Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ada Melayu terpengaruh DAP, tapi tunggulah bila DAP berkuasa

Posted: 17 Aug 2015 10:30 PM PDT


Ada suka dapat hina UMNO tapi hakikatnya poster Ngeh yang selalunya bertujuan menyakitkan hati ditujukan pada Melayu. Oleh sebab tak mahu semua Melayu kecil hati dan tiada langsung undi Melayu untuk DAP, maka dikonar ke UMNO.

DAP memang cekap dalam ambil hati Melayu sebagaimana Lee Kuan Yew sanggup pakai songkok ketika berkempen kawasan Melayu. Bila berkuasa, habis Melayu di Singapura dikerjakan dengan begitu zalim sekali dalam pelbagai aspek .

PAP dan DAP sama saja. Masa berkempen mereka berlembut, bila berkuasa DAP zalim. Dapat kerajaan Persekutuan, pastinya lagi zalim.







Tunggu Selangor diambilalih banyak akan ditutup dan diroboh serta dilelong murah-murah pada taukeh2 cina. Pasti ada kata UMNO pun lakukan, tapi tidak terbuka dan tidaklah berleluasa sangat. Sampai masa DAP memerintah, lagi berleluasalah akan berlaku.

Monyet tak tau bahasa dan peraturan sesuai tinggal di rimba

Posted: 17 Aug 2015 05:41 PM PDT

AP.DAP, Tony Pua hanya tahu berteriak dan mengacau macam monyet di rimba.

Bila diajak berdialog, dia lari. Bila dijelaskan, dia tak mahu dengar dan ulang soalan yang dah jelas. Dalam dunia berundang2 dan bertamadun, pihak terlibat tak boleh kimen hal.yang sedang disiasat.

Apa punya binatang ahli PAC ini? Agak2 berapa ramai minyet yang tak faham bahasa macam Tony Pua.


Kenyataan Media oleh Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, 1MDB

Dikeluarkan pada 17 Ogos 2015

Untuk siaran segera

Tindakan Nakal Tony Pua

Kami merujuk kepada kenyataan media hari ini oleh YB Tony Pua, berhubung cabaran remeh ("chicken challenge") yang dikeluarkan semalam. Kami mengambil maklum bahawa pada hari ini, YB Tony Pua merujuk kepada dirinya sebagai seekor "monyet".

1MDB merasa gembira YB Tony Pua menjadi pengkritik tegar kami ("monkey on our back") dan bukan seorang yang "tidak melihat, mendengar atau bercakap tentang kejahatan".  Penelitian dan persoalan yang ditimbulkan oleh YB Tony Pua di khalayak umum adalah penting untuk menentukan kebenaran. Oleh itu, walaupun beliau sering mengulangi tuduhan-tuduhan yang tidak dibuktikan dan dikitar serta diguna semula, di bawah ini kami berkongsi penjelasan-penjelasan yang telah dikeluarkan sebelum ini oleh 1MDB, berkenaan perkara-perkara yang ditimbulkan sekali lagi hari ini oleh YB Tony Pua:  

Dialog

Pada 16 Januari 2015, Arul Kanda, dengan niat yang baik, telah membuat tawaran untuk berbicara dengan YB Tony Pua bagi berkongsi fakta mengenai 1MDB.  Walau bagaimanapun, seperti yang dibuktikan oleh tindakan YB Tony Pua selepas itu sehingga kini, jelas bahawa beliau tidak berminat untuk mengetahui perkara sebenar. Sebaliknya, sasaran beliau ialah untuk mendapatkan markah politik, memandang remeh siasatan yang sedang berjalan dan memberikan impak negatif kepada pelan rasionalisasi 1MDB.  

Siasatan Yang Sedang Berjalan

YB Tony Pua silap apabila mengatakan bahawa "tiada siapa lagi yang tinggal untuk menyiasat syarikat tersebut".  Beliau dengan sewenang-wenangnya telah lupa untuk menekankan bahawa pihak berkuasa seperti Peguam Negara, Ketua Audit Negara, PDRM, BNM, SPRM dan PAC semuanya sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB dengan menyeluruh, profesional dan bebas. 

Unit Dana

Pada 30 Jun 2015, 1MDB telah berkongsi fakta-fakta berikut:

•          Lanjutan daripada aturan usahasama pada 2009, 1MDB telah melaburkan AS$1.83 bilion tunai dalam nota murabaha yang dikeluarkan oleh JV Co, syarikat yang pada ketika itu merupakan 100% hakmilik PetroSaudi berikutan penamatan usahasama tersebut pada Mac 2010.

•          Pada Jun 2012, keseluruhan jumlah ini telah dibayar semula melalui penukaran kepada saham PetroSaudi Oil Services Limited pada nilai AS$2.22 bilion.

•          Seterusnya, pada September 2012, 1MDB telah menjual saham-sahamnya dalam PetroSaudi Oil Services Limited pada AS$2.318 bilion dan menerima unit dana dalam dana yang didaftarkan di Cayman.  Unit-unit dana ini dimiliki oleh 1MDB melalui anak syarikat milik penuhnya, iaitu Brazen Sky, dan dipegang melalui BSI Bank Singapura sebagai penjaga.

•          Kesimpulannya, 1MDB melabur sejumlah AS$1.83 bilion dengan PetroSaudi dalam nota murabaha, dan akhirnya menerima AS$2.318 bilion dalam unit dana, yang merupakan kenaikan sebanyak AS$488 juta dalam jangka masa tersebut.

•          Penilaian unit-unit dana tersebut telah dibuat oleh pentadbir dana dan telah diperjelaskan dalam penyata kewangan diaudit 1MDB.

Maklumat lanjut berkenaan perkara di atas boleh diperolehi dalam nota penyata kewangan 1MDB. Oleh itu, bertentangan dengan dakwaan Tony Pua, 1MDB telah dengan jelasnya memberi maklumat terperinci berkenaan perkara ini – seperti di atas – dalam beberapa situasi.

Tindakan nakal YB Tony Pua seperti ini tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak.  Malaysia bukanlah sebuah hutan belantara – kita mempunyai proses wajar, prosedur dan undang-undang yang harus dipatuhi.  Oleh itu, pihak berkuasa perlu diberikan ruang untuk meneruskan siasatan mereka.

1MDB kini memberi sepenuh tumpuan kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi kami untuk menstabilkan syarikat dan mengurangkan beban hutang ke tahap yang mampan.  Berilah ruang untuk kami menjalankan tugas kami.



Xavier Justo face 3 year prison, What transpired in court?

Posted: 17 Aug 2015 06:44 AM PDT


Justo sentenced to three years' jail

BY: HAN KAR KAY

Assistant to Xavier Andre Justo's Thai counsel Pranot Kalanuson declines to explain what transpired during proceedings to members of the media while explaining the confidentiality in the Thai language. — TRP pic by Han Kar Kay

BANGKOK, Aug 17, 2015:

Swiss national Xavier Andre Justo has been sentenced to three years in jail for attempting to blackmail his former employer PetroSaudi International Ltd. He was ordered to serve his three years jail from today in the Bangkok prison. According to the court officials, Justo will serve his three years sentence in Thailand.

It was learnt that the court initially sentenced him to six years but following his guilty plea before the judge this morning, he received a three-year sentence instead.

The 49-year-old Swiss national with ankle restraints in place, waddled out of court for an unknown destination leaving many at their wits end over what took place at the South Bangkok Criminal Court today.

It would seem Justo had confessed to charges read and another date has been set to file an appeal.

What charges were preferred and if Justo entered a plea remains unknown to the media and Justo's friends present this morning.

His lead Thai counsel Pranot Kalanuson and team of international lawyers were conspicuously missing from this morning's proceedings where blackmail charges were to have been preferred against the 49-year-old Swiss national.

Three hours after Justo was brought to the courtroom, the 6ft tall Swiss national walked out with his legs cuffed escorted by the prison officials.

When approached by media, a man who was identified as an assistant to Justo's Thai lawyer declined to explain what transpired during proceedings.

"I was not allowed to divulge the details until I have spoken to Pranot," the man, who refused to be identified, said, speaking in Thai.

Justo turned up in court at about 9am in a security vehicle clad in a dark pair of below the knee length pants, a peach round collar t-shirt under close escort.

He was taken to the King Rama V room, where discussions were underway with his lawyer.

The judge arrived around noon and 15 minutes later, the prosecutor and Justo's legal team emerged.

Despite repeated attempts to get the prosecutor and Justo's legal team to reveal what transpired earlier, both did not speak in English and continued to explain the matter in Thai.

In recent days, there were much speculation over what charges would be brought against Justo today for his alleged involvement in a corporate espionage-cum-extortion against his former employer PetroSaudi International.

When he turned up at court, hosts of media and his friends had gathered but they were not allowed entry.

He was expected to enter a guilty plea when blackmail charges were read, as police had disclosed that the swiss national had signed a confession.

The confession was part of the plea bargain deal concluded between Justo and Thai police investigators.

Read more: http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/17/justo-sentenced-to-three-years-jail/#ixzz3j3RAYq6k

Najib lawan berseorangan? Mana kesetiakawanan?

Posted: 17 Aug 2015 01:32 AM PDT


Pemimpin UMNO di semua peringkat perlu berani berdepan dengan rakyat untuk menjelaskan secara berfakta mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sekarang ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian mempertahankan dirinya dari serangan pelbagai penjuru oleh musuh parti dan orang dalam UMNO sendiri.

Katanya, pemimpin di peringkat negeri, bahagian dan cawangan diam menyepi diri seolah-olah tidak ada pengetahuan mengenai isu itu setiap kali parti dan pucuk kepimpinan diserang, ditohmah serta difitnah.

"Jika tanya saya, memang saya kecewa dan kesal dengan sikap membisu kebanyakan pemimpin UMNO. Mereka seperti takut untuk memberi penjelasan dan menangkis serangan musuh.

"Saya baca blog, saya tengok media sosial seperti facebook. Semuanya negatif dan menghentam Perdana Menteri dengan isu RM42 bilion wang 1MDB dan derma RM2.6 bilion," katanya.

Baca seterusnya di Mat Kilau Penang SINI

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


More LIES about Malaysian Prime Minister in SARAWAK REPORT's latest article?

Posted: 17 Aug 2015 03:09 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS DAH BERCERAI, GHB ADALAH BINI BARU SAYA !

Posted: 17 Aug 2015 06:03 AM PDT


Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengibaratkan organisasi itu seperti bini baharu yang mencukupi pakej cantik, kacak, pandai dan sebagainya.
"PAS dan DAP (sudah) bercerai, kena cari bini baru, kitalah (GHB) bini baru. Cantik, baru, kacak, pandai," kenyataan Mohamad Sabu dipetik oleh wartawan Astro Awani Channel 501,Asyraf Hasnan.
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GHB dan Pelancaran GHB Negeri Selangor di Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam pada Ahad.
Mat Sabu berkata GHB terbuka dan sedia menerima siapa sahaja untuk menyertainya termasuk Presiden PAS dan ahli Majlis Syura.
"Siapa sahaja kita alu-alukan menyertai GHB termasuk Presiden PAS dan ahli Majlis Syura. Siapa sahaja," ujar Mat Sabu kepada pemberita.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas wujud desas-desus yang mengatakan Nik Omar, anak kedua kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai GHB.
Timbalan Pengerusi GHB, Salahuddin Ayub yang turut ditemui pemberita berkata GHB sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika wujudnya keperluan di dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang dicanang bakal diwujudkan dalam masa terdekat.
Kata Salahuddin, tugas kepimpinan GHB pada masa kini adalah untuk meyakinkan rakyat bahawa GHB mampu mengisi kekosongan di dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Tugas kami hari ini adalah untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mampu untuk mengisi ruang itu. Apabila wujudnya Pakatan Rakyat 2.0 nanti, terpulang kepada kepimpinan dalam PR yang akan kita bincang bersama.
"Itu adalah disiplin kita, etika kita. Sekiranya nanti ada kerjasama ataupun memerlukan parti-parti yang lain, itu akan diputuskan oleh Majlis Presiden PR," katanya.
Pada majlis pelancaran GHB Selangor itu, ia juga turut dihadiri wakil pimpinan DAP dan PKR Selangor.
DAP diwakili pengerusi DAP negeri, Tony Pua dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.
Manakala PKR diwakili Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Parlimen PKR, Kuala Langat.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah juga turut hadir.
Dalam perkembangan lain, calon Presiden PAS yang tewas Ustaz Ahmad Awang telah dilantik sebagai Penasihat Umum GHB.
Pelantikan beliau diumumkan pada sidang media selepas majlis perasmian sempena program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI15) anjuran GHB, 16 Ogos.
Menurut sumber, pelantikan Ahmad Awang untuk mengukuhkan lagi GHB pimpinan Mat Sabu.
Ia seperti meniru konsep kepimpinan Iran apabila Ali Khamenei dilantik pemimpin tertinggi Iran, manakala Mahmoud Ahmadinejad dipilih sebagai Presiden Iran.
"Turut berucap pada program malam ini (Ahad) ialah Ustaz Ahmad Awang yang baru dilantik sebagai Penasihat GHB.
"Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa GHB akan membawa gerakan yang berakhlaq, berhemah, penuh hikmah berdasarkan Al Qur'an dan Hadis.
"Beliau juga mengumumkan bahawa Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin juga bersama dengan GHB," .

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dato Husam Boleh Saman Mereka Yang Memfitnahnya...

Posted: 17 Aug 2015 02:57 PM PDT

 

 

Greenboc

Salinan surat balas dan soalan tambahan:

YB Dato Haji Hanipa Haji Ahmad,
Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bhd.

PELAWAAN LAWATAN BERSAMA KE TAPAK TEBANGAN ULU SAT

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Dato menjawab surat saya bertarikh 28 Syawal 1436/13 Ogos 2015.

Dari surat itu, saya simpulkan atau memberikan komen seperti di bawah:

A. Tiada Penglibatan YB Dato Husam Musa Dari Pembalakan Lebuhraya Rakyat

Penjelasan YB Dato dalam isu ini sangat saya alukan.

Saya berharap, melalui jawapan rasmi ini, tidak ada mana-mana pihak, termasuk YB Dato atau pegawai Baldah (saya lampirkan terbaru apa yang dicatat oleh Encik Nik Hisham dalam media sosial), memberikan versi tidak rasmi yang lain untuk mengaitkan nama saya secara tidak adil.

B. Adanya Penyitaan dan Tahanan Penebangan

Para E surat YB Dato ada menyatakan : "Penahanan sementara kerja-kerja penebangan di kawasan berkenaan...."

"....... telah ditahan sementara oleh Jabatan...."

dan

"....... 50 tan kayu sahaja yang masih ditahan sementara...."

Dari kandungan para E, membuktikan memang berlaku penahanan tebangan dan penyitaan oleh Jabatan Hutan ke atas kayu-kayu yang ditebang oleh kontraktor Baldah.

Apa yang saya sebutkan bahawa kayu-kayu yang dikeluarkan oleh kontraktor Baldah telah disita adalah benar.

C. Tidak Berlaku Sebarang Kesalahan Hutan di Blok A dan Blok B - Hutan Simpan Ulu Sat?

Dari kandungan para E, YB Dato mengakui adanya sitaan di matau milik Baldah.

Tinggal lagi, YB Dato cuba menjelaskan, sekalipun penahanan berlaku, tiada kesalahan dilakukan oleh kontraktor Baldah.

Ini bermakna, berlakunya penahanan yang salah oleh Jabatan Hutan.

Benarkah berlaku salah penahanan oleh Jabatan Hutan? Sekalipun untuk tujuan siasatan, tanpa kesalahan dilakukan, Jabatan Hutan tidak boleh sewenang-wenang melakukan sitaan.

Adakah semata-mata kerana adanya laporan yang dibuat oleh pihak tertentu ( seperti ayat YB Dato pada baris tiga para E) semata-mata, Jabatan Hutan bertindak menyita?

Adakah pihak tertentu itu membuat laporan palsu dan apakah tindakan yang diambil oleh Baldah atau Jabatan Hutan terhadap pelapor palsu itu?

Jika Jabatan Hutan secara salah menyita, saya cadangkan Baldah mengambil tindakan undang-undang ke atas Jabatan Hutan.

Kerajaan juga hendaklah mengenakan surcaj ke atas kaki tangan dan pegawai Jabatan Hutan yang terlibat atas tindakan salah tanpa selidik yang telah dilakukan. Jabatan Hutan juga boleh diarahkan membayar ganti rugi kepada pihak yang ditahan.

Adakah kerajaan akan bertindak seperti itu?
Jika tidak, kenyataan YB Dato tiada apa-apa kesalahan dilakukan adalah diragukan.

Setakat pengalaman saya, salah tindakan Jabatan Hutan berkait kesalahan membalak di luar sempadan adalah agak mustahil. Ini ialah kerana pengecaman dan tandaan sempadan dilakukan bersama antara kaki tangan Jabatan Hutan dan kontraktor terbabit sebelum lesen diluluskan.

Jika kontraktor merasakan tandaan sempadan adalah salah, mereka boleh melaporkannya kepada Jabatan Hutan. Mereka sama sekali tidak boleh membalak di luar sempadan yang telah ditandakan atas apa jua alasan, termasuk kononnya kawasan itu terletak dalam zon penampan yang diizinkan untuk ditebang.

Apa gunanya dinamakan zon penampan kalau zon itu juga boleh ditebang?

Isu yang saya ingin ketengahkan sekali lagi di sini ialah, ada atau tidak kesalahan hutan khususnya membalak di luar sempadan dilakukan, termasuk di kawasan yang didakwa zon penampan?

Jika ada, siapakah yang melakukan perbuatan itu?

Jika tidak, kenapakah Jabatan Hutan bertindak menyita?

D. Pelawaan Lawatan Bersama ke Tapak Tebangan

Bagi menghilangkan keraguan terhadap penjelasan YB Dato pada mata rakyat, saya mencadangkan lawatan bersama dengan diiringi oleh Jabatan Hutan dapat diatur oleh YB Dato.

Dalam tempoh sekarang, saya yakin tunggul-tunggul kayu - jika ada - yang ditebang di luar sempadan masih boleh dilihat.

Tandaan sempadan juga masih ada kesannya. Selain itu, pusat ikatan untuk mengukur semula sempadan bagi mempastikan tandaan sempadan adalah betul dan tebangan semuanya dilakukan di dalam sempadan, boleh dikesan semula jika perlu.

Dengan cara ini, tidaklah Jabatan Hutan disalahkan tanpa kesalahan yang sebenar dan penjelasan YB Dato dapat diperkukuhkan lagi.

Saya bersedia untuk bersama dalam lawatan itu nanti. Saya berharap, YB Dato tidak keberatan untuk mengaturkannya.

Penjelasan YB Dato bahawa hanya 50 tan/600 tan berbaki di metau juga tidak akan berbangkit jika YB Dato melihat sendiri longgokan balak di metau sekarang. Terdapat 14 longgokan besar dengan 1,280 batang pelbagai saiz yang dianggarkan seberat 968 tan masih disita di situ. Saya sertakan gambar-gambar untuk menunjukkan jumlah yang dinyatakan oleh YB Dato adalah kurang tepat, walaupun ia bukannya isu yang besar.

E. Berapakah Keluasan Kawasan R N R?

Seingat saya, mengikut garis panduan Lembaga Lebuh Raya Malaysia(LLM), kawasan Rehat dan Rawat (R n R) yang ideal hanyalah seluas 20 ekar dan lay-by adalah 10 ekar setiap satu.

Bagi Lebuh Raya Rakyat, R n R dikatakan seluas 10 hektar dan 65 hektar masing-masing. Dengan keluasan 75 hektar atau bersamaan dengan 185 ekar, bermakna enam kali ganda keluasan ideal cadangan LLM.

Mengapakah cadangan keluasannya yang melibatkan hutan simpan adalah begitu luas?

Juga, saya sangsi dengan tebangan ke atas pokok berdiameter 6 inci ke atas kerana konsep asal adalah pokok-pokok besar dikekalkan untuk menghasilkan teduhan dan keindahan semula jadi.

Dari penjelasan YB Dato, ia menjadi terbalik iaitu pokok-pokok besar di tebang dan yang tinggal adalah pokok kecil semata-mata.

Mengenai foto yang dirujuk oleh YB Dato, jika lawatan ke tapak dilakukan sendiri oleh YB Dato, ternyata apa yang dikatakan tebangan terpilih sebenarnya hampir disapu bersih dan yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil tanpa sebarang keindahan semula jadi lagi. Sungai yang dulunya dilindungi kanopi pokok-pokok kini terang benderang tanpa hijauan lagi.

F. Jumlah Pengeluaran Dan Hasil

Saya berpendapat, ada sedikit kekeliruan angka dalam pengiraan yang ditunjukkan oleh YB Dato pada para pertama muka surat tiga.

YB Dato nyatakan keluasan tebangan adalah sejumlah 23 hektar.

Angka ini mungkin tidak tepat kerana Blok A seluas sepuluh hektar telah ditebang semuanya. Bagi Blok B pula, 20% dari 65 hektar telah ditebang, iaitu 13 hektar.

Keluasan 23 hektar ini belum mengambil kira laluan lebuh raya, yang mengikut surat YB Dato : 'jajaran lebuhraya yang sudah tentu ditebang habis...'.

Bermakna, kawasan yang telah ditebang adalah melebihi 23 hektar. Oleh itu, perolehan 2,700 tan adalah dari kawasan yang melebihi 23 hektar, termasuk dari tebangan laluan lebuhraya dan ada kemungkinan di luar kawasan tandaan sempadan yang asal (yang didakwa sebagai kawasan buffer zone yang tiada sekatan untuk tebangan).

Dengan itu, 23 hektar sebagi pembawah adalah tidak tepat.
Jika keluasan sebenar tebangan melebihi 23 hektar dengan mengambil kira laluan tebangan dan zon penampan, dengan sendirinya perolehan RM 8,000 seekar seperti dinyatakan oleh YB Dato akan berubah.

Jika diandaikan kawasan laluan dan tebangan luar kawasan mencapai 20 hektar atau lebih, kadar hasil per ekar akan menjadi hanya RM 4,000 sahaja. Ini tidak banyak bezanya dengan kadar hasil bagi tebangan habis yang diperolehi melalui proses biasa.

Oleh itu, pengiraan kadar hasil per ekar mesti mengambil kira keluasan tebangan keseluruhan dan yang sebenar.

Namun begitu, saya sangat berbangga dengan keinginan Baldah mendapatkan hasil yang tertinggi dan kaedah sebut harga terbuka yang diamalkan. Jika semangat yang sama terpakai untuk agensi lain seperti KPK, rakyat Kelantan akan melihat sesuatu yang berbeza dan lebih baik.

G. Alaf Ulung dan bukannya Lucky Wong

Tidak ada masalah besar antara sama ada Syarikat Lucky Wong atau Alaf Ulung. Apa yang saya pohonkan adalah latar belakang syarikat kontraktor yang dilantik oleh Baldah.

Dalam surat saya, saya namakan Syarikat Lucky Wong. Setelah saya melawat tapak berkenaan, dalam kenyataan media saya pada sebelah petangnya, saya telah tukarkan kepada Syarikat Alaf Ulung seperti tertera di papan tanda di metau.

Kedua-dua surat dan kenyataan media saya dipamerkan di laman FB saya. Saya beranggapan pegawai YB Dato ada membacanya dan melaporkan semula kepada YB Dato.

Soalan-soalan berkaitan seperti siapa pemilik syarikat yang saya tanyakan berkaitan Lucky Wong terpakai untuk Alaf Ulung yang dilantik oleh Baldah, jika YB Dato merasa perlu untuk menjelaskannya.

H. Persoalan Menerusi Media Sosial

Saranan YB Dato dalam para akhir surat YB Dato iaitu untuk tidak menggunakan saluran media sosial kerana dikhuatiri menimbulkan persepsi yang tidak baik bagi kerajaan, rasa saya tidak relevan.

Jika tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh kerajaan, tiada sebab untuk imej kerajaan tercalar.

Sebenarnya, melalui media sosial sesuatu isu menjadi lebih berkesan. Saya telah pun meminta penjelasan YB Dato melalui kumpulan Whats App terhad di mana YB Dato turut bersama sejak 8 Ogos 2015 tetapi tiada sebarang respon sehinggalah surat saya tersiar dalam FB saya dan pengguna media sosial yang lain.

Di samping itu, fitnah ke atas saya dalam isu ini adalah secara terbuka oleh pengamal media sosial sejak sekian lama. Ia bukan isu peribadi saya dengan kerajaan tetapi isu saya secara awam dan isu kerajaan dan kepentingan awam juga.

Surat balas YB Dato juga disiarkan melalui Whats App. Nampaknya YB Dato sendiri dan pegawai Baldah tidak mengamalkan saranan YB Dato.

Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas respon YB Dato dan InsyaAllah surat ini juga mendapat respon sekali lagi YB Dato, disamping lawatan ke tapak untuk menjelaskan tiada sebarang penyelesaian belakang tabir diatur antara kerajaan dan Jabatan Hutan.

Sekian. Terima kasih.

Yb Dato Husam Musa

Adun Salor/Yang DiPertua Pas Kubang Kerian, Kelantan
2 Zulkaedah 1436/17 Ogos 2015

s.k:

1. YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan Darul Naim
2. YA Berusaha Tuan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

SURAT DARI YB DATO HAJI HANIPA BIN AHMAD

1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015

YB Dato' Hj Husam Musa
Adun Salor/Yang DiPertua Pas Kubang Kerian, Kelantan

Firman Allah swt yang bermaksud "Dan katakanlah: Bekerjalah kamu! Maka Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang ternyata, lalu diberitahukan kamu tentang apa yang kamu kerjakan"
Surah At-Taubah : 105

YB Dato'

PENJELASAN TENTANG KELULUSAN PEMBALAKAN DI HUTAN SIMPAN ULU SAT YANG TERLIBAT DENGAN LALUAN LEBUHRAYA RAKYAT

Saya dengan ini merujuk kepada surat YB Dato' (tidak bertarikh) yang saya terima pada hari Khamis, 28 Syawal 1436H bersamaan 13 Ogos 2015 jam 12:30 tengahari. Penjelasan adalah seperti berikut:

A. Faedah daripada tebangan hutan berkaitan adalah untuk Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd, Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perlaksanaan Projek Lebuhraya Rakyat. Ianya adalah antara lain digunakan untuk kos yang berkaitan Projek Lebuhraya seperti bayaran kepada konsultan dan lain-lain termasuk juga untuk kos operasi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Tiada penglibatan YB Dato' dalam tebangan balak di kawasan yang diluluskan.

B. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk mengeluarkan kayu di kawasan berkenaan pada 19 Oktober 2014.

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mengeluarkan tawaran sebutharga terbuka pada 23 Oktober 2014. Pada 8 Disember 2014, Lembaga Pengarah Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah bermesyuarat dan bersetuju menawarkan kontrak penebangan kepada syarikat Alaf Ulung Sdn Bhd berdasarkan kepada tawaran syarikat ini yang terendah.

C. Tuduhan bahawa Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah melantik Syarikat Lucky Wong sebagai kontraktor kerja penebangan balak adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Kontrak untuk kerja-kerja penebangan telah dibuat secara sebutharga terbuka seperti yang dinyatakan di para B di atas. Lain-lain soalan YB Dato' berkenaan Syarikat Lucky Wong adalah tidak berkaitan.

Sebanyak 2,300 tan kayu telah ditebang. Hanya sebanyak 1,700 tan telah dijual dengan nilai jualan sebanyak RM1.28juta. Setelah ditolak kos penebangan, cukai kayu, premium dan lain-lain kos Jabatan Perhutanan, hasil bersih ialah sebanyak RM465,000.00.

D. Di dalam kawasan R&R, walaupun kelulusan tebang habis diberi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd hanya menebang pokok yang berukuran diameter 6 inci keatas, sesuai dengan hasrat Almarhum YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sila rujuk kepada suratkhabar Sinar Harian, Jumaat 14 Ogos 2015 (mukasurat 38), gambar disebelah atas adalah kawasan R&R yang jelas nampak ada tebangan terpilih. Manakala gambar disebelah bawah adalah jajaran lebuhraya yang sudah tentu ditebang habis bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan lebuhraya dijalankan.

E. Penahanan sementara kerja-kerja penebangan di kawasan berkenaan adalah untuk membolehkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menjalankan siasatan hasil dari laporan yang dibuat oleh pihak tertentu. Saya juga mengadakan perbincangan dengan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Pegawai Hutan Daerah Machang dan Ketua Pegawai Operasi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd supaya siasatan yang rapi dijalankan bagi menangani masalah ini dengan segera. Hasil daripada siasatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, mereka telah mengesahkan bahawa tiada penebangan dibuat di luar kawasan oleh kontraktor yang dilantik oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd. Maknanya, pihak Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan kontraktor yang dilantik tidak terlibat di dalam kes ini.

Sebanyak lebih kurang 600 tan (bukannya 1,000 tan seperti dakwaan YB Dato') kayu yang telah ditebang tetapi belum dijual, telah ditahan sementara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tujuan siasatan. Walaubagaimanapun, pada 30 Julai 2015, kebenaran telah diberikan kepada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd untuk menjual kayu-kayu tersebut sebanyak 550 tan, manakala 50 tan kayu sahaja yang masih ditahan sementara menunggu laporan siasatan dikeluarkan yang dijangka pada minggu hadapan.

Sebagaimana dakwaan YB Dato' bahawa kawasan ini adalah kaya, bagi memaksimakan perolehan dari sumber yang diamanahkan oleh Kerajaan ini, kawasan ini tidak dijual terus berdasarkan keluasan yang mana hasilnya adalah antara RM2,500 – RM3,000 seekar sahaja. Sebaliknya, kawasan ini telah diusahakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dengan melantik kontraktor untuk kerja-kerja penebangan sahaja manakala penjualan kayu dilaksanakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd yang mana ianya dibuat secara sebutharga terbuka dengan kelulusan oleh Jawatankuasa Sebutharga Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Dengan hasil bersih sebagaimana yang dinyatakan di Para C di atas, berdasarkan kawasan yang telah ditebang seluas 23 hektar (56.8 ekar), bermakna setakat ini Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah memperolehi keuntungan sebanyak RM8,200/ekar, 3 kali ganda lebih berbanding sekiranya penjualan terus kawasan dibuat.



Pihak Baldah Toyyibah Prasarana) Kelantan Sdn Bhd sedang berusaha untuk membuktikan bahawa mengusahasilkan sendiri kawasan pembalakan oleh agensi Kerajaan akan memberi pulangan yang jauh lebih baik berbanding dengan hanya menjual terus kawasan tersebut.

Sekian, saya berharap agar penjelasan di atas ini dapat memberi pencerahan kepada isu-isu yang YB Dato' bangkitkan. Sebenarnya saya lebih suka sekiranya ada apa-apa masalah ditanya terus kepada saya, tidak ditulis dalam whatsapp kerana ia boleh mengelirukan dan menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada Kerajaan.

Terima kasih.

tt : YB Dato' Hj Hanifa

……………………………………………….
YB Dato' Hj Hanifa Bin Ahmad
Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

PKR sokong undi tak percaya, tubuh kerajaan peralihan

Posted: 17 Aug 2015 04:24 AM PDT


PKR menyatakan kesediaan untuk menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan peralihan ditubuhkan untuk memulihkan negara berasaskan reformasi ditubuhkan selepas itu, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau mengalu-alukan sebarang usaha mengadakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dan yakin ia juga merupakan kemahuan rakyat.

"Saya terbuka untuk menyertai usaha undi tidak percaya terhadap Najib dengan syarat satu kerajaan peralihan yang akan memulihkan negara berasaskan agenda reformasi boleh ditubuhkan dengan langkah-langkah khusus memperbaiki institusi yang rosak dan seterusnya memanggil pilihan raya yang adil dan bersih," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Rafizi berkata, dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pembangkang bekerjasama dengan pemimpin Umno menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan satu usaha terdesak dan mahu mengalihkan perhatian daripada isu sebenar melanda pentadbiran Najib.

"Umno tidak seharusnya mengheret kami dalam pertikaian dalaman mereka. Yang sekarang saling jatuh menjatuhi adalah di kalangan mereka," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR.

Zahid pada Sabtu mendakwa seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.

Zahid berkata beliau memperoleh maklumat ini daripada sumber boleh dipercayai namun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan.

Zahid bagaimanapun menafikan malam tadi orang yang beliau maksudkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet bulan lalu.

Zahid semalam turut menegaskan tidak akan membenarkan sebarang usaha menggulingkan kerajaan berjaya malah menggesa Umno bangkit menentang rancangan itu daripada menjadi realiti.

Pemimpin Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah turut menegaskan beliau masih lagi menyokong Najib tidak berapa lama selepas dakwaan terdapat pemimpin parti Melayu itu yang mahu menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata, pendedahan Zahid terdapat plot menggulingkan kerajaan bersama pembangkang mengejutkannya akan tetapi mengatakan tidak mustahil ia wujud.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu yang paling lantang mengkritik Najib terutamanya dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Pemimpin Umno mungkin sertai Bersih 4

Posted: 17 Aug 2015 04:20 AM PDT



Perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, bakal membawa kelainan apabila ia dijangka akan turut disertai pimpinan dan penyokong Umno, kata penganalisis politik Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian susulan tindakan penganjurnya menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyertainya, selepas beliau mengatakan tidak ada masalah dengan perhimpunan itu.

"Kita mungkin akan menyaksikan satu kelainan dalam Bersih kali ini, iaitu kehadiran para penyokong Umno sendiri.

"Dan tidak mustahil kita akan dapati ada pimpinan Umno turut serta," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ini kerana katanya, Bersih 4 yang turut akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak, diadakan ketika rakyat sedang keliru dengan keadaan ekonomi dan politik semasa.

"Pelbagai isu yang melanda negara, dibalas dengan 'act of denial' (tindakan penafian) di pihak kerajaan.

"Ini tidak menghilangkan kesangsian dan kegusaran yang bersarang di dalam jiwa rakyat Malaysia teramai, hatta dalam kalangan para pemimpin Umno dan penyokong Umno sendiri," kata Maszlee.

Beliau turut mengulas kenyataan Jazlan yang disifatkannya memperkecilkan perhimpunan yang dianjurkan rakyat.

"Adalah normal bagi menteri Umno untuk memperkecilkan demonstrasi dan perhimpunan yang dianjurkan rakyat selain penyokong mereka.

"Bukan pertama kali, malah di setiap perhimpunan Bersih dan lain-lain lagi," katanya.

Justeru, beliau menggesa menteri Umno itu untuk turun ke jalan dan melihat sendiri sambutan rakyat sewaktu perhimpunan itu nanti.
Sebelum ini, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menjemput Jazlan menyertai perhimpunan mereka di Dataran Merdeka itu.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Thalib Khalid berkata, jumlah kehadiran peserta demonstrasi bukan kayu pengukur untuk menilai sokongan masyarakat.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pola masyarakat Malaysia berbeza dengan negara lain yang menggunakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan.

"Kalau ramai yang datang, tidak bermakna sokongan ramai dan kalau tidak ramai datang, tidak bermakna isu itu tidak penting. Saiz bukan ukuran.

"Pola demonstrasi di Malaysia tidak begitu tajam dan berkesan seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina yang menggunakan demo jalanan untuk jatuhkan regim dengan sokongan elit tentera" kata Kartini kepada The Malaysian Insider.

Malah katanya, segmentasi etnik di Malaysia adalah kuat dan beliau percaya politik akomodasi akhirnya akan berakhir di meja perundingan.

Dalam pada itu, Pengarah Institut Kajian Etnik UKM Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, golongan yang terlibat dalam demonstrasi merupakan penduduk bandar yang majoritinya faham tujuan dan matlamat akhir sesuatu demonstrasi.

Namun katanya, ada juga sebahagian pengikut muda dan peserta yang menyokong membuta tuli.

"Yang (turun) demonstrasi itu selalunya adalah yang celik politik. Sekiranya mereka merasakan demonstrasi tidak dapat merubah apa-apa, mereka tidak perlu demonstrasi," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Bilangan yang datang demonstrasi boleh meningkat sekiranya diadakan pada hujung minggu ketika ramai yang bercuti," kata Shamsul.

Jazlan sebelum ini menyifatkan sentimen rakyat untuk berdemonstrasi kini tidak lagi tinggi, meskipun terdapat perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.

Rakyat kini pada pandangannya, bersikap rasional dan memikirkan jangka masa panjang negara.

Situasi kini berbeza katanya, dibandingkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, di mana rakyat ketika itu menurutnya cenderung menyertai demonstrasi.

Hanifa jawab surat Husam

Posted: 17 Aug 2015 04:13 AM PDT

Hanifa jawab surat Husam

1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015

YB Dato' Hj Husam Musa
Adun Salor/Yang DiPertua Pas Kubang Kerian, Kelantan

Firman Allah swt yang bermaksud "Dan katakanlah: Bekerjalah kamu! Maka
Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan
kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala
yang ghaib dan yang ternyata, lalu diberitahukan kamu tentang apa yang
kamu kerjakan"
                                                                              Surah At-Taubah : 105

YB Dato'

PENJELASAN TENTANG KELULUSAN PEMBALAKAN DI HUTAN SIMPAN ULU SAT YANG TERLIBAT DENGAN LALUAN LEBUHRAYA RAKYAT

Saya dengan ini merujuk kepada surat YB Dato' (tidak bertarikh) yang saya
terima pada hari Khamis, 28 Syawal 1436H bersamaan 13 Ogos 2015 jam 12:30
tengahari. Penjelasan adalah seperti berikut:

A.      Faedah daripada tebangan hutan berkaitan adalah untuk Baldah Toyyibah
(Prasarana) Kelantan Sdn Bhd, Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kerajaan Negeri
yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perlaksanaan Projek Lebuhraya
Rakyat. Ianya adalah antara lain digunakan untuk kos yang berkaitan Projek
Lebuhraya seperti bayaran kepada konsultan dan lain-lain termasuk juga
untuk kos operasi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Tiada penglibatan YB Dato' dalam tebangan balak di kawasan yang diluluskan.

B.      Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mendapat kelulusan
daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk mengeluarkan kayu di
kawasan berkenaan pada 19 Oktober 2014.

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mengeluarkan tawaran
sebutharga terbuka pada 23 Oktober 2014. Pada 8 Disember 2014, Lembaga
Pengarah Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah bermesyuarat
dan bersetuju menawarkan kontrak penebangan kepada syarikat Alaf Ulung Sdn
Bhd berdasarkan kepada tawaran syarikat ini yang terendah.

C.      Tuduhan bahawa Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah
melantik Syarikat Lucky Wong sebagai kontraktor kerja penebangan balak
adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Kontrak untuk kerja-kerja penebangan telah
dibuat secara sebutharga terbuka seperti yang dinyatakan di para B di
atas. Lain-lain soalan YB Dato' berkenaan Syarikat Lucky Wong adalah tidak
berkaitan.

Sebanyak 2,300 tan kayu telah ditebang. Hanya sebanyak 1,700 tan telah
dijual dengan nilai jualan sebanyak RM1.28juta. Setelah ditolak kos
penebangan, cukai kayu, premium dan lain-lain kos Jabatan Perhutanan,
hasil bersih ialah sebanyak RM465,000.00.

D.      Di dalam kawasan R&R, walaupun kelulusan tebang habis diberi oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan
Sdn Bhd hanya menebang pokok yang berukuran diameter 6 inci keatas, sesuai
dengan hasrat Almarhum YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sila
rujuk kepada suratkhabar Sinar Harian, Jumaat 14 Ogos 2015 (mukasurat 38),
gambar disebelah atas adalah kawasan R&R yang jelas nampak ada tebangan
terpilih. Manakala gambar disebelah bawah adalah jajaran lebuhraya yang
sudah tentu ditebang habis bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan
lebuhraya dijalankan.

E.      Penahanan sementara kerja-kerja penebangan di kawasan berkenaan adalah
untuk membolehkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menjalankan
siasatan hasil dari laporan yang dibuat oleh pihak tertentu. Saya juga
mengadakan perbincangan dengan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan,
Pegawai Hutan Daerah Machang dan Ketua Pegawai Operasi Baldah Toyyibah
(Prasarana) Kelantan Sdn Bhd supaya siasatan yang rapi dijalankan bagi
menangani masalah ini dengan segera. Hasil daripada siasatan oleh Jabatan
Perhutanan Negeri Kelantan, mereka telah mengesahkan bahawa tiada
penebangan dibuat di luar kawasan oleh kontraktor yang dilantik oleh
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd. Maknanya, pihak Baldah
Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan kontraktor yang dilantik tidak
terlibat di dalam kes ini.

Sebanyak lebih kurang 600 tan (bukannya 1,000 tan seperti dakwaan YB
Dato') kayu yang telah ditebang tetapi belum dijual, telah ditahan
sementara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tujuan siasatan.
Walaubagaimanapun, pada 30 Julai 2015, kebenaran telah diberikan kepada
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd untuk menjual kayu-kayu
tersebut sebanyak 550 tan, manakala 50 tan kayu sahaja yang masih ditahan
sementara menunggu laporan siasatan dikeluarkan yang dijangka pada minggu
hadapan.

Sebagaimana dakwaan YB Dato' bahawa kawasan ini adalah kaya, bagi
memaksimakan perolehan dari sumber yang diamanahkan oleh Kerajaan ini,
kawasan ini tidak dijual terus berdasarkan keluasan yang mana hasilnya
adalah antara RM2,500 – RM3,000 seekar sahaja. Sebaliknya, kawasan ini
telah diusahakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
dengan melantik kontraktor untuk kerja-kerja penebangan sahaja manakala
penjualan kayu dilaksanakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana)
Kelantan Sdn Bhd yang mana ianya dibuat secara sebutharga terbuka dengan
kelulusan oleh Jawatankuasa Sebutharga Baldah Toyyibah (Prasarana)
Kelantan Sdn Bhd.

Dengan hasil bersih sebagaimana yang dinyatakan di Para C di atas,
berdasarkan kawasan yang telah ditebang seluas 23 hektar (56.8 ekar),
bermakna setakat ini Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah
memperolehi keuntungan sebanyak RM8,200/ekar, 3 kali ganda lebih
berbanding sekiranya penjualan terus kawasan dibuat.

Pihak Baldah Toyyibah Prasarana) Kelantan Sdn Bhd sedang berusaha untuk
membuktikan bahawa mengusahasilkan sendiri kawasan pembalakan oleh agensi
Kerajaan akan memberi pulangan yang jauh lebih baik berbanding dengan
hanya menjual terus kawasan tersebut.

Sekian, saya berharap agar penjelasan di atas ini dapat memberi pencerahan
kepada isu-isu yang YB Dato' bangkitkan. Sebenarnya saya lebih suka
sekiranya ada apa-apa masalah ditanya terus kepada saya, tidak ditulis
dalam whatsapp kerana ia boleh mengelirukan dan menimbulkan persepsi yang
tidak baik kepada Kerajaan.

Terima kasih.

 tt : YB Dato' Hj Hanifa

……………………………………………….
YB Dato' Hj Hanifa Bin Ahmad
Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

# belum disahkan kesahihannya - WhatsApp