Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Azmin kata himpunan 'baju merah' memalukan...!!! Betul ke?

Posted: 19 Sep 2015 12:37 PM PDT


Negara disajikan dengan satu hari penghinaan dan memalukan apabila beribu-ribu 'baju merah' bersorak tentang ketuanan Melayu, menyemai rasa takut dan menghasut kebencian terhadap kaum lain pada Hari Malaysia, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, Hari Malaysia sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan kebahagiaan sebagai sebuah negara yang bersatu.

"Saya tidak tergambar rasa malu dan jijik melihat Melayu berbaju merah, lelaki dan perempuan, sambil melaungkan slogan perkauman dan ungkapan penghinaan dan kebencian terhadap kaum lain," kata Azmin.


"Adakah ini idea terbaik Umno untuk mengembalikan maruah Melayu?," kata beliau.

Katanya, himpunan tersebut cuma menambah penghinaan terhadap agama Islam dan maruah Melayu.

"Pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk hari penghinaan telah melanggar kod tidak tertulis (unwritten code) kelakuan sebagai sebuah negara, untuk melayan semua ahli komuniti dengan cara bermaruah dan rasa terhormat.

"Mereka patut menyesal, itupun kalau mereka masih ada maruah," kata Azmin lagi.


Beliau berkata, Hari Malaysia juga satu peringatan bahawa negara ini hidup berbilang kaum dan disatukan di bawah Agong sebagai ketuanya.

"Daripada berarak dengan rasa benci dan permusuhan, kita sepatutnya berarak seiring sebagai sebuah negara tanpa mengira bangsa, warna kulit dan nyanyian Negaraku," tambah Azmin.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ORANG CINA P.PINANG MALU DAN MARAH KEPADA CM LIM GUAN ENG ISU PENYAKIT ANJING GILA

Posted: 19 Sep 2015 02:28 PM PDT









The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kenapa Parpu tarikbalik posting konspirasi kenakan Khir Toyo?

Posted: 19 Sep 2015 07:57 PM PDT


Parpu ada siarkan satu posting berkenaan konspirasi belakang tabir melibatkan kehakiman dan pegawai mahkamah:

Apakah ada cubaan untuk mengenakan Khir Toyo? Siapa dalangnya?

http://parpukari.blogspot.com/2015/09/panas-berapi-apakah-ada-cubaan-untuk.html

Kini dia tarikbalik sebab mungkin ianya hina mahkamah. Baca di SINI

Kononnya ada hakim sedar banyak kesilapan dalam penghakiman mahkamah rayuan dan tinggi lalu diberitahu hakim lain.

Macam cerita hollywood ada pulak hakim yg sekongkol dengan pegawai mahkamah pusingkan balik hakim2 lain.

Pelik sebab hakim mesti bertindak atas fakta dan prinsip. Ada timbul persoalan2 yang meragukan:

1. Jika mengikut merit Khir Toyo tidak sepatunya dipanggil membela diri. Dia saksi pendakwa, Shamsuddin dan Nasir memberi kenyataan yang bertentangan sama sekali mengenai siapa yang membayar dan berapa bayaran.

2.  Pendakwa berkata Khir paksa Shamsuddin beli rumah. Shamsuddin dalam kenyataan kepada Mahkamah menyebut belaiu belia sebab rumah tersebut cantik. Beliau beberapa kali mengunjungi rumah tersebut bersama anaknya sebelum membeli. Adakah orang yang diarah membeli rumah oleh Menteri Besar seperti dakwaan Ghani Patail akan melawat beberapa kali bersama anaknya?

3. Tapi Khir tetap dipanggil bela diri tanpa Prima Facie mencukupi pun. Tidak cukup itu, Ghani dua kali mengulas isu Khir dalam akhbar Sinar Harian ketika keputusan Mahkamah. Apakah ini bukan Mala Fide?

4. Mahkamah Rayuan sudah bersedia membebaskan Khir Toyo. Malah semasa perbicaraan rayuan, Hakim Abu Samah jelas sekali menyatakan Pendakwaraya salah tuduh.

5. Namun akhirnya apabila keputusan diumumkan, 3-0 dan keputusan dibaca oleh Azhar bukannya ketua panel, Hakim Abu Samah yang sepatutnya.

Mengapa Azhar? ??????

6. Penghakiman tersebut bukan sahaja mengambil sepenuhnya hujahan pendakwaraya, malah menambah fakta yang tidak ada seperti Khir Toyo pernah berniaga bersama Shamsuddin.

7.  Di Mahkamah Rayuan Pendakwa Raya cuba untuk menghalang lanjutan jaminan Dr Khir selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memenjarakan Dr Khir ketika itu juga seolah-olah beliau pembunuh upahan bersiri. - Kini 4 hakim Mahkamah Persekutuan diberi taklimat oleh Azhar mengenai Kes Khir Toyo lalu mengubah keputusan mereka.

8. Mengapa Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang baharu mendiamkan diri mengenai pendedahan Tan Sri Shafee Abdullah bahawa Azhar memalsukan fakta?

Permohonan Shafee ada di SINI

------------

Harap tak betul konspirasi blkg tabir. Tapi jika betul pun ...

Isu persekongkolan hakim tidak boleh didedah dan disiasat. Ramailah tertuduh yang teraniaya bila hakim perjudis.

Ini tidak adil.

Apa boleh buat jika begitu undamg2nya.


Lepas temu Mat Salleh di Eastin, Kharuddin sudah ada jet peribadi tunggu di Subang

Posted: 19 Sep 2015 05:08 AM PDT


Gambar di atas adalah Khairuddin dengan seorang orang putih di hotel Eastin PJ petang semalam.

Tenggahari tadi, Khairuddin ada membuat kenyataan mengatakan Imigresen sudah halangnya dari keluar negara.


Begitu juga peguamnya Matthias Chang...Baca The Star SINI

Nampaknya sebaik kena tahan dia terus jumpa orang asing. Dan petang dia ditahan polis bawah SOSMA. Petikan dari Malaysia Today:

Khairuddin, who was all gung-ho and full of bravado before this, appeared a bit flustered with the latest development. He thought that with a powerful person behind him he would be untouchable and the police would not dare do anything. He even declared that he is not scared and does not fear any retaliation.

Now, with the ban on him leaving the country and the directive to report to Bukit Aman on Monday, he suddenly realised that he may actually be a small fish in a big pond after all. How, in the first place, he thought he could leave the country when he is a bankrupt is quite amusing. Maybe he thought his powerful friends could get him an exemption, which apparently they could not after all.

That was when Khairuddin decided it might be better if he quickly sneaked out of the country rather than take the risk of reporting to Bukit Aman on Monday. Suspicions were triggered when a certain VVIP's private jet was fully fuelled and went on standby at the Subang Airport. The fact that this VVIP was also Khairuddin's master made the possibility of flight even more certain.

At 7.00pm tonight, the police went knocking on Khairuddin's front door and he tried to escape through the backdoor. But the police were waiting at the backdoor as well and quickly apprehended him.

Khairuddin said he is telling the truth and does not fear anything because what he is saying is the truth. But his attempt to sneak out through the backdoor and escape to Subang where a private jet was waiting for him gives the impression of the reverse.

Oh, and do not forget, you read it here first, on Malaysia Today, the Blog with the longest tentacles that reach into the very depths of the corridors of power.

Khairrudin

Khairuddin Abu Hassan and his recent marriage to his second wife, with VVIP Dr Mahathir in attendance (below)

Khairrudin

Sepenuh di SINI

-------------'

Konspirasi tengah mula nak terbarai hungga terpaksa main prlbagai drama

Khairuddin adalah orang yang membiayai buku 50 dalil terhadap sepupunya Anwar Ibrahim,

Unspinners difahamkan dari komen-komen FB bahawa kumpulan jatuhkan kerajaan yang disertai Khairuddin ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin PKR seperti Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Rafizi dan Azmin Ali.

Entah ye atau tidak FB ni ... hehehe

Usaha Khairuddin dan Matthias untuk buat laporan polis di merata tempat dah kelihatan seperti drama serupa seperti drama  Altantunya dan drama Anina.

Anina ini dibayar dengan banyak untuk mainkan watak untuk lakunan awam. Siapa tukang bayarnya, Sheikh? 

Nampaknya semua drama ini yang diwarkan WSJ dan akhbar asing datangnya dari sumber yang sama. Kesemua ini bersekongkol dengan DAP, Clare Rewcastle, Xavier Justo, The Edge dll. disokong oleh aparacik asing melalui NED dan Soros.

Jangan hairan ada pihak berkuasa yang sama bersekongkol yang mana Gani Patail memang disuspek pemula konspirasi.

Tak payah nak komen pasal siasatan yang tertangguh.

Komen akan dibuang sebab kami nyatakan siasatan akan dijalankan dan proses perlu diteruskan TAPI tanpa ada niat jahat dan konspirasi hingga ada pihak bersama Gani Patail yang bertanggungjawab kalah Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Jika betul dia ambil rasuah untuk kalah kes itu, dia memang pengkhianat. Perkataannya jika, maka tak payah nak cari loyar untuk saman. 

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Tindakan Ismail Sabri Ini Tepat

Posted: 19 Sep 2015 06:49 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jamal mahu tuntut 50 peratus kawasan perniagaan di Petaling Street – MCA

Posted: 19 Sep 2015 03:13 PM PDT

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon menganggap salah satu tujuan himpunan baju merah adalah untuk menuntut separuh daripada kawasan perniagaan di Petaling Street daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Leong menyifatkannya sebagai permintaan yang tidak masuk akal oleh seorang penganjur himpunan iaitu Datuk Jamal Md Yunos yang disifatkannya sebagai mengambil kesempatan atas hasil titik peluh orang lain tanpa usaha sendiri.
Petaling Street merupakan antara lokasi tarikan pelancong di ibu negara yang terkenal dengan barang-barang palsu dan DVD lucah.
"Jika beliau melabelkan Petaling Street sebagai tempat menjual barang tiruan dan DVD lucah, mengapa tuntut 50 peratus kawasan perniagaannya untuk orang Melayu?
"Adakah sikap seperti ini dituntut dalam Islam dan mengapa DBKL tidak mengambil tindakan kepada peniaga atas dakwaannya itu sehingga perlu diingatkan oleh Jamal?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Jamal mendedahkan, dia pernah memohon untuk menjalankan perniagaan di Petaling Street sejak 10 tahun lalu tetapi tidak dibenarkan.
Leong berkata kenyataan Jamal juga seperti memperlekehkan sumbangan kaum Cina kepada ekonomi negara.
"Kami ingin mengingatkan Jamal Yunus bahawa kejayaan ekonomi Malaysia pada hari ini adalah hasil kerja keras oleh semua kaum yang menjalankan fungsi masing-masing.
"Semua kaum telah bekerjasama dan saling hormat-menghormati supaya generasi kita yang akan datang boleh meraih hasil ekonomi negara ini.
"Negara ini mempunyai ramai golongan Bumiputera yang terkenal, usahawan Cina dan India yang pakar dalam bidang masing-masing serta mengamalkan nilai toleransi antara satu sama lain," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Malay Dignity has been stolen.

Posted: 19 Sep 2015 03:01 PM PDT

How is it possible for our PM, who has been in politics since 1976 and has been PM since 2009, even say that Malay dignity has been injured? What did he do to promote Malay dignity during his gilded tenure as minister to PM?

When did he become conscious of loss in Malay pride?

Surely not when he entered into a business relationship with Jho Low? Chinese businessmen feted him. He enjoyed their company in more ways than one. He gave a Chinese golfing buddy of over 20 years a huge contract building a LRT system. RM11 over billion.

Chinese businessmen contributed and donated money for UMNO's political funds. The majority of Class A contractors farmed out their contracts to Chinese businessmen and took away commissions.

In these times, not a squeak about the loss of Malay dignity.

Malay dignity is lost when they are deceived by their own leaders.

Our PM became conscious of Malay pride when he could not answer how RM2.6billion ended in his personal account. He became conscious of Malay pride when he could not explain the movement of RM46 billion investments by 1mdb. He becomes conscious of Malay dignity when he is widely despised by the people of Malaysia. He becomes conscious when he is accused of misconduct in public office, when he is accused of abuse of power, when he is accused of governing arbitrarily.

Who has been responsible for it? Dignity is grounded on individual initiative, personal freedom and responsibility, translated into actions that earn respect. Malays can't demand respect. They must earn it.

It is no one's fault if the Malays have lost their dignity. They have allowed themselves to be manipulated by the government in power.

Malay dignity has been injured when Najib conspired with Jho Low in siphoning money from 1MDB to Good Star. Malay dignity has been injured further when Najib through his actions, showed that Malays can easily succumbed to making money the illegal way. Such as purchasing IPPs at inflated price and then getting some donations from these IPPs. That showed the Malays, represented by our PM are not beneath stealing.

Malay self-worth and dignity are further eroded when our PM shamed us by being the subject of police reports all over the world. Our dignity as Malays is injured when our PM has not sued Wall Street Journal until today, shuffling his feet and finding excuses not to challenge WSJ. That shows the Malays, as represented by Najib are cowardly.

The question is, do we want PM Najib to represent us Malays?
Read More / Baca Lagi >>

Abdul Hadi Gesa Wakil Rakyat PAS Letak Jawatan Jika Sertai Parti Lain

Posted: 19 Sep 2015 02:56 PM PDT

Abdul Hadi Awang.
DUNGUN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).
Beliau berkata, tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai'ah itu.
"PAS sebagai parti Islam membuat Bai'ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
"Semasa berBai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.
"Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.
Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir pada Sabtu, ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat.
Abdul Hadi berkata, gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA LAWATAN RASMI ZAHID KE INDONESIA SAMA TARIKH DENGAN MAJLIS SANDING ANAKNYA DI JAKARTA?

Posted: 19 Sep 2015 02:36 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sejak semalam  iaitu hari Jumaat,  telah melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia. 

Ia adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang posisi pemimpin nombor dua kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin pada 28 Julai lepas.

Mengikut laporan Bernama, antara aturcara lawatan Zahid ke negara jiran itu ialah mengadakan kunjung hormat terhadap Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman yang terletak dalam kawasan Istana Wakil Presiden serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri.

Bagaimanapun pada Sabtu malam pula, iaitu hari kedua lawatannya itu, telah berlangsung majlis persandingan anak lelakinya dengan seorang gadis negara tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

Di laman sosial sejak malam tadi telah tersebar gambar dan rakaman video pendek persandingan itu yang boleh dikira dilangsungkan dengan meriah sekali.

Ramai pemimpin UMNO dan kerajaan, termasuk yang berjawatan menteri dan timbalan menteri dilaporkan turut sama menghadiri majlis persandingan itu.

Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?

Apakah ianya sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan?

Bilakah sebenarnya tarikh majlis persandingan anak lelakinya  di Jakarta itu ditetapkan dan bilakah pula lawatan rasmi ke Indonesia direncanakan?

Berapa ramaikah pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya ikut serta dalam lawatan rasmi itu?

Bagaimanakah dengan perbelanjaan Zahid  dan keluarganya ke Indonesia ini?

Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?
Read More / Baca Lagi >>

Abang, `kuatlah’ di dalam sana – Umie Aida

Posted: 19 Sep 2015 09:32 AM PDT

umieaida940X470
Umie Aida mengakui ramai rakan artis menyatakan simpati terhadap keadaan yang menimpanya dan mahu dia terus kuat semangat menempuh dugaan itu.

KUALA LUMPUR, 20 September:

Mulanya kata boleh berjumpa, tetapi kemudian, tidak pula.
Sekalipun berdepan situasi berdolak dalih, namun, pelakon Datin Paduka Umie Aida masih tidak putus asa untuk berusaha berjumpa suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang ditahan reman selama enam hari, bermula hari ini.
"Saya berserah pada Allah SWT. Tuhan lebih mengetahui apa yang berlaku," itu luahan rasa pemilik nama Umi Khalsum Rahmad Ali, 38, kepada The Rakyat Post apabila ditanya mengenai perasaannya selepas penahanan Khairuddin.
Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Kata Umie, beliau ada datang bersama peguam untuk bertemu suaminya pada tengahari tadi.
"Pada mulanya, sebaik tiba di balai polis, seorang pegawai kata, saya boleh berjumpa abang (Khairuddin) selepas dia bertemu peguam.
"Apabila peguam keluar daripada bilik tahanan, saya baru beberapa langkah nak masuk ke bilik tahanan, saya dilarang pula berjumpa abang," kata Umie lagi dalam nada mengecewakan.
"Saya akan ke balai Isnin ini jika saya ada peluang untuk berjumpa abang."
Read More / Baca Lagi >>

A month to go, Kit Siang pushes confidence vote

Posted: 19 Sep 2015 09:23 AM PDT

DAP leader calls for motion to be put on national agenda for all MPs.
lim,parlimen
ALOR SETAR: With exactly a month left before the Dewan Rakyat reconvenes, Lim Kit Siang has urged the DAP to resume the push for tabling a motion of no confidence in the Prime Minister, Najib Razak, and for all MPs to place it on the national agenda for discussion.
He said that the time had come for DAP to discuss the proposed motion with MPs from the government coalition as well as other opposition parties "as there seems to be no end to the country's crisis of confidence".
Speaking at a party event in Pendang, he said the confidence motion should be seriously considered because "never before in the nation's history has a Prime Minister been dogged, hounded and haunted by so many political, economic and seemingly unending scandals".
He cautioned that it would be premature to say whether the motion would be tabled, as this would depend on factors such as the attitude of the Speaker, parliamentary practices and procedure, and the likelihood of securing a simple majority for a vote on the motion.
Read More / Baca Lagi >>

Najib a questionable ally, says the Post

Posted: 19 Sep 2015 09:22 AM PDT

Newspaper editorial warns Obama that his golfing buddy is evolving into an 'unseemly pal'.
obama,najib
KUALA LUMPUR: US President Barack Obama has been warned that his golfing buddy Najib Razak has been "evolving into an increasingly unseemly pal" since they played a round of golf during Obama's Christmas holiday last year in a rare show of friendship for a foreign leader.
In an editorial today, the Washington Post questioned the US government's support for Najib, whom it described as a "sullied prime minister" and repeated what Nurul Izzah Anwar had asked American officials this week: "For all that you are investing in Malaysia, are you getting your money's worth?"
Nurul Izzah has been on a visit to the US to lobby officials to put pressure on the Malaysian government to free her father, jailed in February on a sodomy charge, or at least to allow him to undergo surgery for a shoulder injury.
The Post said Najib had once positioned himself as a reformer "who would lead a quasi-authoritarian state to genuine democracy. Now he is trying to consolidate his position by appealing to the worst currents in Malaysian politics: ethnic chauvinism and Islamic fundamentalism."
Although Najib was cooperating with U.S. intelligence agencies and the trade representative, and US appeared to be counting on Najib to deliver Malaysia's support for the Trans-Pacific Partnership free trade agreement, "but his repression and pandering to racists and Muslim extremists risks destroying the foundations of the alliance," the Post said.
Obama should make that point clear to Najib when he next met his golfing buddy, the Post said, pointing out that Obama was still scheduled to visit Malaysia for an Asian summit in November, in which the free trade agreement would figure prominently, and which Obama hopes to make part of his legacy.

Nurul Izzah minta bantuan AS bebaskan Anwar

Posted: 19 Sep 2015 09:21 AM PDT

Dia meminta Amerika Syarikat 'menuntut pembebasan Anwar sebagai tahanan politik' atau sekurang-kurangnya membolehkan Anwar menjalani pembedahan.
izah,anwar,najib
PETALING JAYA: Nurul Izzah yang melawat Amerika Syarikat baru-baru ini menggesa kerajaan Amerika Syarikat meletakkan tekanan terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membebaskan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah ketika ditemubual media di Washington berkata, Amerika Syarikat sepatutnya 'menuntut pembebasan Anwar sebagai tahanan politik' atau sekurang-kurangnya membolehkannya menjalani pembedahan.
Dia berkata, bapanya mengalami kecederaan pada bahunya yang menjadi semakin teruk akibat tidak mendapat rawatan segera yang kini turut memberi kesan terhadap tulang belakangnya.
Katanya, Anwar memerlukan pembedahan mikro atau mendapat penggantian bahu- seperti yang disarankan pakar-pakar perubatan.
Anwar dipenjara lima tahun sejak Februari lalu atas tuduhan liwat. Dia menafikan tuduhan terhadapnya yang didakwa konspirasi kerajaan Najib untuk menjatuhkan pembangkang dan menamatkan kerjaya politiknya.
Nurul Izzah berkata, amat penting untuk memastikan Najib tidak menggunakan lawatan yang bakal diadakan Presiden Barack Obama pada persidangan Asia-Pasifik untuk kepentingan politiknya.
Selain itu, Nurul Izzah berkata, tiada asas untuk polis Malaysia melancarkan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan pembabitannya membeli maklumat curi berkenaan dana pelaburan 1MDB.
"Dakwaan itu sekadar usaha untuk mencemarkan nama dan kepercayaan terhadap saya seterusnya menutup fakta bahawa AS$700 juta masuk ke poket Najib manakala AS$650 juta dikeluarkan dan sehingga kini tidak diketahui apa terjadi kepada wang itu," katanya.
Nurul Izzah dijadualkan pulang ke Malaysia hari ini (Ahad)

PENDIRIAN PAS ENGGAN BEKERJASAMA MUDAHKAN PEMBENTUKAN PAKATAN RAKYAT 2.0

Posted: 19 Sep 2015 09:21 AM PDT

Setelah beberapa kali Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa supaya PAS bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu,

PAS hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

Mengulas perkara itu, saya berpendapat bahawa keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.
 
Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu.

Parti AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

Kita kini hidup dalam dilema Tun Dr Mahathir

Posted: 19 Sep 2015 07:13 AM PDT

Zairil1_L-600x360
"Tidak yakin dan rendah diri ini tak masuk akal ketika mereka adalah majoriti demografik yang mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan mengiktiraf hak dan keistimewaan mereka," kata Zairil.

KUALA LUMPUR, 19 September:

Melayu hari ini hidup dalam dilema mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata golongan itu di negara ini hidup dalam rekaan bekas pemimpin negara itu untuk mereka, menurut kisah dalam teorinya.
Ahli Parlimen DAP yang menyumbang kepada buku "Young and Malay", bertajuk "The Real Malay Dilemma" berkata artikel itu mempunyai persamaan dengan perhimpunan Baju Merah.
Artikel itu jelas sekali memadam "The Malay Dilemma" tulisan Dr Mahathir pada 1970.
Zairil berkata, pengkisahan Mahathir, hampir sama dengan jalan cerita dan objektif baju merah, bantahan rendah diri di mana kumpulan majoriti bertindak seperti minoriti.
"Mereka adalah majoriti hegemoni yang dominan, tetapi apabila mereka meminta lebih banyak, mereka sebenarnya menunjukkan rasa tidak yakin dan rendah diri pada masa sama.
"Tidak yakin dan rendah diri ini tak masuk akal ketika mereka adalah majoriti demografik yang mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan mengiktiraf hak dan keistimewaan mereka," katanya pada pelancaran `Young and Malay' di Rumah Gerakbudaya, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, perkara yang sama boleh disifatkan mengenai perhimpunan baju merah.
"Ia sangat tidak logik.
"Kamu memerintah negara dan kemudian kamu rasa dipinggirkan."
Read More / Baca Lagi >>

Darurat akan digunakan jika kerajaan terdesak sangat

Posted: 19 Sep 2015 07:12 AM PDT

TRP_asamadsaid_L
`Silat' awalah warisan negara yang sebenarnya menunjukkan secara simbolik ketakutan Melayu.

KUALA LUMPUR, 19 September:

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said meramalkan bahawa kerajaan yang memerintah boleh mengambil jalan keluar dengan mengisytiharkan darurat hanya semata-mata bagi memastikan mereka kekal berkuasa.
Beliau berkata, terdapat tanda-tanda ia menjurus ke ara itu akhir-akhir ini dan ia boleh dilihat apabila kerajaan baru-baru membuat kawalan ketat terhadap perbezaan pendapat dan bergantung kepada Melayu, menyebabkan masyarakat bukan Melayu kini meninggalkan mereka.
"Mereka hanya mendapat sokongan orang Melayu, mereka tidak perlukan lagi sokongan bukan Melayu, walaupun undi Melayu berpecah kepada Umno, Pas, Amanah dan PKR.
"Saya meramalkan bahawa mungkin ada keperluan untuk mereka mengambil jalan keluar dengan mengisytiharkan darurat sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum jika kerajaan tidak lagi kuat.
"Ia tidak mustahil bahawa pada kemuncak seperti itu, darurat akan diisytiharkan," katanya selepas melancarkan buku `Young and Malay' di Gerakbudaya hari ini.
Katanya, dia percaya ketegangan kaum sebenarnya sengaja `dibakar' oleh kerajaan.
"Kami sudah mula melihat tindakan tegas secara besar-besaran dilakukan apabila kerajaan menganggap seseorang itu berbahaya.
Read More / Baca Lagi >>

Biarlah rakyat menilai keputusan Pas tidak sertai PR 2.0 – Salahuddin

Posted: 19 Sep 2015 07:02 AM PDT

Pas enggan menyertai PR 2.0 namun hanya akan bekerjasama dengan PKR.
Salahuddin-Ayob,pas
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak terkejut dengan keputusan Pas untuk tidak bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) namun hanya akan bekerjasama dengan PKR.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayob berkata, pendirian Pas itu akan memudahkan pembentukan PR 2.0 yang menggabungkan PKR, DAP dan AMANAH dan NGO lain.
"Setelah berkali-kali AMANAH mempelawa supaya Pas bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, Pas hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.
"Saya berpendapat bahawa keputusan Pas itu akan memudahkan AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0," katanya dalam kenyataan media.
Salahuddin menyerahkan kepada rakyat untuk i pendirian dan keputusan yang telah dibuat Pas itu.
"AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia," katanya.

Hadi: Bai'ah Pas bukan merendahkan kedudukan isteri

Posted: 19 Sep 2015 07:00 AM PDT

Lafaz sumpah bai'ah yang dikenakan ke atas ahli Pas yang memerlukan mereka menceraikan isteri sekiranya meninggalkan parti tidak merendahkan golongan wanita.

Sebaliknya kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bai'ah itu meletakkan wanita pada kedudukan yang lebih tinggi.

"Pas mengisyaratkan bai'ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz ALLAH menjadi saksinya.

" Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukan (isteri) sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada ALLAH walau pun tidak menyamainya," katanya menerusi sebuah kenyataan.

Menurutnya, sahabat Nabi Muhammad S.A.W juga mengangkat sumpah dengan menggunakan nama ibu bapa bagi mengukuhkan ikrar dan janji yang dibuat.

"Maka lafaz bai'ah dalam parti yang berjuang menegakkan Islam seperti Pas adalah beramal dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para ulamak muktabar yang disahkan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak yang sangat dihormati oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang istiqamah, walaupun pihak lain tidak berminat bukan sahaja bai'ahnya bahkan dasar Islamnya juga, sehingga ada pula yang meletakkan talak taklik mencerai isteri lebih utama daripada berjanji dengan ALLAH," katanya lagi.

Dua bekas Adun Kelantan, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat) masing-masing dilaporkan meninggalkan Pas untuk menyertai Parti Amanah Negara dan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

'Ketika bai'ah sebut Pas, bukan DAP, PKR' kata Hadi

Posted: 19 Sep 2015 06:57 AM PDT


Abdul Hadi Awang


DUNGUN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang‎ hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).
  
Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas telah melafazkan bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati ALLAH SWT jika melanggar bai'ah itu.
  
"Pas sebagai parti Islam membuat bai'ah dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
  
"Semasa berbai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (Pas) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah.
  
"Parti (Pas) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.
   ‎
Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir hari ini, ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.
  
Abdul Hadi berkata, gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat Pas yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin remanded for six days

Posted: 19 Sep 2015 06:54 AM PDT

Saifuddin: Umno has to make a stand

Posted: 19 Sep 2015 06:53 AM PDT

Saifuddin: What was the objective of rally?

Posted: 19 Sep 2015 06:53 AM PDT

Pendedah maklumat Umno mangsa terbaru Seksyen 124C

Posted: 19 Sep 2015 06:51 AM PDT

oleh V Shuman

Logik di Malaysia: Pembunuh dapat meloloskan diri (ke luar negara) sementara ahli politik yang bersuara tentang tadbir urus kerajaan, dilarang meninggalkan tanahair.

Di dalam usaha melenyapkan suara-suara penentangan termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri, Putrajaya kini juga dilihat gemar menggunapakai Seksyen124C Kanun Jenayah. Mangsa terbaru dalam senarai tersebut ialah bekas naib ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan.

Ya, lelaki yang mula membuat aduan tentang 1MDB dan sebelum larangan dilakukan, merancang membuat siri jelajah di luar negara bagi melaporkan tentang dana tersebut. Khairuddin mendedahkan larangan tersebut melalui akaun Facebooknya semalam (Jumaat).

 "Saya sepatutnya berlepas ke New York dan kemudian London pada 1.30 pagi (Jumaat) tetapi mendapat tahu, saya dalam senarai hitam Jabatan Imigresen, yang mendapat arahan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM). "Kedua-dua jabatan tidak memberitahu saya tentang larangan tersebut. Ia menyebabkan saya rugi akibat tempahan tiket dan penginapan," ujarnya.

Dia kemudian ke ibupejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan, tetapi diberitahu bahawa larangan tersebut dilakukan atas arahan khas dari polis Bukit Aman. "Peguam saya Matthias Chang turut bersama saya di pejabat Imigresen kerana dia juga dikenakan larangan yang sama."

 Khairuddin mendakwa pihak berkuasa menyalahguna kuasa dengan mengenakan larangan tanpa alasan konkrit. Beliau mempersoal samada larangan dikuatkuasa kerana kerajaan takut dengan laporan polis yang dibuatnya berkaitan 1MDB.

Setakat ini, beliau telah membuat laporan di Peranchis, Switzerland, London, Singapura dan Hong Kong, menggesa siasatan dilakukan. Khairuddin berkata beliau telah diminta menghadirkan diri ke Bukit Aman Isnin depan.

"Pegawai penyiasat berkata saya akan disiasat kerana membuat laporan terhadap 1MDB di Switzerland. "Saya mahu bertanya kepada PDRM, apa kesalahan yang saya lakukan? Saya cuma memberi pihak berkuasa Swiss apa saya berikan kepada PDRM.

Read More / Baca Lagi >>

Adakah Najib rakan yang Obama perlukan, soal Washington Post

Posted: 19 Sep 2015 06:48 AM PDT

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii Disember lepas, menampakkan persahabatan yang jelas antara dua pemimpin. – Gambar Reuters, 19 September, 2015.  
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii Disember lepas, menampakkan persahabatan yang jelas antara dua pemimpin.

Disember lalu, ketika sedang bercuti, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii, memperlihatkan kemesraan persahabatan yang jelas bagi seorang pemimpin asing.
"Sejak itu, bagaimanapun, Najib bertukar menjadi semakin tidak layak sebagai seorang sahabat," kata The Washington Post dalam lidah pengarangnya.
Mempersoalkan persahabatan Obama dengan Najib, akhbar Amerika itu mengkatalogkan senarai tingkah laku "tidak layak" sejak mereka bersantai di padang golf itu, dari pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim "atas tuduhan yang terang-terangan direka", kepada menggunakan undang-undang hasutan, yang Najib sendiri pernah berjanji untuk mansuhkan, terhadap pembangkang, hingga kepada mendakwa seorang kartunis kerana tweet yang ditulisnya.

Kemudian, terdapat juga tuduhan di sekitar pemindahan AS$700 juta ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri dan soalan mengenai transaksi kewangan serta hutang syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Washington Post menyatakan, Najib bertindak balas kepada soalan dan dakwaan itu melalui penyingkiran bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas peguam negara, antara lain, dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan penggantungan akhbar di bawah penerbitan The Edge.
Senarai itu berakhir dengan tindakan mengharamkan warna kuning Bersih 4, serta perhimpunan baju merah baru-baru ini yang berbau perkauman.
"Najib pernah sekali meletakkan dirinya sebagai seorang pembawa pembaharuan yang akan membawa sebuah negara yang seakan autoritarian kepada demokrasi tulen.
Read More / Baca Lagi >>

MUHYIDDIN: TERUSKAN BERSUARA, KERUSI PERDANA MENTERI MASIH LAGI TERBUKA!!

Posted: 19 Sep 2015 06:43 AM PDT


Ramai yang menyangka setelah terlepas daripada pemecatan pada mesyuarat MT 9 September lalu, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan terus berdiam diri atau setidak-tidaknya bertukar menjadi lebih berhati-hati dalam memberikan pandangannya terhadap sesuatu isu.


Ini kerana sebarang komen yang keras, berbeza atau tidak senada dengan pucuk pimpinan parti pasti mudah saja diangkat oleh golongan pembodek dan pengampu Najib Razak sebagai sesuatu yang bertujuan memburuk-burukkan parti.

Ada juga mengatakan Najib sebenarnya hanya menunggu silap sedikit saja daripada Muhyiddin sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada UMNO.

Dalam masa yang sama, jika Najib berhasrat mengenepikan Muhyiddin, tidak kira sama ada memecat atau menggantung keahliannya, ia juga dikatakan pasti mendapat sokongan penuh daripada Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi belum bertaraf pemimpin nombor dua dalam UMNO.

Namun ternyata kini Muhyiddin tetap sama. Sebagaimana beliau berani bersuara dan berkata benar sehingga jawatannya dalam kerajaan terpelanting sebelum ini, setelah tiada jawatan dan sedang diperhatikan salah serta silapnya, ketakutan untuk menyatakan kebenaran nyata tidak berubah.

Selain bersuara tidak setuju mengenai himpunan baju merah sebelum ini, Muhyiddin juga terus bercakap mengenai 1MDB dan wang derma yang diterima oleh Perdana Menteri.

Kebimbangan Muhyiddin mengenai isu perkauman dalam himpunan baju merah turut mendapat reaksi positif daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang bersetuju agar sebarang provokasi mengenainya hendaklah dihentikan dan tidak seharusnya dibiarkan.

Dalam satu majlis di Pagoh semalam, antara lain Muhyiddin berkata:-

- selagi masih bergelar wakil rakyat dan berjawatan dalam parti, beliau akan terus berkata yang benar demi kepentingan rakyat.

- kena buang sebab berkata benar tidak apa, hidup ini bukan kerana jawatan saja. Kita harus berani bersuara dalam sistem demokrasi berparlimen, jangan simpan dalam hati.

- hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung skandal kewangan syarikat tersebut.

- macam 1MDB, SPRM dah siasat, polis dan Bank Negara pun dah siasat, Peguam Negara sepatutnya dah selesai siasat. Kalau ada yang salah, mesti beritahu kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Rafidah Aziz tidak senang perkauman perhimpunan baju merah

Posted: 19 Sep 2015 06:39 AM PDT

Veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz sekali lagi menggunakan laman Facebook beliau meluahkan perasaan tidak senang terhadap kecaman berbaur perkauman yang dilontarkan semasa perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia, walaupun beberapa rakan daripada parti itu cuba mempertahankan perhimpunan itu.
Beliau menegaskan, tiada rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum pun yang perlu menanggung sebarang prejudis kerana nenek moyang semua orang di negara ini merupakan pendatang dari merata pelosok dunia.
"Saya rasa sedih bagi pihak ramai kawan bukan Melayu, terutamanya Cina, ramai darinya merupakan rakan sekolah rendah saya, apabila saya menonton video dan melihat gambar mereka yang mengecam komuniti Cina," tulis Rafidah hari ini.

"Kita semua mempunyai kawan dari SEMUA kaum dan agama. Kita rasa apa yang mereka rasa, terutamanya apabila, sama seperti kita, mereka juga cuba membina kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga mereka di NEGARA MEREKA... MALAYSIA," tulisnya dalam Bahasa Inggeris sambil memberi penekanan kepada beberapa perkataan menggunakan huruf besar. Himpunan baju merah, atau Himpunan Rakyat Bersatu, dikritik kerana retorik perkaumannya, walaupun penganjur mendakwa perhimpunan itu sebagai respons kepada Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos.
Ahli akar umbi Umno dan penganalisis politik berkata, perhimpunan itu lebih menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan gesaan untuk meletak jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Pak Samad: Ini bukan zaman silat

Posted: 19 Sep 2015 06:37 AM PDT

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.
"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.
Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.
Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.
"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.
Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.
Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.
Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.
"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.

Pak Samad bimbang wujud benih darurat sebelum PRU14

Posted: 19 Sep 2015 06:36 AM PDT

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 September, 2015.  
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

 Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini berkata, tindakan keras Putrajaya terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaannya yang seperti terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu boleh membawa Malaysia ke arah keadaan yang huru-hara.
Anggota DAP itu berkata, beliau membayangkan kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Saya meramalkan mungkin akan ada keadaan darurat sebelum PRU akan datang. Jika tidak, jika kerajaan masih lemah selepas PRU akan datang, maka ia mungkin berlaku selepas pilihan raya," kata Samad.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku berjudul "Young and Malay" di Rumah Gerakbudaya hari ini. Beliau berkata, amalan sebegitu tidak sihat dan juga berpendapat, Umno dan Barisan Nasional akan gagal mendapat sebarang sokongan bukan Melayu selepas apa yang berlaku baru-baru ini.
"Mereka mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik, tetapi ia seolah-olah mereka lupa yang Malaysia bukan negara untuk orang Melayu sahaja," katanya.
Pada 16 September, Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan perhimpunan baju merah bagi memartabatkan maruah orang Melayu dan tanda protes kepada perhimpunan Bersih 4 yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib, yang berdepan tekanan semakin meningkat supaya meletak jawatan susulan derma politik RM2.6 bilon yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, pada hujung Julai menyingkirkan peguam negara dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kritikan mereka terhadap beliau khususnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Puluhan aktivis dan pengkritik kerajaan juga ditahan beberapa bulan kebelakangan ini, mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Semalam, bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Haasan, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB, turut ditahan mengikut Seksyen 124 dan ditahan reman 6 hari.

Himpunan baju merah berbau ‘double standard’, kata bekas menteri Umno

Posted: 19 Sep 2015 06:34 AM PDT

Bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan polis kerana mengamalkan "double standard" terhadap perhimpunan Bersih 4 bulan lalu dengan "perhimpunan baju merah" baru-baru ini.
Beliau yang merupakan ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global berkata, mereka dengan pantas memburuk-burukkan peserta Bersih 4, tetapi memberi banyak kelonggaran kepada peserta "perhimpunan baju merah".
"Daripada perdana menteri, hingga kepada polis, dan kepada ramai lagi, anda boleh lihat, apabila mereka bercakap tentang Bersih, apabila mereka bercakap tentang perhimpunan baju merah, kita boleh lihat dengan begitu jelas 'double standard' mereka.

"Umno, perdana menteri kata Bersih 'democrazy' (gila berdemonstrasi), tetapi perhimpunan baju merah bagus dan mengikut undang-undang. "Walaupun sebenarnya kedua-duanya sama, kedua-duanya perhimpunan aman," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada persidangan mengenai liberalisme di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, polis juga salah apabila membangkitkan isu permit, kerana ia tidak lagi perlu di bawah Akta Perhimpunan Aman.
"Bagaimana polis melayan Bersih 4 dan perhimpunan baju merah juga berbeza. Satu ada permit, satu lagi tidak dapat permit.
"Tetapi mengikut Akta Perhimpunan Aman, isu permit juga tidak timbul. Mengapa hendak gunakan hujah yang tidak konsisten ini?"
Katanya, ketua polis negara juga tidak berhak mengisytiharkan Bersih 4 haram kerana ia tidak ada permit.
Saifuddin juga memberitahu pemberita, Umno mesti mengambil pendirian terhadap ketua bahagian parti itu yang membuat kenyataan kontroversi.
Beliau memberi contoh khusus Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Umno Kota Bharu), Datuk Jamal Md Yunos (Umno Sungai Besar) dan Tan Sri Annuar Musa (Umno Ketereh).
Read More / Baca Lagi >>

HIMPUNAN BAJU MERAH MELAYU BANGKIT : JHO LOW GELAK BESAR, GEORGE KENT KETAWA PUAS DAN ARUL KANDA SENYUM SAMPAI TELINGA DAN NAJIB ROSMAH KENDURI BESAR.

Posted: 19 Sep 2015 02:18 AM PDT


1. Himpunan Baju Merah Melayu Bangkit telah pun berakhir. Mereka yang datang berhimpun sudah pun pulang dan sampai ke kampung halaman sendiri dengan selamatnya. Semangat yang berkobar kobar untuk Melayu semasa di Padang Merbuk mungkin sudah pun luntur dan cair setelah RM100 yang diberi telah habis dibelanja.

2. Mereka pulang untuk menyambung kehidupan keluarga yang berhadapan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Penoreh getah terus ke kebun untuk mendapat 1kg sekerap RM2.15 yang dibahagi dua antara tuan punya kebun dengan penoreh. Pesawah padi terus ke bendang untuk 1kg padi RM1.20. Si Nelayan terus ke laut melabuh pukat untuk menyambung nyawa kehidupan keluarga.

3. Yang pastinya, Jho Low tetap mendapat kepercayaan Najib untuk menjaga harta kekayaan Najib. Bukannya Peneroka Felda Chini di Pekan. Sementara George Kent (Tan Kay Hock), rakan golf Najib terus mendapat habuan projek LRT3 daripada Kerajaan Najib dan bukannya ahli Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia. Manakala Arul Kanda terus diyakini untuk mengurus 1MDB bagi melindungi Najib dan bukannya PTD. Sebab itu, Najib terkejut dan terharu dengan perhimpunan yang bersemangat tanpa menyentuh dirinya sebaliknya mempertahankan beliau sebagai PM walaupun banyak masalah pada negara berpunca daripada pentadbiran Najib.

4. Timbalan Menteri dan mereka yang ada kepentingan dalam GLC dan agensi kerajaan yang hadir di padang merbuk pulang dengan rasa yakin selamat kerusi empuk yang mereka duduki. PM, TPM serta Menteri-Menteri pula tersenyum lebar kerana masih ada lagi orang melayu yang mahu menjadi hulubalang dan pendekar untuk melindungi mereka, pemimpin yang rendah moral bergelumang dengan pelbagai penyelewengan hatta ketamakan.

5. Apa pun yang lebih tersenyum tanpa berpanas, berpeluh dan tanpa pun menjerit laungan hidup Melayu ialah Jho Low, George Kent (Tan Kay Hock) yang merupakan rakan kongsi Najib membantai harta negara dan Arul Kanda yang diberi kepercayaan mengurus 1MDB dengan gaji yang lumayan bagi melindungi penyelewengan Najib. Mereka bertiga terus mendapat kepercayaa Najib, si pemimpin besar bangsa Melayu.

Jo Low, George Kent dan Arul Kanda gelak besar, peserta baju merah hanya dapat RM100.

NASIB KAU LAH LABU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR