akan jadi! Survival bisnes dan ekonomi orang Cina pasti hancur lebur! Gara-gara siapa? Lim Kit Siang juga!

Inikah yang orang Cina mahukan?

4. LKS akan mengakibatkan orang Cina di Malaysia hilang yang dikendung dan tercicir yang dikejar
Orang Cina mungkin sudah lupa nusantara ini nusatara Melayu. Orang Cina betullah sudah jadi rakyat Malaysia sudah jadi warganegara Malaysia tetapi mereka sudah sedar nusantara ini nusantara Melayu sebelum datangnya penjajah Barat memecah-mecahkan nusantara ini.

Lim Kit Siang berjanji bermacam-macam kepada orang Cina dengan syarat menyokong DAP, tetapi kini orang-orang Melayu dan Kerajaan sudah pasti akan lebih berhati-hati. Kuasa membeli di kalangan orang Melayu jika hendak membankrapkan bisnes orang Cina hanya satu petik jari. Insiden Jakarta 1998, 1960an membuktikan Cina terpaksa lari lintang-pungkang meninggalkan Jakarta dan harta benda mereka. Adakah Kuala Lumpur tidak boleh begitu jika DAP semakin kurang ajar!

5. LKS sebagai perosak fabrik antara kaum di Malaysia selama 50 tahun yang lepas
Orang Cina hidup dengan aman dan damai sekian lama sejak zaman Kesultanan Melaka, Kesultanan Johor tetapi sejak kewujudan DAP dan Lim Kit Siang yang setiap hari meniupkan angin kebencian kepada Kerajaan dan orang-orang Melayu, hubungan kaum antara Melayu dengan Cina menjadi rosak. Siapakah perosaknya? Lim Kit Siang !

6. LKS pengkhianat Negara
Lim Kit Siang melalui DAP dan NGO Cina di seberang laut di luar negara meniupkan sentimen anti Kerajaan, anti Negara, anti Melayu, anti Raja-Raaja Melayu, anti sistem pemerintahan Malaysia. Lim Kit Sianglah yang mendidik orang Cina Malaysia di luar negara supaya menterbalikkan bendera Malaysia, menghina Malaysia dan memburuk-burukkan negara di Hong Kong, Singapura, Taipei.

7. LKS Membawa agenda PAP Singapura ke Malaysia
Apabila Singapura ditendang keluar dari Malaysia, DAP ditubuhkan sebagai tangan kanan PAP di Malaysia. Agenda DAP adalah agenda PAP. Menguasai pentadbiran kerajaan persekutuan secara one man show (DAP) dengan memperkenalkan idea-idea enak didengar seperti keadilan, samarata dam saksama. Tetapi anda sendiri boleh saksikan keadilan apa, samarata apa dan saksama apa yang Melayu dan orang Islam dapat di Pulau Pinang.
Bisnes 90% diberi kepada Cina sama ada Cina DAP, Cina Taipei, Cina Singapura.

Semua hal-hal Melayu dimusnahkan, kampung Melayu, gerai Melayu semua dihapuskan. Gerai Cina anda perhatikan di bahu jalan di sekitar Georgetown, kampung Cina di pesisir pantai tidak dihapuskan. Sebabnya kamu fikir sendiri! Adakah orang melayu akan melihat sahaja!

INIKAH SEMUA YANG ORANG CINA MAHU???
ATAU INIKAH ANGAN-ANGAN ORANG CINAYANG TERPEDAYA OLEH TIPU-HELAH LIM KIT SIANG???

Bersambung....




RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Adakah BNM akan mengejar bekas pegawai 1MDB yang ‘dihendaki’ di New York?

Posted: 22 Sep 2015 09:02 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Salah seorang bekas pengarah 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, dihendaki oleh Bank Negara untuk membantu siasatan ke atas dana asing itu mungkin sebenarnya sedang tinggal tanpa menyembunyikan diri di New York, lapor sebuah akhbar Amerika Syarikat.
Tetapi adakah pihak berkuasa akan mencarinya di sana?
Menurut laporan New York Times bertarikh 22 September yang menyebut "sebuah kondominium di 23 East 22nd Street telah dibeli dengan harga $4.5 juta pada tahun 2014 oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Cricklewood One Madison L.L.C yang menyenaraikan Ai Swan Loo sebagai penerima yang sah..."
Loo, 42, yang merupakan bekas setiausaha syarikat kepada 1MDB, juga telah dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas cabang pelaburan negara itu.
Dia, bersama dengan bekas pengarah 1MDB Casey Tang Keng Chee telah diisytiharkan "dihendaki" oleh Bank Negara pada Julai lepas, untuk "membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953".
Akhbar Amerika Syarikat itu menyebut bahawa penjaga bangunan itu mengesahkan yang "Jasmine Ai Swan Loo (sic) tinggal di situ".
Akhbar itu juga melaporkan, yang peguam untuk Cricklewood enggan menjawab sebarang pertanyaan mereka, dan Loo juga tidak memberikan maklum balas kepada nota yang ditinggalkan oleh The Times kepadanya.
The New York Times menemui maklumat itu dalam siasatan ke atas industri hartanah Amerika yang menjadi tarikan pembeli asing melalui proksi, syarikat palsu dan pelbagai lagi struktur rumit berlapis korporat.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 4: Belum ada keperluan panggil Dr Mahathir, kata polis

Posted: 22 Sep 2015 09:00 PM PDT

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.  
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tidak pasti akan kedudukan siasatan atas penyertaan Tun Dr Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4.

 Masih belum ada keperluan untuk polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung penyertaan dan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4, bulan lalu, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.‎
Timbalan ketua polis negara itu juga berkata, beliau tidak pasti kedudukan siasatan terkini terhadap bekas perdana menteri tersebut.
"Cara kita menjalankan siasatan merujuk kepada laporan dibuat, dan kedua kita rekod saksi, kalau ada keperluan baru kita rekod.

"Setakat ini saya tidak pasti kedudukan siasatan, tetapi kalau ada keperluan kita akan panggil dan ambil tindakan sewajarnya," katanya katanya pada sidang media selepas majlis kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Polis tidak tahu benar atau tidak Amerika siasat Najib

Posted: 22 Sep 2015 08:54 PM PDT

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim tidak pasti dengan kesahihan laporan The New York Times (NYT) mengenai siasatan rasuah Amerika Syarikat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, setakat ini polis masih belum menerima "jemputan" daripada pihak luar berkenaan siasatan tersebut.
Rashid berkata, sekiranya Jemaah Juri Amerika Syarikat menjalankan siasatan terhadap Najib, sudah tentu polis Malaysia akan dihubungi terlebih dahulu.

"Saya tidak pasti sama ada betul laporan itu ada ke tidak... saya tidak tahu ada siasatan atau belum.
"Tetapi setahu kita pihak luar tidak mencari PDRM. Kalau mereka jalankan siasatan agensi yang mereka cari sudah tentu PDRM setakat ini tidak ada jadi susah saya nak komen," katanya pada sidang media selepas majlis kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Skandal 1MDB: Adakah bayaran AS$1 bilion kepada Abu Dhabi satu penipuan

Posted: 22 Sep 2015 08:52 PM PDT

1Malaysia Development Bhd (1MDB) didakwa menyembunyikan satu pinjaman dari konsortium bank antarabangsa daripada juruauditnya, Deloitte, bagi tujuan mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Menurutnya, sumber AS$993 juta yang dibayar 1MDB kepada IPIC bagi menamatkan opsyennya adalah tidak jelas dan laporan berita menyebut ia mungkin datang dari AS$1.22 bilion yang ditebus 1MDB dari Kepulauan Cayman atau pinjaman sebanyak AS$975 juta daripada konsortium 6 bank pada Oktober 2014.
"Soalan yang perlu ditanya sekarang adalah jika eksekutif 1MDB sekadar menggali lubang bagi menutup lubang menggunakan AS$975 juta yang tidak didedahkan itu bagi membayar penamatan opsyen itu, dan berpura-pura dana itu datang daripada pelaburan yang ditebus di Kepulauan Cayman.

"Adakah ini satu langkah berani menutup lubang memandangkan tiada apa-apa yang nyata ditebus dari Kepulauan Cayman kerana wang yang dahulunya dilabur dengan PetroSaudi (International Limited) hilang?" soal Pua dalam satu kenyataan. Menurut Pua, beliau curiga apabila akaun diaudit 1MDB berakhir Mac 2014 tidak mendedahkan pinjaman dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia.
Sebaliknya, 1MDB mendedahkan ia menebus AS$1.22 bilion dari Kepulauan Cayman, hanya untuk ia digunakan serta merta untuk opsyen itu.
Perkara ini dan kerahsiaan yang melingkari pinjaman itu menimbulkan kecurigaan, katanya.
Pelaburan Kepulauan Cayman datangnya dari penamatan pelaburan kontroversi 1MDB dengan PetroSaudi International Limited pada September 2012, katanya.
"Sekarang 1MDB perlu jelaskan dengan terus-terang sebab mengapa pinjaman dari konsortium Deutche Bank itu tidak pernah didedahkan kepada juruauditnya, berapa jumlah dibayar bagi memansuhkan opsyen itu dan sumber asal wang tersebut – dari Deutsche Bank atau dari penebusan Kepulauan Cayman.
"Kegagalan berterus terang akan membawa kepada spekulasi yang kini hampir AS$2 bilion hilang - AS$1 bilion yang dibayar kepada IPIC tetapi tidak diakui dalam akaun, dan AS$1 bilion yang didakwa ditebus dari Cayman tetapi kemudian lesap," katanya.

PAS tetap bersama Parti Keadilan Rakyat - SUA

Posted: 22 Sep 2015 08:36 PM PDT

SEMUA SEGMEN MASYARAKAT JANGAN BERHENTI MENEKAN NAJIB

Posted: 22 Sep 2015 06:49 PM PDT

Satu lagi episod memalukan yang tidak pernah terbayang dek fikiran sesiapa menimpa rakyat Malaysia semata-mata kerana berperdana-menterikan seorang pemimpin bernama Najib Razak. 

Kali ini sebuah unit khas di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang menyiasat mengenai rasuah antarabangsa akan melakukan penyiasatan terhadap Najib berhubung pembelian hartanah di negara itu oleh anak tirinya, Riza Aziz dan ahli perniagaan yang rapat dengannya iaitu Jho Low.

Sebagaimana yang didedahkan oleh New York Times (NYT), siasatan berkaitan rasuah itu dilakukan kerana semua pembelian itu dilakukan melalui sebuah "syarikat bayangan" atau "syarikat kosong."

Antara pembelian hartanah yang disiasat itu ialah:-

1. Sebuah penthouse bernilai AS$30.55 di Time Warner di Manhattan.

2. Rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane, New York.

3. Sebuah kondominium bernilai AS$33.5 juta di Laurel Park, Manhattan di samping hartanah lain di Los Angelas.

4. Sebuah kondominium berharga AS$4.5 juta yang dibeli atas nama "syarikat bayangan" atau "syarikat kosong", Cricklewood One Madison LLC yang pembeliannya ditandatangani oleh bekas eksekutif 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.

Keseluruhan hartanah yang sedang disiasat itu dianggarkan bernilai lebih AS$150 juta.

NYT juga melaporkan, unit khas di Jabatan Kehakiman itu turut menyiasat pengaliran wang AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib kerana pemindahannya dilakukan melalui sebuah bank Amerika Syarikat, Wells Fargo.
Dengan turut disiasat oleh FBI dan Jabatan Peguam Negara Switzerland, Najib kini sekurang-kurangnya sedang menghadapi tiga penyiasatan di peringkat antarabangsa. Itu belum termasuk lagi pihak berkuasa di London, Perancis, Hong Kong dan Singapura yang mungkin turut melakukan penyiasatan berikutan adanya laporan dikemukakan kepada mereka.

Mana kita mahu letak muka sebagai rakyat Malaysia bila ke luar negara selepas ini? 
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat jangan berhenti menekan Najib supaya berundur

Posted: 22 Sep 2015 06:48 PM PDT

Sekiranya Najib Tun Razak berjaya disingkirkan ia akan memberi pengajaran yang berguna kepada pemimpin yang lain untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa.
shahbudin-najib
PETALING JAYA: Rakyat negara ini disarankan supaya terus memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Saranan itu dibuat oleh bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin ekoran Perdana Menteri terus menerus dikaitkan dengan rasuah dan penggubahan wang haram.
Katanya, terbaharu New York Times (NYT) melaporkan unit khas di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat akan melakukan siasatan terhadap Perdana Menteri berhubung pembelian hartanah di negara itu oleh anak tiri beliau yang berharga mencecah AS$150 juta.
"Kita tidak boleh lagi berketuakan beliau (Najib Razak). UMNO akan kalah serta musnah manakala negara pula akan terus terjerumus ke lembah kesengsaraan jika Najib sebagai ketua kerajaan tidak segera ditukar.
"Jemaah surau pun mungkin ramai tidak begitu khusyuk sembahyangnya kerana fikiran asyik melayang terbayangkan hal-hal berkaitan Perdana Menteri yang cukup "istimewa" ini," katanya.
Menulis dalam entri terbarunya di blog http://shahbudindotcom.blogspot.my/ , Shahbudin berkata, sekiranya Najib berjaya disingkirkan ia akan memberi pengajaran yang berguna kepada pemimpin yang lain untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa.
"Tidak pernah terbayang dek fikiran sesiapa menimpa rakyat Malaysia semata-mata kerana berperdana-menterikan seorang pemimpin bernama Najib Razak.
"Mana kita mahu letak muka sebagai rakyat Malaysia bila ke luar negara selepas ini?
"Tidak pernah mana-mana pemimpin kita sebelum ini menghadapi pertuduhan sebegitu rupa sehingga ramai yang hairan bertanya, Najib tidak pernahkah rasa malu dengan apa yang menimpa dirinya?," katanya.

Tumpuan utama Pas menentang UMNO – Takiyudin

Posted: 22 Sep 2015 06:47 PM PDT

Pas menolak sertai Pakatan Harapan tetapi terus mengadakan kerjasama politik dengan PKR.
Takiyudin-Hassan_pr_umno_600
PETALING JAYA: Pas mempertahankan pendirian untuk tidak terlibat dengan pembentukan Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Perkara itu ditegaskan, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hassan dengan menyatakan bahawa parti itu akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam menentang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
"Pas menghormati hak mana – mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri, walaubagaimanapun Pas tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Pas sebelum ini.
"Selaras dengan resolusi Kongres Rakyat yang didukung oleh 200 NGO dan beberapa parti politik, Pas komited menentang ketidakadilan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.
Walaupun Pas tidak bersama Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Kota Bharu itu menegaskan bahawa parti itu akan terus melakukan kerja sama politik dengan PKR.
Pas Mengekalkan hubungan dan kerja sama politik dengan PKR," katanya.

Anwar calon PM melucukan – Penganalisis politik

Posted: 22 Sep 2015 06:46 PM PDT

Anwar Ibrahim perlu menunggu lima tahun sebelum layak bertanding semula dalam pilihan raya.
Anwar-Ibrahim2_600
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik 'mempersendakan' keputusan Pakatan Harapan yang masih mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang yang baharu ditubuhkan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, keputusan Pakatan Harapan itu sangat melucukan kerana Anwar hanya bebas daripada hukuman penjara lima kerana kesalahan meliwat pada 2020 sedangkan PRU14 selewat-lewatnya 2018.
"Adakah mereka akan membebaskan Anwar dari penjara sekiranya berkuasa?. Tetapi harus diingat Anwar perlu menunggu lima tahun lagi untuk layak bertanding pada pilihan raya," katanya kepada FMT.
Pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, isu yang perlu diambil kira juga adakah rakyat Malaysia bersedia untuk menerima pemimpin nombor satu negara yang mempunyai rekod bekas banduan.
Katanya, walaupun pakatan pembangkang menukar nama baharu kepada Pakatan Harapan namun mentaliti masih tidak berubah iaitu mengharapkan pengaruh Anwar untuk meraih sokongan rakyat.
"Ternyata mereka tidak mempunyai calon lain dan masih mengharapkan pengaruh Anwar. Gerakan reformasi yang sudah berlangsung sejak 1998 sewajarnya memikirkan calon alternatif.
"Sudah tiba masanya Pakatan Harapan mengenengahkan pemimpin baharu bukannya pemimpin kitar semula.
"Ini juga bermakna DAP Harapan mengakui hakikat kepimpinan Melayu tetapi hanya terbatas dengan faktor Anwar sahaja," katanya.
Mohd Izani berkata, walaupun baharu satu hari ditubuhkan, Pakatan Harapan sudah menunjukkan kepada rakyat bahawa penubuhannya hanya bertujuan memanjang hayat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Pemuda Pakatan Harapan perlu jadi ejen perubahan

Posted: 22 Sep 2015 06:45 PM PDT

Faiz Fadzil


Pemuda Amanah Nasional mengalu-alukan pembentukan permuafakatan pembangkang baru yang dianggotai oleh tiga parti utama pembangkang iaitu Amanah, DAP dan PKR yang diberi nama Pakatan Harapan.
Sesungguhnya, harapan rakyat kepada Pakatan Harapan amatlah tinggi.
Kemunculan Pakatan Harapan di saat rakyat sedang bergelut dengan keperitan bebanan sara hidup dan krisis ekonomi negara akibat rasuah dan skandal penyelewengan kewangan negara, terutama 1MDB serta pergolakan politik tanah air yang kian meruncing seolah-olah tiada kesudahannya amat penting bagi rakyat dan negara.

Harapan rakyat disandarkan kepada Pakatan Harapan untuk menyelamatkan dan membebaskan negara dan rakyat daripada cengkaman kezaliman, ketidakadilan dan penyelewengan pemerintahan Barisan Nasional serta untuk menyelamatkan rakyat daripada terus terperangkap dalam ketegangan perkauman yang cuba ditiupkan demi survival politik Barisan Nasional. Pemuda Amanah Nasional dengan ini mengusulkan 4 dasar utama yang perlu dijadikan asas kepada polisi bersama (common policy) Pakatan Harapan iaitu:
1) Menjunjung prinsip dan elemen asas Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Setiap dasar, rangka kerja (framework) dan manifesto hendaklah berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
2) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah mengambil kira kebajikan, kepedulian dan keadilan kepada seluruh rakyat.
3) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi mempromosikan keharmonian kaum dan mendefisitkan jurang sosioekonomi antara rakyat yang berbeza kaum dan geografi.
4) Segala dasar, rangka kerja dan manifesto hendaklah bertujuan bagi membentuk anak muda yang bermoral, berintegriti, berdaya saing, berilmu dan berkemahiran tinggi.
Barisan kepimpinan sayap Pemuda ketiga-tiga parti koalisi baru ini; Pemuda Amanah, DAPSY dan AMK hendaklah sentiasa bermuafakat bersama, ikhlas, istiqamah dan komited dalam membawa mesej perubahan kepada negara.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sahkan tak sertai Pakatan Harapan

Posted: 22 Sep 2015 06:40 PM PDT

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata usul Dewan Ulama adalah jelas, iaitu PAS akan mengekalkan kerjasama dengan PKR dan hubungan dengan DAP adalah terputus pada Jun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.   
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata usul Dewan Ulama adalah jelas, iaitu PAS akan mengekalkan kerjasama dengan PKR dan hubungan dengan DAP adalah terputus pada Jun lepas.

PAS hari ini mengekalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan hari ini, tegas Setiausaha Agungnya Datuk Takiyudin Hassan.
Anggota Parlimen Kota Baru itu berkata perkara tersebut diputuskan hasil Mesyuarat Dewan Harian diadakan pada lewat petang semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan.
"Bagaimanapun kita ambil ketetapan untuk tidak buat komen yang panjang buat masa ini kerana pakatan itu pun baharu sahaja dilancarkan, baharu ditubuhkan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dalam proses didaftarkan, hari ini sepakat menubuhkan sebuah pakatan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan, tanpa penyertaan PAS.  Bagaimanapun, Takiyudin berkata PAS masih lagi mengekalkan kerjasama politiknya dengan PKR kerana perkara itu diputuskan pada muktamar tahunan parti itu Jun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan alu-alukan penyertaan parti lain

Posted: 22 Sep 2015 05:06 PM PDT

SUBANG JAYA - Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik untuk turut serta berjuang dalam perikatan baharu itu.
 
Bagaimanapun kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kesemua parti yang bernaung di bawah satu bumbung perlu mempunyai matlamat dan haluan yang sama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
"Kami mengalu-alukan mana-mana parti untuk menyertai kami (Pakatan Harapan) termasuk Pas. Meskipun parti tersebut dari BN, kami akan terima tapi mestilah mempunyai matlamat sama dan mampu bersama sebagai satu rumpun," katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
 
Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Amanah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.
 
Wan Azizah turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti yang berada dalam Pakatan Harapan.
 
Menurut Wan Azizah lagi, ia bertujuan memperhalus terma penubuhan Pakatan Harapan.
 
"Antara yang akan diperhalusi termasuk perjanjian, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.
 
"Mulai hari ini, pakatan ini akan berfungsi sebagai satu pakatan yang jitu dalam usaha membela rakyat dan kami juga akan bersiap sedia untuk berdepan dengan kerajaan," katanya lagi.

Anwar ganti Najib jika pakatan menang PRU nanti

Posted: 22 Sep 2015 05:05 PM PDT

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketika sidang media yang berlangsung berkaitan penubuhan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah di Hotel Empire, Subang Jaya. -

SUBANG JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diumum sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia merupakan langkah pertama dibuat oleh Pakatan Harapan yang baharu dibentuk menerusi persidangan meja bulat hari ini.

"Langkah pertama kami adalah mengumumkan Anwar sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan ini memenangi PRU yang akan datang.

"Kami yakin bahawa beliau adalah antara pemimpin berkaliber yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang wujud dalam pentadbiran pemimpin negara masa kini," katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media penubuhan pakatan baharu itu di sini, hari ini.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Wan Azizah dalam pada itu melahirkan keyakinan ke atas penubuhan pakatan baharu yang disertai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu diperbabikan bangsa sendiri

Posted: 22 Sep 2015 05:02 PM PDT

Farouk A. Peru

Budaya Islam memang alah (allergic) dengan babi. Memang hampir semua umat Islam tidak makan babi, tetapi kealahan mereka terhadap babi adalah lebih jauh daripada itu. Kasut dengan kulit babi pun perlu diberi amaran supaya umat Islam jangan memakainya.
Itu baru interaksi secara langsung, bagaimana pula dengan interaksi tidak langsung? Masih ingatkah anda dengan filem 'Babe' (1995)? Filem ini diharamkan hanya kerana heronya adalah seekor babi!
Kita bernasib baik kerana Lembaga Penapisan Filem tidak mengharamkan kartun-kartun 'Winnie the Pooh' dan juga buku 'The Tao of Pooh' dan 'The Tale of Piglet' yang mempunyai watak 'Piglet' iaitu seekor anak babi!

Kealahan kepada babi ini sememangnya berasal daripada Al-Quran yang mengharamkan makan daging babi (Surah Al-An'aam, Ayat 145). Namun larangan itu hanya pada pemakanan ('ta'aam' dalam bahasa Arab) dan bukan kepada pemakaian kulit babi mahupun watak-watak babi. Larangan berlebihan ini hanyalah budaya Islam yang wujud turun-temurun.
Orang Islam begitu alah sehinggakan makanan 'vegan' (sayur-sayuran) yang seakan-akan babi (mock meat) pun tidak akan disentuh!
Apakah sebabnya larangan ini? Al-Quran memberitahu kita dalam ayat yang sama, 'sesungguhnya ia kotor' (fa'innahu rijs).
Dalam tafsiran saya, kekotoran ini termasuk secara fizikal. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan yang memakan babi tidak baik untuk kesihatan kita.
Mahupun begitu, pada saya, larangan ini juga adalah secara simbolik. Babi adalah haiwan yang yang tidak membawa simbol baik kepada manusia. Bahasa manusia memerangkap maksud yang agak mengaibkan dalam perkataan babi itu.
Ini bukan sahaja dalam budaya Islam, bahkan budaya-budaya lain juga memerangkap budaya babi sebagai satu sifat yang jijik, walaupun budaya itu mengamalkan pemakanan babi! Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris, memanggil sesorang itu 'male chauvinist pig' (jantan babi chauvinis) adalah satu cacian.
Ini kerana babi itu diibaratkan kuat nafsu seks. 'Pork barrel politics' pula adalah politik di mana pemimpin-pemimpin menyalahgunakan wang kerajaan untuk mendapat sokongan rakyat (macam pernah dengar, kan?).
'Pig sty' (kandang babi) pula adalah tempat yang begitu kotor. Pendek kata, memang tidak ada maksud babi yang baik. Semuanya buruk belaka!
Ini membawa kita kepada Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos. Nama Jamal begitu naik sekarang ini kerana dialah yang mengetuai perhimpunan Baju Merah pada 16 September yang lepas.
Versi terakhir sebab perhimpunan ini diadakan ialah Melayu bangkit untuk menjawab kebiadapan DAP yang menghasut orang Cina untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4 pada 31 Ogos lepas.
Walaupun sebab ini begitu palsu dan Bersih 4 menampakkan ramai peserta Melayu (anggarannya adalah 20%) dan juga bangsa India, namun khabar angin ini bermain di mulut penyokong-penyokong Jamal.
Video wanita yang meroyan kepada Lim Kit Siang 'Enough is enough' (cukuplah setakat ini) adalah petanda yang paling ketara.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan jadi budak-budak, kata penjaja kepada pemimpin ‘baju merah’

Posted: 22 Sep 2015 04:59 PM PDT

Datuk Jamal Md Yunos berkata sebelum ini beliau pernah memohon untuk mendapatkan tempat menjalankan perniagaan di kawasan Chinatown 10 tahun lalu, tetapi ditolak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2015.  
Datuk Jamal Md Yunos berkata sebelum ini beliau pernah memohon untuk mendapatkan tempat menjalankan perniagaan di kawasan Chinatown 10 tahun lalu, tetapi ditolak. 

Sebuah persatuan penjaja menyelar Datuk Jamal Md Yunos yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan berkelakuan kebudak-budakan, selepas pemimpin 'perhimpunan baju merah' itu menuntut Jalan Petaling dibuka kepada peniaga Melayu. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee akhirnya bersuara semalam, beberapa hari selepas 'perhimpunan baju merah' dianjurkan 16 September lalu, memberitahu Jamal yang orang Melayu turut mentertawakannya.
"Apa yang orang ramai akan fikirkan? Anda tidak boleh senang-senang berkata anda mahu, dan kami serahkan kepada anda. Orang Melayu juga mentertawakan cadangan beliau.

"Saya rasa kelakuannya seperti budak-budak, meminta sesuatu dari ibunya selepas diberitahu jangan," kata Ang kepada The Malaysian Insider. Beliau juga berkata Jamal tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan tentang "imuniti" yang dikatakan dinikmati peniaga di tempat pelancongan popular dikenali sebagai Chinatown itu, dengan menuduh mereka mendapat sokongan pihak berkuasa walaupun menjalankan perniagaan haram.
Ang berkata, pihak berkuasa menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan itu dari semasa ke semasa, dan yang terbaru pada minggu lepas.
"Kami tidak benarkan penjualan produk palsu, dan jika peniaga berkeras melakukannya dan ditangkap, mereka perlu berurusan dengan pihak berkuasa sendiri," katanya.
Perhimpunan minggu lepas kecoh apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh benteng di Jalan Petaling sehingga memaksa pihak polis menggunakan tembakan meriam air bagi mengawal keadaan.
Chinatown sebelum itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh pihak berkuasa, dan banyak perniagaan ditutup hari itu kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.
Jamal sebelum ini berkata, peserta perhimpunan kecewa dengan "imuniti" yang dinikmati peniaga di Jalan Petaling, dengan tiada tindakan diambil terhadap mereka walaupun menjalankan perniagaan haram.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas MB Selangor tawar beri rawatan gigi percuma ganti hukuman rasuah

Posted: 22 Sep 2015 04:57 PM PDT

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo bersama peguamnya Shafie Abdullah meninggalkan Mahkamah Persekutuan selepas pendengaran keputusan kesnya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 September, 2015.  
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo bersama peguamnya Shafie Abdullah meninggalkan Mahkamah Persekutuan selepas pendengaran keputusan kesnya hari ini.

Dalam rayuan untuk meringankan hukuman selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan rasuah terhadapnya, bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan memberikan rawatan pergigian percuma jika dia dibenarkan melakukan khidmat masyarakat.
"Saya akan menyediakan penjagaan pergigian di kawasan saya atau mana-mana bahagian di Selangor," katanya dari kamar tertuduh kepada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.
Dr Khir berkata sudah menyediakan rawatan sedemikian kepada rakan-rakan dan saudara-maranya walaupun aktif berpolitik.

Doktor gigi bertauliah itu merayu untuk hukuman yang dikenakan terhadapnya daripada hukuman penjara selepas mahkamah tertinggi menolak rayuan sabitan rasuah beliau berhubung pembelian sebidang tanah dan sebuah banglo semasa memegang jawatan menteri besar Selangor. Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir pada Disember 2011 dan ia dikekalkan Mahkamah Rayuan.
Dr Khir, seorang doktor gigi yang terlatih, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Disember 2010, atas tuduhan rasuah yang melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, plot dan rumah tersebut di No 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui salah seorang pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Beliau melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Shah Alam pada 29 Mei 2007.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB ‘popularkan’ Najib dan Malaysia di seluruh dunia

Posted: 22 Sep 2015 04:54 PM PDT

Laporan FBI memulakan siasatan terhadap 1MDB mendapat liputan meluas oleh media sekurang-kurangnya di 10 buah negara.
najib,rakyat,1mdb
PETALING JAYA: Skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah 'mempopularkan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Malaysia di seluruh dunia.
Ini kerana, laporan yang menyatakan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mula menjalankan siasatan rasuah melibatkan 1MDB telah mendapat liputan meluas media di beberapa buah negara.
Laporan itu telah mendapat perhatian media sekurang-kurangnya 10 negara seperti di Bulgaria, Thailand, Vietnam, Sepanyol, China, Korea, Rusia, Jepun dan India.
Siasatan FBI ke atas 1MDB tercetus apabila Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dihalang ke luar negara dan kemudiannya di tahan oleh polis.
Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dikatakan merancang untuk ke New York dan London pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, tujuan beliau ke luar negara tidak diketahui.
1MDB diselubungi kontroversi apabila ia dikaitkan memiliki hutang sebanyak RM42 bilion dan turut didakwa salah urus kewangan.
Berikutan itu siasatan terhadap 1MDB dilakukan secara menyeluruh.
Bulan lalu pihak berkuasa Switzerland membekukan akaun dana itu untuk siasatan lanjut. Pihak berkuasa Hong Kong juga mengesahkan siasatan terhadap 1MDB sedang dijalankan.

Tahaluf siyasi Pas, PKR masih relevan - Rafizi

Posted: 22 Sep 2015 04:53 PM PDT


Rafizi Ramli

SUBANG JAYA - Tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dan PKR masih wujud lagi meskipun parti Islam itu tidak bersama ketika penubuhan Pakatan Harapan, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata kerjasama antara dua parti itu masih berjalan seperti biasa, berdasarkan pendirian Pas dalam muktamarnya pada Jun lalu.

"Memang betul, di pihak Pas dan PKR, kita memang ada satu bentuk kerjasama dengan Pas lagi.

"Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan di Selangor, walaupun Pas tidak menyertai Pakatan Harapan ini, begitu juga wakil PKR ada juga Adun dan ahli Majlis di Kelantan adalah sebahagian daripada kerajaan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kedudukan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor susulan penubuhan Pakatan Harapan tanpa Pas, yang berkuat kuasa, hari ini.

Rafizi juga berkata, penubuhan pakatan pembangkang baharu itu merupakan satu perkembangan yang baik dalam mematangkan kerjasama politik antara parti-parti pembangkang.

"Ini satu perkembangan yang baik bagi negara kerana kita bergerak ke arah satu kerjasama politik yang lebih matang berbanding di negara lain," ujarnya.
 Read More / Baca Lagi >>

Inilah pemikiran rakyat Malaysia setelah 58 tahun UMNO/BN memerintah...

Posted: 22 Sep 2015 09:10 AM PDT

Rakyat spt inilah yg menjadi kegemaran pemimpin UMNO bg meneruskan legasi UMNO perbodohkan rakyat buat selama2nya..

Hidup Melayu!! Hidup Najib!! Mati Pon Bersama Najib!!

ADAKAH SELEPAS INI NAJIB BERANI KE LUAR NEGARA & ROSMAH SHOPPING SAKAN JUGA DI LUAR NEGARA !!

Posted: 22 Sep 2015 09:07 AM PDT

WOWW !!!.. Semenjak Malaysia di bawah pentadbiran Najib Razak nama Malaysia terus tersohor di serata dunia. Satu dunia nak siasat...

Patut ler haritu tak jadi nak ke UK & London. Dah bau FBI nak siasat Najib.. tup2 terbang pergi Sabah jer.. HA!! HA!! HA!!

SEKALI LAGI skandal 1MDB-NAJIB duduki ranking No.1 mengatasi berita2 lain di dunia..

Posted: 22 Sep 2015 09:05 AM PDT

TAHNIAH Najib Razak

BILA Najib nak dipanggil utk siasatan di peringkat antarabangsa ??!!

.. Kami berdoa agar Najib kekal memerintah negara sehingga PRU14.. Makin lama Najib kekal PM, makin byklah kebobrokan Najib akan kami bongkarkan bgtau kpd rakyat..

Sesuatu tidak kena dengan isu-isu biasiswa pendidikan kerajaan

Posted: 22 Sep 2015 08:59 AM PDT

Mohd Syazwan Rahimy


Saya tertarik dengan perkembangan semasa berkenaan biasiswa-biasiswa kerajaan, iaitu biasiswa MARA dan JPA.
Beberapa bulan yang lepas kita dihadapkan dengan laporan berkenaan pembelian hartanah di Australia daripada pegawai MARA. Ia memberi gambaran mereka mempunyai wang yang banyak sehinggakan boleh menggunakan wang untuk sesuatu yang menyimpang dari matlamat penubuhan Majlis tersebut.
Jadi agak mengejutkan apabila beberapa ketika selepas itu MARA membatalkan penghantaran 31 pelajar ijazah perubatan ke UK dan Ireland kerana alasannya ekonomi dan keadaan pertukaran wang yang tidak baik. Adakah ini kerana duit yang sudah disalurkan pada tempat yang tidak patut?

Kemudian beberapa minggu yang lalu, bangkit pula isu 115 pelajar JPA, Batch A Level 2015, yang juga tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelajar-pelajar yang sudah pun menamatkan pelajaran Tahun Asas (foundation A Level) di Kolej INTEC ini dikatakan tidak menepati tahap kecemerlangan. Namun begitu apa yang membingungkan adalah, mengikut beberapa pelajar, tiada sebarang notis awal diberikan mengenai syarat tersebut.
Malah, ramai di kalangan pelajar-pelajar ini yang mendapat tempat di Universiti UK dan sebagainya berdasarkan keputusan yang dicapai.
Mereka juga mengatakan sebelum ini ramai pelajar yang tidak menepati tahap kecemerlangan tetap diberi peluang menyambung pelajaran ke luar negara.
Keputusan JPA untuk tidak membenarkan mereka sambung pelajaran ke luar negara pula tidak disusuli dengan sebarang solusi untuk mendapatkan tempat di Universiti tempatan. Seperti pelajar-pelajar MARA sebelum ini, pelajar-pelajar JPA ini diminta berusaha sendiri. Baiklah, tetapi UPU sudah tutup dan Universiti tempatan tidak menerima sijil A Level. Jadi apakah jalan alternatif untuk mereka?
Sekarang bangkit pula isu pelajar-pelajar A Level batch 2016 biasiswa JPA yang ditamatkan kontrak serta-merta sedangkan belum sempat menghabiskan pengajian A Level. Pelajar-pelajar cemerlang SPM ini masih ada beberapa semester untuk menambah baik keputusan, namun diarahkan untuk keluar daripada Kolej INTEC. Malah tiada sebarang surat atau notis formal yang diberikan. Sekarang, selepas lebih setahun menduduki pengajian Tahun Asas, tanpa sebarang sijil diterima, mereka seperti perlu bermula semula.
Read More / Baca Lagi >>

Memperbaharui permuafakatan demi rakyat

Posted: 22 Sep 2015 08:56 AM PDT

Mujahid Yusof Rawa


Untuk beberapa bulan lalu, badai dan ombak menguji perjalanan politik di Malaysia. Di sebalik kerajaan Barisan Nasional hilang momentum secara moral dan politik, pakatan pembangkang pula hilang arah gara-gara gagal membuktikan kesatuan mereka.
Rakyat seolah-olah tidak diberi jalan keluar melainkan terikat dengan situasi politik jalan buntu.
Kelompongan ini memberikan ruang pada kemunculan diktator kecil dan gerombolan rasis berbaju merah untuk ambil alih keadaan buntu ini.

Retorik 'bangsat' ,'Cina babi' dan 'Islam rasis' seolah ingin mengambil alih situasi ketidakharuan ini. Penjunaman ringgit kerana simpanan reserve negara terpaksa dikorek dan skandal RM2.6 bilion dan tebal muka perdana menteri mahu terus berkuasa mewajarkan penipuan dan manipulasi buat regim BN.
Celah hambatan-hambatan ini lahirlah Parti Amanah Negara (Amanah). Walaupun digelar 'parti serpihan' namun hakikatnya ialah, ia parti yang memenuhi kekosongan ditinggalkan pembangkang kerana berantakan sesama sendiri.
Kelahiran Amanah adalah untuk menjadi pencetus kepada jalan keluar kebuntuan rakyat dengan kebobrokan politik BN hari ini. Amanah, walaupun parti baru, namun timbalan pengemudinya adalah orang lama yang masak dengan asam garam perjuangan rakyat.
Suntikan baru inilah melahirkan wadah besar untuk rakyat menaruh harapan kepada satu permuwafakatan baru dibentuk atas tiga parti iaitu DAP, PKR dan Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan gempur, PAS biar tersungkur

Posted: 22 Sep 2015 08:54 AM PDT

Kamal Ariff


Ketidakhadiran PAS dalam persidangan meja bulat pembangkang di Subang Jaya pagi tadi dilihat hanya memencilkan parti Islam itu dalam situasi politik tanah air menjelang musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pakatan Harapan yang dibentuk secara rasmi hari ini merupakan gabungan baru membabitkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tanpa kehadiran PAS selepas berderet pengkhianatan dilakukan.
Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan partinya "tidak boleh bertolak-ansur" dengan tindakan bekas ahli yang "menikam dari belakang" dan "keluar parti lalu menubuhkan parti baharu" (Amanah) hanya akan menjerat survival PAS untuk terus relevan di mata rakyat.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pula mendakwa persidangan berkenaan dirancang secara tergesa-gesa dengan mengitar semula alasan sama konon pihaknya "belum mengadakan perbincangan dalaman". Sikap berdolak-dalik PAS dapat dinilai apabila Takiyudin yang juga Ketua Sekretariat Tetap hudud Kelantan itu menganggap notis pemberitahuan mengenai pertemuan tersebut "terlalu pendek".
Bukan sekali alasan berkaitan tempoh waktu ini digunakan bahkan 'modus operandi' mengelak seperti itulah yang membawa kepada pelbagai kemelut dalam PAS sehingga hayat Pakatan Rakyat berakhir.
Tiada kesungguhan untuk PAS menyelesaikan masalahnya. Paling bermasalah apabila presidennya, Datuk Seri Hadi Awang membawa politik angkuh, dialah sahaja ahli syurga menyemai politik kebencian dan marah-marah padahal Islam itu ramah-tamah.
PAS tidak ubah mahu menjadi kera sumbang dalam lapangan politik yang makin berdepan dengan cabaran antarabangsa ketika kelemahan Presiden Umno, Najib Razak sudah sampai tahap begitu nazak termasuk sedang disiasat Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) berhubung kes pembelian hartanah di sana.
Selepas menumbangkan golongan yang dipanggil Jebon dalam muktamar PAS yang lalu, parti itu menarik tangan untuk berkerjasama dengan Amanah dan DAP. Ya. Biarkan PAS dengan rasa ujub riaknya. Kita lihat nanti siapa tersungkur di pintu neraka!
Walhal, rekod rasmi PRU13 lalu membentangkan kepada kita pencapaian PAS dalam kerusi Parlimen paling renda berbanding PKR dan DAP.
Pada ketika bersama-sama dalam Pakatan Rakyat pun, PAS hanya mampu meraih sokongan 14.78% undi untuk turut sama menyumbang sebanyak 50.87% undi Pakatan Rakyat, jadi bagaimana prestasi PAS pada PRU14 nanti?
Read More / Baca Lagi >>

Adakah RM 20 bil bailout pasaran saham membawa perbezaan?

Posted: 22 Sep 2015 08:53 AM PDT

oleh Medecci Lineil
CAMPUR TANGAN TIDAK PRODUKTIF:  Apabila Jawatankuasa Khas Ekonomi memutuskan untuk menyuntik RM 20 bilion ke dalam pasaran saham melalui ValueCap, saya melihatnya sebagai tindakan terdesak bailout.
Dibandingkan dengan usaha ransangan ekonomi yang lain oleh Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini, RM 20 bilion adalah jumlah terbesar dan tindakan ini perlu dipersoalkan secara serius.
Pertamanya, mengapakah jawatankuasa itu memutuskan untuk bailout saham bawah nilai berbanding ekonomi sebenar?
Maksud saya kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai saham di bawah nama  mereka kan?
Hakikatnya ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang cukup. Saya tertanya-tanya sekiranya jumlah wang yang banyak ini akan memberikan manfaat kepada kebanyakan keluarga di Malaysia.
Sekiranya jawatankuasa ini benar-benar percaya yang tindakan ini tepat, mereka perlu meminta semua rakyat Malaysia untuk melabur setiap sen yang mereka ada dalam pasaran saham. Ianya mudah dilakukan, atau sukar?
Atau sekiranya anda masih belajar di universiti dan mahu meningkatkan pendapatan yang anda perolehi sepanjang hidup, anda perlu berhenti kolej serta merta untuk melabur dalam pasaran saham dan perniagaan start-up.
Alasan yang diberikan adalah berdasarkan fakta bahawa ValueCap telah menjana pulangan 15 peratus setiap tahun dalam masa 10 tahu dan menjana keuntungan sekitar RM8 bilion. Ini adalah keuntungan tanpa kesejahteraan, saya pasti.
Abdul Wahid OmarAbdul Wahid Omar
Kedua, di manakah wang ini diperolehi? Ya, saya tahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar sudah memberitahu kita yang duit itu akan diambil daripada pemegang amanah seperti Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Amanah Saraan Diperbadankan (KWAP) dan Khazanah Nasional Bhd.
Apapun jawapan yang dia berikan, wang ini akan disedut keluar masuk ke dalam ekonomi persendirian oleh syarikat gergasi milikan kerajaan ini.
Mahu atau tidak mereka akan memperolehinya melalui kita, samada melalui cukai, menaikan hutang atau inflasi.
Seperti mana ramai pakar ekonomi Australia menjelaskan lama dahulu, jumlah wang yang besar ini menafikan kegunaan lain di mana sumber itu boleh disalurkan sekiranya jawatankuasa ekonomi itu tidak memutuskan yang mereka lebih memerlukan sumber berharga itu berbanding kita.
Read More / Baca Lagi >>