Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Rosmah nafi Hamid Bador, Apa pula respon Zahid?

Posted: 06 Sep 2015 10:31 PM PDT



Rosmah sudah nafikan kenyataan Dato Hamid Bador yang tersebar malam tadi ....

Pegawai Khas nafi Rosmah terbabit dengan pertukaran Abdul Hamid

| September 7, 2015 
Rizal Mansor menyifatkan dakwaan itu pembohongan dan menyangkal Rosmah hadir dalam mesyuarat yang diadakan.

rizal,rosmah,hamid


PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador.

Katanya, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.

"Bohong, semuanya bohong," tegasnya ketika dihubungi FMT.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam "mesyuarat tergempar" yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

..................

Berikut kenyataan Dato Hamid Bador yang tersebar ...

Kenyataan Datuk Hamid Bador

My statement would be...."

Saya ingin jawapan dari ds zahid hamidi sendiri atas alasan apakah saya ditendang keluar dari PDRM.

Oleh kerana beliau yg memaklumkan secara lisan kepada saya tentang "pertukaran" tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya. Saya merasakan diri saya dihina seolah-olah spt najis mughallazah dan tak layak utk memakai lencana keramat PDRM itu lagi.

Adakah "pertukaran" ini dibuat kerana saya berada bersama tan sri gani patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat??? Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang halatuju dan tempo lembab proses siasatan ke atas kes 1MDB???

Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu "mesyuarat tergempar" yg dipengerusikan oleh PM, isteri beliau, ds Rosmah, turut hadir, selain dari ds zahid hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain. Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan.

Ramai yg menuduh saya sbg "sore loser" sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yg "normal" di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan/kementerian lain utk menjalankan fungsi2 khusus. Betul. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luarbiasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang timb pm/mdn.

Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah ts gani patail hampir sejam setengah dua malam sebelum beliau "dipecat" di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu ts gani patail sering meminta pandangan2 c.khas dalam banyak isu/kes tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh ds zahid hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah beliau.

Tidak kah beliau sedar bhw saya ini seorang "career officer" dalam pdrm dan bukannya macai politik? Bukankah sebagai mdn beliau sepatutnya membela saya?

Beliau harus ingat bahawa dirinya sendiripun bergelumang dgn pelbagai kontroversi. Ingat kah kes Paul Phua, tauke judi tersohor tu? Sudah terang lagi bersuluh. Jangan ingat kes ini sudah selesai kerana imbuhan kewangan dari "surat sokongan luarbiasa mdn" itu di mahkamah Amerika dipercayai mempunyai "trail" atau jejak yg sukar dipadamkan.

Seperkara lagi yg luarbiasa tentang pertukaran saya ini ialah tiadanya jawatan yang menunggu sewaktu saya melapor diri utk mula bertugas. Difahamkan pihak JPA sendiri tidak bersedia. Tidak kah ini sesuatu yg luarbiasa? Seolah-olah gaji saya ini dibayar dengan duit jepun sewaktu perang dunia kedua dulu.

Tindakan saya "melawan arus" ini saya ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masadepan saya dalam pdrm akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam. Saya pasrah dengan harapan agar nasib yg menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yg lain.

Perbuatan keji pemimpin politik membuli pegawai kerajaan mesti dihentikan. Saya berdiri atas prinsip bhw kebenaran itu diredhai allah swt.

Salam.

Abdul hamid bador, 5sept15.

----------------

Apa pula respons TPM Dato Zahid? Rakyat Post melaporkan:

'He has lost it', says Zahid Hamidi in response to former special branch deputy director's statement

KUALA LUMPUR, Sept 7, 2015:

"Kepala dia dah masuk air." (He has lost it).

That was the simple response given by deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi in a text message to The Rakyat Post.

He was referring to former Special Branch deputy director Abdul Hamid Bador, who in a statement, questioned his immediate transfer to Prime Minister's department which Abdul Hamid claimed was due to his defiance towards leaders of the BN-led government.

Seoenuh di SINI

Bermulakah pendedahan BUTIRAN komplot jatuhkan kerajaan???

Posted: 06 Sep 2015 07:28 PM PDT













TMI kepunyaan penipu kepada si penipu Xavier Justo menipu-lapor Rahman Dahlan

Posted: 06 Sep 2015 05:37 PM PDT


Rahman Dahlan dilapor berkata:

This morning I was asked by TMI reporter what my response was to people who were concern that investigators currently investigating PM might not be able to do their job independently because they were answerable to PM.

I replied that no matter who the investigators answerable to, people would still accuse the investigators of not being independent.

For example, if they are answerable to parliament, people will say they are not independent because BN have more MPs in parliament than the opposition. Even if the investigators answerable to the King, there will still be people accusing His Majesty of favoring one side over the other. In other words, I was making a point that people will still accuse the investigators of not being independent no matter who they answerable to!

I also added that in the end, the voters would have the last say in the next general election. They can either vote us in or vote us out.

Unfortunately, this simple point has been spun by The Malaysian Insider. The headline screams, "No investigation against Najib can be independent, says minister". It is utterly irresponsible headline. I never said as such. All I said was no matter who the investigators answerable to, there would be people who want to doubt their independence.

I hope TMI will be more responsible and accountable in their reporting and avoid spinning my response. I have asked them to amend the posting immediately.

Jika tak mau, Musram kata RM2.6 billion boleh bantu Sabah dan Sarawak

Posted: 06 Sep 2015 08:00 AM PDT



Memetik dari blog Apa Tersirat:

6. Najib berulang kali menyatakan, bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat, malah sumbangan yang diterima beliau bukanpun kegunaan peribadi, akan tetapi untuk jentera BN secara keseluruhan dan bantuan-bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

6. Duit RM2.6bilion bukanpun banyak sangat, jika dibahagi sama rata dengan ahli Umno sahaja, purata setiap seorang RM765, namun jika dibahagi rata dengan ahli Bn, ianya hanya RM277 setiap orang, namun jika dibahagi sama rata dengan pengundi tahun 2013, ianya hanya RM195 setiap seorang.

7.Namun wang RM2.6bilion bukannya diberikan kepada pengundi, akan tetapi digunakan dalam gerakan sebelum pilihanraya. Wang itu masuk sebelumpun Parlimen dibubarkan, ertinya penggunaan wang itu tidak melanggar undang-undang pilihanraya, kerana digunakan sebelum pilihanraya.

8. Di Sabah dan Sarawak sahaja, untuk keperluan rakyat di luar bandar seperti pemberian Tanki air, atap zink bagi rakyat dalam kategori miskin, pembaikan rumah-rumah rakyat yang usang, RM2.6bilion belum mencukupi, malah ramai lagi rakyat di kampong-kampong masih merungut. Nampaknya mereka yang belum kebahagian itu, terpaksa menunggu lebih lama, kerana penderma budiman akan kecut, kerana takut dituduh sebagai pengubah wang haram.
9. Salahkah DS Najib membantu orang miskin dan susah? Mengapa dipersoalkan sangat, derma daripada penderma budiman? jawapannya, kerana cemburu dan irihati.
Sepnuh di SINI

Belajar dari PAS, UMNO juga perlu hapuskan Anwarinas ....

Posted: 06 Sep 2015 05:09 AM PDT


1. Sudah lama orang pas diingatkan tentang orang2 Anwar menyusup dalam parti itu. They're planted by him since 1998.

2. Anwarinas berjaya memegang jawatan2 penting dalam pas dan ada sebahgian mereka diangkat menjadi YB. Pemimpin pas tidak percaya mereka itu adalah ancaman dan tidak kesah akan ingatan/amaran ikhlas yang diberikan.

3. Pertandingan antara Ustz Nasha & Mat Sabu cukup jelas memaparkan sepak terajang Anwarinas. Namun pemimpin pas masih tutup mata dan pekakkan telinga mereka.

4. Sekarang baru tersedar. Malangnya Pas sudah hilang satu pertiga kuasanya di Parliamen apabila mereka menubuhkan parti baru, PAN, setelah kecewa kerana gagal untuk menawan Pas.

5. Dalam pada itu, adakah UMNO pula sedar bahawa terdapat ramai Anwarinas dalam kelambunya?

6. Memang ada orang kuat Anwar yang dari awal sudah insaf dan sedar sepak terajang AI lalu mereka kekal setia dlm UMNO. Mereka ini bukanlah Anwarinas yang licik itu.

7. Namun memanglah strategi Anwar was to plant his men/women everywhere.

Baca seterusnya dalam blog Darah Tuah SINI 


Anwarinas ni selalu ada susur galur ke organisasi di atas.

Dulu pun kata cerita hantu, akhirnya jatuh Perak, Penang dan S'ngor ke DAP

Posted: 06 Sep 2015 02:30 AM PDT


FMT laporkan Shabuddin Hussein berkata berikut:

"Najib has nothing to do with the fate of Malay leadership in the country. The Malays don't need a thief and robber as their leader."

Bersih 4 which took to the streets last weekend to demand that Najib step down should not be looked at through the prism of race, warned the analyst. "The Chinese are as upset as the Malays and others that we have a thief and robber as Prime Minister."
The next Prime Minister in the wake of the RM42 billion 1MDB and RM2.6 billion scandals, said Shahbudin Husin, whether from the Barisan Nasional (BN) or Pakatan Rakyat, will be Malay. "Surely, Malay leaders in PKR, PAS and the Amanah political wing of PAS-breakaway Gerakan Harapan Baru (BN) would want to be Prime Minister and they can act together."
"Tengku Razaleigh Hamzah and Muhyiddin Yassin are not Chinese. So far, all the names proposed to replace Najib as Prime Minister have been Malays. Lim Kit Siang and Lim Guan Eng didn't say that they want to be the next Prime Minister."

Baca FMT SINI

Begitulah dulu orang bila berkata DAP tak akan ambilalih Penang.

Begitu juga orang tak pervaya bila dikatakan DAP tidak akan jadi tangan yang menguasai MB Selangor dan Perak.

Kalau percaya sangat pandangan yang hanya teori dan diambil risiko untuk ikut cakap dia, akhirnya perkara yang dinafikan betul, macam mana?

Cakap depan PC atau tulis atas kertas, kerja senang. Bukan kamu yang nak rancang dan fikirkan segala kemungkinan dan memastikan kemungkinan yang dikhuatiri tidak berlaku.



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


FLIGHT AIRASIA DAN MAS DARI SABAH FULL PADA 13-15 SEPTEMBER

Posted: 06 Sep 2015 10:54 PM PDT

Wakil kami di beberapa bandar utama di Sabah mendapati tiket penerbangan pada 13, 14 Dan 15 September 2015 hampir penuh. Dijangka beberapa hari lagi tiket-tiket penerbangan pada masa tersebut sukar untuk diperolehi.

Kita tidak pasti adakah ianya berkaitan Himpunan Maruah Melayu pada 16 Sept ataupun ada acara lain. 

Pembelian melalui online juga dikesan semakin sukar pada masa-masa tersebut kecuali beberapa seat yang agak mahal.

Laporan bersambung....

NGO ISLAM SERU ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU TURUN 16 SEPTEMBER 2015

Posted: 06 Sep 2015 09:58 PM PDT



Mesej yang kami terima untuk dikongsi bersama pembaca:

Sekali lagi, kenapa Cina Komunis bentuk baru aka DAP boleh kenapa Melayu tidak boleh?

Kenapa di Jalan Tuanku Abd Rahman dan di dataran Merdeka boleh, kenapa di Petaling Street dan di Jalan Bukit Bintang tidak boleh?

Kenapa takut Melayu berhimpun?

Kenapa ada double standard?

Andalah menjawabnya, kami hanya membantu menyiarkannya untuk anda.


ORANG MELAYU WAJIB HADIR TANDA SOLIDARITI KERANA KURANG AJAR CINA KOMUNIS BENTUK BARU

Posted: 06 Sep 2015 04:13 PM PDT

INI GAMBARAN CINA KOMUNIS LAMA DAN KOMUNIS BENTUK BARU AKA DAP YG BERHIMPUN BARU-BARU INI

Pendapat Saya Tentang Himpunan Melayu 16 Sept Ini.

01. Ianya WAJAR Agar Menunjukkan Solidarity & Kekuatan Ketuanan Melayu.

02. Politic Is Number Game, Lebih Ramai Melayu Faham, Maka Lebih Ramai Yg Akan Tahu Perlunya Melayu Itu Bersatu.

03. Komen Komen Memperlekehkan Agar Org Melayu Pergi Masjid & Buat Perkara Yg Ada Unsur Agama Adalah Komen Yg Cetek Minda. AKAN HANCUR KETUANAN MELAYU & KESUCIAN AGAMA ISLAM Apabila KUASA POLITIK MELAYU ITU TERHAKIS.

04. Lihat Contoh PAS, Parti Konon Islam Yg Kini BANGSAT Di Hambat Oleh Cinabeng & DAP Apabila Bersekongkol Utk Kuasa Dan Dikaldaikan Dgn Kuasa Wang.

05. Lihat Bagaimana Cinabeng MCA & GERAKAN Yg Seakan Akan Terpaksa Akur Dgn Number Game Cinabeng DAP.

Dalam Masa Yg Sama, UMNO BN Harus Sedar, UMNO Sahaja Tidak Boleh Survive Dgn Politik Perkauman. Kita Memerlukan Undi Rakan Rakan Di Sabah & Sarawak Utk Kekal Mendapatkan 35% Kerusi Parlimen BN Dari Sabah & Sarawak.

KEHARMONIAN MALAYSIA Adalah Penting Diantara Masyarakat Majmuk.

Org Melayu WAJIB Kelihatan TEGAS Jika Mahu Di Pandang Sebagai Leader.

PERLAKSANAAN PALING STRATEGIK IALAH :

KEFAHAMAN KONTRAK SOSIAL.
Perbetulkan Kembali Sosial Kontrak Antara Kaum Lain Dgn Bangsa Melayu & Bumiputera As Per Perlembagaan.

Jus Soli ~ Kita Terima Mereka, Namun Mereka Kena Faham & Akur Dgn Cara Kita.

Jika Tidak, Kita Patut Buat Tribunal Caj British Kerana Bawa Mereka Dan Tak Sediakan Tambang , Kapal Utk Hantar Cina, India, Ceylon & Benggali Ke Negara Asal Mereka.

Artikel sumbangan pembaca.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Sarawak Report Mahu Raikan Kejayaan Tumbang Kerajaan Dengan Segelas Arak

Posted: 06 Sep 2015 07:44 PM PDT

Ahmad Maslan Jawab Balik Tuduhan Fitnah

Posted: 06 Sep 2015 07:20 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LAWATAN 2 HARI KAK WAN KE P.PINANG

Posted: 06 Sep 2015 05:32 AM PDT

Menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan karom Piala Kak Wan bermula semalam hingga hari ini..alhamdulillah..



Ziarah dan sampaikan sumbangan kepada Aishah Ismail yang terlantar sakit di Kg Kota..moga Allah berikan kesembuhan..
Menziarahi Abdul Mutalib dan keluarga di Kg Penanti..beliau diserang stroke menderita akibat penyakit kencing manis..rasa amat simpati..bantulah keluarga ini Ya Allah..
Majlis Perasmian pembukaan Ranting Jalan Baharu, DUN Seberang Jaya, Parlimen Permatang Pauh pagi ini..alhamdulillah kita menerima kemasukan 90 ahli baru..
Di Kubang Semang..ziarah dan sampaikan sedikit sumbangan kepada Siti Zaharah Ismail..moga Allah berikan  dan kesembuhan
Minum Petang Bersama Kak Wan di Pusat Khidmat Pulau Betong, Titi Terus, Balik Pulau..program terakhir hari ini di Pulau Pinang..insya Allah lawatan seterusnya akan diatur kemudian....
 -Minum Petang Bersama Kak Wan di Pusat Khidmat Pulau Betong, Titi Terus, Balik Pulau..program terakhir hari ini di Pulau Pinang..insya Allah lawatan seterusnya   kemudian..
Alhamdulillah..sambutan rakyat Pulau Pinang sepanjang program dua hari ini semakin hebat..anda semua memang terbaik..semoga perjuangan kita terus subur..

PECAT MUHYIDDIN TANDA BERANI, GANTUNG JAWATAN TANDA "PONDAN"

Posted: 06 Sep 2015 02:10 AM PDT



Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik.

Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang dirasmikannya.

Dengan itu, Muhyiddin dianggap telah mencemarkan parti dan nama baik Presiden UMNO secara terbuka.

Walaupun beberapa nama lain turut disebut akan dipecat sama, tetapi kemungkinan ianya tidak berlaku bagi mengelakkan kemudaratan serta perpecahan dalam parti itu. Ini bermakna hanya Muhyiddin seorang yang akan dikenakan tindakan itu, manakala yang lain kemungkinan hanya diberikan amaran atau langsung tidak diambil apa-apa tindakan.

Blog ini dalam postingnya pada 25 Ogos lalu telah menulis mengenai pemecatan Muhyiddin itu yang dinamakan "operasi kedua" bagi menghilangkan gangguan kepada Najib dalam mengurus parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Namun demikian, berikutan reaksi negatif berhubung pemecatan Muhyiddin itu di mana sudah kedengaran ramai pemimpin UMNO sendiri tidak setuju mengenainya, MT UMNO pada 9 September ini dikatakan akan menukar keputusannya daripada pemecatan kepada hukuman penggantungan saja.

Muhyiddin sama ada akan digantung tugasnya sebagai timbalan presiden UMNO atau pun digantung sebagai ahli parti sehingga pemilihan seterusnya iaitu tahun 2018.

Jika dipecat bermakna dibuang terus daripada parti, tetapi penggantungan tugas atau keahlian pula bermakna Muhyiddin masih lagi sebagai ahli UMNO, cuma tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam tempoh tersebut.

Juga bermakna, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat bulanan MT,  tidak lagi mempengerusikan Jawatankuasa Disiplin dan Pengurusan UMNO serta hilang hak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri setiap tahun.

Meskipun hukuman penggantungan itu kelihatan lebih lunak berbanding pemecatan, kesan sebenarnya adalah sama saja iaitu kedua-duanya menyebabkan Muhyiddin hilang peranan sebagai pemimpin nombor dua sehingga pilihanraya umum dan pemilihan UMNO yang akan datang.

Ia bukan saja bermakna Muhyiddin dipasung daripada segala kegiatan parti, malah tidak mungkin dipilih lagi bertanding sebagai calon BN di Pagoh dalam pilihanraya nanti serta kehilangan pengaruh untuk terus mengekalkan jawatannya dalam UMNO.

Dalam erti kata lain, Najib dan UMNO ketika ini amat menyedari parti bukan saja sedang berpecah, tetapi juga mengalami defisit sokongan daripada rakyat. Tindakan yang berlebih-lebihan kepada Muhyiddin dan mereka yang berani membuat teguran, terutama berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta,  pasti akan memburukkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, kiranya tiada tindakan diambil, ia akan berterusan memberi gangguan dan ketidakselesaan kepada Najib dalam memperkuatkan dirinya. Muhyiddin tentu saja akan terus bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Najib dan ini menyebabkan rakyat serta ahli UMNO tertarik untuk membuat perbandingan antara kedua mereka.

Oleh itu, menyingkirkan Muhyiddin memang tidak dapat dielakkan bagi memberi keselesaan kepada Najib. Dalam hal ini, Najib juga dikatakan mendapat sokongan penuh daripada Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk tindakan penggantungan terhadap Muhyiddin itu diteruskan.

Sokongan Zahid kepada penggantungan Muhyiddin tidak saja demi keselesaan kepada Najib menguruskan parti, tetapi juga untuk kemudahan kepadanya melonjakkan diri jika ditakdirkan Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan dan mengalah kepada tekanan rakyat yang pasti akan terus meningkat berikutan Tun Mahathir kian menunjukkan isyarat untuk lebih agresif memberi asakan.

Selain dapat memperkukuh kesetiaan kepada Najib, Zahid dalam hal ini turut sedang menahan lukah untuk kepentingannya sendiri.

Sama ada pecat atau gantung, selain kesannya sama kepada Muhyiddin, ia juga tetap merupakan kejayaan bagi Najib dalam mengenepikan musuhnya itu setelah memecatnya sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini.

Yang berbeza, pemecatan menunjukkan Najib seorang yang berani dan sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan, sesuai dengan madah Bugis yang selalu dilafazkannya, manakala penggantungan pula umpama tindakan "pondan" kerana masih cuba berselindung dan berlagak baik serta toleransi sedangkan kesannya tidak berbeza sama sekali.

Cumanya, janganlah sampai Najib terlebih ghairah sehingga mengambil tindakan pemecatan dan penggantungan secara serentak kepada Muhyiddin pada 9 September nanti...maklumlah hanya Pahlawan Bugis dalam dunia ini yang pernah mengembangkan layar dan melabuhkan sauh kapal dalam masa yang sama.

Hehehe....(SH 04/09/2015)

Tidak mustahil bentuk kerajaan baru di Sabah pada PRU14

Posted: 06 Sep 2015 01:51 AM PDT

IMG_1976

"Ayuh lakarkan perubahan kerajaan di Sabah". Demikian seru Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai dalam ucapannya meminta rakyat Sabah memberi mandat kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 orang penduduk sekitar Keningau dalam majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Sabah ke-52 dan pelancaran replika Batu Sumpah di pekan Keningau disusuli pelancaran Program "Land For The Landless".
Menurut Kok Wai, tiada yang mustahil untuk menukar kerajaan UMNO-BN di Sabah memandangkan parti pemerintah itu semakin tidak popular di Sabah akibat pelbagai isu yang melanda termasuk isu hak Orang Asal.
"Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN mendapat 61 peratus undi majoriti. Tetapi pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, BN hanya dapat 55 peratus," ujar beliau.
Ahli Parlimen Cheras itu menegaskan, rakyat Sabah harus berani melakukan perubahan memandangkan kerajaan sedia ada semakin menindas dan bersikap tidak adil terutamanya terhadap masyarakat Orang Asal.
"Segala jaminan kerajaan Malaysia di Batu Sumpah mesti dipatuhi. Tetapi adakah kerajaan laksanakan dan pelihara apa yang mereka jaminkan kepada anda semua?" soalnya.
Di kesempatan itu beliau membidas sikap kerajaan BN yang gagal mengurus pentadbiran dan ekonomi negara dengan baik sehingga wujud banyak masalah akibat gejala rasuah, kronisma dan penyelewengan dana awam.
"Jadi pada hari kemerdekaan Sabah yang ke-52 ini, kita harus sehati sejiwa bersatu jayakan Sabah dan jayakan Malaysia.
"Kita harus sehati sejiwa tumbangkan BN!" kata beliau disambut tepukan gemuruh hadirin.
Majlis ini merupakan inisiatif DAP Sabah melalui Majlis Perundingan Orang Asal Anak Negeri DAP Sabah yang diketuai Dr. Edwin Bosi yang juga ADUN Kapayan.
Dalam ucapannya Dr Edwin mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk mempertahankan hak adat Orang Asal di Sabah.
"Bagaimana kita nak pertahankan hak adat kalau kerajaan tidak prihatin?" soalnya.
Kata beliau, program dan kempen yang dilancarkan ini merupakan satu komitmen parti untuk memperjuangkan hak Orang Asal yang telah lama didak dipedulikan.
"Kami berjanji bila DAP membentuk kerajaan kita akan hormati segala jaminan yang telah diberikan kerajaan sebelum ini," ujar beliau yang juga Setiausaha DAP Sabah.
Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin pula menegaskan komitmen parti untuk memperjuangkan kepentingan autonomi Sabah.
"Saya ingin tekankan Sabah asalnya bukan merupakan negeri. Tetapi Sabah adalah rakan kongsi Malaya yang membentuk Malaysia. DAP berjuang supaya autonomi Sabah dikembalikan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu berkata, selain memperjuangkan autonomi Sabah, DAP bukanlah sebuah parti perkauman seperti yang digembar-gemburkan media arus perdana.
"Saya ingin tegaskan bahawa DAP perjuangkan kebebasan beragama dan berbudaya di Sabah seperti termaktub di Batu Sumpah. DAP percaya, rakyat Malaysia khususnya di Sabah boleh hidup aman damai walaupun berbeza budaya dan agama," ujar beliau. – Roketkini.

Kg. Mutiara bukan isu perkauman, ia antara tuan tanah dan penduduk

Posted: 06 Sep 2015 01:42 AM PDT

PAS PULAK JADI BATU API???



 
ZAIRIL Khir Johari (duduk, kanan) bersama-sama Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (duduk, tengah), Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Zahar Zainol (berdiri, dua dari kiri) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain meneliti dokumentasi perjuangan penduduk Kampung Mutiara di sini baru-baru ini.

ISU pengusiran penduduk asal oleh tuan tanah bukan tragedi baru di Pulau Pinang, malah telah banyak berlalu sejak sebelum tahun 2008 lagi.

Namun, isu pengusiran penduduk dari Kampung Mutiara di Batu Ferringhi tiba-tiba menjadi perhatian banyak pihak, belakangan ini.

Lebih malang, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng digambarkan seakan langsung tidak membantu mereka yang berkenaan, rata-rata Melayu.

Isu pengusiran penduduk dari Kampung Mutiara akhirnya digambarkan sebagai suatu lagi kisah penindasan Melayu di Pulau Pinang, di beberapa media arus perdana.

Fotojurnalis, ZAINULFAQAR YAACOB berpeluang mewawancara Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, iaitu individu yang terlibat secara langsung dengan isu berbangkit tersebut di pejabatnya baru-baru ini.

"Selalunya isu seperti ini membabitkan tiga pihak, iaitu penduduk, tuan tanah dan pemaju. Kadang-kadang, tuan tanah dan pemaju adalah pihak yang sama.

"Dalam isu Kampung Mutiara ini, sebenarnya melibatkan dua pihak, iaitu tuan tanah dan penduduk sahaja. Tidak ada pemaju yang terlibat. Jika ada pemaju yang terlibat, maka Kerajaan Negeri boleh meletakkan syarat-syarat perancangan pembangunan. Dalam kes ini, tiada permohonan perancangan dibuat.

"Ini bererti bahawa kes Kampung Mutiara sebenarnya tidak melibatkan Kerajaan Negeri. Di sini, wakil rakyat dan Kerajaan Negeri hanya memainkan peranan pemudahcara untuk memastikan kebajikan penduduk terbela.

"Bagaimana pihak ketiga seperti Kerajaan Negeri umpamanya boleh digambarkan oleh pihak tertentu cuba mengusir Melayu dari Kampung Mutiara, sedangkan langkah pengusiran penduduk terbabit dibuat oleh tuan tanah di Mahkamah," tanya Zairil.

Zairil merupakan anak bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Mohd. Khir Johari yang berkhidmat di bawah tiga perdana menteri terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Zairil merupakan graduan Universiti Multimedia, sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di University 0f London.

Sekembalinya ke tanah air, Zairil sempat membina industri makanan berasaskan coklat sendiri, sebelum terus ke arena politik sepenuh masa pada tahun 2010.

Beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, pada 5 Mac 2013.

Walaupun dihambat oleh kerja-kerja politik, beliau memainkan peranan penting dalam Penang Institude (PI), iaitu agensi Kerajaan Negeri yang tidak berasaskan politik.

Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PI mulai Mac 2012 hingga Mac 2014, kemudian ditaklif sebagai Pengarah Eksekutif di institusi sama mulai Mac 2014 hingga kini.

Kes Kampung Mutiara merupakan antara isu-isu yang dikaji dari segi politik ekonomi dan impak sosial oleh pasukannya di IP.

"Penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi telah menetap di kawasan Batu Ferringhi tersebut sejak 50 tahun dahulu lagi, namun bukan di tanah yang terbabit. Mereka telah dipindahkan ke situ pada lewat tahun 1980an ke awal 1990an apabila Hotel Parkroyal dibangunkan. Tanah yang mereka duduki sekarang pula telah dibeli pada tahun 1991 oleh pemilik kini.

"Tuan tanah telah memulakan tindakan mahkamah pada tahun 2007, dan berjaya mendapatkan penghakiman mahkamah pada 3 Julai 2012, perintah (dikeluarkan) pada 3 Julai 2012, perintah bertarikh 20 April 2015, writ milikan bertarikh 25 Jun 2015, dan akhirnya, notis keluar bertarikh 9 Julai (2015) baru-baru ini.


PAMPASAN
Zairil berkata Kerajaan Negeri bukanlah anti pembangunan, jauh lagilah mahu menafikan hak tuan tanah.

Tetapi, katanya, tuntutan-tuntutan penduduk asal Kampung Mutiara yang munasabah perlu diambil kira.

Mengambil contoh lain, pemajuan 803 pangsapuri mampu milik yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri melalui tuan tanah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dekat Sandiland Foreshore di tengah-tengah Bandaraya George Town pada bulan Julai lepas, kerana Tanjung Villa Developement Sdn. Bhd. selaku pemaju bersetuju memberikan pampasan berupa "rumah ganti rumah" secara percuma kepada 54 pemilik rumah asal di atas tanah tersebut.

Lagi satu contoh adalah Kampung Chetty yang terletak bersebelahan Kampung Mutiara, di mana penduduk telah diberi pampasan "rumah ganti rumah" oleh pemaju juga.

"Bagaimana boleh beberapa pemimpin PAS menuduh Kerajaan Negeri langsung tidak membela penduduk asal dan lebih mementingkan pemaju, walhal Kerajaan Negeri hari ini terang-terang membela penduduk Kampung Mutiara.

"Saya konsisten dengan garis panduan oleh Kerajaan Negeri, iaitu tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan (merancang), jika tuntutan penduduk asal di atas satu-satu tanah langsung tidak diambil kira," jelas beliau lagi, sambil menegaskan bahawa isu Kampung Mutiara bukan isu perkauman.

Tambah beliau, Pengerusi Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sendiri sependapat dengan komitmen Kerajaan Negeri mempertahankan hak penduduk kampung tersebut.

"Sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Ahmad Ismail (Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera), isu Kampung Mutiara bukannya isu politik dan tidak seharusnya diputar belitkan oleh sesiapa pun," kata Zairil.

Bagaimanapun, Zairil melahirkan rasa kesal dengan dolak-dalih beberapa pemimpin tertentu PAS yang didakwa mengfitnah, kononnya Kerajaan Negeri langsung tidak membantu penduduk kampung berkenaan.

"Kerajaan Negeri difitnah Pas, walaupun usaha diiktiraf Umno," kata Zairil lagi.

KETERBUKAAN
Bagi Zairil, pergelutan isu membabitkan penduduk telah sampai berjaya menemukan titik persefahaman, apabila beliau sendiri dihubungi oleh tuan tanah baru-baru ini.

Katanya, Kerajaan Negeri senantiasa terbuka dan senantiasa mencari jalan agar hak mana-mana pihak berwajib tidak dinafikan dalam isu Kampung Mutiara ini.

"Datuk Ahmad Ismail sendiri beberapa kali menegaskan kepada media bahawa isu Kampung Mutiara ini bukan isu politik, dan Kerajaan Negeri komited mempertahankan hak penduduk.

"Memang sebelum ini tuan tanah langsung tidak pernah berbincang dengan saya atau Kerajaan Negeri.

"Tetapi, baru hubungi saya untuk berunding apabila dalam kenyataan saya bersama-sama Y.B. Teh Yee Cheu (ADUN Tanjong Bunga) baru-baru ini menegaskan tiada sebarang pembangunan akan diluluskan atas tanah ini jika tiada pampasan yang munasabah untuk penduduk," jelas beliau lagi.

Katanya lagi, Ahmad sendiri memberi komitmen untuk berbincang dengan Kerajaan Pusat agar tanah tersebut boleh ditebus demi kepentingan penduduk asal terbabit.

"Sangat baik usaha JKP (agensi persekutuan), kalau betul JKP mahu membeli tanah Kampung Mutiara itu.

"Isu Kampung Mutiara ini bukan isu politik, jadi sesiapapun tampil untuk membantu penduduk asal di kampung tersebut, Kerajaan Negeri akan terima dengan hati yang terbuka," jelas Zairil lagi.

AMBIK KAU....FITNAH BAWA KE MAHKAMAH....

Posted: 06 Sep 2015 01:27 AM PDT




Akibat suruh Nizar masuk DAP, dia terpaksa masuk mahkamah....

 Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

 Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh.

 Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12  Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

 Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. 

 Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :
 "PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan periuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular."
 "Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti"
 Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Cangkat Jering mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.

 Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS.

 Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.

 Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut. 

 Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.

MENGAPA BAI`AH ITU TERBATAL DAN MARI TELAAH SIRI2 KHIANAT PAS TERHADAP TAHALUF SIASI YG DIPERSETUJUI

Posted: 06 Sep 2015 01:24 AM PDT



PAS terawal khianat dalam PR apabila seawall 2008 telah mengadakan Perbincangan UG dengan umno sedangkan muktamar 2008 telah meluluskan Kerjasama dalam PR.

2. PAS telah bersetuju dalam mesyuarat PR untuk bersama PR tetapi secara diam2 PAS mengadakan perbincangan dengan umno.

3. Bertindih di enam dun dalam PRU-13 padahal dalam mesyuarat PR PAS telah bersetuju kerusi2 itu PKR bertanding.

4. Mempartahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sedangkan DAP dan PKR bersetuju tukar MB, keputusan PKR tukar MB mendapat sokongan DAP maknanya keputusan 2:1.

5. Sejak 2013 telah diadakan perancangan untuk menolak golongan profesional dalam kepimpinan PAS (sebenarnya seawal 2011 telah dirancang) Nik Abduh telah mengadakan "Deklarasi Shah Alam" yang disenaraikan siapa yang akan digugurkan.

6. Muktamar 2015 dewan ulamak telah membekalkan skima atau `chai' kepada perwakilan supaya mengundi mengikut chai yang dibekalkan (hanya 20% sahaja tidak ikut chai).

7. Golongan agama dalam PAS memang mahu golongan profesional disingkirkan daripada sof kepimpinan dan dari PAS!

8. Kenyataan Presiden PAS supaya ahli PAS yang tidak bersetuju dengannya boleh keluar PAS dan tubuh parti baru, ini sudah terang lagi bersuluh arahan telah dikeluarkan oleh Tuan Presiden PAS, apa pilihan yang ada selain dari keluar PAS dan buat parti baru.

 Analisa tersebut sudah cukup kuat untuk membatalkan bai`ah adun dan ahli parlimen PAS kerana PAS sudah tidak mahu lagi dengan golongan profesional yang digulingkan secara tidak demokratik.

 Dalam tafsir Al-Azhar Dr.Hamka mengatakan sumpah seumpama itu adalah sumpah "lagho" atau sia2 dan tidak perlu kepada kafarah (Ayat 225 surah Al-Baqarah). ■ Edaran whatsapp group


OLEH AL HUSSEYN