Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


NURUL IZZAH TERIMA DANA POLITIK MASUK POKET PERIBADI? SILA JAWAB MR.RACHEL EHRENFELD

Posted: 23 Aug 2015 06:11 PM PDT

In 2003, Anwar Ibrahim and his family were the
 beneficiaries of an apparent tax fraud perpetrated by IIIT. According to its own tax filings for that year, IIIT made $92,200 in contributions to Ibrahim's daughter, Nurul Izzah. 

Where it listed the donations to Izzah on the tax forms, IIIT violated U.S. law by indicating "none" under the heading "Donee's Relationship." The group would have lost its tax-exempt status had it been known that it was sending money to the family member of a director. Ibrahim never disavowed this act when given the chance and even stated explicitly that these contributions were made for the education of his six children. 

At a 2005 ABIM conference in Malaysia, Dr. Ahmad Totonji -- IIIT's Vice President and a co-founder of a Saudi-financed Islamic charity with ties to the SAAR Foundation and al Qaeda --praised Ibrahim's efforts to promote Islamic rule in his homeland: "We have changed the world. I first came to Malaysia in 1970 and was met by Br[other] Anwar.... I am glad to see sisters everywhere in Malaysia today wearing [the] hijab. We have made a better world for Muslims." Totonji further congratulated Ibrahim for his success in disguising his underlying desire to replace Malaysia's parliamentary democracy with a system based on Sharia Law: "It was wise not to involve ABIM in the political work, it was wise to keep daawah[proselytization] separate from politics."

Returning to the political arena in time for Malaysia's 2008 general election, Ibrahim led the Opposition Coalition to winning more parliamentary seats than ever before, though not enough to defeat the UMNO. Later that year, new charges of sodomy were brought against Ibrahim. As of September 2011, they had not yet been adjudicated.

On numerous occasions, Ibrahim has expressed anti-Israel and anti-Semitic views. A few days after the Israeli seizure of the terrorist-laden Free Gaza Movement flotilla in May 2010, for instance, he led a chanting protest mob of thousands in front of the U.S. Embassy in Kuala Lumpur. "Israelis are able to continue with their aggression because of the soft position taken by the [American] President," Ibrahim declared. Three days later, in the Malaysian parliament, he said: "Israel wouldn't dare to attack the flotilla and set up blockades in Gaza without the support of America."

Artikel panjang boleh baca di DTN sumber asal oleh Rachel Ehrenfeld dan The NewLedger.

ANWAR DAN NURUL IZZAH TERIMA DANA POLITIK DARI ARAB SAUDI FINANCE CHARITY, SERENDAH USD$92,200

Posted: 23 Aug 2015 05:15 AM PDT

Almarhum Raja Faisal Arab Saudi Semoga Allah SWT Mencucuri rahmat ke  atasnya

Negara Arab Saudi adalah negara yang sangat kaya dengan minyak. Itulah kurnia dari Allah SWT kepada negara Islam ini. Malaysia juga negara Islam walaupun tidak 100% Islam kerana sejarah penjajahan berdekad-dekad lamanya telah mengangkut imigran-imigran dari China dan India sehingga kini mereka menjadi rakyat Malaysia dengan membawa agama, budaya dan politik mereka.

Pada tahun 1971, Raja Mahkota Arab Saudi dalam satu pertemuan dengan Tengku Razaliegh Hamzah telah bertanya kepada siapa pergerakan Islam dia boleh salurkan dana untuk perkembangan Islam di Malaysia. Tengku Razaliegh ketika itu sebagai Menteri dan Pengerusi Petronas telah mencadangkan supaya dana itu diiberikan kepada Anwar Ibrahim.

Maka bermulalah hubungan Anwar dengan dunia Arab ketika itu. Setiap tahun Anwar berjaya memanupulasi hubungan itu dan menerima berjuta-juta USD dari Arab Saudi Finance Charity. Pernahkah kamu bertanya ke mana wang itu dimasukkan?

Anwar kemudian dilantik sebagai wakil Malaysia kepada World Islamic Youth Association yang berpangkalan di Arab Saudi. Pada tahun 1981, Anwar menganggotai IIIT dan tahukah kamu pada tahun 1981 juga, seorang wakil IIIT dari Amerika Syarikat telah terbang ke Malaysia bertemu Tun M memujuk Tun M supaya menerima Anwar menyertai UMNO!

Pernahkah anda bertanya berapa juta dana Anwar perolehi? Pernahkah anda bertanya dana itu masuk akaun peribadi Anwar atau masuk akaun ABIM? Orang-orang ABIM yang tidak mengetahui cerita ini atau yang menyembunyikan rahsia ini maaflah ya, terapksa didedahkan supaya rakyat tahu bukan Najib seorang jer yang dapat dana langsung dari jutawan kerabat raja Arab Saudi. Kepada yang hendak kepastian sila jumpa Syed Hussin A., dia masih hidup, dia boleh cerita lagi detail.

Perkara kedua saya nak dedahkan ialah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di beberapa universiti di Arab Saudi juga menerima dana langsung masuk ke poket mereka. Tidak percaya? Tanyalah bekas pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Universitu Madinah dan lain-lain universiti di Arab Saudi. Bukan itu sahaja, sesetengah mereka yang sudah tamat belajar apabila balik ke Malaysia mereka diberikan lagi wang 'dana' dengan syarat mereka hendaklah "berdakwah". Cukuplah sekadar itu cerita, tak payahlah saya cerita panjang-panjang nanti Lim Guan Eng, Rafizi yang baru setahun jagung itu dan Tony Pua terkejut berok.

Kalau nak cerita detail lagi, tanyalah Mufti Wilayah Persekutuan!

Nak Saya Dedahkan Wang Itu Masuk Akaun Nurul Izzah atau Akaun bekas suami dia? Jangan Paksa saya!

Lastly but not least, Nurul Izzah juga menerima dana politik berjumlah USD$92,200 dari IIIT sebuah cabang Saudi Finance Islamic Charity! Banyak lagi jika saya nak dedahkan. Nak lagi ker?



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Merepek Bersih 4: Tipu helah ala Arab Spring jahanamkan negata

Posted: 23 Aug 2015 10:30 PM PDT








Diam pulak Tony Pua

Posted: 23 Aug 2015 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Critics of 1Malaysia Development Bhd (1MDB) should adopt the same principle of transparency and accountability when it comes to Darul Ehsan Investment Group (DEIG). 

The Auditor-General had been tasked to come up with a complete report on 1MDB and submit it to the Public Accounts Committee, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Wee Ka Siong.

 However, those who used to be very vocal about 1MDB had suddenly become "very quiet", when it comes to DEIG, he said. "In the name of transparency and accountability, suddenly you have a RM2 company taking over RM30bil worth of assets, which were under the Mentri Besar Incorporated.

"When you pinpoint one person, always remember you must look at yourself first before complaining.

"This universal principle should apply to all," said Dr Wee at a press conference after officiating the Malaysia Xiang Lian Youth Asso­ciation annual assembly yesterday.

DEIG was recently set up as the Selangor government's investment arm. Under it, all 74 of the state government-linked companies would be restructured and consolidated.

 Baca sepenuh di The Star

Rafizi ... Rafizi ... DlEG apa dia nak tipu

Posted: 23 Aug 2015 05:30 PM PDT




Jho Loh to cooperate with MACC on SRC

Posted: 23 Aug 2015 06:29 AM PDT


Jho Low helps MACC

KUALA LUMPUR, Aug 22, 2015: 

Business man Low Taek Jho is ready to assist the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Responding to a statement issued by MACC director of investigations Datuk Azam Baki earlier today, a spokesperson for Jho Low said: "Mr Low has seen press reports that the MACC is requesting his assistance.

"This is the first time Mr Low has been made aware of such a request. He has not received or been served any notice.

"Mr Low's representatives will be contacting the MACC to see how he can be of assistance."‎

Azam's statement had been addressed to three individuals – asking them to contact MACC immediately to assist in the investigations connected with SRC International Sdn Bhd.

He had named the three to be SRC International managing director Nik Faisal Ariff Kamil, director Datuk Suboh Md Yassin and businessman Low Taek Jho, better known as Jho Low.

Read more: http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/22/jho-low-helps-macc/#ixzz3jahZNTut

Ucapan Zahid tentang RM2.6 billion dan komplot guling kerajaan

Posted: 23 Aug 2015 02:39 AM PDT


INTIPATI UCAPAN YAB DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI DALAM PERASMIAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

Dana 2.6 Bilion

 1. Saya ingin melakukan pencerahan tentang dana bernilai 700 juta USD (RM2.6 Bilion). Pihak SPRM telah pergi berjumpa dengan Keluarga Diraja Arab dan mengesahkan bahawa RM 2.6 Bilion tersebut adalah derma politik kepada UMNO melalui Dato' Sri Mohd Najib bagi menjamin kemenangan BN dalam PRU 13 lalu.

 2. Ada tuduhan RM 42 juta kononnya diambil dari Kumpulan Wang Amanah Pencen adalah tidak benar. Wang itu tidak langsung menggunakan Wang Amanah Pencen sebaliknya 100 % dari dana derma politik.

 3. Mengapa beriya sangat derma ini ? Sebenarnya Malaysia didapati komited menentang keganasan IS, ISIS dan ISIL. Ini tercerna melalui pembentangan undang-undang POTA/ SOSMA dan Akta Kanun Keseksaan.

 4. Malaysia sebuah negara Islam yang memegang kuat Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menentang mazhab furu' yang menyelewengkan aqidah Islam.

5. Pelaksanaan sistem Islam tanpa mengenepikan agama lain dijalankan dengan baik.

6. Mereka beritahu saya bukan Malaysia sahaja yang dibantu tetapi banyak negara lain juga turut dibantu . Mereka tidak mahu projek dan kontrak dari Malaysia.

 PERMASALAHAN KONSPIRASI GULING KERAJAAN

 7. Ada kalangan pemimpin Pembangkang dan sebahagian kita menyatakan bahawa KDN dan TPM ini bersandiwara. Saya tidak riya' dan takabbur, sebagai Menteri Dalam Negeri semua maklumat rahsia saya perolehi dengan tepat. Bahawa konspirasi ini benar-benar berlaku jika tidak disekat.

 8. Usaha telah dilakukan oleh Pembangkang untuk mendapatkan tandatangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Bebas seramai 88 orang untuk membuat 'undi tidak percaya' pada kerajaan sekarang.

 9. Sementara kononnya seramai 30 hingga 40 Ahli Parlimen dari BN akan ditarik untuk menandatangani surat akuan bersumpah tersebut. Mereka boleh mendapatkan simple majoriti 112 kerusi namun mereka berhasrat mengumpul 128 kerusi untuk membentuk "unity goverment".

 10. Mereka yang terlibat dalam konspirasi ini akan mewujudkan "unity goverment" di mana yang akan menjadi Perdana Menteri adalah tokoh yang pernah berada dengan kepimpinan UMNO.

 11. Kerajaan Perpaduan ini turut mempunyai 2 Timbalan Perdana Menteri iaitu masing-masing dari PKR dan DAP kerana Pembangkang adalah majoriti manakala suara pemimpin BN adalah minoriti 44 orang sahaja.

 12. Na'uzubillah jika perkara ini berlaku dan konspirasi ini dapat disekat oleh kerajaan.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


BICARA NEGARAWAN Di JOHOR

Posted: 23 Aug 2015 09:31 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Nada Nur Jazlan kini berubah selepas jawatan barunya

Posted: 23 Aug 2015 09:06 PM PDT

oleh V Shuman
Politikus digelar dengan pelbagai nama, dan kebanyakannya diambil daripada nama binatang.
Antara yang biasa kita dengar adalah "katak" - bagi mereka yang biasa "melompat" parti, dan juga "babi" bagi cauvinis yang tidak sensitif.
Mungkin kita perlukan satu lagi nama baru – sotong atau "octopus", bagi politikus yang pantas menyesuaikan diri dengan peranan baru mereka, serta berkata-kata dalam nada yang sama sekali berbeza daripada sebelumnya.
Salah seorang politikus itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed.
Beliau layak mendapat tepukan gemuruh kerana dengan pantas dapat menyesuaikan diri dengan jawatan barunya itu.
Sebelum ini, kita mendengar beliau berkata kononnya sudah mencapai kemuncaknya dalam Umno, dan berharap dapat membawa perubahan melalui Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang pernah dipengerusikannya.
Nur Jazlan juga lantang mengkritik 1MDB ketika menjadi pengerusi jawatankuasa itu dahulu.
Namun seperti yang sudah diketahui semua, beliau diangkat menjadi menteri. Dan tidak mengejutkan apabila kini nadanya berubah sama sekali.
Setakat minggu ini, beliau telah memberikan beberapa komen yang melucukan, dan ada yang hampir-hampir tidak sensitif.
Seperti yang dilaporkan Malaysiakini, beliau telah menolak undangan untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.
Beliau boleh sahaja berkata "tidak", itu sahaja sudah memadai. Tetapi beliau dilaporkan berkata, "Untuk apa saya hadir ke perhimpunan di bawah cuaca panas, untuk berpeluh dan jadi gelap?"
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Pasukan petugas khas baharu hilang taring tanpa SPRM, kata TI-M

Posted: 23 Aug 2015 08:52 PM PDT

Pasukan petugas khas baharu menyiasat 1Malaysia Development Berhad hilang taring tanpa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata Transparency International Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Pasukan petugas khas baharu menyiasat 1Malaysia Development Berhad hilang taring tanpa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata Transparency International Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.
Tanpa penyertaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasukan petugas khas baharu yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hilang taringnya, kata Transparency International Malaysia (TI-M). Pemerhati anti rasuah itu berkata, pengguguran SPRM daripada pasukan National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) menunjukkan pihak berkuasa sedang memanipulasi penyiasatan syarikat pelaburan strategik negara yang sarat hutang dan dana di dalam akaun perdana menteri.
Ini kerana, tiada sebarang alasan untuk mengetepikan SPRM dalam pasukan petugas khas terbabit susulan kes berkenaan didakwa melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. 

Wahai Umno, usah bangsatkan bangsa sendiri - MAPIM

Posted: 23 Aug 2015 08:42 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mapim menzahirkan rasa kecewa dan mempersoakan kenapa pemimpin tertinggi Umno, berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa.

Demikian ditegaskan oleh Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam suatu kenyataan hari ini.

"Istilah bangsat yang dipilih itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.

"Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri," tegas Mohd Azmi.

Menurut beliau, melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa, akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal, fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya.

Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan apabila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa, pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.

"Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme, bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.

"Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar, apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

GHB hentam Najib kenyataan 'terbangsat'

Posted: 23 Aug 2015 08:11 PM PDT


Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa.
Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam.
Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM.
"Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin.
"Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena.
Penjara Sungai Buloh adalah di mana bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan liwat.
Selain daripada hutang 1MDB, Najib sedang menghadapi kritikan sengit berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13).
Mat Sabu memberi jaminan bahawa pakatan pembangkang yang baru - DAP, PKR dan parti baru GHB, Amanah - akan memastikan semua suara didengar dan semua kaum dipertahankan.
"Beberapa kerusi Parlimen telah dimenangi oleh calon Melayu dalam DAP dan PKR. Terdapat juga banyak kerusi di mana BN letak bukan Melayu tetapi calon Melayu kita menang," katanya.
Mat Sabu mengambil contoh kerusi Raub di Pahang dan Kota Raja di Selangor, yang masing-masing dimenangi oleh calon DAP, Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub) dan calon PAS, Siti Maria Mahmud (Kota Raja).
Manakala BN, katanya, meletakkan calon Cina di Raub dan India di Kota Raja dalam pilihan raya umum 2013.
"Calon DAP Ariff, dia Cina ke Melayu?" kata Mat Sabu sinis.
"Wakil Pakatan Dr Siti Maria Cina ke India?" Soalnya lagi dengan nada menyindir, lalu disambil hadirin yang berkata "India".
Read More / Baca Lagi >>

Jagalah Diri Dan Hati.

Posted: 23 Aug 2015 08:03 PM PDT

Oleh Atriza Umar
Serasa ingin melakarkan sesuatu sebelum menduduki peperiksaan hari ini (doakan segalanya dipermudahkan Allah). Moga ia menjadi inspirasi buat diri dan sesiapa sahaja yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.
Jujur, sehingga kini saya tidak henti-henti mendapat mesej yang 'bermacam'. Dalam lambakan yang saya terima, yang masuk ke inbox hp mahupun inbox fb, ia berkaitan penglibatan saya bersama Harapan Baru, alhamdulillah masih ada 3 mesej yang saya akan kenang dan ingat sampai bila-bila.
Mengapa saya katakan demikian? Jawapannya ialah kerana mesej itu berisi nada ketulusan dan menggambarkan sosok yang benar-benar menghadam manhaj tarbiah yang diikuti dalam usrah mahupun halaqoh yang benar. Walhal mereka itu bukanlah qiyadah mahupun amirah dalam jamaah yang saya bersama sebelum ini. Bahasanya teratur dan indah dibaca, tanpa ada intonasi benci mahupun tuduhan yang melulu. Allahu Akbar. Kagum saya dengan muslimat itu! Moga Allah sentiasa meredhai kalian.
Insya'Allah, saya tidak akan mengingati mesej-mesej 'keterlaluan' yang dikirimkan insan-insan yang pernah sama dalam jamaah itu. Bukan dendam apalagi menganggap musuh, tetapi kerana saya tahu pilihan saya buat masa ini, inilah yang terbaik, (Al Khyr Mukhtarallah) insya'Allah.
Saya tidak pernah melarang adinda-adinda yang pernah saya bawa usrah mereka, rakan-rakan seusrah saya, bonda-bonda dalam kumpulan pengajian saya, guru-guru saya mahupun saudara-saudara saya untuk memilih jalan mana yang mereka sukai. Namun saya tidak pernah mengajar atau menyampaikan kepada mereka membenci mahupun menghina (melabel) orang lain mengikut sukanya. Wal Iyyadzubillah.
Ketika membawa pengajian, di lingkungan yang saya hadir itu bukan sahaja yang mengikutinya daripada satu 'bendera' tetapi dari berbilang keyakinannya. Saya usahakan untuk tidak menceritakan tentang politik, sekiranya mereka tidak memintanya. Kerana saya tahu, tugasan saya ketika itu bukanlah sebagai penceramah atau ahli politik, tugas saya waktu itu adalah sebagai pendidik, menyampaikan ilmu, Insya'Allah.
Read More / Baca Lagi >>

Pas berpecah, siapa untung?

Posted: 23 Aug 2015 08:02 PM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar
BAHTERA Pas kini berada dalam terumbang-ambing. Dari semasa ke semasa khususnya di Selangor semakin ramai yang meninggalkan parti itu untuk menyambung perjuangan dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Pemimpin Pas menganggap apa yang berlaku hanya menguntungkan UMNO manakala pemimpin GHB pula menyifatkan tindakan mereka menubuhkan parti baharu kerana Pas mahu bersama UMNO.

Tidak pasal-pasal UMNO dikaitkan berikutan konflik dalaman Pas. Sebenarnya apa pun berlaku dalam Pas, tidak akan menguntungkan UMNO, jauh sekali akan menguntungkan Pas mahukan GHB. Sebaliknya yang bersedia mengaut keuntungan hasil daripada perpecahan Pas dan kekalutan dalam parti yang mewakili orang Melayu secara keseluruhannya DAP. Perpecahan Pas sudah membuktikan segala usaha DAP untuk melemahkan Pas telah berhasil.
DAP sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada GHB yang bakal menjadi sebuah parti baharu tidak lama lagi. Pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengan perjuangan golongan ulama dalam Pas akan berpindah ke dalam bahtera GHB. Mereka akan bersama-sama melayari bahtera itu menuju ke Putrajaya bersama DAP dan PKR.
Pemimpin-pemimpin GHB akan mengikut apa sahaja kata DAP kerana DAP ibarat 'minyak' yang menggerakkan GHB. Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin GHB bercakap soal perjuangan Islam kerana ia tidak akan ke mana kerana segala-galanya akan ditentukan oleh DAP.
Kewujudan parti baharu yang dicetuskan oleh GHB tidak akan menguntungkan politik orang Melayu, malah kekuatan politik mereka semakin lemah. Pas berpecah dua manakala UMNO pula harus berusaha keras untuk meraih sokongan rakyat yang dikatakan semakin terhakis berikutan pelbagai isu yang berlaku.
Kesudahannya yang akan menjadi 'ayam kenyang' berikutan 'lesung sama lesung berlaga di atas' ialah DAP. Mereka bertepuk gembira kerana berjaya melemahkan sebuah parti yang memperjuangkan Islam dengan begitu mudah sekali. Dan ini juga bermakna orang Melayu berpecah lagi. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pas yakin kewujudan GHB tidak akan melemahkan mereka. Sebaliknya mendakwa semakin ramai yang memohon untuk menyertai Pas sejak tercetusnya konflik dalaman sehingga terwujudnya GHB.
Sumber dalaman Pas memberitahu penulis, berdasarkan kaji selidik yang dibuat GHB hanya mendapat sokongan tidak lebih 10,000 orang. Ia bukanlah datang daripada kalangan orang Pas sahaja tetapi juga daripada kelompok-kelompok lain.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah delusi sedang membawa kita ke arah status ‘negara gagal’?

Posted: 23 Aug 2015 07:59 PM PDT

oleh Zulhilmi Zainal 
 
Antara masalah yang dihadapi Malaysia pada saat ini adalah kejatuhan nilai ringgit yang kini melebihi paras RM4 bagi USD1, konflik 1MDB yang menyelubungi kerajaan persekutuan dan menggugah sebahagian badan penguatkuasaan negara, serta kehilangan dua pesawat syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines tahun lalu.
Barangkali merasakan keperluan untuk menanamkan keyakinan dan ketenangan di kalangan rakyat, Perdana Menteri Najib Razak dalam satu forum di Bangi baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa di sebalik banyak kelemahan yang ada, negara dan pentadbirannya masih tidak mencapai tahap gagal.
Definisi "negara gagal" ada pelbagai dan tetapi salah satu definisi yang diterima adalah sebuah negara yang gagal memonopoli penggunaan kuasa di dalam sempadannya.
Dengan kata mudah, ia bermakna keganasan yang parah berlaku di dalam negara, dan negara gagal menghentikannya.
Antara negara yang menepati definisi itu adalah negara majoriti Islam seperti Pakistan, Iraq, Afghanistan, Sudan dan Eritrea.
Kenyataan Najib itu agak menarik, jika diambil kira beberapa insiden yang berlaku di negara dalam beberapa tahun ini yang dapat menyangkal kenyataan itu.
Pada Mac 2013, sekumpulan bersenjata yang mendakwa pewaris Kesultanan Sulu mencerobohi Lahad Datu, Sabah, yang mengundang respon daripada pasukan bersenjata negara.
Walaupun ia akhirnya diselesaikan, kawasan pantai timur Sabah masih lagi kerap dicerobohi pengganas berkaitan Islamis daripada Filipina, yang membuat penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.
Insiden penculikan yang terbaru berlaku pada Mei lalu, apabila sekumpulan bersenjata menyerang sebuah restoran makanan laut di Sandakan dan menculik pelanggan serta pemilik bersama restoran.
Kesemua ini berlaku walaupun dengan usaha besepadu oleh kerajaan melalui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Esscom adalah task force bersama yang merangkumi tentera, polis dan pasukan maritim.
Awal tahun ini, sesuatu yang dahsyat ditemui berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, iaitu tapak kubur massa yang mengandungi mayat-mayat pendatang haram yang dipercayai telah dikurung di sana oleh sindiket pemerdagangan manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Mohon maaf atau disaman, kata keluarga Anwar kepada ketua Umno Kepong yang mengampu Najib

Posted: 23 Aug 2015 07:03 PM PDT

Keluarga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tuntut Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid mohon maaf kepada mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Keluarga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tuntut Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid mohon maaf kepada mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan saman terhadap Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid susulan kenyataannya yang mengatakan terdapat "berbilion ringgit" dalam akaun bank Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.
Dr Wan Azizah, bersama anak-anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Mohd Ihsan memfailkan saman tersebut kepada Rizuan semalam.
Melalui notis tuntutan yang diedarkan kepada media, melalui peguam mereka, Daim & Gamany, Rizuan dituntut mengemukakan permohonan maaf dalam akhbar harian nasional dan penarikan balik artikel tersebut sepenuhnya.

Selain itu, Rizuan juga dituntut membayar sejumlah pampasan kerana merosakkan nama dan reputasi keluarga Anwar serta tidak lagi mengulangi kenyataannya. "Kamu juga dituntut untuk membalasnya dalam tempoh 48 jam, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan prosiding undang-undang dikenakan dengan kosnya ditanggung pihak kamu sepenuhnya," kata notis tuntutan tersebut.
Notis tersebut turut memetik kenyataan Rizuan dalam portal berita Astro Awani yang mengatakan Yahudi menggunakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Rizuan mengeluarkan kenyataan itu ketika mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong, minggu lepas.
"Pembangkang pakai duit ratusan juta, berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok saja dalam akaun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?" kata Rizuan, dipetik laporan portal berkenaan.
Notis tuntutan berkenaan berkata, dakwaan Rizuan itu palsu dan fitnah terhadap keluarga Anwar.
Dalam ucapannya, Rizuan turut mendakwa, Yahudi menggunakan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dan Claire Brown untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan dengan memanipulasi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Lihat saja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid pergi ke hulu ke hilir untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada serangan puak Yahudi terutama yang mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui pintu belakang.
"Mereka mahu jatuhkan kerajaan kita," katanya. 

Peranan pelajar kita dalam perjuangan untuk rakyat

Posted: 23 Aug 2015 07:01 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

"Bersih, cekap, amanah" adalah slogan rasmi jabatan kerajaan dan digunakan ketika zaman bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Hari ini, siapa akan menjangka kerajaan akan merasa terancam dengan perkataan "bersih"? Sambutan Kemerdekaan di Pulau Pinang mengambil slogan "bersih, cekap, amanah" sebagai tema.

Dan ia telah ditolak oleh Jabatan Pendidikan. Akibatnya sekolah-sekolah di Pulau Pinang telah dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam sambutan Hari Merdeka. Tema yang dipilih Exco kerajaan negeri itu tiada kaitan – secara langsung atau tidak – dengan perhimpunan Bersih 4.

Timbalan Ketua Menteri Dr P ramasamy berkata bahawa slogan itu pertama kali diguna oleh pentadbiran di bawah pimpinan Dr Mahathir. P Kamalanathan Menurut laporan the Malay Mail Online, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata larangan itu atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN). MKN mendakwa bahawa penggunaan perkataan "bersih" dalam tema tersebut akan mengancam kepentingan negara. Langkah itu hanya menunjukkan bahawa kerajaan merasa takut.

Hari ini mereka melarang pentadbiran Pulau Pinang dan sekolah menggunakan perkataan itu. Pada masa akan datang, adakah mereka akan membuang perkataan "bersih" daripada kamus?

Kanak-kanak pastinya gembira kerana ibu tidak dapat lagi menyuruh mereka "membersihkan" bilik mereka. Kerajaan enggan mengakui hakikat bahawa pelajar Malaysia telah memainkan, dan akan terus memainkan, peranan utama dalam menjuarai isu-isu rakyat.

Tempat mereka belajar - sama ada di Kualau Lumpur, London, Melbourne atau New York - bukan soalnya. Mesej mereka jelas: Mereka tidak bersedia untuk bertoleransi dengan penindasan, dan ingin mengekalkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang di Malaysia. Segelintir rakyat Malaysia masih ingat akan gerakan pelajar yang kuat ketika era 70-an.

Read More / Baca Lagi >>

Derma "Arab" RM2.6B: Hentikan mengaku anda bersih, kata DAP kepada Najib

Posted: 23 Aug 2015 06:54 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berheti cuba bersihkan dirinya daripada jenayah berkaitan dermai RM2.6 bilion, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berheti cuba bersihkan dirinya daripada jenayah berkaitan dermai RM2.6 bilion, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.
Datuk Seri Najib Razak mesti menghentikan cubaan 'membersihkan' dirinya daripada sebarang jenayah berkaitan 'derma' RM2.6 bilion selepas kenyataan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang beliau masih disiasat, kata DAP. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, perdana menteri tidak boleh pergi ke merata tempat dan menghebahkan beliau bersih apabila SPRM sendiri yang sedang menyiasatnya belum mengesahkan perkara itu.
"SPRM sebelum ini menyatakan mereka akan meminta Najib memberi penjelasan berhubung derma yang diterimanya.

"Oleh itu, sangat jelas SPRM tidak pernah membersihkan status perdana menteri kerana menerima 'derma' dari Timur Tengah yang diragui dan disyaki itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pua berkata, rakyat tidak boleh dipersalahkan sekiranya terus mencurigai misteri wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib kerana beliau sendiri berkeras enggan menjelaskan isu tersebut.
Katanya, langkah terbaik yang harus diambil Najib ialah tampil secara sukarela ke pejabat SPRM bagi membolehkan satu siasatan lengkap dan menyeluruh dijalankan.
"Beliau sudah tentu berhak tampil bersama barisan peguamnya bagi memastikan tidak membuat sesuatu yang menunjukkan beliau bersalah dalam proses itu," katanya.
SPRM dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib masih diteruskan.
Katanya, ia sebelum ini dalam kenyataan pada 3 dan 5 Ogos, hanya menyebut dana RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan daripada penderma berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Bekas pegawai Jabatan Peguam Negara tidak akan dihantar pulang, kata imigresen

Posted: 23 Aug 2015 06:44 PM PDT

Bekas pegawai perundangan Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur (kiri) tidak akan dihantar pulang, kata Jabatan Imigresen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Bekas pegawai perundangan Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur (kiri) tidak akan dihantar pulang, kata Jabatan Imigresen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Bekas pegawai perundangan Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, warga Singapura yang memegang taraf penduduk tetap (PR) di Malaysia, tidak akan dihantar pulang walaupun permit PR miliknya ditarik balik, kata Jabatan Imigresen.
Timbalan pengarah jabatan itu Datuk Sakib Kusmi dilaporkan The Star berkata, Jessica sebaliknya boleh memohon pas lawatan sosial memandangkan beliau berkahwin dengan warga Malaysia.
"Tak perlu hantar beliau pulang. Dia boleh memohon pas khas atau lawatan sosial kerana dia sudah berkahwin dengan rakyat Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada Jessica masih di Malaysia, Sakib enggan mengulas lanjut. Jessica tinggal di Malaysia selama lebih 20 tahun sebelum disiasat bersama bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh berkaitan kertas pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak yang didakwa dibocorkan.

Desakan wakil rakyat PAS letak jawatan oleh Hadi jejas peluang bertanding dalam PRU - Phahrolrazi

Posted: 23 Aug 2015 05:10 PM PDT

Post Pic
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempersoalkan apakah jaminan PAS sekiranya semua wakil rakyat yang mahu menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB) meletakkan jawatan secara sukarela.
 
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata ini ekoran sekiranya mereka meletakkan jawatan secara sukarela, kesemua mereka bakal didenda sekaligus tidak membenarkan untuk bertanding dalam tempoh 5 tahun akan datang.
 
"Seorang calon yang letak jawatan, dia itu akan hilang kelayakan untuk bertanding, itu hendak buat macam mana yang itu?
 
"Bila dia letak jawatan secara sukarela ertinya dia tidak boleh masuk dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun. Jadi ini sudah menghalang dia daripada masuki pilihan raya, ini masalah hak dia pula," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak supaya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Abdul Hadi berkata mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat yang dijangka dilancarkan pada hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.
 
Bagaimanapun desakan Presiden PAS itu disambut hambar oleh Phahrolrazi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor yang memenangi DUN tersebut atas tiket PAS.
 
"Saya lihat setakat ini isu lompat parti atau tukar parti mana ada pihak atau sejarah yang letak jawatan, tiada kan?
 
"Sebab dalam isu perpindahan seorang wakil rakyat ke parti lain, sebab dia menang dalam pilihan raya atas nama individu atas nama dia cuma dibenarkan guna lambang parti berkenaan, itu surat parti itu, jadi dari segi peruntukkan undang-undang, belum ada lagi dan tiada yang mesti letak jawatan itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah “DAP dibiayai Yahudi”: DAP mahu polis ambil tindakan terhadap UMNO

Posted: 23 Aug 2015 05:06 PM PDT


11831740_1205559666127636_78792010440135309_n


BAGAN, 23 OGOS: Pimpinan UMNO sudah hilang akal kerana bersikap "desperado" apabila pemimpinnya seperti Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, membuat fitnah jahat dan tidak masuk akal kononnya DAP dibiayai Yahudi.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pihak DAP akan membuat laporan polis mendesak tindakan diambil ke atas tuduhan fitnah yang tidak berasas itu.
Katanya, Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan sanggup memfitnah semata-mata mahu menutup skandal RM42 bilion 1MDB dan "derma" politik RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun persendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
Ujar beliau, Abdul Aziz mendakwa "derma" RM2.6 bilion diberi kepada Najib untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".
Menurut hujah merepek Abdul Aziz, jika UMNO kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa, dan kalau "kerajaan Islam Malaysia" tumbang, rosak perjuangan Islam seluruh dunia, tambah beliau.
"Tidak waras dan tidak logik langsung bahawa DAP boleh berkuasa bila hanya bertanding dalam 51 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Menang semua pun tak mungkin jadi parti terbesar, apatah lagi berkuasa.
"DAP hanya berdepan dengan calon UMNO dalam dua kerusi Parlimen, di mana DAP menang satu dan kalah satu. Tak kan perlu RM2.6 bilion untuk lawan DAP dalam dua kerusi Parlimen?
Read More / Baca Lagi >>

Derma RM2.6 bilion untuk lawan DAP yang ditaja Yahudi? Apa dah jadi dengan pemimpin UMNO?

Posted: 23 Aug 2015 05:05 PM PDT

Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sedar atau tidak bahawa mereka menunjukkan tahap kebodohan yang tiada batasannya dalam perlumbaan mereka untuk menyelamat dan mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadinya?
Soalan itu dilontarkan oleh Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook kepada pimpinan UMNO berikutan beberapa kenyataan mereka yang semakin terdesak dan tidak masuk akal berhubung skandal tersebut.
Beliau berkata, pagi tadi semasa mesyuarat UMNO Bahagian Sri Gading, ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa bahawa penderma dari Timur Tengah memberi sumbangan dana sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib supaya UMNO boleh melawan DAP dalam pilihanraya umum ke-13 kerana kononnya DAP dibiayai oleh Yahudi.
Katanya, Abdul Aziz membuat cerita kononnya penderma tersebut khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di Malaysia melalui DAP dan memusnahkan "Kerajaan Islam" yang diketuai Barisan Nasional.
Sedangkan, beliau berkata, minggu lalu Ketua Bahagian UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, pula mendakwa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib adalah dari Arab Saudi kerana menghargai peranan Perdana Menteri melawan kumpulan militan ISIS atau ISIL atau IS (Islamic State).
"Saya tidak kisah sekiranya pemimpin UMNO mahu menunjukkan kebodohan mereka tetapi janganlah sampai memperbodohkan rakyat Malaysia dan menganggap rakyat tidak ada akal untuk berfikir.
"Lebih-lebih lagi, pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya tidak malu menyalahgunakan nama agama Islam dan kononnya untuk mempertahankan Islam untuk "menghalalkan" wang RM2.6 billion dalam akaun Najib.
"Adakah mereka langsung tidak mempedulikan nilai kebenaran semata-mata untuk mempertahankan sesuatu yang jelas tidak amanah dan menyelamatkan karier politik mereka sendiri?
Read More / Baca Lagi >>

Apakah rasional desak SPRM siasat DEIG

Posted: 23 Aug 2015 04:52 PM PDT

Oleh Zakaria Adam
Malaysia digemparkan lagi dengan isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang  mula dibangkitkan Adun Pelabuhan Klang, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang DUN yang lalu apabila beliau mempertikai ketelusan DEIG yang kegiatannya didakwa disorok di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana takut diaudit.
Penubuhan itu turut dipertikai pemimpin Barisan Nasional, khususnya di Selangor, yang bimbang dana milik kerajaan negeri disalah guna DEIG.

 Menurut menteri besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masih belum ada sebarang transaksi dibuat dan DEIG masih sebuah syarikat bernilai RM2. Kaji kewujudan DEIG
Prinsip utama DEIG ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan aset dalam MBI yang memiliki 12 anak syarikat bernilai RM6.3 bilion dalam bentuk tanah dan hartanah. Dulu kita ada State Secretary Incoprated (SSI) yang menguruskan aset kerajaan negeri. Pada 1994 kerajaan negeri tak berupaya, maka SSI dipindah kepada MBI dan matlamat masih sama. Sepanjang penubuhan MBI kesemua anak syarikat gagal beri pulangan dan bayar dividen pada kerajaan negeri.
Apakah ini perlu diteruskan dalam keadaan mereka punya aset besar tetapi tidak boleh bagi pulangan kepada kerajaan negeri, sedangkan pulangan itu penting untuk kita teruskan pembangunan negeri.
Kegagalan cipta nilai baru dan nilai tambah pada hartanah tersebut State Secretary Incoprated (SSI) dan menyebabkan kerugian besar pada negeri. Matlamat kita menubuhkan DEIG adalah untuk menguruskan pelaburan dari 12 anak syarikat itu secara profesional dengan tujuan mencipta nilai tambah pada aset sedia ada.
Peranan DEIG
DEIG entiti baru yang berperanan untuk terlibat dalam pelaburan aset kerajaan negeri. Sebagai contoh ada tiga anak syarikat di bawah MBI dalam bidang yang sama iaitu hartanah. Sudah tentu ada persaingan, maka kita gabungkan menjadi entiti di bawah DEIG dan dibentuk dalam beberapa kluster.
Salah satunya adalah hartanah , pendidikan, kesihatan dan unisel akan diletak bawah pendidikan, anak syarikat berkenaan akan terlibat untuk dapatkan hasil untuk biayai universiti. DEIG akan diuruskan secara profesional.
DEIG sudah beroperasi?
DEIG belum beroperasi hanya akan beroperasi pada suku pertama 2016, DEIG tidak ada aset maka dakwaan DEIG syarikat RM2 uruskan aset RM6.3 bilion adalah satu pembohongan dan fakta yang salah.
DEIG ditubuhkan Mei 2015, pada peringkat awal memang ada dua pemegang saham iaitu CEO dan COO MBI kerana akhirnya DEIG akan dimiliki MBI. Dalam mana pembentukan syarikat memang perlukan dua orang pemegang saham, untuk daftar nama syarikat.
Dua bulan kemudian, pada Julai 2015 DEIG menjadi milik penuh MBI. Fakta pertama saya nak tegaskan adalah tidak benar DEIG dimiliki dua individu kerana saya serah sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS). Faktanya sekarang DEIG dimiliki penuh MBI.
DEIG belum beroperasi, jadi apakah yang sedang dilakukan ketika ini?
Read More / Baca Lagi >>

Habislah Najib? – Bhg 2

Posted: 23 Aug 2015 04:47 PM PDT

Artikel Habislah Najib? ditulis pada Mei selepas menghuraikan mengapa Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri meskipun ramai meramalkan beliau akan habis pada Jun mahupun Julai ketika isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletup.
Kini, persoalan mengenai riwayat politik Najib bergema lagi dengan rancangan undi tidak percaya terhadap beliau.
Undi tidak percaya ini bersifat demokrasi pada asal murninya. Namun, apabila ia diletakkan di dalam konteks Malaysia, ia satu perkiraan politik yang melibatkan pengkhianatan dan juga rundingan keuntungan politik.

Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad, rancangan ini hanya boleh berjaya jika Najib disingkirkan dan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan. Beliau meminta bantuan pembangkang untuk memikirkan cara kerana beliau sudah kehabisan peluru untuk menurunkan Najib. Masalahnya, jika pembangkang sudah berjaya mendapat 30 ahli Parlimen BN untuk membuang Najib, sudah tentu golongan yang sama ini juga mempunyai kuasa menentukan siapa perdana menteri seterusnya.
Pada ketika itu, mengapa mereka harus lagi berpegang pada kata-kata Dr Mahathir untuk mengekalkan BN sebagai kerajaan sekiranya mereka boleh melantik seseorang di kalangan mereka sendiri menjadi perdana menteri ke-7?
Dengan godaan kuasa yang sebegitu besar dan impian untuk melihat 30 ahli Parlimen BN yang khianat itu akan digolongkan sebagai katak yang bakal meretakkan kestabilan BN, cadangan Dr Mahathir agar kerajaan BN dikekalkan hanyalah angan-angan.
Barangkali adalah lebih baik Dr Mahathir mencuba taktik mengisytiharkan diri keluar Umno terlebih dahulu sepertimana dilakukan beliau ketika mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah melepaskan jawatan perdana menteri.
Bukan itu sahaja, cara pemikiran pembangkang yang meletakkan kepentingan politik masing-masing menjadi keutamaan dalam menjayakan rancangan undi tidak percaya terhadap Najib juga merupakan masalah besar.
Tiada siapa sanggup meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan parti serta diri sendiri.
Sebelum rancangan ini dapat dilaksanakan, sudahpun ada parti menuntut itu dan ini sebagai balasan menyokong rancangan tersebut. Dengan perbalahan yang terus berlaku di kalangan pembangkang, tidak dapat dibayangkan kecelaruan politik yang bakal berlaku selepas berlakunya undi tidak percaya terhadap Najib.
Apakah mereka boleh bersetuju dengan calon perdana menteri yang baharu? Apakah mereka boleh bersetuju siapa yang bakal memasuki Kabinet, memandangkan DAP masih tidak dapat berhenti menyerang PAS sehingga hari ini?
Yang bakal wujud bukanlah satu kerajaan peralihan, tapi satu kerajaan tergantung yang tidak mampu membuat keputusan penting demi negara dan ekonomi kerana perbalahan yang terus berlaku.
Selain itu, peratusan kaum di kalangan ahli Parlimen yang menyokong undi tidak percaya kepada Najib dan melantik perdana menteri baharu juga akan menjadi pertikaian.
Read More / Baca Lagi >>

Habislah Najib? - Bhg 1

Posted: 23 Aug 2015 04:45 PM PDT

Ramai yang melihat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji sebagai paku terakhir kepada kareer politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun, ia tidak semudah itu kerana nyawa politik Najib kini berkait dengan nyawa 1MDB yang juga bersangkut-paut dengan nyawa perbendaharaan Malaysia.
Ceritanya mudah, hutang 1MDB RM42 bilion perlu dibayar – sama ada Najib terus menjadi perdana menteri mahupun tidak – kerana yang menjamin hutang 1MDB ialah kerajaan bukannya Najib.

Najib selaku menteri kewangan dan juga penasihat 1MDB melalui satu jawapan bertulis 12 Mac 2015 mengaku yang "surat sokongan" yang dikeluarkan kerajaan kepada 1MDB Global Investment Ltd untuk membuat pinjaman berjumlah AS$3 bilion (RM9.6 bilion). "1MDB Global Investment Limited perlu menggunakan dana dalaman syarikat termasuk kesemua asetnya terlebih dulu. Jika semua langkah tersebut diambil dan syarikat masih kekurangan dana untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan, barulah surat sokongan kerajaan menjadi efektif," kata Najib.
Apa maksudnya secara mudah? 1MDB perlu menjual aset-asetnya terlebih dahulu untuk bayar hutang. Jika tidak mampu membayarnya, maka kerajaan Malaysia (bukan Najib) perlu membayarnya.
Oleh kerana ada "backup" sebesar kerajaan Malaysia, maka ramai yang sudi meminjam duit kepada 1MDB sebelum ini sehinggalah hutang ditimbunkan menjadi RM42 bilion.
Untuk membayar hutang, 1MDB mencuba pelbagai cara. 1MDB pernah merancang IPO bagi mencari dana, tapi gagal. Bukan itu sahaja, 1MDB juga menerbitkan sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion untuk mencari dana dan kini timbul ura-ura Lembaga Tabung Haji membeli RM1.6 bilion atau 66% sukuk tersebut berdasarkan dokumen yang diledakkan di blog mengenai pembelian tanah TRX.
Di Parlimen, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga mengaku Tanjong Public Limited Company milik Tan Sri Ananda Krishnan membantu 1MDB mencari RM2 bilion dana untuk membayar hutang.
Read More / Baca Lagi >>

Tengku Adnan nafi ahli Umno akan sertai perhimpunan Bersih 4

Posted: 23 Aug 2015 04:42 PM PDT


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar, kiri) hari ini menafikan ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini. "Ada dakwaan mengatakan ada penyokong akar umbi Umno akan terlibat dengan perhimpunan ini. Jawapan saya, mana ada, ini semua cerita dakyah Bersih yang kotor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah program Ekspresi Seni @ Kuala Lumpur Lake Garden Festival (KLLGF) 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.
Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian bagi mengulas laporan berita portal  ahli Umno akan turut serta dalam perhimpunan itu.

Beliau berharap orang ramai tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah penganjur perhimpunan itu. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Thambi dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli.
Sementara itu, Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL )tetap bertegas tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan itu diadakan di sekitar Dataran Merdeka hujung minggu ini kerana ianya akan menjejaskan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang akan diadakan di lokasi berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Peruncit tanggung rugi selepas daftar bawah Tukar

Posted: 23 Aug 2015 04:39 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2013 menyatakan 26% daripada 70 kedai runcit di bawah program Tukar mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14% lagi terpaksa gulung tikar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Laporan Ketua Audit Negara 2013 menyatakan 26% daripada 70 kedai runcit di bawah program Tukar mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14% lagi terpaksa gulung tikar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.
Jancy (bukan nama sebenar) terpaksa menukar perniagaannya di Lorong Kurau, Bangsar daripada kedai runcit ke kedai makan, semata-mata untuk menampung kehidupannya dan 2 anaknya yang masih menuntut di kolej, setelah beliau rugi lebih RM60,000 disebabkan berdaftar di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar). Wanita berusia 50 tahun itu berkata, beliau diberikan hutang sebanyak itu sebagai kos mengubahsuai dan menaik taraf kedai runcitnya, serta modal membeli barang runcit secara borong.
"RM40,000 diperuntukkan hanya untuk proses pengubahsuaian. (Tetapi) Mereka hanya menambah lampu di kedai saya, cat, susun atur barang runcit, pemasangan wayar, rak dan mesin wang. Saya merasakan kos sebenarnya kurang RM40,000.

"Manakala RM20,000 diperuntukkan untuk membeli barang runcit sebagai modal. Mereka melantik konsultan dari pasar raya besar untuk menyelia kami dan RM20,000 tersebut perlu dibelanjakan dalam masa satu hari di pasar raya mereka," katanya. "Saya seperti ditipu oleh mereka (pihak Tukar)," katanya kepada The Malaysian Insider menerangkan penglibatannya dalam program Tukar, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dilancarkan pada 2011.
Ia bertujuan menaik taraf kedai runcit menjadi lebih moden dengan peruncit diberikan pinjaman kerajaan mengikut keperluan dan dikawal selia dalam proses menukar kedai runcit itu.
Katanya, barang runcit yang disyorkan konsultan pasar raya besar itu untuk kedainya kebanyakan dibuang begitu saja kerana tarikh sudah luput.
"Berkotak-kotak syampu, mi segera, sos cili, kicap dan lain-lain lagi barang runcit terpaksa dibuang. Sewaktu memborong barang tersebut, saya tidak terfikir kebanyakannya akan mencapai tarikh luput sebelum dibeli.
"Pada masa sama, konsultan dari pasar raya tersebut memberitahu saya, jika saya beli barang itu, pasti akan laris dengan segera kerana kedai sudah diubahsuai dan menarik minat pelanggan untuk datang membeli," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu Atau Pemimpin UMNO Akan 'Terbangsat' Jika UMNO Hilang Kuasa?

Posted: 23 Aug 2015 04:31 PM PDT

Inilah cara pemimpin UMNO, bila dah sedar diri dah tak dihormati dan tak disenangi kebanyakkan rakyat, mulalah dia mainkan isu Bangsa..

Dah lapuk sangat rasanya strategi yang diguna pakai oleh UMNO ini iaitu '3R'..

Race, Royal, Religion.. bila dah tersepit dengan pelbagai isu tiga perkara itu pasti akan dibangkitkan mereka satu persatu..

Dalam hal ini.. Isu bangsa telah digunakan oleh Najib yang hingga kini belum menjawab soalan Muhyiddin mengenai baki dari RM2.6 Billion itu dan masih belum mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ yang dituduh memfitnah dirinya..

Isu bangsa akan digunakan oleh mereka untuk menakut-nakutkan penyokongnya supaya dirinya boleh kekal berkuasa bila bangsa yang ketakutan itu menyorok belakang dia sekaligus menyokongnya.

Hari ini di Kangar untuk menakut-nakutkan sambil memperbodohkan ahli-ahli UMNO yang mendengar ucapannya, Najib berkata..

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan,"

Hakikatnya siapa yang sebenarnya akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa?.. Najib, Pemimpin UMNO, atau Bangsa Melayu?

Yang akan 'terbangsat' ialah Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO yang membina harta melalui kuasa yang ada ditangan mereka, bukannya Bangsa Melayu..

Melayu masih ada Raja-raja yang dijamin perlembagaan negara.. Melayu tidak akan di bangsatkan seperti mana yang Najib kata sebab majoriti pengundi adalah Melayu..

Akan bangsatkah Melayu jika UMNO hilang kuasa sedangkan Bangsa Melayu sedah wujud sebelum UMNO wujud, adakah Melayu sebelum UMNO muncul itu bangsat?

Bangsatkah Melayu di Pulau Pinang?.. Bangsatkah Melayu di Selangor.. Bangsatkah Melayu di Kelantan?.. UMNO dah hilang kuasa disitu.. Bangsat ke depa tu Najib?

Najib still here, MACC after ‘missing’ three

Posted: 23 Aug 2015 04:24 PM PDT

The anti-graft body has still to interview Najib on the RM42 million indirectly deposited in his personal accounts by SRC International Sdn Bhd.
najib_sprm_src_600
All the media reports on SRC International Sdn Bhd so far indicate that the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) was only investigating it for the RM42 million it indirectly deposited in Prime Minister Najib Abdul Razak's personal banking accounts at AmBank Islamic private banking services, as part of some RM2.6 billion (USD681 million), before the last General Election in 2013. The total sum was reported by Wall Street Journal in an expose on Friday 3 July.
It has been reported that these accounts have since been closed and some USD650 million was sent back to an original donor and resides now in a frozen bank account with Falcon Bank in Singapore. It's not known why the Prime Minister did not return the entire amount to the donor and instead reportedly chose to keep part of it including purportedly the RM42 million which came indirectly from SRC.
MACC attributed the bulk of the RM2.6 billion, except for the RM42 million component from SRC, as a political donation from an individual in the Middle East.
It's not known whether the RM42 million from SRC was a political donation too.
SRC, a subsidiary of the Ministry of Finance (MoF), was previously under 1MDB. The latter, which used SRC to borrow RM4 billion from the retirement fund KWAP, is being touted these days as a strategic investment and development arm of the MoF.
The anti-graft body has been quoted more than once as confirming in the media that it will be taking a statement and/or interviewing the Prime Minister on the RM42 million. So far, there has been no further news on this. Najib himself has not made any public statement on MACC's intention to interview him and /or take a statement from him on the RM42 million.
Read More / Baca Lagi >>

Yahudi guna Izzah, Tony Pua untuk jatuhkan kerajaan fitnah UMNO Kepong

Posted: 23 Aug 2015 09:19 AM PDT

 Yahudi guna Izzah, Tony Pua untuk jatuhkan kerajaan - UMNO KepongAntara usaha Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan adalah dengan menggunakan 'jalan belakang', dakwa UMNO Bahagian Kepong.

Ketuanya Datuk Rizuan Abd Hamid berkata tindakan itu dilakukan melalui pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk memerintah Malaysia.

Dakwa Rizuan lagi, Yahudi menggunakan akhbar Wall Street Journal, Claire Brown untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan dengan memanipulasi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Lihat sahaja Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid pergi ke hulu ke hilir untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada serangan puak-puak Yahudi terutama yang mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui pintu belakang.

"Mereka mahu jatuhkan kerajaan kita," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong di Hotel Hilton, KL Sentral, di sini, pada Ahad.

Mesyuarat yang dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid ini turut dihadiri Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rizuan berkata kerajaan UMNO di bawah pimpinan Najib ini adalah satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi.

Beliau berkata, Malaysia berjaya merpertahankan negara ini daripada ancaman Yahudi di dalam negara Asia ini selepas bekas Eksekutif Teknologi Maklumat PetroSaudi International Xavier Andre Justo ditangkap dan kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand.

Surat Peguam Keluarga Anwar Kepada Ketua Umno Kepong

"Isu 1MDB turut melihatkan kepada perkembangan positif selepas orang yang buat kacau telah ditangkap. Justo (Xavier) telah ditangkap dan dipenjara di Bangkok.

"Dia ada rancangan besar nak menjatuhkan kerajaan UMNO kerana kerajaan UMNO ini adalah satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi.

"Negara-negara Asia lain sudah pun ditawan puak Yahudi. Singapura habis, Thailand habis, Filipina habis. Mana lagi yang tinggal? Indonesia pun habis," katanya.

Rizuan berkata, Malaysia dipertahankan Najib (dari ancaman Yahudi) dengan sumbangan Raja Arab, Putra Arab yang bermurah hati untuk memberi dana politik untuk kegunaan PRU-13 yang lalu.

Beliau berkata, apa yang patut dipersoalkan hari ini adalah isu RM30 bilion yang didakwa disorok Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan bukannya sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Najib.

"Pembangkang pakai duit ratusan juta, berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok sahaja dalam akaun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?" katanya lagi.
Sebelum ini, portal tempatan melaporkan Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa DAP dibiayai Yahudi ketika parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013.

Menurut portal itu, Abdul Aziz mendakwa penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

Menurutnya lagi, sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada salah seorang penderma dari Timur Tengah adalah bagi membantu UMNO menentang DAP.

Rafizi Ramli: In Other Countries, If Someone Had Done What He Had Done, He Would Be Toppled

Posted: 23 Aug 2015 09:04 AM PDT

Rafizi Ramli: As A Politician, Half Of The Time I Am Basically A Stand-Up Comedian

Posted: 23 Aug 2015 09:03 AM PDT

Tegur Putrajaya: Bekas Timb Pengarah SB sedia hadapi risiko

Posted: 23 Aug 2015 08:31 AM PDT

DAMANSARA - "Saya dengan nama ALLAH tidak akan berkompromi prinsip berani kerana benar dan akan bekerja penuh amanah dan tanggungjawab," demikian luahan bekas Timbalan
Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengenai pendedahan berisiko beliau terhadap kepincangan yang berlaku kini.
 
Abdul Hamid Bador Katanya, beliau akan sentiasa 'membuka mulut' termasuk berdepan dengan risiko berat akibat daripada perbuatan beliau tersebut.
 
"Saya akan terus buka mulut. Bukan untuk diri saya, saya sekarang ini berhadapan dengan risiko berat sebab tiada seorang pun yang berani berbuat demikian.
 
"Saya hendak lihat tindak balas itu. Tapi kerja ini dibuat bukan ‎atas kapasiti individu tetapi ini demi negara.
 
"Bukan untuk Melayu tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Saya seru pada kerajaan kembali kepada rakyat. Dan segala pendedahan ini mungkin ada keperluan di masa akan datang, kalau diperlukan penjelasan lanjut saya dengan rendah hati menawar diri untuk tampil sekali lagi," katanya kepada media di Damansara hari ini. 
 
Dalam pada itu Abdul berkata, beliau berharap pihak yang menjaga  media perdana menteri agar tidak bertindak menghalang sebarang maklumat sampai kepada perdana menteri.
 
"Saya seru pihak kawal media bagi pihak PM supaya jangan menghalang maklumat kepada  PM. Mungkin sebab ini PM tidak dapat maklumat, 'kuasa halimunan' yang pindahkan saya, " katanya.