Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Polis Thailand ada bukti komplot guling kerajaan?

Posted: 10 Sep 2015 10:04 AM PDT


Bukti daripada polis Thailand boleh dianggap penting dalam siasatan oleh polis Malaysia terhadap peranan beberapa individu Malaysia yang terkemuka di sebalik komplot menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut sumber-sumber polis.

Komplot itu, menurut mereka, dilaksanakan melalui kempen media bertujuan menyerang 1Malaysia Development Bhd.(1MDB).

Sumber polis Thailand berkata, warga Switzerland, Xavier Andre Justo membekalkan para penyiasat dengan urutan masa terperinci mengenai konspirasi untuk menggugat kerajaan Malaysia yang dirancang oleh pihak-pihak diketuai oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sejak enam bulan lepas.

Justo, yang ditahan pada pertengahan Jun di Thailand, telah mengaku mencuri dan cuba memeras ugut bekas majikannya dengan menggunakan maklumat sulit yang dicuri dan telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Pada April 2011, semasa bertugas sebagai ketua unit IT PetroSaudi International Ltd., (PetroSaudi), dia mencuri lebih 90 gigabyte data dari server syarikat dan kontraknya dengan syarikat tersebut ditamatkan sejurus selepas itu.

Pada 2013, Justo cuba memperoleh ganjaran kewangan daripada maklumat yang dicurinya dengan memeras bekas majikannya.

Percubaan itu gagal dan lelaki berusia 48 tahun itu mula mencari pembeli baharu bagi maklumat tersebut.

Sumber-sumber polis berkata, melalui seorang rakan di Switzerland, Justo telah menghubungi ahli perniagaan yang berpusat di London, Kamal Siddiqi yang memperkenalkannya dengan Rewcastle-Brown, yang kemudian melakukan pelbagai percubaan untuk bertindak sebagai perantara bagi menjual maklumat yang dicuri dengan beberapa kumpulan Malaysia.

Menurut sumber polis Thailand, Rewcastle-Brown mulanya menghubungi Nurul Izzah Anwar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara, bagi mendapatkan maklumat daripada Justo tetapi percubaan itu tidak berjaya berikutan perbezaan dalam kaedah pembayaran.


Selepas pelbagai percubaan dengan pembeli yang berpotensi, Rewcastle Brown akhirnya dapat menghubungi ahli pembangkang Tony Pua pada sekitar November tahun lepas yang membolehkan dia berhubung dengan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.

Sumber-sumber polis berkata Brown, Justo dan Kooi Ong mengadakan pertemuan di Fullerton Hotel di Singapura pada sekitar Februari tahun ini dan sejurus selepas itu, pemilik akhbar The Edge dan Justo bersetuju dengan terma-terma bagi penjualan data korporat yang dicuri itu.

Menurut sumber-sumber tersebut, Kooi Ong bersetuju membayar AS$2 juta kepada Justo Consulting Co Ltd, yang berpusat di bandar peranginan pulau Koh Samui, Thailand, bagi penjualan apa yang disifatkan sebagai "Justo Property IT Software".

Justo mengaku bahawa persetujuan tersebut bertujuan bagi membuat pembayaran untuk penjualan maklumat PetroSaudi yang dicuri.

Sejurus selepas persetujuan itu selesai, Sarawak Report mula membuat liputan agresif bersama The Edge dan portal berita Malaysian Insider mengenai perkembangan berhubung PetroSaudi dan 1MDB.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Conspirator recycling old submarine allegation thru Aljazeera

Posted: 10 Sep 2015 11:30 PM PDT



MALAYSIAN GOVT RESPONDS TO AL JAZEERA INVESTIGATION 

‎ The following is a statement sent to Al Jazeera by a Malaysian government spokesperson in response to 101 East's investigation:

"The Prime Minister did not know, has never met, has never had any communication with and has no link whatsoever with the deceased.

The two convicted individuals were not the Prime Minister's personal guards. This allegation is intentionally misleading, and has been used to perpetuate baseless conspiracy theories. They were members of a unit of the Royal Malaysian Police that provides rotating security for government officials and visiting dignitaries. The Prime Minister was not aware of the actions of the individuals until their arrest.

Comprehensive legal process has taken place, including police investigations and court trials, including at Malaysia's High Court, Court of Appeal and Federal Court. The guilty parties have been convicted and sentenced. At no point during any of these legal stages was the Prime Minister implicated, even indirectly. These malicious allegations are therefore also an affront to Malaysia's Judiciary.

Political opponents and their media allies have been trying to attack the Prime Minister on this issue for many years. But there is absolutely no evidence of any wrongdoing, and there never will be - for the very good reason that the allegations are entirely false smears motivated by political gain.

The deceased was never involved in the purchase of submarines for the Royal Malaysian Navy, as has been alleged. The purchase was directly negotiated between the Malaysian and French governments. Perimekar is 40 percent owned by the Malaysian Armed Forces Fund Board (LTAT), a respected government statutory body. ‎

Perimekar was paid by the government of Malaysia to handle all logistics, training and coordination on behalf of the Royal Malaysian Navy. The training included that which was necessary for submariners and technicians to handle the submarines. The Navy did not have the manpower to handle these matters over the eight-year period of the construction of the submarines and coordination of the logistics. This was a services contract for work done and was transparent.

‎ The purported French investigation pertains to the possibility of any 'kickbacks' that may have been paid by the French companies to Malaysian officials to secure the submarine contract. There were similar investigations into French defence contracts with Taiwan and India. The original deal was signed in 2002. There has never been any communication from the investigation's judges to the Prime Minister.

‎ The reality is that there was absolutely no wrongdoing on the Prime Minister's part in the Government's purchase of the submarines. Absolutely no payments ever benefitted him. Again, these are baseless smears for political gain."‎

http://www.aljazeera.com/programmes/101east/2015/09/malaysian-govt-responds-al-jazeera-investigation-150908140117467.htmlr

Ada yang exploitasi himpunan merah untuk takut2kan orang cina

Posted: 10 Sep 2015 09:30 PM PDT


Teringat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang cabar dimulakan 13 Mei.

Katanya Melayu hanya cakap saja. Sebaik saja Himpunan Merah ini nak mula, hairan melihat kaum cina bersikap hipokrit dan tidak konsisten dengan pendirian mereka untuk Bersih 4.0.
 
Malahan ada pihak sudah exploitasi himpunan merah untuk takut-takutkan kaum cina dan tegangkan hubungan antara kaum. Samada ini benar atau tidak, betul atau dibuat-buat, ini yang dilakukan. Cuma tujuan sebenar penulis mesej tidak dapat dipastikan ...

Got a disturbing message fr another WA group on the red shirt malay menace.

[07/09 15:07] Betty Tiew: This morning Joanne and I sent Carmen to school in Sg Long, it was very jam , traffic moved very slowly , suddenly one of Red T Shirt approached our car and started to hit on our car.

All indication of provocative act target on Chinese. So be careful when driving in KL this two weeks. We observe many Malays now are cladded with Red T shirt roaming around KL and try all they can to start provocative act

[07/09 15:07] Betty Tiew: Msg received from my other group chat:-

Below my fren's son experience. Pls heed advice.

Dear all, be careful when u r driving alone nowadays, some UMNO youngster is targeting Chinese drivers who are driving alone.

They will normally travel in a small group or 3-4 ppl and try to provoke you. I've experienced it myself this very morning, driving on slowly and suddenly a modified Honda Civic with Malay youngster of 3-4 ppl trying to provoke and stop me by the shoulder of highway.

I did not stop and insisting of traveling with normal speed. Drive my way to the nearest mobile police station by sticking to the traffic. Finally I managed to trick them to stop and I sped off by switching lane through heavy traffic and then run away from them. Be very alert now especially at night.

Tell your children to b alert when driving alone.

[07/09 15:11] Betty Tiew: Dear all, just received the above msg fr one of my classmate. Do b careful n avoid provocation.

Ini bukan sikap untuk nak menang, Ismail Kijo!!!!

Posted: 10 Sep 2015 05:34 PM PDT



Kain rentang ini begitu jelas kelihatan di masjid ketika solat jumaat nanti. Tak malukah UMNO Ampang????

Pasti parti lain nak sangat pengundi seramai ini

Kebencian dan keangkuhan Clare Rewcastle-Brown terserlah

Posted: 10 Sep 2015 08:25 AM PDT





Adakah Tony Pua tukang bocor laporan PAC ke WSJ?

Posted: 10 Sep 2015 06:30 AM PDT




Memetik dari RPK SINI

The Wall Street Journal has just published another story regarding 1MDB based on information that came from the PAC. That can only mean someone in the PAC sold that information to Wall Street Journal for a sum of money that has not been determined yet.

Of course, top of the list of suspects is DAP's Tony Pua. No doubt it is still just a suspicion and the police are calling him in again to record his statement. But in Malaysia you are considered guilty until and unless you can prove your innocence. Even the Prime Minister is subjected to this standard of Malaysian justice.

So until and unless Tony Pua can prove that it was not him who sold the confidential PAC information to Wall Street Journal then we have to assume that he is the scoundrel who is using his position in the PAC to make money. That is how the Malaysian justice system works, even for Prime Ministers.

------------------------

Wall Street Journal pun patut disiasat dan dakwa:



Bila Hafarizam nak saman WSJ????

IPIC tak satukan akaun dgn Aabar, tapi WSJ SPIN tuduh 1MDB tak bayar

Posted: 10 Sep 2015 01:30 AM PDT



Unspinner petik dari blog Putera Merdeka...

Syarikat UAE International Petroleum Investment Company (IPIC) dilaporkan tidak menerima bayaran cagaran AS$1.4 bilion yang dijanjikan oleh 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Dana itu dikatakan sebahagian daripada rundingan 2012, iaitu IPIC dijamin AS$3.5 bilion dalam bentuk bon 1MDB, sebagai tukaran kepada pegangan 49 peratus dalam aset tenaga dan bayaran cagaran.

Draf laporan ketua audit negara berkaitan akaun 1MDB dilapor menunjukkan bayaran cagaran dibuat kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS, penyata kewangan yang disatukan IPIC sendiri tidak mempunyai resit pembayaran.

Akhbar kewangan Amerika Syarikat (AS) itu berkata perkara itu disahkan oleh dua sumber berasingan.

Menurut WSJ, jurucakap UAE Ibrahim Al Abed dan dutanya ke Amerika Syarikat enggan mengulas isu bayaran cagaran itu.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO), IPIC dan Aabar setakat ini belum menjawab soalan WSJ.

WSJ juga melaporkan pasukan baru IPIC kini sedang menyiasat tindakan dan hubungan pengurus-pengurus sebelum ini dan 1MDB.

Malaysiakini juga telah menghubungi PMO, 1MDN dan IPIC dan sedang menunggu reaksi mereka.

Ulasan

Hai ... apa punya bebal punya cerita la WSJ dan Mkini.

WSJ sendiri dah sebut 1mdb bayar kepada Aabar, anak syarikat IPIC. Tapi mereka tuduh pula IPIC tak terima atas sebab IPIC tak consolidate account dengsn anak syarikatnya.

Apa punya wartawan la ni ... patutnya WSJ perolehi respons dari IPIC dan Aabar sebelum tulis laporan ini.

Isunya adalah kenapa IPIC tak consolidate bayaran yang dibuat ke anak syarikat. Tapi kenapa pulak salahkan 1MDB?

Bayaran 1mdb sidah ternyata dalam lapoean ketua audit. Nampaknya WSJ yang tak odit laporan sebelum laporkan.

Dah mcm akhbar murah dan sensationalist tentang gossip artis pula pulak????

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUHAKAM TAK NAK SIASAT KAH HASUTAN INI?

Posted: 10 Sep 2015 06:57 AM PDT

MESEJ INI ADALAH MESEJ HASUTAN! 

Jika orang Melayu yang tulis mesej ini, maka berduyun-duyunlah mereka membuat laporan polis. SUHAKAM pun berkejar-kejarlah menyebokkan diri.

Jika Cina DAP menulis mesej seperti di atas, SUHAKAM kata itu hak asasi manusia! 

BUBAR SUHAKAM, Pilih kasih, berat sebelah, lembap, pemalas, makan gaji buta. Kita tak nampak apa-apa pun SUHAKAM ini sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. 

Adakah kamu mendengar apa-apa laporan dari SUHAKAM berkenaan penyelewengan-penyelewengan kemanusian semasa BERSIH 4.0? 

SUHAKAM tidor sebab berketuakan bekas diplomat pencen yang juga tidor! Jika berlaku kepada orang lain SUHAKAM bangun, jika berlaku kepada orang Islam dan orang Melayu SUHAKAM tidor!



Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


EKONOMI MALAYSIA KINI

Posted: 10 Sep 2015 07:40 AM PDT

Ambil artikal  dari  FB Syed Abdullah Syed Hashim

Assalammualaikum. Info dari kawan2.
1. Selepas Malaysia Airlines @ MAS menamatkan perkhidmatan 6000 orang pekerjanya Jun tahun ini, NAZA di Gurun Kedah juga menamatkan perkhidmatan 300 org kakitangan mereka Ogos lepas
2. Kilang CCM di Shah Alam tlh ditutup. 200 pekerja hilang pekerjaan
3. Kilang Ansell dan JVC juga di Shah Alam juga tlh ditutup. 200 dan 300 pekerja juga hilang pekerjaan
4. RHB Bank akan memberhentikan 2000 org pekerja melalui VES @ Voluntary Exit Scheme. Ianya dilakukan selps CIMB Bank membuang 1800 pekerja di Malaysia dan 2200 di Indonesia
5. Maybank telah dan sedang melaksanakan ERS @ Early Retirement Scheme. Tdk dpt dipastikan jumlah pekerja yg bakal ditamatkan perkhidmatan
6. Kuwait Finance House akan menutup seluruh operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. Rundingan sdg dijalankan dgn bank yg akan mengambil alih operasi mrk termsk aset dan liabiliti. Bila berlaku M&A @ Merger & Acquisition atau buy over, sebahagian kakitangan akan ditamatkan perkhidmatan
7. Hari ini ringgit terus jatuh berbanding USD kpd RM4.35. Dijangkakan ringgit akan terus jatuh sehingga akhir thn
8. Kadar inflasi akan terus meningkat, pengangguran akan bertambah, dan kuasa beli akan berkurang khususnya pd thn 2016 kelak.
9. Sektor2 swasta sdg dlm proses mengurangkan kakitangan dan pengambilan kakitangan baru dibekukan
10. Kerajaan akan mengurangkan bajet kpd semua kementerian. PM Najib dah bg isyarat semlm di mana beliau menyeru universiti2 awam mengambil inisiatif mencari dana sendiri dan tdk hanya bergantung kpd bantuan kerajaan
11. Suasana politik dan ekonomi yg tdk stabil menghalang pelabur dr luar negara dr melabur di Malaysia. Kesannya ekonomi tdk berkembang dan peluang pekerjaan gagal diwujudkan
12. Lemahnya nilai ringgit dan meningkatnya inflasi menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport brg2 dari luar negara dgn harga yg lbh mahal dan membayar hutang dgn nilai yg lbh tinggi.
13. Kesannya ialah cukai yg lbh tinggi akan dikenakan kpd para peniaga yg akan mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan
14. Kesan kpd rakyat juga akan lbh buruk di mana selain dari terpaksa membayar dgn lbh mahal utk barangan dan perkhidmatan, subsidi juga akan ditarik seperti yg telah dilakukan terhdp harga petrol dan diesel. Subsidi2 yg lain juga akan ditarik atau dikurangkan. Kuasa beli akan semakin jatuh
15. Walaupun ekonomi tdk memberangsangkan, harga rumah akan semakin meningkat. Bank2 akan mengetatkan syarat pinjaman menyebabkan proses membeli dan memiliki rumah semakin sukar.
Semuanya adalah petanda Malaysia sedang dan akan melalui krisis ekonomi yg teruk dan pihak yg akan terjejas dgn teruk ialah rakyat jelata khususnya yg tiada pendapatan tetap, berpendapatan rendah, dan sederhana. Ditambah dgn krisis politik yang semakin meruncing, masa depan negara khususnya kpd generasi muda dan generasi yg akan dtg dilihat semakin kelam dan suram.


Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen Jumaat : Warkah Untuk Emak

Posted: 10 Sep 2015 08:08 PM PDT

Assalamualaikum Mak.

Zain harap mak berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Mak, jika mak sedang membaca surat ini, ini maknanya Zain sudahpun kembali ke rahmatullah atas sebab-sebab kemalangan. Doakan Zain masuk syurga mak, halalkan makan minum Zain dan ampunkan segala dosa Zain dekat mak.

Mak, orang yang berada depan mak sekarang ini namanya Irman. Zain terjumpa dengan dia masa Zain pegi beli barang burger, brader tu ada bukak booth kat Giant area rumah kita. Mula-mula Zain memang tak percaya apa yang dia jual tu, tapi lama kelamaan, Zain dapat sedar, ini satu peluang untuk Zain tolong mak dengan lebih baik.

Mak, mintak maaf sebab Zain tak "menjadi."

Mak selalu kata macam tu dekat jiran kita dan Zain tau, memang jika dibandingkan dengan abang atau kakak, yang kerja Petronas dan kerja kerajaan, Zain tak menjadi seperti siapa yang mak harapkan. Zain tau Zain terpaksa bukak gerai burger dan jual burger. Zain tau Zain tak dapat nak bagi apa yang mak harapkan, sebab tu mak banyak mintak tolong dengan abang dan kakak.

Mak ingat lagi tak ada satu malam, mak kata dekat Anisa, kalau boleh mak nak pegi lagi sekali Haji? Mak kata mak rindu sangat dengan Mekah? Mak nak tengok Kaabah lagi sekali? Anisa ada cerita dengan Zain pasal tu. Ada Zain simpankan duit sikit hasil jualan burger Zain, tapi dah 3-4 tahun menyimpan pun, tak dapat cukup jugak. Ada saja hal yang mengganggu, Anisa sakit masa mengandung, Anisa keguguran. Mak pun paham sebab mak yang jaga dia lepas dia warded berapa lama tu.

Zain nak hantar mak pegi Mekah lagi sekali, jalan-jalan dapat tengok balik tempat arwah abah dengan mak dulu buat haji sama-sama. Kalau ada peluang, Zain nak pergi sama dengan mak, tapi nampak gaya, maaf Mak, Zain tak dapat ikut sama.

Mak, nanti bila dapat duit pampasan Takaful Zain, mak tolong bawak Anisa pegi haji. Tolong carikkan orang sekali untuk buatkan haji Zain. Kirim salam sama Kaabah.

Zain dah bincang dengan brader ejen Takaful Zain tu dan dia dah letakkan peratusan pampasan yang akan dibahagikan antara mak dengan Anisa, ikut permintaan Zain. Pada Anisa, dah Zain bagitau yang dia akan dapat 25% daripada jumlah keseluruhan dan selebihnya, Zain serahkan pada mak.

Anisa faham. Dia setuju.  Zain dah kata yang mak, mak saya. Dalam hidup Zain, Zain kenal mak lebih lama, duduk dalam mak 9 bulan. Jadi memang Zain kena lebihkan mak.

Zain tak tau, berapa jumlah yang mak akan dapat daripada pihak Takaful, tapi polisi Zain cover RM300 ribu lebih jumlahnya. Oleh sebab Zain meninggal kerana kemalangan, ada jugak pampasan lain yang akan dibayar.

Mak, Zain wasiatkan dekat ejen Takaful Zain tu, supaya gunakan duit pampasan Zain tu untuk buatkan satu polisi Takaful untuk mak, jadi dia akan tolong kirakan berapa harga polisi mak sampai umur 80 tahun dan kemudian, mak bayarkanlah kepada dia. Ini satu Zain minta mak buat. Kalau mak sakit, mak boleh masuk hospital pakar yang dekat dengan rumah kita tu. Hospital tu panel Takaful tu mak.

Maaf Mak kalau surat ni panjang sangat. Zain cakap aje ni dan kemudian Zain minta tolong Brader Irman tu karangkan surat ni elok-elok. Dia penulis mak. Zain pun tak sangka! Mak simpan nombor brader tu mak, 018-3611628. Nama penuh dia Irmanyadi Idris. Dia akan jaga mak kalau ada berlaku apa-apa kecemasan. Mak kena masuk hospital aje call dia terus. Pesan dengan Anisa jugak kalau Anisa masih lagi tinggal dengan mak.

Zain mintak maaf banyak-banyak kalau banyak susahkan mak. Lepas kahwin masih kena duduk dengan mak. Hidup dengan jual burger tepi jalan. Makan mak tanggung. Mintak ampun mintak halalkan makan minum Zain dan mintak ampunkan semua dosa Zain ye Mak?

Kirim salam dengan Kaabah.
Terima kasih sebab jadikan Zain manusia. Assalamualaikum.

Salam sayang,
Zain bin Ahmad
11 September 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RAZMAN NAK SELESAI KES LUAR MAHKAMAH? BENAR ATAU TIDAK SURAT INI?

Posted: 10 Sep 2015 03:43 AM PDT

http://wrlr.blogspot.my/2015/09/ambik-kaufitnah-bawa-ke-mahkamah.htmlhttps://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtp1/v/t1.0-9/12003294_940845842627953_8959809365400504458_n.jpg?oh=8961f495f3b7c68a5f1c454a37661456&oe=56A635BC

Surat Husam Musa kepada MB Kelantan – Husam Musa...TOLONG JAWAB.JANGAN BUAT BODO

Posted: 10 Sep 2015 01:26 AM PDT

 

Surat Husam Musa kepada MB Kelantan – Husam Musa

Pagi ini saya membaca berita mengenai Kedudukan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) diperintahkan membayar sebanyak RM 2.3 juta kepada Encik Tien Chuan Sen.
Ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan KPK terhadap dua keputusan asal Mahkamah Tinggi Kota Bharu ke atas tuntutan yang dibuat Encik Tien sejak 2013.
Ia menggerakkan saya untuk bertanya lebih lanjut beberapa isu mengenai KPK supaya saya selaku ADUN dan rakyat Kelantan keseluruhannya mengetahui kedudukan sebenar KPK sekarang.


A. Penyerahan Konsesi Tebangan KPK
 
Saya difahamkan kawasan konsensi KPK dengan kuota tebangan sebanyak 2,000 ekar setahun diserahkan kepada sebuah syarikat iaitu Souncern Timber Sdn Bhd.
Saya difahamkan  Souncern Timber dikehendaki membayar pulangan kepada KPK hanya sebanyak RM 1,700 seekar. Ini bermakna, untuk kawasan konsensi seluas 2,000 ekar, KPK hanya akan mendapat RM 3.4 juta!
Ditambah sedikit dengan hasil sewaan kilang KPK kepada Souncern sebanyak RM 30,000 sebulan atau RM 360,000 setahun sahaja!
Pertanyaan saya ialah:
i. Adakah pemilihan syarikat kontrak tebangan konsensi penuh KPK ini dibuat secara tender terbuka atau tidak?
Jika tidak, apa kriteria yang digunakan untuk memilih syarikat ini?
ii. Kenapakah bayaran yang diterima KPK hanya RM 1,700 seekar?
Adakah konsensi yang diberikan termasuk hutan dara?
Semakan saya  di pasaran menunjukkan, bagi kawasan KPK yang dikira prime dengan sebahagian mengandungi kayu prime seperti meranti merah, ia boleh mencapai sebanyak RM 4,000 hingga RM 5,000 seekar atau lebih. Lebih-lebih lagi bila kawasan yang luas seperti itu diberikan.
iii. Adakah penilaian dibuat terhadap kawasan konsensi yang diserahkan kepada Souncern?
Berapa nilaian itu?

Siapa melaksanakan nilaian tersebut?

Jika nilaian tidak dibuat, mengapa?

iv. Memandangkan kedua-dua anak syarikat Souncern Timber Sdn Bhd yang berurusan dengan KPK dari segi tebangan, pengilangan dan penanaman ladang atas tanah KPK iaitu KPK Sk Timber Sdn. Bhd. dan KPK Sk Plantations Sdn. Bhd. dimiliki 70% Souncern, siapakah pemilik  30% lagi saham bagi kedua syarikat tersebut?

Apa tujuan Souncern menubuhkan anak syarikat dengan kaitan nama KPK ini?

v. Memandangkan Souncern ada menubuhkan syarikat perladangan atas nama KPK Sk Plantations Sdn. Bhd.,adakah Souncern juga akan diberikan konsensi membuka ladang atas tanah-tanah KPK?

Jika ya, berapa keluasannya? Apakah terma-termanya?

Adakah ini juga bermakna Souncern akan diberikan hak untruk menebang habis mana-mana kawasan yang diberikan kepadanya? Jika benar, tentulah bayaran hanya sebanyak RM 1,700 seekar akan menjadi teramat rendah berbanding jumlah balak yang dikeluarkan melalui tebangan habis.
Pohon penjelasan.

B. 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Rakyat Kelantan

Seingat saya, kerajaan memutuskan untuk KPK mendedikasikan kawasan konsensinya seluas 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Mampu Milik Rakyat Kelantan sekitar tahun 2012.

Kerajaan mengarahkan pengurusan KPK melaksanakan tender terbuka di mana dianggarkan harga tawaran antara RM 3,000 hingga RM 5,000 seekar. Dengan itu, KPK boleh mengutip anggaran antara RM 60 juta hingga RM 100 juta.

RM 50 juta adalah dikhususkan kepada Dana Perumahan berkenaan.

Saya difahamkan, hingga kini, sumbangan KPK dari kawasan berkenaan untuk Dana Perumahan adalah kosong sedangkan kelulusan kawasan berkenaan bertukar tangan dan segala macam didengar mengenai bagaimana ia diuruskan.

Melalui surat ini, saya mohon satu penjelasan terperinci apa yang terjadi kepada kawasan berkenaan.
Saya juga ingin tahu, selepas hasrat kerajaan gagal sepenuhnya bagi kawasan berkenaan, adakah pemeriksaan odit forensik dilakukan untuk mengesan kesilapan atau salah guna mungkin berlaku?

Apa hasil semakan odit itu?

Apa firma odit yang melakukannya?

Jika belum dibuat, adakah kerajaan bercadang berbuat demikian?

Jika odit forensik akan dilakukan, saya mencadangkan beberapa projek KPK yang terbengkalai dan membazir turut sama diperiksa. Seperti Bandar Baru Dabong yang terbengkalai dan berbagai perbelanjaan/pelaburan hangus KPK ke atasnya, pembinaan galeri pameran di Stong yang tidak digunakan dan pembinaan pejabat baru di Stong yang berakhir dengan VSS hampir semua staf kini dan lain-lain.
Pemeriksaan odit ini adalah penting untuk membersihkan nama baik Kerajaan dan kegunaan YAB untuk menapis mana-mana elemen yang merosakkan aset-aset Kerajaan negeri bagi mengelakkan kerosakan yang lebih banyak.

C. Saya difahamkan, ada satu lagi kes saman yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi sekarang dengan tuntutan RM 7 juta.

Saya berharap, Lembaga KPK dan Lembaga PKINK tidak memandang remeh tuntutan seperti ini. Jalan penyelesaian yang sebaiknya harus difikirkan supaya ianya tidak merugikan Kerajaan.

Saya difahamkan, baik kes yang sedang berjalan mahu pun kes di mana KPK sudah kalah, semuanya adalah kes yang mudah dan lurus berkait jual beli pembalakan yang biasa.

Saya tidak faham mengapa KPK tidak boleh menguruskan dengan sebaiknya.

Jiika KPK tewas sekali lagi dan diperentahkan membayar RM 7 juta, pendapatan dua tahun KPK dengan menyerahkan konsensi kepada Souncern tidak cukup untuk membuat pembayaran itu!

D. KPK satu masa dulu adalah syarikat flagship kepada PKINK dan juga Kerajaan Negeri.

Dengan kawasan konsensi yang begitu luas, bernilai dan strategik, ia berakhir dengan menjadi kucing yang keletihan.

Kenapa ini boleh terjadi?

Saya difahamkan dengan perkembangan  terbaru ini, semua kakitangan KPK kecuali kurang dari sepuluh orang, diberikan pemberhentian pilihan. Pemberhentian kerja pilihan ini akan menambahkan rakyat tanpa pekerjaan di negeri kita.

E. Saya yakin YAB berpegang kepada prinsip akauntabiliti sebagai satu dari teras UMI di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Tentulah tidak keberatan untuk YAB menjelaskan beberapa persoalan yang saya bangkitkan ini.
Mengambil kesempatan ini juga, suka saya sebutkan dua surat saya masing-masing kepada YB Datuk Haji Hanipa Ahmad (surat kedua) dan Tuan Pengarah Jabatan Perhutan Negeri   sejak pertengahan Ogos lalu mengenai isu tebangan haram di Ulu Sat masih belum berjawab.

Surat itu disalinkan juga sebelum ini kepada YAB.

Saya pohon YAB ingatkan mereka untuk bersikap telus dan bertanggung jawab dengan menjawab surat saya.

Perhatian YAB terhadap surat saya ini sangat saya hargai.

Saya menunggu jawapan balas dari YAB.

Sekian. Terima kasih. – 9 September, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sidang media mengalu-alukan kemasukan Dato' Kamaruddin Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam KEADILAN

Posted: 10 Sep 2015 08:57 PM PDT

Negara hari ini sedang mengalami krisis yang parah dan defisit keyakinan. Kesannya, ekonomi semakin gawat dengan nilai ringgit terus menjunam tanpa tanda-tanda dapat dipulihkan dalam waktu terdekat. Dalam masa sama, rasuah terus berleluasa dan kewibawaan institusi-institusi negara terus terhakis.

Malaysia tidak akan dapat diselamatkan melainkan melalui proses reformasi menyeluruh. Sebagai sebuah parti politik reformasi yang bertanggungjawab, kami mahu menggembleng kekuatan untuk menjadikan reformasi sebagai satu kenyataan bagi rakyat Malaysia.

Untuk melaksanakan reformasi tersebut tentunya memerlukan kekuatan politik. Justeru itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan terus meningkatkan kekuatan dengan penyertaan generasi muda dan juga golongan veteran yang komited dengan cita-cita perubahan.

Sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam pilihanraya umum lalu, KEADILAN meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia.

Untuk itu, pada hari ini kita mengalu-alukan dan berbesar hati dengan penyertaan YB Dato' Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Tumpat dan YBhg Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar Parti Keadilan Rakyat.

YB Dato' Kamaruddin Jaffar akan memperkukuh dan memberdaya Pejabat Ketua Umum KEADILAN. Beliau juga akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Sebelum menceburkan diri dalam politik, YB Dato' Kamaruddin pernah menjadi Setiausaha Agung ABIM. Justeru itu, beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan NGO Islam untuk membawa perubahan dalam negara dan jaringan bersama negara-negara Islam dan serantau.

Tan Sri Muhammad Taib adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Sepertimana yang umum maklum, beliau adalah mantan Menteri Besar Selangor ke-11 dan pernah menyandang jawatan Naib Presiden UMNO.

Read More / Baca Lagi >>

ALTANTUYA KILLER SIRUL 'BLACKMAILED' NAJIB: 'I WANT 15 MILLION & I WON'T RETURN TO M'SIA EVER'

Posted: 10 Sep 2015 08:50 PM PDT




ALTANTUYA KILLER SIRUL 'BLACKMAILED' NAJIB: 'I WANT 15 MILLION & I WON'T RETURN TO M'SIA EVER'
KUALA LUMPUR - In a move that all but confirms his guilt, as far as the world and his own citizens are concerned, Prime Minister Najib Razak deported a journalist for making a documentary on the shocking murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
"It's the worst thing Najib could have done. It suggest panic and irrationality and has again put Malaysia in the global spotlight for the wrong reasons," Opposition Member of Parliament Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Indeed the video aired on Al-Jazeera must have shocked Najib and his wife Rosmah Mansor, who have been accused of involvement in the 2006 murder.
The gripping report by veteran Australian reporter Mary Ann Jolly showed that Najib was being blackmailed for 'millions of dollars' by Sirul Azhar Umar, one of the two bodyguards convicted of killing Altantuya.
"I want 15 million and I won't return to Malaysia ever. I won't bring down the PM," a text message on Sirul's mobile showed.
Najib's office has rushed to denounce the video, claiming "the allegations are entirely false smears motivated by political gain".
Putrajaya also repeated the standard Najib response, that he ever knew, met or communicated with Altantuya Shaariibuu
"The prime minister did not know, has never met, has never had any communication with and has no link whatsoever with the deceased," said the statement.
"The two convicted individuals were not the prime minister's personal guards. This allegation is intentionally misleading, and has been used to perpetuate baseless conspiracy theories."
Sirul and his superior Chief Inspector Azilah Hadri were accused and found guilty of shooting Altantuya in a jungle clearing. They are believed to have bombed her body in a bid to prevent identification. - Malaysia Chronicle
HOW SIRUL BLACKMAILED NAJIB! - World Media Spotlight Now Moves To Altantuya Case
Shocking new evidence has emerged over Malaysia's most notorious murder case, with the airing of an explosive documentary about the death of Mongolian model Altantuya Shaariibuu on the world news channel Al Jazeera's 101 East programme today.

The gripping and closely documented report by the veteran Australian reporter Mary Ann Jolly shows that text messages on the mobile phone of Sirul Azhar Umar, obtained by Al Jazeera, proved the convicted bodyguard was blackmailing Prime Minister Najib Razak for millions of dollars to stay in Australia and say nothing about the case just before he was re-arrested.

Tellingly, the response from Najib's intermediary with Sirul, Abdul Salam bin Ahmed, was that the matter was "being discussed".  Salem has regularly visited Sirul, who is being held at the Villawood detention centre in Sydney and is believed to be involved in funding his legal team in Australia.

"I want 15 million and I won't return to Malaysia ever. I won't bring down the PM"

"I want 15 million and I won't return to Malaysia ever. I won't bring down the PM"

Another shocking new allegation brought forward by the programme is that Sirul confided to an Australian relative that the person who had shot Altantuya was none other than the former boyfriend, whom she had been trying to blackmail, Razak Baginda.

Salam's response was "they want to discuss"
 Salam's response was "they want to discuss"

Baginda, who was Najib's personal negotiator for the Scorpene Submarine deal with France was never put on trial or questioned as a witness for the murder, despite having contacted Najib's bodyguards to help him deal with the harassment from his former lover.

According to Sirul, his relative said, there were three at the murder scene. Baginda had shot Altantuya, but the two body had been tasked to then destroy the body with explosives.

Baginda blamed "rogue cops" but Sirul says it was he who pulled the trigger Baginda blamed "rogue cops" but Sirul says it was he who pulled the trigger
Read More / Baca Lagi >>

Pejabat PM nafi sebarang kaitan Najib-Altantuya

Posted: 10 Sep 2015 08:47 PM PDT

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak kenal, tidak pernah berjumpa, tidak sekali pun pernah berhubung dan tiada sebarang kaitan walau apa pun dengan mendiang."
 Begitu reaksi daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung laporan sensasi Al Jazeera berkaitan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang disiarkan hari ini.
"Dua individu yang disabitkan bersalah bukan pengawal peribadi perdana menteri. Dakwaan ini tidak benar dan digunakan untuk mendukung teori konspirasi yang tidak berasas.
"Mereka anggota sebuah unit Polis Diraja Malaysia yang memastikan keselamatan secara bergilir-gilir kepada pegawai kerajaan dan orang kenamaan yang datang melawat.
"Perdana menteri tidak tahu berhubung tindakan individu itu sehinggalah mereka ditangkap," menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman web Al Jazeera.
Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan Altantuya didakwa telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.
Ini didedahkan dalam program mingguan "Al Jazeera 101 East", dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.
Ketika menjalankan siasatannya, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .
Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.
Program itu disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.

Pemimpin kanan PAS sertai PKR hari ini

Posted: 10 Sep 2015 08:23 PM PDT

Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar dijangka membuat pengumuman meninggalkan PAS dan menyertai PKR hari ini. – Gambar Facebook, 11 September, 2015. 
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar dijangka akan meninggalkan PAS dan menyertai PKR. Bekas setiausaha agung PAS itu dijangka membuat pengumuman itu pada satu sidang media hari ini. Turut serta dijangka menyertai PKR ialah bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Hong Kong siasat deposit didakwa dikaitkan dengan Najib

Posted: 10 Sep 2015 08:21 PM PDT

 Penyiasat Hong Kong turut membuka siasatan terhadap siri deposit yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Siasatan terbaru itu dimulakan di tengah-tengah pendedahan bahawa RM2.6 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib yang mencetuskan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Financial Times, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.
Ini, katanya, adalah berkaitan dengan deposit bank lebih daripada AS$250 juta yang didakwa dibuat di sebuah cawangan Credit Suisse di sana.
Siasatan bermula selepas bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan (gambar) membuat laporan polis di Hong Kong pada 30 Ogos.
Dalam laporan polis, Khairuddin telah menamakan empat syarikat yang didakwanya dimiliki oleh jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low dan keluarganya.
Dalam laporan polis it
u, Khairuddin turut meminta polis Hong Kong menyiasat kemungkinan transaksi antara 1MDB dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low (foto).
Tidak jelas sama ada dana yang didakwa itu ada kaitan dengan RM2.6 bilion deposit dalam akaun bank peribadi Najib.
SPRM berkata wang itu tiada kaitan dengan 1MDB tetapi berkata ia merancang untuk memanggil Najib bagi menjelaskan tentang deposit tersebut.
Najib telah menafikan mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi manakala penyokongnya mendakwa wang itu adalah sumbangan politik.
Switzerland dan Singapura juga menjalankan siasatan terhadap 1MDB yang kini bergelut untuk membayar balik hutang AS$11 bilion.

Najib tak pernah kenal Altantuya, tegas Putrajaya sekali lagi kepada Al Jazeera

Posted: 10 Sep 2015 08:00 PM PDT

Pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Al Jazeera, 11 September, 2015. 
Pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah kenal, bertemu atau berkomunikasi dengan Altantuya Shaariibuu, kata Putrajaya dalam responsnya kepada sebuah dokumentari baru diterbitkan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu pada 2006.
"Perdana menteri tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dan tiada kaitan sama sekali dengan si mati.
"Kedua-dua individu yang disabitkan bukan pengawal peribadi perdana menteri. Tuduhan itu sengaja bertujuan mengelirukan dan digunakan untuk mengekalkan teori konspirasi yang tidak berasas," kata seorang jurucakap kerajaan, merujuk kepada bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Putrajaya berkata, sepanjang proses penyiasatan polis dalam kes pembunuhan itu serta perbicaraan mahkamah yang panjang, tiada bukti Najib melakukan sebarang kesalahan. Ia berkata, ini kerana "keseluruhan dakwaan itu satu perbuatan memburuk-burukkan yang palsu, didorong keuntungan politik".
"Musuh-musuh politik dan sekutu media mereka cuba menyerang perdana menteri dalam isu ini selama bertahun-tahun."
Kerajaan berkata, Altantuya tidak pernah terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene berharga berbilion ringgit oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pembelian itu menjadi perhatian beberapa tahun lalu kerana didakwa melibatkan bayaran komisyen €114 juta (RM500 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd, anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana isteri pembantu Najib, Abdul Razak Baginda, adalah pemegang saham utamanya.
Razak, kekasih Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu.
"Pembelian ini dirundingkan secara langsung antara kerajaan Malaysia dan Perancis. Perimekar 40% dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT), sebuah badan berkanun kerajaan yang dihormati," kata jurucakap kerajaan itu.
"Perimekar dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk mengendalikan semua logistik, latihan dan penyelarasan bagi pihak TLDM."

Wartawan Al Jazeera didakwa diusir berhubung kisah pembunuhan Altantuya

Posted: 10 Sep 2015 07:57 PM PDT


Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, didakwa telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.
Ini didedahkan dalam program mingguan Al Jazeera 101 East, dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.
Dalam menjalankan siasatannya itu, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .
Jolley ditunjukkan berkata dalam dokumentari itu, "Saya diusir pulang dari Malaysia. Saya sedang diiringi oleh kira-kira 5 ejen kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera, jadi saya sedang menaiki penerbangan saya ke Sydney."
Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya untuk mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.
Program itu telah disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.

ALTANTUYA, NAJADI MURDERS HAUNT MISSING KEVIN: The culprits don't want my brother to be found - Richard Morais

Posted: 10 Sep 2015 07:46 PM PDT


ALTANTUYA, NAJADI MURDERS HAUNT MISSING KEVIN: The culprits don't want my brother to be found - Richard Morais
KUALA LUMPUR - The mysterious disappearance of law officer DPP Kevin Morais is fast drawing comparison with the horrific murders of Mongolian model Altantuya Shaariibuu, whose body was bombed with military C4 explosives to stymie identification, and bank founder Hussain Najadi who was shot in broad daylight in one of the boldest and most desperate slayings in recent history.
The Altantuya case was sensational, not only because her 2 killers were the former bodyguards to Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor, but also because one the killers - Sirul Azhar - has insisted they had been 'ordered' to kill the Mongolian woman, who had been 'blackmailing' Najib's associate Razak Baginda allegedly over the corruption-tainted purchase of the government's Scorpene submarines.
Till now, the police have not discovered or chased after who might have been the masterminds behind the 2006 killing. Amid widespread and still prevailing suspicion, Najib has repeatedly denied being involved in Altantuya's murder.
In the Kevin case, the police have just a day ago said they believed he was kidnapped.
They have classified his disappearance as an 'abduction case' although reports that shots had been been heard were reported in the media.
Another political murder? Why would the culprits do such a thing unless they didn't want Kevin found
Kevin's brother is bracing for the worst.
Speaking to the press, Richard Morais - who is also a lawyer - asked why should the perpetrators bother to burn the car suspected to be driven by his brother and file off the chassis and engine numbers to obstruct identification
"There was shooting involved and this has been reported in the news but the disappearance of my brother is very strange," Richard was reported as saying by the Malay language mstar news portal.
"Why were people willing to the trouble to remove the chassis and engine numbers."

Former PM Mahathir Mohamad has expressed doubts about the Altantuya (inset) murder and has asked Najib to order the investigation to be re-opened, which Najib has refused
Till now, the police have yet to confirm if the burnt Proton Perdana belonged to Kevin.
According to Richard, until today he had not received any information from the police about his brother's disappearance.
The Ambank link?
There is another 'link' to Kevin's disappearance that has political overtones. Kevin, who was seconded to work in the Malaysian Anti-Corruption Commission, is believed to have been attacked over one of his cases.
The Attorney-General Apandi Ali has denied Kevin was part of a high-level probe into the massive RM42 bil 1MDB debacle, in which Najib himself has been accused of corruption.
Apandi was recently appointed to the AG's post by Najib, after the PM controversially sacked previous AG, Gani Patail, who allegedly had drafted an 'arrest warrant' to take in Najib over the 1MDB embezzlement scandal.
The son of the slain founder of the Ambank group, where Najib had two personal accounts and in which RM2.6 bil was recently discovered, has claimed a link between Kevin's disappearance and his father's murder.
The police have not dismissed the possibility, saying they would investigate the claim by Pascal Najadi.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: If you love Umno reject Najib now

Posted: 10 Sep 2015 07:44 PM PDT

The former Prime Minister delves into voting figures and issues to explain why Prime Minister Najib Abdul Razak cannot lead the ruling coalition to victory in GE14.
mahahthir-najibKUALA LUMPUR: Former Prime Minister Mahathir Mohamad warned in his latest blog posting that Umno/Barisan Nasional (BN) will not win the next General Election, the 14th in 2018, if led by Prime Minister Najib Abdul Razak.
Mahathir cautioned that Najib was misleading Umno members by urging them to support him in order to win GE14. "Umno members supporting Najib will ensure defeat in GE14 for Umno/BN."
The fact of the matter, said Mahathir, is that Umno/BN used to win previous General Elections because of support from Malays who were not Umno members and support from Indians and Chinese."
"Now, all these people no longer support Umno and BN."
Delving into the figures, Mahathir pointed out that Malays in Umno generally don't form more than 50 per cent of the registered voters in any constituency. "Umno never won because of support from members alone."
In the GE14, all of them — Malays, Chinese and Indians — will reject BN because of Najib's leadership, predicts Mahathir. "Umno will be destroyed because many party members themselves cannot accept Najib and his actions. Many of them will vote the Opposition or will not vote at all."
On the other hand, if Najib was no longer the President of Umno and does not lead BN, there was a better likelihood that the ruling coalition will win. "People's hatred would not be focused on Umno or BN alone if Najib was no longer around. Now, they do not accept Najib and their anger was towards him and some Umno leaders and others who want to curry favour for appointments."
Umno members who love and wish the party well and want to see it retained and in power must reject Najib long before the election, advised Mahathir. "If this rejection comes too late, the time to rehabilitate Umno will not be sufficient."
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa mahu pendidikan percuma dalam bajet 2016

Posted: 10 Sep 2015 06:52 PM PDT

Mahasiswa mencadangkan kepada kerajaan untuk memasukkan pelan pendidikan percuma dalam pembentangan bajet di Parlimen 23 Oktober ini.
Malaysiakini berjumpa dengan beberapa mahasiswa di pusat pengajian awam serta swasta, dan rata-rata mereka mengadu masalah yang sama iaitu bebanan yuran pengajian yang tinggi dan mahukan pendidikan percuma.
Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Atifah Muhammad berpendapat pendidikan percuma wajar diberikan kepada mahasiswa bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi.
Ia kerana terpaksa membelanjakan hampir RM1,500 satu semester bagi membayar yuran pengajian dan juga kolej kediaman.
Bagaimanapun sekiranya kerajaan tidak boleh berbuat demikian, mereka haruslah diberi baucar sebanyak RM500 khusus untuk membayar yuran pengajian bagi meringankan beban mahasiswa.
"Mahu pendidikan percuma atau kalau tidak boleh, saya cadangkan kepada kerajaan bagi baucar yuran sebanyak RM500. Semua pelajar dapat jimatkan duit kalau dapat baucar untuk bayar yuran,"kata mahasiswa tahun akhir itu kepada Malaysiakini.
Manakala mahasiswa Fakulti Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Nithiya Devi Keresnan Murty berpendapat selain memberikan pendidikan percuma, kerajaan diharap dapat memberikan dana tambahan bagi membayar yuran pengajian.
Malah beliau mahu baucer buku satu Malaysia digantikan dengan wang tunai kerana menurutnya buku rujukan boleh dipinjam dari perpustakaan.
"Kos pendidikan tahun ini tinggi daripada tahun lepas, kurangkan yuran pengajian. Kita mahu baucar buku digantikan dengan wang tunai," kata mahasiswa berusia 21 tahun itu.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Muhyiddin perlu waspada

Posted: 10 Sep 2015 06:51 PM PDT


Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Tan Sri Muhyiddin Yassin harus berjaga-jaga dalam membuat kenyataan atau ucapan terbuka bagi mengelak daripada dikenakan tindakan oleh Umno.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Timbalan Presiden Umno itu perlu bergerak seiring dengan dasar parti dan menunjukkan komitmen kepada parti sebagaimana jaminan yang diberikannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kelmarin.

"Muhyiddin telah beri jaminan bahawa beliau tidak akan menjejaskan parti sekali gus menguatkan Umno bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Jadi, beliau perlu bergerak bersama dan menunjukkan komitmen kepada parti," katanya.

Samsu Adabi juga yakin, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedar mengenai kekuatan yang ada pada timbalannya itu, juga pengaruhnya dalam kalangan ahli parti.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tiadanya tindakan memecat ahli Umno termasuk Muhyiddin sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum mesyuarat itu, beliau berkata, "sekarang bukan masa yang sesuai untuk parti politik seperti Umno mengambil tindakan seperti itu."

"Saya yakin tidak akan ada tindakan pecat ahli akan dibuat Umno dalam masa sekarang. Sekarang adalah masa untuk Umno mengelak perpecahan dalam parti," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Siapa yang uruskan negara, jika semua sibuk pertahan " Sekor Bangsat" ?

Posted: 10 Sep 2015 06:50 PM PDT

oleh Edgar Ong

Adakah anda perasan sesuatu yang aneh berlaku di negara kita yang tercinta ini baru-baru ini? Selain Sarawak, setiap berita utama atau hal yang dianggap mempunyai nilai berita mutakhir ini daripada perdana menteri, Kabinetnya atau pemimpin tertinggi Umno adalah sama ada mempertahankan status perdana menteri atau kenyataan-kenyataan bodoh tentang memastikan beliau terus berkuasa.

Jadi bagaimana anda merasakan mereka mempunyai masa untuk menguruskan negara ini, melakukan apa yang perlu untuk membangunkan Malaysia serta menunaikan tanggungjawab berat sebagai menteri, ahli parlimen, atau apa sahaja jawatan yang dipegang mereka? Ia memerlukan masa, usaha dan tenaga yang banyak.

Tentulah, daripada apa yang kita perhatikan setakat ini daripada kebanyakan kenyataan mereka, penyelidikan, pemikiran dan perbincangan tidak diperlukan untuk itu.

Kebanyakan kenyataan ini biasanya kedengan bodoh, tidak munasabah dan ada yang mencapai tahap bodoh. Ia membuatkan kita merasa mual.

Nampaknya hal yang dianggap mempunyai nilai berita pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

Sokongan dan pujian tanpa selindung kepada Najib untuk menangkis semua kenyataan dan kritikan yang dihala kepadanya daripada pelbagai pihak, dalam dan luar negara.

 Najib sendiri mengingatkan seluruh rakyat Malaysia (serta orang luar) bahawa beliau adalah perdana menteri sah yang mendapat undi majoriti pengundi di Malaysia (beliau silap kerana BN hanya mendapat 47 peratus undi).

Penyokong-penyokong tegar – mungkin pernah menerima faebah daripadanya sebelum ini – yang mencabar sesiapa sahaja dan sanggup menempuh apa sahaja demi Najib, tanpa mengira apa yang telah beliau lakukan.

Juga menjolok mata adalah kebanyakan penyokong yang lantang dan menonjol ini juga menunjukkan sokongan yang sama kepada Dr Mahathir Mohamad ketika beliau masih menjadi perdana menteri.

 Namun ada beberapa nama yang terkecuali, seperti Rafidah Aziz yang sudah bertukar pihak akhir-akhir ini.

Politiking kini sudah mengambil alih koridor kuasa kerana ini adalah perlawanan untuk survival seluruh regim, dengan laungan yang berbunyi, "Siapa peduli tentang negara, ia boleh bergerak sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Isu sumpah cerai taklik

Posted: 10 Sep 2015 06:43 PM PDT

Ahmad Awang


Kewujudan baiah sumpah taklik cerai talak 3 bagi calon-calon PAS dalam pilihan raya umum yang lalu adalah sesuatu yang misteri.
Pimpinan PAS pusat berkali-kali menafikan wujudnya baiah tersebut sejak 2009 lagi.
Terbaru 3 hari yang lalu Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS Datuk Nik Zawawi Salleh menegaskan mereka tidak pernah meluluskan baiah sumpah taklik cerai talak 3 itu.

Ini bererti PAS Kelantan tidak mematuhi keputusan MSU sekiranya benar baiah tersebut di kenakan ke atas wakil-wakil rakyat PAS di negeri tersebut. Ini bermakna baiah sumpah tidak diperakui oleh ulama PAS sendiri, dan dengan sendirinya tindakan PAS Kelantan itu adalah bukti tidak walanya mereka kepada kepimpinan ulama.
Maka tidaklah sepatutnya isu tersebut dibangkitkan oleh pimpinan PAS Kelantan khasnya apatah lagi pimpinan PAS Pusat amnya.
Kesungguhan sesetengah pemimpin PAS yang begitu ghairah mahu meruntuhkan rumah tangga di kalangan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah) menimbulkan kehairanan besar di kalangan masyarakat umum.
Seolah-olah mahu dipisahkan semua wakil-wakil rakyat ini dengan pasangan masing-masing tanpa sedikit pun ingin melihat hujah dan pandangan fuqaha' yang memberi jalan keluar kepada persoalan hukum yang kini menjadi polemik di dada-dada media.
Tidaklah dinafikan adanya pendapat-pendapat fuqaha' yang menghukumkan jatuh talak dengan sumpah taklik oleh suami terhadap isterinya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan sifat taklik dalam baiah politik seperti dilakukan PAS.
Lebih menyedihkan apabila mereka yang bersungguh-sungguh ini seakan-akan mahu membalas dendam dan "gembira" melihat rumah tangga sahabat yang dahulunya berjuang dalam PAS, runtuh dan musnah.
Seakan-akan tiada ruang untuk hujah menyelamatkan rumahtangga ini dikedepankan. Islam diwajahkan dengan pandangan yang cukup jelek seolah-olah politik kepartian Islam ini kerjanya mencerai-berai rumah tangga orang semata-mata dengan cuba menjadikan perjuangan politik Islam sebagai alasan untuk menjustifikasikannya.
Instituisi keluarga
Insituisi keluarga merupakan entiti penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara, bahkan terhormat dan mulia kedudukannya di sisi Islam.
Melindungi keluarga termasuk dalam kategori melindungi kehormatan dan zuriat keturunan yang merupakan salah satu daripada maqasid syariah yang 5 perkara.
Jelas keutuhan integriti keluarga merupakan sesuatu yang dilindungi dalam syariat Islam. Walaupun perceraian antara suami isteri dibolehkan dalam Islam tapi itu adalah perkara yang hanya wajar dilakukan dalam suasana yang amat mendesak dan tidak ada jalan keluar yang lain untuk mengatasi masaalah rumah tangga.
Bahkan dalam masalah perbuatan ilaa' atau bersumpah tidak menyetubuhi isteri dalam tempoh lebih 4 bulan pun jelas kesukaan Allah terhadap pernikahan berbanding penceraian.
Allah SWT berfirman (Al-Baqarah, 226-227) yang bermaksud: ".. kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Dan pada waktu mereka berniat memilih talak (pencerian), maka Allah berfirman: "Dan jika mereka berazam (untuk) talak, maka sesunngguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin menyebut dalam "Durus wa Fatawa Haramul Makki": Ini menunjukkan  Allah tidak suka terhadap orang yang memilih jalan talak daripada kembali menyambung tali pernikahan.
Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap orang yang menjatuhkan talak 3 sekali gus adalah mempermain-mainkan kitab Allah.
"An-Nasai meriwayatkan dari Mahmud Bin Labid:  ada seorang memberitahu kepada Rasulullah  ada orang yang menceraikan isterinya dengan talak 3 sekaligus. Baginda bangkit dengan berang seraya berkata : Apakah ada yang berani mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih hidup di kalangan kamu? Kemudian seorang bangun dan berkata di hadapan Rasulullah: Biar aku bunuh dia wahai Rasulullah?"
Walaupun akhirnya sahabat itu tidak dibenarkan meneruskan hasratnya untuk membunuh pihak yang menjatuhkan talak, peristiwa ini menunjukkan  soal hubungan suami isteri dan keluarga sesuatu yang tidak wajar dihubungkaitkan dengan sebarang kepentingan politik kepartian demi menjaga keutuhan dan nama baik keluarga itu sendiri.
Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 89:
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN ambil langkah drastik terhadap 600,000 peminjam tak bayar hutang

Posted: 10 Sep 2015 06:36 PM PDT

oleh V Shuman
Adakah anda seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal menulaskan hutang?
Jika ya, anda salah seorang daripada 600,000 yang telah dimasukkan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen dan tidak boleh meninggalkan negara ini selagi anda tidak mengusahakan pembayarannya dengan PTPTN.
Perkara ini dilaporkan Berita Harian baru-baru ini.
"Daripada jumlah itu, 500,000 tidak membuat sebarang pembayaran selama lebih setahun. Manakala 100,000 lagi antara enam bulan dan setahun.
"Jumlah hutang mereka ini berjumlah RM4.8 bilion," kata laporan itu.
Mereka yang disenarahitam tidak akan dibenarkan memperbaharui pasport (jika ia sudah tamat tempoh). Hanya ada beberapa cara sahaja untuk menamatkan larangan itu.
Individu yang ingin berbuat demikian perlu ke pejabat PTPTN dan membincangkan terma pembayaran – sama ada dengan menjelaskan hutang secara penuh, membayar jumlah yang tertunggak, atau bersetuju dengan skim potongan bulanan.
"Penghutang yang ingin ke luar negara dinasihatkan memeriksa dahulu status mereka.
"Mereka yang dilarang perlu menghubungi pejabat PTPTN terdekat sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum terikh perjalanan," kata PTPTN dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Parti Pekerja cetak 85,000 borang, sambutan luar dugaan, kata setiausaha agung

Posted: 10 Sep 2015 06:34 PM PDT

Sambutan luar biasa diterima terhadap penubuhan Parti Pekerja Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli profesional dan agamawan dari seluruh negara. – Gambar Facebook, 11 September, 2015. 
Sambutan luar biasa diterima terhadap penubuhan Parti Pekerja Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli profesional dan agamawan dari seluruh negara.

Parti Pekerja Malaysia menambah cetakan borang 50,000 helai borang lagi berikutan sambutan masyarakat yang menggalakkan mahu menyertai parti itu, lapor Sinar Harian hari ini.
Setiausaha agungnya Anuar Tahir berkata, jumlah tersebut menjadikan keseluruhan 85,000 keping borang dicetak.
"Saya juga terima laporan ada yang terpaksa mencetak sendiri borang kerana tidak cukup. Jadi kita terpaksa cetak 50,000 helai lagi.

"Sambutan kepada parti kami amat luar biasa dan tidak saya bayangkan sebelum ini," katanya. Anuar berkata, latar belakang pemohon adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli profesional dan agamawan dari seluruh negeri.
Beliau percaya, konsep dibawa parti itu menjadikan mereka mudah diterima rakyat.
"Agaknya, orang melihat ini adalah model parti baharu dalam sejarah. Ada orang tanya apa beza kami dengan PKR? Sangat besar, kerana Islam pegangan kami," katanya.
Menurutnya, jumlah keseluruhan ahli akan diumumkan pada 16 September ini.
Sementara itu, beliau berkata parti tersebut masih menunggu keputusan berhubung penukaran nama parti itu kepada Parti Amanah Negara.

Najib never knew Altantuya, says Putrajaya after Al Jazeera exclusive

Posted: 10 Sep 2015 06:24 PM PDT

Al Jazeera's current affairs programme 101 East aired yesterday focuses on the Altantuya Shaariibuu murder of 2006. – September 11, 2015. 
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak never knew, met, or communicated with Altantuya Shaariibuu, Putrajaya has said, in response to a new documentary by Al Jazeera on the Mongolian woman's murder in 2006. "The Prime Minister did not know, has never met, has never had any communication with and has no link whatsoever with the deceased."The two convicted individuals were not the Prime Minister's personal guards. This allegation is intentionally misleading, and has been used to perpetuate baseless conspiracy theories," Al Jazeera quoted a statement issued by Putrajaya, referring to former policemen Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri who were convicted for the murder.

101 East - Murder in Malaysia

Posted: 10 Sep 2015 05:29 PM PDT

Rahsia k'jaan bocor: Arahan Keselamatan dipinda

Posted: 10 Sep 2015 05:27 PM PDT

Media sosial
KUALA LUMPUR - Arahan Keselamatan bagi jabatan kerajaan akan dipinda dalam usaha menangani masalah ketirisan maklumat rahsia kerajaan terutama dalam laman sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Nik Azlan Abas berkata, pindaan kali ketiga itu berikutan keperluan semasa khususnya berkaitan keselamatan siber bagi mendidik penjawat awam supaya menjaga data-data dan maklumat sulit kerajaan daripada didedahkan kepada umum.

"Sejak kebelakangan ini terdapat kes-kes melibatkan ketirisan maklumat di jabatan dan agensi kerajaan, jadi inilah masanya untuk kita bertindak melihat semula Arahan Keselamatan untuk diselaraskan dengan kehendak semasa dan lihat mana perlu dibuat pindaan," katanya ketika ditemui pemberita di Institut Integriti Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbincangan meja bulat bertajuk 'Strategi dan pendekatan bagi mempertingkatkan integriti kerahsiaan dan keselamatan dokumen milik kerajaan daripada sebarang kebocoran'.

Arahan Keselamatan yang menetapkan darjah-darjah keselamatan untuk dilaksanakan oleh semua jabatan kerajaan meliputi keselamatan perlindungan fizikal ke atas bangunan, keselamatan perlindungan dokumen dan peribadi dipinda kali terakhir pada 1985.

Nik Azlan berkata, lebih 180 arahan akan dimuatkan dalam Arahan Keselamatan berkenaan berbanding 95 arahan pada masa ini dengan menekankan kepada bab lima dan enam yang meliputi keselamatan siber.

Beliau berkata Arahan Keselamatan itu juga dipinda ke bahasa yang lebih mudah untuk difahami penjawat awam.

Katanya, cadangan pindaan itu telah dikemukakan kepada jabatan bertanggungjawab termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Dalam Negeri, CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Peguam Negara dan bakal dibawa kepada Kabinet pada Oktober atau November ini untuk kelulusan.
Read More / Baca Lagi >>

DR M NOW HOLDS ALL THE CARDS: Najib on defensive after failing to sack Muhyiddin, Justo the new Sirul as 1MDB ally 'borrows' from Altantuya

Posted: 10 Sep 2015 05:16 PM PDT


DR M NOW HOLDS ALL THE CARDS: Najib on defensive after failing to sack Muhyiddin, Justo the new Sirul as 1MDB ally 'borrows' from Altantuya
KUALA LUMPUR - It looks like Prime Minister Najib Razak has dug a bigger hole for himself with the latest round of media attacks by his mouthpieces, the NST and Berita Harian,  accusing critics including whistle-blower website Sarawak Report, media tycoon Tong Kooi Ong and even former premier Mahathir Mohamad of being involved in a political conspiracy to topple him.
Far from convincing Malaysians, who instead celebrated his failure yesterday to sack former deputy prime minister Muhyiddin Yassin and several other senior members from the ruling Umno party, Najib is now on the defensive.
His only influential ally in Umno is Home Minister Zahid Hamidi, whom he elevated to Deputy Prime Minister after controversially sacking Muhyiddin in July along with with Attorney General Gani Patail for allegedly getting too close to the truth behind the RM42 billion 1MDB corruption debacle.
"Najib and his supporters have been boasting about his hold on Umno and saying this was why Mahathir could not dislodge him. Najib was unpopular with the people but too strong in Umno to be ousted - and that was the mantra they kept playing to the media, especially the foreign media. Now that has been proven to be a fallacy and in the weeks to come, Najib's standing in Umno will free-fall like the Ringgit," a Umno watcher told Malaysia Chronicle.
"It's no-holds barred from now on and you should expect the fence-sitter 'warlords' to flock to Dr Mahathir's camp. Even Zahid's people have been quietly communicating with Dr M's people. For now, Najib still has Zahid's support although it was Zahid who backed off from the plan to sack Muhyiddin at the last moment because the anger from the grassroots members was too strong.
"However, their alliance won't last - unless Najib and Zahid are able to change the sentiments of the grassroots before the Umno general assembly begins in December. That is provided Najib can last that long. If he does, be sure Muhyiddin and Mahathir will finish him off then.
"The word from the grapevine is that a lot of things are moving and a lot of shocking revelations will be soon exposed and Najib cannot do anything to stop the flow anymore. He has run out of bullets. He failed to stop the MACC probe on 1MDB, he failed to sack central bank governor Zeti Aziz, he failed to have tycoon Tong arrested and the IGP is now savvy enough to know not to touch or to threaten Dr Mahathir. And now Najib has even failed to sack Muhyiddin from Umno, how can he wrap fire with paper?"
Critical turning point in Najib vs Mahathir battle

STRAINED SMILES - Muhyiddin, Najib shake hands for the cameras
Indeed, the top-level Umno meet on Wednesday marks a critical turning point in the battle between Najib and his political foes Mahathir and Muhyiddin, who have minced no words calling for Najib's resignation amid the escalating 1MDB scandal.
Coincidence or not, the Wall Street Journal had yesterday published another damning revelation, The renowned paper, which Najib has yet to sue for accusing him of diverting RM2.6 bil (US$700 mil) of 1MDB money into his private bank accounts, reported that a shocking US$1.4 billion had gone 'missing' and UAE fund IPIC was demanding accountability. This has sparked speculation that Najib's RM2.6 bil, which he has claimed was a 'donation' from an Arab source, might have come from this missing US$1.4 billion.
Hot on the heels of the WSJ expose, the Sarawak Report has published its latest findings about the attacks by Najib's newspapers, using a 'confession' from former PetroSaudi employee Xavier Justo as their basis. PetroSaudi is 1MDB's Arab partner in a string of dubious deals that have come under investigation by regional authorities for possible money-laundering and grand-scale embezzlement.
"Over the past couple of weeks carefully orchestrated media access has at last been allowed to Justo, in which he as adopted a tell-all approach, admitting to major guilt and saying that he is very sorry, but that Sarawak Report and other journalists were mainly to blame for all the bad information that came out about 1MDB, PetroSaudi and Malaysia," wrote Clare Brown, editor of the Sarawak Report.
"Specifically, Justo has now made media statements that he had no idea about the actual content of the material he had sought to blackmail PetroSaudi with for $2 million dollars and that he accepts the idea that Sarawak Report might very well have been involved in 'tampering' and 'doctoring' the evidence.
"He has parroted the UMNO line that this foreign news blog is hell bent on "illegally toppling" Najib for reasons unknown.
"It is plain as daylight that this latest narrative from Justo is how he is being advised to currently plead, in order to reduce his sentence on an upcoming appeal. He now has highly expensive Swiss lawyers as well as local Thai lawyers.
"Who is paying the legal fees? If he is paying for these Swiss lawyers then his limited remaining family funds are likely to soon be exhausted.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang 1MDB: Drama 6 bulan tidak boleh berterusan

Posted: 10 Sep 2015 05:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan tarikh khusus bila masalah hutang 1MDB akan selesai.

"Jika tidak, apakah beliau akan melepaskan sekurang-kurangnya jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio beliau?" tanya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib kelmarin yang meminta tempoh enam bulan untuk menyelesaikan masalah 1MDB melalui pelan rasionalisasinya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama Najib berjanji akan menyelesaikan masalah 1MDB di depan Umno.

Katanya, kali pertama Najib merayu diberikan masa 6 bulan ialah satu pertemuan tertutup di PWTC tiga bulan lalu iaitu 14 Jun 2015.

Perkara itu, ujar beliau didedahkan oleh Hasan Hamzah, bekas Ketua Bahagian Bagan Datoh kepada media seperti The Malaysian Insider and The Rakyat Post.

Kata Hasan, Najib berjanji masalah 1MDB akan diselesaikan akhir tahun 2015.

Hampir dua bulan kemudian, pada 1 Ogos 2015 Najib sendiri mengumumkan kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Sekali lagi, Najib menegaskan beliau memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu," kata Tuan Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Opposition must move on without Anwar

Posted: 10 Sep 2015 05:09 PM PDT

Nothing can take away his legacy, but the parties in the coalition need to raise credible leaders from their current ranks.
Anwar-Ibrahim,-Pakatan-Rakyat
Anwar Ibrahim has been a mover of Malaysian politics for decades. Rising to power in Umno as an Islamic activist, Anwar ultimately became the Deputy Prime Minister before a sex scandal saw him ousted from office and party. With his imprisonment, the Reformasi movement exploded into a political force that defined the early 2000s. Following his release and clearance from the charges, the same movement carried him to the post of leader of the most significant opposition coalition Malaysia has yet seen.
Unfortunately, a second sex scandal erupted when one of his aides accused him of sodomy. The trial ended with Anwar behind bars once again despite an outcry from the local and international communities, and Pakatan Rakyat, the coalition in which so many placed their hopes, fell apart.
Now, this is not to say that Anwar is primarily to blame for the dissolution of Pakatan, but he certainly did not help. As the DAP and PAS quarrelled, Anwar launched the Kajang Move to pre-empt a power struggle between Azmin Ali and Khalid Ibrahim. It was a move that PAS rejected and it would eventually fail in its objective of propelling Anwar's wife to the post of Selangor Menteri Besar, not to mention the original objective, which was to give the post to Anwar himself, as many pundits suspected. Instead, Azmin claimed the post he had been lusting for.
Hamstrung by the trial, Anwar neglected his duties as the head of Pakatan, even as the bickering between PAS and DAP threatened the coalition's integrity.
It would be unfair to say that Anwar should have been in better command. A trial of the magnitude he was facing would demand total attention. However, it is quite unbelievable that a political veteran like him did not have a Plan B in case he was imprisoned. Anwar had to know that at best, he had a 50-50 chance of escaping conviction. Prudence would have told him to set up a interim coalition leader, one who had the tact and political know-how to manage the various egos and agendas in Pakatan. After all, a decade's worth of work is a terrible thing to lose.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Saya Agen Mana-Mana Parti Politik?

Posted: 10 Sep 2015 05:08 PM PDT

Oleh Dr. Rozaimi Ramle


Saya pernah memberi tazkirah di Parlimen dan di hadapan menteri dan pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya. Saya menggunakan bahasa yang agak tegas terhadap amanah dan tanggungjawab pemimpin.

Respon seorang menteri selepas mendengar tazkirah saya:

"Sangat pedih, tetapi kena ikut".

Tiada labelan macai pembangkang, agen PAS atau kuda DAP dilontarkan.

Tetapi apabila saya menegur sedikit sebahagian ustaz-ustaz PAS atas satu isu akademik. Maka saya terima labelan:

Agen umno, ilmuwan cari makan, ilmuwan jaga periuk nasi, agen Ulama Muda Umno, ilmuwan tidak adil. Yang paling memeranjatkan ialah saya dituduh agen IKRAM sedangkan demi Allah saya bukan ahli IKRAM apatah lagi masuk usrah mereka.

Saya menung seketika. Jika inilah sikap orang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam maka saya rasa teramat dukacita.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan itu bukan ini, Umno huyung-hayang berkompromi

Posted: 10 Sep 2015 04:49 PM PDT

Oleh Alyaa Alhadjri
Berikutan hasil mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September, pemerhati percaya yang Perdana Menteri Najib Razak dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sedang "bermain selamat" daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan parti itu terus berpecah belah.
Kelangsungan politik individu dan mengekalkan kedudukan kekuasaan dan pengayaan diri parti yang mendominasi gabungan pemerintah BN nampaknya terus menjadi keutamaan.

Baik Najib mahupun Muhyiddin tidak mempunyai keberanian untuk menggubah keadaan, sebaliknya memilih untuk mengekalkan status quo.
Penganalisis politik Ibrahim Suffian memberitahu SemutHarian yang tidak wujud keperluan untuk Najib memecat Muhyiddin, naib presiden Umno Shafie Apdal dan lima yang lain daripada parti, seperti yang disebarkan khabar angin sebelum ini.
"Tidak banyak yang berlaku sewaktu mesyuarat. Apa yang berlaku dalam Umno kini telah diredakan dengan kenyataan Najib tentang kepentingan pemimpin parti untuk bersatu bagi menjamin masa depannya," kata Ibrahim.
Pada 9 Sept, Malaysiakini memetik Najib sebagai berkata yang kedua-dua Muhyiddin dan Shafie telah menyatakan komitmen penuh mereka kepada Umno dan bekerja bersama-sama untuk kepentingan parti.
"Kami juga membincangkan perkembangan isu semasa yang perlu diselesaikan, kepentingan perpaduan dalam kalangan kepimpinan tertinggi Umno, termasuk dalam majlis tertinggi yang bertindak sebagai asas menjamin Umno terus menjadi parti yang berkuasa dan kemampuan kami menyelesaikan apa sahaja isu," kata Najib dalam sidang media di ibu pejabat parti di PWTC selepas pertemuan itu.
Bagaimanapun, Ibrahim, menyifatkan yang tumpuan utama Najib adalah untuk memperkukuhkan kedudukannya sendiri bagi menangani desakan untuk dia meletakan jawatan selepas skandal "derma" RM2.6 juta dan kekecohan kewangan 1MDB.
"Dia (Najib) tidak bertindak keterlaluan dan tidak melakukan perkara yang tidak perlu untuk melindungi kedudukannya," kata Ibrahim, merujuk kepada tindakan Najib sebelum ini yang memecat Muhyiddin dan Shafie dari Kabinetnya.
Read More / Baca Lagi >>

Itu saja yang MT Umno bincang?

Posted: 10 Sep 2015 04:47 PM PDT

Oleh Mohsin Abdullah
Ambil maklum" mengenai kedudukan tidak ada undang-undang yang diguna pakai berhubung sumbangan politik di samping tiada keperluan untuk mengumumkan siapa penderma, kata Presiden Umno , Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 9 September lalu.
Malah, Najib berkata semua parti politik termasuk pembangkang juga mengamalkan kutipan dana .

Beliau juga membidas kenyataan Bersih 4 kerana menurutnya ketika mengutip derma tidak mendedahkan siapa pemberi sumbangan tetapi "meminta macam-macam" apabila Umno/BN berbuat demikian . "We can't have double standards (kita tidak boleh bersikap pilih kasih)," kata Najib. Maka, boleh disimpulkan apa yang diperkatakan Najib sebagai "jika kamu boleh buat, kami pun boleh buat"
Apabila beliau berkata MT Umno "ambil maklum" ia bermakna Umno menerima keadaan masa kini berhubung dana politik. Begitu?
Namun, itu bukan perkara baharu dan pernah disuarakan oleh Najib dan pemimpin Umno yang lain.
Pada mesyuarat itu, Najib juga dilapor mengulangi janji akan menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh 6 bulan.
Lantas itu pun bukan perkara baharu.
Jadi apa yang baru?
Ummo tidak halang ahlinya menyertai perhimpunan baju merah pada 16 September ini.  Ini isu baharu.
Walaupun memberi izin ahli berhimpun dan membuka ruang untuk Umno dituduh bermain isu perkauman dan merumitkan lagi kedudukan rakan mereka dalam BN . Khususnya MCA.
Apa pun, agak "naif"  (menggunakan istilah tidak kasar) jika ada yang percaya "hanya" itu yang MT Umno "ambil maklum".
Lebih "naif" jika ada yang yakin semua masalah Umno sudah selesai hanya kerana  tidak ada"fireworks " pada mesyuarat 9 September dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rakan-rakan tidak dipecat.
Najib memuji Muhyiddin malah beliau pula mengulangi kesetiaannya kepada parti dengan mengumumkan "saya Umno totok".
Apa yang berlaku Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad  Maslan diejek ahli parti yang berkumpul  di depan lobi Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Begitu juga dengan keengganan Najib menggunakan pintu utama ketika datang dan pulang, sebaliknya memilih pintu belakang untuk mengelakkan kumpulan ahli Umno di lobi .
Read More / Baca Lagi >>

Berita buruk yang baik

Posted: 10 Sep 2015 04:41 PM PDT


Oleh Hishamuddin Rais 
Najib Razak masih enggan berundur. Ini berita amat buruk untuk rakyat Malaysia. Sabar dahulu. Berita buruk Najib Razak enggan berundur ini juga adalah berita yang amat baik.
Dalam ilmu falsafah perkara sedemikian dipanggil "kesatuan yang bertelagah" atau "unity of the opposite'.

Dalam tulisan ini saya akan beri pencerahan untuk memahami bagaimana berita buruk ini boleh menjadi baik. Ini samalah seperti kita memahami bagaimana tahi lembu atau najis manusia boleh membantu manusia.Bersih berjaya menghasut 500,000 orang rakyat Malaysia turun ke jalan raya. Ini adalah tanda undi tidak percaya kepada Najib Razak.
Sesudah BERSIH 4, kita terus membaca pelbagai berita yang berkaitan dengannya. Semuanya memberi gambaran bahawa suami Rosmah Mansor yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak masih enggan melepaskan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia. Suami Rosmah semakin dilihat degil.
Kenyataan dan tindakan politik Najib saban hari menyakinkan saya dan meyakinkan warga Malaysia bahawa suami Rosmah ini ingin terus berkuasa sampai hari kiamat. Suami Rosmah mahu terus memimpin parti United Malays National Organisation dalam PRU14.
Buktinya, paling baru ialah kenyaatan Abdul Hamid Bador bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB). Bekas pegawai polis ini membocorkan berita di mana si Rosmah Mansor turut hadir dalam satu "mesyuarat tergempar".
Mesyuarat tergempar kerajaan ini didakwa dipengerusikan oleh Najib sendiri. Turut hadir ialah Zahid Hamidi dan pegawai tinggi kerajaan.
Kuasa bomoh
Apa ke jadahnya Rosmah Mansor berada dalam mesyuarat tergempar kerajaan? Ini satu pertanyaan tapi dalam masa yang sama ianya juga satu kenyataan. Ini yang dikatakan dalam ilmu falsafah – "kesatuan yang bertelagah".
Laporan bahawa Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan sebenarnya tidak lagi memeranjatkan Malaysia. Malah berita ini memperkuatkan lagi keyakinan umum bahawa sebenarnya Najib Razak ini telah menjadi bangkai bernyawa yang berlakon mengikut arahan telunjuk Rosmah Mansor.
Justeru, pembocoran berita dari bekas pegawai Cawangan Khas ini mensahih dan memperkuatkan satu lagi berita yang telah dibocorkan oleh Mahathir Muhamad.
Mengikut Mahathir, si Rosmah ini sedang menggunakan kuasa bomoh untuk mempertahankan suaminya. Menurut Mahathir, si Rosmah ini menggunakan khidmat bomoh dari India dan Jawa.
Awas, ini bukan fitnah. Ini kata-kata dari Mahathir Muhamad. Mahathir Muhamad ini bukan tukang kebun sekolah. Mahathir bukan pakcik warung. Mahathir ialah bekas perdana menteri Malaysia.
Jadi persoalan timbul – apakah ini bermakna 30 juta rakyat Malaysia sedang bertempur dengan Guru Ji – bomoh Rosmah dari India?
Sekali pandang, kesemua berita ini kelihatan seperti berita buruk. Tetapi hakikatnya semua berita ini adalah berita baik. Semua sedang membantu rakyat Malaysia untuk membenci parti United Malays National Organisation.
Read More / Baca Lagi >>