Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SPRM bergelora menunggu reda

Posted: 07 Aug 2015 10:25 PM PDT


Malaysiakini SINI melaporkan Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau telah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan. Dia memberitahu Malaysiakini, "Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

"Pegawai saya bertindak atas arahan saya."

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Baca kisah di SINI


Kejadian ini ekoran siasatan keatas 6 pegawai SPRM.

Menurut maklumat yang tersebar di Whass App, tindakan yang diambil terhadap kedua-dua mereka adalah tindakan disiplin di atas kenyataan-kenyataan yang telah dibuat kedua-dua mereka. 

Sebagai pegawai SPRM, kenyataan seharusnya di buat dengan discreet supaya tidak menarik perhatian serta menimbulkan persepsi negatif dan memberi bola tanggung buat pembangkang.


Sudah ada pihak pembangkang yang cuba menimba air dari kejadian ini. DAP, dan GHB telah tiba-tiba berpaling memberi hormat kepada SPRM. PAS ada menyerahkan memorandum sokongan. Manakala Azmin PKR cuba bersuara dan dibidas oleh IGP:


Pihak yang menyokong PDRM berhujah:




Yang bertanya kenapa perlu SPRM diserbu bukan setakat dalam SPRM dan juga pembangkang yang mencari peluang tapi juga Menteri dan Ketua Pemuda UMNO yang telah meluahkan suara anak muda.


Setakat ini, siasatan dan pengumpulan maklumat sedang berjalan dan menunggu masa untuk orang awam tahu keadaan sepenuhnya.



Sementyara ini, mereka diminta bersabar.

Saman PM terhadap WSJ tidak boleh dibiar tertangguh

Posted: 07 Aug 2015 05:46 PM PDT

Saman WSJ tak.guna law book Msia yob

WSJ: Najib Intai Pandangan Kedua

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguamnya supaya mendapatkan pandangan kedua dalam kalangan pakar perundangan dalam dan luar negara sebelum memutuskan tindakan terhadap Dow Jones, iaitu penerbit akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguamnya Datuk Mohamad Hafarizam Harun berkata beliau diberitahu untuk segera mendapatkan pandangan kedua tersebut dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam.

"Susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang (RM2.6 bilion dilaporkan telah dimasukkan ke dalam akaun Najib) bukan dari 1MDB dan surat WSJ bertarikh 23 Julai yang jelas mengelak pendirian berhubung artikel pada 2 dan 6 Julai lepas, anak guam saya telah mengarahkan saya untuk mendapatkan pandangan kedua dari segi undang-undang sama ada di dalam atau luar negara," katanya kepada pemberita di luar bilik mahkamah di sini Khamis.

Katanya beliau melihat kepada pandangan pakar undang-undang luar negara mungkin dalam kalangan Peguam Diraja di United Kingdom atau peguam bereputasi di Amerika Syarikat.

Menurutnya, anak guamnnya mempunyai tempoh enam tahun untuk memfailkan kes sivil terhadap The WSJ Malaysia tetapi juga melihatkan tindakan guaman lain yang sewajarnya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

Mengenai bidang kuasa berhubung saman itu, Mohamad Hafarizam berkata ia mungkin difailkan di sini atau di New York.

"Kita mempunyai kes di mana bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew memfailkan sama terhadap WSJ di Singapura pada 1998 dan Tan Sri Mokhzani Mahathir memfailkan saman terhadap The WSJ di sini pada lewat 1990-an," katanya.

Pada 8 Julai lepas, firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menghantar surat kepada Dow Jones untuk meminta pendirian berhubung dua artikel tersebut yang mendakwa kononnya wang sejumlah RM2.6 bilion daripada dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Pada 23 Julai lepas, WSJ dalam surat balasannya, menyatakan mereka tidak perlu memperjelaskan pendirian mereka berhubung dua artikel tersebut.

Isnin lepas, SPRM berkata RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib adalah daripada penderma dan bukan dana 1MDB.

-- BERNAMA

Hafarizam yang kurang mahir dalam perundangan Amerika dan hal2 luar conveyancing sepatutnya dapatkan pandangan segera dari peguam lain.

Jawapan balas WSJ melalui kenyataan akhbar hanya memalukan saja. Jelas WSJ sudah dedahkan dokumen dan maklumat yang seadanya maka tidak perlu dedahkan sumber.

Hafarizam dilihat tidak tegas dalam tuduhan malicious dan membuang masa. Harap tiada lagi tertangguh akan tindakan undang2 supaya maruah Dato Najib dapat dipulihkan.

HYPOCRITE Bar Council have no basis to complain of delay

Posted: 07 Aug 2015 05:30 AM PDT



Bar Council lambasted PAC for delay:


Press Release

Parliament Must Not Countenance Any Delay or Interference in PAC's Investigation into 1MDB

The Malaysian Bar is disturbed by the media statement by the Speaker of the Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, of 30 July 2015, stating that the proceedings of the Public Accounts Committee ("PAC") must be postponed. 

The Speaker's reasoning was that the PAC can only meet after a new Chairman has been appointed.  His statement came after four members of the PAC, including the Chairman, had been appointed to government positions in the recent Cabinet reshuffle announced by the Prime Minister on 28 July 2015.

According to Standing Order 77(4) of the Dewan Rakyat, a Minister (which includes a Deputy Minister) cannot be the Chairman or a member of the PAC.  As such, Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, the Chairman, is ineligible by virtue of his recent appointment as Deputy Minister of Home Affairs; so too are Datuk Wilfred Madius Tangau (now the Minister of Science, Technology and Innovation), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (now the Deputy Minister of Tourism and Culture), and Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican (now the Deputy Minister of Foreign Affairs), who were members of the PAC.

The Speaker of the Dewan Rakyat has misconstrued the Standing Orders.  Standing Order 82(1) states that any Select Committee (such as the PAC) shall, "so far as practicable", reflect the balance between the parties within the Dewan Rakyat.  Thus, the provision clearly does not prohibit a Select Committee, which is not reflective of the composition of the Dewan Rakyat, from functioning.  The PAC still has nine members, four from the Barisan Nasional, and five from the Opposition.  The fact that the PAC is still composed of members from both sides of the aisle is sufficient to allow it to continue.

Further, Standing Order 77(3) states that a Select Committee cannot meet in "the absence of the Chairman or Vice-Chairman due to illness or for any other reason whatsoever".  In the present case, while there is no longer a Chairman of the PAC, a Vice-Chairman remains.  Therefore, Standing Order 77(3) is not contravened, and the PAC can still function.

Standing Order 83(3) states that the quorum for a Select Committee to meet is three members, including the Chairman.  However, the reference to "Chairman" in this Standing Order must refer to a Chairman of the meeting, and not necessarily the Chairman of the Select Committee himself or herself.  This is because Standing Order 77(3) states that in the absence of the Chairman or Vice-Chairman, the remaining members can still proceed to meet so long as they elect a Chairman from among their number to preside over the Committee's meeting.  Therefore, there is no necessity for the Chairman of the PAC himself or herself to be present at a PAC meeting in order for it to proceed.  If the Vice-Chairman is present, he or she is fully able to act as Chairman of the meeting, and the quorum requirement would be satisfied.

It is also to be noted that Standing Order 83(7) states that in the event of "the death or unavoidable absence of a member" of the Select Committee, the Committee of Selection of the Dewan Rakyat "may…nominate another member of the [Dewan Rakyat]" to fill that vacancy, and that this nomination shall be announced to the Dewan Rakyat at its next meeting.  Again, the Standing Order does not suggest that the work of the Select Committee should cease pending that vacancy being filled.      

It is therefore the spirit underlying the Standing Orders, that a Select Committee should be able to continue to function, notwithstanding any vacancies.  It cannot be that the important work of Parliament could be brought to a grinding halt whenever there is a vacancy.  If this were the case, the work of Parliament could easily be frustrated by merely engineering one or more vacancies in any Select Committee in order to prevent it from functioning. 

The proceedings of the PAC — which have already been scheduled for this coming week starting on 4 August, as well as later this month and in September 2015 — to hear from both past and present 1MDB executives, auditors and other persons connected with this affair, must therefore proceed, and any absence by the summoned witnesses from these proceedings would be contempt of Parliament.

The imbroglio surrounding 1MDB is a serious matter.  There is already much public disquiet that the investigations by the Special Task Force are being hindered or impaired, including by various actions directed at members of the Special Task Force.

A number of incidents this past week lend further credence to the perception of interference into the probe being conducted by the Special Task Force, particularly the abrupt termination of the services of the former Attorney General, and the arrest by the police of two individuals — an officer from the Attorney General's Chambers, and a Deputy Public Prosecutor ("DPP") seconded to the Malaysian Anti-Corruption Commission ("MACC") — as well as the reported raid by the police on the DPP's home and office in the MACC, and the alleged removal of documentary evidence relating to MACC's investigations into 1MDB.  In addition, the Inspector General of Police is reported to have said that officials from Bank Negara Malaysia and commercial banks will be called in to assist in investigations.

The Dewan Rakyat, as its name reflects, is the forum where elected representatives of the people convene.   The Government must be held accountable to Parliament for its conduct.  It is therefore critical that Parliament, and particularly the PAC, must not countenance any delay or interference in their investigation into 1MDB.  The proceedings of the PAC must proceed expeditiously.

Steven Thiru
President
Malaysian Bar

2 August 2015

BUT kept quiet when Rafizi abuse court to delay case: 



Rafizi bid to challenge repealed banking law a delay tactic, says NFC boss

Published: 22 April 2015 5:30 PM

The National Feedlot Corporation (NFC) said Rafizi Ramli's bid to challenge the constitutionality of the repealed Banking and Financial Institutions Act (Bafia) is a delay tactic by the PKR secretary-general to avoid facing trial for allegedly leaking confidential bank details linked to NFC.

NFC chairman Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (pic) said the Pandan MP's application was futile, pointless and an attempt to avoid conviction and disqualification as an MP.

"This application to challenge Bafia is actually an attempt by Rafizi to delay the trial of the charges against him and Public Bank Berhad clerk Johari Mohamad and, thus by extension, delaying and denying NFCorp and me, our entitlement to justice and punishment on the very people who had wronged NFCorp and me.

"I am sure that he is certainly afraid to face the charges against him in view that he clearly lied, distorted and misrepresented confidential banking information by exposing such and breaking banking laws. And he knows that he is certainly guilty of such and he is not a whistleblower.

"I believe that if he is convicted, he would be disqualified as a member of parliament and that is something he is trying to avoid and delay," he said in a statement today.

Salleh, who is the husband of former minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, said the High Court, Court of Appeal and Federal Court had unanimously ruled that the charges against Rafizi under Bafia are not mala fide, oppressive or politically motivated.

"Hence, Rafizi's application is certainly redundant and res-judicata as the courts had already decided on the said issue before."

Rafizi on Monday filed an application to challenge the constitutionality of the repealed Act.

His lawyer, N. Surendran said they will be requesting the Sessions Court judge to refer three constitutional questions to the High Court, which violated Rafizi's right under Articles 5 and 8 of the supreme law of the land.

The questions are whether:

* an accused person could remain silent during investigation to prevent being incriminated;

* whether an accused person can be charged under Bafia which had been repealed and replaced with another legislation; and

* whether Bafia is unconstitutional as the prosecution need not prove intention, a key ingredient in a criminal trial.

Rafizi was charged in August 2012 with revealing four Public Bank customer-profile documents on the balance summaries of the NFCorp, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd and Salleh.

He allegedly disclosed the documents to media consultant Yusuf Abdul Alim and to The Star reporter Erle Martin Carvalho, at the PKR headquarters in Petaling Jaya on March 7, 2012.

On September 10, 2012, Rafizi filed an application in the High Court to strike out the charge on grounds that it was against public policy to charge him for revealing alleged abuse of public funds.

He appealed to the Court of Appeal after his application was dismissed by the High Court on November 23, 2012.

On May 23, 2013, the Court of Appeal dismissed Rafizi's appeal to strike out the charge.

The case is scheduled to be heard next week.

In a separate legal suit in Kuala Lumpur High Court, NFCorp and its chairman is suing Rafizi for wrongful allegations about the same confidential banking information, made against NFCorp, its companies and its chairman to the detriment of their businesses.

The suit hearing is scheduled for October 2015. – April 22, 2015

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rafizi-bid-to-challenge-repealed-banking-law-a-delay-tactic-says-nfc-boss#sthash.FNiDRx7m.dpuf
Rafizi still got another one to deal with ...


Read TFK here.

Sokong SPRM tapi DAP pertahan tindakan dalam kes TBH

Posted: 07 Aug 2015 02:30 AM PDT


Tidak cukup melakukan hipokrasi maha agong untuk kini menyokong SPRM yang dahulunya di hina dan dikutuk. Hakikatnya DAP masih membela tindak tanduk mereka dalam kes Teoh Beng Hock dan pusing alasan untuk tuntut Najib di tahan SPRM sebagaimana Teoh Beng Hock.

Memang putar alam ....

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah pun mengumumkan akan menyoal siasat Datuk Seri Najib Razak berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Walaupun banyak pihak mempercayai sumbangan wang itu ada kaitan dengan skandal 1MDB yang bernilai RM42 bilion, pihak SPRM telah menjelaskan bahawa wang RM2.6 bilion tersebut adalah "derma".
Selepas pengumuman untuk memanggil Perdana Menteri, tiada apa-apa tindakan susulan dilakukan oleh badan anti-rasuah negara itu.
Sebaliknya pegawai-pegawai penyiasat SPRM pula ditangkap polis. Malah, pasukan petugas khas menyiasat skandal 1MDB – melibatkan Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan pihak polis – telah dibubarkan.
Sehubungan itu, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh, mempersoalkan apa lagi yang ditunggu oleh SPRM kerana ia sudah pun mengumumkan mahu menyoal siasat Najib.
"Apa lagi yang mereka tunggu?"
"Tidak ada gunanya membuat kenyataan umum jika hanya sekadar menagih simpati. Malah, SPRM juga tidak perlu takut.
"SPRM ditubuhkan mengikut undang-undang. Ia mempunyai kuasa yang luas, termasuk kuasa untuk menangkap dan menahan orang yang disyaki atas sebab siasatan.
"SPRM juga mempunyai kuasa untuk menangani mana-mana pihak yang mengganggu tugas dan tanggungjawabnya," kata beliau dalam satu kenyataan.
Menurutnya, dalam kes Teoh Beng Hock yang hanya menjadi seorang saksi dalam kes yang membabitkan sekadar RM2,400, Beng Hock telah ditangkap dan ditahan di pejabat SPRM, dan disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi.
Tambah beliau lagi, Beng Hock disoal siasat dalam keadaan tegang tanpa diberikan akses untuk mendapatkan peguam.
Selepas soal siasat itu, Beng Hock dijumpai mati di bangunan SPRM pada 16 Julai 2009.
Setelah sekian lama kes tersebut masuk keluar mahkamah, akhirnya Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 telah memutuskan bahawa ada orang atau beberapa orang yang telah menyebabkan kematian Beng Hock.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, SPRM tidak boleh mengkhianati amanah yang diberikan oleh Parlimen kepadanya, dan sepatutnya berani menjalankan tugas tanpa takut dan bimbang.
"Sebagai Ahli Parlimen, saya menuntut SPRM supaya cakap serupa bikin. Mereka mesti membuktikan bahawa mereka adil dalam melaksanakan tugas tanpa memilih bulu," ujar beliau. 
– Roketkini.com
 
Dipetik dari Sarawakiana 

DAP's ultimate hypocrasy!

Posted: 06 Aug 2015 11:38 PM PDT



DAP and the whole Pakatan gang were proven more than once for their hypocrisy.  They are a group of oppotunist whom will do what ever it takes just to feed their desires. What makes it so plausible to assume that hypocrisy is the vice of vices is that integrity can indeed exist under the cover of all other vices except this one. Only crime and the criminal, it is true, confront us with the perplexity of radical evil; but only the hypocrite is really rotten to the core.

Earlier......





Today......



The only vice which can't be forgiven is hypocrisy. The repentance of a hypocrite is itself hypocrisy. A hypocrite despises those whom they deceives, but has no respect for themselves. They would make a dupe of themself too if they could. The worst part of all, worst than a common liar. They are liar that's also a hypocrite. 



Finally they accept TBH death was a suicide in another words. What make they change their mind and stand? Or after all this while, just another drama by Pakatan Rakyat to condemn government agencies and The Government. From foe to friend. Good move, nobble act but unfortunately with bad intention.

After all, just another desperate move by Pakatan Rakyat that just being exposed.......

Gmie Awakening

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KES TEO BENG HOCK DITUTUP: DAP PERCAYA SPRM SANGAT TELUS

Posted: 07 Aug 2015 09:06 AM PDT

SAYA PERCAYA SPRM : KASI TUTUP KES TBH !

SPRM SANGAT TELUS, DALAM KES TBH SPRM MEMANG TELUS, JUJUR DAN BETUL !

KEPADA RAKYAT MALAYSIA MARI SOKONG SPRM, KAMI MENGAKU SPRM KERJA BETUL, ITU KES TBH HEHE KAMI MAHU UNDI SIMPATI CINA MA..

Lim Kit Siang akhirnya mengakui dan menjilat segala tuduhannya ke atas SPRM selama ini kononnya tidak adil, tidak telus dan menyembunyikan maklumat. Lawatan Lim Kit Siang dan seluruh anggota DAP dan PKR mengesahkan bahawa apa yang dilakukan Oleh SPRM ke atas kes TBH adalah betul dan jujur.

Oleh itu, bermaknalah kes TBH ditutup Dan dimenangi Oleh SPRM, ternyatalah kes TBH adalah mainan politik pembangkang sahaja. DAP hanya kambinghitamkan TBH untuk meraih undi sahaja.



KENAPA PRESIDEN UMNO SAHAJA? BAGAIMANA AKAUN PEMIMPIN DAP DAN PKR?

Posted: 06 Aug 2015 11:27 PM PDT

JANGAN DIPERBODOHKAN
Hakikatnya semua parti menerima derma atau sumbangan untuk menggerakkan jentera parti masing-masing. Baik UMNO, DAP, PKR, PAS malah NGO-NGO turut menerima sumbangan. Adakah sesiapa hendak menolak hakikat ini? Hanya anda hendak isytihar atau tidak? atau anda akan dikoreksi atau tidak? Mungkinkah ada parti lain menerima lebih daripada RM2.6 Billion?

1. NGO seperti BERSIH mengaku menerima dana dari NDI (National Democratic Institute) sebuah link NED (National Endowment for Democracy), satu projek NGO pro-Yahudi Israel berpangkalan di Amerika Syarikat. Tujuan NED dan NDI sebagaimana tercatat adalah untuk program-program menentang kerajaan melalui student's demontration, street demonstration dan labour strikes

Isu yang tidak dijelaskan ialah berapakah mereka menerima dana daripada rangkaian NED/NDI sejak BERSIH 1.0 sehingga BERSIH 4.0? Di manakah dana itu dibank-in? Tiada laporan khusus mengenainya, kenapa tidak koreksi! Sudah tentu jumlahnya tidak sedikit!

2. Portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini semasa mula-mula ditubuhkan juga menerima dana dari rangkaian NED dan OSI kata wartawan veteran Y.L. Chong di sini. Juga tidak dijelaskan jumlah sepenuhnya.

3. Kerajaan Pulau Pinang juga menerima derma daripada pihak tertentu seperti ini. Ada yang diketahui umum dan ada yang tidak diketahui? Juga tidak dijelaskan jumlah sebenar.

4. Adakah masuk akal DAP dan PKR tidak pernah menerima derma politik semasa PRU13 dan PRU-PRU yang lepas? Isunya serupa, di mana wang itu dibank-in? Adakah dalam akaun parti atau akaun peribadi atau akaun atas nama Presiden parti? Belum ada sesiapa mendedahkan jumlahnya? Dan para penyumbang juga tidak mahu nama mereka dan jumlah derma mereka disebut-sebut. Mereka mahu merahsiakannya.

Dalam PRU13 yang lalu, semua pihak menyebutnya sebagai pertarungan paling hebat di Malaysia di antara BN vs PR. Maka sudah pasti kedua-dua parti ini memerlukan dana yang besar untuk menggerakkan jentera masing-masing.

Dana Politik UMNO
Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN perlu mencari derma untuk menggerakkan parti di peringkat negeri, bahagian, cawangan dan kampung-kampung. UMNO bukanlah parti yang kaya.

Walaupun UMNO memerintah kerajaan persekutuan, tetapi UMNO tidak ada kuasa menggunakan wang kerajaan untuk menjalankan aktiviti parti. UMNO adalah parti politik. UMNO kenalah mencari sendiri sumber kewangan mereka. Siapakah yang patut berusaha mencari?. Tak kanlah Ketua Bahagian atau calon pilihanraya yang mencari. Mereka sendiri tidak mempunyai wang yang cukup untuk menggerakkan jentera parti di peringkat bahagian dan cawangan.

Wang Kerajaan
Manakala, wang dalam kerajaan adalah wang amanah yang diuruskan oleh kerajaan. Wang amanah ini adalah wang untuk disalurkan kepada seluruh rakyat jelata dan seluruh kawasan tanpa mengira fahaman politik. Wang dalam Kerajaan sangat susah disalahguna, jika bahagian gaji atau bahagian pembangunan atau mana-mana bahagian membuat kesilapan dan berjaya dikesan oleh Jabatan Akauntan Negara, wang yang disalahguna itu mesti dikembalikan semula kepada pihak kerajaan. 

Pernahkah anda membaca Laporan Audit Negara kononnya terdapat mana-mana jabatan kerajaan menyalurkan wang kepada parti-parti politik untuk kegunaan jentera politik? Tiada bukan.

Namun begitu, mana-mana parti politik atau NGO boleh memohon kepada mana-mana jabatan kerajaan permohonan sumbangan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan, kampung yang memerlukan bantuan dan NGO yang hendak melaksanakan program tanggungjawab sosial. Terpulang kepada jabatan masing-masing untuk memutuskan bentuk bantuan yang diperuntukkan di dalam peraturan sedia ada. Tetapi untuk tujuan direct ke kantong parti tidak mungkin.

Dibelanjakan
Berbalik kepada dana pilihanraya. Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN seluruh Malaysia. Tiap-tiap parti politik memerlukan wang untuk menggerakkan jentera mereka seperti membayar yuran iklan di akhbar, media internet, sewa kenderaan, sewa dewan atau hotel. Malah pelbagai perkhidmatan lain seperti telefon, poster, makan-minum malah tambang pengundi sepanjang dua minggu kempen perlu dibantu. 

Terdapat pengundi yang tidak mempunyai wang untuk pergi mengundi, mereka memerlukan wang untuk membayar pengangkutan, makanan dan sebagainya. Terdapat kes pengundi bergaji hari dengan syarikat swasta perlu diganti gaji hari mereka. Pendek kata, segala-galanya perlu dibayar kepada sekecil-kecil perkara. 

Pemimpin-pemimpin UMNO memahami semua masalah itu dan memberikan mereka bantuan tunai sama ada mereka mengundi UMNO atau tidak. UMNO tidak mahu mereka susah. Kepada yang kaya dan berkemampuan sememangnyalah memandang sinis sumbangan itu. Tetapi kepada orang kampung dan yang memerlukan, ianya sangat dihargai.

UMNO di seluruh bahagian sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan berterusan. Mereka perlu membayar sewa bangunan, gaji dan elaun kakitangan pejabat, bil utiliti di samping sumbangan derma setiap hari kepada masyarakat yang memerlukan. Ahli-ahli atau penyokong atau bukan ahli UMNO tidak semuanya senang, ada yang tidak bekerja ada yang hidup sebatang kara, mereka memerlukan bantuan setiap masa.

UMNO seolah-olah sebuah badan kebajikan di mana semua orang datang kerana memerlukan bantuan. Mereka berfikiran wakil rakyat UMNO atau Ketua Bahagian UMNO kaya-raya belaka. Ini adalah tanggapan yang salah. Namun, mahu atau tidak mereka kena bersedia wang tunai di dalam poket mereka kerana mana tahu tiba-tiba rakyat datang memerlukan bantuan wang tunai. Kecemasan tidak boleh dijangka.

Tugas Penting Presiden
Maka tugas penting Presiden parti adalah berusaha mencari dana untuk memenuhi permintaan yang tidak pernah berhenti.

Maka, jika anda bertanya ke mana wang RM2.6 billion itu dibelanjakan? Jawapannya sangat mudah, ianya disalurkan kepada seluruh bahagian di seluruh negara. Ianya disalurkan kepada seluruh wakil rakyat  supaya rakyat di kawasan mereka menikmati bantuan yang diperlukan. Kadangkala projek pembangunan dari Kerajaan sangat lewat kerana terlalu banyak birokrasi seperti prosedur (peraturan) dan kajian. Walhal rakyat mahu cepat. Rakyat tidak mahu tahu apa itu birokrasi, mereka mahu bantuan sesegera.

Wang dana politik itu tidak statik di akaun Perdana Menteri. Apabila Perdana Menteri menyatakan ianya masuk ke akaun Perdana Menteri bukanlah bermaksud akaun peribadi DS Najib sebagaimana akaun bank harian kita. Ianya hanyalah akaun yang bernama akaun Perdana Menteri. Sesiapa akan menjadi Perdana Menteri akan mewarisi wang itu. Jika esok Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri, Lim Guan Eng boleh menandatangi cek akaun Perdana Menteri untuk keperluan rakyat. Seringkali rakyat datang memerlukan sumbangan serta-merta. Kerajaan tidak mempunyai wang dalam bentuk tunai segera jika terdapat keperluan segera dan mendesak oleh rakyat.

Seperti kata Profesor Ramlah Adam (UniMAP), 'tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan menerima derma itu perbuatan salah. Namun, perbuatan itu menyalahi undang-undang jika sumbangan derma itu bagi mendapatkan balasan seperti pemberian tender projek. Menurut Ramlah, jika penderma menyatakan sumbangan diberi atas dasar peribadi sekaligus membuktikan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan'.
PERSEFAHAMAN
Nota: Pandangan ini tidak semestinya pandangan pihak kerajaan atau parti UMNO, ianya berdasarkan pengalaman.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pesan Anwar kepada Najib: Henti ganggu SPRM, Bank Negara

Posted: 07 Aug 2015 06:06 AM PDT

Pesan Anwar kepada Najib: Henti ganggu SPRM, Bank Negara


SUNGAI BULOH 7 OGOS: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan segala gangguan dan ancaman ke atas pegawai-pegawai siasatan agensi kawal selia negara dalam menjalankan tugas mereka.
anwar1"Saya merujuk secara khusus bagaimana anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) diguna untuk menangkap, menyoal siasat malah juga mereman anggota-anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk mereka yang terlibat di dalam siasatan bagaimana RM42 juta wang rakyat melalui SRC International dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib di AmBank.
"Terdapat juga tanda-tanda bahawa Bank Negara, yang merupakan institusi kawal selia yang teramat penting, juga sedang diancam," kata Anwar dalam kenyataan.
Kenyataan itu disampaikan Anwar melalui peguamnya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa yang bertemu dengannya di Penjara Sungai Buloh baru-baru ini.
Anwar berkata, amatlah mustahak bagi negara dan keadaan ekonomi agar Bank Negara terus dilihat sebagai sebuah badan yang bebas, profesional dan berintegriti.
Sambung mantan Ketua Pembangkang itu, Bank Negara wajib dibenarkan menjalankan tugas tanpa kekangan terutama di dalam aspek pengesanan dan pencegahan pengubahan dan aliran wang haram.
"Jika Bank Negara dilihat cuai dan tidak cekap menjalankan tugas akibat gangguan politik, maka ekonomi negara akan mengalami kesan yang amat serius," ujarnya.
Justeru, kata Anwar, rakyat perlu bersatu dalam memberi sokongan terhadap SPRM dan Bank Negara untuk menjamin institusi-institusi ini selamat dari gangguan politik.
"Saya menggesa agar semua rakyat Malaysia, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti, NGO dan masyarakat sivil mengetepikan perbezaan dan bersatu untuk menyelamatkan negara kita dari krisis politik dan ekonomi yang melanda kita sekarang," pesan Anwar.
Beberapa pegawai SPRM kini berdepan tekanan polis termasuk disoal siasat, ditangkap dan direman, susulan dakwaan dokumen bocor ketika siasatan berkaitan 1MD B dijalankan.
Institusi yang terlibat dalam pasukan petugas khas yang menyiasat kemasukan 'derma' RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib adalah Bank Negara dan SPRM, selain PDRM dan Jabatan Peguam Negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=673

PAS Kembali Ke Era Extremism,Kisah Nak Bunuh Ahli Keluar Jemaah (?)

Posted: 07 Aug 2015 01:12 AM PDT




Greenboc



Fikrah 'Holier than thou' yang meresahkan – Ahmad Zhafri Md Noor 

Pasca Muktamar PAS 2015 yang lalu begitu meresahkan saya, dan mungkin menyebabkan sebahagian daripada pemuda dan anggota masyarakat di Malaysia ini tidak senang duduk. Keresahan ini bukan bermula daripada penyingkiran sebahagian kumpulan dan menggantikan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Keresahan ini juga bukan berakibatkan daripada merajuknya golongan tersingkir daripada jawatan parti yang akhirnya membawa kepada penubuhan NGO baru – Gerakan Harapan Baru. 

Dan saya fikir, keresahan ini bukan sekadar pembunuhan karekter (character assassination) secara berkala yang dilakukan dalam majlis-majlis rasmi parti dan tertutup yang dilakukan bertahun-tahun. Istilah barua, pengkhianat, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi tohmahan diberikan daripada satu kelompok kepada kelompok yang lainsehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Keresahan saya adalah disebabkan kewujudkan segelintir anggota masyarakat yang melihat perbezaan ijtihad politik ini sebagaimana perbezaan antara Islam tulen dengan Islam tak tulen, antara pihak yang tuhan 'meletakkan tanganNya' kepada jemaahnya (organisasinya) dengan pihak yang menentang kebenaran, antara para "mujahidin " yang menegakkan hukum Allah dengan golongan tali barut Zionis antarabangsa. Bahkan boleh dikatakan segelintir daripada mereka mentafsirkan kelompok mereka sendiri secara jazm (tuntas) sebagai kelompok yang disebut sebagai "jamaatul Muslimin" (jemaah orang Islam), ghuraba' (kelompok asing dan sedikit) dan juga firqatun najiyah (kelompok yang selamat).

Tuhan dijadikan satu objek yang dipergunakan untuk mewujudkan persepsi kelompok mereka cukup relevan, terpilih dan mulia di sisi Allah. Sesiapa yang menentang mereka adalah terdiri daripada kelompok yang menentang hukum Allah, paling tidak bersekongkol dengan musuh Allah, munafiq haraki, pembantu kuffar, parasit, golongan yang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bahkan diwujudkan istilah tapisan dan ditapis untuk menunjukkan Allah menapis kelompok mereka daripada perencanaan kelompok-kelompok 'jahat' tadi. Akibatnya, sebarang perbezaan cara pandang sesuatu isu dilihat sebagai satu dosa, celaru fikrah, tidak mentaati pemimpin utama, bahkan dipandang sebagai kelompok yang terkeluar daripada jemaah mereka.

Istilah jemaah parasit, pro-IRC, jemaah dalam jemaah, biro politik NGO dan Grand Design mula dipopularkan dan tersebar secara besar-besaran pasca Muktamar PAS yang lepas. Selama ini, istilah –istilah tersebut hanya tersebar di tamrin-tamrin, perjumpaan tertutup sesama ahli dan dalam program terpilih. Ia juga boleh dikatakan sebagai rahsia umum yang hanya diketahui pengamat-pengamat politik, ahli-ahli harakah Islamiyyah (Gerakan Islam) dan kelompok Islamis yang lain. Namun istilah ini dikeramatkan bagi mentahzir sesuatu kelompok melalui beberapa penulisan samaada dalam bentuk buku atau dalam bentuk status facebook.

Salah satunya adalah buku yang ditulis seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Latihan yang dipasarkan dan dipromosikan semasa Muktamar yang lepas. Buku itu sendiri dikritik ketulenan faktanya orang terlibat. Dan ajaibnya, orang yang terlibat itu masih lagi hidup, sihat dan masih lagi aktif berpolitik namun tidak dijadikan sumber primer dalam penulisan buku sejarah jemaah tersebut. Akhirnya, ketulenan fakta itu menjadi polemik yang tak berkesudahan antara pengarang buku dengan mereka yang terlibat.

Facebook juga dijadikan medan perjuangan dan jihad persis medan Badar, Uhud, Khaibar, Mu'tah bahkan persis Medan Rabia di Mesir pada zaman moden ini. Dan ironinya, 'jihad' itu bukan dilancarkan kepada golongan murtad dan enggan bayar zakat seperti mana zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, atau kepada Nabi Palsu Musailamah Al Kazzab , tetapi dilancarkan terhadap sekelompok Islam yang lain. Peperangan ini bukan lagi dilihat sebagai peperangan hujah, intelektual dan penuh fakta tetapi dilihat sebagai peperangan disaluti persepsi, penuh prasangka, terpalit emosi, hikayat politik dari mulut ke mulut jauh daripada hujah yang benar. Malangnya , segelintir daripada manusia meyakini dan beriman inilah peperangan antara haq dan batil. Pemahaman literal ini amat sukar dibendung dalam udara penuh ketaksuban ini.

Saya berpandangan setiap manusia berhak mempunyai pemikiran mereka berada dalam kelompok (bangsa, negara, jemaah, organisasi) yang lebih baik daripada kelompok yang lain. Namun ia menjadi suatu sikap yang ekstrem apabila hanya menghadkan kebenaran itu hanya berada dalam kelompok mereka, dan kelompok lain berada dalam kesalahan dan kesesatan yang nyata. Apatah lagi menjadikan parti atau jemaah sebagai syarat lengkap keimanan !

Penggunaan dalil berupa nas Al Quran, hadis, bahkan kata-kata ulama untuk merujuk kepada kelompok mereka sahaja ditentang ramai ulama dan asatizah seperti Sheikh Solāh 'Abd al-Fattāh al-Khālidī, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman ,pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Rozaimi Ramle dan penceramah bebas, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang secara tuntas mengkritik penyalahgunaan dan penyalahtafsiran nas-nas Al Qur'an dan hadis. Sifat keumuman sesuatu nas itu tidak selayaknya dijadikan harta intelektual dan eksklusif sesuatu kelompok.

Saya fikir, setiap parti yang bergerak atas landasan demokrasi di Malaysia harus sedar mereka membawa satu bebanan untuk menterjemahkan demokrasi sepertimana yang diungkapkan Sir Abraham Lincoln, "Government of the people, by the people and for the people" (pemerintahan dari rakyat, rakyat dan untuk rakyat). Setiap daripada parti politik, ahli politik bahkan anggota kepada parti politik harus sedar setiap daripada mereka membawa suara rakyat. Keberadaan mereka sebagai perwakilan rakyat adalah dengan asbab untuk menjadi khadam kepada rakyat, bukan sebaliknya. Rakyat tidak seharusnya ditakutkan dengan dalil dan penghukuman di akhirat akibat tidak mengikut pandangan dan ijtihad mereka.

Sebenarnya mengungkapkan perkara-perkara di atas adalah sukar dalam situasi dan iklim politik Malaysia yang tak menentu. Ini ditambah lagi dengan kisah-kisah penyelewengan yang dikatakan dilakukan pegawai tinggi kerajaan dan pergolakan dalaman parti samaada bagi pihak parti-parti pembangkang dan juga Barisan Nasional. Kedua-dua pihak, samaada pembangkang dan Barisan Nasional menghadapi satu krisis yang amat memenatkan, yakni krisis pemahaman dan pengamalan amalan demokrasi. Sebagai seorang anak muda yang membesar sepenuhnya di Malaysia, menonton "filem-filem " sandiwara politik amat menakutkan. Kesimpulannya, biarkan nas agama berada dalam "daerahnya" yang tersendiri tanpa dimonopoli sekelompok manusia. Kita bukan berada dalam negara yang mengamalkan Wilayatul Faqih !


TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH


ALOR SETAR : Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.

Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah 'tanfizu syariah' iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.

Kedua ujarnya, 'nasyru dakwah' iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah 'al qada u ala tawaghit' yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.

"Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging," tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.

Manakala keempat katanya, 'idadu jaish 'ila ikalimatillah' iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.

Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud "Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati".

Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam UMNO membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.

"Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.

"Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.

"Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya' Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.

"Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni," ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang.

Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.

Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama.

Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

"Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

"Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, "Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia".

"Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan," tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa'.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.

Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.

Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.

"Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?

"Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, "Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka".

"Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah," terang beliau.

Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.

Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat. 
-Harakahdaily (30.6.2015)



BUNUH INI JAWAPAN USTAZ AHMAD AWANG


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Muhyiddin: Mereka dikelilingi 'yes man' tak akan undur

Posted: 07 Aug 2015 09:21 PM PDT


Adakah dana asing RM2.6b dari Israel?

Posted: 07 Aug 2015 07:12 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.

Penganalisis politik Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah.

"Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.

"Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu disumbangkan oleh pihak tertentu "dari Timur Tengah".

Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti "penderma" tersebut.

Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Derma OK tapi mesti telus

Maszlee berkata, bagi mengelak sebarang syak wasangka Najib tiada pilihan kecuali berterus terang mengenai identiti penderma itu.

Katanya, perdana menteri merupakan seseorang yang diharapkan semua pihak untuk mentadbir negara.
 

Read More / Baca Lagi >>

Bank Negara dan LHDN tahu RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib, kata Pengerusi BNBBC

Posted: 07 Aug 2015 07:05 PM PDT

 Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad menjawab 15 soalan anak menteri besar Johor, Akmal Saufi Mohd Khaled yang menjadi viral di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015. 
 Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad menjawab 15 soalan anak menteri besar Johor, Akmal Saufi Mohd Khaled yang menjadi viral di media sosial.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad menjawab 15 soalan yang diajukan anak menteri besar Johor, Akmal Saufi Mohd Khaled berhubung dakwaan RM2.6 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akmal yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia mengajukan soalan berkenaan di laman Facebook beliau pada Selasa dan jawapan Shahrir itu disiarkan di laman BNBBC semalam.
Berikut disiarkan soalan Akmal pada Selasa dan jawapan Shahrir sebagaimana disiarkan laman pro BN berkenaan.

1. Akmal: Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang memasuki akaun Datuk Seri? Shahrir: Bukan sahaja Datuk Seri Najib tahu tapi Bank Negara Malaysia (BNM) pun tahu.
2. Akmal: Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?
Shahrir: Penyiasatan sudah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik perdana menteri/presiden Umno/pengerusi BN.
3. Akmal: Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
Shahrir: Untuk politik, iaitu Umno dan BN.
4. Akmal: Jika duit tersebut sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?
Shahrir: Selama saya duduk dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno atau Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT Umno dan Perhubungan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Media ‘ditumbuk’, rakyat Malaysia yang ‘lebam’

Posted: 07 Aug 2015 06:56 PM PDT

Oleh Adrian Lim Chee En
Media berperanan melaporkan peristiwa dan mendedahkan kemungkaran mana-mana pihak demi kemaslahatan umum.Namun akibat ketakutan, atau barangkali dengan niat untuk menyembunyikan maklumat daripada diketahui, media sebagai mata dan telinga rakyat pula yang ditutup untuk membungkam pengetahuan.

Dalam kes penggantungan permit akhbar The Edge Financial Weekly, The Edge Financial Daily dan sekatan akses terhadap laman web Sarawak Report berhubung pendedahan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan kaitannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketiga-tiga organisasi media ini seolah-olah "ditumbuk" pemerintah.
Namun malangnya, mata rakyat Malaysia pula yang lebam, kerana "tidak dapat membaca" akibat penggantungan permit dan halangan akses ke laman web. Komitmen perdana menteri dalam kenyataannya pada 2012 yang kerajaan menghargai kewartawanan yang berani dan terbuka tidak lain hanya retorik. Kata anak-anak muda, ucapan Najib ibarat "cakap tak serupa bikin".
Sedangkan rakyat Malaysia berhak mengetahui tentang isu hutang 1MDB yang dikatakan berjumlah RM42 bilion itu, dan derma RM2.3bilion yang diterima Najib.
Tidak ada sebuah bangsa maju dengan mendiamkan mulut rakyatnya yang bertanya.
Tidak ada sebuah pentadbiran seimbang apabila mendiamkan media di negaranya daripada terus menyampaikan pengetahuan.
Read More / Baca Lagi >>

Kekang susut nilai ringgit dengan menguruskan politik negara

Posted: 07 Aug 2015 06:54 PM PDT

oleh Joe Leong 
 
 Nilai ringgit merosot melepasi kadar sokongan 3.9 berbanding US Dolar pada 6 Ogos apabila turun ke paras 3.9125 pada jam 5 petang hari itu. Pemeriksaan Semut Harian pada 9 pagi keesokan hari mendapati ia turun ke paras 3.9155.

Prof Emeritus Zakariah Abdul Rashid pengarah eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) berkata satu-satunya jalan menghentikan penurunan ialah bagi mengelakkan kecelaruan politik yang berbangkit akibat saga 1MDB dan rombakan kabinet.

Menjawab soalan di taklimat ekonomi kebangsaan ke-30 MIER di Kuala Lumpur pada 6 Ogos, Zakariah berkata negara menghadapi penyakit kurang keyakinan di dalam iklim ekonomi hari ini.

"Kita alami simptomnya, kita alami penyakitnya, tetapi tidak punyai solusi ekonomi bagi menyembuhkan. Terpulang kepada pemimpin politik bagi memikirkan dan mencari solusi. Jika mereka sanggup melakukan, kita semua gembira sekiranya ekonomi pulih semula," katanya.

Bercakap kepada wartawan, Zakariah berkata keadaan politik yang kompleks telah meletak tekanan ke atas keyakinan orang ramai terhadap ekonomi.

"Ia bermula dengan kurangnya keyakinan bagi langkah menangani 1MDB dan kini beralih kepada rombakan Kabinet di mana bekas Timbalan Perdana Menteri diketepikan," ujar beliau.

Menurut Malay Mail Online, Prof Emeritus Mohamed Ariff Abdul Kareem (bawah) seorang lagi ahli ekonomi berkata Bank Negara Malaysia telah membelanjakan USD5 bilion (RM19.26 bilion) bulan depan bagi meningkatkan nilai ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

Wang besar, kes besar, SPRM tersasar?

Posted: 07 Aug 2015 06:51 PM PDT

Oleh Azlan Sharif
Tidak! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tersasar, sasarannya tepat, peluru ditembak dan mengena sasaran tetapi malangnya tidak boleh diambil! Ada "the untouchable" yang menjaga melindungi sasaran yang ditembak mengena secara "caught-red-handed".
Wan Noor Hayati Wan Alias wartawan yang membongkar kes rasuah besar yang melibatkan wang besar sejak 2014 juga menerima berbagai ugutan, ancaman, tekanan, sekatan dan gangguan supaya kes rasuah besar ini tidak dilaporkan dalam media

 Tidak ada apa yang mampu dilakukan wartawan untuk melaporkan hasil siasatan selanjutnya. Jika media menerima tekanan dan ugutan itu biasalah kerana semua maklum belum ada lagi kebebasan media di Malaysia ini. Kerajaan sendiri yang menyekat kewartawanan daripada menjadi satu profesion yang profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Tetapi apabila SPRM sendiri menerima tekanan, gangguan dan ugutan, itu langsung tidak boleh diterima. Tersiratnya bermakna ada yang lebih berkuasa daripada Duli Yang di-Pertuan Agong kerana pesuruhjaya SPRM adalah diperkenankan oleh Agong.
Salah satu contoh kes besar yang dibongkar oleh Wan Noor Hayati ialah warganegara ekspres, di mana kewarganegaraan dijual kepada warga asing dengan bayaran mencecah RM1.3 juta ringgit seorang! Bayangkanlah jika bilangannya mencecah 5 juta orang?
Jika RM1 juta seorang bermakna mendapat RM5,000,000,000,000,000,000.00 (dengan 18 kosong).
Jika paling murah RM10 ribu seorang, bermakna mendapat RM50,000,000,000,000.00 (dengan 13 kosong).
Memang wang besar! Dan itu tidak termasuk lagi yang masih "haram" berjuta lagi yang berkeliaran dalam negara.
Dan belum lagi 1.5 juta orang Bangladesh yang hendak dibawa masuk oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mulai tahun hadapan!
Adakah ini tuduhan fitnah? Sudah tentu tidak. Mengambil contoh Sabah sahaja, seperti yang didedahkan tahun lepas dan baru-baru ini, majoriti penduduknya sekarang adalah warga asing pendatang Filipina dan Indonesia, bukan lagi Kadazan Dusun.
Dalam satu operasi di Sabah baru-baru ini SPRM berjaya menangkap sindiket warganegara ekspres ketika sedang melakukan urus niaga. Tiga orang ditangkap berserta peralatan yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Pelanggan berbangsa Cina bersetuju membayar RM1.3 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Ganggu SPRM, Bank Negara punca ringgit lemah - Azmin

Posted: 07 Aug 2015 06:46 PM PDT

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meminta tiada pihak mengganggu tugas siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung dana RM2.6 bilion kerana ia memberi kesan buruk kepada sistem kewangan negara terutamanya melemahkan kadar mata wang.

Katanya, tidak boleh mana-mana pihak mengganggu perjalanan siasatan SPRM dan juga memberi tekanan kepada gabenor Bank Negara kerana  tindakan tersebut memberi kesan kepada ekonomi.

"Negara memerlukan kejuruteraan kewangan baharu yang stabil dan kuat  untuk memulihkan kemerosotan nilai ringgit bagi mengembalikan keyakinan orang awam, pihak swasta dan juga pelabur.

"Kita keyakinan rakyat  kian luntur  menyebabkan nilai ringgit jatuh, pelaburan luar negara (FDI) merosot begitu juga dengan kadar pengangguran dan ini akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi," katanya ketika ditemui di majlis perasmian ibu pejabat baharu Syarikat Kumpulan Naza TTDI, di sini, hari ini.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, oleh sebab itu beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan supaya siasatan SPRM tidak diganggu.

"SPRM selaku badan bebas perlu diberi ruang untuk menyiasat demi mencari keadilan dan kebenaran. Sekiranya anggota perkhidmatan awam, institusi seperti SPRM juga menjadi buruan bagaimana rakyat nak yakin?

Read More / Baca Lagi >>

SOKONG MACC – MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG WARAS RUPANYA…….

Posted: 07 Aug 2015 06:39 PM PDT

Rupanya rakyat Malaysia masih 'waras'. Masih ramai lagi rupanya yang memahami apa yang diarasakan oleh MACC apabila berhadapan dengan tindakan demi tindakan yang dilalui olehnya dalam usaha mereka untuk menyiasat kebenaran yang ingin didedahkan oleh MACC. Seolah-olah ada pihak-pihak tertentu yang cuba 'menghalang' usaha para pegawai MACC yang cuba mendedahkan perkara sebenar mengenai akaun milik peribadi DS Najib yang berjumlah RM 2.6 billion ringgit dan juga berbagai isu yang berkaitan dengan IMDB.
            Rakyat pada mulanya menganggapkan bahawa 'rintihan' para pegawai MACC sebagai satu 'sandiwara' yang sedang mereka pentaskan. Ramai rakyat yang beranggapan demikian. Ada juga asasnya mengapa rakyat beranggapan sedemikian rupa. Walaupun terlalu sukar untuk dibuktikan tentang beberapa tindakan MACC sebelum ini yang dirasakan 'tidak sepatutnya' bersikap demikian, namun apabila melihatkan bahawa MACC seolah-olah 'minta nyawa' daripada rakyat dalam usahanya menjalankan tugas menegakkan kebenaran berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion, maka rakyat telah dengan rela hati menghulurkan bantuan dan sokongan.
            Mungkin ini cara rakyat Malaysia 'memerangi' segala penyelwengan yang dilakukan oleh kepimpinan negara. Bukan cara rakyat Malaysia untuk melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Filipina menentang Presiden Marcos. Dan tidak juga kita seperti rakyat Indonesia menggulingkan Presiden Suharto. Rakyat Malaysia ada caranya tersendiri 'memerangi' dan menentang penyelwengan yang berlaku dalam negara.
            Tan Sri Johan Jaafar, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) merasa amat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menganggu kegiatan dan tindakan MACC yang cuba menyiasat berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion milik DS Najib. Katanya,
            "Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM, hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar…… Persepsi orang ramai bahawa pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara……..PPPR juga berpendapat bahawa semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran," dalam Malaysiakini bertarikh 6 Ogos 2015.
            Amat diyakini bahawa yang menyebabkan berbagai pihak telah 'bangun' untuk mempertahankan tindakan MACC adalah ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.
Read More / Baca Lagi >>

Halang SPRM siasat adalah satu jenayah

Posted: 07 Aug 2015 06:37 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Tindakan menghalang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 48, Akta SPRM 2009.
Sehubungan itu, jika polis meneruskan siri tangkapan dan gangguan terhadap SPRM, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mengajak orang ramai untuk mengemukakan aduan kepada pejabat-pejabat SPRM di seluruh negara.
Katanya, ini akan membolehkan SPRM menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM bagi menangkap anggota polis yang terbabit kerana mengganggu siasatan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, siri tangkapan terhadap pegawai-pegawai SPRM oleh pihak polis nyata telah mengganggu kelicinan proses siasatan yang sedang dijalankan ke atas SRC International Sdn Bhd, sebuah bekas anak syarikat 1MDB yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012, setelah mendapat pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) satu tahun sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Muhyiddin tetap pertahan SPRM

Posted: 07 Aug 2015 06:29 PM PDT

MUAR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal campur tangan menghalang Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkaitan 1MDB.
Muhyiddin berkata, pasukan itu perlu diberikan kebebasan penuhn dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab merungkai permasalahan yang ada.
"Peranan institusi ini untuk menaikkan martabat dan maruah negara dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik bagi menegakkan keadilan.
"Pada masa yang sama, (ia) melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, secara keseluruhannya menjadikan Malaysia sebagai negara bermaruah dan bermartabat," katanya.
Muhyiddin berkata, pasukan itu mesti dibenarkan menjalankan tugas kerana yang lebih penting bukan kerja mereka tetapi hasil kepada kerja yang dilakukan, sama ada hasilnya baik ataupun sebaliknya.
"Rakyat hendak tahu masalah 1MDB ini dan saya rasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran, menggunakan platform parti sebagai Timbalan Presiden Umno.
"Saya hairan apabila bos SPRM boleh melahirkan rasa marah dan kecewa kerana pejabat mereka digeledah untuk mencari maklumat siasatan yang bocor," katanya.
Beliau berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana dalam agensi perlu saling hormat-menghormati, boleh jumpa ketua-ketua agensi untuk berbincang secara tertib serta berhemah.

Pemimpin akar umbi PAS tunggu dan lihat sebelum sertai parti baharu

Posted: 07 Aug 2015 06:24 PM PDT

Kebanyakan ahli PAS menunggu penubuhan parti baharu, Gerakan Harapan Baru untuk membaca perlembagaan dan hala tujunya sebelum membuat keputusan sama ada menyertai atau terus kekal bersama parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015. 
Kebanyakan ahli PAS menunggu penubuhan parti baharu, Gerakan Harapan Baru untuk membaca perlembagaan dan hala tujunya sebelum membuat keputusan sama ada menyertai atau terus kekal bersama parti.

Ketika PAS berpecah 2 dengan terbentuknya Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal menjadi sebuah parti politik Islam baharu, lebih 50% para pemimpin akar umbi khasnya di peringkat cawangan mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka masih menunggu parti baharu dibentuk, apa perlembagaannya dan siapakah bakal pemimpin sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada kekal dalam PAS atau menyertainya.
Bagaimanapun, kebanyakan penggerak akar umbi PAS di peringkat pusat iaitu Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sudah menyatakan sikap masing-masing.

Bekas Ketua Pengarah Unit Amal, Juhari Osman serta ramai ahli jawatankuasanya mengambil sikap meninggalkan PAS dan aktif dalam GHB. Beliau sedang menubuhkan Unit Amal versi GHB  yang dinamakan Amal Relief atau nama ringkasnya Arif. Selain Juhari, turut bersama beliau ke dalam GHB adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Amal, Jahid Zaini (Johor) dan Timbalan Ketua Pengarah 4 Azwan Ismail (Perak) dan Bendahari Mohamad Supian Ibrahim (Negeri Sembilan).
Sebagaimana PAS di peringkat cawangan, kata Johari kebanyakan anggota badan penggerak unit kebajikan dalam PAS ini mengambil sikap tunggu dan lihat.
Bekas ketua pengarah Pasti paling lama (1999 -2011) Azrin Majid juga mengambil sikap meninggalkan PAS dan menyertai GHB. Azrin kini adalah penyelaras GHB Jasin di Melaka dan sedang menyusun aktiviti pendidikan untuk GHB pusat.
PAS mengendalikan lebih 1,400 Pasti di seluruh negara dengan lebih 10,000 pelajar berumur 5-6 tahun menyertainya di samping lebih 3,000 guru terlibat dengannya.
Tunggu dan lihat
Di Selayang, Selangor, bekas yang dipertua PAS kawasan yang kini menyertai GHB Mohamad Abdul Rahman berkata, kebanyakan ahli di peringkat akar umbi takut untuk ke depan dan mengambil sikap tunggu dan lihat.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Orang ramai keliru dengan pertindihan tugas PDRM dan SPRM

Posted: 07 Aug 2015 06:14 PM PDT


Post Pic

SHAH ALAM: Dakwaan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) campur tangan dalam tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga mewujudkan kesangsian awam berpunca daripada 'ketidakjelasan' terhadap skop penyiasatan di antara kedua pihak berkenaan.
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, orang ramai lebih melihat tindakan polis seperti satu pencerobohan terhadap tugas SPRM, sedangkan ia berlaku kerana pertindihan tugas.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) yang kini semakin hangat diperkatakan.
 
"Bila pihak polis menyiasat pasukan penyiasat (SPRM) jadi itu yang menyebabkan pertindihan yang dilihat sebagai satu gangguan. Ia seperti mengganggu, tapi kebocoran itu dikenalpasti dilakukan di kalangan pihak penyiasat. Itu yang masalahnya. Polis kena siasat, tak boleh tunggu selesai kes baru nak siasat," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Azizuddin yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menolak tanggapan bahawa tindakan pihak polis sebagai 'campur tangan' terhadap penyiasatan isu kontroversi berkenaan. 
 
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menafikan pasukan polis cuba campur tangan dalam penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM berhubung dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.
 
Kata Noor Rashid, pihak polis hanya mengambil tindakan ke atas perkara yang melibatkan kebocoran maklumat yang bukan saja melibatkan draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga terhadap maklumat perbankan peribadi yang bertentangan dengan Akta Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
 
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Azmin minta KPN jawab kepada rakyat

Posted: 07 Aug 2015 06:13 PM PDT


Post Pic


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjawab sendiri kepada rakyat berhubung isu campur tangan pihak polis dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu diberikan penjelasan daripada polis setelah tindakan pasukan itu yang menyoal siasat pegawai SPRM menimbulkan kesangsian terhadap ketelusan siasatan terhadap syarikat yang dibebani hutang itu. 
 
"Suruh dia (Khalid) jawab kepada rakyat. Rakyat memerlukan penjelasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Baru Syarikat Kumpulan NAZA TTDI di Seksyen 13, hari ini.
 
Rabu lalu, Azmin membidas tindakan polis dalam melakukan serbuan dan mengambil keterangan pegawai-pegawai SPRM yang disifatkan sebagai cubaan untuk masuk campur dalam siasatan 1MDB.
 
Malah kata Azmin, perbuatan itu perlu dihentikan segera.
 
Susulan daripada itu, Khalid menerusi Twitter kemudian menegur Azmin dan mencadangkan kepada pemimpin PKR itu supaya berhenti mempertikai tugas polis dan SPRM.
Read More / Baca Lagi >>

Pertukaran Dua Pengarah SPRM: "Terkejut Tapi Akur" - Rohaizad

Posted: 07 Aug 2015 05:23 PM PDT

Rohaizad (kiri) ketika menyambut kehadiran pembangkang di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya lewat Khamis, 6 Ogos 2015.
PETALING JAYA: "Terkejut...tapi saya akur dengan perintah ini." Itulah reaksi spontan Pengarah Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Rohaizad Yaakob apabila ditanya mengenai  pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berkuatkuasa serta merta.
Pegawai berusia 54 tahun ini berkata, beliau menerima perintah pertukarannya itu dengan terbuka.
"Ini kerana saya anggap saya telah pun menjalankan tanggungjawab saya sebagai pegawai perkhidmatan awam sebaik mungkin.
"Dan sebagai penjawat awam yang setia kepada kerajaan, saya patuh arahan pengurusan tertinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Difahamkan, Rohaizad menerima surat pertukarannya yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Mohamad Zainal.
Surat itu disampaikan melalui Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali, petang Jumaat.
Sementara itu satu sumber lain memberitahu mStar Online bahawa surat itu menyebut, Rohaizad diarah bertukar ke Bahagian Pentadbiran JPM kerana bertindak di luar batasan sebagai seorang penjawat awam.
"Kunjungan wakil pembangkang yang memberi sokongan kepada SPRM serta video Rohaizad bersalaman dengan kumpulan berkenaan yang tersebar menjadi punca beliau ditukarkan ke JPM," kata sumber itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PEGAWAI SPRM DIPINDAH, KEADILAN BUAT LAPORAN DAN DEMO SOKONG SPRM

Posted: 07 Aug 2015 05:15 PM PDT

Saya amat terkejut dan kecewa mendapat berita bahawa Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob telah ditukar jawatan sehari selepas pertemuan beliau bersama beberapa ahli parlimen Pembangkang termasuk saya sendiri.
Saya menggesa pihak berkuasa untuk memberi penjelasan serta-merta tentang penukaran jawatan pegawai-pegawai kanan SPRM ini, agar tidak timbul persepsi campur tangan politik dan hukuman punitif yang dikenakan sebagai amaran kepada anggota SPRM yang lain.
Oleh kerana tindakan-tindakan campur tangan dan ancaman terhadap anggota SPRM jelas berterusan, saya akan mengarahkan anggota KEADILAN untuk membuat laporan polis serta mengadakan himpunan menyokong SPRM di kesemua pejabat SPRM seluruh negara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

Aktivis bimbang masa depan negara selepas perpindahan mengejut pengarah SPRM

Posted: 07 Aug 2015 05:08 PM PDT

Aktivis mengecam tindakan memindahkan 2 pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPN).
Bekas diplomat, Datuk Noor Farida Ariffin (gambar, kanan) menyifatkan tindakan itu sebagai mengejutkan dan boleh mengancam keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negara.
Noor Farida yang juga ahli Kumpulan Tokoh Melayu (G25) berkata, berdasarkan peristiwa yang berlaku baru-baru ini termasuk pemecatan peguam negara secara tiba-tiba dan penangkapan anggota pasukan petugas khas tidak cukup membuatkan rakyat Malaysia untuk melupakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya dengar kedua-dua mereka dipindahkan ke bahagian pentadbiran di JPM. "Anda tidak perlu untuk menjadi seorang saintis roket untuk membuat kesimpulan yang motif di sebalik perpindahan mereka adalah untuk meneutralkan dan menghalang mereka daripada menyiapkan tugas menyiasat 1MDB," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu mesej WhatsApp.
Pengarah (Operasi Khas) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan semalam ke JPM serta merta.
Kedua-duanya dijangka melaporkan diri di jabatan itu pada Isnin ini.
Bahri begitu lantang dalam kenyataan beliau terhadap pihak polis berhubung tindakan pasukan keselamatan itu yang melakukan siasatan ke atas SPRM susulan kebocoran dokumen sulit kerajaan membabitkan 1MDB oleh agensi anti-rasuah itu.
Peguam yang juga Pengarah Eksekutif Liberty Eric Paulsen turut menyokong pandangan Noor Farida sambil mengatakan yang beliau bimbang Malaysia akan mudah terjerumus ke peringkat sebuah negara yang gagal.
Bagaimanapun katanya, ketika negara dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang melanda baru-baru ini, beliau sudah menjangkakan perkara itu biarpun SPRM berada dalam pemerhatian dengan beberapa penyiasatnya ditangkap dan pejabat mereka digeledah.
"Jelas sekali ini adalah satu penyalahgunaan kuasa, menghalang dan mengganggu siasatan SPRM tidak boleh diterima dalam mana-mana negara moden dan demokratik yang menghargai kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik dan berakauntabiliti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kejatuhan ringgit pacu inflasi lebih tinggi - Pakar

Posted: 07 Aug 2015 05:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kelemahan ringgit tidak hanya menjejaskan perniagaan yang melibatkan import barangan mentah, sebaliknya pengguna pada peringkat akhir.

Menurut Felo Utama Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr John Antony Xavier, 70 peratus barangan import adalah untuk penghasilan produk pengguna di pasaran domestik dan kenaikan kos import pasti akan meningkatkan harga akhir barangan dan juga barangan import lain.

Dr John berkata meskipun harga minyak yang lebih murah di pam akan mengimbangi Indeks Harga Pengguna (IHP), namun bagi jangka panjang sekiranya ringgit terus merudum, ia akan meningkatkan inflasi.

"Bila nilai ringgit turun, kita perlu mengeluarkan banyak ringgit untuk membeli barangan yang kita import dalam nilai dolar, demikian kita akan alami inflasi import. ini akan burukan lagi inflasi kita yang telah pun dijana oleh GST," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun Dr John berkata kadar inflasi semasa sekitar 2.5 hingga 3 peratus adalah tidak membimbangkan.

Tambahnya bagi mengatasi penyaluran kos kepada pengguna akhir, pengeluar perlu meningkatkan produktiviti.

"Salah satu tingkatkan produktiviti kita, supaya kita terus kurangkan kos pengeluaran barangan kita dengan inovasi dan Kajian serta Pembangunan (R&D)," katanya.

Ujar beliau sentimen kadar faedah Rizab Persekutan Amerika Syarikat terus memberi tekanan terhadap nilai ringgit kerana pelabur menarik keluar modal dari Malaysia untuk memasuki pasaran Amerika.
Read More / Baca Lagi >>

Wajib berdiri di belakang SPRM

Posted: 07 Aug 2015 05:02 PM PDT

Faisal Tehrani

Minggu lalu keretaku rosak lagi. Aku menghantarnya ke bengkel biasa. Sebelum ini urusanku dengan pemilik bengkel memang urusan kereta. Hampir tak pernah kami berbual, kecuali basa-basi kecil.

Hujan sedang lebat di luar. Aku terkandas. Pemilik bengkel tersebut, yang aku panggil Abang Sham memberitahu yang dia tidak boleh mula bekerja lagi, "Biar kereta sejuk sedikit."

Aku angguk dan dia duduk di sebelahku. Kami berbual bermacam-macam perkara. Antara yang aku tertarik ialah apabila abang Sham memberitahu dia menghantar dua orang anaknya ke luar negara untuk belajar perubatan dan kejuruteraan tanpa memohon pinjaman mana-mana. Katanya dia hidup berdikit dan bekerja keras.

Lebih mengejutkan, dia memberitahuku yang dia mahu anak-anaknya tidak pulang ke Malaysia untuk bekerja.

"Itu juga punca saya tak buat apa-apa pinjaman supaya mereka boleh belajar dan bekerja di mana saja di dunia. Saya beritahu anak-anak, sepuluh tahun di luar negara lebih baik dari sepuluh tahun di Malaysia. Kau takkan dapat apa dalam tempoh sepuluh tahun itu jika di Malaysia."

Kemudian abang Sham bercerita tentang harga barangan yang naik, duit rakyat yang dikebas dan rasuah. Aku agak tergamam kerana tidak menyangka abang Sham mempunyai fikiran yang jernih.

Aku menyatakan segala apa yang disebutnya dalam perbualan kami, iaitu bagaimana anak dan isterinya perlu bekerja sambilan untuk menambah pendapatan; atau perihal sesetengah orang yang rasa selamat bergantung kepada hubungan baik dengan orang-orang berpengaruh.

Abang Sham juga bimbang dengan penipuan berleluasa atau perubahan nilai terhadap kerja, di mana orang yang bekerja keras sukar untuk menabung apatah lagi hidup lumayan sedangkan orang yang bekerja keras pula hanya sekadar melihat ketidakjujuran dan kemalasan mendapat ganjaran besar melalui rasuah.

Beliau juga mengeluh mengenai harga barang meningkat, dan betapa kita semua dibebani oleh inflasi; serta kebuntuannya melihat dana dan hasil kerajaan digelapkan dengan jumlah-jumlah yang besar.

Itu semua bilangku, sudah ditulis oleh al-Marhum Profesor Syed Hussein Alatas dalam bukunya 'Rasuah Sifat, Sebab Dan Fungsi'. Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apa yang disebut oleh Abang Sham dirasai oleh hampir semua kita murbawan, orang jelata.

Sumbangan besar Syed Hussein Alatas dalam bukunya itu adalah menganalisis rasuah metastatis. Apakah rasuah metastatis?

Menurut Syed Hussein, rasuah jenis ini bertindak dengan cara "penggandaan sel-sel barah yang tidak terkawal, kemiripan dengan sel-sel asalnya, melakukan sebahagian fungsi sebagaimana sel asalnya dan penampilannya dengan ukuran yang lebih besar pada tahap perkembangan kromosom."

Jelaslah 'metastatis' adalah sebuah istilah yang beliau pinjam dari bidang kajian barah.

Seperti sel barah, rasuah metastatis tumbuh, berleluasa dan seterusnya merebak dan kemudian tersebar menjangkiti pusat penting pentadbiran kerajaan yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat, sebagai contoh, melibatkan pasukan penguatkuasaan undang-undang seperti polis.

Syed Hussein menyatakan satu kes sebagai contoh, di mana seorang pegawai polis Hong Kong berpangkat rendah menjadi jutawan hasil amalan rasuah metastatis. Walaupun beliau akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan didenda sebanyak HK$16 juta tetapi kerosakan terhadap citra kepolisian telah pun terjadi.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan perlu tangani kejatuhan mata wang - LGE

Posted: 07 Aug 2015 04:56 PM PDT

GEORGETOWN - Kerajaan diminta bertindak segera bagi memulihkan nilai mata wang negara yang kini makin menurun berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berbuat sesuatu agar nilai mata wang negara tidak terus merudum kerana ia amat membimbangkan.

Menurutnya, jika Malaysia tidak bertindak segera, nilai ringgit akan mencapai tahap terendah dalam masa terdekat.

"Pakar pengurusan menjangkakan nilai wang kita akan turun sehingga RM4 bersamaan 1USD. Ia boleh mencapai tahap terendah jika tidak ditangani segera.

"Saya percaya ia mungkin disebabkan dasar yang gagal selain pengurusan kewangan yang memalukan termasuk isu 1MDB," katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga dilihat gagal dalam pelaksanaan dasar dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dapat merawat keadaan kewangan negara.

"Menteri berkaitan dan Najib perlu mengambil langkah segera bagi memulihkan ekonomi negara," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Pesan Anwar kepada Najib: Henti ganggu SPRM, Bank Negara

Posted: 07 Aug 2015 04:53 PM PDT

anwar1SUNGAI BULOH 7 OGOS: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan segala gangguan dan ancaman ke atas pegawai-pegawai siasatan agensi kawal selia negara dalam menjalankan tugas mereka.
"Saya merujuk secara khusus bagaimana anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) diguna untuk menangkap, menyoal siasat malah juga mereman anggota-anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk mereka yang terlibat di dalam siasatan bagaimana RM42 juta wang rakyat melalui SRC International dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib di AmBank.
"Terdapat juga tanda-tanda bahawa Bank Negara, yang merupakan institusi kawal selia yang teramat penting, juga sedang diancam," kata Anwar dalam kenyataan.
Kenyataan itu disampaikan Anwar melalui peguamnya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa yang bertemu dengannya di Penjara Sungai Buloh baru-baru ini.
Anwar berkata, amatlah mustahak bagi negara dan keadaan ekonomi agar Bank Negara terus dilihat sebagai sebuah badan yang bebas, profesional dan berintegriti.
Sambung mantan Ketua Pembangkang itu, Bank Negara wajib dibenarkan menjalankan tugas tanpa kekangan terutama di dalam aspek pengesanan dan pencegahan pengubahan dan aliran wang haram.
"Jika Bank Negara dilihat cuai dan tidak cekap menjalankan tugas akibat gangguan politik, maka ekonomi negara akan mengalami kesan yang amat serius," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Derma RM2.6B: Sharir Samad jawab soalan anak Khalid Nordin

Posted: 07 Aug 2015 04:52 PM PDT

Pengerusi BNBBC memberikan jawapan ringkas terhadap soalan yang dibangkitkan berhubung dana derma ke dalam akaun Perdana Menteri
Khalid-Nordin,-Sharir-Samad
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menjawab 15 soalan yang bangkitkan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamad Khaled.
Ia berhubung dana yang dikaitkan dengan derma ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Berdasarkan portal bnbbc.my, Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menjawab bermula daripada soalan paling akhir yang dibangkitkan anak kepada Menteri Besar Johor itu.
Bagaimanapun, dalam laporannya, Utusan Malaysia Online mengolah berdasarkan soalan yang dibangkitkan.
1 Ketika Perdana Menteri menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?
Bukan sahaja Perdana Menteri tahu tapi Bank Negara pun tahu.
2 Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?
Penyiasatan telah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik Perdana Menteri, Presiden UMNO ataupun Pengerusi Barisan Nasional (BN).
3 Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan kepada kerajaan dan adakah untuk UMNO atau tujuan peribadi?
Untuk politik, iaitu UMNO dan BN.
4 Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepemimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi mengetahui tentang derma itu?
Selama saya dalam Majlis Tertinggi UMNO atau Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri.
5 Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui, adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.
6 Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.
7 Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Datuk Seri menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
Perdana Menteri sudah menyatakan derma itu bukan untuk peribadi.
8 Bolehkah seorang menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
Adakah Menteri Besar dilarang mencari dana politik?
Read More / Baca Lagi >>

Can we now trust MACC?

Posted: 07 Aug 2015 04:50 PM PDT

The Opposition must not abandon its role as watchdog over MACC just because it is politically expedient to do so.
sprm,trust
What a surprising turn of events. The Opposition and the MACC are on the same page, something few of us would have predicted even a week ago. The two have traditionally been enemies, with the tension between them peaking six years ago over the death of Teoh Beng Hock, aide to Selangor exco member Ean Yong Hian Wah.
Teoh died at the MACC office in Shah Alam, where he was being interrogated in connection with charges of corruption involving his boss. There followed years of controversy amid court hearings and an inquiry by a royal commission in search of the truth behind his death. Suspicious circumstances surrounding the death inspired a crusade against MACC that was led by the Opposition and Teoh's family. To cut a long story short, the Malaysian public eventually found some solace in a Court of Appeal verdict that "a person or persons" were responsible for Beng Hock's death.
This would not be the last or only time that the MACC and the Opposition would lock horns. In fact, just at the end of July DAP put the MACC on blast for allegedly attempting to cover up wrongdoing in the purchase of a Melbourne property by Mara.
Now, after the MACC itself has been raided over the ongoing investigation on 1MDB, the Opposition parties seem to have set aside their complaints to show support for the beleaguered watchdog after its Special Operations chief, Bahri Mohamad Zin, swore to find the alleged masterminds who ordered the arrest of his officers. Bahri's speech was perhaps the tipping point in the Opposition's decision to side with MACC, since he spoke of the masterminds as people with political powers.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal SRC & Derma RM2.6B: KJ minta henti kacau dan menakutkan pegawai SPRM

Posted: 07 Aug 2015 04:49 PM PDT

Tindakan sesetengah pihak memberi persepsi seolah-olah terdapat pihak yang ingin menyembunyikan fakta sebenar siasatan
Khairy-Jamaluddin,-macc,-1mdb
PETALING JAYA: Semua pihak diminta menghentikan dengan segera sebarang bentuk serangan, sekatan dan intimidasi terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan siasatan kes 1MDB.
Ketua Pergerakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata tindakan itu menyebabkan timbulnya persepsi seolah-olah terdapat pihak yang ingin menyembunyikan fakta sebenar siasatan.
"Apa saja intimidasi (tindakan menakutkan pegawai SPRM) yang seolah-olah terancang, mestilah dihentikan serta-merta. Tindakan seperti ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat.
"Rakyat akan beranggapan setiap kali SPRM mahu menjalankan tugas, macam-macam berlaku kepada mereka, termasuk pegawainya dipindahkan dan sebagainya.
"Saya harap perkara ini ditangani dengan segera. Malah, saya difahamkan ada seorang pegawai SPRM dipindahkan hanya kerana kesalahan menerima kunjungan wakil rakyat pembangkang ke SPRM," katanya yang dipetik daripada Berita Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

Nampak??.. Tiba-tiba cubaan PERBODOHKAN RAKYAT...!!!

Posted: 07 Aug 2015 04:40 PM PDT


"Ini ialah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan menunjukkan yang ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha SPRM mencari kebenaran," kata Datuk Saifuddin Abdullah

Memang sudah dijangkakan... 'cacing-cacing' dah boleh tarik nafas lega yer..

Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SUSUT RM14,700,000,000 (RM14.7 BILION) dlm masa 2 minggu aja..

Posted: 07 Aug 2015 04:34 PM PDT


JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!
JANGAN RISAU.. Penyangak negara songlap puluhan bilion ringgit, tiba2 'Bos operasi khas SPRM' yg siasat skandal 1MDB dikeluarkan serta-merta dari SPRM dan dipindahkan ke JPM plok.. !!!

NAMPAK TAK !!!

Bila la negara nak jahanam... Selagi negara tak jahanam rakyat tak akan sedar2..