Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SAYA TIDAK ADA KAITAN DENGAN PAS LAGI, FAHAM TAK!

Posted: 04 Aug 2015 07:07 PM PDT


Kalau tuan-tuan para bloggers Dan wartawan nak Tanya Soalan, please lah, jangan tanya Hal ehwal PAS PIS PUS lagi. Kalau you orang Tanya Hal GHB okey no problem. I can speak very well! you understand ?

MUNGKINKAH RM6.2 BILLION! KENAPA TIDAK SIASAT AKAUN PERIBADI MEREKA? PHILIP BURNETT MENGESAHKANNYA !

Posted: 04 Aug 2015 05:01 AM PDT

MUNGKINKAH RM6.2 BILLION ?
1. AMBIGA dan MARINA CHIN mengaku mereka menerima dana daripada NDI, sebuah proksi NED yang berlatarbelakang Yahudi Israel yang menguasai CIA! 

Semua kumpulan Freemason dan Ilumunati berkumpul di sana untuk menjayakan projek NEO CON "One Power, One Country, One Government" dengan menubuhkan Kerajaan-kerajaan Boneka termasuk di Malaysia dan Indonesia!

NOTA : suami Marina Chin (arwah Yusuf Ali)adalah Pengerusi NIEI yang mendapat sponsor dari Malaysia ANFREL)

Kenapa pihak yang berkuasa tidak siasat akaun Ambiga dan Marina Chin?

2. Begitu juga Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Tian Chua dan Rafizi kenapa tidak siasat akaun peribadi mereka? Semasa Tian Chua menemui Soros berapakah jumlah wang sumbangan yang diberikan oleh Soros? Di akaun siapakah wang itu dimasukkan? Adakah akaun PKR atau akaun peribadi Anwar?

Kenapa pihak yang berkuasa tidak siasat? Kenapa tidak tubuh Pasukan Penyiasat Khas? Kenapa PAC berdiam diri?

Siasatlah mana tahu ada ***Perjanjian Rahsia seperti, jika kamu menang kamu mesti bersetuju membina loji Nuclear di Pulau Pinang? 

Nota : Tian Chua mendapat dana asing melalui ARDA.

3. NDI dan NED memberikan banyak dana kepada IKD. NDI dan NED pernah menjadi fasilitator kursus kepada PKR. Kenapa tidak siasat berapakah jumlah wang yang didermakan NED kepada IKD? Adakah wang itu masuk ke akaun IKD atau akaun Kamaruddin Jaafar?

4. Semasa Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dan menjawat jawatan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa GLC Kerajaan Pulau Pinang, didapati Mat Sabu beberapa kali terbang ke Medan, Sumatera, Indonesia.

Dari manakah Mat Sabu menerima wang untuk selalu berpeleseran ke Medan? Siapakah yang memberi wang itu kepada Mat Sabu? Kenapa SPRM tidak siasat dan kenapa PDRM tidak siasat kot-kot di Medang berlaku soksek soksek untuk menubuhkan Kerajaan Boneka?

5. Marina Chin mengakui mereka menerima dana dari NDI! NDI adalah satu projek NED di Malaysia untuk menumbangkan Kerajaan yang dipilih melalui Demokrasi.

Berapakah NDI telah sumbang kepada aktiviti BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0?

Di manakah NDI bank in wang-wang itu? Adakah ke dalam Akaun BERSIH? atau Akaun Marina Chin? atau akaun Ambiga? atau Akaun Mat Sabu? atau Akaun Tian Chua? Atau Akaun Rafizi?

6. Anwar Ibrahim dilaporkan menerima dana dari luar negara kata seorang sahabatnya di luar negara. Wang sumbangan itu datangnya dari Manila, Turki, NGO-NGO Yahudi di Amerika dan Eropah. Adakah wang-wang itu masuk ke akaun PKR? atau wang-wang itu masuk ke akaun peribadi Anwar? Tentulah sumbangan itu diberikan dengan janji besar, apakah janji-janji itu?

Modus Operandi mereka, menurut kata mantan CIA, Philip Burnett F.A. yang ditugaskan membantu demonstrate di Filipina dan Malaysia "***According to Phil Agee, encouraged by CIA's successes through its covert links with NAMFREL in the Philippines, they went on to infiltrate the political structure of Panama through the Crusada Civilista Nacional (Civic Crusade).
"Using the same approach, they went against Noriega's army by staging street demonstrations…they took the problems to the streets.
"Perhaps, you still remember a picture of the demonstration splashed across the cover of an international magazine…but they failed to topple Noriega"

NOTA:

NED: (National Endowment for Democracy)
ANFREL (Asian Network for Free Elections)
NDI (National Democratic Institute)
IFES (International Foundation for Electoral Systems)
NIEI (National Institute for Electoral Integrity)
ARDA (Alliance for Reform and Democracy in Asia)

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anasir Asing + Pembangkang = Keistimewaan Melayu Hilang?

Posted: 04 Aug 2015 10:37 AM PDT


Orang Melayu selalu berbangga dengan ungkapan 'Takkan Melayu Hilang di Dunia'. Sekadar taksub dengan ungkapan itu sebenarnya tiada makna. Ungkapan yang membawa maksud kelangsungan ketuanan Melayu di bumi nusantara ini, kini menawarkan dua pilihan kepada orang Melayu - sama ada terus membina kegagahan dalam persaingan antarabangsa yang kian rakus atau meniti laluan yang suram sebelum tenggelam bersama arus peradaban.

Alaf baru tidak akan menjanjikan nikmat untuk bangsa Melayu jika masih di tahap peningkatan yang sederhana memandangkan dunia akan terus mengizinkan bangsa yang kuat membuli bangsa yang lemah.

Sememangnya warisan atau identiti Melayu itu sukar untuk hilang biarpun beberapa kurun lagi tetapi persoalannya ialah apakah kuasa Melayu itu akan bertahan berikutan ancaman yang kian meningkat baik dari luar mahupun dalam negara?

Serangan-serangan terhadap Malaysia yang diterajui oleh kepimpinan Melayu kini kian ketara lebih-lebih lagi setiap kali menjelang pilihan raya umum. Proses pilihan raya sememangnya menjadi ruang terbaik pihak-pihak asing untuk mempengaruhi keadaan bagi mencorakkan Malaysia mengikut kehendak mereka.

Sebab itulah, buat pertama kalinya dalam sejarah, pihak asing sama ada negara mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang dijana dengan sumbangan kewangan negara maju, memberikan perhatian luar biasa untuk 'menghukum' Malaysia, sebuah lagi negara kepimpinan Islam dan Melayu di nusantara selepas Indonesia.

Malaysia - menjadikan negara ini sasaran baru. Apa yang dilakukan oleh anasir luar ini ialah dengan menyokong barisan pembangkang di negara ini atas nama keadilan, demokrasi dan sebagainya sedangkan hak keadilan dan demokrasi yang dikecapi oleh majoriti rakyat Malaysia tidak dihormati sebaliknya mahu dicabuli.

Menurut perkiraan anasir luar, dengan membantu menjana kekuatan barisan pembangkang menerusi sokongan moral, kewangan dan apa sahaja, ia mampu membuka ruang besar dalam meruntuhkan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh UMNO.


Melemahkan UMNO bererti melemahkan kuasa Melayu dan kepimpinan Islam di negara ini. Keselamatan negara (national security) dalam konteks Malaysia adalah berteraskan kuasa dan survival Melayu.

Sebelum ini, keselamatan negara walaupun menghadapi pelbagai ujian belum sampai ke tahap kritikal kerana sasaran serangan masih belum tepat dan menjejaskan 'centre of gravity' iaitu perpaduan orang Melayu.

Keadaan mulai berubah sekarang dan mungkin lebih banyak berubah selepas ini, jika orang Melayu tidak lagi melihat pembangunan negara dari sudut strategik; merapuhkan perpaduan yang ada dan jika tidak menyebatikan diri dengan soal kecemerlangan kepimpinan Melayu sekarang.

Dalam konteks politik tanah air, Melayu yang lemah dan tidak cemerlang hanya mengundang padah. Ketika UMNO menghadapi serangan daripada sebahagian masyarakat Melayu, suara-suara memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina sudah kedengaran.

Sebelum ini, lima daripada 11 buah pertubuhan kaum Cina di Malaysia menuntut hak sama rata tanpa mengira status bumiputera dan bukan bumiputera. Lima pertubuhan itu ialah Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jio Zong), Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Bekas Penuntut Universiti Nanyang Malaysia, Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) dan Persekutuan Persatuan Fuzhou Malaysia.

Berita tuntutan tersebut telah disiarkan terlebih dahulu oleh The Straits Times Singapura, negara yang memperjuangkan meritokrasi secara tersirat untuk diguna pakai oleh Malaysia dalam mengangkat kedudukan masyarakat Cina sesegera mungkin. Tuntutan tersebut yang mendapat tandatangan 1,902 pertubuhan Cina akan diedarkan kepada semua parti politik sebagai rayuan pilihan raya.


Maksud yang jelas dalam tuntutan ini ialah penghapusan keistimewaan orang Melayu yang selama ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh UMNO. Padahal, UMNO sudah menjelaskan bahawa keistimewaan orang Melayu perlu dipertahankan sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu memandangkan pencapaian ekonomi orang Melayu yang baru sekitar 22 peratus, itupun terjejas ekoran kegawatan ekonomi sejak 1997.

Persoalan lebih besar selain soal tuntutan itu ialah mengapa ia dilakukan sekarang? Adakah kerana merasakan kuasa politik Melayu mulai goyah sambil mahu menunjukkan 'kuasa' bahawa ekonomi negara ini masih dikuasai oleh masyarakat Cina?

Bukankah ini untuk memperhebatkan tekanan kepada para pemimpin parti Cina yang menganggotai BN dan sudah tentu sasaran sebenar ialah kepimpinan UMNO supaya membuka ruang meritokrasi.

Inilah juga agenda perjuangan kental DAP, yang sebelum ini menjadi rakan akrab Pas. Pas yang selama ini tergamak mendakwa UMNO dan BN haram kerana konsep multietnik, akhirnya menghalalkan DAP, semata-mata mahu memenangi hati masyarakat Cina demi menumbangkan BN yang diterajui oleh kepimpinan Islam.

Kepada Pas, rekod dan pendirian kuat DAP menolak ketuanan Islam dan Melayu tidak penting, yang penting parti itu berjaya biarpun 'menang sorak'.

Perkembangan terbaru ekoran tuntutan pertubuhan-pertubuhan Cina itu mulai menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat Melayu.

Ada yang sudah pergi jauh cuba mengaitkannya dengan konspirasi halus sebahagian pemimpin masyarakat Cina yang masih mahu bermain api perkauman. Dengan kata lain, masyarakat Melayu sudah merasakan tekanan atau xenophobia sebagaimana mereka melihat muslihat kolonial British pada tahun 1940-an.

Bagi sesetengah pemerhati, keupayaan Melayu sebagai 'kuasa tawar-menawar' yang bertenaga dan ditakuti selama ini sejak zaman Tun Razak lagi dalam melayani sebarang desakan dan tuntutan masyarakat bukan Melayu, akan tergugat dan mungkin lenyap jika silap percaturan.

Sentimen sedemikian akan membawa bahaya baru kepada keselamatan negara jika MCA dan Gerakan gagal menggunakan pengaruhnya untuk meneutralkan keadaan kerana tugas sedemikian tidak boleh diharapkan kepada DAP, yang gemar memanipulasi keadaan.

Membangkitkan soal perkauman ketika negara dilanda krisis politik dan baru bertatih keluar daripada kegawatan ekonomi, hanya akan membantu memudahkan tugas anasir luar dalam meranapkan tunjang kekuatan Malaysia iaitu kuasa politik orang Melayu.

Bayangkan kesannya jika BN tidak berupaya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti. Serangan luar dan tekanan dari dalam pasti memuncak semata-mata untuk melaksanakan penstrukturan semula orde masyarakat, yang tidak lagi bersandarkan keistimewaan orang Melayu.

Malangnya, sebahagian orang Melayu tidak melihat isu keselamatan Melayu dalam tindak-tanduk mereka termasuk berpolitik. Banyak cara untuk melemahkan orang Melayu dan agama Islam, apatah lagi jika orang Melayu sendiri membenarkan diri mereka terperangkap dalam muslihat anasir asing.


Untuk mengharapkan Pas, realitinya semakin jauh. Parti itu tidak lagi berani untuk bersuara menegakkan kepentingan Melayu sejak 'roket DAP mencecah ke bulan Pas'. Untuk mengharapkan Keadilan, parti pelbagai kaum ini lagi segan-silu dan tidak berdaya berbuat demikian selagi perjuangannya untuk Anwar belum selesai, di samping kerakusan berdemonstrasi liar serta mendapatkan sokongan luar.

Inilah bentuk ancaman yang akan menguji martabat dan kelangsungan kuasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21 ini dan zaman berikutnya iaitu tidak dapat lari daripada status quo masa kini. Maka, pilihan yang strategik untuk kepentingan masa depan Melayu ialah UMNO.

Rekod UMNO membuktikan bahawa parti itu mampu memimpin masyarakat majmuk daripada perspektif 'unity in diversity' sambil mengangkat martabat Melayu.

Sama ada disukai atau tidak, UMNO sahaja yang menampakkan ia parti meyakinkan untuk anak cucu kita menghadapi muslihat dan ancaman terhadap Melayu. Senjatanya Cuma perpaduan - benteng terakhir Melayu. Itupun jika kita ada naluri untuk kelangsungan bangsa.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Palang gol pengkritik yang sentiasa berubah-ubah

Posted: 04 Aug 2015 10:23 PM PDT


Clara SR akan di ekstradisi! Yang lain dah diam, dia berlagak lagi!!!

Posted: 04 Aug 2015 05:04 PM PDT


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh waran tangkap terhadap pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berhubung laporan kandungan portal itu yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.


"Waran tangkap yang dikeluarkan adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.

"Selain itu, kami akan meneruskan permohonan untuk meletakkan Brown di dalam senarai dikehendaki ASEANPOL di samping notis merah Polis Antarabangsa (Interpol)," katanya.



Beberapa pihak sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Sarawak Report dan editornya kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk memalsukan dokumen yang membawa kepada banyak pendedahan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas editornya, Lester Melanyi pula dalam pengakuan melalui laman blognya, lestermelanyi.blogspot.com mendedahkan beliau menerima bayaran RM2,975 seminggu bagi memalsukan pelbagai dokumen sebelum disiarkan di laman portal itu bertujuan menjejaskan reputasi Perdana Menteri termasuk mengaitkannya dengan isu dana 1MDB.

Lester yang juga bekas Pengarang Berita, Sarawak Tribune mendakwa bayaran, itu diterimanya daripada Clare yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Berhubung warrant of arrest palsu

Malah, beliau menyifatkan bayaran itu sebagai ganjaran untuknya dalam membantu komplot menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).



- See more at:

http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/waran-tangkap-terhadap-clare-rewcastle-brown-1.120738#sthash.LlLaSi6S.dpuf

-----------------

Tony Pua dan Rafizi dah diam dan takut tunjuk2 dokumen.

Mereka yang cuba gulingkan kerajaan dengan cara bocorkan maklumat dah disiasat polis. Jangan pula sewenang-wenang tuduh polis salahguna kuasa dan menekan. Baru siasatan dan beljm dakwaan. Rilaks ...

Ini menunjukkan ada check and balance ... SPRM boleh soasat polis dan polis boleh soasat SPRM.

The Edge dah digantung 3 bulan. Sarawak Report di block tapi masih degil dan cuba nak spun juga. Dia ingat dia maksum duduk di England.

Saman WSJ tu jangan terbantut Datuk Hafarizam. Asyik kalah saja peguam untuk UMNO. Koman lah!!!!


Sceptics will never be satisfied

Posted: 03 Aug 2015 11:30 PM PDT



A QUESTION OF FAIRNESS
By Lims Sian See

This is what a blogger said:

"Well, first they demand that Najib reveal where that money came from if not from 1MDB. And now they say that whatever Najib is going to reveal is going to be a lie. Diam pun salah, cakap pun salah. Apa lagi mereka mahu?"

It was just a month ago when such allegations was first revealed by WSJ on July 3rd.

Understandably, the MACC took some time to investigate this before clearing Najib of the RM2.6b as they probably had to ask each and every contributor to confirm if it is indeed them who contributed.

Whether it is from one Middle East source as alleged by Muhyiddin in his suspiciously leaked 53 sec video remains to be seen as MACC did not say it was from Middle East and specifially said "donors" and not "a donor".


Malaysians are understandably angry or in utter disbelief when told by MACC that the RM2.6 billion came from campaign contributions by unknown sources.

We now demand to know who are the contributors in order to proof that the RM2.6b was indeed campaign contributions.

This is a VERY FAIR question to ask.

Najib or MACC should release the names of donors - even though the donors may not want to reveal their names.

But people soon forget very fast that 3 days ago on Saturday, Najib had already said that he WILL declare the sources of Umno's political funding.... but only if the Opposition does the same.

"I can explain the source of political funding only if the opposition also agrees to do the same, DAP and PKR especially,'' said.

Najib said his efforts to legislate transparency in political funding in 2009 were "shot down by DAP", but added that he is ready to make a second effort for such legislature.

"I don't mind, I can list who donates to the party to be transparent but DAP doesn't agree to publicising political funding.

"Why? Because they have something to do hide," he said


Fair or not?

Thus, if we want to know the donors of these RM2.6 billion, we will need to press ALL parties to show their list of donors too.

Fair or not?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1704053463146774&id=100006264096443

--------------

Tuesday, August 4, 2015

When you can never satisfy the critics


Salleh Said Keruak

This is a classic case of you can never satisfy the critics. They will demand that you do what they want and when you submit to their demands they will still not be happy.

The Prime Minister's critics alleged that Najib Tun Razak stole RM2.6 billion of 1MDB's money and transferred it to his personal bank account. They then demanded to know whether this was true. When Najib ignored their demands they got angry.


The truth is whatever Najib would have said would never satisfy those asking for his explanation. So Najib allowed the Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the matter and get to the truth.

MACC then announced that the money was not from 1MDB but was from a donor. That was what they demanded to know and that was what MACC confirmed.

Now some want to know why it took so long to confirm that. Why could they have not confirmed that on the first day? Others want to know whether the donation came with strings attached because surely a donation that size would come with terms and conditions.


So what is the issue now? Should they not be happy that the money was not stolen from 1MDB as alleged? That is what they demanded to know and that was what MACC confirmed.

If Najib tells them that the donation did not come with strings attached would they believe him?

http://sskeruak.blogspot.com/2015/08/when-you-can-never-satisfy-critics.html?m=1

http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/04/will-they-believe-najib-if-he-says-donation-didnt-come-with-strings-attached/

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Bila PKR Mahu Dedah Siapa Derma Dana Mereka?

Posted: 04 Aug 2015 03:26 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BERGAMBAR- WALAU WANITA ..PRESIDEN PKR MELAKSANAKANNYA

Posted: 04 Aug 2015 04:34 AM PDT



Menyantuni ketua-ketua kampung dan staf PTDHL serta pengunjung di rumah terbuka aidilfitri..mudah-mudahan semuanya dalam barakah..terima kasih tuan Pegawai Daerah kerana sudi menjemput..
Bersama dengan Menteri Besar Selangor di Majlis Sambutan Aidilfitri Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat, Bangunan Hisamuddin Alam Shah, Bangi pagi ini..


Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.


Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.


Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.

Bersama dengan Menteri Besar Selangor di Majlis Sambutan Aidilfitri Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat, Bangunan Hisamuddin Alam Shah, Bangi pagi ini..





LAPORAN KEPADA SPRM UNTUK SIASATAN SUMBANGAN POLITIK BERJUMLAH RM2.6 BILION

Posted: 04 Aug 2015 04:27 AM PDT

LAPORAN KEPADA SPRM UNTUK SIASATAN SUMBANGAN POLITIK BERJUMLAH RM2.6 BILION
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bahawa sejumlah RM2.6 bilion wang yang dipindahkan ke akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak adalah derma politik mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.
Saya ingin mengingatkan Dato' Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia bahawa skop siasatan Pasukan Petugas Khas ("Special Task Force") yang dianggotai oleh SPRM, BNM, PDRM dan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urusniaga 1MDB untuk memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa. Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah tuduhan wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Dato' Seri Najib Tun Razak seperti Jho Low; sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang telah mencecah RM42 bilion.
Urusniaga pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak hanyalah satu tugasan kecil yang kebetulan mendapat perhatian rakyat apabila Wall Street Journal mendedahkan adanya dana yang dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Oleh yang demikian, kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat oleh Pasukan Petugas Khas yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkai semua persoalan mengenai 1MDB.
Malah, kenyataan SPRM semalam mengundang lebih banyak persoalan mengenai sumbangan politik berjumlah RM2.6 bilion itu, terutamanya berhubung peruntukan-peruntukan khusus Akta SPRM 2009 seperti berikut:
§ Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima "suapan" dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan "suapan" di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.
§ Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.
§ Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.
Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang boleh menerima penjelasan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak menerima derma sebanyak RM2.6 bilion dari seseorang untuk membiayai kempen PRU13 Barisan Nasional tanpa penderma itu mendapat sebarang balasan. Oleh itu, derma yang disebut-sebut oleh pimpinan Umno sekarang ini boleh digolongkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM.
Oleh itu, pada hari ini telah mengarahkan pimpinan KEADILAN di seluruh negara di semua peringkat untuk membuat laporan kepada SPRM mendesak SPRM memulakan siasatan terhadap sumbangan politik itu mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009. Satu pekeliling dengan laporan contoh telah dikeluarkan kepada pimpinan KEADILAN di seluruh negara bagi tujuan ini.
Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turut sama membuat laporan SPRM untuk menyiasat mengenai sumbangan politik kepada Dato' Seri Najib Tun Razak ini sebagai luahan rasa marah rakyat kepada perkembangan politik mutakhir.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
4 OGOS 2015

WANITA GHB KEDAH..

Posted: 04 Aug 2015 03:51 AM PDT


Pertemuan Bersama Wanita Harapan Baru Kedah..sambutan menggalakkan, tak muat dewan dan ada yang duduk atas lantai..Alhamdulillah

GAMBAR GAMBAR OKT DI MAHKAMAH DAN BEBAS DARI 6 HARI KE 4.HARI...GAMAKNYA DEPA NI DIPERALAT NIH.

Posted: 04 Aug 2015 03:41 AM PDT

NEGERIKU PARA PENIPU

Posted: 04 Aug 2015 12:00 AM PDT

APA KATA 3 ORANG INI MENGENAI 1 MBD KENAPA BELIT UNTUK MENJELASKAN?

Posted: 03 Aug 2015 11:36 PM PDT








1.    DATUK  ASRI MUFTI PERLIS

1.seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak.

2.Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah.

3.Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah,






2.   SOALAN ANAK MB JOHOR




SOALAN ANAK MB JOHOR

Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
  1. Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?
     
  2. Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
     
  3. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
     
  4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?
     
  5. Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?
     
  6. Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?
     
  7. Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
     
  8. Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
     
  9. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?
     
  10. Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
     
  11. Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
     
  12. Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
     
  13. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

3.    SOALAN KADIR JASIN



Mengapa 'spin' jika wang itu dari orang kaya Arab?



1. Pihak berkuasa sepatutnya, dari awal lagi, berkata bahawa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dari orang kaya Arab,

2. Katanya, mengapa Najib dan seluruh briged tukang spin beliau tidak berbuat demikian dari awal lagi.



3.Sekiranya wang dalam akaun perdana menteri bukan dari 1MDB, mengapa tidak Jho Low berkata demikian.

4. Mengapa orang yang dikaitkan dengan akaun itu perlu melarikan lari dari negara ini?" 

5. Orang yang dicari oleh pasukan petugas khas (menyiasat 1MDB), termasuk Nik Faisal Ariff Kamil dan (Datuk) Suboh Mohd Yassin, kini sepatutnya tampil untuk membersihkan nama perdana menteri," 

6. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan secara sukarela kerana gagal menemui lebih awal yang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri di AmBank adalah sumbangan derma.

7. Macam mana anda boleh main-main dengan perdana menteri seperti itu?"