Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-
Belantan

Belantan


Tindakan DAP cetus 
persoalan sumber dana politik?

Posted: 03 Aug 2015 05:53 AM PDT


Tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan cadangan supaya setiap parti mendedahkan sumber dana politik masing-masing wajar dipersoalkan ketika mereka begitu lantang mengkritik UMNO yang sering didakwa tidak telus.

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang 'mendukacitakan', Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sepatutnya cadangan itu disambut baik bagi membolehkan rakyat mengetahui siapa yang sebenarnya berada di belakang parti-parti politik tanah air.

"Ketika Perdana Menteri dan UMNO yang sering pembangkang cerca bersedia berbuat demikian bagi menunjukkan ketelusan, tiba-tiba mereka pula yang tidak bersetuju. Adakah mereka takut atau mahu menyembunyikan sesuatu di sebalik dakwaan kononnya UMNO ini menyimpang?.

"Mereka tidak sepatutnya takut kerana ini boleh dianggap sebagai satu manifestasi kepada ketelusan, amanah dan keyakinan rakyat terhadap parti seperti didokong UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila mereka tidak menyokong, maka pelbagai persoalan akan timbul," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pemudanya, Mohd. Noor Mohd. Amin serta Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendedahkan, beliau pernah mengemukakan cadangan supaya soal dana politik dibuat secara lebih telus dan terbuka tetapi tidak dipersetujui DAP.

Asyraf Wajdi menambah, perkara seperti itu membuktikan betapa kata-kata pembangkang serta segala tuduhan yang dilemparkan tidak boleh diterima bulat-bulat oleh rakyat dan ahli UMNO sendiri sehingga menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap pemimpin.

"Dalam Islam sendiri apabila seseorang itu membuat tuduhan, maka dia perlu mendatangkan bukti. Mana boleh hanya kerana kita bencikan seseorang, maka kita tuduh individu itu melakukan pelbagai kesalahan sekali gus memporak-porandakan keadaan.

"Kita ada undang-undang dan bukannya mengamalkan peraturan rimba. Bagi setiap pertuduhan dilemparkan, kini semuanya berada dalam siasatan pihak berkuasa. Jadi kita tunggu hasil siasatan dan jangan bertindak menjatuhkan orang lain melalui cara yang membelakangkan agama," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KENAPA AKAUN PRESIDEN BUKAN AKAUN PARTI: PENDERMA MENJAWAB, DAP SETUJU RAHSIAKAN

Posted: 03 Aug 2015 11:32 PM PDT

CUBA TEKA BERAPA BILLION? 
1. Menerima sumbangan untuk dana politik tidak salah di sisi undang undang negara ini. 

Cadangan SPRM untuk wujudkan undang-undang mengisytihar sumbangan kepada parti politik telah ditolak oleh DAP walaupun UMNO setuju. 

Dalam isu ini, penyumbang sebagai ikhwan Muslim (saudara Islam) tidak berminat untuk mendapat apa-apa balasan. Mereka hanya mahu pastikan agar kerajaan Islam Melayu/Bumiputra boleh dipertahan sekaligus dapat mengekang aktiviti militan seperti ISIS, musuh-musuh Islam dan sebagainya .

2. Penyumbang Timur Tengah Beri Syarat


Syarat penyumbang dari Timur Tengah tersebut hanya mahu sumbang melalui PM secara persendirian kerana tidak mahu identiti penyumbang diketahui umum. Maka akaun peribadi dibuka khas untuk tujuan penyaluran dana aktiviti parti dan pilihanraya, kemudiannya ditutup selepas itu.

Jika dimasukkan ke dalam akaun amanah sudah pasti identiti penyumbang akan terdedah dan diketahui umum, ini tidak dipersetujui oleh penyumbang. Lim Kit Siang, Tony Pua, Tian Chua, Lim Guan Eng tidak bersetuju nama penyumbang didedahkan (Rujuk Laporan Mesyuarat mereka bersama SPRM).

Apa yang Salah?

Dalam isu ini, Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan di sisi undang undang.Yang salah nya kalau penyumbang dapat balasan seperti projek atau peluang perniagaan dari kerajaan.

3. ADAKAH DAP, PKR & PAS TIDAK TERIMA SUMBANGAN

Selama ini DAP, PKR & PAS memang menerima ratusan juta malah billion ringgit sumbangan dana politik, tapi oleh kerana undang-undang negara ini tidak memerlukan ianya diisytihar dan juga tidak perlu memaklumkan sumber atau penyumbangnya, maka ianya tidak diketahui umum dan tidak menjadi isu.

Maka apabila UMNO menerima sumbangan dana politik, tidak ada sebab ianya perlu dihebah kepada umum. Tapi malangnya, ada orang dalam seperti bekas pemimpin yang telah mendedahkan perkara ini kepada pengetahuan umum. Lebih malang lagi pendedahan tersebut dibuat secara 'half truth' (separuh benar) yang menyebabkan pelbagai tafsiran sehingga menjadi isu negatif yang besar terhadap UMNO dan pemimpinnya. Adalah sangat tidak beretika untuk bekas pemimpin tersebut mendedahkan rahsia parti.

4. CIA DAN YAHUDI

Adakah mungkin antara sumber derma kepada  DAP berkait dgn CIA, Isreal (Yahudi), kumpulan Freemason, kumpulan Ilumunati, kumpulan NEO-CON yang berselindung di sebalik NED dan NDI atau lain lain yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap DAP?

Mungkin inilah sebabnya DAP menolak sekeras kerasnya untuk digubal akta tersebut.

AMBIGA AKHIRNYA MENGAKU TERIMA WANG HARAM DARI SOROS UNTUK PROJEKPUPPET GOVERNMENT

Posted: 03 Aug 2015 06:15 PM PDT

BUKTI WANG ASING DALAM PEMBIAYAAN KEMPEN PAKATAN PEMBANGKANG

"Pemimpin gabungan Bersih iaitu Ambiga Sreenevasan setelah didesak telah akhirnya mengakui bahawa Bersih menerima dana dari sumber asing seperti NDI dan Open Society Institute yang dibiayai oleh jutawan Yahudi George Soros."

"Pakatan pembangkang di Malaysia telah mendapat kemenangan yang bersejarah semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008 yang mana mereka telah mengambil alih negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor ... IRI telah menerima $802,122 dollar Amerika pada tahun 2010 untuk membiayai kempen bersama "pemimpin-pemimpin (Pakatan) di negeri di Pulau Pinang dan Selangor ... "

"Anwar telah memanfaatkan sepenuhnya rangkaian antarabangsa beliau untuk mendapatkan dana ini ... Bersih adalah perantara Anwar untuk menerima dana antarabangsa dengan alasan demokrasi."

"IRI dipengerusikan oleh Senator Konservatif John McCain, yang terkenal dengan pendiriannya yang agresif dan memihak kepada Israel.."

"Berjuta-juta wang yang telah disalurkan kepada pihak pembangkang di Malaysia adalah bukti bahawa Washington mempunyai agenda serantau yang tersendiri."

http://rt.com/op-edge/us-malaysia-opposition-politics-771/

BUKTI VIDEO LIM GUAN ENG TIPU HAJI HADI

Posted: 03 Aug 2015 09:10 AM PDT



Sebenarnya DAP memang mahu PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat. Tujuannya kerana PAS penghalang kepada cita-cita rahsia mereka untuk melihat perpaduan umat Islam dan Melayu dihancurkan. DAP mahu orang Melayu dan umat Islam sama ada dalam PAS atau UMNO berpecah-pecah dan bergaduh sesama mereka. Apabila PAS dan UMNO menjadi semakin bijak untuk bersatu, DAP sangat gelisah. Malangnya segelintir pemimpin PAS buta mata dengan habuan wang  dan pangkat dari DAP. Mat Sabu tentu tidak lupa ke Medan, Sumatera, Indonesia.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SPRM kata duit akaun peribadi tiada kaitan ke 1mdb: Apa pengkritik spin?

Posted: 03 Aug 2015 07:24 PM PDT





Kenyataan ini memamg rasmi dikeluarkan oleh SPRM.



Pihak berkuasa senditi sudah jelaskan wang yang Najib kata tidak diguna untuk kegunaan peribadi BUKAN datangnya dari 1MDB yang selama ini khusus dituduh oleh Sarawak Teport, The Edge, Tony Puah, Rafizi dll.

Kenyataan datang dari pihak berkuasa. Pasti pembangkang dan pengkritik tak setuju.dan kata macam-macam.

Ada sambut penjelasan ini dengan menambah persoalan:



Ada konon timbulkan persoalan tapi guna maklumat tak lengkap:


Betul la derma adalah salah satu cara suapan rasuah tapi perlu tunjuk jufa definasi rasuah. Perlu buktikan sumbangan dana pembiayaan politik berunsur rasuah.


Apa kena mengena dengan PAS ni Teoh Nie Cheng? Harap PAS saman betina ni ...


Bila pula ada lagi Utusan di Singapura? Sendiri tuduh dan senditi sebar. Mana ada kredibiliti?

Ada pula guna angle cukai untuk kritik PM sebagai reaksi kepada kenyataan SPRM.


Derma lepas dari cukai. Macam mana boleh kena denda?

Biasa untuk Arab menderma. Lihat berikut:


Cuma kita tidak tahu kenapa perlu Arab sedia bantu Dato Najib. Adakah bila tidak tahu maka perlu paksa jawapan, buruk sangka dan buat tuduhan?

Tidak dapat hujah yang baik, dicati salah kata atau salah maklumat.


Standard la Mat Maslan salah maklumat dan cepat jawab tapi main sedap mulut.

Lalu diguna cara humour untuk serang Perdana Menteri cara halus dan sampaikan mesej tanpa perlu beri hujah:


Persendakan derma yg diterima seolah-olah isnya rasuah ...



Jenaka untuk gambarkan pada orang ramai betapa besar dana itu


Fokus untuk timbulkan.kerisauan pada ahli UMNO yg resah dengan isu 1MDB yg dah berpanjangan.


Black humour untuk serang isteri PM.


Jenaka untuk menimbulkan persoalan lojikkah dana sebegitu banyak diderma.




Ada pula guna teknik humour tapi diisi tuduhan yang berat.


Ini tuduhan perlekehkan institusi kerajaan. Kesalahan hasutan ....

Itu kerja pembangkang. Biasalah ...


Yang dulu sokong BN dah sokong pembangkang ke????












Kesetiakawanan dan defisit keyakinan: Dua cabaran BN

Posted: 03 Aug 2015 12:56 AM PDT


Dua laporan Utusan Malaysia mengetengahkan dua cabaran utama BN

Najib yakin Ahmad Zahid mampu galas tanggungjawab dalam semangat setiakawan

03 Ogos 2015 12:09 PM

PUTRAJAYA 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kewibawaan Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat membantu beliau dan anggota Kabinet yang lain dalam menggalas tanggungjawab bagi memenuhi kehendak rakyat dalam ikatan dan semangat setiakawan.

"Saya percaya di atas kewibawaan beliau dapat membantu saya dan anggota-anggota Kabinet yang lain dalam satu jaringan dan ikatan yang kukuh dan semangat setiakawan yang jitu untuk menggalas tanggungjawab dan amanah berat iaitu memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengalu-alukan kehadiran pertama Ahmad Zahid pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. - BERNAMA

--------------------

PM mahu penjawat awam atasi situasi 'defisit keyakinan'

03 Ogos 2015 8:51 AM

PUTRAJAYA 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penjawat awam memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan dan mengatasi situasi yang digambarkan sebagai 'defisit keyakinan' oleh sesetengah pihak.

Najib pada masa yang sama mahu semua pihak memandang ke hadapan dan tidak sesekali hilang fokus.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. - UTUSAN ONLINE

---------------------

Walau bagaimana perkumpulan dan acara UMNO dan BN boleh dianjurkan, keutamaan BN sekarang adalah untuk membangkitkan kesetiakwanan sesama sendiri dengan meningkatkan solidariti dan mengurangkan pergeseran.

Yang lebih penting adalah diluar parti di mana kepimpinan perlu mengurangkan defisit keyakinan terhadap kerajaan dan kepimpinan. 

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Soalan dari pemimpin muda JOHOR - Derma untuk Najib Razak

Posted: 03 Aug 2015 10:28 PM PDT

Ucapan Penuh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin - Mesyuarat UMNO Bahagian Kluang 2015

Posted: 03 Aug 2015 05:05 AM PDT

TITANIC Najib Razak dari TEMPO INDONESIA

Posted: 03 Aug 2015 04:03 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TIADA KEPERLUAN KOMEN TENTANG PAS LAGI.MAT SABU

Posted: 03 Aug 2015 04:02 PM PDT


0LEH: GREENBOC


[VIDEO & GAMBAR] Tiada Keperluan Untuk Komen Tentang PAS Lagi - Mat Sabu (UPDATED)






Mat Sabu enggan komen apa-apa berkaitan PAS lagi 

Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS. 

Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada perdana menteri sejak kebelakangan ini. 

"Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia. 

"Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini. 

Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat. 

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata. 







Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. 

Sementara itu, pada majlis tersebut Mat Sabu dalam ucapannya berkata, umat Islam di dunia ini secara umumnya kelihatan hebat dalam perjuangan, tetapi apabila mendapat kuasa, gagal dalam pemerintahan. 

"Kita melihat gerakan umat Islam perlu berubah di seluruh dunia, perlu berani membuat perubahan. 







"Isu perkauman masih dimainkan oleh pemerintahan dan orang Islam sudah terperangkap. Parti Islam juga mudah terperangkap dalam isu perkauman," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. 

Gerakan itu ditubuhkan oleh pemimpin PAS dari puak progresif dan golongan profesional yang tersingkir semasa pemilihan parti yang diadakan pada muktamar tahunan awal Jun lalu. 

LAPORAN HIMPUNAN GHB WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Penerangan GHB Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dewan penuh sehingga ramai yang terpaksa berdiri di luar. Insya Allah rakyat bersama GHB dan rakan-rakan kami iaitu PKR, DAP dan NGO untuk merealisasikan hasrat kita menubuhkan kerajaan adil, telus dan peduli rakyat pasca PRU14 nanti.





KISAH HADI NAK JADI PM

Posted: 03 Aug 2015 03:55 PM PDT

OLEH: AL HUSSEYN


Cita cita nak jadi PM tak salah.Tapi kalau khianat nak bersama Umno,itu salah....kalau Anwar  nak jadi PM rasanya dah lama jadi dengan Umno.








Berikut adalah transkrip yg mampu saya perturunkan. Harap maaf kerana ada terdapat tempat yang kurang  jelas. Harap maklum …dia dan Ustaz Nasharudin (Mat Isa); saya boleh ceritalah sekarang. Dua-dua orang tu telipon saya, yang telipon saya , Salahuddin Ayub!      "Bagaimana kita ni kerajaan pemimpin, Boleh ke tak dia masuk?"  Saya kata, betul ker? Ini kerajaan perpaduanlah nih!   "Betul ker?"  "Betul!"   "Ana ni tukang atur ajer"  "siapa?"  " Boss!" " Boss siapa?" " Ustaz Hadi! Tapi tak boleh nak pergi, tak boleh masuk!"  Saya kata, " Tak apa, naik kereta saya."  Saya tunggu, ambik dia masuk kereta saya masuk Seri Perdana, lepas 'Asar, kali pertama. 



 Duduk dalam library di Seri Perdana tu, daripada Asar sampai Maghrib, sembahyang sama berjemaah. Makan goring pisanglah macam-macam…. Dia tengok Seri Perdana …  " Aiii….sedap juga rupa!! Hok cepok," dia kata, "Ustaz bagaimana?"  Dia baik dgn saya. Sebab saya dulu kenal dia masa saya di Perth Australia . Saya selalu jemput dia datang masa tu dia ABIM. Masa tu dia pengerusi ABIM Trengganu, belum masuk PAS pun Ustaz Hadi nih! Saya kenal dia sebab kawan abang saya di Medinah dulu.   Saya kata, " Jadi ker?" Dia kata, "Memang tak ada masalah; kena buat demi kepentingan Islam dan Melayu!" kata Hj Hadi. Hadi kata jadi!, "Saya jadi…..(tak jelas)…," Ha! Ha! Hj Hadi kata!  Ini orang Pas ni yg dengar yg duduk ni boleh bagi tau, sesiapa pemimpin PAS yang dengar ni ambik tape saya ni, bagi tau, Hj Hadi kata kat Nik Aziz!  Pak Lah pun tanya, "Tak bolehkah nasihatkan Nik Aziz ni, untuk kepentingan Islam? Sekarang ni you ni jadi bar dot dot ... dia taulah! Betullah yang you kata tadi boleh jadi Barua DAP, dia tau!Dia juga tau! Anwar tipu dia, dia tau!" Haji Hadi mengaku.  Saya kata, "Enta tau tak, kenapa dia bawa, masa tu Nasaruddin baru masuk keAdilan. Nasaruddin Parit tu baru masuk keAdilan. Dengar ceritanya Nasarudin Adun Bota, masuk keAdilan, sebab dia tahu akan Nasaruddin untuk jadi Menteri Besar. Dia nak tukar Nizar tu, Nizar PAS nak tukar kepada Nasarudin supaya PKR menjadi Menteri Besar." Saya bagi tau Hj Hadi sebab Nasaruddin bagi tau saya! Nasarudin punya peranan.  Nasarudin ni, masa saya jadi ahli parlimen dulu, dia duduk sebelah saya.Dia ahli parlimen Parit, saya ahli parlimen Kerteh. 

Kami duduk sebelah. Saya kata apa-apa sebab cepat nih….  Dia kata, "Brother, saya dah tak boleh tunggu kerajaan brother… Anwar kata, saya akan menjadi Menteri Besar, Nizar akan ditukar!"  Tengok, dia main belakang. Main belakang PAS lah nih! Kerja dia!  Saya bagi tau Ustaz Hadi, "Ustaz, enta tau tak, dia bawa Nasarudin masuk untuk ganti Nizar. Hj Hadi kata, " Macam inilah perangai Anwar!" Dimana dia kata? Di Seri Perdana"  "Astaghfirullahul Adzim, itu yang dia nak buat kat ana…"  "Macam tulah ustaz!"  "OK, kita buat cepat-cepat" kata dia.  "Habis macamana Tuan Guru Nik Aziz?"  "Tinggalkan Nik Aziz!" kata Hj Hadi. "Tinggalkan Nik Aziz!" Pak Lah kata, "Tak boleh, dia Mursyidul 'Am. Dia orang tua, balik berkira dulu…"  Dia kata, "Masalah Nik Aziz ni, mesyuarat tak datang.Kalau dia datang, dia tidur!" Itulah kata Hj Hadi.  Saya pun tengok kat Ust Nasarudin, "Macamana?" "Ana ni ikut boss jer…ikut boss jer!"  Tujuan kita nak buat kerajaan yg sedemikian pada masa itu, ialah supaya orang Melayu mempunyai 2/3 majoriti dalam dewan, di parlimen. Kemudian kita boleh ubah segalanya yg kita nak ubah.Nak buat Islam ker, nak alQuran sahaja dia atas, nak letak sunnah ker.

 Itu boleh dicita-citakan, dia pun setuju, syarat dia "Saya nak jadi Perdana Menteri!" Hj Hadi kata. Yang tu Pak Lah kata, " Tak bolehlah kata saya mesti jadi Perdana Menteri!" Tengok…jujur tak jujur Pak Lah. Ikhlas tak ikhlas? "Saya dah janji nak bagi kepada Najib. Tak apa Najib jadi Perdana Menteri. Yang penting orang Melayu bersatu!"   Hah! Dia pun kata, "nanti dulu…"  Bila saya balik ke dewan undangan negeri, saya bagi tahu kepada YAB Menteri Besar, saya tunjuk dia beginilah… saya tanya YAB Menteri Besar, "Kita telah berusaha untuk menyatukan ummat Islam, wata'a wanu 'alal-birri wa-taqwa, wala- ta'a wanu 'alal-ismi wal-'udwaan – ayat Qur'an jelas, bekerjasamalah kamu untuk perkara-perkara kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dengan perkara kemungkaran. Ayat Qur'an jelas, YAB tahu.

 Dan kita telah berusaha untuk menyatukan hati-hati ummat Islam supaya kita menjadi sebuah kerajaan yang kukuh. Kenapa YAB tutup? Kenapa YAB tolak? YAB bertanggungjawab di dunia dan bertanggungjawab di akhirat, menolak perpaduan ummat Islam, YAB jawab!  Dia tunduk, jengok muka pun dok! Dalam rekod ada, dalam henset ada! Kenapa YAB tolak?   Saya jadi wakil rakyat untuk membantu rakyat baik Umno atau pun PAS. Kita nak berkhidmat kepada negara, berkhidmat kepada bangsa, berkhidmat kepada Islam, berkhidmat kepada seluruh Negara, ummat Islam seluruhnya… Kenapa kita jadi pergaduhan? Kenapa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Atas dasar apa PAS mesti bergaduh dengan Umno? Enta nak buat baik, ana nak buat baik. Enta nak bangunkan Negara, ana nak bangunkan Negara. Enta nak bawa syiar Islam, ana nak bawa syiar Islam. Kita nak letak ummat Islam al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih … kenapa kita mesti bercanggah? Anda mungkin juga meminati:

GAMBAR-GAMBAR- PROGRAM PRESIDENT PKR RUMAH TERBUKA DAN KUNJUNGAN ....1 OGOS 2015

Posted: 03 Aug 2015 03:03 AM PDT



AHAD 2 OGOS



Majlis Perasmian Pejabat KEADILAN Cabang Jasin, Melaka petang tadi..alhamdulillah..moga usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat dapat dipertingkat..

 Program Jelajah Amanat Presiden peringkat negeri Melaka hari ini..fokus kita untuk pemantapan organisasi, perkukuhkan kerjasama di kalangan pembangkang dan NGO untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Umno-BN yang semakin goyah akibat pelbagai skandal..

Menyantuni rakyat Selangor di majlis rumah terbuka Ahli Dewan Negeri Sri Muda di Shah Alam tengahari ini..alhamdulillah..
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.

SABTU 1 OGOS



Di program Jelajah Amanat Presiden peringkat Wilayah Persekutuan di pejabat MPN WPKL di Bandar Tun Razak pada sebelah malamnya

Bertandang ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Kg Padang Balang..
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.

Usai program di Kajang..berkunjung ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong di Wanga Maju .
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.

Di dalam keceriaan kita menyambut Aidilfitri..kita seharusnya kembali kepada fitrah..mensucikan diri dengan zakat, infaq, sumbangan kebajikan dan menyantuni golongan susah..berikan mereka keceriaan..insya Allah hidup kita akan tenang..

Pelbagai lapisan rakyat mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Kak Wan..anak-anak yatim, golongan OKU dan sebagainya..alhamdulillah kita terus berbakti untuk mereka..tidak lupa kepada petugas-petugas yang bertungkus lumus menjayakan program..
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.

Terima kasih di atas kehadiran Dato' Iskandar Samad, Dr Che Rosli, Tan Sri Muhammad, Dato' Samsudin, Prof Dr Agus dan ramai lagi tokoh2 yang tidak sempat disebutkan nama mereka di sini..
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.


Terima kasih kehadiran Duta Amerika, Argentina, Norway, Jerman dan lain-lain..juga daripada PAS, DAP, GHB, ABIM dan NGO2..

Roadshow GHB Wilayah Persekutan meriah-MSO

Posted: 03 Aug 2015 02:04 AM PDT


Ahmad Awang berucap menyesali beberapa tindakan Pas.
Roadshow Gerakan Harapan Baru (GHB) Wilayah Persekutuan yang diadakan semalam dan malam tadi merupakan program pertama GHB Wilayah Persekutuan yang dibentuk dua selepas 1 Syawal lepas. Program itu diisi dengan majlis dialog di sebelah pagi dan ceramah umum pada malam tadi.

Program itu bolehlah dianggap majlis permula, letak kerja oleh GHB Wilayah Persekutuan sebagai rentetan daripada beberapa majlis seumpamanya sebelum ini yang diadakan di Temerloh, Kota Bharu, Perlis dan paling baru di Manjoi Perak.

Walaupun majlis serupa juga di adakan di Jertih Terengganu tetapi ia tidak dapat dijadikan ukuran sebab bersifat daerah.

Majlis roadhow GHB peringkat negeriTerengganu akan diadakan dimasa akan datang, khabarnya pertengahan Ogos ini. Ketika itu nanti barulah dapat dibuat ukuran apakah GHB ditolak atau pun tidak dinegeri yang dianggap kuat menentang GHB. Bagaimana pun perlantikan Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagai pengerusi GHB, seakan telah merobak kekebalan Pas di Terengganu.

Jamilah, Dr Mariah dan Siti Aishah turut hadir.
Dari kesemua majlis-majlis itu, khabarnya majlis di Manjoi Perak paling berjaya dikira dari segi jumlah kedatangan. Khabarnya lebih 5,000 yang hadir. Begitu juga majlis di Perlis yang diadakan serentak dengan majlis di Kelantan, tidak kurang juga hebatnya.

Pnyerahan borang keahlian GHB oleh Baharum Indra.
Sebagai negeri kecil katanya kedatangan dan sambutan yang diberikan cukup memuaskan. "Negeri kami kecil sahaja, tetapi sambutan masyaAllah..."demikian komen seorang pimpinan asal Perlis penuh tawaduk.

Bagaimana pun di Kelantan, ia bolehlah dianggap sedarhana jika diambil kira dari keluasan negeri Kelantan apa lagi jika mengambil kira Kelantan sebagai sebuah sekolah politik. GHB Kelantan dipengerusikan sendiri oleh veteran Pas Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu.

Sebahagian yang hadir memenuhi dewan KSS.
Iya boleh disifatkan kurang berjaya kerana jika dilihat kepada gambar pemimpin dimana lebih lima orang wakil rakyat ditepek dan diwar-warkan akan hadir pada majlis himpunan GHB yang diadakan semepena raya ketiga itu, tetapi jumlah kehadirannya separuh daripada yang diharapkan.

Kandatipun kehadiran itu memberi petunjuk boleh meresahkan Pas Kelantan, tetapi ia masih dianggap belum sampai kemuncaknya lagi. Jika dibandingkan dengan majlis anjuran Pas di Kelantan sejak akhir-akhir ini, majlis GHB di Dewan Perniagaan Cina itu jauh lebih berjaya. 

Pun begitu jumlah kehadiran dan sambutan kepada program atau roadshow GHB bukan menjadi ukuran sebenarnya. Misalnya majlis di Kampung Baru malam tadi anjuran GHB peringkat Wilayah Persekutuan ia adalah permulaan. Majlis malam tadi dan dilain-lain juga bersifat dalaman atau kedaerahan sahaja.

Justeru tidak adil kalau hendak dibuat ukuran apakah GHB mendapat sambutan atau tidak. Puncak kepada kebimbangan di kalangan Pas terhadap pencabar baru mereka ialah apabila GHB didaftarkan sebagai parti politik. Ukuran sebenar dapat dibuat pada majlis perlancaran rasminya kelak yang dijadual pada 16 September.

Apabila ia dilancarkan menjadi sebuah parti politik secara rasmi dikala itulah analisa dan ujian sebenar dapat dilakukan. Bagaimana pun setakat ini kepaduan dan kesungguhan bekas pimpinan Pas dan mereka yang mahu diwujudkan sebuah parti Islam progresif masih sepadu dan bersemangat bagi membentuk sebuah parti baharu yang akan menjadi pengganti kepada Pas dalam Pakatan Rakyat.

Mereka nampaknya tidak boleh dihalang lagi, kalau diibartkan kepada kereta mereka sudah masuk ke gear dua atau ketiga. Sudah nekad.

Mereka yang hadir pada majlis malam tadi jelas dari kalangan pendokong parti-parti dalam PR sebelum ini PKR dan DAP. Selebihnya adalah kalangan anak muda yang tidak berparti yang hadir untuk sebagai mengikut trend hari ini, dimana anak-anak muda dituntut peka dengan perkembangan semasa.

Anak-anak muda tidak kira sangat soal idealisme ataupun matlamat penubuhan sesebuah parti, bagi mereka sokongan kerana trend politik semasa yang mahu menjatuhkan kerajaan UBN. Pengaruh politik luar dan gerakan-gerakan menentang establishment dan kepengganasan menjadi trend kepada mereka. Jadi kewujudan GHB kepada mereka adalah satu kesempatan yang baik memlempiaskan perasaan mereka. 

Sebahagian yang lain, mereka agak mengerti dan memahami politik, hadir bagi mendapat maklumat lanjut untuk memahami maksud penubuhan GHB itu. Mereka mahu melihat apakah perbezaan dinamik antara GHB dengan Pas atau ia merupakah sebuah gerakan sementara hati masih panas sahaja.

Para penyokong DAP juga hadir dimana Teresa Kok salah seorang pemimpin DAP menyampaikan ucapan mengalu-alukan penubuhan GHB. Demikian juga dengan penyokong PKR dan reformasi hadir sama. Nurul Izzah Anwar juga hadir dan memberi ucapan menyatakan komitmen dan pengharapan besar kepada GHB menjadi pengganti Pas dalam Pakatan baru.

Sokongan bolehlah disifatkan menggalakkan, sehingga dewan Kelab Sultan Sulaiman (KSS) yang dapat menampung kira-kira 1,400 itu penuh sesak sehinggakan ada yang terpaksa meninjau atau mendengar ucapan dari luar dewan. Acara agak simbolik pada malam tadi ialah penerimaan borang keahlian beberapa individu menyertai GHB antara ialah Baharum Indra adik kepada Mat Indra.

GHB Wilayah Persekutuan boleh menarik nafas lega dengan jumlah kehadiran malam tadi. "Saya bimbang juga kehadiran malam ini, kerana di siang kita dah ada program dialog, tetapi Alhamdulilah... sambutan meriah juga," tutur Tarmizi Mohd Jam yang bertindak menjadi timbalan pengerusi GHB Wilayah Persekutuan dan tenaga penggerak GHB menerusi media baru.

Hampir semua pimpinan GHB hadir kecuali beberapa yang mungkin ada majlis ditempat lain. Yang tidak kelihatan malam tadi ialah Dr Mujahid Yusuf, Salahuddin Ayub, Asmuni Awi, Raja Kamarul Baharin Shah, Mazlan Aliman dan lain-lain. Manakala Mahfuz Omar yang wajahnya tidak tertera di backdrop juga tidak hadir.

Sementara pemimpin utama yang berucap Mohamad Sabu, Ustaz Ahmad Ahmad, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Abdul Samad, Dr Mariah Mahmud selaku ketua wanita GHB dan lain-lain. Turut sama berucap ialah penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin dan wakil NGO Ikram dan Bersih.

Penampilan istimewa malam tadi ialah bekas ketua Dewan Muslimat Pas, Ustazah Jamilah Ibrahim dan A Samad Said serta Shukur Harun yang tampil membaca sebuah puisi. Ucapan Jamilah yang penuh bersemangat mengusik perasaan para hadirin.

Seperti dikatakan tadi ukuran sebenar sejauh mana sambutan kepada GHB ini akan muncul selepas sebuah parti didaftarkan untuk dijadikan medium politik rasmi mereka.Setelah ia didaftarkan secara rasmi, strukturnya dibentuk, ketika itulah kita dapat membuatjudgement apakah GHB mampu menyaingi Pas dan sekaligus mengambil tempat Pas dalam Pakatan Rakyat baru atau pun tidak. Atau GHB hanya bergerak seketika nafsu masih meruap sahaja?

Tegasnya gerakan yang dilakukan kini, - roadshow keseluruh negara menyebabkan pimpinan baru Pas sudah tidak lena tidur dan sudah ada yang mula menyembunyikan semula siku dan lutut yang mahu dikeluarkan sebelum ini bagi berhadapan dengan pencabar mereka.

Kebimbangan pimpinan baharu Pas terhadap GHB jelas apabila mereka sudah mencari ayat-ayat Quran dan hadith serta macam-macam jampi serapah khurafah untuk memagar ahli Pas agar jangan keluar dari parti itu. Mereka tidak bertindak diluas batas kebenaran itu kalau bukan kerana takut. [wm.kl.3:25 pm 03/08/15]

GAMBAR GAMBAR PELANCARAN GHB KUALA LUMPUR

Posted: 03 Aug 2015 01:54 AM PDT

Hebat. Program Gerakan Harapan Baru (GHB) peringkat wilayah Persekutuan mlm td di Kelab Sultan Sulaiman, KL. Kehadiran luar biasa memenuhi dewan sehingga ramai yg tidak dpt masuk dan berada di pintu dewan wlaupun difahamkan terdapat satu lagi program anjuran Pas di Kg Pandan. Selain Ikram, YB nurul Izzah turut hadir.-foto- wan fawdzin




PAS PUN TIRU CAM UMNO?

Posted: 03 Aug 2015 01:42 AM PDT




Zaman dah berubah. PartiAS semakin kuat bekerja selepas muktamar baru-baru ni. Nak ceramah kawasan je kena keluar surat arahan..Adakah PAS masih mahu bersebdirian?