Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CONFIRMED, MH370 TELAH DITEMUI

Posted: 05 Aug 2015 11:13 AM PDT


Terjawab sudah pencarian pesawat MH370 Telah ditemui di sekitar Pulau  Reunion Perancis.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi. Semoga bersabar dengan berita sedih ini. Rakyat Malaysia bersamamu.

Innalillahi Wainna Ilahi Rojiun dan Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.

Dan ucapan Takziah kepada yang bukan beragama Islam. 


JANGAN IKUT DAP DAN GHB, MEREKA BODOH LAGI MEMBODOHKAN

Posted: 05 Aug 2015 07:07 AM PDT


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP lupa dulu kacau polis siasat kes Teoh Beng Hock

Posted: 05 Aug 2015 11:25 PM PDT


Ada pihak pro pembangkang tuduh serbuan yang dibuat bagi menyiasat kebocoran siasatan untuk melambatkan siasatan. Pembangkang memang mudah lupa sebab dulu DAP saja kecuhkan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock untuk lambatkan siasatan.

Rocky Bru berikut:

I don't have to harp about my faith in and support for our anti-graft men and women. You can simply google-search my past blog postings and they'll do the bragging for me. I can't say the same for the hypocrites who have now emerged from nowhere as instant champions of SPRM.
12.50 AM 6 Aug 2015 
For I still remember how not too long ago the mysterious death of DAP staffer Teoh Beng Hock, who had been helping the Malaysian Anti-Corruptoin Commission with investigation into misappropriation of funds in the party when he fell to his death, was used by these hypocrites to the max and at every chance to harrass the MACC and eventually cow them into  stopping the investigation altogether. 
They brought in a Thai forensic expert who was able to conclude that TBH had been the victim of murder - not suicide - just by looking at some pictures sent to her! Hypocrites went on for a couple of years at least telling Malaysians how corrupt the anti-graft boys themselves were, that they were BN stooges, and that they were the ones who had killed TBH! Poorr TBH was later used as a rallying point for hypocrites' political parties during national elections. I don't have to go into the details of the sentiments the hypocrites played up during the rallies to demonize the MACC. 
Go, support the SPRM as you all should have done all along. But first, scums, have the decency to apologize to SPRM chief Abu Kassim for the injustices you've committed against him and his men and women these last 5-6 years.
--------------

Kes TBH masih belum ada siasatan polis. Mahkamah rayuan baru arah polis siasat setelah Inquiry di buat oleh pejabat Koroner dan keputusan Koroner dipersoalkan DAP di mahkamah rayuan.

DAP lah yang berjaya kacau pihak berkuasa lakukan siasatan

SPRM beri penjelasan

Posted: 05 Aug 2015 08:25 PM PDT


Minggu lepas dah dilaporkan Tan Sri Abu Kassim bercuti. Minggu ini pun diulang TS Abu cuti seminggu.

Malah Dato Shukor yang dikatakan turut cuti ke New York diandaikan macam-macam padahal dia ke sana atas utrusan siasatan. Difahamkan nama Dato Shukor ada tersebar sebagai dituduh melakukan kebocoran.

Tujuan pihak tertentu adalah untuk perbesarkan acara solat hajat perdana SPRM seolah-olah ada rasa ketidak puashati di kalangan pegawai SPRM dan penyiasatan terhadap beberapa pegawai termasuk seorang Pengarah Operasi.


Harapnya ambil dulu sikap baik sangka hingga maklumat dibentangkan sepenuhnya.





Jika sudah memohon kebenaran, keselamatan dan kekuatan dari tuhan, buka hati untuk baca kenyataan rasmi SPRM:


PENJELASAN MENGENAI ISU DANA RM2.6 BILION DAN SIASATAN SRC INTERNATIONAL

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan  SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International atau pun mengenai dana RM2.6 bilion.

Oleh itu, SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.


SIASATAN BERKAITAN 1MDB

Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan  bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB. Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes  1MDB  dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.


SUMBANGAN DANA RM2.6 BILION DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI

Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri.

Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.


SIASATAN MENGENAI SRC INTERNATIONAL

SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.

Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini  telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB.

Diharap penjelasan ini akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Adalah diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour.  SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.


KEDUDUKAN PASUKAN PETUGAS KHAS

Mengenai persoalan mengapa SPRM yang membuat kenyataan media pada 3 Ogos 2015 tanpa penglibatan Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, ingin dijelaskan bahawa SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing.

Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan.

Agensi masing-masing mempunyai pasukan petugas khas dalaman  mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara Malaysia untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

5 OGOS 2015

ALFATIHAH!!! Kesan Reunion Island sah MH370.

Posted: 05 Aug 2015 05:39 PM PDT


PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370

 On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.

 The plane's disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

 Neither could investigations by the world's leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane's disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.

 Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.

Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.

 We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.

  This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.

  The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.

I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370's disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.

And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.

The plane's disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

Neither could investigations by the world's leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane's disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.

Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.

Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.

We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.

This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.

The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.

I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370's disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.

And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

Dah lama mintak, Azmin ... tapi si jambu beri jawapan skema

Posted: 05 Aug 2015 06:30 AM PDT



Konon jawapan balas yg terus score goal ... Hehehe Azmin.

Dah lama mintak.jawapan


Malangnya si jambu kasi jawapan skema



Macam orang tak tahu ...

Political funding: Kenapa DAP, PKR, Ngo kiri diam no spiak?

Posted: 05 Aug 2015 02:30 AM PDT





Malah Anwar pernah tubuhkan slush fund.


Lain PM yang mahu hentikan salahlaku dana politik ...


... tapi pembangkang tak setuju.


Mereka guna cubertrooper tuntut PM dedahkan tapi sendiri punya takut dedah.


Beranikah Suaram, Bar Council, SEAPA, Bersih dll NGO kiri kemukakan penderma asing mereka dengan telus?

NDI bukan NED? Kah kah kah ...ngaku sajalah terima duit CIA untuk jatuhkan gomen.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


DAP Pun Dapat Derma, Siapa Penderma Itu?

Posted: 05 Aug 2015 07:02 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dana Politik Asing Telah Mengalir ke Malaysia, Umno@Bn Jadi Presedennya...!!!

Posted: 05 Aug 2015 05:08 PM PDT

1. Selepas ini, jangan persoalkan lagi dana politik yang mengalir ke dalam negara untuk parti-parti politik.
2. Preseden sudah bermula, kerana RM2.6bilion (RM2.67bilion) dana asing yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri tahun 2013, merupakan sumbangan sah, dan tidak boleh dipertikaikan.
3. SPRM sudah mengesahkan bahawa wang RM2.6bilion tersebut merupakan sumbangan seseorang daripada Timur Tengah. Penjelasan dan maklumat berkaitan sumbangan tersebut telah diketahui SPRM, kerana si penyumbang sudahpun memberi penjelasan, hanya dipihak Perdana Menteri sahaja ingin diketahui tentang bagaimana sumbangan tersebut digunakan.
4. Sebenarnya dana politik tersebut tiada tujuan untuk diketahui umum, namun kerana pembocor maklumat sebahagian daripada pasukan penyiasat 1MDB, maka terbongkarlah maklumat berkaitan dengan dana politik tersebut. Penemuan wang RM2.6bilion memang berlaku secara kebetulan, kerana ianya bukan sasaran.
5. Umum mengetahui berkiatan wang RM2.6bilion tersebut apabila The Wall Street Journal melaporkannya. Pada awalnya, ramai yang mempertikai laporan tersebut, termasuk Perdana Menteri sendiri, malah peguam beliau telah menghantar surat kepada Dow Jones pemilik WSJ untuk meminta pengesahan berkaitan dengan laporan tersebut.
6. Selama sebulan, isu wang tersebut menjadi bualan bukan sahaja oleh rakyat negara ini, malah masyarakat antarabangsa. 
Read More / Baca Lagi >>

Polis tidak terima permohonan penganjur adakan ‘Perhimpunan 808’

Posted: 05 Aug 2015 04:53 PM PDT

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisiner Zainol Samah berkata penganjur 'Perhimpunan 808' sepatutnya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi penganjuran sesebuah perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Ogos, 2015. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisiner Zainol Samah berkata penganjur 'Perhimpunan 808' sepatutnya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi penganjuran sesebuah perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. 

Polis tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur 'Perhimpunan 808' yang akan diadakan Sabtu ini oleh sekumpulan aktivis media yang membantah penggantungan akhbar The Edge.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisiner Zainol Samah berkata penganjur sepatutnya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi penganjuran sesebuah perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
"Sehingga kini polis masih belum menerima apa-apa notis daripada penganjur perhimpunan itu.

"Bagaimanapun, polis akan berusaha mencari penganjur dan menghubungi mereka untuk datang berbincang dan memberi taklimat berkenaan perhimpunan apa yang bakal diadakan pada Sabtu ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran pegawai wanita peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.
Read More / Baca Lagi >>

Mengekang penentangan, undang-undang menindas bukanlah jawapan

Posted: 05 Aug 2015 04:52 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria
"Pemimpin sebenar tidak lahirkan pengikut, tetapi lebih ramai pemimpin."
Begitulah petikan yang mengiringi gambar bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bersama-sama dengan keluarga diraja Johor sebaik selepas pertemuannya dengan Sultan Johor.
Seperti yang dinyatakan banyak laporan, gambar tersebut dengan pantas mendapat perhatian netizen, mendapat beribu 'like' dan beratus komen.
Punca gambar itu menjadi viral barangkali ekoran kebanggaan 'Bangsa Johor'.
Walaupun ia juga menunjukkan betapa kurangnya kepimpinan dalam negara ini, seperti yang dirasakan ramai orang.
Sehingga Muhyiddin yang sebelum ini tidaklah begitu popular diangkat sebagai satria, seperti mana bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya dicerca tetapi kini dilihat sebagai pembawa perubahan.
Begitulah terdesaknya rakyat Malaysia, atau barangkali dalamnya jurang yang kita huni kini, sehingga kita mengangkat tokoh yang dibenci sebagai penyelamat.
Memang kata-kata yang mengiringi gambar tersebut mengungkapkan perasaan ramai orang berhubung rombakan Kabinet dan perubahan dalam jabatan kerajaan baru-baru ini, di mana individu yang rapat dengan pemimpin tertinggi diberi jawatan dan kuasa.
Kebanyakannya mereka yang lebih banyak 'angguk' daripada berkata 'tidak', dan juga mereka yang tidak menang tangan membodek dan menjawab kritikan yang dilemparkan.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis kepimpinan Najib

Posted: 05 Aug 2015 04:49 PM PDT

Oleh 10 Pemimpin Pelajar
Episod ketirisan dan agenda menindas rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak bagaikan bertali arus.Ia bermula dengan peningkatan harga barangan yang disambut dengan implementasi GST sehingga skandal kewangan syarikat pelaburan nasional 1MDB yang mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang ringgit dan melemahkan pasaran bon negara.
Kami, barisan pemimpin mahasiswa mewakili golongan mahasiswa seluruh Malaysia menzahirkan kegusaran terhadap kepimpinan Najib.

Kami menggesa beliau untuk memberi penjelasan mengenai persoalan yang timbul mengenai hutang 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan pemindahan wang bernilai USD700 juta ke akaun peribadi beliau. 1. Kewujudan akaun peribadi milik Najib seperti yang didedahkan Wall Street Journal. 2. Penggunaan wang di dalam akaun peribadi tersebut untuk tujuan peribadi dan parti.
3. Kesediaan Najib mengisytiharkan harta sepanjang menjadi perdana menteri dan menjelaskan sumber perbelanjaan mewah beliau dan keluarga.
Rakyat sudah muak dengan polemik dan permainan politik kerajaan pimpinan Datuk Seri.
Perwakilan mahasiswa seluruh Malaysia nyata kecewa dengan sikap tidak profesional dan menuntut kerajaan segera menghentikan sandiwara dan mula mengutamakan rakyat.
Adakah slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sekadar laungan retorik?'
Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet walapun sah di sisi undang-undang, namun tindakan Datuk Seri bersifat tidak bermoral lagi tidak berasas dan dilihat bersifat 'politically driven'.
Perkara ini secara langsung membunuh kualiti 'keterbukaan kerajaan' dalam menerima kritikan.
Mahasiswa melihat integriti dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan teramat penting untuk direjuvenasikan bagi membina negara Malaysia yang lebih matang dan berdaya saing.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa ganti Mukhriz sebagai MB Kedah?

Posted: 05 Aug 2015 04:48 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya
SEJURUS selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri (TPM), beliau dikunjungi oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir. Di kala timbalan perdana menteri baharu, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihurung para pengampu politik, Mukhriz memilih Muhyiddin. Katanya, untuk berterima kasih kepada bekas TPM itu yang banyak membantu menyalurkan bantuan kewangan untuk Kedah.

Pemecatan Muhyiddin sebagai TPM adalah tindakan paling nekad Najib. Turut dipecat bersama Muhyiddin dari kabinet adalah beberapa pemimpin Umno yang dikatakan merancang konspirasi menjatuhkan perdana menteri. Mengejutkan juga apabila peguam negara yang menunggu masa saja untuk bersara turut dipecat. Jika orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia begitu mudah sahaja dipecat, maka menjadi perkara yang sangat kecil untuk perdana menteri itu memecat seorang menteri besar yang bapanya begitu istiqamah menyerang beliau dalam pelbagai perkara. Hal itu tentu sangat mudah difahami oleh Mukhriz, justeru beliau tiada masalah untuk bertemu seorang tokoh besar Umno yang dipecat oleh perdana menteri.
Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad agresif menyerang Najib sejak setahun lalu, Mukhriz tidak pernah berpihak kepada Najib. Sikap itu betul sebagai anak salih yang tidak menderhakai si bapa. Tetapi dalam politik dan kepimpinan kerajaan, kesetiaan terhadap pemimpin adalah perkara paling utama. Sikap berdiam diri Mukhriz itu menyebabkan dicabar oleh Dato' Mahfuz Omar (pesuruhjaya PAS Kedah ketika itu) supaya Mukhriz nyatakan pendirian. Sokong Najib atau bapanya.
Mukhriz tetap membisu. Dalam Dewan Undangan Negeri, sikap menyepi Mukhriz menyebabkan beliau disindir oleh bekas Exco Kedah yang juga Adun Bukit Lada, Dato' Ahmad Lebai Sudin. Di luar Dewan, Ahmad terus mencabar Mukhriz menyatakan pendirian berterus terang dalam isu serangan Tun Dr Mahathir terhadap Najib.
Mukhriz membisu juga. Dalam kalangan Adun kedah, Ahmad Lebai Sudin paling berani kerana beliau sudah hilang kepentingan terhadap Mukhriz kerana tidak dilantik untuk apa-apa jawatan penting dalam kerajaan mahupun GLC.
Read More / Baca Lagi >>

Serpihan di Pulau Reunion sah dari MH370

Posted: 05 Aug 2015 04:46 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

"Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

"Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi," katanya.

Walaupun mungkin berat dan memilukan, Najib berharap ia dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu.

MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bernama melaporkan kenyataan penuh perdana menteri mengenai pesawat MH370:

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa polis kacau SPRM?

Posted: 05 Aug 2015 04:42 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengelidah ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyiasat beberapa orang pegawai tingginya berjam-jam memunculkan satu senario dan sejarah baharu dalam negara ini.

Tindakan PDRM itu yang dibawah kawalan menterinya Ahmad Zahid Hamidi, yang baharu dilantik menjadi TPM memberi persepsi busuk terhadap negara ini, bahawa badan bebas (SPRM) itu kini seolah-olah bukan bebas lagi atau pun cuba dimonitor mengikut pihak berkuasa.


Dalam hubungan itu juga orang melihat Zahid Hamidi telah memainkan peranan sewajarnya sesuai dengan "ghanimah" yang diperolehinya.  Zahid dianggap menjadi alat yang baik.

Sejarah ini bakal menjadi sebutan dan iktibar dimasa hadapan kerana sejak negara merdeka dan kewujudan badan berkenaan, (SPRM dulu Biro Siasatan Negara kemudian Badan Pencegah Rasuah (BPR) inilah baru ia berhadapan dengan satu keadaan tertekan, memalukan dan menyebabkan integriti badan itu sendiri rosak. Tindakan polis yang membuat serbuan dan siasatan seakan mencorengkan arang ke muka SPRM.

Ia bermula dengan penahanan bekas penasihat SPRM, Rashpal Singh yang kemudian diikuti dengan penahanan dan siasatan ke atas Pegawai Pendakwanya, Ahmad Sazalee Abdul Khairi yang dilakukan beberapa jam.

Penangkapan itu diperluaskan lagi dengan siasatan terhadap Pengarah Operasi Khas Bahrin Mohamed Zin, dimana Bahri bukan sahaja terkejut dengan penahanan beliau itu tetapi disifatkan sebagai satu perbuatan "gila".  Bahri menyalahkan ada pihak lain yang mengarah polis.

Selain Bahri, Pengarah Forensi SPRM, IG Chandra juga menerima nasib sama. Dan terbaharu timbalan pengarah Operasi Khas, Tan Kang Sai juga disiasat sama. Penahanan Kang Sai menjadikan pegawai SPRM ketujuh yang ditahan dan disisat polis.

Memang seperti kata Bahrin tindakan polis menyiasat para pegawai SPRM itu sebagai satu tindakan gila. Tindakan polis itu akan diterjemahkan umum sebagai satu tindakan terdesak oleh pihak tertentu yang menggunakan kuasa polis bagi menyelamatkan dirinya. Tindakan itu juga menyebabkan ia akan dilihat bahawa SPRM seolah-olah menjadi musuh baru kepada Perdana Menteri yang waktu ini menghadapi krisis keyakinan yang teruk.
Read More / Baca Lagi >>

Dana Asing: Siapa dermawan murah hati derma RM2.6 bilion?

Posted: 05 Aug 2015 04:37 PM PDT

Firdaus Samad


Membaca tulisan dan persoalan yang dilontarkan sahabat Parlimen Belia, Akmal Saufi Mohamed Khaled membuatkan saya berasa terpanggil untuk memberikan ulasan dan pandangan mengenai persoalan yang dilontarkannya.
Akhir-akhir ini pelbagai polemik kepimpinan berlaku bermula dengan pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan yang terbaru rombakan Kabinet yang melibatkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Sebagai seorang individu yang percaya kepada prinsip demokrasi berperlembagaan saya menghormati keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan tersebut atas punca kuasa dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau oleh rakyat.

Namun, berkaitan isu "derma" sejumlah AS$700 juta atau hampir RM2.6 bilion yang didepositkan secara terus kepada akaun peribadi perdana menteri, saya sebagai anak muda marhaen yang tidak berada dalam kerangka politik Umno mahupun kerajaan berasa amat dukacita dan pedih. Kepedihan ini saya percaya dirasai oleh majoriti rakyat terutamanya anak muda yang akhir-akhir ini tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat pasca cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Mungkin pada perdana menteri mahupun politikus yang lain merasakan itu merupakan perkara biasa bagi seseorang pemimpin tertinggi kerajaan untuk menerima "derma" sebesar jumlah tersebut.
Bagaimanapun, sebagai rakyat marhaen dengan tekanan yang dihadapi sekarang, bukan berbilion yang menjadi perbualan harian namun syiling di dalam tabung terpaksa dikorek bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah & Dana Asing: Akar umbi harus suarakan kebenaran, keadilan demi selamatkan parti

Posted: 05 Aug 2015 04:22 PM PDT


Bekas menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bercakap pada forum 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Ogos, 2015.Bekas menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bercakap pada forum 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Ogos, 2015.
Ahli Umno yang berfikiran waras mesti bersuara di mesyuarat bahagian parti akan datang, kata pemimpin parti yang disegani Datuk Saifuddin Abdullah ketika beliau merayu kepada mereka untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan perjuangan asal parti. Saifuddin membuat seruan itu pada satu forum malam tadi yang membincangkan suasana bahaya ketika ini di mana parti makin lari daripada kedaulatan undang-undang kerana beberapa pemimpin tertinggi Umno cuba untuk melindungi presiden Datuk Seri Najib Razak daripada kemugkinan terlibat dalam rasuah.
"Saya tahu ada ramai ahli parti terdiri daripada orang yang baik dan percaya kepada kebenaran dan keadilan serta menegakkan perlembagaan parti.

"Anda mesti bersuara dalam mesyuarat bahagian yang akan datang. Anda mesti berjuang untuk Malaysia yang lebih baik," kata Saifuddin dalam satu forum bertajuk 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' yang diadakan di Kuala Lumpur. Umno akan mengadakan mesyuarat tahunan bagi 199 bahagiannya bulan ini dan September. Bahagian merupakan suara kolektif akar umbi Umno dan barometer penting kepada berapa banyak sokongan yang dimiliki pemimpin tertinggi.

Skandal 1MDB: Pejabat, kediaman pegawai SPRM diserbu polis

Posted: 05 Aug 2015 04:20 PM PDT

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, 3 pegawainya termasuklah Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Tan Kang Sai yang dipanggil hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya petang tadi.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Ogos, 2015. 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, 3 pegawainya termasuklah Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Tan Kang Sai yang dipanggil hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Ogos, 2015.

Pejabat dan kediaman 3 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digeledah polis hari ini sebagai sebahagian daripada siasatan dalam kes berkaitan kebocoran maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, 3 pegawai itu termasuklah Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Dato Tan Kang Sai yang dipanggil hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya petang tadi.
Tan berada di IPD Putrajaya kira-kira tiga jam dari pukul 3 petang.

Dalam pada itu, dua lagi pegawai yang terlibat dalam siasatan berkaitan SRC International juga diminta hadir di IPD Putrajaya petang tadi.  "Kedua-dua mereka kemudian ditangkap. Bilik pejabat mereka di BOK di Presint 3 Putrajaya dan rumah mereka digeledah oleh polis.
"Dokumen dan komputer riba juga diambil oleh polis... kita sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Kerja Gila, Kami Yang Menyiasat Cari Kebenaran, Kami Pula Yang DItangkap!

Posted: 05 Aug 2015 04:18 PM PDT


Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis Cawangan Khas selama lebih 3 jam di pejabatnya hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap siasatan polis ke atas siasatan mereka terhadap operasi dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.

"Saya cukup kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran.

"Tiba-tiba DPP kami diambil pada pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian,"
katanya sewaktu ditemui wartawan selepas disiasat polis di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.

Bahri adalah sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.

Beliau turut melahirkan rasa curiga dengan individu lain yang dipercayai berada di belakang siri serbuan polis ke atas mereka yang menyiasat 1MDB.

"Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," katanya.

Sementara itu, Bahri berkata siasatan polis terhadapnya petang ini dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kebocoran dokumen yang didakwa sebagai "draf pertuduhan".

Beliau dipercayai merujuk kepada salinan gambar dokumen yang didakwa sebagai draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – satu perkara yang sudah dinafikan Jabatan Peguam Negara.

"Saya yakin sepenuh hati bukan daripada kami benda itu dan ia dihasilkan semula," katanya.

Satu pasukan, dipercayai daripada Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2.45 petang ini.

Bahri, yang tiba di pejabatnya jam 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu.

Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan.

Sabtu lepas, polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka dibebaskan pada malam yang sama apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama.
Read More / Baca Lagi >>

Hantu apa 1MDB pelihara ?? Bomoh apa dia pakai ???

Posted: 05 Aug 2015 08:50 AM PDT

SPRM solat hajat sudah..
Istikharah sudah..
Tazkirah sudah..
Doa pun sudah..



SPRM sahkan derma RM2.6b dari Timur Tengah...

Posted: 05 Aug 2015 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri ialah sumbangan dari penderma Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: "SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri.

"SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri."

Menurut kenyataan itu, dokumen berkenaan menjelaskan sumbangan RM2.6 bilion itu adalah sebagai derma.

Katanya Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan kepada SPRM mengenai derma yang diterima beliau.

Dalam kenyataan itu, SPRM menegaskan siasatannya tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad. Sebaliknya siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia.

SPRM juga mengulangi ia masih menjalankan siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion.

Ia berkata siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan "dua perkara yang berbeza".
Read More / Baca Lagi >>

“Demi Allah saya akan cari dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," - Pengarah Operasi Khas SPRM

Posted: 05 Aug 2015 06:42 AM PDT

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

"Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

"Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Read More / Baca Lagi >>

Penjelasan SPRM mengenai isu dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib

Posted: 05 Aug 2015 06:35 AM PDT

SUSULAN kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International ataupun mengenai dana RM2.6 bilion.
 
SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.
 
Berkaitan 1MDB
 
· Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB.

Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan polis.
 
SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.  
 
Sumbangan dana kepada PM
 
· Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu.
 
SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri.

SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.
 
SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut. Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.
 
Read More / Baca Lagi >>

Lepas Najib tukarkan AG baru tiba2 Pasukan khas 1MDB sudah tak diperlukan lagi...

Posted: 05 Aug 2015 06:27 AM PDT

Jembalang apa 1MDB ni ???
1) TPM dibuang
2) AG dipecat
3) PAC digantung
4) The Edge digantung
5) SPRM disiasat
6) Pasukan Petugas Khas dibubar

Apabila institusi negara yg bertanggungjawab menjalankan penyiasatan diganggu, dihalang dlm tugasnya, sistem keadilannya dah rosak.. parah...

TAHNIAH NAJIB

Sembang: 'Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan Najib' kata Rahman Dahlan

Posted: 05 Aug 2015 05:36 AM PDT

TAK perlu Clare Brown, Wall Street Journal atau Sarawak Report untuk jatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak jika RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau dirompak dari rakyat.
 
Demikian penegasan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sebuah program yang disiarkan sebuah stesen televisyen, malam tadi.
 
"Saya sendiri dan orang Umno akan jatuhkan dia," katanya.
 
Namun begitu, Abdul Rahman menyarankan semua pihak untuk berlaku adil bila berlaku sebarang tuduhan.
 
"Kita tidak boleh menari, menyanyi rentak lagu pembangkang. 
 
"Kita mahukan satu penyiasatan dibuat," kata Abdul Rahman.
 
Menurut beliau, semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan yang dikeluarkan penyiasatan.
 
"Bila ada penyiasatan dibuat, ada keputusan, kita kena hormati keputusan tersebut," katanya.
 
Terdahulu, hasil siasatan ke atas dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Presiden Umno tersebut dikatakan sumbangan daripada penderma dan bukan bukannya dari dana 1MDB.

Skandal 1MDB: Polis serbu bahagian operasi khas SPRM

Posted: 05 Aug 2015 05:25 AM PDT

Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserbu polis hari ini.

Langkah itu dipercayai berkaitan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

Sekurang-kurangnya lima kenderaan, termasuk empat kereta polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis daerah (IPD) pada jam 6.45 petang dan kini berada di luar pejabat bahagian itu di Menara Prisma, Putrajaya.

Beberapa orang pegawai polis berpakaian biasa dipercayai telah memasuki bangunan itu.

Jurucakap SPRM sebelum ini memberitahu pemberita di luar IPD itu bahawa tiga pegawainya disoal siasat berhubung kebocoran itu sehingga 6.45 petang.

Siasatan kami hanya atas SRC International, bukan 1MDB, kata SPRM

Posted: 05 Aug 2015 05:24 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengulangi kenyataan ia masih menyiasat SRC International melibatkan dana RM4 bilion, sambil menekankan yang siasatan itu dan siasatan berkaitan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun perdana menteri merupakan dua perkara yang berbeza.
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu juga menegaskan ia tidak menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengatakan siasatan terhadap syarikat pelabur negara itu dijalankan sepenuhnya oleh pihak polis.
"SPRM mahu menekankan SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini ditutup.

"Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB," kata suruhanjaya itu merujuk kepada wang dana RM2.6 bilion itu. Ia juga berkata, sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa "fear or favour."
"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," katanya. 

Derma RM2.6b: Lari cukai dan terima dana asing

Posted: 05 Aug 2015 05:18 AM PDT

PKR desak SPRM guna kuasa sekat campurtangan luar

Posted: 05 Aug 2015 05:17 AM PDT

Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma?

Posted: 05 Aug 2015 05:14 AM PDT

berita Najib
Sebelum ni, apabila laporan berita Wall Street Journal yang dianggap sekelompok rakyat Malaysia, adalah akhbar kafir, akhbar yahudi, akhbar yang mahu menjatuhkan kerajaan, akhbar yang mahu menjadikan negara Malaysia kacau bilau, bla…..bla…..bla….di mana WSJ mendakwa :
  • Ada duit masuk ke akaun bank Najib Razak, sepantas kilat terdengar kenyataan yang mengatakan laporan berita Wall Street Journal WSJ ini adalah fitnah, FITNAH…FITNAHHHHHH!!!!
  • Mana mungkin Perdana Menteri sedangkal itu untuk terima duit tersebut ke dalam akaun peribadinya dan macam-macam lagi kenyataan yang boleh kita semua perhatikan…
  • Sesiapa yang buat fitnah tidak masuk syurga. Sebab fitnah adalah haram. Itu kenyataan dahulu…..
  • Sekarang?? Itu wang derma RM2.6 bilion sebenarnya dan apabila sudah masuk dalam akaun peribadi tiada siapa berhak untuk persoal
    sebab derma adalah halal. Oooohh….

Laporan Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ : Respon Menteri dan Ahli Politik BN?

  • 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul
  • 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib
  • 5 Julai 2015, Zahid Hamidi : Najib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara
  • 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti
  • 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar

Duit Derma RM2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak. Baiknya Budi Penderma Tersebut? LHDN, BNM Mohon Respon!

Posted: 05 Aug 2015 05:13 AM PDT

Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma?
Berita skandal terbesar di Malaysia, 1MDB dan juga berita rombakan kabinet Menteri terus menjadi siulan dan cakap-cakap rakyat Malaysia yang terus kehausan maklumat atas nama mahu mencari kebenaran sehingga berjaya menenggelamkan berita penemuan barang-barang yang berkaitan dengan tragedi MH370. Hebat!!
Ditambah pula dengan dakwaan Wall Street Journal yang mengatakan ada duit masuk ke adalam akaun Najib Razak sejumlah RM2.6 ribu juta aka RM2.6 bilion.
Walaubagaimanapun rakyat Malaysia yang seringkali terkejut dihidangkan dengan laporan-laporan berita yang ada di Malaysia sekali lagi terpinga-pinga dengan kenyataan SPRM mengatakan ia hanyalah duit derma RM2.6 bilion ke adalam akaun bank Najib Razak daripada kalangan penderma yang tidak didedahkan.
derma RM2.6 bilion
Wang Derma RM2.6 bilion? Masyaallah banyaknya. Najib Razak dapat duit derma RM2.6 bilion ke dalam akaun banknya? Hebat….
  • Barack Obama "beli" jawatan Presiden US 2008, US$715.6 juta dari para penderma perseorangan juga korporat, sikit sikit sikit jumlahnya masuk dari sana sini, makan masa untuk kutip derma
  • Manakala Mitt Romney hanya dapat sumbangan dan derma sebanyak USD US$446 juta sahaja
  • Hillary Clinton di Washington sana, baru mampu kumpul derma puluh-puluh juta sahaja sejak umumkan hasrat bertanding
  • Najib Razak terus segunung emas selepukkkkk masuk akaun peribadinya atas wang nama derma RM2.6 bilion (one single transaction). Yang paling ajaib tidak harap apa-apa habuan "penderma yang sungguh baik hati itu". Mungkin derma fisabilillah RM2.6 bilion. Ermmmm….Urut dada Berita Semasa menulisnya.
Mulianya hati penderma tersebut.

Persoalan Duit Derma RM2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak?

  1. Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu? Lamaaaanyaaaa…….
  2. Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
  3. Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
  4. Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
  5. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
  6. Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah "declare" kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
  7. Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
    Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB DAN POKOK DURIAN SEBATANG

Posted: 05 Aug 2015 05:11 AM PDT

         Entah siapalah agaknya yang menanam pokok durian berkenaan. Arwah bapa aku tidak dapat mengingati siapa yang menanam pokok durian berkenaan. Bukan dia yang menanamnya. Itu sah. Mungkin tumbuh secara liar agaknya. Tetapi 'kehadiran' pokok durian berkenaan telah menimbulkan kerunsingan yang amat sangat pada arwah bapa aku kerana pokok durian itu tumbuh betul-betul di sempadan tanah antara tanah milik ibu dengan tanah milik sepupunya, Cikwa.

         Bapa amat bimbang dengan keadaan pokok durian sebatang itu. Arwah bapa takut kalau-kalau anak cucunya nanti makan durian berkenaan yang belum sah tentang siapa yang empunya, walaupun Cikwa kerap kali mengatakan pokok durian itu milik ibu ku. Maksudnya dalam kawasan tanah milik ibu. Namun bapa aku yang amat kuat pegangan agamanya masih tidak mahu 'mengalah'. Beliau masih mahu bertegas untuk menyukat semula tanah berkenaan untuk menentukan sempadan yang jelas agar tahu tentang kedudukan sebenar pokok durian berkenaan agar anak cucunya tidak makan 'barang haram' (buah durian yang tidak sah siapa yang empunya).

         Setelah disukat oleh tukang sukat yang bertauliah, maka sahlah yang pokok durian itu berada di kawasan tanah ibu. Dan barulah 'puas' hati bapa aku supaya anak cucunya nanti tidaklah makan buah durian yang berkemungkinan 'haram' untuk dimakan. Begitu cermat sekali tindakan bapa aku berkaitan dengan hal 'halal-haram'.

         Mengenangkan hal dan tindakan bapa itu terlintas aku dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat kini yang seolah-olah langsung tidak mempedulikan langsung hal halal-haram. Kegiatan rasuah bermaharajalela. Rupa-rupanya semakin terpelajar 'manusia' di Malaysia kini maka semakin 'bermaharajalela' jugalah kegiatan rasuah dikalangan pemimpin negara, pegawai tinggi kerajaan dan siapa saja yang berkesempatan untuk 'menikmati' apa saja yang berbentuk rasuah. Tentulah terlalu sukar untuk mengambil tindakan terhadap golongan sebegini kerana mereka lebih 'pintar' untuk mengelakkan diri dari dikenakan sebarang tindakan.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan interim 1MDB tak boleh didedahkan - Pandikar

Posted: 05 Aug 2015 05:06 AM PDT


Post Pic


PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Ini kerana menurut Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, perbuatan itu melanggar Perintah Tetap Parlimen.
 
Semalam, PAC mengumumkan hasratnya untuk mendedahkan laporan ringkas berhubung siasatan jawatankuasa itu terhadap 1MDB bagi makluman orang ramai sebelum prosiding tersebut digantung kira-kira tiga bulan.
 
Pandikar berkata tindakan tersebut jelas bertentangan dengan Perintah Tetap Parlimen 85 yang tidak membenarkan penerbitan bukti secara pramatang sebelum jawatankuasa tersebut menyerahkan laporannya kepada Dewan Rakyat.
 
"Penerbitan laporan interim juga bertentangan dengan Akta Majlis Parlimen 1952 (Keistimewaan dan Kuasa) yang tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimen atau jawatankuasa untuk memberikan bukti di luar Dewan tanpa mendapat kebenaran dari Dewan Rakyat," kata Pandikar dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>