Wan Azizah: Lawan BN habis-habisan Posted: 02 Aug 2015 09:10 PM PDT  JASIN, 3 OGOS: Semua pimpinan PKR diseru melipat ganda usaha memperjuang keadilan dan nasib rakyat yang kini semakin parah berikutan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus tadbir negara. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata semangat kepedulian tinggi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela nasib rakyat wajar diteladani semua pimpinan walaupun beliau kini dipenjarakan. "Benar, jasadnya kini dipenjara tetapi kebimbangan dan kepeduliaannya kepada nasib rakyat tidak pernah padam. "Apakah harga yang wajar dibayar kepada Anwar di dalam penjara selepas sekian lama memperjuangkan hak dan keadilan rakyat. "Bagaimana pula kita menyambut pengorbanan beliau, adakah untuk jawatan dalam parti? Pesannya kepada semua ahli parti supaya menjaga amanah rakyat untuk keadilan dan kesejahteraan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada siri Jelajah Amanat Presiden di Hotel Sri Impian, di sini, semalam. Menceritakan detik sayu setiap kali bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh, Wan Azizah berkata suaminya itu tidak pernah mengeluh sengsara dikurung sebaliknya sering meminta ahli parti memikirkan masalah rakyat tanpa perlu bimbang berkenaan dirinya. Read More / Baca Lagi >> |
RM2.6 Bilion: LHDN dah bertindak? Posted: 02 Aug 2015 09:07 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan mempersoal lagi berhubung punca wang AS$700 juga (RM2.6 bilion) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir berkata beliau akan menunggu sehingga ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat laporan akhir, walaupun tidak dapat menerimanya bulat-bulat.
"Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara.
"Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya," katanya.
Beliau bagaimanapun terus membangkitkan sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah bertindak terhadap dakwaan wang berbilion ringgit dalam akaun Najib itu.
"Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib," katanya.
Najib telah menafikan perkara itu dan menghantar surat peguam bagi memohon penjelasan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan dakwaan sensasi itu. |
Dr M berani akaunnya 22 tahun dibongkar Posted: 02 Aug 2015 09:04 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini diperiksa bagi membuktikan bahawa beliau telus.
Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, beliau pula dituduh perkara sama.
"Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihan raya yang dimasuk dalam akaun saya.
"Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya," katanya. |
'Dulu BN tak perlu RM2 bilion untuk menang PRU' - DR M Posted: 02 Aug 2015 09:03 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membangkitkan sama ada Umno memerlukan peruntukan besar untuk menang dalam pilihan raya sedangkan perkara itu tidak berlaku sebelum ini.
Katanya, jika disemak lima kali pilihan raya semasa beliau menjadi presiden Umno, tidak bayak wang yang digunakan, terutama peruntukan daripada ibu pejabat.
"Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen," katanya lagi.
Mahathir berkata jika sekarang Umno memerlukan RM2 bilion untuk sesebuah pilihan raya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya.
"Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Read More / Baca Lagi >> |
Betul Cara, Ikan Belida Boleh Dipancing Posted: 02 Aug 2015 09:00 PM PDT A Kadir Jasin PEMBAHAS RD – orang Baling kahwin wanita Kubur Panjang – mengulas: "Dr.M sudah agak lama mendiamkan diri. Yang paling saya risau dan hairan, mengapa JebatMustDie terus juga mendiamkan diri." Saya amat biasa dengan Baling dan Kubur Panjang; membuat liputan lawatan Almarhum Tun Tunku Abdul Rahman Putra ke Baling pada tahun 1969 dan kakak saya berkahwin orang Kubur Panjang. Berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad, khabarnya beliau ke Jepun. Untuk JebatMustDie pula kita berdoa agar beliau sihat wal afiat dan akan kembali berkarya. Dalam keadaan laut yang bergelora. Ombak dan badai menggila. Bahtera kita patah kemudi, terkoyak layar. Nakhoda cemas. Anak-anak kapal mengganas. Orang yang arif mengenai hukum lautan berkata, siapa yang menabur angin dia akan menuai badai. He who sows the wind shall harvest the waves.  | Siapa yang menabur angin akan menuai badai | Ketika bahtera merdeka kita dilandai badai, kemudi patah layar berkecai, nakhoda cemas anak kapal mengganas, tentulah ada pendeta dan tukang cerita yang buntu akalnya dan tumpul mata penanya. Saya pun sekali sekala berasa terancam juga. Maklumlah kita mentimun mereka durian. Kita menggolek kita kena, mereka bergolek kita kena. Namun saya bersyukur. Alhamdulillah dengan sokongan dan doa para pembahas serta pembaca mata pena tua saya masih tidak kering dakwatnya. Read More / Baca Lagi >> |
Annuar Musa bakal dilantik Pengerusi PAC? Posted: 02 Aug 2015 08:56 PM PDT Ahli Parlimen Ketereh itu dikatakan telah dipanggil oleh Perdana Menteri bagi tujuan pelantikan itu.  PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa dikatakan bakal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu. Desas desus menyatakan Ahli Parlimen Ketereh itu merupakan antara nama yang layak untuk menduduki kerusi panas tersebut bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini telah menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Annuar ketika dihubungi hanya menjawab 'tiada komen', lapor sebuah portal. Nama beliau tiba-tiba menjadi sebutan untuk menerajui PAC selepas dipanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan pelantikan itu, lapor portal itu lagi. Selain Annuar, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar juga turut dikaitkan bakal dilantik sebagai anggota PAC bagi mengisi tiga jawatan kosong selepas anggota yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PAC, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau turut dilantik dalam barisan Kabinet baru. Berikutan pelantikan itu, PAC tidak dapat meneruskan prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya bersambung pada Selasa dan Rabu ini dengan memanggil Presiden 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi. |
Mimpi Nabi Tapi Pelik : Benarkah ? Posted: 02 Aug 2015 08:50 PM PDT Oleh U.Zaharuddin Abd Rahman Assalamualaikum, Ustaz, saya pernah bermimpi Rasulullah menurut kata hati saya inilah, tetapi masalahnya badannya agak gemuk dan pernah juga perbuatannya dalam mimpi tu macam tak beradab, tak elok dan ada yang macam bercanggah dengan amalan Islam. Tapi apa yang saya tahu, ada hadith yang mengatakan jika mimpi Nabi maka memang nampak nabi yang sebenarnya. Macam mana pula jika mimipi Nabi begini dan dia ajar satu perkara yang bercanggah dengan Islam?. Adakah ia khusus untuk kita atau bagaimana, mohon ustaz menerangkan. Terima kasih Jawapan Pada asasnya, memang benar, terdapat hadith sohih yang menyebutkan :-
وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي Ertinya : Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )
Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-
من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ Ertinya : "Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )
Dalam mentafsirkan hadith ini, para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila saya utarakan tiga pendapat ini, inshaAllah jawapan kepada soalan anda akan terjawab.
Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,
Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.
Ini bermakna, hadith di atas tidak 'mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.
Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.
Dalil yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn 'Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata : "Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)
Read More / Baca Lagi >> |
Bila Menteri tak tahu tugasnya.. Posted: 02 Aug 2015 08:49 PM PDT Oleh Zaharin Mohd Yasin Pagi ini saya hendak sekolahkan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, Ikutan dari ucapan  PM Najib, yang beliau merombak kabinet bukan mahu para Menteri jadi pak turut atau 'yes man' kepadanya, dan juga minta Menteri jangan 'No Sir' pula. Seorang Menteri dari UMNO kena memahami polisi tugas seorang Menteri ialah dia perlulah melaksanakan semua dasar-dasar yang dipersetujui oleh Parti UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO.. dasar-dasar itu selalunya di panggil 'Usul' kebiasaanya melalui tiga asas penting perjuangan UMNO.. pertama Agamanya Islam, kedua ialah ekonomi bangsanya dan ketiga pelajaran atau pendidikan. Bagaimana pun terdapat juga usul-usul selain daripada tiga perkara itu.. saperti soal keselamatan. Sejak merdeka dan juga wujudnya UMNO sudah beratus jika tidak beribu usul-usul di bawa oleh UMNO melalui UMNO Cawangan, Bahagian dan juga Perhimpunan Agung UMNO.. Persoalan berapa banyak usul itu sudah menjadi dasar dan polisi Kerajaan? jawabnya tidak ada data yang jelas usul-usul itu menjadi kenyataan atas dasar parti menguasai kerajaan. Saya masih teringat dan usul Pemuda di zaman Anwar Ibrahim yang mendesak Kerajaan supaya mengharamkan semua bentuk perjudian di tahun 1984.. sudah melepasi usia 31 tahun..Usul itu tidak pernah menjadi kenyataan sebaliknya perjudian di 'halalkan' dengan perlesenan baru terus bertambah. Maka seorang ahli UMNO yang menduduki kedua Dewan.. Dewan Rakyat dan Dewan Negara kata Perlembagaan Persekutuan boleh di lantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dan dahulunya ada jawatan Setiausaha Parlimen oleh Perdana Menteri dengan perkenan YDP Agong. Malah jika tidak menjadi ahli UMNO boleh dilantik sebarang jawatan sebagai anggota pentadbiran awam, saperti Musa Mohamad yang pernah di lantik menjadi Menteri di era Dr Mahathir Mohamed sebagai Menteri Pelajaran. Apakah tugas seorang Menteri?. Tugas seorang Menteri di tentukan oleh Perdana Menteri salepas di lantik menjadi Menteri.. Masa dia di persetujui oleh YDP Agong.. hanya namanya sahaja di masukan tanpa tugas. Salepas perkenan YDP Agong, sekali lagi di hantar senarai nama dengan tugasnya berdasarkan kehendak Akta Tugas Menteri 1969.. barulah terlaksana kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mana YDP Agong mewakilkan kuasanya kepada Menteri dan Menteri hendak bertindak dengan memberi nasihat dan juga laporan kepada YDP Agong, samada di minta olehnya atau memohun persetujuan Tuanku supaya mana-mana persetujuan perlu di rujuk kepada Majlis Raja-Raja. Seorang Menteri disamping melaksanakan dasar-dasar partinya kerana sistem pemerintahan Malaysia melalui demokrasi berparlimen. Dimana orang persaorangan yang bertanding atas simbol parti yang dia menjadi ahlinya berhak bergabung sehingga menjadi majoriti didalam Parlimen bagi membentuk kerajaan.. Seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat..kedudukannya didalam Dewan Rakyat bukan atas partinya tetapi atas namanya dirinya, Parti itu adalah terkemudian, kerana dia bertanding atas namanya dahulu kemudian parti politiknya adalah lambang bagi memangkah atau mengundinya. Itu sebab di Malaysia.. seorang ahli Dewan Rakyat yang berhenti atau meninggal dunia tidak boleh di ganti oleh partinya.. sebaliknya kena di serahkan semula kepada pengundi didalam kawasan yang diwakilinya. Maka perlu ada pilihanraya kecil bawah 36 bulan dan selebih dari itu terserah kepada Speaker Dewan Rakyat memutuskan. Read More / Baca Lagi >> |
Kabinet 1MDB, kata Sanusi Junid Posted: 02 Aug 2015 08:47 PM PDT Tan Sri Sanusi Junid menggelar Kabinet bahar dipilih sebagai 'Kabinet 1MDB', terdiri daripada mereka yang sering menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengkritik 1Malaysia Development Berhad.
Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri minggu lalu dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya "Kabinet 1MDB". Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu dalam video yang dimuat naik di YouTube. "Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir. "Seolah-olah, Kabinet ini Kabinet 1MDB. Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk memperkecilkan atau menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB. "Jadi, masalah dia masih belum selesai. Bunga pinjaman bank jalan terus, pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus dan modal bank terpaksa jalan terus," kata Sanusi yang merupakan bekas setiausaha agung Umno dan naib presiden pada zaman Dr Mahathir. "Jadi, bagi kita, apa nak jadi kepada negara ini," kata bekas menteri pembangunan luar bandar dan pertanian tersebut pada satu temu bual Jumaat lalu. Minggu lepas, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kerajaan dalam rombakan Kabinet yang menyaksikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), badan Parlimen yang menyiasat 1MDB, dinaikkan pangkat ke jawatan menteri. Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik 1MDB yang mengumpul RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi. Sanusi, yang merupakan menteri besar Kedah dari 1996 hingga 1999, merasakan pemecatan Muhyiddin bukan kerana ucapan kerasnya mengkritik 1MDB pada mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Cheras, 26 Julai lalu. Read More / Baca Lagi >> |
'Akar umbi tagih penjelasan kemana RM2.6 bilion kerana sayang Najib' Posted: 02 Aug 2015 05:48 PM PDT Jika semalam Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata tiga juta ahli Umno menyokong teguh kepimpinannya selepas rombakan Kabinet, tetapi tinjauan Malaysiakini mendapati sebilangan ahli akar umbi masih menagih penjelasan dari beliau berhubung isu 1MDB. Ahli Umno Lembah Pantai, Mimie Jariah Hanafi berkata penjelasan berkenaan ditagih kerana mereka "sayangkan Najib" dan ia juga akan memuaskan hati orang ramai yang bukan ahli parti. "Rata-rata penyokong tegar dia dari akar umbi. "Akar umbi sebenarnya sayang PM. (Tapi) orang kata PM jahat tapi kita tak tahu apa sebenarnya cerita di atas," katanya sewaktu ditemubual Malaysiakini. "Sepatutnya PM perlu beritahu pada rakyat ke mana perginya dana RM2.6 bilion yang didakwa masuk dalam akuan peribadi beliau. Perjelaskan kepada rakyat ke mana perginya duit itu. "Itu yang rakyat nak tahu," kata Mohd Najib Ahmad, 51 tahun yang juga ahli Umno Lembah Pantai. Read More / Baca Lagi >> |
Teknik mana akan menang? Posted: 02 Aug 2015 05:42 PM PDT Dahulu kalanya, televisyen dan surat khabar menjadi medium rujukan rakyat yang utama. Apa yang dicanangkan di TV dan surat khabar menjadi sumber kebenaran. Kemudian, televisyen digelar TV-tiga suku. Surat khabar mendapat nama lidah kerajaan selepas kemunculan Internet. Surat khabar pembangkang menjadi laris sebagai lidah alternatif. Laman web seperti MahaFiraun menjadi rujukan sensasi. Kemunculan media sosial hari ini mengubah segalanya. Media online pula menjadi sumber utama. Surat khabar tidak lagi laris. Maklumat bergerak dengan terlalu pantas hari ini. Sebar dulu, semak kemudian – itulah kaedah penyebaran maklumat hari ini. Bagi ahli politik yang tersilap taip atau cakap, itulah maklumat yang akan disebarkan di seluruh pelosok negara. Ia lebih rancak jika kesilapan itu disensasikan. Cuma yang malangnya, penafian yang dibuat selepas itu tidak akan disensasikan dan disebarkan pada skala yang sama. Malah, penyebaran maklumat yang silap akan menjadi lebih mudarat jika penafian lambat dibuat. Kesannya, lebih ramai yang mendapat maklumat tidak betul berbanding maklumat yang betul. Walaupun media online menjadi sumber, namun kepercayaan kepada satu-satu berita amat bergantung kepada peranan media sosial. Satu-satu tulisan akan mendapat perhatian khusus apabila dikongsi oleh rakan sosial media. Komen yang ditulis rakan sosial media terhadap satu-satu tulisan pula membentuk persepsi rakan pembaca di sosial media. Begitulah seterusnya. Oleh itu, tidak salah jika dikatakan sahabat di sosial media menjadi pemandu kepada tulisan yang dibaca dan pemangkin kepada persepsi yang bakal dibentuk. Dalam erti kata lain, sahabat pembaca ialah media yang paling efektif hari ini. Kita lebih mempercayai apa yang diperkatakan sahabat kita daripada maklumat yang lain. Mengambil isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan duit yang didakwa masuk ke akaun peribadi perdana menteri, pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga para pembantu perdana menteri dilihat gagal memahami konsep media efektif yang sedang menguasai dunia hari ini. Antara sebab 1MDB dan perdana menteri kini mengalami defisit kepercayaan rakyat ialah kelambatan membuat penafian kepada maklumat-maklumat yang disebarkan mengenai 1MDB. Read More / Baca Lagi >> |
'Saya akan terus cakap isu 1MDB' - Muhyiddin Yassin Posted: 02 Aug 2015 05:39 PM PDT KLUANG - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat 'bisik-bisik' daripada pelbagai rakan politik yang memberi amaran kepada beliau supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan dan percakapan bagi mengelakkan karier politik beliau terkubur. Menurut beliau, pesanan dan amaran untuk tidak bercakap itu termasuk juga membabitkan isu 1MDB yang dikatakan menjadi punca beliau digugurkan daripada Kabinet. Namun tegas Timbalan Presiden Umno itu, beliau tidak akan membisu atau mendiamkan diri daripada bercakap hal-hal melibatkan kepentingan rakyat termasuk isu 1MDB. "Sahabat-sahabat politik saya bagi nasihat...Tan Sri sebagai Timbalan Presiden Umno cakap 'baik-baik'..saya tanya kenapa? Jawapan mereka...manalah tahu selepas tinggalkan kerajaan ada yang cari salah supaya jawatan saya tergugat. Read More / Baca Lagi >> |
Pemecatan Muhyiddin tak bantu tarik Melayu sokong pembangkang Posted: 02 Aug 2015 05:04 PM PDT Oleh Hisommudin BakarKami ditanya oleh banyak pihak mengenai trend dan pola pengundi Melayu. Adakah pengundi Melayu akan berganjak dari menyokong Umno/BN selepas isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelbagai skandal besar negara kepada mengundi pembangkang, atau bagaimana? Kami menjawab berdasarkan dapatan kajian. Sepanjang kami terlibat dalam kajian lapangan, pola pengundi Melayu cukup unik. Orang Melayu sukar membuat perubahan politik. Antara rumusan pola pengundi Melayu adalah seperti berikut: 1) Pilihan politik atas asas parti. Biasanya turun temurun. Jika ada anak ada cucu yang berlawanan arus, mereka memilih untuk berdiam diri. Faktor pilihan atas calon dan isu terlalu minima. 2) Berfikiran selapis. Mudah. Tidak suka memikirkan perkara besar, rumit dan berbelit-belit. Isu dengan angka besar milion dan bilion, sukar dihadam oleh pengundi Melayu. 3) Lokaliti yang berada di pedalaman, jauh dari sumber maklumat primer menambah kelebihan kepada Umno/BN. Sebab itu majoriti kerusi Parlimen pedalaman milik Umno/BN. 4) Lebih mempercayai berita yang disampaikan oleh parti pemerintah. Amat bergantung kepada media perdana dalam membentuk sikap dan pendirian politik. TV3 dan Utusan sandaran utama yang dominan. Read More / Baca Lagi >> |
Pilih kebenaran , bukan pilih yang kuat Posted: 02 Aug 2015 05:02 PM PDT Oleh Saifuddin Nasution Ismail Mempertahankan kepentingan dan jawatan seorang pemimpin yg merasakan kedudukan terancam atau memperjuangkan harapan rakyat terbanyak? Pendirian saya amat jelas. tidak ada basa basi. selamat datang Gerakan Harapan Baru! moga lahir sebagai sebuah parti dan bergabung dlm Pakatan Rakyat yg baru. Dalam perjuangan kita diajar memilih kebenaran dan keadilan mengatasi kebatilan dan kezaliman. bukan memilih siapa yg kuat. 1998 saya memilih bersama anwar yg difitnah dan dizalimi berbanding dr m yg lebih kuat pd ketika itu. tapi dr m yg kuat telah berlaku zalim, oleh demikian saya tidak bersama beliau. Seorang pemimpin dgn jawatan dan resources mungkin dilihat kuat, tetapi saya memilih pemimpin yg berani membuat keputusan bersama harapan rakyat. bukan pemimpin yg merasakan jawatannya tergugat lantas mengheret parti menyokong pendiriannya. |
Hanya tinggal enam kawasan Pas Johor sokong GHB - Mahfodz Mohamed Posted: 02 Aug 2015 04:59 PM PDT KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed memaklumkan bahawa hanya tinggal enam kawasan sahaja yang setakat ini memihak kepada gerakan Harapan Baru setelah pihaknya berusaha keras menarik kembali kawasan yang sebelum ini berpaling tadah. Menurutnya, kawasan-kawasan tersebut sebelum ini berpaling tadah kerana hanya mendengar 'cerita' daripada sebelah pihak sahaja. "Sebelum ini, kita panggil Pas kawasan untuk hadiri mesyuarat, 12 kawasan tidak datang. Dewan-dewan yang datang hanya Dewan Ulama sahaja. Setelah kita berusaha sungguh-sungguh, Alhamdulillah, sekarang ini tinggal enam kawasan yang 'bersama' Harapan Baru. Daripada 26 kawasan, kita (Pas) dapat 20 kawasan. "Kerana sebelum ini mereka hanya mendapat penjelasan sebelah pihak…daripada Harapan Baru sahaja. Maka sekarang ini kita ada peluang, kena kerja keras. Sebab itulah, kita tak boleh tinggal Johor lama-lama. Selepas ceramah saya terpaksa balik…nak jaga (Johor). Jika tidak nanti, dia (GHB) kacau lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Pas Wilayah Persekutuan (Pihak 4.0), di sini, malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Saya sendiri kena tipu UMNO Selangor- Najib Posted: 02 Aug 2015 04:53 PM PDT Najib mendapat sambutan daripada orang ramai pada Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Langat lewat petang hari ini. KUALA KUBU BHARU, 2 Ogos:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Beliau berkata, UMNO khususnya masih mempunyai banyak masa bagi memperbaiki prestasi dan khidmat kepada rakyat. "Ada kata yang kita akan adakan pilihan raya hari ini. Siapa kata PRU hari ini? Siapa kata PRU esok? "Kita ada masa lagi, kita mesti membina keyakinan rakyat supaya sampai pada masanya, rakyat akan sokong UMNO dan BN," katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Langat lewat petang hari ini. Malah Najib turut mengingatkan agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi seperti apa yang berlaku pada PRU ke 13 yang lalu. Presiden UMNO itu mengharapkan komitmen yang tinggi daripada UMNO di Selangor bagi merampas semula negeri itu dari pimpinan pembangkang. Read More / Baca Lagi >> |
Skandal 1MDB: Muhyiddin Tidak Akan Membisu Posted: 02 Aug 2015 04:49 PM PDT KLUANG: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar akan terus bercakap mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tegas bekas timbalan perdana menteri itu, sebagai orang nombor dua dalam Umno beliau tidak akan membisu mengenai kontroversi berkenaan walaupun tidak lagi berada dalam Kabinet Persekutuan. "Takkan menjadi timbalan presiden, selepas peristiwa ini (digugurkan) saya perlu membisu? "Saya akan terus bercakap kerana ini tugas. Saya tak bisu. Apa yang saya lakukan selama ini ialah dengan ungkapan, perkataan untuk membantu supaya perjuangan parti kita terus kekal. Salah ke?" katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang di sini, Ahad. Mengulas lanjut Muhyiddin mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB. Sehubungan itu Ahli Perlimen Pagoh berkenaan mendedahkan bahawa beliau turut dinasihatkan oleh rakan politiknya supaya tidak terus lantang mengkritik mengenai kontroversi syarikat pelaburan strategik kerajaan itu. "Memang betul saya menghadapi sedikit perbezaan pandangan dengan presiden parti dalam satu perkara sahaja iaitu 1MDB. Read More / Baca Lagi >> |
APA NAK JADI PADA NEGARA KITA.. Posted: 02 Aug 2015 04:23 PM PDT Tuan punya badan & angkara kpd 1MDB laknat sehingga skrg langsung tak ditahan. Apatahlagi nak disoal-siasat !!!
TETAPI... Yang nak siasat skandal 1MDB-Najib pula kena tahan & disiasat..
BIAR SATU DUNIA TAHU BETAPA TERUKNYA SKANDAL 1MDB-NAJIB NI BERMAHARAJAROSMAH !!!
|
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul Posted: 02 Aug 2015 08:44 AM PDT Oleh Lim Hong SiangSemalam saya sempat bersembang dengan seorang ahli PAS di Melaka, yang telah meletakkan semua jawatan partinya dan menyertai Gerakan Harapan Baru. Lama dalam parti? Tanya saya. Saya masuk PAS umur 14 tahun, tahun ini umur saya 50 tahun, 36 tahun dah, katanya. Saya memandang beliau, berat? Beliau mengangguk. Jelas, satu keputusan yang agak sukar untuk dirinya. Beliau masih ingat, nama saya "Siang" - nama kolum Siang Malam dalam Harakah seketika dahulu. Saya pun dah berhenti da h, kata saya. Sebagai tanda solidariti apabila Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi digugurkan dari jawatan itu, dan dipindahkan ke jawatan lain. Dah lama dah mereka nak singkirkan dia, katanya, bukan saya. Kemudian beliau menyebut antara cabaran yang dihadapi Gerakan Harapan Baru. Samada Kit Siang mahupun DAP, kini diserang sebagai chauvinis, dan mereka sedang cuba memberi penjelasan yang sebaik-baiknya untuk menyanggah persepsi itu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya masyarakat majmuk ini mempunyai pandangan yang agak berbeza dalam sesetengah isu, lantaran dasar pecah perintah untuk sekian lama.
Read More / Baca Lagi >> |
Hukum bunuh untuk orang yang bawa parti Islam baru ? Posted: 02 Aug 2015 08:39 AM PDT Oleh Ridzwan Abu Bakar "TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia). Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah. Saya MENGANGGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat. Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut. " Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh". "Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa. Dari petikan tersebut ini komen saya: 1. Budaya mudah menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum (sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu kepada beberapa makna, antaranya : Read More / Baca Lagi >> |
Mungkin PAS hanya dapat bertahan 2 tahun lagi ? Posted: 02 Aug 2015 08:38 AM PDT Oleh Hasbie Muda1. Ramai yang berminat nak menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) mengemukakan persoalan ini. Mereka was-was apabila Presiden PAS meramalkan bahawa GHB hanya mampu bertahan 2 tahun sebelum melingkup. 2. Pertamanya, perkara yang akan berlaku pada masa depan adalah dalam ilmu Allah. Walau bagaimanapun sesiapa sahaja berhak membuat unjuran politik berasaskan sejarah serta kajian yang mungkin mereka lakukan. Ramalan atau unjuran untuk boleh jadi betul dan boleh jadi salah. 3. Izinkan saya berbeza pandangan dengan Presiden PAS dalam soal ini. 4. Survival sesebuah parti Islam di negara ini banyak bergantung (dengan izin Allah) kepada : i) Dasar parti yang jelas dan teguh. ii) Kepemimpinan parti yang diterima umum, cekap dan berkesan dalam mentadbir parti serta iii) Keupayaan sesebuah parti untuk bersifat inklusif dengan tawaran yang memberikan manfaat kepada masyarakat terbanyak. 5. Memiliki semata-mata dasar parti yang jelas dan teguh belum tentu menjamin sesebuah parti itu mampu survive di arus perdana. BERJASA dan AKIM adalah contoh parti Islam yang gagal bertahan walaupun dasarnya jelas. Kelemahan parti-parti tersebut adalah mereka tidak dipimpin oleh kelompok kepemimpinan sebagaimana dalam perkara (ii) selain gagal dalam perkara (ii). 6. Ada juga yang memiliki percirian (i) dan (ii) tetapi tetap juga gagal kerana tidak berupaya menjadi sebuah parti yang inklusif. HAMIM yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato' Asri menggariskan dasar yang jelas serta dipimpin oleh barisan kepemimpinan yang hebat tetapi ia hanya dilihat eksklusif untuk rakyat Kelantan dan sedikit di Kedah semata-mata selain kelompok yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan baru PAS pada ketika itu. Lebih malang, ketokohan Almarhum Dato' Asri berjaya ditenggelamkan oleh Ketua Ulama' PAS Almarhum Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas panglima yang berada lama di belakang Asri. 7. PAS khususnya selepas 1982 sangat bergantung kepada kepada tokoh-tokoh utama yang memimpin PAS kerana mereka adalah idealogue atau institusi yang akan menghuraikan falsafah perjuangan PAS kepada masyarakat. Dulu,falsafah perjuangan PAS akan dihuraikan oleh 3 tokoh utama Kepemimpinan Ulama' iaitu Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum TGNA dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) . Apabila Almarhum Ustaz Fadzil meninggal pada tahun 2002, PAS masih ada dua institusi yang dominan iaitu Almarhum TGNA dan TGHH. Kedua-dua saling mengimbangi. Read More / Baca Lagi >> |
GHB tidak beri kesan kepada PAS, kata PAS Kedah Posted: 02 Aug 2015 08:24 AM PDT SHAH ALAM: Pergerakan wadah baru oleh kumpulan progresif PAS yang nekad menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak memberikan ancaman sepertimana dibayangkan hingga menyangka PAS akan pupus, demikian kata Pesuruhanjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi. "Sama ada mereka akan pecah undi, yang itu kita tak dapat nak jangka lagi. Kita pun tidak tahu dia nak masuk pilihan raya ke tak masuk, atau dia nak tubuh parti politik betul-betul ke atau dia gempar sahaja. Politik ni macam-macam", katanya seperti yang dilaporkan dalam laman web rasmi PAS. PAS Kedah katanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap GHB yang dijadualkan akan ditubuhkan secara rasmi 14 September depan. "Jadi kalau kita tak kenal, payah kita nak cakap. Bila kenal baru mudah bercakap. Jadi kalau kita buat kesimpulan ni, kena tengok gelung (pagar) tu dululah, bukan kita pakai pergi langgar yang belah orang. Kita kena tengok, kenal dulu. "Kita pergi tengok sempadan kita di mana, barulah kita boleh pergi turun ke bendang begitu. Kalau kita pergi langkah gelung orang, masalah. Kita kena kenal dululah," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Mat Sabu enggan komen apa-apa berkaitan PAS lagi Posted: 02 Aug 2015 08:15 AM PDT Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata beliau sudah menjadi ahli biasa dan enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.
Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS. Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada perdana menteri sejak kebelakangan ini. "Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia. "Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini. Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat. "Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata. Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Read More / Baca Lagi >> |
Satu harga yang mahal perlu dibayar untuk sokongan umum Posted: 02 Aug 2015 08:09 AM PDT oleh Alyaa Alhadjri TANGGA BATU: Perdana Menteri Najib Razak tiba di Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang di sini, dengan paluan gendang pada kira-kira jam 9 malam pada 1 Ogos. Ahmad Zahid HamidiSatu sambutan meriah ketika Najib melangkah masuk, ditemani oleh isterinya Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaacob dan isteri, dan juga ketua menteri Melaka Idris Haron. Acara malam itu - Solidariti Aidilfitri Bersama Perdana Menteri - telah dihadiri oleh lebih 50,000 orang, atau setidak-tidaknya jika dikira dengan jumlah meja yang disediakan. Mereka hadir dari seluruh Melaka, setiap orang dengan satu kad jemputan yang termasuk dengan nombor cabutan bertuah untuk memenangi kereta, motorsikal, basikal, iPad, iPhone 6 dan hadiah-hadiah lain. Sesetengah turut datang dari negeri-negeri jiran. Idris dalam ucapan pembukaannya berkata terdapat kira-kira 10,000 orang ahli MIC dan 12,000 orang ahli MCA, dan majoriti adalah dari Umno, bersama ahli keluarga mereka. Terdapat juga pegawai tentera yang datang dari kem tentera Terendak. Jika Idris berniat untuk menunjukkan sokongan buat Najib, acara itu pastinya boleh diisytiharkan sebagai berjaya. "Terdapat orang sejauh mata memandang. Lebih daripada 50,000 orang...Dari segi kualiti, semangat orang di Melaka telah terbukti ketika saya tiba dengan isteri saya. "Inilah sebabnya saya begitu sukacita dan sangat gembira yang saya mungkin akan mempertimbangkan permintaan ketua menteri sebentar tadi," kata Najib dalam ucapannya. Antara yang lain, Najib berkata beliau telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM180 juta untuk projek sungai Melaka fasa kedua, dan juga peruntukan untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Pemanjangan lapangan terbang itu, kata beliau, adalah perlu untuk menampung usaha sama antara Melaka dan Guang Dong akan datang - sebuah wilayah di China yang mewakili 25% urus niaga dangangan Malaysia-China. Read More / Baca Lagi >> |
MEMANG BERBALOI BODEK, AMPU, JILAT NAJIB Posted: 02 Aug 2015 08:03 AM PDT JANGAN MAIN-MAIN... Lawak2 bangang & bodoh dia pon, NAIK JUGA PANGKAT..
Kalau dulu kebangsaan jer, sekarang dah antarabangsa tau.. Ada peluang ler tu naik jet mewah VVIP bersama Rosmah & Najib terbang ke luar negara (antarabangsa).. Bertuahnya badan.. |