Dr Mahathir Mohamad – lelaki dengan senarai penyesalan yang panjang Posted: 11 Sep 2015 08:55 PM PDT oleh Christopher Fernandez Di tahun 1970an, ketika Dr Mahathir Mohamad menyandang jawatan menteri pendidikan, beliau melakukan kesalahan besar menukar bahasa pengantar di sekolah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Ia selari dengan dasar perjuangan Melayu-nya, yang disesali Dr Mahathir hari ini. Kini beliau turut serta dengan pihak yang mempromosi penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia, namun kemungkinan ianya telah agak lambat. Kemusnahan telahpun dilakukan. Tetapi Mahathir sebenarnya begitu banyak penyesalan. Lelaki ini punyai senarai penyesalan yang panjang di dalam hidupnya, sehingga ramai yang tertanya, mengapa? Apa sebenarnya aspirasi dan harapan lelaki ini yang juga Perdana Menteri paling lama disaksikan di Malaysia? Ketika awal penampilannya selaku perdana menteri, beliau bertarung dengan isu politik berkaitan timbalannya Musa Hitam. Beliau kecewa kerana perletakan jawatan Musa dan menyesali perbezaannya dengan timbalannya itu. Mahathir berulang kali memujuk Musa menimbangkan keputusannya. Apabila Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, Mahathirlah yang bertanggungjawab baginya. Mahathir bangga Pak Lah menggantinya namun kemudian bertelagah dan menyesali perlantikan penggantinya itu. Mahathir menyesal memilih Pak Lah sebagai perdana menteri. Apabila Pak Lah disingkir dan diganti dengan Najib, Mahathir sekali lagi bangga kerana menemukan seorang yang sempurna bagi menerajui Malaysia ke arah status negara maju. Read More / Baca Lagi >> |
Bekas aktivis PAS dakwa wakil rakyat keluar parti makan duit haram Posted: 11 Sep 2015 08:47 PM PDT Bekas aktivis PAS Mohd Riza Kamaruddin mendakwa rakyat parti itu yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) memakan hasil haram sekiranya tidak melepaskan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana pelanggaran lafaz bai'ah. Mohd Riza berkata dalam lafaz bai'ah pemimpin PAS, antaranya mengharamkan perbuatan membelanjakan elaun yang diterima sekiranya keluar atau dipecat daripada parti. "Saya ingin bertanya adakah mereka ingin mempermainkan hukum halal dan haram yang ditetapkan dalam Islam. "Mana jati diri mereka? Sebagai orang Islam mereka wajib mematuhi hukum agama," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. Justeru itu, Mohd Riza berkata wakil rakyat PAS yang keluar parti itu harus sedar pelanggaran bai'ah turut menyebabkan elaun yang dikongsi bersama keluarga juga haram. Katanya sikap bekas wakil rakyat PAS yang tidak mempedulikan akibat melanggar lafaz bai'ah menunjukkan mereka meletakkan hukuman politik melebihi hukum Allah. "Tidakkah mereka takut dilaknat Allah SWT kerana melanggar bai'ah yang dilafazkan secara sukarela," soalnya. Pada masa sama Mohd Riza turut menyarankan pengundi yang memilih bekas wakil rakyat terbabit dalam pilihan raya umum lalu mendesak peletakan jawatan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Perhimpunan baju merah ancam hubungan kaum di M'sia Posted: 11 Sep 2015 08:41 PM PDT oleh Lee Yuk Peng Kerana perhimpunan Bersih 4 menarik kehadiran peserta berbangsa Cina yang ramai, ia dikenali sebagai "Bersih Cina". Menjadikannya isu perkauman, perhimpunan baju merah kini bakal dianjurkan bagi menyerang balas Bersih Cina dengan kawasan Bukit Bintang dan Jalan Petaling menjadi sasaran mereka pada 16 Sept nanti. Tiada pihak yang memohon permit bagi perhimpunan tersebut daripada pihak polis, malah tiada organisasi yang mengaku menjadi penganjurnya. Sehinggalah ketua bahagian Umno Sungai Besar Mohd Jamil Yunos, yang meneraju perhimpunan anti Bersih beberapa minggu lalu, menamakan Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) sebagai penganjur Perhimpunan Melayu 916, yang didakwa beliau tidak bersifat politik. Jamal mendakwa semua bahagian Umno mendapat jemputan menghadiri perhimpunan tersebut, tetapi Parti Islam PAS tidak akan menghadirinya. Ini sama dengan pendirian mereka bagi Bersih 4. Poster tentang perhimpunan 916 dilihat di Pasar Seni dan di Mahkota Cheras manakala kemeja T-nya dapat dibeli di atas talian. Mesej tentang penyertaan ke perhimpunan 916 bagi solidariti umat Melayu telah menjadi viral di laman media sosial. Foto-foto peserta Bersih 4 memijak potret Perdana Menteri Najib Razak dan presiden PAS Hadi Awang tersebar di atas talian dengan mesej, "siapa yang kurang ajar tidak akan diberi muka". Perhimpunan 916 ini didakwa bagi penyatuan Melayu. Kedai-kedai di Bukit Bintang, Plaza Low Yat dan Jalan Petaling menimbangkan akan tutup sementara pada 16 Sept, kerana gusar berlakunya insiden tidak diingini. Presiden MCA Liow Tiong Lai berkunjung ke Jalan Petaling dan bertemu para peniaga sementara Persatuan Piagam Perniagaan Cina Malaysia menggesa kerajaan dan pihak polis mengharamkan perhimpunan tersebut. Persatuan Piagam Perniagaan Cina Malaysia menasihati para penjaja agar tidak berniaga pada hari itu. Malah mereka mencadangkan Perhimpunan 916 dijalankan di stadium. Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) pula di dalam kenyataannya yang disiar Oriental Daily menggesa kerajaan mengharamkan sebarang perhimpunan bersifat perkauman. Lokasi perhimpunan di daerah komersil dan pelancongan dilihat tidak sesuai kerana mampu menyebabkan para pengunjung dan pelabur menarik diri. Kumpulan lain termasuk Dewan Perniagaan Melayu dan Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysa turut serta mengeluarkan kenyataan mendesak polis mengumumkan perhimpunan tersebut sebagai haram. Tumpuan perlu diberi terhadap memulihkan ekonomi negara di dalam menghadapi keributan hari ini, kata ACCCIM. Tambahan pula, perhimpunan bersifat perkauman bukan sekadar memberi kesan kepada keselamatan negara malah bakal menyebabkan ekonomi dan sentimen perniagaan terjejas. MCA juga perlu bertegas bagi membetulkan tanggapan bahawa kaum Cina bencikan kerajaan. Selepas menerima dua kekalahan teruk pada PRU12 dan PRU13, lidah pengarang Nanyang Siang Pau mengeluh tentang kedudukan lemah MCA. Read More / Baca Lagi >> |
Parti politik berteraskan etnik dan agama perlu dilenyapkan! Posted: 11 Sep 2015 08:39 PM PDT oleh Ahmad Mustapha Hassan Kita baru menyambut Hari Merdeka dan tak lama lagi pada 16 September, bakal meraikan Hari Malaysia pula. Ini ulangtahun ke-52 kita bersama. Namun tiada bukti jelas bahawa negara kita sedang mengorak ke arah penyatuan sebagai sebuah negara Malaysia. Parti politik berteraskan etnik takut kehilangan pengaruh di kalangan komuniti mereka, dan politik perkauman ini menjadi wadah dominan bagi meraih sokongan di negara ini. Pergerakan tidak sehat ini malangnya didalangi Umno Baru serta para pemimpinnya. Ini satu-satu jalan yang diketahui mereka. Kepimpinan Umno hilang kreativiti dan kata-kata beracun dihambur bagi menyemarak sentimen perkauman. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, politik lebih matang berbanding hari ini. Kepimpinan Perikatan ditunjangi Tunku, Siew Sin dan Sambanthan dengan satu tujuan, bagi membawa negara ke arah kejayaan. Agenda ekonomi dan sosial diformulasi bagi meningkat pemahaman di kalangan masyarakat. Populasi di desa buat kali pertama menyaksikan kemajuan. Prasarana didirikan bagi faedah orang ramai. Tidak ada jalan bagi pihak pembangkang mendapat tempat. Korupsi berada di tahap sifar. Kronisme dan rundingan secara langsung tidak pernah diketahui. Semuanya dibuat secara terbuka dan telus. Tiada pertindihan di antara politik dan pentadbiran kerajaan. Diharapkan masa depan negara dan politiknya bakal lebih berjaya. Namun berbanding melakar kejayaan, kepimpinan pasca 1970an semakin mengundur. Dek kerna bimbang sokongan Melayu semakin terhakis, politik Malaysia berubah ke arah perkauman. Berdepan pembangkang, Umno Baru tidak mampu menggunakan sifat tradisional di dalam mengekal sokongan Melayu. Agama pula digunakan oleh parti politik Islam sebagai alat mencari sokongan umat Islam/Melayu. Umno menggunakan tradisi sebagai umpan kesetiaan di kalangan masyarakat Melayu. Tetapi ia tidak menggunakan peluang membawa kemakmuran di kalangan populasi pedalaman. Umno sekadar menumpu kepada peningkatan status golongan Melayu bandar pada 1980an. Berbanding memformulasi strategi konstruktif di mana semua komuniti etnik mampu bekerjasama memerangi elemen agama, Umno Baru menggunakan pendekatan lebih "Islamik" dari pembangkang. Ia tidak mampu menjauhkan diri dari perangkap yang dipasang parti agama itu. Maka Umno Baru terus terpesong dari asas yang diletak para pemimpin terdahulu. Read More / Baca Lagi >> |
PKR jemput PAS sertai Pakatan baharu untuk kekalkan undi Melayu, kata penganalisis Posted: 11 Sep 2015 08:36 PM PDT PAS dianggap memegang sejumlah besar undi Melayu yang diperlukan pakatan baharu, di mana pertandingan 3 penjuru boleh dielakkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Sikap keterbukaan PKR terhadap penyertaan PAS dalam pakatan baharu pembangkang adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk mengekalkan undi Melayu, kata penganalisis. Mereka berkata, pakatan pembangkang baharu mungkin mempunyai perjanjian dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang, untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru yang akan memberi manfaat kepada pesaing utama Barisan Nasional (BN). Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, gabungan kepentingan politik dan realisme politik memacu parti berbilang kaum PKR untuk menawarkan PAS kerusi dalam pakatan yang akan ditubuhkan tidak lama lagi, walaupun mendapat bantahan kuat DAP dan beberapa pemimpin kumpulan serpihan PAS – membentuk Parti Amanah Negara (Amanah). "Dengan mengandaikan PAS tidak bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya akan datang, pembangkang perlu mengelakkan pertandingan 3 penjuru. Kehadiran PAS dalam gabungan itu juga masuk akal kepada PKR kerana ia memerlukan sokongan Melayu bagi mengekalkan kuasa politik," kata Lim kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, PAS masih memegang sejumlah besar undi Melayu, dianggarkan kira-kira 30%, sekali gus menjelaskan mengapa PKR masih memerlukan parti Islam itu. "Parti serpihan baharu PAS tidak mungkin berjaya membawa ramai pengundi luar bandar kepada pembangkang dalam keadaan semasa yang berlaku sekarang," katanya, merujuk kepada Amanah.
Bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar (baju hijau) semalam menyertai PKR – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 September, 2015.Pengumpul suara bebas, Ibrahim Suffian berkata, PKR secara tradisinya memainkan peranan sebagai "gam" kepada Pakatan Rakyat – kini tidak berfungsi lagi dengan membawa bersama-sama pihak berbeza dari segi ideologi untuk duduk bersama.
PAS adalah sebuah parti Islam yang memperjuangkan pelaksanaan hudud, di mana majoriti golongan sekular Cina DAP menolak undang-undang itu dan ini menyumbang kepada pembubaran pakatan awal tahun ini. "Apa yang dilakukan PKR ini adalah untuk mengelakkan pertindihan kerusi (pada pilihan raya umum) dan memastikan semua parti pembangkang terus menyokong matlamat untuk membebaskan Anwar," kata Ibrahim merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan liwat. PKR sentiasa menegaskan tuduhan dikenakan terhadap Anwar adalah rekaan semata-mata dan berusaha keras memastikan pembebasan beliau, katanya. "Saya rasa itulah sebabnya PKR mahu pembangkang bersatu," kata Ibrahim yang merupakan Pengarah Merdeka Centre. Read More / Baca Lagi >> |
Kita banyak bercakaran, kata Abdul Hadi Posted: 11 Sep 2015 08:25 PM PDT SHAH ALAM - Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur sikap rakyat di negara ini yang sering bercakaran sesama sendiri. Menurut beliau, sikap berkenaan merupakan punca kepada masalah yang dihadapi negara ketika ini. "Sumber manusia dan bumi kita banyak, tetapi kenapa kita hadapi masalah ekonomi, mata wang jatuh, inflasi, membebankan rakyat. Orang kata kita tak pandai mengurus, mentadbir dan memanfaatkan sumber-sumber ini. Mengapa? "Sebab kita sibuk bercakaran antara satu sama lain. Kita mengaku Pas, Umno dan semua parti-parti bercakar...bercakar dalaman, antara kaum. Kita tidak gunakan sikap kemanusiaan yang sebenar," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Rakyat, di sini, hari ini. Sehubungan itu, katanya, Kongres Rakyat yang dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan acuan Islam yang sebenar. "Kongres hari ini (semalam) mendidik kita bertukar-tukar fikiran. Walaupun kita golongan yg lemah, orang kata kita umpama anjing menyalak bukit. "Tapi anjing tak salak bukit, anjing salak babi di bukit itu. Ini yang sebenarnya, kita 'menyalak' kelemahan yang berlaku dan najis yang mempalit kita semua," katanya. Menurut beliau, segala masalah juga boleh diselesaikan dengan kembali kepada ALLAH. "Marilah kita selesaikan masalah ini dengan sebaiknya. Wawasan kita kembali kepada ALLAH, bukan sekadar Putrajaya," katanya. |
Skandal 1MDB: Umie Aida akan tinggalkan Khairuddin jika belot Posted: 11 Sep 2015 06:47 PM PDT Ia bagi memastikan Khairuddin tidak menarik semula laporan polis yang dibuatnya mengenai skandal 1MDB  PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui akan ditinggalkan isterinya, Datin Umie Aida sekiranya dia belot dalam perjuangan berhubung isu 1MDB. Katanya, Umie yang juga seorang pelakon tersohor tanah air berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak termakan umpan pihak tertentu supaya beliau menarik balik laporan polis yang telah dibuatnya. "Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya. "Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya," katanya yang dipetik daripada portal berita Mstar Online. Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berkenaan, beliau menerima pelbagai tekanan termasuk diisytiharkan muflis dan rumah yang didiami mereka melalui cubaan untuk dilelong. Jelas Khairuddin lagi, apa yang ditempuhinya mendapat sokongan teguh daripada isterinya yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima. Bagi menampung keperluan dalam keadaan yang sukar, Umie Aida melakukan pelbagai ikhtiar termasuk menjual tudung dan pelbagai produk lain sebagai sumber kewangan mereka. "Siang malam bertungkus lumus dan tetap teguh bersama saya," katanya. |
There are now degrees of Malayness, it seems Posted: 11 Sep 2015 06:45 PM PDT According to Jamal Yunos of the Red Shirts, you're not Malay enough if you don't join the September 16 rally.  The planned Red Shirts rally on September 16 has been the talk of the town as the date looms ever closer. More specifically, the talk is about one Jamal Yunos, the division chief of Sungai Besar Umno, who seems to have made it his life's mission to punish the Chinese for daring to bare their fangs at the venerable Malay leadership (read: Najib), and he wants everyone to know it. A quick disclaimer: Jamal is not the organiser of rally. He's merely the spokesman for the organiser. Now that we've got that out of the way, let's call a spade a spade. This rally is not about the Malays, nor is it about Malay leadership. It is about attempting to shore up tangible support for the Prime Minister, whose image took a hit in the international media during the recent Bersih 4 rally. This is like trying to fight a flood with a bucket. So let's not be fooled by the taglines and propaganda and let's set aside the idea that Malay pride is at stake if Najib continues to be assailed at home and abroad. Doubtless, it can be argued that as the President of Umno, Najib can be considered a Malay leader. However, we must draw a line between the offices of the Umno President and Prime Minister. Although Najib happens to hold both positions, the two are separate legal entities. Bersih 4 rejected Najib the Prime Minister, a leader of more than the Malay race, an avatar representing the multicultural and multilingual society of Malaysia. Thus, the Chinese are justified in calling for Najib to step down as Prime Minister, since he represents the Chinese Malaysians too when he goes abroad in his capacity as the PM of this country. But back to Jamal Yunos. Here is a man who is willing to set race relations back by more than 40 years to prove a political point. Such a disposition, quite frankly, is abhorrent to anyone holding on to even the least of decent values. He recently took on Mahathir Mohamad as well, accusing the former PM of attempting to sway Malaysians against Najib by appearing at Bersih 4 and challenging him to join the September 16 as proof that he is Malay enough. Now, we are all aware that Mahathir's agenda is not the Bersih agenda. The former PM is seeking to move Malaysians into speaking up if they believe Najib should no longer represent us as the Prime Minister of the country. That is a given, but the challenge reeks of communalism and elitism, as if Mahathir, of all people, still has to prove that he is "Malay enough." Read More / Baca Lagi >> |
Pegawai Khas MP Tumpat kekal dengan Pas Posted: 11 Sep 2015 06:13 PM PDT TUMPAT - Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tumpat, Muhamad Nawawi Adam tegaskan dia kekal bersama parti Pas meski pun wakil rakyat itu, Datuk Kamaruddin Jaffar mengumumkan sertai PKR. Muhammad Nawawi berkata, dia tidak mengikut jejak langkah Kamaruddin Jaffar kerana masih istiqamah dengan Pas yang disertai sejak 26 tahun lalu. Bagaimana pun katanya, berlainan parti tidak memutuskan hubungannya dengan Ahli Parlimen Tumpat itu kerana Pas dan PKR adalah masih parti Pakatan. "Saya masih bersedia menjadi penghubung antara wakil rakyat Parlimen Tumpat ini dan rakyat seluruh Tumpat sekiranya belum ada pengganti tetap. "Kamaruddin juga ada menyebut segala elaunnya sebagai ahli Parlimen itu akan dibelanjakan untuk keperluan dan program rakyat. "Beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat seperti sebelum ini,"katanya pada Sinar Harian di sini, pagi tadi. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dilaporkan sah menyertai PKR sebentar tadi. Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya. Turut menyertai PKR adakah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Read More / Baca Lagi >> |
Amanah restu Kamaruddin, Mat Taib sertai PKR, kata pemimpin Posted: 11 Sep 2015 06:09 PM PDT Ahli Jawatankuasa Amanah Khalid Samad berkata penyertaan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR adalah atas permintaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada dalam penjara. Penyertaan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat restu rakan-rakan mereka dalam Parti Amanah Negara (Amanah), kata pemimpin. Ahli Jawatankuasa Amanah Khalid Samad yang turut serta pada sidang media pengumuman penyertaan kedua-dua tokoh itu ke dalam PKR berkata, Kamaruddin dan Muhammad sudah berbincang dengan kepimpinan parti baharu itu. "Kepimpinan Amanah sudah berbincang tentang hasrat kedua-dua mereka dan kami memberikan restu demi kepentingan Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang dalam pembentukan," kata ahli Parlimen Shah Alam itu kepada The Malaysian Insider. Penyertaan bekas setiausaha agung PAS itu dan Muhammad diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada satu sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam. Menurut Khalid, penyertaan Kamaruddin dan Muhammad adalah di atas permintaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada dalam penjara. "Anwar yakin, kedua-duanya boleh membantu memperkukuhkan PKR dan dengan sendirinya akan mengukuh Pakatan Rakyat 2.0 yang akan juga memperkukuhkan Amanah," kata Khalid. Kamaruddin diberikan tugas untuk mengukuhkan pejabat Ketua Umum PKR iaitu pejabat Anwar sendiri, di samping menjadi pengarah politik dan dasar parti itu bagi memberikan input kepada presiden dan timbalan presiden. Kamaruddin merupakan penyokong kuat Anwar sejak zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di mana Kamaruddin adalah bekas setiausaha agung manakala Anwar bekas presidennya. Kamaruddin turut menyertai Umno ketika Anwar dibawa masuk ke dalam parti itu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Read More / Baca Lagi >> |
Coming Soon: Himpunan Kebangkitan Mamak! Posted: 11 Sep 2015 05:52 PM PDT Let's don green and come together to acknowledge the Mamaks' contribution to this nation.  This is a warning to all of you baboons out there who make fun of the Mamak clan ─ poking fun at the size of our noses; tarnishing our good name in response to every corrupt politician; accusing our shops of adding ganja to the food we serve and continuously bombarding us with the idiotic question, "Who in your family converted?" STOP making us angry! If Hindraf was a movement for the Indians, Bersih for the Chinese (so 'they' say) and Himpunan Maruah for the Malays, well we too have the right and freedom under the Constitution to uphold and restore our dignity which has been tarnished lately. It is for this reason that I plan to organize a "Himpunan Kebangkitan Mamak – Demi mempertahankan maruah mamak!" very, very soon. People in Malaysia seem to have forgotten the contributions of the Mamaks which dates back to even before independence. So this article is intended to jog your memories, remind all of you of our contributions, and put you in your places before you start splashing your red and yellow blood come September 16. There is enough evidence to believe that we Mamaks made Malaysia our home as early as the 18th century ─ earlier than even the British. Starting off as labourers in the shipyards in the 1780s, many of us progressed to becoming importers. Ahead of the others, we formed the Muslim Merchant Society in 1912 and this gave birth to great businessmen and manufacturers who started off as traders on the streets. Does the Barkath Group of Companies ring a bell? Yes, we helped build the economy of this country alongside the Chinese. But our contributions don't stop there. Do you know who built the mosques in this country in the early days? The Arabs? The Malays? Please lah don't make my toes laugh. Back in those days, while the Malays were busy plucking coconuts, mending their fishing boats and harvesting paddy somewhere in the kampung, the Mamaks were the ones who collected money from our community to build some of the oldest mosques. Masjid Jamek, Masjid Benggali, Masjid Kapitan Keling – do these names ring a bell? Read More / Baca Lagi >> |
Perhimpunan Baju Merah cemari Hari Malaysia - Dr Ramlah Adam Posted: 11 Sep 2015 05:51 PM PDT Penganjur dinasihat menukar ke tarikh lain supaya ia tidak menjejaskan kegembiraan memperingati pembentukan Malaysia.  PETALING JAYA: Himpunan Rakyat Bersatu yang dirancang akan diadakan pada 16 September ini dianggap tidak sesuai kerana ia jatuh pada Hari Malaysia. Mereka diminta memilih tarikh lain supaya ia tidak mencemari hari memperingati pembentukan Malaysia di mana Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak digabung sebagai sebuah negara. Nasihat itu diberikan Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam. "Kalau nak buat demonstrasi pada 16 September itu tidak kena, nasihat saya tak usah buat demonstrasi pada hari itu. Sebab ia akan menentang dengan kita punya kegembiraan untuk menyambut hari Malaysia dan orang asing akan pandang serong. "Kalau nak buat di luar 16 Sempember, bulan depan ke, kalau kita nak tunjuk solidariti Melayu kita boleh buat hari lain, katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT). Ditanya sama ada, wajarkan perhimpunan tersebut dilakukan Ramlah berkata, negara ini mengamalkan demokrasi dan orang Melayu berhak berhimpun setelah merasakan dicabar oleh bangsa lain. "Apa perasaan mereka kalau mereka dicabar dan dihina bangsa mereka, ia tak mencetuskan ketegangan kaum, kerana ia berbeza dengan apa yang berlaku 13 Mei dan ini sebagai perarakan secara aman," jelasnya. Read More / Baca Lagi >> |
Duit Haram Jadah: Malaysia satu2nya negara kat dunia YANG ADA UMNO !!! Posted: 11 Sep 2015 05:14 PM PDT Negara bukan Islam spt Korea Selatan yg mengamalkan politik integriti tinggi sejak 1998, jika pemimpin negara terpalit rasuah, mereka segera letak jawatan.. siasatan terbuka... TETAPI kenapa kat sini payah..??!!! |
SATU DUNIA TAHU..1MDB-NAJIB Posted: 11 Sep 2015 05:12 PM PDT Kita patut rasa bersyukur & berterima kasih pada Najib & kuncu2nya dlm skandal Najib-1MDB kerana secara tak langsung telah menaikkan nama M'sia di persada antarabangsa dgn pendedahan & perkhabaran mengenainya di serata dunia pada setiap hari.. Haritu bermati2an beriya2 kata nak saman WSJ pd Selasa 7/7/2015. Skrg dh masuk Selasa yg ke-10, DAH 2 BULAN TAK SAMAN2... Apa cerita Najib Razak ..!! Jgn nak saman & gertak jer lebih kat dlm negara shj, TAPI BACUL LAGI PENAKUT DI LUAR NEGARA !!! |
KALAU TAK BOHONG OLEH SEKOR BANGSAT BUKAN UMNO NAMANYA..... Posted: 11 Sep 2015 05:10 PM PDT Rakyat M'sia sepatutnya berterima kasih kpd pengundi2 tangan bodoh BN kerana undi mereka kita punyai pemimpin negara yang saban hari KUAT KENCINGKAN RAKYAT !!! Biarlah hancing sekalipun sehingga PRU14.. JANJI NEGARA MASIH AMAN... |
Kerana Rosmah: Siapakah yang sebenarnya berbohong? Posted: 11 Sep 2015 05:07 PM PDT Pasti di antara Hamid dan Rizal ada yang berbohong. Sampai bila episod ini akan berterusan? Sampai yang haq itu akan terserlah atau yang bathil itu mengaku kalah. Kita nantikan episod seterusnya Oleh Yunus Tasim Kenyataan Datuk Abdul Hamid Bador, mantan Timbalan Pengarah Cawangan Khas, PDRM baru-baru ini membuka banyak mata. Ada yang terkejut, ada yang separuh sedar dan banyak pula yang rasa tak hairan kerana telah mendengar dan mengetahui perkara tersebut banyak kali sebelum ini. Sebenarnya Hamid meminta penjelasan akan pertukarannya dari PDRM ke PMO dari Datuk Seri Zahid Hamidi, TPM dan Menteri Dalam Negeri dimana PDRM berada di bawah portfolionya, tetapi kenyataan itu juga membuat dua pendedahan lain yang cukup menarik diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Pendedahan pertama oleh Hamid adalah kononnya Rosmah Mansor hadir dalam 'mesyuarat tergempar pengurusan kerajaan' yang dipengerusikan sendiri oleh suaminya yang juga Perdana Menteri, Najib Razak dan turut dihadiri oleh Zahid Hamidi. Pendedahan kedua oleh Hamid telah keluar dalam media sosial sebelumnya, dan kali ini Mantan Timbalan Pengarah SB itu telah memperingatkan kepada Zahid tentang hubungan Zahid dengan Paul Phua, Raja Judi yang telah dituduh oleh pihak berkuasa USA atas penglibatannya dalam pengubahan wang haram dan surat yang ditandatangani Zahid kepada Mark Guiliano, Timbalan Pengarah FBI. Bila kenyataan dan pendedahan sebegini dibuat oleh orang biasa atau orang politik, pasti mudah ditepis atau kurang memberi impak kerana biasanya pendedahan itu bersifat populis. Tetapi bila pendedahan ini datangnya dari seorang penjawat awam berjawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas dan yang telah berkhidmat selama lebih 37 tahun khusus dalam bidang perisikan dan cawangan khas, maka amat susah untuk rakyat Malaysia mengenepikan begitu sahaja. Malah dari soksek bualan rakyat, menggambarkan majoriti percaya dengan kenyataan itu kerana bagi mereka 99% apa yang dikatakan oleh Hamid adalah hasil dari risikannya yang rapi dan hanya 1% sahaja dari emosinya. Ini bukan seperti kerja macai SB yang tidak teliti dalam memprovokasi sesuatu demonstrasi jalanan. Pegawai Khas kepada Rosmah, Rizal Mansor dengan cepat menjawab kenyataan Hamid itu. Rizal membalas dengan tuduhan terhadap Hamid: "Bohong! Itu semua bohong." Read More / Baca Lagi >> |
Cadangan Bajet 2016 jadi medan kritik Najib di Facebook, Twitter Posted: 11 Sep 2015 05:04 PM PDT Posting pada akaun Facebook Datuk Seri Najib Razak menjadi medan rakyat mengkritik dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri .Ruang yang disediakan buat rakyat Malaysia untuk memberikan cadangan berhubung Bajet 2016 menjadi medan meluahkan kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan, di mana pengguna media sosial didapati melahirkan kekecewaan mereka ke atas skandal kewangan yang didakwa mengaitkan perdana menteri itu. Dalam posting pada akaun Facebook dan Twitternya, Najib menjemput orang ramai memberikan maklum balas mengenai Bajet akan datang, yang dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober, di laman blog rasmi beliau najibrazak.com/bajet2016. Walaupun terdapat banyak komen membina pada laman mikro itu yang meliputi 15 kategori, dan juga di Facebook beliau, tentang bagaimana menangani kos sara hidup yang tinggi, ramai di kalangan pengguna bertindak melemparkan sindiran dan kritikan. Di Facebook beliau, beberapa pengguna Internet menekankan isu "derma" RM2.6 bilion daripada penderma tidak dikenali dari Timur Tengah yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya. Terdapat mereka yang menyatakan keraguan berhubung hasrat kerajaan menggunakan hasil daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk memastikan kebajikan rakyat, sambil sesetengahnya cuba mempermainkan isu RM2.6 bilion, meminta sebahagian daripada wang terbabit untuk membantu saudara-mara dan rakan. "Nak 100k Dato Sri. Nak bantu org kampung," tulis Mikel Azzam dalam komennya. NTee Jym berkata: "Atau pinjam saya 50k nak berkahwin. ... pinjam je ...". Ada juga pengguna Internet yang dilihat secara terbuka menanyakan Najib mengenai status wang RM2.6 bilion, seperti dilakukan Muhamad Fauzi Ibrahim dalam posting beliau: "Duit 2.6 bilion macam mana", manakala Eugene Looi bertanya bila wang itu akan diberikan kepada rakyat. "Bila pula nak pulangkan wang derma 2.6 bilion itu kpd rakyat?" tulisnya. Peter Lim menanyakan adakan Najib sudah menunaikan semua janji-janji beliau sebelum ini. "Janji dulu dah settle? Sekarang nak janji baru pulak?" katanya. Sementara itu, kejatuhan nilai ringgit menjadi isu yang diketengahkan Nur Masri apabila dia meminta Najib mengambil tindakan bagi membendung kemerosotan mata wang Malaysia itu. "Pulihkan matawang," katanya. Kiran Rj pula mencadangkan supaya "pendidikan percuma" diberikan kepada semua. Ada juga pengguna yang hanya menaip #najibletakjwtanPM (hashtag Najib letak jawatan sebagai PM), berulang kali. Read More / Baca Lagi >> |
Adakah orang Melayu masih larat ‘ditunggang’ UMNO lagi? Posted: 11 Sep 2015 04:56 PM PDT Oleh Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid 'Jangan jadi kuda tunggangan DAP'. Itulah ungkapan yang sering digunakan oleh pemerintah Melayu kepada rakyatnya. Malah mereka mengatakan bahawa Melayu akan lebih bangsat sekiranya orang Melayu tidak menyokong UMNO. Hakikatnya, sudah berapa lama merdeka sekali pun, sudah tukar Perdana Menteri sekalipun, kita masih mendengar keluhan orang Melayu yang kecewa dengan taraf hidup mereka sendiri. Persoalannya, siapa 'tunggang' orang Melayu sebenarnya? Pemikiran Orang Melayu Orang Melayu kebanyakannya terkenal dengan sikap ketaatan kepada pemimpin. Tidak kira pemimpin itu melakukan kesalahan, sukar bagi masyarakat Melayu untuk mengkritik atau melawan pemerintahnya. Orang Melayu sejak turun-temurun lagi telah menerima sifat kehambaan itu sendiri. W.E Maxwell telah mengkaji dan mengenalpasti beberapa peribahasa Melayu yang membuktikan 'kehambaan' orang Melayu itu sendiri. Contohnya, peribahasa 'anak-anak ikan kecil menjadi makanan ikan besar' yang bermaksud orang bawahan sentiasa menjadi hamba orang atasan. 'Siapapun yang menjadi raja, tanganku ke dahi juga' bermaksud walaupun pemimpin bertukar ganti, orang Melayu tetap taat kepada tuannya. Pemikiran ini merupakan 'saka' kepada generasi Melayu hingga kini. Politikus elit Melayu juga menjadikan pemikiran 'taat' orang Melayu untuk mencengkam kekuasaan mereka. Orang Melayu tidak mempunyai jalan untuk mengubah nasib dan bergantung penuh kepada kerajaan bagi mencari makan. Oleh sebab pemikiran seperti ini, orang Melayu tidak pernah percaya diri mereka itu mempunyai hak dan kuasa. Akhirnya, pemimpin terus meninggi dan rakyat Melayu menjadi hamba. Pemikiran ini telah memerangkapkan orang Melayu untuk maju ke hadapan dalam pelbagai aspek hingga hari ini. Kesengsaraan Orang Melayu dalam Politik Dalam politik Melayu, golongan elit dan bangsawan sebenarnya untung. Pemimpin Melayu, khususnya UMNO, mudah mengekalkan kuasa dengan pemikiran 'taat' orang Melayu. Tahap kepercayaan ini sehingga setiap keputusan diletakkan hak dan kepercayaan sepenuhnya kepada pemerintah untuk melaksanakannya. Budaya pemikiran seperti ini telah membelakangkan lagi orang Melayu dalam berpolitik. Sistem menerima diri sebagai 'hamba' itu sendiri telah membentuk sebuah masyarakat yang tidak produktif. Walaupun mereka mempunyai idea dan kuat bekerja sekali pun dalam politik, mereka tetap akan kekal di bawah. Insan yang pandai 'mengipas' elit sahaja mempunyai peluang, itu pun sekerat. Akhirnya secara mudah, orang Melayu dituduh oleh pemimpin sebagai Melayu mudah lupa, Melayu malas dan bangsat. Walhal, pemimpin Melayu itu sendiri telah menindas orang Melayu sehinggakan mereka malas untuk bekerja kerana akhirnya mereka tidak memperoleh apa-apa, tetapi orang atasan yang untung. Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain taat kepada pemerintah untuk terus hidup. Itulah yang berlaku dalam UMNO hari ini. Masa berubah, tetapi konteksnya masih sama. Kesengsaraan Orang Melayu dalam EkonomiRead More / Baca Lagi >> |
Dokumentari Al Jazeera hanya berdasar pembohongan ampu Menteri Umno Posted: 11 Sep 2015 04:54 PM PDT  Semua yang dipaparkan dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang disiarkan semalam, adalah semata-mata bersandarkan kepada perkara dengar cakap dan tidak berdasarkan sebarang bukti nyata, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Katanya, dokumentari itu mengandungi pelbagai adegan lakonan semula dengan suara latar yang memberi gambaran ia adalah bukti di mana sebenarnya adegan-adegan itu dimainkan oleh pelakon.  "Bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa adegan-adegan tersebut adalah adaptasi daripada kisah sebenar yang tidak dijelaskan. Al Jazeera mengakui adegan-adegan tersebut adalah lakonan semula. "Kenapa Al Jazeera mahu memutarbelitkan... beberapa kisah itu semata-mata hanya pembohongan dan spekulasi yang mencetuskan kesangsian bahawa wujud niat tersembunyi di sebaliknya," katanya dalam blog sskeruak.blogsport.my semalam. Beliau berkata stesen televisyen antarabangsa itu mempaparkan kenyataan yang diubah banyak kali oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam. Salleh juga berkata Al Jazeera juga gagal menyebut polis Perancis merakamkan kenyataan Bala di Paris dan mendapati ia tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai. Katanya polis Perancis dalam laporannya berkata wanita Mongolia berusia 28 tahun itu mahupun Razak Baginda atau perdana menteri tidak pernah memasuki negara itu dalam tempoh yang dikatakan dalam dokumentari tersebut. Justeru, katanya ia merupakan kes klasik dengan fakta disulami dengan fiksyen dan kisah-kisah yang disebarkan. "Fokus cerita Al Jazeera tertumpu kepada Altantuya yang merupakan seorang penterjemah untuk kontrak kapal selam, sesuatu yang tidak berlaku sebelum wanita itu dikaitkan," katanya. "Saya hanya boleh mengklasifikasikan laporan Al Jazeera ini sebagai nakal dan berniat jahat dengan cerita sensasi yang disajikan sebagai suatu kebenaran,"katanya. - Bernama |
87 terkorban nahas kren runtuh di Masjidil Haram Posted: 11 Sep 2015 04:52 PM PDT  Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah. Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan. "Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di Makkah. Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit. "Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya. Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabitdalam kejadian itu telah dimaklumkan. Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umatIslam selesai mengerjakan solat berkenaan. "Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.
Read More / Baca Lagi >> |
GE2015: PAP's post-election news conference Posted: 11 Sep 2015 04:36 PM PDT |
Big win for People's Action Party again Posted: 11 Sep 2015 04:35 PM PDT |
PAS Kelantan perlu beri laporan sebelum ambil tindakan terhadap Kamarudin, kata Hadi Posted: 11 Sep 2015 08:15 AM PDT PAS Kelantan perlu mengemukakan laporan terperinci berhubung tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang dilaporkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata laporan itu perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum PAS Pusat memutuskan tindakan terhadap Kamarudin.  "Dakwaan boleh dibuat oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pemuda Istiqomah Peringkat Negeri Kelantan di Pasir Puteh, hari ini. Hadi menegaskan PAS tetap memperakukan bai'ah dan taklik lafaz cerai talak 3 yang dikenakan terhadap setiap ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen PAS di Kelantan. "Hanya mereka yang tidak yakin dengan perjuangan PAS sahaja yang tidak mahu mematuhinya," katanya. Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan penyertaan Kamarudin dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam parti itu. – Bernama |
Mat Taib tinggalkan Pas bukan kerana kecewa Posted: 11 Sep 2015 07:49 AM PDT PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menafikan tindakannya meninggalkan Pas dan bersama PKR bukan kerana kecewa dengan parti Islam itu. Sebaliknya, beliau mendakwa platform baharu itu mampu menjadi ruang untuknya berjuang lebih baik. "Tidak ada (kecewa). Ramai yang tinggalkan (Pas). Cuma saya fikir, saya boleh 'perform better' di sini (PKR)," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. Dalam sidang media tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan dua ahli Pas,Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Muhammad Taib sah menyertai PKR. Mengulas lanjut soal 'penghijrahannya' itu, Muhammad Taib berkata, semua parti pembangkang perlu bekerjasama dan kukuh untuk menentang BN. "Kita semua kena kerjasama. Macam di Selangor, PKR punya...ramai yang bertanding, jadi PKR kena kukuh. Mengukuhkan PKR maknanya mengukuhkan PR. "Tapi kita perlu kepada semua...PKR, Pas, Amanah, DAP kerana kita banyak hadapi...diganggu oleh BN. Jadi, kita kena kukuh," katanya. Sementara itu, Wan Azizah turut mengumumkan Kamaruddin dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar manakala Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda. |
SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN POLITIK MALAYSIA MUSIM 2015/2016 Posted: 11 Sep 2015 07:08 AM PDT DAP1. Prof Dr. Abdul Aziz Bari (PKR ke DAP) 2. Sheikh Omar Ali (PAS ke DAP) 3. A. Samad Said (Tiada Parti ke DAP) 4. Zulhazmi Shariff (PAS ke DAP) PKR1. Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS ke PKR) 2. Tan Sri Muhammad B Muhd Taib (PAS ke PKR) 3. Wan Ji Wan Hussin (PAS ke PKR) 4. Ahmad Syukri Razab (Tiada Parti ke PKR) PAN1. Ustaz Ahmad Awang (PAS ke PAN) 2. Hj Mohamad Sabu (PAS ke PAN) 3. Hj Salahuddin Ayub (PAS ke PAN) 4. YB Khalid Samad (PAS ke PAN) 5. YB Mujahid Yusuf Rawa (PAS ke PAN) 6. YB Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS ke PAN) 7. YB Dr. Hatta Bin Ramli (PAS ke PAN) 8. YB Dato Raja Kamarul Bahrin (PAS ke PAN) 9. YB Hanipa Maidin (PAS ke PAN) 10. YB Saari Sungip (PAS ke PAN) 11. YB Hasnul Baharuddin (PAS ke PAN) 12. YB Ir. Hj Nizar Jamaluddin (PAS ke PAN) 13. YB Aminolhuda Hassan (PAS ke PAN) 14. YB Dato' Pahrolrazi Zawawi (PAS ke PAN) 15. YB Syed Hamid Syed Mohamed (PAS ke PAN) 16. Hj Anuar Tahir (PAS ke PAN) 17. Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS ke PAN) 18. Mazlan Aliman (PAS ke PAN) 19. Mohd Sany Hamzan (PAS ke PAN) 20. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS ke PAN) 21. Suhaizan Kaiat (PAS ke PAN) 22. Hj Asmuni Awi (PAS ke PAN) 23. Hj Adly Zahari (PAS ke PAN) 24. Aiman Athirah Al Jundi (PAS ke PAN) 25. Ir. Izham Hashim (PAS ke PAN) 27. Zulkefly Mohamad Omar (PAS ke PAN) 28. Faiz Fadzil Noor (PAS ke PAN) 29. Dato' Wan Rahim Wan Abdullah (PAS ke PAN) 30. Hj Mohd Taufek Abd Ghani (PAS ke PAN) 31. Dr. Ismail Salleh (PAS ke PAN) PAS 1. Sum Cheok Leng (DAP ke PAS) Rumours 1. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas ke PAS) 2. Mustafa Kamil Ayub (PKR ke PAS) |