Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MEMORANDUM BUAT PENGERUSI FGV

Posted: 25 Aug 2015 07:19 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menyerahkan memorandum kepada Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad seperti   butiran berikut:-

Tarikh   :  3 Sept 2015
Masa.   :  10.30 pagi
Tempat :  Pejabat FGV di Menara Felda, KL

Memorandum ini merujuk kepada kedudukan saham FGV yang sangat buruk dan bantahan cadangan pembelian kepentingan 37% dalam Syarikat Perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation.

Sehubungan dengan itu, ANAK menjemput wakil parti politik, Ngo dan masyarakat Felda untuk turut serta bagi menzahirkan kebimbangan dan kegusaran yang amat sangat dengan situasi kritikal yang melanda FGV.

Maklumat susulan mengenai penyerahan memorandum ini akan dimaklumkan  beberapa hari lagi.

Dalamasa yang sama, ANAK menyokong dan mendokong Himpunan BERSIH pada 29&30 Ogos ini dan Kongres Rakyat pada 12 September. Ia suatu medan penting dalam menjunjung demokrasi yang bersih dan adil. Juga komitmen terhadap hak dan kepentingan warga Felda seluruh negara.

Moga usaha kita di berkati Allah.

' MENERAJUI PERUBAHAN '

Mazlan Aliman
PRESIDEN ANAK
25 Sept 2015

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Melayu "bangsat" berarak BERSIH 4.0 untuk kesenangan DAP

Posted: 25 Aug 2015 09:30 PM PDT

Ini betul-betul bakal jadi bangsat kerana kebodohan diri.


Selama beberapa siri Bersih, DAP bukan turun pun.



Malah tak turun pun ....


Melayu berdemo, Cina mengundi ....


Anak2 diajar terus membenci ...


Bila mereka berkuasa, ada DAP kisah?


Tanpa Unit Amal mengawal, keganasan Bersih 2 boleh berulang

Posted: 25 Aug 2015 05:01 PM PDT


Bersih 2 ada himpunan Bersih yang paling ganas hingga kereya polis diterbalik dan dijahanamkan. Pegawai polis ditendang dan dihenyak.

Semua itu disebabkan Unit Amal PAS hilang kawalan.

Apa agaknya boleh dan bakal berlaku di Bersih 4.0 dengan Unit Amal tidak terlibat kerana PAS tidak menyertai secara rasmi?

Kumpulan GHB berkata mereka sudah ada ARIF yang terdiri dari bekas ahli Unit Amal. Cuba agak berapa kerat ahli Unit Amal yang sedia keluar dari PAS untuk sertai ARIF?

Dengan demikian, berapa kekuatan ARIF?

Bolehkah kekuatan yang mereka ngaku dipercayai untuk control crowd dan mengawal keadaan? Ketika Unit Amal full force di Bersih 2 pun keadaan boleh hilang kawalan.


Kumpulan Dato Jamal Yunos mahu kawal Bersih 4.0?

Pihak pakatan baru kata bukan saja ARIF tapi DAPsy dan AMK ada pasukan keselamatan mereka. Yakinkah anda?

DAP sendiri bukan turun pun ke perhimpunan. Ini pula nak kawal selia keadaan perhimpunan?

AMK yang kita tahu adalah pihak yang sering mengganggu gugat dan menghuru harakan keadaan. Sering ianya dilakukan dengan NGO tak berdaftar atau kumpulan2 seperti SAMM.

Kalau anda percaya AMK nak mengatur dan kawal keadaan, anda antara bodoh atau naif.

Ketua AMK, Nik Nazmi pun tak boleh kawal dan di respek ahli2 JK AMK. Chain of command dalam AMK pun cacamarba, nak kawal perhimpunan haram pula. Iyalah tu!!!!


Bersih perguna dan bodohkan PAS selama ni

Posted: 25 Aug 2015 01:29 AM PDT



L

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


TUANKU SULTAN JOHOR MENGINGATKAN KERAJAAN AKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Posted: 25 Aug 2015 01:01 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KONDOM DISEDIAKAN DI DALAM KEMAH, PENGALAMAN LALU

Posted: 25 Aug 2015 07:37 PM PDT

Cerita pasal BERSIH 4.0. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau telah diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata.

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0. Dlm BERSIH 1~3, PAS merupakan penganjur bersama. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan namun penganjur tetap mengingkari segala syarat tersebut. 

Pada BERSIH 4 yg akan diadakan kali ini PAS telah ditolak awal2 drp menjadi penganjur bersama kerana mereka telah ada GHB iaitu golongan yg kecewa selepas kalah dlm Muktamar PAS yg lalu. Selain drp itu dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu-birukan keselamatan dan keamanan negara.

PAS yg telah ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta utk mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama iaitu Unit Amal utk turun seramai mungkin. Tindakan ini seolah2 menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini hanya mahu meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Cukup2lah selama ini mereka memperkudakan PAS dlm siri demonstrasi haram BERSIH 1~3!

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka penganjur BERSIH pula nak memerintah.Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di Dataran Merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli Amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah.

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama ini nak dibuat drp 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36 jam.. Tiada aktiviti khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36 jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas utk perempuan dan lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..Sudah tentu mereka yg hadir lebih berseronok kpd perkara2 yg maksiat dan melalaikan. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (NGO lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit Amal menjadi budak suruhan lagi utk kerja2 maksiat mereka..Beliau mengingatkan seluruh ahli dan keluarga agar menjauhi perhimpunan BERSIH 4 itu kerana penganjur mempunyai agenda yg amat tidak baik disebaliknya.


@SPAD @JPJ @PDRM ADAKAH BAS BJY602 MEMILIKI SAMAN TERTUNGGAK ATAU PERMIT PALSU?

Posted: 25 Aug 2015 10:39 AM PDT


APAKAH PERMIT BAS INI? ADAKAH BAS INI MEMPUNYAI KES POLIS? ADAKAH PEMANDU BAS INI MEMPUNYAI KES JENAYAH? @PDRM@JPJ @SPAD MOHON PERIKSA !

@PDRM, MOHON PERIKSA ADAKAH BAS KLUANG-KUALA LUMPUR INI MEMBAWA WARGANEGARA SINGAPURA DAN PEKERJA BANGLADESH-SINGAPURA ?

Adakah Bas Persiaran dibenarkan membawa Warga Asing untuk memberontak dan menghuru-harakan keamanan negara?

Adakah Bas Persiaran ini ada insuran? road tax? Dan permit?

Adakah Pemandu Bas ini mempunyai Saman Tertunggak? Kes Polis? Kes Mabok semasa memandu? Lesen Palsu? Kes Kemalangan?

Adakah Bas- Bas Persiaran ini mempunyai Tunggakan Saman yang belum dijelaskan? Jika Ada, mengapa dibenarkan berada di atas jalan?

Kepada Rakyat Malaysia yang cintakan Keamanan Sila Gambar Nombor Kenderaan BAS dan hantar ke mana-mana FB, Tweeter dan Instigram pihak berkuasa untuk mengesan kesalahan-kesalahan seperti di atas!

Negara kita tanggungjawab kita, Keamanan, Kebersihan dan Ketenangan Bandaraya Kuala Lumpur Tanggungjawab kita bersama.



KETURUNAN SYED PUN PANDAI MENIPU, DOKTOR PUN PANDAI MENIPU?

Posted: 25 Aug 2015 04:15 AM PDT




Dr Azman Penipu, tak guna jadi Dr kalau penipu. Elok bakar sijil Dr tu, memalukan profesyon Dr...

Adakah semua Dr di Malaysia seperti Dr Syed Azman?

Sudahlah Dr pakai nama Syed pula...! Beginikah keturunan Syed?



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


DAULAT TUANKU :Jangan perbodohkan rakyat, titah Sultan Johor

Posted: 25 Aug 2015 05:26 AM PDT


Amerika, Jerman pantau demo BERSIH 4

Posted: 25 Aug 2015 05:24 AM PDT

Kedutaan Amerika Syarikat dan Jerman berkata akan memerhati perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini.
Dalam e-mel kepada Bernama, kedutaan berkata:
"Amerika Syarikat mengiktiraf protes yang berniat aman dan menyokong kebebasan asasi untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman".
Kedutaan Jerman pula berkata mereka menyokong kebebasan bersuaran dan hak untuk berhimpun, lapor agensi berita nasional.
"Jerman menjuarai urus tadbir yang baik, hak asasi dan kedaulatan undang-undang," jurucakap kedutaan dilapor sebagai berkata.
Suruhanjaya Kanada dan Australia enggan mengulas manakala pesuruhjaya tinggi British tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Samseng Upahan: Anti-BERSIH demo gaya gaduh

Posted: 25 Aug 2015 05:22 AM PDT

 Kumpulan anti-BERSIH 4, yang tampil dengan imej berbaju merah, hari ini sekali lagi berhimpun di ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 34 jam Sabtu ini.
Menurut video yang dimuat naik di Facebook, mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak, termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.
Mereka juga memakai baju bertulis "BERSIH 4 Keamanan".
Berdasarkan video, beberapa orang juga mempamerkan beberapa aksi balik kuang serta beberapa "bunga" silat seperti dalam aksi berlawan.
Beberapa kain rentang anti-BERSIH dibawa, antaranya bertulis "Menentang keras BERSIH 4 jahat kerana merosakkan pemikiran generasi Y".
Ramai anak muda kelihatan menyertai perhimpunan itu.
Pada 20 Ogos lalu, sebuah perhimpunan anti-BERSIH telah diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan gambar pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah disimbah cecair merah.
Kumpulan itu, yang menggelarkan diri sebagai "Gabungan NGO-NGO Malaysia", juga mengugut berkumpul di depan rumah Maria dan mahu membawa 30,000 orang yang menentang BERSIH 4 berhimpun sama pada hari itu.

GHB yakin ramai ahli PAS sertai Bersih 4

Posted: 25 Aug 2015 05:21 AM PDT

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas.

Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin ramai ahli PAS akan turun menyertai himpunan Bersih 4 walaupun presiden parti Islam itu secara rasmi menghantar tiga wakil sahaja, kata Mohamad Sabu.
Pengerusi GHB itu berkata, walaupun kali ini tiada arahan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun beliau yakin bilangan sokongan rakyat tidak menyertai himpunan aman tidak akan terjejas.
"Tidak terjejas bahkan saya yakin ahli PAS juga akan bersama dalam himpunan itu.

"Bersih adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun," katanya pada sidang media di pejabat GHB Selangor di Shah Alam, hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan Hadi yang mahu menganjurkan himpunan berasingan.
"Saya tidak mahu ulas hal parti lain tetapi 1 Mei yang lalu mereka buat himpunan yang berasingan di Padang Merbok.
"Himpunan 1 Mei membantah GST adalah keputusan muktamar PAS itu pun waktu itu mereka dah buat berasingan.
"Jadi ulasan mengapa mereka buat berasingan elok pihak mereka memberi penjelasan," katanya.
Mohamad, juga dikenali Mat Sabu sekali menyatakan sokongan penuh GHB terhadap Bersih 4 anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan menyediakan 500 sukarelawan unit keselamatan, Arif untuk bertugas bersama Pemuda DAP (Dapsy) dan Pemuda PKR.
Beliau turut menolak dakwaan Bersih hanya mendapat sokongan satu kaum sahaja, dan yakin Melayu menjadi kaum paling ramai menyertainya pada 29 dan 30 Ogos nanti.
"Kita harap semua kaum akan turun dan memberi kerjasama. Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kita kali ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kutipan derma cukup untuk tampung Bersih 4, kata penganjur

Posted: 25 Aug 2015 05:20 AM PDT

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kini mendapat dana mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kini mendapat dana mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan Bersih 4. 

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima sumbangan dana lebih daripada RM1.5 juta sejak mengumumkan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan serata dunia, kata Maria Chin Abdullah.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, sambutan rakyat amat menggalakkan dan badan bukan kerajaan (NGO) itu kini mendapat dana mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan Bersih 4.
"Kami gembira dengan sokongan yang ditunjukkan rakyat. Baki derma yang tidak digunakan untuk Bersih 4 akan digunakan untuk aktiviti Bersih 2.0 yang masih berjalan untuk mengubah sistem pilihan raya.

"Kami juga membatalkan makan malam amal yang dirancang akan diadakan pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Maria sebelum ini dilaporkan berkata, jumlah derma itu tidak akan digunakan untuk membayar peserta sebanyak RM300 seorang seperti yang didakwa kumpulan anti-Bersih.
"Kami tak bayar orang. Malah, untuk himpunan ini kami minta orang ramai bawa air dan makanan sendiri, selimut sendiri, beg tidur.
"Kami tak percaya pendekatan sedemikian. Kami percaya orang ramai lebih rasional dan ini bukan budaya orang yang datang ke himpunan ini," katanya.
Kutipan untuk Bersih 4 itu dibuat sejak kempennya dilancarkan pada 10 Ogos lalu.
Maria berkata, sebahagian wang yang berjaya dikumpul turut akan digunakan bagi membiayai usaha dan kempen membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak.

Putrajaya cuba kelirukan rakyat dengan isytihar perhimpunan haram, kata Bersih

Posted: 25 Aug 2015 05:17 AM PDT

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Putrajaya cuba mengelirukan orang ramai dengan mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini sebagai sebuah "pertubuhan haram".
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara.
"Bersih 4 adalah acara, bagaimana anda mentafsirkannya sebagai haram? Saya fikir mereka sudah salah.

"Adakah mereka mengatakan kita perlu mendaftar dengan kerajaan untuk setiap acara yang kita mahu lakukan? "Mereka cuba untuk mengelirukan keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata Bersih 2.0 adalah gabungan kumpulan yang sudah lama ditubuhkan dan menegaskan badan pemantau pilihan raya itu tidak perlu didaftarkan.
"Majoriti ahli kami adalah NGO berdaftar. Kami sentiasa kekal sebagai gabungan, kami tidak perlu pendaftaran," katanya.
Maria, bagaimanapun berkata, Bersih mempunyai syarikat berdaftar yang dikenali sebagai Bersih & Adil Network Sdn Bhd bagi tujuan perakaunan, sambil menambah dana yang dikumpulkan untuk perhimpunan itu akan diaudit dalam tempoh 3 hingga 4 minggu akan datang.
Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih 4 sebagai sebuah pertubuhan haram dan menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menyertai perhimpunan bermalam di hujung minggu ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kementerian itu mendapati Bersih 4 mampu menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Beliau berkata Bersih 4 juga menyebarkan propaganda menghasut orang ramai, yang bersifat negatif terhadap kerajaan, dengan mengedarkan risalah tertentu yang boleh mengundang bahaya.
Kementerian itu juga mendakwa pelbagai aktiviti Bersih 4 mendatangkan imej negatif terhadap negara ini, sambil menambah ia boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan, kemakmuran ekonomi, kedaulatan negara dan keharmonian kaum.
"Kementerian Dalam Negeri menyiasat Bersih 4 dan mendapati ia bukan satu pertubuhan berdaftar.
"Oleh itu, kementerian meminta orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan pada 29 hingga 30 Ogos itu yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan ia dianjurkan sebuah organisasi yang tidak berdaftar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Turun ke Bersih 4 satu patriotisme, kata NGO pesara tentera

Posted: 25 Aug 2015 05:16 AM PDT

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai seorang yang sayangkan masa depan negara.

Badan bukan kerajaan (NGO) pesara tentera menggesa supaya rakyat turun ke demonstrasi Bersih 4 pada 29 Ogos ini sebagai tanda patriotisme pada ketika negara berdepan dengan pelbagai krisis.
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyifatkan mereka yang hadir ke demonstrasi hujung minggu ini sebagai se
orang yang sayangkan masa depan negara.
"Mereka yang hadir pada demonstrasi pada hujung minggu ini adalah mereka yang sayangkan negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazari berkata walaupun pada 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan, ia tidak menjadi kesalahan kepada orang ramai untuk hadir ke demonstrasi besar-besaran anjuran Bersih 2.0 tersebut. "Kita hormat orang menyambut Hari Kebangsaan tapi rakyat yang hadir pada Bersih 4 nanti juga berhak dan boleh dianggap sebagai seorang yang patriotisme.
"Mereka yang turun pada 29 Ogos ini nanti terdiri daripada mereka yang mengambil berat tentang krisis dan kemelut yang melanda negara ketika ini," katanya.
Menurut Nazari, sudah tiba masanya kerajaan mendengar suara rakyat bawahan dan tidak mementingkan diri sendiri semata-mata.
"Sudah tiba kerajaan mendengar suara rakyat, himpunan ini adalah aman dan bukannya satu rusuhan," katanya.
Nazari juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keadaan ekonomi dan mata wang yang lemah dihadapi negara ketika ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat.
"Dalam keadaan sekarang, ekonomi makin merudum kemudiaan ditambah pula dengan kenyataan daripada pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang mengatakan kita akan bankrap.
"Ini semua mengerikan kita, rakyat dalam terumbang-ambing. Mereka yang sertai demonstrasi nanti adalah lebih patriotisme tinggi kerana mereka ini bukan partisan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

KDN isytihar Bersih 4 haram

Posted: 25 Aug 2015 05:15 AM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Bersih 4 yang bercadang mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini, bukan pertubuhan berdaftar.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan KDN juga mendapati Bersih 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
Beliau berkata Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

"Menerusi pelbagai kegiatannya memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sehubungan itu, KDN meminta orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. – Bernama,

Himpunan Bersih kali ini ramai orang Umno turun - AMK

Posted: 25 Aug 2015 05:12 AM PDT

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak terkejut jika lebih ramai ahli Umno akan menyertai himpunan aman Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini namun perkara katanya sudah dijangka.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau tidak menghalang mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman kerana ia dijamin Perlembagaan.

"Saya tidak menghalang sesiapa saja nak berhimpun, itu sebahagian daripada hak Perlembagaan, sama ada orang suka Bersih atau tidak, itu hak masing-masing.

"Kali ini mungkin lebih ramai orang Umno akan turun Bersih dan berada dalam himpunan anti Bersih, tapi saya rasa tiada impak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan sekumpulan aktivis penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengugut membawa 30,000 peserta berbaju merah bagi menyatakan bantahan pada perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung bulan ini.

Mereka, yang menggelarkan diri sebagai 'Gabungan NGO-NGO Malaysia', juga berkata akan berkumpul di depan rumah pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah jika perhimpunan itu diteruskan.

Dalam pada itu, Nik Nazmi juga berkata pihaknya sedia menerima sesiapa sahaja dalam perhimpunan aman itu, namun ia perlu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak polis untuk mengawal keadaan.

"Saya harap pihak polis dapat mengawal keadaan dengan baik dan saya yakin dengan pengalaman kita sebelum ini.

"Kalau pihak polis memainkan peranan mereka, ini (bertembung anti Bersih 4.0) tiada masalah bagi saya," katanya lagi.

Bersih 4.0 bakal bertemu lawan 29 Ogos ini dari pengampu Najib

Posted: 25 Aug 2015 05:10 AM PDT


Bersih 4.0 bakal bertemu lawan 29 Ogos ini

KUALA LUMPUR - Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 Ogos nanti bakal bertemu lawan dengan himpunan Menolak Bersih 4.0 yang dikatakan diadakan di hari yang sama, pada hujung bulan nanti. 
 
Penganjur Himpunan Menolak Bersih 4.0, Datuk Jamal Yunus berkata, himpunan hujung bulan ini bakal diadakan bagi membantah penganjuran Bersih 4.0 yang diadakan pada hari yang sama.
 
"Kami semua akan berhimpun beramai-ramai di hadapan Plaza Low Yat dan akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada hari himpunan Bersih 4.0 diadakan.
 
"Kami akan berhimpun seawal pagi pada hari tersebut. Kami akan berarak menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu," katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan himpunan Menolak Bersih 4.0 (Jahat) di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo, di sini, hari ini.
 
Seramai 30,000 peserta dari seluruh negara dijangka hadir bagi menunjukkan solidariti dalam menolak himpunan Bersih 4.0.
 
Menurutnya lagi, himpunan besar-besaran itu hanya akan dibatalkan‎ sekiranya penganjur himpunan Bersih 4.0 membatalkan penganjuran himpunan. 
Read More / Baca Lagi >>

AMK tak kisah jika anti-Bersih 4.0 mahu himpun

Posted: 25 Aug 2015 05:09 AM PDT

nik nazmiPETALING JAYA, 25 OGOS : Tiada halangan bagi mana-mana pihak menganjurkan perhimpunan asalkan ia berlangusng secara aman, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bagaimanapun, beliau berharap polis memainkan peranan sebaiknya bagi memastikan keselamatan peserta terjamin dan perhimpunan berlangsung aman.
"Tiada halangan untuk sesiapa pun untuk berhimpun kerana ia adalah sebahagian daripada hak perlembagaan," beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu Pejabat PKR, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat kumpulan anti-bersih yang mengugut membawa lebih 30,000 ribu peserta bagi menyatakan bantahan pada perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos ini
Sebelum ini, kumpulan anti bersih yang mengelarkan diri sebagai 'Gabungan NGO-NGO Malaysia' akan turun pada tarikh sama bagi menghalang Bersih 4 atas alasan semua siri Bersih sebelum ini menjejaskan keamanan dan menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.
Pemimpinnya, Datuk Jamal Md Yunos dilaporkan sebagai berkata mereka turut akan berkumpul di depan rumah Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah jika perhimpunan itu diteruskan.
Read More / Baca Lagi >>

13 AMK telah disiasat isu konvoi BERSIH Merdeka

Posted: 25 Aug 2015 05:08 AM PDT

Seramai 13 pemimpin AMK Pusat dan Selangor hari ini dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung konvoi AMK-Bersih Merdeka yang berlangsung pada Ahad lepas.
Naib Ketua AMK Mohd Radzlan Jalaludin berkata seramai tujuh termasuk dirinya memberi keterangan berkaitan konvoi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang ini.
"Hari ini kami seramai tujuh orang daripada AMK telah dipanggil polis untuk membantu siasatan mereka berkaitan satu konvoi.
"Kami telah beri kerjasama dan pihak polis akan lengkapkan siasatan mereka," kata kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan.
Enam lagi anggota AMK yang diminta hadir Naib Ketua Sangeetha Jayakumar, empat exco AMK pusat iaitu Anwar Nekhan, P Tharmentran, Afzanizam Rahman dan Mohd Ridhuan Basri serta anggota sekretariat Daing Mohd Reduan.
Mereka hadir ke ibu pejabat polis itu kira-kira jam 2.30 petang dan keluar selepas dua jam kemudian. Lebih 30 anggota AMK yang lain hadir sebagai tanda sokongan solidariti kepada mereka.
Pada Ahad lepas satu konvoi kemerdekaan anjuran AMK diadakan di sekitar Shah Alam dan berakhir di Ibu Pejabat PKR disertai lebih 23 buah kereta untuk mempromosi himpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos ini di ibu negara.
Sementara itu, Radzlan yang juga seorang peguam berkata empat lagi pemimpin AMK hadir di IPD Ampang Jaya pagi tadi bagi tujuan yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

Penganjur BERSIH 4.0 merbahaya kepada negara – KDN

Posted: 25 Aug 2015 05:07 AM PDT

KDN telah menjalankan siasatan terhadap pertubuhan yang menganjurkan perhimpunan BERSIH 4.0 yang dirancang pada 29 dan 30 Ogos ini.
bersih,haram
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati BERSIH 4.0 sebagai pertubuhan haram yang boleh mengancam keselamatan negara.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, KDN telah menyiasat BERSIH 4.0 dan mendapati kegiatannya boleh mencetuskan kegelisahan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Menerusi kenyataan media, beliau berkata, BERSIH 4.0 boleh mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
Pertubuhan itu juga menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan, katanya.
"Menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Anti-Bersih protesters prepared for violence

Posted: 25 Aug 2015 05:06 AM PDT

Activists exhibit their physical prowess at a demonstration outside Sogo.
anti-bersih_600
KUALA LUMPUR: A coalition of pro-establishment NGOs said today its activists had prepared themselves for the possibility of a violent confrontation with Bersih demonstrators this weekend.
Coalition leader Jamal Md Yunos told a press conference that all 30,000 activists who would participate in a protest against Bersih had been prepared mentally and physically.
Jamal today led a demonstration outside the Sogo shopping complex, during which some of the participants exhibited their physical prowess by hitting each other with wooden poles and smashing limestone bricks, sometimes against their heads. They imitated the screams and roars of tigers.
"We will gather at Low Yat Plaza at 9am this Saturday and walk towards Dataran Merdeka," Jamal said. "All of our participants have been informed of the possibility of assaults and they volunteered to participate because we just want peace in our country."
He said today's demonstration, in which about 160 people took part, was to show that his activists were "not afraid of anything that might come our way during the Bersih 4 rally."
He also said his group would call off its rally if Bersih decided to cancel its protest.
He disclosed that the anti-Bersih demonstrators had been provided with accident insurance and would be given meals during the rally. They would be wearing red T-shirts bearing the slogan "Bersih 4 Keamanan," he added.

Pas, BN akan sertai BERSIH 4.0 – Mat Sabu

Posted: 25 Aug 2015 05:05 AM PDT

Perhimpunan ini untuk kepentingan rakyat dan masa depan negara yang perlu disertai semua tanpa mengkira fahaman politik.
mat-sabu_ghb_600
SHAH ALAM : Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu yakin ahli Pas akan turut serta dalam Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, sokongan ahli Pas untuk menyertai himpunan itu tidak akan terjejas walaupun pimpinan parti itu telah menyatakan hanya akan menghantar wakil untuk sertai perhimpunan itu.
"Kita yakin ahli Pas akan bersama dalam himpunan (Bersih 4.0) itu. Bersih adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun," katanya pada sidang media di pejabat GHB Selangor pada Selasa.
Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini.
Sebaliknya, kata Takiyuddin, Pas akan menghantar wakil ke perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam menuntut sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil.
Mat Sabu menambah, beliau yakin penyokong Barisan Nasional (BN) turut akan bersama dalam himpunan itu.
"Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kali ini kerana kerajaan mesti buat sesuatu untuk menyelamatkan ekonomi negara.
"Imej negara begitu berada dalam tahap mencemaskan. Oleh itu tekanan daripada rakyat 29 dan 30 (Ogos) nanti mahu Perdana Menteri dan Kabinet berbuat sesuatu," katanya.
Mat Sabu yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas berkata, sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak membawa beban kepada negara, beliau hendaklah meletakkan jawatan dengan segera.

Nazir: Pemimpin Elak Cakap Benda Bodoh

Posted: 25 Aug 2015 05:02 AM PDT

Amaran macai Najibkepada penganjur bersih 4

Posted: 25 Aug 2015 05:00 AM PDT

Anti-Bersih protesters 'beat' each other up with sticks and roof tiles

Posted: 25 Aug 2015 04:59 AM PDT

Pemimpin Yang Sebabkan Umno Kalah Adalah Bangsat - Sanusi

Posted: 25 Aug 2015 04:58 AM PDT

Bersih 4.0: AMK Kerah 10,000 Ahli

Posted: 25 Aug 2015 04:57 AM PDT

Parti Islam baru lahir 31 0gos ini, kata Mat Sabu

Posted: 25 Aug 2015 04:56 AM PDT

Mat Sabu hopes 'all' will join Bersih rally

Posted: 25 Aug 2015 04:56 AM PDT

PKR: Himpunan aman, tak perlu guna senjata renjat

Posted: 25 Aug 2015 04:55 AM PDT

PKR kerah 700 SKUAD pastikan keselamatan BERSIH

Posted: 25 Aug 2015 04:55 AM PDT

PKR akan jumpa pihak UPU isu pelajar gagal ke IPTA

Posted: 25 Aug 2015 04:55 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Dana Asing Disalur Untuk Huru Harakan Negara #Bersih4

Posted: 25 Aug 2015 08:12 PM PDT

Video Pesanan Dato Sri @NajibRazak Pada Generasi Muda

Posted: 24 Aug 2015 10:41 PM PDT


bERANIKAN hATI

0

Posted by Unknown | Posted on 3:27 PTG | Posted in

sumber :-

bERANIKAN hATI


SIAPA MANGSA DAN SIAPA PEMANGSA?

Posted: 25 Aug 2015 05:11 AM PDT

Yang lama kita tukar dengan yang baru.... mungkin itu yang diperkatakan.


Tahniah kepada DS Zahid Hamidi yang berani menerima perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia menggantikan TS Muhyiddin Yassin yang terpaksa direhatkan. Saya sudah menulis mengenainya menurut sudut pandangan saya sendiri, baca di 'Ular Menyusur Akar'.

Mungkin sudah demikian suratan takdir...diangkat martabatnya - kepada DS Zahid Hamidi, dan terbuang - buat TS Muhyiddin Yassin.

Apa yang kita lihat dari apa yang berlaku ketika ini? Tentunya kita ada pandangan berbeza-beza namun kita harus melihat politik itu dari pandangan serupa, iaitu politik itu bersegi-segi. Dari segi mana atau sudut mana sekalipun kita berada, kita melihat matlamat yang sama... mencapai cita-cita.

Apapun kita sepatutnya turut berpuashati kerana pemimpin berumur didalam UMNO digantikan dengan yang lebih muda. Ini juga peremajaan dalam parti yang akar umbi inginkan selama ini.

Ketika DS Hishamuddin meninggalkan kerusi Ketua Pemuda, tempatnya diisi oleh KJ yang nampaknya dengan mudah menyingkirkan DS Mukhriz. Jadi ke mana dan bagaimana DS Mukhriz boleh mendapat tempat untuk menghampiri kerusi Perdana Menteri?

Ayahanda 'Mantan' memang sangat berharap DS Mukhriz dapat mencapai kerusi berkenaan dalam waktu terdekat, namun halangan nampaknya sangat banyak. Justeru, bagaimanakan halangan-halangan itu dapat dikurangkan? jawapan mudahnya adalah pecahkan dan singkirkan...

Tangan manakah yang bijak mencaturkan politik Malaysia ini ...yang mampu melakukan dalam diam tanpa disedari dan dipersalahkan?

Apabila TS Muhyiddin dan DS Shafie Afdal tersingkir dari jawatannya dalam kerajaan, pasti itu akan turut menjejaskan jawatannya didalam parti. Inilah apa yang sering terjadi dalam UMNO dan pasti akan terjadi lagi kepada kedua mereka ini.

Jika benarlah demikian, bermakna DS Zahid Hamidi akan mengisi jawatan Timbalan Presiden, maka tempatnya serta tempat DS Shafie Afdal akan kosong. Siapakah yang akan mengisi kekosongan berkenaan? Siapakah yang sangat berkehendakan kerusi berkenaan? Bukankah peluang akan luas terbuka untuk DS Mukhriz? Hehehe.... inilah kesenian dalam politik!

Mungkin ada yang melihat bahawa masih ada musuh dan halangan bagi DS Mukhriz, iaitu KJ, namun apabila KJ membawa kecenderungan dan hasrat Pemuda untuk menyokong TS Muhyiddin dan DS Shafie maka itu juga membawa KJ ke dalam kapal yang sama, yang sudah hampir tenggelam.

Mungkin kita sudah boleh turut mengucapkan selamat jalan atau selamat tinggal kepada KJ. Tahniah kepada DS Mukhriz kerana laluan semakin cerah untuknya. hahaha.... inilah seni dalam politik! Siapa yang kena main? Kenapa 'Mantan' sudah mendiamkan diri?

Siapa mangsa dan siapa pula pemangsa?


Bacaan cadangan: