Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Gerak jarum dari Umno Pontian dan kedangkalan pemimpin

Posted: 16 Aug 2015 09:17 PM PDT

Siapa sebenarnya yang hilang akal?

Posted: 16 Aug 2015 08:06 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


WAN AZIZAH DUA WAJAH DUA TOPENG

Posted: 16 Aug 2015 08:37 PM PDT


ALOR SETAR – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal tindakannya makan dalam gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baru-baru ini, menjadi viral dan dijadikan modal politik pihak tertentu mengaitkan dirinya sebagai pemimpin tidak wajar diteladani.
Mengulas perkara itu, katanya, ia bukan disengajakan, sebaliknya mendapat kebenaran daripada pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad.
"Saya dalam perjalanan menaiki ETS dari stesen KL Sentral ke Ipoh. Bagaimanapun, gerabak yang ada kafe rosak dan digantikan gerabak lain, di mana dibenarkan makan di situ.
"Saya lapar, jadi saya makanlah. Lagipun saya tidak sepah sampah dan dapat kebenaran. Gambar yang menjadi viral itu bukan isu pun," katanya.
Difahamkan, gambar Wan Azizah sedang makan nasi lemak dalam ETS disebarkan melalui laman sosial dan ada pihak mempertikaikan tindakannya itu berikutan peraturan dalam gerabak tidak membenarkan makan dan minum
 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Harapan baru's wet dream

Posted: 16 Aug 2015 09:35 PM PDT


The politically bankrupt Anwaristas are drowned in their own concoction of manipulations, fabrication and lies due of excessive flooding of their own spewed secretion of a prolonged wet dream.
The Malay Mail online:

Anwar is our PM-to-be, Harapan Baru says after DAP endorsement

BY ZURAIRI AR
Sunday August 16, 2015
05:53 AM GMT+8

KUALA LUMPUR, Aug 16 — Datuk Seri Anwar Ibrahim will be Malaysia's next prime minister if the opposition claims Putrajaya the next federal polls, members of PAS splinter group Harapan Baru (HB) said, joining ally DAP in endorsing the jailed PKR leader for the post.

The leaders admitted that the matter has not been formally deliberated but said there has never been any doubt among them that Anwar is the only leader capable of uniting the opposition.

"HB has no problem with the suggestion, we feel he is a deserving candidate who can inject new hope, politically," Parit Buntar MP Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa told Malay Mail Online over phone when contacted for comment on the nomination of Anwar as the PM-designate.

Read on in Bigdogdotcom here.

PAS splinter group are delusional. They do not realise that their move will only strengthen DAP instead of the now demise Pakatan Rakyat. 

Tony Fu@ker heboh ke media, Tak segera lapor kejadian ke DCA

Posted: 16 Aug 2015 06:36 PM PDT



Kenyataan pemilik syarikat penerbangan Tambang Murah Air Asia, Tony Fernandes, pada 17 Julai lalu bahawa kelemahan Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) punca pesawatnya berundur kebelakang (roll back) dan menyebabkan penerbangan tergendala selama lapan jam sangat tidak bertanggungjawab dan mungkin berniat jahat.


airasia-rollback

Menurut tweet Tony Fernandes pada 20 Julai 2015, pesawat AirAsia Indonesia QZ mengalami kejadian berundur ke belakang (roll back) pada 17 Julai 2015, jam 9 pagi "was caused by a slipping chock because the parking bay at klia2 is sinking."

Pada 9 Ogos lalu DCA mengumumkan mereka akan menyiasat insiden pesawat Air Asia 'mengundur' biarpun tidak menerima sebarang laporan.


airasia-rollback1

Mengapa Air Asia tidak melaporkan kepada DCA insiden melibatkan Penerbangan AirAsia Indonesia QZ0120 di Bay Q11, klia2 tetapi mengumumkan di media sosial sangat tidak masuk akal .

Kita juga tertanya-tanya mengapa Tony hanya mengumumkannya tiga hari selepas kejadian tersebut. Lebih serius, Tony hanya membuat dakwaan tersebut melalui media sosial dan langsung tidak melaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airport Berhad.

Kenyataan Tony tersebut telah memburukkan KLIA2 di seluruh dunia dengan akhbar seperti Telegraph UK telah memetik kenyataan Tony dan menyatakan kemungkinan KLIA2 akan mengalami nasib dengan beberapa lapangan terbang dunia lain yang ditutup kerana masalah infrastruktur.

Memang benar KLIA2 ada sedikit masalah yang sebenarnya lumrah dengan kebanyakan lapangan terbang yang baru beroperasi.

Ini bukan kali pertama Tony membuat kenyataan memburukkan KLIA2 dan DCA sebelum ini telah pun menubuhkan pasukan pemeriksaan bersama MAHB-AirAsia yang ditugaskan melakukan pemeriksaan harian bagi memastikan ruang parkir dan laluan pesawat mematuhi Standard dan Amalan Yang Dicadangkan sebelum kawasan pergerakan pesawat dibuka untuk digunakan.

Baca sepnuh di Jiwa Paradox SINI

ENOUGH WITH THEIR GAME! Blok Mkini macam Sarawak Repor

Posted: 16 Aug 2015 08:30 AM PDT


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan dua notis kepada portal berita Malaysiakini untuk mengeluarkan dua artikel yang didapati mengandungi fakta tidak benar daripada laman sesawangnya.

SKM dalam kenyataanya berkata, artikel tersebut yang bertajuk, 'Reports filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' telah disiarkan semalam.

"SKMM mendapatkan berita dalam kedua-dua artikel tersebut tidak benar sepertimana penafian SKMM yang pegawai-pegawainya telah membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Kerajaan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kenyataan tersebut dipetik sebagai berkata.


Sehubungan dengan itu, SKMM mengingatkan portal berita tersebut agar lebih bertanggungjawab an memeriksa kebenaran berita-beritanya sebelum menerbitkan atau memuatnaik ke laman sesawang.

SKMM turut menekan bahawa penyiaran kandungan yang tidak benar menerusi laman sesawang adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesalahan boleh membawa kepada hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

BERNAMA

Dipetik dari The Flying Kick di SINI

-----------------

'Malaysiakini' a bigger threat to national security than 'Sarawak Report', says Awang Selamat

SOURCE: TRP

Awang Selamat, in its column today, says DAP should not fear revealing the source of its political funding unless there is a lot for it to hide. — File pic

KUALA LUMPUR, Aug 16, 2015:

Online news portal Malaysiakini is a bigger threat to national security than whistle-blower site Sarawak Report, says Utusan Malaysia.

The Malay daily's collective editorial Awang Selamat said in its column today, that the portal was better in hiding it's agenda, shielding behind freedom of the media which it had used to support the cause carried by Opposition party DAP.

"Without shame or guilt, the portal continues to publish reports that are not only confusing, misleading and false, but also aimed at creating an altercation between leaders and government departments.

"Since Malaysiakini's mission to topple the government in the last general election by lighting up the sentiment of hating the government failed, Awang is more cautious.

"The portal has caused a lot of negativity, including manipulating claims stating that there were more than 40,000 phantom voters, which had clearly helped the Opposition, especially DAP, to win many seats in a non-respectable manner," wrote Awang, adding that the report was proven untrue.

Awang questioned the reason the portal had heightened its attacks on national institutions.

"It is time for the authorities including the Home Ministry, Communication and Multimedia Commission and the Malaysian Companies Commission to investigate Malaysiakini and its source of funding as well as its potential threat to the country.

In the column, Awang also touched on the National Consultative Committee on Political Funding announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, stating it would be interesting to see the reaction of DAP and PKR.

Awang said that this was an opportunity for both parties to support the proposal calling for more integrity in political funding.

"DAP can't continue to be left behind, especially since the party has admitted that this is an era which calls for more transparent political funding.
"Awang's advise is for DAP not to fear revealing the source of its political funding unless there is a lot for it to hide."

Read more:

http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/16/malaysiakini-a-bigger-threat-to-national-security-than-sarawak-report-says-awang-selamat/#ixzz3ixc4ZIcE

Akaun Peribadi atau Amanah? Baki dipulangkan? Bukan ahli menyibuk?

Posted: 16 Aug 2015 02:30 AM PDT


Dalam bahasa Inggeris, akaun amanah disebut sebagai trust account atau account in trust. Berikut adalah definasi oleh Investopedia:

Account In Trust

DEFINITION of 'Account In Trust'

An account that is managed by one party for the benefit of another. It is sometimes called an account held in trust, and the trust relationship can be either explicit or implied. Accounts-in-trust are typically set up for minors, and transfer of ownership will occur when the minor reaches legal age.

INVESTOPEDIA EXPLAINS'Account In Trust'

The person managing an account in trust is a fiduciary to the ultimate owner or beneficiary of the account. A good example of such accounts are accounts managed by adults for minors, such as Uniform Transfers to Minors (UTMA) accounts. The term can also be used generically for any trust account, regardless of whether there is a formal trust agreement.

Mungkinkah akaun yang dikatakan sebagai akaun peribadi itu hanya penama Trust Account tersebut adalah Dato Najib?


Beberapa hari lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbulkan isu bertanyakan mana baki duit RM2.6 billion yang diterima?

Ekoran itu, macam disambut Sarawak Report melaporkan berikut:


Sarawak Report has established that over US$650 million (RM2 billion) was transferred from the Prime Minister's AmPrivate Bank account in Kuala Lumpur back to Singapore after the general election.

The money was deposited into an account in the name of Tanore Finance Corporation (BVI) at Falcon Bank in Singapore on the day the PM's AmPrivate Bank account was closed, 30/08/2013.

This was the same company account which had originally transferred US$681 million into the same Najib Razak AmPrivate Bank account number 2112022009694 earlier in March.

Maaf link tidak boleh diberi sebab url dah kena block.

Seterusnya Sarawak Report menimbulkan pelbagai persoalan yang menuduh macam-macam berdasarkan hanya curiga dan spekulasi. Antara spekulasi SR adalah wang tersebut dipulangkan ke akaun-akaun di Singapura dan akaun Ambank ditutup.

Mereka anggap akaun-akaun ini dibekukan penguatkuasa Singapura sedangkan wang-wang ini jelas dikatakan SPRM tidak lagi ada hubungkait dengan 1MDB.

SR menuduh Dato Najib tidak sepatutnya pulangkan wang tersebut yang kini mereka akui sebagai kepunyaan UMNO pula.

Sedap saja tuduh.

Betulkah Dato Najib sudah pulangkan baki selepas hanya guna US$31 million saja? Mungkinkah penderma Arab sudah terlalu murah dengan derma mereka?

Lain sekali pemahaman tanpa syak wasangka.



Selalunya secara realistic, hanya Pengerusi atau Presiden, Bendahari dan seorang dua yang lain yang tahu kedudukan kewangan dan uruskan kewangan organisasi mereka.

Adakah ada mana-mana organisasi besar yang begitu telus tentang kedudukan akaun organisasi? Dengan begitu ramai ahli Majlis Tertinggi, perlukah semua ahli Majlis diberitahu sehabis-habisnya akan kedudukan akaun UMNO?

Tentu tidak kerana dikhuatiri akan menyebabkan kebocoran maklumat sensitif???

Maka luar dari pihak berkuasa dan ahli parti, adakah orang luar yang bukan ahli berhak untuk ambil peduli tentang akaun parti?

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB....

Posted: 16 Aug 2015 01:50 AM PDT

JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB....

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mendedahkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO, segera kedengaran banyak sosek-sosek menimpa dirinya kembali.

Ramai yang mengatakan, apa salahnya pertukaran kerajaan selain pilihanraya, jika bukan dengan kekerasan atau angkat senjata. Di Sabah, beberapa kali pernah berlaku dan di Perak ia baru saja berlaku pada 2009 lalu. Takkan Zahid tak tahu, kata mereka,

Sambil itu, rama juga yang mengingatkan Zahid agar tidak lupa bahawa pendedahannya mengenai pemimpin pembangkang yang didakwanya menjadi dalang tragedi Lahad Datu, sehingga sekarang masih tidak dijawabnya lagi.

Kata mereka, janganlah hendaklah pendedahan kali ini juga tiada jawapannya sampai akhirnya.

Begitu juga dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah, sampai sekarang juga gagal ditunjukkannya kebenaran itu kepada umum. 

Memangnya Zahid, terutama sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, suka menunjukkan beliau mempunyai maklumat itu dan maklumat ini, tapi akhirnya tidak lebih  sekadar khabar yang dikutip daripada burung-burung berterbangan saja.

Ada pula berkata, Zahid tidak sepatutnya cuba memesongkan isu kerana beliau perlu lebih menumpukan perhatiannya untuk menjawab pertanyaan rakyat mengenai syarikat adiknya yang terlibat dalam bidaan menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melalui Kementerian Dalam Negeri yang diterajuinya.

Tambahan lagi, jika dilihat daripada pendedahan Zahid itu, beliau seperti mempunyai maklumat yang cukup lengkap mengenai usaha menggulingkan kerajaan itu. Tapi, sebagaimana selalu, beliau suka membiarkan orang berteka-teki, sama seperti orangramai mungkin berteka-teki sampai mati mengenai dalang Lahad Datu dan bukti syiahnya Mat Sabu.

Sehingga ini, dua pemimpin UMNO yang paling mungkin terlibat sebagaimana dakwaan Zahid itu, sudah pun menafikan penglibatan mereka. Muhyiddin Yassin  mengatakan bodohlah jika beliau melakukannya kerana sudah terlibat dalam pembinaan kerajaan ini sejak 40 tahun yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, beliau masih bersama kepimpinan Najib sambil menyindir, kerajaan hanya dapat digulingkan melalui kekuatan tentera dan tidak ada mana-mana individu yang mampu melakukannya dengan kekuatan biasa.

Begitulah bila Zahid sekali lagi cuba bikin gempar dalam negara. Bukannya kenyataannya itu mahu disokong atau dipuji, tetapi lebih ramai yang ragu-ragu dan skeptikal dengannya.

Sebabnya tidak lain ialah kerana Zahid dikenali sebagai pemimpin yang suka baling "bom asap" saja selama ini. Kadang-kadang berita dari burung berterbangan saja sudah dianggap seperti wahyu dari Tuhan. 

Beliau sebenarnya membaling bom bukan untuk membunuh musuh tetapi agar semua tumpuan tertuju kepada kepulan asap itu saja. Apa gerakannya di sebalik asap berkepul-kepul itu hanya beliau saja mengetahuinya.

Sebab itu, jangan marah, kritik atau hentak Zahid dengan kenyataannya kali ini. Sekarang beliau sudah jadi orang nombor dua dalam kerajaan, tetapi kedudukannya masih belum selamat lagi untuk menjejak singgahsana Seri Perdana.

Dalam UMNO, kerusi nombor dua masih lagi dipegang oleh Muhyiddin. Zahid juga tidak boleh percaya sepenuhnya kepada Najib untuk memberi laluan "smart tag" kepadanya kerana masih ada Hishammuddin Hussein, sepupu Perdana Menteri sebagai pesaingnya.

Selain itu, di luar UMNO dan melalui tekanan Tun Mahathir, lebih banyak perancangan yang sukar dijangka untuk mengenepikan Najib daripada kedudukannya.

Maka, tidak mustahil lebih banyak lagi "bom asap"  akan diletupkan Zahid selepas ini.

Tujuan Zahid membaling "bom asap" mengenai wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini jika dihalusi disebabkan beberapa faktor. Antaranya, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa kerajaan pimpinan Najib sekarang ini teramat lemah dan boleh ditukar bila-bila masa saja melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Dengan itu, Najib akan meletakkan lebih pergantungan kepadanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk memantau serta mengekang gerakan tersebut.  Zahid secara tidak langsung memberitahu kedudukan kerajaan yang lemah itu adalah disebabkan isu-isu yang membeliti Najib sendiri.

Sementara kasih sayang Najib diharapkan lebih tertumpah kepadanya melalui pendedahan itu, Zahid dalam masa yang sama juga dapat mengukuhkan lagi kedudukannya melalui kelam kabutnya orangramai disebabkan "asap" itu.

Zahid bukan saja anak didik Anwar Ibrahim, tetapi cara gaya berpolitiknya juga tidak banyak berbeza dengan bekas Ketua Pembangkang itu. Bagaimana beliau mengumpul dan menjaga kekuatan sokongannya dalam UMNO adalah sama seperti Anwar dahulu. Jika Anwar suka pegang janggut orang bila bertemu kenalan lamanya, selain pegang janggut, Zahid pula kerap "cucuk perut" untuk menunjukkan keakrabannya.

Selain itu, tindakan Zahid mendedahkan wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini juga bertujuan menyindir Najib dan mengingatkannya tentang  "karma" yang pasti menimpa berikutan Najiblah yang mengetuai gerakan menggulingkan kerajaan Perak pimpinan Nizar Jamaluddin pada 2009 dahulu.

Dengan kata lain, kalau ikut lenggok cakap orang Bagan Datoh, maksudnya ialah "dulu kau gulingkan orang, kali ini tunggulah kau kena guling pulak."

Zahid hakikatnya tahu menukar kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen adalah "halal" dan dibenarkan oleh perlembagaan. Tetapi di Perak dahulu, usul tidak percaya itu tidak dibawa pun ke sidang DUN, hanya dipersembahkan kepada Istana Perak saja.

Sambil mengingatkan  itu, Zahid juga sebenarnya ingin menakut-nakutkan Najib akan ketentuan Tuhan yang  selalu "bayar cash" semua dosa dan kecurangan di dunia ini lagi. 

Lebih-lebih lagi Zahid juga tahu Najib turut menghadiri Malam Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka pada malam tadi.

Untung-untung Najib jadi takut dan terganggu fikirannya, tambahan lagi beban 1MDB dan isu RM2,600 juta jauh lebih berat lagi bahananya di sisi Tuhan, lalu mungkin sedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Jika ini tidak berjaya menggugat Najib, tunggulah "bom asap" seterusnya lagi daripada Zahid. (SH 16/08/2015)

GAMBAR: RUMAH TERBUKA PKR PAHANG DI BENTONG

Posted: 15 Aug 2015 10:24 PM PDT





GAMBAR: WFAUDZIN



Selesai Program Jelajah dan Amanat Presiden KEADILAN ke Pahang bertempat di Dewan Himpunan Cina Bentong. Turut diadakan serentak adalah Rumah Terbuka Aidil Fitri KEADILAN Pahang.
Tahniah kepada semua yg terlibat menjayakan kedua-dua program ini. Terima kasih kepada yang sudi meraikan Rumah Terbuka Aidil.Fitri.

GAMBAR : NIK OMAR SERTAI HARAPAN BARU

Posted: 15 Aug 2015 10:19 PM PDT

 INFO: Khalifah Timur


Hampir kesemua bekas su akhbar TGNA menyertai HARAPAN BAHARU kenapa ya? Mungkinkah mereka mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu.

Nik omar bin Nik Aziz dan Dr Fauzi bekas S/U  akhbar TGNA secara rasminya menyertai HARAPAN BAHARU.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kejatuhan ringgit beri impak minima kepada Selangor, kata MB

Posted: 16 Aug 2015 09:20 PM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan besar kepada Selangor kerana tiada risiko pelaburan luar negeri dan instrumen pelaburan yang berubah mengikut pasaran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan besar kepada Selangor kerana tiada risiko pelaburan luar negeri dan instrumen pelaburan yang berubah mengikut pasaran.

Kejatuhan mata wang ringgit dan kelembapan ekonomi hanya memberi kesan minima kepada prestasi kewangan kerajaan negeri Selangor, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata, keadaan itu disebabkan tiada risiko pelaburan luar negeri dan instrumen pelaburan yang berubah mengikut pasaran walaupun cara pengurusan itu berisiko memberi kesan negatif secara langsung terhadap kewangan kerajaan negeri
"Secara umumnya kejatuhan mata wang ringgit dan kelembapan ekonomi negara menjejaskan ekonomi negeri Selangor dari sudut kuasa beli pengguna dan juga harga barang yang mempunyai komponen import.

"Bagaimanapun impak kejatuhan dan kelembapan tersebut adalah minima ke atas prestasi kewangan yang diuruskan oleh kerajaan negeri disebabkan tiada risiko pelaburan luar negeri dan instrumen pelaburan yang berubah mengikut pasaran yang mungkin akan memberikan kesan negatif secara langsung ke atas kewangan kerajaan negeri," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, hari ini.

PKR sokong undi tak percaya Najib jika kerajaan peralihan ditubuhkan, kata Rafizi

Posted: 16 Aug 2015 09:19 PM PDT

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengalu-alukan sebarang usaha mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan yakin ia juga merupakan kemahuan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengalu-alukan sebarang usaha mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan yakin ia juga merupakan kemahuan rakyat.

PKR menyatakan kesediaan untuk menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan peralihan ditubuhkan untuk memulihkan negara berasaskan reformasi ditubuhkan selepas itu, kata Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau mengalu-alukan sebarang usaha mengadakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dan yakin ia juga merupakan kemahuan rakyat.
"Saya terbuka untuk menyertai usaha undi tidak percaya terhadap Najib dengan syarat satu kerajaan peralihan yang akan memulihkan negara berasaskan agenda reformasi boleh ditubuhkan dengan langkah-langkah khusus memperbaiki institusi yang rosak dan seterusnya memanggil pilihan raya yang adil dan bersih," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Rafizi berkata, dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pembangkang bekerjasama dengan pemimpin Umno menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan satu usaha terdesak dan mahu mengalihkan perhatian daripada isu sebenar melanda pentadbiran Najib. "Umno tidak seharusnya mengheret kami dalam pertikaian dalaman mereka. Yang sekarang saling jatuh menjatuhi adalah di kalangan mereka," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR.
Zahid pada Sabtu mendakwa seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
Zahid berkata beliau memperoleh maklumat ini daripada sumber boleh dipercayai namun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

3 laporan polis dakwaan cuba guling kerajaan

Posted: 16 Aug 2015 09:18 PM PDT

Polis telah menerima tiga laporan polis mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan menyiasat laporan tersebut di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

"Kita telah menerima beberapa laporan polis berkenaan (kenyataan) timbalan perdana menteri bahawa ada percubaan untuk menggulingkan kerajaan.

"Jika kita mendapati ada unsur-unsur cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara bukan mengikut perlembagaan, kita akan ambil tindakan," kata Khalid dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

TPM: TAN SRI MUHYIDDIN TIDAK TERLIBAT KOMPLOT GULINGKAN KERAJAAN

Posted: 16 Aug 2015 09:11 PM PDT

Saya lebih popular daripada Siti Nurhaliza - Muhyiddin

Posted: 16 Aug 2015 09:06 PM PDT

Pemuda desak Najib undur: KJ elak ulas soalan politik

Posted: 16 Aug 2015 09:05 PM PDT

Salahuddin Ayub: Kita Bekerjasama Dengan Semua Pihak Untuk Masa Depan Negara

Posted: 16 Aug 2015 08:50 PM PDT

Mat Sabu: Kita Tidak Berkempen Sebanyak Mana, Tapi Sokongan Rakyat Begitu Menakjubkan

Posted: 16 Aug 2015 08:49 PM PDT

Benarkah cerita Zahid ada orang nak guling kerajaan?

Posted: 16 Aug 2015 08:27 PM PDT

PERSOALAN
Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah akan mempertahankan kerajaan Mohd Najib Razak sehingga ke titisan darah terakhir dan akan menjamin tidak akan berlaku rampas kerajaan dari belakang. Wah, hebat wong Jawa si Wak Jahid ini. 
Zahid selalu sangat suka mengeluarkan kata-kata hebat dan berapi-rapi laksana pejuang yang tidak lut ditikam, tidak hangus dibakar. Ada kalanya juga cakap-cakapnya persis orang yang menjual ubat. Ubatlahnya tak seberapa sangat tetapi goringannya panas menghangat sekali mempesonakan banyak orang. Sampai biasa kecut perut bebudak dibuatnya.
Kononnya ada orang dalam Umno yang hendak guling kerajaan Najib. Benarkah? Apa difahaminya terdapat 37 orang ahli parlimen Umno akan bergabung dengan ahli parlimen pembangkang dan membuat undi tidak percaya kepada Najib. Mereka akan memberi tahu speaker yang mereka mendapat majoriti 2/3 bagi tujuan itu. 
Mudah dan gampang bunyi ceritanya. Kata Zahid beliau sudah mengenal pasti orang menjadi dalang mengaturkan strategi itu, dan kononnya orang yang merancangnya itu dapat disekat. Kononnya atas usahanya orang itu sempat sedarkan diri dan telah mengaku akan kesilapannya, dan minta maaf kepada Najib. Makanya rancangan hendak mengadakan undi tidak percaya tidak jadi. Haha... macam wayang gedek di tanah Wobosono pulak bunyinya. 
Begitu mudah sekali. Apakah kalau benar yang buat rancangan itu bebudak yang masih berhingus? Atau ianya tidak wujud sama sekali? Iya.. hanya cerita yang direkayasa begitu sekali untuk kelihatan menarik dan kesetiaan si Zahid ini sangat tinggi kepada Najib dan menjaga kekuasaan suami Rosmah. 
Zahid ini penuh dengan cerita retorik dan cerita menggambarkan akan kehebatan dan keberaniannya. Soal sumpah dan janji ini perkara biasa bagi Zahid Hamidi. Berani bersumpah tetapi pengecut untuk lekasanakannya. Saya dan rakan-rakannya (sebahagian semasa dalam Pemuda Umno) yang lain ada pengalaman tentang Zahid ini. Zahid bukan sedia berjuang ketitisan darah terakhir, tetapi syid juga dia pernah ucapkan. 
Zahid bukan berani sebenarnya tetapi pengecut.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 4 diteruskan walaupun jika ada raptai hari merdeka, kata Maria Chin

Posted: 16 Aug 2015 08:23 PM PDT

Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka tetap bertegas meneruskan perhimpunan Bersih 4 dan cuba bergerak sehampir mungkin ke Dataran Merdeka sekiranya dihalang memasuki kawasan berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka tetap bertegas meneruskan perhimpunan Bersih 4 dan cuba bergerak sehampir mungkin ke Dataran Merdeka sekiranya dihalang memasuki kawasan berkenaan. 

Penganjur perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan akhir bulan ini mengetepikan kebimbangan yang raptai Hari Merdeka akan mengganggu rancangan mereka untuk berkhemah di Dataran Merdeka, mengatakan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan itu.
Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka tidak mendengar ada pihak merancang mengadakan raptai sebelum perhimpunan 34 jam itu, yang dijadualkan berlangsung dari 29 hingga 30 Ogos ini.
"Tetapi jika adapun, kita akan cuba bergerak sehampir mungkin ke Dataran sekiranya kita tidak boleh masuk ke dalam.

"Kita akan berkhemah di kawasan sekitar Dataran," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Perarakan Hari Merdeka dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Kebiasaannya, mereka akan mengadakan raptai di lokasi itu beberapa hari sebelum acara sebenar.
Rancangan Bersih mengadakan perhimpunan ke-4 di sana menimbulkan persoalan jika ia akan mengganggu latihan kemerdekaan itu atau jika pihak berkuasa akan mengambil tindakan menghalang mereka daripada berkhemah di sana.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah tolak saman keluarga Sarbaini

Posted: 16 Aug 2015 08:15 PM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman yang difailkan oleh keluarga pegawai kastam, Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad, yang meninggal dunia di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane empat tahun lalu.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said berkata atas imbangan kebarangkalian, kes plaintif tidak dapat dipertahankan.

Mahkamah menolak tuntutan itu dengan kos RM10,000.

Bagaimanapun, Hakim Kamaludin memutuskan bahawa Ahmad Sarbaini berada di bawah penjagaan dan kawalan SPRM pada masa kematiannya.

Dalam reaksinya, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Maziah Manap, isteri allayarham, berkata beliau akan menunggu arahan dari anak guamnya yang mempunyai 30 hari, mulai hari ini untuk merayu keputusan itu.

Maziah yang terlalu sedih untuk bercakap dengan pemberita, berkata: "Saya harap anda faham."

Speaker Selangor: Tiada belanjawan tambahan, tumpu penstrukturan air

Posted: 16 Aug 2015 07:54 PM PDT

DNS-2015-smallSUBANG JAYA, 17 OGOS: Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bermula hari ini tidak menyentuh soal belanjawan tambahan sebaliknya lebih tertumpu kepada perkembangan semasa penstrukturan semula industri air Negeri Selangor.
Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, Exco dijangka membentangkan perkembangan tersebut memandangkan Dato' Menteri Besar Selangor berjanji untuk tidak mengemukakan belanjawan tambahan seperti yang diumumkan tahun lalu.
"Sidang kali ini hanya ada tiga Rang Undang-undang dan Penyata oleh Jawatankuasa Pilihan.
"Jawatankuasa Pilihan kita sangat aktif dan kali ini kita mempunyai 15 penyata jawatankuasa masing-masing," katanya kepada Selangor Kini.
Beliau turut menjangkakan sidang kali ini tidak akan berlangsung panjang dan diharapkan semua usul dan Rang Undang-undang dapat diselesaikan secepat mungkin.
Sidang DNS berlangsung selama dua minggu dan dijangka tamat padat 28 Ogos hadapan.

Badan Peguam mahu "derma" RM2.6b disiasat dahulu

Posted: 16 Aug 2015 07:47 PM PDT


Buat masa ini, Majlis Peguam tidak akan mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang dicadang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyelia pembiayaan politik.

Apa-apa perbincangan mengenai undang-undang baru perlu menunggu selesainya siasatan yang sedang berjalan terhadap pemindahan dana 1MDB, kata Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, terutamanya, kerana sesuatu sumbangan derma, seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sebanyak kira-kira RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, masih dalam definisi "suapan" di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kata Thiru.

Langkah menubuhkan sebuah panel mengenai pembiayaan politik dibuat secara agak tiba-tiba, selepas pendedahan baru-baru ini oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report mengenai pemindahan dana ke dalam akaun bank peribadi Najib dan pengumuman SPRM bahawa RM2.6 bilion itu adalah satu "sumbangan derma".

Malah, kata Thiru, cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa itu akan sentiasa dilihat sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada penyiasatan terhadap 1MDB, atau daripada dakwaan serius rasuah dan juga kesan daripada dakwaan-dakwaan itu, jika terbukti benar.

Cadangan itu, katanya, tidak seharusnya menjadi satu alat untuk mengurangkan kepentingan penyiasatan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar: Tak sesuai guna terma 'guling kerajaan'

Posted: 16 Aug 2015 07:44 PM PDT

Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood SHAH ALAM - Terma gulingkan kerajaan dengan mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli parlimen seolah-olah memperlihatkan usaha tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kebiasaannya menggulingkan kerajaan ini merujuk kepada tindakan atau usaha menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan senjata dan himpunan jalanan yang sama sekali bertentangan dengan undang-undang.

Katanya, sekiranya sesebuah kerajaan itu kehilangan kuasa memerintah disebabkan oleh kehilangan sokongan majoriti ia dipanggil pemindahan politik.

"Maknanya ia hilang sokongan majoriti dengan cara undi tidak percaya di Parlimen atau tanda tangan ahli parlimen pada akuan bersumpah sebagai tanda hilang kepercayaan kepada kerajaan sekarang.

"Ia perlu dirujuk kepada Perlembagaan dan undang-undang untuk menentukan sama ada ia sesuatu yang bertentangan," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, sekiranya akuan bersumpah itu salah di sisi undang-undang bagaimana pula dengan kes empat Adun PKR yang keluar dari parti sehingga menukar kerajaan Negeri Perak daripada PR kepada BN pada 2009.

Read More / Baca Lagi >>

RM5 BILLION CAPITAL FLIGHT EACH MONTH & NAJIB WANTS TO STAY ON?

Posted: 16 Aug 2015 07:42 PM PDT


RM5 BILLION CAPITAL FLIGHT EACH MONTH & NAJIB WANTS TO STAY ON?
Last week (Friday), the Malaysian equity market was at the worst in our 17 year history. The capital outflow was estimated to be at RM404 million at closing time, the worst in weeks. For past many weeks the equity market was very weak as foreign funds were leaving our market for a better investment somewhere else to the tune of RM300 million on daily averages.
It simply means that the equity market is shrinking to the tune of almost RM5 billion monthly average is going to put our market dry. While agreeing that the devaluation of the Chinese Yuan and the declining prices of commodities adds to the weak economics dynamics in the country, we cannot deny that the political situation that exists in the country create the mood of no-confidence in Malaysian money and stock market for them to stay with hopes of recovery in the near foreseeable weeks and months.
This situation was not an isolated one. We used to go through the Asian currency fall in 1997 but there were still decent hopes as the investors (Foreign) were still having confidence in the leadership of that time handled the situation. To kindle recovery the need of foreign investors' confidence in the ruling government is very crucial but that is what we are oblivious of at the moment. We can't be resting our hopes on the ailing PM and the newly politically minted Deputy PM to rectify the economic lethargies we are now facing.

PM Najib
I am writing again on what have been said by this blog in very simple language that anyone can understand very easily. We have been in a vacuum of leadership for two decades and changing leaders within the group of oblivious of leadership qualities and mannerism is no change. Putting Muhyiddin aside and replace him with Zahid Hamidi is no change actually. As I have unfailingly said for the past years they are of the same and similar leadership mannerism and culture and subsequently results in the same depraved government.
They don't plan anything for the country. They administer the country based on ad hoc and impulse decisions and not on planned resolutions and normally all development projects of this nature were based on cronyism motivated projects. The gigantic projects were somehow related to persons or personality involved in the government (especially ministers).
Read More / Baca Lagi >>

Pua: 1MDB’s USD1.1b ‘lost’ in Cayman Islands

Posted: 16 Aug 2015 07:38 PM PDT

The MP worries the company may have lost these funds and this was why taxpayers have been forced to bail it out.
 phua,arul
KUALA LUMPUR: Petaling Jaya Utara MP Tony Pua has warned that 1MDB Chief Arul Kanda Kandasamy's excuse of "miscommunication" was completely hollow as the rakyat were still left clueless as to whether the so-called USD1.103 billion (RM4.4 billion) assets previously held in the Cayman Islands fund was worth anything at all today. "Did 1MDB lose practically all of its USD1.103 billion?"
"The fact that 1MDB refuses to address these crucial questions will only convince the people that the company has lost all of these funds and this was why the taxpayers have been forced to bail out the company."
And yet, said Pua who is also DAP National Publicity Secretary, 1MDB has the cheek to claim that he had "conveniently" forgotten the replies provided by the Finance Ministry to Parliament. "I certainly have not forgotten the parliamentary replies prepared by 1MDB, which contained no answers to the questions posed."
If the questions have been answered, he stressed, there would have been no need for him to ask again, nor will there be any need for 1MDB to deploy evasive manoeuvres to avoid answering questions.
Even former Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin lamented that it was taking way too long for the 1MDB investigations, reminded Pua. "Must we wait until the moon falls onto our laps?" Pua quoted Muhyiddin as asking.
Read More / Baca Lagi >>

Polis desak lokasi perhimpunan Bersih 4 diubah

Posted: 16 Aug 2015 07:15 PM PDT

Penganjur perhimpunan Bersih 4 diminta mengubah lokasi perhimpunan yang bakal diadakan di sekitar ibu negara pada hujung bulan ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar, kiri), lapor Berita Harian.
Khalid berkata, ini juga memandangkan Dataran Merdeka yang dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2015.
Menurut Khalid, keputusan itu dibuat kerana didapati notis yang dihantar penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kepada ketua polis daerah Dang Wangi mengenai perhimpunan itu tidak lengkap serta tidak bersertakan kebenaran empunya lokasi perhimpunan.

"Seolah-olah semua tempat mereka (penganjur) punya. Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka harus mendapatkan kebenaran tuan punya tempat yang dirancang menjadi lokasi perhimpunan itu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian. Khalid mengulangi amarannya lagi pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan pencegahan jika himpunan itu mempunyai unsur menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Katanya lagi, penganjur kebelakangan ini dilihat bukan untuk memperjuang matlamat asal iaitu pilihan raya bersih dan adil.
Terdahulu dilaporkan, beliau  mendakwa nama Bersih hanyalah sekadar gelaran namun hakikatnya penganjur tidak mahu mematuhi undang-undang.
"Mereka minta 'clean' (bersih) itu, 'clean' ini tetapi diri sendiri kotor, tidak mahu mematuhi undang-undang. Dia tidak mahu menjaga kepentingan orang lain, dia nak jaga hak dia saja, sesuka hati berhimpun.
"Cuba kita tengok, bila mereka mengadakan perhimpunan semua tutup kedai. Mereka (peniaga) ini tidak ada hak ke? Jadi, fikirkanlah juga hak orang lain," katanya sebelum ini.

Majlis Peguam tidak akan sertai jawatankuasa konsultatif pembiayaan politik

Posted: 16 Aug 2015 06:24 PM PDT

Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata, tumpuan perlu diberi terhadap siasatan bebas dan menyeluruh ke atas tuduhan yang dilemparkan kepada perdana menteri sebelum sebarang perbincangan mengenai undang-undang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata, tumpuan perlu diberi terhadap siasatan bebas dan menyeluruh ke atas tuduhan yang dilemparkan kepada perdana menteri sebelum sebarang perbincangan mengenai undang-undang baharu.

Majlis Peguam tidak akan menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), mengatakan ia mahu siasatan ke atas derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai terlebih dahulu.
Presidennya Steven Thiru berkata hari ini, tumpuan ketika ini seharusnya terhadap siasatan bebas dan menyeluruh ke atas tuduhan yang dilemparkan kepada perdana menteri.
"Perbincangan mengenai undang-undang baharu ini perlu menunggu selesai siasatan yang sedang berjalan ke atas pemindahan dana itu. Ini khususnya kerana, sumbangan derma masih termasuk dalam definisi 'suapan' di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Ini bukan masa melibatkan diri dalam isu-isu sampingan yang boleh dianggap bertujuan mengaburi pandangan bagi menutup salah laku dalam hal ini," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini. Malah katanya, cadangan jawatankuasa yang dibuat Najib sendiri pada Jumaat lalu, akan dilihat sebagai satu cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada siasatan terhadapnya dan wang yang didepositkan ke dalam akaun beliau itu.
"Sememangnya, cadangan menubuhkan jawatankuasa itu akan dilihat sebagai satu usaha untuk mengalihkan perhatian daripada penyiasatan itu, atau sengaja bertujuan mengganggu tumpuan kepada satu dakwaan serius berkaitan rasuah dan kesan yang timbul daripada dakwaan itu, jika ia terbukti benar.
"Cadangan itu tidak seharusnya menjadi alat untuk mengurangkan kepentingan siasatan itu," katanya.

Mesyuarat UMNO Bagan kecoh, perwakilan dakwa dipukul, ditendang

Posted: 16 Aug 2015 06:18 PM PDT

Dua perwakilan mendakwa dipukul selepas mempertikai nama cawangan mereka serta 17 cawangan lain tidak disenarai.
umno-bagan
PETALING JAYA: Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan di Pulau Pinang pada Ahad kecoh seketika apabila dua perwakilan mendakwa ditumbuk dan ditendang.
Dalam kejadian di Hotel The Light di Butterworth kira-kira jam 1.30 petang itu, kedua-duanya dibelasah kerana mempertikai senarai perwakilan mesyuarat berkenaan selepas nama cawangan mereka serta 17 lagi tidak tersenarai.
Memetik laporan Harian Metro, mereka mendakwa dicederakan sekumpulan lelaki yang bukan ahli UMNO serta beberapa ahli jawatankuasa bahagian itu.
Akhbar itu melaporkan pergelutan berkenaan berlaku hampir 10 minit sebelum berjaya dileraikan anggota polis bertugas.
Susulan kejadian itu, kedua individu yang mendakwa dipukul membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika mengesahkan menerima laporan dibuat dan sedang menyiasat kejadian itu.

From a friend to a traitor

Posted: 16 Aug 2015 06:16 PM PDT

You sometimes have to betray a friendship to be loyal to a cause.
1mdb,-traitor
When I was a little girl, I would visit my late grandpa at Halfway Road, Penang every fortnight. I would spend the morning chatting with him and when it was time for him to rest, I would explore Georgetown with my three childhood friends – Jasmin, Fazlina and Fatimah.
My friends' lives were not like mine. Jasmin's dad was not well and her mother was the breadwinner. This meant she, the eldest of five, had to pitch in ─ chopping firewood, doing laundry, taking care of her siblings and grinding raw rice with a pestle for her mother's apam shop. Fazlina and Fatimah's lives weren't much different.
My three childhood friends did not often get what they wanted but they made up for what they lacked by window shopping and people watching – and I would join them every opportunity I got.
Once when I was eleven, the four of us went on one of our adventures around Georgetown. As we walked on the streets of Transfer Road, sucking on our ais kapai, Jasmin suggested that we head to Tong Aik Emporium for a window shopping spree. We jumped on the idea. Going back home would have only meant more chores for them.
At Tong Aik, we explored the shoes and handbags and finally headed to the accessories section. There, Fatimah, Jasmin and Fazlina chose four earrings – one for each of us .
"You both keep this," said Fatimah, as she slipped two pairs of earrings into my pocket and two more into Fazlina's pockets and started walking away.
I was stunned. Just as I was about to replace the earrings on the glass rack, a sales person walked up to me, to ask if I wanted to purchase anything.
"Saja tengok-tengok," Jasmin said, grabbed my arm and led me out of the emporium.
When we reached home, Fatimah began distributing the earrings. I refused to accept "mine". I argued that stealing was wrong. It was a sin and my parents would be disappointed if they found out.
"Then make sure they don't find out," was Jasmin's response.
"That's lying," I rebutted.
"It is not lying if you don't say anything," Fatimah interjected.
Read More / Baca Lagi >>

Guling Ala Perak: Dedah siapa dalangnya, Zahid

Posted: 16 Aug 2015 06:15 PM PDT

Zahid Hamidi
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mendedahkan nama individu yang cuba menggulingkan kerajaan kepada umum.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim, berkata, pengundi BN pastinya mahu mengetahui siapa individu yang cuba untuk mengkhianati demokrasi di negara ini.

"Kerajaan yang ada sekarang ini dipilih oleh rakyat tetapi usaha gulingkan kerajaan menggunakan pintu belakang adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

"Mereka yang terlibat dengan komplot ini perlu dikenakan tindakan undang-undang dan pendekatan politik," katanya.

Menurutnya, gerakan menggulingkan kerajaan juga mencemarkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua yang mentadbir negara.

"Saya minta nama pemimpin pembangkang yang berkomplot menggulingkan kerajaan didedahkan.

"Dari situ kita tahu perkara ini benar-benar berlaku di negara kita dan bukan direka semata-mata," katanya.

Beliau menjelaskan, pendedahan yang dilakukan oleh Ahmad Zahid adalah perkara baharu dan tidak diketahuinya sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dana Asing RM2.6 Billion - Dari Awal Lagi Rakyat Telah DiPerbodohkan !!

Posted: 16 Aug 2015 05:48 PM PDT

Cuba kita ingat kembali waktu mula2 isu Deposit RM2.6 billion ini meletup sebulan setengah yang lepas dan diikuti dengan kenyataan dari tuanpunya akaun yang secara otomatis menjadi Billionair iaitu PM Najib ..... Antara ayat yang Najib nukilkan waktu itu -

4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak.
.
KLiK

Laporan akhbar dan media sosial SEMUA beri gambaran bahawa pasukan Petugas Khas / Task Force yang telah ditubuhkan sebelum itu bagi menyiasat 1MDB telah diberikan tugas tambahan iaitu bagi menyiasat dakwaan RM2.6 billion itu.

Seluruh rakyat Malaysia ingat Task Force sedang menyiasat kes itu dan ini termasuk tuan punya akaun Najib ! Makanya ramai yang bertanya kenapa Najib tidak disoal siasat padahal dia adalah suspek utama dalam kes RM2.6 billion ?

Dan kenapa Najib tidak digantung tugas sebagai PM sementara siasatan berjalan ? 

Rupa2nya - "Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.


Anda sebagai rakyat Malaysia ..... tidak terbau hancing ker ? Macam kena kencing jer  ?

Kita diminta bersabar menunggu hasil siasatan Task Force dan jangan buat sebarang spekulasi. Tapi Rahman kata Task Force tidak sepatutnya siasat Najib ! ???

Laporan asal adalah dari artikel TheStar ( ada saya komen di artikel sebelum ini - KLiK )
 
In the first place the task force was illegally constituted. They were not supposed to be investigating the PM or any individual for that matter.


Bagaimana dengan kenyataan Najib dalam blognya seperti di atas ?

Apa ni ? ? ?

                                    ******************

Tak cukup memperbodohkan rakyat, Tengku Adnan cuba buat lawak ngeri pula dengan kenyataan  ini -

" Kami sudah berkali-kali menjelaskan isu ini. Sebagai Setiausaha Agung, saya sedar tentang perkara ini dan begitu juga bendahari parti " - TMI.

Huh ?  Mereka berdua sedar tentang deposit itu SEBELUM atau SELEPAS alasan Derma dicipta oleh team Najib ?

Dan mereka 'berkali-kali' menjelaskan perkara ini SEBELUM atau SELEPAS ayat Derma mula enter frame ?

Kenyataan yang ini pun nak kena rekod juga -
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno siasat usul minta PM letak jawatan

Posted: 16 Aug 2015 05:40 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan menyiasat dan meminta penjelasan dari Ketua Pemuda Umno Tampin berhubung usul ketua Pemuda cawangan Kampung Ulu Ladang dalam mesyuarat perwakilan semala yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

"Saya dimaklumkan ia adalah usul tergempar sebuah cawangan di Tampin dan bukannya pendirian Pemuda Umno Tampin...

"Biasalah dalam mesyuarat perwakilan kita (pemimpin) terpaksa berdepan dengan pelbagai usul termasuk berbentuk kritikan dan pedih tetapi tidak bermakna ia pendirian Pemuda Umno Tampin," katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, Khairy mahukan identiti pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan didedahkan.

Read More / Baca Lagi >>

Kisah 1MDB boleh jadi filem Hindustan, sindir Mat Sabu

Posted: 16 Aug 2015 05:38 PM PDT

Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu mempersoalkan sama ada individu yang sebenarnya terlibat dengan rasuah disiasat selepas pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masing-masing menyiasat sesama sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 
Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu mempersoalkan sama ada individu yang sebenarnya terlibat dengan rasuah disiasat selepas pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masing-masing menyiasat sesama sendiri. 

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyindir kronologi isu syarikat kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dijadikan sebagai filem Hindustan.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menggambarkannya sedemikian ekoran pelbagai masalah yang dihadapi syarikat sarat hutang itu ketika siasatan dijalankan.
"Isu 1MDB dah jadi filem Hindustan. Polis tangkap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), SPRM tangkap polis, ketua SB (special branch) kena tukar, SPRM pula diambil tindakan, dalam pada itu balai polis terbakar.

"Siapa nak buat filem ini? (Datuk) Yusof Haslam hanya nak buat Gerak Khas sahaja," katanya ketika berucap di Jamuan Hari Raya dan Pelancaran GHB Selangor yang dihadiri kira-kira 1,000 penyokong di Dewan Teratai, Shah Alam malam tadi. Bekas timbalan presiden PAS itu turut mempersoalkan sama ada individu yang sebenarnya terlibat dengan rasuah disiasat selepas pihak polis dan SPRM masing-masing menyiasat sesama sendiri.
"Sekarang berlaku ibu segala skandal, iaitu 1MDB. Mother father of scandal (ibu bapa kepada skandal) lebih RM42 bilion. Tony Pua, Rafizi Ramli dedah semuanya (mengenai 1MDB). Tun Dr Mahathir Mohamad, (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) gelisah.
"Datang pilihan raya adakah BN menang lagi?" soalnya kepada penyokong sambil para hadirin bersorak mengatakan "tidak."
Mohamad bagaimanapun berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus menang sekiranya rakyat tidak bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

PENINGLAH ZAHID NI...ORANG NAK TAHU DALANG YANG TERLIBAT, BUKAN DALANG TAK TERLIBAT!!

Posted: 16 Aug 2015 05:06 PM PDT

Dalang lama belum selesai, timbul dalang baru pula.

Dulu ketika menjadi Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu, tapi sampai sekarang ianya senyap begitu saja.

Kali ini beliau mendedahkan pula dalang yang mahu menggulingkan kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Bahkan, mungkin disebabkan sudah naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri yang tambah luas jajahan kuasanya, maklumat yang diperolehinya mengenai dalang menggulingkan kerajaan ini lebih langkap dan terperinci lagi.

Beliau siap mendedahkan bahawa perancangan tok dalang itu ialah melibatkan akaun bersumpah tujuh halaman dengan kertas kuning yang disediakan oleh peguam yang juga diketahuinya identitinya.

Sehari selepas pendedahan itu pula, Zahid kemudiannya mengatakan tok dalang tersebut sudah sedar mengenai tindakannya dan akan bertemu Perdana Menteri, Najib Razak pada jam 6 petang semalam (Ahad) untuk meminta maaf.

Maklumat yang diberikan Zahid itu menyebabkan para wartawan berkampung di Seri Perdana dan kediaman peribadi Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mengetahui siapakah dalang tersebut.

Malangnya, setelah menunggu kira-kira lima jam bermula jam 5 petang hingga 10 malam, langsung tiada kelibat sesiapa yang datang menemui Perdana Menteri.

Najib pula dikesan sampai ke rumahnya daripada merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Gerik menjelang jam 8 malam.

Kesian wartawan...
Pewakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saduddin yang  video ucapannya tersebar luas sebelum ini mengatakan Najib telah "kencing" tiga juta ahli UMNO, pasti sekali lagi akan menyebut perkataan itu jika tindakan Zahid ini berlaku sebelum beliau berucap.

Bagaimanapun pada sebelah malamnya pula ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lumut, Zahid mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot mahu menggulingkan kerajaan itu.
Read More / Baca Lagi >>