Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


1MDB SRC International - WANTED STILL WANTED?

Posted: 12 Aug 2015 07:58 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JADUAL BARU WANG DUNIA

Posted: 12 Aug 2015 09:16 PM PDT

Kanada dan Australia negara kaya pun kena?

Negara kuasa besar Russia juga kena?

Indonesia lebih 60%, patutlah Presiden Jokowi rombak Kabinet!

Kita di Malaysia, marilah berdoa supaya kemelut ekonomi global ini akan berakhir dengan segera. Aamiin.

SINGAPURA MELAPORKAN : SELURUH DUNIA TERKESAN GARA-GARA KEJATUHAN YUAN DAN SPEKULASI USD

Posted: 12 Aug 2015 06:58 PM PDT

SINGAPURA 12 Ogos – Harga minyak mentah menurun berikutan tindakan China membenarkan mata wangnya terus jatuh untuk hari kedua sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi global semasa.

China mempunyai jumlah pengguna dan pengeluar terbesar komoditi dan secara tradisinya yuan naik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bukannya menurun seperti yang berlaku ketika ini.
Mata wang yuan berbanding dolar AS menyaksikan kejatuhan terbesar dalam tempoh 20 tahun.

Morgan Stanley Dean Witter, syarikat perkhidmatan kewangan global menjangkakan kerajaan China campur tangan bagi merangsang pertumbuhan pengeluaran industri negara itu yang terus perlahan.

Katanya, beliau percaya kerajaan China akan terus melonggarkan dasar untuk menstabilkan kelembapan pertumbuhan permintaan agregat.

"Selain itu, kami turut merasakan kadar faedah pada akhir suku ketiga tahun ini akan diturunkan lagi," katanya.
Nilai yuan yang lebih rendah mengurangkan kuasa membeli rakyat China bagi produk import seperti minyak.
Niaga hadapan minyak mentah AS didagangkan pada AS$42.99 (RM173.38) setong sementara Brent didagangkan pada AS$48.92 (RM197.29) setong.

Sementara itu, menurut Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), ahlinya terus meningkatkan bekalan dan menaikkan unjuran bekalan minyak dari negara-negara bukan ahli pada tahun ini. – REUTERS

LONDON MELAPORKAN PASARAN SELURUH DUNIA MENJUNAM KERANA

Posted: 12 Aug 2015 06:43 PM PDT

LONDON 12 Ogos – Pasaran saham global menjunam untuk hari kedua hari ini, dengan pasaran saham, dolar dan mata wang pasaran baharu muncul kesemuanya berada di bawah tekanan selepas China mengekalkan langkah menurunkan nilai yuan.

Semalam, yuan mengalami kejatuhan terbesar dalam tempoh lebih dua dekad, selepas Bank Pusat China (PBC) menurunkan nilainya sebanyak dua peratus, tindakan yang disifatkan oleh kebanyakan penganalisis membawa kepada perang mata wang.

Kebimbangan tersebut ditambah dengan kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menaikkan kadar faedah bulan depan.
Di Jerman, pasaran saham negara itu mencatatkan rekod kejatuhan terbaharu sebanyak 0.29 peratus disebabkan kebimbangan para pelabur kemungkinan langkah kerajaan China itu akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Bursa saham Jerman GDAX dan Perancis CAC 40, masing-masing mengalami kejatuhan sebanyak 2.5 peratus, ketika yuan menjejaskan pasaran pengeluar kenderaan mewah dari negara itu dan Eropah. 

"Perkembangan ini disebabkan ketidaktentuan langkah-langkah yang diambil oleh Bank Pusat China, yang akan turut memberi kesan ke atas deflasi kepada rakan-rakan dagangan China. Syarikat-syarikat bergantung kepada perolehan daripada China akan melihat para pelabur menjauhkan diri untuk hari kedua," kata Ahli Strategi Kanan FXpro, Angus Campbell.

Sementara itu, bursa saham pan-Eropah, FTEU3 dan saham mewah zon Eropah, Euro STOXX 50, masing-masing mengalami kejatuhan 2.2 peratus dan 1.7 peratus pada sesi dagangan hari ini.

Di Britain, indeks FTSE 100 turun 1.8 peratus, sementara Wall Street dibuka satu peratus lebih rendah, manakala Dow Jones susut 1.2 peratus.

Di Asia, penurunan nilai yuan yang masuk hari kedua, mencetuskan suasana 'panik' dan menjejaskan pasaran serantau dari Australia hingga ke Singapura, manakala mata wang pasaran baharu muncul dari Indonesia ke Brazil turut lemah berikutan kebimbangan pelabur bank-bank pusat negara terbabit akan turut 'melemahkan' mata wang mereka sebagai tindak balas.

Mata wang dolar AS bagaimanapun gagal mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada keadaan tersebut apabila susut 0.5 peratus berbanding yen, sementara euro meningkat satu peratus di atas paras AS$1.11 buat kali pertama dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu, Ketua Pendapatan Tetap Asia Schroders, Rajeev De Mello berkata, pergerakan mata wang China akan menjejaskan aset berisiko seperti ekuiti dan komoditi.

Ujarnya, walaupun terlalu awal untuk mengatakan sama ada penurunan nilai yuan ini berkekalan, bank pusat yang lain mungkin terpaksa mengikut jejak yang boleh melemahkan mata wang negara masing-masing. – AGENSI

PONG TENG SIEW - RINGGIT & 14 NEGARA LAGI LEMAH KERANA RAMALAN USA NAIKKAN KADAR FAEDAH

Posted: 12 Aug 2015 06:35 PM PDT

Kelemahan semasa ringgit yang disumbang terutamanya oleh faktor luar termasuk kejatuhan harga komoditi dan kelembapan ekonomi China, adalah sementara, kata pakar.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, Malaysia sangat bergantung kepada komoditi termasuk minyak mentah dan pada akhirnya kejatuhan mendadak harga akan memberi kesan terhadap pendapatan kerajaan, sekali gus mendorong pelabur mengambil sikap berhati-hati. 
Ringgit hari ini ditutup pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS. 

"Pada awalnya, ia (kejatuhan ringgit) tidak lebih daripada disebabkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka menaikkan kadar faedah. 

Langkah itu memperkukuh dolar AS namun kita menjadi lemah berbanding mata wang lain. Kemudian harga komoditi pula merosot yang memberi lebih tekanan kepada unit tempatan," katanya. 

Mengenai langkah untuk mengekang kemerosotan ringgit, Teng Siew berkata: "Biarkan sahaja ia melemah, dan mungkin faktor eksport dalam ekonomi akan mendapat manfaat daripada lebihan dagangan yang lebih kukuh. Dalam jangka panjang akan wujud satu bentuk penstabilan."

Editor Serantau Oxford Business Group, Paulius Kuncinas berkata, walaupun halangan politik tempatan sedikit sebanyak menyumbang kepada penyusutan, situasi itu tidak membimbangkan.

"Kami tidak menjangka krisis besar-besaran. Situasi domestik mungkin menyebabkan kelembapan dan pembetulan kecil (di­sebabkan perkara itu), namun kita tidak harus terlalu bimbang mengenainya," kata beliau. 

Justeru kata beliau, situasi semasa adalah sementara dan ringgit akan kembali pulih apabila tiba masanya. 
"Ia akan didagangkan antara 3.80 dan 4.20 berbanding dolar AS tahun ini serta kembali pulih pada awal 2016," katanya.

Sementara itu, menurut seorang penganalisis yang mahu identitinya dirahsiakan, kelembapan mata wang lazimnya hanya dilihat dalam perspektif negatif dengan kesan terhadap komponen import termasuk makanan dan bahan binaan yang diterjemahkan kepada inflasi lebih tinggi.

"Akan tetapi, ada hikmah juga di sebaliknya walaupun tidaklah menyeluruh," katanya menambah bahawa dalam senario kes terburuk, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh melaksanakan dasar-dasar untuk mengawal situasi.

Bagaimanapun, beliau percaya keadaan tidak akan sampai ke tahap itu.

"Orang ramai pantas membuat perbandingan kemerosotan semasa ringgit dengan krisis kewangan 1997/98, namun mereka gagal mengenal pasti perbezaan asas-asas ekonomi yang kini jauh lebih baik," katanya. – BERNAMA

MALAYSIA NOT ALONE

Posted: 12 Aug 2015 11:45 AM PDT

Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar talk on devalued Ringgit and reason surrounding this devaluation.

The recovery of US economy. We've seen the reversal effect of the development to other countries. Many currencies were devalued badly, not Malaysian alone. When US Dollar recovered, there is propensity interest rate going to increase. After effect will be greater later to most developing countries.

Significant price drop of O&G and other commodities. We are net importer of O&G. When Oil drop, malaysia's economy was affected too.

Unsettle confidence among investors evolve around issue of 1MDB. How we handle the issue will help to restore their confidence. We r waiting the investigation result and look for a way forward to move on for our economy to regain momentum.

China economy is slowing down. Malaysia is major trading partner for China. This has effected both countries badly.





CURRENCY WAR: HANYA MAHFUZ TIDAK SETUJU GWL

Posted: 12 Aug 2015 11:14 AM PDT

Hari ini, mata wang Ringgit mencecah RM 4.00 untuk USD $1.00.

Apabila saya masuk ke dalam akaun Facebook dan Twitter saya, 9 daripada 10 post atau komen yang terpapar dalam akaun saya telah menghentam Kerajaan berkaitan nilai Ringgit.

Pendek kata, pemuda-pemuda yang menguasai media sosial hari ini telah menghantar komen seolah-olah tiada hari esok untuk Malaysia.

Dan hanya dalam tempoh sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia boleh berubah-ubah daripada menjadi pakar perlembagaan, penganalisis penerbangan dan kini sebagai pakar ekonomi.

Ada juga yang pergi lebih jauh telah menyalahkan UMNO dan YAB PM. Ada kumpulan ini dikenali sebagai Suara Rakyat yang suka berkata "negara-negara lain lebih baik kerana UMNO tiada di negara mereka".

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, miopia, anda akan cenderung untuk terlupa pada hakikat bahawa dalam tempoh 5 tahun,

• mata wang Russia, Roubles jatuh 114% berbanding USD
• mata wang Indonesia, Rupiah jatuh 51% berbanding USD
• mata wang India, Rupee jatuh 38% berbanding USD
• mata wang Norway, Krone jatuh 37% berbanding USD
• mata wang Dolar Australia jatuh 24% berbanding USD
• mata wang Euro jatuh 20% berbanding USD
• mata wang Thailand, Baht jatuh 10% berbanding USD

Adakah saya perlu tambah?

Salah satu faktor penyumbang yang dihadapi oleh negara-negara ini adalah faktor penurunan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada USD $70-80 setong beberapa tahun yang lalu dan hari ini telah jatuh di bawah USD $50 setong.

Juga, Amerika Syarikat bukan satu-satunya rakan perdagangan kita dan prestasi Ringgit tidak diukur berbanding dolar Amerika Syarikat sahaja.

Apabila kita melihat Ringgit,

• kita mengukuh berbanding Dolar Kanada (2%)
• kita mengukuh berbanding Rupee India (10 %)
• kita mengukuh berbanding Yen Jepun (14%)
• kita mengukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 %)

Saya tidak perlu menamakan mata-mata wang yang lain, bukan?

Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir mencecah 20%?

Yang mudah disimpulkan ketika ini, kita lekas terpengaruh dengan berita negatif dan pantas mengulas umpama seorang pakar di dalam akaun Facebook dan Twitter kita. Itulah yang sedang berlaku pada hari ini.

Sudah tentu, tiada seorang pun di antara anda, ada merujuk kepada apa yang telah berlaku pada tahun 1998.

Tiada siapa yang ingat apabila Ringgit terhempas ke tahap serendah RM 4.725 untuk USD $1.00 pada 7 Januari 1998 (kadar jualan di kaunter Bank Negara Malaysia (BNM) adalah lebih daripada RM 4.80).

Anda semua yang cepat dan cekap mengulas mengenai keadaan ekonomi Malaysia dalam dinding Facebook anda, pada ketika itu mungkin masih di bangku sekolah lagi.

Jadi, tiada seorang pun daripada anda yang tahu, sedar atau ingat, atau pernah mengalami apa yang berlaku pada tahun 1998 apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Dulu,

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan;
b) Isi rumah terhimpit;
c) Kadar pinjaman purata adalah 12.16%; dan
d) Kadar inflasi hampir kepada 3% tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa di kalangan anda yang merasa ragu-ragu tentang angka inflasi 2-3 % hari ini dan merasakan kadar itu adalah tinggi, tolong fikirkan juga senario yang telah terjadi pada 1998-1999.

Dan benar, kadar pinjaman purata adalah lebih 12%. Peristiwa itu pernah berlaku suatu ketika dahulu.

Anda boleh mengatakan peristiwa itu merupakan sejarah, dan anda boleh terus mengasak Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan kerana nilai angka pada hari ini.

Tetapi, lain kali sebelum anda merasa marah dan berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, cuba tanya diri anda sendiri sama ada kadar pertukaran Ringgit-Dolar memberi kesan kepada anda, dan bagaimana:

1. Adakah anda gemar membeli-belah dalam talian dari laman web Amerika Syarikat?
2. Adakah anda sedang merancang untuk terbang bercuti ke Amerika Syarikat?
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang sedang belajar di Amerika Syarikat?
4. Adakah anda mengimport barang untuk dijual semula di Malaysia?
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda menggunakan dolar AS dalam kehidupan seharian anda?

Saudara-saudari yang budiman, sekiranya anda menjawab YA kepada persoalan di atas, barulah anda terjejas. Namun, jika jawapannya TIDAK, mengapa perlu anda melatah lantas merasa sangat bimbang?

Gaji anda masih dalam Ringgit dan anda tidak membeli pun barang keperluan dengan dolar Amerika.

Yang pasti, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa keadaan ini memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama aktiviti import dan rancangan kita untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain. Saya juga berpendapat bahawa terdapat banyak perkara yang YAB PM boleh lakukan (yang beliau tidak sama sekali lakukan sekarang) dan akannsaya kongsikan sedikit masa lagi.

Dan tuan-tuan perlu diingatkan bahawa beberapa agensi penarafan antarabangsa seperti Fitch, Moody dan S & P, kesemuanya meletakkan prestasi Malaysia kekal stabil.

Sedarlah tuan-tuan, bahawa tiada ahli ekonomi di luar sana yang 'menghukum' bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, tetapi hanya ahli politik sahaja yang menyebarkan fahaman 'tahyul' sebegitu. (Goh Wei Liang)

Terjemahan daripada bahasa Inggeris.

SITUASI EKONOMI 97/98 TIDAK SAMA SITUASI SEKARANG, CUBA PERHATIKAN

Posted: 12 Aug 2015 09:31 AM PDT

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar in charge of Economic Planning explained that the economic fundamentals surrounding the sliding ringgit is entirely different this time.

Fundamentally, in the investment sentiments, with the issues of perception which are tied with what is happening in Malaysia regarding 1MDB and with the negative sentiments this will make us fall more amongst the other nations.

"But it is not shrinking in all countries because it is proportionate with the Euro, Dollar and the New Zealand dollar - in the sense that our currency has been strengthened for this year," he told MalaysianDigest in an interview after a talk on the 11th Malaysia Plan titled "Are We In The Right Direction?" for the PTD Alumni Forum held at INTAN today.

On the situation where Bank Negara has been involved in stabilizing the ringgit and caused the reserve to go lower than USD 100 billion, he compared Malaysia's much stronger position now compared to the last financial crisis.

"Its better for Bank Negara to answer, but answering on the fundamentals, our position is much better than during the Asian Financial Crisis 1997-98.

"Our financial reserves has fallen down, but it's still high, compared during the Asian Financial Crisis where it was less than 30 billion dollars USD, which was 3 times less than what we have now. Our export coverage last time, it was only 3 months but now it's at 7 months.

"And last time we were suffering a trade deficit from 1994-1997; however from 1998 until today we have had a trade surplus even if the price of oil has gone down, our trading surplus on the first quarter of this year are as much as RM41 billion compared with the deficit during 1997.

"Our banks are strong as well, they have been managed efficiently, they are bigger, and with capital that encourages core equity growth".


- mD

"CURRENCY WAR" : 14 NEGARA TERKENA TEMPIAS, INI JAWAPAN MALAYSIA

Posted: 12 Aug 2015 06:06 AM PDT

SERANGAN MATAWANG BERI KESAN KEPADA RUBELS, RUPIAH, YUAN, RUPEES, KRONE, CANADIAN DOLLARS, RINGGIT, AUSTRALIAN DOLLARS, EURO, BAHT, POUND, SD

Dalam konteks negara kita, jangan terpedaya dengan kerja-kerja musuh-musuh negara kita yang memang mengambil kesempatan untuk menghalalkan niat mereka mengkucar-kacirkan negara, dan seterusnya bermimpian memerintah melalui keganasan di jalanraya.

Anda bertanya kenapa Ringgit Malaysia jatuh?, sebagai warganegara Malaysia yang baik kepada negara, mari buka minda 

1) Kejatuhan harga komoditi global yang turut mendorong kejatuhan nilai matawang negara-negara lan yang bergantung kepada eksport komoditi.

2) Kejatuhan harga minyak dunia yang merupakan antara sumber pendapatan negara


3) Tekanan daripada kenaikan nilai matawang Amerika Syarikat berikutan cadangan negara itu untuk meningkatkan kadar faedah


4) Keputusan Republik Rakyat China untuk menurunkan nilai matawang Yuan sebanyak 2% dan


5) Persepsi dan sentimen negatif berhubung isu 1MDB yang memberi kesan negatif kepada Indeks Bursa Malaysia dan nilai matawang ringgit

Situasi kejatuhan ringgit pada masa kini, masih lagi berada dalam keadaan terkawal berbanding krisis kewangan negara sekitar 1997 hingga 1998.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, faktor yang mendorong kepada krisis kewangan ketika itu semakin kukuh untuk masa kini.

"Secara asasnya keadaan sekarang lebih baik berbanding dahulu kerana ekonomi Malaysia terus berkembang dan mampan dengan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara masih di paras 4.5 hingga 5.5 peratus bagi 2015," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel bagi Forum Transformasi Syarikat Berkaitan GLC, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Abdul Wahid, dari segi kedudukan perdagangan kita hari ini semakin konsisten berbanding 1997 dan 1998 di mana negara mengalami defisit dagangan ketika itu.

"Rizab negara pula berjumlah RM392 bilion pada masa ini dan memadai untuk menampung 7.9 bulan import berbanding rizab yang ada pada 1997 dan 1998 yang hanya cukup menampung import bagi 3.2 bulan dengan jumlah RM117 bilion.

"Kadar pinjaman dalam kalangan sektor korporat juga adalah rendah dan tidak banyak daripada mereka yang terdedah dengan kadar mata wang asing, berbanding krisis kewangan sebelum ini," katanya.

Abdul Wahid juga berkata, sistem perbankan kita juga lebih terurus dan mempunyai modal yang mencukupi dengan aset dan kecairan yang baik yang diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 




The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kesilapan flip flop KSN buat orang lagi berani

Posted: 12 Aug 2015 06:10 PM PDT


Apabila KSN flip flop akibat tersalah tindakan, hanya buat mereka yang terlibat lagi berani. Baca laporan TMI di SINI .

Menurut Gelagat Anwar di SINI, ini akibat KSN dan KSUS terlalu mahu mengampu Dato Najib.

Akibat tindakan terlalu aggresif dan spin yang melampau, ia hanya menyusahkan usaha PM untuk menjelaskan isu derma RM2.6.billion ke dalam akaun peribadi sedikit demi sedikit untuk mudahkan orang ramai faham.

Maka blog ABITW di SINI  melihat perlunya Najib segera dedahkan identiti penderma Arab tersebut.



Nawaitu Chin Tong dan DAP cuba pecah belah parti Melayu jelas

Posted: 12 Aug 2015 12:30 AM PDT


AP Kluang dari DAP, Liew Chin Tong menjadi batu api untuk cadangkan UMNO Johor putuskan hubungan dengan UMNO Pusat. Baca TMI di SINI

Dua respons boleh diberikan kepada Liew. Pertama, niatnya untuk pecah belahkan UMNO supaya perpecahan dalam DAP tidak nampak teruk.

Ada perpecahan antara DAP Sarawak dengan DAP dalam hal penglibatan DAP dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tak perlu tutup perpecahan DAP dengan pecahbelahkan parti lain. Cukuplah PAS berpecah hingga ada serpihan GBH.


Perbezaan pandangan dan luahan rasa hati biasa dalam UMNO. Akhirnya mereka bersatu kembali.

Biarlah serpihan berlaku dalam parti pembangkang. UMNO dah alami masaalah parti serpihan dan ianya tak pernah berjaya.

DAP yang untung bila berlaku serpihan. Ini membawa respons kedua ia itu strategi DAP jelas untuk lemahkan kesemua parti-parti politik berasaskan Melayu.

DAP berjaya pecahkan PAS hingga muncul kumpulan serpihan berupa PASMA dan GBH.

DAP lemahkan politik Melayu dalam PKR dengan mempengaruhi agenda liberal dalam PKR.

Mereka juga sedang berusaha melalui proksi yntuk kalahkan Ketua-Ketua Melayu diperingkat cabang seperti berlaku di Pulau Pinang.

Sambil itu beberapa pemimpin Cina diletakkan dikedudukan strategik seperti Tian Chua, William Cheng, Elizabeth Wong dll.

DAP juga melaga2kan sesama pemimpin Melayu dengan menyokong dungu seperti Wan Azizah menentang MB Azmin.

Selain itu, mereka rekrut boneka2 seperti Prof Aziz Bari untuk dijadikan MB bila sampai masa untuk ketepikan Wan Azizah dan Azmin.

Perak pula boneka mereka bakal diletak Dyana Sofea. Melayu muda yg naif politik seronok tapi tak sedar diperguna.

Kini chin tong cuba pula tiupkan ide perpecahan dalam minda UMNO Johor. Harap identiti nasionalis dan rasional masih menebal dalam jiwa UMNO Johor.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ANTARA PROJEK FGV

Posted: 12 Aug 2015 10:39 AM PDT

Naraza Muda
GAMBAR HIASAN SAHAJA
Soalan Tambahan kepada Tan Sri Isa Samad.
1. Kemana keuntungan Projek Ikan Sturgeon yang war-warkan sebanyak RM360 juta?
2. Adakah peruntukan RM135 juta kepada Syarikat Felda Carviartive Sdn. Bhd masih berbaki atau sebaliknya.
3. Apakah status tanah berkeluasan 20 Hektar di Kuala Tahan ?
4. Apakah betul dakwaan induk ikan sturgeon terlepas ke Sungai Pahang?

GAMBAR HIASAN
Agak-agaknye pende pulok akalan Isa Samad nok kekoh harta Felda, beli Hotel dengan harga berganda sudah...beli arpatment mewah dengan harga lebih tinggi dsri pasaran sudah... beli saham Pontian plantation dengan harga lebih mahal sudah.. untung jual saham FGV 180,000 unit sudah.. belanja Majlis raya RM2juta sudah....
Sudah..sudah lah...ala sudah laa

LADANG FGV DI INDONESIA ?

Posted: 12 Aug 2015 10:25 AM PDT


Bersama dengan Tuan Mohamad Said Jonit, bekas Pengarah Felda Plantation dan Ust Nazri Din, kami berXPDC ke Balik Papan, Kalimantan mulai 2-5 Ogos lalu.
Dari Balik Papan ke Samarinda, lebih kurang 3 jam perjalanan menggunakan khidmat teksi. 3 Ogos, menyewa pacuan empat roda dengan pemandu berpengalaman, kami bermula di Samarinda ke lokasi melalui jalan kampung dan tanah merah di sekitar Tenggarong, Muara Ancalong, Kg Benua dan Muara Bengkal. Bayangkan dari 8.30 pagi, hanya sampai di kawasan perladangan PT Sukses Sejahtera sekitar jam 5.30 petang!
Antara pengalaman yang amat sukar. Tayar pancit, laluan berliku dan sesetengah jalan seperti kawasan balak. tapi puashati dengan penemuannya!
Beberapa orang pekerja tempatan mengesahkan inilah antara lokasi ladang yang telah di beli oleh PT Eagle High Plantation yang kemudiannya dalam rundingan dengan FGV. Kami juga dapat masuk ke kawasan kantor(pejabat) Syarikat Perladangan tersebut dan meninjau rumah pekerja.
Dari pemerhatian dan gambaran awal, dakwaan sebelum ini bahawa terdapat begitu banyak kawasan ladang berpasir adalah benar. Analisis buah relai dan pokok yang berusia sekitar 4-8 tahun, jelas mendapati BTS atau buah sawit adalah kategori 'tidak sihat'.
Oleh kerana keadaan jalanraya yang begitu teruk, perjalanan memakan masa yang amat panjang, kedudukan pelabuhan yang juga jauh; umumnya kemudahan asas yang kebanyakannya masih tiada, pembelian pada 37% ladang seluas 425,000 hektar milik PT Eagle High Plantation adalah tidak ekonomik. Bukan itu sahaja, nilai belian yang sedang di rundingkan oleh FGV iaitu 700 rupiah sesaham, jauh begitu tinggi dari harga pasaran yang dilaporkan Bursa Saham Indonesia iaitu 400 rupiah sesaham. Itupun difahamkan, hanya sekitar 147,298 hektar yang baru ditanam sawit, selebihnya masih hutan belantara!

Banyak lagi maklumat dan analisis sedang di kumpul dari berbagai pihak. Namun, sejauh mana kajian lengkap dan penelitian terperinci dilakukan oleh FGV hingga terpedaya membeli kepentingan dalam PT Eagle High Plantation dengan nilaian RM 2.37 bilion.
Adakah benar maklumat yang saya terima, Sime Darby telah di tawarkan sebelum FGV, tapi menolaknya setelah survey yang begitu teliti dilakukan. Ia pelaburan yang tidak berbaloi. Justeru, bila pengumuman dilakukan oleh FGV, sahamnya terus jatuh. Kini, hanya berada pada sekitar RM1.67 sesaham.

Adalah tidak bijak apabila YAB PM dalam kenyataannya 6 Ogos lalu menyokong usaha dan urusniaga FGV tersebut, sekaligus menyerang pembangkang. Siapa yang menasihati beliau?
Adakah PM mahu meneruskan kesilapan demi kesilapan seperti isu IMDB umpamanya?
Adakah mahu menyelamatkan kedudukan tidak stabil 'kroninya Tan Sri Peter Sondakh', pemilik Rajawali Group, di mana PT Eagle adalah anak syarikatnya?
Seperti kata Tun Dr Mahathir, adakah pembelian ini dengan harga yang begitu tinggi adalah strategi mudah mencari dana bagi kepentingan peribadi dan kroni?
InshaAllah, saya dan rakan rakan akan ke SPRM dalam masa terdekat untuk membuat laporan lengkap mengenainya. Ini satu lagi isu besar yang menjatuhkan reputasi FGV dan menghakis kepercayaan peneroka dan warga Felda kepada YAB PM.

Ngo ANAK berharap FGV membatalkan hasratnya membeli kepentingan dalam PT Eagle High Plantation. Tidak perlu " merasuah" 50 orang ketua2 Peneroka untuk menyokong kehendak DS Najib dan TS Isa Samad. Ada banyak strategi pelaburan yang boleh dilakukan. Program Tanam Semula Tanah Felda Plantation yang dipajak FGV itu utamakan dahulu. Ia perlukan kos yang banyak.








Saya bimbang apa yang dilakukan oleh FGV masakini ibarat pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran!
Mazlan Aliman
Presiden ANAK

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


156 Matawang Dunia Terjejas Akibat Kejatuhan Ekonomi Global

Posted: 12 Aug 2015 06:55 PM PDT