Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PM guna kereta S'pura pun di spin bukan-bukan

Posted: 10 Aug 2015 07:33 PM PDT


Cerita-cerita kedai kopi di Johor berseluruh buat cerita Sultan Johor tak benarkan Najib masuk Johor. Bila Najib ke majlis di Johor dengan kereta Spura, lagi galak cerita tersebut....


Padahal ...


... Najib dan Tuanku Sultan tidak ada apa-apa.

CERITA SULTAN JOHOR TAK IZIN PM LANDING DI SENAI ADALAH FITNAH!

PM telah berlepas ke singapura pada hari sabtu sebelah malam selepas merasmikan pertandingan pidata antarabangsa bahasa melayu piala perdana menteri di picc, putrajaya.

Pd malam tersebut pm mempunyai aturcara sendiri di singapura sempena sambutan hari kebangsaan singapura atas jemputan negara republik tersebut.

PM telah pergi ke perasmian mesyuarat umno bahagian pasir gudang pada pagi ahad dengan menaiki kereta dari singapura dan selepas majlis telah kembali ke singapura utk program rasmi di sana yg turut dihadiri pemimpin negara2 asean dan sultan serta tengku mahkota johor.

Difahamkan hari ini (semalam) PM berlepas dari Singapura ke Kuching untuk program rasmi di Kuching pada malam ni sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Jadi dengan aturcara sedemikian yg terdapat di negara republik tersebut sepatutnya tidak timbul fitnah bahawa Sultan Johor menghalang perdana menteri mendarat di lapangan terbang senai.

Malah PM dan Sultan Johor turut bertemu dan berbual di singapura dalam keadaan mesra dan hormat.

Buat apa nak ingatkan Anwar lagi

Posted: 10 Aug 2015 05:29 PM PDT





Jika nak sangat ingat, jangan lupa Anwar masuk penjara kerana kesalahan meliwat pada umur dah tua 60an.


Buat Rafizi yang kata ringgit boleh kuat kembali jika Najib diturunkan.

Ingatkan bahawa ringgit rendah ketika Anwar tadbir kewangan negara.


Like Liverpool, PAS never win

Posted: 10 Aug 2015 08:20 AM PDT


'Supporting Liverpool is like supporting PAS'

KUALA LUMPUR, Aug 9, 2015:

"I'm so sorry man, supporting Liverpool is like supporting PAS, they never win."

This was said by Youth and Sports Minister Khairy Jamaludin in a 15-second video uploaded on Astro Awani's Facebook page.

He said this at a session called "Hard Talk with Khairy Jamaluddin" in conjunction with the 9th Malaysian Students Leaders Summit held at the Renaissance Hotel here today.

In the video, Khairy was comparing the Liverpool football team with PAS as both had never won, according to him.

This was followed by applause from the audience. What he said, although it was said off the cuff and possibly in jest, received mixed response from netizens.

"Don't ever look down of people … you will never know what happens in future!!!" commented Facebook user Eya Zahira on Astro Awani's Facebook page.

Meanwhile, another user Fakrul Ashik said: "Spontaneous, funny."

A supporter of Liverpool as well as PAS, Zainee Lee said: "I'm PAS and LFC supporter. Problem bro??"

The video had earned more than 700 shares at press time.

Nama baru ... tapi skrip sama, bohong lama dan cerita basi

Posted: 09 Aug 2015 11:30 PM PDT

Pakatan Baru… Apa Yang Baru? Pelakon, Pengarah, Skrip Tetap Sama


KUALA LUMPUR 10 OgosAhli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap melihat pakatan baru yang dicanang akan menjelma  tidak lama lagi  tidak ubah seperti sebuah drama yang tajuknya sahaja diberi penjenamaan baru manakala pelakon serta pengarah masih lagi dibarisi muka-muka lama.

Justeru tegas beliau pakatan baru  tidak akan memberi apa-apa makna serta satu perkara yang boleh dibanggakan kerana masih lagi dibarisi watak-watak sama yang sebelum ini dapat disaksikan oleh masyarakat umum sehinggalah berakhirnya pakatan pembangkang.

"Apa yang mereka nak banggakan dan apa yang barunya pakatan pembangkang yang baru itu. Bukankah dibarisi oleh pimpinan pembangkang sebelum ini. Sudah tentulah jalan cerita yang mereka nak bawa adalah perkara yang sama.

"Tohmahan dan pelbagai cerita yang memburukkan kerajaan sudah tentu akan terus dicanang. Itulah yang kita katakan apa yang baru dan apa yang mereka banggakan dengan mewar-warkan pakatan baru bakal muncul. Nak katakan pimpinan baru menyertai tidak juga kelihatan. Masih muka-muka yang sama.

"Sebab itu dikatakan tidak ubah seperti cerita atau pun drama yang plotnya sama, arahan yang sama, lokasi yang sama namun tajuk drama sahaja yang diberikan penjenamaan semula untuk menarik penonton," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dilaporkan Penasihat Dap, Lim Kit Siang memberi gambaran bahawa satu gabungan baru parti pembangkang akan diwujudkan selepas Gerakan Harapan Baru didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik.

Antara yang disebut-sebut sebagai nama gabungan baru itu ialah Pakatan Rakyat Perjuangan.

"Apabila satu parti politik baru muncul daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam masa beberapa minggu, satu Pakatan Rakyat baru – sama ada Pakatan Baru, Pakatan 2.0 atau apa juga nama – akan sedia untuk membawa obor bagi Malaysia Baru," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lebih lanjut Anuar yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya menambah sungguh pun nama baharu, bukankah yang akan menganggotainya adalah terdiri daripada Dap dan PKR serta mereka yang kecewa dan bukankah realiti yang jelas masing-masing mempunyai ideologi yang cukup berbeza.

"Berbanding Barisan Nasional (BN), semangat muafakat dan saling toleransi jauh lebih terserlah. Paling utama adalah konsisten…Memanglah ada sedikit sebanyak masalah yang berlaku tetapi berjaya diatasi sebaik mungkin. Apa yang penting adalah dasar dan kerangka yang dibawa dan untuk diterjemahkan kepada rakyat seiring dan sekata," ujarnya. -MediaUMNO

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Ketua Setiausaha Negara dan kawan-kawan

Posted: 10 Aug 2015 12:07 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM KIT SIANG MENGAMOK

Posted: 10 Aug 2015 03:07 PM PDT


Sejak mengambil alih jawatan sbg PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.
Dalam kemelut dan situasi politik yg berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.
Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar drp dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.

PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.

Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.
PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.

PM Najib berani mengambil risiko untuk 'rock the boat' dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?

Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.

Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.

Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah

SENARAI NAMA ULAMA GHB, ULAMA-ULAMA PAS SUDAH TIDAK RELEVAN KATA MAT SABU

Posted: 10 Aug 2015 02:37 AM PDT

Perkataan 'ulama luar biasa' diperkenalkan oleh Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly berkata GHB akan memperkenalkan barisan ulamanya sendiri yang disifatkan sebagai lain daripada pada seminar antarabangsa, Sabtu.
"Cendekiawan agama kita akan menyertai lebih daripada 200 ulama seluruh dunia menerusi program Nadwah Ulama yang dianjurkan oleh kami.
"Kita akan menunjukkan kepada pengkritik kami bahawa kita mempunyai barisan ulama mengagumkan yang tidak bersikap 'judgmental' dan tidak mempunyai sikap 'saya lebih suci dan warak daripada kamu'," kata beliau sambil menambah ulama yang menyertai kumpulan ini adalah moden, terbuka dan mudah didekati.
Namun, kenyataan Dr Dzulkefly yang juga bekas Pengarah penyelidikan PAS Pusat itu dibidas oleh facebooker pro ulama, Norani AbgMarzuki BangiKuching.
"Inilah kepala bapak IRC dalam PAS..arkitek konspirasi meminggirkan ulamak dalam PAS yang dibawa masuk oleh Dr Syed Azman, rakan lama beliau di United Kingdom semasa belajar dulu. 
"Saya diberitahu, setelah Dr Drzul masuk PAS (pada tahun) 1996, beliau terus dilantik menjadi Pengarah PPP oleh Ustaz Fadzil Nor (Presiden PAS) atas cadangan Dr Syed Azman.
"Di situlah bemula infiltration(penyusupan) halus tahap demi tahap ICR dalam PAS….sehinggaa berlakulah apa yang berlaku hari ini.
"Nah dia nak bariskan 200 ulamak luar biasa pulak. Apa dia ingat perjuangan Islam ini perlu kepada persaingan ulamak ke? 
"Memang jauh terpesong niat perjuangan orang ni dan kuncu-kuncunya dari G18-GHB.
"Ulamak bukan alat dan tidak harus diperalatkan. Di dalam PAS, ulamak menggerak ummah, memimpin ummah. Hanya orang sekularis sahaja termasuk Islam Progresif, Islam Liberal, dan Islam demokrat akan guna strategi ini iatu memperalatkan ulamak untuk mengelirukan rakyat," bidasnya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PAS kini mula terasa keseorangan selepas dipinggirkan

Posted: 10 Aug 2015 09:42 PM PDT

PAS semakin keseorangan dan terpinggi daripada pakatan pembangkang apabila memutuskan hubungan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan di muktamar tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.PAS semakin keseorangan dan terpinggi daripada pakatan pembangkang apabila memutuskan hubungan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan di muktamar tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.PAS kini mula terasa keseorangan selepas dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka, bahkan parti Islam itu terpaksa bersendirian.
Terbaru, PAS membuat keputusan menganjurkan himpunan Bersih mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan pelbagai pertubuhan termasuk parti pembangkang.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan, pihaknya hanya akan menghantar 3 wakil ke perhimpunan Bersih 4.0 kerana ia bukan dikepalai parti itu.

"Kita buat keputusan untuk menyertai Bersih tetapi yang Bersih 4.0 ini bukan kita kepalai, orang lain yang kepalai, bukan kita yang buat agenda, orang lain yang buat agenda. "Jadi, kita hantar wakil saja, 3 orang menyertai himpunan ini. Kita tidak suruh ahli kita pergi.
"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang," kata Hadi dalam ucapan pada majlis himpunan PAS Perak di Ipoh pada Ahad.
Sehingga kini, PAS sudah diketepikan dalam sekurang-kurangnya 3 program besar iaitu mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini.
Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS menyertainya.
PAS sebelum itu memutuskan menghantar 3 wakil ke mesyuarat itu iaitu timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan dan ketua pengarah pilihan raya Datuk Mustafa Ali.
Ketika itu, beberapa pemimpin yang mewakili PAS tiba di pejabat PKR di Petaling Jaya untuk menyertai mesyuarat, namun mendapati ia dibatalkan dan ditukar kepada mesyuarat antara Dr Wan Azizah dengan pemimpin organisasi bukan kerajaan (NGO) saja.
Read More / Baca Lagi >>

TPM: Kita terpaksa ambil pekerja asing kerana sikap rakyat......

Posted: 10 Aug 2015 09:37 PM PDT

Kes pegawai SPRM tiada kaitan politik ampu MB Terengganu

Posted: 10 Aug 2015 09:22 PM PDT


KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan, isu pertukaran kakitangan kerajaan tiada kaitan dengan campur tangan pihak lain termasuk pemimpin politik.

Ketika mengulas berhubung pembatalan pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Razif menganggap ia adalah isu pentadbiran dan perlu dilihat dari sudut positif.

Beliau menganggap, pasti ada alasan tertentu Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan menukar kedua-dua pegawai terbabit sebelum ini dan pembatalan pertukaran itu merupakan sesuatu yang positif.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pembatalan semula pertukaran kedua-dua pegawai berkenaan turut punyai alasan tersendiri, setelah pihak bertanggungjawab teliti penjelasan diberi pegawai terbabit.

"Kadang-kadang pertukaran diambil berasaskan tindakan dan kalau pihak berkenaan menjawab dalam tempoh ditetapkan serta memberi hujah dan alasan munasabah, biasanya tindakan itu dibatalkan semula.

"Itu kebiasaan dari segi pentadbiran," katanya kepada pemberita ketika hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Umno Perhubungan Terengganu, di pekarangan Pejabat Umno Terengganu, di sini, semalam.

Dalam laporan Sinar Harian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berpuas hati dengan penjelasan dua pegawai SPRM yang sepatutnya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa semalam.
Read More / Baca Lagi >>

SEDARLAH NAJIB, PENOLAKAN SUDAH ADA DI MANA-MANA!!

Posted: 10 Aug 2015 09:16 PM PDT

Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana.

Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO  serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Ringgit akan menjunam jika kerajaan curiga Bank Negara

Posted: 10 Aug 2015 09:10 PM PDT


KUALA LUMPUR: Akibat krisis hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pelabur telah mula meragui integriti kepimpinan negara.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keadaan bertambah parah selepas tindakan polis menyiasat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara dan sidang Jawatankuasa Kira-kira Awam ditangguhkan tatkala siasatan terhadap 1MDB rancak dijalankan.

"Ura-ura sedang rancak bahawa tindakan seterusnya akan disasarkan kepada Bank Negara. Tun Dr Mahathir Mohamad juga dapat menghidunya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ia bermula sejak kemunculan blog-blog misteri sejurus pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang cuba membangkitkan keraguan terhadap Bank Negara dan Gabernornya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz  hangat dipromosikan di sosial media.
Read More / Baca Lagi >>

Al-fatihah untuk APO? dan Ujang angkara GST

Posted: 10 Aug 2015 09:08 PM PDT

Seperti direnjat elektrik, seluruh peminat kartun dan komik tanah air terkejut dengan penutupan penerbitan majalah Ujang dan APO?.

Tanggal 6 Ogos 2015, MOY Publications menghentikan penerbitan dua majalah gergasi yang pernah menjadi jaguh pasaran tempatan sekaligus bermakna Ujang dan APO? turut menyertai arwah-arwah majalah kartun terdahulu.

Ujang dan APO? dimakamkan bersama Gelihati, Mat Jenin, Batu Api serta berpuluh majalah kartun tanahair yang pernah mewarnai industri kartun dan komik tanahair.

Sejarah ringkas

Majalah Ujang muncul di pasaran pada tahun 1993 di bawah Kharisma Publications. Dengan cogankata Majalah Lawak Antarabangsa, kartunis Ujang (Ibrahim Anon) yang telah mencipta kegemilangan di majalah Gila-Gila mengorak langkah menerbitkan majalah Ujang bersama kartunis popular seperti Gayour, Nik dan Aie.

Beberapa kartunis yang sedang mencipta nama dididik, diberi nama baru yang segar dan subur seperti Bijan, Sukun, Jering, Ubi, Duku, Halia dan Sireh (sekadar menyebut beberapa nama) juga penulis Azzam Supardi membentuk sebuah pasukan produksi yang mantap sehingga edaran setiap keluaran mencecah lebih 200,000 naskhah.

Maskot Din Beramboi menjadi fenomena sehingga direbut beberapa pihak. Peminat-peminat tidak sabar menanti kemunculan setiap isu untuk membaca kisah 'Abe', 'Bersama Selamanya', 'Aku Hidup Dalam Blues', 'Budak Hostel' dan lain-lain.

Watak kartun lerang (strip cartoon) seperti Murahguru Tandoori Payat, Pak Andak dan Angah, Bas Mini 222 mencuit hati. Majalah kartun sedia ada sedikit tergugat dan perlahan-lahan terikut juga corak persembahan Ujang.

Apabila kartunis Ujang (Ibrahim Anon) meninggalkan majalah tersebut, MOY Publications mengambilalih penerbitan majalah Ujang dan mengawal hakcipta dan harta intelek sehingga kartunis Ujang sendiri tidak dibenarkan berkarya menggunakan nama samaran Ujang.

Meskipun diboikot sebahagian besar peminat tegar kartunis Ujang (Ibrahim Anon), majalah Ujang di bawah MOY Publications terus menjuarai pasaran, melonjak dengan gabungan barisan kartunis asal dan muka baru.

Majalah APO? muncul empat tahun selepas majalah Ujang. Juga diterbitkan oleh MOY Publications dengan kartunis Petai teraju utamanya bersama kartunis Sireh, Rambai, Ah Liow dan Blue (sekadar menyebut beberapa nama).

APO? bermula dengan konsep gabungan komik lucu dan serius. Pelukis komik tanahair seperti Zoy, Fazrul Arhan dan Nizam Bachok turut memeriahkan keluaran awalnya. Edisi pengenalan APO? dipasarkan dengan harga murah gila, RM1 sahaja senaskhah.

Read More / Baca Lagi >>

Lepas batalkan Najib, Semporna pilih Muhyiddin ganti

Posted: 10 Aug 2015 09:06 PM PDT

Selepas membatalkan jemputan untuk Datuk Seri Najib Razak, Umno Semporna kini berharap dapat mendengar sendiri amanat dan penjelasan daripada timbalan presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, keadaan itu juga didorong oleh sentimen ahli akar umbi yang berasa Muhyiddin serta ketua bahagian mereka, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, patut memberikan penjelasan sendiri berhubung isu yang melanda Umno.

"Tambahan pula Muhyiddin dan Mohd Shafie kini disekat daripada merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian yang sedang berlangsung sekarang," katanya.

Justeru, kata sumber dekat dengan Mohd Shafie itu lagi, wajar untuk Umno Semporna menjemput bekas timbalan perdana menteri itu untuk memberikan beliau platform seluas-luasnya memberikan penjelasan kepada parti.

Mohd Shafie dan Muhyiddin adalah dua menteri kanan Umno yang diketepikan dalam rombakan kabinet Najib pada 28 Julai lalu.

Pemecatan itu dikatakan berpunca daripada kelantangan mereka mempersoalkan cara Najib menguruskan isu skandal 1MBD.

Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan pangkat anggota PAC tak sepatutnya jejaskan siasatan 1MDB - PKR

Posted: 10 Aug 2015 09:02 PM PDT

Alhamdulillah Mahathir faham perasaan rakyat, kata Kak Wan

Posted: 10 Aug 2015 08:40 PM PDT

Coverline: Pembantu perjelas foto Rosmah jalan dahului Najib

Posted: 10 Aug 2015 08:36 PM PDT

Datuk Rizal Mansor, pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menjelaskan mengenai gambar yang menunjukkan Rosmah berjalan 'mendahului' suaminya Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa sambutan Hari Kebangsaan Singapura Ahad lepas.

Gambar itu, yang menjadi viral, telah digunakan untuk mendakwa ia sebagai contoh Rosmah "bossing" suaminya kerana dia dilihat berjalan mendahului Najib.

Rizal berkata terdapat banyak lagi benda lain yang lebih penting, tetapi beliau terpaksa menjelaskannya sebab ramai telah memainkan perkara tersebut.

Rizal menjelaskan bahawa Rosmah terpaksa berjalan di hadapan kerana beliau sepatutnya duduk di sebelah dalam.

Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Kedah: Wanita gelar Najib 'kencing' keterlaluan

Posted: 10 Aug 2015 08:34 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Saiful Hazizi Zainal Abidin menyifatkan tindakan seorang ahli wanita Umno Langkawi yang mengkritik keras presidennya Datuk Seri Najib Razak sebagai keterlaluan.

Malah, beliau juga kesal dengan tindakan ketua wanita bahagian itu kerana gagal mengawal keadaan sehingga mesyuarat tersebut sebagai medan melepas geram para perwakilan.

"Tindakan tersebut amat keterlaluan dan kalau tak suka sekalipun dengan tindakan presiden itu janganlah hina beliau di khalayak.

"Ketua wanita bahagian Langkawi kena ambil tindakan, kawal keadaan dan jangan biarkan mesyuarat bahagian sebagai tempat untuk lepaskan geram," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Malaysiakini semalam melaporkan rakaman Anina membuat ucapan berapi-rapi itu tersebar meluas di Internet, walaupun Najib sebelum ini berkata tidak akan berundur daripada kedudukannya kerana tiga juta anggota Umno berdiri di belakangnya.

Anina antaranya dilaporkan dilontarkan dalam mesyuarat Wanita Umno Langkawi pada Ahad.

Dalam ucapan keras dan bernada tinggi itu, Anina Saaduddin, tuan punya badan berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa "kencing" Najib.

Kak Wan pada isteri Muhyiddin: Nasib kita serupa tapi berbeza

Posted: 10 Aug 2015 07:54 PM PDT

Pemimpin yang baik tidak ambil wang

Posted: 10 Aug 2015 07:43 PM PDT

Tun M berpendapat tiada seorang pun pemimpin yang ada layak dijadikan teladan oleh anak muda.
mahathir,jujur
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata salah satu ciri seorang pemimpin yang baik adalah tidak mengambil wang yang bukan miliknya.
Katanya, pemimpin yang baik juga akan menggunakan peruntukan undang-undang untuk membangunkan negara bukan memanipulasinya demi mengekalkan kuasa.
"What do you think, adakah pemimpin yang baik akan ambil wang RM42 bilion?, soalnya sewaktu sesi soal jawab bersama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman pada Isnin.
Kenyataan sinis itu mendapat tepukan gemuruh kira-kita 500 penuntut universiti berkenaan.
Dr Mahathir berkata, pemimpin yang baik juga perlu mempunyai idea segar, mendengar pandangan dan nasihat rakyat.
"Saya tidak rasa pemimpin sedia pada hari ini layak dijadikan sebagai contoh untuk anda," katanya.

Adik Zahid bincang sistem urus 1.5j pekerja Bangladesh

Posted: 10 Aug 2015 07:17 PM PDT

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Zahid juga adalah menteri dalam negeri, dan kelulusan bagi pekerja asing ke Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sistem dalam talian Real Time - yang dikenali sebagai Workforce Management & Networking System (Workman) - adalah sama seperti yang disediakan oleh Bestinet, firma yang dimiliki oleh bekas menteri dalam negeri, Datuk Azmi Khalid.

Perjanjian Bestinet dengan kerajaan digantung pada awal tahun ini selepas bantahan agensi pekerjaan di negara penghantar, terhadap bayaran perkhidmatan yang tinggi.

Ketika dihubungi, Hakim mengesahkan perkara itu tetapi menekankan bahawa ia bukan satu kontrak kerajaan.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dengan kerjasama Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira).

Read More / Baca Lagi >>

Adenan: BN S'wak sudah sedia hadapi p'raya

Posted: 10 Aug 2015 07:16 PM PDT

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mendapat lima daripada 11 kerusi baru negeri bagi pilihan raya negeri akan datang kerana parti itu mampu memenangi semua kerusi itu.

"Kami sekarang mempunyai 35 kerusi yang kami tidak pernah gagal menyumbang kepada Barisan Nasional (BN). Saya pasti akan meneruskan tradisi ini," katanya ketika berucap dalam perjumpaan Aidilfitri anjuran PBB zon Kuching malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara tetamu yang hadir di majlis itu.

Adenan, yang juga presiden PBB, berkata BN negeri itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya negeri yang boleh dipanggil pada bila-bila masa dalam tempoh 10 bulan dari sekarang,.

"Untuk sekarang, marilah kita memberikan tentangan sengit kepada pembangkang dan melemahkan mereka. Kemudian, barulah kita memanggil pilihan raya," katanya sambil berjenaka.

Untuk rekod, Sarawak sekarang mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Mahkamah Rayuan baru-baru mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan persempadanan kawasan pilihan raya negeri dan memutuskan bahawa 11 kerusi baru yang dicadangkan boleh diguna dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menurut Adenan, PBB akan menambah kerusinya daripada 35 sekarang kepada 40 kerusi daripada 82 kerusi (71 + 11).

Read More / Baca Lagi >>

Adakah BR1M duit derma RM2.6 bilion Najib, soal Zuraida Kamarudin

Posted: 10 Aug 2015 07:14 PM PDT

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mempersoalkan sama ada dana Bantuan Rakyat 1Malaysia datangnya daripada derma RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mempersoalkan sama ada dana Bantuan Rakyat 1Malaysia datangnya daripada derma RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.PKR hari ini mempersoalkan adakah dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang selama ini diagihkan kepada rakyat datangnya daripada derma RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, derma RM2.6 bilion itu bukan saja meragukan dalam isu BR1M malah ia mungkin berkait dengan rombakan Kabinet, penangguhan pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan pertukaran peguam negara.
"Ingin saya bertanya apakah BR1M juga datang daripada RM2.6 bilion yang disumbangkan daripada penderma tanpa nama?

"Menjadi satu bahan ketawa satu Malaysia apabila perdana menteri menyalahgunakan kuasanya apabila beliau meminta ahli Umno jika mahukan BR1M ketika menjalankan mesyuarat tahunan Umno Bahagian Pasir Gudang 2 hari lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Zuraida berkata, dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib bukan saja mencurigakan malah lebih merisaukan apabila terdapat beberapa menteri badut memperbodohkan rakyat mendakwa isu berkenaan bukan isu besar.
Katanya, orang ramai perlu terus menuntut penjelasan malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu telus menjalankan penyiasatan mereka tanpa gangguan polis atau agensi lain seperti yang berlaku sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Masih relevankah Umno masa ini?

Posted: 10 Aug 2015 07:10 PM PDT

Asrul Esreen Mohd Salleh


Lahirnya Umno adalah hasil dari pencantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan pelbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.
Dato' Onn Jaafar sebagai pemimpin pertama, bertindak bijak dengan menubuhkan Umno pada 11 Mei 1946  yang boleh dikatakan untuk mengelak masyarakat Melayu di Tanah Melayu daripada tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang terlalu deras dan menguntungkan golongan dan bangsa lain yang lebih ke hadapan serta mengangkat bangsa-bangsa Melayu dan agama Islam agar lebih terpelihara dan terbela.
Dan setelah 69 tahun berdiri gagah, pahit maung dirasai, berbagai peristiwa dan cabaran, Umno pada hari ini dikenali sebagai parti bercorak demokratik terbesar dan tertua yang menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar negara.

Setelah hampir 7 dekad memerintah negara, adakah Umno masih relevan untuk orang Melayu dan Islam pada hari ini? Dengan berbagai krisis, isu dan tohmahan, boleh kah Umno terus bertahan lagi hingga beberapa generasi akan datang?
Read More / Baca Lagi >>

Puteri Umno gelar Nurul Izzah ‘Hakim Pentas Dunia’

Posted: 10 Aug 2015 07:01 PM PDT

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin gelar Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin gelar Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggelar Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai "Hakim Pentas Dunia" ekoran kenyataannya yang menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "Maharaja Najib".
Timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata Najib sebagai pemimpin nombor 1 negara perlu dihormati dan Nurul Izzah sendiri perlu bersabar menunggu siasatan berkaitan pemimpin itu selesai sebelum mengeluarkan sebarang gelaran.
"Banyak perkara yang belum habis lagi siasatannya tetapi kenapa kita perlu jadi hakim di pentas dunia ini. Itu saya nak soal kepada mereka.

"Janganlah kita jadi hakim yang bijak pandai memburuk-burukkan pemimpin negara sebaliknya, kita perlu sama-sama muhasabah dan perbaiki diri sendiri," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini. Nurul Izzah semalam mendakwa penyalahgunaan kuasa Najib jelas membuktikan "Maharaja Najib" sudah menjadi seorang diktator.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Najib sanggup melakukan apa saja demi memastikan kuasanya masih lagi berada dalam tangan beliau.
Beliau berkata demikian sewaktu sambutan hari jadi ke-68 Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar penjara Sungai Buloh, semalam.

Pemuda Umno Labis kekal desak Najib berehat

Posted: 10 Aug 2015 06:46 PM PDT

Pemuda Umno Bahagian Labis tetap desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat sementara siasatan isu nasional selesai, lapor Sinar Harian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.Pemuda Umno Bahagian Labis tetap desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat sementara siasatan isu nasional selesai, lapor Sinar Harian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.Ketua Pemuda Umno Labis Mohd Sahir Ali Huddin berkata bahagian itu tetap dengan pendirian mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat sementara menanti siasatan isu nasional selesai, lapor Sinar Harian.
Sahir berkata, keputusan itu diterima semua ketua Pemuda cawangan dalam bahagian itu.
"Saya sering mengingatkan ahli Umno di sini (Labis), mesyuarat khas berkenaan situasi politik pada ketika ini yang diadakan baru-baru ini bukannya berniat mengeruhkan lagi keadaan tetapi untuk mengukuhkan parti," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Katanya, mereka di peringkat akar umbi kini berhadapan kesukaran menerangkan isu semasa kepada golongan muda apatah lagi memujuk mereka menyertai Umno. Beliau berkata, pendirian menggesa Najib itu dibuat berdasarkan pemimpin boleh datang dan pergi namun kelangsungan parti dalam perjuangan perlu diteruskan.

DAP cadang Shafie, Ku Li atau Seng Giaw jadi pengerusi baharu PAC

Posted: 10 Aug 2015 06:45 PM PDT

Penasihat DAP Lim Kit Siang cadang 3 nama untuk isi jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.Penasihat DAP Lim Kit Siang cadang 3 nama untuk isi jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.Penasihat DAP Lim Kit Siang mengemukakan 3 nama bagi mengisi kekosongan jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Mereka ialah Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, serta Ahli Parlimen Kepong daripada DAP sendiri Dr Tan Seng Giaw.
"Daripada DAP, mungkin Seng Giaw dicadangkan kerana beliau mendapat undi majoriti.

"Wakil Barisan Nasional (BN), kita mencadangkan Shafie dan Tengku Razaleigh kerana mereka termasuk calon yang boleh diterima pembangkang," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. Lim turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi melantik pengerusi itu sebelum 31 Ogos ini.
Jawatan tersebut kosong selepas penyandang sebelum ini, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri menerusi rombakan Kabinet baru-baru ini.

Altantuya: Berdepan hukuman mati, nasib Azilah tidak menentu, Sirul selamat di Australia

Posted: 10 Aug 2015 06:18 PM PDT

Tujuh bulan berlalu sejak bekas cif inspektor Azilah Hadri bersama rakan setugasnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sementara rakan sejenayahnya, bekas komando Sirul Azhar Umar berjaya melarikan diri dan terlepas hukuman mati apabila kini berada di pusat tahanan imigresen Australia, nasib Azilah masih belum pasti.
Tidak dapat dipastikan sama ada peguamnya sudah memfailkan permohonan pengampunan atau semakan terhadap hukuman bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu jalan terakhir yang ada untuknya.

Ketua peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad enggan mengulas lanjut walaupun beberapa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas dihantar kepadanya oleh The Malaysian Insider untuk mendapatkan penjelasan. Pada 13 Januari, panel 5 hakim mahkamah apex mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Azilah dan Sirul.
Hazman ketika itu berkata pihaknya akan memfailkan permohonan pengampunan daripada Sultan Selangor dengan segera kerana kesalahan itu dilakukan di negeri tersebut.
Tiga bulan kemudian, peguam itu berkata beliau akan membuat permohonan semakan terhadap hukuman bersalah dijatuhkan Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tun Arifin Zakaria.
Langkah itu adalah prosedur yang diperlukan seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi sesiapa yang disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati.
Bagaimanapun, peluang permohonan semakan dibenarkan agak tipis kerana Mahkamah Persekutuan jarang sekali membenarkan semakan bagi kes jenayah.
Peguam Ragunath Kesavan berkata, hanya kes tertentu membolehkan mahkamah tertinggi negara membenarkan semakan, dan ia hanya untuk kes sivil jika berlaku kesilapan permohonan oleh undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Masih ada boleh diharap, wakil rakyat Umno puji 3 pemimpin muda

Posted: 10 Aug 2015 06:14 PM PDT

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Aziz Sheikh Fadzir memuji (dari kanan) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, menyifatkan mereka sebagai berani dalam isu siasatan SPRM terhadap 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Aziz Sheikh Fadzir memuji (dari kanan) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, menyifatkan mereka sebagai berani dalam isu siasatan SPRM terhadap 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.Keberanian 3 tokoh generasi baharu dalam menyatakan pendirian tegas ketika kemelut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini membuktikan negara masih ada pemimpin yang boleh diharap, kata Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu memuji Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, menyifatkan mereka sebagai berani.
Beliau mengulas tindakan 3 pemimpin muda itu dalam mempertahankan agensi penguatkuasa tersebut yang berdepan tekanan dalam penyiasatan melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tiga tokoh ini membuktikan Malaysia masih ada generasi pelapis pemimpin negara yang boleh diharapkan. "Sekurang-kurangnya masih ada tokoh yang berani menegakkan kebenaran walaupun berdepan dengan cabaran dan halangan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ketua Bahagian Umno di Kedah itu memberikan kredit kepada 3 tokoh tersebut yang menurutnya berjaya mendorong Putrajaya menarik semula keputusan memindahkan 2 pegawai SPRM itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Read More / Baca Lagi >>

Dr. M: I'm 90 years old, my time is over

Posted: 10 Aug 2015 06:09 PM PDT

Mahathir's call to remove Najib receives thunderous applause

Posted: 10 Aug 2015 06:09 PM PDT

Bahri, penduduk Gual Periok angkat jempol kepada anda

Posted: 10 Aug 2015 05:46 PM PDT

MSO


Bahri menjadi ikon keberanian SPRM.
Bahri Mohamad Zin - semasa sekolah dulu, setiap pagi dia dihantar oleh ayahnya yang dikenali dengan Pak Su Zin di kalangan penduduk pekan Gual Periok. Rumahnya di Gertak Nombor tiga, jarak rumahnya dengan sekolah kira-kira 2.5 batu. Tetapi kerana kiri kanan jalan penuh semak, pokok lalang, resam, senduduk dan kemunting, menyebabkan jarak itu menjadi jauh.

Anak dara atau janda tidak berani untuk berjalan kaki bersendiri melalui jalan itu bimbang akan dipegang jantan liar.

Sesuai dengan kawasan kami luar bandar tidak ada kenderaan awam untuk berulang alik ke sekolah. Jadi murid terpaksa berjalan kaki atau mana-mana yang rumah agak jauh dari sekolah terpaksa dihantar oleh ibubapa atau pun berbasikal.

Sekolah rendah pula ketika itu hanya di pekan Gual Periok sahaja. Sekolah-sekolah lain seperti Kubang Kual, Baruh Pial apa lagi Gual Nering yang berdekatan dengan kampung Gertak Tiga masih belum ada. Selepas kewujudan sekolah Gual Periok baru ia diikuti dengan sekolah Gual Tok Deh dan Gual Sitok. Manakala Pak Su Zin yang juga bertubuh halus, berkulit putih memakai kopiah.

Jadi setiap harilah (hari sekolah) Pak Su Zin menghantar Bahri. Kalau tidak salah ingatan saya, dia berkongsi pelana (berboncing) belakang bersama seorang lagi, abangnya bernama Ibrahim. (Abang angkat).

Bolehlah dikatakan Pak Su Zin orang ada-ada juga. Punya kebun getah yang luas dan rumah yang besar. Sebelum getah dapat dituai hasil, ia ditanam dengan nenas. Nenas Gual Periok, atau Batu 8 memang terkenal sebagai nenas manis dan nombor satu. Ia mengalahkan nenas Sungai Tong atau Labis.

Sehingga hari ini kalau melalui jalan raya Pasir Mas - Rantau Panjang akan kelihatan para peniaga nenas, puluhan peniaga. Tetapi awas nenas yang dijual itu bukan seratus peratus nenas Gul Periok, tetapi ia nenas yang diseludup dari Siam.

Peniaga berjualan dilokasi itu kerana mahu semaburkan mata peniaga, kononnya ia nenas Gual Periok.

Keberadaan Pak Su Zin diukurkan kepada kemampuannya memiliki motorsikal. Kerana orang lain kalau hantar anak dengan basikal sahaja. Murid pula banyak berjalan kaki. Sementara dengan kereta jarang sekali bahkan boleh dikatakan tiada.

Setiap kali saya sampai di pintu pagar sekolah, saya ternampak Bahri, bertubuh kecil, dan berpakaian kemas akan turun dari motorsikal ayahnya. Ketika ini ingin sangat saya menjadi sepertinya, dihantar ke sekolah dengan motosikal. Tetapi apalah daya, ayah dan ibu saya orang miskin.
Read More / Baca Lagi >>

wirawandesa

0

Posted by Unknown | Posted on 7:57 PTG | Posted in

sumber :-

wirawandesa


BAHASA MELAYU: KITA HANYA PURA-PURA

Posted: 10 Aug 2015 07:37 PM PDT

Minggu ini adalah minggu yang teramat sibuk dengan adanya Pertandingan Pidato Antarbangsa Bahasa Melayu. Dengar cerita para peserta datang dari seluruh pelosok dunia dari 6 benua dan lebih 75 negara. Begitu gah bahasa Melayu di mata dunia. Dikatakan lebih 300 juta manusia menggunakannya dan merupakan bahasa keempat dari semua bahasa di dunia. Setiap tahun kononnya semakin bertambah penggunanya dengan diajar di beberapa universiti terkenal di dunia.

Dan pertandingan pidato ini merupakan acara tahunan dan kononnya sangat dinanti-nantikan oleh ramai penduduk dunia. Tambahan pula kali ini diperkenalkan pula kategori baru iaitu kategori pelajar asing di Malaysia. Ini dilihat sebagai menambahkan lagi rencah pertandingan selain dari kategori antarabangsa dan kategori nusantara.

Begitulah hebatnya bahasa Melayu di mata orang luar khasnya para peserta pidato tersebut. Dan dalam minggu ini pastinya hal ini menjadi berita penting di media dan pasti juga berlambak pujian dan penghargaan diberikan kepada perserta dari luar negera ini. Para pemimpin juga tidak ketinggalan memuji dan memberi galakan dan penghargaan atas penganjuran dan penyertaan mereka.

Malangnya kita sendiri tidak endah sedikitpun tentang bahasa kebangsaan kita itu. Kita tidak peduli dan tidak ambil kisah samada ia menjadi bahasa harian kita ataupun tidak. Yang kita tahu, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing dituturkan seharian. Kalau adapun yang bertutur dengan bahasa Melayu, hanyalah sebahagian orang-orang Melayu. Itupun Melayu yang duduk di desa dan kampung yang kurang pendedahan dengan bahasa Inggeris.

Para pemimpin yang memuja dan memuji tadi juga turut melupakan bahasa Melayu. Bahasa kebangsaan amat jarang digunakan dalam majlis-majlis rasmi apatah lagi ketika menyambut tetamu dari negara asing. Mereka lebih bertenaga menggunakan bahasa Inggeris dari bahasa Melayu.

Media elektronik demikian juga, lebih mengutamakan bahasa lain dari bahasa Melayu biarpun dalam siaran Berita dan Buletin Utama. Setiap kali memasuki slot perniagaan, bahasa Melayu tidak kedengaran lagi. Bahasa Inggeris dan bahasa lain mula mengambil tempat seolah-olah bahasa Melayu bukanlah bahasa perniagaan.


Kita seronok menganjurkan pertandingan begitu rupa, bukan berminat sangat mempromosi dan memperkembangkan bahasa Melayu. Kita berpura-pura cintakannya tetapi tidak pernah berusaha memartabatkannya. PURA-PURALAH ITU NAMANYA.