Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Main sentimen anti Malaya dan guna nama KM untuk peruntukan?

Posted: 20 Sep 2015 09:35 PM PDT


Gambar di atas muncul di sebuah blog BN Sarawak, https://audie61.wordpress.com/2015/09/19/orang-malaya-tag/. Tuan punya bekas ahli PRS tapi lompat masuk parti Teras. Dikatakan rapat dengan anak Ketua Menteri Aziz TS Adenan.

Sebagai ahli parti Teras yang mahu masuk BN dan jadi formula lama BN plus, Audie melakukan sesuatu anih untuk membakar sentimen anti Malaya. Ini bercanggah dengan semangat BN dan sikap PM Dato Najib dalam merapatkan hubungan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Tan Seri Adenan Satem bukan anti Malaya. Setakat menimbulkan isu tuntutan royalti dan autonomi, ia dilakukan menurut semangat Perjanjian Malaysia dan lain-lain perjanjian, bukan atas dasar benci.

Sebagai ahli politik, tidak hairan dan orang Malaya pun tak kecil hati dia memainkan isu yang popular di Sarawak dalam menghadapi pilihanraya negeri. Tambah lagi, jika dia tidak main isu ini, pembangkang akan main.

Sampai masanya, isu ini akan ditangani menurut undang-undang dan bukan emosi. Maka tidak perlu Audie mainkan sentimen benci terhadap Malaya. Samada dia sedar atau tidak, dia sudah salahguna nama Adenan yang merupakan bapa kawan baiknya.

Bukan tak ingat apa dilakukan Audie yang mana dicurigakan sesetangah pihak bersekongkol dengan Sarawak Report untuk menyerang kepimpinan. Juga munculnya blog-blog seperti Sebana Ku yang berperanan menyerang pemimpin-pemimpin PBS yang mereka tidak gemari dan mahu dinaikkan pemimpin tertentu.

Entahlah siapa pula main game yang sama di http://kerisborneo.wordpress.com


Jika dulu dia antara yang terlibat membolot budget pilihanraya, adakah motifnya sama?Masaalahnya Teras dan selesai ke masuk BN????

Tiada masa depan buat GBH

Posted: 20 Sep 2015 07:30 PM PDT






DAP ingat dah kuat bila dok tikam belakang

Posted: 20 Sep 2015 05:30 PM PDT




Lu ingat lu kuat sangat?


Ingat untung ... Partner la dengan PANTAT


Pemimpin DAP ngaku Bersih 4.0 himpunan cina ... apsal Pemuda MCA diam?

Posted: 20 Sep 2015 08:25 AM PDT





Pemuda MCA Johor buktikan Ketua, Pemuda MCA sokong Bersih 4.0

Posted: 20 Sep 2015 07:04 AM PDT



Ketua Pemuda MCA menafikan laporan dia beri OK pada Pemuda MCA untuk sertai Bersih 4.0. Tapi tidak pula dia kritik Bersih 4.0.

Kini Pemuda MCA Johor mahu boikot PM kerana sokong Perhimpunan Merah:

Mana Pemuda MCA diam ketika gambar PM dipijak dengan rasa penuh perkauman????

https://m.malaysiakini.com/news/312923

Pasir Gudang MCA Youth is breaking ties with BN chairperson and Prime Minister Najib Abdul Razak, following his support for Himpunan Rakyat Bersatu.

Its chief Cia Chow Hui said the red shirt rally on Sept 16 destroys racial harmony.

"We don't agree on Sept 16 rally which spoils the race relations. But Najib praised the rally as peaceful. Therefore, we decided (to break the ties)," he told Malaysiakini when contacted.


This means members of the youth division will not attend Najib's functions or support him in any way.

The division is the first within BN to do so.

When asked, Cia said he is not worried about disciplinary action from central leadership over this decision.

"No. Everyone enjoys freedom of speech."

Najib on Friday thanked all who attended the 'Himpunan Rakyat Bersatu', saying the red shirts have done very well to gather peacefully and without any provocation.

The rally was called to "defend Malay dignity" and was marred with racial epithets hurled against the Chinese community.

It was in retaliation for the mostly-Chinese attended Bersih 4 rally, which called for Najib's resignation.


Sama cauvanis


Sahlah Pemuda MCA Johor buktikan Pemuda MCA sokong Bersih 4.0.

Najib mengadap Sultan Johor tadi

Posted: 20 Sep 2015 03:14 AM PDT


Baca Sinar Harian di SINI

Sebelum ini macam-macam spekulasi.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SURAT DARI SINGAPURA, A. SAMAD SAID SI TUA JENGGOT, MARI BELAJAR ILMU SILAT

Posted: 20 Sep 2015 07:56 PM PDT


JIWA KACAU SEMAKIN SERABUT: MENCARI LUKUT FROM PKR TO DAP
A Samad Said yang dulu

Bukanlah A Samad Said yang sekarang
Kerana orang tua berjenggot hari ini
Orang tua yang bergantung mengemis kepada DAP
Melukut di tepi DAP kalau-kalau ada sedikit wang ehsan,

Dahulu setiap kali merajok kepada DBP
Dia dilayan macam-macam
Bukunya dicetak supaya dapatlah honorarium
Bukunya dijadikan Buku Teks sastera 
Supaya adalah dia makan untuk dua orang isterinya

Hari ini sesudah tua nyanyok
Buku baru sudah tidak ada
Kerana sudah tidak kreatif lagi,
Melainkan sikit-sikit posting di alam maya
Supaya  bolehlah DAP bayar sikit-sikit
Untuk diperkuda-kudakan oleh DAPig,

Masa perang dunia kedua dulu
Hidup di Singapura bobrok di perkampungan pelacur
Kemudian Kuala Lumpur mengangkatnya
Kerana belum ramai lagi penyair ketika itu,
Diberikan gelaran Sasterawan Negara
Supaya adalah menikmati hospital percuma
dan segala macam kemudahan kerajaan,
Dahulu biasa dibayar RM5,000 hanya satu kali deklamasi saja,
Tak apalah kerana menghormatinya
Kerana karyanya dan dirinya
Kalau bukan kerajaan siapa lagi nak tolong ?

Bukannya kerajaan menolaknya
Dia sendiri terhegeh-hegeh terpedaya janji PKR
Bila PKR tidak mampu layan kenyanyokannya
Dia pindah ke DAP,
Sampai bila agaknya DAP mampu memperkudakannya...
Selagi DAPig bayar sesuap nasi lah...



Hari ini A Samad Said yang dulu
Bukanlah A Samad Said sekarang,
Dia bukan ada ilmu persilatan pun
Badan kurus ditiup angin sudah pun jatuh
Tapi bercakap seolah-olah tinggi ilmu silatnya,
Tidak mengapalah karena dengan kata-katanya itu
Dia akan menerima sedikit wang dari DAPig...


Kasihan sudah tua hilang akal
Nasib baiklah masih ada isteri kedua
Masih ada yang sayang,
Bukan kerajaan menjauhkan diri
Dia sendiri memilih jalan dan angan-angannya
Bersama labu-labu PKR kemudian DAPig,

Kasihan A Samad Said
Umur sudah lanjut
Diri sudah tidak terdidik
Sudah hanyut tak mengenal hulu dan pangkal
Tidak tahu hal silat bercakap pasal silat
Kerana dalam DAPig hanya ada tarian Singa
Dan Hantu Cina sahaja...

Kasihan A Samad Said
Orang tua yang semakin nyanyok
Dengan mimpi dan angan-angan
Mahu menjadi Perdana Menteri dalam mimpi...

A. Samad Said marilah melawat saya
di Kota Singapor,
Kampong setinggan kita sudah tiada
Tetapi aku masih ada...
Mari belajar ilmu silat Melayu 
Supaya kamu sedar kamu itu Melayu
Bukan DApig keturunan Komunis...

Cucu Salina, Kg. Melayu Singapor,
20 September 2015.


LIM GUAN ENG BUNUH 40,000 HAIWAN KERANA MALU, TIADA IDEA

Posted: 20 Sep 2015 07:58 AM PDT


KEJAM cara Lim Guan Eng mengurus binatang! Adakah Lim Guan Eng tiada idea atau malu?

Kalaulah NGO HAK ASASI BINATANG mengetahuinya... Malulah negara kita kerana tidak tahu cara yang betul mengurus haiwan.

MANA NGO Binatang dan NGO manusia ne diam saja kah? 


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Khairuddin rancang bertemu FBI?

Posted: 20 Sep 2015 06:23 AM PDT

Khairuddin Abu Hassan

Ahli perniagaan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan pihak berkuasa semalam didakwa sedang merancang meminta Amerika Syarikat (AS) supaya campur tangan dalam hal ehwal negara ini.

Tindakan itu disifatkan pihak berkuasa sebagai cubaan memudaratkan sistem demokrasi di negara ini dengan menjadikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai alasan.

Menerusi perancangan tersebut, Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan dijadualkan bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Isnin ini, di lokasi rahsia di negara kuasa besar berkenaan.

Perkara itu diakui sendiri peguam Khairuddin, Matthias Chang yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada akhbar New York Times menerusi temubual telefon.


Menurut Matthias yang juga salah seorang individu yang disekat Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini, pertemuan antara Khairuddin dengan FBI itu diatur dengan kerjasama pihak Kedutaan AS di Malaysia.

"Khairuddin sepatutnya dijadualkan bertemu FBI di Amerika pada Isnin," kata Matthias sebagaimana dipetik daripada laman web akhbar itu, http://www.nytimes.com hari ini.

Sebelum ini, Khairuddin didakwa bersama Matthias bertindak membuat laporan palsu dengan mengemukakan bukti-bukti yang telah diubahsuai kepada Peguam Negara Switzerland bagi mendesak siasatan ke atas isu 1MDB.

Dalam pada itu, akhbar yang sama melaporkan, Khairuddin dalam satu temubual baru-baru ini juga turut mengakui bahawa beliau merancang untuk mengemukakan dokumen berkaitan dakwaan pengubahan wang haram kepada FBI.

"Saya percaya pihak berkuasa AS ada rekod pergerakan wang," kata Khairuddin tanpa mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Khairuddin direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi beliau enggan mengulas lanjut mengenai status dokumen yang diserahkan Khairuddin kepada pihak asing yang didakwa palsu.

"Khairuddin ditahan selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Akta 124C Kanun Keseksaan," katanya.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Siapa dapat faedah RM20 bilion duit rakyat dipam ke dalam ekonomi?

Posted: 20 Sep 2015 08:01 PM PDT

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mewujudkan masalah saluran wang bagi syarikat kecil dan sederhana yang sudahpun bergelut dengan bahan import lebih mahal yang sekali gus memberi kesan kepada pengguna. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015. 
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mewujudkan masalah saluran wang bagi syarikat kecil dan sederhana yang sudahpun bergelut dengan bahan import lebih mahal yang sekali gus memberi kesan kepada pengguna. 

Rakyat Malaysia akan terus merasakan kesakitan akibat daripada kenaikan harga barangan isi rumah dan makanan, walaupun selepas Putrajaya mengumumkan langkah khas untuk mengurangkan kesan daripada kejatuhan nilai ringgit dan kelemahan ekonomi negara. Pakar ekonomi ditemubual The Malaysian Insider juga tidak pasti kesan positif dari langkah-langkah tersebut terhadap pengilang, yang berdepan dengan kos lebih tinggi ketika ringgit lemah menjadikan harga bahan mentah import serta peralatan meningkat.
Walaupun pasaran saham memberi reaksi positif kepada langkah-langkah khas ini, ada yang mempersoalkan keperluan untuk mengaktifkan semula Valuecap, syarikat pelaburan Putrajaya di mana peranannya untuk menyokong saham yang di bawah nilai.

Sama seperti menambahkan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), tindakan seperti ini boleh membawa kepada campur tangan kerajaan dalam pasaran untuk membantu syarikat lemah dan menghalang syarikat kecil yang sah daripada berkembang, kata pakar ekonomi. Terdapat juga persoalan kredibiliti, kata Yin Shao Loong daripada Institut Rakyat.
"Cadangan ini datang daripada orang yang bertanggungjawab terhadap skandal kewangan terbesar Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini masih belum diselesaikan dan masih menjadi beban kepada ekonomi negara."
Meningkatkan nilai
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah khas ini pada 14 September.
Hari seterusnya, pasaran saham tempatan mencatatkan keuntungan terbesar dalam sehari selepas komuniti perniagaan memberi reaksi kepada langkah tersebut, terutamanya pengaktifan semula Valuecap dengan RM20 bilion.
Pakar ekonomi bebas Azrul Azwar Tajudin berkata Valuecap boleh menambah keyakinan pelabur dan mendapatkan lebih banyak warga asing untuk kembali ke pasaran saham tempatan.
"Selain daripada mengukuhkan pasaran dan keyakinan pelabur, harga aset yang berdaya tahan dalam pasaran utama, terutamanya ekuiti juga boleh memberi kesan positif kepada sentimen pengguna," kata Azrul Azwar kepada The Malaysian Insider.
Walaupun pakar ekonomi dari Institut Pulau Pinang setuju dengan penilaian ini, mereka mengatakan campur tangan kerajaan dalam pasaran adalah berisiko sekiranya wang Valuecap disalurkan ke arah yang salah.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal "baju merah" cadang sertai Himpunan H60K anjuran PAS

Posted: 20 Sep 2015 07:53 PM PDT

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau bercadang untuk menyertai Himpunan 60 ribu (H60K) anjuran PAS di Kelantan bulan depan.
Beliau berkata, pihaknya akan bersama PAS sekiranya objektif perhimpunan itu ke arah untuk menyatupadukan orang Melayu seperti yang ada dalam Perlembagaan.
"Saya ada terbaca artikel yang mana PAS akan berhimpun. Kalau kami yakin dengan manifesto mereka iaitu untuk bawa penyatupaduan ke arah orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kami akan bersama menyokong mereka," katanya.
Ketika ditanya sama ada pihaknya akan bersama-sama berhimpun dalam himpunan hijau 17 Oktober depan, Jamal berkata:
"Kita akan turun sekali bersama mereka asalkan tak lari daripada Perlembagaan. Tak ada masalah," katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam di Sekinchan malam tadi.
Ditanya sama ada pihaknya ada mengadakan perjumpaan dengan PAS berhubung perkara itu, Jamal hanya berkata: "Saya boleh katakan ada".
Selain itu, Jamal yang merupakan pencetus kepada himpunan baju merah minggu lalu berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyertai mana-mana perhimpunan asalkan untuk kepentingan Melayu.
Malah, Jamal juga mengaku bahawa beliau seorang yang bersifat perkauman tetapi "perkauman yang mengikut Perlembagaan".
"Kita tak ada masalah, nak kata kita rasis ke apa. Saya mengaku saya rasis tetapi rasis saya mengikut Perlembagaan yang telah ada. Saya pertahankan hak kita. Orang Melayu kena rasis dengan bangsa dia sendiri tetapi dengan mengikut kontrak sosial.
"Kita tak tuntut lebih, kita pertahankan hak kita," katanya lagi.
Sementara itu, berikutan pelbagai dakwaan terhadap Jamal di media sosial, beliau kini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Malah, katanya, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap pihak yang didakwanya menyebarkan berita palsu terhadap dirinya.
"Saya telah kumpul maklumat dan saya telah bertemu dengan peguam dan sedang teliti. Kita dah kumpul 60 fitnah setakat hari ini. Dan waktu terdekat kita akan buat laporan polis dan tindakan undang-undang.
"Jadi saya nak beri amaran kepada mereka yang fitnah dan sebarkan berita palsu yang tidak sahih, sesetengah pihak akan berhadapan saman daripada saya," katanya.
Sehubungan itu, ketua Umno bahagian Sungai Besar itu meminta mana-mana pihak supaya tidak mempercayai segala "fitnah" di media sosial.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan layan umpan perkauman, dedah penipuan mereka, kata Prof Dr Azmi Sharom

Posted: 20 Sep 2015 07:52 PM PDT

Prof Madya Universiti Malaya Dr Azmi Sharom ketika di Malaysia Freedom Summit di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 20 September, 2015.  
Prof Madya Universiti Malaya Dr Azmi Sharom ketika di Malaysia Freedom Summit di Petaling Jaya hari ini.

 Rakyat Malaysia perlu membalas mesej yang dibawa penganjur perhimpunan baju merah dengan mendedahkan penipuan mereka kepada orang ramai, bukan dengan termakan "umpan perkauman" mereka, kata ahli akademik Prof Madya Dr Azmi Sharom.
Pensyarah undang-undang yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, beliau secara peribadi mahu memanggil penganjur perhimpunan itu "lembu" apabila mendengar Datuk Jamal Md Yunos mengatakan ungkapan "Cina babi" bukan satu penghinaan kerana masyarakat Cina memakan daging babi.
"Melayu lembu! Itu perkara pertama terlintas di fikiran saya. Hang (awak dalam dialek utara) lembu, hang kambing, hang ayam.

"Tetapi, jangan menyambutnya begitu. Pokoknya, apa saja yang kita buat, cara masyarakat awam perlu maju ke hadapan ialah, kita mesti berjuang untuk apa yang benar. Lupakan isu perkauman," katanya. Azmi berkata demikian pada Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia 2015 di Petaling Jaya hari ini.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu mendidik diri mereka sendiri supaya dapat mengesan sebarang dakwaan palsu disebarkan sekeliling mereka.
"Kalau kita dengar penipuan, kita mesti mampu menunjukkan ia satu penipuan. Sebagai contoh, (mereka kata) tanah rizab Melayu dirampas. Okay. Jika ia dirampas, siapa yang ambil?
"Setiap satu negeri yang ada tanah rizab Melayu ditadbir seorang menteri besar Melayu dan sebuah Kabinet Melayu.
"Satu-satunya negeri yang tidak ada menteri besar Melayu ialah Pulau Pinang dan di Pulau Pinang tidak ada tanah rizab Melayu," kata Azmi.
Beliau mengingatkan forum itu, walaupun publisiti hebat diberikan kepada perhimpunan baju merah Rabu lalu, hanya 24% daripada 516 orang Melayu yang ditinjau Merdeka Center berkata mereka menyokongnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan baharu lebih mudah dibentuk tanpa PAS

Posted: 20 Sep 2015 07:50 PM PDT

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub berkata kerjasama melibatkan parti dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang pro pembangkang tanpa PAS akan mempercepatkan lagi penubuhan pakatan baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015. 
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub berkata kerjasama melibatkan parti dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang pro pembangkang tanpa PAS akan mempercepatkan lagi penubuhan pakatan baharu.

Pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP akan memudahkan lagi parti pembangkang untuk membentuk pakatan baharu, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub, menurut laporan Utusan Malaysia.
Kerjasama melibatkan PKR, DAP, Amanah dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang pro pembangkang, akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baharu itu tanpa PAS, katanya.
"Amanah mengulangi pendirian dan komitmen kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang bagi membawa perubahan politik," katanya dalam satu kenyataan.

Salahuddin mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan kerjasama parti politik itu hanya bersama PKR. Kenyataan Hadi itu sekali gus menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi Amanah dan DAP.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut dilaporkan berkata, parti itu tidak akan menghadiri persidangan meja bulat anjuran PKR melibatkan DAP dan Amanah esok bagi membincangkan penubuhan pakatan pembangkang baharu, menyifatkan ia dibuat dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad dilaporkan berkata, parti itu masih belum bersedia memulakan proses perbincangan menubuhkan gabungan pakatan baharu walaupun tidak pernah menutup pintu rundingan dengan PKR.
Menurut Salahuddin lagi, Amanah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baharu.
Beliau dalam pada itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pendirian PAS yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.

PR 2.0: PAS tidak akan sertai persidangan meja bulat PKR, kata Takiyuddin

Posted: 20 Sep 2015 07:48 PM PDT

PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menghadiri persidangan meja bulat anjuran PKR melibatkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) esok untuk membincangkan penubuhan pakatan pembangkang baharu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan persidangan tersebut diadakan PKR dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berpendapat persidangan bagi membincangkan penubuhan pakatan pembangkang baharu agak tergesa-gesa dan pihaknya perlu berbincang terlebih dahulu kerana ingin membuat mandat parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015. "Persidangan dibuat sedikit tergesa-gesa, kita perlu berbincang terlebih dahulu kerana wakil-wakil kita perlu membuat mandat parti," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

"Kita sendiri belum melakukan perbincangan secara terperinci mengenai beberapa perkara termasuklah pendirian parti". Menurut ahli Parlimen Kota Baru itu, tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan berkenaan juga terlalu pendek.
"Kita perlukan masa, semasa pertemuan dengan PKR tempoh hari, kita tidak dimaklumkan secara spesifik tentang perkara ini.
Katanya, jika tiada perbincangan terperinci maka parti islam itu bimbang tidak dapat memgambil bahagian dalam perbincangan itu.
Menurut Takiyuddin, waktu persidangan bulat yang dianjurkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak tepat.
"Bukan susah untuk dibawa berbincang tetapi demi memastikan perbincangan berhasil kami perlu meneliti ke arah mana kami perlu pergi.
"Tajuk perbincangan pun kami tidak tahu. Rasanya elok kita tidak pergi lagi," katanya.
Semalam Dr Wan Azizah sekali lagi mengulangi kenyataannya untuk melibatkan PAS dalam perbincangan menubuhkan pakatan pembangkang baharu bersama PKR, DAP dan Amanah.

Khalid: Saya terima dipecat, tapi...

Posted: 20 Sep 2015 04:43 PM PDT

Abdul Khalid
Abdul Khalid (kanan) hadir di ‎Forum Diskusi Politik 3.0 : Integriti Dan Kenegaraan, di sini.
 
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau menerima keputusan PKR 'membuangnya' kerana tidak sehaluan lagi sebagai 'political correctness' namun beliau akan 'kisah' sekiranya integritinya dipersoalkan.

Menurutnya, 'political correctness' itu di bawah paras integriti yang disifatkannya lebih penting untuknya.

"(Dibuang parti) Itulah 'political correctness'. Saya terima semua itu. Untuk jatuhkan satu sama lain...tak payah politik pun tak apa.

"Integriti lebih tinggi dari 'political correctness'. Orang buang saya, saya terimalah. Kalau orang persoalkan 'political correctness', saya tak kisah tapi kalau orang persoalkan integriti saya, saya sangat jaga," katanya pada Forum Diskusi Politik 3.0 : Integriti Dan Kenegaraan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Khalid dipecat dari parti sebelum diguling dari kedudukannya sebagai menteri besar.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sanggup turun naik mahkahamah demi memperjuangkan integritinya yang dipersoal.

"Orang tanya saya kenapa sampai nak ke mahkamah semua. Itu (intergriti) saya jaga sebab itu adalah integriti saya.

Read More / Baca Lagi >>

Shahbudin: Zahid should explain wedding during ‘official’ visit

Posted: 20 Sep 2015 04:41 PM PDT

Zahid seems to have taken a leaf from the Prime Minister holding his daughter's wedding in Kazakhstan at the same time as an "official" visit to that country.
shahbudin-zahid
KUALA LUMPUR: A political analyst took to his blog to wonder why Home Minister and Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi arranged a four-day official visit to Indonesia from last Friday at the same time as his son was getting married, on Saturday, to a lady from that country at the Hotel Ritz Carlton in Jakarta. "Zahid needs to explain. There should be transparency on the matter. The government jet would have been used for the trip."
Shahbudin Husin pointed out that at a time when the people were feeling the pinch of the economic downturn and the GST, consumption taxes, was biting into their pockets with the steep rise in prices, and even businesses have failed and/or closed down, any idea that a Minister acted with impunity with government funds would be intolerable.
"The excuse for Zahid's official visit at this time was to look for longterm solutions to the haze phenomenon from Indonesia, both from Kalimantan and Sumatra, which envelops Malaysia, Singapore and Brunei every September."
It cannot be forgotten, added the analyst, that the haze phenomenon has been with the region for several decades. "However, it seems that only now there's the idea that longterm solutions are necessary."
The analyst thinks that Zahid's son's wedding in Jakarta has parallels with the wedding of Prime Minister Najib Abdul Razak's daughter, Nooryana Najwa with Daniyar Kessikbayev, in Almaty, Kazakhstan from April 17 to 19 and earlier in Kuala Lumpur. "The wedding in Kazakhstan also coincided with an official visit to that country and Najib's meetings with President Nursultan Nazarbayez."
In digressing a little to keep Zahid's son's wedding in Jakarta in perspective, Shahbudin recalled that some 250 people accompanied Najib and his wife, Rosmah Mansor, to Kazakhstan. "At that time, there were criticisms that the wedding coincided with an official visit to land the government with the bill for all the expenses."
Read More / Baca Lagi >>

Lapor Skandal 1MDB: Tindakan Khairuddin mensabotaj negara kata IGP

Posted: 20 Sep 2015 04:39 PM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jelas merupakan langkah yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia.
"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.
"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.
"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.
Khalid membuat kenyataan itu sebagai menjawab dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini, kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengelak pembongkaran kes 1MDB.
Khalid berkata Khairuddin, yang telah membuat laporan polis mengenai isu 1MDB, seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.

"Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia," katanya.
Khairuddin kini ditahan reman enam hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.
Beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara pada hari Jumaat, yang dipercayai berkaitan dengan siasatan membabitkan 1MDB.
- Bernama

Shad Faruqi: 57 MPs can make or break Putrajaya

Posted: 20 Sep 2015 04:38 PM PDT

Malaysia's survival hinges on the Malaysia Agreement 1963, an International Agreement on Full Autonomy and Federation for Sabah, Sarawak.
Shad_Faruqi
KOTA KINABALU: Emeritus Professor Shad Saleem Faruqi, a constitutional law expert who is with the UiTM Faculty of Law, has stressed during a closed door discussion in the Sabah capital that Full Autonomy and Federation was the basis on which the two Borneo nations came together with Malaya and Singapore in 1963. "They came in on the explicit condition that their autonomy would be safeguarded in full and that Malaysia would be a Federation," said Shad Faruqi during his talk, "Constitutional issues in Federal-State Relations" at the Malaysia Federalism and the Way Forward closed door discussion.
The discussion was arranged by Sabah Empowerment and Economic Development (Seed), a think tank, over the weekend.
"The peninsula would be better off if they recognize this," said Shad Faruqi. "At the same time, Sabah and Sarawak should accept the Federal Constitution as the Supreme Law of the Land."
"The situation warrants the need for discussion given the fact that 57 MPs in the Malaysian Parliament are from Sabah and Sarawak. This could make or break future governments. How far the Malayanisation and Islamisation of Sabah and Sarawak would be tolerated remains to be seen."
When Sabah and Sarawak entered into Federation with Malaya/Singapore, it was clear that they were culturally and historically distinct, said the Professor. "They were not Malay and Muslim."
"Besides, they have enormous economic potential and despite this they are the poorest states in the Federation."
He attributed the poverty of the two Borneo states to bias on the part of the Federal Government in Putrajaya and the fact that Malaysia was not a true Federation. "One result of this has been the loss of the two-thirds majority that the ruling coalition used to have in Parliament highlighting the plight of Sabah and Sarawak."
For every ringgit the Federal Government collects in revenue, said Shah Faruqi, the state gets 10 sen. "This is very disappointing and needs to be addressed. This is not how a Federation should work."
He conceded that it would be for the people to decide whether a unitary system, as at present, was better than a Federal system. "It's a fact that it's the unitary system which led to the loss of the two-thirds majority in Parliament."
All this should be read within the context of the on-going talks on "more powers" for the Sabah and Sarawak Governments, he added. "The Federal, Sabah and Sarawak Governments should sit down and discuss and negotiate if they are serious about restoring the Full Autonomy status the two Borneo nations were promised in 1963 and the Federation."
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan Agnostik meragui syariat agama

Posted: 20 Sep 2015 03:53 PM PDT

Low: Government must listen to the people

Posted: 20 Sep 2015 03:51 PM PDT

Ultras and racists not welcome in Malacca

Posted: 20 Sep 2015 03:50 PM PDT

Mum: I send my children to Chinese school, so what?

Posted: 20 Sep 2015 03:47 PM PDT

WSJ: FBI launches investigation into 1MDB

Posted: 20 Sep 2015 08:24 AM PDT

The reported FBI investigation comes shortly after a former member of Malaysia's ruling party was arrested just before travelling to the United States where he planned to make a police complaint.
1mdb-fbi
KUALA LUMPUR: The US Federal Bureau of Investigation (FBI) has launched an investigation into allegations of money-laundering at troubled Malaysian state fund 1MDB, the Wall Street Journal reported on Sunday citing an unidentified source.
The scope of the investigation into the debt-laden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) was not clear, said the newspaper, which cited "a person familiar with the matter".
Neither the FBI nor 1MDB responded to a request for comment.
The reported FBI investigation comes shortly after a former member of Malaysia's ruling party was arrested just before travelling to the United States where he planned to make a police complaint and urge US authorities to look into the allegations of money-laundering at 1MDB.
1MDB's advisory board is chaired by Prime Minister Najib Razak. The fund has been dogged by controversy over its $11 billion debt and alleged financial mismanagement.
A series of international investigations are underway as the scandal surrounding the fund widens.
Swiss authorities said this month they had frozen funds in Swiss banks amid investigations into 1MDB. Hong Kong authorities also said they were investigating a complaint related to the firm.
The WSJ had reported in July that investigators looking into 1MDB had found that nearly $700 million was transferred into the personal bank account of Najib.
The prime minister has denied taking money from 1MDB or anywhere else for personal gain.
Malaysia's anti-graft agency declared the funds a donation.
Najib has faced unprecedented criticism from within his ruling party, in particular form veteran former Prime Minister Mahathir Mohamad, who has called on Najib to step down.
Both anti-government and pro-government protesters have taken to the streets in recent weeks, raising concern about political stability.
– Reuters

Wan Azizah minta Ahli Parlimen BN jadi macam Ninja Ronin

Posted: 20 Sep 2015 08:23 AM PDT

Presiden PKR menggunakan watak Ninja Ronin yang berani menentang ketidak adilan dan berjuang sehingga habis-habisan.
wan-azizah_sabah_sarawak_600
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh disingkirkan jika semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak menyokong undi tidak percaya.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, 47 Ahli Parlimen BN berkenaan perlu bertindak seperti Ninja Ronin yang berani menentang ketidak adilan kerajaan.
"47 orang ninja Ronin sanggup menentang dan berjuang hingga ke akhir hayat untuk memperjuangkan keadilan rakyat dan menolak kerajaan sedia ada," katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam siri dialog politik `Kerajaan campuran dan pembangunan kerjasama di Malaysia" anjuran Akademi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Biro Penerangan PKR di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada Ahad.
Walaupun, menyatakan ia hanyalah satu senario, namun jika semua Ahli Parlimen itu bekerjasama dengan PKR, undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan dapat dilakukan.
"Kita di blok pembangkang mempunyai kerusi yang cukup untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri," ujarnya.
Jelas Wan Azizah, masa depan Malaysia menjadi lebih baik jika kesemua pemimpin dari pembangkang memahami keberkesanan kerjasama politik berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan juga prinsip-prinsip demokrasi.
"Jika NGO Bersih mampu untuk menyahut cabaran tatkala Malaysia mengalami krisis, dengan menyatu padukan rakyat pelbagai bangsa dan agama untuk kebaikkan, jadi kita sebagai blok pembangkang juga mampu untuk berbuat demikian," katanya lagi.

Patutlah Najib Mengadap Sultan Johor.. ?

Posted: 20 Sep 2015 08:21 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, menurut laporan The Star Online. Portal berita itu melaporkan, Najib bertemu pemimpin negeri Johor itu selama sejam di Istana Bukit Serene.
Katanya, kedua-duanya makan tengah hari di Danga Bay dan melawat projek di sepanjang pantai Johor Baru, yang kebanyakannya dibangunkan pemaju Cina, Country Garden.
Portal itu berkata, ini merupakan mesyuarat pertama Najib dengan Sultan Ibrahim selepas rombakan Kabinet pada akhir bulan Julai apabila perdana menteri menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ahli Parlimen Pagoh.
Ia turut melaporkan yang Najib akan menghadiri satu majlis Umno di Muar petang ini. Selepas Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet, beliau mengadakan pertemuan dengan Sultan.
Patutlah Najib Mengadap Sultan Johor.. Ini Sebabnya? 
Ketika negara menyambut Hari Malaysia pada 16 September lalu, yang juga merupakan hari diadakan perhimpunan baju merah, Sultan Johor dengan tegas memerintahkan mereka yang bersifat perkauman dan saling membenci untuk keluar dari negeri itu.
"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta'zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tidak perlu penasaran untuk berbaik dengan Pas?

Posted: 20 Sep 2015 08:19 AM PDT

MSO

Dua puak yang berbalah dalam Pas sehingga menyebabkan parti itu kini terbelah dua perlu bersiap sedia yang mereka tidak akan menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak secara bersama. Hakikat itu mereka harus fahami awal-awal lagi agar tidak terkilan dan menyesal dikemudian hari. Dua puak itu ialah yang kekal bersama Pas dan puak satu lagi yang keluar meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun pada asasnya mereka mempunyai nawaitu yang sama untuk menumbangkan BN, tetapi nawaitu itu kini tinggal angan-angan sahaja. Niat bersama yang dipasak dalam parti itu sejak berdekad lampau kini sudah relai dan terburai. Pas seakan sudah berpatah arang berkerat rotan dengan golongan bekas ahlinya itu jauh sekali sedia memenuhi pakatan atas tujuan untuk menumbangkan BN.  

Hari ini, setelah berada diluar Pas, bekas ahli Pas yang menyertai Amanah itu masih berharap mereka akan menjalani kerjasama dengan Pas untuk mencapai apa yang dihajatkan itu. Mereka mengajak Pas mengamalkan politik terbuka dan berpolitik secara profesional bukannya mendendami di antara satu sama lain. 
Ada kenyataan dan pelawaan ke arah itu dibuat oleh Amanah. Apa yang dinamakan pembentukan Pakatan 2 cuba hendak memanggil sama Pas agar berada dalam Pakatan itu apabila Pakatan Rakyat pertama kini sudah hancur. DAP telah mengistyharkan Pakatan Rakyat telah hancur apabila Pas berkeras untuk menerima usul agar memutuskan kerjasama dengan DAP. Bertindak dari usul itu DAP mengambil sikap balah dengan Pas.

Sebelum tindakan Pas itu, DAP terlebih dahulu mengesahkan yang mereka enggan bekerjasama dengan Pas atas alasan Pas bukan sebuah parti politik yang jujur dan ikhlas. Ini dirujuk kepada pemimpin tertinggi parti agama itu. DAP tidak mempercayai dan hilang keyakinan kepada ketua parti berkenaan. Tindakan DAP itu sangat memalukan ahli Pas.

Bergaduh dalam politik tidak akan sampai ke jalan mati. Bekas ahli Pas, PKR dan DAP masih berusaha untuk memperkukuhkan pembangkang. Mereka yakin BN tidak dapat dihancurkan dengan kekuatan dan kepaduan dalam pembangkang. Lantaran itu mereka masih menaruh harapan kepada Pas untuk bersama. 
Read More / Baca Lagi >>

Janganlah kerana seekor NYAMUK denggi, maka kelambu DIBAKAR.

Posted: 20 Sep 2015 08:17 AM PDT


Saya samasekali sekali tidak bersetuju dengan pendapat bahawa "Inilah masanya untuk kita mengalahkan UMNO." Tidaklah kerana seekor nyamuk kita mesti membakar kelambu.
Sebaliknya inilah masanya untuk memperkuatkan semula UMNO ketika kelambu parti-parti pembangkang sedang terbakar.
Jasa UMNO terlalu besar kepada negara ini sejak lebih 60 tahun dahulu, tidak sahaja kepada orang Melayu tetapi juga dalam menyelamatkan bukan Melayu dari menjadi mangsa pelampau Melayu dan Islam.
Saya kemukakan secara ringkas mengapa UMNO mesti dipertahankan dan diperkuatkan semula untuk difikirkan bersama secara rasional:
1-UMNO sebagai tunjang utama dengan sokongan bukan Melayu telah memerdekakan negara dan mengalahkan komunis,sosialis, ultra nasionalis dan Islamic Extremists yang membolehkan kerajaan menjalankan dasar pasaran bebas yang membawa negara kepada kemajuan dan kemakmuran berasaskan perniagaan bebas dan penanaman modal asing.
gg
2- Pemerentahan pimpinan UMNO mengalahkan konfrantasi Indonesia yang disokong oleh Pas, Parti Rakyat, Parti Buroh( Barisan Sosialis Rakyat Malaysia) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai tanah jajahan Indonesia di bawah Melayu Raya dan keras gabungan dengan Indonesia bagi menyelamatkan bangsa Melayu di negara ini.
3- Mengagalkan citai -cita politik Pas untuk menegakan negara Melayu Islam di bawah doktrin Dr.Burhanuddin " Kera di hutan disusui,ayam dikepok mati kelaparan" yang sekiranya berjaya akan membataskan hak orang Cina dan mengharamkan hiburan,perjudian, penjualan arak dan amalan kebudayaan bukan Islam.
4- Pimpinan UMNO berjaya mengwujudkan tenaga Melayu dalam berbagai bidang profesional terutama dalam lapangan perubatan dan kejuruteraan dan tenaga pengajar yang membolehkan pernubuhan pesat beberapa buah Universiti di negara ini yang dapat menempong ribuan pelajar di samping penghantaran keluar negara.
Doctor- doctor Melayu memenuhi keperluan di bandar dan di luar bandar berbanding dengan sebelum 13 Mei 1969 hanya ada beberapa kerat sahaja siswa Melayu di Universiti Malaya.Mereka juga mendapat pasaran di luar negara.
5- Di bawah dasar liberalisme UMNO,Perikatan dan BN ,parti parti pembangkang yang extreme; Pas,DAP menjadi realis dan menerima konsep kerjasama politik yang mendorong tolak ansur Pas dalam dasar-dasar utamanya terutama penjualan arak dan perjudian di Selagor.
6-Semakin ramai orang Pas yang insaf dan menerima dasar pragmatisme UMNO tidak mencampurkan agama dengan politik. Ini terbukti semakin ramai yang keluar Pas terutama setelah berlaku kes pernikahan sah berada dalam keadaan berzina setelah bersumpah bai'ah politik.
7-Kesan perkembangan dasar sosial dan politik pimpinan UMNO keatas masyarakat Malaysia telah menyebabkan Pas mengendurkan fanatisme dan dogmatisme agama untuk survival dan memberhentikan fatwa mengkafir.
8- Di bidang ekonomi , ramai Indvidvu terlibat dalam tanaman modal dalam saham yanhg terjamin dalam simpanan yang besar dalam PNB dan Tabung Haji dengan mengaut keuntungan dan bonus yang pasti disamping mereka juga mempunyai bank-bank besar dan institusi kewangan tertentu.
9 -Pada keseluruhanya DEB yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tun Razak telah berjaya secara drastik menukar keturunan petani,nelayan dan pekerja kampung menjadi profesional yang dapat mengimbangi tenaga profesional di negara ini.
Bagaimanapun kegagalan politik telah menyebabkan pandangan kita tidak seimbang dalam melihat kemajuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran politik dari orang Cina.
Ini adalah oleh kerana pimpinan Melayu yang di ketuai oleh Najib Tun Abdul Razak telah meruntuhkan tiang kekuatan dan keselamatan negara dan menjalankan kepimpinan dengan flip flop yang menghilangkan keyakinan rakyat terutama orang Melayu.
Adalah suatu fahaman pimpinan Melayu yang tersesat apabila mempercayai orang Cina dapat menyesoikan diri dengan persekitran kuasa Melayu di bawah demokrasi penuh yang dinapikan sendiri oleh Lee Kuan Yew kepada orang Cina di Singapore.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan berselindung di sebalik badan ‘berkecuali’ apabila menganjurkan perhimpunan

Posted: 20 Sep 2015 08:11 AM PDT

oleh Sonia Ramachandran

Mereka yang mengutarakan pendapat atau mencapai sesuatu objektif dengan cara menganjurkan perhimpunan besar-besaran harus mempunyai keberanian untuk ke hadapan dan mengakuinya. Lagi pun, Bersih 4 telah membuatkan objektif mereka jelas dan tidak berselindung siapa di belakang penganjur perhimpunan dan apa yang dijuangkan.

Perhimpunan baju merah baru-baru ini, bagaimanapun, kelihatan seperti satu perkara yang berbeza. Perhimpunan itu kononnya dianjurkan oleh pergerakan seni mempertahankan diri Melayu yang dipanggil Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Tetapi dengan kepimpinan Umno mengatakan ahlinya bebas untuk menghadiri mana-mana perhimpunan, dengan Umno berikrar ribuan orang akan hadir dan malahan beberapa pemimpin tertinggi parti itu memberi ucapan pada perhimpunan tersebut, ia menimbulkan persoalan siapa sebenarnya di belakang acara ini?

Gan Ping Sieu Inilah kenapa presiden bersama Centre For A Better Tomorrow (Cenbet), Gan Ping Sieu berasakan bahawa parti-parti politik atau ahli politik yang berhasrat untuk menganjurkan perhimpunan awam harus secara terbuka berbuat begitu dan berhenti berselindung di sebalik badan atau gerakan "berkecuali" kononnya untuk mendesak agenda mereka sendiri.

"Mereka tidak seharusnya memberikan kelulusan tersirat, menggerakkan atau menghasut peserta perhimpunan sebegitu, dan mencuci tangan apabila ia telah hilang kawalan. "Perhimpunan baju merah pada Rabu lalu ialah satu contoh klasik bagaimana hak kebebasan bersuara untuk berhimpun boleh dirampas oleh ahli politik dan dipesongkan kepada salah satu acara paling provokatif berkaitan bangsa sejak kebelakangan ini.

Demikian juga, kata beliau, perhimpunan Bersih 4 menjadi perhimpunan yang dipacu satu etnik dengan ketidakhadiran penggemblengan politik oleh PAS dan malangnya, ia menjadi sumber manipulasi bangsa oleh sesetengah orang.

 Gan menambah bahawa kehadiran beberapa pemimpin terkemuka Umno selain daripada senarai panjang pemimpin bahagian dalam perhimpunan baju merah menunjukkan sejauh mana pengaruh parti itu dalam acara tersebut.

"Seseorang hanya dapat membayangkan apabila peserta perhimpunan itu cukup berani untuk mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman; melempar botol mineral kepada polis dan merempuh halangan polis di Jalan Petaling berdasarkan tanggapan bahawa acara itu mendapat kelulusan tersirat oleh pemimpin parti pemerintah.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu yang ‘ditampar’ akan bertindak balas, tetapi ianya ke atas Umno

Posted: 20 Sep 2015 08:08 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria

'Ditampar' terlalu banyak kali dan maruah yang sedang "ditindas", orang Melayu akan bangkit tidak lama lagi, tetapi bukannya bangkit mempertahankan parti berasaskan Melayu Umno itu, kebangkitan baru ini akan menentang parti yang sama yang telah mempermainkan mereka yang sepatutnya dipertahankan oleh parti itu.

Di sebalik usaha keras Umno untuk terus mengekalkan orang Melayu kekurangan intelek, kebergantungan ekonomi dan akur secara moral, ia bergerak ke arah satu kebangkitan fikiran Melayu, minda Melayu dan kesedaran Melayu yang akan berlaku.

Semua ini kerana muslihat pecah dan perintah yang Umno warisi daripada penaung mereka, British tidak lagi berkesan di era Internet dan gerakan maklumat bebas hari ini. Orang Melayu, yang telah ditawan oleh Umno untuk satu tempoh yang terlalu lama, sekarang ini memerlukan satu kebangkitan dan pembalasan.

Perdana Menteri Najib Razak betul apabila beliau berkata orang Melayu tidak lagi boleh bertolak ansur apabila ditampar. Dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi tepat ketika beliau berkata bahawa apabila ditolak ke dinding dan maruah mereka dicabar, orang Melayu akan bangkit dan melawan.

Tetapi kedua-duanya salah tentang siapa yang akan dilanda tsunami orang Melayu. Ianya bukanlah ke atas ancaman khayalan kepada bangsa itu, tetapi ia akan menentang bahaya yang jelas dan nyata yang dibawa Umno.

Parti politik hipokrit itu mungkin mendakwa menjadi penyelamat orang Melayu, tetapi pemimpin parti itulah yang telah mengelirukan orang yang sama yang didakwa dipertahankan mereka, merekalah yang sebenarnya yang menindas dan mengancam maruah bangsa itu.

Umnolah yang menampar orang Melayu dan melayan mereka seperti mereka bodoh, pekak dan buta. Mendakwa bercakap bagi pihak rakyat sedangkan mereka sendiri hampir tidak dapat menggerakkan sokongan daripada ahli parti mereka sendiri.

Berpura-pura yang semuanya baik apabila orang Melayu sendiri dapat melihat dan mendengar tragedi yang berlaku terhadap ekonomi kita, negara kita dan cara pemimpin Umno menghancurkan semuanya.

Umnolah yang menginjak maruah orang Melayu dengan melayan mereka seperti anak kecil dan orang bodoh, memimpin mereka ke arah kehancuran sendiri dengan mempergunakan kesetiaan membuta-tuli dan sentimen ultra-rasis.

Semua ini ketika mereka mendakwa menjadi inklusif dan bekerja hanya demi kebaikan orang Melayu, Islam dan negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

Kak Wan Masih Harap Pas Sertai Blok Pembangkang

Posted: 20 Sep 2015 08:03 AM PDT

PPKR, DAP dan PAS : Cerai Bertalak Tidak

Posted: 20 Sep 2015 08:02 AM PDT

PR 2.0: PAS belum ada keputusan untuk hadir persidangan meja bulat - Isk...

Posted: 20 Sep 2015 08:00 AM PDT

Polis cari dua individu bantu kes bunuh Anthony Kevin Morais

Posted: 20 Sep 2015 07:59 AM PDT

Hasil pemerintahan UMNO-BN selama 58 tahun

Posted: 20 Sep 2015 07:59 AM PDT