Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Warga S'pura suspek bocor maklumat dihantar balik

Posted: 20 Aug 2015 10:00 PM PDT


Jessica Gurmeet Kaur, pegawai undang-undang yang terlibat dalam kebocoran siasatan dan maklumat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah dipecat dari Jabatan Peguam Negara malah taraf pemastautin tetapnya juga telah ditarik balik.

Jessica, seorang rakyat Singapura, pada 1 Ogos bersama-sama bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, dan ditahan sehari untuk disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB. Mereka kemudiannya dibebaskan di bawah jaminan polis selepas kenyataan mereka dirakamkan.

Minggu lepas, jaminan polis ke atas Jessica telah ditarik balik. Permit pemastautin anak-anaknya juga telah dibatalkan. 

Jessica adalah sebahagian daripada pasukan khas kerajaan yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dia telah mengetuai sekretariat jabatan pasukan khas, pentadbiran dan kewangan.

Rashpal, yang merupakan bekas ahli lembaga penasihat SPRM, dikatakan bertemu pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London.

Baca seterusnya di The Flying Kick SINI 

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Jessica dan keluarganya akan membuat permohonan "judicial review". Baca di SINI dan SINI.

Apa kata DAP adakan Bersih 4.0 di Petaling St dan Bkt Bintang?

Posted: 20 Aug 2015 06:49 PM PDT



Bolehkah DAP beli bangunan dengan hanya dinner fundraising?

Posted: 20 Aug 2015 08:04 AM PDT


Cuba tanya juga berapa banyak PKR kumpulkan wang selama ini? BAca Infowatan SINI

SR dan Edge sudah, bila lagi MCMC nak kerjakan Mkini?

Posted: 20 Aug 2015 05:00 AM PDT




Pengebom Bangkok pun berbaju kuning

Posted: 20 Aug 2015 01:30 AM PDT



Oleh itu, tak payah berbaju kuning ....






Ini pun ...


APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Fitnah itu kerja mereka yang tidak diajar ibu bapa - Datuk Hamid Bador

Posted: 20 Aug 2015 07:55 PM PDT

With love from Pontian - Johor Darul Ta'zim

Posted: 20 Aug 2015 06:57 AM PDT

Cut me into pieces but I will never defame Dr M

Posted: 20 Aug 2015 06:00 AM PDT

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di-tangguh lagiiiii

Posted: 20 Aug 2015 01:56 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Bersih Jadi Tema Hari Kemerdekaan Di Pulau Pinang

Posted: 20 Aug 2015 09:02 PM PDT



Dalam banyak banyak perkataan dan nama yang lebih sedap, nama BERSIH juga yang dipilih. Ini sengaja dipilih oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang. Rendah sungguh mentaliti DAP Penang.

#BERSIH4 Merosak Harta Benda Awam Di Kuala Lumpur, Jauhi Demo Haram Ini

Posted: 20 Aug 2015 12:30 AM PDT





Mengapa Pengarah Strategi DAP Tidak Bayar Terus Bil Internetnya?

Posted: 19 Aug 2015 10:30 PM PDT

Nama institusi Penang Insitute, kemudian Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang bertugas di situ sebagai General Manager. Mengapa perlu buat permohonan claim untuk bil elektrik dan bil internet? Mengapa tidak bayar terus sahaja? Soalan soalan yang ditanya oleh Tan Keng Ling itu perlu dijawab oleh Lim Guan Eng. Mengapa lantik ahli parlimen dari Selangor duduk di Penang Institute?


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan

Posted: 20 Aug 2015 08:51 PM PDT

Hari ini jam 5 petang, PAS Kawasan Bukit Katil Melaka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan cawangan PAS sekitar Melaka.

Sidang media itu akan diadakan di pejabat Moveact Academy. Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka. Gambar sebelah ialah AJK PAS KAwasan Bukit Katil di muktamar PAS yang lalu.

Difahamkan, seramai 13 orang AJK PAS kawasan diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdra Sofi Wahab, 8 orang AJK Dewan Muslimat dan kesemua (kecuali 2 orang) daripada Dewan Pemudanya akan mengisytiharkan perletakan jawatannya petang ini.

Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim,

Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut.

Sofi yang sebelum ini oernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Kejadian aneh kematian seorang pegawai kastam

Posted: 20 Aug 2015 08:46 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

Ramai orang percaya bahawa apabila berhadapan dengan ketidakadilan, orang Cina akan berjuang untuk mendapatkan kebenaran, manakala orang Melayu akan pasrah dengan nasib mereka. "Takdir Allah," adalah keluhan biasa orang Melayu, tetapi ini tidak lagi berlaku.

Kita juga berharap bahawa ini tidak akan berlaku, dalam kes kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini. Sarbaini meninggal dunia pada 6 April 2011, semasa berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau secara sukarela telah pergi ke ibu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, di Jalan Cochrane, untuk menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 4 April.

Kira-kira jam 8.30 pagi, Sarbaini telah dibawa ke bilik soal siasat, di tingkat tiga bangunan SPRM dan telah diminta untuk menunggu kehadiran pegawai penyiasat. Menjelang jam 10:15, dia telah mati, terlentang di dewan badminton, di tingkat pertama bangunan. Menurut saksi, tingkap bilik soal siasat telah terbuka.

Dia disyaki telah jatuh dari ketinggian dua tingkat. Isnin lalu, 17 Ogos, Mahkamah Tinggi menolak saman cuai RM8 juta oleh balu dan anak Sarbaini, dengan mendakwa bahawa "tiada bukti mencukupi" untuk menyokong apa-apa niat jenayah, dan tidak ada bukti bahawa Sarbaini telah didera, dipaksa atau diancam SPRM.

Sebulan sebelum kematian Sarbaini, SPRM telah mengumumkan sebuah siasatan besar-besaran di seluruh negara terhadap sebuah sindiket, yang telah bertanggungjawab atas pengubahan wang haram, mengelak cukai dan aliran keluar wang haram. Sarbaini adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan oleh SPRM. Kebanyakan mereka dikehendaki sebagai saksi.

Read More / Baca Lagi >>

Kalau haram jatuh kerajaan, mengapa sokong rampasan kuasa Perak, DAP soal mufti

Posted: 20 Aug 2015 08:40 PM PDT

DAP Perak mahu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan mengapa beliau tidak bersuara ketika Barisan Nasional (BN) melakukan rampasan kuasa di negeri itu 6 tahun lalu jika beliau tegas dengan pendirian adalah haram menjatuhkan kerajaan.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pada ketika itu Mufti Perak tidak membantah rampasan kuasa itu dan menyokong tindakan Umno.
"Orang ramai dan orang Islam berhak mendapatkan penjelasan yang adil dan tidak berat sebelah," katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Semalam, Harussani dilaporkan berkata, menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam, sebaliknya umat Islam wajib menasihati pemerintah yang zalim sebagai satu jihad terbesar. Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung usaha pihak tertentu menggulingkan kerajaan.
"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun, tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," katanya.

GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Dr Maszlee Malik

Posted: 20 Aug 2015 08:26 PM PDT

GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Maszlee Malik
KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) bukan kumpulan serpihan sebaliknya ia membawa satu idea dan meneruskan gagasan PAS suatu ketika dahulu.

Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik berkata, selepas muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, wadah parti Islam itu dilihat tidak dapat diteruskan lagi.

"Ini merupakan pembersihan. Pembersihan daripada pemikiran konservatif supaya PAS boleh kekal dengan pemikiran konservatif.

"Jadi mereka yang cuba membawa Islam yang lebih lunak, lebih terbuka boleh memilih wahana atau platform yang lebih sesuai dengan mereka," katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani di baru-baru ini.

Dr Maszlee berkata, ia membawa kerugian buat PAS kerana tiada pertukaran idea baru dalam parti itu dan menimbulkan persoalan sama ada ia sebuah badan dakwah atau parti politik.

Beliau berkata, GHB membawa satu gagasan bahawa islam yang lebih mesra.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas parti baharu, Pakatan 2.0 ditubuh, kata setiausaha GHB

Posted: 20 Aug 2015 08:25 PM PDT

Gerakan Harapan Baru (GHB) berazam tubuh Pakatan Rakyat 2.0 bagi perkukuh sistem 2 parti, kata Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Gerakan Harapan Baru (GHB) berazam tubuh Pakatan Rakyat 2.0 bagi perkukuh sistem 2 parti, kata Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal melancarkan parti baharu penghujung Ogos ini berazam untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bagi memperkukuhkan sistem 2 parti sekali gus membuat persiapan menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN). Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata GHB yang akan menjadi sebuah parti politik baharu itu juga akan memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan negara Madani yang mengangkat kedaulatan keluhuran undang-undang (As-Siyadah Al-Qanuniyyah).
"Di mana syariat Islam memperkukuhkan penghayatan nilai, akhlak dan amalan serta tatakelola institusi kritikal negara.

"Bersama dengan pimpinan GHB di peringkat nasional, semua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan. Dzulkefly turut mengucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada semua aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka untuk bersama dengan kepimpinan GHB.
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan kawal selia sumbangan pilihan raya sia-sia

Posted: 20 Aug 2015 08:21 PM PDT

oleh Jimmy Adit

Adalah mustahil bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memantau jumlah wang, atau jika calon pilihan raya telah membelanjakan jumlah wang yang ditetapkan dalam undang-undang pilihan raya.

SPR masih gagal walaupun jika undang-undang baru untuk mengawal selia pembiayaan politik ini diperkenalkan, hanya kerana jumlah wang yang besar boleh dipindahkan tanpa disedari SPR, atau mana-mana pengawal selia kewangan lain.

Derma' RM2.6 bilion buat Umno pada tahun 2013 menunjukkan bahawa penerimaan dan penggunaan sejumlah wang yang lumayan untuk bertanding dalam pilihan raya, boleh dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa.

Umno, kita difahamkan, tidak dapat memenangi pilihan raya umum pada tahun itu jika bukan kerana 'derma' tadi. RM2.6 bilion bukannya jumlah yang kecil, tetapi SPR langsung tidak menyedarinya, sama juga dengan Bank Negara dan semua pihak berkuasa.

Seluruh negara tidak menyedarinya – sehingga seorang warga asing di suatu tempat di England berkata bahawa sejumlah wang sebegini telah digunakan untuk memenangi pilihan raya umum 2013.

Kelihatannya, kerusi-kerusi telah dimenangi dalam pilihan raya umum 2013 di Semenanjung – ya, Semenanjung – kerana sejumlah besar wang telah digunakan untuk memastikan calon-calon menang dan kalah.

 Saya tulis di Semenanjung kerana kelihatannya, sekurang-kurangnya kepada saya, pada ketika ini tidak satu sen pun derma itu dihulurkan kepada mana-mana ahli politik BN Sarawak. Negarawan veteran DAP, Lim Kit Siang telah menamakan 10 menteri dan timbalan menteri persekutuan yang telah menerima jumlah wang yang berbeza-beza dari sumbangan RM2.6 bilion ini.

Read More / Baca Lagi >>

SPRM tidak tahu penubuhan pasukan petugas khas kedua 1MDB

Posted: 20 Aug 2015 08:17 PM PDT

Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata beliau tidak mendengar khabar terdapat penubuhan pasukan kedua bagi menyiasat 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015. 
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata beliau tidak mendengar khabar terdapat penubuhan pasukan kedua bagi menyiasat 1MDB. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tahu tentang penubuhan satu pasukan petugas khas kedua bagi menyiasat operasi syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa tentang khabar angin penubuhan pasukan dikenali sebagai National Revenue Recovery Team (NRRT), lapor Sinar Harian hari ini.
Akhbar Sinar Harian bagaimana pun tidak menyatakan sumber kukuh mengenai penubuhan pasukan itu dalam laporan mereka.

"Jika perkara ini benar, saya nasihatkan pasukan ini rujuk kepada SPRM sekiranya mereka terjumpa mana-mana kes rasuah dan salah guna kuasa dalam siasatan mereka. Ini kerana itu tanggungjawab kami," katanya memetik laporan akhbar itu hari ini. Laporan sama menyebut Shukri sebagai berkata pihak SPRM akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila "sampai waktunya".
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang siasatan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

Skandal 1MDB: Pegawai AG yang dipecat, dijangka fail afidavit 'meletup'

Posted: 20 Aug 2015 08:15 PM PDT

Jessica Kaur dan keluarganya dijangka memfailkan semakan kehakiman dengan afidavit 'meletup' mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara dan membatalkan statusnya sebagai penduduk (PR).

Beliau telah menjadikan Malaysia tempat kediamannya selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara tiba-tiba dalam beberapa hari, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Semakan kehakiman itu akan mencabar pemecatannya, pembatalan status PR dan dakwaan pengusiran secara paksa dari Malaysia.
"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya.
Semalam dilaporkan bahawa Jessica tiba-tiba ditamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara.

BERSIH 4: Rakyat tiada pilihan, terpaksa turun ke jalan raya, kata Ambiga

Posted: 20 Aug 2015 08:13 PM PDT

Rakyat Malaysia tidak ada pilihan lain kecuali turun ke jalanan membantah dan mendesak perubahan, kata bekas pemimpin Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Rakyat Malaysia tidak ada pilihan lain kecuali turun ke jalanan membantah dan mendesak perubahan, kata bekas pemimpin Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Bekas pemimpin Bersih 2.0 mempertahankan rancangan pergerakan itu untuk meneruskan perhimpunannya di Kuala Lumpur dan bandar lain menjelang sambutan Merdeka bulan ini, dengan berkata rakyat Malaysia sudah tidak ada pilihan kecuali ke jalanan tatkala institusi dalam negara berantakan.
"Malaysia kini negara yang hanyut. Kerajaan sedang mengecewakan kita. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi. Kedaulatan undang-undang sedang terhakis," kata Datuk Ambiga Sreenevasan, menulis pendapatnya dalam The New York Times.
"Rakyat Malaysia perlu ke jalanan untuk menuntut demokrasi kita dan jiwa negara kita," kata peguam itu, yang pernah memimpin perhimpunan berskala besar mendesak perubahan pilihan raya ketika mengetuai Bersih 2.0 di Kuala Lumpur sebelum ini.

Dalam tulisan pendapatnya, Ambina menyenaraikan siri cubaan untuk memperkecilkan kebebasan SPR, dengan terbaru ialah pelaksanaan persempadanan semula di Sarawak yang kontroversi, di mana negeri itu akan menjalani pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam, polis tidak sependapat perhimpunan Bersih 4 sah atau tidak

Posted: 20 Aug 2015 06:12 PM PDT

Berbaju kuning dan memegang poster menyertai perhimpunan secara aman tidak menyalahi undang-undang, kata peguam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Berbaju kuning dan memegang poster menyertai perhimpunan secara aman tidak menyalahi undang-undang, kata peguam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Polis tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diteruskan tetapi peguam perlembagaan berkata peserta tidak akan melanggar sebarang undang-undang selagi mereka berhimpun secara aman dan mengelakkan diri daripada menyebabkan rusuhan yang serius. Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012 memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun dan mendemonstrasikan perasaan serta pendapat mereka dalam cara yang baik dan agensi penguat kuasa juga diarahkan mematuhi undang-undang itu, kata mereka.
Peguam Eric Paulsen berkata mana-mana rakyat boleh berhimpun secara aman pada bila-bila masa.

"Tetapi pastikan anda tidak terbabit dengan mana-mana tindakan keganasan dan memusnahkan harta awam," katanya, menambah polis dan pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertugas memudahkan perhimpunan awam yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos itu, di sekitar Dataran Merdeka di pusat bandar raya. Seorang lagi peguam, Syahredzan Johan berkata tidak ada sekatan terhadap jumlah maksimum untuk berhimpun dalam kumpulan kecil seperti yang dinyatakan dalam Akta Polis.
"Ia juga bukan kesalahan untuk memakai pakaian berwarna kuning, termasuk kemeja T Bersih, untuk ekspresi diri mereka.
"Seseorang itu juga tidak menyalahi undang-undang apabila membawa sepanduk atau poster asalkan mesejnya tidak berunsur fitnah, kasar atau provokatif," katanya, dan menambah payung kuning juga dibenarkan.
Bagaimanapun, memasang khemah di Dataran Merdeka akan menyebabkan tindakan daripada DBKL memandangkan merosakkan padang hijau terletak bawah bidang kuasa agensi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Ada pihak cuba pujuk saya tutup mulut - Bekas Timb Pengarah Cawangan Khas (SB)

Posted: 20 Aug 2015 05:51 PM PDT

Ada pihak cuba pujuk saya tutup mulut - Abdul Hamid
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengakui ada pihak yang cuba memujuk beliau daripada bercakap mengenai isu sebenar.

"Orang yang sebarkan berita palsu itu sengaja berbuat demikian untuk "buy time" (lengahkan masa).

"Ia satu taktik mengalih tumpuan buat sementara untuk beri masa bagi usaha memujuk saya agar tutup mulut dari isu sebenar." katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Penafian itu dibuat Hamid selepas khabar angin menyatakan beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apa dosa Tun Mahathir kepada saya sehingga tergamak saya hendak memfitnah beliau?

"Terperosoklah saya dalam neraka jahanam selama-lamanya jika saya lakukan dosa besar ini.

"Menangis roh ibubapa saya dalam kubur," katanya lagi sambil menyifatkan pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut mungkin tidak mempunyai ibu bapa kerana tidak diajar menjadi insan yang jujur.

Mesej di dalam aplikasi WhatsApp itu mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumaat hari ini untuk "menjelaskan  pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan (1MDB).

Ia bertujuan untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pesanan WhatsApp terbabit juga mendakwa Abdul Hamid akan kemudiannya membuat laporan polis bersama "semua bukti" agar Dr Mahathir boleh didakwa di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan bersama pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM tidak sertai siasatan 1MDB?

Posted: 20 Aug 2015 05:40 PM PDT


Mohd Shukri Abdull

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ada masalah jika benar ia tidak dilantik menganggotai sebuah pasukan agensi penguat kuasa baharu yang dipercayai ditubuhkan Peguam Negara selepas pasukan khas yang menyiasat kes 1MDB dan SRC International dibubarkan baru-baru ini.

"Tanpa pasukan khas pun kita akan teruskan tugas secara bebas, telus dan profesional mengikut undang-undang.

"Malah, pegawai kami dalam pasukan tugas khas sebelum ini boleh menumpukan siasatan kepada kes utama kami," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, SPRM  bagaimanapun mengharapkan pasukan baharu yang dibentuk itu akan berkongsi maklumat dengan SPRM sekiranya mengesan sebarang bentuk unsur rasuah dalam siasatan masing-masing.

"Jika perkara ini benar, saya nasihatkan pasukan ini rujuk kepada SPRM sekiranya mereka terjumpa mana-mana kes rasuah dan salah guna kuasa dalam siasatan mereka. Ini kerana itu tanggungjawab kami," katanya yang tidak pasti sama ada SPRM dimasukkan atau tidak sebagai anggota pasukan baharu itu.

"Saya tak pasti, isu ini kena tanya kepada Peguam Negara," katanya.

Mohd Shukri mengulas desas-desus berkaitan penubuhan sebuah pasukan dikenali sebagai National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang dikatakan dibentuk selepas Pasukan Petugas Khas dianggotai SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia yang menyiasat kes 1MDB dan SRC International, dibubarkan.

Pasukan baharu itu dikatakan dibentuk tanpa penglibatan SPRM, manakala PDRM dan Bank Negara Malaysia masih kekal bersama pasukan baharu yang diketuai Peguam Negara itu.

Pada 5 Ogos lalu, SPRM dalam satu kenyataan berkata, Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB dan SRC International dibubarkan atas nasihat Peguam Negara dan ketiga-tiga agensi yang terlibat diarah bekerja secara bersendirian.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut sebagai satu tindakan balas ke atas SPRM, Mohd Shukri enggan mengulas.

Disoal mengenai kemungkinan bidang kuasa SPRM tidak tertakluk dalam tugas NRRET yang mencakupi kutipan hasil kerajaan, beliau berkata, banyak operasi dan aktiviti pencegahan SPRM sebelum ini yang secara langsung telah menyelamatkan wang negara.

"Mungkin dari segi kutipan hasil, masyarakat tak nampak tugas SPRM. Tetapi SPRM sebenarnya banyak membantu negara mengurangkan ketirisan.
"Contonhnya dari segi operasi, pelbagai sindiket yang menyebabkan kerugian besar kepada negara berjaya dilumpuhkan seperti operasi pasir, diesel, balak dan sebagainya. Manakala dari sudut, pencegahan banyak kajian yang kita buat menjurus kepada menyelamatkan hasil kerajaan," katanya.
Antaranya, kata beliau, pemeriksaan amalan sistem dan tata cara kerja urusan import dan eskport di Jabatan Kastam (Ops 3B), pemberian geran dan pinjaman 'soft loan' untuk projek NFC serta pengurusan dan pemantauan program 1Azam perolehan projek kemasyarakatan dan menaik taraf sekolah daif.

Tak campur tangan kes 1MDB, hanya siasat SRC

Sementara itu, Mohd Shukri sekali lagi menegaskan bahawa SPRM tidak terlibat dengan siasatan terhadap 1MDB dan hanya menyiasat kes SRC International.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB & RM2.6B: Siapa Menteri Najib Jumpa Tun M?

Posted: 20 Aug 2015 05:25 PM PDT

1. Tun Dr Mahathir melalui tulisan terbaru pada blog beliau pada Khamis menyebut salah seorang Menteri pernah bertemu mantan PM tersebut di mana menteri itu menyebut mempunyai dokumen-dokumen berkaitan salah laku DS Najib Razak, namun senyap begitu sahaja apabila dilantik sebagai menteri. 
2. Tulisan terbaru Tun M tersebut salah satu tindakan mantan PM tersebut bagi menimbulkan kecurigaan antara satu sama lain dalam kabinet Perdana Menteri.
3. DS Najib dipalitkan dengan kemelut 1MDB dan wang RM2.6bilion.
4. Siasatan berkaitan 1MDB tertangguh atas sebab berbagai tindakan Perdana Menteri bermula pada 27 Julai antara lain pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara, pemecetan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, serta melantik 4 anggota PAC termasuk pengerusinya ke dalam kabinet (seorang dilantik menteri penuh manakala 3 sebagai timbalan menteri).
5. Sehingga kini, walaupun berbagai penjelasan berkaitan 1MDB dan wang RM2.6bilion, namun penerimaan rakyat secara umum berkaitan penjelasan tersebut amat rendah, malah penggemar media sosial menunjukkan ketidak percayaan mereka kepada DS Najib dengan memberi reaksi negatif pada sebarang posting PM di laman sosial.
6. Isu negatif kepada PM selain berkaitan 1MDB dan Wang RM2.6bilion, juga laporan berkaitan perbelanjaan beliau semasa bercuti melebihi RM3juta pada ogos 2013 sepertimana di laporkan Sarawak reports menambah lagi persepsi negatif kepada Perdana Menteri.
7. Selain itu, tiadanya penafian berkaitan USD650milion daripada akaun PM di Ambank yang dipindahkan ke luar negara, menjadikan isu negatif kepada PM terus marak.

Mampukah parti Islam baharu buang label ‘proksi DAP’?

Posted: 20 Aug 2015 05:11 PM PDT

Pemimpin Gerakan Harapan Baru berkata road show mereka sentiasa mendapat sambutan dengan ramai orang Melayu bertemu mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Pemimpin Gerakan Harapan Baru berkata road show mereka sentiasa mendapat sambutan dengan ramai orang Melayu bertemu mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Pada ketika Gerakan Harapan Baru (GHB) muncul menjadi satu kuasa mencabar Umno dan PAS untuk mendapatkan undi Melayu, ia menjadi sasaran kempen memburuk-burukkannya bagi melihat sejauh mana pengaruh terutama di kalangan pengundi atas pagar yang menjadi golongan penting dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Isu perkauman dimainkan bagi menentang gerakan Islam itu dan pemimpin serta penyokongnya yang dilabelkan sebagai proksi DAP – matlamat sebenar adalah untuk membawa DAP ke Putrajaya.
Ia dilakukan untuk menimbulkan kebimbangan palsu terutama di kalangan orang Melayu luar bandar dan kelas bawahan, di mana mereka akan rugi daripada segi pekerjaan, pendidikan dan kuasa politik jika DAP, yang pemimpin utamanya bukan Melayu berkuasa.

Jadi, walaupun sebelum GHB melancarkan parti politiknya, terdapat persoalan sama ada pemimpinnya boleh menawan kawasan utama Melayu dan merancang untuk menariknya daripada Umno dan bekas rakan dalam PAS. Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, GHB mempunyai peluang tipis untuk mengancam sokongan PAS di kalangan orang Melayu walaupun ia dipimpin bekas pemimpin parti Islam itu yang dikenali dan merupakan ahli Parlimen parti.
"Sebelum ini, apabila PAS bekerjasama dengan DAP, Umno melabel PAS sebagai proksi DAP, dan kita merasa sukar untuk mendapatkan sokongan. Sekarang parti baharu ini akan memakai label itu," katanya yang juga bekas setiausaha agung PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Coverline: Mata wang merudum, pelbagai faktor di luar kawalan kata Najib

Posted: 20 Aug 2015 05:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat bersabar dalam mendepani cabaran terutama dalam situasi ekonomi masa kini.

Jelas Najib, beliau yakin pasaran tempatan bakal pulih semula dan ringgit akan berada pada paras asal.

"Dalam kenyataan lengkap dan komprehensif yang dilaporkan pada awal hari ini, saya terus kekal dengan kenyataan yang ringgit pada masa kini berada di bawah parasnya, tetapi beri masa di mana pasaran akan pulih semula dan ringgit akan berada pada parasnya," katanya ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Kepimpinan Dalam Masa Mencabar' pada Ceramah ke-26 Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, malam ini.

Turut hadir ialah Presiden Institut Pengurusan Malaysia, Tun Mohammed Hanif Omar.

Selain itu, beliau berkata terdapat pelbagai faktor di luar kawalan Kerajaan yang menjadi punca kemerosotan mata wang.

Malah, jelasnya prestasi ringgit pada masa kini berada hampir sama dengan dolar Australia dan dolar New Zealand.

"Kita perlu bersabar dan kita perlu faham bahawa terdapat pelbagai faktor di luar kawalan kami, malah prestasi Ringgit pada masa kini berada hampir sama dengan Australia dan New Zealand, kita berada dalam kumpulan yang sama," katanya.Read More / Baca Lagi >>

M'sia cadang kawal selia internet kata Najib

Posted: 20 Aug 2015 05:06 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.
"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.
"...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar" pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di ibunegara malam tadi.
Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.
Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.
Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.
Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubahundang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
"Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia. Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pendedahan Mustapa yang tidak untungkan Hadi...dari awal telah khianat PR

Posted: 20 Aug 2015 05:04 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pendedahan oleh Mustapa Ali, sebuah cerita lama bagaimana Pas membuat keputusan anih yang boleh ditafsirkan sebagai pengkhianat menjelang pilihan raya ke-13 dahulu yang mana mahu menukarkan jawatan perdana menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya Pakatan Rakyat menang, bukan mendedahkan ketulusan Mustapa dan Pas, sebaliknya membuka kelemahan diri dan parti sendiri.

Mustapa sekonyong-konyong menjelaskan usaha menukar jawatan PM daripada Anwar kepada Tengku Razaliegh Hamzah dicadangkan oleh Pas. Tujuan Mustapa mendedahkan cerita "benar" yang dianggap tidak ada moral dan setiakawan bagi Pas itu bagi membela dan mempertahankan presiden Pas, yang dituduh oleh DAP menolak Anwar.

Penjelasan Mustapa itu tidak menguntungkan Pas sebenarnya, tetapi mendedah hakikat yang selama ini dipersoalkan oleh umum terhadap presiden parti itu. Apabila Pas mencadangkan nama Tengku Razaleigh sebagai menjadi PM, tetapi tidak nama Abdul Hadi Awang, jelas menunjukkan presiden Pas itu tidak layak untuk menjadi PM.

Abdul Hadi bagi Pas sendiri tidak disenaraikan sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Bertolak dari realiti itulah mungkin maka berlaku protes dari kalangan bekas pimpinan Pas kepada Abdul Hadi Awang. Mereka malu dan segan untuk berketuakan kepada orang yang tidak tersenarai sebagai perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Arah tuju agenda reformasi parlimen Malaysia

Posted: 20 Aug 2015 05:02 PM PDT

Oleh Mohammad Fakhrurrazi
Sering kali masyarakat diperdengarkan dengan slogan atau ayat 'Reformasi Parlimen' di laman sesawang, media sosial dan akhbar. Namun isu ini seperti tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia berbanding isu-isu skandal seperti 1 Malaysia Development Berhad (1 MDB), Tun Dr Mahathir mahu jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isu dana politik RM 2.6 billion dalam akaun Najib Razak. Tapi bukan masalah di parlimen!

Parlimen Malaysia kini menjadi semakin tenat dengan penyakit 'rubber-stamp' sejak dahulu lagi. Walaupun pihak pembangkang mendakwa mereka memenangi PRU 13 berdasarkan undi popular 52 peratus, tetapi akhirnya terkulai layu dan semakin lemah apabila berada di arena parlimen. Terkaku dan tersepit dengan pemerintahan autokrasi di bawah Barisan Nasional. Penulis mempunyai tanggungjawab memperlihatkan betapa lemahnya parlimen sehingga tidak dapat berfungsi sebagai badan semak dan imbang pihak eksekutif. Kelemahan institusi demokrasi berparlimen menjadi punca kemerosotan prestasi urus tadbir kerajaan persekutuan. Parlimen tidak mempunyai kapasiti yang efektif untuk menyemak dan mengimbangi setiap dasar dan rang undang-undang kerajaan. Limitasi kuasa menyekat ahli parlimen dalam mempersoal dan mengkritik dasar kerajaan. Malah, mereka yang mengkritik dan memberi hujah yang sarat dengan fakta ditolak pandangannya dan kebanyakkan diarahkan keluar dari Speaker Dewan Rakyat.
Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada ahli parlimen pembangkang, tetapi turut berlaku kepada ahli parlimen BN. Pada tahun 2009, Sonthinathan iaitu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Tenaga digantung daripada jawatannya selama tiga bulan kerana mengkritik dasar kerajaan berhubung isu penarikan pengiktirafan ijazah perubatan Crimea State Medical University (CSMU) di Ukraine. Isu seperti ini membuktikan betapa 'rubber-stamp' parlimen Malaysia didominasi badan eksekutif. Jika pembaca mempunyai kesempatan untuk membelek Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, terdapat satu peraturan yang menghalang ahli parlimen mencabar kedudukan kerajaan persekutuan. Peraturan 36 (10) (b) menjelaskan menjadi satu kesalahan kepada ahli parlimen untuk melawan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Salahguna kuasa mengguna Polis menghalang tindakan undi tidak percaya

Posted: 20 Aug 2015 05:01 PM PDT

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
 Sesuatu yang sangat pelik dan jelek bila persoalan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Perdana Menteri diserahkan kepada Polis oleh Dato'Zahid Hamidi TPM yang juga Menteri KDN yang berkuasa ke atas Polis.
2. Tindakan ini adalah salahguna kuasa mengguna Polis menghalang tindakan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai PM. Undi tidak percaya ialah suatu proses yang demokratik dan diizin oleh Perlembagaan dan Undang undang.

Ini bermakna Polis dipaksa menghalang tindakan Ahli Parlimen dan Institusi Penggubal Undang-undang iaitu Parlimen yang mengikut proses Perlembagaan dan Perundangan. Tindakan mengguna Polis untuk menyekat kebebasan Ahli dan Institusi Parlimen ini adalah "SUATU PENCABULAN TERHADAP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG" 3. Saya minta TPM Zahid dan KPN menghentikan pelanggaran terhadap Perlembagaan dan Perundangan dengan memperalat dan menjadikan anggota Polis seperti pemuda tahan lasak dan komando Umno untuk mengugut dan menakut-nakutkan Ahli Parlimen. Undi tidak percaya terhadap Najib ialah untuk menyelamatkan negara dan rakyat. Buat Zahid, saya mengingatkan beliau sebagai sahabat agar bersahabat lah dengan rakyat. Manakala untuk semua Ahli Parlimen tanpa mengira Parti, saya menyeru agar kita semua mendahulukan negara dan rakyat. Mandat yang kita perolehi ialah pinjaman dan pindahan kuasa daripada rakyat kepada kita bagi menunaikan amanah besar demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"

Jangan sekali-kali terperangkap menjadi fanatik

Posted: 20 Aug 2015 05:00 PM PDT

Oleh Fathi Aris Omar
Kalau kita terlibat dalam politik, apa jenis politik sekali pun, kita jangan sekali-kali terperangkap menjadi fanatik, ekstrem atau idealis kental.Harus ada ruang gerak yang sedikit pragmatik dan realis sekira-kiranya perlu untuk keanjalan berstrategi.
Jika kita terlalu fanatik sehingga membeku dan terlalu yakin diri tanpa menilai gerak politik persekitaran di sekeliling kita, pilihan-pilihan gerak kita akan terbatas.

Kekakuan ini akan merimaskan kita sehingga menyebabkan kita lemas.
Atau, kita tidak mampu menyusun gerak untuk mengambil ruang sewaktu muncul kesempatan untuk memajukan agenda bersama.
Tidaklah pula bermakna kita tidak harus idealis, tidak harus bercita-cita murni atau tidak berprinsip.
Dalam politik, setiap gerak boleh disusun, termasuk menangguhkan kepentingan kecil demi kepentingan bersama yang lebih besar.
Jika kita boleh mengkritik dengan hujah yang rasional dan bernas, sekali gus tidak mencipta tembok perseteruan tajam, maka ini bermakna kita realistik dalam idealisme kita.
Jika kita terpaksa sedikit tawadhu' dan mengendurkan posisi kita, sekira-kiranya tidak menghilangkan prinsip dan himmah diri, maka inilah pendekatan yang tidak fanatik, tidak ekstrem dan tidak idealis kental.
Dengan kata lain, kita tidak boleh mempersiapkan jentera serangan tanpa menyediakan jentera perdamaian; mempersiapkan ketumbukan yang meruntuhkan tanpa menyediakan pasukan pembangunan semula.
Read More / Baca Lagi >>

ANTARA HALAL DAN HARAM...!!!

Posted: 20 Aug 2015 04:54 PM PDT

Daripada ABI HURAIRAH RADHIYALLAHU'ANHU RASULULAH SAW bersabda:

"Kelak pada AKHIR ZAMAN akan ada pemimpin yang aniaya, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama pendusta. Barangsiapa di antara kamu nanti SEMPAT MENEMUI ZAMAN INI, maka hendaklah ia tidak menjadi pegawai pajak, kaki tangan kerajaan dan PENGUASA UNTUK MEMBANTU KEBURUKKAN yang telah mereka lakukan. -"(HR.Thabrani)

Malaysia satu2nya negara kat dunia YANG ADA UMNO menjadikan dana politik haram jadi derma!!!

Posted: 20 Aug 2015 04:52 PM PDT

Negara bukan Islam spt Korea Selatan yg mengamalkan politik integriti tinggi sejak 1998, jika pemimpin negara terpalit rasuah, mereka segera letak jawatan.. siasatan terbuka... TETAPI kenapa kat sini payah..??!!!

Ringgit jatuh: Permaisuri Johor tawar bantuan warga Malaysia di UK

Posted: 20 Aug 2015 04:47 PM PDT

Baginda khuatir dengan nasib rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat selepas matawang Ringgit merudum.
Raja-Zarith-Sofiah
PETALING JAYA: Kejatuhan matawang Ringgit mendapat perhatian Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.
Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook, Baginda khuatir dengan nasib rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.
"Berapa banyak baki yang tinggal untuk membeli makanan selepas mereka membayar sewa dan perbelanjaan harian?
"Berapa banyak ibu bapa boleh hantar kepada mereka? Soal Baginda.
Berikutan kejatuhan matawang Ringgit, Baginda yang kebetulan bercuti di United Kingdom menawarkan diri untuk membantu warga negara ini yang tinggal atau menyambung pelajaran di negara itu.
"Kepada rakyat Malaysia yang tinggal atau belajar di UK, sila maklumkan saya bagaimana boleh saya tolong," tulis Baginda.

Skandal 1MDB: Saya masuk neraka jika fitnah Dr Mahathir, kata bekas timbalan pengarah SB

Posted: 20 Aug 2015 04:44 PM PDT

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador menafikan akan kebenaran mesej melalui WhatsApp yang mendakwa akan membuat laporan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar ihsan PDRM, 20 Ogos, 2015.
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini menafikan beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Saya begitu menghormati beliau. Saya akan dikutuk dan dihantar ke neraka untuk selama-lamanya jika saya memfitnah beliau. Terseksa roh ayah dan bonda saya jika saya memfitnah beliau," kata Hamid kepada The Malaysian Insider, malam ini.
Ini berikutan mesej diedarkan melalui WhatsApp mendakwa beliau akan membuat laporan terhadap Dr Mahathir sejak pagi tadi.

Mesej itu mendakwa beliau akan membuat laporan tersebut selepas solat Jumaat esok. "Ia semua sampah. Sesiapa yang melakukan ini adalah bodoh. Saya begitu hormat kepadanya. Dia adalah idola saya," kata Hamid.
Katanya, mesej itu mungkin diwujudkan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
"Ia lencongan taktikal," katanya.
Mengenai sama ada atau tidak beliau akan mengadakan satu sidang akhbar, Hamid tidak memberikan sebarang komen, dengan mengatakan ia akan diputuskan kemudian.
Beliau juga berkata masih belum membuat keputusan sama ada untuk menerima jawatan baharu di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ataupun tidak.
Hamid dipindahkan ke JPM selepas berminggu-minggu khabar angin berterusan beliau akan dipindahkan keluar.
"Saya mempunyai masa sehingga 17 September untuk membuat keputusan," katanya.

Skandal 1MDB: Saya tidak akan berpaling tadah terhadap Tun Mahathir - Abdul Hamid Bador

Posted: 20 Aug 2015 04:42 PM PDT


Saya tidak akan berpaling tadah terhadap Tun Mahathir - Abdul Hamid Bador
KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun 'dikerat-kerat'.

The Malay Mail Online dalam laporannya malam ini berkata Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada Rabu secara tiba-tiba, menafikan laporan media sosial yang beliau akan membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Awal hari ini, satu pesanan teks telah tersebar di aplikasi WhatsApp mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumaat esok untuk "menjelaskan  pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri" (Datuk Seri Najib Razak).

Pesanan teks terbabit juga mendakwa Abdul Hamid akan kemudiannya membuat laporan polis bersama "semua bukti" agar Dr Mahathir boleh didakwa di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan bersama pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

"Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara," kata Abdul Hamid seperti dilapor The Malay Mail Online.
Read More / Baca Lagi >>