Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Wall Street Journal dah tiada kredibliti, jadi akhbar pembohong

Posted: 18 Sep 2015 10:30 PM PDT


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Keluaran pada 18 September 2015

Untuk penerbitan segera

1MDB mencela laporan salah WSJ

Kami merujuk kepada satu lagi tulisan yang kurang bersumber dan sensasi oleh Wall Street Journal hari ini berkaitan dengan jumlah "hampir US$ 1.0 bilion" untuk bayaran yang dibuat oleh 1MDB bagi penamatan opsyen tertentu. Memandangkan keseriusan dakwaan yang tidak terbukti itu, sindiran yang berniat jahat dan kesan ke atas pelan rasionalisasi 1MDB, kita jangkakan sekurang-kurangnya Wall Street Journal mempunyai kesopanan dan keberanian untuk menamakan sumbernya dan / atau menyediakan bukti. Ketidakupayaan untuk menyokong dengan jelas menunjukkan sifat cetek dakwaan dan menimbulkan keraguan serius tentang samada editor Wall Street Journal sendiri percaya dengan cerita yang lemah, direka bersama-sama oleh wartawan mereka.

Kami mengulangi bahawa 1MDB tidak boleh bercakap bagi pihak Aabar atau IPIC dan kami juga tidak boleh mengulas mengenai urusan perakaunan pihak ketiga. Apa yang kita boleh mengesahkan ialah bahawa nota-nota kepada 1MDB 2014/03/31 penyata kewangan yang diaudit jelas menggambarkan sumber pembiayaan dan tujuan bayaran bagi penamatan opsyen yang untuk mengelakkan keraguan, distruktur sebagai deposit sementara menunggu penentuan akhir jumlah penyelesaian (iaitu ia kini merupakan aset kewangan yang dipunyai oleh, dan belum lagi diperlakukan sebagai perbelanjaan kepada, 1MDB).

1MDB boleh mengesahkan bahawa selaras dengan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB, opsyen tersebut sebenarnya telah ditamatkan. Malah, 1MDB dan anak-anak syarikat yang berkenaan telah dibebas dan dilepaskan daripada semua perjanjian, opsyen, syarat dan ketetapan di pihak mereka di bawah opsyen tersebut dan sebarang hak pihak-pihak lain ke atas opsyen tersebut telah dilepas dan ditamatkan.

Kami seterusnya mengambil perhatian beberapa kenyataan yang secara terang-terangan salah dibuat oleh Wall Street Journal seperti digambarkan di bawah:

"Dana (iaitu 1MDB) ... .beradad di tengah-tengah skandal rasuah ..."

Ini adalah palsu belaka. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara terbuka menyatakan pada 3 Ogos 2015 bahawa tidak ada dana dari 1MDB telah dikirimkan ke akaun bank Perdana Menteri.

"... hampir $ 700 juta memasuki akaun peribadi Perdana Menteri melalui entiti dikaitkan dengan 1MDB ..."

Penggunaan istilah "entiti dikaitkan dengan 1MDB" jelas mengelirukan dan berniat jahat. Apa yang dipanggil "entiti" yang "dikaitkan" adalah sangat lemah, jika ada pun, untuk 1MDB. Dalam kes bekas anak syarikat SRC International, ia bukan lagi milik 1MDB sejak 2012, iaitu sebelum mana-mana dakwaan pemindahan dana berlaku. Bagi Ihsan Perdana, ia adalah sebuah pembekal perkhidmatan untuk aktiviti tanggungjawab sosial korporat, di mana 1MDB merupakan salah satu daripada beberapa pelanggan.

"... pejabat peguam negara Switzerland membuka prosiding jenayah terhadap dua eksekutif 1MDB yang tidak dikenali ..."

Kami mengesahkan bahawa tiada eksekutif atau ahli lembaga 1MDB tersabit kepada apa-apa prosiding jenayah oleh pejabat peguam negara Switzerland itu. Kami juga mengesahkan bahawa tiada akaun bank 1MDB telah dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland atau Singapura. Kami, bagaimanapun, menegaskan kesediaan dan kesanggupan kita untuk membantu dalam siasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi kerajaan asing, tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan dan pematuhan kepada mana-mana protokol antarabangsa yang berkaitan yang mengawal perkara tersebut.

Kesilapan-kesilapan yang jelas dan fakta yang salah, seperti yang dinyatakan di atas, menimbulkan persoalan yang serius kepada kualiti kewartawanan yang diamalkan oleh Wall Street Journal.

Selanjutnya, terdapat rujukan kedua yang kurang ajar dan secara terang-terangan, dalam beberapa minggu, kepada Wall Street Journal yang telah mengkaji "draf laporan oleh Ketua Audit Negara Malaysia".

Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa "keterangan yang diambil sebelum apa-apa Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada Jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan oleh mana-mana ahli Jawatankuasa itu, atau oleh mana-mana orang lain, di hadapan Jawatankuasa telah membentangkan laporannya ke Baitullah ".

Adalah jelas bahawa asing Wall Street Journal tidak menghormati undang-undang Malaysia dalam negeri atau Parlimen Malaysia.

1MDB juga mengambil perhatian laporan akhbar baru-baru ini mengetengahkan dakwaan bahawa terdapat kemungkinan berlaku penjualan maklumat yang diperolehi dalam Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC). Jika ini benar, maka, dengan pengakuan sombong oleh Wall Street Journal, ada satu usaha sedang dibuat untuk menjejaskan siasatan PAC.

Sekali lagi, 1MDB menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat perkara ini dengan teliti dan mengambil segala tindakan yang diperlukan untuk mengekalkan integriti dan Perintah Tetap Parlimen Malaysia.

Dah masa sekolah satu aliran

Posted: 18 Sep 2015 08:22 PM PDT



Peduli mereka buat laporan polis ...




Sekolah cina mengajar rasisma dan membakar anti nasionalusma




Anjing berpenyakit kena dilawan

Posted: 18 Sep 2015 05:30 PM PDT



DAP bising, petanda sah alih pengundi ke Sngor

Posted: 18 Sep 2015 05:30 AM PDT


http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/selangor-umno-filing-frivolous-objections-to-new-voters-in-state-says-dap


Itu yang prof aziz bari dah syok. Azmin bakal digantikan dengan melayu pencacai dap.

Melepas azmin dan jijah.

Mereka yang ikut DAP tak beriman?

Posted: 18 Sep 2015 02:37 AM PDT


Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta la tu ...



Dahlah nama mcm sial, logo tiru ...


Baju warna samy buddha


Kuda-kuda cina DAP ...


Warga Iran semazhab Presiden PAN-teq lempang Imam Masjid Negara

Posted: 18 Sep 2015 12:00 AM PDT




Kejadian berlaku ketika rakaat pertama solat jumaat tadi.

Ini berlaku ketika baru beberapa hari Presiden PANteq mat sabu lancarkan parti tanpa kelulusan ROS.

Adakah kaitan dengan Mat Sabu?

Kenyataan Nurul Izzah akui Anwar sekeluarga adalah pengkhianat negara

Posted: 17 Sep 2015 11:29 PM PDT


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAKYAT MAHU KERAJAAN TARIK BALIK LESEN KOLEJ TAYLOR DAN HELP UNIVERSITY

Posted: 18 Sep 2015 07:41 PM PDT

Selepas kolej Taylor, sekarang kita mahu tanya Kolej HELP pula di mana Kerajaan telah membantu menaikkan taraf kolej kepada level universiti. 

Tapi kita semua tahu HELP penyokong kuat Bersih sejak 1,2,3 dan 4. Kita ada banyak bukti HELP telah memaksa student mereka join semua demo Bersih. Sudah pasti pelajar takut dan terpaksa join, jika tidak  markah pelajar akan tergugat.

Pensyarah HELP TERANG-TERANGAN mengadakan CERAMAH politik dalam kelas supaya menggulingkan kerajaan. Bukan itu sahaja, malah memfitnah kepada pelajar terhadap kerajaan. 

Jika Dato Ismail Sabri boleh dengan Serta-merta menarik balik student MARA di Kolej Taylor sekarang RAKYAT MENGARAHKAN DAN MENCABAR MANA-MANA MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB SUPAYA TARIK BALIK LESEN UNIVERSITY HELP DAN TAYLOR SERTA-MERTA!!!

INI ADALAH ARAHAN RAKYAT, ARAHAN PENGUNDI, KAMU TIDAK AKAN MENANG DENGAN MERAYU-RAYU UNDI CINA PADA PRU14 KERANA MEREKA TERANG-TERANGAN MENENTANG KERAJAAN TETAPI KAMILAH ORANG-ORANG MELAYU YANG AKAN MENGUNDI KERAJAAN, MAKA DENGAR CAKAP KAMI DENGAR ARAHAN KAMI WAHAI MENTERI!!!

KENAPA MAHU MEMBELA TAYLOR DAN HELP yang terang-terangan menentang Kerajaan??? Pensyarah-pensyarah di Taylor dan HELP bukan semata-mata sympathizer DAP tetapi ahli DAP dan mereka mengajar elemen menentang kerajaan meracuni pemikiran pelajar di dalam kelas!

Salah seorang pensyarah yang paling lantang di HELP  University ialah Bernard B meracuni dan menghasut pelajar supaya menentang kerajaan! Kita ada banyak list lagi, bekas pelajar Taylor dan HELP dan lain-lain kolej swasta Cina DAP yang memaksa anda menentang kerajaan dan meracun fikiran kamu menentang kerajaan listkan pengalaman anda di bawah! Jangan kita jadi petualang kepada agama dan bangsa kita!

Bangun lawan tetap lawan. Penindasan, ketidakadilan dan penipuan di dalam kolej-kolej swasta Cina DAP mesti didedahkan dengan segera!

Sekarang buka laman web.. di mana Ranking Kolej Taylor dan HELP University dalam dunia? atau di mana kedudukan ranking mereka di dalam Malaysia! So, pindahkan segera pelajar kita ke kolej Bumiputera sebelum mereka diracuni di kolej swasta Cina DAP!

SANGAT SETUJU BATALKAN SEGALA KONTRAK DENGAN TAYLOR, PINDAHKAN KE KOLEJ BUMIPUTERA, KPT BILA LAGI?

Posted: 18 Sep 2015 11:05 AM PDT

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN SEMUA AGENSI KERAJAAN MESTILAH DENGAN SERTA-MERTA TAMATKAN 24 JAM SEMUA PERKHIDMATAN DAN BISNES KEPADA TAYLOR KOLEJ.

LAGIPUN KOLEJ TAYLOR BUKAN BERTARAF DUNIA PUN. ADA BANYAK LAGI KOLEJ BUMIPUTERA YANG LEBIH BERPRESTIJ PENSYARAH-PENSYARAH MEREKA BERBANDING TAYLOR BANYAK GUNA PENSYARAH ASING YANG TIDAK DIKETAHUI SIJIL MEREKA DARI UNIVERSITI HAPRAK.

BEGITU JUGA KOLEJ-KOLEJ SWASTA CINA YANG MENGAMBIL PENSYARAH-PENSYARAH DARI BANGLADESH, INDIA DAN CHINA YANG KITA TIDAK KETAHUI MUTU SIJIL DAN UNIVERSITI MEREKA. MALANGNYA KPT, KPM, MARA, JPA DAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN MENGHANTAR PELAJAR-PELAJAR TERBAIK BUMIPUTERA KE SITU DENGAN YURAN YANG SANGAT-SANGAT MAHAL!

TAHNIAH DATUK ISMAIL SABRI! 

INI ADALAH ARAHAN RAKYAT DAN PERMINTAAN ORANG MELAYU KEPADA MENTERI SUPAYA REACT DENGAN SERTA MERTA APA SAHAJA KURANG AJAR DAN PENINDASAN ORANG CINA DAP KEPADA ORANG MELAYU. 

JANGAN BERI MUKA LAGI. TERMASUK SEMUA KOLEJ SWASTA LINK TO CINA DAP BATALKAN DENGAN SEGERA! BUKANKAH KOLEJ BUMIPUTERA YANG LEBIH AFDAL, TAWADDUK DAN LEBIH MEYAKINKAN!

Kita orang Melayu sangat  berbudi-bahasa dan bersabar, tetapi kalau bangsa lain sudah kurang ajar terang-terangan orang Melayu pun tahu batas sabar! 



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Polis tahan suami Umi Aida?

Posted: 18 Sep 2015 09:28 AM PDT

Laman Facebook Umie Aida yang memaparkan kenyataan suaminya ditahan polis sebentar tadi.

SHAH ALAM - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditahan polis di rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurut status Facebook isterinya, Datin Paduka Umie Aida Rahmad, "...suami saya telah ditahan atas Akta 124C".

"Saya doakan ALLAH sentiasa melindungi mu, amin," katanya.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pembunuhan Kevin Morais: Masyarakat turut bersalah

Posted: 18 Sep 2015 08:58 PM PDT

Kevin Morais mungkin dapat diselamatkan sekiranya orang ramai yang melihat kejadian tu imembuat laporan awal kepada pihak polis.
kevin,murder
PETALING JAYA: Sikap dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam.
Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun yang membuat laporan polis.
Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.
Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.
Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia diculik.
Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.
Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.
Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.
Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.
Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat.
Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram.

Wa sokong lu: Muhyiddin feels the love

Posted: 18 Sep 2015 08:57 PM PDT

Be brave and speak up, says Umno deputy president feeling honoured for not remaining silent
muhyiddin-pagoh
JOHOR BAHRU: After being sacked as deputy prime minister, Muhyiddin Yassin is feeling honoured by being treated like a celebrity among the Chinese community.
Speaking at a community event in Pagoh yesterday, the Umno deputy president urged Malaysians to speak up. "Voice out, be brave, don't keep silent," he urged Malaysians. "I have to speak up, not for myself, but for all the people," he said, according to Malaysiakini.
Muhyiddin was dismissed from the Cabinet after muted criticism of the government investment arm 1Malaysia Development Bhd and a reported RM2.6 billion deposit in the private bank account of prime minister and Umno president Najib Razak.
He said he felt like a celebratiy now, "like a popular Chinese singer".
"Everywhere I go, people say 'Tan Sri, wa sokong lu'. When I ask them why, they say it is because I am brave."
The Pagoh MP then said he would continue to speak up as long as he is an elected representative and an Umno leader.
Muhyiddin said since turning 68, he did not fear anything, and was able to always speaks the truth for the people.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Cina hanya mahukan Najib berundur

Posted: 18 Sep 2015 08:56 PM PDT

Masalah perkauman yang kononnya semakin menjadi-jadi hanya dapat diselesaikan jika pemimpin Melayu lain dilantik menggantikan Najib Tun Razak.
najib-shabudin
PETALING JAYA: Masalah perkauman yang semakin menjadi-jadi diantara kaum Melayu dan Cina masa ini boleh diselesaikan sekiranya jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan pemimpin Melayu lain.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berpandangan orang Cina hanya mahukan Najib berundur.
Katanya, tuntutan itu jelas boleh dilihat di dalam demontrasi yang dibuat oleh Bersih 4.0.
"Bersih 4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan menghadirinya. Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum," katanya.
Menulis dalam entri terbarunya di blog http://shahbudindotcom.blogspot.my/ , Shahbudin mendakwa masalah perkauman yang wujud ternyata jelas berpunca daripada Najib.
Katanya, ianya boleh dilihat berdasarkan sentimen perkauman yang dimainkan oleh pemimpin UMNO yang terlibat dalam Himpunan Rakyat Bersatu 16 September lalu.
"Himpunan Baju Merah pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib semata-mata tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.
"Cubalah dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas Padang Merbok tempoh hari.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Khairuddin rancang bertemu FBI pada Isnin

Posted: 18 Sep 2015 08:53 PM PDT

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan bakal bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi mendesak badan itu menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad tetapi terhalang dengan penangkapannya semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. 
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis malam tadi, dijadualkan bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat pada Isnin, kata peguamnya Matthias Chang kepada akhbar New York Times (NYT).

Katanya, pertemuan ejen FBI dengan bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu dirancang dengan bantuan Kedutaan Amerika di Malaysia. Laporan itu juga menyatakan, tangkapan beliau mengikut Akta Hasutan 1948, yang dibuat beberapa jam selepas beliau dihalang daripada mengambil penerbangan ke luar negara pada Jumaat, menghalang Khairuddin daripada bertemu pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika itu untuk mendesak mereka menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

‘Martabat’ Melayu ditindas jika pemimpin melayan mereka seperti orang bodoh

Posted: 18 Sep 2015 08:51 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri

Saya suka untuk percaya bahawa rakyat Malaysia secara amnya tidak bodoh. Saya khasnya suka untuk percaya bahawa majoriti daripada '250,000' orang Melayu yang didakwa penganjur berkumpul di Padang Merbok untuk perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September tidak bodoh.

Kebanyakan daripada mereka menerima wang ke Kuala Lumpur, bukan? Perjalanan percuma, makanan percuma, baju-T percuma dan mungkin sediking wang saku. Kedengaran seperti tawaran yang baik pada saya. Nenek dari Kuala Perlis itu, makcik itu dari Ipoh Barat, atuk dari Kuantan dan senarai ini berterusan.

Mereka telah datang dengan bas yang disewa melalui bahagian Umno masing-masing. "Ini Umno kan? Mestilah sokong," kata beliau, tanpa menyedari hakikat bahawa presiden Umno Najib Razak telah berkata yang parti itu "tidak terlibat" dalam menganjurkan perhimpunan itu.

Beliau benar-benar percaya kepada pemimpin yang mengatakan Melayu sedang dikepung 'Cina DAP' yang dikatakan 'rasis sebenar' untuk menimbulkan provokasi kekacauan perkauman.

 Terdapat juga mereka yang lain yang tidak tahu sebab sebenar mereka dibawa ke Kuala Lumpur, tetapi saya masih lagi tidak akan memanggil mereka bodoh. Malah kepada kumpulan yang mencetuskan kekecohan di Jalan Petaling.

Mereka benar-benar percaya bahawa mereka berada di situ untuk "mengangkat martabat Melayu" dan bangkit menentang 'Cina DAP yang rasis' yang kononnya mahu mendominasi kuasa politik, melebihi penguasaan ekonomi negara seperti yang dikatakan.

Pasti mereka telah berkeras mengamuk untuk memasuki Jalan Petaling, walaupun polis telah berulang kali memberitahu mereka bahawa tiada siapa di dalam.

Dan pastinya mereka tampak telah terlepas pandang bahawa walaupun Jalan Petaling yang juga dikenali sebagai "Chinatown" - kedai-kedai di kawasan itu kebanyakannya diusahakan oleh warga asing. Tetapi saya masih lagi enggan untuk memanggil mereka bodoh.

Saya akan, bagaimanapun, memanggil mereka berdelusi dan 'mangsa' salah maklumat kronik oleh pihak berkuasa, yang mendakwa menjadi pelindung dan pembela mereka.

Apa yang terjadi di Kuala Lumpur pada 16 September menjadi kenyataan disebabkan oleh bertahun-tahun cubaan langsung atau tidak langsung memupuk mentaliti terkepung di kalangan orang Melayu.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan biarkan Malaysia jadi seperti Syria atau Iraq, kata bekas menteri Thailand

Posted: 18 Sep 2015 08:47 PM PDT

Bekas menteri luar Thailand, Kasit Piromya berucap pada majlis anjuran Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, perhimpunan berbaur perkauman hanya akan membawa negara ke arah yang sama dilalui Syria dan Iraq. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 September, 2015. 
Bekas menteri luar Thailand, Kasit Piromya merayu Malaysia agar tidak menjadikan sesuatu perhimpunan berbaur perkauman, beberapa hari selepas "himpunan baju merah" yang menyaksikan ribuan orang Melayu turun di jalanan demi, apa yang dikatakan mereka, mempertahankan maruah kaum itu. Pada satu persidangan mengenai liberalisme di Kuala Lumpur hari ini, Piromya berkata, perhimpunan berbaur perkauman hanya akan membawa negara ini ke arah jalan yang sama dilalui negara yang dilanda perang seperti Syria dan Iraq. "Jangan tukarkan perhimpunan kepada isu etnik. Ia sesuatu yang berbahaya. Kita sudah melihatnya di Iraq, di Syria. Tolonglah, saya mohon kepada anda semua rakan-rakan yang saya kasihi sekalian di Malaysia," kata Piromya dalam ucaptamanya pada majlis anjuran Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu.

Hadi dakwa baiah cerai angkat kedudukan isteri dalam perjuangan Islam

Posted: 18 Sep 2015 08:44 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata seperti baiah, talak taklik bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukan sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. 
Polemik baiah cerai taklik bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya belum reda apabila presiden parti Islam itu mendakwa, isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah.
Menulis dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Allah tidak akan menurunkan rahmatNya kepada mereka yang "membeli" semula perjanjian mereka denganNya.
Katanya, PAS mensyaratkan baiah, yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat, sekiranya ia tidak dipenuhi, yang ditegaskan dengan menyebut nama Allah sebagai saksinya.

"Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya. "Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'.
"Kecintaan terhadap kedua-duanya tidak melebihi kecintaan kepada Allah dan Rasul, (ia) merupakan seni sastera Arab bagi mengukuhkan ucapan dan ikrar," katanya dalam kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Hadi menegaskan yang kesetiaan kepada "perjuangan Islam" mengatasi kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan pihak lain.
"Tahaluf siyasi dengan pihak lain yang termasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi baah kesetiaan kepada akidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.
"Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihan raya kerana kemenangan akidah dan matlamat Islam memimpin negara, syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki semua pihak walaupun rakan paling akrab," katanya.
Kenyataan ini dibuat sewaktu perbincangan tentang penubuhan pakatan baharu politik pembangkang di antara PAS, DAP, PKR dan Amanah – yang dianggotai bekas ahli politik PAS – hangat berlangsung.

PAS tekad lawan 3 penjuru di kerusi bekas wakil rakyatnya

Posted: 18 Sep 2015 08:43 PM PDT

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015.
PAS akan tetap bertanding meletakkan calonnya di kerusi bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti, kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.
Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).
"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi. Bulan lalu, susulan satu mesyuarat, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kesepakatan sudah dicapai untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang
"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.
Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu, yang dipercayai merujuk kepada Amanah.
Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.
"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya.
PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, sekali gus membubarkan ikatan rasmi Pakatan Rakyat, susulan usul Dewan Ulama yang diterima tanpa bahas pada muktamar tahunannya pada Jun lalu.
Isnin lalu, Rafizi berkata pada satu forum di Kuala Lumpur, bentuk gabungan parti pembangkang baharu akan diketahui dalam masa lebih kurang sebulan, serta mengulangi komitmen bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya.

Mat Sabu: Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Posted: 18 Sep 2015 08:39 PM PDT

Selepas 'Kencing' Ahli UMNO, Najib cuba 'Kencing' Ahli PESAKA pula..

Posted: 18 Sep 2015 07:53 PM PDT


Betullah kata Wanita UMNO Langkawi tu.. Najib ni kaki kencing.. apa saja yang dia cakap lebih banyak auta dari fakta, hanya yang bodoh akan mempercayainya bulat-bulat..

Riuh rendah macai-macai yang berbaju merah bertempur dengan FRU di hadapan Petaling Street dia boleh kata "walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman."

Amanlah sangat.. sebab aman itulah tiga anggota Polis cedera..

Dalam masa yang sama Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam..

Kenapa agaknya Najib menjadi satu-satunya Presiden UMNO yang dikutuk begini rupa?.. macai-macai fikirkanlah..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Berucap yang merasmikan Perhimpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka malam tadi, Najib pada masa sama menyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan baju merah: Bukti kegagalan terhadap Umno sendiri

Posted: 18 Sep 2015 07:49 PM PDT

oleh Tan Jooi Long

Adakah ia Himpunan Maruah Melayu? Atau Himpunan Rakyat Bersatu? Sekadar suatu yang difikirkan selepas Merah 619? Adakah perbezaan? Perhimpunan perkauman dengan menggunakan nama lain tetap dianggap perkauman.

Hakikat bahawa Umno menyokongk perhimpunan Baju Merah itu sudah jelas. Samada parti pemerintah menaja atau menyalahguna kemudahan kerajaan bagi menjayakan perhimpunan ini tidak perlu disiasat lagi.

Pemimpin parti yang menyampaikan ucapan tahniah dari perdana menteri kepada khalayak di Padang Merbok turut membuat pengumuman dengan mikrofon bahawa dia "bersifat perkauman, secara Islam".

Rasis, dari segi Islam? Jangan hina agama sendiri, Annuar Musa. Ahli politik Kelantan itu tidak menghina perkauman langsung. Bukan ianya sambutan ke-52 Persekutuan Malaysia?

Berbanding membawa keluarga membeli belah atau makan di ibukota, jutaan warga kota terpaksa duduk di rumah pada hari itu.

Perdana Menteri pula melaungkan amaran kepada pihak yang menyemarakkan api kemarahan ketika berada di Kota Kinabalu.

Sungguh menjengkelkan. Mengapa Najib Razak menyampaikan ucapan syabas (sedangkan selepas itu berlaku kekecohan di Jalan Petaling) kepada peserta perhimpunan?

 Adakah dia mahu menerima pujian baginya? Menurut Annuar, perdana menteri terkejut dan tersentuh dengan keamanan pada perhimpunan tersebut. Aman?

Pergaduhan tercetus di Pavilion di Bukit Bintang sebelum peserta bertindak ganas di Jalan Petaling. Malah jumlah kehadiran juga tidak mencerminkan situasi sebenar. Annuar mendakwa 250,000 peserta hadir.

Kemudian Razali Idris dari Terengganu pula berkata peserta berjumlah 300,000 orang. Malaysiakini memberi anggaran di sekitar 45,000.

Ketua polis KL Tajudin Isa berkata pada mulanya jumlah peserta mencecah 35,000 namun kemudian menukar anggaran kepada 50,000.
Read More / Baca Lagi >>

Tentera Siber mula dapat perhatian pelbagai pihak?

Posted: 18 Sep 2015 07:45 PM PDT

Oleh SHUHAIMI EMBONG
DATUK Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) berjaya mencuri perhatian apabila membincangkan hal tentera siber ini dalam Sidang Parlimen pada bulan Mei 2015. "Kita perlu ambil langkah sebelum serangan. Sudah terlambat jika mahu menanganinya selepas diserang" katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Dewan Rakyat

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan peruntukan khas bagi memperkukuhkan pertahanan siber negara dengan membentuk Tentera Siber dengan meminta kerajaan mewujudkan satu ketumbukan baharu untuk menangani ancaman tentera siber apabila negara dikejutkan dengan pendedahan mengenai ancaman siber botnet (robot komputer yang berhubung antara satu sama lain melalui internet) yang menceroboh, mengintip, merekrut botnet komputer negara kita yang dipercayai boleh mengancam keselamatan negara.

Menggodam sistem komputer adalah salah satu strategi dalam serangan siber. Robot botnet adalah jaringan robot yang bukan saja menggodam, malah boleh mengambil alih rangkaian komputer di negara ini termasuk menceroboh sistem perbankan, pengangkutan dan pertahanan negara.

Penyerang siber pernah merekrut 100 botnet server di Korea Selatan sebelum melumpuhkan sistem kewangan dan perbankan sehingga menyebabkan semua urus niaga dan pengeluaran wang gagal selama 24 jam.

Berita Harian baru-baru ini melaporkan, dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja, 365,486 botnet bertindak sebagai tentera siber asing sudah ada dalam negara dan bersedia untuk melancarkan berbagai jenis serangan pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, lebih membimbangkan hampir semua sistem adalah produk negara luar dan dibimbangi akan berlaku kebocoran maklumat penting negara.

Pemantauan beliau sejak bulan April lalu mendapati analisis log sistem menunjukkan beribu-ribu serangan dan cubaan menggodam beberapa server, kebanyakannya dari China dan Israel, menggunakan alamat dan nombor IP yang didaftarkan pengendali telekomunikasi negara itu. Salah satu kesannya ialah talian internet perlahan dan pengguna gagal mendapatkan perkhidmatan oleh server yang diserang kerana capaian ke server berkenaan menggunakan talian internet dan nombor IP pengendali telekomunikasi negara ini.

Cybertrooper UMNO dan Read Bean Army (RBA)

Sebelum itu menjelang PRU ke-13, negara dihebohkan dengan kewujudan Cybertroopers Umno untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Read Bean Army (RBA) yang dikatakan dilakukan oleh satu pihak lagi yang pro kepada DAP untuk mempertahankan Pakatan Rakyat (PR).
Read More / Baca Lagi >>

Cinta Perlembagaan, aktivisme dorong Syahredzan berjuang tegakkan hak rakyat

Posted: 18 Sep 2015 07:43 PM PDT

Seperti ramai lagi yang seangkatannya dengannya, minat Syahredzan Johan, 32, dalam aktivisme dibentuk adegan politik negara yang kritikal pada lewat 90an, terutamanya gerakan protes reformasi pada 1998.
Peguam Perlembagaan yang turut bergiat sebagai aktivis, serta dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara mengenai hak-hak asasi manusia dan Perlembagaan itu berkata, menjadi sebahagian daripada generasi "reformasi" mendorong beliau kepada aktivisme.
Syahredzan Johan menganggap beliau sebahagian daripada generasi 'reformasi' yang membentuk personalitinya hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. "Ramai daripada generasi saya yang dibentuk; pandangan kritikal kami terhadap kerajaan banyak dibentuk peristiwa yang terjadi pada 1998 dan 1999," katanya merujuk kepada demonstrasi reformasi susulan pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Semakin kita dewasa, semakin kita sedar dan kita nampak ada banyak benda yang tidak betul di negara ini. Dan kita menjadi anak muda yang marah dan kecewa." Satu lagi kejutan politik yang mempunyai kesan mendalam kepada penglibatan beliau dalam aktivisme ialah pilihan raya umum 2008 yang membawa titik perubahan.
"Ia satu pilihan raya yang memberikan kuasa. Walaupun keputusannya begitu, yang lebih penting mengenainya ialah, ia sebenarnya memberi kuasa kepada ramai orang.
"Ramai sedar kita ada kuasa ini, rakyat adalah dalang politiknya, bukan ahli politik," kata Syahredzan kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Peristiwa-peristiwa tersebut, katanya, menjadi satu tarikan untuk lebih terlibat dalam aktivisme.
"Dan muncul satu saat apabila saya sedar yang, ya, saya boleh duduk di kedai kopi dan marah-marah, tapi kalau saya betul-betul nak lakukan sesuatu untuk Malaysia, saya perlu bangkit dan lakukannya."
Siapa percaya, pada zaman persekolahannya, Syahredzan sebenarnya bercita-cita menjadi seorang doktor.
"Untuk satu jangka waktu yang panjang, cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor. Pada masa itu, saya tidak sedar yang saya seorang yang takut darah. Ini sudah tentu tidak membantu saya jika saya mahu menjadi seorang doktor," katanya.
Tanpa disedari, beliau kemudiannya jatuh cinta dengan undang-undang.
Ketika meneruskan pengajian di peringkat A-Level, beliau menyedari, kerjaya di bidang undang-undang paling bermakna untuknya.
Read More / Baca Lagi >>

WHO IS NAJIB TO ASK MALAYS TO DIE FOR HIM? WHICH OTHER PM HAS EVER DONE THAT?

Posted: 18 Sep 2015 07:36 PM PDT

The prime minister of Malaysia, Datuk Seri Najib Razak is reported to have belted out before some 15,000 silat (Malay martial arts) practitioners at the Nation's Independence Square (Dataran Merdeka) that "we are willing to die," for the Najib's government.
Now "willing to die" means blood is shed; it means lives are lost fighting others. Now who are the enemies that Najib wants Malays to do battle with? Is it the other Malays who are not with his government? Is it the Malaysian Chinese in the country? Or is it the Malaysian Indians? Or are we expecting some foreign enemy to bombard the country?
Pray can someone please allay all these fears that a prime minister of all persons is belting out.
Is not what the prime minister is reported to have said before a 15,000 gathering of Malays seditious? Is it not inciting a particular community to fight a nation of people just to ensure that that the Najib government retains power and control?
What if the Najib-led government loses in the coming General elections? Would Najib invoke Malays to die for the resurrection of Umno-Najib?
Now what will the global audience think about this nation and its leadership? Is it not detrimental to our national reputation and image?
How will investors interpret the prime minister of Malaysia's belting out calling for that willingness to die for his government?
Shameful to ask the Malays to shed blood to save his political skin

On that same account, let us pause and ask the prime minister this question: what if a leader of the opposition political party or civil society leader says the same thing to an audience of Chinese or a gathering of Indians? Would it not be condemned by right thinking citizens and leaders?
The police chief as our righteous and honorable vanguard of public safety and national security needs to answer this question too. Is the prime minister not inciting undue suspicion and hatred among the countries multiracial population?
What do Malaysians think of this? Where are our learned, caring and concerned leaders and professionals and leaders of the various religions?
Read More / Baca Lagi >>

Wariskan kemakmuran, bukan hutang

Posted: 18 Sep 2015 07:31 PM PDT



Krisis kemelesetan ekonomi yang sedang menghantui negara amat membimbangkan terutama kepada anak muda.
Untuk mengatasi kemelut ekonomi yang semakin membarah ini, perdana menteri mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 billion ke dalam pasaran saham domestik melalui syarikat ValueCap Sdn Bhd.
Syarikat ini dimiliki oleh agensi kerajan iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Langkah ini menimbulkan pelbagai persoalan:
1) Mengapakah kerajaan tidak menggunakan dana RM20 billion tersebut untuk tujuan pelaburan dalam aktiviti ekonomi sebenar (real economy). Langkah itu akan mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) lebih tinggi yang mana akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik.
Langkah ini sekali gus menambahkan pendapatan dan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Kita bimbang kerana suntikan modal sebegini hanya menaikkan nilai keuntungan di atas kertas semata-mata.
2) Adakah suntikan dana RM20 bilion ini akan menggunakan wang rakyat kerana pemegang saham ValueCap terdiri daripada institusi yang dilihat sebagai lubuk tabungan rakyat iaitu KWAP, PNB dan Khazanah Nasional Bhd?
3) Adakah suntikan dana ini merupakan pakej pemulihan jangka panjang dan cekap dalam menangani krisis yang sedang dihadapi?
Persoalan ini timbul kerana langkah yang sama telah dilakukan oleh kerajaan China beberapa bulan dahulu namun akhirnya mengheret pasaran saham republik itu ke dalam tragedi China Black Monday pada tanggal 24 Ogos 2015.
Hanya langkah pintas
Tidakkah sentimen negatif terhadap kewangan negara akan bertambah memandangkan langkah China berkenaan turut dikritik hebat oleh para pakar ekonomi dan penganalisis dunia?
Read More / Baca Lagi >>

Bersih files challenge against ‘illegal’ yellow t-shirt ban

Posted: 18 Sep 2015 07:31 PM PDT

Reform group takes Home Ministry to court in application for judicial review of August 27 order.
bersih-kdn
KUALA LUMPUR: The Bersih reform group has taken the Home Ministry to court for its August 27 order that banned the yellow t-shirts and any printed matter promoting the Bersih 4 street demonstration on the August 29-30 weekend.
The group filed an application for a judicial review of the government order under the Printing Presses and Publications Act, describing it as unreasonable, illegal and made in bad faith, Malaysiakini reported. Bersih said the ban had made thousands of Malaysians into criminals despite their right to own Bersih 4 T-shirts and pamphlets.
The group also sent a demand letter to the Malaysian Communications and Multimedia Commission seeking to overturn blocks on access to the Bersih website. The group intends to sue if the commission does not lift the blocks, imposed on August 27 which it said violated every citizen's right to freedom of information.
The Bersih 4 rally was to show public support for political reforms and the resignation of Prime Minister Najib Abdul Razak. It was attended by tens of thousands who occupied the streets around Merdeka Square on the weekend before Merdeka Day.

Hubungan Cina, Melayu di tahap tidak baik

Posted: 18 Sep 2015 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR – Dua perhimpunan besar yang berlangsung di ibu kota iaitu Bersih 4.0 dan Himpunan Baju Merah menggambarkan hubungan etnik, khususnya Cina dan Melayu di negara ini, berada di tahap tidak baik.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi ini boleh mencetuskan konflik yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan baik.

"Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah. Tetapi dua himpunan ini telah memperlihatkan manifestasi bahawa hubungan etnik Cina dan Melayu yang semakin tegang.

"Sedangkan selama ini kita hidup aman damai dalam tetapi kebelakangan ini berlaku cabar-mencabar antara kaum. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang untung, bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalah jadi abu," katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan peserta yang memainkan isu perkauman di kedua-dua perhimpunan juga hanya akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Di persada antarabangsa kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang gagal menguruskan hubungan etnik. Semua ini bawa keburukan kepada negara kita," katanya.

Menurutnya, isu tersebut jika tidak akan timbul sekiranya rakyat Malaysia tidak menjadikan perhimpunan beramai-ramai sebagai satu budaya.

"Seperti kita tahu, kelakuan manusia tak dapat dikawal apabila berkumpul beramai-ramai. Yang penakut pun boleh jadi berani apabila dihasut.

Read More / Baca Lagi >>

Najib moves to checkmate Mahathir

Posted: 18 Sep 2015 06:27 PM PDT

The PM's political acumen has proven to be keener than many may have thought.
najib-mahathir-khairudin
Malaysia has been getting a lot of international attention lately. Ever since the Wall Street Journal published an explosive expose revealing that Prime Minister Najib Razak received a mysterious RM2.6 billion deposit in his personal bank accounts, international media have pounced on every scoop and development they can find on the case, and the findings have been astonishing to say the least.
Factor in a rogue Umno leader running around the world to lodge police reports against Najib and 1MDB, and you get the kind of publicity even money cannot buy. None of it is good for Najib, of course. Khairuddin Abu Hassan's efforts are perhaps the best bet for any form of legal recourse against the PM, given the recent defanging of our public institutions.
However, it is not a given that any of Khairuddin's police reports will bear fruit. If no smoking gun is discovered in the course of the investigations, all the police reports and media coverage will have been for naught. Suaram learned that the hard way when French authorities turned up records showing Najib, Abdul Razak Baginda and the late Altantuya Shaariibuu were never in France together to broker the infamous Scorpene deal.
Khairuddin's efforts may go down the same road.
Najib was extremely careless in allowing the RM2.6 billion to be transferred to his personal accounts, but corporations have made an art out of hiding their dirty deeds – if there is indeed any dirty deed to be attributed to 1MDB.
But of more interest is the recent development that has seen Khairuddin arrested on suspicion of trying to topple the government. It is Najib's latest move to put Mahathir and his forces in checkmate. Having thwarted the earlier plot to unseat him through the country's public institutions, Najib rested on his laurels only to hear of Khairuddin's travels and exploits and, realizing the compromising position an international investigation would put him in, now looks to cut the head off the snake before it bites.
Read More / Baca Lagi >>

PKR dijangka meninggalkan Pas - Dr Mohd Zuhdi

Posted: 18 Sep 2015 06:27 PM PDT

PKR kemungkinan mengambil keputusan berpisah dengan Pas dan memilih untuk bersama-sama DAP dan PAN bagi membentuk PR 2.0.
PAS-PKR1
PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.
"PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh," katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.
Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,
"Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara)," katanya.

Adakah akan sertai PAS, ini jawapan Khalid Ibrahim

Posted: 18 Sep 2015 06:22 PM PDT


DUNGUN: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menunggu keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan PKR memecat keanggotaannya dari parti itu.

"Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR," ujarnya kepada media ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 oleh Presiden PAS, Datuk Seri TUan Guru Abdul Hadi Awang di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.
Pada pertengahan Ogos tahun lalu, Khalid menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau merasakan berlaku ketidakadilan dikeluarkan daripada PKR.

Sehubungan itu, beliau meminta ROS untuk memberikan pandangan dan keputusan berhubung perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Posted: 18 Sep 2015 06:12 PM PDT


Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.
Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.
Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.
Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.
"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.
"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.
Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.
Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggap sukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.
Hanya ketawa dengar soalan
"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.
"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.
"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.
"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.
Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.
"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kita masih tahaluf dengan PKR - Mustafa

Posted: 18 Sep 2015 05:58 PM PDT


DUNGUN: "Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Begitupun, katanya tugas menentang Umno BN adalah tanggungjawab PAS.

"Adapun tugas tentang Umno BN, itu tanggungjawab kita, sama-sama lawan. Kita lawan cara kita, dia lawan cara dia," jelasnya ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan majlis tersebut. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Mustafa turut menjelaskan bahawa pendirian PAS itu turut dinyatakan pada pertemuan dengan pemimpin PKR termasuk presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, baru-baru ini.

Selain beliau, turut mewakili PAS ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Takiyudin Hassan.

"Kita hanya tahaluf dengan PKR dan tak ada tahaluf dengan parti-parti yang lain," tegasnya lagi.

Walaupun begitu, katanya PAS tidak boleh memaksa PKR hendak mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain.

'Kerusi itu tetap kerusi PAS, PAS akan bertanding' - Mustafa Ali

Posted: 18 Sep 2015 05:57 PM PDT

DUNGUN: PAS menegaskan akan bertanding di kerusi yang 'dibawa lari' oleh wakil-wakil rakyat yang telah menukar parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mana-mana buat lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertnding juga, tiga penjuru," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.

Majlis dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menerima 4,198 borang permohonan keahlian PAS daripada PAS kawasan-kawasan seluruh negeri yang disampaikan oleh Saiful pada majlis itu. Sebanyak RM16,002 derma disumbangkan oleh pada hadirin selain mata wang asing.

Mustafa juga berkata, PAS kemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti berbanding PRU13 lalu.

"Kat mana, jabatan pilihan raya sedang kaji nak tambah daripada pilihan raya yang lepas," katanya lagi. -

Ketuanan Umno

Posted: 18 Sep 2015 04:47 PM PDT


Melayu tegas, mereka penduduk tanah ini. Tuan pada wilayah bumi tumpah darah keturunan mereka. Cina dan India bukan sesiapa. Melainkan pendatang yang hidup atas belas ihsan Melayu. Kalau tidak kerana belas ihsan Melayu, mana mungkin akan dapat kaum itu memiliki status warga di negara ini. Justeru Cina dan India harus tahu hormat Melayu. Bukan saja sebagai tuan atas tanah ini, tapi atas belas ihsan yang diberikan pada mereka.
Tapi kita bangsa Melayu mungkin lupa. Selama lebih 50 tahun sudah kita merdeka, yang membangun negara ini bukan cuma kita orang Melayu, tetapi hasil titik peluh bersama dengan kaum Cina dan India juga. Bukan kita kaum Melayu saja yang sumbang pada kemajuan negara, tetapi kaum Cina dan India pun ada sumbang sama. Kerana kita sudah sama-sama menjadi rakyat negara ini.
Memang betul, ini tanah Melayu. Tetapi negara Malaysia bukan milik Melayu semata melainkan milik semua warga tanpa mengira warna kulit, ras dan agama. Kesemuanya mempunyai hak untuk bercakap soal masa depan negara ini. Kita Melayu tidak patut mendiamkan atau memarahi kaum lain kalau mereka bersuara soal kebobrokan pentadbiran dan kerosakan moral pemerintah negara ini. Kerana apa yang mereka suara itu demi kepentingan rakyat negara ini juga. Bukan sesiapa.

Malangnya kita masyarakat Melayu selalu menyalahertikan perkara ini. Mungkin kerana minda kita masih lagi terperangkap dalam kerangka feudal, di mana kita berasa keberlangsungan hidup kita semua bergantung kepada para pembesar dan penguasa. Di era ini sudah tentu pembesar itu wujud dalam bentuk yang baru yakni berupa kumpulan politik berasaskan Melayu. Siapa lagi kumpulan politik berasaskan Melayu itu kalau tidak Umno. Maka Melayu menyifatkan, keberlangsungan hidup Melayu bergantung kepada keberlangsungan kuasa kumpulan politik tersebut. Tidakkah kita Melayu pernah berfikir sejenak? Selepas lebih 50 tahun merdeka mengapa kita Melayu tidak mampu lagi lepas daripada hidup bergantung kepada Umno?
Masyarakat yang kuat harus mempunyai daya survival hidup yang tinggi. Hidup dengan bergantung pada sesuatu entiti menandakan lemahnya kita untuk berdiri di atas kekuatan sendiri.
Tetapi kumpulan politik tersebut masih lagi melaung-laungkan soal kepentingan kewujudan mereka dalam memelihara hak dan kebajikan Melayu. Kumpulan politik tersebut masih lagi menakut-nakutkan Melayu dengan memperingatkan tanpa mereka, punahlah Melayu. Sampai Melayu hilang percaya untuk membangun dengan kekuatan budaya mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan ‘baju merah’, kekecohan Jalan Petaling tak jejas ikatan, kata ahli akademik

Posted: 18 Sep 2015 04:43 PM PDT

Majoriti rakyat Malaysia kini cukup bijak menilai dan sedar terdapat pihak cuba menabur umpan perkauman semasa perhimpunan 'baju merah' demi kepentingan politik dan golongan pelampau ini tidak mewakili suara mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 September, 2015. 
Majoriti rakyat Malaysia kini cukup bijak menilai dan sedar terdapat pihak cuba menabur umpan perkauman semasa perhimpunan 'baju merah' demi kepentingan politik dan golongan pelampau ini tidak mewakili suara mereka.
 
Keharmonian kaum di negara ini masih kekal utuh biarpun dengan adanya perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia lalu, kata pakar hubungan antara etnik, memetik kaji selidik yang menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak termakan umpan perkauman. Mereka berkata, majoriti rakyat Malaysia kini cukup bijak untuk menilai yang menabur umpan perkauman ialah kerja beberapa individu demi kepentingan politik mereka dan golongan pelampau ini tidak mewakili suara mereka.
Bagaimanapun, para cerdik pandai mengingatkan, hasutan berbaur perkauman yang dilemparkan di Padang Merbok dan Jalan Petaling pada 16 September lalu tidak akan lenyap begitu saja, kerana perkauman, baik yang ganas mahu pun tidak, wujud di kalangan semua masyarakat, termasuk di negara maju di Barat.

Mereka berkata, demi mengukuhkan keharmonian kaum, supaya rakyat Malaysia mampu menangkis hasutan, perkauman yang tidak ganas perlu diberi ruang menyuarakan pandangan yang kemudiannya boleh dibahas dan dijawab. "Jika hubungan kaum tidak baik, anda akan melihat kejadian rusuhan yang berbalas-balas atas apa yang terjadi. Tetapi ini tidak berlaku," kata seorang pensyarah kajian antara etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada perhimpunan "baju merah" pada Rabu lalu yang penuh dengan seruan dan ucapan berbaur perkauman.
Ruang berdebat dan berbeza pendapat
Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah ialah sebahagian daripada wacana politik negara dan mencerminkan bagaimana beberapa ahli politik meluahkan perasaan mereka melalui kaca mata etnik, kata kata seorang lagi pensyarah UKM, Profesor Dr Mansor Mohd Nor.
Mansor berkata, walaupun kedua-duanya sangat berbeza antara satu dengan lain, namun ia adalah sebahagian daripada kontinum – di mana satu pihak mahu mengekalkan perkauman, manakala satu pihak lagi mahu melihat di luar batasan kaum dan agama.
Read More / Baca Lagi >>