Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SELEPAS LELONG DUA HOTEL, ADAKAH AZMIN AKAN LELONG STADIUM SHAH ALAM ?

Posted: 30 Jul 2015 07:23 PM PDT

Amat memeranjatkan AZMIN Ali terpaksa menjual satu demi satu aset Kerajaan negeri Selangor. 

Kenapa? Apa sudah jadi status negeri kaya Selangor?

Selepas ini, adakah Kerajaan Selangor akan menjual Stadium Shah Alam?

DAP PENANG MAHU ROBOH MENARA MASJID

Posted: 30 Jul 2015 05:00 PM PDT


Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bahawa terdapat arahan pimpinan DAP negeri supaya merobohkan menara Masjid Batu Uban yang dibina beberapa tahun tahun lepas.
"Saya baru dapat maklumat (bahawa) sedang kecoh di MBPP sebab ada arahan dari pimpinan DAP negeri supaya mengambil tindakan MEROBOHKAN Menara Masjid Batu Uban yang dibina beberapa tahun lalu sebagai mercu tanda Masjid yang agak tercorot…
"Sedang tunggu sejauh mana maklumat ini benar..
"Kalau mereka berani dipersilakan mencabar amarah orang Islam Pulau Pinang.
"Sedangkan Rumah Ibadat Bukan Islam lain yg dibina merata rata tanpa kelulusan Majlis bercambah tidak siapa ganggu.
"ORANG ISLAM AKAN BANGKIT LAWAN JIKA PEROBOHAN BERLAKU, "katanya dalam Facebook hari ini.
Iszuree adalah bekas Ahli Majlis MBPP yang dipecat keanggotaan dalam majlis itu selepas beliau mengkritik cara kepimpinan kerajaan negeri pimpinan DAP pada Muktamar PAS ke-60 di di Batu Pahat, Johor.
Beliau dipecat daripada mengangotai Ahli Majlis MBPP pada 27 September 2014.
Iszuree pada Muktamar PAS ke-60 mempersoalkan tentang pengusiran penduduk kampung tradisional untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan baharu di negeri ini. 
Menurutnya, pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kini lebih mesra dengan pemaju berbanding mendengar suara rakyat. 
Ekoran kritikan itu, beliau telah menerima surat yang ditandatangani oleh setiausaha MPPP Ang Aing Thye yang menyatakan beliau telah dipecat dan semua peruntukan untuk beliau daripada majlis itu telah dibekukan tanpa sebarang rundingan, pertanyaan dan perbicaraan lanjut.
Pada 28 Julai lalu, Iszuree menulis di Facebookmenyifatkan pemerintahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri seumpama permerintahan Tokong.
"Bila seseorang seperti Tokong berkata-kata seumpama Tuhan yang tahu apa akan jadi di masa depan..
"Lupakah Tokong sejarah Kekalahan DAP dlm PRU 2004….
"Kesombongan akan dibalas dengan kekuasaan Allah yang sudah PASTI,"katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Guan Eng yang menuduh PAS akan tersungkur seperti Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-14 kerana menyokong 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Syabas Gerakan Harapan Baru! Kg Mutiara Batu Feringgi nak roboh!!!

Posted: 30 Jul 2015 09:57 PM PDT






Sarawak Report siar dokumen fake!!!!!

Posted: 30 Jul 2015 08:37 AM PDT


Sarawak Report Buat Fitnah Lagi Portal yang berpangkalan dari London itu sekali lagi memaparkan cerita palsu tentang waran tangkap Dato Seri Najib Razak.

Format Waran Tangkap bukan begitu. Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit.

Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu, nombor itu tiada. Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan. 

Pertama, Sarawak Report mengelirukan rakyat antara kertas pertuduhan dan waran tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.

Keduanya, dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja. Kalau saya letak nama kamu dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini. Benda itu pun orang akan percaya.

Berapa ramai antara kita yang pernah tengok kertas pertuduhan dan waran tangkap?

Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada kerajaan.


Malam jumaat yang indah ini diganggu. Mereka buat pula draf palsu pertuduhan daripada London. Rakyat Malaysia pula yang jadi tukang percaya dengan portal fitnah dari luar negara ini.

Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" guna Powerpoint. Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta.

Kali ini guna Word pula untuk fitnah dan berusaha untuk jatuhkan kerajaan. Sudah sudah lah, janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal ini.

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita.

Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa semak dulu kesahihannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Moga kita semua terselamat dengan fitnah akhir zaman.

Dr Ahmad Umar
Lawyer & Peguamcara.

Bersih yang dulu kritikal nak buat demo pertahan Gani Patail?

Posted: 30 Jul 2015 05:33 AM PDT


Bersih ada buat kenyataan mempersoalkan pemberhentian Tan Sri Gani Patail sebagai tidak ikut procedure. Mereka juga merancang mahu buat demo bersih 4.0.

Kami petik dari TFK berikut:

Peguam Negara (AG) yang baharu dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang tidak memerlukan sebuah tribunal bagi menentukan perkhidmatannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohamed Apandi berkata, artikel dalam perlembagaan yang memerlukan tribunal bagi penamatan khidmat AG telah digantikan dengan klausa baharu di bawah Akta (Pindaan) Perlembagaan dan berkuatkuasa pada 16 September 1963.

"Di bawah Fasal (5) Perkara 145 sedia ada, peguam negara memegang jawatan selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong," kata Apandi.

"Oleh itu cara penyingkiran yang dirujuk dalam klausa 6 Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada peguam negara yang dilantik selepas 16 September 1963.

"Demi kepentingan pentadbiran keadilan, adalah perlu bagi orang awam tidak dikelirukan hingga menganggap keadaan sebaliknya," katanya.

"Walau apapun, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak pernah dipecat atau diturunkan pangkat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan," kata beliau.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sr Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata khidmat Abdul Gani selaku Peguam Negara telah ditamatkan berkuatkuasa 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan. - Bernama

------------------


Cuba baca TMI SINI akan pandangan tak akan join Bersih 4.0. Tak ada orang datang punya... muka-muka sama dan berbayar saja.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Rusia guna kuasa veto halang penubuhan tribunal?

Posted: 30 Jul 2015 07:47 AM PDT


NEW YORK - Seperti dijangka, Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu untuk menghalang cadangan lima negara, yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian menembak jatuh Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine pada 17 Julai 2014.

Malaysia mengambil inisiatif itu bersama-sama empat negara lain – Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine - yang menganggotai Pasukan Penyiasatan Bersama mengenai nahas itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang mengemukakan draf resolusi mengenai mahkamah tribunal itu, memberitahu Bernama seperti empat negara lain yang rakyatnya terbunuh dalam kejadian itu, Malaysia 'amat,amat kecewa' dengan tindakan Rusia menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang cadangan itu.

Resolusi berkenaan menggesa penyiasatan teknikal antarabangsa yang sedang dijalankan, supaya menyiapkan dan memuktamadkan dengan segera hasil siasatannya tentang punca nahas itu yang mengorbankan 298 orang, disusuli dengan siasatan jenayah mengenainya.



Ketika membentangkan cadangan itu, Liow berkata 'satu siasatan penuh' telah dilakukan oleh para pakar Belanda dengan bantuan negara-negara lain, dan PBB berpuas hati bahawa ia dijalankan mengikut standard antarabangsa.

Menurutnya walaupun Rusia menghalang cadangan itu melalui kuasa vetonya, Malaysia tetap bertekad memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dihukum dan memastikan kesemua anak kapal dan penumpang Penerbangan MH17 mendapat keadilan.

"Walaupun kini terlalu awal untuk bercakap secara konkrit mengenainya, tetapi kami akan menimbang dan mencari opsyen serta mekanisme pendakwaan lain yang sesuai untuk memastikan keadilan dilaksanakan dan pihak terbabit dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka itu," katanya.

Penyiasatan kejadian itu dibantu oleh para pakar dari pelbagai negara termasuk Australia, Perancis, Jerman, Rusia, Indonesia, Itali, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pecat Muhyiddin: Kedudukan Umno Kedah, Terengganu pula tergugat?

Posted: 30 Jul 2015 09:36 PM PDT


Md Shukri Shuib

ALOR SETAR – Kedudukan politik Umno Kedah dan Terengganu kelihatan mula terancam selepas rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.
 
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, perkara itu kerana beberapa pemimpin yang dilihat tidak menyokong kepimpinan Najib secara terbuka mungkin akan ditukar ganti.
 
"Kesan daripada tindakan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai menteri bukan sahaja membawa tanda tanya akar umbi Umno, malahan menjadi Johor dan Sabah yang merupakan antara kubu terkuat Umno telah tercalar.
 
"Bahkan situasi politik Umno serta kerajaan di Kedah pula mula menjadi topik perbualan awam mengenai kedudukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada akan kekal atau tidak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Menurutnya, perkara itu juga masih menjadi persoalan sama ada Najib hanya merombak Kabinet atau turut melakukan perkara sama terhadap kedudukan beberapa menteri besar yang dikuasai BN.
 
"Kedah mula terancam apabila Mukhriz dilihat sebagai pro kepada Muhyiddin berhubung isu 1MDB yang mahukan siasatan telus dijalankan.
 
"Pada masa sama, beliau juga tersepit untuk memberi sokongan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepimpinan kerajaan Najib," katanya.
 
Md Shukri berkata, politik Kedah lebih sensasi apabila Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin juga dengan lantang mendesak Mukhriz meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah jika tidak menyokong Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan lengahkan masa tak cukup untuk selamatkan Najib

Posted: 30 Jul 2015 09:34 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin

Cakaplah apa saja yang anda mahu, tetapi rombakan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Selasa memang licik. Najib bukan sahaja membersihkan Kabinetnya dari pengkritik-pengkritik dan penentang, tetapi juga menangguhkan masa bagi 1MDB, yang mana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Pertamanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal digugurkan seperti sampah. Kemudian melalui rombakan Kabinet, Najib melantik empat ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) ke Kabinetnya.

Nur Jazlan Mohamed Pelantikan mereka, termasuk pengerusi PAC yang lantang, Nur Jazlan Mohamed telah melumpuhkan PAC – yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Tiada menteri atau timbalan menteri boleh menganggotai PAC, dan ini menyebabkan keempat-empat mereka melepaskan jawatan.

PAC hanya boleh menyambung semula tugasnya selepas anggota baru dilantik dalam sesi Parlimen akan datang, yang dijadualkan pada bulan Oktober. Walau bagaimanapun, timbalan pengerusi PAC Tan Seng Giaw tidak bersetuju dengan ini, mendakwa bahawa PAC boleh terus berfungsi.

Secara kebetulan, Peguam Negara (AG) Abdul Gani Patail juga digantikan pada Selasa atas sebab-sebab kesihatan, walaupun beliau kemudian mendakwa tidak tahu-menahu mengenai penyingkirannya.

Gani adalah salah seorang daripada empat anggota pasukan petugas berprofil tinggi itu yang menyiasat dakwaan salah laku kewangan dalam 1MDB, serta dakwaan bahawa wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Read More / Baca Lagi >>

PM Britain gesa Najib selesaikan skandal rasuah, mahu Anwar diberi rawatan

Posted: 30 Jul 2015 09:28 PM PDT

Perdana Menteri Britain David Cameron bercakap di depan tetamu pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Reuters, 31 Julai, 2015. Perdana Menteri Britain David Cameron bercakap di depan tetamu pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Reuters, 31 Julai, 2015. Perdana Menteri Britain David Cameron yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak semalam meminta perdana menteri Malaysia itu menyelesaikan masalah kerajaan seperti skandal rasuah, lapor akhbar United Kingdom (UK), The Telegraph.
Cameron mengadakan perbincangan panjang dengan Najib dalam lawatannya bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan sempat menggesa Putrajaya memberikan rawatan sewajarnya kepada pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat, lapor akhbar berkenaan.
Penasihat keselamatan negara Sir Kim Darroch dilaporkan The Telegraph berjumpa dengan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai bagi berbincang tentang kebebasan media dan rawatan ayahnya.

Cameron pada ketika ini didesak beberapa pemimpin pembangkang untuk membatalkan lawatan ke Malaysia ketika beliau mengarahkan pelabur membiayai projek infrastruktur "Northern Powerhouse" di Britain. "Tak salah adakan lawatan, tiada apa perlu disembunyikan. Kita perlu berbincang mengenai beberapa isu termasuk isu yang dimaksudkan.
"Kita sering adakan perbincangan dengan masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, pejuang anti rasuah dan yang lain-lain dalam lawatan itu nanti," kata Cameron seperti dilaporkan The Telegraph.
Cameron dalam lawatannya ke Malaysia juga sempat bertemu pemimpin masyarakat sivil termasuk wartawan, peguam dan pemimpin kumpulan G25 yang memperjuangkan kebebasan media dan ruang demokrasi yang lebih baik.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Bekas pengerusi PAC nafi dakwaan ‘dibeli’

Posted: 30 Jul 2015 09:25 PM PDT

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar, kiri) menafikan dirinya "dibeli" selepas dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri.
Ahli Parlimen Pulai itu menjelaskan, jawatan baharu dalam Kabinet lebih berat berbanding menjadi pengerusi PAC.
"Adalah tidak adil menuduh saya sedemikian," kata Nur Jazlan kepada The Star.

"Bagi saya, penghijrahan saya daripada badan perundangan di kementerian adalah lebih mencabar daripada PAC, "katanya seperti dilaporkan The Star. "Saya berhijrah, apa masalah dengannya?,"
Nur Jazlan turut menegaskan beliau "masih orang yang sama" dan berharap dapat menjalankan tugas-tugasnya di kementerian seperti dilakukannya dalam PAC.
Beliau turut menambah PAC sudah berfungsi selama beberapa dekad sebelumnya.
"Saya hanya menjalankan tugas dengan sokongan anggota PAC, yang dianggap lancar. PAC akan diteruskan di bawah lantikan pengerusi yang baharu," katanya.

Sekarang anda ketahui kerja-kerja ‘paling teruk' di Malaysia

Posted: 30 Jul 2015 09:24 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

Apakah pekerjaan yang paling kotor di Malaysia? Buat beberapa lama, ramai yang menganggap bahawa jalan mudah untuk mendapat kekayaan dan kuasa adalah dengan menjadi ahli politik, tetapi peristiwa-peristiwa baru-baru ini jelas telah menafikan pendapat ini.

Ia tidak lagi melibatkan siapa yang anda kenali, tetapi kemahuan anda untuk memberikan kesetiaan abadi anda.

Sebelum kita boleh menilai sesuatu pekerjaan, kita perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut: tekanan, rakan sekerja, gangguan seksual, gaji rendah, keadaan kerja yang buruk, masa yang panjang, rasa bosan di tempat kerja, eksploitasi, peluang di masa depan, kenaikan pangkat, penyakit, tuntutan fizikal, keletihan mental dan cara kerja berpasukan, atau ketiadaannya.

Seorang pengulas sosial berkata, "Saya tidak boleh memutuskan kerja yang paling teruk dalam senarai saya – ahli politik atau wartawan. Wartawan menulis, kerana dia tiada apa-apa untuk dikatakan. Sebaliknya ahli politik banyak berkata-kata, tetapi tiada apa yang berbaloi untuk ditulis. "Gaji wartawan rendah, prospek pekerjaannya lemah dan tahap tekanannya tinggi.

Dalam keadaan hari ini, perkataan yang diletakkan secara salah boleh membawa bencana bagi wartawan, penerbitannya dan ratusan rakan sekerjanya, dari pemilik kepada penjual akhbar di bandar-bandar lain. " Seorang lagi pemerhati sosial berkata, "Ahli politik pastinya mempunyai satu pekerjaan yang terbaik di dunia.

Anda tidak perlukan ijazah atau kelayakan profesional. Anda hanya perlukan kebolehan beromong kosong, satu gerombolan orang-orang yang bersedia untuk menjadi macai anda. Mereka menyua sehelai kertas di depan muka anda untuk anda baca kepada hadirin, kemudian anda hanya perlu mendukung bayi menangis untuk diambil gambar, membuat kunjungan di kampung-kampung kawasan anda sekali setiap lima tahun, dan berdiam diri mengenai isu-isu kontroversi."

Seorang lagi berkata: "Mesti susah menjadi guru Bahasa Inggeris di luar bandar Malaysia. Sekurang-kurangnya, murid-murid di pusat-pusat bandar tidak keberatan berbahasa Inggeris, kerana ramai yang ingin menunjuk-nunjuk kepada teman wanita mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Najib pasti jelaskan dakwaan RM2.6 bilion dalam akaunnya, kata Ahmad Maslan

Posted: 30 Jul 2015 09:17 PM PDT

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan beri penjelasan berhubung dakwaan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan beri penjelasan berhubung dakwaan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.
Datuk Ahmad Maslan berkeyakinan Datuk Seri Najib Razak akan menjelaskan dakwaan sejumlah wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu dalam masa terdekat. Ketua penerangan Umno itu berkata, kekangan masa Najib ditambah kesibukan melayan Perdana Menteri Britain David Cameron yang berkunjung ke Malaysia menjadikan perdana menteri menangguhkan isu berkenaan dulu.
"Saya berharap ia akan segera dilakukan, tetapi saya tahu beliau kini tengah sibuk kerana perdana menteri Britain ada dengannya. Kita duduk main politik, beliau sedang menjaga negara termasuk hubungan antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Komen skandal 1MDB jadi satu jenayah -Tun M

Posted: 30 Jul 2015 09:15 PM PDT

Bekas Perdana Menteri menjawab teka teki kenapa beliau mengambil pendekatan berdiam diri berhubung skandal 1MDB.
mahathir
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas sebarang perkara berkaitan mengenai 1MDB kerana ia boleh dianggap satu jenayah sekirangnya membangkitkan isu itu.
Kenyataan itu diberikan selepas beliau dilihat mengambil pendekatan berdiam diri terhadap isu yang pernah dibangkitkannya sebelum ini.
"Saya tidak boleh menjawab sebarang soalan mengenai 1MDB sekarang kerana ia menjadi satu jenayah bercakap mengenai 1MDB," katanya ketika ditanya wartawan selepas menghadiri satu majlis di ibu negara.
Ia kenyataan pertama yang terpacul daripada mulut beliau selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam rombakan yang dibuat pada Selasa lalu, Najib menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Muhyiddin mempersoalkan pembabitannya secara terbuka dengan skandal itu.
Sebelum ini, Dr Mahathir secara lantang mengkritik kerajaan berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan milik negara itu.
Bahkan beliau mendesak Najib yang juga Pengerusi Lembaganya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 1MDB terjebak dengan masalah hutang yang membebankan negara.

Sokongan kepada perasuah akan merendahkan diri sendiri -TMJ

Posted: 30 Jul 2015 09:14 PM PDT

TMJ menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah
TMJ
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi ketegasan beliau terhadap gejala rasuah.
Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, beliau menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah.
Jelasnya, sokongan kepada mereka yang bergelumang dengan rasuah hanya akan merendahkan moral mereka yang berkenaan.
"Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup.
Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita," katanya.
Manakala dalam status lain yang dimuat naik sebelum itu, TMJ menegaskan pendirian beliau terhadap keburukan gejala rasuah.
Katanya, kuasa yang dimiliki seseorang itu tidak akan menjadikan dirinya seorang perasuah, namun akibat takut kehilangan kuasa dan sifat tamak membuatkan mereka bergelumang dengan korupsi.
"Saya tidak sanggup menerima betapa hipokritnya keadaan. Mencegah korupsi bukan sahaja baik, tetapi ianya sebagai benteng diri, ianya mencerminkan harga diri kita," katanya.

RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri Umno

Posted: 30 Jul 2015 09:10 PM PDT

Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai RM2.67 bilion masuk akaun peribadi perdana menteri bukan isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai RM2.67 bilion masuk akaun peribadi perdana menteri bukan isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.
Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.
"Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya.

"Kecuali orang kata, 'Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO', saya kena ikut cakap penderma."Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Hanya Najib fikir kabinetnya terbaik, rakyat tak’ - Mahathir

Posted: 30 Jul 2015 09:02 PM PDT

Mahathir: Suatu jenayah jika bercakap mengenai skandal 1MDB

Posted: 30 Jul 2015 09:00 PM PDT

Dasar Induk kukuhkan bangsa Melayu - Perkasa

Posted: 30 Jul 2015 08:58 PM PDT

1MDB "Checkmate"

Posted: 30 Jul 2015 08:55 PM PDT

Muhyiddin, Memang Hero Ke?

Posted: 30 Jul 2015 08:55 PM PDT

Can it get any worse for Najib?

Posted: 30 Jul 2015 06:50 PM PDT

After sacking his deputy, it does look like the PM's prospects of holding on to power are slim, unless he takes further drastic action.
najib
The last six months have been a nightmare for Najib Abdul Razak. The normally reticent prime minister acted with surprising speed, in Malaysia's season of discontent. Najib's crisis, and questions about his leadership, appeared to snowball from the time he reluctantly returned home from a golfing holiday with Barack Obama, to the current questions about his involvement in the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) saga.
Family members of those in public office rarely involve themselves, or spring to the defence of the public figure, but Najib's brother felt compelled to add his voice to the debate.
Malaysians were surprised by the sacking of Deputy PM, Muhyiddin Yassin. The stunt sent shock waves through the Malay community and one Malay, in her sixties, said, "Muhyiddin's sacking is unprecedented. We didn't think Najib had the guts for this."
A Malay student, in her early twenties, said, "Muhyiddin is harmless. He did not deserve this treatment from Najib."
As Najib appears to barricade himself behind a seemingly impenetrable fortress of men and women who are loyal to him, we ask if it can get any worse for him, and is his position safe? Was Muhyiddin's "landmark sacking", a desperate tactic to plug the sinking ship called 'Putrajaya'? The seven reasons below are proof that Najib's prospects of holding on to power are slim, unless he takes further drastic action.
1. Out of touch with reality
The Malays were once ruled by Sultans whose rule was absolute. The ruler decided what was best for his subjects. The ruler was frequently out of touch with public opinion, because he surrounded himself with sycophants. He led an elitist life and tended to ignore the suffering of the masses. Najib's governance looks very much like the sultans of old.
2. Loyalty of his cabinet
There is validity in forming a cabinet of politicians who are loyal to Najib, and who will help sweep the nation's problems under the carpet. Is his premiership safe for now? There are many ways of measuring loyalty. Will the loyalty, of his ministers and Umno-Baru divisional heads be sold, and who will be the bidder?
3. The 4Rs of race, religion, royalty and rural people
For decades Umno-Baru used divisive tactics to manipulate the people according to race, religion and loyalty to king and country. Bumiputera votes matter.
In 21st century Malaysia, Malays are more exposed to the world, are more educated, are widely travelled and many have shed their 'serf-and-baron' mentality. They are not afraid to speak their mind and mean what they say.
Read More / Baca Lagi >>

Baru saja Dr Aziz Bari masuk DAP, terus dipanggil polis

Posted: 30 Jul 2015 06:48 PM PDT


pix aziz bari


KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Hanya selepas beberapa jam menyertai DAP semalam, pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, telah dipanggil oleh polis ke Bukit Aman untuk disoal siasat hari ini berhubung isu titah Sultan Selangor tahun lalu.
Beliau akan ke Bukit Aman di sini pada jam 3 petang ini.
Menurut pembantu peribadinya, Andy Lim, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan yang melibatkan tulisan Dr Abdul Aziz tentang isu air di Selangor.
"Kami mendapat tahu tentang hal ini selepas sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan penyertaan Dr Abdul Aziz ke dalam DAP," katanya.
Pakar Perlembagaan Persekutuan itu memilih untuk menyertai DAP kerana ia menawarkan ruang yang lebih luas untuk beliau menyumbang kepakarannya kepada parti, rakyat dan negara.
Sebelum itu, Dr Abdul Aziz merupakan Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1989 sehinggalah beliau digantung tugasnya pada Oktober 2011, juga melibatkan pandangan perundangan beliau terhadap titah Sultan Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 Bilion: Zahid beri jaminan Muhyiddin tak akan ditangkap

Posted: 30 Jul 2015 06:41 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan ditangkap.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Muhyiddin akan ditahan selepas video yang bocor menunjukkan beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan dakwaan menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.

Zahid berkata, beliau menerima banyak panggilan bertanyakan sama ada benar bahawa bekas timbalan perdana menteri itu akan ditahan.

Menurut Zahid, beliau memberi jaminan kepada mereka bahawa ia tidak benar.

"Khabar angin ini benar-benar tidak masuk akal," katanya sambil menambah bahawa beliau menghubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk mengesahkan dakwaan itu, dan mereka menyangkalnya.

"Saya kemudian menghubungi (Muhyiddin) pada pukul 2 pagi (semalam) untuk memberi jaminan kepada beliau dan isterinya bahawa polis tidak mencari mereka," kata Zahid dalam temu bual dengan The Star yang disiarkan hari ini.

Zahid berkata tidak ada sebab untuk Muhyiddin ditangkap dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

AG: Kertas pertuduhan palsu menunjukkan konspirasi jatuhkan PM

Posted: 30 Jul 2015 05:49 PM PDT

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.

Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.

Ia, katanya, menunjukkan satu ancaman terhadap demokrasi Malaysia dan beliau akan arahkan semua tindakan diambil untuk menyiasatnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, undang-undang akan digunakan sepenuhnya tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kertas pertuduhan itu telah disebarkan di media sosial berserta dakwaan yang ia ada kaitan dengan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada hari Isnin.

Walaupun sebab rasmi yang diberikan ialah masalah kesihatan, tetapi Abdul Gani sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya dan enggan mengulas sama ada ia ada kakitan dengan siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB.

Lewat malam tadi, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, melalui twitter, menafikan berhubung kertas pertuduhan itu.

Sementara itu, Mohamad Apandi berkata kertas pertuduhan yang didakwa itu, "tidak di dalam dan tidak pernah sampai" kepada jabatan tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Masih terlalu awal, beri ruang Kabinet baharu - Hadi

Posted: 30 Jul 2015 05:38 PM PDT

KUALA NERUS – Pas ingin memberi ruang terlebih dahulu kepada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tanggungjawab, sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut termasuk membuat undi tidak percaya terhadap pemimpin utama negara itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk menghukum Kabinet baharu.

Mengenai pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula,  beliau berkata, ia merupakan masalah dalaman dan terpulang kepada parti itu sendiri.

"Pas mengikuti perubahan ini (rombakan Kabinet).. soal tukar orang (Muhyiddin) itu hal dalaman Umno dan terpulang kepada dia (PM).

"Masih terlalu awal untuk kita hukum (Kabinet baharu).. kita perlu beri ruang kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan betul.. selesaikan masalah 1MDB.. masalah ekonomi negara.. masih banyak masalah yang perlu diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyempurnakan Ihtifal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) Darul Iman di Tok Jiring, di sini, semalam.

Jelas Abdul Hadi lagi, Pas bukan sebuah parti yang ingin merebut kuasa, sebaliknya ingin melaksanakan amanah rakyat dengan sebaiknya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan beliau lebih cenderung terhadap Umno, Abdul Hadi menafikan dakwaan itu dan menurutnya beliau ingin menyelesaikan masalah rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Mashitah dan penipuan tentang kepimpinan PM

Posted: 30 Jul 2015 04:59 PM PDT

Golongan agamawan yang memanggil diri mereka sebagai "pewaris nabi" dan menggunakan label "alim ulama" (maksudnya "orang yang berilmu") adalah golongan yang cukup disegani di kalangan orang Melayu Islam.
Kalau sesiapa menyoal pandangan mereka, pasti banyak orang Melayu Islam yang akan tersentap dan nyaring menyanggah "kau tu siapa, ulama ke? Ulama belajar lebih 80 cabang ilmu" dan sebagainya. Dengan sikap yang amat taksub ini, tidak hairanlah yang golongan ulama boleh berkata apa saja dan masih boleh mendapat tepukan gemuruh daripada mereka.
Saya amat terpegun beberapa hari yang lepas membaca tentang ucapan Datuk Mashitah Ibrahim tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mencontohi Nabi Muhammad.

Paling menghairankan, bidang kepakaran Mashitah adalah bidang agama tetapi beliau memberi analisa yang begitu cetek dengan membanding sunah Nabi Muhammad dengan kepimpinan Najib yang sekarang ini begitu hebat dikritik. Mungkinkah Mashitah menggunakan posisinya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk cuba mempengaruhi rakyat jelata supaya menyokong kepimpinan Najib dengan berkata yang kononnya Najib mencontohi Rasulullah? Mari kita fikirkan.
Hujah utama Mashitah ialah yang Rasulullah mengamalkan kepimpinan yang sederhana (atau dalam bahasa Melayu pentaksub Arab, "wasatiyah"). Kehidupan ini dikatakan sebagai moderat dan tidak ekstrem. Inilah dikatakan sebagai falsafah kepimpinan Najib. Adakah ini benar?
Perlu diingat, semasa Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) pertama muncul dulu, Najib satu-satunya pemimpin yang memuji kemaraan mereka. Pujian Najib ni amat mengejutkan pembaca di media sosial yang sudah sedar pada masa itu yang Isis organisasi ekstremis amat merbahaya. Namun begitu, perdana menteri kita sendiri memuji Isis! Bagaimana pula begitu?
Ada 2 jawapan kepada masalah ini. Satu, Najib tidak sedar tentang apa yang dipercakapkannya. Jikalau demikian, beliau tidak mencontohi Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pengikut setia Al-Quran (Surah Yunus, Ayat 15) dan jika fakta ini benar, maka Najib perlu mengetahui tentang apa yang dipercakapkannya sendiri. Dia perlu menyelidiki maklumat itu sebelum bersetuju.
Kemungkinan kedua, Najib memang sedar dan mengagumi Isis yang sememangnya teroris dan pembunuh. Jika ini benar, maka Najib sendiri bukanlah pemimpin sederhana tetapi pemimpin yang ekstrem. Kerenah jahat Isis setakat ini memang tidak dapat dipuji mahupun diberi alasan oleh pemimpin dunia malah mereka mengutuk Isis.
Jadi tindakan Najib memuji mereka sememangnya salah langkah yang jauhnya hingga ke laut, kata orang. Itulah sebabnya kita tidak mendengar apa-apa lagi mengenai Isis daripada Najib.
Pada saya, ucapan Najib yang memuji Isis itu dilakukan kerana beliau tidak menyedari siapa itu Isis. Beliau hanya bertaklidkan anasir jahat dalam Jabatan Perdana Menteri yang ada bersimpati dengan perjuangan pertubuhan tersebut. Namun begitu, beliau belum lagi mencontohi Nabi Muhammad yang hanya akan mengikut perkara diketahuinya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Pasukan Petugas Khas mula diganggu

Posted: 30 Jul 2015 04:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Seperti yang dijangka daripada kenyataan saya semalam, Pasukan Petugas Khas mula diganggu dengan tuduhan-tuduhan dan khabar angin yang bakal mengganggu kelancaran penyiasatan ke atas skandal 1MDB," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, ura-ura yang sedang melanda Gabernor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar Aziz selepas kemunculan blog misteri ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail adalah buktinya.
Katanya, mereka yang menyiasat kini dilihat menjadi sasaran siasatan yang tidak tahu lagi hujung pangkal tuduhannya.
"Di sini, saya ingin mengulangi gesaan saya kepada Tan Sri Zeti agar mendedahkan semua identiti para penyiasat Pasukan Petugas Khas kepada pihak awam dengan kadar segera," ujarnya dalam satu kenyataan.
Ini, kata beliau adalah langkah terbaik untuk melindungi mereka dan membolehkan mereka terus menyiasat tanpa sebarang kerisauan melalui sokongan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

3 Umno bahagian tetap mahu Muhyiddin, Shafie rasmikan mesyuarat

Posted: 30 Jul 2015 04:41 PM PDT

Tiga Umno bahagian akan meneruskan rancangan untuk menjemput menteri Kabinet dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk merasmikan mesyuarat mereka, memberikan isyarat terdapat perpecahan di dalam parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
Umno Bahagian Kluang, Hulu Selangor dan Kemaman kekal dengan keputusan mereka Muhyiddin dan Shafie akan menghadiri mesyuarat mereka dan bersedia berdepan sebarang risiko.
"Ya, kami akan meneruskan program Ahad ini bersama dengan Tan Sri," kata Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday.

Jais, yang juga exco kerajaan negeri Johor berkata, beliau bersedia berdepan dengan sebarang tindakan. "Tak mengapa, tunggu sehingga Ahad ini apabila Muhyiddin datang. Saya juga akan berucap dalam majlis itu," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran itu dijadualkan akan merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kluang pada Ahad ini di Dewan Jubli Intan.
Muhyiddin sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno Raub pada 15 Ogos tetapi bahagian tersebut membatalkannya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan Kabinet.
Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga membatalkan jemputan mereka terhadap Shafie yang dijadualkan merasmikan mesyuarat mereka minggu ini.
Sementara itu, seorang jurucakap Umno Johor berkata langkah meneruskan program bersama Muhyiddin tidak salah memandangkan masih memegang jawatan timbalan presiden.
"Tan Sri Muhyiddin masih pemimpin kami, beliau masih timbalan presiden. Lagipun kami sudah menjemputnya sebelum berlaku kemelut rombakan Kabinet baharu ini. Adakah salah kami menjemput pemimpin utama Umno?" katanya dengan syarat tidak dinamakan.
Selain Kluang, Muhyiddin juga bakal merasmikan Umno Bahagian Kemaman, tempat bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang pernah bersengketa dengan Najib semasa penggugurannya baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 BILION: SAMA SEPERTI KES ALTANTUYA, NAJIB MESTI BERANI BERSUMPAH SEKALI LAGI

Posted: 30 Jul 2015 04:32 PM PDT

Isu wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak semalam.

Dalam video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui tentang kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya ketika beliau bersemuka dengannya.

Dengan ini, walaupun sudah ditubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya, orangramai akan kembali bercakap, mengeluarkan hujah dan mencipta pelbagai teori mengenainya selagi tiada penafian yang betul-betul kukuh dan mantap daripada Najib sendiri.

Di kepala orangramai ketika ini, mereka percaya wang itu betul-betul wujud dan sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat semakin menipis serta menjauh daripada Najib. Tambahan lagi sehingga ini, beliau hanya mengatakan tidak pernah menggunakan wang 1MDB unfuk kegunaan peribadi saja.

Dengan terbocornya video yang mengatakan Muhyiddin sudah bersemuka dan Najib sendiri mengaku mengenai wang itu, ia tambah mengukuhkan lagi keyakinan ramai mengenainya.

Meskipun dipecat dan kehilangan jawatannya, berbanding Najib, Muhyiddin nampaknya lebih memenangi perang persepsi dan kepercayaan rakyat berkaitan isu wang RM2.6 bilion ini.

Mengukuhkan lagi ialah Najib tetap membisu meskipun setelah video perbualan Muhyiddin itu tersebar luas. Jabatan Perdana Menteri juga kelu lidah dibuatnya. Hanya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang tampil menyebut bahawa dakwaan Muhyiddin itu tidak betul kerana katanya, Najib tidak pernah menggunakan wang 1MDB serta tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi yang lebih kelakar ialah bila ada pula mengatakan urusan wang itu merupakan hal peribadi Najib dan tidak ada sesiapa, termasuk Muhyiddin, berhak mengetahui atau mencampurinya.

Dalam cubaan mengampu dan membodek yang kononnya bertahap pemikir itu, ia dalam waktu yang sama seolah-olah mengesahkan wang RM2.6 bilion itu benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Hikmah Di Sebalik Pemecatan Muhyiddin

Posted: 30 Jul 2015 04:29 PM PDT

A Kadir Jasin
MOHON sabar kalau cerita ini panjang. Sukar hendak dipendekkan. Jadi saya mulakan dengan membuat kesimpulan iaitu:
Penyingkiran (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin pada 28 Julai dan penamatan undur tarikh (back-dated) perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail 27 Julai tidak menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya memburukkan lagi keadaan negara dan imej (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.
Implikasi dua peristiwa itu serta perubahan-perubahan lain yang menyusurinya di Jabatan Peguam Negara, PDRM, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) dan PAC adalah seperti berikut:-
1.Perdana Menteri terselamat daripada kemungkinan diheret ke mahkamah bersabit 1MDB dan SRC International. Satu "donia" sudah dengar cerita duit SRC International yang nawaitunya untuk kegiatan CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi masuk akaun peribadi Perdana Menteri.
2.Menyiasat dan merangka pertuduhan melibatkan wang CSR SRC International lebih mudah kerana jumlah yang lebih kecil dan melibatkan hanya dua buah bank tempatan berbanding 1MDB yang membabitkan AS$700 juta.
3. Mohd Najib berjaya mengekalkan kuasa eksekutif tetapi di mata khalayak yang mengerti beliau telah hilang kuasa moral (moral authority) untuk memerintah.
4. Kuasa eksekutif beliau menjadi semakin kukuh kerana pengkritik beliau dalam Umno dan kerajaan telah disingkirkan atau digula-gula dengan pemberian jawatan menteri dan timbalan menteri.

Pasukan Petugas Lumpuh

5. Sekali gus pemberhentian undur tempoh Abdul Gani memporak-perandakan penyiasatan Pasukan Petugas 1MDB. Penyiasat akan terhenti atau dialih matlamatnya, pegawai ditukar dan fail-fail hilang atau dibakulsampahkan. (TI Malaysia berkata, Pasukan Petugas itu boleh dianggap terkubur tetapi MACC berkata ia akan meneruskan penyiasatan).
6. Tetapi maklumat berkaitan dengan penyiasatan 1MDB akan terus tersebar kerana banyak pihak dalam dan luar mempunyai maklumat dan dokumen mengenainya. Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang, dubuk (hyena), rubah, hereng, biawak dan helang.

1MDB ibarat bangkai gajah
7. Dengan melantik pembesar-pembesar Umno yang kemaruk kuasa dan bermuka-muka menjadi menteri dan timbalan menteri, Mohd Najib boleh mengarahkan mereka mengesan dan membinasakan pencuri-pencuri bangkai gajah itu. Inilah yang sedang berlaku dengan rancak sekarang iaitu mengalihkan perhatian daripada menyiasat jenayah kepada memburu pihak-pihak yang mendedahkan jenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: PKR dakwa Anwar tahu lebih awal Muhyiddin akan dipecat

Posted: 30 Jul 2015 04:26 PM PDT

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.
muhyiddin-yassin
PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah tahu lebih awal Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar telah memberitahunya "sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini".
Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.
Media rasmi kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan, Azmin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, juga telah mengulangi 'sesuatu perkara besar akan berlaku dalam masa terdekat' ketika berucap dalam program Jelajah Amanat Presiden di Kuala Selangor pada 24 Julai lalu.
Tian Chua mengaku perkara besar yang dimaksudkan olehnya dan Azmin dalam program itu melibatkan pemecatan Muhyiddin.
"Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu (Jelajah Amanat Presiden). perpecahan dalam UMNO akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.
"Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin UMNO.
"Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang 'mengambil' orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib," kata Tian Chua yang dipetik Selangor Kini.