Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Terengganu Hilang RM55.3juta

Posted: 09 Sep 2015 03:36 AM PDT

Kenyataan Media:

Terengganu Hilang RM55.3juta

Perkembangan harga semasa saham FGV yang masih diniagakan di luar indeks BSKL, memberi kesan besar kepada kerajaan negeri Terengganu apabila nilai pelaburan dalam FGV berlaku penyusutan teruk.

Dalam masa hanya tiga tahun, kerajaan Terengganu telah mencatatkan kerugian RM55,325,250.00 apabila Yayasan Islam dan PTB Ventures yang memiliki kepentingan pegangan saham dalam FGV terkesan dengan nilai semasa saham FGV hanya RM1.20 sepanjang minggu ini dan tiada unjuran kenaikan dicatat.

Yayasan Islam memiliki 16,455,000. unit saham dalam FGV dan dibeli dengan harga IPO RM4.55 dengan pelaburan asal RM74,870,000 semasa disenaraikan tiga tahun lalu dan 60,000 unit lagi melalui PTB Ventures.

Dengan jumlah ini, jika kerajaan Terengganu  menggunakanya untuk membina rumah generasi baharu Felda, dianggarkan 800 unit dapat disediakan dengan kos RM70 ribu seunit dan dapat menyelesaikan sebahagian permasalahan yang membelenggu masyarakat Felda di negeri ini di 21 tanah rancangan Felda.

Justeru itu, saya mendesak Y.A.B Menteri Besar Terengganu memikirkan satu langkah untuk mengelakkan kerajaan Terengganu dari terus kehilangan baki pelaburan dalam FGV.

Mereka yang terlibat memberi cadangan kepada kerajaan negeri,  supaya membuat pelaburan ini juga perlu diambil tindakan jika terbukti ada unsur penyelewengan dalam mempengaruhi kerajaan ketika itu.

Sekian.
NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat / Pegawai Khas Seranta Pas Terengganu
09 September 2015

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Siapa KAMAL SIDDIQI yang didedah Xavier Justo?

Posted: 09 Sep 2015 07:30 PM PDT


Menurut Rockybru, dia adalah orang yang mengatur perjumpaan Tun Dr Mahathir dengan Clara Rewcastle Brown yang kendali Sarawak Report.

Dia juga yang mengatur pertemuan Tun M dengan Azmin Ali di London.

Kamal nampaknya kenal baik dengan kedua-dua belah pihak Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ahli perniagaan India yang berpengkalan di London ini telah banyak mendapat manaafaat perniagaan melibatkan teknologi di Malaysia..

Dari laporan Mamal Mail Online, Xavier Justo ada bercakap dengan kawan Kamal Siddiqi bernama Christian Frampton berkenaan menjual database Petrosaudi.

Clare Rewcastle tidak menjawab bila ditanya MMO samada Kamal ada hubunginya berkenaan tawaran dokumen curi itu.

-----------------------------------

Who is Kamal Siddiqi?

Published: September 9, 2015 09:35 AM GMT+8

PETALING JAYA, Sept 9 — UK-based Indian businessman Kamal Siddiqi has been implicated in the brewing controversy involving jailed ex-PetroSaudi International executive Xavier Andre Justo.

According to documents sighted by Malay Mail, Justo had, in his confession to Thai police, spoke to his "best friend" Christian Frampton regarding his offer to sell the stolen PetroSaudi data he had.

The Swiss national claimed he was sure Frampton did not know or meet Sarawak Report's Clare Rewcastle-Brown and that the journalist had introduced Sidiqqi "as an intermediary in subsequent whatsapp conversations".

This comes following reports by New Straits Times on Monday and yesterday regarding several prominent Malaysians who were linked to Justo.

When asked if Rewcastle-Brown was approached by Sidiqqi regarding information linked to PetroSaudi and 1Malaysia Development Berhad, she had in an email to Malay Mail said: "I suggest you speak to your reliable informat who is clearly more knowledgeable than myself on this matter."

Siddiqi owns Kamkorp, a British-Swiss holding company.

The company is part of the Frazer-Nash group specialising in electric vehicle technologies and had introduced electric technology for London Metrocabs last year. Sidiqqi is chairman of Frazer-Nash.

He is no stranger to Malaysia.

In 1998, Frazer-Nash supplied electric vehicles during the 1998 Commonwealth Games in Kuala Lumpur and 2000 Sydney Olympic Games.

In 2000, Siddiqi went into an agreement with Perusahaan Otomobil Eletrik Malaysia (M) Sdn Bhd in 2000 to contract manufacture over 1,000 units of electric-powered cars. It was reported former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad joined Siddiqi in London to oversee the signing of agreement between both parties.

On October 18, 2002, Metrail Holdings, part of Frazer-Nash, entered into agreement with Malaysia Mining Company Berhad (MMC) to design and build a monorail system.

Kamkorp had recently come underfire following the construcion of an electric car factory in Chobham, UK.

Local residents described it as the "biggest rape of the green belt" in the history of the village. Siddiqi's son Noamaan was reported by local news portal in May as saying: "We will be taking on graduates from colleges and universities.

"As a family company we are a community company and what we do has an important impact nationally and internationally."

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/who-is-kamal-siddiqi#sthash.xx0HDxc3.dpuf

http://www.getsurrey.co.uk/news/surrey-news/green-light-electric-car-factory-9237554

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/09/09/rewcastle-declines-to-answer-justo-linked-query/

Batu api kecewa tiada pemecatan

Posted: 09 Sep 2015 05:30 PM PDT





Nampaknya ada batu api kecewa tiada pemecatan.


Sebenarnya cerita pemecatan ini ditimbulkan oleh blogger Shabuddin Hussein dan diwar-warkan pengkritik Najib.

Baru-baru ini ada pihak yang telah viral mesej kononnya ada senarai pemimpin yang akan dipecat oleh Majlis Tertinggi. Sebaik saja viral, cepat saja salah seorang keluar menyatakan dia reda dipecat.

Rasanya penyebar mesej adalah dalang yang membuat adegan-adegan tunjuk perasaan dengan baju seragam T shirt hitam di hadapan PWTC.
 



Mungkinkah budak-budak itu tahu siapa dalang yang bayar mereka?

Ghope pejenis mandi lombong dari muka jawa Pagoh tanam sawit.

Sebelum ni Tony Pua nafi, Kini ngaku mengantara ...

Posted: 09 Sep 2015 07:26 AM PDT

... pertemukan Clare Rewcastle dengan The Edge. Clare membantu Xavier jual dokumen curi.









Belum berkuasa Nurul dah tawar kontrak

Posted: 09 Sep 2015 03:43 AM PDT


.... macam Pak dia masa Menteri.








Ganjaran Soros besarkah untuk Clare celebrate dengan Champagne?

Posted: 08 Sep 2015 11:30 PM PDT


Sarawak Report dibiayai oleh Global Witness dan Open society, kedua-dua outfit George Soros. Gumbira sekali dia jika dapat tumbangkan Najib.

Baca Bigdog SINI

Besar ke ganjaran Soros?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUHAKAM BERAT SEBELAH: KETIKA DEMO HARAM BERSIH TUTUP MATA, HIMPUNAN 16 SEPT. BELUM MULA TAPI SIBUK KOMEN MACAM ORANG GILA!

Posted: 09 Sep 2015 06:25 PM PDT


SUHAKAM KAMU BUTA KAH? TENGOK PENGANIAYAAN KANAK-KANAK INI! MANA DIA KOMEN KAMU?
Soalan pertama kepada SUHAKAM, apa kamu buat semasa BERSIH 4.0? TIDOR KER? Tak nampak ker berapa banyak insiden melanggar hak asasi manusia dan tatasusila negara dilangGar.

Budak kecil yang ketakutan dipaksa diangkat di atas Bahu ayahnya, dieksploitasi dipaksa pegang placard, SUHAKAM diam sahaja? Komen pun tiada apakan lagi tindakan! Bullshit punya SUHAKAM! KENAPA TIDAK BERSUARA! Mana Laporan kamu!

Perbuatan SUHAKAM ini menunjukkan mereka bersikap selective! Inilah masalahnya jika SUHAKAM diketuai oleh diplomat pencen! Tiada sense hak asasi manusia, tiada keadilan, lembam, bodoh sombong. Orang putih kata, senior diplomat macam ini how come you are partial !

Ini membuktikan dengan jelas SUHAKAM tiada moral dan tiada nilai keadilan yang saksama. Jika beginilah gaya SUHAKAM, kita mendesak Kerajaan menutup SUHAKAM. Mereka langsung tidak menunjukkan sikap profesional dalam mengemudi hak asasi manusia di negara kita dengan berkesan, adil dan saksama. SUHAKAM terbukti pilih kasih, memilih, tidak berintegriti, pemalas, tiada tindakan dan makan gaji buta.

Himpunan Rakyat 16 September belum lagi bermula, tidak ada lagi kanak-kanak dipaksa pegang placard, tidak ada lagi peserta memijak gambar kepala Hj Hadi dan Perdana Menteri, tetapi SUHAKAM sudah bersuara seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman.

Apa ini SUHAKAM? Mana laporan BERSIH kamu! Berapa banyak  pelanggaran hak asasi manusia semasa BERSIH 4.0! Kamu tidak ada gambarkah, kamu boleh beli dengan kami! 

Bullshit SUHAKAM! Makan gaji Buta! Tutup SUHAKAM! 

Luahkan kemarahan anda sebagai rakyat Malaysia dalam ruangan komen! 



HIMPUNAN MARUAH MELAYU, BERKUMPUL DI 6 LOKASI

Posted: 09 Sep 2015 09:51 AM PDT


PERHIMPUNAN BAJU MERAH 16 SEPTEMBER DITERUSKAN. 

1. Perhimpunan Baju Merah pada 16hb September ini akan diteruskan. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Penganjur semalam diputuskan perhimpunan itu akan berakhir di Padang Merbok dari 9.30 pagi ke 6.30 petang. Ada beberapa tempat meeting points sebelum peserta bergerak ke Padang Merbok. Antaranya ialah Masjid Jamek, Masjid Al Bukhary di Pudu, LRT/Surau Bukit Bintang, DBKL dan Petaling Street. Selepas Zohor peserta akan bergerak bermula jam 2 petang daripada meeting points tersebut ke Padang Merbok.

2. Penganjur tidak akan membatalkan perhimpunan tersebut. Membatalkannya bermakna amalan demokrasi dicemari dan bertentangan dengan spirit Akta Perhimpunan Aman. Membatalkannya juga bermakna "double standard" telah berlaku. Iaitu BERSIH 4 boleh buat, tetapi RAKYAT BERSATU tidak boleh buat. Apatah lagi kalau BERSIH 4 boleh buat sampai dua hari kenapa RAKYAT Bersatu yang cuma buat setengah hari tidak boleh? Dan kalau BERSIH 4 boleh buat di Dataran Merdeka ketika Rakyat akan menyambut Hari Kebangsaan 2015 maka kenapa RAKYAT Bersatu tidak boleh buat sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 september?

3. Tindakan BERSIH 4 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan SOGO jelas menganggu persiapan dan acara sambutan Hari Kebangsaan 2015. Ada beberapa acara terpaksa dipindahkan ke tempat lain seperti Konsert Sehati Sejiwa terpaksa berpindah ke Stadium Bkt Jalil. Dan ada juga yang dibatalkan seperti Dinner KL Converse kerana jalan ditutup akibat perhimpunan BERSIH 4 berlaku sampai malam. Sedangkan Perhimpunan RAKYAT Bersatu diadakan di Padang Merbok bukan di tempat acara kemuncak Hari Malaysia akan diadakan iaitu di Kota Kinabalu Sabah.

4. Maka tidak ada sebab polis menghalangnya. Tidak ada sebab pihak lain apatah lagi BERSIH 4 dan Lim Kit Siang bising kerana mereka juga adalah penganjur kepada satu perhimpunan yang berunsur perkauman. Di samping itu tingkah laku mereka amat biadap seperti membawa penyapu dan memijak gambar PM dan Ustaz Hadi Awang.

5. Apabila timbul cerita perhimpunan RAKYAT Bersatu akan diadakan tiba tiba ada pihak yang membantah. Macam macam andaian dibuat, perkaumanlah, perhimpunan balas dendamlah, membazirlah, menyusahkan pelanconglah dan tidak sesuai sempena Hari Malaysia. Semua itu adalah pre emptive untuk mensabotaj dan membatalkan perhimpunan Baju Merah ini.

6. Maka RAKYAT Bersatu WAJIB diteruskan. Kalau Low Yat terpaksa tutup, maka tutuplah. Kalau Bukit Bintang terpaksa tutup, maka biarlah mereka tutup satu hari. BERSIH 4 sudah 4 kali diadakan. Maka empat kali itulah SOGO terpaksa tutup. Maka 4 kali itulah peniaga peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman terpaksa tutup kedai. Ada orang BERSIH bersimpati? Ada DAP bersimpati? Ada Lim Kit Siang dan Wan Azizah bersimpati? 

7. Diharap seluruh Rakyat Malaysia yang benci kepada BERSIH 4 maka datanglah beramai ramai ke Perhimpunan RAKYAT Bersatu pada 16 September ini. Tidak perlu was was.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dr Mahathir sudah tidak yakin sokongan Melayu

Posted: 09 Sep 2015 09:32 PM PDT

Oleh Syed Rosli Jamalullail
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat melihat sokongan Melayu terhadap beliau dan Barisan Nasional (BN) merosot berikutan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang membawa kepada perpecahan kepada Umno dan orang Melayu sehinggalah tertubuhnya PKR.
Dr Mahathir ketika itu adalah perdana menteri dapat melihat peratusan undi Melayu merosot manakala peratusan undi solid menyokong BN.

Maka Dr Mahathir pun sudah tidak percaya pada orang Melayu lagi maka beliau mengarahkan supaya persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undang Negeri (DUN) yang bertujuan untuk mengalihkan kawasan pengundi Melayu yang banyak ke tempat lain dan menambahkan pengundi bangsa lain ke kawasan majoriti Melayu bagi tujuan memastikan BN menang. Beliau yakin ketika itu bangsa lain akan menyokong terus Umno-BN. Namun selepas beliau meletakkan jawatan pada 2003 dan PRU11 pada 2004 di mana ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah menjadi perdana menteri, memang betul jangkaan Dr Mahathir dan BN menang besar.
Tetapi pada PRU 2008 segalanya bermula dengan tidak diketahui punca sebenar, bangsa lain mengeksploitasi kelebihan mereka iaitu di kawasan yang mempunyai peratusan pengundi melebihi 35% untuk menjadi penentu keputusan pilihan raya dan ia terbukti berjaya apabila mereka pembangkang mampu merampas Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah buat pertama kalinya hasil undian bangsa lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kurangkan belanja, lebihkan tindakan perbaiki hak asasi manusia di Malaysia

Posted: 09 Sep 2015 09:28 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Mengapa perlu megambil lebih ramai penasihat?
Pengerusi Suhakam Hasmy Agam berkata, soalan itu sudah beberapa kali dibangkitkan kepada kerajaan, berikutan perumusan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia (NHRAP).
"Kita telah pun menghantar draf NHRAP kepada kerajaan pada tahun 2006 dan selepas itu tiga kertas kerja tentang apa yang kami yakini patut menjadi unsur dalam NHRAP.
"Kami telah membangkitkan soalan ini kepada kerajaan beberapa kali namun mereka berkeras untuk terus dengan rancangan mereka sendiri yang akan memakan masa yang lama untuk selesai," katanya kepada Semut Harian.
Pada 8 September yang lalu, Malaysiakini memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri sebagai berkata, Putrajaya akan mengeluarkan tender tidak lama lagi untuk mengambil perunding bagi membantu merumuskan NHRAP.
"Kami (kerajaan) hanya akan memberikan skop, namun perunding akan memberi cadangan. Perunding yang akan datang dan membantu kami.
"Ia tidak lagi (terhad kepada) penjawat awam. Anda akan lihat ia akan menjadi seadil mungkin," kata MP Batang Sadong itu seperti dipetik.
Katanya lagi, proses itu sebelum ini terhad kepada universiti dan penjawat awam kerana dana yang terhad, namun ia telah mendapat geran berjumlah RM5 juta daripada kerajaan.
Satu kajian asas untuk membantu mengesan kadar kemajuan perancangan itu telah pun bermula namun laporannya masih belum disiapkan, katanya lagi.
Hasmy berkata, walaupun Suhakam mengalu-alukan idea melibatkan perunding dalam NHRAP, sudah ada pihak lain yang diambil untuk peranan yang sama.
"Kami berharap perunding (baru) ini tidak akan menyebabkan penyiapan NHRAP terus tertangguh. Kami telah menasihati jawatankuasa pemandu bahwa NHRAP sepatutnya realistik dan tidak terlalu bercita-cita tinggi kerana ia akan sukar dipenuhi.
"Ia patut berkait rapat dengan, serta fokus kepada komitmen kita di bawah Universal Periodic Review (UPR) dan menjadi medium untuk memenuhi komitmen-komitmen ini," katanya lagi.
Nancy berkata, beliau berharap rancangan lima tahun yang dibuat sebagai respon kepada cadangan UPR yang dikeluarkan oleh Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) kepada Malaysia ini dapat dimulakan pelaksanaannya pada hujung tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Ahli PAC didakwa bocor dokumen kepada WSJ

Posted: 09 Sep 2015 09:19 PM PDT

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggesa satu siasatan dan tindakan dikenakan ke atas anggota Jawantankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang didakwa telah membocorkan maklumat sesi perbicaraan badan itu kepada Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

Syarikat pelaburan negara itu berkata, tindakan penyiaran butiran perbicaraan PAC mengenai urusniaga 1MDB kepada media asing itu merupakan satu tindakan jenayah dan menimbulkan kesangsian terhadap kredibilitinya untuk menjaga kepentingan negara.

"Tindakan WSJ adalah sesuatu yang mungkin melanggar undang-undang Malaysia. Kami mengambil berat siapa yang terlibat dalam perbicaraan PAC mungkin telah membocor transkrip ini, yang jelas satu percubaan untuk menjejaskan siasatan PAC dan menafikan hak 1MDB sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang Malaysia.

"Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa keterangan yang diambil sebelum apa-apa Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada Jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan oleh mana-mana ahli Jawatankuasa itu, atau oleh mana-mana orang lain, di hadapan Jawatankuasa telah membentangkan laporannya Parlimen Malaysia," katanya 1MDB dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, 1MDB juga menyifatkan tindakan salah seorang ahli PAC yang membocorkan maklumat perbicaraan itu sebagai tidak amanah dan bekerjasama dengan WSJ untuk mensabotaj syarikat itu dalam penstrukturan semula hutang dan perniagaan.

"Bagaimana PAC boleh menjadi satu jawatankuasa yang bebas sekiranya mereka sendiri tidak mematuhi peraturan sedia ada dan menjual maklumat dalaman?

"Apakah individu terbabit ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang begitu lantang mempersoalkan mengenai 1MDB sejak tahun lalu?" soal 1MDB lagi.

Konsiparsi Menjatuhkan Najib...!!

Posted: 09 Sep 2015 09:17 PM PDT

1.Rupanya konspirasi menjatuhkan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam agensi yang kerajaan sendiri. Caranya maklumat yang boleh memburukkan imej dan boleh dipergunakan menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 itu disalurkan oleh agensi-agensi berkenaan, samada kepada pihak pembangkang ataupun media termasuk media asing.
2. Pendedahan akaun peribadi Perdana Menteri, hanya boleh dilakukan samada oleh pihak bank itu sendiri atau Bank Negara. Apabila timbul siasatan, maka pihak yang terlibat adalah SPRM, Polis dan Jabatan Peguam negara, kemudian diikuti oleh PAC dan Audit Negara.
3. Dalam soal pendedahan akaun peribadi Perdana Menteri, hanya dua pihak yang terlibat, Bank di mana akaun itu dibuka dan Bank Negara. Pihak yang mendedahkan akaun tersebut, hanya ding dong antara dua pihak itu. Namun, jika salah satu pihak yang mendedahkan, mengapa perlu masa lebih dua tahun untuk mendedahkannya? 
4. Sesuai dengan kenyataan mantan Peguam Negara, bahawa pasukan khas yang dianggotai oleh SPRM, Polis, Bank Negara serta Peguam Negara telah lebih dua tahun ditubuhkan. Tujuan penubuhan pasukan itu adalah untuk mengenalpasti perbuatan salah laku khususnya yang melibatkan penjawat awam berprofile tinggi.
5. Akaun peribadi Perdana Menteri menjadi perhatian umum apabila The Wall Street Journal membuat laporan berkaitan akaun peribadi Perdana Menteri yang menerima wang USD681juta (RM2.6bilion) pada 2 Julai. Menurut laporan tersebut, wang itu mungkin berasal daripada 1MDB. WSJ kononnya memetik daripada sumber yang sedang menyiasat 1MDB. Secara rasmi, 1MDB mula disiasat oleh Ketua Audit Negara bermula daripada Mac, atas arahan Perdana Menteri.
6.Oleh kerana pendedahan WSJ tersebut, maka rakyat menjadi maklum berkaitan wang tersebut, yang kemudiannya diakui bahawa wang itu merupakan derma seorang dermawan daripada Timur Tengah yang enggan disebut nama.
Read More / Baca Lagi >>

Supreme Council meet ‘swept things under the carpet’

Posted: 09 Sep 2015 09:14 PM PDT

The differences between Najib and Muhyiddin are not going to go away just because there were no sackings.
najib_muhyiddin_umno_600
KUALA LUMPUR: It's not known what the Umno Supreme Council discussed on Wednesday. Sources cited in the media implied that no motion was introduced during the meeting to strip the membership of any party member and no mention was made of the purported seven party leaders who, according to earlier speculation, were on the chopping block. "There was talk in the 24 hours leading up to the Supreme Council meeting that there would be sackings."
The new speculation is that something may have happened at the last minute to force those who wanted to go ahead with sackings to abort their plans. "There were really no grounds to move against Muhyiddin, the target of some in the Supreme Council. He could be accused of smearing the party president and Prime Minister's name and bringing the party into public disrepute and contempt.
"On the other hand, his defence can be that he was in fact concerned about the party's image."
The Supreme Council cannot just sack a member without first bringing the matter to the Disciplinary Committee which is headed by the Deputy President himself, pointed out a source. "It's not good enough that the Political Bureau met two days earlier under the party president and discussed matters. This meeting was more or less to see where everybody stood on various issues and gauge the atmosphere."
"The Supreme Council did not accept any motion calling for either party president Najib Abdul Razak or his deputy, Muhyiddin Yassin, to be censured," said Supreme Council member Tajuddin Abdul Rahman.
He implied in a media statement that there were motions on the matter and dismissed it as the work of one or two divisions. "The motions did not reflect the views of the majority of party members."
"Everything was nice and orderly," claimed Supreme Council member Abdul Aziz Kaprawi who was among those few who made some significant comments in the media.
Political analyst Wan Saiful Wan Jan said that he was not alone in stating that "it's not surprising that Najib did not sack Muhyiddin."
However, he has been left wondering for how long the party can continue to sweep things under the carpet. "Muhyiddin and others are the latest issues to be swept under the carpet."
Read More / Baca Lagi >>

Pas boleh bergerak sendiri - Prof Dr Mohd Fuad Mat

Posted: 09 Sep 2015 09:12 PM PDT


Pas

SHAH ALAM - Kekuatan Pas membolehkan parti itu bergerak sendiri tanpa memerlukan gabungan dengan PKR, DAP dan mana-mana parti politik lain bagi membentuk PR 2.0.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berpandangan, Pas sebelum ini pernah berdepan situasi itu dan tidak menolak kemungkinan berulang kembali.

Katanya, ini terbukti dengan pelawaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pas dalam PR 2.0, kerana menyedari tanpa Pas hasrat ke Putrajaya pasti terkubur.

"Daripada sokongan akar umbi, Pas mempunyai kekuatan itu. Jika Pas tiada dalam PR 2.0, kerusi yang dimenangi PR pada PRU 13, berkemungkinan akan merosot pada pilihan raya akan datang," katanya.

Mohd Fuad berkata, PKR sebolehnya mahukan Pas menyertai PR 2.0 meskipun DAP tidak sehaluan.

Read More / Baca Lagi >>

Peguam bantah sekatan KDN jumpa Anwar

Posted: 09 Sep 2015 09:11 PM PDT

IMG_4466Pasukan peguam saudara Anwar Ibrahim mempertikai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menghadkan akses mereka untuk bertemu Ketua Umum KEADILAN itu di Penjara Sungai Buloh.
Menurut mereka, waktu lawatan sebelum ini iaitu dua kali seminggu dengan tempoh dua jam bagi setiap sesi telah dikurangkan kepada sekali seminggu dengan hanya sejam bagi setiap sesi.
Beberapa peguam yang menguruskan kes mahkamah melibatkan Anwar turut disekat berjumpa anak guam mereka.
Peguam N Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, pihaknya amat terkejut dengan tindakan terbaru KDN di bawah seliaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mempergunakan jabatan penjara bagi tujuan tersebut.
Jelas Surendran, Anwar dikaitkan dengan 16 kes jenayah dan sivil termasuk rayuan terhadap keputusan pemenjaraannya dan saman terhadap akhbar rasmi Umno – Utusan Malaysia.
Kebanyakan kes tersebut menurut Surendran masih dalam proses mahkamah dan Anwar seharusnya perlu diberi hak untuk mendapat nasihat guaman dari pasukan peguamnya.
"Ia adalah perkara asas yang dijamin perlembagaan dan dibenarkan oleh Akta Penjara 1995 dan peraturan-peraturan penjara 2000.
"Tindakan ini telah mengganggu kelancaran perjalanan prosiding di mahkamah kerana kesukaran dalam menerima arahan, menyediakan, mengesahkan dan memfailkan dokumen mahkamah," tegas Surendran pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid, henti sekat peguam saya, tegas Anwar

Posted: 09 Sep 2015 09:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sekatan ke atas peguam beliau untuk bertemu dengannya di penjara.
Tegas Anwar, sekatan tersebut melanggari hak beliau untuk mendapatkan akses tersebut bagi tujuan perjalanan kes-kes mahkamah.
"Saya amat kesal dengan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid yang menyekat perjumpaan peguam-peguam dengan saya bagi tujuan perjalanan kes-kes di mahkamah.
"Ini adalah suatu pelanggaran hak saya mendapatkan nasihat guaman dan menghalang tugas dan tanggugjawab peguam-peguam saya.
"Tindakan ini telah menafikan saya daripada berbincang dan memberi arahan mengenai kes-kes mahkamah, yang mana saya terlibat dalam sejumlah 16 kes sivil dan jenayah," kata Anwar dalam perutusan yang disampaikan melalui peguamnya semalam.
Anwar berkata, halangan seumpama itu berlaku semalam apabila N Surendran dan Datuk S Ambiga tidak dibenarkan berjumpa dengan beliau walaupun mereka perlu mengambil arahan mengenai kes-kes mahkamah yang akan berlangsung pada 15 September dan 5 Oktober ini.
Menurutnya, sebelum itu, peguam beliau juga dihalang berjumpa walaupun ada afidavit untuk diikrarkan pada kadar segera.
Justeru, pada hari ke-212 ditahan sebagai tahanan politik di Penjara Sungai Buloh semalam, Anwar menyeru undang-undang dihormati dengan memberikan akses kepada peguamnya tanpa sekatan.
"Hormati undang-undang dan proses mahkamah dengan membenarkan peguam jalankan tugas dengan sempurna dan tanpa gangguan!" tegas Anwar.

PAS Selangor larang ahli sertai demo Baju Merah

Posted: 09 Sep 2015 09:08 PM PDT



PAS Selangor hari ini mengeluarkan amaran melarang mana-mana ahlinya daripada hadir atau terlibat dengan perhimpunan 'Baju Merah' pada 16 September ini.
Setiausaha PAS negeri Khairuddin Othman berkata, parti Islam itu menentang sebarang himpunan berbaur perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
"Kita menentang sebarang himpunan berbau perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kalangan kaum"
"Ahli kita di Selangor adalah dilarang untuk hadir atau terlibat dengan apa cara sekalipun.
"Kita tidak bersetuju dan tidak berkompromi dalam hal perkauman kerana asas perjuangan PAS bukan perkauman," katanya dalam kenyataan medianya.
Selain itu, beliau juga meminta supaya pasukan keselamatan memantau perhimpunan baju merah yang diberi nama Himpunan Rakyat Bersatu itu.
Katanya pemantauan terhadap perhimpunan itu nanti perlu dilakukan sebagaimana yang dibuat terhadap perhimpunan BERSIH sebelum ini.
"PAS Selangor minta agar pasukan keselamatan memantau himpunan Baju Merah, sebagaimana mereka memantau himpunan BERSIH dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib terpaksa ‘tunduk’ suara akar umbi UMNO

Posted: 09 Sep 2015 09:07 PM PDT

Najib Tun Razak didakwa tidak berani mengambil tindakan terhadap Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal kerana bimbang kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri terjejas.
najib_shahbudin_muhyiddin_shafie_umno_600
PETALING JAYA: Suara akar umbi UMNO ternyata telah menggerunkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti itu.
Bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, suara akar umbi berjaya menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie di sebalik khabar angin mengatakan mereka akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada Rabu.
"Menyingkirkan daripada Kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam UMNO melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.
"…Dan cuba bayangkan apa keputusan MT jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi UMNO?," tulisnya.
Menulis dalam blog shahudindotcom.blogspot, dia berkata, ketidakberanian Najib mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie juga berpunca daripada kebimbangan ia akan membawa kesan lebih buruk kepada UMNO sekaligus menjejaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
"Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa UMNO dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu," katanya.
Shahbudin turut menyenaraikan beberapa persoalan ekoran pengekalan Muhyiddin dan Shafie.
Read More / Baca Lagi >>

Umno lebih baik, dulu, kini dan selamanya, ampu ahli MT

Posted: 09 Sep 2015 09:03 PM PDT

SKMM bertindak jika laporan WSJ palsu

Posted: 09 Sep 2015 09:02 PM PDT

Web ‘baju merah’ disekat jika polis haramkan himpunan kata SKMM

Posted: 09 Sep 2015 09:02 PM PDT

Anina to Najib: Nothing to fear, members are not your wife

Posted: 09 Sep 2015 08:31 PM PDT

Anina Saadudin criticises Najib Razak for entering the Umno HQ yesterday via the back door like someone fearful of having committed a bad deed.
ainina,najib
PETALING JAYA: Prime Minister and Umno President Najib Razak has nothing to fear when it comes to his party members because they are not his wife, said former Langkawi Wanita Umno member Anina Saadudin.
The now sacked Umno member said this when commenting on how Najib chose to enter the Umno headquarters at the Putra World Trade Centre (PWTC) via the back door like someone fearful of having committed a bad deed. Najib was there to chair the Umno Supreme Council meeting, the first since the unceremonious sacking of Muhyiddin Yassin as deputy prime minister in late July.
Taking to Facebook, Anina said, "Saya ingin tegaskan bahawa DSN tidak perlu takut kepada ahli2 UMNO kerana mereka bukanlah "ISTERI" DSN. Sebaliknya, mereka adalah ahli2 UMNO yg DSN sedang pimpin. Adakah DSN juga memasuki Sri Perdana melalui pintu belakang?"
(I want to stress that DSN has no reason to fear Umno members because they are not his "WIFE". On the contrary, they are Umno members that he is the leader of. Does DSN also enter Sri Perdana using the back door?)
She made these cutting statements after recollecting how when former premier Dr Mahathir Mohamad had sacked his deputy Anwar Ibrahim, he entered the PWTC using the main door and remained calm despite facing jeers from Anwar's supporters, who even threw bottles at him.
"Saya kira itu pendirian bermaruah Tun M yg berani kerana benar," (I feel that was Tun M's dignified stand and he was brave because he was truthful)
Read More / Baca Lagi >>

Angka-angka yang menghantui Najib Razak

Posted: 09 Sep 2015 08:17 PM PDT

oleh Tan Jooi Long
"Kita mungkin akan adakan Bersih 5," kata Maria Chin Abdullah hanya seminggu selepas Bersih 4 diadakan dengan jayanya pada malam Merdeka yang lalu.
Selepas Bersih 1 pada 2007, Bersih 2 pada 2011 dan Bersih 3 setahun kemudiannya, Bersih 4 yang diadakan selama dua hari itu menurut penganjur mencatat penyertaan 500,000 rakyat.
Selain itu, Bersih 2.0 yang dianggotai 84 NGO itu berjaya mengumpul RM2.5 juta daripada sumbangan dan penjualan 35,000 baju Bersih 4 yang kini sudah menjadi ikonik.
Hampir setengah juta perserta, berlangsung selama 34 jam. Ditambah pula dengan perhimpunan sokongan yang diadakan di lebih 70 kota di seluruh dunia.
Akan tetapi angka-angka ini bukan satu-satunya yang membuatkan perdana menteri Najib Razak sukar melelapkan mata.
Nilai Ringgit terus merosot lebih 1 peratus pada tahap RM4.3395 bagi US$1 awal minggu ini. Ini adalah tahap terendah sejak Januari 1998 yang mencatat rekod RM4.8850 bagi US$1.
Ini didahului dengan kemerosotan 1.4 peratus pada minggu lalu. Kemerosotan berterusan selama 11 minggu ini adalah yang paling lama sejak 1993.
Ekonomi sudah pun berada dalam tekanan sebelum krisis 1MDB meledak.
Malaysia juga salah satu negara Asean yang menanggung hutang isi rumah paling tinggi, iaitu hampir 88 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.
Kos sara hidup juga kian meningkat, terutama selepas bermulanya sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April lalu.
Ketidaktentuan di pasaran saham China juga tidak membantu.
Satu lagi angka yang mengganggu Najib adalah US$700 juta, atau RM3.037 bilion menurut kadar tukaran semasa, bukannya RM2.6 bilion seperti yang sering disebut di media sosial.

Transaksi mencurigakan yang didedahkan pada Julai lalu itu memulakan kempen menyingkirkan perdana menteri.
Tentulah Najib mempertahankan "derma" itu, mengatakan ia adalah untuk Umno.
Walaupun salah seorang menterinya mendakwa ia bukanlah isu besar, dan seorang lagi pula berkata ia perkara biasa, "ibu segala derma" itu menjadi topik hangat di kalangan speaker di Persidangan Anti-rasuah Antarabangsa (IACC) yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.
Transparency International (TI) menyifatkan ia memiliki segala unsur sebuah "rasuah dahsyat".
Menurut pengerusi TI Jose Ugaz, rasuah dahsyat memiliki tiga ciri: ia dilakukan oleh penguasa yang berkedudukan amat tinggi, melibatkan jumlah wang yang besar, dan memberi kesan kepada hak asasi manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Aura, pengaruh dan prasarana politik PAS terus jadi pingitan

Posted: 09 Sep 2015 08:01 PM PDT

Post Pic
PAS adalah jenama politik yang tinggi nilainya di Malaysia. Maka rugilah jika ia dibiarkan berkarat dan potensi besarnya untuk menjadi wadah perjuangan politik Melayu-Islam tidak digilap. 
 
Ada pendapat mengatakan masalah PAS ialah, corak dan kepemimpinannya agak lemah dan kurang arif tentang sepak terajang politik hari ini. Sebab itu, ramai pemimpin 'progresif'nya yang meninggalkan parti itu untuk tubuh parti baru.
 
Namun begitu, rasa terkilan dengan kemungkinan PAS yang gagah akan pupus ditelan waktu, pemimpin-pemimpin progresif ini masih lagi mahu berikhtiar bagaimana boleh "menunggang" aura dan memanfaatkan jenama PAS ini.
 
Sebab itu, tidak menghairankan apabila pemimpin parti baru berkenan  tidak teragak-agak menyatakan kesediaan menerima PAS sebagai anggota kerabat Pakatan 2.0 yang hendak ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat. 
 
Walhal pemimpin-pemimpin 'progresif' ini jugalah pihak yang  mengkritik PAS sebagai sudah lagi tidak relevan dalam politik Malaysia dan halatuju perjuangannya sudah tersasar dari ajaran Islam. 
 
Tidakkah mereka terfikir bahawa jika PAS setuju menyertai Pakatan 2.0 tetapi pimpinan PAS masih tidak berubah orientasi dan metodologi perjuangan politiknya, ia akan menjadikan Pakatan 2.0 satu lagi kegagalan?
 
Sebagai politikus moden yang percaya mereka memahami realiti politik hari ini, mustahil mereka mahu dan boleh menerima PAS dalam keadaan kepimpinan dan halatujunya yang ada hari ini. 
 
Pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tentu akur bahawa satu lagi komponen penting dan berpengaruh Pakatan 2.0 iaitu DAP  tentu tidak akan selesa berganding bahu dengan PAS lagi. 
 
Malah sayap pemuda DAP (DAPSY) awal-awal lagi menentang syor Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar PAS dipelawa dan dipujuk menyertai Pakatan 2.0 yang hendak dibentuk. 
 
PAN juga tentu insaf bahawa kehadiran PAS dalam muafakat Pakatan 2.0 hanya akan mengkerdilkan sumbangannya dalam barisan politik itu. PAS mempunyai struktur pengurusan dan balatentera politik yang lengkap.
 
PAS juga mempunyai pekerja parti yang ikhlas dan gigih di semua peringkat – Ranting, Kawasan dan Pusat -- serta prasarana politik seperti akhbar, portal, kelengkapan ceramah untuk menghadapi segala kemungkinan politik.
 
Lantas sudah tentu kehadiran PAS dalam Pakatan 2.0 akan menggerhanakan sumbangan dan peranan PAN. 
Read More / Baca Lagi >>

Timbalan Presiden Umno selamat, Presiden Umno lari ikut 'lorong tikus' ...

Posted: 09 Sep 2015 07:47 PM PDT


Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam dari pukul tiga petang nampaknya hanya satu lagi 'mesyuarat biasa' MT.
Mesyuarat MT pada hari ini akhirnya berjaya diadakan, setelah ditangguh dua kali sejak penyingkiran Timbalan Presiden Umno dari kerajaan.
Timbalan Presiden Umno selamat, Presiden Umno ikut 'lorong tikus'Segala desas desus bahawa Presiden Umno akan dengan berani mengambil peluang ketika mesyuarat MT hari ini untuk menyingkirkan Timbalan Presiden bersama-sama pemimpin tertinggi lain yang tidak sehaluan dengan beliau juga ternyata tidak kesampaian.
Presiden bukan sahaja tidak berani berbunyi tentang tindakan ke-atas sesiapa malah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga tidak berani melalui pintu masuk utama Menara Dato Onn ketika menghadiri mesyuarat petang tadi.
Yang tertunggu-tunggu di pintu masuk utama Menara Dato Onn PWTC sebelum dan selepas mesyuarat MT UMNO petang tadi hanya ahli Umno dan para jurugambar yang agak kecewa bila diberitahu bahawa Najib telah keluar dan terus meninggalkan PWTC melalui laluan alternatif atau 'lorong tikus'.
Mungkin tindakan Mohd Najib menggunakan laluan 'lorong tikus' adalah sifat kepahlawanan yang tidak diketahui umum sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Umno kata SKMM ambil tindakan jika laporan WSJ palsu

Posted: 09 Sep 2015 07:44 PM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) jika laporannya mengenai 1MDB adalah palsu, kata kerajaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membocorkan maklumat kepada WSJ.
Semalam WSJ melaporkan International Petroleum Investment Company (IPIC) UAE belum menerima bayaran cagaran AS$1.4 bilion dari 1MDB seperti yang dijanjikan, untuk membayar hutangnya.
1MDB dalam reaksinya menuduh WSJ melanggar undang-undang Malaysia dengan menyiarkan maklumat sulit daripada PAC.

Laksana undang-undang secara saksama, kata peguam kepada polis

Posted: 09 Sep 2015 07:29 PM PDT

Pihak polis perlu bertindak adil agar tidak dilihat rakyat sebagai berat sebelah dengan menyiasat mereka yang cenderung kepada pembangkang tetapi menutup mata jika penyokong pro-kerajaan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015. 
Pihak polis perlu bertindak adil agar tidak dilihat rakyat sebagai berat sebelah dengan menyiasat mereka yang cenderung kepada pembangkang tetapi menutup mata jika penyokong pro-kerajaan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. 

Polis perlu menguatkuasakan undang-undang secara saksama jika ia mahu mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia, kata peguam, mengulas tindakan pantas diambil terhadap 2 orang yang didakwa memijak poster perdana menteri dan presiden PAS pada perhimpunan Bersih 4 hujung bulan lalu. Mereka berkata, polis tidak sepatutnya berlaku "double standard" dengan menyiasat mereka yang cenderung kepada pembangkang tetapi menutup mata jika penyokong pro-kerajaan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
"Orang ramai akan melihat kelakuan sedemikian oleh pihak polis terhadap mereka yang anti-kerajaan sebagai buli dan berat sebelah," peguam SN Nair, seorang bekas pegawai polis, berkata kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas penangkapan seorang penyelia berusia 21 tahun dan teman wanitanya yang memijak poster Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan Bersih 4. Mereka disiasat kerana melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan khianat awam. Mereka dibebaskan selepas keterangan diambil.
Polis pada Jumaat dilaporkan juga menawarkan ganjaran kepada mereka yang dapat memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan individu lain yang turut memijak poster itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima R.S.N. Rayer (gambar, kanan) berkata, pendakwaan jenayah juga perlu diambil terhadap Umno atau kumpulan pro Umno yang melakukan perbuatan lebih menjijikkan daripada memijak gambar pemimpin negara. Rayer yang juga seorang peguam berkata, polis perlu menangkap mereka yang menghantar kek berbentuk seperti najis manusia dan pakaian dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di pejabatnya di Komtar.
Beliau memetik satu lagi kejadian di mana ahli Perkasa didakwa menjalankan upacara pengebumian di hadapan rumah peribadi Lim di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.
Katanya, semasa perhimpunan Pemuda Barisan Nasional 2010, penunjuk perasaan memijak dan membakar gambar Lim di luar DUN Pulau Pinang.
Awal tahun lepas, anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumurkan darah pada kain rentang yang mengandungi wajah wakil rakyat DAP dan PKR di Jalan Tun Perak, di tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Empat pemimpin pembangkang itu ialah Lim, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dan Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon.
Ia reaksi kepada video Tahun Baru Cina Kok bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014" dan flashmob oleh Lee, di mana kangkung disumbat ke dalam mulut patung kadbod Najib sebagai protes terhadap kenaikan harga barang.
Read More / Baca Lagi >>

Terus menduda lebih baik!

Posted: 09 Sep 2015 07:28 PM PDT

 
DI gelanggang WWE,  seorang penggusti setengah mati dibelasah lawannya. Dia menjerit melolong minta tolong. Kemudian datang seseorang yang diketahui adalah sekutu rapatnya. Anehnya, penggusti yang baru datang itu bukan membantu sebaliknya turut sama membelasah 'rakannya' itu. Suasana menjadi gamat susulan adegan yang tidak terduga oleh sesiapa. Adrenalin merembes deras dalam tubuh setiap orang yang berada di dalam arena.

Itulah suasana yang dahulu dianggap luar biasa tetapi sekarang sudah jadi kebiasaan di gelanggang gusti pada era WWE.

Tidak ada kawan yang kekal, tidak ada lawan yang kekal. Apa yang akan sentiasa kekal ialah kepentingan. Seperti ahli gusti, ahli politik juga harus berpegang pada kenyataan ini!

Azmin Ali kelmarin dengan penuh yakin menegaskan bahawa PKR tetap mahu menjalin kerjasama dengan Pas – kenyataan yang pasti menggetarkan gegendang telinga Mat Sabu, juga Lim Guan Eng.

"Ini bukan pendirian peribadi saya, tetapi pendirian parti (PKR) mengikut apa yang diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin di Kuala Selangor, tengah hari kelmarin.

"Kita sudah pun berbincang mengenai perkara ini termasuk mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima (Anwar sebagai) ketua umum," ujarnya lagi.
Kopi

Azmin bukan budak kopi – seperti Saiful Bukhari - dalam PKR. Beliau timbalan presiden parti. Lebih daripada itu, kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor meletakkannya pada posisi yang sangat berpengaruh, lebih berpengaruh daripada Wan Azizah sendiri. Kata-katanya boleh diterima sebagai suara rasmi parti.

Petang kelmarin juga,  Mat Sabu dilaporkan telah menemui Wan Azizah - mungkin untuk mendapatkan penjelasan Kak Wan mengenai kenyataan timbalannya itu. Siapa yang tidak bergundah gulana jika ketika masih berbulan madu, suami sudah menyebut mahu berkahwin lagi. Itulah yang seharusnya dirasai oleh Abang Mat.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Azmin sekadar respons terhadap kenyataan Guan Eng bahawa partinya tidak akan berbaik semula dengan Pas dalam masa yang terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan ketika diminta mengulas kemahuan PKR untuk terus bekerjasama dengan parti itu, tidak menyatakan kesimpulan secara tuntas.  "Pas perlu belajar daripada pengalaman," katanya, membayangkan parti itu selepas ini akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk membentuk atau menyertai sebarang pakatan politik.

Bagaimanapun seperti kenyataan yang dibuat oleh bosnya, Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu pada hari yang sama – kelmarin – Pas dibayangkan sebagai tidak kisah jika perlu bergerak sendirian.

"Pas ada kekuatan yang tersendiri," kata Abdul Hadi ketika ditanya oleh pemberita, dan itulah juga kata-kata Takiyuddin ketika dihubungi wartawan Sinar Harian dari Shah Alam.

Apa yang disebut oleh kedua-dua pemimpin Pas itu bukan cakap kosong. Tahun ini, usia Pas sudah masuk 64 tahun. Dalam tempoh itu, parti tersebut sudah melalui bermacam-macam pengalaman. Seperti yang disebut oleh Abdul Hadi, Pas pernah bekerjasama dengan parti komunis sebelum merdeka, dengan sosialis, dengan Perikatan dan kemudian BN, selepas itu bergerak sendiri semula sebelum bersama dengan Gagasan Rakyat (1990) dan Pakatan Rakyat bermula PRU12.

Maka, Pas memangnya tidak kisah untuk terus menduda selagi tidak bertemu dengan pasangan yang benar-benar sehati sejiwa.

Apa yang menjadi teras kekuatan Pas untuk bergerak sendiri ialah parti itu lebih mengutamakan perjuangan agama dan dakwah menerusi politik, bukan meletakkan kemenangan atau kerusi pilihan raya sebagai target wahid. Sebab itu dalam sejarahnya, Pas pada 1982 dan 1986 hingga 1990 pernah memenangi hanya satu kerusi Parlimen iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan menerusi Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Nik Abdullah Arshad.

Read More / Baca Lagi >>

Baiah: Dari al-Qaradawi ke Ibnu Taimiyah

Posted: 09 Sep 2015 07:13 PM PDT


Walaupun ada ulama yang menganggap jatuh satu talak dalam kes berkenaan namun ada juga ulama yang menganggap ikatan sumpah itu tidak sah kerana ia bercanggah dengan maqasid ammah yang lebih utama iaitu keutuhan dan integriti keluarga mengatasi apa juga perhitungan.
Ini dianggap sebagai menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.
Oleh itu sumpah berkenaan dianggap tidak sah.
Sebaliknya dianggap lagha (sia-sia) dan terbatal dengan sendirinya sebab bercanggah dengan maslahah lebih utama.
Menurut Ibnu Taimiyah, talaq tidak jatuh kerana:
"Penutur sumpah tidak berniat menjatuhkan talak tapi sekadar untuk melarang dan menakutkan dan dia sendiri membenci talak berkenaan."
Pendapat ini juga merupakan pendapat Abu Hanifah, segolongan sahabat al-Syafie seperti al-Qaffal, Abu Sa'id Al Mutawalli dan difatwakan oleh hakim-hakim daripada kalangan mutakhir daripada para sahabat Abu Hanifah, al-Syafie dan lain-lain.
Namun dituntut pihak yang membuat sumpah takliq berkenaan hendaklah membatalkan sumpah itu dengan memberi sedekah satu so' atau sekitar 1 ½ kilogram makanan (beras atau gandum) kepada sepuluh orang fakir miskin untuk melepaskan dirinya dari sumpah berkenaan.
Bahkan dalam hal ini, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi telah menyebut:
"Pendapat seperti ini juga yang terpakai dalam undang-undang keluarga Islam di Mesir, Algeria dan Libya semenjak lebih daripada pertengahan abad yang lalu."
"Sesungguhnya talak muallaq (talaq yang terikat dengan sesuatu atau larangan sesuatu) bukanlah talak yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk memisahkan hubungan suami isteri. Akan tetapi ia berkaitan dengan sumpah. Melanggar sumpah itu maka cukuplah bagi dia untuk membayar kafarah sumpah iaitu memberi makan atau pakaian kepada 10 orang miskin." (Fatawa Muasirah, jilid tiga, ms 342, cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi)
Muslim yang baik dan wadah politik Islam yang progresif masa kini tidak mempermudah kedudukan institusi keluarga dan anak isterinya untuk meraih kedudukan politik dalam arena politik demokrasi.
Mereka tetap menjunjung cita-cita memperjuangkan Islam dalam perspektif keilmuan yang lebih anjal dan syumul, sesuai dengan 'angkubah' dan realiti yang semakin rencam dan terkini.
Perjuangan mendaulatkan cita-cita Islam dalam arena politik demokrasi pelbagai parti tidak lagi boleh menggunakan pendekatan keterlaluan (fanatisme) sehingga menimbulkan suasana haru-biru dalam keluarga dan masyarakat.
Segala perbezaan dan gerak kerja politik mesti berlandaskan rasionaliti yang tinggi, adab yang mulia dan tindakan bijaksana untuk tidak melibatkan kehidupan peribadi seseorang kerana gerak kerja meraih undi dan kedudukan dalam masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Raja Bahrin tebus baiah taklik beri makan orang miskin

Posted: 09 Sep 2015 07:10 PM PDT

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menganggap PAS sudah lari daripada perjuangan asal terutama berhubung tahalluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015. 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menganggap PAS sudah lari daripada perjuangan asal terutama berhubung tahalluf siyasi.

 Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah memilih untuk memberi makan kepada 10 orang miskin sebagai menebus sumpah baiah yang dilafazkan sebelum ini berhubung ketaatannya terhadap perjuangan PAS, lapor Sinar Harian hari ini.
Tindakan itu diambil selepas beliau melanggar lafaz baiah yang diikrarkannya secara sukarela di hadapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua tahun lalu dan kini mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Beliau berkata, tindakannya itu dirujuk berdasarkan kepada ayat al-Quran berhubung ruang untuk menebus sumpah baiah jika berlaku pelanggaran sumpah.

"Hukumnya adalah memerdekakan seorang hamba, beri makan 10 orang miskin daripada apa yang kita makan dan berpuasa 3 hari. "Saya memilih yang kedua, akan beri makan 10 orang miskin," katanya kepada akhbar itu.
Sebelum ini, melalui baiah tersebut, beliau bersumpah perkahwinannya akan terbubar dengan talak 3 sekiranya beliau meninggalkan PAS.
Raja Kamarul Bahrin menganggap PAS sudah lari daripada perjuangan asal, terutama berhubung tahalluf siyasi, sementara sebahagian besar pemimpin parti itu masih menganggap sumpah baiah itu sah hingga kini.
Beliau mendakwa, antara perkara yang diabaikan dalam PAS ialah konsep "PAS untuk semua" yang kini ditinggalkan terutamanya apabila ia memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi pada Jun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan 2.0: Belum dilancar pun sudah berhadapan masalah

Posted: 09 Sep 2015 07:01 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Kita tidak dapat mengelak daripada merasa simpati terhadap diri sendiri. Negara kita hari ini dalam keadaan kacau-bilau.
Krisis kepimpinan, skandal rasuah berbilion ringgit, kos sara hidup yang tinggi, nilai Ringgit yang lemah, tindakan ke atas penerbitan, hubungan antara kaum yang memburuk dan sebagainya.
Kita memerlukan kepimpinan yang kuat untuk membawa kita keluar dari keadaan ini dan kembali bergerak ke hadapan.
Kita memerlukan pemimpin yang berwawasan dan cekal.
Tetapi siapakah yang dapat mengeluarkan kita daripada kacau-bilau ini?
Di sebelah pihak kita ada Barisan Nasional yang sudah memerintah negara sejak 58 tahun yang lalu.
Dalam beberapa tahun ini, gabungan itu telah diselubungi skandal, kontroversi dan dasar yang berubah-ubah.
Kerajaan pimpinan BN dilihat ramai sebagai bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah yang kini dihadapi negara. Ini menyebabkan sokongan ke atasnya merosot dalam dua pilihanraya umum (PRU) yang lalu.
Di satu pihak lagi kita ada gabungan longgar parti-parti yang tidak bertahan lama ekoran ideologi berbeza dan kurangnya visi yang dikongsi bersama.
Ikatan paling kuat antara PKR, DAP dan PAS tidak syak lagi adalah keinginan mereka menyingkirkan BN dari Putrajaya.
Rakyat Malaysia diberitahu tentang Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal lahir dari abu Pakatan Rakyat.
Golongan progresif dalam PAS yang kalah dalam muktamar pemilihan Jun lalu menubuhkan parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) dan dikatakan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS.
Adakah masalah sudah selesai?
Tidak juga. Nampaknya Pakatan 2.0 sudah pun berhadapan masalah sebelum ia dilancarkan.
Laman The Malaysian Insider melaporkan bahawa PKR mahu PAS turut bersama dalam pakatan pembangkang yang baru walaupun dibantah DAP dan Amanah.
Timbalan presiden Mohamed Azmin Ali berkata, selepas berbincang secara terperinci, PKR telah memutuskan bahawa parti itu menerima sesiapa sahaja yang komited dengan perubahan, termasuk PAS.
Menteri Besar Selangor itu berkata yang setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berhak memiliki pandangan sendiri untuk tidak bekerjasama dengan PAS.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tak akan sertai pakatan pembangkang baharu, kata Hadi

Posted: 09 Sep 2015 06:59 PM PDT

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu kerana pembentukannya tidak jelas dalam mendaulatkan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu kerana pembentukannya tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.

Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.
"Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam," beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam. "Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam," katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.
Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.
Bagaimanapun, Azmin yang juga menteri besar Selangor jelas masih menganggap PR masih wujud dan mahu PAS terus kekal dalam pentadbiran Selangor.
Parti Amanah Negara (Amanah), parti pembangkang bercirikan Islam yang baru ditubuhkan sebagai alternatif untuk rakyat pula berkata, pemimpin mereka sepakat menerima PAS dalam gabungan baharu tetapi parti Islam itu sendiri yang nampaknya mahu bersendirian.
Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata, sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, Amanah terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS.
Tetapi, kata ahli jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad, dilihat daripada pendirian Hadi, terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian.
Read More / Baca Lagi >>

‘Suruh dia debat dengan Che Mah ler’ jawap Pegawai Rosmah

Posted: 09 Sep 2015 04:38 PM PDT

Rizal Mansor menawarkan diri untuk menjadi moderator sekiranya debat diadakan.
Rizal-Mansor,-facebook
PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor memuat naik status mencabar seseorang supaya berdebat.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih terperinci apakah yang dimaksudkan Che Mah itu, majikannya Datin Seri Rosmah Mansor atau orang lain.
Dalam status yang dimuat naik di Facebook, dia juga menawarkan diri untuk menjadi moderator sekiranya debat diadakan.
"Suruh dia debat dgn Che Mah ler.. Byk benda Che Mah nak debat.. Gua boleh jadi moderator," tulisnya.
Status yang dikemas kini pada 8 September itu, dilihat mempunyai kaitan dengan kenyataan Rizal sebelum ini yang marah dengan pihak tertentu yang menjual nama Rosmah untuk jual cerita.
Tidak terkecuali, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Bekas Perdana mulakan serangan terhadap Dato' Sri Najib.. perhatikan bagaimana beliau mulakan dengan isu cincin.. padahal Menteri Tun Dr Mahathir – pun terpaksa "jual" nama Datin Sri Rosmah Mansor sebelum nak beliau sendiri tahu kebenarannya (Beliau yang lancar buku biografi yang turut menjawab fitnah cincin) tapi "terpaksa guna" nama Datin Sri Rosmah untuk menarik perhatian masyarakat…," tulis Rizal dalam status Facebooknya pada Selasa lalu.