Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


DAP cetus provokasi terlebih dahulu?

Posted: 13 Sep 2015 06:52 AM PDT



Pemimpin DAP dan pembangkang lain tidak wajar sama sekali menuduh Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan 16 September ini suatu bentuk provokasi kerana DAP sendiri yang mencetuskan provokasi itu terlebih dahulu menerusi penglibatan sebahagian besar penyokong Cina mereka menerusi Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Membangkitkan perkara itu, Pe­ngerusi Pertubuhan Pu­sat Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan mempersoalkan, di sebalik hak untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman, penganjur Bersih 4.0 termasuk pemimpin DAP sendiri telah mengawal peserta-peserta Bersih 4.0 untuk 'kencing dan memijak' gambar-gambar pe­mimpin kerajaan dan parti terbabit.

Datuk A. Chandrakumanan

"Kamu cakap Himpunan Rak­yat Bersatu atau kumpulan Baju Merah akan membuat provokasi, tetapi daripada mana provokasi itu bermula? Kamu telah pecah­belahkan kaum jika dilihat dari Bersih 4.0 dengan hanya 10 peratus sahaja penyertaan orang Melayu tetapi sebahagiannya penyokong Cina DAP.

"Tindakan kencing dan pijak gambar pemimpin adakah budaya kita? Oleh kerana siapa provokasi ini? Oleh penyokong Cina DAP. Kalau DAP tidak menghasut penyokong Cina mereka secara maksimum, ini tidak akan berlaku.

"Mengapa dulu Bersih 4.0, pihak berkuasa kata jangan buat masa menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015, kamu tetap buat, mengapa dulu diminta buat dalam stadium, masih tetap buat di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan berkepentingan Melayu? Ini bila 'kumpulan Baju Merah' mahu buat pada sambutan Hari Malaysia nanti, kamu pula boleh kata ini suatu bentuk provokasi," kata beliau kepada pemberita hari ini.


Chandrakumanan turut mempersoalkan kenyataan Naib Pre­siden PKR, Tian Chua supaya pihak polis membiarkan sahaja Himpunan Rakyat Bersatu berlangsung.

"Apa motif dia berkata begitu? Adakah akan datang seseorang menyamar dengan memakai baju merah, seterusnya mencetuskan pergaduhan?

"Adakah kerana elok 'dibiarkan', maka nak kacau, provokasi atau salahkan kerajaan jika sesuatu berlaku? Sudahlah himpunan Bersih 4.0, kamu (penganjurnya) letakkan semua tanggungjawab kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuklah sehingga soal sampah-sarap yang berterabur selepas himpunan itu, tetapi bila masa kamu, kamu ambil kesempatan, bila masa orang, kamu salahkan mereka pula," kata beliau.

Beliau turut mengajak rakyat negara ini supaya bersyukur atas nikmat kestabilan dan keamanan yang dikecapi Malaysia sehingga hari ini.

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


KENYATAAN MEDIA: APA MOTIF HIMPUNAN WARGA FELDA SEMPENA HARI MALAYSIA

Posted: 13 Sep 2015 08:43 AM PDT



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mohon penjelasan kepada Pengarah Besar Felda, Dato'  Hanapi Suhada, berhubung surat yang dikeluarkan oleh Zulhai bin Mohd Nor Affendy, yang mendakwa bagi pihak Pengarah Pembangunan Komuniti FELDA, mengenai arahan Himpunan Warga Felda Sempena Hari Malaysia pada 16 september ini.

1. Adakah ianya program resmi Felda dan dalam pengetahuan Pengarah Besar?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan ' Perhimpunan yang melambangkan kebersamaan dan kebersatuan warga Felda turut disertai pertubuhan dan badan badan bukan kerajaan'?
3. Adakah ianya mempunyai kaitan dengan Himpunan Baju Merah yang dibuat pada tarikh yang sama?
4. Menerusi anggaran 20,000 peserta dan menggunakan 500 buah bas, adakah kosnya di tanggung Felda?

Ngo ANAK mohon penjelasan, apakah motif di sebalik Himpunan tersebut. Jika ianya ada kaitan dengan Himpunan Baju Merah, ANAK menggesa agar ianya DI BATALKAN. Felda tidak harus terlibat dengan aktiviti yang mengundang risiko keselamatan dan mengeksploitasi warga Felda untuk agenda politik pihak tertentu. Jika ia menggunakan bajet Felda, ia adalah salah guna kuasa yang pihak polis atau SPRM mesti menyiasatnya.

Di saat warga Felda sedang tertekan dengan berbagai isu seperti FGV, KPF, hutang tanam semula, perumahan generasi kedua, kadar perahan gred dan kos sara hidup; aktiviti yang membazirkan wang rakyat mestilah dihentikan. Bahkan, kejatuhan harga komoditi sawit dan getah, telah menambah derita peneroka dan pekebun kecil di seluruh negara. Fokus menangani kehidupan rakyat adalah keutamaannya, bukan mengheret rakyat kepada kegiatan yang memudaratkan negara.

' MENERAJUI PERUBAHAN '

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
13 Sept 2015

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mereka yang mahu musnah UMNO akan serang ketuanys

Posted: 13 Sep 2015 08:30 PM PDT





Sesetengah pihak akan hanya tahu jawab dengan menuduh sesiapa siarkan perkembangan terbaru begini dengan tuduh dibayar, makan duit, dan dedak ...

Teknik yang kebudak2an iaitu bila tiada jawapan yang boleh diberi atau terlalu emosi maka hanya guna "character attack".

Demikian bila dikatakan ada pula bayaran YTL dan Berjaya. Wallahualam ....

Jelas mereka ditipu dan setuju dengan fitnah terhadap 1MDB yang dijaja pembangkan Rafizi dan Tony Pua serta media-media propembangkang dan asing seperti WSJ, Sarawak Report dan The Edge.


Isi saja borang PANxxx.


Adakah Anwar yang Hadi maksudkan BABI?

Posted: 13 Sep 2015 05:34 PM PDT



Seteru Haji Hadi & PAS kata mereka umpama "Anjing menyalak bukit".

Nah ini jawapan Haji Hadi di penutup ucaptama beliau. "Anjing bukan menyalak bukit tapi menyalak kat BABI diatas bukit".

Masih berbisa seperti biasa.

Anggaran 4,000 memenuhi setiap ruang didalam dan diluar auditorium Jubli Perak. Tahniah diatas kejayaan penganjuran dalam keadaan PAS diasak teruk oleh bekas teman mereka didalam Pakatan Rakyat dan penghijrahan besar besaran oleh ahli PAS ke wadah yang baru.

Siapa kah BABI yang dimaksudkan Haji Hadi secara khusus ?

http://jinggo-fotopages.blogspot.my/2015/09/siapakah-babi-atas-bukit-yang-disalak.html

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SCREENSHOT BERITA HARIAN INI ADALAH PALSU

Posted: 13 Sep 2015 06:48 PM PDT


Akhbar Berita Harian menafikan "screenshot" ini. #palsu #1News #beritaharian #BH#newspaper #RTMMobile #jerebu #haze


PERSEDIAN HIMPUNAN MARUAH MELAYU 16 SEPT SEMAKIN RANCAK, TETAPI LIHATLAH FITNAH CINA KOMUNIS DAP DI BAWAH

Posted: 13 Sep 2015 05:12 PM PDT


   


   

   
   INI PULA ADALAH FITNAH SIBER TROOPER DAP UNTUK MELAGA-LAGAKAN ORANG MELAYU SUPAYA BERGADUH

Semoga anda semua sudah bersedia.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


If they get in, they will meet us says Abdul Razak

Posted: 13 Sep 2015 09:27 PM PDT

DAP chinese, don't be 'kurang ajar' to the malays says Jamal

Posted: 13 Sep 2015 09:27 PM PDT

Ketegangan memuncak, Israel gempur al-Aqsa

Posted: 13 Sep 2015 09:26 PM PDT

Tragedi Kren: Enam jemaah Malaysia disah meninggal dunia

Posted: 13 Sep 2015 09:25 PM PDT

Hamidah tidak takut dipecat, terus desak Najib berundur

Posted: 13 Sep 2015 09:24 PM PDT

Top priority is to bring Najib down, not if PAS in new PR - Wan Azizah

Posted: 13 Sep 2015 09:23 PM PDT

Apa yang orang Melayu dapat dengan Perhimpunan Baju Merah?

Posted: 13 Sep 2015 09:18 PM PDT

Ridhuan Tee meminta orang Melayu melihat diri sendiri sebelum menyalahkan bangsa lain.
himpunan-maruah-melayu-ridhuan-tee
PETALING JAYA: Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada orang Melayu.
Pensyarah dan pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpandangan, sebelum bertindak, orang Melayu sepatutnya menghitung diri sendiri.
Katanya, berbeza dengan orang Cina yang bersatu padu dengan sumber kewangan yang kukuh, orang Melayu pula berpecah belah dan tikam menikam antara satu sama lain.
"Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada berpuluh-puluh kumpulan.
"Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya," tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Menerusi rencananya, Ridhuan Tee berkata, himpunan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan bak kata pepatahah Melayu, "Menang sorak, kampung tergadai".
Katanya, sekiranya penganjuran itu hanya ingin menunjukkan siapa lebih kuat, ia adalah salah.
"Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang akan kita dapat selepas itu? Menang sorak," soalnya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu supaya berhenti melakukan kerja-kerja tidak bermanfaat yang secara tidak langsung merugikan bangsa mereka sendiri.
"Tumpukan perhatian untuk membangunkan anak bangsa agar menjadi manusia berguna," katanya.

Tragedi Mekah, Al-Aqsa diserang: Minggu menyedihkan buat umat Islam

Posted: 13 Sep 2015 09:15 PM PDT

Tragedi Mekah, Al-Aqsa diserang: Minggu menyedihkan buat umat Islam
KUALA LUMPUR: Ujian yang diturunkan kepada manusia merupakan salah satu cara Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada manusia. Umat Islam secara umumnya memahami, tiada ujian yang diturunkan Allah, selain yang mampu dihadapi mereka.

Bermula dengan tragedi kren runtuh di Masjidil Haram Jumaat lalu, semalam umat Islam sekali lagi bersedih dengan berita Masjid Al-Aqsa diserang tentera Israel.

Di laman media sosial, umat Islam rata-ratanya berkongsi kesedihan, malah ada yang menyifatkan hujung minggu lalu adalah antara paling sayu untuk dilalui mereka.

Al Aqsa

Namun begitu, di sebalik bencana yang melanda, ia tetap punya sisi positif. Umat Islam di seluruh dunia saling mengucapkan takziah, berkirim salam dan saling mendoakan, biarpun antara mereka tidak mengenali.

Tidak ketinggalan, mereka yang bukan Muslim, turut berkongsi rasa simpati atas semangat dan rasa kemanusiaan.

Dalam kejadian kren runtuh Jumaat lalu, lima jemaah haji dari Malaysia antara 107 yang maut.  
Manakala dalam kejadian serangan ke atas Al-Aqsa pada Ahad, tentera Israel mendakwa sekumpulan penunjuk perasaan berada di dalam masjid berkenaan. Namun laporan media Palestin pula menyatakan tentera Israel menyerang orang awam yang ketika itu baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh.

Gantung sahajalah FAM, Tengku Abdullah beritahu Khairy

Posted: 13 Sep 2015 09:11 PM PDT

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akur sekiranya penggantungan FAM dibuat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akur sekiranya penggantungan FAM dibuat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengatakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin boleh menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mempunyai kuasa berbuat demikian, lapor Kosmo Online. Presiden FAM itu berkata, baginda akur sekiranya penggantungan tersebut dibuat pihak berkuasa sukan negara ini.
"Kalau nak gantung FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), gantung sahajalah.

"Kami patuh dan terima apa sahaja tindakan. Mereka (Pesuruhjaya Sukan) ada kuasa, menteri belia dan sukan pun ada kuasa, kita akur dan menerima apa sahaja bentuk hukuman," titah baginda seperti dilaporkan Kosmo Online ketika diminta mengulas kenyataan Khairy, FAM berdepan penggantungan pendaftaran jika gagal menjawab notis tunjuk sebab Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh 14 hari. Tengku Abdullah bertitah demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dataran Pekan, Pahang semalam.
Tambah baginda, kekecohan yang berlaku ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 antara Harimau Malaya menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam baru-baru ini tidak wajar diletakkan 100% kepada FAM sahaja dan ia harus dilihat secara menyeluruh.
"Ia menjadi tanggungjawab banyak pihak termasuk pengurusan stadium dan pihak polis bagi memastikan semua aspek berkaitan perlawanan bertaraf dunia itu berjalan dengan lancar.
"Kekecohan yang berlaku adalah masalah keselamatan dan budaya samseng bola sepak, kesalahan tidak wajar diletakkan kepada FAM secara keseluruhannya".
Read More / Baca Lagi >>

Presiden Pro-M UKM didakwa dipukul, disimbah cat...hasil didikan sekor bangsat..!!

Posted: 13 Sep 2015 09:06 PM PDT


Seorang pemimpin pelajar yang mewakili pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa dipukul serta disimbah cat di badannya oleh individu yang tidak dikenali awal pagi ini.
Berikutan itu, rakannya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan ketika dihubungi, mengesahkan satu laporan polis telah dibuat pagi ini berhubung kejadian itu.
Presiden Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22 yang merupakan pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Islam didakwa dipukul pada kira-kira jam 4 pagi ini.
Sementara itu, menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tan Kar Hing, selain dipukul dan simbah cat, Muhammad Syahir juga didakwa ditoreh di bahagian kepala dan badan.
Tan menceritakan, Muhammad Syahir diserang di dalam kampus berhampiran kolej kediamannya di Kolej Ibrahim Yaakub.
Katanya, ketika itu, pemimpin pelajar berkenaan mengambil giliran untuk menjaga poster-poster yang ditampal sempena pilihan raya kampus.
Selepas diserang, pelajar itu kemudiannya di bawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan, kata Tan lagi.

Prerogatif k'jaan usir wartawan Al Jazeera

Posted: 13 Sep 2015 09:05 PM PDT


Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata adalah menjadi prerogatif kerajaan untuk mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ianya dilihat patut berbuat demikian.
Beliau merujuk kepada wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley yang diusir ketika membuat dokumentari mengenai pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Kerajaan, tegasnya, berhak untuk meminta sesiapa sahaja untuk meninggalkan negara ini, katanya kepada pemberita hari ini.
Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa isu ini adalah berita lama kerana ia berlaku tiga bulan yang lalu pada bulan Jun.

Ketua Pemuda UMNO Rasah elak jawab soalan muflis

Posted: 13 Sep 2015 09:04 PM PDT

Hassan meminta agar soalan mengenai dirinya yang diisytiharkan muflis diaju kepada pihak yang memberi maklumat.
UMNO-Bahagian-Rasah,-Hassan-Yop
PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah, Hassan Yop mengelak daripada memberikan jawapan mengenai dakwaan bahawa dirinya diisytiharkan muflis.
Memetik laporan Mstar Online, Hassan sebaliknya meminta agar persoalan itu diajukan kepada pihak yang menyampaikan maklumat berkenaan.
"Tak apalah, no komen ya. Maaf. Tanyalah orang yang beritahu itu. Maaf ya," katanya secara ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.
Pada Sabtu, portal berita berkenaan melaporkan Hassan hadir ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Putrajaya pada Jumaat bagi memohon penjelasan berhubung status ketua sayap bahagian itu yang didakwa muflis.
Status tersebut dikesan pada 24 Ogos lalu menerusi satu notis kebankrapan yang disiarkan sebuah akhbar.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian Rasah, Syed Zaki Al'Atas berkata, peruntukan Akta Pertubuhan menjelaskan bahawa sesiapa yang diisytiharkan muflis akan hilang kelayakan memegang semua jawatan dalam pertubuhan.
Menurut Syed Zaki, pihaknya telah menghantar surat memohon penjelasan kepada pejabat Pemuda UMNO Bahagian Rasah dan diterima pada Isnin lalu, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang penjelasan berhubung perkara itu.
Dalam pada itu, Syed Zaki turut meminta supaya Hassan sendiri tampil memperjelaskan kedudukan sebenarnya di peringkat akar umbi.

Perhimpunan ‘baju merah’ kini sah, kata polis

Posted: 13 Sep 2015 09:00 PM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua dari kiri) tiba di Seminar Rompakan Bersenjata, Pelanunan Antarabangsa dan Keselamatan Maritim di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 14 September, 2015.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua dari kiri) tiba di Seminar Rompakan Bersenjata, Pelanunan Antarabangsa dan Keselamatan Maritim di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 14 September, 2015.Himpunan Rakyat Bersatu atau 'himpunan baju merah' yang dirancang pada Rabu ini dianggap sah mengikut undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Khalid berkata perhimpunan itu dibenarkan selepas penganjur memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan itu.
Katanya, pihaknya memberikan jaminan polis akan melindungi keselamatan orang ramai di Kuala Lumpur dan mendesak rakyat usah percaya khabar angin yang menyeru bukan Melayu menjauhi kawasan pusat bandar kerana akan ada kemungkinan rusuhan.

"Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan. "Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Umno Kota Baru bakar patung pemimpin DAP menjelang ‘himpunan baju merah’

Posted: 13 Sep 2015 08:07 PM PDT


Diketuai Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam sebuah video yang dimuat ke YouTube. – Gambar skrin, 14 September, 2015.Diketuai Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam sebuah video yang dimuat ke YouTube. – Gambar skrin, 14 September, 2015.
Menjelang "himpunan baju merah", Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini. Dalam sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang diketuai Ketua Bahagian Kota Baru Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Upacara itu berlangsung dalam sebuah program yang diadakan pada 13 September baru-baru ini ibu negeri Kelantan itu.
Fatmi yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak dalam video itu memberi ucapan menyeru ahli Umno supaya menyertai himpunan pada 16 September demi mempertahankan maruah orang Melayu. "Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," kata Fatmi.
Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP dan penganjur Bersih 4 yang mahu memecah-belahkan kaum Melayu.
"Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini.
"Setuju atau tidak? (kemudian disambut oleh orang ramai yang hadir). Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," kata Fatmi dalam video itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tinjauan menunjukkan ahli Parlimen ‘kabur’ punca budaya politik ‘lalang’

Posted: 13 Sep 2015 07:59 PM PDT

Satu kajian mendapatkan pendirian politik disambut hambar ahli Parlimen, mencerminkan budaya taksub populariti berbanding pembangunan negara, kata NGO. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.Satu kajian mendapatkan pendirian politik disambut hambar ahli Parlimen, mencerminkan budaya taksub populariti berbanding pembangunan negara, kata NGO. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.Satu kajian bagi mendapatkan pendirian politik penggubal undang-undang Malaysia disambut hambar ahli Parlimen, mencerminkan budaya politik yang taksub dengan populariti dan personaliti berbanding pembangunan negara, kata satu pertubuhan bukan kerajaan.
Ketua Eksekutif Kuasa Praba Ganesan berkata, hanya 10 daripada 165 ahli Parlimen di Semenanjung Malaysia memberi respons kepada "ya, tidak atau belum membuat keputusan" terhadap kaji selidik 26 soalan berhubung tajuk seperti sekolah awam satu aliran, pilihan raya kerajaan tempatan dan polis moral.
Penggubal undang-undang hanya perlu menjawab 10 daripada 26 soalan dengan menandakan "ya, tidak" atau kotak "belum membuat keputusan", katanya sambil menambah penjelasan jawapan mereka adalah pilihan dan kajian itu dengan mudah boleh diselesaikan dalam masa 15 hingga 20 minit.

Soalan kaji selidik berkenaan diemel dan dihantar ke pejabat ahli Parlimen pada antara 10 dan 12 Ogos lalu serta sukarelawan Kuasa membuat susulan dengan panggilan telefon untuk mengesahkan sekiranya mereka menerima dan memeriksa sama ada mereka sudah menjawabnya atau belum. "Separuh daripada masalah itu adalah berkaitan perkeranian di mana kita tidak dapat mengesahkan sama ada kakitangan ahli politik berkenaan menghantar kaji selidik itu kepada ahli Parlimen atau tidak," kata Praba menerangkan respons yang buruk.
"Separuh lagi keengganan untuk mengambil pendirian mengenai isu atau secara strategik tidak jelas supaya mereka boleh memanfaatkan trend popular pada masa tertentu," kata Praba kepada The Malaysian Insider.
"Masalah ini, ia mewujudkan budaya 'lalang' di mana ahli politik hanya mengambil pendirian kepada apa yang popular dan bukan apa yang betul atau salah.
"Ini tidak membawa negara kita ke depan kerana terdapat sedikit perdebatan mengenai isu nasional seperti berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk pertahanan atau perlu lebih banyak wang untuk penjagaan kesihatan? Atau berapa banyak kawalan sepatutnya dibuat kerajaan terhadap pasaran?," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan baju merah haram tapi tiada larangan terhadap bajunya, kata KDN

Posted: 13 Sep 2015 07:57 PM PDT

Himpunan Maruah Melayu atau "himpunan baju merah" yang dirancang pada 16 September ini haram tetapi Putrajaya belum merancang mengharamkan bajunya, kata Kementerian Dalam Negeri hari ini. .
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, demonstrasi bagi menentang Bersih 4 yang berlangsung 2 minggu lalu itu haram kerana penganjur belum mendapatkan kebenaran menggunakan sebarang lokasi bagi mengadakannya.
"Undang-undang yang membenarkan demonstrasi ini adalah Akta Perhimpunan Aman. Himpunan yang sah boleh diadakan di tempat yang diwartakan tetapi memandangkan tiada tempat sedemikian, mereka perlu minta kebenaran. Oleh itu himpunan ini tidak sah di sisi undang-undang," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya jika baju merah yang akan dipakai peserta himpunan itu akan diharamkan seperti baju Bersih 4, Nur Jazlan berkata KDN setakat ini tiada rancangan sedemikian. "Tiada rancangan sebegitu," katanya.

Tragedi Mekah: Korban kelima dikenalpasti sebagai Zainun Taha

Posted: 13 Sep 2015 07:46 PM PDT

Tragedi Mekah: Korban kelima dikenalpasti sebagai Zainun TahaKELANA JAYA: Tabung Haji mengesahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadi korban dalam tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram Jumaat lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, mangsa yang terkorban adalah Zainun Taha, 69, dari Maktab 90 Al Wafideen dan dari Ampang, Selangor.

Jenazah terbaharu ini dikenalpasti oleh waris beliau yang berada di Mekah.

Dengan perkembangan terbaharu ini, angka korban jemaah Malaysia meningkat kepada lima manakala seorang lagi yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengesahkan selain Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Felda Besout 2, Perak, tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi itu.

Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

Turut hilang  tiga lagi jemaah Malaysia, dan usaha mencari sedang diteruskan.
Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratusan yang lain.

Taksub kaum umpama jahiliah, kata mufti Pulau Pinang

Posted: 13 Sep 2015 07:44 PM PDT

Islam melarang umatnya mengamalkan sikap taksub kepada bangsa dan kaum tertentu, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor.
Salim berkata, tindakan itu boleh dianggap sebagai saki-baki kehidupan "jahiliah".
"Rasullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: 'Barang siapa menyeru kepada sikap taksub kepada bangsa atau kaum (assabiyyah), berperang di atas dasarnya atau mati di atasnya, maka sesungguhnya dia mati dalam jahiliyah'.

"Dalam konteks Malaysia, sikap taksub kepada bangsa atau kaum sepatutnya tidak lagi menjadi teras perjuangan. Sebaliknya mesti dipupuk semangat kewarganegaraan sebagai ganti," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian. Pada 16 September ini, sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur digelar "Himpunan Melayu Bersatu" atau "himpunan baju merah".
Penganjur berkata perhimpunan itu sebagai bantahan kepada demonstrasi Bersih 4 hujung bulan lalu yang dihadiri majoriti Cina.
Menurut mufti Pulau Pinang, Islam juga melihat kepada kepelbagaian bangsa dan puak dengan pandangan yang rasional dan positif seperti tercatat dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 13.
Dalam pada itu, katanya, orang Melayu beragama Islam seharusnya menunjukkan sikap yang baik kepada kaum dan agama lain.
"Daripada mengapikan perasaan benci kepada bukan Melayu, lebih baik tingkatkan aktiviti dakwah kepada mereka.
"Di samping itu, bangsa lain juga harus menghormati hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Mereka perlu berhati-hati dalam ucapan dan tindak tanduk supaya tidak menyinggung sensitiviti bangsa Melayu," katanya.

Malaysia: Najib’s RM 2.6B – Generous Donation or Grand Corruption

Posted: 13 Sep 2015 06:58 PM PDT

Dr .M. Bakri Musa, Morgan-Hill, California

In the 1950s the Americans were alarmed with the leftist-leaning and shrill anti-Western rhetoric of Indonesia's Sukarno. To neutralize him, they concocted a scheme to blackmail the man by portraying him as other than a true nationalist.
So on one of his many visits to America the CIA secretly set-up Sukarno to be in the company of high-priced hookers, and then clandestinely filmed him in his frolics. Sukarno must have felt that he was already in heaven with some of his 72 "virgins!"
President SukarnoThe plan was to screen snippets of the tape in the movie houses of Jakarta. Surely in pious Muslim Indonesia such scenes would enrage the audiences such that they would take to the streets demanding Sukarno's downfall.
Thus far everything went according to the well-rehearsed script, one that would be repeated in different places and with different players.
Imagine the horror of the local CIA station agent when the audiences instead roared their approval of their President! "Yeah! Itu jantan kita!" (That's our stud!) they roared as Sukarno, like the bunny, powered by the Eveready battery, kept going and going (or coming and coming)! "It's about time one of us gets to screw them, they did that to us for years!"
The Indonesians could not conceal their pride in their leader's virility, perhaps fantasizing a part of themselves in him.
My long preamble here is to put forth a simple proposition. While the reality may be the same, the perceptions may be radically different. The world and many Malaysians may view Najib's RM2.6 billion "donation" as corruption on a grand scale, but to red-shirted Malays and their UMNOputra patrons, it is but a measure of an Arab's high regard for their man.
Najib and Rosmah2
Pardon my comparing Najib with Sukarno. Najib is no Sukarno in leadership talent or oratorical skills; he is in priapic proclivities. It is not coincidental that Najib's spinmeisters would have the donation come from the Middle East, the land of the Prophet. To Muslim Malays, the Arabs and their desert are blessed. In Saudi Arabia even the flies on your food are halal. As for the ensuing diarrhea, well, that's Allah testing you.
This truism – differing perceptions of the same reality – extends in nature. A rotting carcass is revolting and haram but to vultures, a heavenly gift. Does the fastidious diner have moral superiority over the scavenger vulture?
Dispensing with the relativism, let's examine Najib's bonanza from a practical and more consequential perspective. Najib claims that the money was reward for his "exemplary" leadership, and to ensure that it be continued. More directly stated, it was to fund his re-election.
MALAYSIA-SINGAPORE-DIPLOMACYThus one fact or precedent is now established. Malaysian leaders and elections can be bought, or at least influenced by foreign money and individuals. That is significant, and pivotal. Today, a "generous" Arab; tomorrow, the CIA! Next could be China or Singapore. Before long, a non-Arab Middle Eastern state! With the ringgit fast becoming worthless, topping the RM2.6 billion should be easy.
Besides, money is not the only means of influence peddling. The Americans and Singaporeans in particular are more sophisticated. They are not crude, careless, or stupid like the Arabs as to write a massive check or drop off a bundle of cash.
Consider that many children of Third World leaders end up at top American universities despite not having super SAT scores. Similarly many Third World leaders are invited as visiting fellows and professors. They lap up the accolades! If those refined tricks fail, there is the White House visit or a presidential golf game.
Likewise with Singapore; Malaysians covet invitations to address institutions there, a reflection of its influence. The Republic today is far different from the early days of Lee Kuan Yew when its leaders took every opportunity to snipe across the causeway.
Read More / Baca Lagi >>

Zahidonomics: What a frightening thought

Posted: 13 Sep 2015 06:34 PM PDT

Can the DPM's idea for cheaper superbikes help revive the economy?
Zahid-Hamidi,-Superbikers-Association-of-Malaysia3
Deputy Prime Minister by day, leather-clad biker by night. That sounds like a script for a hilarious B-movie. Can you imagine the gallant figure of Ahmad Zahid Hamidi astride his loyal metal behemoth, flanked by his leather-clad followers? Together they patrol the streets of Kuala Lumpur in the war against the terrible Yellow Cleaners.
But it would be petty to begrudge and belittle Zahid's beloved pastime. After all, this writer wishes to one day own a Harley Davidson of equal stature to the DPM's beloved Honda Goldwing. Such are the dreams that linger past adolescence, thanks to films like The Terminator. One day, I shall achieve my ambition, even if I may come to question my own lack of judgement.
But one truly has to question Zahid's judgement, or lack of it at times. As we all know, the DPM likes his superbikes and is in fact the executive chairman of the Superbikers Association of Malaysia. Unfortunately, his passion for the steel beasts seems to have skewed his earnest desire to see the country grow. He has now promised to ask the Prime Minister to approve a reduction in the import duty and sales tax on superbikes.
Could we be seeing the emergence of a new class of bikers on Malaysian roads? Could we be witnessing the birth pangs of the greatest automotive movement to grace asphalt and gravel? Could this be the advent of Zahid's Angels? No, no, as in Hell's Angels, not Charlie's Angels. No one wants to see our DPM in spandex and pleather, thank you very much.
Malaysia is currently facing problems of the worst kind – plunging oil prices, a weakening ringgit, a slowing economy, and to top it off, investigations by several countries into the doings of our Prime Minister due to certain dubious transactions involving the sovereign wealth fund he oversees, 1MDB. This is not exactly the time to be indulging one's personal passions, especially when one happens to be the PM-in-waiting of a country experiencing some extremely worrying difficulties.
Read More / Baca Lagi >>

Bai'ah: Kafarah tebus taklik tidak sah - Dr Mohd Izhar Ariff

Posted: 13 Sep 2015 06:28 PM PDT

Bai'ah: Kafarah tebus taklik tidak sah
SHAH ALAM – Kafarah yang dilakukan bagi menebus taklik talak tiga dilafazkan ketika berbaiah adalah tidak sah.

Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, ini kerana talak tetap jatuh dan tidak boleh ditarik balik sekiranya taklik tersebut dilanggar.

"Apabila kita gantungkan taklik itu dengan sesuatu perbuatan atau perkataan, sebagai contoh kalau saya lompat parti, maka saya ceraikan isteri saya talak tiga, maka jatuhlah talak. Talak pula memang tak boleh ditebus.

"Jadi sebarang kenyataan bahawa taklik terbatal setelah mereka bayar kafarah, itu tidak betul," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan mengenai kafarah dilakukan wakil rakyat yang melompat parti bagi membatalkan baiah dan taklik dilafazkan kepada parti lama sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya situasi tersebut berlaku, maka mereka yang melafazkan baiah perlu merujuk kepada mahkamah syariah untuk mengesahkan status perkahwinan.

"Mereka tak boleh setakat kata sudah rujuk ustaz tertentu.

"Kena rujuk mahkamah syariah sebagai mengikut amalan undang-undang di negara ini," katanya.

Menurut Mohd Izhar Ariff, baiah yang mengandungi taklik adalah berbeza dengan baiah atau sumpah tidak melompat parti yang boleh dibatalkan dengan kafarah.

"Baiah ada dua perkara yang berbeza hukum, pertama baiah sumpah untuk tidak lompat parti. Apabila seseorang bersumpah dengan 'wallahi, wabillahi, watallahi', maknanya dia bersumpah dengan nama ALLAH.

"Jika sumpah ini dilanggar, maka diwajibkan kafarah ke atas mereka. Kafarah ini tidak boleh lari daripada tiga perkara iaitu memberi makan 10 orang fakir miskin, memberi pakaian 10 orang fakir miskin atau memerdekakan seorang hamba.

"Sekiranya individu itu tidak mampu melakukan ketiga-tiganya, maka dia perlu berpuasa tiga hari berturut-turut. Hanya selepas itu, sumpah tersebut boleh dibatalkan," katanya.

Baiah talak tiga keterlaluan

Read More / Baca Lagi >>

Who are the real Malays?

Posted: 13 Sep 2015 05:24 PM PDT

Real Malays know better than to pledge loyalty to those with dirt on their hands
malays_600
Lately there has been a lot of talk about the Malays, thanks to the upcoming Red Shirts rally championed by you-know-who. After being bombarded with a series of articles, discussions, media statements and overflowing commentaries from ordinary Malaysians, I can't help but ask myself if those who claim to represent the majority ─ are they even REAL Malays?
But then who are the real Malays?
Are they the easily offended ones?
Are they the over sensitive ones?
Are they the less intelligent ones?
Are they the ignorant ones?
Are they the naive ones?
I don't know about you, but for me, I judge people not by what I read or watch on TV. Instead I use my observations of people and my personal interactions with them to decide what I think of them.
If you ask me who the real Malays are, I'd tell you they are my friends, my colleagues, my neighbours, my acquaintances and the people whom I personally know.
To me, my friend Mia Mahadzir is a real Malay. Despite earning straight A's in the SPM, she rejected a MARA scholarship simply because she felt it was awarded to her because of her race, not her achievement. Mia taught me that real Malays have dignity.
The actor Hazril Harith is a real Malay. He stood up for his non-Malay friends in a BTN gathering and voiced his dismay at how unjust it was to whack the non-Malays simply because they were doing better economically. Hazril taught me that real Malays are sensible.
My favourite kueh seller Makcik Salmah, is a real Malay. From selling nasi lemak and kueh by the roadside, she has now branched out and owns a number of stalls selling nasi lemak and kueh. Every morning she drives around town to ensure all her stalls are doing well. Makcik Salmah taught me that real Malays are dedicated and not afraid of hard work.
My dearest buddy Akmam Abdullah is a real Malay. While struggling with a divorce case and having trouble making ends meet, she opened her door to me and my children when we needed a roof over our heads. Akmam taught me that real Malays are generous.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Johor: Tiada toleransi isu perkauman‎

Posted: 13 Sep 2015 05:22 PM PDT

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menolak sebarang unsur perkauman dan baginda tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan isu itu.

Titah baginda yang dimuat naik dalam laman Facebooknya (FB), kira-kira jam 10 pagi, semalam itu mendapat 6,322 like sehingga jam 5 petang dan dikongsi 966 pelayar FB.

"Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta'zim. Kita Bangsa Johor, orang Melayu ada hak keistimewaan, kaum Cina dan India juga berhak kerana Johor adalah milik Bangsa Johor. Mungkin datuk moyang mereka dari China atau India, tetapi Johor Darul Ta'zim ialah rumah mereka juga.

"Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta'zim," titahnya.

Terdahulu dalam statusnya, Sultan Ibrahim menegur sikap segelintir rakyat yang membuang sampah merata-rata kerana ia mencerminkan sikap mementingkan diri.

"Sudah sampai masa untuk kita berubah cara pemikiran kita. Untuk Johor berdiri megah setanding dengan negara jiran yang sudah maju, kita juga perlu berubah.

"Jangan buang sampah merata sesuka hati kerana ia menyusahkan orang lain, jangan letak kereta sembarangan di tepi jalan raya kerana ia menimbulkan kesukaran kepada pemandu lain.

Read More / Baca Lagi >>

PAS tegas tidak terlibat perhimpunan 16 Sept

Posted: 13 Sep 2015 05:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS berasa kesal di atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan bendera dan lambang parti PAS dan cubaan mengaitkan parti itu dalam himpunan di ibu negara pada 16 September ini.

"PAS telah menegaskan bahawa ia tidak terlibat dalam himpunan tersebut dan turut melarang mana-mana ahli menghadirkan diri," tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perhimpunan yang menyuburkan unsur perkauman itu langsung tidak membantu negara malah ia melemahkan perpaduan nasional dan akan merosakkan lagi imej Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana dianjur oleh orang besar Umno.

Pelantikan MRCB - George Kent bina LRT3 dengan kontrak RM11.5 bilion mengejutkan

Posted: 13 Sep 2015 05:00 PM PDT

Putrajaya perlu timbang semula keputusan lantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang, kata sumber industri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.Putrajaya perlu timbang semula keputusan lantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang, kata sumber industri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2015.
Putrajaya perlu menimbang semula keputusan melantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang, kata sumber industri. Menurut sumber, walaupun Prasarana Malaysia Berhad sudah mengumumkan pelantikan MRCB - George Kent pada sidang media 4 September lalu, ia menimbulkan banyak persoalan memandangkan syarikat berkenaan menawarkan harga lebih tinggi daripada ditetapkan Prasarana iaitu sebanyak RM9 bilion.
Berdasarkan dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, konsortium MRCB - George Kent memasuki harga tender sebanyak RM11.5 bilion dengan menduduki tempat ketiga terendah daripada 6 penender.

Manakala konsortium UEM memasuki harga tender berjumlah RM9.88 bilion dan pembida paling rendah pula menawarkan harga paling rendah iaitu RM9.5 bilion. Sumber rapat dengan pemilihan LRT3 berkata, pengumuman melantik MRCB - George Kent amat mengejutkan industri pembinaan sistem transit aliran ringan negara memandangkan George Kent sememangnya diketahui mempunyai masalah dengan pembinaan projek LRT jajaran Ampang yang terlewat setahun daripada dijadualkan.
"Walaupun, syarikat berkenaan mendakwa masalah kelewatan berkenaan bukan berpunca daripada mereka tetapi ia tetap memberikan imej kurang baik kepada Prasarana sebagai pemilik LRT negara.
"Tambahan pula, pemilihan MRCB sebagai rakan kongsi George Kent bagi membentuk konsortium membida projek LRT ini juga amat pelik memandangkan MRCB lebih terkenal sebagai pemaju dalam bidang pembinaan bangunan komersial bukannya dalam industri pengangkutan," kata sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Menurut sumber itu, pada awal proses pemilihan syarikat PDP itu, ramai penganalisis beranggapan UEM mempunyai lebih kemampuan dan pengalaman untuk dipilih sebagai PDP dalam LRT3 kerana banyak terbabit dalam projek LRT.
Read More / Baca Lagi >>