Followers

Nuffnang

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:15 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Beginikah Cara Azmin Selesai Krisis Air Selangor?

Posted: 18 Aug 2015 09:30 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bantah secara senyap, akar umbi Umno tidak tolak sertai Bersih

Posted: 18 Aug 2015 09:00 PM PDT

Perhimpunan Bersih 4 hujung bulan ini dijangka jadi salah satu cara ahli Umno nyata tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin peringkat akar umbi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.Perhimpunan Bersih 4 hujung bulan ini dijangka jadi salah satu cara ahli Umno nyata tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin peringkat akar umbi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.
Menyertai Bersih 4 pada hujung bulan ini salah satu cara ahli Umno menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemimpin tertinggi parti Datuk Seri Najib Razak, kata sebahagian ahli parti itu di peringkat akar umbi. Menyuarakan bantahan secara senyap dengan turun ke jalan, akar umbi dan pemimpin Umno mungkin turut serta di Dataran Merdeka 29 dan 30 Ogos ini, seperti mana yang dijangkakan penganalisis politik Dr Maszlee Malik sebelum ini.
Menurut beberapa sumber di peringkat akar umbi, kehadiran penyokong Umno kalangan muda terutamanya, dijangka dapat disaksikan pada perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu yang selama ini dilihat didalangi pembangkang.

Misalnya, Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub memberitahu The Malaysian Insider, ada ahli parti yang ingin turut serta dalam perhimpunan itu kerana sudah buntu cara untuk menyatakan protes terhadap Najib. "Kalau ikut cakap kedai kopi, ada ahli Umno sendiri nak menyertai Bersih. Ini kerana, seolah-olah tidak ada lagi jalan lain untuk tunjukkan ketidakpuasan hati kepada Najib dan konconya," katanya.
Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau tidak terkejut sekiranya ahli parti Melayu itu kini tidak lagi memusuhi pembangkang kerana perasaan kecewa mereka terhadap pemimpin Umno sendiri.
"Saya tidak hairan jika ahli Umno hilang benci kepada pembangkang jika pemimpin mereka tidak boleh diharap lagi," katanya yang pernah memegang jawatan sebagai menteri ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada The Malaysian Insider.
Sanusi memberi contoh beberapa insiden yang berlaku sewaktu berlangsung acara parti seperti persidangan Umno bahagian baru-baru ini yang menunjukkan kemarahan peringkat akar umbi terhadap pemimpin.
"Bila Anina Saadudin dalam mesyuarat agung Umno di Langkawi menggunakan bahasa yang kesat terhadap pemimpin, bererti hormat kepada pemimpin sudah terhakis.
"Apabila perwakilan Umno di Johor menidakkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bererti sudah terhakis pengaruh 'wang sebagai raja'," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia masih tertipu dengan janji pendedahan kebenaran

Posted: 18 Aug 2015 08:58 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Kanak-kanak sering mengatakannya semasa bertengkar, murid kesayangan guru diketahui menggunakannya, dan juga orang-orang yang mahu menghukum bekas isteri, bekas suami, bekas kekasih mereka, atau perdana menteri. Ada orang yang terdesak menjalankan sidang akhbar khas hanya untuk mengucapkan ungkapan ajaib, "Saya akan dedahkan semuanya."
Alat tawar-menawar: Untuk sesetengah orang, berkata "Saya akan dedahkan semuanya" adalah satu cara untuk mengelakkan masalah. Seorang pencuri yang ditangkap hidup-hidup mungkin mahu menjadi saksi dan mengelak daripada didakwa. Dia akan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mempunyai beberapa maklumat mengenai jenayah yang tidak dapat diselesaikan. Mungkin, dia mempunyai beberapa maklumat yang mungkin dapat membawa kepada pengangkapan seorang penjenayah yang dikehendaki.
Ungkapan "Saya akan dedahkan semuanya" adalah alat tawar-menawar yang berkuasa.
Cara untuk menjadi kaya: Ada beberapa orang yang menyangka bahawa mereka boleh membuat wang mudah dengan membocorkan rahsia orang lain atau butiran rahsia. Mereka adalah tentera upahan dan orang-orang yang tidak mempunyai prinsip. Mereka hanya berminat untuk membuat wang, dengan cara memperdagangkan kesengsaraan orang lain.
Cherie Blair, isteri bekas PM Tony Blair, dilaporkan dalam The Daily Mirror, "menyebabkan rasa aib dengan mendedahkan bahawa anak bongsunya, Leo, dibuat di Balmoral, dan mendedahkan bermacam-macam "masalah" PM Gordon Brown". Beliau dilaporkan menerima £1 juta bagi memoirnya, tetapi seorang hakim kanan mengkritik tindakan beliau dan berkata bahawa Puan Blair, yang merupakan seorang hakim sambilan, telah memalukan profesion itu.
Sebuah buku yang mendakwa 'mendedahkan semuanya', akan dilupakan, apabila skandal seterusnya meletus, dan buku Blair telah dijual dengan harga potongan, beberapa minggu sebelum ia dijadualkan untuk diterbitkan.
Meraih perhatian: Sesetengah orang melakukannya apabila tumpuan umum terhadap mereka berkurangan. Pada 3 Mac 2011, di kem BN di Merlimau, Ummi Hafilda Ali muncul selepas 13 tahun dilupakan selepas penampilannya sebagai saksi utama dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar Ibrahim. Suaranya bergetar dan tangannya bergoncang sewaktu dia memberitahu hadirin kaum Melayu yang dia adalah seorang "mangsa kuasa dan ketamakan Anwar". Hadirinnya, dari Kampung Cincin yang mungkin sudah bosan dengan ulangan hambar di TV RTM, berteriak-teriak supaya dia mendedahkan lebih banyak perkara.
Read More / Baca Lagi >>

SEJAK BILA USUL TAK PERCAYA DI PARLIMEN SUATU KESALAHAN JENAYAH?

Posted: 18 Aug 2015 08:40 PM PDT

Gagal membuktikan kata-katanya untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang dimaksudkannya sedang berusaha menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen, Zahid Hamidi akhirnya berdalih dengan mengatakan telah menyerahkan segala maklumat berkaitan kepada pihak polis.

Kenapa serah kepada polis? Apakah mengusulkan undi tak percaya di Parlimen suatu jenayah?

Apa yang polis boleh lakukan sedangkan ia adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen yang dibenarkan oleh perlembagaan?

Kalau jenayah, adakah menjatuhkan kerajaan Perak pada 2009 dahulu yang diketuai Najib Razak juga merupakan jenayah?

Begitu juga di Sabah sebelum ini di mana beberapa kali pertukaran kerajaan berlaku melalui aksi lompat-melompat wakil rakyatnya, adalah ia turut merupakan jenayah sama?

Pada mulanya memang ramai  yang bangga apabila Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah pemimpin Perak pertama dilantik ke jawatan itu. Ditambah dengan kedudukan Najib yang semakin lemah dan banyak masalah, ada yang mula berangan dan berdoa agar Zahid juga berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri akhirnya.

Tetapi belum pun sampai sebulan, sudah ada yang malu mengaku berasal dari Perak. Tindakan Zahid yang gagal meletakkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seolah-olah masih merasakan dirinya Ketua Pemuda UMNO atau Setiausaha Politik kepada Najib, membuatkan ramai yang kecewa dengan penampilannya.

Caranya menangani isu undi tak percaya yang dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan yang didedahkannya sendiri, menjadikan wataknya menjadi perbualan di mana-mana.

Sudahlah gagal mendedahkan siapa pemimpin yang dimaksudkannya itu, beliau juga dilihat "propa" apabila kata-katanya bahawa pemimpin tersebut akan berjumpa Perdana Menteri pada jam 6 petang Ahad lalu, turut tidak menjadi kenyataan.
Dengan selamba Zahid kemudiannya berkata, pemimpin terbabit membatalkan pertemuannya dengan Najib kerana "ramai wartawan menunggu di pintu masuk Seri Perdana."
Read More / Baca Lagi >>

Skandal RM2.6bilion: Banyak Persoalan Berbanding Jawapan

Posted: 18 Aug 2015 08:37 PM PDT

1. Sehingga kini tiada jawapan pasti yang benar-benar boleh diyakini berkaitan wang USD681milion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri.
2. Pengakuan Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai setiausaha agung Umno kononnya beliau dan Dato Ahmad Husni Hanadzlah-Bendahari Umno belum mampu menjawab persoalan wang tersebut, malah mangkin banyak menimbulkan persoalan. Demikian juga pengakuan beberapa Ketua Bahagian Umno kononnya wang tersebut bantuan Saudi Arabia kerana peranan DS Najib Razak dalam mententang ISIS( Islamic state iraq syria). Walaupun sebelum ini dikatakan wang tersebut bertujuan untuk kegunaan Umno berdepan PRU-13.
3. Entah betul atau tidak menurut Sarawak Reports USD650milion dikembalikan semula ke Tanaore Finance Corporation di Falcon Bank Singapore, dan kebetulan pula bank tersebut kepunyaan Aabar sebuah syarikat Abu Dhabi dimana sebelum wang usd681 disalurkan ke akaun peribadi Perdana telah diadakan tandatangan perjanjian kerjasama antara 1MDB dan Aabar bernilai RM18bilion.
4. laporan Sarawak reports pada 14 ogos kononnya USD650milion yang dikembalikan semula kepada akaun "penderma" pada 30 ogos 2013 tarikh yang sama akaun perdana menteri di Ambank ditutup, sehingga kini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak termasuk DS Najib Razak.

Skandal 1MDB: Ku Nan akan mohon batal saman PKR

Posted: 18 Aug 2015 08:33 PM PDT


Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman PKR dan beberapa pemimpin pembangkang berhubung dakwaan mengenai 1MDB.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu Malaysiakini bahawa Tengku Adnan menerima saman tersebut semalam.

"Kami (bagi pihak Tengku Adnan) akan fail permohonan untuk membatalkan saman itu," kata Hafarizam ketika ditemui di majlis makan malam malam tadi di sebuah hotel untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-50 anjuran Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon.
Hafarizam (gambar) berkata pengurusan kes telah ditetapkan pada 3 September.
Selain Tengku Adnan, PKR menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan dalam saman itu.
Masih tidak diketahui sama ada Najib, 1MDB dan SPR akan memfailkan permohonan yang sama untuk membatalkan saman itu.
PKR, bersama dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, dan bekas MP PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad yang kini bersama Gerakan Harapan Baru (GHB), adalah plaintif.
Saman mereka difailkan pada 12 Ogos melalui firma guaman Tommy Thomas. Di dalamnya, plaintif mendakwa pengubahan wang haram, rasuah dan penipuan pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan dana awam.

Pemimpin GHB mula melepaskan jawatan dalam PAS

Posted: 18 Aug 2015 08:30 PM PDT

Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru dijangka meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru dijangka meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.
Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) mula meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu selepas nama parti baharu diumumkan. Langkah ini diambil menjelang penubuhan parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.
Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam itu akan gugur secara automatik.

Petang ini satu sidang media khas akan diadakan di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan. Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB.
"Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini," kata satu kenyataan yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini.
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud adalah Ketua Wanita GHB yang kini dalam proses mendaftarkan nama parti mereka.
Read More / Baca Lagi >>

DAP bakal lawat Tunisia pula pelajari isu hudud

Posted: 18 Aug 2015 08:27 PM PDT

Pemimpin An Nahdah Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani, parti Islam dari Tunisia melawat Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Ogos, 2015.Pemimpin An Nahdah Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani, parti Islam dari Tunisia melawat Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Ogos, 2015.Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mengadakan satu lagi rombongan ke negara Islam bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah khasnya hudud selepas berpisah dengan PAS disebabkan isu tersebut.
Kali ini mereka akan melawat Tunisia dan berbincang dengan pemimpin parti Islam An Nahdah, yang turut berada dalam kerajaan negara utara Afrika itu.
Lim memberitahu media semalam selepas menerima kunjungan hormat wakil pemimpin utama An Nahdah Rachid Ghanouchi iaitu Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani ke Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Lim mengetuai rombongan pemimpin DAP ke Mesir dan Jordan bagi bertemu dan berbincang dengan pemimpin Islam dan pelajar Malaysia yang sedang belajar bidang agama di 2 negara Timur Tengah itu. An Nahdah pimpinan Ghanouchi kini menyertai kerajaan melalui kerjasama politik yang diadakan ketika Tunisia berada dalam transisi perpindahan daripada negara autokratik kepada negara demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Gobind Singh Deo - Public Forum : Sect 124B "An Affront To Parliamentary Democracy

Posted: 18 Aug 2015 08:05 PM PDT

Maria Chin Abdullah: We Can't Stop At Bersih 4, We Have To Continue To Fight For The Reform

Posted: 18 Aug 2015 08:02 PM PDT

Abdullah Sani: 29hb, 30hb Kita Menegaskan Rakyat Sudah Bosan Dengan UMNO Barisan Nasional

Posted: 18 Aug 2015 08:01 PM PDT

Pak Samad: Puisi Untuk Harapan Baru

Posted: 18 Aug 2015 08:01 PM PDT

Ronnie Liu: Tokoh-Tokoh Harapan baru Adalah Pejuang Rakyat

Posted: 18 Aug 2015 08:00 PM PDT

Spin Umno mengenai ‘derma’ RM2.6 bil semakin tak terkawal

Posted: 18 Aug 2015 07:02 PM PDT

oleh V Shuman
Satu isu, satu penjelasan, satu penyelesaian. Itu kebiasaannya.
Tetapi di negara kita, satu isu, 10 penjelasan, tiada penyelesaian.
Isunya adalah wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Penjelasan? Ada banyak, dari derma politik kepada "tanda penghargaan", baru-baru ini, dari sebuah negara "saudara" atas peranan Malaysia dalam memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).
Idea tak masuk akal ini telah diluahkan oleh ketua Umno bahagian Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat baru-baru ini.

Menurut Wan Adnan, RM2.6 bilion itu datang dari Arab Saudi sebagai tanda penghargaan mereka terhadap peranan Malaysia dalam memerangi IS, dan juga kerana memperjuangkan Islam dan mengamalkan Islam Ahli Sunnah.
Akhbar harian berbahasa Melayu, Sinar Harian menyatakan yang Wan Adnan mendakwa bahawa ini telah dinyatakan kepada 146 pemimpin bahagian Umno semasa pertemuan dengan Najib minggu lepas.
"Bukan sahaja Malaysia menerima sumbangan dari Arab Saudi, dua atau tiga negara-negara lain juga menerimanya, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand," beliau dipetik berkata.
Nampaknya Najib telah menjelaskan bahawa wang itu dimasukkan terus ke dalam akaunnya sebagai sumbangan dari Arab Saudi kepada Najib, dan bukan kepada Umno.
Adakah Wan Adnan menyedari bahawa dakwaannya mempunyai lubang yang cukup besar untuk memuatkan sebuah kapal terbang?
Mari kita lihat mengapa. IS, yang sebelum ini dikenali sebagai Negara Islam Iraq dan Levant (Isil), ditubuhkan secara rasmi pada April 2013, walaupun pemimpin utamanya telah terlibat dalam pemberontakan seawal tahun 2006.
"Derma" itu dimasukkan ke dalam akaun Najib pada bulan Mac 2013, sebulan sebelum Isil mula mendapat perhatian global disebabkan tindakan-tindakan militan kejam mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Harapan baru perlu kerja keras segera catur pelan pilihan raya

Posted: 18 Aug 2015 06:45 PM PDT

Mohd Azhar


Kewujudan Harapan Baru dalam arena politik tanah air sejak akhir-akhir ini semakin memperlihatkan keseriusan dan kematangan rakyat untuk memilih pendekatan terbaik dalam mengadunkan Islam dan kenegaraan dalam konteks Malaysia.
Perkara ini bukan sahaja menarik minat masyarakat Islam malah mereka yang bukan beragama Islam yang percaya politik Islam tidak dapat dipisahkan dengan suasana di Malaysia.
Rakyat kini mula menaruh harapan agar apa yang dilaungkan sebagai harapan baru, benar-benar dapat menjadi wadah untuk bergantung harap terutamanya bagi membentuk sebuah kerajaan yang bebas dari masalah korupsi salah guna kuasa yang dipamerkan Barisan Nasional pada hari ini.

Melalui pemerhatian dan penilaian penulis dengan kenyataan daripada pimpinan GHB dan program-program yang dianjurkan mereka, penulis mendapati mereka masih menggunakan pentas ceramah sebagai medium penerangan dan promosi GHB di kalangan rakyat. Tidak dinafikan kaedah itu memberi kesan tetapi pendekatan yang lebih seirus perlu digerakkan ke serata daerah bagi mendapatkan maklum balas secara jelas dan bukan hanya bagi mendapatkan keahlian baru. Pada ketika ini wujud persepsi GHB hanya memberi focus dan mensasarkan ahli PAS bagi menambah keahlian mereka dan ia kelihatan benar apabila kebanyakan hadirin serta yang menyampaikan ucapan dalam siri ceramah mereka kebanyakannya adalah bekas ahli PAS sebelum ini sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat kawasan.
GHB perlu bekerja keras, mengorak langkah untuk menarik ahli-ahli daripada parti-parti politik pemerintah atau pimpinan mereka yang berada di dalam Umno, MCA atau MIC bagi memperkukuh kekuatan sebagai solusi dalam suasana tidak menentu dalam negara pada hari ini.
Melihat kepada suasana semasa, ramai ahli-ahli dalam parti-parti politik BN kecewa dan cuba mencari haluan lain bagi meluahkan pandangan mereka tetapi tidak ada yang sudi menjadi pendengar dan menyediakan medium kepada mereka untuk bekerjasama membuat perubahan. Justeru pasukan GHB harus melihat prospek ini sebagai tumpuan yang boleh memberi nilai tambah kepada kekuatan GHB.
Pelan pilihan raya
Sehingga kini, GHB kelihatan masih samar-samar dalam mengenengahkan perancangan mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Mungkin perancangan rapi sedang disusun namun rakyat Malaysia keseluruhannya ternanti-nanti bagaimana agaknya GHB mendepani PRU ke 14 dengan kedudukannya sebagai sekutu Pakatan Rakyat 2.0. PAS yang dahulunya bertanding dalam kesepakatan PR kelihatan tidak akan berganjak dengan kerusi-kerusi yang pernah ditandinginya.
Read More / Baca Lagi >>

Kuasa Eksekutif jejas demokrasi

Posted: 18 Aug 2015 06:19 PM PDT

KELIHATAN tekanan yang tidak berkesudahan oleh kuasa Eksekutif dalam usahanya membersihkan Perdana Menteri dan syarikat pelaburan gergasi -1MDB yang didukung kerajaan dari persepsi skandal pengkhianatan amanah.
Kuasa Eksekutif jejas demokrasiYang terbaharu setelah berminggu-minggu dihurung spekulasi dan bersikap tidak mengendahkan persoalan kewujudan akaun peribadi miliknya di sebuah bank tempatan. Maka satu kenyataan daripada SPRM berhubung sejumlah wang RM2.6 bilion yang dijumpai dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu hanyalah bersumber dari hasil pungutan derma, kedengaran sangat aneh.
Kendatipun terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah 'derma', namun dalam lingkungan pemahaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ia adalah - "suapan" : 'suapan' membawa pengertian rasuah – (a) wang, derma, alang, pinjaman … atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
Definisi ini membuka pintu yang luas untuk mencari individu bertanggungjawab – dalam menerima atau memberi rasuah – menjadi suatu kesalahan dalam Seksyen 3 dan Seksyen 50 dalam akta MACC.
Hukuman penjara hampir 20 tahun diperuntukkan kepada mereka yang didapati bersalah sebagai sorotan Seksyen 16 dalam akta tersebut.
Jika Eksekutif cuba menghalang SPRM dari melaksanakan tugas; justeru tindakan itu jelas merupakan langkah paling merosakkan amalan sistem demokrasi berparlimen negara.
Sementara SPRM berusaha cuba menyelesaikan dilemanya daripada menerbitkan kenyataan yang tidak ditandatangani kepada berdoa pada saat-saat akhir agar bebas dari korupsi serta menjadi berintegriti; kita tertanya-tanya peranan institusi-institusi seperti Bank Negara.
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, Gabenor Bank Negara sedang dicari Ketua Polis Negara untuk siasatan yang berkaitan dengan Seksyen 124B sesuatu yang menjejaskan demokrasi berparlimen - ia berlaku pada masa yang tepat tatkala rakyat menanti hasil siasatan pasukan petugas khas dipengerusikan oleh beliau dalam skandal 1MBD dan ke atas Perdana Menteri (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).
Sebarang ancaman dan gangguan terhadap Gabenor Bank Negara yang merupakan benteng kepada ekonomi Malaysia dan kebajikan dari segi kewangan – adalah satu ancaman kepada demokrasi berparlimen kita.
Sementara tangkapan dan penyiasatan seolah-olah menjadi arahan semasa – kita memerlukan jawapan:
Read More / Baca Lagi >>

DEIG tidak sama dengan 1MDB yang sarat hutang – Azmin

Posted: 18 Aug 2015 06:17 PM PDT

DEIG hanya bertanggungjawab soal pelaburan manakala dasarnya diputuskan MBI dan kerajaan negeri.
azmin,DEIG
SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali berkata Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd berbeza dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat dengan hutang.
Jelas Menteri Besar Selangor itu, DEIG tidak memberi kesan langsung kepada negeri memandangkan syarikat itu hanya bertanggungjawab soal pelaburan, manakala dasarnya akan diputuskan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan kerajaan negeri.
"1MDB adalah syarikat berasingan dan tidak menerima arahan langsung daripada Kementerian Kewangan, tetapi peranan DEIG bukan pihak tengah seperti yang didakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya di lobi Dewan Negeri Selangor pada Selasa.
Tambah ADUN Bukit Antarabangsa itu, DEIG adalah untuk meningkatkan hasil keuntungan dan mengurangkan risiko pelaburan selain masih tertakluk di bawah enakmen MBI.
Katanya, kerajaan berpotensi menanggung risiko sekiranya DEIG diasingkan sepenuhnya dari MBI.
"MBI yang mempunyai aset bernilai RM6.3 bilion mempunyai 12 anak syarikat di bawahnya dan DEIG tidak bertindak sebagai pesaing mereka.
"Dari struktur modal, DEIG tidak ada buat pinjaman modal, tiada aset dan anak syarikat yang dikendalikan yang mula beroperasi pada suku pertama 2016," katanya
Read More / Baca Lagi >>

FOMCA: ‘Double standard’ jika hanya haramkan rokok elektronik

Posted: 18 Aug 2015 06:15 PM PDT

Fakta-Keburukan-Rokok-VaporSHAH ALAM, 18 OGOS: Langkah mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vapor merupakan keputusan 'double standard', kata Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman hari ini.
Mohd Yusof berkata, kerajaan sepatutnya turut mengharamkan penjualan rokok biasa yang dikatakan mempunyai kesan lebih buruk terhadap perokok berbanding rokok elektronik.
"Kalau rokok elektronik diharamkan dengan alasan membahayakan kesihatan kenapa rokok biasa tidak diharamkan sama sedangkan rokok biasa lebih membahayakan perokok. Adakah sebab kutipan cukai yang diperolehi?
"Dua-dua kena haramkan jugalah sebab kalau tak haramkan dua-dua nampaklah 'double standard, kenapa vapor tak dibenarkan tetapi rokok dibenarkan sedangkan dua-dua bahaya'," kata Mohd Yusof kepada Selangor Kini.
Jelas beliau, kerajaan tidak wajar berkompromi dengan membenarkan penjualan rokok kerana bimbang bakal kehilangan cukai jualan rokok.
Tambahnya lagi, keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan keputusan kajian yang dijalankan Jabatan Kesihatan Malaysia tanpa mengambil kira isu percukaian.

Di Mana Pertanggungjawaban Kerajaan ?

Posted: 18 Aug 2015 06:12 PM PDT

Oleh Mazlan Aliman
Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat menyesali dengan sikap Kerajaan mengenai kedudukan kritikal FGV. Meskipun saham FGV berada pada tahap yang begitu rendah(RM1.38 hingga 18 Ogos)tiada sebarang kenyataan resmi dikeluarkan oleh Kerajaan untuk menanganinya. Apa pendirian Kerajaan pada waktu ini?

Sebaliknya, YAB Perdana Menteri dalam Majlis Jamuan Hari Raya Felda baru baru ini menyokong cadangan FGV untuk membeli 37% kepentingan dalam Syarikat Perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation yang bernilai RM2.37 bilion, harga yang begitu mahal berbanding harga pasaran. Saya sendiri mengetuai Ngo ANAK membuat lawatan kerja meninjau lokasi perladangan tersebut di Kalimantan dan banyak isu yang tidak selesai. Ia suatu pelaburan berisiko tinggi dan tidak berbaloi dalam konteks memberi nilai tambah terhadap FGV.Ia bukan sahaja tidak merangsang kedudukan FGV, sebaliknya kejatuhan berterusan saham FGV.
ANAK telah berusaha berbagai cara melalui pendekatan diplomasi dalam menangani isu FGV. Rombongan ANAK ke FGV yang sepatutnya mendapat taklimat resmi, tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Memorandum ANAK kepada Bursa Malaysia tidak diketahui statusnya pada waktu ini.
Kebimbangan begitu dirasai mengenai kedudukan saham FGV di mana Felda, Felda Asset, Tabung Haji, KWSP, KPF dan KWAP mempunyai kepentingan saham yang amat besar. Kerugian ini di tanggung seluruh rakyat Malaysia!
Tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar yang di pajak selama 99 tahun oleh FGV, apa akan berlaku jika sebarang kemungkinan lebih buruk melanda FGV?
Operasi anak2 syarikat di bawah FGV yang ada kaitan dengan peneroka, umpamanya kilang kelapa sawit(Palm Oil Industries) bagaimana keadaannya di masa hadapan?
Desakan ANAK agar Tan Sri Isa Samad, Dr Emir Mavani di pecat dan rombakan besar besaran di lakukan terhadap pengurusan FGV sebagai plan pemulihan; tiada sebarang respon dari Kerajaan.
ANAK memberi amaran, jika sikap berdiam diri@pekak badak Kerajaan berterusan, demonstrasi besar besaran di Menara Felda akan dilakukan!
Ini bukan ugutan, tapi sebagai isyarat atas pendirian Kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
' Menerajui Perubahan '

Zahid kini dakwa dalang jatuhkan kerajaan batal pertemuan dengan PM

Posted: 18 Aug 2015 06:01 PM PDT

Pemimpin Umno yang menjadi dalang plot menjatuhkan kerajaan membatalkan mesyuarat Ahad lepas dengan Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 2 hari selepas beliau mengumumkan individu berkenaan menyesal.
Timbalan perdana menteri berkata hari ini, beliau tidak tahu bila mesyuarat dijadualkan semula dan akan memastikan ia berlaku.
"Mesyuarat antara individu berkenaan dengan perdana menteri yang sepatutnya diadakan sudah dibatalkan atas permintaan individu itu sendiri," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

"Saya difahamkan wartawan berkumpul di luar kediaman perdana menteri, tetapi berdasarkan permintaannya, pertemuan itu dibatalkan. "Saya tidak tahu bila yang baharu (pertemuan) akan ditetapkan tetapi saya akan pastikan ia berlaku."
Apabila ditanya mengapa individu berkenaan membatalkan mesyuarat, Zahid berkata secara berseloroh, "kerana ramai wartawan tunggu dia."
Walaupun Zahid yakin pemimpin Umno itu mengetuai plot menggulingkan kerajaan, beliau berkata tiada tangkapan boleh dibuat.
"Satu laporan polis dibuat. Prosesnya adalah apabila laporan dibuat, maka siasatan dijalankan," kata Zahid.
Beliau menambah sudah mengemukakan maklumat yang diperoleh tetapi enggan mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan kerana bimbang ia mengganggu siasatan.
Pada Ahad, Zahid berkata pemimpin Umno itu bercadang bertemu Najib kerana "sudah sedar" dan akibat perancangannya.
Read More / Baca Lagi >>

RM11 bilion pelaburan asing dibawa keluar kerana ketidakstabilan politik

Posted: 18 Aug 2015 05:24 PM PDT

Dia mendakwa pelabur tidak yakin dengan kepemimpinan negara kerana wujudnya campur tangan dalam siasatan untuk menegakkan keadilan.
Nurul-Izzah-Anwar,-economy
PETALING JAYA : Sekurang-kurangnya RM11 bilion nilai pelaburan asing telah dibawa keluar dari negara ini pada minggu lalu ekoran ketidakstabilan politik dan ekonomi.
Dakwaan itu dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Katanya, pelabur asing telah membawa keluar pelaburan kerana kurangnya keyakinan terhadap kepimpinan negara yang ada pada hari ini.
Katanya, ketidakyakinan pelabur asing itu disebabkan wujudnya dakwaan campur tangan pemimpin negara terhadap siasatan oleh pihak berkuasa.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa, kenyataan Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam temubual bersama sebuah akhbar baru-baru ini telah menimbulkan lagi banyak persoalan tentang wujudnya kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.
"Halangan berterusan berkenaan keadilan ini seharusnya dihentikan. Suatu penyiasatan segera atas halangan dan gangguan yang timbul terhadap kertas pertuduhan hendaklah dimulakan," katanya dalam kenyataan.
Nurul Izzah mendakwa, kontroversi politik yang berterusan seperti pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail dan tekanan terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuatkan pelabur asing tidak yakin untuk terus melabur di negara ini.

Menteri Umno kata ada pihak sabotaj ekonomi Malaysia.....siapa bakal jadi kambing hitam...!!!

Posted: 18 Aug 2015 05:24 PM PDT

KUALA LUMPUR - Sabotaj ekonomi digunakan sebagai senjata paling berkuasa untuk menyerang Malaysia dan menjejaskan kredibiliti kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Perunding media Barat dibayar untuk memutarbelitkan cerita mengenai dakwaan rasuah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ekonomi Malaysia di ambang muflis.

"Ini bukan sahaja berniat jahat tetapi juga perbuatan khianat. Sabotaj ekonomi, terutamanya yang dirancang dan dibiayai oleh rakyat Malaysia, sememangnya suatu perbuatan khianat," katanya dalam catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.

Beliau berkata pengkhianat ini perlu didedahkan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka.

"Bagi mengukuhkan lagi dakwaan ini, malahan terdapat usaha untuk menyerang ringgit bagi 'membuktikan' bahawa dunia benar-benar telah hilang keyakinan terhadap Malaysia.

"Gambaran yang diberikan ialah ringgit yang rendah bermakna Malaysia menuju ke arah 'kemusnahan'. Malah, mereka mengatakan Malaysia antara negara yang dianggap sebagai 'negara yang gagal'," kata Salleh.

Beliau berkata sabotaj ekonomi merupakan senjata paling berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, kadangkala lebih berkesan daripada tindakan ketenteraan.   
Read More / Baca Lagi >>

Siasatan terhadap perdana menteri dan kedaulatan undang undang

Posted: 18 Aug 2015 05:15 PM PDT

Eric Paulsen


Lawyers for Liberty melihat dengan kebimbangan temu ramah Datuk Abdul Rahman Dahlan, pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional di dalam The Star Online, "Swimming against the tide to get to the truth", 16 Ogos, 2015, yang menimbulkan beberapa perkara kontroversial berkaitan skandal 1MDB.
Khususnya, apabila beliau berkata terdapat satu percubaan untuk "menjenayahkan" perdana menteri melalui draf kertas pertuduhan (yang mungkin atau mungkin tidak sahih atau mematuhi proses yang biasa) dan disebabkan itu mereka terpaksa "mengambil beberapa langkah awal supaya ia tidak berlaku."
Dengan berbuat demikian, beliau menjustifikasikan penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, pembubaran Badan Bertindak 1MDB dan juga penangkapan, penahanan dan pemindahan pegawai-pegawai SPRM yang pada masa itu terlibat dalam siasatan tersebut.

Ini adalah amat mengejutkan dan mengaibkan kerana beliau seolah-olah mengatakan perdana menteri tidak boleh atau tidak patut disiasat kerana siasatan tersebut adalah "menjenayahkan" perdana menteri atau pun "menjatuhkan kerajaan." Ini juga jelas keterlaluan, satu kenyataan luar biasa yang tidak boleh diambil serius. Tidak ada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang termasuklah perdana menteri dan apa-apa siasatan terhadap beliau tidak harus disalahtafsirkan kepada orang awam sebagai "menjenayahkan" perdana menteri atau "menjatuhkan kerajaan."
Apabila mana-mana agensi penguatkuasaan memulakan penyiasatan, tujuannya adalah untuk sentiasa membina kes dengan mengumpul bukti dan dalam proses itu, suspek boleh "dijenayahkan" dan didakwa. Adalah lebih tidak masuk akal untuk agensi penguatkuasaan tidak "menjenayahkan" suspek dalam mana-mana siasatan (dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi) kerana itu akan mensia siakan siasatan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Either Rahman or AG has lied, says Nurul

Posted: 18 Aug 2015 05:07 PM PDT

She calls for Najib's arrest, recalling her father's trial on charges of interfering with police investigations.
Rahman-Dahlan,-Apandi-Ali,-Nurul-Izzah-Anwar
PETALING JAYA: Someone has lied about the authenticity of a charge sheet against Prime Minister Najib Razak, and that someone is either BN strategist Abdul Rahman Dahlan or Attorney-General Mohamed Apandi Ali, according to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar.
In a press statement today, she echoed other opposition leaders in saying that Rahman's recent statements to The Star Online were virtually an admission that the charge sheet was authentic. She contrasted this with Apandi's earlier statement that it was fake.
"Who is lying now?" she asked.
Referring to Rahman's statement that Najib stopped the filing of charges against him, she said this was a "clear" case of power abuse.
"Clearly an arrest must be made to demonstrate that our agencies are not pliable by the desires of some emperor-like PM," she said.
She recalled that her father, Anwar Ibrahim, in a 1999 trial that was "condemned by the International Commission of Jurists," was found guilty on four charges of corruption under the Emergency (Essential Powers) Ordinance for interfering with police investigations against him.
She said Rahman's statement was no less an allegation that Najib interfered in investigations against him.
"These continuous obstructions of justice must stop," she said. "An immediate investigation into obstruction and interference arising from the charge sheet revelation must commence."

Lies and more lies in RM2.6b scandal

Posted: 18 Aug 2015 05:05 PM PDT


YOURSAY 'Maybe PM Najib Razak should try telling the truth for a change.'
          
PM questions truth of articles in Sarawak Report
Vijay47: PM Najib Razak, posing a host of rhetorical questions may seem a sagely, patient, statesman-like response to the sad situation you have painted yourself into, but in your case, considering the numerous evidence, details, and cards stacked against you, it is a lost cause.
                                              
Why ask these questions of Sarawak Report, Najib, when you are the best person to answer them? You are the one caught with the hand in the till.

Unbelievably, you dare to state that the matter is under the scrutiny of the Public Accounts Committee (PAC). Perhaps the weight of your heavy anguish has confused you further when you are the culprit who caused the demise of PAC and somehow managed to delay the inevitable noose drawing close.

As is fashionable with Umno leaders, you seem to be now relying on Islam in your plea for help with your desperate supporters like Abdul Rahman Dahlan, Ahmad Zahid Hamid and Salleh Said Keruak appearing to have similarly taken complete leave of their limited senses, raising defence gems like PAC, constituted by you and Parliament during your saner moments, being unconstitutional, that seeking to change an untrustworthy government was somehow illegal, and actually even admitting that a charge sheet was on the verge of being served on you when the services of those responsible for doing so were abruptly terminated, again by you.

What happened to your grandiose Bugis roar that you would sue The Wall Street Journal and Sarawak Report?  In the end, the only squeak from you was the heavy-handed action against local publication The Edge.

The going must be obviously particularly bad for you when you can't even pick the right breed of allies to speak up for you.

Ferdtan: If Najib doubted the Sarawak Report that he had transferred out US$650 million of the US$681 million deposited into his personal bank accounts back overseas, then all he has to do is to show the world that he did not. Simple, just show your bank statements.

This is like a person falsely accused by another of hiding the stolen goods in his house. All he has to do is to open the door to his house for anyone who cares to check. Problem solved, isn't it?

Odin Tajué: Najib, yes, the emails were 'true'. If they were not, you, Jho Low, PetroSaudi International, etc, would have sued Sarawak Report - which has issued a challenge twice to anyone doubting its report to sue it. Not one of you has done so.

1MDB's RM42 billion loss was incurred due to such things as your purchasing of assets at dubious prices and arranging of bonds on unfavourable terms. You are merely twisting things to cover your impugnable action.
Read More / Baca Lagi >>

Zeti’s fight is our fight too

Posted: 18 Aug 2015 04:51 PM PDT

Her quest for the truth may have been stymied by interested parties, and it is our burden to continue the fight.
Zeti-Akhtar-Abdul-Aziz,-1MDB
Bank Negara Malaysia Governor Zeti Akhtar Abdul Aziz has become something of a hero among Malaysians of late. Following revelations from several prominent bloggers that Zeti may have been one of the key players in a coup to remove the increasingly unpopular Najib Razak, she has become a martyr even as she fends off calls from pro-Najib quarters to resign before her term as governor ends in April next year.
The BNM Governor recently returned to Malaysia from a trip to the US and promptly gave an assessment of our economic outlook, but political observers will perhaps be more curious about Zeti's claim that the central bank began informal investigations into 1MDB several years ago. In her own words, ""We did informal investigations with them for a few years actually, and we wrote reports and submitted the reports."
She also confirmed that BNM had completed the formal investigations that began last May and had submitted its findings and recommendations to the Attorney-General.
Some questions spring to mind upon reading Zeti's comments. First, was 1MDB already suspected of financial shenanigans several years ago? If so, on what grounds? Second, if reports and findings from the informal investigations on 1MDB were submitted to the AG, why was no action taken on the advice of those reports? Third, were any of those findings relevant to the formal investigation ordered in May?
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Majlis Penasihat Ikatan Amanah tidak sama Majlis Syura Pas – Ahmad Awang

Posted: 18 Aug 2015 02:18 AM PDT

Oleh: Amiruddin Ahmad
Suara PakatanDaily.com

Bekas Naib Presiden Pas Ahmad Awang dipilih menjadi penasihat umum bagi parti Islam baru yang akan dilancarkan bulan depan.
Menurut Ahmad, walaupun jawatan penasihat umum itu dilihat menyerupai mursyidul am Pas, namun terdapat perbezaan bagi dua jawatan tersebut.
Katanya, sebagai penasihat umum, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan eksekutif parti dan hanya fokus dalam Majlis Penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu bagi memberi nasihat kepada parti Islam baru itu.
Ahmad berkata lagi, Majlis Penasihat untuk parti Islam baru itu juga akan terdiri daripada golongan ulama serta profesional.
"Kita punya Majlis Penasihat pakar ini tak macam Majlis Syura (PAS). Majlis Syura itu, dia juga dalam Majlis Syura, dia juga (orang sama) di eksekutif. Kita tidak.
"Biar betul-betul duduk dalam Majlis Penasihat dengan kepakaran yang ada dan tak campur tangan urusan eksekutif.
"Baru nanti tak timbul isu, dialah (anggota) Majlis Syura dialah presiden.
"Majlis penasihat pakar itu terdiri daripada golongan ulama dan juga mereka yang pakar dalam bidang lain seperti kemasyarakatan, ekonomi, perbankan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, ditanya siapakah lagi individu yang akan turut berada dalam Majlis Penasihat itu, Ahmad berkata perkara itu tidak boleh didedahkan lagi buat masa ini.
"Belum boleh isytiharkan," katanya ringkas.
Ahmad, bekas presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), tewas mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti lalu.
Parti politik berteraskan Islam yang baru itu diasaskan daripada kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas Jun lalu melalui kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Ia bertujuan untuk memperjuangkan usaha penubuhan gabungan pembangkang.
Pembentukan parti baru yang belum diumumkan namanya itu secara rasmi dijangka akan dibuat menjelang 31 Ogos nanti.

Lim Kit Siang optimis Pakatan Rakyat Baru wujud pada 16 September

Posted: 18 Aug 2015 02:12 AM PDT



Oleh: Amiruddin Ahmad
Suara PakatanDaily.com




Lim Kit Siang berharap satu gabungan baru pembangkang negara ini dapat sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.


Pemimpin veteran DAP itu berkata, jika parti Islam baru dibentuk menjelang 31 Ogos nanti, pakatan baru pembangkang – yang belum ditentukan namanya – boleh ditubuhkan pada tarikh berkenaan.
"Saya harap ia akan menjadi titip penyatuan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira faktor bangsa, agama atau wilayah demi perubahan penting politik bagi menyelamatkan negara daripada bencaa," katanya dalam ucapan di majlis forum anjuran DAP di Johor Bahru malam tadi.
Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata , pemimpin Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) pernah menyatakan parti baru Islam akan dibentuk sebelum Hari Kebangsaan Malaysia pada akhir bulan ini.
Bekas Setiausaha Agung DAP itu juga mengakui selepas tujuh tahun Pakatan Rakyat berkubur dan hanya sempat melalui satu pilihan raya umum, iaitu pada 2013.
Perkembangan itu, kata Lim, memusnahkan harapan semua rakyat Malaysia yang mempunyai harapan serta keyakinan tinggi terhadap Pakatan.
Namun di sebalik kesedihan itu, Lim berkata, 'kematian' Pakatan tidak dapat dielakkan apabila satu daripada tiga parti dalam gabungan berkenaan enggan mematuhi dasar bersama yang dipersetujui.
Malah, kata Lim, tanda masalah dalam Pakatan sudah dapat dilihat ketika pilihan raya umum ke-13 apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membenarkan ahlinya bertanding di kerusi yang sudah ada calon pembangkang.
Tindakan Abdul Hadi menyebabkan berlaku pertembung lebih daripada dua penjuru dan menguntungkan Umno.
Lim berkata sudah ada tanda-tanda masalah dalam Pakatan ketika pilihan raya 2013 umum, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui calon PAS yang membawa kepada pertandingan tiga penjuru di enam kerusi Dewan Undangan Negeri yang memberi menguntung calon-calon Umno di situ.
Mengimbas kembali, Lim berkata, ia mungkin menjadi satu rahmat bahawa Pakatan gagal memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, kerana jika majoritinya tipis, maka nasib Pakatan akan terletak di tangan presiden PAS, yang menurutnya, tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
Jika Hadi tetap tidak menerima Anwar sebagai perdana menteri, kata Lim lagi, maka beliau juga boleh mengalih sokongan partinya di Parlimen kepada calon pilihan Umno, dan mewujudkan krisis utama yang pertama bagi Pakatan Rakyat.
"Kita mesti belajar daripada kesilapan-kesilapan ini dalam Pakatan dan memastikan bahawa Pakatan Rakyat baru yang akan ditubuhkan dengan pembentukan parti Islam yang baru pada Hari Merdeka, akan lebih bersatu padu dalam melaksanakan perubahan politik di Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Lim menggesa lapan menteri dan dua timbalan menteri untuk mengisytiharkan sama ada mereka telah menerima sebahagian daripada dana RM2.6 bilion yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak diterima dalam akaun bank peribadinya untuk kempen mereka semasa PRU13.
"Sebelum mesyuarat kabinet esok, mereka perlu mengisytiharkan sama ada mereka telah menerima pembiayaan daripada RM2.6 bilion akaun peribadi Najib untuk kempen pilihan raya umum ke-13, dan jika ya, berapa banyak mereka masing-masing terima," katanya.
Lim menamakan menteri dan timbalan menteri seperti berikut:
1. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – Menteri Pertahanan.
2. Datuk Azalina Othman – Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
3. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah – Menteri Kewangan Kedua.
4. Datuk Seri Liow Tiong Lai – Menteri Pengangkutan.
5. Datuk Seri Anifah Aman – Menteri Luar.
6. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
7. Datuk Ahmad Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
8. Datuk Mahdzir Khalid – Menteri Pendidikan
9. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
10. Datuk Razali Ibrahim – Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri
Mengenai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Shahrir Samad yang mengesahkan dakwaan laman pemberi maklumat Sarawak Report bahawa beliau telah menerima RM1 juta daripada perdana menteri, Lim berkata pengesahan Shahrir itu yang merupakan satu pengiktirafan terhadap kredibiliti laporan laman web tersebut.
"Ia telah dituduh sebagai orang gila yang tidak bertanggungjawab dalam membuat tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin Umno / Barisan Nasional, tetapi sehingga kini, tidak ada satu pun kes mana-mana Sarawak Report menghantar ditunjukkan adalah palsu atau tidak benar.
"Sekarang Shahrir mengakui menerima RM1 juta daripada akaun Najib RM2.6 bilion peribadi untuk 13 kempen pilihan raya umum, kini giliran Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan, untuk mengesahkan sama ada beliau telah menerima RM2 juta daripada Najib , "kata Lim.
Semalam, portal BNBBC memetik Shahrir sebagai berkata bahawa menerima dana daripada presiden parti itu adalah perkara biasa.

#Kita Lawan teruskan mobilisasi Bersih 4.0, jumpa di Dataran Merdeka

Posted: 18 Aug 2015 02:04 AM PDT


KENYATAAN MEDIA: Anak muda #KitaLawan menyambut baik maklum balas daripada pihak polis yang mula mengeluarkan kenyataan bercanggah atau mula meminta rakyat untuk menjauhi Dataran Merdeka menjelang Himpunan BERSIH 4.0.
Ini seolah-olah risikan polis menunjukkan rakyat akan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30 Ogos 2015 dan rakyat perlu ditakutkan untuk tidak bersama.
Bagi pihak anak muda #KitaLawan, kami akan meneruskan usaha mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka pada Himpunan BERSIH 4.0.
Rakyat perlu berani tampil ke hadapan bagi meraikan dan mempertahankan hak kita semua untuk berhimpun secara aman.
Setakat ini ceramah pentas #KitaLawan ke seluruh negara mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 6 buah negeri telah dijelajahi dan respon daripada rakyat tempatan jelas menunjukkan kesediaan mereka untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Bersih 4.0. Hujung minggu ini Jelajah ceramah #KitaLawan akan berakhir di Johor dengan ceramah di Jalan Bilal, Kampung Melayu Pandan (Pasir Gudang) dan Jalan Badik 17, Taman Puteri Wangsa (Tebrau).
Tumpuan mobilisasi oleh anak muda #KitaLawan seterusnya akan tertumpu ke Selangor dan Kuala Lumpur. Kami akan bergerak dari satu daerah ke satu daerah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan awam bagi memberikan penerangan ringkas dan mengedarkan risalah.
Bermula malam ini, kumpulan anak muda #KitaLawan dengan berbaju kuning akan mengunjungi bandar Selayang dan mengadakan aksi di Country Home FoodCourt, Pasar Malam Kampung Dato Lee Kim Sai dan Bandar Baru Selayang.
Anak muda #KitaLawan akan terus menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk menyertai Himpunan BERSIH 4.0. Kami berazam untuk terus melawan kezaliman dan penindasan.
Walau berdepan ugutan dan penindasan, rakyat berhak bersuara memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Sekretariat #KitaLawanNajib

Skandal pentadbiran Najib: Peguam Negara baru terus membatu?

Posted: 17 Aug 2015 10:44 PM PDT




KENYATAAN MEDIA: Di dalam sidang media khas yang diadakan pada minggu lalu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyatakan bahawa Bank Negara sudah selesai menjalankan penyiasatan terhadap segala urusan transaksi perbankan yang berkait dengan 1MDB dan kertas siasatan yang menyatakan butir-butir terperinci penyiasatan yang dijalankan telah dihantar kepada Peguam Negara. Tan Sri Dr Zeti juga menyebut bahawa kandungan kertas siasatan tersebut turut mengandungi beberapa rekomendasi dari Bank negara untuk tindakan selanjutnya oleh Peguam Negara.
2. Meskipun Tan Sri Dr Zeti dan Bank Negara tidak menjelaskan secara terpeinci skop penyiasatan, penemuan atau hasil dari penyiasatan yang dijalankan Bank Negara, namun jika kita mengikuti perkembangan dari maklumat dan fakta-fakta yang telah sedia ada di domain awam, saya percaya salah satu perkara yang disiasat Bank Negara ialah transaksi penyaluran wang sebanyak RM42 juta dari akaun syarikat SRC International ke akaun peribadi milik Perdana Menteri. Saya juga tidak terkejut sekiranya penemuan dari penyiasatan yang dijalankan berjaya menunjukkan berlakunya unsur-unsur penyelewengan dan kesalahan jenayah di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.
3. Oleh yang demikian, saya juga percaya rekomendasi yang dimaksudkan oleh Tan Sri Dr Zeti ialah supaya Peguam Negara menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat melakukan atau bersubahat di dalam kesalahan-kesalahan jenayah sebagaimana hasil penyiasatan yang dijalankan oleh Bank Negara.
4. Amat menghairankan setelah beberapa hari Tan Sri Dr Zeti tampil menjelaskan perkembangan penyiasatan yang dijalankan Bank Negara, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih berdiam diri tanpa memberikan sebarang respon rasmi terhadap kenyataan Tan Sri Dr Zeti tersebut. Apakah Peguam Negara masih tidak menyedari bahawa skandal 1MDB ini dan kes-kes yang berkaitan dengannya telah mencetuskan satu krisis keyakinan yang terbesar di dalam sejarah Malaysia hingga memberi kesan negatif kepada ekonomi dan kehidupan rakyat?
5. Sikap berdiam diri Peguam Negara ini menimbulkan persoalan adakah Peguam Negara berada di dalam dilema kerana berkemungkinan hasil penyiasatan Bank Negara ini telah menyeret sama individu-individu berjawatan besar, lantas 'skrip' yang sesuai sedang dirangka bagi memberi justifikasi kepada apa jua keputusan yang bakal diambil Peguam Negara yang berkuasa penuh dalam hal ehwal pendakwaan jenayah sebagaimana peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan? Atau adakah Peguam Negara masih 'ragu-ragu' dengan status keesahan (validity) pelantikan beliau sebagai Peguam Negara hingga menyukarkan beliau untuk membuat keputusan besar berkaitan kes ini?
6. Bagi saya, Peguam Negara bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia untuk segera bertindak di atas hasil penyiasatan skandal 1MDB yang telah dijalankan oleh Bank Negara dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain. Sebarang tindakan 'cover-up' atau strategi mengalih tumpuan kepada isu-isu lain seperti isu garis panduan sumbangan politik atau cerita sensasi kononnya wujud gerakan menggulingkan kerajaan yang sedang dihebaoh-hebohkan oleh pemimpin UMNO dan media milik mereka tidak akan membantu untuk menyelamatkan ekonomi negara atau memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi penting negara.
7. Tindakan segera Peguam Negara ini amat dinantikan oleh kita semua apatah lagi selepas kita dikejutkan dengan pengakuan yangi dibuat oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan di dalam wawancara beliau dengan akhbar The Star Online yang disiarkan lewat tengah malam semalam. Di dalam wawancara tersebut, Rahman Dahlan memberi gambaran seolah-olah tindakan Perdana Menteri memberhentikan perkhidmatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk digantikan dengan Peguam Negara yang baru adalah berpunca dari usaha untuk mendakwa Perdana Menteri di mahkamah. Ianya bermaka pemecatan Gani Patail adalah satu langkah yang diambil Perdana Menteri untuk menghalang sebarang pendakwaan di jalankan ke atas Perdana Menteri. Ini adalah satu pengakuan terbuka yang sangat mengejutkan yang membuktikan bahawa perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat insitusi pelaksana hukum di negara ini dari melaksanakan tugas dengan adil dan amanah.
8. Saya percaya kenyataan Rahman Dahlan tersebut tidak akan berlalu begitu sahaja bahkan akan membangkitkan lagi kemarahan rakyat. Namun, bola sekarang di kaki Peguam Negara untuk melakukan tindakan yang tepat dan benar tanpa tunduk pada arahan sesiapa.

40 peratus perniagaan masih belum dapat rebat GST

Posted: 17 Aug 2015 10:42 PM PDT

Walaupun lebih 60 peratus syarikat yang telah memohon untuk mendapat kembali 'GST input tax' ataupun rebat Cukai Barangan dan Perkhidmatan berjaya mendapat kembali rebat tersebut, namun terdapat hampir 40 peratus yang belum lagi mendapat rebat itu.
Ini disebabkan oleh kesilapan dalam borang permohonan mereka, kata Jabatan Kastam seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian tempatan Bahasa Inggeris bertarikh 8 Ogos lalu.
Hal itu menunjukkan walaupun Jabatan Kastam berhasrat untuk memulangkan rebat dalam masa 14 hari, kesilapan yang terdapat dalam borang permohonan syarikat-syarikat tersebut telah menggagalkan usaha mereka. Justeru, syarikat-syarikat terbabit mengalami masalah aliran tunai.
Selain dari itu, masalah nilai kejatuhan mata wang ringgit juga menyusahkan ramai usahawan terutamanya pengilang apabila mereka perlu membeli bahan mentah dengan harga yang lebih tinggi.
Namun demikian, Presiden MCA, Liow Tiong Lai telah berkata bahawa kerajaan akan cuba membantu ahli usahawan yang sedang mengalami masalah demikian.
Tetapi soalan yang perlu dibangkit ialah bagaimanakah kerajaan boleh membantu ahli usahawan itu? Soalan ini perlu ditanya sebab rezab antarabangsa Bank Negara Malaysia sudah berada pada paras kurang daripada AS$100 bilion (AS$96.7 bilion) dan ini bererti negara kita sudah tidak mampu menampung kelemahan matawang ringgit.
Adakah Perdana Menteri Najib Tun Razak sedar betapa rumitnya masalah ekonomi yang sedang melanda negara kita sekarang?