Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Are the curtains coming down on Najib's 1MDB ?

Posted: 19 Aug 2015 09:31 PM PDT

Jho Low is on the run - SARAWAK REPORT

Posted: 19 Aug 2015 03:30 PM PDT

Yang Remeh Temeh - PAK PANDIR

Posted: 19 Aug 2015 05:23 AM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Ahli Parlimen, 182 ahli `tinggalkan’ PAS?

Posted: 19 Aug 2015 09:20 AM PDT

SlTI Mariah (kanan) bersama ahli dan pimpinan PAS Kota Raja yang meletak jawatan dalam parti itu.

KLANG : Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja meletak jawatan dalam parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), petang tadi.

Beliau berkata, tindakan itu bagi menyahut saranan dan arahan daripada kepemimpinan supaya semua ahli yang mahu menyertai GHB meletak jawatan.

"Kami di Parlimen Kota Raja terdiri daripada Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Naib Yang Dipertua (NYDP) serta Setiausaha Kawasan meletak jawatan dalam PAS.

"Ia diikuti sembilan Ketua Cawangan serta ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang melakukan tindakan sama," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memudahkan AJK yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas di kawasan itu.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Azmin Perlu Saman Faekah Jika Maklumat Ini Salah

Posted: 19 Aug 2015 09:09 PM PDT

Benarkah Ini Berlaku Di Penang? Apa Komen Mat Sabu?

Posted: 19 Aug 2015 04:27 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ya, kita gembira sambut anak panda tetapi berapa kos membesarkannya?

Posted: 19 Aug 2015 08:50 PM PDT

oleh V Shuman
Bergembiralah Malaysia! Kita mendapat anak panda!
Jika berita gembira kelahiran makhluk ini pada hari Selasa menyebabkan anda mencebik, ketahuilah yang anda tidak keseorangan.
Itu juga merupakan reaksi penulis.
Pada petang Selasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencoretkan pesanan ini di akaun Twitter dan Facebook beliau: "Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi."
Najib juga memberi jaminan pada halaman Facebook berbahasa Cinanya bahawa penjaga zoo akan menjaga anak panda tadi dengan baik, dan akan memastikan "keluarga tiga orang" ini bahagia dan kekal di negara kita dalam keadaan sihat.
Jangan salah anggap.
Penulis benar-benar gembira kerana anak tadi berjaya dilahirkan dengan selamat. Setiap spesies yang dicipta oleh Tuhan mempunyai hak untuk membiak dan membesar dengan sihat.
Tetapi apabila membaca berita itu, kita tidak boleh mengelak dari memikirkan mengenai ringgit dan sen yang pembayar cukai terpaksa tanggung bagi membesarkan si kecil tadi.
Lagipun, ibu dan ayah anak tadi dipinjam oleh Malaysia dari China dengan kos yang sangat mahal, sejak Mei tahun lepas.
Semahal kira-kira RM60 juta. Pasangan itu – Xing Xing dan Liang Liang, dipinjamkan dari Chengdu, China selama 10 tahun, di mana jumlah yang amat tinggi telah dibelanjakan – RM25 juta untuk kandang mereka di Zoo Negara, RM20 juta untuk sewaan dan RM15 juta lagi untuk kos penyelenggaraan.
Itu hanya untuk ibu bapanya. Berapa juta lagi yang rakyat Malaysia perlu belanjakan untuk "membesarkan" anak panda tadi?
Read More / Baca Lagi >>

Suhakam kecewa 'pendekatan sempit tafsir hak asasi manusia'

Posted: 19 Aug 2015 08:42 PM PDT


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyangkal dakwaan kepimpinan negara bahawa hak asasi manusia di Malaysia adalah berbeza daripada versi sejagat.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak asasi manusia selaku penandatangan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Deklarasi Hak Asasi dalam Islam, Pertubuhan Negara Islam (CDHRI).
Suhakam, katanya, kecewa dengan pendekatan sempit yang diambil oleh kepimpinan negara untuk mentafsir dan memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat yang sudah lama wujud.
Untuk tujuan penjelasan, katanya, Suhakam menekankan bahawa CDHRI menjamin banyak hak yang sama seperti UDHR, dan pada masa yang sama mengesahkan syariah sebagai sumbernya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Hasmy berkata ia menegaskan bahawa 30 Tataurusan UDHR tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Walaupun tidak menyebut nama, ia adalah jelas bahawa kenyataan Hasmy itu adalah sebagai reaksi  balas terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada hari Selasa.
Di seminar wassatiyah antarabangsa pada hari tersebut, Najib menegaskan bahawa Malaysia mempunyai definisi yang berbeza mengenai hak asasi manusia berdasarkan Islam, yang mesti dipertahankan walaupun ia tidak sepadan dengan versi antarabangsa.

Institut pentadbiran masih kekal walaupun pemimpin berubah

Posted: 19 Aug 2015 08:38 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Menyingkirkan ketua eksekutif kerajaan melalui undi tidak percaya bukanlah satu jenayah, menurut pakar perlembangaan.

Walaupun kekecohan tersebut ditimbulkan oleh beberapa pihak, pakar perlembagaan undang-undang Prof Dr Shad Saleem Faruqi (kiri) berkata, "banyak perkara yang sah (di bawah undang-undang) selagi mana ia dilakukan mengikut peruntukan undang-undang."
Dalam kes ini, kekecohan terbaru ini dicetuskan oleh dakwaan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata seorang pemimpin kanan Umno menjadi dalang plot untuk "menjatuhkan kerajaan" melalui akuan bersama (SD) dari wakil rakyat parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang.
Zahid dilaporkan mendakwa yang SD ini akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menunjukan penggubal undang-undang sudah hilang keyakinan kepada pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, berikutan skandal RM 42 bilion 1MDB dan skandal derma RM 2.6 bilion.
Menteri Dalam Negeri itu seterusnya mendakwa SD yang dikutip untuk menggerakan keperluan pembentangan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tindakan yang berpotensi dihalang oleh Yang di Pertuan Dewan Pandikar Amin Mulia.
Memberikan komen kepada kenyataan Zahid yang dia telah memberikan polis maklumat tentang plot tersebut, Shad Saleem memberitahu Semut Harian: "Tidak menjadi kesalahan bagi MP untuk menyingkirkan PM selagi mana tiada elemen rasuah atau cubaan mengenetepikan sistem.
"Sedihnya, ini (ketidakstabilan peraturan) ialah sebahagian daripada demokrasi berparlimen," katanya.
Pada 18 Ogos, Malaysiakini memetik Zahid sebagai berkata yang dia telah menyerahkan maklumat supaya polis boleh menjalankan siasatan dan kemudiannya membuka kertas pendakwaan dalam kes itu.
Zahid juga menyifatkan 20 penggubal undang-undang yang terlibat dalam plot itu merupakan pengkritik daripada BN dan Pembangkang sebagai taktik gangguan semata-mata.
Walaupun mengakui yang ketidakstabilan demokrasi berparlimen ialah salah satu aspek "yang tidak dimahukan" dalam sistem, Shad Saleem juga menekankan yang pembentangan undi tidak percaya ialah langkah yang dibenarkan oleh Parlimen.
Untuk menyokong hujahnya, Shad Saleem memetik beberapa kejadian dalam sejarah politik Malaysia apabila seorang pemimpin disingkirkan melalui undi tidak percaya.
Kes terawal pada September 1966 di Sarawak apabila ketua menteri ketika itu Stephen Kalong Ningkan disingkirkan daripada jawatan dan digantikan oleh Tawi Sli.
Menurut laporan kejadian, pada 16 Jun 1966, 21 daripada 42 ahli perundangan negeri telah menghantar petisyen kepada Gabenor Sarawak Abang Haji Openg dan menyatakan yang mereka sudah hilang keyakinan kepada Ningkan.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai pengguna Twitter tidak percaya Putrajaya kerana kegagalan 1MDB, kata kajian

Posted: 19 Aug 2015 08:33 PM PDT

Ramai pengguna Twitter hilang kepercayaan terhadap Putrajaya dan perdana menteri akibat skandal 1MDB, kata kajian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.Ramai pengguna Twitter hilang kepercayaan terhadap Putrajaya dan perdana menteri akibat skandal 1MDB, kata kajian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.
Kepercayaan terhadap Putrajaya di Twitter amat rendah berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata firma penyelidik media sosial tempatan, dan menambah apa juga kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Putrajaya tidak berjaya menambah tarikan. Hasil dapatan Politweet mengenai bagaimana skandal 1MDB digunakan hingga tercetusnya desakan Najib meletak jawatan kerana salah pengurusan syarikat pelaburan milik kerajaan itu dan kerana menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya sebagai derma politik.
Maklumat salah mengenai 1MDB di Twitter kini sudah sampai ke peringkat di mana orang ramai masih berfikir RM2.6 bilion itu ada kaitan dengan 1MDB di sebalik fakta ia dinafikan oleh pihak berkuasa, kata firma itu.

"Salah maklumat sedia diterima sebagai kebenaran asalkan ia mengukuhkan kepercayaan sedia ada. Pengguna tanpa nama dianggap ada lebih kredibiliti berbanding agensi kerajaan. "Kenyataan palsu yang tersebar di atas talian berjaya menjadi benar kerana penyokong Najib dan pembela 1MDB tidak ada capaian yang sama di Twitter.
"Pembetulan dan kenyataan penjelasan tidak sampai kepada khalayak massa, menyebabkan mereka terpengaruh dengan pengguna lebih popular," kata Politweet dalam posting di blognya hari ini mengenai kajian persepsi terhadap 1MDB dan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat atau panda lebih utama?

Posted: 19 Aug 2015 08:31 PM PDT


Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan kegembiraan di Twitter dan Facebook atas kelahiran seekor anak beruang panda di Zoo Negara.
Liang Liang, ibu panda yang dirujuk oleh Najib di dalam tulisan beliau itu merupakan salah seekor dari dua ekor panda yang dihadiahkan oleh kerajaan China tahun lalu sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China. Seekor lagi bernama Xing Xing.

Najib teruja dan gembira meraikan kelahiran anak panda itu. Namun begitu, kegembiraan Najib itu ternyata tidak dikongsi oleh majoriti pengikut akaun media sosial beliau.
Jika dibaca respon yang dimuatnaik, rata-rata dari mereka bersikap sinis dan memperolok-olok kenyataan Najib.

Barangkali masyarakat sudah mulai tidak peduli dengan hal panda yang suatu ketika dulu pernah menjadi tumpuan umum. Mutakhir ini, dengan pelbagai isu dan krisis yang melanda pentadbiran negara, rakyat semakin bersikap sinis dan kritis terhadap apa jua yang mereka baca dan apa yang dilaporkan oleh media kepada mereka.

Rakyat kini semakin resah dan beremosi dengan isu yang melanda negara, bermula dari tragedi kehilangan pesawat MH370, pemenjaraan Anwar Ibrahim, skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Perletakan Jawatan Sebagai Ajk PAS & AJK Dewan - Dewan PAS Kawasan Shah Alam

Posted: 19 Aug 2015 08:29 PM PDT

Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa Selasa 19 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Shah Alam sessi 2015-2017.

Selain itu, Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat dan Naib Ketua Muslimat turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.

Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka.

Terdahulu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda telah meletakkan jawatan mereka bersama-sama dengan 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

Perletakan jawatan-jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi di dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-5 sessi 2015-2017 yang berlangsung pada Selasa, 19 Ogos 2015, di mana penyerahan tugas telah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih-sayang.

Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Shah Alam.

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam di bawah kepimpinan yang baru nanti.

Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.


Azli Bin Yusof
Yang Dipertua

Zulkifli Mohd Nani
Timbalan Yang Dipertua

Mohamad Jamil Abd Rahim
Naib Yang Dipertua

19 Ogos 2015 / 4 Zulkaedah 1436H

PAS Selangor bakal lumpuh

Posted: 19 Aug 2015 08:26 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


Dari segi politik tindakan ahli Parlimen Kota Raja yang juga naib ketua PAS Kawasan itu Dr Mariah Mahmud mengumumkan keluar daripada PAS bersama beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan itu merupakan satu tindakan memberi bekas kepada PAS Selangor.

Mariah dan pimpinan PAS Kota Raja umum lepas jawatan.
Ia adalah permulaan tindakan ekoran rasa tidak puas hati kepada kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamar beberapa bulan lalu. Walaupun tindakan Mariah dan beberapa yang lain tidak melumpuhkan PAS Selangor tetapi tindakan itu memberi moral yang buruk kepada PAS Selangor.

Tindakan dan keputusan Mariah dan yang lain-lain merupakan satu "hentakkan" yang kuat kepada PAS Selangor yang cuba mempamerkan mereka sebagai golongan agamawan, ad-Din. Apa yang berlaku di Kota Raja hari ini adalah permulaan, dijangka lebih ramai lagi ahli PAS dan pemegang jawatan akan mengumumkan melepas jawatan. Tindakan Mariah itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi mereka yang lain untuk berbuat demikian.

Saya percaya tindakan itu menjadi momentum untuk diikuti PAS di beberapa kawan lain, termasuk juga Gombak yang dilihat kuat mendokong kepimpinan agamawan.

Apa lagi seperti mana jelasnya selepas beberapa orang wakil rakyat PAS akan mengambil tindakan sama, mengumum keluar PAS atau pun melepaskan jawatan yang dipegangnya. Tindakan seperti itu boleh menganggu stabiliti PAS dan menyebabkan rasa hormat kepada PAS dari kalangan orang ramai terhakis.

Sudah tentu berita perletakan jawatan ramai-ramai di Kota Raja itu menganggu konsentrasi orang ramai kepada PAS yang diharap menjadi parti pengganti Umno sebelum ini. Beberapa lagi tindakan sama diambil tokoh PPAS dalam GHB, akan menghakiskan kepercayaan umum kepada PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Who gave RM200m to Mahathir?

Posted: 19 Aug 2015 08:11 PM PDT

An Umno website challenges the ex-PM to reveal the source of the funds.
mahathir,200m
PETALING JAYA: The Umno website MyKMU.net has challenged former prime minister Mahathir Mohamad to reveal the source of the RM200 million that he said he handed over to his successor Abdullah Ahmad Badawi.
"Once this question is answered," said a MyKMU editorial today, "then the question of why Prime Minister Najib Razak received a political donation will also be answered. The difference in amounts is not important. The value of RM200 million is not the same today as it was 12 years ago."
The writer was referring to disclosures Mahathir made in a blog posting on August 3.
He also asked why it was necessary to hand the funds to Abdullah instead of depositing them into the official Umno account.
In the case of Najib's RM2.6 billion, he said, "at least the public knows that it came from a legitimate source. The Malaysian Anti-Corruption Commision (MACC) already knows the identity of Najib's donors."
He acknowledged that MACC had not disclosed to the public who the donors were, but he said this was because there was no law requiring it to do so.
"But the important thing is that the MACC knows," he said.
"So what about the RM200 million in cash that Mahathir handed to Abdullah in 2003? Doesn't Mahathir want an investigation into where the money came from, since the issue of political funding is so important to him?
"Umno members should be concerned about the source of this RM200 million. What if it was donated by a gambling taukeh?"

‘Keberanian’ peragut semakin menakutkan

Posted: 19 Aug 2015 08:10 PM PDT

Orang ramai meluahkan kebimbangan dengan tahap keselamatan di ibu negara dan menyatakan negara ini semakin tidak selamat.
peragut_600_1
PETALING JAYA: Kejadian jenayah ragut di ibu kota semakin menjadi-jadi malah kawasan paling sibuk turut menjadi sasaran peragut tanpa ada sedikit pun perasaan takut.
Ini dibuktikan menerusi satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diviralkan oleh seorang pengguna Facebook, Najee Abdullah menunjukkan kaedah licik yang digunakan oleh seorang peragut sebelum meragut beg tangan seorang wanita ketika sedang makan.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Jalan Telawi pada malam Rabu yang bukan sahaja dikunjungi warga tempatan, malah menjadi lokasi kegemaran tenaga kerja pakar warga asing.
Video berdurasi 1.51 minit menunjukkan seorang lelaki berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta sementara pelanggan restoran tersebut sedang bersosial menjamu selera di kawasan terbuka di kaki lima restoran tersebut.
Pada minit ke 1.23, lelaki itu terus menyergah menarik beg tangan seorang wanita yang duduk betul-betul di kerusi paling luar iaitu dekat dengan tempat letak kereta.
Rata-rata pengguna sosial mempersoalkan tahap keselamatan di sekitar pusat bandar raya malah ada menyatakan mereka semakin takut dan kurang selamat apabila keluar berjalan-jalan di ibu kota.
Ada juga yang mengaitkan kejadian jenayah meningkat kesan daripada kelembapan ekonomi negara menyebabkan ramai kehilangan pekerjaaan malah masih ramai graduan mengganggur menyebabkan mereka yang kurang berpendidikan semakin terhimpit.
Read More / Baca Lagi >>

Usul singkir Najib di Parlimen akan gagal - Abdul Kadir

Posted: 19 Aug 2015 07:43 PM PDT

Kadir Sheikh Fadzir berpendapat usaha itu tidak berjaya kerana Ahli Parlimen BN terikat dengan sistem parti komponen yang diguna pakai.
kadir-najib
PETALING JAYA: Usaha untuk membawa usul undi tidak percaya dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Parlimen tidak akan berjaya.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, ia akan dihalang oleh sistem yang dipersetujui bersama di kalangan komponen parti yang ada dalam Barisan Nasional (BN).
"Pada pandangan saya, memandangkan kepada 'sistem' BN dan UMNO yang ada, benda ini takkan berlaku," ujarnya.
Bagaimanapun dalam temu ramah yang diadakan bersama FMT, beliau tidak memperincikan dengan mendalam sistem yang dimaksudkan itu.
Mengulas mengenai syor dan usul untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, beliau berkata, ia tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana Ahli Parlimen termasuk daripada BN dan UMNO untuk berbuat demikian.
Abdul Kadir menekankan ia boleh dibuat di bawah Perlembagaan, sejajar dengan prinsip demokrasi.
Bagaimanapun, ia dianggap luar biasa apabila usaha itu datang dari dalam parti itu sendiri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, apa yang digembar-gembur mengenai Aku Sumpah sebagaimana yang didakwa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan menggulingkan Najib menunjukkan UMNO mempunyai masalah dalaman.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M minta maaf, yakin masih ramai sokong TSMY

Posted: 19 Aug 2015 07:31 PM PDT


Dr M minta maaf, yakin ramai masih sokong TSMY

SERI ISKANDAR – Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas 'kesilapan' memilih penyambung legasi kepimpinan negara ini.

"Saya ingat saya pilih Mr Clean, tapi yang bersih, pilih jadi kotor. Manalah saya tau. Kalau bagi nasihat awal, saya boleh pilih orang lain. Jadi saya minta ampun dan maaflah pada semua rakyat Malaysia," katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata, ketika pilihan dibuat, beliau hanya melihat individu yang mempunyai rekod bersih dan layak untuk memimpin negara.

Beliau  menyatakan demikian ketika menjawab soalan peserta forum 'Social Evolution in Malaysia: What's Next?' di Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini, semalam.

Forum itu membincangkan topik potensi pemimpin yang diputuskan bagi menyambung legasi kepimpinannya sebelum beliau melepaskan jawatan perdana menteri pada 31 Oktober 2003 setelah menyandang posisi nombor satu itu selama 22 tahun bermula 16 Julai 1981.

Dr Mahathir kemudian melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kerusi Abdullah pada 3 April 2009 hingga sekarang. 

Menurut Dr Mahathir, keadaan negara kini sudah berubah menjadi lebih kotor apabila sistem perundangan sedia ada tidak lagi boleh dipraktikkan seperti mana diharapkan.

"Bila ada orang kata cash is king....susahlah. Ideanya, kita beri wang, mereka akan suka dan sokong kita. 

"Tapi nak bagi orang duit, kita kena ada duit," katanya sinis.
Read More / Baca Lagi >>

'Ku Li terima tawaran PAS, sebelum PRU13, untuk jadi PM' kata Mustafa Ali

Posted: 19 Aug 2015 07:28 PM PDT


Umno Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada satu ketika pernah menerima tawaran PAS sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, demikian didedahkan oleh bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Bagaimanapun, menurut Mustafa, disebabkan bantahan PKR yang bertegas mahukan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka PAS akhirnya menerima keputusan PKR atas semangat Pakatan.
Pengarah pilihan raya PAS itu memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam bahawa rancangan awalnya adalah supaya Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri selama tiga tahun jika Pakatan menang pilihan raya, kemudian menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sehingga pilihan raya umum yang akan datang.
Menurut laporan Sin Chew Daily, PAS memilih Tengku Razaleigh untuk menjadi perdana menteri kerana beliau mempunyai sokongan kuat orang Melayu yang boleh membantu Pakatan untuk menarik lebih banyak undi Melayu, kata Mustafa.
Menurutnya, mereka membuat cadangan itu kepada Tengku Razaleigh dan beliau bersetuju.
"Kami kemudian membawa perkara itu kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, di mana beliau berkata, DAP tidak membantah jika Anwar bersetuju," katanya.
Tambahnya, para pemimpin yang terlibat dalam mesyuarat itu termasuk Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Haron Din, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden PAS ketika itu Mohamad Sabu, Anwar, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution.
Katanya, PKR dalam jawapannya dua hingga tiga minggu selepas mesyuarat tersebut, menolak cadangan itu dan bertegas supaya Anwar menjadi perdana menteri.
"Kami menghormati keputusan PKR itu dan membatalkan rancangan tersebut," katanya.
Beliau menekankan bahawa Hadi tidak pernah menentang Anwar menjadi perdana menteri tetapi hanya mencadangkan agar Tengku Razaleigh dan Anwar bergilir untuk menjadi perdana menteri.
Oleh itu, beliau menggesa Lim supaya berhenti bercakap bohong yang Hadi menentang Anwar menjadi perdana menteri.

Pelbagai kejutan dalam Nunji 2015

Posted: 19 Aug 2015 05:29 PM PDT

OLEH XIFU NASER


SALAH satu ciri seorang pendakwah adalah umpama seorang restaurant critic (penilai restoran). Kita tidak taksub kepada mana-mana restoran, mana-mana menu. Amanah kita ialah kita cuba pelbagai restoran dan menu untuk menilai sejauh mana makanannya halalan dan tayyiban (berkhasiat).

"Gua mau pegi NUNJI 2015 lah? Itu GHB mau buat menu Nadwah al-'Ulama Lin-Nahdah al-Jadidah," saya zahirkan niat saya.

"Xifu, ini konvensyen hanyalah propaganda sebuah parti politiklaah. Mesti promosi partinya dan mindset monokultural: masuk Islam, masuk Melayu!" sahabat Cina Muslim tidak setuju dengan niat saya.

Tiada seorang pun aktivis Cina Muslim yang mahu hadir! Tiada manfaat pun bagi seorang Cina Muslim kerana dia dah jemu dengan wacana Melayu-Islam.

Kita faham kalau Ulama Muda Umno hanya terdiri daripada pemikir Melayu sahaja kerana amanah Umno ialah membela Melayu. Tetapi yang regresifnya ialah apabila Pas yang memperjuangkan Islam For All meniru Umno kerana tiada seorang pun ulama atau tokoh pendakwah Cina Muslim dalam Majlis Syura Ulama Pas. Pas adalah parti yang bermindset Tuan Melayu juga, tetapi dibalut jenama 'Islam'.

Tiada pun pelan Pas yang serius sejak 57 tahun lalu untuk melahirkan ulama Cina Muslim. Perspektif Cina Muslim hanya kasta bawahan walaupun Cina mempunyai saham terbesar dalam menjaga maslahat ekonomi Malaysia.

Yang kita belajar daripada Pas masa kini ialah 'Lu barua', 'Lu kafir harbi', 'Lu pengkhianat', 'Lu murtad jemaah', 'Lu dengar, gua cakap', 'Lu mau hudud siku dan lutut kah', 'Lu pi talak isterilah!'
Read More / Baca Lagi >>

PAS perlu presiden baharu

Posted: 19 Aug 2015 05:27 PM PDT

Oleh Ibnu Yusuf Al-Samari


Saya mohon mencadangkan sesuatu yang sangat drastik. Sebagai ahli biasa, ini adalah saluran terbaik yang saya ada untuk mengharapkan ianya didengari. Cadangan saya ialah agar PAS memulakan langkah menukar presiden sedia ada, YB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin baharu yang lebih dinamik, terbuka, mesra dan berdaya saing dalam kepimpinan.

Sebaiknya daripada kalangan agamawan seperti ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atau tokoh ekonomi seperti YB. Husam Musa atau tokoh muda seperti Saudara Salahuddin Ayub . Oh ya, YB Husam mungkin akan menyertai parti baharu yang mungkin dinamakan sebagai Parti Amanah Rakyat bersama-sama dengan Salahuddin Ayub. Jika begitu, sesiapa yang layak dan mampu menggantikan ketokohan mereka nanti, dialah yang saya fikir termasuk dalam senarai pendek presiden menanti.

Kenapa saya menyarankan pandangan ini? Asas saya tidak susah. Ianya merujuk kepada kegagalan ustaz Abdul Hadi bertindak menjaga parti daripada terdedah kepada perpecahan dan kelemahannya membiarkan kekaburan dalam matlamat jangka pendek parti serta strateginya. PAS masih seperti dilambung ombak. Nakhoda, walaupun seorang, jika gagal mengemudi bahtera, tiada makna kemudi di tangannya. Lepaskan sahaja kepada tangan lain.

Dalam suasana Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang lemah dan bagi saya paling lemah sepanjang 20 tahun kegemilangan parti, kekeringan  tokoh ekonomi dan strategis serta kecelaruan pemikiran politik dan organisasi yang tiada sekata antara ahli dan pimpinan,  PAS perlu disuntik dengan dos yang tinggi, dari atas. Presiden baharu perlu menyusun semula organisasi parti secara betul. Jauhkan puncak pentadbiran daripada dikuasai sekelompok kecil pemuda berkelulusan Timur Tengah yang gagal memandu parti bergerak betul. Kembalikan sokongan anak muda kepada parti melalui keterampilan presiden baharu mesra pemuda dan golongan generasi Y. Jangan bina tembok pemisah antara parti, tanzim, ahli dengan masyarakat awam biasa yang langsung tidak mengenali apa itu tanzim dan jamaah.

Jika PAS adalah platform perjuangan Islam sebenar, mata rantai perjuangan Rasulullah saw, dan bukannya  tokoh tertentu sebagai platform kekal, maka lepaskan ustaz Abdul Hadi daripada jawatannya sekarang dan bantulah beliau bertindak selaku Mursyidul Am parti dan tokoh gerakan Islam seluruh dunia.Read More / Baca Lagi >>

RM2.6B: Kalau Aku Kaya

Posted: 19 Aug 2015 05:09 PM PDT


Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, maklum balas yang diterima di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menunjukkan rakyat menerima penjelasan itu dengan baik.

Katanya, sentimen rakyat berhubung isu yang diperjelaskan itu tidak berdepan dengan sebarang masalah.

"Berita kurang menyenangkan tentang isu itu sekadar gembar-gembur menerusi media sosial yang tidak betul.

"Nampaknya baik, tak sehebat yang digembar-gemburkan media sosial. Media sosial syok sendiri
.



Tu diaaa..... media sosial syok sendiri ....

Terlalu besar risiko yang dipaksa oleh Najib dan kuncu2nya ke atas Umno. Paling baik untuk membuktikan kata2nya itu adalah dengan membatalkan penangguhan Pemilihan Umno dan biarkan pemilihan berlangsung.

Apakah kepimpinan Umno masih tidak percaya akan kematangan ahli2 Umno untuk mengamalkan demokrasi setelah berpuluh tahun wujud ?
Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor: Tiada risiko tumbang

Posted: 19 Aug 2015 04:52 PM PDT

MB Selangor: Garis kemiskinan Selangor RM1,500, Kerajaan RM830

Posted: 19 Aug 2015 04:51 PM PDT

Rakaman penuh jawapan MB Selangor berhubung isu DEIG

Posted: 19 Aug 2015 04:46 PM PDT

DEIG perlu kerana MBI 'berpenyakit'

Posted: 19 Aug 2015 04:46 PM PDT

Kerjasama DEIG-swasta pastikan pembangunan projek peduli rakyat

Posted: 19 Aug 2015 04:45 PM PDT

DEIG: MB Selangor ingatkan Adun jangan ikut skrip 'orang luar'

Posted: 19 Aug 2015 04:45 PM PDT

MB Selangor: DEIG tingkatkan pelaburan, bukan pesaing MBI

Posted: 19 Aug 2015 04:44 PM PDT

DEIG lindungi Kerajaan Negeri Selangor dari risiko

Posted: 19 Aug 2015 04:43 PM PDT

RM2.6B: SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIB...

Posted: 19 Aug 2015 04:40 PM PDT

Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-

Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.
Siap mengungkapkan  "baeeek punya ayat",  "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata  boleh terpedaya dengan "lakonan"  Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ  itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi.

Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."
Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013  ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: Penubuhan JKNMPP sia-sia

Posted: 19 Aug 2015 04:36 PM PDT

Menurut Dr Mahathir jawatankuasa berkenaan akan dibatal jika siasatannya membabitkan Najib.
Tun-Mahathir2
PETALING JAYA: Penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) dianggap sebagai sia-sia.
Pandangan itu dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sama sekali menolak idea itu.
"Buat apa? sebelum ini juga mereka ada menubuhkan satu jawatankuasa tetapi dibatalkan.
"Kalau dia (Najib) disiasat, ianya turut akan dibatalkan. Jadi buat apa tubuhkan jawatankuasa ? ianya bukan soal jawatankuasa," katanya yang dipetik daripada portal peraktoday.com.my
Beliau berkata demikian selepas menghadiri forum "Social Evolution in Malaysia: What's Next?" di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak
Ia reaksi kepada cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menubuhkan JKNMPP yang mengawal selia pembiayaan dana yang diterima parti politik.
Pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti itu akan membuat pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:38 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Orang Melayu dan UMNO Najib.

Posted: 19 Aug 2015 01:44 AM PDT

sakmongkol.blogspot.com

Kemelayuan Ismail Sabri Yaakob. 

Ini isiu yang penting. Saya cuba huraikan dengan bahasa yang semudahnya. Jika ia melibatkan orang Melayu dalam UMNO sahaja, ia bukan hal saya. 

Tapi ia melibatkan keseluruhan bangsa Melayu. Ada yang sokong UMNO, ada yang tidak sokong. Kita hormatilah perbezaan. ini bukan soal aqidah sehingga kita hendak berbunuhan sesama sendiri.

 Sahabat saya ahli parlimen Bera, DS Ismail Sabri Yaakob baru2 ini mengistiharkan bahawa masa depan orang Melayu hanya dengan UMNO.Ini kenyataan yang menarik. 
Hanya di Malaysia masa depan sesuatu bangsa itu bergantung kepada parti politik. Ditempat lain, masa depan sesuatu kaum bergantung kepada kaum itu sendiri. 

Tuhan pun ada menyebut Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dia tidak sebut sehinga mengubah UMNO atau kekal UMNO. 

Maka yang penting kita tanya, adakah mereka ada dalam diri mereka itu, himpunan nilai2 untuk membangun dan memajukan? 

Terjemah kedalam politik, ia bererti sama ada mereka ada system nilai yang membentuk sebuah kerajaan yang didirikan diatas system perintah ikut hukum dikendalikan oleh yang terbaik dari kalangan kaum tersebut.Bila tuhan lantik Talut jadi raja dan pemimpin, kaum mereka protes. Meraka kata Talut tidak kaya dan bukan dari klik mereka. Tuhan nyatakan 2 syarat penting ialah sihat tubuh badan dan kuat minda nya. Melihat kepada apa yang Najib lakukan hari ini, macam ada sedikit sakit mental. 

Hanya di Malaysia ianya lain. Bergantung mutlak kepada UMNO- sebuah parti politik. Tidak kira sama ada UMNO ada system nilai atau tidak, tidak kira pimpinan UMNO itu terbaik atau tidak dan tidak kira sama ada pimpinan UMNO itu korap atau tidak. 

Agak nya, atas semangat itulah maka dia keluar kenyataan mahu bina Low Yatt untuk Melayu. Peniaga Melayu , pembeli nya Melayu. Dia lupa bahawa master distributor dan principals semua Cina. 

Ini suatu pandangan yang haibat. Cukup haibat. Saya sangat alu alukan bila pemimpin UMNO bercakap mengenai Melayu. 

Elok juga pemimpn UMNO bercakap mengenai pasaraya untuk Melayu, kedai runcit untuk Melayu( mamak mydin pun tak boleh) kopi tiam untuk melayu. 

Paling elok, bikin undang2 mengharam orang Melayu beli daripada kedai bukan Melayu.
Namakan dasar ini,  Jihad pengguna. 

Atas nama keadilan, kalau kita dilarang beli dari kedai cina,larangan serupa mesti dikenakan keatas pekedai India. Haramkan makan nasi daun pisang. 

Pemimpin UMNO bila bercakap memang bersemangat mengenai semua Melayu. Tapi bila melaksanakan dasar, rakan kongsi Cina belaka. Mereka bercakap mengenai perkara2 meMelayukan itu ini, sudah 45 tahun sejak 1970.

Apa yang terjadi sejak itu? Pegangan ekwiti Melayu secara individu sekitar 19%. Hanya memasukkan GLC, ekwiti Melayu tinggi. Itupun kalau kita anggap GLC mewakili kepentingan Melayu. 

Berapa perniagaan yang sudah di divest oleh GLC kepada peniaga Melayu? 

Ternyata GLC kayakan segelintir Melayu. Bagaimana kita atasi? Dengan mengurangkan perniagaan diberi kepada GLC. 
Dan GLC seringkali berfungsi sebagai atm elit UMNO. 

Nilai saham yang diberi kepada individu Melayu 1970-1990 bernilai RM54 billion, sekarang hanya RM2 billion. Mereka yang dapat borang pink , saham percuma, saham anugerah pada harga anugerah dengan pembiayaan anugerah, sudah jual masa depan bangsa Melayu. 

Melayu menjual diri mereka sendiri. Melayu tidak berminat membina sumber aliran kekayaan berterusan. Dasar mengayakan segelintir Melayu dengan harapan terjadi lelehan kebawah, tidak berjaya.

Tapi itulah yang terjadi dalam dasar ekonomi yang UMNO laksanakan.UMNO memuliakan trickle down economics. 

Bagaimana kesenjangan pendapatan antara kumpulan 20% teratas dengan kumpulan 40% terbawah atau dengan kita selebihnya ini? Kumpulan T20 pemilik pendapatan purata bulanan RM12,000; kita punya pendapatan purata mungkin hanya Rm2000. RM1686 untuk B40. 

Makanya, semua cakap besar mengenai meMelayukan ini dan itu, semua nya omongan kosong. 

Selagi sumber pengkayaan tidak diletakkan kedalam tangan ejen2 ekonomik secara lansung, mala masaalah ekonomi orang Melayu akan begitulah juga. 

Ismail Sabri memang ada semangat untuk bercakap mengenai semua nya Melayu. Suatu ketika saya cukup kagum dengan usaha dia mahu menjadikan pengurangan dan penghapusan orang tengah sebagai suatu dasar. Maka lahirlah jihad orang tengah. 

Tapi saya lihat pegawai Mardi di Raub beli buah durian bukan secara lansung dari petani Melayu, tapi beli dari pemungut dan pusat kumpulan durian yang dimiliki oleh orang Cina. 

Penanam dapat untung 4 sekilo, orang tengah dapat untung RM6, MARDI dapat untung RM 10. 

Siapa jadi orang tengah? Cina dan MARDI. Orang tengah bernama Si Mardi ini pula menjual; Di Singapura, sekilo RM60. Di Hong Kong RM70 sekilo. jika kos mardi ialah 70%, maka untung kasar sekilo si Mardi menjadi RM18-RM21 sekilo. 

Mardi institusi kerajaan. Mereka boleh beli secara lansung jika pegawai nya rajin masuk bukit dan kampong Melayu. 

Mengenai Ismail Sabri, dia ahli umno dan menteri UMNO maka kenyataan nya boleh kita simpati dan faham. Namun, kenyataan nya boleh dilihat sebagai self-serving juga. Kalau dia tak kata demikian, apa yang hendak dikata? 

Perlukah Pengundi Melayu pada UMNO.

Kita telah buktikan bahawa , kita tidak musnah kerana tidak sokong UMNO dalam PRU13. Malah, bencana menimpa kita dengan kita mengekal Najib dan UMNO sebagai kerajaan. 

Izinkan saya ulang sekali lagi. Daripada 11 juta pengundi dalam PRU13, 65% atau lebih adalah orang Melayu. Yakni 7.2 juta. 

Jika semua undi yang UMNO dapat sebanyak 3.2 juta itu Melayu, orang Melayu yang tidak undi UMNO ialah 4.0 juta. Mengapa lah susah sangat orang UMNO faham bahawa pengundi Melayu yang tidak menyokong mereka lebih ramai daripada yang menyokong? 

Perhatikan lagi. Mustahil 100% pengundi Melayu undi UMNO. Saya orang Melayu calun DAP pun dapat undi orang Melayu. Mungkin mereka mengundi saya sebab saya seperti mereka, adalah sesama Melayu, sesama beragama Islam dan sesama bertaat setia juga kepada Raja Melayu saya. Kepada mereka, ini pertimbangan yang lebih utama daripada melihat saya calun UMNO atau tidak. Ini bukti orang Melayu sedia sokong calun asalkan dia Melayu walaupun bukan dari UMNO.

Katalah daripada 3.2 juta yang undi UMNO itu 85% orang Melayu- maka jumlah yang mengundi UMNO ialah 2.72 juta Melayu. 

Itu bererti jumlah Melayu yang tidak menyokong UMNO daripada 7.2juta ialah 4.5 juta.

Apa point saya?

Biarkan Melayu UMNO sahaja sokong kebathilan dan kemungkaran.

Point saya ialah kita sesama Melayu, sesama agama dan sesama Raja lebih baik biarkan semua ahli UMNO sokong apa yang presiden parti mereka lakukan. Kita jangan tercemar dengan kotoran dan daki yang umno bawa.  

Kalau mereka anggap apa presiden parti buat tidak salah apa2, apa kita hendak sibuk?

Kecuali kita Melayu yang diluar UMNO tidak memerlukan sebuah parti yang memuliakan korapsi, salah guna kuasa, dan kerendahan akal budi. Kita tidak memerlukan parti seperti ini kerana ia bertentangan dengan nilai yang kita pegang. 

Ia bukan parti Onn Jaafar, bukan UMNO Tengku Abdul Rahman dan bukan UMNO Tun Razak. 

Bila mereka lakukan demikian, ertinya orang Melayu dalam UMNO akan mempertahankan pesalah, perasuah, pemimpin yang korap, penyamun dan perompak, pemimpin zalim dan pemimpin yang membodohkan rakyat khususnya orang Melayu. 

Biarlah orang Melayu UMNO sahaja yang memaafkan penyonglap wang dan pemimpin bodoh-  manakala kita, majoriti orang Melayu jangan mengikat diri kita dengan UMNO. 

Batal beri air percuma khianat rakyat Selangor - Khalid Ibrahim

Posted: 19 Aug 2015 01:39 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor boleh dianggap mengkhianati janji manifesto mereka dalam 2 kempen pilihan raya umum yang lalu sekiranya pemberian air percuma kepada semua penduduk negeri itu dibatalkan, kata bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
ADUN Pelabuhan Klang itu berkata pada masa sama, tindakan sedemikian juga akan mempamerkan ketidakupayaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam mencapai keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kewangan negeri.
 
"Ia bakal menyerlahkan ketidakupayaan menteri besar mencapai keseimbangan serentak antara menyediakan kusyen dalam mengharungi kenaikan kos sara hidup dan memastikan belanjawan berimbang dan pengumpulan rizab berterusan.
 
"Ini sangat bercanggah dengan ura-ura kononnya pemberian air percuma akan dinaikkan pada 40 meter padu sebaik penstrukturan selesai seperti diumumkan menteri besar Disember lalu," katanya yang dipetik Berita Harian hari ini.
 
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya menghukum seluruh rakyat Selangor hanya kerana segelintir pengguna tidak memanfaatkan program yang menelan belanja RM120 juta setahun itu.
 
Katanya, kredibiliti pembangkang sebagai kerajaan negeri juga akan turut dipersoalkan kerana program berkenaan diperkenalkan mereka sendiri.
 
Azmin pada Isnin berkata, Selangor mahu meneliti semula pemberian air percuma 20 meter padu sama ada program itu benar-benar menepati hasrat asal yang bertujuan membantu rakyat.
 
Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri menerima rungutan program yang menelan belanja RM120 juta setahun itu tidak dimanfaatkan sebilangan rakyat.
 
"Dia guna bukan untuk diri dia tetapi berkebun, kolam renang sedangkan rakyat miskin yang tiada kolam air tidak mendapat manfaat," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam Isnin lalu.

'Jangan halalkan fitnah mereka, rosakkan Islam'

Posted: 19 Aug 2015 01:35 AM PDT

AHMAD AMZAD HASHIM
AHMAD AMZAD HASHIM
 
 
KUMPULAN serpihan Harapan Baharu ini sedikit pun tidak merasa bersalahkah dengan perbuatan mereka bersekongkol menjaja fitnah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yg melibatkan sampai berjela-jela  fitnah yang disenaraikan sehingga 90 muka surat?

Belumpun sempat dibicarakan secara penuh di Mahkamah, sekarang PKR dan Saifuddin Nasution sudah mengaku memfitnah dengan mengaku kesemua 90 muka surat berkenaan, tidak ada satu pun yg betul.

Sudah membuat ikrar bersumpah di depan Pesuruhjaya Kehakiman di dalam mahkamah bahawa beliau tidak akan lagi mengulangi dan  menyebut fitnah itu lagi.

Kerana fitnah ini orang marah pada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, para ulama dan Pas yang tidak menyokong perbuatan ini dengan membabi buta.

Kerana fitnah ini Sultan Selangor dan Institusi Sultan dipertikai kuasa dan dibuat serta dibiarkan jadi bahan sendaan oleh golongan ini.

Kerana fitnah bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara terpalit najis dosa mengumpat keji Khalid Ibrahim kerana percaya kepada mereka yg bersungguh menjaja cerita. Ke sana ke mari dengan roadshownya.

Demi fitnah ini, ada Adun Pas yang mengkhianati ketetapan parti sendiri. Sekarang sudah nyata sifat mereka dengan mengisytihar keluar Pas.‎

Semua yg bersekongkol melakukan perbuatan fitnah inilah yang ALLAH SWT zahirkan supaya umat manusia senang kenal dengan mengumpulkan mereka dalam satu kumpulan yang mereka nama kan Harapan Baharu. Dan 'bisnes seperti biasa, roadshow lagi".

Mereka ini disokong kuat oleh DAP dan hampir mustahil kita akan jumpa mereka akan sanggup keluarkan kenyataan yg bertentangan dengan kepentingan DAP hatta dalam perkara yang menjolok mata bercanggah prinsip Islam mahupun menggugat kepentingan orang Melayu.

Mereka menyerang Pas yang sekarang teguh bersatu dgn lebih 80 peratus ahli yang memilih kepimpinan sekarang dengan proses demokratik yang tak mampu dipertikaikan.

Mereka memfitnah Pas konon akan masuk Umno. Sedangkan Pas siang malam pagi petang mengajak ahli Umno agar meninggalkan bahtera rosak dan reput yg sedang karam, mengajak sertai Pas sebagai pilihan baru, nafas baru untuk orang-orang Islam, melayu dan bukan Melayu yang mahu ikut bersatu membina kebangkitan baru.

Setakat ini purata kemasukan baru ahli ahli Pas adalah sekitar 4,000 diseluruh  negara dengan permohonan baru lebih 10,000. Ini sejak muktamar Pas terakhir yang lalu.

Pas menyeru rakyat supaya jatuhkan BN, tetapi mereka seru agar Umno diberi harapan baru dengan tukar Najib dengan Muhyiddin. Apa mereka mahu buat setelah Muhyiddin pula yg jadi Perdana Menteri, pengerusi BN? Gencatan senjata 2 tahun sebab orang baru putih bersih belum buat salah?

Tun Mahathir berulangkali menyebut tujuan menyingkirkan Datuk Seri Najib untuk menyelamatkan Umno.

Islam tak tertegak dengan menjadikan tabiat memfitnah sebagai rutin dan seruan yg menghasut dan menyesatkan rakyat.

Islam hanya akan tertegak jika kita terus beristiqomah atas prinsip dan dasar Islam. Bukan dengan menggadaikannya atas apa alasan pun.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, sebarang perubahan dan seruan kebangkitan, jangan sampai melibatkan kekacauan dan menyusahkan rakyat.

Kita mahu mensejahterakan kehidupan. Bukan mengheret rakyat ke jurang penderitaan.

(*)  HJ AHMAD AMZAD HASHIM, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat
 

Azwan: Penentang Najib di bawah tapak kaki saya

Posted: 19 Aug 2015 01:30 AM PDT


Azwan: Penentang Najib di bawah tapak kaki saya
Azwan Ali. - Foto Media Hiburan
"KEPADA semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," demikian kata Azwan Ali yang mahu dikenali dengan panggilan 'Diva AA' dalam temuramah eksklusif bersama Media Hiburan, hari ini.
Menurut Azwan, hak untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak beliau yang dijamin di bawah perlembagaan.
"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," kata beliau kepada Media Hiburan.
"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi. 
Sebelum itu, wartawan Media Hiburan menghubungi Azwan untuk mendapatkan kepastian mengenai laporan polis yang dibuat diva tersebut terhadap seorang pengguna Instagram.
Difahamkan, Azwan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang selepas diugut di laman Instagram beliau @divaazwanavazz pada malam 17 Ogos 2015.
"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! 
"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.
Azwan juga menasihatkan supaya pengguna Instagram tersebut dan pelayar lain yang bersikap anti Perdana Menteri supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk ke dalam penjara.
"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua. 
"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan. 
"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya menutup sesi perbualan. 

NGO desak SKMM sekat akses Malaysiakini

Posted: 19 Aug 2015 01:20 AM PDT

MALAYSIAKINI





NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya menyekat akses kepada portal berita Malaysiakini serta merta.

Penasihatnya Ramesh Rao mendakwa sejak pilihan raya umum ke-13, portal berita itu menyiarkan berita yang didakwanya "bercanggah, memeningkan, dan fitnah".

Walaupun pembetulan dibuat, beliau berkata pembaca akan menganggap bahawa artikel awal itu betul dan pindaan berikutnya adalah hasil daripada tekanan dan ancaman kepada penerbitan itu.

"Berita pertama adalah yang diterima, yang dianggap benar oleh rakyat Malaysia yang propembangkang.

"Bagi mereka, selepas diedit dah, 'oh ini diugut, oh ini ada orang dah telefon, ini dia dah tunduk kepada desakan," katanya kepada pemberita hari ini

"Dan bila Malaysiakini buat ralat, (letak) dekat bawah (dalam) kolum yang kecil saja. Dia tak mohon maaf secara terbuka, tidak buat kenyataan yang konsisten. Tak nampak," katanya.


PAS akan sokong undi tak percaya pada PM

Posted: 19 Aug 2015 01:17 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

 

 
PAS akan menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika dibentangkan di parlimen.

"Jika ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata ikrar daripada PAS itu dibuat selepas pengarah pilihan raya parti berkenaan, Datuk Mustafa Ali menyokong langkah sedemikian.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mempersoalkan mengapa pihak polis tidak menyiasat 20 orang ahli parlimen BN dan "orang tua misteri" yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Najib di bawah Seksyen 124B.

"Tiada tindakan melarang para ahli parlimen BN dan orang tua misteri yang dituduh itu keluar negara seperti yang dikenakan pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini?

"Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara?" soal Tuan Ibrahim.

Katanya lagi, oleh kerana pihak polis tidak bertindak di atas khabar angin itu, beliau berharap agensi tersebut tidak bertindak ke atas penganjur Bersih 4 di atas seksyen yang sama kerana ia hanya akan memburukkan imej mereka di mata rakyat.


Harapan Baharu: Ahli Pas perlu gentleman

Posted: 19 Aug 2015 01:10 AM PDT


Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Ahli Pas yang berminat menyertai Harapan Baru diminta mengisytiharkan penglibatan mereka secara gentleman.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu lebih baik daripada mereka terus jadi 'duri dalam daging' dalam Pas.

"Bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, apabila mereka keluar daripada Pas, mereka boleh bentuk apa-apa parti mengikut kebenaran  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

"Tetapi, sebelum itu mereka perlu beritahu kedudukan sebenar (sertai parti baharu ) daripada terus menjadi 'duri dalam daging' kepada Pas. Apabila dah isytihar sertai parti baharu, mereka secara 'gentleman' boleh kemukakan dasar, strategi dan arah perjuangan mereka secara terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Galeri Tok Guru di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), semalam.

Ditanya mengenai kerjasama dengan parti baharu itu, Ahmad menyifatkan masih terlalu awal untuk Pas memutuskan perkara tersebut.

Katanya, sebagai parti politik, isu kerjasama itu lumrah biasa, namun perlu diteliti terlebih dahulu arah tujuan dan objektif parti baharu tersebut.

"Tunggu parti baharu itu ditubuhkan dulu, sebab kena tahu matlamat penubuhan mereka," ujarnya.

Mengulas mengenai perhimpunan jalanan Bersih 4.0 Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas masih belum menerima sebarang kata putus daripada pemimpin tertinggi parti.


'Tolong benarkan Anwar dibedah'

Posted: 19 Aug 2015 01:04 AM PDT

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

 
PETALING JAYA - PKR mendesak kerajaan agar prihatin dengan keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin serius.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata,  Kementerian Dalam Negeri ( KDN ),  Jabatan Penjara dan pihak hospital sudah maklum mengenai kecederaan bahu yang dialami bapanya itu.

Menurut beliau, kecederaan itu sudah bertambah buruk, menyebabkan ketidak selesaan dan kesakitan kepada Anwar.

"Kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Datuk Seri Anwar dan mendesak untuk dilakukan pembedahan dalam kadar segera.

"Kami telah memohon dan merayu rawatan dan penyelesaian untuk masalah tersebut secara terus dan juga melalui peguam kami. (Bagaimanapun ) rayuan kami setakat ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa, " katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan sebentar tadi.

Pada Julai lalu Anwar sekali lagi di masukkan ke Hospital Kuala Lumpur susulan kecederaan bahu yang dialaminya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tweetnya meminta pihak bertanggungjawab memberikan rawatan yang terbaik kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Nurul Izzah berharap, perdana menteri mengotakan janjinya dan segera memberikan rawatan sewajarnya kepada bapanya.

Ahli Parlimen Kuala Langat,  Abdullah Sani berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi rawatan kepada penghuni penjara.

"Tolonglah ini rayuan kami. Tolonglah (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi ada sikap perikemanusiaan pada Datuk Seri Anwar," katanya.

Bekas Ketua Pembangkang itu dimasukkan ke penjara Februari lalu setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.


Kalau majoriti cukup, apa salahnya

Posted: 19 Aug 2015 01:01 AM PDT

Lim Kit Siang
Kit Siang


KUALA LUMPUR - "Kalau kita (Ahli Parlimen) tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan cukup majoriti mahu dia dihentikan apa salahnya?" demikian kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika disoal oleh media mengenai isu 'guling kerajaan'.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, istilah guling kerajaan adalah tidak tepat untuk menggambarkan keadaan tersebut (situasi ahli parlimen untuk memberi undi tidak percaya kepada PM), kerana guling kerajaan itu merujuk kepada kekerasan dan tidak bertindak mengikut Perlembagaan.

"Sampai sekarang tidak ada bukti bahawa ada usaha untuk menggulingkan kerajaan, mana? Mengguling apa ertinya? Ialah menggunakan cara kekerasan, cara tidak ikut Perlembagaan itu.

" MP tidak percaya pada PM bukan guling, dalam sistem demokrasi MP boleh tukar PM sama ada dalam Dewan Rakyat melalui undi tidak percaya atau luar dewan ikut formula Perak," katanya pada sidang media DAP di Ibu Pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Kit Siang berkata, beliau tidak dapat memastikan adakah benar adanya dakwaan yang membabitkan ahli Umno untuk jatuhkan Najib.

"Saya tidak pasti ada ke tiada, cuma kalau ada, kalau mereka tidak mahu Najib lagi, mereka boleh lakukan dengan cara undi tidak percaya (ikut Perlembagaan)," katanya.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada mendedahkan komplot untuk menjatuhkan Najib membabitkan pemimpin Umno.

Namun dakwaan yang membabitkan pemimpin Umno seramai 20 orang sepertimana yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak disangkal oleh Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad semalam.

Derma, ringgit jatuh lagi penting dari anak panda

Posted: 19 Aug 2015 12:59 AM PDT

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
 
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan menyegerakan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap skandal derma dan mengambil langkah mengawal kejatuhan mata wang negara.
 
Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan berkata, banyak isu-isu utama yang perlu diselesaikan bukannya memberi perhatian terhadap kelahiran anak panda di Zoo Negara.
 
Sehubungan itu, beliau berpendapat Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini tidak perlu disegerakan.
 
"Kami mengalu-alukan kepentingan penubuhan JKNMPP tetapi ia tidak perlu disegerakan buat masa ini. Inisiatif berkenaan hanya ditimbulkan oleh perdana menteri 14 Ogos lalu setelah pendedahan 'skandal derma' RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadinya baru-baru ini.
 
"Walhal, apa yang lebih penting sekarang ialah ruang perlu diberikan seluas-luasnya kepada SPRM untuk mendapatkan keterangan daripada perdana menteri berhubung 'derma' tersebut. Ia jelas bahawa 'derma' tersebut masih meragukan dan terbuka kepada tafsiran istilah suapan yang termaktub dalam Seksyen 3, Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
 
Jumaat lalu, Najib mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.    
 
JKNMPP katanya akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun, dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
 
Khairil Nizam yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, Najib perlu berani memanggil sidang khas Dewan Rakyat bagi meluluskan pelantikan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang baharu dan pembentangan laporan interim siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiapkan oleh Jabatan Audit Negara.
 
"Bank Negara Malaysia juga telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara berhubung skandal 1MDB. Maka, mengapa kesemua isu utama ini sengaja dilengahkan dan dikaburkan daripada pengetahuan rakyat?," katanya.
 
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap kejatuhan mata wang yang teruk namun tiada langkah konkrit diambil kerajaan dalam menstabilkan nilai mata wang kita.
 
"Rakyat juga sangat bimbang dengan kejatuhan teruk nilai Ringgit Malaysia yang telah berlegar sekitar RM4.15 berbanding dolar. Sehingga ke hari ini, tidak ada satu jaminan atau langkah konkrit kerajaan untuk menstabilkan nilai ringgit. Ini termasuklah krisis keyakinan pelabur antarabangsa dalam pasaran domestik serta kemerosotan nilai dagangan eksport sehingga pertengahan tahun ini.
 
"Ini adalah isu-isu yang lebih utama untuk diselesaikan. Bukannya menyegerakan proses legitimasi pembiayaan dana politik, memainkan propaganda menggulingkan kerajaan dan memerhati perkembangan kelahiran baru anak panda Liang Liang di Zoo Negara.
 
"Kami melihat tren politik yang cuba direncanakan ini hanya untuk menyelamatkan kepentingan pihak tertentu dalam Umno sehingga mengabaikan maslahah rakyat dan negara," katanya.
 
 

1.68 Juta Lelaki Rakyat Malaysia Lemah Tenaga Batin

Posted: 19 Aug 2015 12:44 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
- Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.68 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami Disfungsi Erektil (ED), kata presiden Persatuan Farmasi  Malaysia Datuk Nancy Ho.

Bagaimanapun, katanya kebanyakan mereka keberatan atau takut berjumpa pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan masalah itu yang juga dikenali sebagai lemah tenaga batin.

"Terdapat banyak cabaran untuk merawat ED terutamanya akibat keengganan mereka berbincang secara berterus terang tentang masalah itu atau dihalang oleh kepercayaan berasaskan budaya dan set minda," katanya ketika berucap pada Persidangan Mengenai Peranan Ahli Farmasi Dalam Menangani ED di sini, Selasa.

ED ialah ketidakmampuan berterusan atau secara berulang untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan secukupnya bagi melakukan hubungan seks dengan memuaskan.

Ho berkata keadaan psikologi dan emosi seperti stres, kemurungan atau kerisauan serta kehilangan harga diri boleh menjadi punca ED.

"Rawatan ED tidak patut dipandang remeh...kini terdapat pelbagai kaedah rawatan dan pesakit hanya perlu berunding dengan doktor tentang bentuk rawatan yang perlu dilakukannya," kata Ho.

Beliau berkata ahli farmasi bersedia mengadakan perbincangan secara peribadi mengenai opsyen bagi seseorang untuk mendapatkan rawatan berkesan bagi masalah ED.

Letupan Bangkok: Wisma Putra Sahkan Kematian Empat Rakyat Malaysia

Posted: 19 Aug 2015 12:40 AM PDT

Oleh: T. AVINESHWARAN
 
 
Lee Tze Siang (kiri) dan anak perempuannya, Lee Jing Xuan terbunuh, manakala isterinya Neoh Ee Ling terselamat.
 
 
PETALING JAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia telah terkorban dalam insiden letupan bom berhampiran Kuil Erawan di Bangkok.

"Kementerian mengesahkan bahawa terdapat dua orang lagi warganegara Malaysia telah terkorban  dalam insiden letupan bom di daerah Ratchaprasong, Thailand pada Isnin menjadikan jumlah mangsa warganegara Malaysia yang terkorban sehingga kini seramai empat orang.

"Dua rakyat Malaysia tersebut adalah mendiang Lee Tze Siang dan anak beliau, mendiang Lee Jing Xuan, kini ditempatkan di Police General Hospital dan Hospital Chulalongkorn Bangkok bagi urusan bedah siasat.

"Dua mangsa insiden ini iaitu Mendiang Lim Saw Gek dan anak beliau Mendiang Neoh Jai Jun telah dikenal pasti," kata kementerian dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Antara yang cedera adalah Neoh Hock Guan, yang menerima rawatan di Police General Hospital.

"Ini menjadikan bilangan mangsa rakyat Malaysia yang cedera meningkat kepada tiga."

Kementerian Luar Negeri telah mengesahkan komitmennya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan akan terus berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden ini.

Bilik Gerakan Insiden Letupan juga telah dibuka.

Status Rasmi Vape Diketahui Dua Bulan Lagi - Majlis Fatwa Kebangsaan

Posted: 19 Aug 2015 12:38 AM PDT

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Pengguna vape kini menjadi trend di kalangan remaja.
 
 
PETALING JAYA: Status rasmi pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape di kalangan umat Islam akan diputuskan selepas kajian mengenai kesannya terhadap kesihatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan dalam tempoh dua bulan lagi.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, keputusan hasil kajian mengenai kesan penggunaan vape  akan ditentukan hasil kajian menyeluruh oleh pakar-pakar di Kementerian Kesihatan.

"Oleh itu, kita sebenarnya masih menunggu keputusan muktamad daripada pakar Kementerian Kesihatan mengenai risiko penggunaannya. Sehingga keputusannya diperolehi, saya nasihatkan pengguna vape supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu. Itu lebih baik, lagipun penggunaannya tidak mendatangkan sebarang kebaikan," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Beliau berkata, seandainya kajian pakar mendapati penggunaan vape mendatangkan kemudaratan sama seperti rokok dan shisha, maka dari segi hukum ia tidak harus dihisap.

"Segalanya bergantung kepada keputusan ahli pakar yang akan menilai kesan penggunaannya. Kita akan tunggu keputusan tersebut," katanya lagi.

Sebelum itu, muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 17 Julai 2013 bagi membincangkan tentang hukum shisha, memutuskan bahawa shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Sementara pada 12 Ogos baru-baru ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati pengguna vape atau shisha agar berhenti menggunakan alat tersebut sementara keputusan mengenai risikonya diumumkan oleh pihak kementerian.

Beliau berkata kementerian tersebut sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan vape dan shisha kepada kesihatan.

"Pada pandangan kementerian, kami menganggap ia sebagai satu lagi bentuk rokok tetapi caranya berbeza. Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama.

"Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu," kata Subramaniam.

Rokok elektronik atau vape adalah satu alat yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair bagi menghasilkan wap.

Dr Abd Shukor juga menambah, status penggunaan vape masih belum lagi diputuskan sebagai haram sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa akhbar pada Selasa.

"Ia masih belum dibawa ke peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya tak katakan rokok elektronik (vape) itu haram... yang kita dah putuskan dalam fatwa adalah rokok dan shisha. Itu lama dah kita putuskan.

"Sekiranya penggunaan vape kesannya sama macam rokok dan shisha maka boleh kita kiaskan hukumnya sebagai haram. Tetapi saya kata kita kena tunggu keputusan hasil kajian mengenai penggunaannya daripada pakar-pakar termasuk Kementerian Kesihatan.

"Kalau nak hukum secara rasminya saya akan bawa ia ke Majlis Fatwa Kebangsaan. Itu sahaja," katanya.

USUL TAK PERCAYA LEBIH MUDAH JIKA ZAHID SENDIRI MENGETUAINYA

Posted: 18 Aug 2015 06:26 PM PDT

shahbudindotcom

 
 
Sudah masuk hari ketiga hari ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai pemimpin UMNO yang disebutnya Sabtu lalu mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam masa yang sama, turut gagal membuktikan kesahihan dakwaannya sehari selepas itu bahawa pemimpin UMNO terbabit akan datang menemui Najib Razak pada jam 6 petang Ahad lalu untuk meminta maaf.

Bermakna, bukan saja pemimpin UMNO yang didakwanya mahu menjatuhkan Najib itu tidak berjaya dibuktikan sehingga kini, malah dakwaannya pemimpin tersebut akan meminta maaf kepada Najib tidak lebih seperti "maklumat tepi jalan" atau "gossip cerita artis" semata-mata.

Dengan ini, tentulah ramai yang hairan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh membuat "dakwaan kosong" sebegitu rupa dan ia barangkali tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penyandang jawatan itu sebelum ini.

Oleh kerana Zahid masih terbelenggu dengan "janji lama" dalang Lahad Datu dan bukti Syiahnya Mohamad Sabu yang yang masih belum ditunaikannya, beliau kini mempunyai dua pilihan untuk dilakukannya.

Pertama, segera membuktikan kebenaran dakwaannya terbaru itu dengan menyebut nama pemimpin UMNO terbabit supaya beliau dilihat benar-benar berwibawa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada harapan menjadi Perdana Menteri di masa depan.

Kedua, terus membuat "dakwaan-dakwaan kosong"  atau bersandarkan "kicauan burung" ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO pada minggu-minggu seterusnya agar dirinya kekal dikenali dengan watak seperti "pembawa gossip artis"  untuk selama-lamanya.

Mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen hakikatnya sukar dilakukan oleh pihak di luar daripada hireaki UMNO. Oleh kerana pembangkang sendiri mempunyai kerusi yang sedikit dan orang di luar UMNO dan kerajaan pula tidak mempunyai kekuatan pengaruh yang mencukupi, laluannya tidaklah semudah yang dijangka.

Ia lebih mungkin dilakukan oleh pihak dalam hireaki UMNO dan kerajaan sendiri kerana mereka lebih mudah mendekati rakan-rakan Ahli Parlimen dalam parti sendiri serta melakukan tawar-menawar dengan pihak pembangkang.

Dalam situasi kedudukan Najib yang kian lemah berikutan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya yang bertambah kalut hari demi hari, harus diakui kedudukan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang turut bertambah sukar.

Muhyiddin sendiri baru-baru ini berkata, jika dalam sepuluh orang yang ditanya, terdapat dua atau atau tiga yang menyokong BN, ia sudah dikira cukup beruntung.

Generasi muda tambah parah lagi kedudukannya, lihat sahaja gelombang dalam Pemuda UMNO. Selain beberapa Pemuda UMNO bahagian secara terbuka mendesak Najib berehat dan berundur, rata-rata yang lain turut menolaknya dalam diam sehingga sayap kanan itu tidak lagi dilihat berperanan sebagai benteng utama mempertahankan Najib.

Oleh yang demikian, jika Zahid memahami situasi penolakan terhadap Najib ketika ini, beliau bukan saja patut menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen demi menyelamatkan masa depan UMNO dan kerajaan, bahkan harus menjadi sebahagian pendahulunya.

Alang-alang sudah menyebut ada tokoh UMNO mahu berbuat demikian dan ia terus memalukannya kerana tidak berjaya dibuktikan, lebih baik ia dijadikan kenyataan dengan Zahid sendiri melakukannya.

Lagi pula menolak Najib adalah kehendak majoriti ahli UMNO dan rakyat yang makin membesar dan tidak dapat disembunyikan lagi.
 
 

RM11 bilion pelaburan asing dibawa keluar kerana ketidakstabilan politik

Posted: 18 Aug 2015 06:18 PM PDT

Dia mendakwa pelabur tidak yakin dengan kepemimpinan negara kerana wujudnya campur tangan dalam siasatan untuk menegakkan keadilan.


Nurul-Izzah-Anwar,-economy


PETALING JAYA : Sekurang-kurangnya RM11 bilion nilai pelaburan asing telah dibawa keluar dari negara ini pada minggu lalu ekoran ketidakstabilan politik dan ekonomi.

Dakwaan itu dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, pelabur asing telah membawa keluar pelaburan kerana kurangnya keyakinan terhadap kepimpinan negara yang ada pada hari ini.

Katanya, ketidakyakinan pelabur asing itu disebabkan wujudnya dakwaan campur tangan pemimpin negara terhadap siasatan oleh pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa, kenyataan Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam temubual bersama sebuah akhbar baru-baru ini telah menimbulkan lagi banyak persoalan tentang wujudnya kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.

"Halangan berterusan berkenaan keadilan ini seharusnya dihentikan. Suatu penyiasatan segera atas halangan dan gangguan yang timbul terhadap kertas pertuduhan hendaklah dimulakan," katanya dalam kenyataan.

Nurul Izzah mendakwa, kontroversi politik yang berterusan seperti pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail dan tekanan terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuatkan pelabur asing tidak yakin untuk terus melabur di negara ini.

Surat untuk penyokong UMNO

Posted: 18 Aug 2015 06:15 PM PDT

penyokong umno kedah bawa anak kecil ori

Oleh Iskandar Fareez

Saudara dan saudari,

Dalam kalangan rakan-rakan saya ada penyokong daripada banyak parti politik baik UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain. Satu-satunya titik persamaan antara kesemua penyokong-penyokong pelbagai parti ini adalah bagaimana kita semua mahukan yang terbaik buat Malaysia, negara yang kita cintai. Walaupun caranya berbeza, matlamatnya tetap sama.

Sebagai negara berdemokrasi, parti-parti tersebut akan bersaing sesama sendiri dengan mempersembahkan ideologi dan dasar yang mereka fikirkan dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Rakyat pula akan memberi undi kepada parti yang paling serasi dengan mereka. Parti yang memiliki majoriti akan seterusnya membentuk kerajaan.

Sebagai konvensyen, parti majoriti akan melantik presidennya sebagai Perdana Menteri negara. Begitulah aturannya di Malaysia, dengan adanya sistem demokrasi, rakyat mengharapkan wujudnya mekanisme semak dan imbang yang dapat memastikan kerajaan sentiasa mengutamakan keperluan rakyat. Apabila seorang Perdana Menteri mula menyeleweng maka sepatutnya beliau diganti dengan seseorang yang lebih berkelayakan.

Saban hari sejak tercetusnya skandal 1MDB, kita lihat Perdana Menteri Najib Razak masih kekal memegang tampuk kuasa walaupun persoalan demi persoalan timbul berkaitan penglibatan beliau dalam skandal tersebut. Bagi yang belum sedar, walaupun dalam teorinya kita boleh ganti seorang Perdana Menteri jika beliau disyaki terlibat dalam penyelewengan, dari segi realitinya amatlah sukar untuk membawa beliau ke muka pengadilan.

Setelah hampir dua dekad berkuasa, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah berjaya mengukuhkan kuasanya dan menyatukan semua kuasa dan tanggungjawab dibawah jawatan Perdana Menteri. Malah, tidah salah untuk kita mengatakan bahawa akibat daripada perubahan tersebut, sesiapa yang memegang jawatan tersebut merupakan individu paling berkuasa di Malaysia.

Perkara ini dibuktikan menerusi beberapa insiden yang berlaku ketika siasatan skandal 1MDB masih sedang dijalankan. Peguam Negara tiba-tiba ditukar atas alasan kesihatan. Dua orang menteri yang kerap kali bersuara berkenaan 1MDB tiba-tiba digugurkan. Beberapa Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tiba-tiba diserap masuk barisan kabinet baru seterusnya menyebabkan penangguhan dalam siasatan oleh jawatankuasa tersebut. Dua pegawai SPRM yang bertanggungjawab atas siasatan syarikat SRC International yang dilapor mendepositkan RM42 juta ke akaun persendirian Perdana Menteri Najib Razak tiba-tiba ditukar ke Jabatan Perdana Menteri. Selain itu beberapa pegawai SPRM juga turut ditangkap untuk membantu siasatan berkenaan dokumen-dokumen yang mungkin telah terbocor.

Apa yang terjadi sekarang ialah pihak penyiasat telah menjadi pihak yang disiasat. Sementara itu Perdana Menteri Najib Razak masih lagi tidak disiasat ataupun disoal malah masih memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, justeru, membolehkan beliau untuk mempengaruhi setiap aspek siasatan skandal ini. Najib perintah pihak berkuasa untuk siasat. Mereka lapor balik kepada Najib. Kemudian Najib sendiri yang isytiharkan diri sendiri tidak bersalah. Lawak jenaka apakah ini?
Saudara serta saudari,

Ternyata insititusi kita sedang dilanda barah yang padah. Sekarang presiden anda pula mengatakan disebabkan ahli UMNO telah menerima manfaat daripada dana yang beliau terima maka ahli UMNO seharusnya mempertahankan beliau daripada segala kritikan.

Saya yakin, seperti rakan-rakan saya juga, anda mahukan yang terbaik untuk negara. Persoalannya, adakah anda sanggup melihat parti anda, UMNO, dan negara lingkup hanya kerana hendak mempertahankan seorang individu? Tentunya tidak. Jadi bagaimanakah anda sebagai penyokong dapat memainkan peranan?

Di sini saya hendak meminjam kata-kata Najib sendiri bahawa beliau bukanlah Presiden parti yang mahukan pemimpin dan ahli UMNO menjadi 'Yes Men'. Sahutlah cabaran ini dan persoal setiap tindak tanduk pemimpin parti anda. Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan segelintir pemimpin dan ahli di negeri Johor sudah mula bersuara. Khairy Jamaluddin, walaupun pada mulanya cuba untuk mempertahankan Najib, juga sudah mula melontarkan persoalan-persoalan berkenaan kepincangan yang sedang berlaku.

Ahli UMNO lain bagaimana? Sudah serik jadi 'Yes Men' atau dana yang diberi sudah cukup untuk tutup mata dan mulut anda? – Roketkini

Tarikh Pilihanraya Sarawak Pada November 2015 Ini? Bubar Dun Selepas Pembentangan Bajet Sarawak?

Posted: 18 Aug 2015 06:12 PM PDT

BERITA SEMASA


tarikh pilihanraya sarawak


Tarikh Pilihanraya Sarawak Pada November 2015 Ini? Bubar Dun Selepas Pembentangan Bajet Sarawak?

Berita yang baru sahaja Berita Semasa terima sudah pun kedengaran yang mana tarikh pilihanraya Sarawak mungkin akan diadakan pada November 2015 apabila baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak, Tan sri Adenan Satim mengatakan yang beliau akan bubar Dun Sarawak selepas pembentangan Bajet Negeri Sarawak yang berlangsung pada Oktober 2015.

Apa yang boleh Berita Semasa katakan pada ketika ini, prestasi Adenan Satim jauh lebih baik berbanding Taib Mahmud, harapan Berita Semasa supaya Adenan Satim dapat konsisten dan dipertingkat di masa akan datang. Untuk kebaikan rakyat Sarawak juga bukan?


Ini kerana dikalangan pengundi dan anak muda hari ini :
  • mahukan pemimpin yang cakap berdasarkan akal bukannya membodek dan menjengkelkan
  • ketika memberikan kenyataan
    tidak hanya cakap retorik, tetapi berusaha untuk membuktikannya
Dan dua elemen ini ada pada Tan sri Adenan Satem paad ketika ini berdasarkan komitmen yang cuba ditunjukkannya kepada rakyat Sarawak.

Dan pada pilihanraya Negeri Sarawak kali ini akan menyaksikan berlakunya pertambahan 11 lagi kerusi DUN Sarawak termasuklah :

 

Pilihanraya Sarawak : Senarai Kerusi DUN Tambahan?

  1. Kerusi Dun Gedong di Parlimen Batang Sadong
  2. Kerusi Dun Stakan di Parlimen Kota Samarahan
  3. Kerusi Dun Batu Kitang di Parlimen Stampin
  4. Kerusi Dun Serembu di Parlimen Puncak Borneo
  5. Kerusi Dun Tellian di Parlimen Mukah
  6. Kerusi Dun Samalaju di Parlimen Bintulu
  7. Kerusi Dun Murum di Parlimen Hulu Rajang
  8. Kerusi Dun Selirik di Parlimen Kapit
  9. Kerusi Dun Long Lama di Parlimen Baram
  10. Kerusi Dun Serian di Parlimen Tribon
  11. Kerusi Dun Kabong di Parlimen Saratok
Samada benar atau tidak tarikh tersebut bagi menghabiskan mandat yang ada sehingga Jun 2016 kelak, semuanya terletak kepada keputusan akhir yang bakal diumumkan sendiri Ketua Menteri Sarawak kelak dan Berita Semasa merasakan pimpinan di bawah Tan sri Adenan Satim berada dalam kedudukan yang terbaik dan cukup popular dikalangan rakyat Sarawak sekaligus memberikan harapan cerah untuk meraih lebih banyak kemenangan dalam Pilihanraya Sarawak kali ini,

P/S : Dalam keputusan Pilihanraya Negeri sarawak sebelum ini, daripada 71 kerusi adalah milik BN, manakala DAP dapat 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan bebas 1 kerusi. Apa nasib pembangkang kali ini?


BNBBC mahu jumpa TPM, nafi 20 MP BN terlibat guling kerajaan

Posted: 18 Aug 2015 06:08 PM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Majlis Ahli Parliman Barisan Nasional (BNBBC) akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan penglibatan seramai 20 ahli parlimen BN dalam komplot menggulingkan kerajaan.
 
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, dalam pertemuan itu berkenaan, pihaknya akan mengutarakan pandangan dan berbincang mengenai dakwaan berkenaan bersama Zahid.
 
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata,  pihak tidak bertanggungjawab itu khususnya blogger telah memanipulasi pendedahan Zahid, dan mereka-reka cerita kononnya seramai 20 ahli parlimen BN dikatakan terlibat dengan gerakan berkenaan.
 
"Seolah-olah mereka tahu.. TPM tak cakap pun berapa orang (yang terlibat). Memang dari segi keperluan kalau nak dilakukan memang 42 (ahli parlimen) daripada ahli pembangkang yang sedia ada setelah ditolak bilangan PAS.. 
 
"Itu kiraan orang.. Tapi yang sebenarnya yang 20 ahli parlimen ini tak ada," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
 
Shahrir juga mengesahkan tidak ada seorang pun di kalangan ahli parlimen BN yang dihubungi atau menghubungi mana-mana pihak mengenai soal melompat parti.
 
"Ianya merupakan satu dakyah yang walaupun dikatakan datang tercetus apabila TPM membawa berita adanya gerakan sedemikian, ia tak libatkan MP BN yang saya tahu sikap mereka dan pendirian mereka mengenai soal kepimpinan PM hari ini," kata beliau.
 
Zahid pada Sabtu lalu mendedahkan komplot yang dikatakan didalangi seorang tokoh Umno bagi mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan wakil rakyat pembangkang.
 
Menteri Dalam Negeri itu berkata, ini bertujuan untuk membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 pada Oktober ini.
 
Susulan pendedahan itu, timbul dakwaan di blog dan media sosial mengatakan seramai 20 anggota parlimen BN terlibat dalam gerakan berkenaan.
 
Antara ahli parlimen yang dikaitkan ialah Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baharu), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Normala Abdul Samad (Pasir Gudang) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong). 
 
Ujar Shahrir, beliau tidak menafikan ada kalanya perbezaan pendapat berlaku di kalangan ahli parlimen BN dengan pihak kerajaan namun ia bukan menjadi faktor sehingga mendorong penglibatan mereka dalam komplot berkenaan.
 
Justeru, beliau sekali lagi mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas agar tiada lagi tuduhan tidak berasas disebarkan di dalam blog dan juga media sosial.
 
"Kami desak SKMM untuk siasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas kerana bila melibatkan ahli parlimen, kami rasa ia satu cabaran kepada institusi parlimen itu sendiri dan tak boleh jadi mainan mana-mana pihak," katanya.
 
 

Pelan 'Low Yat 2' dibentang dalam mesyuarat pasca Kabinet esok - Menteri

Posted: 18 Aug 2015 06:06 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membentangkan pelan pembangunan pusat jualan komputer dan elektronik ala Low Yat di Bangunan MARA dalam mesyuarat pasca Kabinet esok.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini adalah langkah pertama bagi memastikan pembinaan pusat itu dapat dipercepatkan dan menjadi realiti.
 
Terdahulu Ismail mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat, di Jalan Raja Laut.
 
Pembukaan pusat itu turut diharap akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.
 
Mengikut pelan yang dicadangkan, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.
 
Namun cadangan itu dibantah oleh MCA yang menyifatkan ia hanya akan menjejaskan hubungan kaum.
 
Menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, cadangan untuk membuka pusat beli-belah untuk bumiputera sahaja sebagai 'pendekatan bermusuhan', sebaliknya ia harus terbuka kepada semua kaum.
 
 

"Harap TSKI Istiqamah, Pelawa Sertai PAS"

Posted: 18 Aug 2015 06:04 PM PDT



Oleh USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT


1. Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dipelawa untuk bersama perjuangan PAS agar terus beristiqamah membina Malaysia ke arah lebih makruf dan berjaya.

2. Sesungguhnya beliau telah menunjukkan teladan dan pencapaian serta integriti yang dikagumi, cemerlang lagi terpuji semasa mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

3. Adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod tersebut dilestarikan demi kepentingan rakyat dan negara yang sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik amanah juga gigih seperti beliau.

4. Karier politiknya tidak harus berakhir begitu sahaja apabila tamatnya penggal pilihan raya kali ini, setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi menghambakan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat.

5. Beliau memerlukan satu tapak teguh dan kukuh dalam realiti persaingan politik Malaysia ini di mana kelazimannya menuntut perjuangan individu itu adalah menerusi penglibatan bersama parti politik sedia ada. Sehubungan itu bahtera PAS adalah yang sesuai, selari dan terbaik untuk Tan Sri Khalid.

6. Saya menyeru beliau untuk tidak bertangguh lagi dan khususnya Pemuda PAS Negeri Kedah bersedia memberikan slot khas menerima penyertaan beliau pada Himpunan Anak Muda bersempena Himpunan Tolak BN yang akan berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos ini di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

(*)  USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT.Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Syed Ali: Ahli Umno mulai curiga sesama sendiri

Posted: 18 Aug 2015 05:51 PM PDT

MALAYSIAKINI





Dakwaan wujudnya gerakan mahu menggulingkan kerajaan melibatkan pemimpin Umno tidak menguntungkan Umno sekaligus mencetuskan rasa curiga di kalangan anggota parti, kata Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Ada tuduhan kononnya terdapat wakil rakyat Umno nak guling kerajaan bersama pembangkang, ini tuduhan serius dan boleh menjarakkan hubungan sesama ahli parti.

"Saya lihat isu ini tidak menguntungkan sesiapa, yang rosaknya Umno, ahli-ahli di bawah mula curiga sesama sendiri," katanya dalam blog Umno bahagian Cheras hari ini.

Syed Ali mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini yang mendakwa terdapat komplot menjatuhkan kerajaan yang membabitkan wakil rakyat Umno bersama pembangkang.

Menurutnya lagi, ekoran tersebarnya dakwaan itu juga menyebabkan beberapa pemimpin Umno, anggota kabinet terbabit dan nama yang didakwa itu terpaksa membuat penafian dan laporan polis.

Sekalipun tidak jelas pihak yang maksudkan, Syed Ali menganggap pendedahan itu sebagai tuduhan serius dan dibimbangi digunakan pihak tertentu bagi merosakkan Umno dan kerajaan sedia ada, demi kepentingan peribadi.

"Pemimpin di atas berkecamuk sesama sendiri akibat tuduh-menuduh, yang jadi mangsa adalah ahli-ahli di bawah, mungkin mereka akan terhakis sokongan kepada pemimpin tertentu.

"Saya amat khuatir dalam kedaaan senario politik yang agak krtikal ini, mungkin ada pihak ambil kesempatan memecahbelahkan Umno," katanya.

Dalam blog itu juga, setiausaha Umno/BN Wilayah Persekutuan itu berkata terpulang kepada Zahid untuk mendedahkan pihak yang terbabit .

Sehubungan itu, Syed Ali menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menangani itu segera bagi menghalang tuduh-menuduh sesama pemimpin Umno.


5 cara untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia

Posted: 18 Aug 2015 05:44 PM PDT

Liew-Chin-Tong

Oleh LIEW CHIN TONG 


Krisis ekonomi yang sangat kritikal sedang melanda Malaysia dan seakan-akan tidak kelihatan jalan keluar dalam masa terdekat ini. Kerajaan pula tidak sedikit pun dilihat bersedia mengakui keadaan ekonomi yang amat merudum kini, apatah lagi untuk menangani beberapa asas pemahaman makroekonomi atas apa yang sedang berlaku dan apa yang perlu dilakukan untuk Malaysia ke hadapan nanti.

Tukaran matawang ringgit pula telah mencecah nilai terendah semenjak 17 tahun sebelum ini ke paras bukan lagi RM3.80/USD, bahkan menjangkau RM4/USD!

Setakat ini, maklum balas daripada kerajaan pula ialah dengan mengatakan nilai matawang ringgit yang kian merosot adalah baik untuk urusan eksport negara dan juga industri pelancongan, selain kejatuhan nilai matawang Malaysia disebabkan oleh faktor global seperti penurunan renminbi China yang tidak dijangka-jangka.

Lebih menyedihkan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa rakyat tidak perlu panik manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pula mengatakan nilai ringgit yang lemah adalah baik untuk industri pelancongan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Jusoh mengatakan bahawa nilai ringgit yang lemah sekarang ini mampu membawa masuk lebih ramai pelajar asing menyambung pengajian di Malaysia. Dakwaan sebegini tidak akan membawa kita ke mana-mana!

Bagaimana kita jadi begini

Jika kita melihat dari perspektif yang lebih luas, sejak krisis ekonomi Asia 1997, Malaysia banyak bergantung kepada tenaga buruh asing kurang berkemahiran, dan tidak banyak mengalami peningkatan dan penambahbaikan dari segi pendapatan, produktiviti, kemahiran dan teknologi.

Sejak Perang Teluk 2003 yang telah mengakibatkan peningkatan harga minyak dan komoditi yang berlipat ganda, Malaysia banyak bergantung kepada hasil minyak untuk mengekalkan keutuhan ekonomi dan juga untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang tinggi.

Dengan pengenalan terhadap Pelonggaran Kuantitatif atau Quantitative Easing (QE) yang diperkenalkan oleh Rezab Persekutuan AS sebagai respon kepada Krisis Ekonomi Global 2008, ekonomi Malaysia telah banyak bergantung pada penggunaan yang berasaskan hutang dan spekulasi hartanah.

Permasalahan Malaysia

Pergantungan jangka panjang kepada buruh murah bermakna sektor pengeksportan kita tidaklah begitu kuat dan teguh seperti yang kita bayangkan. Sebahagian besar output ekonomi Malaysia datangnya dari sumber minyak dan gas, serta bahan-bahan komoditi; di mana harga bagi bahan-bahan tersebut kini kian menurun.

Lebih buruk lagi, tidak seperti krisis 1997, Malaysia dan negara-negara Asia tidak lagi dapat menggunakan eksport sebagai jalan keluar kepada permasalahan ekonomi yang dihadapinya. Ini kerana negara yang menjadi pemain utama dalam ekonomi dunia sendiri iaitu Amerika Syarikat; juga berada dalam situasi yang tidak terlalu baik buat masa ini.

Hari ini, daripada empat pemain utama ekonomi dunia – Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan China – hanya ekonomi Amerika Syarikat yang kelihatan 'agak baik' berbanding yang lain. Namun begitu, ekonomi negara-negara tersebut tak sekukuh sewaktu krisis ekonomi Asia 1997. Apa yang dipanggil sebagai 'the emerging markets' seperti Rusia, Brazil dan lain-lain, kini pula seakan-akan 'hidup segan mati tak mahu'.

Dari satu aspek, Malaysia tidak dapat mengeksport sebarang hasil dagangannya melainkan hanya ke Amerika Syarikat. Dari aspek yang lain pula, terdapat persaingan untuk menurunkan nilai matawang dari kalangan negara Jepun, Eropah dan kini China dengan tujuan untuk meningkatkan pengeksportan. Kemungkinan, inilah noktah yang paling menakutkan dalam krisis yang akan berlaku.

Menteri, berhentilah merepek

Saya berharap menteri-menteri yang gemar mengeluarkan dakwaan bahawa nilai matawang Malaysia yang lemah akan membantu peningkatan eksport negara agar berhentilah daripada bercakap sesuatu yang 'tidak masuk akal'. Perhatikan dengan teliti laporan terbaru Bank Negara yang menunjukkan eksport kasar menurun sebanyak 3.7% pada Suku Kedua 2015 (1Q2015: -2.5%) walaupun nilai ringgit menyusut sepanjang tempoh tersebut.

Antara cabaran utama yang lain juga ialah menyelesaikan persoalan bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan "normal baru" senario 'post-Quantitative Easing'. Harga minyak lumpuh tidak lama selepas Rizab Persekutuan mengakhiri program Quantitative Easing pada lewat 2014. Harga aset yang melambung di seluruh Asia antara 2009 hingga 2014 akibat daripada QE terpaksa berhadapan kaedah pelarasan/penyesuaian yang amat sukar.

Nisbah keberhutangan isi rumah dan spekulasi nilai harta yang sangat tinggi di Malaysia mungkin akan menyebabkan kaedah pelarasan/penyesuaian menjadi bertambah-tambah sukar. Kejutan seterusnya kepada ekonomi Malaysia adalah jika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadarnya pada bulan September.

Eksport tidak akan mengalami peningkatan yang terlalu banyak dalam jangka masa pendek (berikutan kapasiti eksport Malaysia yang terhad, perlumbaan yang sengit dalam menurunkan nilai matawang dan kurangnya 'minat' Amerika Syarikat terhadap import) dan nilai ringgit berkemungkinan besar semakin menguncup jauh (krisis politik domestik, kenaikan kadar Amerika Syarikat, kejatuhan harga minyak), walau apa keadaan sekalipun, Malaysia perlu mencari jalan keluar.

5 jalan keluar untuk menyelamatkan ekonomi

Saya mencadangkan 5 jalan keluar untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang sedang memuncak ini:

1. Najib perlu berundur daripada menjadi Perdana Menteri

Kita patut akui bahawa Datuk Seri Najib Razak merupakan satu 'masalah' kepada Malaysia hari ini. Walaupun terdapat faktor-faktor global lain yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara, Najib adalah punca kepada kehilangan keyakinan terhadap integriti institusi-institusi di Malaysia. Seperti mana 'bangkai yang bernyawa', mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan kepada ekonomi Malaysia.

2. Lantik Menteri Kewangan yang baru dan kompeten

Kalau pemimpin dalam parti pemerintah hari ini masih tidak dapat menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya seorang Menteri Kewangan yang baru dan kompeten serta benar-benar 'bijak' dalam memahami makroekonomi dan permasalahan-permasalahannya perlu dilantik segera; demi menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Inilah masanya untuk menghentikan praktis di mana seorang Perdana Menteri turut mengemudi portfolio kewangan negara secara serentak. Dua nama yang berlegar dalam fikiran saya buat masa ini; Datuk Seri Mustapha Mohamed dari kalangan menteri dalam kabinet sedia ada dan Datuk Seri Nazir Razak sekiranya perlu dari luar kabinet hari ini.

3. Tetapkan GST pada kadar sifar

Ekonomi global hari ini tersekat dalam situasi yang tidak seimbang. Contoh; kebergantungan terhadap ekonomi Amerika Syarikat sebagai destinasi tunggal pengguna. Kita hanya memiliki potensi eksport yang terhad; itu pun jika ada! Malaysia perlulah segera mengatasi trend kejatuhan ekonomi kini dengan memastikan terdapat penggunaan domestik yang mencukupi di peringkat bawahan.

Dengan kejatuhan pantas nilai ringgit, inflasi import dijangka akan mengakibatkan kenaikan nilai matawang yang tinggi. Satu cara untuk memastikan bahawa penggunaan domestik tidak lumpuh adalah dengan menghapuskan GST atau sekurang-kurangnya meletakkannya pada kadar sifar untuk tempoh setahun sebelum kajian lanjut dijalankan.

4. Menghentikan projek mega melibatkan kroni

Semua projek mega melibatkan kroni mestilah dihentikan dan perlu diletakkan pada sebuah penilaian 'kesan tukaran nilai matawang asing'. Terdapat banyak projek berskala besar seperti tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura dan juga projek MRT yang telah menelan harga yang melampau; tidak diperlukan sama sekali sekiranya opsyen lain yang lebih murah dan efektif dapat dikemukakan.

Jika diteliti masa lalu, jawapan kerajaan kepada sesuatu krisis adalah dengan menyuntik lebih banyak dana kepada kroni untuk tujuan menambah projek-projek pembinaan. Projek-projek pembinaan yang didorong kerajaan (government-driven) biasanya melibatkan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir yang akhirnya hanyalah memberikan impak yang sangat kecil terhadap ekonomi negara secara menyeluruh. Terdapat cara lain untuk meningkatkan ekonomi.

5. Menghentikan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir

Salah satu cara yang penting untuk memastikan berlakunya perubahan bersifat struktural terhadap ekonomi Malaysia ialah dengan mengecilkan jumlah tenaga buruh asing tidak mahir dan memperluaskan penggunaan jentera mesin serta peralatan auto agar pekerja tempatan dapat dibayar dengan upah yang lebih baik dan kemahiran mereka boleh ditingkatkan. Oleh itu, cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk membawa masuk 1.5 juta lagi pekerja tidak mahir Bangladesh adalah tidak bijak dan bercanggah dengan kepentingan negara.

Dengan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan penggunaan domestik tatkala peluang eksport amat terhad akan menjadi satu strategi penting untuk terus bertahan dalam krisis ekonomi yang sedang melanda. Meningkatkan pendapatan di peringkat bawahan adalah amat penting kerana nisbah sedia ada keberhutangan isi rumah Malaysia berada pada tahap yang sangat tinggi.
Penggunaan domestik mestilah dikembangkan segera tanpa menyebabkan lebih banyak hutang terkumpul.

Kita sedang berhadapan saat getir. Malaysia memerlukan pemimpin politik dan ekonomi yang kompeten dan berintegriti untuk mengatasi fasa yang sukar ini. – Roketkini.com


*Ucapan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semasa Forum The Rocket di Kluang, Johor pada 13 Ogos 2015


Wahai Najib, bangsa Melayu bukan bangsa bangsat

Posted: 18 Aug 2015 05:41 PM PDT

image

oleh Zairil Khir Johari 


Saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik pada 16 Ogos 2015, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:

"Tiada UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini."

Sebelum membuat kenyataan yang begitu bebal, Najib seharusnya cermin diri dahulu. Apakah bukan
Najib sendiri yang memalukan bangsa dan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka antarabangsa gara-gara skandal 1MDB dan sumbangan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sendiri?

Najib menghina sejarah ketamadunan Melayu

Pun begitu, kenyataan Najib juga sekaligus menidakkan kemuliaan bangsa Melayu Nusantara yang sudah lama bertamadun. Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO yang lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang daripada 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun? Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada UMNO?

Apakah segala ketamadunan termasuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya yang dibina berkurun lama sebelum lahirnya UMNO ini dilakukan oleh satu bangsa yang bangsat?

Bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan rakyat Melayu di Sarawak, apabila mereka lantang menolak kehadiran UMNO di negeri itu? Adakah mereka juga Melayu bangsat?

UMNO yang sebenarnya merugikan Melayu

Walaupun banyak mana sumbangan dan jasa UMNO pada suatu ketika dahulu, ia tidak dapat dibandingkan dengan kerosakan yang mereka telah timpakan kepada orang Melayu, khususnya sejak dua, tiga dekad yang lalu. UMNO yang ditubuhkan sebagai gerakan massa yang berjuang untuk kemerdekaan kini sudah menjadi parti yang sinonim dengan rasuah dan kronisme.

Sudah pasti, rakyat Malaysia tidak akan melupakan bagaimana UMNO, atas nama kepentingan Melayu, telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit melalui penyelewengan dan pengkhianatan seperti yang berlaku dalam skandal Bank Bumiputera pada awal tahun 1980an, skandal Forex Bank Negara pada awal tahun 1990an, sehingga ke skandal terbesar dalam sejarah Malaysia, iaitu syarikat 1MDB yang sudah melenyapkan puluhan bilion ringgit.

Malah, apa-apa jasa UMNO yang tinggal jugalah yang kini sedang dimusnahkan oleh kepimpinan Najib.
Misalnya, Felda yang digerakkan oleh ayahandanya sendiri, Tun Abdul Razak, sebagai inisiatif reformasi tanah yang berjaya menempatkan semula ratusan ribu orang Melayu luar bandar akhirnya kini goyah apabila harga saham Felda Global Ventures yang digembar-gemburkan sebagai penyenaraian kedua terbesar dunia selepas Facebook sudah merudum ke tahap RM1.52 berbanding harga penyenaraiannya, iaitu RM4.55. Ini bersamaan dengan kemerosotan sebanyak 67 peratus.

Demikian juga dengan Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan untuk memudahcarakan pengurusan ibadah haji orang Islam di negara ini. Kini, dana pelaburan pak cik dan opah kita untuk naik haji pun tidak selamat di tangan Najib apabila secara senyap-senyap digunakan untuk membantu menyelamatkan 1MDB.

Begitu juga dengan dakwaan media antarabangsa baru-baru ini terhadap penyelewengan dalam pembelian aset oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara. Siapakah lagi yang bertanggungjawab, jika bukan UMNO yang secara langsung mengawal pengurusan tertinggi Mara dengan enam daripada 11 orang Ahli Majlis MARA?

Jelas, retorik UMNO untuk membela orang Melayu hanya omong-omong kosong, apabila merekalah sebenarnya yang merugikan bangsa dan negara.

Siapakah sebenarnya yang bangsat?

Najib seharusnya berdepan dengan hakikat bahawa kerajaan beliau telah gagal dalam tadbir urus negara kita, dengan nilai matawang ringgi yang kian menjunam dan krisis politik yang sedang melanda UMNO ekoran pemecatan beberapa orang menteri kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan timbalan presiden UMNO.

Pada masa yang sama, birokrat Melayu yang selama ini terhormat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka juga kini menjadi mangsa kuasa kuku besi Eksekutif, apabila pegawai-pegawai kanan SPRM diugut dan digertak melalui siasatan dan pemindahan hanya kerana mereka menyiasat dan membongkarkan penyelewengan 1MDB dan "pendermaan" luar biasa sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib.

Justeru, saya amat pasti orang Melayu bukan bangsat tanpa UMNO, tetapi sebenarnya UMNO yang bangsat kerana mengkhianati orang Melayu dan negara Malaysia sejak sekian lama ini.- Roketkini.com

*Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan


Skandal RM2.6 bilion: Jika hadiah dari Arab Saudi, mengapa tidak masuk ke akaun kerajaan?

Posted: 18 Aug 2015 04:49 PM PDT

er1

Roketkini.com


MUAR: Berapa kali operasi ketenteraan atau kemanusiaan yang telah diberi oleh Malaysia kepada Arab Saudi sebelum Mac 2013? Jika ada, adakah bantuan tersebut diberi menggunakan wang rakyat atau dana parti politik?

Soalan-soalan itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, kepada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kuantan tentang wang RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan ketua UMNO bahagian tersebut adalah kononnya ia hadiah daripada Arab Saudi sebagai menghargai usaha Malaysia melawan kumpulan militan Islamic State (IS). Wang tersebut pula dikatakan didepositkan ke akaun Najib melalui dua transaksi bertarikh 21 Mac dan 25 Mac 2013.

Teck Hwa hairan kerana jika benar bantuan diberi kepada Saudi menggunakan sumber kerajaan, mengapa wang RM2.6 bilion itu tidak diserahkan kepada kerajaan, sebaliknya dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

"Adakah UMNO menganggap bahawa kerajaan adalah milik UMNO?

"Jika UMNO memberi bantuan dalam bentuk kewangan, mengapakah tiada catatan kewangan dalam laporan kewangan dan dibentang ke Parlimen?

"Jika UMNO tidak boleh memberikan bukti yang jelas berkaitan perkara ini, adakah UMNO akan memohon maaf kepada masyarakat kerana menyebarkan maklumat palsu ini?" soal beliau dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, UMNO dan kerajaan persekutuan sepatutnya memberi penjelasan yang tepat dan tuntas, dan bukannya mengeluarkan kenyataan kabur dan mengelirukan masyarakat.

Teck Hwa berkata, perbuatan itu bukan sahaja menjadi bahan ketawa dan membangkitkan kemarahan rakyat, malah dikhuatiri akan memberikan maklumat yang salah kepada pelabur antarabangsa.

"Saya bimbang pelabur-pelabur akan mula hilang kepercayaan terhadap negara kita dan kesannya nanti adalah amat buruk bagi ekonomi kita," tambah beliau. – Roketkini.com


TPM akan pastikan 'orang tua' itu temu PM

Posted: 18 Aug 2015 04:40 PM PDT

MALAYSIAKINI





Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan pemimpin di sebalik dakwaan gerakan menggulingkan kerajaan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak tahu bila pertemuan baru akan diadakan tapi saya akan pastikan pertemuan itu berlaku," kata Zahid.

Penggerak itu, dinyatakan oleh Zahid sebagai "orang tua" daripada Umno sepatutnya bertemu Najib di kediaman peribadi beliau pada Ahad tetapi tidak muncul.

Bercakap dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri hari ini, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata pemimpin itu membatalkan pertemuan pertama itu.

"Ada banyak wartawan tunggu dia," Zahid berseloroh.

Pada Sabtu, Zahid mendakwa seorang MP Umno terlibat dalam komplot "menggulingkan" kerajaan persekutuan, dengan berusaha mendapatkan akuan berkanun dari MP BN dan pembangkang bagi membuktikan mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Zahid bagaimanapun enggan menamakan orang itu sekaligus mencetuskan spekulasi mengenai identiti orang itu dan sama ada dia wujud sama sekali.

Namun pada Ahad, Zahid mendakwa orang itu telah menyesal dan dijadual bertemu Najib pada malam itu.