Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar, Nurul terima wang Saudi ke akaun peribadi

Posted: 24 Aug 2015 08:30 PM PDT


Pada tahun 1971, Raja Mahkota Arab Saudi dalam satu pertemuan dengan Tengku Razaliegh Hamzah telah bertanya kepada siapa pergerakan Islam dia boleh salurkan dana untuk perkembangan Islam di Malaysia. 

Tengku Razaliegh ketika itu sebagai Menteri dan Pengerusi Petronas telah mencadangkan supaya dana itu diiberikan kepada Anwar Ibrahim.



Maka bermulalah hubungan Anwar dengan dunia Arab ketika itu. 

Setiap tahun Anwar berjaya memanupulasi hubungan itu dan menerima berjuta-juta USD dari Arab Saudi Finance Charity. 

Pernahkah kamu bertanya ke mana wang itu dimasukkan?



Anwar kemudian dilantik sebagai wakil Malaysia kepada World Islamic Youth Association yang berpangkalan di Arab Saudi. 

Pada tahun 1981, Anwar menganggotai IIIT dan tahukah kamu pada tahun 1981 juga, seorang wakil IIIT dari Amerika Syarikat telah terbang ke Malaysia bertemu Tun M memujuk Tun M supaya menerima Anwar menyertai UMNO!


Pernahkah anda bertanya berapa juta dana Anwar perolehi? Pernahkah anda bertanya dana itu masuk akaun peribadi Anwar atau masuk akaun ABIM? 

Bersambung di MyMassa SINI


In 2003, Anwar Ibrahim and his family were the beneficiaries of an apparent tax fraud perpetrated by IIIT. 

According to its own tax filings for that year, IIIT made $92,200 in contributions to Ibrahim's daughter, Nurul Izzah.

Where it listed the donations to Izzah on the tax forms, IIIT violated U.S. law by indicating "none" under the heading "Donee's Relationship." 

The group would have lost its tax-exempt status had it been known that it was sending money to the family member of a director. 

Ibrahim never disavowed this act when given the chance and even stated explicitly that these contributions were made for the education of his six children. 

At a 2005 ABIM conference in Malaysia, Dr. Ahmad Totonji -- IIIT's Vice President and a co-founder of a Saudi-financed Islamic charity with ties to the SAAR Foundation and al Qaeda --praised Ibrahim's efforts to promote Islamic rule in his homeland: 

"We have changed the world. I first came to Malaysia in 1970 and was met by Br[other] Anwar.... I am glad to see sisters everywhere in Malaysia today wearing [the] hijab. We have made a better world for Muslims." 

Totonji further congratulated Ibrahim for his success in disguising his underlying desire to replace Malaysia's parliamentary democracy with a system based on Sharia Law

"It was wise not to involve ABIM in the political work, it was wise to keep daawah[proselytization] separate from politics."

Returning to the political arena in time for Malaysia's 2008 general election, Ibrahim led the Opposition Coalition to winning more parliamentary seats than ever before, though not enough to defeat the UMNO. 

Later that year, new charges of sodomy were brought against Ibrahim. As of September 2011, they had not yet been adjudicated.

Baca seterus di MyMassa SINI

ARIF beri keselamatan pada penzina, LGBT dan taik arak BERSIH 4.0

Posted: 24 Aug 2015 05:26 PM PDT



Cerita pasal BERSIH 4.0. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau telah diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata.

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0. Dlm BERSIH 1~3, PAS merupakan penganjur bersama. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan namun penganjur tetap mengingkari segala syarat tersebut. 

Pada BERSIH 4 yg akan diadakan kali ini PAS telah ditolak awal2 drp menjadi penganjur bersama kerana mereka telah ada GHB iaitu golongan yg kecewa selepas kalah dlm Muktamar PAS yg lalu. Selain drp itu dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu-birukan keselamatan dan keamanan negara.


PAS yg telah ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta utk mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama iaitu Unit Amal utk turun seramai mungkin. Tindakan ini seolah2 menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini hanya mahu meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Cukup2lah selama ini mereka memperkudakan PAS dlm siri demonstrasi haram BERSIH 1~3!

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka penganjur BERSIH pula nak memerintah.Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di Dataran Merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli Amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah.

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama ini nak dibuat drp 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36 jam.. Tiada aktiviti khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36 jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas utk perempuan dan lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..Sudah tentu mereka yg hadir lebih berseronok kpd perkara2 yg maksiat dan melalaikan. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (NGO lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?


Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit Amal menjadi budak suruhan lagi utk kerja2 maksiat mereka..Beliau mengingatkan seluruh ahli dan keluarga agar menjauhi perhimpunan BERSIH 4 itu kerana penganjur mempunyai agenda yg amat tidak baik disebaliknya.

Ayuh jauhi BERSIH 4!!!!!

YB DAP tak ngaku rakyat? Letaklah jawatan ADUN ...!!!!

Posted: 24 Aug 2015 12:30 AM PDT


Saya malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, kata Violet DAP

SarawakLIVE 

‎ KUCHING: YB Violet Yong (DAP Sarawak) semalam menyatakan bahawa beliau malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia sewaktu pergi ke luar negara, malah terpaksa mengaku sebagai rakyat Singapura akibat isu yang melanda Malaysia sekarang.

http://www.sarawaklive.com/2015/08/saya-malu-mengaku-sebagai-rakyat.html

‎ADUN DAP Padungan, Violet Yong tidak mahu mengaku sebagai rakyat M'sia, dan terpaksa mengaku sebagai rakyat S'pura.

Buat apa terus jadi ADUN untuk mewakili rakyat Malaysia? Apa perlu lagi aktif dalam politik di Malaysia lagi jika dah tidak minat mahu jadi rakyat Msia?

Letak saja jawatan dan pindah ke Singapura!!!!


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BERSIH 4.0 HANYA AKTIVITI MAKSIAT ADA KONDOM, ADA ARAK, LEBIH KEPADA MEMPERBODOH UMAT ISLAM

Posted: 24 Aug 2015 05:25 AM PDT

BERSIH YANG KOTOR

Cerita pasal BERSIH 4.0. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau telah diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata.

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0. Dlm BERSIH 1~3, PAS merupakan penganjur bersama. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan namun penganjur tetap mengingkari segala syarat tersebut. 

Pada BERSIH 4 yg akan diadakan kali ini PAS telah ditolak awal2 drp menjadi penganjur bersama kerana mereka telah ada GHB iaitu golongan yg kecewa selepas kalah dlm Muktamar PAS yg lalu. Selain drp itu dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu-birukan keselamatan dan keamanan negara.

PAS yg telah ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta utk mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama iaitu Unit Amal utk turun seramai mungkin. Tindakan ini seolah2 menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini hanya mahu meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Cukup2lah selama ini mereka memperkudakan PAS dlm siri demonstrasi haram BERSIH 1~3!

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka penganjur BERSIH pula nak memerintah.Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di Dataran Merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli Amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah.

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama ini nak dibuat drp 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36 jam.. Tiada aktiviti khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36 jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas utk perempuan dan lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..Sudah tentu mereka yg hadir lebih berseronok kpd perkara2 yg maksiat dan melalaikan. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (NGO lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit Amal menjadi budak suruhan lagi utk kerja2 maksiat mereka..Beliau mengingatkan seluruh ahli dan keluarga agar menjauhi perhimpunan BERSIH 4 itu kerana penganjur mempunyai agenda yg amat tidak baik disebaliknya.

Ayuh jauhi BERSIH 4!!!!!

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Apa lagi yang ditunggu-tunggu ?

Posted: 23 Aug 2015 11:27 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


GHB nafi bayar RM 140,000 untuk ambil alih parti KITA

Posted: 24 Aug 2015 09:10 PM PDT

SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan membayar sejumlah wang untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), lapor mStar.
 
Salah seorang pemimpin GHB yang dikaitkan menguruskan pembelian tersebut, Ishak Surin berkata dakwaan tersebut tidak berasas.
 
Post Pic
Desas desus mengatakan GHB membayar RM140,000 bagi mengambil alih parti yang pernah diterajui Datuk Zaid Ibrahim.    
 
"Saya menafikan sebarang penglibatan. Banyak mesej lucu dan cadangan yang besar menjelang pelancaran parti baharu.
 
"Namun semua itu tidak akan menggagalkan rancangan kami untuk melancarkannya," kata Ishak yang mengetuai jawatankuasa GHB kawasan Batu.
 
Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Batu berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.
 
GHB dijangka mengumumkan penubuhannya sebagai sebuah parti baharu pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini manakala majlis pelancarannya pada Hari Malaysia, 16 September depan.
 
Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak dapat mengesahkan atau menafikan mengenai penamaan semula GHB.
 
"Selagi tidak ada kenyataan rasmi, permainan teka-teki ini masih berterusan," katanya.
 
Terdahulu, Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Rosliza Mahidi berkata GHB masih belum menghantar permohonan untuk membentuk sebuah parti baharu.

Mat Sabu gesa semua wakil rakyat PAS letak jawatan

Posted: 24 Aug 2015 08:59 PM PDT

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata kemenangan wakil rakyat PAS pada pilihan raya lepas ialah kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang disertai DAP dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015. 
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata kemenangan wakil rakyat PAS pada pilihan raya lepas ialah kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang disertai DAP dan PKR.

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menggesa wakil rakyat PAS, sama ada ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Adun), melepaskan jawatan masing-masing, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dipetik akhbar milik Umno itu berkata, kemenangan wakil rakyat PAS dalam pilihan raya umum lalu merupakan kemenangan atas tiket pakatan pembangkang.
"Mereka (ahli PAS) yang sepatutnya letak jawatan, kerana tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, yang turut disertai DAP dan PKR," katanya selepas majlis pelancaran GHB peringkat negeri di Bukit Mertajam malam tadi.

Pada masa sama, Mat Sabu mendakwa terdapat lebih ramai ahli PAS di seluruh negara meninggalkan parti itu selepas ini dan menyertai GHB. "Mereka secara berperingkat akan umum keluar PAS dan dalam hal ini, kami (GHB) tidak memaksa, dan memberi arahan kepada mereka supaya berbuat demikian, sebaliknya dilakukan atas kerelaan sendiri," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, GHB bersedia mengambil alih peranan PAS yang gagal menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum sejak beberapa penggal lalu dan prestasi itu tidak setanding dengan DAP dan PKR.
"Di negeri ini (Pulau Pinang), kita bagi bertanding di 5 kerusi DUN tetapi menang satu saja berbanding PKR yang menang 10 kerusi, manakala DAP paling cemerlang kerana menang di kesemua 19 kerusi.
"Jadi, baki 4 kerusi DUN yang gagal ditawan oleh parti lama saya, akan digunakan GHB untuk bertanding," katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas ahli PAS yang menyertai parti baharu, termasuk GHB, perlu meletak jawatan mereka kerana sudah berbai'ah sewaktu menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat.

Adun Johor gesa berpolitik jangan sampai mufti dan Sultan bertelagah

Posted: 24 Aug 2015 08:57 PM PDT

Ahli politik diingatkan jangan heret mufti dan Sultan dalam arena politik, kata Adun Kempas Datuk Tengku Putra Harun Tengku Jumat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Ahli politik diingatkan jangan heret mufti dan Sultan dalam arena politik, kata Adun Kempas Datuk Tengku Putra Harun Tengku Jumat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas Datuk Tengku Putra Harun Tengku Jumat menggesa ahli politik agar tidak mengheret mufti dan Sultan ke dalam arena politik bagi mengelakkan mereka yang berada dalam institusi itu berbeza pendapat di antara satu sama lain.
Adun Umno itu berkata, perbezaan pendapat istana Melayu dalam politik boleh membawa kepada "kerosakan yang tidak boleh diperbaiki".
"Jika kita mendesak mereka mengambil pendirian politik, mereka secara individu akan bercanggahan dan berlawanan antara satu sama lain; menyebabkan terlerainya perpaduan Melayu di antara keluarga diraja dan di antara negeri sehingga berlaku dimensi yang tidak dapat diperbaiki.

"Melainkan kita dapat suara yang bersatu seperti kita mahukan menerusi Majlis Raja-Raja sebagai institusi agung di negara ini, saya cadangkan kita jauhi laluan ini. "Kita perlu mencuba kaedah lain sebelum kita mohon campur tangan istana," kata Tengku Putra menerusi blognya.
Beliau turut mengingatkan Malaysia mempunyai 9 kesultanan dan seorang daripada putera raja di negara ini dengan kolum dalam akhbar harian sudah pun "cenderung kepada pembangkang".
Read More / Baca Lagi >>

Dewan Ulamak sokong gesa wakil rakyat keluar PAS letak jawatan

Posted: 24 Aug 2015 08:53 PM PDT



KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh saranan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar mana-mana wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

"Saranan ini sangat rasional kerana mereka yang menang sebagai wakil rakyat dalam PRU yang lalu bukanlah atas kapasiti peribadi tetapi atas tiket PAS berlambang bulan dengan bantuan penuh dari sudut kewangan dan tenaga kerja," ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Rakyat juga, katanya memberi mandat kepada mereka sebagai wakil rakyat PAS bukannya sebagai wakil rakyat Parti Amanah Rakyat.

Tambahnya, begitu juga wakil-wakil rakyat PAS telah berjanji setia untuk kekal bersama PAS.

Menurut beliau lagi, sekiranya mereka keluar daripada PAS selepas menang mereka juga berjanji akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Jika tidak, ujar beliau sebagaimana ikrar mereka segala gaji dan elaun yang mereka perolehi adalah haram atas mereka.

"Atas maruah sebagai seorang muslim yang berjanji maka ianya sepatutnya ditepati dan bukan diengkari. Hanya golongan munafik sahaja mengengkari janji-janji mereka," ujarnya daalm satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Switzerland: Perundangan baru pulang dana haram

Posted: 24 Aug 2015 08:51 PM PDT

Switzerland menjangka akan menerima pakai undang-undang baru pada akhir tahun ini yang akan mempercepatkan pemulangan dana haram di mana ribuan 'mereka yang terdedah dengan politik' dipercayai memegang akaun bank, kata seorang pegawai tertingginya di Berne semalam.
 Pihak Berkuasa Switzerland bekerjasama dengan beberapa negara, antaranya Haiti, Mesir, Tunisia dan Ukraine, untuk memulangkan aset yang telah dibekukan berikutan pertukaran pemerintah, kata ketua Jabatan Undang-Undang Antarabangsa Persekutuan di Kementerian Luar, Valentin Zellweger.
Secara khusus, mereka sedang berusaha untuk memulangkan AS$40 juta kepada Tunisia, "sebahagian besar" daripada AS$60 juta yang terpendam di zaman bekas pemimpin Zine al-Abidine Ben Ali, kata Zellweger.
Tetapi pembunuhan pendakwaraya Mesir, telah memperlahankan kerjasama dengan Kaherah berhubung pemulangan dana yang dikaitkan dengan bekas Presiden Hosni Mubarak (foto), katanya.
Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, Switzerland telah memulangkan AS$1.8 bilion dana haram atau yang digelapkan, yang disita dari akaun yang dipegang oleh diktator yang terdiri daripada Ferdinand Marcos (Filipina) dan Sani Abacha (Nigeria), Jean-Claude 'Bayi Doc' Duvalier (Haiti) dan Sese Seko Mobuto (Zaire).
Dalam kes-kes terkini, pihak berkuasa Switzerland bersetuju dengan permintaan AS untuk membekukan dana yang disyaki ada kaitan dengan Gulnara Karimova, anak perempuan Presiden Uzbekistan Islam Karimov, kata seorang jurucakap Pejabat Keadilan Switzerland.
Prosiding jenayah terhadap 1MDB
Karimova telah menjadi Duta Uzbekistan ke PBB di Geneva dan oleh itu wujud persoalan mengenai imuniti, kata Zellweger.
Read More / Baca Lagi >>

'Jika gentleman kosongkan kerusi, biar rakyat tentukan' - PAS Selangor

Posted: 24 Aug 2015 08:41 PM PDT

PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan dalam pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, lapor Bernama.
Katanya jika anggota GHB bercadang untuk bertanding dalam pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS.
"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Mohd Khairuddin dalam sidang media semalam.
Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta anggota yang meletak jawatan dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut bahawa keanggotaan akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana anggota menyertai parti lain.
"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi ADUN dan anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
Kelmarin, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan.
- Bernama

'BERSIH diperlukan kerana Malaysia dalam ICU'

Posted: 24 Aug 2015 08:40 PM PDT



Momentum BERSIH 4 sedang meningkat di Pulau Pinang, dengan kira-kira 600 orang menghadiri forum anjuran Aliran malam tadi.
Ruang forum penuh sesak, dengan ramai lagi duduk di atas lantai, serta di luar dewan Kompleks Masyarakat Penyayang.
Timbalan Ketua BERSIH, Sarajun Hoda memuji penduduk Pulau Pinang yang datang beramai-ramai walaupun pada malam Isnin, dengan berkata mereka sentiasa menunjukkan contoh yang baik mengenai kuasa rakyat, terutamanya apabila mereka mengundi kerajaan baru pada tahun 2008.
"Sebab kita ada otak," kedengaran laungan seseorang dari kalangan hadirin, yang disambut dengan tepukan dan gelak ketawa orang ramai.
Mereka terkejut apabila Sarajun (foto) menunjukkan presentasi Powerpoint mengenai 45 agensi kerajaan yang secara langsung di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Najib mahu mengawal segala-galanya!" kata Sarajun, sambil menambah bahawa itulah sebabnya mengapa BERSIH perlu kerana Malaysia "sakit", dan perlu diselamatkan kerana negara "sekarang dalam ICU".
Presiden Aliran, Francis juga terkejut dengan jumlah kehadiran yang begitu besar, yang menurutnya "tidak dijangka".
Loh berkata BERSIH telah memberi kekuatan kepada rakyat kerana rakyat Malaysia tidak lagi takut untuk menyatakan pandangan mereka.

Datuk Seri Mukhriz pertahan cadangan GST perlu dikurangkan kepada 3%

Posted: 24 Aug 2015 08:29 PM PDT

Perumahan Malaysia sangat tidak mampu dimiliki

Posted: 24 Aug 2015 08:28 PM PDT

Media coverage on orang asli 'problematic'

Posted: 24 Aug 2015 08:26 PM PDT

We need educate Malaysians to understand their own religion and religion of other

Posted: 24 Aug 2015 08:25 PM PDT

Najib is sincere about moderation, but face tremendous pressure from UMNO

Posted: 24 Aug 2015 08:24 PM PDT

I do not betray the people by leaving PAS, says Siti Mariah

Posted: 24 Aug 2015 08:24 PM PDT

Hudud was not handled properly, says Siti Mariah

Posted: 24 Aug 2015 08:24 PM PDT

Pemindahan pegawai kerajaan – dulu dan sekarang

Posted: 24 Aug 2015 08:14 PM PDT

oleh Aziz Bari
Nampaknya banyak perkara di negara ini telah berubah. Inilah nampaknya yang berlaku, memandangkan apa yang dianggap normal dan lazim ketika dahulu tidak lagi dilihat begitu.
Ini termasuklah pemindahan pegawai yang pada ketika dahulu dibuat kepada mereka yang dianggap telah mencetuskan kemarahan tuan-tuan politik. Dalam beberapa kes, pemindahan berkuatkuasa serta-merta; meletakkan pegawai yang terlibat dalam keadaan yang sukar.
Pemindahan bermakna pegawai ini perlu melakukan banyak pengubahsuaian dalam kehidupan dan rutin mereka, termasuk rumah dan persekolahan anak-anak. Ada kalanya pemindahan bermakna mereka akan diketepikan buat sementara waktu, dan itu menjejaskan prospek kerjaya dan kenaikan pangkat mereka.
Namun begitu, mahkamah telah memutuskan yang undang-undang berpihak kepada kerajaan. Ini adalah asas kepada artikel 132(2A) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan; penjawat awam memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
Ini bermakna tempat perkhidmatan apabila berlakunya pemindahan akan ditentukan oleh kerajaan. Dan juga mahkamah, seperti yang diputuskan dalam kes yang melibatkan ahli pendidikan Cina Loot Ting Yee pada 1982. Mahkamah ketika itu memutuskan Loot tidak boleh mencabar keputusan kerajaan.
Hakim Salleh Abas malah berkata bahawa plaintiff sepatutnya sudah menjangka kemarahan yang diterima akibat bertentangan dengan kerajaan. Apa yang kelakar, Salleh yang konservatif akhirnya mendapati dirinya sendiri bertentangan dengan kerajaan Mahathir dan akhirnya dipecat. Insiden itu telah mencetuskan krisis kehakiman 1988.
Dalam tempoh sebulan terakhir ini, kita telah menyaksikan isu pemindahan pegawai telah menjadi perhatian orang ramai ekoran kaitannya dengan skandal 1MDB. Dan ia mungkin boleh menjadi titik perubahan dalam cara orang ramai melihat pemindahan dan segala yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.
Pemindahan terbaru yang menarik perhatian ramai adalah yang melibatkan pegawai polis kanan Abdul Hamid Bador, bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman. Beliau dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 17 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Nostalgia dan kenangan suka duka dengan Pas sangat banyak, tapi ...

Posted: 24 Aug 2015 08:07 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Oamr

Hormat semua. Lewat malam tadi seorang pimpinan tertinggi GHB telefon saya minta untuk minum

malam dengan saya. Saya tinggalkan buku yang baru saya hadap dan terus berjumpa pemimpin berkenaan.

Banyak perkara yang diajukan kepada saya dan beliau juga memberi tahu perkembangan dalam GHB yang positif dan memberangsangkan.

Yang nyatanya dia sedih dan amat berat untuk mengambil keputusan komited dan bersama GHB.

Nostalgia dan kenangan suka duka dengan Pas sangat banyak. Bahkan katanya Paslah yang mengajarnya erti perjuangan, politik dan juga merasai tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Tetapi apa boleh buat, disebabkan pimpinan baru dalam Pas, khasnya budak-budak yang baru mengenal kuasa dan kedudukan dalam Pas semacam enggan berkompromi dan berdamai dengan pihak yang kalah dalam pemilihan, mereka juga tidak hentikan maki hamu dan cercaan, dia menjadi begitu angkuh, akhirnya dia membuat keputusan amat berat.

"Sheikh jangan salah sangka kepada ana, ana sudah habis berfikir dan keputusan yang mungkin ana ambil ini dijerkahi oleh sejarah," katanya.

Saya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa dan faham kenapa dia memanggil dan menjelaskan situasi dirinya. Dia sangat mengingati saya dalam keadaan apa sahaja. Dia juga seorang kawan yang saya sanjungi.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Hilang Kuasa : Perlu Muhasabah, Bukan Mencerca Bangsa Jadi Bangsat

Posted: 24 Aug 2015 07:30 PM PDT

Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID
MAPIM kecewa kenapa pemimpin tertinggi Umno , berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa. Istilah bangsat yang dipileh itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.
Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri.
Melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa , akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal , fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya .
Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan bila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa , pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.
Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme , bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.
Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar , apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah.
Perkataan bangsat bermakna jahat dan busuk serta hina. Adakah Datuk Seri Najib sebagai pemimpin Melayu benar-benar tidak dapat mencari istilah yang lebih tepat untuk mengambarkan betapa bangsa Melayu kini menjadi lemah akibat pemimpin-pemimpinnya hilang punca untuk melerai kemelut yang berpunca dari pemimpin itu sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Maklumat Asas Darul Ehsan Investment Group (DEIG)

Posted: 24 Aug 2015 07:29 PM PDT

DEIG adalah milikan penuh (100%) oleh MBI dan mempunyai modal dibenarkan sejumlah RM10 juta. Carian terkini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuktikan fakta ini.
2. Dari segi operasi, DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan professional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.

Asas Penubuhan
3. MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen.
4. Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing-masing.
5. Justeru itu, aset-aset milik MBI harus dirasionalisasi dan konsolidasi untuk mengelakkan pertindihan serta untuk mendapat pulangan hasil yang baik.
6. Sebelum ini, MBI bertindak sebagai pentadbir dan pengurus pelaburan untuk membuat keuntungan serta melaksanakan aktiviti CSR.
7. Sehubungan dengan itu, aktiviti anak syarikat harus mempunyai pengkhususan (core business).
Contoh: Yayasan Selangor bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan bagi anak-anak Selangor. Tetapi ia juga menjalankan aktiviti bisnes pelaburan hartanah untuk menanggung kos bagi melaksanakan objektif utama untuk menyediakan pendidikan. Ini menyebabkan Yayasan Selangor telah lari daripada tujuan asal penubuhan.
Inilah yang berlaku di dalam MBI di mana pertindihan core business berlaku di antara anak syarikat. Ada anak syarikat melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan dan tanggungjawab sosial mengakibatkan fokus yang tidak tetap.
Tahap Akauntabiliti Tinggi
Read More / Baca Lagi >>

Tangkapan dan lokap tidak akan dapat memenjarakan minda kita

Posted: 24 Aug 2015 06:57 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

Sebahagian daripada anda mungkin tidak setuju dengan protes jalan raya, tetapi hanya mereka yang naif sahaja menganggap kelima-lima tuntutan Bersih 4 dapat dicapai hanya dengan satu perhimpunan.

Hanya pilihanraya yang bersih sahaja dapat menjamin empat lagi tuntutan – iaitu menyelamatkan ekonomi, kerajaan yang bersih, hak berhimpun dan mengukuhkan demokrasi berparlimen – dapat dipenuhi.

Mungkin anda masih ingat – dengan sedikit ironi – pada tahun 2010, seorang pemimpin memberi amaran kepada perwakilan di sebuah konvensyen BN bahawa pakatan pembangkang yang tamak dan gila kuasa cuba mengambil alih Putrajaya.

Katanya, "BN adalah gabungan yang bertanggungjawab. Anda boleh letakkan harapan dan kepercayaan kepada kita. Rakyat percaya kepada kita untuk bukan sahaja membuat perkara yang betul, tetapi untuk kepentingan mereka."

Tetapi ramai yang tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kata-kata itu.

Ekonomi disalah urus, sebuah projek bernama 1MDB menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa, dasar agama mengancam keselamatan negara, golongan muda tidak mendapat kerja dan mata wang kita merosot dengan begitu teruk.

Buruh asing yang murah membanjiri pasaran kerja dan GST menambahkan lagi kesukaran yang dihadapi. Pada masa sama rakyat terpedaya dengan BR1M. Janji ditaburkan setiap lima tahun, tetapi dimungkiri sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Polis boleh menangkap lebih ramai untuk menyertai Adam Adli, Eric Paulsen, Fahmi Zainol, Hishamuddin Rais, Mandeep Singh, Rafizi Ramli, Safwan Anang, dan Zunar. Tetapi ia hanya melahirkan lebih ramai pemimpin.

Menteri yang berkaitan telah mengarahkan siri tangkapan terhadap aktivis dan pemimpin pembangkang serta menarik permit akhbar. The Edge dihukum hanya kerana menyatakan kebenaran. Menteri tahu bahawa tindakan itu mengancam periuk nasi ramai orang.

Read More / Baca Lagi >>

Fiqh Malaysia sangat diperlukan

Posted: 24 Aug 2015 06:43 PM PDT

A Shukur Harun

Makna umum progresif di sini ialah ingin maju, memandang jauh ke depan, bukan saja cintakan ilmu, tetapi juga bersikap terbuka yang bersedia untuk mendengar dan berbincang akan sesuatu perkara, termasuk  agama.
Tetapi tidak bermakna berkompromi dengan asas agama.
Kerana itu saya melihat Resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang di Shah Alam, Selangor pertengahan Ogos lalu adalah cerminan dinamika pemikiran para agamawan progresif  yang dipancarkan sepanjang persidangan  sehari suntuk itu.

Seramai 500 perwakilan dan peserta dari dalam dan luar negara berkongsi keilmuan mereka memperakui keperluan mematangkan dan membumikan risalah Rahmatan Lil Alamin memerlukan usaha berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif. Nadwah ini  adalah usaha awal yang penting dari Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk memulakan wahana mengenai pembentukan fiqh Malaysia yang mengambil kira situasi masyarakat majmuk di negara ini tanpa merobah hukum asas yang dipancarkan dalam nas al-Quran dan sirah Nabi.
Di sini saya perturunkan dulu ketetapan resolusi NUNJI15 itu:
Meyakini betapa besarnya amanah Islam dalam memenuhi kehendak perubahan politik semasa, dan kegagalan kerangka politik penindasan, dan kegagalan pentadbiran kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, maka NUNJI'15 mengusulkan beberapa ketetapan resolusi untuk diambil ketetapan selanjutnya;
1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang negara dan Perlembagaan negara.
2. Memantapkan dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali dan memunggah semula khazanah siasah syariah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana / kondisi dan keperluan setempat bagi menelurkan fiqh siasah acuan Malaysia.
3. Memperkukuh dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi hak, dan membela sebarang pencabulan hak, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara berpandukan kepada ketetapan siasah syariah.
4. Memperjuangkan syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan syariat dengan hanya hudud semata-mata.
5. Menetapkan dan memperjuangkan yang satu dasar Islam yang memantulkan penghayatan makna Rahmatan Lil Alamin diterjemahkan melalui wujudnya sebuah negara madani melalui dasar keterangkuman dan kepimpinan yang beramanah kepada rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
6. Meyakini dan menghayati kepelbagaian jemaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan.
7. Meyakini dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik permuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama.
8. Bersetuju sebulat suara untuk mengasaskan sebuah parti politik baharu berpandukan kepada maqasid dan siasah syariah sebagai salah satu cara bagi mencapai ketetapan-ketetapan di atas.
Bagi mencapai matlamat resolusi yang dipersetujui, NUNJI'15 menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha Islah pemikiran dan Islah organisasi dan kemudian menggembleng tenaga bersama untuk menjayakan ketetapan yang dibuat.
Read More / Baca Lagi >>

MALAYS MOCK NAJIB 'BANGSAT BETUL': So funny when Saudi doesn't know they donated USD700 mil to you!

Posted: 24 Aug 2015 06:23 PM PDT

MALAYS MOCK NAJIB 'BANGSAT BETUL': So funny when Saudi doesn't know they donated USD700 mil to you!Switzerland could turn the scales in 1MDB scam
- a lot going on behind the scenes.
- Swiss regulator FINMA will check banks business with 1MDB
- whether fishy transactions were involved.
- "We are contact with several banks in this matter," FINMA said
Banks involved
four Swiss banks known to have dealt with 1MDB
- Falcon Private Bank, subsidiary of Aabar investment
- BSI through their Singapore branche
- JP Morgan (Swiss) house bank of PetroSaudi
- Zurich-based bank Coutts & Co.
Accounts frozen


-at least "half a dozen" Swiss banks under scrutiny
- have been ordered to block accounts during investigations.
- Swiss AG opened criminal proceedings against two entities of 1MDB
will investigate Swiss banks and businesses over their role in scandal
- money laundering, financial offenses, filed by Bruno Manser Fund
- call on Swiss authorities to investigate legal compliance of Singapore subsidiaries of Swiss banks Falcon Private Bank and BSI with Swiss banking laws.
- Swiss banks forbidden from money laundering, corruption anywhere
Justo's info
Particularly helpful is data, account details, payment receipts by Xavier Justo
- information made it to whistleblowers, Khairuddin Abu Hassan of UMNO
- Khairuddin submitted documents to Swiss AG's Chambers in Bern
- Khairuddin lodged police report with French police last month against 1MDB
- one with UK police on August 21.
Dubious donation
- 1MDB case, whereabouts of $1.8bn of its funds are unknown.
- probe found $680m (in) private bank account of Najib Razak
- who claimed money was "donor" from Saudi Arabia
- appreciation for "championing Islam" and fighting ISIS.
Middle East uneasy with Najib's wild claims
unease is growing in the Middle East over the issue.
- Saudi government is reportedly not amused about making headlines in the 1MDB case
- at Falcon Private Bank's parent, Aabar Investment, two top executives, Chairman Khadem al Qubassi and CEO Mohamed al Husseiny, have been shown the door.
Summary
My comments : So even the Saudis are not amused that their name has been dragged into this 1MDB scandal without their knowledge.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s the man to cure us of all ills

Posted: 24 Aug 2015 06:21 PM PDT

The commander in chief will not let the Malays become bangsat.
najib_malaysia2_600
Last Sunday, Malaysians woke up to a beautiful morning, but of course expected the day to be spoiled by more ridiculous statements and incredulous claims from one or more of the Cabinet members. And we were not disappointed.
Speaking at the joint opening of the delegates meetings of the Padang Besar, Kangar, and Arau Umno divisions, the mighty leader of the most democratic, most prosperous, most intelligent, best staffed government in all of South East Asia proclaimed that if Umno fell in the next GE, the Malays would become "bangsat" in their own country.
"Bangsat" is a rich word that can be used as a noun or an adjective. It can translate into "low, mean and dirty" or "felon" or "scoundrel." Najib probably used it for "outcast" or "destitute" or both.
The rakyat heard it and at first was too stunned to know how to react. They took a long breath collectively, and the silence was heard throughout Malaysia. And then they burst into extravagant and hysterical laughter. What else could they do?
The laughter created a wave of sound that must have been recorded by the aliens that my colleague Fa Abdul alleges donated the RM2.6 billion. It was worthy of the Guinness Book of World Records, to say nothing of the Malaysian record, although one must admit that the record for the "Longest Roti Tisu" was just as impressive.
So Najib has a talent for comedy, after all.
Once they recovered from the laughing fit born of exasperation and sheer disbelief, the rakyat took to their favourite pastime of commenting on the Internet to let the dear leader know that he was dreadfully wrong. Some even speculated that Najib was experimenting with what is known as a "heel" role in WWE wrestling, where the "bad guy" often comes out with bombastic, incredible statements that no one takes seriously.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah Kampung Mutiara ,Tergadai Zaman Umno P Pinang

Posted: 24 Aug 2015 06:19 PM PDT

Kes ini adalah antara Penduduk Kampung Mutiara dengan Tuan Tanah.

Ringkasan Fakta. 1. Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.

2. Atas sebab tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.

3. Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

4. Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

5. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.

6. Tanah Park Royal Hotel.
Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina, mereka berpindah ke Kg Mutiara.

7. Sehingga hari ini, TIDAK PERNAH ADA perundingan/perbincangan antara Penduduk dgn Tuan Tanah.

8. Atau antara Penduduk dengan Kerajaan Negeri.

9. Yang ada, adalah naik turun mahkamah yg akhirnya tetap berpihak kpd Tuan Tanah.

10. Oleh kerana kes ini kes yg melibatkan penduduk dan tuan tanah, dan pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam kes ini.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Kenapa SPRM‎ disingkirkan?

Posted: 24 Aug 2015 06:10 PM PDT


Akhbar Satar

SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar mempersoalkan tindakan kerajaan menyingkirkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pasukan petugas khas National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Menurutnya, ketiadaan SPRM dalam penyiasatan itu mengukuhkan lagi dakwaan wujud salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana melibatkan skandal 1MDB.
 
"Sesuatu yang amat mengejutkan kerana pasukan baharu ini (NRRET) akan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan wakil-wakil Bank Negara dan pihak polis tetapi tanpa SPRM.
 
"Ini menunjukkan pihak berkuasa sedang memanipulasi penyiasatan dan tanpa SPRM, NRRET akan kehilangan taring selain kemungkinan isu 1MDB dan dana dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat diselesaikan dengan telus," katanya.
 
Akhbar turut mempersoalkan peranan Mohamed Apandi yang akan mengetuai pasukan petugas khas tersebut.
 
"Peranan Peguam Negara dalam pasukan petugas sebelum ini bertindak sebagai pemberi maklumat dan nasihat undang-undang.
 
"Namun, kini dilantik mengetuai NRRET. Adakah beliau menentukan apa yang perlu disiasat dan apa yang sepatutnya tidak dan bagaimana siasatan untuk dilakukan?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Peguam negara tiada urusan ketuai pasukan khas baharu, kata peguam

Posted: 24 Aug 2015 06:08 PM PDT

Siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tergendala selepas pasukan petugas khas dibubarkan sejurus pelantikan peguam negara baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tergendala selepas pasukan petugas khas dibubarkan sejurus pelantikan peguam negara baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak ada urusan untuk mengetuai pasukan petugas khas baharu menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata peguam.
S N Nair berkata, peguam negara yang juga pendakwa raya yang menyelia pendakwaan jenayah tidak sepatutnya menjadi sebahagian pasukan siasatan.
"Tugas pendakwa raya hanya mengkaji semula kertas siasatan dan memutuskan sama ada cukup bukti untuk mendakwa seseorang di bawah undang-undang sedia ada," katanya kepada The Malaysian Insider.

Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan peguam negara baharu mengetuai Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) yang terdiri daripada Bank Negara, polis, Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak bersama pasukan itu.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar turut mempersoalkan peranan Apandi dalam pasukan petugas khas baharu itu.
Pasukan petugas khas pertama yang turut disertai SPRM dibubarkan tidak lama selepas Apandi mengambil alih jawatan peguam negara daripada Tan Sri Abdul Gani Patail bulan lalu.
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman juga menggesa Gani memisahkan dirinya daripada pasukan petugas khas menyiasat perdana menteri mengenai skandal 1MDB, kerana ia akan meningkatkan persepsi awam dan integriti terhadap dakwaan itu.
Read More / Baca Lagi >>