Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


BERSIH 4 ...empty vessel and still premature after 10 years

Posted: 21 Aug 2015 11:09 PM PDT


By Hafidz Baharom

As the former chairman of the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih), Ambiga Sreenevasan should not be issuing statements based on pure rhetoric similar to that being uttered by the prime minister.

In her latest statement to the press, she said that Bersih would continue its move to protest to "save the next generation". She also said that those opposing the rally were bringing up all the same issues as before.

Some have said I am being unfair. I apologise, but this so-called NGO called Bersih began in 2006 and is now almost a decade old. It should have got its act together by now instead of still making vague and simplistic demands without any explanations as to why.

Truth is, I am opposed to this rally based on what I see now. Bersih is a nine-year old coalition that lacks any form of depth or organisation.


Did it achieve any milestones?

Yes, it did. There is no denying it. But there is so much more it has yet to achieve or is supposed to achieve when it talks about free and fair elections. This was, of course, before it jumped on the bandwagon to fight for the economy too.

Similarly, there will be the emergence of the same stupid group, led by the same stupid people that protested right outside Ambiga's house years ago; caused the ruckus at the #Nothing2Hide public forum; and are being investigated for the Low Yat mob that injured some members of the public.

I am not with them. What I am pointing out instead is the vagueness of Bersih, being almost a decade old, yet still acting like a premature organisation.

Bersih wants a clean government. Who doesn't?

Bersih wants free and fair elections? Everyone does.

Bersih wants to save the economy? How? By having a t-shirt sale and sending that Superman on tour?

Go ahead with your rally to prove your "no confidence motion of the people", by all means.

However the time for symbolic action is over.

Malaysians want something more concrete than just marching through the streets of Kuala Lumpur, facing barricades and running from tear gas just for the purpose of having a story or two to tell or write about.

What we all need are concrete actions and plans. If Bersih insists on saying this rally will save the next generation, care to explain how?

How will this rally, which will see tens of thousands of Malaysians camped out for two days during the weekend, lead to free and fair elections, stop gerrymandering or even "save the economy"?

Of course, they do deserve hearty congratulations for being able to raise RM1.2 million in donations from everyday Malaysians for their cause, even with the organisation asking for merely RM200,000 for this upcoming rally as announced on their official Facebook page.

However at the same time, is it not plausible now to mention what else you plan to do with the RM1 million and more which you are still collecting over your threshold?

As much as I hold our prime minister in contempt for not explaining where the so-called RM2.6 billion donation went from his own accounts, I would ask the same of you.

From my side, I have said it already. Bersih should have a seat at the campaign finance consultative council the prime minister wants to set up.

But what about yourselves?

With the Sarawak state election taking place next year and the redelineation by the Election Commission being challenged in court, has this been abandoned for this rally?

What are your plans leading up to the general election in 2018?

In fact, what have you done this year other than talk about this upcoming rally?

If you insist on being fair, Bersih, then you should be able to face the same amount of scrutiny as the person you have no confidence in.

And if Malaysians do not wish to deal with that kind of scrutiny being put upon you, then I'm sorry to say that they are no better than Orwellian sheep.

So for those attending, enjoy your two-day yellow-shirted festival that will give you memories lasting years that will probably be spent under the same regime, or a new one which will be doing the same things because nobody thought up what was really needed to be reformed.

But hey, at least you've been there, done that and bought the t-shirt.

Hafidz Baharom is an FMT reader.

Kit Siang kata 35, Rafizi kata 25 ... dah macam 916

Posted: 21 Aug 2015 09:11 PM PDT


Baca Kit Siang SINI


Baca Sarawakiana SINI

Sorang kata 35, sorang kata 25 .... dah macam 916




Adakah DEIG merupakan 1MDB kepada MB Pak Pandir?

Posted: 21 Aug 2015 05:00 AM PDT



Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/08/teruk-mb-selangor-azminali-kena-di.html#TxD6XUyP0FXYqd3c.99

Baca persoalan itu di The Mole SINI

Siti Mariah orang JIM ... dah mesti ikut Anwar

Posted: 21 Aug 2015 01:00 AM PDT


Bunyi macam gempaq seolah-olah keluarnya Siti Mariah dari PAS satu tamparan hebat buat mereka dan bermulalah penghijrahan keluar beramai-ramai.

Khabarnya sudah dijangka kerana Siti Mariah adalah aktivis JIM atau kini wadah itu dipanggil IKRAM. Selama ini JIM memang pro Anwar. Kemasukkan mereka dalam PAS adalah untuk ambilalih PAS dan meletakkan orang-orang mazhab Islam liberal yang hanya berfokus pada agenda kuasa.

Tiada yang diherankan.

Untuk faham pendirian Islam Siti Mariah, baca RPK SINI tentang pandangan Siti Mariah tentang hudud. Seburuk-buruk UMNO yang pernah dilakarkan kafir oleh PAS, tiada pernah tentang hudud. Siti Mariah tentang demi untuk agongkan DAP!!!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


WANG DEIG RM30 BILION, BUKAN WANG MAK BAPAK KAU BABI !

Posted: 21 Aug 2015 06:34 PM PDT


Tak tahu nak komen saudara Azmin Ali ini. Semoga Allah beri Hidayah. 

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


SPRM Wajib Siasat DEIG

Posted: 21 Aug 2015 06:44 PM PDT

Fakta Ini Bukti Keadaan Ekonomi Malaysia Masih Stabil

Posted: 21 Aug 2015 05:11 PM PDT

Misteri Syarikat Dua Ringgit, Hanya Di Selangor

Posted: 21 Aug 2015 02:18 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MENCARI ‘TUN DR ISMAIL’ DIKALANGAN PEMIMPIN UMNO KINI

Posted: 21 Aug 2015 08:39 PM PDT

Mengapalah begitu malang dan 'terhina'nya bangsaku Melayu…Terpanggil aku untuk mencoretkan sesuatu apabila 'dikejutkan' dengan tajuk berita berbunyi,' Melayu sanggup menjual maruah dengan hanya RM 300'. Sudah banyak kali aku terserempak dengan berita sebegini menududh orang Melayu sanggup menjual maruah diri dengan hanya RM50 dan sebungkus nasi campur. Dan ada juga yang mengatakan bahawa orang Melayu sanggup berbuat apa saja (termasuk tindakan yang memalukan) untuk mendapatkan 'belanja seharian'. Memang memalu dan mengaibkan orang Melayu.
            Memang ada tindakan sebegini yang dilakukan oleh orang Melayu (mungkin juga dilakukan oleh kaum Cina dan India juga). Disebabkan aku berketurunan Melayu (sakai/orang darat –mungkin) maka tentulah aku merasa begitu malu membaca dan mendengar berita sedemikian dilakukan oleh orang Melayu. Yang menyedihkan ialah bahawa aku pasti golongan orang Melayu yang berperangai hodoh sebegini tidak pernah diajar oleh ibu bapa mereka untuk berperangai sedemikian. Aku pasti mereka diajar untuk bersopan santun dan tahu menghormati antara sama lain dan bukan menunjukkan punggung kepada orang lain walau macam mana tidak suka sekalipun kita terhadap pihak berkenaan.
            Ibu bapa kita tak ajar begitu. Agama kita tidak ajar berbuat demikian. Orang kampung kita juga amat sedih sekiranya mereka tahu yang orang kampung mereka berperangai demikian. Dan yang paling menyedihkan ialah satu 'penyiksaan' kepada roh si mati sekiranya anak-anak mereka berperangai sedemikian.
            Yang menghairankan ialah mengapa begitu 'murah' dan 'terhina' sekali sikap orang Melayu yang sedemikian. Aku tak kata semua orang Melayu begitu. Jauh sekali tidak. Aku tahu masih ramai lagi orang Melayu yang amat kukuh pegangan kepada prinsip perjuangan mereka. Cuma yang aku persoalkan ialah sikap sebahagian orang Melayu yang sudah melupakan dan mengenepikan apa juga prinsip hidup yang telah disemaikan oleh ibua bapa mereka.
            Sehubungan dengan itu sikap pemimpin kita terutama pemimpin UMNO yang agak jauh menyimpang daripada perjuangan asal datuk menek kita. Berdasarkan pemerhatian dan 'cakap-cakap'yang beredar dikalangan masyarakat menampakkan bahawa para pemimpin UMNO di semua peringkat sudah tidak memiliki semangat perjuangan seperti perjuangan datuk nenek kita yang memperjuangkan UMNO dahulu. Pendek kata sudah tidak ada langsung pemimpin UMNO kini yang 'seberani' dan 'setegas' Tun Dr. Ismail atau 'segarang' TS Syed Jaafar Albar. Aku tidak memiliki sebarang fakta atau statistik berdasarkan kajian terperinci, namun melalui perbincangan dan perbualan di kedai kopi dan surau /masjid memberikan gambaran bahawa pemimpin UMNO pada hari ini sudah tidak memiliki 'taring' sebagaimana yang dimiliki oleh pemimpin terdahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah kemarahan rakyat cukup kuat untuk Bersih 4 raih penyertaan tinggi?

Posted: 21 Aug 2015 08:29 PM PDT

Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini menuntut kerajaan yang bersih, pembaharuan pilihan raya, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015. 
Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini menuntut kerajaan yang bersih, pembaharuan pilihan raya, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi. 

Dengan Bersih 4 tinggal seminggu sahaja lagi, timbul kebimbangan yang tindakan keras yang diambil terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaan pembangkang politik yang berpecah-belah akan melihat jumlah penyertaan yang kecil pada perhimpunan itu nanti. Parti pembangkang DAP, PKR dan kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), yang menyokong Bersih 4, menyeru seberapa ramai ahli mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching dari 29 hingga 30 Ogos itu.
Tuntutan perhimpunan anjuran kumpulan masyarakat awam terkenal itu kali ini ialah kerajaan yang bersih, pembaharuan pilihan raya, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi.

Perhimpunan ini juga dianggap pihak penganjur, Bersih 2.0, sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan, dan dakwaan salahlakunya itu cuba dilindungi, menyebabkan ketidakstabilan politik dan mengurangkan keyakinan pelabur. Penyertaan dalam perhimpunan Bersih pada masa lalu bergantung kepada usaha parti pembangkang menarik bilangan yang tinggi, tetapi pemimpin parti kini mengakui, merupakan satu cabaran untuk mendapatkan orang ramai yang bukan anggota parti turut serta kali ini berbanding Bersih 2 dan 3, kerana pendirian Putrajaya yang tidak bertolak-ansur terhadap perbezaan pendapat awam.
Penyelidik bebas Ibrahim Suffian juga berkata, masalah ekonomi di negara ini mungkin tidak cukup genting untuk mempengaruhi orang ramai keluar ke jalan pada hujung minggu Merdeka nanti.
Tidak seperti Bersih 3
Ibrahim berpendapat perhimpunan Bersih pada masa lalu, terutama yang ke-3 pada 2012, berjaya menarik penyertaan yang tinggi dengan adanya usaha mobilisasi yang meluas oleh ahli dan penyokong pembangkang.
Ini menjelaskan mengapa perhimpunan pada tahun itu begitu besar, dengan anggaran sehingga 300,000 orang membanjiri Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya, walaupun ekonomi negara ketika itu lebih baik daripada sekarang.
"Penyertaan yang tinggi biasanya berkebetulan dengan keadaan  ekonomi yang bermasalah. Sekarang, walaupun terdapat kebimbangan mengenai ekonomi, kadar pengangguran masih rendah dan orang ramai masih boleh meneruskan kehidupan," kata pengarah eksekutif Merdeka Centre itu.
Jumlah penyertaan yang besar ketika Bersih 3 juga adalah kerana ia turut merupakan satu solidariti Pakatan Rakyat (PR), pakatan pembangkang yang kukuh bersatu ketika itu, berarak ke Putrajaya menyokong perdana menteri pilihan mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pilihan raya umum diadakan pada tahun berikutnya, Mei 2013.
Read More / Baca Lagi >>

DAP sokong Bersih 4, mahu Najib letak jawatan

Posted: 21 Aug 2015 08:21 PM PDT

DAP menyokong penuh perhimpunan Bersih 4 bermula 29 Ogos ini untuk menuntut pelaksanaan pilihanraya bersih, kerajaan bersih, hak untuk protes, memperkukuh sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang bermesyuarat di sini malam tadi, dalam sokongannya kepada Bersih, mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, DAP mahu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibuat di Parlimen.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mesyuarat malam tadi juga bersetuju untuk menuntut supaya skandal RM2.6 bilion itu tidak dikaburkan tetapi ditangani secara menyeluruh oleh sebuah jawatankuasa kebangsaan mengenai dana politik yang dicadangkan oleh Perdana Menteri sebagai prasyarat penyertaan DAP dalam jawatankuasa tersebut.
"DAP juga menuntut supaya Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Paul Low, meletak jawatan kerana cuba menutup skandal kewangan 1MDB sebanyak RM42 bilion dan skandal derma RM2.6 bilion, serta membelakangkan prinsip-prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang pernah mereka janji untuk dipertahankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, DAP mencabar Najib untuk membuktikan komitmen beliau terhadap nilai-nilai integriti dan akauntabiliti dalam kehidupan awam dengan memastikan semua penjawat awam termasuk dirinya sendiri dan para Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri serta para Exco supaya mengisytiharkan harta sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Selain itu, DAP turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa peristiwa letupan bom di Bangkok, Thailand yang mengakibatkan kematian 20 orang termasuk 7 orang warga Malaysia.

Bersih, Cekap dan Amanah: Slogan ciptaan BN, kini dibenci BN

Posted: 21 Aug 2015 08:20 PM PDT



lim guan eng 2
KUALA LUMPUR, 21 OGOS:  Lebih 30 tahun lalu, kerajaan persekutuan Barisan Nasional memperkenalkan slogan. "Bersih, Cekap dan Amanah". Hari ini BN menganggap slogan itu bertentangan dengan kepentingan negara.
Kontroversi itu bermula apabila Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, sebagai agensi Persekutuan, melarang sekolah-sekolah di negeri itu daripada menyertai sambutan Merdeka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini.
Screenshot_2015-08-21-13-42-19-2Arahan tentang larangan itu dikeluarkan kerana tema sambutan Merdeka di Pulau Pinang pada tahun ini "Bersih, Cekap dan Amanah" dianggap sensitif kerana mempunyai perkataan "Bersih".
Ini adalah kerana perkataan "Bersih" itu telah dikaitkan oleh pihak Jabatan Pelajaran dengan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menegaskan bahawa tema Merdeka bagi negeri adalah Bersih, Cekap dan Amanah, dan beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, untuk memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.
"Jika mereka mengharamkan (penyertaan sekolah), kita akan mengambil tindakan lanjut. Biarlah mereka isytihar BCA (Bersih, Cekap dan Amanah) sebagai haram," katanya.
Sementara itu, Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong, mengutuk  sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Pelajaran.
"Saya telah mendapat penjelasan melalui twitter daripada YB Chong Sin Woon selaku Timbalan Menteri Pelajaran bahawa larangan tersebut adalah disebabkan tema Hari Kemerdekaan mempunyai perkataan "Bersih" serta ia dilihat Kerajaan Pulau Pinang mempolitikkan Hari Kemerdekaan.
"Adalah amat jelas sekali arahan larangan ini bermotif politik, ataupun menerima tekanan dari pihak yang tertentu," kata beliau.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran melampau kerana terlalu sensitif dengan perkataan "Bersih" sedangkan Bersih, Cekap dan Amanah sentiasa dititikberatkan oleh semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sejak lebih 30 tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS perlu usaha keras tawan pengundi kawasan bukan tradisi - Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali

Posted: 21 Aug 2015 08:17 PM PDT

Post Pic
SHAH ALAM: Walaupun mendapat sokongan daripada pengundi tegar, PAS perlu bekerja keras untuk meraih undi di kawasan yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang pernah dimenangi sewaktu pilihan raya umum lalu, kata pensyarah geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali.
 
Mohd Fuad berkata, PAS dijangka tidak mempunyai masalah untuk bertanding di kawasan tradisi seperti di Kelantan, namun akan berdepan dengan kesukaran kerana sekiranya bertembung dengan calon parti serpihannya, Gerakan Harapan Baru (GHB).   
 
"Apabila sudah keluar sudah tentu fokus bagaimana nak menarik semula keyakinan rakyat.. Kalau dulu bersama (PR) orang melihat PAS kuat, tapi kalau kita lihat populariti di Kelantan tiada masalah. 
 
"Yang membezakan pada PRU14 ialah mereka bersendirian, mereka bertanding di kawasan 50:50. Kalau dulu mereka menang, tapi kali ini mereka kena berusaha lebih untuk meraih hati pengundi supaya mereka boleh kekalkan seperti Perak, Pulau Pinang, Selangor di mana beberapa kerusi yang dimenangi adalah kerusi campuran. Ini mungkin sukar bagi mereka nak tawan bila bersendirian," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas jangkaan prestasi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak lagi bersama gabungan PR.
 
Pada PRU13 dua tahun lalu, PAS berjaya memperoleh 21 kerusi, dan bilangan itu sedikit merosot berbanding PRU12 pada 2008 di mana pada ketika itu parti Islam berkenaan berjaya memperoleh 23 kerusi. Pada dua pilihan raya berkenaan, PAS bergabung bersama PKR dan DAP membentuk PR. 
 
Prestasi terbaik PAS pernah direkodkan pada PRU10 (1999) di mana PAS memperoleh 27 daripada 63 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Pada ketika itu PAS bergabung bersama DAP, PKR dan PRM membentuk Barisan Alternatif.
 
Pola tersebut secara tidak langsung mencetuskan perkaitan di mana PAS berjaya memperolehi kerusi menerusi penggabungan bersama rakan sekutu.
 
Read More / Baca Lagi >>

"Taat Setia Saya Adalah Kepada Ayahanda, Negeri Saya" - TMJ

Posted: 21 Aug 2015 08:14 PM PDT

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik berhubung 'nasihat' kepada Sultan untuk kepentingan peribadi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan mereka bahawa beliau adalah pewaris takhta Johor dan suaranya menjadi 'suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian ayahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Johor.

"Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi. Walaupun apa yang terjadi, air dicincang takkan putus.

"Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi. Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya," katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.

Tunku Ismail berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atau cuba menegruhkan keadaan, tetapi menegaskan pendirian bahawa beliau sentiasa teguh di belakang Sultan dan rakyat Johor.

Beliau membuat komen ini selepas ramai ahli politik telah dilihat cuba berbaik-baik dengan Sultan Johor, yang telah membawa kepada banyak spekulasi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS, GHB Dan Sabar

Posted: 21 Aug 2015 08:11 PM PDT

Oleh Mohammad Ridhauddin


Ramai benar mengkritik keras saya dan penganjur selepas penganjuran SEMBANG SANTAI (SS) 1.0 bersama dengan sahabat GHB, ada juga yang mengkisahkan kecelaruan fikrah saya sedari awal penglibatan dalam jemaah,

Bahkan, tidak sedikit yang mengistinbatkan dengan ayat quran tentang kemunafikan penganjuran terbabit.

Insyaallah, saya dengan para sahabat sedang berusaha untuk menganjurkan SEMBANG SANTAI (SS) 2.0 bersama dengan sahabat2 UMNO dan BN dengan tajuk " RM 2.6 bilion: PENJELASAN KEPADA RAKYAT", Saya tidak pasti ayat yang manakah lagi yang akan ditujukan kepada kami.

Tanya seorang pakcik selepas saya menyampaikan kuliah Usul Fiqh (seminggu selepas tamat SS 1 dan antara isi kuliah berkenaan ialah keterbukaan dalam kekhilafan):

"Apa patut kita buat ustaz, bila la agaknya politik Islam akan maju kalau asyik memunafikkan orang. Cuba tengok barat, mereka maju kerana mengkritik idea, bukan orang"

Sambil tersenyum panjang saya berkata:

"Pertama sekali yang kita perlu buat ialah SABAR. Sebelum barat menjadi seperti hari ini, perangai mereka dulu adalah sikap kita hari ini.

Kedua, kita patut terus bekerja untuk TUNJUKKAN keterbukaan Islam dalam menyelesaikan masalah umat"

Buat sahabat2,
Pesanan orang lama menitipkan:
Kalaupun mahu membeli kerbau,
Biarlah di padang, bukan yang berkelewar.


Mohammad Ridhauddin
Ketua Urusan Ulamak PAS Batu Gajah

Ringgit Merudum: Sepatutnya RM3.70 tetapi semalam ditutup RM4.10

Posted: 21 Aug 2015 08:04 PM PDT


NILAI sebenar Ringgit Malaysia semalam sepatutnya sekitar RM3.70 tetapi disebut harganya pada kadar RM4.10 pada tukaran USD1 ketika ditutup semalam. Sebenarnya ia sangat rendah berbanding sebelum ini sekitar RM3.30 sahaja. Ada dua peringkat masalah, iaitu (1) penurunan daripada RM3.30 kepada RM3.70 pada nilai sebenar semalam, (2) penurunan secara sentimen daripada RM3.70 kepada RM4.10.

Ada tiga faktor penting naik turun mata wang sesebuah negara:
1. Jumlah aktiviti ekonomi berguna atau jumlah barangan berharga sebenar. Seperti kita mempunyai sawit, kereta, padi, minyak dan lain-lain.
2. Jumlah cetakan umum wang kertas negara. Yang ini tugas Bank Negara untuk memantau cetakan matawang.
3. Kepantasan pusingan mata wang atau kepantasan perpindahan wang dari tangan ke tangan. Dalam ekonomi, ia dikenali sebagai the velocity of the money.

Ketiga-tiga faktor di atas boleh dikatakan punca kepada penurunan nilai daripada RM3.30 kepada 3.70 bagi USD1 dan disebut nilai tukarannya pada kadar RM4.10 ketika penutupannya. Kenapa jatuh ditimpa tangga? Ringkasnya, penyusutan daripada RM3.30 kepada RM3.70 adalah disebabkan tiga faktor di atas manakala penyusutan nilai sebenar sebanyak RM3.70 kepada nilai sentimen sebanya RM4.10, iaitu susut sebanyak sekitar 10%, adalah disebakan oleh faktor tambahan iaitu sentimen.

Sentimen termasuk spekulasi dan ketidakstabilan unjuran masa depan terutamanya apabila berlakunya isu-isu ekonomi yang melibatkan politik, seperti isu 1MDB yang diparahkan dengan responsif yang tidak seimbang dengan dilihat isu ini membawa huru-hara negara dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Ditekan: Khairuddin buat laporan polis terhadap 1MDB, Petrosaudi, di London

Posted: 21 Aug 2015 07:53 PM PDT

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015. 
Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara. 

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan dengan polis British terhadap syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram. Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata menerusi posting di akaun Facebook miliknya, beliau membuat laporan di Balai Polis Charing Cross semalam pada pukul 6.30 petang waktu London.
Beliau ditemani peguamnya Matthias Chang, yang merupakan pembantu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Laporan polis ini adalah berkisar kepada pengubahan wang haram 'money laundering' di antara syarikat Petrosaudi International dan 1MDB untuk disiasat 'The Proactive Money Laundering Investigative Team'. "Pihak Polis Metropolitan London juga menghubungi peguam saya Matthias Chang dan berikrar untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan penyiasatan aktiviti penggubahan wang haram rentas sempadan ini secara komprehensif serta telus," katanya.
Khairuddin yang dipecat daripada Umno tahun ini selepas beliau diisytiharkan bankrap berkata, Chang juga mengesahkan beliau dihubungi polis UK semalam.
Beliau berkata, cara terbaik untuk mencari keadilan ialah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara.
"Biarlah kita serahkan juga kepada proses undang-undang antarabangsa bagi menyiasat, seterusnya menzahirkan secara terbuka kepada 30 juta rakyat Malaysia di manakah punca kesilapan kes skandal 1MDB ini!
"Undang-undang antarabangsa ini juga sikit sebanyak dapat membantu kerajaan Malaysia yang nampak tidak mampu serta tidak berkesan bagi mencari kebenaran kes skandal 1MDB secara mutlak!" katanya.

Pendedahan TPM jejas kekuatan kerajaan Umno@BN

Posted: 21 Aug 2015 07:44 PM PDT

ALOR SETAR – Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai wujudnya usaha menggulingkan kerajaan BN menerusi cubaan mengadakan undi tidak percaya di Parlimen sangat tidak sesuai didedahkan kepada awam.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, tindakan itu akan menambahkan lagi ketidaktentuan persepsi awam terhadap keutuhan dan kekuatan kerajaan terutama dalam situasi negara yang pelbagai isu diviral dan diperdebatkan.

"Pada saya, isu sebegini harus diselesaikan secara rundingan terus dengan pihak atau tokoh terlibat. Ahmad Zahid menyatakan bahawa mempunyai maklumat berkenaan tokoh yang menganjurkan komplot itu, maka langkah yang boleh diambil adalah dengan berjumpa sendiri tokoh berkenaan.

"Selesaikan secara tertutup dan bersemuka. Tidak perlu hal komplot sebegini jika benar wujud sekalipun didedahkan kepada awam. Ia akan menambahkan lagi polemik pada negara," katanya, semalam.

Menurutnya, keyakinan pasaran dan pelabur juga mungkin terjejas akibat pelbagai isu yang berlaku di negara ini.

"Di kala situasi ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sedang berlaku, sepatutnya pernyataan oleh menteri terutama timbalan perdana menteri harus lebih positif membawa keyakinan awam dan pasaran pada kerajaan BN, bukan sebaliknya.

"Saya yakin kerajaan BN telah banyak jasa dalam pembangunan masyarakat dan tidak mudah goyang dengan isu dan polemik pembangkang. Tetapi apa yang ditakuti boleh menjejaskan kerajaan BN ialah sikap dan permusuhan sesama tokoh dalam parti itu sendiri," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

DEIG sedia disiasat SPRM, PAC - Azmin

Posted: 21 Aug 2015 07:42 PM PDT

DEIG sedia disiasat SPRM, PACISU Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) menjadi topik perbualan hangat minggu ini, dan hampir sepanas isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isu DEIG  mula dibangkitkan Adun Pelabuhan Klang, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun yang lalu apabila beliau mempertikai ketelusan DEIG yang kegiatannya didakwa disorok di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana takut diaudit.

Penubuhan itu turut dipertikai oleh pemimpin BN, khususnya di Selangor, yang bimbang dana milik kerajaan negeri disalah guna oleh DEIG. Menurut Menteri Besar Selangor, MOHAMED AZMIN ALI, semua dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana masih belum ada sebarang transaksi dibuat dan DEIG masih sebuah syarikat bernilai RM2. Ikuti temu bual eksklusif  oleh wartawan Sinar Harian, ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD, HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN dan NIZAM ZAIN serta jurufoto, JAZALY AMRY JAAFAR bersama Mohamed Azmin di Kompleks Media Karangkraf, semalam.

Ramai yang mempersoalkan kewujudan DEIG, boleh YAB jelaskan tujuannya?
Prinsip utama ditubuhkan adalah untuk menyelaraskan dan menyatukan aset dalam MBI yang memiliki 12 anak syarikat bernilai RM6.3 bilion dalam bentuk tanah dan hartanah.
Dulu kita ada State Secretary Incoprated (SSI) yang menguruskan aset kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pada tahun 1994 kerajaan negeri tak berupaya, maka SSI dipindah kepada MBI dan matlamat masih sama. Sepanjang penubuhan MBI kesemua anak syarikat gagal beri pulangan dan bayar dividen pada kerajaan negeri.

Apakah ini perlu diteruskan dalam keadaan mereka punya aset besar tetapi tidak boleh bagi pulangan kepada kerajaan negeri, sedangkan pulangan itu penting untuk kita teruskan pembangunan negeri.

Oleh sebab kita lihat mereka gagal cipta nilai baru dan nilai tambah pada hartanah tersebut, ia kerugian besar pada negeri. Matlamat kita menubuhkan DEIG adalah untuk menguruskan pelaburan dari 12 anak syarikat itu secara profesional dengan tujuan mencipta nilai tambah pada aset sedia ada.

Daripada 12 anak syarikat di bawah MBI, tidak ada satu ke yang boleh dibangunkan kerajaan negeri sehingga terpaksa tubuhkan entiti baru?

Setakat ini, itulah keadaannya, kerana berlaku pertindihan dari segi fokus perniagaan mereka. Saya sudah jelaskan dalam Dewan Negeri, salah satu contoh Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang dimiliki oleh MBI di bawahnya ada Unisel yang perniagaan utamanya pendidikan.

Sepatutnya mereka melakukan sesuatu untuk menjana pendapat lebih tetapi itu tidak berlaku, akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung kos pembaikan di Unisel, tahun lepas sahaja sebanyak RM62 juta telah dibelanjakan.

Read More / Baca Lagi >>

Azmin akui modal mula DEIG RM2, janji ketelusan

Posted: 21 Aug 2015 07:39 PM PDT

Mohamed Azmin Ali menyifatkan penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd dengan modal awal hanya RM2 bukan suatu isu besar tetapi yang penting, syarikat itu akan ditadbir secara telus dan mengikut undang-undang.
Dalam satu wawancara dengan akhbar Sinar Harian, menteri besar Selangor itu berkata, RM2 tersebut adalah saham tajaan syarikat di mana suntikan modal perlu dilakukan.
"Apabila mula beroperasi dengan struktur governans yang jelas, maka sudah tentu modal itu perlu dinaikkan, sebab RM2 itu saham tajaan buka syarikat.

"Bila hendak mula operasi mestilah ada suntikan tunai atau melalui aset lain," Azmin dipetik berkata Sinar Harian hari ini. Yang lebih penting, katanya, syarikat pelaburan tersebut dijamin akan diikat dan dikawal dengan perundangan yang jelas.
"Kita akan bertanggungjawab dengan DUN (Dewan Undangan Negeri) supaya ketelusan kita pertahankan," katanya.
Pentadbiran Azmin berdepan kritikan susulan penubuhan DEIG yang dikatakan menyamai syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan pusat.
Bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga semasa sidang DUN baru-baru ini berbalah dengan Azmin mengenai penubuhan DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen negeri dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan dalam DUN walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan negeri.
Azmin mempertahankan ketelusan DEIG kerana ia akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas bagi menentukan pelaburan yang bakal dibuat.
"DEIG akan dibentuk beberapa jawatankuasa bebas untuk diakses seperti jawatankuasa tender, jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa pelaburan.
Read More / Baca Lagi >>

SB man to expose brains behind 1MDB clampdown

Posted: 21 Aug 2015 07:10 PM PDT

Transferred deputy director tells of secret Hang Tuah Gang led by 'Si Kitol' behind disinformation
Abdul-Hamid-Bador,-mastermind,-1mdb
KUALA LUMPUR: A secret Hang Tuah Gang is behind moves to suppress exposure of the controversial government investment arm 1Malaysia Development Bhd, according to Abdul Hamid Bador, the former deputy director of Special Branch and self-declared Mahathir loyalist.
Abdul Hamid vowed to expose the mastermind, whom he described as a "Si Kitol" a reference to the Malaccan insider who revealed the secrets of the port city to the invading Portuguese fleet in 1511, according to a news report.
"I will expose this Si Kitol's name soon," he told Malaysiakini, after being asked about a message circulated online announcing a purported press conference by him, supposedly on a police report he would make against Dr Mahathir Mohamad and his attempt to oust prime minister Najib Razak.
Abdul Hamid was ordered last week to report to the Prime Minister's Department to take up new duties as deputy director of a unit on international security and transnational crime. His transfer has given rise to speculation about the reason for the move, coming soon after similar transfers of two senior anti-corruption officers (since rescinded) and others involved in the 1MDB investigation.
However, last week Abdul Hamid declared his loyalty to Dr Mahahir and said he would never betray "the servant of Allah who has done so much for the country".
Dr Mahathir has been at the forefront of a relentless campaign for months, attempting to force Najib out of office because of the affairs of 1MDB. He has now called for a confidence motion against Najib in Parliament and is attempting to rally Barisan and opposition MPs to support the motion.
Read More / Baca Lagi >>

SAMM tuduh Dr Mahathir penipu

Posted: 21 Aug 2015 07:08 PM PDT

NGO itu mendakwa Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia mahupun UMNO tetapi melindungi kroni.
mahathir,-Edy-Noor-Reduan
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan PKR menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penipu.
Tuduhan itu susulan kenyataan bekas Perdana Menteri yang menasihatkan pembangkang supaya terus bekerja keras menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak namun dalam masa sama harus mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, tujuan sebenar Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia mahupun UMNO tetapi untuk melindungi kroni.
"Dr Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Dr Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri, itupun kita harus berhati-hati kerana pastinya Dr Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya," katanya.
Dia berkata, kenyataan Dr Mahathir itu menjadi tamparan hebat buat ahli politik pembangkang yang selama ini menjadikan populariti Dr Mahathir sebagai modal perlawanan dan pedoman dengan perkiraan 'musuh kepada musuh adalah rakan'.
Read More / Baca Lagi >>

Tak haram jatuhkan kerajaan – Mufti Perlis

Posted: 21 Aug 2015 06:58 PM PDT

Menjatuhkan kerajaan tidak semestinya menggunakan senjata tetapi menerusi sistem sedia ada seperti pilihan raya atau undi di Parlimen.
Asri-Zainul-Abidin,-putrajaya
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendirian berbeza dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpendapat menggulingkan kerajaan adalah haram di sini Islam.
Asri sebaliknya berpendapat, Islam tidak mengharamkan perbuatan menjatuhkan sesebuah kerajaan menerusi pilihan raya atau undi tidak percaya di Parlimen yang tidak melibatkan pertumpahan darah.
Katanya, para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan pemerintah atas alasan bimbangkan pertumpahan darah kerana membawa banyak kemudaratan kepada rakyat dan negara.
"Namun dalam dunia hari ini, sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar atau ditumbang tanpa memerlukan pertumpahan darah seperti sistem demokrasi pilihan raya ataupun undi di Parlimen atau seumpamanya," tulisnya di Facebook.
Asri menasihatkan pengkaji politik Islam tidak boleh menjadi terlalu literalist kerana politik bukan ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah atau ditambah.
Katanya, setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan dan jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara.
Kerana itu, katanya, kita boleh menentang kemungkaran pemerintah tetapi tidak memeranginya dengan senjata kerana tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Saham FGV JATUH LAGI !!!

Posted: 21 Aug 2015 06:56 PM PDT

Minggu lps RM1.52, skrg dah tinggal RM1.33..
PENEROKA2 tau ker tak berita ni....
Tak kan kluar kat TV3suku atau Utusan..

ASAL UMNO SENTUH PASTI MELINGKUP..
Inilah akibatnya lantik Pengerusi kaki rasuah !!!

Siap sedialah korang tanggung rugi bila tanah2 peneroka korang yg dicagarkan main saham FGV tu... KALAU TANAH KORANG TERGADAI NANTI.. carilah Najib lah yer

MASIH INGAT !!.. Najib kata "Haram jadah kpd mereka yg tolak penyenaraian FGV dlm Bursa Saham.."

Semoga Allah merahmati & melindungi Dr MAZA dari bahana fitnah pemerintah yang zalim.

Posted: 21 Aug 2015 06:52 PM PDT

Sabda Nabi s.a.w.:

"Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)". Sahabah bertanya: "Tidakkah boleh kami perangi mereka?" Jawab baginda: "Tidak! selagi mana mereka bersolat"(Riwayat Muslim).

Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama.

Wallahualam~

Majlis Pelancaran Harapan Baru Negeri Terengganu

Posted: 21 Aug 2015 06:43 PM PDT

Skandal 1MDB: Penamatan kontrak Jessica selaras terma perkhidmatan, kata peguam negara

Posted: 21 Aug 2015 06:36 PM PDT

Peguam Negara mengatakan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur (kiri) dipecat mengikut terma perkhidmatannya yang sudahpun tamat kontraknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015. 
Peguam Negara mengatakan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur (kiri) dipecat mengikut terma perkhidmatannya yang sudahpun tamat kontraknya. 

Pemecatan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur daripada tugasnya dilakukan mengikut terma perkhidmatannya, lapor The Star hari ini. Memetik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, akhbar harian itu berkata warga Singapura yang memegang status penduduk tetap Malaysia itu merupakan seorang pegawai kontrak.
"Jessica seorang pegawai kontrak dan kontrak perkhidmatannya ditamatkan mengikut terma kontrak. Itu sahaja yang boleh saya katakan ketika ini. Tiada komen lain," Apandi dilaporkan berkata.

Berita mengenai pemecatan dan pembatalan taraf penduduk tetap Jessica tersebar pada Khamis malam. Permit kediaman tiga anak beliau turut dibatalkan. Jaminan polis ke atasnya juga dibatalkan pada Jumaat lepas, sumber dipetik sebagai berkata.
Beliau sebelum ini ditangkap bersama bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh pada 1 Ogos dan ditahan selama sehari untuk disoal siasat berkaitan dengan kebocoran maklumat mengenai siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mereka kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin selepas polis mengambil keterangan mereka.
Jessica menganggotai pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau mengetuai sekretariat pasukan petugas itu, jabatan pentadbiran dan kewangan.
The Star memetik sumber sebagai berkata, lebih baik dibiarkan Jessica berada di negara ini kerana "jika beliau di Singapura, keadaan akan jadi kecoh dan menimbulkan huru hara".
Bagaimanapun, beliau dijangka akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah pengusiran yang dikeluarkan terhadapnya oleh Kementerian Dalam Negeri.
Jessica, yang sudah 20 tahun menetap di Malaysia, juga memohon untuk mencabar pemecatan beliau dari Jabatan Peguam Negara.
Read More / Baca Lagi >>

'Geng Hang Tuah, Si Kitul lindungi 1MDB' - Bekas Timb Pengarah Cawangan Khas (SB)

Posted: 21 Aug 2015 06:33 PM PDT



Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa ada kumpulan sulit yang cuba menutup isu 1MDB.
Menggelarkan kelompok itu sebagai Geng Hang Tuah, Abdul Hamid bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.
Beliau menyebut nama kumpulan itu ketika Malaysiakini bertanya mengenai kemunculan mesej WhatsApp palsu mendakwa dia akan memfailkan aduan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya Geng Hang Tuah menyebarkan mesej palsu yang mendakwa dia akan mengadakan sidang media di Bukit Aman untuk mendedahkan pembabitan Dr Mahathir dengan Sarawak Report mendedahkan maklumat 1MDB demi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Hamid juga mendakwa kumpulan rahsia itu diketuai Si Kitol.
Katanya, beliau berjanji akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai dalang kumpulan itu selepas ini.
"Saya pasti mereka daripada kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah.
"Saya akan dedahkan nama Si Kitul tak lama lagi," katanya.
Si Kitol merujuk kepada nama pengkhianat yang membocorka rahsian Melaka kepada Portugis pada abad ke-16 sehingga menyebabkan kerajaan Melayu itu runtuh.
Ditanya lebih lanjut Abdul Hamid berkata, mereka mahu mengelak isu 1MDB dipersoalkan.
"Kumpulan ini cium tangan pun mahu demi melindungi kepentingan peribadi," katanya.
Mati hanya sekali
Sementara itu Abdul Hamid berkata sehingga kini beliau menerima pelbagai panggilan telefon yang menasihatinya agar berhati-hati.
Kata Abdul Hamid, pihak tersebut mendakwa ada kelompok sudah "gelap mata" dan sanggup mengambil tindakan luar biasa terhadapnya.
Meskipun pasrah dengan apa yang terjadi, beliau yang berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun itu tegas dengan ikrar janji yang dibuat sebelum ini.
Katanya ketika menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Mei 1980, anggota PDRM berikrar untuk mempertahankan kebenaran walaupun nyawa menjadi galang gantinya.
"Saya pasrah. Saya hanya takutkan kemurkaan Allah. Saya tetap memegang kepada sumpah ikrar tamat latihan asas polis di Pulapol pada Mei 1980 dulu.
"(Saya) sanggup mati untuk pertahankan kebenaran demi negara tercinta. Pada lambang polis tersemat pada topi polis itu ada tertera kalimah Allah (dan) Muhammad.
"Itulah yang dijunjung oleh lebih 100 ribu warga PDRM selama ini. (Lagi pun) mati itu sekali saja.
Beliau turut berkata jika ada mana-mana pihak membunuhnya, ia tetap tidak dapat menutup jenayah yang dilakukan.
"Membunuh saya tidak akan dapat menutup jenayah yang dilakukan," katanya.

Switzerland mula prosiding jenayah berkaitan 1MDB

Posted: 21 Aug 2015 06:08 PM PDT

Pejabat Peguam Negara Switzerland mengesahkan pada 14 Ogos 2015, ia memulakan prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seseorang yang tidak dikenali. – Gambar Reuters, 22 Ogos, 2015. 
Pejabat Peguam Negara Switzerland mengesahkan pada 14 Ogos 2015, ia memulakan prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seseorang yang tidak dikenali.

Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland sudah memulakan prosiding jenayah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang jurucakap pada Jumaat.
1MDB, lembaga penasihatnya dipengerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sedang diteliti pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan salah urus kewangan dan rasuah.
Dana pelaburan negara tersebut diselubungi kontroversi berhubung hutangnya yang mencecah AS$11 bilion (RM46 bilion) dan dakwaan salah urus kewangan.

"Pejabat Peguam Negara mengesahkan, pada 14 Ogos 2015, ia memulakan prosedur jenayah terhadap dua entiti 1MDB dan juga terhadap seseorang yang tidak dikenali," kata jurucakap OAG itu dalam satu kiriman e-mel. Kes itu melibatkan "rasuah yang disyaki melibatkan pegawai awam luar negara, pengurusan kepentingan awam yang tidak jujur dan pengubahan wang haram," katanya.
Prosiding jenayah itu susulan dua komunikasi dari Pejabat Laporan Pengubahan Wang Haram Switzerland (MRO), kata jurucakap itu.
Berita mengenai siasatan itu pertama kali dilaporkan akhbar Switzerland, Le Temps.
Pengawal selia kewangan Switzerland, Finma berkata pada Rabu, ia sedang memeriksa beberapa bank di negara itu sama ada mereka ada menjalankan perniagaan dengan 1MDB. – Reuters,

Bosan dengan politik Malaysia yang macam drama sabun

Posted: 21 Aug 2015 05:31 PM PDT

Dahulu saya selalu membaca di akhbar dan portal berita, sama ada tempatan atau antarabangsa, bagi mengikuti berita terkini dalam negara.
Dalam mengikuti berita setiap hari, ada sahaja drama sabun yang membuatkan rakyat seperti saya ini sama ada beristighfar, menepuk dahi, atau sekadar menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Dalam kesakitan ekonomi yang makin parah, dan dalam ancaman keselamatan kerana peningkatan jenayah di kawasan pinggir bandar, politikus hanya mahu bertelagah demi kuasa dan harta.

Dan dalam setiap hari berita sebegini berhari-hari berlaku, rakyat menunggu bilakah masanya semua ini akan berakhir. Sejak pilihan raya 2008, drama sabun politik negara ini tidak pernah berakhir.
Bermula dari tsunami politik, kemudian menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemudian munculnya NGO seperti Perkasa, Isma, dan ditambah pula dengan pembangkang juga ada NGO mereka sendiri, dan selama hampir tujuh tahun, drama sabun ini tidak pernah tamat.
Hendak salahkan pembangkang, sudah memang tugas mereka mengkritik kerajaan. Hendak salahkan kerajaan – memang besarkan ego mereka sahajalah, sebab mereka merasa mereka tidak pernah buat silap walaupun banyak perkara yang membuatkan rakyat semua hanya mampu geleng kepala dan urut dada.
Kita mahu kerajaan yang peka dengan rakyat, bukan kerajaan yang berdelusi dan menutup telinga sambil menjerit "La La La" bila ada rakyat yang menegur.
Dan kita mahu pembangkang yang menjadi cermin kepada kerajaan untuk melihat mana silap dan salah yang hendak diperbetulkan, bukan hanya sekadar mahu mengejar untuk menjadi kerajaan.
Dengan sesama ahli parti kerajaan bergaduh, dan sesama pembangkang juga bergaduh, politik di negara ini macam sinetron, macam drama koboi, macam drama sabun.
Read More / Baca Lagi >>

Biar mati kena tembak sekalipun JANJI NAJIB HIDUP !!!

Posted: 21 Aug 2015 05:20 PM PDT

Spesis melayu camnilah yg Najib harapkan..
Biar bodoh & ampu sekalipun janji sanggup kena tembak demi Najib...

Kalau korang nak mati syahid masuklah UMNO..

Jangan nasihat Sultan Johor untuk kepentingan peribadi – TMJ

Posted: 21 Aug 2015 05:17 PM PDT

Baginda tidak akan menyokong mana-mana parti politik sebaliknya akan berpihak kepada pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat.
TMJ,-johor
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menasihatkan pemimpin politik agar memberi nasihat kepada ayahanda baginda, Sultan Johor, Tuanku Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar dengan tulus ikhlas.
Baginda bertitah, jangan ada pemimpin politik yang memberi nasihat dengan tujuan tertentu khususnya untuk kepentingan peribadi.
Baginda mengingatkan, sebagai pewaris tahta kerajaan Johor, suara bagindalah menjadi suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian Sultan Johor.
"Baru-baru ini, kelihatan ramai yang cuba mendampingi dan menjadi kawan DYMM Sultan Johor, dan kemudiannya menimbulkan pelbagai andaian dan anggapan.
"Janganlah lupa, saya adalah waris takhta Kerajaan Johor, dan sayalah suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian DYMM Tuanku.
"Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Johor.
"Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi.
" Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi. Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya," tulis baginda di akaun Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ juga menegaskan baginda tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi akan berpihak kepada pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat Johor dengan penuh intergriti, telus dan penuh kehormatan.
Titah baginda, segala teguran dibuat bukanlah untuk menunding jari kepada mana-mana pihak serta mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya ingin menegaskan bahawa baginda sentiasa berdiri teguh dibelakang Sultan dan rakyat Johor.

Azmin: Kenapa tak boleh guna Dataran Merdeka?

Posted: 21 Aug 2015 05:15 PM PDT


Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan dan merosakkan perhimpunan aman.
 
Beliau berkata pihak terbabit perlu bertanggungjawab yang tindakan tersebut dan hukuman setimpal perlu diambil ke atas mereka.
 
"Saya tidak bersetuju kalau ada insiden-insiden begitu, siapa yang bertanggungjawab mesti dihukum dan diambil tindakan.
 
"Siapa yang bertanggungjawab harus dihukum, kita pun tak tahu siapa yang buat, tak boleh buat tuduhan rambang begitu, itu mesti pembangkang, itu tidak adil," katanya kepada Sinar Online.
 
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor itu tidak menolak akan menyediakan kemudahan Stadium Shah Alam bagi membolehkan penganjur Bersih 4.0 meneruskan perhimpunan aman itu.
 
"Apa salahnya sedia stadium, Dataran Merdeka itu untuk siapa, itu untuk rakyat," katanya dengan ringkas.
 
Dalam pada itu, beliau turut membidas kenyataan Menteri Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak menghalang penganjur meneruskan himpunan itu sekalipun berbogel tetapi mesti dibuat dalam Stadium Shah Alam.
 
Read More / Baca Lagi >>