Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANAK BAPA LIM GUAN ENG & LIM KIT SIANG KONSISTEN KUTUK DAN HINA HJ HADI

Posted: 29 Jul 2015 09:33 PM PDT


DAP secara konsisten memperburukkan imej Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai menyokong UMNO.
Terbaharu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Hadi yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada UMNO.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Guan Eng berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.
"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan UMNO," katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".
Pada sidang media itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.
Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.
Hadi berkata terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu.
Dua hari lepas, Guan Eng membayangkan PAS bakal kalah pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan parti itu kepada kerajaan dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya rasa bukan sahaja BN akan kalah (pilihan raya umum), parti-parti politik yang menyokong 1MDB seperti PAS pun akan kalah. 
"PAS memang berdiri bersama dengan Najib dan 1MDB.
"Inilah satu petanda kepada PAS," katanya.

SERPIHAN MH370 TELAH DITEMUI

Posted: 29 Jul 2015 03:47 PM PDT

Fragments of a wing washed up in the French island of Reunion could be wreckage from Malaysia Airlines flight MH370, says aviation expert 

A French aviation expert believes he may have found the wreckage of MH370 – the Malaysia Airlines flight which disappeared off the coast of Malaysiain March 2014. 
Xavier Tytelman, a former military pilot who now specialises in aviation security, was contacted on Wednesday morning by a man living on the island of Reunion, in the Indian Ocean. The man sent Mr Tytelman a series of photos showing wreckage of a plane, which the Frenchman said could possibly be the missing jet. 
Police carry a piece of debris from an unidentified aircraft found in the coastal area of Saint-Andre de la Reunion
Police carry a piece of debris from an unidentified aircraft found in the coastal area of Saint-Andre de la Reunion (AFP/Getty Images)
"I've been studying hundreds of photos and speaking to colleagues," Mr Tytelman told The Telegraph. "And we all think it is likely that the wing is that of a Boeing 777 – the same plane as MH370.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Guan Eng mula 'gila talak' - Dengki dengan Hadi cenderung kepada UMNO?

Posted: 29 Jul 2015 09:45 AM PDT


Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan lagi jawatannya, Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada UMNO.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim berkata, beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin Pas itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju Pas di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan UMNO," katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".

Pada sidang akhbar di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Abdul Hadi berkata, terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Kabinet baharu 2015

Posted: 29 Jul 2015 05:51 AM PDT

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Zahid tidak puashati prestasi polis benteras judi?

Posted: 29 Jul 2015 10:30 PM PDT


TPM arah polis perangi kegiatan judi 100 peratus 

Rabu, 29 Julai 2015 - 11:51PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan polis supaya meningkatkan lagi usaha memerangi kegiatan perjudian di seluruh negara "memandangkan usaha itu sejak empat bulan lepas dilihat kurang berkesan".

Timbalan Perdana Menteri berkata kegiatan itu perlu diperangi 100 peratus dan beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis.

"Empat bulan sudah langkah-langkah kita lakukan dengan hebat melalui Ops Cantas Khas, kita lakukan pembersihan (rumah-rumah judi) tapi saya dapat laporan tumbuh kembali.

"Bukan sekadar amaran, mana-mana pegawai dan anggota polis, individu, NGO atau kumpulan tertentu yang memberikan perlindungan kepada rumah-rumah judi tidak akan pernah terlepas daripada tindakan," tegasnya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berucap merasmikan Majlis Jamuan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, di sini malam ini.

Ahmad Zahid turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat dan menyampaikan duit raya kepada kira-kira 30 anak yatim yang dijemput ke majlis berkenaan.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa

Pada majlis itu Ahmad Zahid turut mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM500,000 bagi membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan Perumahan Polis Desa Tasik.

Perumahan Polis Desa Tasik merupakan kawasan perumahan terbesar dihuni seramai hampir 6,000 orang terdiri dari pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

----------------

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70950?m=1

Ini ulangan arahan benteras judi yang pernah dibuat oleh Zahid dan juga IGP. Dengan ulangan ini, ini bermakna ia bukan sesuatu yang "mudah lupa" tapi masih diingat.

Implikasi judi haram begitu luas dari segi sosial, ekonomi, kewangan kerajaan, dan juga politik. Judi haram membiayai politik DAP dan ini yang buat mereka besar kepala!!!

TSMY digugur tak keluar parti, Ummi Hafilda pula perasan primadona

Posted: 29 Jul 2015 07:19 PM PDT




APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


SIDANG AKHBAR TIMBALAN PRESIDEN UMNO TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Posted: 29 Jul 2015 04:18 AM PDT

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO DIBATALKAN

Posted: 29 Jul 2015 12:24 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Dengar Penjelasan Ini, Mengapa Tan Sri Muhyiddin Diganti Sebagai TPM

Posted: 29 Jul 2015 07:54 PM PDT


Audio Palsu Fitnah MB Negeri Sembilan

Posted: 29 Jul 2015 06:18 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal 1MDB: Pemuda Umno Labis minta Najib rehat

Posted: 29 Jul 2015 08:58 PM PDT

LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.

"Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan. "Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau 'task force' yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif  Negara," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.

Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.

"Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.

Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari sertai DAP

Posted: 29 Jul 2015 08:55 PM PDT

 Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari membuat keputusan menyertai DAP hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Jun, 2015. 
Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari membuat keputusan menyertai DAP hari ini.

Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyertai DAP hari ini, menjadikan beliau tokoh Melayu terkini menyertai parti itu, selepas Sasterawan Negara A. Samad Said. Beliau bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah PKR dalam pilihan raya umum ke-13 dan kalah.
DAP bakal mengumumkan keputusannya untuk menyertai parti itu tidak lama lagi dalam sidang akhbar.

Batal mesyuarat MT, Najib tak seberani Dr Mahathir

Posted: 29 Jul 2015 08:52 PM PDT


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak membatalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya berlangsung esok susulan pemecatan timbalan presiden serta naib presiden parti daripada jawatan kerajaan. Menurutnya, ia berbeza dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang tetap meneruskan mesyuarat walaupun tidak pasti akan sokongan ahli MT terhadapnya sewaktu memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Walaupun (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan (Datuk Seri) Shafie Afdal yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

"Ini berbeza dengan Dr Mahathir yang walaupun tidak pasti sokongan terhadapnya tetapi memanggil mesyuarat MT sebaik sahaja memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri. "Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun beliau pasti sebahagian besar anggota MT menyokongnya," kata Zam dalam tulisan terbaru di blognya.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu, menyaksikan Najib menyingkirkan mereka yang mempersoalkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut disingkirkan sebagai menteri.
Kedua-duanya masih mengekalkan kedudukan dalam Umno.

Dari pemecatan Gani hingga kebakaran HQ polis

Posted: 29 Jul 2015 08:38 PM PDT

Badan antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah "mati".

Dakwaan berkaitan 1MDB kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kura Wang Negara serta pasukan petugas khas melibatkan polis, Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Perkembangan terbaru menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri setelah bersikap kritikal terhadap 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Presiden TI-M Akhbar Satar membangkitkan beberapa perkembangan yang baginya mengejutkan dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan dijalankan, iaitu:

  • Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara. Gani terlibat dalam pasukan siasatan khas 1MDB.
     
  • Pelantikan pengarah polis Cawangan Khas (SB) yang baru Mohamad Fuzi Harun serta insiden kebakaran di Bukit Aman yang dikatakan hanya memusnahkan dokumen "tidak penting".
     
  • Pelantikan empat daripada 13 anggota PAC, termasuk pengerusinya ke dalam kabinet.

NAJIB HADAPI JALAN BUNTU UNTUK SINGKIRKAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Posted: 29 Jul 2015 08:34 PM PDT

Presiden UMNO Datuk Seri Najib menghadapi jalan buntu untuk menyingkikran Tan Sri Muhyiddin dari kedudukannya sebagai Timbalan  Presiden UMNO yang sepatutnya dilakukannya  dengan pantas setelah menyingkirkannya dari Timbalan Perdana Menteri.

Ini terdedah  apabila mesyuarat MKT yang dipanggilnya esuk disamping Taklimat Presiden UMNO  mengenai penyingkiran itu dibatalkan kerana dibimbangi akan menimbulkan kekecohan.

Walaupun Muhyiddin dan Shafie Afdhal  yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MKT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

Ini berbeza dengan  Tun Dr. Mahathir  yang walaupun tidak pasti sokongan  terhadapnya tetapi  telah  memanggil mesyuarat MKT sebaik sahaja  memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri  tetapi Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun  beliau pasti sebahagian besar anggota MKT menyokongnya.

Saya tidak boleh membayangkan  apa akan terjadi pada UMNO sekiranya Muhyiddin terpaksa dikekalkan kedudukannya hingga mesyuarat Perwakilan UMNO akan datang.

Dalam tidak menemui alasan yang kuat , Najib mungkin akan membuat kenyataan beliau tidak bermaksud untuk memecat  Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi sekadarkan Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Jika keadaan ini berterusan maka  Najib akan  menghadapi cabaran yang lebih besar kerana mesyuarat-mesyuarat Bahagian UMNO  yang sedang dipanggil  di seluruh negara pastinya yang akan menjmput Muhyiddin dan  tidak akan sepi dari perbincangan mengenai pembuangannya dan akan  membuat keputusan mengenainya.

Beliau tentunya tidak segera memanggil mesyuarat MKT jika beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa semua proses penyingkiran Muhyiddin akan berjalan dengan lancar dengan didahuli mesyuarat MKT untuk pemecatan Muhyiddin dan dikuti dengan  taklimat kepada ketua-ketua UMNO.

Tetapi pembatalan kedua jadual ini membuktikan bahawa Najib telah mebuat salah perhetongan yang menambahhkan lagi jumlah kesilapannya   sekian banyak yang sedang dihetong oleh rakyat.

Jika belaiu  takut berhadapan  dengan wakil-wakil UMNO  di majlis taklimat maka  bagaimakah jika beliau dijemput untuk merasmikan mesyuarat -mesyuarat  UMNO bahagian?. Apakah beliau akan bersifat selective dengan menghadiri hanya mesyuarat UMNO bahagian yang diketahui menyokongnya?

Read More / Baca Lagi >>

Jawatan TPM memang ghanimah buat Zahid

Posted: 29 Jul 2015 08:31 PM PDT

Kata Zahid Hamidi perlantikan beliau sebagai pengganti Timbalan Perdana Menteri mengganti Muhyiddin Yassin bukan merupakan satu ghanimah atau pun habuan. Itulah ulasan dan tanggapan Zahid sebaik beliau diumumkan akan menjadi timbalan perdana menteri. Kenapa Zahid memilih ayat dan perkataan itu? Ghanimah.

Dari segi psikologisnya apabila seseorang itu bercakap mengenai sesuatu tajuk dan tema tertentu, bermakna dia bergulat dalam tajuk atau tema tersebut. Kalau dia berada di luar tema dan tajuk itu dia tidak akan bercakap mengenainya. Zahid akan memilih perkataan lain untuk menyanjungi dirinya. Bolehlah difahami bila Zahid menggunakan tajuk dan tema itu dia dibayangi tema dan tajuk itu.

Ghanimah, bererti harta yang diperolehi hasil dari peperangan. Harta musuh yang dirampas. Ia halal untuk dimakan atau pun diguna pakai, tetapi bukan berlebihan. Mereka yang berhak mendapat ghanimah ialah mereka yang terlibat dengan peperangan dalam membela dan mempertahankan sesuatu. Dalam konteks Islam pembelaan dan pertahanan yang dimaksudkan ialah Islam.

Jadi apabila Zahid Hamidi diberi jawatan itu ia tidak dapat menafikan jawatan itu adalah ghanimah kepadanya. Ia adalah habuan atas pembelaan yang diberikan Najib kepadanya. Ini bermakna selama ini, sepanjang krisis antara Najib dengan Muhyuddin, Zahid adalah pembela Najib nombor satu. Zahid sebagai menteri tidak menilai tindakan Muhyiddin dari jalur kebenaran tetapi mengutamakan hubungan personalnya dengan Najib.

Zahid mempunyai merit untuk berbuat demikian. Najib adalah bos sejak di zaman Pemuda Umno lagi sekitar tahun 80an. Zahid juga menjadi setiausaha politik kepada Najib didua kementerian. Bolehlah dianggap Zahid adalah rakan atau boy yang dididik oleh Najib. Banyak cerita ceritai mengenai telah Zahid dan kesanggupan Zahid sepanjang menjadi boy kepada anak bangsawan bernama Najib.

Politik Zahid bervariasi sebenarnya. Kerencaman politiknya sudah kelihatan dari awal lagi. Mereka yang rapat dengannya akan mengetahui hal ini. Zahid seorang politikus persis chemeleon (Pak Ko). Dia pandai dan bijak mengambil kesempatan. Zahid adalah orang yang mempunyai dua kepala. Dia menahan lukah di dua pergentingan dalam satu masa. Kerencaman politiknya macam gamat yang akan hidup dan bertangkup semula kalau pun dikerat 18.

Read More / Baca Lagi >>

Pecat Muhyiddin: Najib belum selamat lagi?

Posted: 29 Jul 2015 08:10 PM PDT


Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin

SHAH ALAM – Kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri didakwa masih belum 'selamat' lagi meskipun beliau sudah menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinetnya.

Demikian kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sambil menegaskan bahawa Najib hanya selamat jika beliau boleh memecat keahlian Muhyiddin dalam Umno seperti yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"Adakah Najib sanggup menanggung risiko selepas ini? Muhyiddin ada kuasa dan keupayaan khususnya untuk berjumpa bahagian demi bahagian, cawangan demi cawangan terutamanya ketika musim pemilihan sekarang ini.

"Ataupun Najib terpaksa mengambil tindakan drastik seperti mana yang diambil oleh Dr Mahathir pada 1998 apabila dia bukan saja menggugurkan Anwar, tapi dia memecat Anwar daripada kedudukan Timbalan Presiden Umno," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Shaharuddin selaku Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) juga berkata, karier politik Muhyiddin bergantung kepada keupayaannya sendiri, sama ada hanya berdiam diri setelah dipecat ataupun terus bergerak mengumpul kekuatan untuk menjatuhkan Najib.

"Semua bergantung kepada dia, sama ada dia nak melawan ataupun mengambil tindakan yang agak agresif, (ketika itu) Muhyiddin kena bersedia hadapi risiko-risiko yang bakal dihadapi seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

"Jika Muhyiddin tidak buat begitu atau tidak melawan, maknanya Najib dengan sendirinya akan bebas atau tiada ancaman di situ. Apa pun semuanya bergantung kepada kekuatan Muhyiddin dengan kekuatan orang-orang yang berada di belakangnya," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: 'Badan petugas perlu ambil keterangan bekas TPM'

Posted: 29 Jul 2015 08:08 PM PDT

Pasukan petugas khas mengenai isu 1MDB yang juga menyiasat dakwaan RM2.6 bilion didepositkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, digesa menyiasat dan mengambil keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membantu siasatan.

Ini perlu dilakukan kerana Muhyiddin nampaknya mempunyai maklumat mengenai dana yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kata aktivis Umno Shahbudin Husin dalam posting blognya hari ini.

Ini ekoran tersebarnya video bocor yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai perkara itu dan mendakwa perdana menteri mengakui wang itu dari Timur Tengah dan didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Dengan itu, kata Shahbudin, bukan saja Muhyiddin perlu disiasat dan diambil keterangan dengan segera oleh pasukan petugas khas yang sedang menyiasat isu wang RM2.6 bilion itu, malah juga Najib yang dikaitkan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

"Tiada alasan lagi untuk berlengah daripada menyiasat dan mengambil keterangan kedua-dua mereka kerana ia sudah menjadi perbualan yang merata ketika ini," kata Shahbudin dalam blognya.

Selasa lalu, Muhyiddin digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet dan ini dikaitkan dengan tindakannya mempersoalkan pengendalian isu 1MDB oleh Najib.

Read More / Baca Lagi >>

Tindakan ancam pengkritik 1MDB langsung tidak akan bantu Najib

Posted: 29 Jul 2015 08:02 PM PDT

oleh Khoo Kay Peng
Malang sekali bahawa kontroversi 1MDB telah mencetuskan beberapa reaksi yang paling aneh daripada pihak berkuasa. Sebahagian daripada tindak balas ini memberi gambaran bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi kejatuhan 1MDB sedang bekerja keras untuk menyembunyikan kebenaran.

Tindakan menghalang ahli-ahli politik pembangkang, aktivis dan wartawan daripada meninggalkan negara, menyekat laman Internet dan menggantung kedua-dua mingguan dan harian The Edge adalah tindakan yang paling tidak dikehendaki daripada pihak berkuasa. Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Dow Jones kerana mencetak beberapa tuduhan 'berniat jahat' terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain daripada tindak balas negatif dan tindak balas kepada pengkritik, kerajaan telah gagal memberikan jawapan menyeluruh, boleh dipercayai dan tepat kepada persoalan-persoalan dan keraguan yang timbul akibat kekurangan akauntabiliti.
Oleh itu, adakah salah bagi akhbar-akhbar, laman web dan orang awam untuk menerbitkan, menganalisis dan membuat kesimpulan mereka sendiri jika pihak berkuasa tidak memberikan mereka pendedahan sepenuhnya?
Tidak termasuk tuduhan-tuduhan penipuan peribadi, ada sebab-sebab yang cukup sahih bagi badan pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB untuk menyediakan akses yang cukup dan telus kepada semua urusniaganya.
Jumlah hutang yang semakin meningkat dan aliran tunai yang lemah syarikat itu adalah dua contoh ketara pengurusan yang lemah. Ia tidak seharusnya menyalahkan pengkritik-pengkritik kerana keputusan pelaburannya.
Krisis 1MDB bukan satu isu mikro. Ia mendedahkan petanda masalah yang lebih besar dalam sistem politik kita. Ia memberikan contoh bagaimana keputusan penting utama dibuat oleh pentadbir. Ia menonjolkan kekurangan sistem semakan-dan-imbangan, sikap berhemat, akauntabiliti dan tadbir urus yang bertanggungjawab di dalam sistem ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri Aziz mengarut lagi, kali ini berkenaan Muhyiddin

Posted: 29 Jul 2015 07:59 PM PDT

oleh V Shuman
Lupakan Ahmad Maslan atau Hasan Malek bagi "melayan" anda dengan komen-komen separuh masak mereka mengenai perkara-perkara yang sensitif.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz kini telah secara rasmi mengambilalih panji "karut-marut" daripada rakan-rakan partinya.
Serangan lisan sombong Nazri terhadap tengku mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini telah terkenal di seluruh negara.
Kali ini beliau telah melibatkan diri dalam pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, menyatakan bahawa ia "cari nahas".
The Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata yang Muhyiddin jelas telah menentang keputusan Kabinet mengenai isu 1MDB.
Beliau menyifatkan kritikan pedas Muhyiddin mengenai 1MDB dalam mesyuarat Umno bahagian Cheras pada 26 Julai, sebagai "jerami yang mematahkan belakang unta."
"Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju, hanya Husni boleh cakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya," katanya, merujuk kepada Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.
"Tetapi beliau (Muhyiddin) tidak patuh kepada keputusan Kabinet dan terus melancarkan serangan Ahad lepas ketika mesyuarat Umno Cheras itu" beliau dipetik sebagai berkata. 
Nazri turut menyatakan yang adalah lumrah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melantik orang-orang yang setia kepadanya, kerana pelantikan Kabinet adalah hak mutlak PM.
"Masa-masa begini kita tidak boleh ada Kabinet yang berpecah. Perdana menteri lakukan tindakan yang betul dengan melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri. Jelas sekali, beberapa orang menteri yang digugurkan itu, terutamanya daripada Umno, tidak mematuhi arahan dalam kes 1MDB, atau memang masa mereka sudah tiba. Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila timbalan menyerang perdana menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul," kata Nazri.
Masa sudah tiba? Patuh arahan? Tidak betul?
Apa yang dikatakan Nazri? Adakah dia faham apa yang dikatakannya?
Read More / Baca Lagi >>

SEKALI LAGI VIDEO CURI 'MENEMBAK' NAJIB, MUHYIDDIN PERLU SEGERA DISIASAT

Posted: 29 Jul 2015 07:35 PM PDT

Sekali lagi video rakaman curi "menembak" Najib Razak tersebar dengan meluas. Dan sekali lagi juga ia berkaitan dengan Muhyiddin Yassin, cuma mungkin yang merakamnya saja orang yang berbeza.

Beberapa bulan sebelum ini telah tersebar rakaman video mengenai ucapan Muhyiddin di sebuah program tertutup UMNO di Janda Baik di mana beliau "memuntahkan peluru" dengan mahukan Najib memecat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, menyiasat CEOnya serta membenarkan polis masuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan yang bermasalah dan sarat hutang itu.

Rakaman itu telah menggegarkan negara buat seketika dan ia menunjukkan perbezaan pendirian yang ketara antara Muhyiddin dan Najib. Sementara Najib dilihat banyak berlengah dan bermain dengan masa dalam menangani isu 1MDB, Muhyiddin jelas lebih terbuka dan objektif mengenainya.

Video di Janda Baik itu kononnya dirakam curi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Kapten Azri Mohd Zain. Heboh ketika itu siasatan sudah dijalankan, termasuk kenyataan oleh Ahmad Zahid Hamid yang merupakan penganjur program tersebut dan kini sudah dilantik Timbalan Perdana Menteri, yang mengatakan "tiada maaf" bagi perakam video tersebut.

Malangnya sehingga sekarang tiada khabar berita mengenai hasil siasatan mengenainya. Senyap sesenyap-senyapnya walaupun isu 1MDB sudah melarat sehingga kepada dakwaan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib.

Hanya yang kita tahu perbezaan pendirian itu akhirnya terlerai Sabtu lalu apabila Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Kini hanya sehari selepas dipecat daripada jawatannya, tersebar sekali lagi video rakaman curi melibatkan Muhyiddin yang juga "tembakannya" ditujukan kepada Najib. 
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 Bilion: Bekas TPM diberitahu, akaun Najib bukan urusannya kata Tun Faisal

Posted: 29 Jul 2015 07:32 PM PDT

Apa yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak bukan urusan bekas Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz.

Ini selepas didedahkan dalam satu klip video bocor bahawa Muhyiddin telah bersemuka dengan Najib tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

"Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai.

"Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita," kata Tun Faisal (gambar) dalam satu posting blog hari ini.

Bekas exco Pemuda Umno itu berkata lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah.

"Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan," katanya lagi.

Dalam rakaman video itu, Muhyiddin berkata, Najib mengaku wang itu masuk ke dalam akaunnya dan ia datang dari Timur Tengah.

"Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut.

"Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya.

"Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau," kata Tun Faisal,

Tambahan pula, katanya, tidak ada bukti bahawa wang yang diterima oleh Najib itu datang daripada dana negara.

"Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi.

"Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak.

Read More / Baca Lagi >>

Satu lagi bahagian Umno batal jemput Muhyiddin

Posted: 29 Jul 2015 07:31 PM PDT

Sebuah lagi bahagian Umno telah menarik balik jemputannya kepada bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan mesyuarat perwakilannya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dipetik oleh portal SuaraTV sebagai berkata dia bimbang Muhyiddin akan mengulangi perkara yang sama semasa merasmikan penutupan mesyuarat perwakilan Umno Cheras Ahad lalu.

Muhyiddin antara lain berkata Umno akan kalah jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.

Jamal dipetik berkata, Umno Sungai Besar amat gembira apabila Muhyiddin bersetuju untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu, yang dijadualkan pada 30 Ogos, dan pihaknya telah membuat persiapan.

Bagaimanapun, mereka bimbang jika apa yang berlaku di bahagian Umno Cheras akan berlaku lagi, Jamal dipetik sebagai berkata.

Katanya, bahagian berkenaan telah menghantar surat rasmi kepada Muhyiddin semalam untuk menjelaskan penarikan balik jemputan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Timbalan Presiden Umno: Apa Kah Tan Sri Muhyiddin Akan Dipecat?

Posted: 29 Jul 2015 05:13 PM PDT

1. Dakwaan Mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat pada 28 Julai bahawa Perdana Menteri telah mengaku wang yang dilapor The Wall Street Journal pada 2 Julai berjumlah USD700juta telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, mungkin menjadi pemangkin kepada pemecatan mantan TPM tersebut daripada jawatan Presiden Umno. Dengan dakwaan tersebut, tidak mungkin Muhyiddin boleh duduk dalam mesyuarat Majlis Tertinggi atau perhimpunan agung parti, kerana akan mempengaruhi arah tuju parti.
2. Dengan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Parti, beliau boleh menggunakan berbagai flatform parti seperti mesyuarat bahagian untuk membidas dan memberi gambaran buruk kepada Perdana Menteri, yang akhirnya boleh menjadikan faktor menghuruarahkan parti.
3. Kedudukan Muhyiddin tidak sama dengan kedudukan Tun Musa Hitam semasa meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, di mana mantan TPM itu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden. Musa tidak boleh menyalahkan Presiden Parti atau Perdana Menteri, kerana tindakan meletakkan jawatan merupakan pilihan Tun Musa sendiri. 
4. Adalah diyakini pembatalan Mesyuarat AMT pada Jumaat bertujuan untuk menenangkan keadaan. Apabila keadaan tenang, Najib bakal mengambil tindakan drastik, termasuk memecat atau menggantung jawatan Muhyiddin.
5. Kenyataan Muhyiddin pada Mesyuarat Bahagian Cheras pada malam Sabtu lalu, dengan mengatakan jika PRU-14 diadakan "esok" BN akan kalah, boleh dijadikan sebagai alasan untuk menggantung mantan TPM itu daripada Umno atau memecat terus.
6. Menurut sumber, 155 Bahagian Umno seluruh negara telah menyatakan berdiri teguh dengan keputusan DS Najib melakukan rombakan kabinet termasuk pemecatan Muhyiddin dan Dato Shafie Afdal. Tindakan Najib hanya menerima sokongan 12 bahagian Umno Johor, manakala di Sabah hanya 2 bahagian tidak menyokong keputusan Perdana Menteri.
7. Sebenarnya, Najib tiada pilihan, beliau perlu memecat atau mengantung dua pemimpin kanan parti itu, kerana jika tidak, impaknya akan lebih besar kepada parti. Jika Muhyiddin dan Shafie tidak dipecat, samalah menyimpan musuh dalam rumah sendiri.

Kebakaran Bukit Aman: Kebetulan atau alamat buruk?

Posted: 29 Jul 2015 05:07 PM PDT

oleh Mike Tan

Kebetulan apakah ini!

Sehari selepas kita menyaksikan Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, peguam negara ditukarkan dan nasib tidak menentu siasatan 1MDB berikutan pelantikan empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) – termasuk pengerusinya Nur Jazlan Mohamed – ke dalam kabinet, rakyat Malaysia boleh menambah satu lagi ke dalam senarai insiden yang hampir mustahil berlaku – kebakaran di ibu pejabat polis Bukit Aman yang terjadi hari ini.

Kebakaran berlaku di tingkat 9 dan 10 Menara 2 yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Narkotik. Kebakaran mula terkawal pada jam 7.47 malam.

Walaupun kebakaran tidak terlalu dahsyat, berita serta gambar dan komen tentangnya tersebar secara pantas dan meluas di media sosial.

Tentulah rakyat Malaysia tidak merasakan ada hal yang mencurigakan di sebalik kebakaran ini, waktu ia berlaku, serta lokasi kebakaran yang memang penting buat pihak-pihak tertentu.

Mereka menjadikan kebetulan ini sebagai bahan lawak, dengan cemuhan bernada sarkastik. Api sudah pun dipadam, dan PDRM bertindak pantas membuat 'damage control'.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar tidak memandang ringan hal ini, dan kelihatan bersungguh untuk menamatkannya sebelum ia bertambah buruk dengan membuat beberapa kenyataan di laman Twitter.
Twit pertamanya kira-kira jam 8 malam tadi bersifat profesional.


Read More / Baca Lagi >>

Apa yang kita tahu tentang siasatan PAC ke atas skandal 1MDB?

Posted: 29 Jul 2015 04:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa menyaksikan empat anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Selain Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, tiga lain yang menerima lantikan tersebut ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) serta Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Keempat-empat mereka adalah wakil Barisan Nasional dalam jawatankuasa parlimen itu.

Jawatankuasa itu jadi perhatian kerana ia sedang menyiasat dakwaan salah laku dan salah urus tadbir dalam operasi syarikat pelaburan milik negara, 1Malaysia Development Berhaad (1MDB).

1. Apa status empat wakil BN itu dalam PAC?

Keempat-empat anggota PAC daripada BN itu perlu meletak jawatan. Ini kerana Peraturan Mesyuarat 77(4) menetapkan tiada anggota jawatankuasa yang akan dilantik atau dicalonkan sebagai pengerusi atau ahli jawatankuasa itu ketika memegang jawatan sebagai menteri.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee dalam reaksinya kepada pelantikan mereka ke kabinet menyatakan BN perlu mencadangkan calon lain sebagai pengganti.

Nama-nama itu perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri  Pandikar Amin Mulia.

2. Bilakah empat ahli parlimen yang jadi anggota Kabinet itu boleh diganti?

Lantikan baru anggota PAC sebagai ganti kepada empat anggota kabinet itu perlu dibuat melalui usul di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat akan bersidang semula bermula 19 Oktober ini untuk tempoh enam minggu sehingga 3 Disember.

"Ini bermakna prosiding yang dijadualkan oleh PAC juga perlu ditangguhkan sehingga pelantikan baharu dibuat pada sidang Parlimen akan datang," kata Ronald seperti dipetik oleh Berita Harian.

Nur Jazlan yang turut mengumumkan beliau akan meletak jawatan Pengerusi PAC juga mengatakan hal yang sama -- semua prosiding yang dijadualkan ditangguhkan sehingga barisan anggota baharu dilantik.

3. Apakah prosiding PAC berhubung 1MDB yang terjejas?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dijadual memberikan keterangan kepada PAC pada 4 Ogos ini. Bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Halmi pula ditetapkan memberi keterangan sehari kemudian.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan Muhyiddin wang 1MDB masuk ke akaun Najib tidak betul kata Ahmad Maslan

Posted: 29 Jul 2015 04:48 PM PDT

Dakwaan Muhyiddin wang 1MDB masuk ke akaun Najib tidak betul - Ahmad MaslanKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.

RM2.6 Bilion: Najib tak layan ditanya tentang video bocor

Posted: 29 Jul 2015 04:46 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak layan soalan mengenai video kontroversi di mana bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa perdana menteri mengaku memindahkan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Soalan itu diajukan ketika Najib beredar selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menghadiri majlis yang sama, memberitahu pemberita selepas Najib beredar, bahawa perdana menteri telah memberi taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai isu RM2.6 bilion itu.

"Beliau (Najib) tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaunnya," tegas Ahmad Maslan.

Najib perlu pecat Muhyiddin untuk hentikan pemberontakan Umno, kata bekas menteri

Posted: 29 Jul 2015 04:44 PM PDT

Pemerhati politik menjangka langkah seterusnya yang akan diambil Datuk Seri Najib Razak adalah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015. 
Pemerhati politik menjangka langkah seterusnya yang akan diambil Datuk Seri Najib Razak adalah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan selain memecat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan, kata bekas menteri parti Melayu itu.Walaupun dipecat daripada Kabinet, Muhyiddin masih timbalan presiden Umno serta mempunyai kuasa menggunakan saluran parti jika mahu melawan semula Najib, kata bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin (gambar, kiri).
Dan Najib perlu melakukannya dengan segera selepas tekanan lebih kuat apabila tersebarnya klip video semalam menunjukkan Muhyiddin mengatakan perdana menteri mengaku AS$700 juta (RM2.6 bilion) masuk ke dalam akaun peribadinya.

"Langkah pertama yang Najib akan ambil adalah pecat Muhyiddin daripada timbalan presiden Umno," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider. Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet pada Selasa, menyaksikan Najib menyingkirkan mereka yang mempersoalkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar, kanan) turut disingkirkan sebagai menteri.
Kedua-duanya masih mengekalkan kedudukan dalam parti, akan tetapi Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno boleh menggunakan perlembagaan parti untuk memanggil Perhimpunan Agung Khas sekiranya mahu terus mencabar Najib, kata Zainuddin.
Katanya Muhyiddin memerlukan sokongan dua pertiga Majlis Tertinggi (MT) yang mempunyai 25 anggota, kata Zainuddin.
"Jika dilihat, beliau (Muhyiddin) masih mempunyai kuasa dengan perlukan dua pertiga MT untuk memanggil mesyuarat agung," kata bekas menteri penerangan itu.
Fasal 9.12 perlembagaan Umno menyebut jawatan ahli-ahli MT termasuk presiden dan timbalan presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak pernah guna wang 1MDB, kata Ahmad Maslan

Posted: 29 Jul 2015 04:41 PM PDT


Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Ahmad Maslan susulan terbocor klip video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa presiden Umno itu mengakui menerima wang tersebut.

Ahmad, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, dakwaan bekas timbalan perdana menteri tersebut mengatakan wang sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke akaun peribadi Najib tidak betul.

 "Itu tidak betul, tidak disalurkan atau sebagainya," kata Ahmad yang ditemui semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri Matrade di Wisma Matrade malam tadi.

Ahmad bagaimanapun mengakui Najib ada memberikan taklimat mengenai dakwaan tersebut tetapi tidak mengatakan terdapat wang disalurkan ke akaun banknya.

"Sebenarnya presiden sudah memberi taklimat kepada kami ahli MT tentang perkara berkaitan. Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masuk akaunnya," kata Ahmad lagi.

Dalam video yang tersebar semalam, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1MDB yang didakwa didepositkan ke akaun peribadi perdana menteri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Maknanya MELAYU-UMNO LAH bertuan JUDI !!!

Posted: 29 Jul 2015 04:35 PM PDT


Nak perangi premis judi biarlah kesemuanya sekali. TERMASUKLAH PUSAT JUDI KASINO TERBESAR DUNIA DI GENTING !!!

Premis judi tak kan wujud jika KERAjaan UMNO/BN sendiri tak keluarkan & meluluskan lesen2 judi..

SIAPA KELUARKAN & LULUSKAN LESEN JUDI.. Kementerian Kewangan !!!

SIAPA MENTERI KEWANGAN.. Najib !!
Najib dari parti mana.. UMNO !!
UMNO terdiri bangsa mana.. MELAYU !!

PC Muhyiddin Yassin (Full & uncensored)

Posted: 29 Jul 2015 04:31 PM PDT

Siapa Akan Disiasat: Muhyiddin kata Najib mengaku RM2.6 bilion masuk akaunnya ....

Posted: 29 Jul 2015 08:35 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya malam tadi, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.
"Saya tanya dia (Najib) daripada siapa? Dia tak sebut nama, tetapi dari Timur Tengah. Berapa banyak? Lepas itu dia kata, susah nak kata, dia kata 'a lot, a lot'.

"Kemudian saya kata, kenapa masuk akaun anda? Kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? AS$700 juta."Kalau anda kali dengan 3 (tiga perpuluhan)... RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadinya. Ini dia sebut, dia mengaku," kata Muhyiddin dalam video itu.
Video itu terus berakhir sebaik selepas Muhyiddin berkata, "jadi, saya kata kenapa anda letak dalam akaun peribadi anda".
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhri Mahathir datang ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin di Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhri Mahathir datang ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin di Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.
Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan dengan Muhyiddin. Mukhriz menziarahi bekas timbalan perdana menteri itu di rumahnya semalam, hari yang sama Najib merombak Kabinet dan menyingkirkan Muhyiddin.
Muhyiddin dipecat 2 hari selepas beliau berucap di mesyuarat Umno Bahagian Cheras, mengatakan laporan WSJ satu perkara serius yang perlu dijelaskan oleh Najib.
Najib berkata, anggota Kabinet tidak sepatutnya meluahkan perbezaan pendapat mereka dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap negara dan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet 'Musang Berjanggut'

Posted: 29 Jul 2015 08:30 AM PDT

Pada tahun 1959, seniman Agung P Ramlee mengarah dan menerajui sebuah filem berjudul 'Musang Berjanggut' yang diterbitkan oleh Runme Shaw. Filem tersebut dilakonkan antara lain oleh P Ramlee sendiri sebagai Tun Nila Utama, dan Saadiah sebagai Puspa wangi. Aku masih ingat menonton filem ini di rumah bersama ibu dan Mak Ngahku.

Apa yang mempesonakanku sebagai kanak-kanak pada waktu itu ialah kepintaran Puspa Wangi berpayung di dalam hutan untuk mengelak ranting jatuh, menghindar ular berbisa hinggap selain ketekunannya mengasing rempah ratus yang dibawa oleh Tun Nila Utama. Ia melangkaui logik dan rasional seorang anak kecil sepertiku pada kala itu.

Hari ini aku menonton semula 'Musang Berjanggut' dan aku dapati mesej yang ingin dihantar oleh P Ramlee jauh lebih besar dari mesej miang-miang keladi, semakin tua semakin menjadi.

Bahagian kedua filem ini memaparkan kerendahan moral, kebobrokan akhlak dan ketololan kabinet Sultan Alam Shahbana, yang dipimpin oleh Bendahara atau Perdana Menterinya iaitu Datuk Bendahara Paduka Raja berserta Datuk Bentara Mangkabumi, dan Datuk Pujangga.

Lebih menjolok mata, atau menggelikan hati ialah pemaparan seorang ulama jahat (ulama su') iaitu Datuk Nikah Kahwin yang mempunyai janggut. Mereka adalah gambaran loyalists yang kita kenal hari ini sebagai minions (atau Pak Turut buta).

Untuk mereka yang asing sekali dengan filem ini, 'Musang Berjanggut' mengisahkan seorang raja yang mempunyai seorang anak angkat dari kalangan rakyat jelata iaitu Tun Nila Utama.

Setelah tiba umur untuk berkahwin, raja telah menitahkan beliau mencari jodoh. Akan tetapi Tun Nila Utama enggan menikahi anak-anak gadis pembesar di negeri Pura Cendana tersebut dengan alasan perangai mereka menjengkelkan.

Beliau menegaskan ingin merantau ke luar negara untuk mencari gadis yang benar-benar perempuan dan bukannya betina. Itu akan diukur menerusi kesanggupan seorang perempuan menyaring dan memilih rempat ratus yang diisi sekali dalam satu uncang. Bahan tersebut hendaklah menjadi satu hidangan.

Setelah menempuh perjalanan yang jauh dan berusaha mencari wanita yang sabar dan tekun mengasingkan bahan memasak dalam uncang tersebut, Tun Nila Utama bertemu dengan Puspa Wangi yang bijak dan rajin.

Kedua-duanya berkahwin dan Puspa Wangi dibawa pulang dalam satu pelayaran yang panjang. Kejelitaan Puspa Wangi menggemparkan seisi negeri.

Sultan, Bendahara dan seluruh kabinet pentadbiran Pura Cendana bersatu hati untuk memikat dan merebut isteri Tun Nila Utama. Skandal besar menimpa di mana Sultan berpura-pura uzur dan menitahkan supaya Tun Nila Utama mencarikan Musang Berjanggut sebagai penawarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Agenda Awani: Kabinet Baru 2015

Posted: 29 Jul 2015 08:19 AM PDT