Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Wanita sokong Najib, pertahan Muhyiddin

Posted: 09 Aug 2015 02:27 AM PDT


Wanita UMNO Tetap Teguh Sokong Najib - Shahrizat

BERA, 8 Ogos (Bernama) -- Wanita UMNO akan tetap teguh memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO, kata ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO mengambil maklum bahawa Najib sedang berhadapan dengan situasi mencabar dalam arena politik masa kini, khususnya krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Krisis itu, katanya, menyebabkan timbulnya pelbagai cerita mengenai perdana menteri, termasuk yang bersifat fitnah dan tohmahan di media, khususnya di media sosial.

"Kita berpegang pada prinsip perundangan. Tiada siapa pun sama ada perdana menteri atau rakyat biasa yang boleh dihukum tanpa bukti atau sebelum disabitkan di mahkamah. Itu tidak adil. Ini prinsip yang digunakan kepada semua rakyat Malaysia.

"Hukuman dijatuhkan melalui proses perundangan, bukan hukuman dijatuhkan dalam media, tohmahan atau fitnah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini.

Shahrizat berkata Wanita UMNO berpijak di bumi nyata dan akur bahawa sekarang merupakan masa yang mencabar untuk parti, namun yakin Najib seharusnya diberi ruang dan masa untuk menyelesaikan isu yang berlaku mengikut saluran perundangan.

Mengulas mengenai rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada barisan kepimpinan negara, Shahrizat berkata perkara itu adalah hak perdana menteri.

"Dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku. Kita menjangkakan perkara di luar jangkaan. Kita ikut perlembagaan dan hierarki yang ada. Beliau sudah pilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan dan reaksi positif atau negatif adalah lumrah.

"Tetapi adakah beliau melanggar undang-undang atau peraturan parti? Tidak," katanya dan menambah Wanita UMNO juga akan memberi kerjasama kepada Muhyiddin selaku timbalan presiden parti.

Shahrizat menjelaskan sokongan kepada Najib dan timbalan presiden parti serta barisan kepimpinan UMNO berlandaskan perlembagaan, etika, konvensyen, adat dan budaya yang diamalkan dalam parti sejak 69 tahun dahulu.

-- BERNAMA

Rumah terbuka PAS dihadiri pemimpin UMNO

Posted: 08 Aug 2015 11:17 PM PDT



Rumah terbuka PAS Penang di Pongsu Seribu yang turut dihadiri pemimpin UMNO.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


107 Cawangan Umno dari Bahagian Pasir Gudang minta Najib berehat dari jawatan

Posted: 09 Aug 2015 08:30 AM PDT

Ahli Umno Johor merayu agar Najib BERUNDUR

Posted: 09 Aug 2015 04:24 AM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Senaskhah al-Quran ditemukan di Pulau Reunion?

Posted: 09 Aug 2015 01:26 AM PDT


SAINT ANDRE  – Penduduk Pulau Reunion semalam menyerahkan senaskhah al-Quran bersalut plastik kepada pihak berkuasa Perancis yang ditemukan mereka semasa mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di pantai timur pulau itu.

"Naskhah itu mungkin dari Malaysia, Indonesia atau Brunei yang majoriti penduduknya adalah Islam,"' kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya oleh media tempatan mengenai buku bersalut plastik itu.

Wartawan itu menambah, al-Quran berkenaan yang merupakan penemuan terbaharu penduduk pulau juga berkemungkinan dari Mindanao, Filipina.

"Namun secara realitinya, naskhah itu berasal dari mana-mana negara Islam," kata wartawan itu yang namanya tidak didedahkan sebagaimana lapor portal Telegraph.

Peningkatan penemuan serpihan yang diserahkan di Pulau Reunion meningkatkan keinginan dalam kalangan waris 239 penumpang yang mahu mereka dibawa ke pulau itu.


Sementara itu, kerajaan Perancis terus meningkatkan usaha mencari serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan sebuah kapal terbang peninjau di Pulau Reunion manakala bot memantau di laut.

"Atas arahan Presiden dan Perdana Menteri Perancis, aset tambahan maritim dan pasukan udara dikerahkan bagi mengesan serpihan di sekitar Pulau Reunion," kata kementerian pertahanan, pengangkutan dan laut dalam kenyataan bersama.

Tambah kenyataan itu, pihak pentadbir Pulau Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang akan dilakukan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan.

Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Cubaan Najib perBODOHkan & MENIPU RAKYAT !!!

Posted: 09 Aug 2015 09:26 PM PDT

Sampai bila nak KENCING BERTERUSAN kpd rakyat... Ingat rakyat bodoh mcm pencacai2 UMNO ka Najib Razak !!!

FAKTA !!!
1MDB telah mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

Mat Sabu: Jika kawan Umno, anda kena keluar

Posted: 09 Aug 2015 09:20 PM PDT

Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya,  Mohamad Sabu.

Ia juga dilihat sebagai satu peringatan tersirat kepada pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini dilihat selesa dengan Umno.

"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disambut tepukan gemuruh di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi.

Mat Sabu berkata GHB, yang terdiri daripada bekas progresif dari PAS, dituduh mahu hidup senang apabila mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan serpihan PAS itu.

Read More / Baca Lagi >>

K'jaan P Pinang teguh di belakang Harapan Baru

Posted: 09 Aug 2015 09:18 PM PDT

Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi.

Lim berkata beliau sebagai ketua menteri, timbalan beliau Rashid Hasnon dan P Ramasamy, dan semua anggota exco kerajaan negeri menyokong gerakan itu.

Dibentuk oleh 18 pemimpin PAS progresif yang kalah dalam pemilihan parti mereka Jun lalu, GHB bersedia untuk menjadi sebuah parti politik bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi selepas GHB didaftarkan.

Ucapan Lim disambut tepukan gemuruh hadirin di majlis Aidilfitri bersama ketua menteri di Seberang Jaya malam tadi.

Menurutnya, ia adalah pendirian kerajaan Pulau Pinang dan tiada siapa yang menentang keputusan kerajaan negeri itu.

Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Demokrasi sudah mati

Posted: 09 Aug 2015 09:17 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

"Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

"Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib," kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Mahathir: Derma Arab RM2.6 bilion 'bullshit'

Posted: 09 Aug 2015 09:15 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

"Siapa dalam dunia ini akan dermakan  AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

"Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu," katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bullshit" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.

MACC transfer order rescinded

Posted: 09 Aug 2015 09:15 PM PDT

The order to transfer two MACC officials to the Prime Minister's Department has been cancelled
Rohaizad-Yaakob,-Bahri-Mohamad-Zin2
KUALA LUMPUR: The order to transfer two Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) directors to new positions in the Prime Minister's Department has been rescinded, according to a source with direct knowledge of the matter.
In a report by the Malay Mail Online, the source said that Chief Secretary to the Government Ali Hamsa will issue a statement on the matter today.
"We are not allowed to say anything. I think KSN (Ketua Setiausaha Negara) will make the statement," he said.
MACC special operations director Bahri Mohamad Zin and communications director Rohaizad Yaakob were ordered last week to report to the Prime Minister's Department on Monday.
No reasons were announced, but "disciplinary issues" were cited by Malay Mail Online quoting unnamed sources.
Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi has so far denied that the transfers were linked to police investigations against MACC officials who have been investigating the affairs of troubled government investment arm 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and the reported deposit of USD700 million into the private bank accounts of prime minister Najib Razak.

Tekanan Rakyat: 2 Pegawai kanan SPRM batal tukar ke JPM

Posted: 09 Aug 2015 09:14 PM PDT

Dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya melaporkan diri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini dilapor dibatalkan pertukaran.

Difahamkan mereka berdua akan dikekalkan di SPRM, bagaimanapun tidak dinyatakan menyandang jawatan sama atau sebaliknya.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob diarah bertukar ke JPM berkuatkuasa hari ini.

Kedua-dua pegawai SPRM itu hari ini berjumpa dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri  Dr Ali Hamsa.

Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini dilaporkan menyebut bahawa kedua-dua mereka dipindahkan atas 'masalah disiplin'.
Pihak media kini sedang berkumpul di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menantikan perkembangan terbaharu tentang isu ini.

Shukri enggan ulas isu perpindahan pengarah SPRM

Posted: 09 Aug 2015 04:18 PM PDT

SEPANG: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Ahad malam enggan mengulas isu perpindahan dua pengarahnya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba ke tanahair jam 9.40 malam tadi.

"Terima kasih, nanti saya jumpa anda (media). Tidak selamat disini. Biar saya selesaikan dahulu," katanya ketika menuju ke keretanya sambil diiringi pengawal peribadi di sini, hari ini.

Shukri berada di AS selama 10 hari atas urusan rasmi.

Terdahulu, selepas mendarat di KLIA Shukri disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Difahamkan, mereka mengadakan pertemuan selama 15 minit di ruang menunggu kenamaan sebelum meninggalkan KLIA.

We only get the Government we deserve

Posted: 09 Aug 2015 04:12 PM PDT

We lament what is happening to our nation, but what about us? When will we change?
malaysia,tukar
A few days ago, I had an enormous craving for a McDonald's breakfast set, so I decided to visit the one closest to home – the one in SS2.
Having made my purchase, I realised that the restaurant was packed to capacity. With the food tray and morning paper in hand, I found my way to the second floor only to find it crowded as well. My eyes searched the room for an available table and then I spotted a child sitting alone at a table, right outside the glass door.
"Is anyone sitting here?" I asked a man occupying the table next to the child.
"No. Sit-lah," he answered as he picked up the two-ish year old kid who apparently was his.
"Thank you."
As I munched on my McMuffin and gulped down some coffee, a woman with a food tray filled with breakfast delights arrived at the table where the man and his two year old were seated. She started nagging. I tried to ignore them. I kept my nose in my morning newspaper and tried to mind my own business. It was just too much noise too early in the morning,
A few minutes later, I noticed the man stealing glances at the front page of my newspaper. His eyes looked like they were skimming the article.
"Would you like to read it?" I asked as I took out the mid-section of the newspaper.
"Nothing to read lah. Only recycled news about 1MDB, Najib, Muhyiddin and Mahathir. Wasting time only," he pouted.
I smiled.
"Every politician is the same. Why you think they want to be a politician in the first place? Easy way to make money-lah," he continued.
"Orang masuk politik senang dapat donation mah. Tak payah susah-susah belajar tinggi-tinggi," echoed the lady sitting next to him as she placed the toddler on the floor, shoeless.
"…but now there are politicians who are trying to make things right…" I replied as my eyes followed the kid roaming around the tables, at times falling on all fours.
"Don't trust what you read. It's all a wayang, just to shut us up. Let me tell you – these people are a bunch of lallangs. Yesterday they blindly supported their leader. Today they support us. Tomorrow they might change again. Semua tak boleh pakai."
Read More / Baca Lagi >>

Jangan risau.. Ada 3,000,000 ahli UMNO tuuu...!!

Posted: 09 Aug 2015 03:57 PM PDT

Biarlah Najib kekal sampai PRU14. Lagi senanglah kami  bongkar kebobrokan UMNO & Najib satu persatu sampai UMNO/BN tumbang..

Siapa yang tak selamat ???

Posted: 09 Aug 2015 03:56 PM PDT

Pegawai2 SPRM ka..??.. atau rakyat dedah penyelewengan Najib & KERAjaan yg tak selamat..???

HAKIKATNYA... selagi Najib berkuasa selagi itulah NAJIB & ROSMAH 'selamat dari segala-galanya...'

Selamat Hari Jadi Saudara Anwar (Happy Birthday, Anwar)

Posted: 09 Aug 2015 10:12 AM PDT

Najib - Baki RM2.6 billion pi mana... ???

Posted: 09 Aug 2015 10:09 AM PDT


Kassim Baba lebih berakai... 

Ketawa besar Najib dan gengnya dan juga orang UMNO dan BN.sebab SPRM sudah sah kan duit 2.6 billion masuk akaun Najib bukan duit 1MDB serta tak boleh di charge rasuah.

Senangnya orang politik ,PM dan Menteri dapatkan duit tak payah angkat cangkul ,pakai baju busuk menoreh ,pagi-pagi ke kebun. 

Bagi mereka duit bukan di carinya tetapi duit yang mencarinya. Saya dan rakyat selaku penyokong ,pengundi, dan memanggil serta memurtabatkannya sebagai pemimpin masih termanggu-manggu bangang. 

Rupanya selama ini duit berjuta-juta dan berbilion guna untuk kempen,buat poster,belikan pengundi beras,gula dan belanja makan serta belanja melancong dan juga suap tunai, rupa-rupanya duit terbang ke akaun. 


Mak dan ayah serta datuk nenek saya tujuh keturunan nikmat pendapatan kurang RM 1000 sebulan hasil kebun yang bekerja dari 6.30 pagi ,lepas subuh hingga jam 3.00petang. Kalaulah Najib beri saya 100 ribu pun masih belum boleh menandingi pendapatan kami selama ini. 

Patutlah Wak Abu kampung saya berpanas miang berkempen hendak jadi wakil rakyat dan bercita-cita nak jadi menteri dan PM. Seandainya Najib seperti ayah dan emak serta datuk saya sudah tentu tidak merasa wang sebanyak itu bahkan satu sen pun tidak akan dapat duit terbang datang ke akaunnya. 

Hari ini Najib dan gengnya telah bersuara terhadap duit terbang ke akaunnya supaya jangan ada orang mempertikaikannya. Barangkali inilah kelakuan orang yang berkuasa selama lebih 65 tahun ada duit melayang ke akaunnya telah menjadi trend untuk perbelanjaan segala aktiviti pilihanraya. 


Kita yang bangang ini hanya tahu kiranya kontrak atau individu yang memerlukan projek hanya perlu menyumbang kepada parti bukan akaun individu. Itu pun wang disumbangkan berupa tunai 99 peratus untuk diri dan 1% untuk parti. 

Macam mana orang seperti ini kita lantik pemimpin yang memimpin rakyat Malaysia seramai 30 juta.Cakap rakyat di utamakan rupanya kita tidak perasan perut,poket dan kantung duitnya penuh melimpah baru berikrar rakyat didahulukan. 


Orang melayu yang memilih pemimpin seperti ini setiap pilihanraya selama 13 kali telah bersubahat menyokong dan menghalalkan kerja-kerja rasuah tidak langsung. Perlu segera mempunyai kesedaran bahawa wang terbang ke akaun merupakan wang rasuah walaupun diberi sebarang tujuan. 

Tidak ada individu,syarikat atau kumpulan yang melakukan aktiviti membodohkannya memberi berupa wang,atau barang yang bernilai berbilion melainkan bagi tujuan kepentingan syarikat atau individu tersebut. 

Najib,menteri atau parti politik yang berkuasa dijadikan mangsa oleh mereka yang mempunyai kepentingan . Najib tentu tahu dari mana sumber wang tersebut melayang ke akaunnya.Tidak ada alasan 2.6 billion dinilai bukan wang rasuah.


Hanya manusia tidak siuman mencampakkan duitnya, itupun bukan ke akaun Najib, ke tanah atau mana-mana tempat. 

Wang 2.6 billion ini sekira di lakukan oleh penyumbang atau tuan punya akaun seperti perangai 'Si Kassim Baba' dalam Filem P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok sudah pasti tidak ada sesiapa pun mempertikaikan malahan di anggap orang kaya terbaik dalam dunia atau telah mencatat Guinness World Records. 


Apa hendak dikatakan lagi situasi yang heboh hari ini terhadap Najib merupakan pengisytiharan perangai orang politik dan partinya bagaimana memperolehi dana kewangan untuk meneruskan kemenangan parti politiknya.Jelas mengharapkan yuran ahli dan aktiviti perniagaan tidak cukup menambat hati pengundi khususnya orang melayu. 

Melayu perlukan "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati", "sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan saya makan , orang yang kaya tak ambil tahu".

Najib Menipu Bila Kata 1MDB Belum Ada Kerugian !

Posted: 09 Aug 2015 09:51 AM PDT

Ucapan Najib di Mesyuarat Perwakilan Umno Pasir Gudang ini memang menarik ! Nak ketawa pun ada sebab kita boleh bayangkan situasinya bagaimana kalau berada dalam dewan ketika itu ..Tapi bab bila Najib sebut hal BR1M -

"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.

Aduyai ..... Najib, Najib ..... takde modal lain lagi dah ke ? Hanya BR1M sajalah yang sering beliau ucapkan di mana2. Fikirkanlah mentaliti atau apa yang ada dalam kepala Najib bila beliau tanya begitu !

Memang betul2 Cash Is King la Najib ni !

Apa Najib ingat duit boleh beli sokongan dan sanjungan rakyat ke ? Masa PRU13 pun BR1M dah diberi tapi apakah ia mampu beli sokongan pengundi ? 

Ingatkan adalah modal baru yang lain untuk memenangi hati rakyat, rupanya masih juga bergantung kepada BR1M. 

Ambil tetap ambil ..... gila, orang nak bagi duit takkan tak nak terima. Bukan duit Najib atau Umno pun tapi duit rakyat juga. Kalau Najib masih bergantung pada BR1M juga untuk PRU14, habislah BN ......

BR1M bukan lagi faktor penentu pilihan rakyat malah ia tidak pernah menjadi faktor semasa PRU13 pun. 

" Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak ? " 

Tolonglah Najib, jangan sebut ayat sebegitu lagi. Macam menghina pun ada. Pasti ada yang rasa geram jer bila Najib cakap macam tu ..... apalagi dengan gaya intonasinya yang macam menganjing.

Saya percaya laporan TMI di atas sebab kemudiannya Najib berkata -

"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Ada cara lain ke lebih baik ? ? ? OMG ! Najib bila tak ikut skrip jadi beginilah. Hancur ! Mesti Najib tak sangka akan menerima jawapan Tidak dari hadirin. Dalam kepalanya dah terbayang hadirin akan bersorak gempita .. NAK !!!!  Tu yang gelabah tu bila skrip lari .... ada ke tanya hadirin balik ada cara lain ke lebih baik ?

Yang bayar penasihat berbillion2 RM tu buat apa ? Kalau Najib sendiri dah tak tahu nak fikir apakah cara lain yang lebih baik dari BR1M, berundur jerlah. Bagi orang lain ambil alih, mungkin akan ada idea2 baru yang lebih bernas dan segar.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian:"

Biar betul Najib ........ saya malas nak cek fakta 1MDB tapi saya pasti untuk tahun berakhir Mac 2014, 1MDB rugi RM600+ juta, itu pun selepas diambilkira penilaian semula nilai tanah, kalau tidak kerugian akan jadi RM1+  bil  ! 

Read More / Baca Lagi >>

Bos nombor 2 SPRM tak yakin selamat ‘bersuara’ sekarang

Posted: 09 Aug 2015 09:40 AM PDT

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Shukri Abdull (tengah) tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 Ogos, 2015. 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Shukri Abdull (tengah) tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. 
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull berkata beliau tidak yakin keadaan semasa "selamat" untuk beliau mengutarakan sebarang pendapat berhubung operasi agensi itu sekarang ini.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pemberita sejurus tiba dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

"Ia tidak selamat. Terima kasih datang. Saya akan bagi kenyataan kemudian. "Ada banyak perkara perlu diselesaikan," katanya kepada pemberita yang menanti beliau di balai ketibaan KLIA sejak pukul 9.30 malam.
Shukri tiba di Malaysia malam ini selepas menamatkan lawatan selama 10 hari ke Amerika Syarikat.
Kelihatan menunggu beliau di lapangan terbang adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan.
Sebaik tiba, Shukri meluangkan masa bertemu dan berbincang dengan Mustafar dan Low di ruang istirehat orang kenamaan KLIA.
Kelibat beliau juga kelihatan dikawal rapi dengan kehadiran sekurang-kurangnya 6 orang pengawal keselamatan memakai jaket berwarna hitam - satu senario yang agak luar biasa buat mana-mana pegawai kanan tertinggi kerajaan.
Kumpulan pengawal yang sama juga sebelumnya membentuk tembok manusia di hadapan pintu masuk ruang istirehat kenamaan sewaktu menunggu Shukri mendarat di KLIA.
Read More / Baca Lagi >>

Tak selamat di sini, kata bos SPRM

Posted: 09 Aug 2015 09:38 AM PDT

Kepulangan yang ditunggu, namun hanya dua ayat sempat dipetik daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull malam ini - "Terima kasih" dan "Di sini tidak selamat".

Beliau 'diserbu' pemberita sejurus selepas tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengulangi ucapan itu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan yang menantinya.

Dikelilingi kira-kira 10 pengawal Shukri cuba dirapati untuk mendapatkan komennya mengenai tindakan kerajaan memindahkan serta-merta dua pengarah SPRM pada Jumaat lalu, Shukri hanya menjawab:  "Terima kasih. Terima kasih. Nanti I jumpa you. "

Beliau juga berkata keadaan "tidak selamat" di situ.

"Biar saya selesaikan dulu," katanya.

Turut kelihatan hadir di KLIA ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Datuk Mustafar Ali.

Tawar diri ganti dua pegawai

Shukri tiba di KLIA pada jam 9.40 malam selepas menamatkan kunjungan rasmi ke AS selama 10 hari.

Read More / Baca Lagi >>

Nak percaya kata golongan yang suka berdusta ???

Posted: 09 Aug 2015 09:32 AM PDT

Inilah standard & pendirian Perdana Menteri Malaysia bagai lalang..

Hanya Kaum Jilat shj yg akan percaya jilat sampai mati w'pun ia penuh dgn dusta..


ISLAM terbela di bawah pemimpin UMNO ??

Posted: 09 Aug 2015 08:40 AM PDT

Bila si JAHIL agama ingin berbicara ttg agama..

Kalau tak pilih UMNO pangkah BN abeslah melayu & Islam di bumi tanahairku malaysia...

Anak2 muda OTAK DACING BIRU pasti suka ISLAM-UMNO sebegini bukan..

Malaysia menuju kediktatoran, kata Mujahid

Posted: 09 Aug 2015 08:37 AM PDT

Datuk Dr Mujahid Rawa berkata cara agensi penguatkuasaan menyiasat antara satu sama lain melihatkan negara semakin menuju kediktatoran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015. 
Datuk Dr Mujahid Rawa berkata cara agensi penguatkuasaan menyiasat antara satu sama lain melihatkan negara semakin menuju kediktatoran. 

Pengerusi Pro Tem Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Rawa memberi amaran Malaysia semakin menuju kediktatoran, melihat kepada cara institusi penguatkuasaan yang digunakan kerajaan memerintah.
Beliau berkata pentadbiran Barisan Nasional (BN) melakukan pelanggaran jelas apabila agensi penguatkuasaan digunakan untuk menyiasat satu sama lain supaya dapat menutup kesalahan.
"Kita tidak pernah melihat bagaimana polis menyiasat agensi penguatkuasaan yang lain, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPRM sedang menyiasat kes yang membabitkan dakwaan terhadap perdana menteri, polis yang di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, yang kini dijadikan timbalan perdana menteri, menyiasat SPRM, dan kini SPRM menyiasat pihak polis. "Kita akan kelam kabut. PM menyingkirkan Peguam Negara dan kemudian datang dakwaan yang Peguam Negara menulis deraf dakwaan untuk menahan perdana menteri... semua ini menunjukkan yang kita bukan sahaja menuju ke arah negara yang gagal, tetapi juga satu kediktatoran," katanya pada satu rumah terbuka yang dianjurkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Seberang Jaya malam ini.

2 pegawai kanan SPRM ditukarkan akan bincang dengan JPA dan KSN kata Shahidan Kassim

Posted: 09 Aug 2015 08:36 AM PDT

Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua hari lepas akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa esok bagi membincangkan pertukaran mereka.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.
"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri hari ini.

Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang 1MDB dapat dikurangkan dalam 5 bulan sembang Najib

Posted: 09 Aug 2015 08:33 AM PDT

PASIR GUDANG: Beban hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mampu dikurangkan dalam tempoh lima bulan akan datang secara berperingkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak hari ini berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ahli parti UMNO sebelum ini.

"Dalam masa 5 bulan akan datang ini, hutang 1MDB akan dapat dikurangkan kepada tahap yang jauh lebih rendah berbanding hari ini," katanya ketika berucap pada mesyuarat UMNO bahagian Pasir Gudang di sini, hari ini.

Menurut Najib, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu.

"Belum apa-apa lagi sudah meletup jadi panas, saya juga sudah mendidih sepanjang masa apabila ia jadi sasaran secara tiba tiba.

"Macam-macam cerita keluar di media sosial sedangkan siasatan masih berjalan, jadi ia tidak adil," kata Najib.

Menurut beliau lagi, 1MDB tidak mengalami sebarang kerugian ketika ini dan hutang yang ada akan dipulihkan melalui penjanaan aset sedia ada.

Tambahnya lagi, selain laporan interim yang sudah sedia dibuat Jabatan Audit Negara, laporan akhir mengenainya akan dikeluarkan sedikit masa lagi sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Wahai rakyat Malaysia, kita di sini tetap bersama-sama

Posted: 09 Aug 2015 08:30 AM PDT

oleh Edmund Lee

Fakta menyedihkan dalam hidup ini adalah apabila ada sesuatu perkara yang salah berlaku, ramai yang lebih cenderung berpaling ke arah lain. Apa yang lebih teruk lagi ialah apabila isunya sangat besar dan memberi kesan kepada sebuah negara dan kita hanya berpura-pura yang semua okay.

Kenapa, masih ramai rakyat Malaysia, terutamanya para menteri dan penggubal undang-undang di gerbang kuasa memilih untuk berpaling ke arah lain kerana takut untuk menyinggung pihak berkuasa atau lebih suka untuk mendiamkan diri dan kekal tidak ambil peduli kerana ini "tiada kaitan dengan kami" atau "kami tidak mahu terlibat sama."

Kebenarannya adalah - apa saja yang berkaitan dengan kerajaan kita memberi kesan kepada negara, dan akhirnya mempunyai kaitan dan memberi kesan kepada kita. Ianya hanya menunggu masa, seperti yang digambarkan dalam kisah ini.

Pada suatu masa, di sebuah ladang... Seekor tikus mengintai di sebalik retakan di dinding dan terlihat peladang dan isterinya membuka sebuah bungkusan. "Makanan apa yang ada dalam bungkusan itu ya?"

 Tikus itu tertanya-tanya tetapi harapan itu bertukar menjadi kecewa apa beliau mendapati ianya adalah perangkap tikus. Melarikan diri ke ladang, tikus itu mengumumkan amaran: "Ada perangkap tikus dalam rumah!

Ada perangkap tikus dalam rumah!" Ayam berbunyi dan mencakar, mengangkat kepalanya dan berkata, "En. Tikus, saya tahu ini adalah satu perkara yang sangat merisaukan awak, tetapi ianya tidak memberi sebarang kesan kepada saya. Saya langsung tidak peduli."

Tikus itu pergi kepada babi pula dan memberitahu, "Ada perangkap tikus dalam rumah! Ada perangkap tikus dalam rumah!" Babi itu bersimpati, tetapi berkata, "Maafkan saya En. Tikus, tetapi tiada apa yang saya dapat lakukan melainkan berdoa. Perangkap tikus tiada kaitan dengan kami.

 Tetapi usah bimbang anda sentiasa tersemat dalam doa kami." Tikus itu pergi kepada lembu dan berkata "Ada perangkap tikus dalam rumah!

Read More / Baca Lagi >>

GHB tekankan Islam ramah

Posted: 09 Aug 2015 08:26 AM PDT

'Umno hanya ada satu nahkoda iaitu presiden parti' - Khaled Nordin

Posted: 09 Aug 2015 08:25 AM PDT

MACC No.2 man returns from US

Posted: 09 Aug 2015 08:23 AM PDT