Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MALAYSIAKINI MENANGIS MOHON MAAF...NAK MAAFKAN ATAU KETAWAKAN?

Posted: 15 Aug 2015 08:44 AM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Ancaman Politik Terhadap UMNO?

Posted: 15 Aug 2015 09:08 AM PDT


"UMNO parti keramat, UMNO par­ti harapan orang Me­layu dan UM­NO tonggak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN)." Itulah fakta yang sekian lama melekat di hati orang Melayu dan rakyat negara ini.

Namun senario politik yang semakin berubah dan cabaran yang semakin getir dihadapi oleh parti itu memungkinkan fakta-fakta tersebut semakin luntur dalam kalangan orang Melayu. Pelbagai isu yang berlaku mahu tidak mahu harus diakui semakin melemahkan UMNO.

Awal bulan ini apabila mesyua­rat persidangan UMNO bahagian bermula di seluruh negara, pe­mimpin-pemimpin parti itu tidak mempunyai banyak pilihan, mereka hanya ada satu pilihan iaitu memperkukuh­kan UMNO dalam segenap segi bagi meraih sokongan rakyat jika tidak mahu terhumban ke lembah kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.

UMNO sudah berusia 68 tahun dan sudah memerintah negara ini bersama-sama rakan dalam komponen BN sejak 58 tahun lalu.

Ketika berbual-bual dengan seorang Ketua UMNO Bahagian baru-baru ini, beliau menyenaraikan 19 perkara yang harus diberikan tumpuan oleh parti itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu.

Penulis tidak perlu menyatakan secara terperinci apakah 19 perkara itu tetapi yang pasti amat berkaitan rapat dengan kehidupan rakyat setiap hari dan menjadi tumpuan atau keluhan termasuklah soal kos sara hidup, pengangguran dan hak Bumiputera serta orang Melayu.


Ketika ini sudah ada suara-suara yang mempersoalkan apa orang Melayu dapat setelah 58 tahun UMNO menjadi teraju pemerintahan negara? Walaupun hakikatnya, UMNO sememangnya banyak jasa kepada orang Melayu tetapi sekarang sudah semakin dilupakan.

Dalam grup sembang Whats­App yang disertai penulis, sudah ada kelompok yang selama ini menyokong perjuangan UMNO berta­nya, sampai bila orang Melayu perlu terikat dengan kata-kata bahawa hanya UMNO dapat memperjuangkan nasib mereka?

Pandangan seumpama ini tidak harus dibiarkan merebak atau terpahat dalam fikiran orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar bahaya yang menanti dan bukannya terus mengabaikannya de­ngan tanggapan UMNO masih kuat dan orang Melayu tetap bergantung kepada parti berkenaan.

Fahamilah situasi sudah berbeza. Usaha untuk meyakinkan orang Melayu dan rakyat terus menyokong UMNO tidak boleh lagi melalui retorik dan 'sandiwara politik', sebaliknya melalui tindakan dan langkah dengan menjadikan kedudukan dalam kerajaan sebagai platform untuk membela nasib orang Melayu.

Agenda Bumiputera dan memperkasakan kedudukan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi harus menjadi keutamaan. Orang Melayu tidak boleh dilihat sekadar pemerhati apatah lagi penumpang kepada kejayaan kaum lain.

Apa juga yang dirancang oleh kerajaan mestilah mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera tanpa meminggirkan kaum lain.

Seperti mana ditegaskan oleh pemimpin Melayu daripada pelbagai bidang sebelum ini UMNO tidak harus apologetik dalam memperkasakan kedudukan orang Melayu kerana kelompok itulah yang menjadi penentu survival politik parti Melayu tersebut.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh lagi mengamalkan sikap 'sudah terang lagi bersuluh' apabila masih takut-takut untuk bercakap soal membela nasib orang Melayu kerana bimbang akan menyinggung pihak lain sedangkan selama ini UMNO terus bertahan dan mencapai kejayaan dalam pilihan raya kerana sokongan orang Melayu.

Itulah perkara yang perlu menjadi agenda UMNO sekarang selepas menempuh pelbagai kemelut dalaman dan ketika berada dalam situasi yang dikatakan semakin terhakis sokongan orang Melayu dan rakyat terhadap parti itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO khu­susnya mereka yang berada dalam Kabinet perlu memberi tumpuan penuh kepada usaha berkenaan bukannya sekadar berani mencerca atau mengkritik pe­mimpin-pemimpin yang tidak lagi berada dalam kerajaan.


Kalaulah merasakan diri cukup hebat kerana dilantik sebagai menteri maka laksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, bukannya membuat kenyataan-kenyataan yang hanya akan menyebabkan suasana dalam UMNO menjadi tidak harmoni.

UMNO memerlukan satu pasukan yang kukuh tidak kira mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak. Yang akan menentukan hidup mati UMNO bukan sekadar tiga juta ahli parti itu tetapi orang Melayu secara keseluruhan termasuklah pengundi atas pagar.

Jangan biarkan kelompok ber­kenaan berasa muak dengan gelagat dan telatah sesetengah pe­mimpin UMNO yang merasakan dirinya lebih hebat kerana berada dalam kerajaan. Hebat atau tidak, bukan diukur dari segi kepetahan membuat kenyataan semata-mata tetapi bekerja untuk rakyat.

Musuh yang akan dihadapi oleh UMNO bukanlah rakan dalam parti sendiri tetapi pakatan pembangkang. Oleh itu seperti mana digesa oleh pemimpin-pemimpin pelbagai lapisan ketika persidangan UMNO peringkat bahagian di seluruh negara semalam, UMNO perlu merapatkan barisan dan bersatu.

Terlalu banyak isu yang perlu ditangani khususnya melibatkan persepsi rakyat terhadap parti itu. Ini memandangkan UMNO bukannya buntu untuk menyelesaikan masalah tetapi terlalu lemah me­merangi persepsi.

Persepsi wujud kerana 'kebijaksanaan' musuh-musuh politik UMNO mengambil kesempatan dan ditambah pula dengan kehadiran penulis blog atau portal berita yang kononnya pro-UMNO tetapi ibarat menjadi 'duri dalam daging' kepada parti itu kerana suka menyerang pemimpin UMNO lain atau membuat spekulasi berhubung rombakan sesuatu jawatan.

Itulah cabaran utama UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh leka dalam berhadapan situa­si tersebut kerana ramai yang sudah terpengaruh dengan persepsi berbanding mahu mengetahui fakta sebenar di dalam sesuatu isu.

Tetapi mereka tidak akan berupaya menangani persepsi, kalau ada dalam kalangan mereka sendiri yang menyebabkan persepsi wujud. Oleh itu dalam apa keadaan sekalipun utamakan perjuangan UMNO demi untuk memastikan parti itu terus kukuh dan kuat bagi membolehkan parti tersebut mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesimpulannya, apa yang diharapkan pemimpin dan ahli UMNO perlu memahami kedudukan mereka kini dan sedar ancaman yang menanti. Jangan terus dibuai mimpi merasakan rakyat khusus­nya orang Melayu tetap bersama parti itu sedangkan realitinya di akar umbi 'agak mengerikan'.

Oleh itu bergeraklah sebelum terlambat kerana masa berlari terlalu pantas.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


UMNO di-penghujung jalan

Posted: 15 Aug 2015 02:40 PM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kit Siang si rasis tegar gelabah?

Posted: 15 Aug 2015 10:30 PM PDT



Lim Kit Siang telah melenting apabila TPM DS Ahmad Zahid Hamidi memberitahu ada komplot melibatkan tokoh UMNO dan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan belakang.

Sebagai Menteri Dalam Negeri adalah tertakluk di bawah bidangkuasa beliau untuk menyekat mana-mana gerakan subversif atau konspirasi jahat untuk menggulingkan kerajaan yang sah kerana ia mengancam kestabilan politik negara.

Maklumat yang diperoleh ini adalah berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa PDRM.

Dato Seri Ahmad Zahid tidak pernah menuduh secara semberono atau menamakan pemimpin yang bersekongkol dalam gerakan tersebut.

Namun jika tokoh politik itu sudah mengetahui pembabitannya dihidu oleh pihak risikan PDRM, maka silalah tampil untuk membuat penafian pada pihak keselamatan dan membubarkan gerakan tersebut serta merta demi kestabilan negara.

Gerakan menggulingkan kerajaan yang sah secara demokrasi adalah salah di bawah undang-undang SOSMA dibaca bersama Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan balas Lim Kit Siang disiar dalam laporan berita atas talian hari ini di The Malaysian Insider bertajuk 'Toppling PM not a crime if done constitutionally, DAP tells Zahid


Lim Kit Siang juga menegaskan bahawa tidak salah menjatuhkan Perdana Menteri
'Toppling the prime minister through constitutional means is not a crime, but part and parcel of parliamentary democracy' katanya.

Dalam kenyataan Lim juga beliau bertanya adakah Zahid memaksudkan Muhyiddin namun ia telah dinafikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sempoarna hari ini.

Dalam masa yang sama bekas wartawan penyokong kuat Tun Mahathir A.Kadir Jasin dalam tulisannya menamakan Ku Li antara sebagai tokoh dipercayai terlibat dalam konspirasi ini. Dan calon paling layak menjadi Perdana Menteri.

From the governing point of view, conceded Kadir, Razaleigh was perhaps the best candidate to rescue the economy because, despite his shortcomings and missteps in the past, he was highly experienced and knowledgeable in economic matters. "More than anything else it is the economy that needs mending and Razaleigh beats all other contenders in that aspect."


Kerana itu barangkali Ku Li dicalonkan oleh Lim Kit Siang untuk mengetuai PAC selain Timbalan PAC dari DAP Ahli Parlimen Kepong Tan See Giaw dan Naib Presiden UMNO DS Shafie Apdal.


Namun Ku Li menafikan komplot tersebut dalam satu kenyataan di The Star bertajuk 'Ku Li: I'm not involved in any plot to topple Government'


Nampaknya banyak teka teki sedang bermain di minda rakyat selain khabar angin bahawa Azmin juga pernah bertemu tokoh UMNO di London untuk menjatuhkan Najib dengan balasan pembebasan Anwar Ibrahim.

Apakah Azmin dan Ku Li tokoh terlibat sebalik konspirasi serangan untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri melalui undi tidak percaya ?

Apakah rancangan menjatuhkan Najib ini turut dibantu kuasa Barat seperti akhbar Wall Street Journal ?
Apakah ada lagi tokoh UMNO yang lain turut bersekongkol mahu menjadi PM dengan mudah melalui pintu.belakang hingga sanggup berpakat dengan pembangkang?

Baca sepenuh di Panglima Perang Siber

Selangor to fall to DAP

Posted: 15 Aug 2015 05:49 PM PDT

Scene of Malay stalls and homes being demolish will be a commopn sight in Selangor


Raja Petra Kamarudin

With Pakatan Rakyat dead, PAS split into two, Umno facing a serious internal conflict, and PKR neither here nor there, DAP can now make its move to add Selangor as the second state after Penang that it owns.

As what the DAP supporters have reminded us again and again over the last couple of years, DAP has managed to garner 85% to 90% of the Chinese support nationwide with MCA, MIC, Gerakan and PPP gasping for their lives. Another thing to note is that DAP seems to win every seat it contests and this impressive track record is not expected to change come the next general election.

Selangor has 56 state seats, half of which can be considered Chinese-majority seats. Hence DAP has the potential to win at least 28 of those seats. Therefore, if DAP were to contest 25 state seats in Selangor it can most likely win all of them.

The balance 31 seats can be given to PKR and GHB to share. Being new and yet untested, GHB can be given 11 seats to try out and PKR the balance 20.

However, while DAP can sweep the 25 seats it is contesting and decimate MCA and MIC in the process (with Gerakan and PPP probably not going to even waste their time contesting in Selangor just to get massacred), PKR and GHB would have to face PAS and Umno.

Therefore, for DAP it would be a no-contest in their 25 seats while in the 31 seats it would be four parties fighting for last place — PAS, Umno, PKR and GHB (there may even be a fifth party in that race but that is still being discussed).

It is expected that there is no way for PAS, Umno, PKR and GHB to win more than ten seats per party. I mean you cannot divide 31 by four and get more than ten per party. PKR and Umno might win ten seats each leaving the balance 11 for PAS and GHB to share.

Read on MT here

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Surat Husam kepada Exco KELANTAN bakal berasap - MSO

Posted: 15 Aug 2015 05:38 PM PDT

Surat Husam kepada Exco bakal berasap

TERKINI

Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa (foto) telah menghantar surat kepada Exco Kelantan bagi menjawab tuduhan liar terhadapnya yang mendakwa beliau "makan" balak sekaligus menanyai beberapa persoalan yang bersifat pelik.
Surat Husam itu sudah tentu bakal menjadi satu keributan baharu di Kelantan dan membongkar satu lagi penyelewengan. Isu balak di Kelantan bukan sebesar isu 1MDB dialami Najib Razak, tetapi boleh membikin MB tidak nyenyak tidur.

Kenapa beliau berbuat begitu, mungkin sudah tidak tahan menanggung penghinaan dari mereka yang membencinya, yang malam siang menaburkan fitnah mentah untuk terus memburukkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Sehingga kini isi kandungan surat itu belum dilepaskan lagi. Namun ia dapat dikesan menerusi satu carta yang dilepaskan dalam laman twiternya hari ini.

Carta berkenaan dinamakan "Surat Husam Pada Exco" menimbulkan enam persoalan berhubung dengan dakwaan ke atasnya dan mendedahkan isu baharu di Kelantan yang belum tersembur.
Carta surat Husam dari twiternya.
Persoalan dibangkitkan ialah mengenai kelulusan kawasan balak kepada syarikat Baldah, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek pembinaan Lebuh Rakyat Rakyat Kelantan dimana beliau pernah menjadi pengerusinya sebelum kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz semua jawatan dipegang Husam berkaitan kerajaan dilucutkan oleh Menteri Besar Ahmad Yaakub.

Perkembangan semasa dalam syarikat itu yang mungkin tidak diteliti oleh pembuat fitnah menyebabkan fitnahnya tersasar kepada pihak lain. Pihak tertentu cuba mengaitkan Husam dengan kelulusan kawasan balak kepada Baldah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRRK).

Apa yang dapat difahami daripada carta berkenaan syarikat Baldah telah mendapat kelulusan untuk menebang balak di kawasan melibatkan pembinaan lebuh raya berkenaan bagi membiayai projek berkenaan. Lesen itu diluluskan pada 27 Januari 2015 dengan tempoh sahnya hingga April hingga Oktober 2015. No lesen ialah DT 01(P)-16-15Tahun 2015).

Yang menjadi persoalan ketika lesen itu diluluskan Husam tidak lagi menjadi Exco Kelantan. Beliau tidak disambung perkhidmatan dalam lantikan semula selepas pilihan raya umum Mei 2013. Secara absah beliau tidak ada kaitan dan kuasa meluluskan lesen berkenaan.

Serentak itu juga ekoran peralihan kepimpinan kedudukannya sebagai Pengerusi Baldah juga tidak disambung lagi. Yang menghairankan kenapa kelulusan itu terus dikaitan dengan dirinya? Inilah faktor kenapa Husam terpaksa mengutuskan surat kepada Exco memberi penjelasan dan meminta beberapa penjelasan mengejutkan. Tuduhan dan fitnah terhadap Husam itu tidak ubah seperti kerja menjolok sarang tebuan yang sarangnya melentang mentari.

Misalnya mengenai penyitaan 1,000 tan balak oleh Pejabat Perhutanan di kawasan lebuh raya berkenaan. Dari penjelasan itu balak yang dirampas itu adalah milik Baldah. Ini memelikkan? Mengapa Pejabat Perhutanan boleh menyita balak milik agensi kerajaan?

Daripada carta surat berkenaan beliau menimbulkan enam persoalan berkaitan perkara itu.

1. Siapa yang memilih kontraktor pembalakan itu dan siapa mendapat keuntungan (komisyen) daripadanya.
2. Apa terma dan kriteria dan apakah ia tender terbuka atau tertutup? Benarkah syarikat yang mendapat tander itu syarikat Lucky Wong?
3. Kenapa Pejabat Perhutanan menyita balak yang dikeluarkan kepada Baldah sebanyak 1,000 tan?
4. Apakah Baldah yang membuat laporan berhubungan kegiatan pembalakan haram berhampiran dengan kawasan miliknya. Kalau ada, apakah laporan polis atau laporan ke Pejabat Perhutanan? Jika tidak kenapa?
5. Adakah pengerusi Baldah mengetahui siapa bertanggungjawab melakukan pembalakan haram berhampiran kawasannya? Jika tidak mengapa?
6. Adakan kawasan R n R yang direzebkan untuk lebuh raya itu juga hutannya ditebas tebang.

Enam persoalan dibangkitkan Husam itu perlu dijawab dan diberi penjelasan oleh Exco khasnya Menteri Besar Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah yang dianggap zuhud dan sangat adil dalam pemerintahannya.

Sudah pasti rakyat Kelantan ingin mengetahui kedudukan perkara itu. Bagi Husam pula beliau mahu membersihkan dirinya dari segala sangka buruk yang diterimanya tidak habis-habis selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekiranya apa dibangkitkan oleh Husam itu belum ada dalam pengetahuan kerajaan negeri ia hendaklah disiasat secara serius dan tindakan kepada mereka terlibat hendaklah diambil. Jangan bersikap berat sebelah dan pilih kasih. Mereka yang memfitnah Husam juga perlu bertaubat.

Sehubungan itu juga mana-mana pihak di Kelantan, sama ada parti, badan NGO perlu membuat laporan kepada SPRM agar menyiasat apa yang dipersoalkan Husam itu. Mereka bertanggungjawab "mentankedarah" harta rakyat wajib dihukum. Saya percaya sikap dan amalan bekas MB sebelum ini yang sedia disiasat diteruskan oleh MB kini. [wm.kl.11:07 am 13/08/15]


 

Najib pacu negara menuju kehancuran, segera selamatkan Malaysia – Anwar

Posted: 15 Aug 2015 05:25 PM PDT

Najib pacu negara menuju kehancuran, segera selamatkan Malaysia – Anwar

KUALA LUMPUR OGOS: Malaysia perlu diselamatkan segera sebelum 'hancur' di tangan Najib Razak dan pentadbirannya yang lebih mementingkan masa depan politik berbanding masa depan negara, kata saudara Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) bagai tidak mampu atau tidak mahu mengambil tindakan tegas dan pantas ketika Malaysia di dalam krisis ekonomi dan politik.

"Dakwaan berat terhadap Perdana Menteri di dalam skandal kewangan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah ditambah dengan kejadian-kejadian terkini, termasuk pemecatan Peguam Negara dan gangguan yang jelas terhadap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
anwar1"Akibatnya nilai mata wang ringgit telah merudum ke tahap yang amat rendah dan keyakinan pelabur terus hilang dan ini akan mendatangkan kesan amat buruk terhadap kehidupan rakyat," kata Anwar dalam perutusan yang disampaikan melalui peguamnya,

Beliau juga mengingatkan Najib dan pentadbirannya mengenai jasa pejuang terdahulu yang perlu dihargai dalam membina kemakmuran negara.

"Sejak merdeka malah sebelumnya lagi, begitu ramai rakyat patriot yang telah berkorban demi membina, mempertahan dan memakmurkan negara ini, termasuk angkatan tentera dan pasukan polis.

"Adakah begini caranya Datuk Seri Najib dan konco-konconya membayar balik hutang budi itu?
Dengan memacu negara menuju tebing kehancuran?" kata Anwar.

Tegas beliau, dengan tidak memberi penjelasan dan tidak mengambil tindakan pantas, seluruh kabinet dan BN terlibat bertanggungjawab di atas krisis ini.

"Namun Datuk Seri Najib dan pentadbiran beliau kelihatan lebih mementingkan masa depan politik diri mereka sendiri berbanding masa depan negara," kata Anwar.

Justeru, beliau menggesa semua parti dan pemimpin politik, dan para wakil rakyat, mengetepikan perbezaan, ketengahkan kepentingan negara dan rakyat serta ketepikan lain-lain perkiraan.

"Dengan keberanian dan ketegasan, kita masih mampu mengatasi krisis ini, dan memulakan proses reformasi, mengembalikan demokrasi, dan menyelamatkan Malaysia.

"Tapi kita tak punyai banyak masa, kita mesti bertindak segera!" seru Anwar dari dalam Penjara Sungai Buloh.

Negara dalam ‘darurat’, Mat Sabu ajak rakyat turun Bersih 4

Posted: 15 Aug 2015 05:20 PM PDT

Negara dalam 'darurat', Mat Sabu ajak rakyat turun Bersih 4

(Oleh Ermizi Muhamad)
PETALING JAYA 15 OGOS: Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat turun ke Himpunan Bersih 4 hujung bulan ini dengan matlamat menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman kezaliman kerajaan Barisan Nasional.
Jelasnya, sokongan rakyat diperlukan bagi menyatakan bantahan terhadap kegagalan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
mat_sabu"Kita harap seluruh rakyat dapat turun seramai mungkin dalam himpunan kali ini kerana negara kita ini sudah berada dalam keadaan paling 'darurat'.
"Darurat ekonomi, darurat rasuah, darurat penyalahgunaan kuasa, darurat penyelewengan ini perlu dihentikan.
"Rakyat perlu bersatu untuk perbetulkan keadaan ini melalui protes himpunan bantah secara aman terhadap pemerintahan Najib," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Bersih 4 di Dewan Sivik MBPJ malam tadi.
Ditanya mengenai sokongan GHB, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, gerakan itu turut memberikan sokongan penuh terhadap himpunan tersebut.
"Kami dari awal menyatakan komitmen kami untuk terus berkempen bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi kami akan gerakkan penyokong GHB di seluruh negara untuk turut serta," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67441

Bersih 4 manifestasi rakyat tolak Najib

Posted: 15 Aug 2015 05:18 PM PDT

Bersih 4 manifestasi rakyat tolak Najib

(Oleh Ermizi Muhamad)
PETALING JAYA 15 OGOS: Himpunan Bersih 4 hujung bulan ini diadakan sebagai simbolik penolakan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah menegaskan, protes aman itu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan, tetapi platform kepada rakyat menyatakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri serta bantahan kepada sistem politik pemerintah.
bersih-demo"Rakyat sudah hilang keyakinan kepada Najib tetapi Parlimen masih belum mengadakan mesyuarat tergempar untuk menentukan sama ada Najib masih menerima kepercayaan kebanyakan Ahli Parlimen.
"Parlimen kita sudah gagal, di bawah seorang Speaker yang tidak dipilih rakyat.
"Bersih 4 akan menjadi manifestasi undi tidak percaya ke atas Najib.
"Protes ini akan menjadi suara seluruh rakyat untuk mengukuhkan lagi sistem demokrasi berparlimen di negara ini," kata Maria.
Beliau berucap pada majlis pelancaran himpunan itu yang dirancang selama 34 jam tanpa henti, bermula 29 Ogos ini, di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi.
Sambung Maria, rakyat juga menuntut sistem politik dan kepimpinan yang bersih serta bebas rasuah.
grafik tuntutan"Kalau politik ini sistemnya masih tidak bersih, ia tidak akan selesaikan apa-apa pun.
"Muhyiddin (Yassin) atau Zahid (Hamidi) sekalipun yang ganti Najib, kalau masih korup dan tamak, semua skandal lain tidak akan dapat diatasi," katanya merujuk penyelewengan kerajaan antaranya skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan NFC (Pusat Fidlot Nasional.
Masih bertemakan kuning, perhimpunan itu akan berlangsung serentak di Kuala Lumpur dan beberapa bandar termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Pahang, Johor serta lebih 20 bandar di luar negara.
Empat tuntutan Bersih 2.0 dalam himpunan ini adalah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.
Selain itu, 10 pembaharuan antaranya termasuk institusi pilihan raya, institusi Parlimen, menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan berperlembagaan yang menjawab kepada Parlimen dan menghalang Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.
Oleh itu, Maria menyeru rakyat menyertai himpunan ini bagi melakukan pembaharuan terhadap institusi negara dan menamatkan rasuah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67432

Ust Ahmad Awang Dilantik Penasihat Umum Harapan Baru

Posted: 15 Aug 2015 05:15 PM PDT

Ust Ahmad Awang Dilantik Penasihat Umum Harapan Baru



Greeenboc





Ketua Ittihad Ulamak Cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Awang dilantik sebagai Penasihat Umum Harapan Baru (GHB).

Perkara tersebut diumumkan pada sidang media selepas majlis perasmian sempena program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI15) anjuran GHB hari ini.

Ustaz Ahmad Awang sebelum itu diundang merasmikan NUNJI15 yang berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), hari ini.

Dalam ucapannya, Ustaz Ahmad Awang berkata, NUNJI15 yang mengangkat konsep "Rahmatan Lil Alamin" sebagai tema, diharapkan dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

Menurut beliau, para peserta diberi peluang untuk mendengar dan berdialog dengan para pembentang yang berwibawa dalam bidang masing-masing serta tokoh yang dikenali masyarakat.

"Kehadiran Nadwah ini tepat pada masanya untuk para peserta menghadam tajuk-tajuk besar yang berkaitan dengan Islam dan kenegaraan.

"Perbahasan dan perincian tajuk besar ini mempunyai implikasi terhadap bagaimana para pengamal politik Islam khususnya berfikir dan menterjemahkan dalam gerak kerja dalam menyampaikan mesej Islam dalam kerangka sebuah negara," katanya.

Beliau turut mengharapkan nadwah ini dapat menyumbang kepada pembentukan satu formula kerangka fiqh tempatan yang bersifat majmuk dan rencam pemikirannya.

"Fiqh Malaysia atau Fiqh Malayzi adalah sumbangan besar Malaysia ke alam Islam dan dunia dengan menjadikan prinsip syariah sebagai panduan utama jalan formulasinya," katanya.

Ringgit merudum, Najib bertanggungjawab – Azmin Ali

Posted: 15 Aug 2015 08:25 AM PDT


Ringgit yang jatuh menjunam hanya boleh dihentikan sekiranya ada perubahan besar dalam kepimpinan negara, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini, yang mengatakan ia juga perlu bagi mengelakkan Malaysia daripada bencana politik dan ekonomi.
Timbalan presiden PKR itu juga mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "mempermainkan" rakyat apabila beliau menyalahkan "mainan dan spekulasi politik" negara yang menyebabkan ringgit makin susut berbanding dolar AS, sedangkan hakikatnya beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab.
"Kenyataan perdana menteri semalam yang 'mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara', jelas bertujuan menyalahkan pihak lain selain dirinya yang mengakibatkan krisis matawang.
"Tiada apa selain perubahan besar dalam kepimpinan dan kesaksamaan politik boleh menghentikan kejatuhan merudum itu serta memelihara kita dari ambang bencana negara," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.
Azmin hari ini berkata orang ramai tidak terpedaya dengan "grandstanding" Najib dan "sound bites" perhubungan awam beliau.
Ringgit dijangka terus lemah selagi ketidaktentuan politik berterusan, katanya.
Ringgit mencecah paras terendah 4.12 kepada dolar AS pagi ini selepas harga minyak mentah jatuh di bawah AS$42 (RM171) setong.
"Oleh itu, perdana menteri mesti berhenti berpura-pura mempamerkan seolah-olah keadaan berjalan seperti biasa dan beliau boleh terus memimpin negara keluar daripada keadaan huru-hara ini hanya dengan menyingkirkan timbalannya dan melantik menteri baru bagi menunjukkan sokongan yang dimilikinya," katanya.
Azmin merujuk kepada tindakan Najib baru-baru ini yang merombak Kabinetnya dengan menggugurkan mereka yang mengkritik cara beliau mengendalikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Najib juga merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Azmin berkata Najib gagal membersihkan dirinya dari skandal kewangan 1MDB yang melibatkan hutang sebanyak RM42 bilion, khususnya wang RM2.6 bilion dalam akaun beliau yang dikatakan sumbangan penderma politik, serta kesannya terhadap negara.
Beliau berkata, memang wujud faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan ringgit, seperti penurunan harga minyak, kemungkinan kenaikan kadar faedah AS dan susut nilai yuan China.
"Tetapi faktor-faktor ini memberi kesan kepada mata wang lain di rantau ini juga. Persoalannya ialah, mengapa ringgit kita yang paling teruk antara semua mata wang utama serantau?" soal Azmin.
Katanya, tindakan baru-baru ini seperti pembubaran anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hasil rombakan Kabinet, dan halangan yang jelas terhadap penyiasat anti-rasuah yang menyiasat syarikat berkaitan 1MDB, juga menampakkan seolah-olah ada pakatan sulit dan konspirasi dalam kerajaan, yang memburukkan lagi persepsi negatif terhadap kepimpinan negara.

BERSIH 4.0 huru-hara: Mahfuz tolak ‘nasihat’ Hadi

Posted: 15 Aug 2015 08:18 AM PDT


Mahfuz Omar menolak demonstrasi aman akan jadi ganas dan memalukan negara sebagaimana diungkapkan Presiden Pas Hadi Awang baru-baru ini.
"Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," Hadi dipetik sebagai berkata.
Namun Mahfuz dalam kenyataan medianya tidak menganggap demikian:
1.Tidak wajar untuk mana-mana pihak merasai bimbang dengan demonstrasi Bersih 4.0. Sudah 3 kali demonstrasi Bersih diadakan sebelum ini disamping demonstrasi yang lain.Tiada pun dalam agenda penganjur untuk menimbulkan huru hara.Apa yang berlaku ialah keengganan pihak berkuasa khususnya Polis memberikan kebenaran dan kerjasama pada penganjur dan peserta.
2.Saya masih ingat bagaimana perkataan Bersih diharamkan dan baju kuning juga diharamkan. Ini merupakan provokasi awal pihak berkuasa menyekat kebebasan berhimpun.Ada perhimpunan yang dibuat di dalam Stadium Merdeka yang berjalan dengan lancar. Ada yang dibuat dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad berlangsung dengan aman.Tidak dinafikan ada yang berlaku kekecohan akibat provokasi dan tindakan pihak berkuasa bertindak memukul dan menembak gas pemedih mata serta memancutkan air kimia melemahkan peserta.Sudah tentu bila berlaku tindakan keterlaluan seperti itu maka berlaku kekecohan tetapi bukan huru hara yang dirancang.
3.Demonstrasi di lebuhraya kesas bukan kerana peserta nak adakan demonstrasi di lebuhraya, tetapi tindakan bodoh pihak polis yang tidak membenarkan peserta keluar dari tol untuk menuju kejalan kebun tempat sebenar perhimpunan.Saya masih ingat kerana ketika itu saya bersama dengan Allayarham Dato'Ust Fadzil Noor, bekas Presiden Pas turut menyertai perhimpunan yang sepatutnya diadakan dijalan kebun terpaksa bertempiaran lari kerana dikejar polis dengan gas pemedih mata dan air kimia.
4.Demonstrasi kriket Israel menyaksikan hampir seratus orang yang ditahan termasuk saya dan Salahudin serta Haji Amjal yang didapati bersalah dan merengkok dalam penjara selama sebulan kerana kami enggan membayar hukuman denda yang dijatukan keatas kami. Kami berpegang bahawa himpunan kami adalah himpunan aman dan hanya inginkan Kerajaan Malaysia mengusir penyertaan pasukan kriket dari negara Haram Israel.Tiada tujuan untuk huru harakan negara.
5.Berlaku penangkapan yang brutal terhadap pimpinan politik dan Ngo.Datuk Seri Anwar Ibrahim,Dato'Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang,Hj Mohammad Sabu,Salahudin Ayob dan saya sendiri serta ramai lagi dalam himpunan bersih 3.0.Ada yang mati kerana sesak nafas akibat terhidu gas.Saya dan Salahudin Ayob menyaman kerajaan Malaysia dan PDRM kerana melakukan tangkapan yang salah dan akhirnya kami menang.
6.Tak wajar untuk mana mana pihak melihat dan mengaitkan demonstrasi untuk huru harakan negara,dan lebih lebih lagi melihat demonstrasi untuk gulingkan kerajaan.Demonstrasi hanya menuntut sesuatu dari pihak yang berkuasa,bukannya salah pun.Nak tuntut piliharaya yang bersih tak kan salah kut.Nak tuntut Najib letak jawatan ganti dengan orang lain yang juga dari Umno dan Bn itu bukan guling kerajaan namanya.Peserta demonstrasi tak bawa senjata api untuk rampas kuasa tawan istana Negara atau Parlimen Malaysia.Yang bawa senjata anggota keselamatan PDRM.Memang tak terguling kerajaan dengan demonstrasi.Najib pun tak kan terguling, kecuali Najib sendiri nak berguling.
7.Terima kasih Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Nor Rashid Ibrahim yang beri jaminan Polis hanya akan bertindak jika perhimpunan Bersih 4.0 cuba jatuhkan kerajaan melalui jalan yang tidak dibenarkan.saya menyakini perhimpunan Bersih 4.0 untuk tuntut piliharaya yang bersih untuk tujuan sebarang perubahan kerajaan mesti melalui proses demokrasi piliharaya.
8.Terima kasih sahabat saya Datuk Nur Jazlan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan tiada masalah dengan demo Bersih jika berlangsung dengan aman.Sememangnya perhimpunan Bersih adalah perhimpunan aman.Saya menyeru peserta Bersih 4.0 dan anggota keselamatan Polis dan tentera mari bersama kita menjaga keamanan negara.Pastikan BERSIH 4.0 aman tanpa provokasi dan gangguan.
9.Jadi Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ayuh kita bersama walaupun seketika pada 29 dan 30 Ogos untuk menunjukkan kesetiaan,kecintaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia tercinta dalam BERSIH 4.0
Dato' Mahfuz Hj Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

Mat Sabu: Bila Gerakan Harapan Baru, DAP, PKR & NGO Bersatu Tenaga, Barisan Nasional Out-U-Go

Posted: 14 Aug 2015 10:09 PM PDT

Parti baharu dilancar sebelum 31 Ogos terbuka pada bukan Islam, kata GHB

Posted: 14 Aug 2015 09:42 PM PDT

Parti baharu dilancar sebelum 31 Ogos terbuka pada bukan Islam, kata GHB

Mujahid Yusof Rawa (dua dari kiri) bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini, yang turut disertai ahli jawatankuasa pusat Gerakan Harapan Baru Salahuddin Ayub (kiri) dan Ahmad Awang (kanan). – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.Mujahid Yusof Rawa (dua dari kiri) bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini, yang turut disertai ahli jawatankuasa pusat Gerakan Harapan Baru Salahuddin Ayub (kiri) dan Ahmad Awang (kanan). – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.Parti baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dilancarkan sebelum sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini, dibuka kepada bukan Islam untuk menyertainya.
Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin berkata, sebahagian besar ahli kumpulan ditubuhkan pemimpin progresif PAS itu akan menyertai parti baharu yang masih belum diputuskan namanya itu.
"Ia juga dibuka pada bukan Islam, tapi kami kekalkan dasar Islam. Tentang nama, kita tunggu satu sidang akhbar akan dipanggil."Terpulang nanti sekiranya ada di antara kami yang ingin ataupun ada pandangan GHB perlu kekal sebagai NGO, tapi yang pastinya sebahagian kami akan menyertai parti baharu itu," katanya pada sidang di Shah Alam, hari ini.

Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu berkata, penubuhan parti baharu itu akan turut menjadi pelengkap kepada Pakatan Rakyat baharu sebagai persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.
"Itu lebih mudah untuk kita buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali Pakatan Rakyat," katanya. – 15 Ogos, 2015.
MENYUSUL LAGI   TMI

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dana Asing RM2.6b: Menteri Umno enggan ulas dakwaan S'wak Report

Posted: 15 Aug 2015 09:16 PM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak enggan mengulas dakwaan Sarawak Report bahawa sebahagian besar wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13 telah dipindahkan ke luar negara.

Salleh berkata ini kerana laman web pembocor maklumat itu didakwanya mempunyai agenda tersembunyi mereka sendiri dan dakwaan mereka berdasarkan kononnya dokumen yang diganggu.

"Saya tidak mahu komen kerana bagi saya, Sarawak Report mempunyai motif dan ia terbukti bahawa beberapa dokumen pada mereka telah diganggu.

"Bagaimana boleh saya komen berkaitan dokumen yang telah diganggu?" katanya dalam sidang media selepas majlis 'Kayuhan Sehati Sejiwa' di Kuala Lumpur hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Reformasi dana politik cubaan alih isu RM2.6 bilion Najib, kata ahli panel SPRM

Posted: 15 Aug 2015 06:50 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak (tengah) mengumumkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti undang-undang mengawal dana politik, Jumaat lalu. – Gambar AFP, 16 Ogos, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak (tengah) mengumumkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti undang-undang mengawal dana politik, Jumaat lalu.

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai pembiayaan politik (JKNMPP) dilihat majoriti rakyat Malaysia cubaan mengalihkan perhatian daripada dana RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya, kata panel jawatankuasa membasmi rasuah.
Ahli Panel Semakan Operasi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Chee Wee berkata, kebiasaannya, pengumuman seperti itu amat dialu-alukan.
"Namun luar biasanya, dengan keadaan yang membuatkan Najib membuatkan pengumuman, rakyat Malaysia kebanyakannya melihat tindakan yang tidak ikhlas," katanya, kepada The Malaysian Insider.

Lim (gambar, kanan), bekas presiden Majlis Peguam berkata, langkah kritikal perlu didedahkan Najib kepada penguatkuasa undang-undang dan orang ramai, dana dan perbelanjaannya. "Rakyat sinikal dan penjelasan diperlukan," katanya.
Najib pada Jumaat berkata, langkah penubuhan jawatankuasa itu akan membantu rancangan bagi memastikan ketelusan terhadap dana parti pemerintah.
Beliau berkata, walaupun perkara itu pernah dibangkitkannya, sejak 2009 lalu, namun ia tidak mendapat sambutan.
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa Najib menjelaskan baki derma RM2.6 bilion.
Beliau berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.
"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.
"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu pada Jumaat.
Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.
"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.
"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib.

Undang-undang tanpa kesaksamaan seksa pembaharuan dana politik, kata penganalisis

Posted: 15 Aug 2015 06:48 PM PDT

Pengkritik berkata walaupun wujud undang-undang menetapkan sebuah parti politik hanya boleh membelanjakan RM200,000 untuk berkempen, pendedahan mengenai derma politik RM2.6 bilion salam akaun Datuk Seri Najib Razak masih tidak disiasat Suruhanjaya Pilihan Raya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015. 
Pengkritik berkata walaupun wujud undang-undang menetapkan sebuah parti politik hanya boleh membelanjakan RM200,000 untuk berkempen, pendedahan mengenai derma politik RM2.6 bilion salam akaun Datuk Seri Najib Razak masih tidak disiasat Suruhanjaya Pilihan Raya. 

Undang-undang baharu mengenai dana politik tidak bermakna tanpa integriti dan kebebasan dalam menguatkuasakannya, kata penganalisis yang ragu-ragu pentadbiran sedia ada benar-benar jujur mengubah cara parti itu beroperasi. Malah, aktivis anti rasuah seperti Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berterus-terang dulu mengenai RM2.6 bilion pada derma politik yang diterima bagi membuktikan beliau serius mengenai pembaharuan dana politik.
Pada masa sama, Dr Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik yang terlibat dalam perubahan pilihan raya berkata, dengan hanya mengadakan undang-undang itu untuk menangani derma politik tidak akan benar-benar menyelesaikan masalah wang yang mempengaruhi polisi dan membuat keputusan.

Pengawalseliaan yang efektif untuk pembiayaan politik hanya berkesan apabila ia datang dalam satu pakej pembaharuan yang memberi manfaat kepada semua parti politik, membolehkan semua orang melihat ke mana wang tersebut disalurkan dan memberi kuasa kepada penyiasat mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut.Pakej, bukan pembaharuan sedikit demi sedikit
Dengan mengandaikan Putrajaya jujur dalam mengawal selia pembiayaan politik tersebut, Putrajaya perlu terlebih dulu serius dalam memastikan mana-mana parti mendapat akses yang sama rata kepada dana itu.
Wong (gambar, kiri), penganalisis dari Institut Pulau Pinang berkata pihak kerajaan juga perlu dibendung daripada menggunakan aset negeri seperti kakitangan awam, bangunan dan kenderaan dalam kempen pilihan raya.
Salah satu cara untuk memastikan akses yang sama rata adalah untuk mempunyai beberapa bentuk pembiayaan awam semasa pilihan raya dan memastikan mereka mempunyai akses kepada semua media, elektronik dan cetak.
Dalam negara demokrasi yang matang, parti politik layak mendapatkan dana awam jika sebelum ini, mereka berjaya mendapatkan bilangan minimum bagi semua undi, kata Wong.
"Begitu juga apabila tiada pilihan raya, wakil rakyat daripada semua pihak perlu mendapatkan jumlah sama bagi dana pembangunan kawasan mereka. Ini perlu dilakukan kepada kedua-dua parti, Barisan Nasional dan wakil pembangkang," kata Wong, yang mengetuai bahagian penyelidikan politik dan sosial Institut Pulau Pinang.
Pembiayaan awam akan membantu parti politik terus bertahan tanpa perlu bergantung kepada wang persendirian yang membawa pulangan.
Tidak wajar dengan hanya dengan mempunyai undang-undang jika ahli politik tidak bertanggungjawab dan bersikap terbuka tentang ke mana wang tersebut datang dan inilah sebabnya mengapa perlunya ada akta kebebasan maklumat, kata Wong.
"Ini supaya orang ramai boleh mengakses akaun sesuatu parti itu dan melihat di mana mereka mendapatkan wang mereka. Ia juga membantu dalam menyiasat pelanggaran dalam pembiayaan kempen.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Tampin lulus usul minta PM letak jawatan

Posted: 15 Aug 2015 05:25 PM PDT

Lulus usul minta PM letak jawatan
TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Usul berkenaan memutuskan: "Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila."

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bersih 4: Lu caya pada Najib?

Posted: 15 Aug 2015 04:52 PM PDT

Dr Wong Chin Huat

Kalau anda rasa Parlimen seharusnya meluluskan "usul undi tidak percaya" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kecewa dengan kelesuannya, maka anda harus menyertai Bersih 4 untuk memberitahu Najib dan Parlimen yang anda sudah hilang kepercayaan kepada beliau.
Demokrasi berparlimen vs Demokrasi berpresiden
Kebelakangan ini kita sering dengar ulasan pelbagai pihak yang seolah-olah memberikan gambaran "perhimpunan yang menuntut perdana menteri mengundurkan diri" itu sama seperti dengan "penggulingan kerajaan" dan seterusnya ini satu kesalahan kerana dianggap aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Mengapa Seksyen 124B menggunakan ungkapan "demokrasi berparlimen" yang khusus maknanya dan bukan ungkapan "demokrasi berperwakilan" yang umum maknanya? Sudah tentu ahli Parlimen tidak membabi buta meluluskan pindaan akta ini (Akta A1430) pada 2012, dan sudah tentu sebaliknya mereka memang arif dengan makna "demokrasi berparlimen" dan perbezaannya dengan "demokrasi berpresiden".
PM adalah pekerjaan mudah dipecat
Di bawah "demokrasi berpresiden", badan perundangan (Kongres) dan badan eksekutif (Presiden) dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya berasingan dengan tempoh khidmat yang bebas daripada sesama lain.
Kongres tidak boleh memecat presiden kecuali melalui proses "impeachment" yang hanya boleh dimulakan jika presiden melakukan kesalahan sangat besar.
Dalam erti ini, presiden adalah suatu pekerjaan yang terlindung daripada pemecatan sewenang-wenangnya.
Di bawah "demokrasi berparlimen", badan perundangan (Parlimen) dipilih secara langsung dan badan eksekutif (Jemaah Menteri) dipilih secara tidak langsung.
Ketua negara (bagi Malaysia, Yang di-Pertuan Agong) melantik ahli yang "mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen" sebagai perdana menteri.
Sungguhpun Parlimen mempunyai tempoh maksimum yang tetap, perdana menteri boleh membubarkan Parlimen pada bila-bila masa jika diperkenankan oleh ketua negara.
Sebaliknya, Parlimen juga boleh menjatuhkan perdana menteri pada bila-bila masa dengan meluluskan "usul undi tidak percaya" terhadap perdana menteri.
Jika ini berlaku, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan atau meminta kerestuan ketua negara untuk membubarkan Parlimen.
Berbanding dengan presiden, perdana menteri adalah pada teorinya sejenis pekerjaan yang mudah dipecat.
Kalau majikan biasa mungkin perlu memberikan notis sebulan atau 3 bulan sebelum memecat pekerjanya, Parlimen boleh memecat perdana menteri pada bila-bila masa saja apabila majoriti ahlinya sudah hilang kepercayaan kepadanya.
Demokrasi kuat jika perdana menteri senang dibuang kerja
Mudahnya untuk tukar perdana menteri dan risiko kerjaya yang tinggi bagi perdana menteri sebenarnya adalah kelebihan demokrasi berparlimen.
Ia memaksa perdana menteri dan kerajaan untuk lebih sensitif dengan kehendak rakyat.
Dalam masa krisis, sifat keanjalan ini memudahkan pertukaran pemimpin negara dan boleh elakkan kebuntuan politik yang berpanjangan.
Read More / Baca Lagi >>

Doa untuk Najib

Posted: 15 Aug 2015 04:48 PM PDT

Amin Iskandar

Semalam Datuk Seri Najib Razak menyertai ribuan umat Islam di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk menyertai majlis "Doa Untuk Malaysia" anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).
Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa menteri Kabinet hadir di majlis 'Doa Untuk Malaysia' di Dataran Merdeka malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015. Ketua Pengarah Jasa Datuk Puad Zarkashi memberitahu Bernama, objektif penganjuran program itu kerana negara kerap diuji bencana, antara lainnya, serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 serta tragedi pesawat MH17, serta musibah banjir yang melanda beberapa negeri hujung tahun lepas.
Semua bencana ini berlaku sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Secara tidak langsung sebenarnya, program di ibu kota malam tadi lebih kepada "Doa Untuk Najib" berbanding "Doa Untuk Malaysia".
Semuanya seperti tidak menjadi untuk Najib. Sudah macam-macam dilakukannya akhir-akhir ini untuk kekal berkuasa termasuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam rombakan Kabinet.
Skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) benar-benar menyusahkannya.
Lebih parah lagi isu "derma" RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya kini sudah menjadi lawak utama di kalangan rakyat di media sosial.
Masalah utama Najib ialah beliau tidak mampu mencengkam Umno. Walaupun sudah menyingkirkan Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet, kedua-duanya masih memegang jawatan tinggi parti.
Sebagai timbalan presiden dan naib presiden, Muhyiddin dan Shafie terus-menerus mendapat platform untuk bercakap di mesyuarat bahagian Umno dan menyuarakan kritikan terhadap Najib dan 1MDB.
Nada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terhadapnya juga semakin berbeza.
Kenyataan dikeluarkan menteri belia dan sukan itu akhir-akhir ini lebih mirip kepada kenyataan Muhyiddin dan Shafie berbanding Najib.
Suara Najib dalam kerajaan juga sudah tidak begitu "kuat" apabila terpaksa memulangkan kembali dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memindahkan mereka ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Usaha gulingkan BN
Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mendedahkan, terdapat pemimpin Umno yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

Salleh: Dr M also took Arab donations

Posted: 15 Aug 2015 04:42 PM PDT

Communications and Multimedia minister describes how former premier funded International Islamic University
Salleh-Said-Keruak,-mahathir,donations
KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad had also sought and received help from Arab countries during his 22 years as prime minister, said communications and multimedia minister Salleh Said Keruak today.
It was not true to say that Dr Mahathir never sought and received help from the Arabs, he said in a blog posting.
"In fact, Dr Mahathir not only sought and received help from the Arab countries but he did so from a number of Arab countries," he wrote.
Salleh was making a veiled reference to reports of a deposit of RM2.6 billion in prime minister Najib Razak's private bank accounts in 2013, which Najib described as a donation. It was later said to be from a Middle Eastern source, after news reports linked the money to funds of companies associated with the troubled government investment arm 1Malaysia Development Bhd.
Salleh said that when Dr Mahathir wanted to set up the International Islamic University more than 30 years ago, the cost was estimated to be at least RM1 billion or so, especially to develop the campus on the 700-acre (283.3 hectare) site in Gombak.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin: Sort out 1MDB to save ringgit

Posted: 15 Aug 2015 04:41 PM PDT

Political issues a cause of currency collapse, not just the dollar or falling oil prices, he says
Muhyiddin-Yassin,-1mdb,-ringgit
SEMPORNA: Umno deputy president Muhyiddin Yassin has urged that issues surrounding 1Malaysia Development Bhd be resolved in order to stabilise the falling ringgit.
He said instability would leave foreign investors afraid to invest in Malaysia.
"The reason for the ringgit's collapse was not just because of the increasing value of the US dollar or falling oil prices, he said, but because of political issues.
"1MDB has its impact on us. Malaysia is a good place to invest but the investors don't want to," he said when addressing about 2,000 Semporna Umno members at their divisional meeting.
He acknowledged that several factors affected the dropping value of the ringgit but he focused on the 1MDB scandal as a key factor.
Muhyiddin's reasoning runs counter to that of Najib on Tuesday, in which he said four factors were behind the weakening ringgit, which has fallen to RM4 to one US dollar.
Najib said the reasons were excessive politicking, speculation by certain quarters, China's devaluation of the yuan, an anticipated increase in interest rates in the US, and the fall in commodity prices.

Political funding panel ‘a charade’ with Idris leaving

Posted: 15 Aug 2015 04:39 PM PDT

Kit Siang ridicules Najib's one-year plan, says Idris Jala's term expires in two weeks
Idris-Jala,-Lim-Kit-Siang,-najib
MUAR: Lim Kit Siang has ridiculed the federal government's consultative committee on political funding, calling it a charade in view of the expiry of Idris Jala's term as senator in two weeks.
Lim said that on Sept 1, Idris would reach the end of the maximum two terms as Senator. This would disqualify him from continuing as a member of Najib Razak's cabinet.
Najib, the prime minister, has given the National Consultative Committee on Political Funding a year to come up with guidelines on the matter.
Lim said: "It is a total charade to give Malaysians the impression that Jala will be both Minister and deputy chairman of this National Consultative Council for the next 12 months when Jala will cease to be a Minister in two weeks' time."
The committee is headed by former Transparency International Malaysia chairman Paul Low, who is a minister in the prime minister's department, as is Idris.
It will comprise members of political parties and societies, and youths, to formulate guidelines on political funding with the aim of ensuring that funds are sourced with integrity.
The Najib proposal for the consultative committee arose after controversy over a reported US$700 million deposit in his private banking accounts in March 2013, with speculation that the money was a slush fund for the general election in May that year. The money, initially reported to be linked to the troubled government investment arm 1Malaysia Development Bhd, was later described as a donation from Middle Eastern sources.
Read More / Baca Lagi >>

Kadir: Ku Li could very well be ahead to replace Najib

Posted: 15 Aug 2015 04:38 PM PDT

"Depending on which source you get your information from and who is making the analysis, the front-runner keeps changing."
Kadir-Jasin,-Muhyiddin-Yassin,-Razaleigh,-Zahid-Hamidi
KUALA LUMPUR: A former veteran newsman believes that the only thing certain at this point in time is that the country needs a new leader. Beyond that, he added, it's anybody's guess who will replace Prime Minister Najib Abdul Razak.
"Depending on which source you get your information from and who is making the analysis, the front-runner keeps changing."
However, it appears, that "the old fox is having the upper hand over the chicken". Former New Straits Times Group Editor- in- Chief Kadir Jasin said that he got this information from former Deputy Prime Minister Musa Hitam last Friday at Sime Darby's open house. "He told me, in front of one or two staunchest supporters of the Prime Minister, that the plot has changed yet again."
Besides sacked Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, according to Kadir, another possibility is former Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah. "The veteran Umno leader and the MP for Gua Musang could very well be ahead in the race to replace Najib."
Ironically, he said, Razaleigh was also Najib's earliest mentor in Petronas, and has been actively putting together a coalition of MPs from both sides of the House with the hope of democratically ousting him. If he succeeds, said Kadir, he stands out as the most likely successor to Najib and, would introduce a whole new equation to contemporary Malaysian politics i.e. the formation of a national unity government in which Umno could be in the minority.
However, he noted, that despite widespread speculation that Razaleigh has received the blessing of former Prime Minister Mahathir Mohamad, he faces an uphill task to coax at least half of the 222 members of the Dewan Rakyat to join him.
The Opposition was badly fractured following the ouster of the non-religious faction from PAS. "The clerical PAS may not be inclined to join Razaleigh but the professionals who now called themselves Gerakan Harapan Baru may break ranks and side with the Kelantan prince."
Read More / Baca Lagi >>

Dana politik: Ketelusan kunci basmi rasuah

Posted: 15 Aug 2015 04:37 PM PDT

Johan Jaafar
SHAH ALAM - Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan langkah tegas yang diperlihatkan oleh kerajaan untuk memantau dana politik.

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar percaya tindakan untuk mengawal selia pembiayaan politik melalui pembaharuan dan undang-undang yang diperlukan adalah satu langkah yang penting dan tepat pada masanya.

Katanya, ketelusan dalam pembiayaan politik adalah kunci untuk membasmi rasuah politik.

"Orang ramai sentiasa menuntut ketelusan dalam bidang ini kerana wujud persepsi mengenai cara parti politik dan kempen pilihan raya dibiayai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Johan juga memuji langkah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengemukakan idea ini dan pada masa yang sama mencadangkan agar SPRM memainkan peranan penting dalam membantu kedua-dua IIM dan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Melayu dan UMNO Najib.

Posted: 15 Aug 2015 04:34 PM PDT

Oleh Sakmongkol AK47
Kemelayuan Ismail Sabri Yaakob.
Ini isiu yang penting. Saya cuba huraikan dengan bahasa yang semudahnya. Jika ia melibatkan orang Melayu dalam UMNO sahaja, ia bukan hal saya.
Tapi ia melibatkan keseluruhan bangsa Melayu. Ada yang sokong UMNO, ada yang tidak sokong. Kita hormatilah perbezaan. ini bukan soal aqidah sehingga kita hendak berbunuhan sesama sendiri.

Sahabat saya ahli parlimen Bera, DS Ismail Sabri Yaakob baru2 ini mengistiharkan bahawa masa depan orang Melayu hanya dengan UMNO.Ini kenyataan yang menarik. Hanya di Malaysia masa depan sesuatu bangsa itu bergantung kepada parti politik. Ditempat lain, masa depan sesuatu kaum bergantung kepada kaum itu sendiri.
Tuhan pun ada menyebut Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dia tidak sebut sehinga mengubah UMNO atau kekal UMNO. Maka yang penting kita tanya, adakah mereka ada dalam diri mereka itu, himpunan nilai2 untuk membangun dan memajukan?
Terjemah kedalam politik, ia bererti sama ada mereka ada system nilai yang membentuk sebuah kerajaan yang didirikan diatas system perintah ikut hukum dikendalikan oleh yang terbaik dari kalangan kaum tersebut.Bila tuhan lantik Talut jadi raja dan pemimpin, kaum mereka protes. Meraka kata Talut tidak kaya dan bukan dari klik mereka.
Tuhan nyatakan 2 syarat penting ialah sihat tubuh badan dan kuat minda nya. Melihat kepada apa yang Najib lakukan hari ini, macam ada sedikit sakit mental. Hanya di Malaysia ianya lain. Bergantung mutlak kepada UMNO- sebuah parti politik. Tidak kira sama ada UMNO ada system nilai atau tidak, tidak kira pimpinan UMNO itu terbaik atau tidak dan tidak kira sama ada pimpinan UMNO itu korap atau tidak. Agak nya, atas semangat itulah maka dia keluar kenyataan mahu bina Low Yatt untuk Melayu. Peniaga Melayu , pembeli nya Melayu. Dia lupa bahawa master distributor dan principals semua Cina.
Ini suatu pandangan yang haibat. Cukup haibat. Saya sangat alu alukan bila pemimpin UMNO bercakap mengenai Melayu.
Elok juga pemimpn UMNO bercakap mengenai pasaraya untuk Melayu, kedai runcit untuk Melayu( mamak mydin pun tak boleh) kopi tiam untuk melayu.
Paling elok, bikin undang2 mengharam orang Melayu beli daripada kedai bukan Melayu. Namakan dasar ini, Jihad pengguna.
Atas nama keadilan, kalau kita dilarang beli dari kedai cina,larangan serupa mesti dikenakan keatas pekedai India. Haramkan makan nasi daun pisang.
Pemimpin UMNO bila bercakap memang bersemangat mengenai semua Melayu. Tapi bila melaksanakan dasar, rakan kongsi Cina belaka. Mereka bercakap mengenai perkara2 meMelayukan itu ini, sudah 45 tahun sejak 1970.
Read More / Baca Lagi >>

Lupakan media sosial, sertai Bersih 4, gesa Adam Adli

Posted: 15 Aug 2015 04:31 PM PDT

Adam Adli Abd Halim berkata perhimpunan Bersih 4 akan menjadi medan menunjukkan kekuatan anak muda dan bukan bertujuan menunjukkan keberanian mengambil bahagian dalam demonstrasi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 16 Ogos, 2015. 
 Adli Abd Halim berkata perhimpunan Bersih 4 akan menjadi medan menunjukkan kekuatan anak muda dan bukan bertujuan menunjukkan keberanian mengambil bahagian dalam demonstrasi.

Golongan anak muda hari ini boleh menggunakan media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan mereka ke atas isu yang tidak mendapat perhatian pihak berkuasa sama seperti berhimpun di jalanan, kata pelajar undang-undang dan aktivis Adam Adli Abd Halim menjelang perhimpunan Bersih 4 pada 29 Ogos ini. Katanya, demonstrasi bukan satu perkara yang negatif kerana ia terbukti membawa perubahan di seluruh dunia.
Bekas mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, demonstrasi merupakan amalan demokrasi untuk menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa apabila semua saluran lain dinafikan.

Adam berkata, media sosial merupakan platform terbaik bagi anak muda untuk menyuarakan pandangan mengenai keadaan negara pada ketika ini, namun rangkaian tersebut boleh ditutup pihak berkuasa dan menteri bertanggungjawab yang memilih untuk mengabaikan mesej disampaikan. "Pihak berkuasa boleh memilih tidak membaca apa yang disiarkan atau mereka juga boleh menghentam semula melalui media arus perdana.
"Tetapi apabila rakyat keluar berhimpun, ia sukar untuk dibendung dan dikekang.
"Saya benar-benar berharap anak muda akan mengambil peluang ini. Jika mereka tidak lalukannya, maka mereka tidak sepatutnya mengeluh apabila keadaan menjadi bertambah buruk... ini kerana apabila mereka diberi peluang bercakap, mereka tidak melakukannya," katanya kepada The Malaysian Insider di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Beliau berkata, Bersih 4 yang akan dianjurkan semalaman dari 29 Ogos hingga hari berikutnya di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, adalah satu platform untuk anak muda menyatakan pendirian mengenai isu yang memberi kesan kepada negara, walaupun mereka tidak mempunyai kepentingan dalam parti politik.
"Perhimpunan ini bukan mengenai parti atau menyokong mana-mana individu. Bagi mereka yang tidak menyatakan pendirian dalam perhimpunan sebelum ini, mereka perlu mengambil peluang ini. Ini masanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Derma' jenis apakah ini ??

Posted: 15 Aug 2015 04:21 PM PDT

Muhyiddin dah kata.. MANA PERGINYA BAKI 'derma' RM2.6 bilion itu ???

Mula2 akaun bank peribadi Najib Razak di M'sia, tup2 'derma' tu berpindah ke akaun bank di S'pore.. NAMPAK TAK !!!..

Siasat dalang gerakan guling kerajaan, kata Ismail Sabri

Posted: 15 Aug 2015 04:18 PM PDT

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri berkata jika benar dakwaan tentang gerakan yang cuba menggulingkan kerajaan, perbuatan mereka yang terlibat dengan gerakan itu bukan sahaja mengancam Umno malah keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015. 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri berkata jika benar dakwaan tentang gerakan yang cuba menggulingkan kerajaan, perbuatan mereka yang terlibat dengan gerakan itu bukan sahaja mengancam Umno malah keselamatan negara. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri menggesa pihak berkuasa menyiasat dengan teliti dan telus tentang gerakan yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata jika benar dakwaan itu, perbuatan mereka yang terlibat dengan gerakan itu bukan sahaja mengancam Umno malah keselamatan negara.
"Kalau apa yang disebut (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) itu benar, saya kira orang yang terlibat ini (iaitu ahli) dalam parti yang bersekongkol dengan pembangkang, ia perkara yang tidak boleh dimaafkan oleh parti.

"Apa yang dilakukan itu akan mengorbankan parti yang sudah pun dipilih secara demokratik oleh rakyat pada pilihan raya. Ini suatu pengkhianatan kepada parti," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelutong di George Town, hari ini. Beliau mengulas pendedahan Ahmad Zahid mengenai gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang hari ini, Zahid berkata rancangan itu dijalankan dengan cara  mendapatkan akuan bersumpah daripada Anggota Parlimen pembangkang serta cuba menarik Ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui "jalan belakang".
Read More / Baca Lagi >>

'Apa motif Muhyiddin soal baki dana RM2.6 bilion kepada umum?' - Salleh

Posted: 15 Aug 2015 04:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Apakah motif Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya tentang baki dana RM2.6 bilion kepada umum?

Itu pertanyaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak susulan tindakan yang dibuat bekas timbalan perdana menteri itu pada Jumaat.

Salleh berkata, Muhyiddin tidak perlu menghebahkan masalah dalaman parti kepada umum.

"Pada saya, tidak perlu Tan Sri Muhyiddin menghebahkan kepada umum kerana ia masalah dalaman parti.

"Beliau (Muhyiddin) adalah Timbalan Presiden parti. Beliau ada saluran untuk tanya soalan tersebut.

"Persoalannya, apakah motif untuk buat persoalan itu kepada umum, sedangkan kita mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah kita?" katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Majlis Doa Untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu.

Beliau berpandangan, sebarang persoalan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya perlu dibuat secara tertutup.

Salleh merujuk kepada kelantangan Muhyiddin membangkitkan persoalan yang perlu dijawab kepimpinan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Hishamuddin Rais: Saya Menghasut Rakyat Malaysia Untuk Melakukan Kebaikan

Posted: 15 Aug 2015 04:12 PM PDT

Isu 1MDB perlu selesai demi kredibiliti Umno, kata Hishammuddin

Posted: 15 Aug 2015 08:19 AM PDT

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara 1MDB akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015. 
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara 1MDB akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian.

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memastikan kredibiliti Umno tidak terjejas, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Justeru, katanya, biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara itu akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian.
"Yang penting bukan individu tetapi institusi (parti) itu sendiri. Dalam proses siasatan dan mencari keadilan, jangan ada pihak-pihak tidak berdosa menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Besar di Beseri, dekat Padang Besar, hari ini.

Menyentuh mengenai penerangan parti itu mengenai isu 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion dalam dana politik kepada ahli di peringkat umbi, beliau berkata mereka dapat menerima penjelasan parti berhubung isu tersebut. "Cuma janji kita pada ahli dan rakyat bahawa isu ini mesti diselesaikan dan siasatan terhadap 1MDB memakan masa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jaga ahli Umno sahaja tidak cukup untuk menang PRU14, kata Khairy

Posted: 15 Aug 2015 07:54 AM PDT

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata ahli parti perlu menerima hakikat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015. 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata ahli parti perlu menerima hakikat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini. 

Menjaga ahli Umno sahaja dan bergantung kepada kelemahan parti lawan tidak cukup untuk menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ahli parti perlu menerima hakikat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini.
"Menjaga ahli Umno sahaja tidak cukup atau mengharapkan kelemahan parti lawan untuk menang. Kita perlu kembali kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Padang Terap, di Kuala Nerang hari ini.

Justeru, katanya, kepimpinan parti perlu merangka strategi bagi memastikan anggota parti dan pengundi memberi kepercayaan kepada Umno dan BN untuk terus memerintah negara. Beliau berkata Umno dan BN tidak akan memperolehi kemenangan pada PRU14 sekiranya tidak mendapat sokongan daripada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Dana Asing: Dr Mahathir turut minta dan terima bantuan negara Arab, kata Salleh

Posted: 15 Aug 2015 07:50 AM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, mengatakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015. 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, mengatakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta dan menerima bantuan daripada negara Arab semasa kepimpinannya.
Lantaran itu, beliau berkata, mengatakan Dr Mahathir tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar.
"Hakikatnya Dr Mahathir tidak sahaja meminta tetapi turut menerima bantuan daripada sebilangan negara Arab," katanya dalam entri terbaru blog beliau.

Mohd Salleh berkata lebih 30 tahun lalu semasa Dr Mahathir berhasrat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), kerajaan dianggarkan menanggung sekurang-kurangnya RM1 bilion, terutamanya untuk membangunkan kampus di tapak seluas 283.3 hektar (700 ekar) di Gombak. "Mengambil pertimbangan faktor inflasi, apa yang bernilai RM1 bilion pada 1983 kini mencecah lebih RM10 bilion.
"Oleh itu, jika kita mahu melakukan perkara yang sama pada hari ini, apa yang akan kos RM1 bilion pada 1983 akan menelan kos berbilion-berbilion pada hari ini," katanya.
Mohd Salleh berkata bagi membiayai projek yang dianggap besar pada 1983, Dr Mahathir mendapatkan sokongan kewangan dari negara Timur Tengah dan 8 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), yang kini dikenali Pertubuhan Kerjasama Islam, bersetuju unutuk menaja penubuhan universiti berkenaan. – Bernama,

JKNMPP perlu teliti 22 cadangan TI-M

Posted: 15 Aug 2015 07:44 AM PDT

KM Penang kesal PM tak jawab isu RM2.6 bilion

Posted: 15 Aug 2015 07:42 AM PDT

Pentadbiran PAS Kelantan gagal teruskan corak kepimpinan Nik Aziz

Posted: 15 Aug 2015 07:16 AM PDT


Post Pic

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw mendakwa corak pentadbiran kerajaan negeri Kelantan tidak memenuhi hasrat serta kehendak rakyatnya kerana dilihat lebih menumpukan kepada agenda keagamaan berbanding keperluan umum.
 
Justeru tegas beliau, keadaan itu mewujudkan jurang perbezaan yang ketara dari sudut pentadbiran ketika di bawah kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Sebelum ini Allahyarham tok guru Nik Aziz telah melaksanakan pelbagai dasar yang dapat memenuhi hasrat atau kehendak semua lapisan masyarakat.
 
"Jadi beliau tidak menekankan kepada satu aspek sebab itu kalau kita lihat terdapat perbezaan yang ketara di antara zaman tuan guru Nik Aziz dan (pentadbiran) sekarang," katanya kepada Antarapos.
 
Menurut Hu, pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob tidak memberikan impak yang besar kepada rakyat.
 
"Kerana dalam barisan kepimpinan PAS yang dulu dan sekarang di mana ketika zaman tok guru Nik Aziz dan kepimpinan sekarang memang jauh berbeza.
 
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Samad sifatkan kenyataan Nik Abduh tak relevan

Posted: 15 Aug 2015 07:10 AM PDT

Post Pic
SHAH ALAM: Bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Khalid Samad tidak bersetuju sekiranya ahli yang masih memegang jawatan dalam parti untuk meletak jawatan walaupun tidak menyokong kepimpinan utamanya.
 
Ujarnya yang turut menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mempelawa mereka yang berkenaan untuk keluar parti adalah tidak relevan sama sekali. 
 
Sehubungan itu, kata Khalid, ada dua perkara berbeza yang perlu diteliti oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu sebelum mempelawa mana-mana pemegang jawatan dalam parti Islam itu yang sudah hilang keyakinan terhadap parti itu untuk letak jawatan. 
 
"Ini adalah dua perkara yang berbeza, itu soal keyakinan yang kedua ialah soal memenuhi amanah, dia bukan semestinya apabila dia memegang jawatan itu, dia ada keyakinan kepada pemimpin dan sebagainya.
 
"Maka dia perlu tunaikan amanah...bahkan ada keyakinan terhadap pemimpin juga tetapi tidak menunaikan amanah. Sebagai contoh, ada yang pegang jawatan...tetapi dia tidak menunaikan amanahnya...masuk Parlimen tidak berucap, dengar sahaja, itu pun dikira tidak menunaikan amanah juga walaupun dia ada keyakinan terhadap pemimpin, tetapi dia tidak menunaikan amanah," katanya kepada Antarapos.
Read More / Baca Lagi >>

GHB sambut baik usul tubuh j/kuasa dana politik

Posted: 15 Aug 2015 07:09 AM PDT

Post Pic

SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) menyambut baik usaha kerajaan yang mahu menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).
 
Bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata usaha itu bagaimanapun perlu dipercepatkan dan tidak boleh ditangguh lagi memandangkan pelbagai isu berkaitrapat dengan pembiayaan dana politik bagi menghadapi pilihan raya umum dibangkitkan oleh banyak pihak sejak akhir-akhir ini.
 
"Saya yakin semua parti-parti pembangkang akan bersetuju dan akan menyambut usul ini dengan baik. Ini adalah usaha-usaha yang sudah lama dinantikan penyelesaiannya," katanya kepada Antarapos ketika ditemui pada program seminar Ulamak 'Nadwah Ulamak Najdhah Jadidah 2015 2015 yang diadakan di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tadi.
 
Malah katanya, penubuhan jawatankuasa itu sekurang-kurangnya dapat membendung penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
"Ya ini sudah diketahui sebagai antara punca penyalahan gunaan kuasa, kronisme. Semua itu diperlukan maklum balas, kononnya dikatakan (sumbangan RM2.6bilion) itu sebagai derma.
 
"Ini sudah kita ketahui, dan ini juga perkara yang akan menjadikan segala kos projek-projek sama ada pembinaan itu tinggi melambung kerana orang yang mendapat projek itu mahu membayar kembali kepada penguasa politik," katanya.
 
Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik pula menyifatkan penubuhan jawatankuasa yang diumumkan oleh perdana menteri semalam sudah terlewat.
 
"Isunya penubuhan jawatankuasa ini sudah lewat, sepatutnya daripada awal, kalau kita hendak melaksanakan tata kelola kerajaan yang baik, isu yang utama adalah ketelusan.
 
"Dan apa yang terjadi dengan sumbangan derma RM2.6 bilion itu menujukkan ada kelompangan dalam undang-undang, sistem politik dan juga dalam pengurusan sistem tata kelola itu sendiri," katanya.
Read More / Baca Lagi >>