Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


MEMPERINGATI 43 TAHUN SKANDAL WATERGATE

Posted: 24 Jul 2015 10:53 PM PDT

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Perjumpaan ANAK dan jawatankuasa pemilik tanah bauxsite felda bukit Goh.

Posted: 24 Jul 2015 04:48 AM PDT




KENYATAAN MEDIA: ANAK SOKONG USAHA PERLOMBONGAN BAUKSIT SEBAGAI PENDAPATAN PENEROKA.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) menggesa Kerajaan Negeri Pahang dan Felda mengambil langkah segera menangani isu perlombongan Bauksit di Felda Bukit Goh Kuantan ekoran lapuran media mengenai status 71 peneroka di Felda terbabit.

Pagi ini saya telah mengetuai lawatan Kerja ke tapak perlombongan dan mengadakan pertemuan dengan peneroka/Gen 2 yang terbabit di Pejabat Pertubuhan Peneroka Felda Bukit Goh. Taklimat dari Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh, Dr Sahrudin Mohd, yang merupakan anak peneroka tempatan dan juga wakil peneroka, Hj Harun Mamat, ANAK telah mendapat gambaran sebenar perkembangan projek tersebut.

Pada dasarnya, ANAK menyokong usaha yang menyumbang kepada pendapatan peneroka. Peneroka Felda Goh seramai 670 orang di buka pada tahun 1970. Pada usia pokok sawit hampir 20 tahun dengan pendapatan yang tidak begitu stabil; tentu sekali melalui perlombongan Bauksit yang dibayar atas kadar sekitar RM7 setan kepada peneroka melalui perjanjian yang disemak peguam peneroka, pemulihan atas kebun yang telah di lombong, pemilikan hak milik tanah yang tidak terjejas, adalah jaminan yang melegakan peneroka.

Isu Alam Sekitar seperti pencemaran sungai dan persekitaran, debu, kekotoran jalanraya, kesesakan lalulintas oleh lori lori yang mengangkut bauksit dan lain lain yang berkaitan adalah tanggungjawab Kerajaan dan agensi terbabit.

Kenyataan Menteri Besar Pahang dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang disusuli tindakan agensi tertentu seperti PTG, JPJ dan Jabatan Alam Sekitar; meskipun dilakukan atas bidang kuasa mereka dan kepentingan peneroka, pengguna jalanraya dan masyarakat setempat; ia harus disusuli dengan mekanisma berkesan yang memberi pendapatan@meningkatkan sosio ekonomi peneroka, meningkatkan hasil Kerajaan dan peluang pekerjaan.

ANAK akan menyertai penyerahan memorandum oleh Jawatankuasa Penyelaras Bauksit kepada YAB Menteri Besar Pahang minggu depan dan sedia memberi pandangan demi kepentingan rakyat. Inisiatif oleh Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh yang membantu peneroka terbabit termasuk mengawal elemen penipuan oleh pemaju projek dan pihak luar adalah langkah yang kena pada tempatnya.

Perlombongan bauksit di Bukit Goh adalah rezeki dari anugerah Allah. Ia boleh memberi pendapatan lumayan jika di urus dengan baik. Moga usaha kita di berkati Allah.

' MENERAJUI PERUBAHAN '

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
24 Julai 2015

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tolak Low Yat yg Low Class ....Sokong Gadget World 666

Posted: 24 Jul 2015 06:02 PM PDT



Sebabnya ....




Ganti pembelian di




Kedai yang lebih ori, budi bahasa dan tak pukul pelanggan. Kedai bangsa kita ...bukan gangster low yat!!!!

Belum apa2 dah ada cina cuba burukkan Gadget World 666 dengan ngatakan ia cona punya ...

Kawan dengan cina yang baik boleh. Tapi Anjing dan babi diharamkan dalam Islam.

Nak "defend" Rosmah pun, bior la cerdik tak membodek

Posted: 24 Jul 2015 07:35 AM PDT


Najib dan Rosmah jadi sangat teruk kerana orang keliling mereka. Ada yang sangat kuat mengampu sama ada untuk mengekalkan jawatan atau pun mendapat pembahagian atau kedudukan yang lebih baik. Ada juga yang mengampu dengan berlagak serta menonjolkan diri sebagai pembela tulen dengan hujah-hujah yang layak dimasukkan ke lubang jamban.

Tajuddin Rahman adalah salah seorang daripada puak berkenaan.

Mungkin berasakan dan melihat Rosmah sebagai kunci sebenar untuk dia mengekalkan jawatannya sama ada dalam GLC mahupun UMNO, Tajuddin Rahman cuba melakukan pembelaan dengan menyatakan Rosmah Mansor boleh mengumpulkan wang RM2 juta dalam akaun peribadinya dengan menjadikan nyonya penjual sayur sebagai sumber ilhamnya.

Ingatkan dah jadi Ahli Parlimen Pasir Salak berpenggal-penggal dan kemudian menjadi pula Pengerusi FELCRA, Tajuddin Rahman dah cukup pandai untuk mengeluarkan hujah.

Rupa-rupanya, hujahnya dan jawapan kepada tohmahan serta fitnah puak pembangkang, tidak lebih daripada menghulurkan tengkuk untuk dikerat dan dipancung.

Barangkali lebih tepat lagi kalau dikatakan, inilah yang dinamakan sebagai PENYOKONG MEMBAWA REBAH.

Apa yang susah sangat tentang duit RM2 juta dalam akaun peribadi Rosmah itu. Dengan transaksi pula sangat hampir dengan tarikh perkahwinan serta persandingan anak perempuannya yang gilang-gemilang, ditambah pula dengan penekanan bahawa upacara perkahwinan gilang-gemilang itu dibiayai oleh besannya dari Kazakstan, ditambah pula dengan memang sudah menjadi budaya dan adat yang pengantin serta keluarga pengantin lelaki akan membiayai urusan kenduri kendara pengantin perempuan,sudah tentulah wang tersebut mempunyai kaitan dengan keluarga besan dan majlis perkahwinan anak perempuannya.

Yang pi melalut sampai ke nyonya penjual sayur tu, kenapa?

Agak-agaklah kalau nak membodek pun...

Biar usia tua mematangkan hujah, bukan makin tua dan makin lama bergayut pada kuasa, makin bodoh dan bongok!

Selangor Chronicle 


Is Hafarizam credible and capable to represent Najib in WSJ lawsuit?

Posted: 24 Jul 2015 02:23 AM PDT


Dow Jones & Company Inc, the owner of Wall Street Journal (WSJ), has replied to the ultimatum given by Najib Tun Razak's lawyers with regard to the 'allegations' it published in the newspaper earlier this month.

Whether Dow Jones is standing by WSJ or nor, the 'thing' now is how good and responsive the prime minister's legal team, namely Hafarizam Wan & Aisha Mubarak Advocates & Solicitors is in stamping on its opponent.

I have heard suggestions for Najib to seek assistance from other legal experts since the current one 'did not perform well'.

Dow Jones has stated that it is not necessary for it to clarify if two articles published by the Wall Street Journal were intended to accuse Najib Tun Razak of misappropriating 1Malaysia Development Berhad  funds.

In a reply to the Prime Minister's lawyers, the company which owns WSJ, said the report published on July 2 and a subsequent opinion piece on July 6 were self-explanatory as they "were based on available facts".
    "In your letter, you 'seek confirmation as to whether it is [our] position as taken in [The News Article and The Opinion] that [your] Client misappropriated nearly US$700mil belonging to 1Malaysia Development Berhad'.
    "We believe your request is unnecessary as The News Article and The Opinion speak for themselves," Dow Jones' counsel and chief compliance officer Jason P. Conti was quoted as saying in a letter which was sighted by the Malay Mail Online.
The company was responding to a request for confirmation from Najib's lawyers, Hafarizam (pic) Wan & Aisha Mubarak Advocates & Solicitors, in a letter dated July 8.

The letter from Najib's law firm had urged Dow Jones to state its position on the articles as they collectively suggested that WSJ was unsure of the original source of the money and what happened to it, yet attempted to create an impression that the Prime Minister was guilty of misappropriating the US$700mil (RM2.6bil).

However, Conti noted that the July 2 article, titled "Malaysia leader's accounts probed", had expressly noted that the money trail did not indicate how the funds were spent.

The lawyer also pointed out that the July 2 piece was a news report while the July 6 article, titled "Scandal in Malaysia" was an opinion piece that was based upon facts which had emerged.
    "As a result, it is quite clear the news article is a fair and accurate summary of current events, and the opinion includes reasonable commentary based on those facts. 
    "Any suggestion otherwise is misplaced and baseless," Conti was quoted as saying.
He added that the US publisher had yet to appoint legal representatives in Malaysia as legal action had yet to be taken against WSJ for its reports.

"If and when you do so, we will consider the appointment of appropriate solicitors in Malaysia," Conti wrote in the letter, which reached Najib's lawyers on Tuesday.

The Prime Minister's law firm had given Dow Jones a 14-day deadline to confirm its accusations against their client, instead of issuing the usual letter of demand.

My opinion is, Najib shouldn't be banking too much hope on his legal team. Mr PM is against an international-class 'abominable' legal team who could buy alibi and create proof to win their case... don't you think so, Hafarizam?

Just Read

Dato Najib ... get a winning lawyer and not get Malaysia shamed. 

M'kini kata kerajaan tak kasi malaikat Izrael ambik nyawa Tony P dan Rafizi

Posted: 24 Jul 2015 12:27 AM PDT


Laporan tersebut di sini menunjukkan tahap kewartawanan Mkini.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Haram ambil gaji, elaun lepas sertai Harapan Baru?

Posted: 24 Jul 2015 03:07 AM PDT


Wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

Ini kerana menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.

"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.


Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Jelasnya, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAT SABU BERUNTUNG KALAH PRU13, ISTERI TAK PERLU CERAI, YANG LAIN SANGGUPKAH?

Posted: 24 Jul 2015 10:33 PM PDT



GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) -- Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuba mengelak daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di bawah sumpah bai'ah talak tiga sekiranya keluar PAS.

Sebaliknya, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata beliau hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai'ah tidak boleh dikaitkan dalam politik.

"Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan GHB peringkat negeri di sini hari ini.

Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah bai'ah talak tiga oleh semua wakil rakyat PAS sama sekali tidak sah dan tidak seharus dikaitkan dengan politik.

Isu sumpah bai'ah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat PAS menubuhkan parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) selepas kalah dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam lafaz bai'ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri tersebut sejak 2004.

Mat Sabu yang masih mengaku dirinya masih sebagai ahli PAS, berkata isu keahliannya akan dipecat secara automatik selepas GHB berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Penubuhan (RoS) kelak.

"Keahlian PAS saya akan dengan sendiri terkeluar apabila saya menyertai parti lain," katanya.

Menurutnya, parti yang berdaftar itu akan menggugurkan perkataan 'Gerakan' dan ada cadangan untuk guna Parti Progresif Islam.

"Kami masih belum menetapkan nama parti dan kami sedang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran (RoS) bagi menetapkan satu nama parti yang sesuai. Hanya RoS mempunyai kuasa untuk menilai dan meluluskan sesuatu nama parti," katanya.

Sementara itu, ditanya siapa yang akan mengetuai parti politik baharu tersebut kelak sebagai presiden, Mat Sabu berkata perkara berkenaan hanya akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara rasmi.

-- BERNAMA

PAS MENJAWAB, GHB KAMU BURUNG KAKAK TUA DAP !

Posted: 24 Jul 2015 05:46 PM PDT


PAS hari ini membalas kesombongan   GHB yang berbangga kerana punya wang sponsor yang banyak dari DAP dengan kata-kata "Kamu hanya burung kakak tua DAP Sahaja!"


DAP KATA PAS UNTUK DIPERGUNAKAN BUKAN UNTUK DIPERCAYAI

Posted: 24 Jul 2015 05:25 AM PDT


KEBIJAKSANAAN DAP MEMPERGUNAKAN PAS AKHIRNYA BERJAYA MEMPERBODOHKAN MAT SABU UNTUK MEMPERBODOHKAN PULA HJ HADI.

Nanyang Siang Pau : Pas untuk dipergunakan Sahaja

Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 21 Julai 2015 menarik perhatian dengan mengatakan bahawa kekuatan Pas adalah untuk dipergunakan bukan dipercayai kerana agenda, polisi dan matlamatnya tetap sama tanpa mengira siapa sahaja yang menerajui kepimpinan parti berkenaan.

Artikel bertajuk 'Untuk dipergunakan bukan untuk dipercayai' yang ditulis oleh Lim Fang itu disiarkan dalam ruangan Pendapat halaman B9. Penulis mendakwa pimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang amat arif mengenai perkara tersebut kerana cukup berpengalaman dengan parti berkenaan dalam beberapa siri PRU yang lalu.

Malah sebelum ini, Kit Siang selalu mengingatkan Pas bahawa sekiranya parti itu bertarung bersendirian pasti akan kecundang tetapi nasihat dan peringatan tokoh veteran itu langsung tidak diendahkan oleh pimpinan Pas yang berhati keras.

Persoalannya kenapa dia masih prihatin dengan Pas, sepatutnya selepas membantu Mohamad Sabu menubuhkan parti baharu, jangan sesekali fikir dan risaukan mengenai Pas sama ada hidup atau mati. Hakikatnya sokongan akar umbi kedua-dua parti ini amat kukuh dan DAP menyedarinya.

Malah terdapat dua kemungkinan atas keprihatinan Kit Siang itu, iaitu seronok melihat kejatuhan teruk Pas dalam PRU nanti atau mengharapkan Pas kembali semula kepada pembangkang untuk menjatuhkan BN.

Sekiranya berlawan secara berhadapan, kedua-duanya, Pas dan DAP akan kecundang, hilang undi di kawasan campuran dan parti baharu serpihan Pas itu serta PKR juga bakal terkena tempiasnya. Oleh itu, diingatkan kepada Kit Siang dan pimpinan DAP yang lain semasa membelasah 'bulan', diharapkan jangan terlalu keras dan gopoh, jangan keluarkan kata-kata kesat yang boleh menjauhkan lagi kemungkinan untuk berbaik semula.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Bai'ah Jadi Calon PAS, Mungkin 11 Orang Wakil Rakyat PAS Itu Terlupa Tonton Video Ini

Posted: 24 Jul 2015 09:30 AM PDT



Kebenaran Makin Terserlah, Dato Sri @NajibRazak Tabah & Terus Pimpin Negara #KekalNajib

Posted: 24 Jul 2015 08:44 AM PDT


Xavier Justo Ditawar RM7,.6 Juta Untuk Jual Maklumat, Dalang Konspirasi Semakin Terbongkar

Posted: 24 Jul 2015 12:24 AM PDT


Xavier Andre Justo, warganegara Switzerland mendakwa bahawa beliau dijanjikan USD$2juta (RM7.6 juta) sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya PetroSaudi International.
Menurut temubual The Straits Times, beliau tidak pernah dibayar sebagaimana yang telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia. Justo mendakwa perjanjian penjualan dokumen itu dicapai di Singapura pada Februari lepas, diikuti dengan perbincangan tempoh yang panjang tentang kaedah bagaimana beliau akan dibayar.
Justo, yang kini dipenjara di Thailand atas cubaan memeras ugut bekas majikannya.
Sekumpulan individu yang ditemuinya di Singapura dalam perundingan penjualan data tersebut telah dinamakan dalam 22 muka surat pengakuan Justo kepada polis Thailand. Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.
"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura supaya wang tersebut dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo. "DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi atas nama peribadi saya sendiri namun telah ditolak oleh (pembeli) kerana ia mempunyai nama saya di atasnya."
"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau berkata perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan maka selepas itu lah Clare Brown memain peranan," katanya.
Beliau merujuk kepada Claire Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Britain yang mana sepanjang tahun lalu telah membuat dakwaan yang mengejutkan tentang penyelewengan berbilion ringgit firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Justo mendakwa pembeli juga menawarkan untuk membayar dengan tunai.
"Jadi saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap minggu berikutnya untuk menerima sampul surat berisi beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan proses ini diulangi selama beberapa bulan sehingga jumlah akhir dibayar. Dan sekali lagi ditolak," katanya.
Justo ulangi kenyataan Polis Thai minggu lepas, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.
"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya dengan mereka."
Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown telah bersetuju untuk menerima AS $ 2mil dari pembeli dan menghantar kepadanya sebanyak AS $ 250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.
"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, kerana saya telah ditahan," katanya. "Saya tidak tahu."
Justo, yang diwawancara di sebuah pejabat kecil di dalam Penjara Reman Bangkok juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah ditemui di Singapura termasuk Rewcastle-Brown telah mengubahsuai data yang telah diberikan kepada mereka.
"Saya telah memberikan dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya telah memberikan dokumen kepada dua kumpulan orang," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown bersama kakitangan IT beliau dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia bersama rakannya. The Straits Times tidak menamakan ahli perniagaan itu dan juga rakannya sementara menunggu maklumbalas daripada mereka kepada dakwaan terbaru itu.
Beliau mendakwa bahawa orang-orang dia telah temui itu bercakap tentang menggunakan dokumen "untuk mencuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk"mengubah suai dokumen".
Beliau berkata, beliau telah menuntut PetroSaudi untuk menambah sejumlah wang pada tahun 2013 tetapi tuntutannya ditolak. Selepas itu, melalui kenalan di Geneva yang ada hubungan dengan Malaysia, beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown, yang kemudian bertemu di Bangkok di Plaza Athenee Hotel dan di Singapura di Fullerton Hotel. Di Singapura, Rewcastle-Brown telah ditemani seorang individu yang dinamakan dalam pengakuannya.
Menurut The Straits Times, pengakuan Justo ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat.
Beliau berkata, ia tidak dibuat dengan paksaan dan beliau terkejut mendapat layanan yang baik di penjara Bangkok.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Anwar seru rakyat bersatu selamatkan negara

Posted: 24 Jul 2015 06:40 AM PDT

Anwar seru rakyat bersatu selamatkan negara

KUALA LUMPUR 22 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim menyeru rakyat bersatu dan bertekad demi menyelamatkan negara yang berdepan pelbagai krisis genting.

"Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan BN terus menafikan keadaan ini. Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak merdeka lagi.

Anwar

"Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita," kata Anwar dalam perutusan kepada rakyat Malaysia melalui peguamnya semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

Permuafakatan ini menurutnya merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada rakyat.

"Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar lagi yang dipenjarakan hari ke-163 pada hari ini sebagai tahanan politik.

Hadi dan Najib sama-sama terdesak untuk pagar diri

Posted: 24 Jul 2015 06:31 AM PDT

  mso

SUSUPAN PETANG
 
Serupa tetapi tidak sama Najib Razak dan Abdul Hadi Awang dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan dan menjaga wibawa parti mereka mengambil tindakan tergesa-gesa yang tidak popular. Najib yang terhimpit dengan isu 1MDB sudah terdesak sehingga sanggup menggunakan berberapa akta termasuk Akta Hasutan 1948 untuk menutup kebusukannya dari terus beruap. 

Dua buah akhbar The Edge dan The Edge Financial digantung permit penerbitan selama tiga bulan. Sebelum itu SKMM telah bertindak menyekat portal Sarawak Report dan memberi ugutan kepada mana-mana pihak yang menyiarkan maklumat mengenai 1MDB akan dikenakan tindakan.

Beberapa orang (yang sebenarnya) dijadikan kambing hitam disebalik pendedahan penyalahgunaan wang 1MDB juga telah ditangkap dan disiasat dibawah akta hasutan. Mereka juga dihalang untuk bergerak bebas ke dalam negeri dan dan juga diluar negara. Antara mereka yang disekat perjalanan ke luar negeri ialah Pengerusi DAP Selangor Tony Phua dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Bekas ketua pembangkan Anwar Ibrahim lebih awal disekat dengan cara lebih kejam lagi menerusi penjara selama lima tahun. 

Najib sudah mengguna semua para hulubalangnya bagi melindungi beliau dan menutup kebusukannya. Sebelum ini para hulubalangnya sekadar membela Najib menerusi air liur, tetapi kini sudah membuat tindakan fizikal apabila tindakan menerusi air liur tidak berkesan. Ahmad Sabery Chik menerusi kuasa SKMM yang ada kepadanya manakala Zahid Hamidi meneuris KDN. Kedua mereka ini bolehlah dianggap sebagai Malik Zabaniah dan Riduan yang menjaga pintu-pintu kerkuasaan Najib.

Zahid pula kelihatan lebih serius membela Najib. Ini berikutan ada ura-ura yang beliau akan diletak di bawah kementerian lain dalam satu rombakan kabinet yang bakal dilakukan Najib. Mungkin bagi menyelamat kedudukannya Zahid mula menunjukan taring dan pembelaanya kepada Najib. Ertinya perang saraf Najib untuk menukar Zahid ke porfolio lain dalam satu rombakan kabinet berjaya.

Bagi mempamerkan lagi kesungguhan membela Najib tidak mustahil Zahid bertindak lebih jauh lagi dengan mengarah polis atau badan-badan keselamatan dibawah kawalannya bertindak lebih rakus, seperti tangkapan dan sebagainya.

Mengenai persamaan Najib dengan Abdul Hadi tadi, kalau Najib menggunakan beberapa akta untuk mengukuhkan kedudukannya, maka berlain pula dengan Abdul Hadi yang menggunakan ayat-ayat Quran, petikan hadith dan sebagainya untuk mengekang ahli Pas agar tidak meninggalkan parti itu dari berhijrah kepada GHB.

Isu bai'ah yakni ikrar politik dilakukan sesetengah calon Pas dijadikan modal untuk mengekang ahli Pas dari meninggal parti berkenaan. GHB rupanya menyerabutkan Abdul Hadi. 

Ada seorang pemimpin tertinggi Pas mengeluarkan fatwa haram bagi wakil rakyat Pas menerima dan menikmati elaun dan gaji sekiranya wakil rakyat itu telah menyertai GHB. Entah berdasarkan nas mana pemimpin berkenaan membuat fatwa berkenaan. Saya sudah katakan, dalam politik sekular, ayat-ayat Quran dan hadith tidak terpakai. Quran dan hadith hanya terpakai kepada politik jemaah sahaja.

Fatwa yang dikeluarkan itu hanya untuk mengekang wakil rakyat berkenaan daripada meninggalkan Pas dan sikap pemimpin itu menunjukkan dia sudah terdesak dan panas dengan sambutan yang diberikan kepada GHB.

Berhubung bai'ah itu ingin juga ditanya, macam mana dengan calon Pas bertanding dan angkat ikrar tetapi tewas, apakah talak mereka juga jatuh apabila mereka meninggalkan Pas? Kalau mengikut fatwa pemimpin tertinggi Pas itu yang ingin sangat dikenal sebagai spiritual leader bekas calon itu juga tertakluk dengan ikrar berkenaan. Jika ia tidak jatuh dan hanya jatuh kepada yang menang maka jelas ikrar bai'ah suatu bidaah besar.

Bukankah perbuatan bai'ah itu hanya berlaku pada tahun 2004 dan terbatas di beberapa buah negeri sahaja. Macam mana dengan keadaan Pas pada tahun tahun sebelumnya termasuk di Kelantan. Apakah waktu itu sudah ada ikrar berkenaan atau hanya baru terfikir pada tahun 2004? Kalau begitu ertinya soal bai'ah jatuh talak itu bukan perkara yang wajib dalam Pas melainkan ia hanya satu teknik sahaja bagi menyelamatkan Pas apabila ahli yang mungkir. Tidakkah ini adalah helah politik dan bukan hukum mutlak daripada Allah?

Dan kalaulah benar bai'ah itu menyebabkan talak itu jatuh bererti Pas menjadi agen tidak rasmi di negara ini menggalakkan berlakunya perceraian dan talak itu bertantangan dengan sunah Rasulullah sendiri yang membenci kepada percerian. Talak itu juga tidak pernah dibuat pada zamannya dan hanya direka oleh agamawan yang lebih termakan pallet agama di zaman muasir ini sahaja. 

Kesimpulan baik Najib dan Abdul Hadi kedua terdesak dengan apa yang menimpa diri mereka dan parti mereka, sehingga terpaksa menggunakan akta dan Quran untuk dijadikan pagar melindungi mereka. Ayat-ayat jambi tidak akan menambah undi. [wm.kl.3:25 pm 24/07/15]
p

LAGI DIKATA...LAGI MENDAPAT SAMBUTAN-PROGRAM ESOK DAN LUSA-HADI PUNCA PAKATAN REBAH

Posted: 24 Jul 2015 06:22 AM PDT

DIALOG

Hadi punca kematian Pakatan Rakyat-

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi "tuan" Pakatan Rakyat.

 Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal yang amat sangat apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda Umno bahawa DAP mahu menjadi "tuan" ke atas parti lain.

 Propaganda ini menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli Umno sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

 Sebagai contoh, ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan Pakatan Baru pembangkang tidak mampu menggugat Umno. Beliau juga terus menyebarkan pembohongan bahawa Gabungan Baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

 Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai 'wali', mengulangi tuduhan Umno bahawa DAP mahu menjadi "tuan" dalam hubungan "tuan dan hamba" dengan parti-parti politik lain.

 Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat.

 Pakatan Rakyat dulunya hampir menjadi sebuah gabungan politik baru antara kekuatan-kekuatan politik yang hampir setara di kalangan parti yang menjadi anggotanya, berasaskan prinsip muafakat di mana setiap keputusan atau dasar Pakatan perlu dicapai menerusi muafakat ketiga-tiga parti komponen.

 Tidak ada parti atau pemimpin memegang kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang telah dicapai secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen.

 Justeru tindakan Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan dan prinsip muafakat ini, kerana mahu menjadi "tuan" dalam Pakatan Rakyat, muncul krisis demi krisis dalam Pakatan, iaitu dengan:

 1. Mencabul dasar Pakatan Rakyat untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya dengan meletakkan calon-calon PAS pada hari pencalonan untuk bertanding melawan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-13, menyebabkan Umno menang di semua kerusi terbabit.

 2. Mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Mat Sabu bagi pihak Hadi, yang menetapkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

 3. Melanggar janjinya sendiri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sebarang usul persendirian Ahli Parlimen Pakatan berkenaan pelaksanaan hudud akan terlebih dulu dibentangkan di hadapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

 Cita-cita Hadi untuk menjadi "tuan" dalam Pakatan Rakyat melanggar prinsip asasi Pakatan sebagai sebuah gabungan antara parti-parti yang setara, dimeterai dengan prinsip muafakat dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

 Atas sebab inilah Hadi mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor kerana Azizah seorang wanita.

 Malah, Hadi juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dari Pakatan Rakyat untuk kerusi Perdana Menteri.

 Tidak berlebihan jika disebut bahawa Hadi adalah punca utama Pakatan Rakyat berkubur, bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi "tuan" Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa veto bukan saja ke atas Jawatankuasa Pusat PAS tetapi juga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

 Konsep politik Hadi, termasuk politik gabungan, sama sekali tidak serasi dengan demokrasi, pluralisme, hak asasi manusia, kepelbagaian budaya, hak wanita serta gagasan pembangunan dan kemodenan. Saya telah sebutkan kelmarin bahawa terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB.

 Namun, beliau tidak berhak berbohong dan berdusta tentang DAP demi matlamat politik barunya untuk menjadi sahabat sejati Najib yang sedang berdepan tuntutan untuk meletakkan jawatan, termasuk daripada khalayak Umno.

 Setahun yang lalu, saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa jika ada usul untuk mengadakan undi terhadap Najib di Parlimen, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengundi tidak percaya.

 Berlainan keadaannya hari ini. Apakah Hadi dan para pendukungnya akan sanggup membuat undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Hampir tidak mungkin, jika melihat kepada pembelaan luar biasa Hadi terhadap Najib.

 Setahun yang lalu, tidak diragui lagi bahawa semua ahli parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, PKR, dan PAS akan seia-sekata menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban berkenaan skandal 1MDB. Apakah hari ini Hadi dan pengikutnya akan menyokong usul sedemikian di Parlimen?

 Hadi boleh mengubah pendirian dan belang politik beliau untuk menjadi pembela Najib yang paling kuat, namun janganlah melakukannya dengan cara mengorbankan kebenaran, keadilan, dan kejujuran dengan mengulang-ulang pembohongan dan pendustaan yang disebarkan Umno berkenaan DAP.

 LIM KIT SIANG ketua parlimen DAP dan MP Gelang Patah.~ malaysiakini
TAIPING

CUBA ANDA KOMEN APA KATA PENYOKONG ULAMA BILA PENUBUHAN GHB....LUNAKNYA MENGATA ORANG.....

Posted: 24 Jul 2015 06:13 AM PDT


 Mamat ni adalah salah seorang pendokong ulamak atau umno tak pasti..cuma dia suka mengata pada pimpinan dia satu masa dulu..so aku siarkan apa yang dia tulis sebab bagi aku dia tak sepatutnya mengeluarkan kata kata mengikut apa yang presideng dia kata.Namun kita dapat menilai sendiri tentang betapa gelabahnya mereka ini mengkrtik penubuhan GHB dan memainkan isu tajaan DAP. Sedangkan mereka ini tidak langsung mengkritik soal korup yang berlaku didalam negara...isu MARA, 1MBD, selidik itu ini dimana ada kelmehannnya..tetapi mengkritik tentang penubuhan GHB....sepatutnya tak payah layan..tetapi inilah yang ada didalam kepala ahli PAS rupanya...

 

Wan Rosli

2 days ago  -  Shared publicly
Segala yg dituduh oleh kepimpinan kini sudah jelas terbukti kebenarannya:

JEBON - ADUN yg melompat menyokong serta mengisytiharkan kesetiaan kpd kepimpinan parti lain (tindakan yg sama oleh ADUN DAP) tanpa mendapat arahan dari kepimpinan parti sendiri dlm isu MB Selangor..

TOLOL - membenarkan setiap tindakan DAP malah mempertahankan tindakan DAP yg memutuskan hubungan tanpa menghiraukan bhw kepimpinan parti itulah yg memulakan menyerang kepimpinan parti sendiri secara terang2an..

BARUA - berusaha menubuhkan parti baru (yg sudah mendapat pengiktirafan DAP) tetapi dlm masa yg sama masih lagi TIDAK BERANI meninggalkan parti sediada..

MUNAFIK HARAKI - di masa berkempen begitu beria2 mewar2kan bahawa niat bertanding hanya ingin membantu tuan presiden (sedangkan bila DAP serang presiden dia buat2 tak tahu). Tapi bila sudah kalah, merancang pulak nak buat parti baru. Terbuktilah kini bertanding hanya utk rebut jawatan semata2 bukan atas dasar berkhidmat.. tak ada langsung ciri2 sikap Khalid ibnu Walid... yg ada cuma ciri2 sikap Khalid ibnu Samad..

BROKER - Menganjurkan ahli2 PAS yg lain agar bersama2 menjadi ahli parti baru (yg bakal bekerjasama dgn DAP utk Pakatan 2.0) jika ditubuhkan nanti; walaupun sebenarnya si broker itu sendiri masih lagi menjadi ahli parti PAS..

PARASIT - Golongan anwarinas serta proksi DAP dalam parti yg sentiasa bercanggah pendapat dgn saf kepimpinan.. ini dapat dilihat dari pandangan kritis mereka kpd setiap keputusan kepimpinan..
Sbg contoh: menyalahkan PAS memutuskan hubungan dgn DAP malah sblm itu PAS juga yg dipersalahkan bila mana DAP memutuskan hubungan dgn presiden PAS.. Contoh yg lain pula dlm isu RUU (sbg permulaan sebelum dibentangkn hukuman hudud bila PR menang di PRU 14 kelak kononnya) yg hendak dibentangkan di parlimen; golongan parasit ini tidak langsung menyokong penuh malah mempunyai pendapat mereka sendiri iaitu menafikan kehendak majoriti rakyat kelantan (yg pastinya selari dgn citarasa DAP) yg sudah lama dahagakan hukuman Allah berjalan di bumi kelantan..

Jadi di manakah silapnya tuduhan2 berasas di atas?? Di mana???

Sekian! Wallahua'lam..

Hubungan PAS - DAP: Dulu Semua OK, Sekarang Semua Tak Boleh!

Posted: 24 Jul 2015 05:57 AM PDT

Kenapa PAS berkawan dengan DAP sebelum ini, soal Khalid Samad

Gesaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada ahli-ahli PAS agar tidak menganggap DAP sebagai "wali" lewat petang semalam, tidak disenangi Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, seruan presiden PAS itu menimbulkan tanda tanya kepada sikap parti Islam itu yang sejak 2008 bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apa yang berlaku dari 2008 sehingga sekarang ini, kita tertipulah dengan pimpinan yang selama ini cakap (berulang kali) kukuhkan PR, kukuhkan PR; tetapi kini dah mula menyerang DAP, kata DAP cauvinis, anti-Islam.

"Lalu yang selama ini kita berkawan dengan DAP, memerintah sejak 2008 ini, apa cerita? Jadi, mana logiknya?"
kata Khalid kepada The Malaysian Insider di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Hadi semalam mengingatkan ahli parti itu tidak menjadikan DAP sebagai ketua kerana mereka "tidak beriman".

Menurutnya, hanya ahli PAS yang sedar mengenai perjuangan Islam dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan.

Seruan itu dibuat Hadi selepas ketua umum PKR yang terpenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas PR berkubur tidak lama dahulu apabila PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Ia juga dibuat selepas ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pembentukan gabungan baharu parti politik sedang berlangsung tanpa melibatkan PAS.

Kenyataan itu turut dibuat selepas kumpulan profesional yang popular di peringkat nasional tewas dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 sedang membentuk parti baharu menerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) – satu tindakan yang didakwa PAS sebagai ditaja DAP.

Menurut Khalid, parti baharu yang ingin ditubuhkan itu tidak pernah didalangi DAP dan menurutnya, kenyataan Hadi seolah-olah menggambarkan PAS kini terpedaya dengan kempen politik Umno.

"Bagi saya apa yang dinasihatkan itu, tidak relevan malah saya mahu jawab, janganlah kita terjatuh dalam perangkap Umno.

"Jadi, mana logiknya? Saya merasakan pihak pimpinan PAS sedia ada termakan umpan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga ke tahap mereka sekarang ini kedengaran seakan-akan pemimpin Umno yang menyerang DAP selama ini," katanya.

Terdahulu, Khalid menyertai wawancara atas talian dengan kumpulan Facebook "The Rage for Liberty" selama sejam.

Dalam wawancara itu, Khalid menegur sikap PAS yang kebelakangan dilihat cenderung bermusuh dengan bekas sekutunya serta pendiri GHB dalam PR berbanding mengkritik Umno dan BN.

"Sepatutnya PAS lihat dulu parti yang ingin kami tubuhkan sebelum isytihar kami sebagai musuh. PAS kebelakangan ini bagaikan lebih minat berlawan dengan parti pembangkang daripada parti kerajaan. Tidak pelikkah?" kata Khalid.

Wawancara itu dibuat secara bertulis di dinding Facebook kumpulan itu dengan anggota-anggotanya bertanyakan soalan secara langsung kepada Khalid. -TMI

ULASAN GB

Hairan kita.

Sebelum ini tak timbul soal wali soal ketua di dalam Pakatan Rakyat. Tiba-tiba bila dah ada GHB, macam-macam "fatwa" dikeluarkan untuk menghalang ahli untuk menyertainya. Dia buat semua boleh, orang lain tak boleh.

Malah sebelum ini Haji Hadi sendiri yang memuji-muji DAP dan membuat kenyataan berikut:


Bila dah berseteru, sekarang hanya nampak yang buruk, yang baik semua sudah dihanyirkan.

Penyertaan wakil-wakil PAS di dalam kerajaan PR Pulau Pinang dan Selangor itu dikira bagaimana pula? Tidakkah wajar PAS mengarahkan wakil-wakil dan ahli-ahlinya untuk letak jawatan?

Pinjam balik syair itu, biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan terus ke Putrajaya bersama Pakatan baharu yang bakal ditubuhkan!

p.s. kami tak sebut pun siapa anjing dan serigala itu... ia berbalik kepada tuan yang awal menyebutnya... demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...