Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Mso jawab isu fitnah dalam bukunya

Posted: 31 Aug 2015 06:52 PM PDT

https://youtu.be/k6DLYJSX0K0

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JEMAAH TANYA PAK IMAM KENAPA TAK PERGI BERSIH

Posted: 31 Aug 2015 07:46 PM PDT


PAS TUNTUT DAP MOHON MAAF BERSEKONGKOL DENGAN BERSHIT PIJAK KEPALA TG HJ HADI

Posted: 31 Aug 2015 09:33 AM PDT





Jemputan untuk sama-sama hadir bagi membuat laporan polis terhadap kebiadapan peserta BERSIH 4 yang memijiak-mijak gambar YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS. Laopran polis akan diadakan sebagaimana berikut ;

Tarikh : 17 Zulkaedah 1436H / 01 September 2015
Hari : Selasa
Masa : Pukul 10.00 Pagi
Tempat : Ibu Pejabat Polis Pengkalan Chepa

Seluruh pemuda dan ahli PAS dijemput hadir bersama-sama

Anjuran : Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

NOTA AMARAN

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
16 Zulkaedah 1436 | 31 Ogos 2015
INSIDEN PIJAK GAMBAR PRESIDEN PAS : PENGANJUR BERSIH 4.0 DIGESA MOHON MAAF

1. Kami menggesa penganjur BERSIH 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

2. Sekiranya tiada pihak dari entiti BERSIH 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut.

3. Kalian telah mencetuskan bibit permusuhan serta menanam sentimen kebencian yang tidak sewajarnya secara emosi dan mencabar kesabaran kami anak-anak muda PAS.

4. Kalian perlu menyedari perbuatan tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama BERSIH yang kamu dukungi.

5. Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


DAP kuasai perhimpunan haram BERSIH 4?

Posted: 31 Aug 2015 09:53 AM PDT

Perhimpunan haram Bersih 4.0 menjadi medan memaki-hamun kerajaan dan Perdana Menteri di Kuala Lumpur, semalam.

Siapa kuasai perhimpunan haram Bersih 4.0? Apakah benar ia bertujuan bagi menuntut sebuah pilihan raya bersih seperti mana asal penubuhan pertubuhan haram tersebut? Atau ia menjadi medan kepada kaum tertentu untuk menunjukkan kekuatan mereka atau melunaskan agenda pembangkang bagi meracuni fikiran rakyat?

Segala persoalan itu terjawab jika kita mengkaji kehadiran lebih 50,000 orang di tengah-tengah bandar raya ini hari ini. Kelompok yang paling banyak atau disifatkan mendominasi kehadiran peserta perhimpunan haram itu terdiri daripada kaum Cina.

Jumlah mereka dikatakan melebihi 80 peratus daripada keseluruhan peserta yang hadir. Jika dalam perhimpunan haram Bersih sebelum ini, kelompok tersebut dilihat tidak memberi sokongan berikutan jumlah kehadiran yang kecil tetapi kali ini mereka mula `tunjuk belang', apabila menjadi peserta teramai.


Difahamkan sebahagian mereka adalah penyokong-penyokong DAP khususnya yang datang dari Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Tindak-tanduk mereka sepanjang perhimpunan haram tersebut tidak lagi `secara sembunyi-sembunyi', tetapi ada antara mereka secara terbuka membawa sepanduk-sepanduk memaki hamun kepemimpinan negara dengan bahasa kesat.

Walaupun ada kelompok yang cuba menafikan dominasi kaum Cina dalam perhimpunan tersebut namun gambar-gambar yang dirakam termasuklah oleh media-media asing membuktikan hakikat sebaliknya. Malah 'lebih menarik' mereka juga menjadi peserta yang berada di barisan paling hadapan.

Justeru tidak keterlaluan jika ada tanggapan bahawa kelompok itu mula mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku dalam parti politik Melayu khususnya melibatkan Pas. Ini memandangkan jumlah penyokong parti itu dikatakan hampir tidak ada sama sekali. Yang hadir hanyalah kelompok orang Melayu yang menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) di bawah pimpinan Mohamad Sabu atau penyokong PKR.


Turut dipersoalkan ialah ketelusan penganjur perhimpunan haram itu yang sebelum ini menyatakan ia tidak bermotif politik. Ini kerana Pengerusi Bersih, Maria Chin sendiri dalam ucapannya menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak habis-habisan.

Selain beliau, antara pemimpin lain yang turut menyampaikan ucapan berbaur politik ialah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menggesa seluruh rakyat Malaysia bangkit menyingkirkan Najib, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mendakwa perhimpunan itu bertujuan menyelamatkan negara daripada krisis politik dan ekonomi.


Walaupun penganjur perhimpunan haram itu mendabik dada bahawa perhimpunan tersebut mencatatkan kehadiran paling ramai berbanding sebelum ini, namun apa yang pasti tindakan melanggar undang-undang itu telah menyusahkan orang ramai khususnya peniaga-peniaga.

Hampir kesemua peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka sepanjang perhimpunan berlangsung kerana bimbang sesuatu tidak diingini berlaku. Mereka menanggung kerugian ribuan ringgit berikutan terpaksa mengambil langkah berkenaan.

Begitu juga dengan pemandu teksi mereka mengeluh kerana sukar mendapat penumpang untuk memasuki bandar raya, rintihan yang sama turut disampaikan oleh orang ramai yang terjejas akibat kesesakan lalu lintas.


Aktiviti hari minggu warga kota terjejas teruk akibat 'kegilaan' peserta-peserta haram Bersih untuk mengadakan demonstrasi.

Selain itu apa yang dikesalkan ialah kebiadaban penganjur Bersih yang memilih untuk mengadakan perhimpunan haram tersebut ketika kawasan sekitar ibu negara sedang dipersiapkan bagi sambutan Hari Kebangsaan 2015, semalam.

Ia menimbulkan persoalan, apakah motif sebenar mereka memilih menjelang Hari Kebangsaan untuk berbuat demikian? Adakah ia bertujuan menyelamatkan negara atau mahu menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Arrogant urbanite BERSIH 4.0 split the votes to lose GE14

Posted: 31 Aug 2015 11:01 PM PDT



Visithra Manikam

For the first time in a long time more than 400,000 people took part in Merdeka celebrations. The only problem was half went for Bersih 4 the other half went to the Merdeka Parade.

Look at the 4 pictures and tell me what do you see. I see brilliant political manouvering by Zahid. Basically he just check mated all your hopes.

For the first time ever there was no tear gas at a non-government rally.

And then the government quietly moved the annual pre-merdeka concert from Dataran to Bukit Jalil. hey let go of their ego for once. And yet people still attended that concert despite the change. And there was a bigger crowd than usual at this morning's parade.

You know why I was mumbling about how ill-timed Bersih 4 was? Coz you made people choose.

 One side choose going against the government for the country. The other side choose to honour the king and the country. Both love the country but both made statements you're not willing to hear.

Bersih 4 has just divided the country into Chinese vs Malay. Urban vs Rural Folks. (sorry Indians your numbers don't matter, live with it. You matter when it comes to the elections, and thats why both sides court you ONLY then).

Its a classic case of whats important to you is not important to them. You don't see the importance of the Merdeka Parade as for the urbanite, it symbolises the government not the country.

Most of you have never gone for it, coz its not your 'thing'. For the rest, the Merdeka Parade symbolises country and King, and rightfully so. Daulat Tuanku is not something fashionable as it seems to be now for you Urban folks. The moment a royal doesnt support your message, you're going to go back to "royalty is not relevant'.

For the small town/ kampung folks it means something more sacred, the royalty matter. The King is an important symbol for most people.

There are only 8 million people in the Klang Valley versus 22 million Malaysians across the country. Half of the people in Klang Valley aren't even registered voters in the Klang Valley. Have you seen how empty the city gets during Raya and CNY?

When will you learn that you don't represent the rest of the country? When will you stop alienating the rest of the country who don't think like you?

When will you stop ridiculing people who don't think like you? You think Kampung folks don't know how to use the internet? You think kampung folks only read UTUSAN?

If you actually sat down and asked them their view, you will realise they are aware of a lot of things. But what would you know, you just want to talk and make people listen to you. if not they're your enemy.
The opposition didn't lose GE13 just coz of BN. They lost it coz they are not relevant to the rural folks.

You come in with your high horses, you put in urbanites to stand in small towns, and sabah sarawak. people who know nothing about local culture and local needs and you expect them to vote for you?

Apa yang dia membebel tu? That's what they probably whispered and politely smiled at you. That's why people like Bung (so repulsive) win every election. Coz he actually cares for his people and will go down to the ground to help them.

Look at Malaysian Insider and Malaysiakini, where are the reports on Merdeka Parade? You complained mainstream media subdued reports on Bersih 4, but the other side does the same thing. There is no such thing as a neutral media, is there?

And people are watching this silently. A government that has never responded well to rallys against it lets it go on for 34 hours without any reaction and you're not worried?

 You just fell in the biggest and smartest trap set by BN. You made people choose and now they're divided by race and status quo.

Good luck trying to win GE14 - you just split the votes.

G25, jurucakap marina MAHATHIR mahu BERSIH 4.0 ditembak ke?

Posted: 31 Aug 2015 05:30 PM PDT


Sejak bila Tun Siti Hasmah membuat kenyataan politik? Malaysiakini spin kot ...

Namun Tun Siti bukan orang yang dikatakan macam jurucakap marina Mahathir yang tak puashati juga dengan layanan pada peserta bersih yang ada tidor di Majestic Hotel dan datang dengan kereta mewah.

Takkan dia puashati jika ada watercannon dan gas pemedih mata diguna?


Baca di SINI

Ada peserta disiram air? Ada peserta ditahan kerana apa2? Ada kekasaran berlaku?

Kamu jadi duta luar negara.

Beritahu ada ke riot police negara asing bertindak gentleman macam Najib untuk perhimpunan tunjuk perasaan raksaksa yg diguna warna untuk colour revolution to overthrow govt tak ikur proses demokrasi macam Arab Spring?

Apa lagi tindakan yang menyedihkan? Kalau zaman Mahathir, dia dah suruh FRU belasah peserta ni semua?

Mahathir dah sumbat kepala2 masuk ISA.

Jika hakim tak beri polis reman order, dia tukar Ketua Hakim Negara.

Noor Farida ni kawan-kawan Marina Mahathir, Zaid Ibrahim dan Saifuddin Abdullah. Ahli2 G25 banyak mantan penjawat timggi dalam kerajaan. Penyokong regim Mahathir ke ....?

Puak-puak liberal yang pegangan Islamnya pun boleh dipersoalkan dan mungkin sesat, toleran kepada LGBT dan memyokong bela LGBT.

Mahathir pun bela cross dressing dan Kassim Ahmad dalam cara dia timbulkan persoalan dan mengajak perbincangan. Dalam hal cross dressing, dia pun salah tuduh pihak berkuasa agama.

G25 mahu Najib ikut macam Mahathir. Tembak saja peserta2 DAP.

GHB guna parti untuk perusuh komunis Mei 1969

Posted: 31 Aug 2015 07:30 AM PDT



Baca di TMI di SINI

Worker Party ni parti Buruh. Inilah parti politik yang merupakan parti ahli2 komunis bersembunyi.

Pada mei 13 1969, inilah yang berarak untuk mulakan rusuhan terhadap Melayu. Betullah Mat Sabu digelar komunis ketika pertahankan chin peng.

Apalah bang mat ni. Syiah pun dia. Komunis pun. Penzina bini orang. Entah apa lagi.


Celah Gelegar memberi senarai AJK parti baru di SINI.

Kenapa Husam tidak ada?

SR get funding from Malaysian tycoon?

Posted: 31 Aug 2015 04:00 AM PDT


PETALING JAYA: The man who claims to be a former Sarawak Report employee has urged the site's founder to reveal her source of funding.

"This weekend, my former boss Clare Rewcastle-Brown did interviews with foreign media about Malaysia. Some think it's strange that a British woman keeps talking about Malaysia, but I was not surprised," Lester Melanyi (pic) said in a statement on Monday.

Melanyi claimed that Sarawak Report founder and editor Rewcastle-Brown received funding from "very powerful people in Malaysia".

"If Clare is such a believer in transparency, she should provide the Sarawak Report accounts and show us where her funding comes from. But she can't do this. Because if she did, we would find out who her real boss is.

"I am a small man and don't want to be attacked myself, so I won't say who (the founder is).

Read HERE

"Documents were fabricated and doctored for money. It is disgusting, but what is more disgusting is those people who get foreigners to do their dirty work. In some countries, it would be treason," he said.

Melanyi, a former Sarawak Tribune senior journalist, claimed to have previously worked for Sarawak Report.

In an attack against his purported former employer, Melanyi alleged that Opposition leaders had conspired with the website on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) issue.

He claimed that almost 90% of the content in a Sarawak Report article on 1MDB had been tampered with.

Lester also claimed to having met Swiss national Xavier Andre Justo, a former executive of PetroSaudi International, who allegedly handed over 10% of the documents related to 1MDB to Rewcastle-Brown.

She responded that Melanyi had never worked for the Sarawak Report.

The Sarawak-born Rewcastle-Brown is a British investigative journalist and sister-in-law of former British prime minister Gordon Brown.

The Star

Jangan tertipu dengan Lee Kuan Yew pakai songkok

Posted: 31 Aug 2015 01:59 AM PDT




Janganlah terus tertipu dengan kata manis.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pijak gambar Najib: Pemuda Pekan beri amaran keras

Posted: 31 Aug 2015 09:34 PM PDT

Penganjur Bersih 4 didesak minta maaf dalam tempoh 24 jam atau sedia tanggung kesan akibat perbuatan biadap peserta perhimpunan.
umno-bersih
PETALING JAYA:  Pemuda UMNO Bahagian  Pekan mendesak penganjur perhimpunan Bersih 4 memohon maaf kerana perbuatan peserta perhimpunan itu yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Shahruddin Ahmad berkata, perbuatan memijak gambar Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO adalah melampau, biadap dan provokatif.
"Jika tiada pihak dari entiti Bersih 4 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut," katanya dalam  kenyataan media.
Sharuddin berkata,  pihak penganjur juga perlu menyedari perbuatan yang tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama 'bersih' yang didukungi.
"Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni," tegasnya.

Mengalu-alukan kelahiran Parti Amanah Negara

Posted: 31 Aug 2015 09:32 PM PDT

Oleh Saifuddin Nasution Ismail


Mengalu-alukan kelahiran parti amanah negara. tahniah teman2 yg mengusahakan kelahirannya. kalian punya 2 tahun utk persiapkan parti menghadapi pilihanraya berbanding keadilan dahulu cuma 7 bulan, lahir april 1999 dan masuk pilihanraya november 1999.

Kini keadilan berdaftar di 210 cabang dgn keanggotaan 506 ribu...50% melayu, 20% india, 15% cina dan15% etnik sabah dan sarawak. keadilan sudah melalui 4 pilihanraya dan menimba pengalaman secara langsung.

Saya juga mengharapkan parti amanah akan bersama membentuk pakatan baharu. kita sendirian tidak mampu menang dan memerintah. kita saling memerlukan. sama2 menampung kekurangan dan sama2 memanfaatkan kekuatan.

Seterusnya pakatan baharu boleh membentangkn bajet alternatif di parlimen mcm dulu2, kenyataan bersama, program bersama,, dasar bersama dan manifesto bersama.

Najib dan umno bn semakin terdesak. kita akan berganding bahu berusaha memenangi sokongan rakyat ...

AMAN Siap Berjuang Dan Realisasi Impian Perubahan

Posted: 31 Aug 2015 09:31 PM PDT

OLEH SANY HAMZAN 


Sayap muda Parti Amanah Negara (AMANAH), Anak Muda Amanah atau ringkasnya disebut 'AMAN' telah bersedia untuk menggalas hasrat besar seluruh anak muda negara untuk berjuang dan keluar daripada kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin membarah.

Melihat kepada sokongan dan dokongan yang diberikan rakyat dalam Bersih 4 yang lalu, AMAN berpendirian bahawa perubahan perlu didesak secepat mungkin kerana rakyat tidak mampu lagi untuk terus menunggu lebih lama.

Setiap detik yang dibazirkan hanya memendekkan lagi hayat negara yang kita cintai. Pemimpin yang telah terbukti gagal, samada dari sudut kepimpinan mahupun integritinya tidak wajar lagi memimpin negara. Frasa 'turun Najib' seakan-akan sudah berdenyut lama di laman-laman sosial dan kedai-kedai kopi.

Maka dengan penuh takzim dan rendah diri, AMAN menyatakan komitmen untuk merealisasikan impian perubahan yang didambakan seluruh rakyat.

Ya, risiko mungkin wujud dan kami siap 'membayar' betapa mahal pun harga perubahan ini. Negara sudah tidak boleh tunggu dan rakyat telah jelek untuk terus 'memikul bangkai biawak' bernama pemimpin!

'Selamatkan Malaysia'

SANY HAMZAN
Ketua
Anak Muda Amanah (AMAN)
Parti Amanah Negara

BERSIH - 12am: Pandangan dari udara 31-8-2015

Posted: 31 Aug 2015 09:16 PM PDT

Interpol enggan mengeluarkan amaran tahanan Clare-Brown, apa nak buat sekarang?

Posted: 31 Aug 2015 09:15 PM PDT

oleh V Shuman
Jadi ia benar-benar berlaku- Interpol secara rasminya menolak  permohonan Malaysia untuk mengeluarkan amaran tahanan kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Tindakan oleh Interpol itu sebenarnya sudah dijangkakan oleh ramai rakyat Malaysia yang boleh berfikir, hanya pihak berkuasa yang gagal melihatnya berlaku.
Laporan berita terbaru mengatakan yang setiausaha agung organisasi polis dunia, Jurgen Stock, dalam suratnya kepada NGO berpengkalan di London, Fair Trials International yang memaklumkan penolakan itu.

Stock telah mengesahkan yang permintaan Malaysia untuk meletakkan Clare Brown dalam Notis Merah, yang dinilai pada 9 Ogos adalah selari dengan prosedur operasi mereka tetapi ia telah ditolak.
Ini bermakna yang dia tidak boleh disentuh oleh polis Malaysia, kecuali jika dia datang ke negara ini, dan bebas untuk pergi ke mana sahaja tempat di dunia ini tanpa halangan.
Untuk menambah perit, Stock juga menasihatkan anggota ahli supaya tidak menggunakan saluran Interpol bagi perkara seperti itu, yang dalam dia sebenarnya memberitahu mereka yang Malaysia telah menyalahgunakan saluran tersebut yang dicipta untuk menangkap penjenayah berbahaya.
Ini memalukan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagaimana mereka tidak tahu perkara ini akan berlaku?
Awal Ogos lepas, polis telah mengeluarkan waran tangkap kepada Clare Brown kerana "menulis rencana yang mengancam demokrasi berparlimen" Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno sifatkan ‘detik hitam’ nyanyi Negaraku jauh dari Dataran

Posted: 31 Aug 2015 09:13 PM PDT

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan kecewa tidak berkesempatan menyanyikan lagi Negaraku sewaktu ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos walaupun membawa hampir 1,000 ahli disebabkan himpunan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015. 
Pemuda Umno Wilayah Persekutuan kecewa tidak berkesempatan menyanyikan lagi Negaraku sewaktu ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos walaupun membawa hampir 1,000 ahli disebabkan himpunan Bersih 4. 

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii kecewa dengan tindakan peserta Bersih 4 yang menyebabkan lagu Negaraku dinyanyikan jauh dari Dataran Merdeka sewaktu ambang kemerdekaan pada detik 12 malam 31 Ogos lalu. Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Razlan berkata amalan menyanyi lagu itu pada malam 31 Ogos adalah simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun.
"Inilah satu detik peristiwa hitam dan tidak dapat dilupai semua pihak, serta Dataran yang sunyi tanpa nyanyian lagu kebangsaan dan laungan merdeka yang menjadi simbolik kepada detik 31 Ogos.

"Suasana santai bersama keluarga juga tidak kelihatan pada sambutan ambang merdeka tahun ini kerana kebimbangan warga kota, dicetuskan pihak tidak sensitif," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu. Razlan memberitahu Utusan, beliau bertindak membawa hampir 1,000 ahli Pemuda Umno ke Dataran pada malam itu bagi menyanyikan lagu Negaraku.
Namun beliau mendakwa, mereka dihalang polis daripada menghampiri dataran bersejarah itu tetapi diberi kebenaran menyanyikan lagu kebangsaan itu secara beramai-ramai jauh dari Dataran.
Pada malam ambang kemerdekaan itu, peserta Bersih 4 yang dianggarkan lebih puluhan ribu itu dilaporkan menyanyikan lagu Negaraku dan melaungkan "merdeka" di sekitar kawasan Dataran.
Ia berikutan agenda mereka mengadakan perhimpunan selama 34 jam di luar dataran bersejarah itu kerana kawasan Dataran sudah dilengkapi peralatan dan persediaan menyambut Hari Merdeka pada keesokan harinya.
Bagaimanapun penganjur Bersih 4 memberitahu media, pihaknya dimaklumkan oleh polis yang acara menyambut ambang Hari Kemerdekaan dipindahkan dari lokasi asal di Dataran Merdeka ke Stadium Bukit Jalil.

Mahathir sokong demo tumbangkan Najib

Posted: 31 Aug 2015 08:50 PM PDT

Bersih 4: Walau dilarang PAS, Umno, Dr M lihat ramai Melayu hadir

Posted: 31 Aug 2015 08:49 PM PDT

Najib: Demo jalanan tak cerminkan kematangan rakyat

Posted: 31 Aug 2015 08:48 PM PDT

Zahid beri amaran tindakan selepas BERSIH 4

Posted: 31 Aug 2015 08:46 PM PDT

Maria belum sedia gantung t-shirt Bersih hingga capai perubahan

Posted: 31 Aug 2015 08:30 PM PDT

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah terharu dengan sokongan dan sambutan masyarakat berbilang kaum terhadap Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015. 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah terharu dengan sokongan dan sambutan masyarakat berbilang kaum terhadap Bersih 4.
 
Maria Chin Abdullah, penggerak utama perhimpunan Bersih 4 minggu lalu, pada mulanya tidak yakin acara itu akan berjaya meskipun orang datang begitu ramai pada Sabtu lalu. Dirancang sebagai bantahan 34 jam bermalam pertama di negara ini, dan sehingga tengah malam Sabtu pun, beliau masih ragu sama ada orang ramai akan bertahan atau tidak.
Dan ternyata, mereka menjayakannya.

"Titik perubahannya ialah selepas tengah malam bila saya lihat mereka tidur hanya beralaskan kertas keras dan surat khabar, di mana-mana di Jalan Tun Perak dan berhampiran Dataran, ada yang tidur atas rumput dan di kaki lima. "Ia sangat mengharukan saya," kata Maria, pengerusi Bersih 2.0 itu kepada The Malaysian Insider.
Maria sendiri membawa beg tidurnya dan tidur berhampiran pengadang di Dataran Merdeka kerana bimbang jika ada peserta yang tidak terkawal, atau ejen provokasi menceroboh pengadang itu dan menukar perhimpunan itu menjadi huru-hara.
Katanya, pemandangan ribuan yang tidur di atas tanah memberitahu dirinya, bantahan semalaman kali pertama dalam negara itu adalah satu kejayaan.
Katanya, beliau akan kenang saat itu di mana jalan-jalan menuju ke pusat perhimpunan berkenaan dipenuhi dengan orang ramai yang menyalakan lampu mereka dan menerangi langit pada Sabtu itu.
Pada awal Sabtu itu, ribuan peserta memenuhi jalan raya menuju ke Dataran Merdeka sejak tengah hari di bawah terik mentari semata-mata demi perubahan institusi kerajaan.
"Saya bimbang kami tidak dapat menarik rakyat," katanya.
Aktivis yang berpengalaman itu juga melahirkan kebimbangannya sesuatu mungkin terjadi ketika peserta sedang nyenyak tidur.
"Kami menjangkakan sesuatu mungkin terjadi pada malam itu, ketika kami benar-benar nyenyak tidur. Tetapi kami ada di situ, di pengadang dan kami tiada masalah," katanya.
Penganjur Bersih 4 mementingkan keperluan agama masing-masing dipenuhi dengan mesej semua pihak boleh berhimpun bersama walaupun berbeza agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.Penganjur Bersih 4 mementingkan keperluan agama masing-masing dipenuhi dengan mesej semua pihak boleh berhimpun bersama walaupun berbeza agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.
Maria enggan menyatakan jika perhimpunan Bersih minggu lalu adalah terbaik setakat ini walaupun hakikatnya ia direkodkan melibatkan peserta paling ramai dengan anggaran 500,000 orang. Sebaliknya, beliau berkata Bersih 4 ada "impak tambahan", disebabkan kejayaan 3 perhimpunan terdahulu anjuran badan pemantau perubahan pilihan raya itu.
"Ada impak dalam perhimpunan sebelum ini, kalau tidak, orang ramai tidak akan mengambil bahagian kali ini.
"Kita dapati wujud perubahan seiring dengan perjalanan kami. Perhimpunan pertama membawa kepada sistem 2 parti. Kedua, kita ada jawatankuasa pemilih Parlimen untuk reformasi pilihan raya. Dan selepas Bersih 3, mereka membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi," katanya yang menjadi aktivis sejak zaman belajar di London pada 1970-an.
Maria juga memberi pujian kepada perhimpunan terdahulu yang menggabungkan semua bangsa, mengatakan peserta tidak membezakan diri masing-masing berdasarkan kaum lagi tetapi bersatu sebagai bangsa Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Hakim dengar kes Anwar tarik diri

Posted: 31 Aug 2015 08:27 PM PDT



 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Asmabi Mohamad bersetuju menarik diri daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan semakan perundangan terhadap Lembaga Pengampunan.
Beliau membuat keputusan itu seleas mendengar hujah daripada Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamaruddin yang mewakili Anwar, serta peguam kanan persekutuan, Suzana Atan.
Dengan keputusan hari ini, permohonan untuk semakan perundangan dikemukakan bekas ketua pembangkang itu akan didengar oleh hakim lain.
Latheefa berkata secara umumnya hakim bersetuju dengan permohonan dikemukakan mereka dan kes berkenaan dirujuk kepada pihak pentadbiran sebelum dikendalikan hakim lain.
"Hakim Asmabi juga menarik diri daripada saman dikemukakan Anwar terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak membenarkannya mengundi di pilihan raya kecil Permatang Pauh," katanya.
Sebelum ini Anwar mengemukakan permohonan supaya Asmabi menarik diri kerana beliau adalah penguam kanan kerajaan sebelum ini.
Asmabi juga mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bekas perdana menteri itu memecat Anwar daripada jawatan timbalannya pada 1998.

Tahniah Dan Syabas Kepada Rakyat Malaysia Yang Sertai Bersih 4.0 Dengan Aman

Posted: 31 Aug 2015 08:26 PM PDT

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

 Gerakan Harapan Baru terpanggil untuk memberi reaksi terhadap propaganda perkauman yang sedang ditiupkan bahawa himpunan ‪#‎Bersih4‬ kurang mendapat penyertaan daripada orang Melayu.
2. Umum maklum bahawa himpunan #Bersih4 kali ini dianjur ditengah-tengah ugutan dan ancaman oleh pihak kerajaan BN yang mengisytiharkannya sebagai himpunan haram.

3. Kesemua saluran media perdana digunakan seluasnya dengan membawa hujah pemimpin, tokoh agama dan pihak berkuasa untuk menakut-nakut serta memomokkan rakyat khususnya orang Melayu agar tidak menyertai himpunan ini.

4. Kita juga tahu bahawa himpunan #Bersih4 kali ini tidak mendapat partisipasi secara penuh oleh semua komponen parti pembangkang apatah lagi dari parti-parti komponen barisan pemerintah, yang diharapkan pihak penganjur untuk turut terlibat.


5. Pada masa yang sama, suka untuk saya tegaskan bahawa Gerakan Harapan Baru yang masih berstatus NGO telah berusaha untuk memobilisasi ahli-ahli dan jenteranya seumpama ARif dan Pro-Guam untuk membantu.

Read More / Baca Lagi >>

Dancer Bilqis investigated for ‘intentional insult’

Posted: 31 Aug 2015 08:21 PM PDT

Alleged to have dropped Bersih 4 balloons on event which Prime Minister was attending.
balloons,-Bilqis-Hijjas,-najib
KUALA LUMPUR: Police are investigating Bilqis Hijjas for a purported intentional insult after she was alleged to have dropped "Bersih 4" balloons at an event which the Prime Minister and his wife were attending in a shopping mall here yesterday, reports the Malaysian Insider.
Dance history teacher Bilqis, 35, daughter of renowned architect Hijjas Kasturi, was alleged to have dropped yellow balloons with the words "democracy", "free media" and "justice" printed on them from Level 5 of Pavillion Mall in Jalan Bukit Bintang while they were attending the opening ceremony of the DiverseCity International Arts festival which was taking place on the mall's ground floor.
According to the report, the balloons floated behind a big screen television installed at the event site.
Bilqis was reportedly picked up by the mall's security team and handed over to the police for investigation. Her statement was recorded at the Dang Wangi police station and she was released later on Sunday night.
Police are believed to be investigating the matter under Section 504 of the Penal Code for the offence of intentional insult.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 4.0 : Insiden Kecil Yang Cuba Diperbesarkan

Posted: 31 Aug 2015 08:18 PM PDT

Oleh Dr Tanaka Mustafa
a) Kehadiran geng LGBT
b) Video Mangok pijak gambar TGHH
c) Amoi selfie dengan Abg Mat Sabu

1) Tiga insiden yang saya sebutkan adalah insiden kecil jika dibanding dengan objektif keseluruhan Bersih 4.0. Insiden-insiden tersebut adalah bersifat terpencil kerana saiz perhimpunan yang sangat besar seperti Bersih 4.0.

2) Tak pasti apa motof geng LGBT hadir, tetapi jika mereka juga mahu negara ini humban Umno/BN ke laut atau menyelamatkan negara, maka objektif mereka sama dengan kita. Jika LGBT mahu join Kongres Rakyat sbg NGO yang mahu selamatkan ekonomi negara, apakah PAS akan menghalau mereka? Saya tidak tahu.

3) Ada saekor dua mangkok yang pijak gambar TG Haji Hadi yang diedit berpeluk dengan Najib. Ia tidak menggambarkan kehendak Bersih4.0. Malah Abg Mat Sabu pun akan pulas terajang mangkok tu kalau dia pijak gambar TGHH depan mata. Betul tak Abg Mat? Betul ke?

4) Amoi selfie dengan Mat Sabu, rapat-rapat berkepit. Selaku bekas Timbalan Presiden PAS, ia adalah sesuatu yang taboo dan mengundang fitnah besar. Tetapi ia insiden yang Abg Mat pun tak sengaja dan tak sempat mengelak. Ketua pengiring Mat Sabu pun dan minta maaf sebab cuai. Tapi malang bagi Abg Mat, gambar tersebut akan berkeliaran sampai kiamat.

5) Saya barap nangoi-nangoi PAS hentikan sebaran gambar tersebut kerana ia adalah keaiban seorang Muslim, apatah lagi dia tidak sengaja. Membuka dan menyebar aib saudara Muslim adalah dibenci Allah. Tak suka Mat Sabu pun, sila jaga akhlak kita.
Sekian

Fahami ini- Bersih 4 bukanlah satu platform politik

Posted: 31 Aug 2015 08:15 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Beberapa bulan ini,  kita membaca laporan tentang aktiviti rampasan di laluan sibuk Selat Melaka.
Sejak beberapa hari lepas, berlaku juga aktiviti rampasan di seluruh negara, bukan hanya di laut luas.
Kejadian rampasan terbaru dilakukan oleh politikus yang suka mengambil peluang untuk berlayar di gelombang kuning untuk mempromosikan agenda politik mereka di perjumpaan yang sepatutnya tidak mempunyai pendirian politik.

Malah sebelum perjumpaan Bersih 4 berlaku, ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan tambahan desakan untuk membebaskan ketua ulung PKR Anwar kepada senarai tuntutan Bersih 4 sedia ada.
Sekarang, satu perkara untuk terbuka dan dengan sikap mementingkan diri menjarah masuk sebuah acara yang dianjurkan oleh pergerakan masyarakat sivil tetapi untuk bersikap mempertahankan diri adalah satu lagi perkara lain.
Inilah yang berlaku dalam kes di Kuching di mana setiausaha negeri DAP Alan Ling yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today kerana mengeluarkan komen yang kritis tentang perhimpunan Bersih 4 di sana yang telah "dijarah".
Dia berkata yang, "Malah DAP mencetak tshirt kuning dengan maskot burung Ubah dan logo parti di atasnya, apa salahnya dengan perkara tersebut?"
Dia berkata yang tshirt tersebut menunjukkan yang parti itu menyokong pergerakan masyarakat sivil.
Ling berkata yang cetakan apa sahaja lofo parti perlu disambut dan mempersoalkan keperluan mewududkan peraturan ketat mengenai kandungan sepanduk dan poster yang dibawa.
Menggelarkannya halangan kepada hak bersuara, dia menegaskan yang matlamat perarakan Bersih ialah untuk mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri.
Ling dalam kenyataanya juga mengkritik penganjur perhimpunan yang menamatkan perhimpunan terlalu awal berikutan dengan pengalihan sistem bunyi dan mendakwa wujudnya pelanggaran situasi yang ditetapkan oleh polis mengenai kehadiran kanak-kanak di perhimpunan tersebut.
DAP Sarawak dan Ling khususnya perlu belajar menghormati kebebasan pergerakan masyarakat sivil.
Read More / Baca Lagi >>

Cawangan Khas: Berkhidmat untuk siapa, Umno-BN atau negara?

Posted: 31 Aug 2015 08:12 PM PDT

oleh Aziz Bari
Cawangan Khas (SB) ialah cawangan pasukan polis yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam negara. Secara perlembagaan, perkhidmatan awam- walaupun berada di bawah kerajaan yang sedang memerintah- perlu berkecuali dan tidak terikat kepada parti politik.

Tetapi kerana kita telah diperintah oleh Umno-BN sejak 1957 dan Umno nampaknya langsung tidak menghormati Perlembagaan, garis sempadan tersebut telah menjadi kabur. Dan untuk memburukkan keadaan, kita tidak pernah melihat parti lain selain Umno yang mengetuai kerajaan. Semua ini menjadikan pengawai kerajaan merasakan bahawa mempertahankan Umno ialah mempertahankan negara.
Tetapi situasi ini tidaklah unik hanya di Malaysia. Pada era pertengahan 1990-an, malah di United Kingdom, perkhidmatan awam di sana sukar menetapkan sempadan antara kepentingan parti pemerintah dan negara.
Maka tidaklah mengejutkan apabila dilaporkan yang pegawai kanan SB Abdul Hamid Bador merasakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ialah perwira negara. Walaupun wujud perkara baik mengenai kontroversi perpindahan pegawai polis itu, yang pasti hasil daripada situasi itu kita mengetahui yang SB bekerja untuk parti pemerintah berbanding mengekalkan sikap berkecuali perkhidmatan awam sepertimana dihendaki oleh Perlembagaan.
Ingat lagikah kejadian  di mana SB- iaitu pengarahnya Mohamed Said Awang dan para pegawainya- yang didakwa digunakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan bekas timbalan Anwar Ibrahim dalam perbicaraan mahkamah selepas pemecatannya pada hujung 1998?
Malah semua pasukan polis digerakkan oleh Mahathir untuk mengekang penyokong Anwar yang melakukan bantahan jalanan di Kuala Lumpur.

Ketika krisis politik itulah yang menyaksikan KPN ketika itu Rahim Noor (kanan) yang akhirnya disabitkan kesalahan kerana mencederakan Anwar sewaktu dia di tahan di ibu pejabat polis persekutuan.
Mereka yang mengambil bahagian dalam bantahan jalanan itu masih mengingati bagaimana pegawai-pegawai SB yang diletakkan dalam bantahan untuk menjadi agen provokasi semasa bantahan berlangsung. Dalam mahkamah dikisahkan bagaimana pegawai-pegawai ini menyoalsiasat pembantah yang ditahan, termasuklah Abdul Malik Hussin yang dipaksa meminum air kencingnya sendiri!
Saya masih ingat cerita yang diberitahu oleh seorang pegawai SB pada awal 1980an bagaimana Menteri Dalam Negeri ketika itu Musa Hitam menggunakan jawatannya untuk menentang musuhnya Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden Umno. Musa menjadi timbalan Mahathir yang menggantikan Hussein Onn sebagai presiden Umno dan perdana menteri pada tahun 1981.
Read More / Baca Lagi >>

'Penubuhan Parti Amanah tidak gugat kedudukan PAS' - Dr Mohamed Mustafa

Posted: 31 Aug 2015 08:10 PM PDT

'Penubuhan Parti Amanah tidak gugat kedudukan PAS'KUALA LUMPUR: PAS masih kekal relevan dalam senario politik tempatan dan tidak akan tergugat selagi mendapat sokongan besar orang Melayu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, ia terbukti apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih gagal menarik kepercayaan orang Melayu terutama mereka yang merupakan ahli PAS.

"Sebagai contoh lihat sahaja kepada kurangnya penglibatan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 yang lalu, ternyata mereka gagal menarik sokongan kaum itu.

"Senario itu tidak berlaku dalam perhimpunan sebelum ini, ketika PAS masih masih mempunyai kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Dr Mustafa berkata demikian bagi mengulas kedudukan PAS selepas pengumuman penubuhan Parti Amanah oleh Pengerusi GHB, Mohamad Sabu pada 31 Ogos lalu.

Parti Amanah akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini termasuk pelancaran logo dan portfolionya.
Read More / Baca Lagi >>

Tak cukup perit lagikah, rakyat marhaen?

Posted: 31 Aug 2015 07:46 PM PDT

MERDEKA ialah satu slogan yang sangat besar makna bagi sesebuah negara yang pernah dijajah. Ribuan nyawa terkorban demi memerdekakan negara. Pelbagai jerih payah dilalui oleh generasi lampau dalam usaha membebaskan negara dari belenggu penjajahan.

Kini setelah negara mencapai kemerdekaan yang ke-58, slogan kemerdekaan bukan lagi dalam bentuk mengembalikan nostalgia yang tidak dapat dihayati oleh generasi kini. Ia hampir tiada makna dan telah digantikan dengan gemaan menuntut perubahan bagi menjayakan bangsa dan negara yang mampu bersaing dengan cabaran global.

Hari ini, negara kita masih bergelut dengan pelbagai isu salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan pembaziran yang amat membimbangkan sehingga menjadi tumpuan media antarabangsa.

Pelbagai kemelut ini menuntut rakyat bangkit membuat perubahan demi mencapai erti sebenar kemerdekaan negara.

Rakyat membilang kegagalan negara menerajui perubahan setelah 58 tahun kita bebas dari penjajahan. Kepelbagaian negara dieksploitasi menjadi senjata politik daripada menjadi kekuatan yang memacu kemajuan negara.

Malaysia semakin jauh ditinggalkan dengan pencapaian cemerlang negara jiran Singapura, Korea, Jepun bahkan kini Vietnam dan Kemboja mula mengorak langkah maju ke hadapan. Bukan itu sahaja, jurang perbezaan antara kaum dan agama, bandar dengan luar bandar dan kaya dengan miskin di Malaysia juga semakin melebar.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid rayu pemberita bantu kembalikan pengundi Cina, India kepada BN

Posted: 31 Aug 2015 04:41 PM PDT

Sehari selepas himpunan Bersih 4 berlangsung, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pertolongan pemberita agar mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada Barisan Nasional (BN).
Bercakap sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong, Zahid berkata beliau yakin pengundi komuniti itu tidak menyisihkan BN secara mutlak kerana media yang diikuti kaum India dan Cina masih memberikan liputan kepada majlis Umno dan gabungan pemerintah itu.
"Sekarang ni mereka tak yakin dengan kita. Mereka bukannya benci sangat dengan kita.

"Cuba tanya pemberita, (mereka) tak benci kita pun. Kalau benci mereka tak akan datang sini pun, betul tak?" kata Zahid. Beliau kemudian memalingkan badannya ke arah kumpulan pemberita yang bertugas dan menyampaikan pesanan berikut:"Tolong ubah minda orang Cina dan India supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang. Tolong tulis itu," katanya.
Himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta yang berkampung semalaman di kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Penganjur mendakwa berjaya mengumpul 500,000 orang sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu.

British lebih baik dari Jepun dan Komunis?

Posted: 31 Aug 2015 04:40 PM PDT

Sejujurnya saya muak. Muak untuk tengok cerita-cerita "kemerdekaan" yang disiarkan di saluran-saluran televisyen. Bukan muak kerana saya tidak minat sejarah atau tidak patriotik. Muak kerana sejarah itu tidak diceritakan sepenuhnya, dan patriotik yang cuba ditanam ialah perasaan cintakan British.
Lihat semua cerita yang ditayangkan. Begitu juga cerita-cerita dari orang tua yang sampai ke telinga kita. Siapa penjajah paling jahat? Pasti disebut Jepun dan Komunis. Katanya Jepun rogol anak dara orang kampung. Komunis bakar berek polis dan seumpamanya. Tapi penjajahan British langsung tidak disentuh. Macam British itu malaikat yang sangat baik dan selalu membantu Tanah Melayu satu masa dulu.
Nama-nama besar menentang penjajahan tanah air seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Rosly Dhobi (ini yang dibenar masuk buku teks sejarah sekolah) kesemua mereka menjadi tokoh menentang British bukan Jepun mahupun Komunis!

Andai British itu baik sangat sehingga perlu diampu maka sia-sialah meletakkan nama-nama besar ini dalam sukatan pelajaran. Namun sekali lagi lihat kaca televisyen anda! Cerita fiksyen seperti Sarjan Hassan, Embun, cerita non fiksyen seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Paloh siapa watak antagonis dalam cerita tersebut? Siapa musuh yang perlu ditentang?
Malah cerita komedi Senario bertajuk Lang Buana pun watak musuhnya ialah seorang anak tempatan yang belajar di Jepun dan pulang memakai baju Samurai!! Apa kejadahnya!!
Akhirnya minda masyarakat melihat Jepun dan Komunis itu sangat jahat dan lupakan British. Kerajaan pun suka masyarakat berfikiran begitu, bila ada sahaja nak hentam parti lawan maka kerajaan akan kaitkan parti itu dengan Komunis. Hingga bersatulah (konon) orang-orang yang takut seakan bertuhan dengan kalimah Komunis tersebut bangkit untuk melawan.
Sejarah bila dikerat-kerat dan disembunyikan mengikut serakah pemerintah tidak akan pernah berjaya untuk memupuk semangat patriotisme. Tahun demi tahun ia hanya akan membuat anak muda seperti saya makin muak. Maaflah kami bukan murah untuk selalu dibodohkan.
58 tahun angka yang besar rupanya tidak memerdekakan jiwa dan fikiran kita. Sebagai penutup satu teka teki khas saya nak lontarkan.
Antara British, Jepun dan Komunis.. yang manakah paling lama menjajah dan merompak hasil mahsul tanah air?

Bersih 4: Who is the biggest loser?

Posted: 31 Aug 2015 04:37 PM PDT

The critics say Bersih (more correctly Bersih 2.0) lost credibility because Bersih 4 was "short on Malays".
Critics say Bersih lost credibility because politicians – opposition politicians at that – dominated speech-making during Bersih 4.
Who are the critics?

It will not do to ask whether the critics were on the ground. To suggest their opinions don't count because their information was gained from second-hand sources is as silly as suggesting those who've not been to Gaza can't protest against those who oppress Palestinians in Gaza. What I realised from being on the ground is that you only get a picture of things immediately around you: if you start in Chinatown you'll think everyone in the rally is from the Chinese community.
What I realised from being on the ground is that you can hardly move during the rally. People are so pressed together that it takes enormous effort to move from one end of a street to another, and sometimes you approach a dead-end and have to change course.
What I realised from being on the ground and occasionally being near enough a stage to hear what was being said, is that Chinese politicians deliver their messages in near-flawless Malay to Chinese crowds! (I choose not to say Bahasa Malaysia.)
"Occasionally being near enough" is important. Most protesters wouldn't have heard the speakers because even state-of-the-art portable outdoor sound systems have limited reach, the crowds are very noisy and people blow vuvuzela horns.
(May the fleas of a thousand camels infest the armpits of those who sell vuvuzela!)
Soon there will be analyses of aerial photos and good estimates of how many were on the streets during the rally. It's important to note that not all of them were rally protesters and that not all protesters wore yellow shirts.
The analyses will give a good estimate of the total number of people who turned up.
The analyses will not give a good estimate of their ethnic composition. Only post-rally surveys – which will most likely be conducted by the Merdeka Center for opinion research – will give us a halfway-decent measure of the ethnic composition.
Read More / Baca Lagi >>

Maka kuninglah Kuala Lumpur

Posted: 31 Aug 2015 04:34 PM PDT

Anuar Mohd Nor



Hari ini isu Bersih 4 menjadi perbincangan. Perbincangan adalah  mengikut arah pegangan, antara yang setuju dan yang tidak. Dalam pada itu tindakan pro dan kontra akan terus berbahas-bahas mengenai Bersih.
Berbahas macam mana pun mereka terus pada agenda mereka sedang kita teraba-raba mencari jalan untuk mengendurikan gerakan ini agar akhirnya memastikan kemenangan tidak dapat dicapai mereka.
Mereka terus dengan agenda mereka, tanpa takut, menyusun perhimpunan besar untuk mencapai matlamat mereka, dari perjuangan pilihan raya yang bersih dan adil kepada memastikan hasrat asal bukan Umno tercapai dan menghumban Umno dari terus mengamalkan politik rasis dan kali ini meletakkan agenda undur Datuk Seri Najib Razak sebagai senarai tuntutan.

Demonstrasi mereka tersusun lebih hebat kali ini. Mereka merangka dari Bersih 1 kepada Bersih 4, menanam dalam minda rakyat hasrat yang mereka mahukan. Kaum Cina yang sebelum ini kurang hadir dalam perhimpunan demonstrasi kali ini seakan bersatu menentang Umno dengan laungan Malaysian dan bukan politik rasis Melayu.
Kita mahu Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kita buta warna,tidak mengikut warna kulit, kita tidak ada sempadan antara kaum. Semuanya Malaysia.
Itu perjuangan mereka dan mereka hadir dalam keadaan berbaju kuning tertera Bersih 4 yang dikatakan haram untuk dipakai. Hakikatnya perlu dilihat secara keseluruhan. Kehadiran kaum lain selain dari Melayu menunjukkan penyatuan kuat wujud dari kaum lain khususnya Cina.
Kesatuan mereka semakin besar,menuntut politik rasis digugurkan. Mereka mendakwa Umno adalah pengamal politik rasis, mereka mendakwa kerajaan Barisan Nasional/Umno adalah kerajaan korup dan kronisme dan nepotisme adalah amalan Umno/BN. Mereka timbul atas risiko yang besar: risiko untuk ditangkap atas amaran yang diberi Ketua Polis Negara.
Tetapi mereka hadir. Mereka akan hadir lagi dan lagi sehingga rakyat Malaysia terus didominasi minda mereka – menggugurkan kerajaan BN/Umno dan melupuskan politik kisar Melayu yang ada.
Mereka dengan matlamat mereka menyusun kehendak politik dan kehendak perjuangan dalam menjayakan Bersih 4 sedang Umno melihat dan cuba mengutuk mereka yang hadir dengan kata-kata cacian dan makian.
Read More / Baca Lagi >>

Pandangan dari perhimpunan Bersih 4

Posted: 31 Aug 2015 04:32 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah saudara se-Islamku,

Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos, 2015 ini, kami aktivis Bersih masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman/Tun Perak di lapangan Bersih 4.
Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa ulama yang memberi komen tidak seimbang tentang Bersih 4, malahan boleh mengelirukan ummah.

Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba-tiba sahaja kata Bersih 4 tidak demokratik dan tidak patriotik. Tetapi pemimpin negara yang menggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka?
Ulama yang sama tidak pula membuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang-terang.
Allah akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada di dalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.
Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.
Ramai kaum Cina di Malaysia bukan Islam, mereka berpakaian mendedahkan tubuh badan datang ke Bersih... memang mereka begitu. Mengapa ada pemimpin parti Islam membangkitkan sudut ini?
Tanggungjawab kita ialah membimbing mereka dengan nasihat dan teladan yang baik.
Kini mereka mendambakan kebaikan yang memang terangkum dalam Islam yang bersifat universal dan rahmatan lil alamin.
Mengapa pula parti Islam menolak mereka dan mencurigai mereka?
Sebahagian ummat Melayu terpengaruh dengan "fatwa" ulama' dan mufti yang tidak faham realiti atau keadaan semasa. Mereka mengunakan nas yang sahih tetapi diapplikasi di dalam konteks yang salah.
Mereka juga gagal mengimbangi antara keperluan untuk merubah kebatilan dengan tangan dengan menutup pintu kemungkaran.
Apakah kita ummat Islam begitu lemah imannya atau memiliki hati yang terlalu berpenyakit sehingga goyah pegangan agama jika melihat kaum Cina yang mendedah aurat? Walhal Bersih 4 ini adalah wahana perubahan untuk kebaikan.
Mengapa mengamalkan "double standard"? Tidakkah kita bermuamalah dengan kaum Cina dan kaum Melayu sendiri yang berpakaian mendedah aurat semasa berjual beli, urusan sosial yang lain dan sebagainya?
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir dan Bersih

Posted: 31 Aug 2015 04:30 PM PDT

Syazwan Rahimy


Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke #Bersih4 pada hari pertama perhimpunan sebenarnya tidak bawa apa makna, mahupun kesan, selain menggugat pendirian para chauvinis Melayu yang selama ni mengutuk gerakan memBersihkan negara.
Rakyat Malaysia tidak kira bangsa dah lama bangkit lawan tirani, tirani yang mekar akibat asas kerakusan yang dibina Dr Mahathir sendiri.
Bagus la Dr  Mahathir sedar, malah dia pun sudah nyatakan kekesalan dalam pemilihan pemimpin. Sebabkan dia sendiri yang membentuk pemimpin-pemimpin ni, tidak salah saya mengaku yang dia kesal dengan tindak-tanduk dia selama memerintah negara dan Umno sehingga melahirkan pemimpin sebegini.

Tapi pada masa yang sama, tidak ada siapa patut lupa "jasa"Dr Mahathir sama ada yang baik mahupun buruk. Bersih bukan bermatlamatkan politik, ia berteraskan demokrasi. Sila bezakan perkara itu, dan buanglah persoalan kaum, ideologi politik serta fokus yang menyimpang pada individu. Tidak ada siapa kisah. Sekarang ini matlamat #Bersih4 adalah hendak pulihkan Malaysia, by Malaysians for Malaysians, so all are welcomed.