Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-
Belantan

Belantan


Ahmad Awang kemuka 
dua hujah mengenai bai'ah?

Posted: 25 Jul 2015 10:42 AM PDT


Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang hari ini mengemukakan dua hujah sudut pandangan berhubung soal bai'ah yang didakwa boleh diguna pakai bagi membolehkan wakil rakyat parti itu menyertai penubuhan parti politik Islam baharu melalui inisiatif Gerakan Harapan Baru.

Ahmad berkata, dari segi hukum, beliau berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang mengatakan bahawa bai'ah talak tiga dibuat secara taklik.

Namun dakwanya, taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, justeru bai'ah taklik dengan sumpah paksa, dianggap sebagai 'lagho'.

"Maka, untuk membatalkan sumpah 'lagho' itu, kafarah (penutup kesalahannya) ialah bagi makan 10 orang fakir miskin, selesailah," katanya ketika berucap dalam majlis jamuan Aidilfitri yang diadakan di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru Kamunting di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pandangan kedua pula diambil mengikut hujah peguam sivil dan syarie, Mohamed Hanipa Maidin apabila mengatakan bai'ah dalam kalangan wakil rakyat Pas telah gugur ekoran pakatan pembangkang kini telah 'mati' apabila parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Ahmad mendakwa, hujah Mohamed Hanipa itu sememangnya kuat kerana beliau sering memenangi kes di mahkamah melibatkan bekas Timbalan Pre­siden Pas, Mohamad Sabu, malah bai'ah berkenaan dilakukan ketika calon-calon mereka masih berada dalam pakatan pembangkang.

"Jadi, kalau tak nak pakai kaul yang berdasarkan fakta pakatan, amik kaul yang lebih 'direct' lagi iaitu sumpah bai'ah (hujah pertama)," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad mengakui, tindakan lafaz bai'ah cerai talak tiga yang hanya diguna pakai di negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pernah berlaku di negeri ini apabila perkara tersebut dibawa ke Majlis Syura ketika beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Perak.

Namun dakwanya, walaupun bai'ah tersebut dibuat oleh semua calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen atas nama Pas, namun, kesepakatan telah dicapai untuk menggunakan 100 peratus nama pakatan pembangkang pada PRU-13.

Apatah lagi katanya, Pas bersedia mengeluarkan watikah kepada calon DAP untuk menggunakan lambang Pas ketika rakan sekutu mereka itu berdepan masalah pemilihan jawatankuasa pusatnya ketika itu.

"Kalau sekarang ini hendak diperkatakan pula ambil elaun haram, cakap seperti itu kena kira betul-betul. Kalau wakil-wakil rakyat yang dipi­lih, masa tiap-tiap sidang Parlimen, selalu keluar sebelum habis perbincangan bajet misalnya, ini apa cerita?

"Halalkah terima duit amanah itu? Ataupun duduk sana sembang sahaja, tiada berbahas pun. Jadi, perkara ini pun harus diambil kira," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Let me be very clear...

Posted: 25 Jul 2015 07:04 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


3 sebab wajar gantung lesen The Edge

Posted: 25 Jul 2015 08:00 PM PDT



Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan 'The Edge Malaysia' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.

"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.

Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya. – Bernama

Siasatan ke atas SR akan libatkan Scotland Yard

Posted: 25 Jul 2015 04:56 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan secara rasmi dengan kerajaan Britain menerusi Wisma Putra sekiranya terdapat 'prima facie' bagi tindakan perundangan dilakukan terhadap pengarang dan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, keputusan itu bergantung kepada siasatan muktamad Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelak.

"Jika terdapat unsur-unsur jenayah dilakukan oleh Claire, bilateral dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain.

"Biarpun kebebasan pendapat diraikan oleh Malaysia, namun sebarang maklumat yang dipinda dan diada-adakan tidak boleh diterima.

"Apatah lagi jika paparan berita atas talian oleh Claire mempunyai niat jahat," katanya.

Tambahnya lagi, kerjasama antara PDRM dan Scotland Yard sudah sedia terjalin dan ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat bagi melakukan ekstradisi jika diperlukan.

Claire merupakan warganegara Britain dan pengasas portal Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini memutuskan untuk menyekat laman web The Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) kerana ia dikatakan boleh menggugat kestabilan negara.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, SKMM berkata tindakan itu perlu kerana portal berita terbabit didapati sering memaparkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Astro Awani

Kalau Najib, pasti teruk dibantai

Posted: 25 Jul 2015 12:17 AM PDT










Najib buat majlis dibiayai besan kena teruk. Untung orang pencen. Bergambar dengan taiko underworld pun orang tutup mata.

Padanlah tentang GST.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JOKE OF THE YEAR KAH KAH

Posted: 25 Jul 2015 10:03 PM PDT


MINIT KE 1.28

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Skandal 1MDB: Ketua Pembangkang kemuka 3 tuntutan

Posted: 25 Jul 2015 05:43 PM PDT

Skandal 1MDB: Ketua Pembangkang kemuka 3 tuntutan

Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pertemuan tergempar Ahli-Ahli Parlimen dan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) di tapak kawad kehormat, Parlimen Malaysia yang lalu.
Ucapan pembukaan
1) Tuduhan-tuduhan terbaru ke atas kredibiliti Perdana Menteri adalah satu isu negara yang besar kerana ia melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap negara.
2) Pendedahan oleh Wall Street Journal itu juga mempersoalkan keabsahan Plihan Raya Umum ke-13 yang lalu sekiranya sejumlah wang rakyat digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Barisan Nasional.
3) Oleh kerana persetujuan Perdana Menteri diperlukan sebelum satu sidang Parlimen tergempar dipanggil mengenai sesuatu isu, sudah tentu sesi Parlimen itu tidak akan dipanggil. Ini merendahkan martabat Parlimen di mata rakyat apabila ia tidak berbuat apa-apa pada ketika krisis keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri memuncak.
4) Justeru, sebagai Ketua Pembangkang setelah berbincang dengan pimpinan kanan pembangkang yang lain, saya mengambil inisiatif untuk memanggil satu sidang tidak rasmi ini dalam bentuk caucus untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen dan wakil-wakil masyarakat menyuarakan pandangan mereka mengenai isu ini.
5) Saya berharap ini merintis amalan yang sama di masa hadapan yang mana Ketua Pembangkang akan terus memanggil sesi tergempar tidak rasmi dalam bentuk caucus seperti ini untuk menjemput Ahli Parlimen dan wakil masyarakat bersuara.
Ucapan penggulungan
1) Tuduhan-tuduhan bersabit dengan 1MDB membawa kesan ekonomi yang langsung kepada negara. Beberapa dasar negara termasuklah pemberian subsidi kepada rakyat telah berubah antaranya disebabkan oleh beban kewangan 1MDB yang ditanggung kerajaan.
2) Tuduhan oleh WSJ terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia bila mana seorang Perdana Menteri dituduh sedemikian rupa oleh sebuah penerbitan besar dunia.
3) Saya percaya perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan setelah mendengar pendapat Ahli-ahli Parlimen dan wakil masyarakat yang bersuara:
Wawii – Satu sidang Parlimen khas dipanggil dengan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara dipanggil untuk memberi keterangan di Parlimen mengenai perkembangan siasatan isu berhubung 1MDB
ii – Perdana Menteri wajar bercuti sementara siasatan dijalankan
iii – Semua kumpulan yang prihatin dengan perkara ini perlu menyusun gerakan rakyat untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan dan sebarang usaha yang melindungi mana-mana pihak
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67109

Kisah Imam Malik dan bai'ah talak isteri

Posted: 25 Jul 2015 05:40 PM PDT

KERABU BERSUARA

July 26, 2015

Kebetulan sekarang tengah kecoh isu bai'ah cerai isteri saya nak bawa cerita bai'ah cerai isteri di zaman Imam Malik seperti yang diceritakan oleh Imam Az Zahabi dan lain2 ulamak.

Imam Malik sempat dengan zaman peralihan antara kerajaan Umayyah ke kerajaan Abbasiyah. Perubahan yang berlaku secara perang dan rampasan kuasa ini menjatuhkan kerajaan Umayyah dan menaikkan kerajaan Abbasiyah.

Oleh kerana kerajaan Abbasiyah takut mereka digulingkan mereka memaksa pegawai2 kerajaan memberi bai'ah kepada mereka dengan jika mereka menentang khalifah Abbasiyah maka jatuh talak atas isteri mereka.

Imam Malik meriwayatkan hadis "Tidak sah talak orang yang dipaksa" dan hadis ini menimbulkan kemarahan khalifah Ja'far Al Mansur pada ketika itu dan melarang Imam Malik meriwayatkan hadis ini kerana ia boleh mengugurkan bai'ah terhadapnya dan boleh menimbulkan pemberontakan terhadap kerajaannya. Walaupun begitu atas dasar amanah terhadap ilmu Imam Malik tetap meriwayatkan dan berfatwa dengan hadis ini sehinggalah beliau dihukum sebat puluhan kali sehingga patah bahunya.

Mafhum mukhalafah dari hadis dan kisah ini ialah jika bai'ah talak isteri tak dipaksa dan dengan rela maka ia sah dan jatuh talak.

Isu Gaji Haram Yang Ditimbulkan Harun Din Dibalas Komen Pedas Untuk PAS Berkaitan Projek

Posted: 25 Jul 2015 03:44 PM PDT


Gendang perang

ketua penerangan PAS kata GHB tajaan DAP. Tapi dia cium tangan zamri gaya Umno camana ya? gamaknya tangan zamri cam maksum...ha..ha..ha..sebiji stail Umno...patut la orang tak caya...haram,,,,,


Jangan sebut gaji haram, anda yang kecewakan rakyat, kata Mujahid kepada PAS

Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau Pinang, menuduh kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang. Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.

Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan serpihan PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.

"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.

"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.

"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?

"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau Pinang malam tadi. -TMI


Semasa membaca komen-komen di blog greenboc , ana terjumpa komen panas ni. Sesuatu yang perlu kita fikirkan benar atau salahnya.


 ana ?
wakaka
geli pun ada tapi syok juga bercakap macam lebai

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Harapan Baru: Hijrah daripada nasionalisme Muslim ke Islamisme inklusif? (III) Syariah

Posted: 25 Jul 2015 05:52 PM PDT

Dr Wong Chin Huat

Kalau parti Gerakan Harapan Baru (GHB) tetap ingin mengejar perlaksanaan syariah yang bersifat "bentuk", maka ia akan mendapati dirinya terperangkap dalam polimek lama seperti PAS.

Selain demokrasi aneka parti dan pembelaan Melayu, isu ketiga yang harus membezakan parti baharu dan PAS ialah pelaksanaan syariah. Untuk memudahkan perbincangan termasuk untuk pemahaman pembaca bukan Islam, izinkan saya memetik tulisan Prof Jaser Audah tentang maqasid sebagai mukadimah.

Saya memohon maaf dan tunjuk ajar kalau ada fahaman yang silap atau kurang tepat. Undang-undang syariah mempunyai maqasid (bentuk plural untuk "maksud") atau tujuan, yang merupakan prinsip yang umum.
Fahaman klasik menggariskan lima maqasid yang lebih bersifat peribadi iaitu pelestarian atau pemeliharaan agama (Hifdz Ad-Din), pemeliharaan nyawa (Hifdz An Nafs), pemeliharaan akal (Hifdz Al Aql), pemeliharaan keturunan (Hifdz An Nasb) dan pemeliharaan harta-benda (Hifdz Al Maal).
Dari deduksi Quran dan Hadis, pemikir-pemikir moden menambahkan maqasid yang lebih bersifat kemasyarakatan dan sejagat. Sebagai contoh, Sheikh Muhammad al Gazali menambahkan 2 maqasid iaitu pemeliharaan kebebasan dan pemeliharaan keadilan.
Undang-undang syariah juga mempunyai bentuk yang khas, daripada hukuman yang khas yakni jenis hudud (had), jenis qisas (balasan) dan jenis takzir (dalam bentuk penjara dan "arsy"/ganti rugi), kehendak keterangan sehinggalah mahkamah, hakim dan peguam yang berlainan atur caranya.
Pada pendapat saya, bergantung kepada sama ada yang ditekankan ialah maqasid atau bentuk, perlaksanaan syariah mempunyai implikasi yang amat berbeza.
Perlaksanaan maqasid syariah
Jika maqasid yang ditekankan, selagi maqasid itu tercapai, maka undang-undang yang tidak berasalkan tradisi Islam juga sesuai diguna pakai untuk umat Islam.
Di bawah penekanan ini, maka umat Islam cuma memerlukan undang-undang syariah yang khas diguna pakai untuk mereka dalam perihal agama, akal dan keturunan.
Dalam semua perkara lain, undang-undang yang sama akan diguna pakai.
Undang-undang tidak membezakan umat Islam dan orang bukan Islam dan tidak perlu digubal oleh atau dengan merujuk kepada ulama.
Satu contohnya ialah Akta Tandatangan Digital 1997 yang menentukan bagaimana kita dikira menandatangani dalam dunia maya. Ia tidak bersifat "kafir" sungguhpun tiada sebarang rujukan kepada syariah.
Pelaksanaan bentuk syariah
Sebaliknya, jika bentuk yang ditekankan, maka segala undang-undang yang diguna pakai untuk umat Islam harus digubal, kalau bukan oleh ulama Islam pun, sekurang-kurangnya dengan membuat rujukan kepada tradisi dan konvensyen syariah.
Akan tetapi, apakah undang-undang yang berunsurkan Islam itu boleh diterima oleh atau sesuai untuk orang bukan Islam?
Pandangan yang "keras" ialah kalau negara itu didominasi oleh umat Islam, maka orang bukan Islam harus menerima pilihan majoriti. Larangan Islam terhadap paksaan Islam sudah tidak wujud dalam pertimbangan golongan ini.
Pandangan yang lebih "lembut" ialah sesebuah negara boleh mengadakan undang-undang yang berlainan untuk umat Islam dan orang bukan Islam, seperti sistem milet pada zaman Khalifah Ottoman.
Tidak adil untuk orang bukan Islam
Ramai umat Islam rasakan gagasan "satu negara, 2 set undang-undang" ini adil sekali kerana umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing boleh dikawal oleh undang-undang yang diwajibkan atau disukai.
Mereka mendakwa orang bukan Islam yang menolak perlaksanaan hukuman Hudud itu "mencampurtangan dalam hal ehwal umat Islam" kerana kononnya undang-undang syariah tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Tak mengapa jadi ‘Mugabe’, asalkan terus berkuasa

Posted: 25 Jul 2015 05:37 PM PDT

Tiada berita lebih besar di Malaysia minggu ini selain penggantungan permit penerbitan akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily.
Mana tidaknya, petanda sesebuah pemerintah atau kerajaan itu menuju kediktatoran adalah menekan media atau menutup surat khabar, sesuatu yang pernah dilakukan diktator-diktator "ulung" Asia Tenggara seperti bekas Presiden Indonesia, Suharto.
Ironinya, jika dahulu majalah Tempo "dikerjakan" Suharto kerana laporan tentang skandal pembelian kapal perang, akhbar The Edge kini digantung kerana menyiarkan laporan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Alasan digunakan Suharto pada ketika itu untuk menutup Tempo dan beberapa akhbar lain yang melaporkan skandal "anak emasnya" B. J. Habibie sama seperti digunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu memudaratkan ketenteraman awam! Pada masa sama, "ikan-ikan bilis" berkait dengan 1MDB satu persatu didakwa di mahkamah.
Mungkin juga semua ini hanyalah kebetulan akan tetapi menghairankan "jerung besar" seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa The Wall Street Journal (WSJ) menerima RM2.67 bilion wang 1MDB dalam akaun peribadinya tidak pula berdepan apa-apa siasatan atau tindakan.
Akan tetapi semuanya sudah dijangka dan diramalkan seorang penganalisis politik antarabangsa yang sangat faham tentang Malaysia.
Katanya Najib sudah pasti akan melepasi siasatan pasukan petugas khas berhubung 1MDB kerana semua agensi terlibat berada di bawah kuasanya.
Jadi Mugabe
Minggu lalu ketika rakyat Malaysia sibuk merayakan Syawal, penulis sempat minum kopi dengan 2 aktivis politik veteran tanah air yang terlibat secara langsung dalam isu-isu besar negara sejak 1970an.
Seorang mengatakan usia pemerintahan Najib akan berakhir tidak lama lagi ekoran skandal-skandal melanda dirinya dan perlawanan dari dalam Umno yang sudahpun bermula.
Katanya tidak mungkin Najib mampu menahan serangan dari dalam Umno dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlaku secara bertali arus.
Seorang lagi pula percaya Najib akan kekal berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada halangan Najib bentang laporan 1MDB audit negara kepada Parlimen, kata DAP

Posted: 25 Jul 2015 05:22 PM PDT

Aturan Mesyuarat Parlimen dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bukanlah penghalang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan laporan awal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh ketua audit negara, kata Tony Pua.
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, sehingga kini Najib selaku menteri kewangan masih berdegil untuk membentangkan laporan awal itu yang boleh menjawab pelbagai tuduhan mengenai 1MDB.
"Dakwaan menteri (Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan) jelas tidak masuk akal. Walaupun prosiding PAC tidak boleh diumumkan sehingga laporan PAC dibentangkan di Parlimen, itu ialah laporan PAC dan bukan laporan ketua audit negara.

"PAC langsung tiada kuasa menghalang dokumen yang dihantar kepada jawatankuasa secara berasingan dipaparkan kepada umum atau pihak lain."Apa yang memungkinkan perkara itu terjadi ialah arahan daripada menteri kewangan yang memiliki laporan ketua audit negara," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.
Rahman yang juga menteri perumahan, kesejahteraan bandar dan kerajaan tempatan pada Khamis menulis di Twitter, Najib tidak mempunyai kuasa mendedahkan laporan awal 1MDB oleh ketua audit negara kerana terikat dengan aturan mesyuarat Parlimen.
Katanya, laporan yang dihantar dan dibincangkan oleh PAC tidak boleh didedahkan sehingga ia dibentangkan di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Walau dipenjara Anwar tetap juang nasib rakyat - Wan Azizah

Posted: 25 Jul 2015 05:08 PM PDT

AzizahARAU, 26 JUL: Meskipun jasad terpenjara, namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap memperjuangkan nasib rakyat apabila melahirkan kebimbangan berhubung perkembangan semasa ekonomi negara.
Tanpa memikirkan soal dirinya sendiri yang menjadi mangsa hingga dipenjarakan sejak 10 Februari lalu, kegusaran itu dilahirkan setiap kali bertemu peguam dan ahli keluarga.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menceritakan detik sayu setiap kali bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh yang sering meminta ahli parti memikirkan masalah rakyat tanpa perlu bimbang mengenai dirinya.
"Tiap kali melawat dia sering berkata jangan risaukan dia (Anwar). Ingatkan masalah rakyat, masalah (cukai) GST.
"Apa yang saya boleh katakan, hargailah detik dan sesuatu yang kita ada.
"Bila telah tiada, kita akan rasai kehilangannya," katanya ketika menyampaikan Amanat Presiden di Pauh, Arau, Perlis.
Read More / Baca Lagi >>

Kuman diseberang Lautan Nampak, Gajah didepan Mata tak Nampak.

Posted: 25 Jul 2015 04:27 PM PDT

sudahkah melihat dan membaca dokumen asal?
Saya hendak tanya satu soalan dan para pembaca pun boleh nilaikan. Semua orang yang keluar kenyataan bahawa Sarawak Report guna dokumen yang telah diubah, palsu dan sebagainya- adakah mereka semua sudah melihat dokumen asal?
Sudahkah Zahid Hamidi sebagai contoh, melihat dan membaca dokumen asal? Dan membandingkan dengan  dokumen yang dikatakan diguna oleh Sarawak Report dan menghukum bahawa ianya sudah dicemari dan dipalsukan?
ugutan ekstradisi.
Bukan senang hendak extradisi seseorang kecuali kenyataan Zahid itu dikeluarkan hanya untuk tujuan menunjukkan kepada rakyat, bahawa Zahid melakukan sesuatu untuk melindungi Najib.
Kenapa hadkan kepada Claire Ruecastle Brown? Jika Brown di ekstradisi, Zahid mesti consistent- WSJ pun kena ekstradisi. Dan ekstradisi juga semua warga asing yang menulis mengenai 1MDB . Asia Sentinel, The Economist Magazine dan sebagai nya. Punggah semua mereka ini.
hal ini satu dunia dah tahu.
Bagaiman nak lindung, jika satu dunia sudah tahu apa Pm Najib lakukan? Adakah selepas ini, Zahid mencadangkan perkara ini dibangkitkan di PBB? Bahawa press luar negara serta pertubuhan menggugat kestabilan dan keamanan negara anggota? Mungkinkah Anifah Aman bercakap mengenai perkara ini di PBB? 
jika isu ini dibangkitkan oleh warga negara malaysia, bagaimana?
Jika Sarawak Report tidak menerbitkan pencerahan dan pendedahan mengenai 1MDB, Jho Low, Peter Mahoney, Tarek Obaid, dan lain, skendel kewangan ini masih tetap didedahkan oleh parti pembangkang.
Soalan nya: bolehkah pembangkang pula dikatakan mencampuri urusan dalam negara kerana bercakap dan mengkritk perkara yang serupa yang dibangkitkan oleh Sarawak Report?
Yang mereka bangkitkan ialah salah gunakuasa, penyongglapan wang, rasuah, dan kemungkinan jenayah sudah dilakukan oleh pemimpin negara ini terutama PM. Yang mereka bangkitkan adalah kebarangkalian suatu jenayah telah dilakukan oleh Jho Low, Nik Faisal Ariff Nik Kamil, Shahrol Helmi, Tarek Obaid, Peter Mahoney, dan rakan2 Jho Low yang lain dalam dan luar Malaysia.
tidak ada sesiapa pun melihat dokunen asal.
Saya percaya, semua yang membuka mulut mengenai dokumen dipalsukan dan diubah tidak melihat dokumen asal.  Jadi bagaimana terus bohong kepada rakyat Malaysia bahawa dokumen yang digunakan adalah dokumen palsu atau sudah diubah?
kenyataan pgi.
Adakah mereka bersandarkan kenyataan yang dibuat oleh firma penyiasat PGI yang kenyataan mereka belum dapat disahihkan dalam forum yang sesuai seperti dalam mahkamah terbuka? PGI diupah oleh Petrosaudi- dia tentu cakap perkara yang menyokong Petrosaudi. Sandaran yang tidak kukuh.
Rahman Dahalan tidak pernah tengok, Shabery Chik tidak pernah tengok, polis pun tak pernah tengok. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, supaya tidak timbul dakwa dan dakwi, bahawa dokumen sudah dipalsukan dan diubah.
Read More / Baca Lagi >>

Beri sebab lebih baik ekstradisi saya, pengasas Sarawak Report beritahu Zahid Hamidi

Posted: 25 Jul 2015 04:21 PM PDT

Clare Rewcastle-Brown, pengasas dan pengarang laman pendedah maklumat Sarawak Report berkata Putrajaya perlu mempunyai "sebab lebih baik" jika mahu mengekstradisi beliau ke Malaysia bagi tuduhan "campur tangan" hal ehwal negara.
Menjawab kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam, kerajaan Malaysia mungkin akan mendapatkan bantuan Britain untuk mengekstradisi beliau jika terdapat kes "prima facie" dibuktikan, Rewcastle-Brown berkata alasan diberikan tidak boleh diterima mengikut undang-undang United Kingdom (UK).
"Beliau lebih baik menyatakan sebab dengan jelas. Kebenaran menjengkelkan terhadap perdana menteri bukan alasan baik dalam undang-undang Britian," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

Rewcastle-Brown diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan mungkin mengekstradisi beliau kerana campur tangan urusan dalaman negara ini. Kenyataan Zahid hadir sehari selepas sekumpulan kecil individu sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, meminta UK menghalang Rewcastle-Brown daripada campur tangan hal ehwal Malaysia.
Kumpulan itu mendakwa pendedahan Sarawak Report ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu percubaan untuk "meruntuhkan" negara.
Rewcastle-Brown dituduh menyalahgunakan dokumen 1MDB sebagai sebahagian daripada rancangan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Beliau menafikan dakwaan dibuat bekas wartawan Sarawak Tribune Lester Melanyi, yang mendakwa berkhidmat sebagai pengarang laman sesawang berkenaan. Melanyi membuat "pengakuan" itu menerusi satu video disiarkan oleh pemimpin PMSP, Ramesh Rao Krishnan Naidu.
Read More / Baca Lagi >>

Gantung penerbitan The Edge untuk alih isu

Posted: 25 Jul 2015 04:04 PM PDT

Rafidah Aziz dakwa pentadbiran Najib cuba mengukuhkan cengkaman ke atas media.
rafidah-aziz
PETALING JAYA: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa kerajaan cuba mengalih isu sebenar apabila menyekat penerbitan akhbar The Edge.
Menerusi status terbaru di akaun Facebooknya, beliau mendakwa, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu meniru negara lain dengan bertindak mengarahkan media apa yang perlu ditulis.
Menurutnya, apa yang berlaku itu sebenarnya hanya akan menambahkan kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.
"Sekali lagi kita dialihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi. Kita boleh sekat mana-mana penerbitan, tapi itu tidak akan menyelesaikan segalanya.
"Malah, ia membuat orang ramai lebih marah. Lebih buruk lagi, kini sia-sia sahaja, wujud ketidakpuasan hati terhadap kerajaan," tulisnya.
Rafidah berkata demikian sebagai reaksi terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat yang menggantung permit penerbitan dua akhbar terbabit selama 3 bulan bermula Isnin ini kerana mendedahkan beberapa maklumat berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengulas lanjut, beliau yang juga bekas Ketua Wanita Umno itu berkata, sama ada disekat atau tidak, perbincangan mengenai 1MDB tetap akan berterusan di internet dan media sosial selagi persoalan mengenainya tidak dijawab.
"Jangan pula kata sekarang kita terpaksa tutup Internet. Terlalu banyak campur tangan akan merosakkan semuanya," ujarnya lagi.

PAS dialu-alukan bekerjasama dengan UMNO – Veteran Kelantan

Posted: 25 Jul 2015 04:01 PM PDT

ROZALI
Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak (tengah) bersama Veteran UMNO dan ahli MUBARAK mengadakan bantahan ke atas akhbar Sarawak Report, The Edge dan Wall Street Journal di Kota Bharu. 

Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak mengalu-alukan sekiranya PAS ingin bekerjasama dengan UMNO sekiranya parti itu bergerak berseorangan.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Besar II Kelantan (ketika bersama Semangat 46) berkata, jika sebelum ini PAS boleh berkerjasama dengan DAP melalui tahaluf siyasi, mengapa pula tidak dengan UMNO yang diterajui oleh orang Melayu yang jelas beragama Islam.
Katanya, perkara itu sebenarnya tidak mustahil walaupun UMNO sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan pihak lain kerana mahu memperkuatkan lagi parti yang kepimpinan tertingginya kini dilanda fitnah berkaitan pelbagai isu terutamanya skandal pelaburan milik kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin PAS yang beria-ia menubuhkan parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baharu (GHB), Rozali yakin parti terbabit tidak akan mendapat pengikut yang ramai.
"PAS sebuah parti yang mampu 'survive' selain kuat dan mampu bertahan. Mereka yang mengatakan PAS tidak lagi relevan sebenarnya tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai parti berkenaan.
"Bagi saya sekiranya mahu diadakan kerjasama ianya bukannya perkara yang mustahil. Sekiranya PAS ingin berbincang ke arah kebaikan, saya yakin UMNO tidak akan menolak," katanya kepada The Rakyat Post.
Beliau ditemui pada majlis bantahan kepada fitnah media Sarawak Report, Wall Street Journal dan The Edge terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia di rumahnya, di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Harapan Baru kembalikan nyawa UMNO,BN kata Muhammad Khalil

Posted: 25 Jul 2015 04:00 PM PDT

KHALIL
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kehadiran Harapan Baru dalam arena politik negara jika diluluskan kelak akan melengahkan usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14.
Penubuhan Harapan Baru mengembalikan semula nyawa UMNO dan BN.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kehadiran Harapan Baru dalam arena politik negara jika diluluskan kelak akan melengahkan usaha untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14.
"Harapan Baru menyembuhkan dan menyihatkan UMNO yang pada satu ketika dalam keadaan tenat.
"Ini memberi kekuatan kepada UMNO malah melambatkan peluang untuk kita melihat perubahan politik, (peralihan) kuasa UMNO kepada kuasa lain untuk memimpin dan memandu negara kita ke arah yang lebih baik pada masa akan datang," katanya yang dipetik Sinar Harian.
Ditanya sama ada penubuhan Harapan Baru mungkin akan menggagalkan usaha pembangkang menawan Putrajaya, Muhammad Khalil tidak menolak kemungkinan itu memandangkan parti baru tersebut akan menyertai pilihan raya akan datang berdasarkan kenyataan mereka yang berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar pandangan sesetengah pihak yang menganggap kewujudan Harapan Baru sebagai gambaran Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) di Turki dengan menegaskan bahawa realiti politik Malaysia dan Turki berbeza sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan cuba tadbir negara ala kuku besi - Wan Azizah

Posted: 25 Jul 2015 03:51 PM PDT

Kerajaan cuba sekat media kerana takut dengan pendedahan
wan_azizah
PETALING JAYA: Kerajaan dikatakan sedang menyekat hak kebebasan rakyat untuk bersuara dengan mentadbir negara ala kuku besi.
Dakwaan itu dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kecewa dengan penggantungan akhbar The Edge.
Jelasnya, tindakan itu bukan sahaja menunjukkan kerajaan takut kepada kebenaran malah kepada rakyat yang mempersoalkan kewibawaannya.
Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan tindakan itu telah menghalang media daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
"Sudah menjadi kebiasaan untuk saya membaca akhbar The Edge Weekly. Rencana-rencana mengenai perniagaan, ekonomi dan politik di Malaysia amat teliti dan ditulis dengan cermat.
Rencananya menyumbang kepada suatu perbincangan yang ilmiah bagi memastikan demokrasi di Malaysia diamalkan secara sihat," kata Presiden Pakatan Rakyat (PKR) itu.
Jelasnya, sebagaimana orang lain, menjadi rutin beliau membaca akhbar berkenaan.
"Namun hari ini, saya, seperti juga ribuan ahli-ahli perniagaan malah rakyat Malaysia amnya, tidak dapat menjalani rutin ini lagi," luah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Pencuri RM2 Di Surau Nampak, Penyamun Berbilion2 Ringgit Duit Rakyat Tiada Nampak"

Posted: 25 Jul 2015 03:42 PM PDT


Sang penguatkuasa M'sia mmg sanggup bermati2an nak siasat di 'LUAR NEGARA'.. tetapi nak siasat dalam negara Najib mahupun Mahathir ibarat....

"Pencuri RM2 Di Surau Nampak, Penyamun Berbilion2 Ringgit Duit Rakyat Tiada Nampak"

'Kena ingat bai'ah itu janji dengan ALLAH' kata Nik Zawawi

Posted: 25 Jul 2015 08:52 AM PDT

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan Adun dan Ahli Parlimen daripada parti itu, agar tidak melanggar bai'ah yang pernah dibuat mereka semasa bersama Pas.
Muhammad Zawawi berkata, apabila wakil rakyat melafazkan bai'ah mereka berjanji dengan nama ALLAH. Justeru katanya, jika pelanggaran dibuat maka padah yang diterima amat besar.
"Kepada sesiapa yang hendak bertanding atas nama Pas dia mesti berjanji di hadapan saf kepimpinan.

"….Mereka berbai'ah  janji dengan ALLAH jadi jangan sesekali mereka ini langgar bai'ah (perjanjian) ini kerana besar padahnya, dalam sejarah Islam ini tiada siapa yang selamat (orang yang melanggar bai'ah ini ).
"Dia kena ingat, dia berbai'ah berjanji itu terikat hukum dengan ALLAH kalau dia mengkhianati apa semua sekali dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat sekalian… orang beriman," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Nik Zawawi berkata  dalam sejarah perjuangan Pas, orang yang cuba keluar parti mereka telah mengalami kesukaran di dunia lagi.

"Saya boleh tengok macam mana kedudukan mereka seperti tidak dihormati. Kadang-kala individu ini berdepan kesusahan.

"Ini kerana bila mereka langgar perjanjian, segala mahluk yang boleh melaknat, akan melaknat....termasuk ALLAH dan para malaikat. Lebih daripada itu di hari akhirat kelak pelanggaran itu adalah satu perkara yang besar," jelasnya lagi.

Sementara itu, Muhammad Zawawi berkata, mana-mana wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan parti lain adalah haram bagi mereka menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket Pas.

Read More / Baca Lagi >>

PAS Bakal Kehilangan Sokongan Pengundi Melayu dan Cina Pada PRU 14.

Posted: 25 Jul 2015 08:37 AM PDT


Oleh Mahfuz Omar
1. Saya bukan lah nujum politik yang mampu membuat telahan tentang masa depan politik sesebuah parti apatah lagi membabitkan parti yang saya dukung iaitu parti PAS. Saya yakin sesuatu yang berkaitan masa depan ianya dalam Ilmu Allah. Cuma dalam politik pilihan raya kita boleh membuat analisa dan unjuran melalui "survey" dan cula undi. Inilah yang telah sebati dalam jentera gerakerja pilihan raya PAS sejak 13 kali menghadapi Pilihan Raya Umum dan berpuluh kali menghadapi Pilihan Raya Kecil.

2. Sejak berlarutan krisis dalam PR hingga kini boleh dikatakan banyak pihak menyatakan PAS akan menerima kesan kemerosotan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu pada PRU 14 akan datang. Tidak perlu saya membariskan insiden-insiden yang telah berlaku membabitkan PAS dan rakan rakan PR yang mendorong menjadi penyumbang kepada kemerosotan undi tersebut.

3. Apa yang penting untuk dipersoalkan  ialah apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pimpinan PAS untuk memperbaiki keadaan dalam membendung kemerosotan undi bukan melayu khususnya pengundi cina pada PRU 14 akan datang. Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan.  Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

4. Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (HB) memperlihatkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan Gerakan tersebut. Kenyataan-kenyataan PAS yang mengecam Harapan Baru dan pimpinan Harapan Baru akan membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap Harapan Baru.  Ini akan menyebab berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam khususnya dari kalangan pimpinan dan ahli PAS daripada pelbagai peringkat.

5. Kenyataan demi kenyataan dari kalangan pimpinan PAS yang disiarkan akhbar rasmi PAS iaitu Harakah yang menimbulkan isu kononnya ancaman yang merosakan PAS dari dalam adalah dari kalangan mereka yang pernah terlibat dengan IRC, JIM dan kini IKRAM akan menambahkan lagi kemerosotan sokongan undi Melayu Islam pada PAS. Kenyataan-kenyataan tersebut seperti mempersoalkan keikhlasan dari kalangan ahli-ahli PAS sendiri yang berlatar belakangkan fikrah IRC, JIM dan kini dinamakan IKRAM. Semua harus mengakui sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada IKRAM yang mempunyai rangkaian di pelbagai peringkat akan menjejaskan kedudukan kekuatan PAS dari sudut politik pilihan raya. Mungkin dari sudut kekuatan PAS sebagai Gerakan Islam, PAS boleh rasa syok sendiri kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut PAS. Namun, dari sudut pilihan raya, PAS memerlukan sokongan dan undi daripada semua orang sama ada Islam atau pun bukan Islam.

6. Tindakan dan kenyataan sebegini sudah pasti akan mengguris dan melukakan pihak ahli-ahli IKRAM yang menyertai PAS mahupun yang mengundi PAS dalam setiap pilihan raya, kerana mereka telah digambarkan oleh PAS sebagai pengkhianat kepada Jemaah Islam PAS. Sikap yang ditunjukkan oleh PAS ini sudah pasti mengundang penarikan sokongan dan undi dari ahli-ahli dan pendokong IKRAM. Bukan saja IKRAM tetapi dia akan membabitkan padangan dari pihak kumpulan Islam yang lain juga akan merasai yang PAS tidak boleh menerima kelainan fikrah dari Jemaah yang bukan terhasil dari tarbiah PAS untuk bersama PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ahli Kabinet bersetuju dengan adik Najib?

Posted: 25 Jul 2015 07:56 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penggantungan akhbar The Edge oleh kerajaan dan saman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Harakahdaily tidak akan menyebabkan isu 1MDB mati mahupun terhentinya perbincangan rakyat mengenai 1MDB.
Justeru, PAS mengingatkan kerajaan bahawa kemelut isu 1MDB dan dakwaan duit 1MDB telah masuk ke akaun persendirian Perdana Menteri tetap perlu dijawab walaupun The Edge digantung.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man isu 1MDB tidak akan lenyap.
Malah, katanya sebarang cubaan dan tindakan kerajaan yang kelihatan seperti menghalang isu 1MDB itu dibincang dan dilaporkan cuma akan menyemarakkan kemarahan rakyat.
"Zaman menakut-nakutkan sudah tiada lagi.
"Kerajaan dinasihatkan usah membuat kerja bagaikan menggunakan kertas membalut api. Ia sekadar akan menyemarakkan api itu lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkat, sudah tiba masanya, kepimpinan kerajaan yang sayang negara untuk bersuara daripada memdiamkan diri demi kesinambungan kerjaya politik diri dan orang tertentu.
"Apakah tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang turut mengutuk penggantungan akhbar The Edge?" tanya beliau.

Undang-undang hanya tutup mulut pemberi maklumat, kata kumpulan peguam

Posted: 25 Jul 2015 07:51 AM PDT

Undang-undang yang digubal bagi "melindungi" pemberi maklumat tidak berkesan dan hanya wujud untuk melindungi pihak berkuasa daripada didedahkan oleh musuh atau media, kata persatuan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) menghadkan salah laku yang boleh didedahkan dan menghalang mereka yang memohon perlindungan dari akta itu daripada berkongsi maklumat dengan pihak lain, kata pengarah eksekutif LFL Eric Paulsen.

Beliau berkata, itulah sebabnya mengapa ia sesuatu yang mengelirukan apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pemberi maklumat hanya dilindungi oleh undang-undang jika mereka bertindak dengan menggunakan akta itu.

 "WPA jelas bukan undang-undang perlindungan pemberi maklumat yang wajar, yang digubal untuk menjaga kepentingan awam. Ia tidak juga untuk memerangi rasuah," kata Paulsen dalam satu kenyataan.

 "Ia digubal bagi meletakkan bakal pemberi maklumat dalam dilema, untuk memberi tekanan kepada mereka supaya melalui prosedur perlindungan pemberi maklumat yang palsu di mana sangat sedikit yang akan dilakukan, dan yang lebih penting, untuk menghalang mereka daripada pergi kepada media atau kepada lawan politik pihak berkuasa."

Beliau mengkhususkan kepada tiga "peruntukan yang sangat dipersoalkan" yang katanya bercanggah dengan tujuan sebenar penggubalan undang-undang itu. Seksyen 6(1) akta itu menyatakan pendedahan tidak akan tertakluk di bawah perlindungan itu sekiranya pendedahan demikian dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang bertulis, seperti peruntukan kerahsiaan perbankan dan Akta Rahsia Rasmi.

Read More / Baca Lagi >>

Penggantungan The Edge: Kerajaan mengaku silap secara tak sengaja, kata GHB

Posted: 25 Jul 2015 07:40 AM PDT

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.  
Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.
Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggantung akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily membuktikan mereka mengakui kesalahan sendiri, namun cuba menutup kelemahan itu dengan menghukum pihak lain, kata Dr Dzulkefly Ahmad. Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.
"Penggantungan tiga bulan The Edge yang didakwa boleh menjejaskan ketenteraman awam sangat mengecewakan rakyat.

"Kerajaan secara tidak sengaja mengakui kesalahannya dan cuba untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka dengan menghukum orang lain. "Tindakan ini amat dikesali dan terkutuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, negara kini menuju ke arah kejatuhan, dan kini bukan hanya soal mahu menukar perdana menteri tetapi memperbaharui keseluruhan institusi kerajaan yang kritikal supaya berfungsi semula dan bersemangat.
Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, antara yang paling kritikal ialah mengenai fungsi Parlimen yang mana kini ahlinya tidak lagi "bersenjata" dan memainkan perangan "semak dan seimbang" terhadap cabang eksekutif.
"Persoalan besar adalah bagaimana kebenaran boleh melemahkan kerajaan melainkan jika kerajaan itu adalah berdasarkan kepada kepalsuan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pada IGP, tolonglah SIASAT YANG PENTING dulu, penyelewengan dalam 1MDB, nak 'cover' UMNO sgt buat apa..??

Posted: 25 Jul 2015 07:32 AM PDT


Dah lah WSJ tak mahu layan 'surat bodoh' dari peguam Najib.. KINI PULA Polis Thai tolak permintaan M'sia untuk soal Justo buat KALI KEDUA.. Tak malu ka klu kali pertama dah 'rejected' buat apa terhegeh2 mintak lagi..

KENAPA polis M'sia TAK PAHAM-PAHAM..!!!
Yg herannya, kat dlm M'sia KENAPA hingga ke hari ini Najib & Mahathir langsung TAK DISIASATNYA ???!!!

KDN 'perhati' Claire Recastle Brown kata Zahid

Posted: 25 Jul 2015 07:19 AM PDT


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi ingatan kerajaan boleh bertindak terhadap editor Sarawak Report, Claire Recastle Brown jika mendapati ada unsur jenayah terlibat.

Kata Ahmad Zahid tindakan boleh diambik kerana kerjasama dan pertukaran maklumat risikan memang terjalin antara Malaysia dan Britain.

"Bergantung kepada siasatan polis kelak, Kementerian Dalam Negeri (KDN)
akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra jika terdapat unsur prima facie untuk tindakan perundangan terhadap Claire Brown," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Claire adalah salah seorang individu yang paling utama dalam laporan mendedahkan isu 1MDB dalam Sarawak Report.

Kata Ahmad Zahid, kerjasama memang sedia terjalin antara Polis Diraja Malaysia dan Scotland Yard.
Read More / Baca Lagi >>

GHB: 'Pemimpin Pas perlu nyatakan pendirian' kata Mohd Amar

Posted: 25 Jul 2015 07:16 AM PDT


KOTA BHARU - Pemimpin Pas yang dikaitkan dengan‎ Harapan Baru perlu tampil memberi penjelasan mengenai status mereka, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata tindakan itu wajar dilakukan bagi mengelak berlaku fitnah dan kekeliruan masyarakat terhadap mereka pada ketika ini.
"Jika berdiam diri akan menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada pengundi," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di sini, hari ini.
Sebelum ini, bekas pemimpin kanan Pas Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata, Harapan Baharu diuar-uar akan menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 Sept depan.
Sementara itu, Mohd Amar berkata mana-mana wakil rakyat Pas yang bertindak menyertai Harapan Baharu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab meskipun mereka tidak perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
"Dari segi undang-undang memang dia (wakil rakyat Pas ) tidak perlu letak jawatan (sebagai wakil rakyat) tetapi dari segi moralnya dia perlu bertanggungjawab," katanya. - Bernama

Sekarang, bukankah mendedahkan kebenaran itu penting buat negara?

Posted: 25 Jul 2015 07:11 AM PDT

oleh V Shuman
Perkara yang tidak masuk akal dari Putrajaya semakin hari, semakin teruk.
Baru-baru ini kita melihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman pemberi maklumat Sarawak Report (SR) sebagai satu langkah "pencegahan" untuk "menjaga kestabilan negara". 
Ini dilakukan selepas badan itu mendakwa laman itu mengeluarkan laporan terhadap 1MDB yang berkontroversi berdasarkan dokumen yang berkemungkinan diubah.
Walaupun laman itu masih boleh diakses oleh ramai orang, tindakan untuk menyekatknya mencetuskan kemarahan orang awam kepada SKMM.
Zulkarnain Mohd YasinZulkarnain Mohd Yasin
Untuk mengukuhkan lagi tanggapan yang sekatan ini tidak berasas, ketua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan badan itu Zulkarnain Mohd Yasin telah dipetik sebagai berkata pada Khamis bahawa masih belum ada sebarang bukti yang laman itu (SR) telah mengeluarkan laporan yang palsu.
Zulkarnain dilaporkan mengatakannya ketika satu taklimat kepada editor-editor media atas talian di Putrajaya pada pagi itu.
Bagaimanapun, pada petang hari yang sama (Khamis), SKMM melakukan apa yang Putrajaya sering lakukan - bercanggah sendiri, dengan mengeluarkan satu kenyataan menolak laporan berita yang memetik Zulkarnain itu.
Ia berkata bahawa laporan yang memetik Zulkarnain yang mengatakan tidak terdapat bukti SR mengeluarkan laporan palsu adalah "tidak tepat".
"Kenyataan oleh (Zulkarnain) yang diterbitkan di beberapa portal berita perlu dilihat daripada konteks yang ianya masih lagi dalam penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis dan Pasukan Petugas Khas, dan bukan sebagai pengesahan yang tidak terdapat bukti bahawa laporan SR adalah palsu.
"Berhubungan dengan ini, tajuk utama dan artikel beberapa portal berita atas talian dalam isu ini adalah tidak tepat," kata kenyataan itu.
Ia menambah bahawa tujuan taklimat itu adalah untuk mengingatkan editor-editor berita atas talian bahawa laporan palsu atau tidak tepat dan penyebaran maklumat sebegitu boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.
Harus diingat bahawa bukan satu, tetapi banyak portal telah mengeluarkan cerita daripada sudut yang sama daripada taklimat itu. 
Apakah peluang yang kesemua mereka itu salah?
Yang mana satu sekarang ini, SKMM? Siapa sebenarnya yang salah?
Read More / Baca Lagi >>

GHB tidak tolak PRU14 mungkin lebih awal

Posted: 25 Jul 2015 07:08 AM PDT

GHB tidak tolak PRU14 mungkin lebih awal
KUALA LUMPUR: Gabungan Harapan Baru (GHB) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan lebih awal berdasarkan senario politik terkini tanahair.

Timbalan Pengerusi GHB, Salahuddin Ayub berkata pada saat yang cukup kritikal ini, amat penting untuk semua pihak bersedia untuk duduk semeja.

Menurut beliau, situasi politik, ekonomi dan sosial sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang terkesan kehidupan harian mereka.

"Berdasarkan senario terkini politik tanah air, Harapan Baru tidak menolak kemungkinan akan berlakunya ketidakpastian politik, sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum ke-14 lebih awal.

"Adalah sangat penting bagi semua pihak bersedia untuk duduk semeja pada saat yang cukup kritikal ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, GHB akan terus menemui NGO, parti-parti politik dan individu berpengaruh serta institusi penting dalam masyarakat bagi mengukuhkan iltizam memperjuangkan isu-isu rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Posted: 25 Jul 2015 07:07 AM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015. 
Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. 

Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai 'wali', seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.
"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.
"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP," katanya.
Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.
Dalam kenyataannya yang bertajuk 'Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja', Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.
"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.
"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.
Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Solat hajat Perdana selamatkan PAS

Posted: 25 Jul 2015 06:58 AM PDT

Krisis dalaman PAS - Dr Mohd Azizuddin

Posted: 25 Jul 2015 06:57 AM PDT

NGO beri bunga tanda soladiriti pada The Edge

Posted: 25 Jul 2015 06:56 AM PDT