Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-
MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AKHIRNYA TONY PUA DAP JILAT LUDAH SENDIRI

Posted: 22 Jul 2015 05:00 PM PDT


SEMAKIN MENGGELABAH


KUALA LUMPUR, 22 Julai -- Anggota Parlimen DAP, Tony Pua hari ini mendedahkan beliau bertemu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown banyak kali di Singapura, Indonesia dan London.



Beliau membuat pendedahan itu dalam sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini.

Mengenai pertemuannya dengan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, Pua berkata: "Saya tidak pernah dengar nama Justo sehingga keluar berita bahawa dia ditahan di Bangkok."



Beliau juga menafikan mengenali bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang mendakwa baru-baru ini bahawa Justo telah mengaku bertemu dengan beberapa pemimpin pembangkang yang mahu membeli maklumat untuk memburukkan kerajaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di London sebanyak dua atau tiga kali pada 2012 dan 2013.



"Tidak. Saya tidak pernah berjumpa Lester sepanjang hidup saya," kata Anggota Parlimen Petaling Jaya ini mengenai Melanyi yang dalam klip video selama 6.02 minit yang dikeluarkan baru-baru ini memberitahu bahawa hampir 90 peratus kandungan artikel Sarawak Report mengenai syarikat pelaburan kerajaan 1MDB telah diubah suai oleh ahli politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Dalam klip itu, Melanyi menamakan pereka web berpangkalan di London yang dia mendakwa dilibatkan oleh Rewcastle-Brown untuk mengubah dan mencipta e-mel selain perjanjian palsu bagi menjadiknnya kelihatan asli.

Pua turut melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai langkah Jabatan Imigresen menghalangnya daripada meninggalkan negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang petang tadi.



Beliau berkata beliau sepatutnya terbang ke Jogjakarta, Indonesia menerusi Airasia pada pukul 3.15 petang sebagai sebahagian projek Penang Art District.

"Tiada sebab kenapa. Para pegawai Imigresen mencadangkan saya pergi ke Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu atau memohon kebenaran untuk meninggalkan negara.

"Saya tidak dihalang sebelum ini. Saya terkejut," katanya.

Pua berkata selepas Indonesia, beliau sepatutnya pergi ke Singapura bagi menghadiri majlis makan malam 'reunion' bersama bekas rakan sekolahnya sebelum pulang ke Malaysia.



"Rancangan saya ialah untuk pulang semula dan bukan melarikan diri," tambahnya.

Sehingga berita ini dutulis, Bernama belum mendapat maklum balas daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mengenai sebab Pua dihalang daripada meninggalkan negara.



Namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita di Shah Alam hari ini, bahawa beliau tidak menolak kemungkinan beberapa individu mungkin ditahan berikutan dakwaan yang dibuat Melanyi bahawa beberapa pemimpin pembangkang telah bekerjasama dengan Sarawak Report untuk memburukkan kerajaan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 (Bernama)

GHB vs GHB

Posted: 22 Jul 2015 03:09 AM PDT



GHB? KEBETULAN? 

Tiada Kaitan. Hanya sama GHB. Tapi geli Dan Buruk... 



APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Has Najib Razak been barred from leaving the country?

Posted: 22 Jul 2015 02:37 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


YB DAP sokong S4S yang pro-British tak akui Rosly Doby

Posted: 22 Jul 2015 08:39 PM PDT


Tempoh hari, YB DAP Alan Ling Sie Kiong sedia berpanas beri sokongan padu kepada program sambutan Hari Kemerdekaan anjuran S4S yang diadakan di padang Majlis Bandaraya Miri.

Alan Ling seolah-olah keliru dgn perjuangan beliau sendiri. S4S adalah merupakan satu referendum rakyat yang memperjuangkan hak untuk Sarawak, termasuklah MENOLAK kehadiran parti politik yang berasal dari Semenanjung.

Keinginan mencari publisiti murahan membuat dia tidak sedar bahawa DAP adalah parti yang berasal dari Semenanjung Msia. Kemungkinan besar dia sudah gusar dengan kedudukan DAP melihat populariti YAB Ketua Menteri Sarawak lebih "MELETOP" hingga tenggelamkan UBAH.

Disebalik agenda S4S adalah untuk menyokong orang putih yang telah bunuh Rosly Doby.

Rosly merupakan pejuang yang berasal dari SIBU dan telah menikam Governor British semasa pemerintahan Rajah Brooks. Rosly di bantu oleh BUJANG SONTONG dan rakan rakan lain. AKhirnya mereka dihukum gantung oleh British setelah ditangkap.

Orang Melayu Sarawak memang tidak suka kehadiran penjajah orang putih. Kenapa perlu S4S mahu kembali kepada pemerintahan orang putih dan nyatakan sekali S4S tak pernah langsung sebut tentang Rosly Doby.

Mereka kata Sarawak merdeka pada tahun 1841 iaitu tahun James Brook di lantik Gabenor Kuching/Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim Brunai. Pada tahun berikutnya 1842, dia menjadi White  Raja of Sarawak.

Mana merdekanya?

Apa niat sebenar S4S? Masa zaman komunis, puak ini yang bersama komunis.

Tony Pua ngaku jumpa Clara Rewcastle 3 kali

Posted: 22 Jul 2015 09:36 AM PDT




Singapura, Indonesia dan London. Baca TMI di SINI

Terima kasih IGP tahan blog nak kenakan Papagomo

Posted: 22 Jul 2015 05:00 AM PDT


Terima kasih atas tondakan Tan Sri.

Blog yg api2kan tangkap papagomo di twitter pasal fb palsu tu bila nak siasat?

Kutu ni talam dua muka yg selalu pekena blogger dan facebooker pro BN tapi ambik gaji dari menteri BN.

SR bolos 'blockage' MCMC?

Posted: 22 Jul 2015 02:00 AM PDT


Unspinners dapat akses ke Sarawak Report melalui smartphone.

Semalam, kami dapat akses melalui email SR yg diterima di link

http://www.sarawakreport.org/2015/07/sarawak-report-stalked-and-harassed-in-london/?utm_source=Sarawak+Report&utm_medium=email&utm_campaign=a55a5db2e0-RSS_EMAIL_CAMPAIGN&utm_term=0_97635b3a5d-a55a5db2e0-215995337

Macam mana MCMC block laman web ini? Takkanlah bocor.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Komplot gulingkan PM : Tony Pua nafi pernah jumpa Justo di Singapura?

Posted: 22 Jul 2015 08:44 AM PDT



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua nafi pernah bertemu bekas kakitangan Petrosaudi International Ltd. (Petrosaudi) Xavier Andre Justo di Singapura.

Bagaimanapun, wakil rakyat DAP itu mengakui beliau beberapa kali bertemu dengan Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown termasuk di Indonesia dan London.

Sementara itu, Tony Pua dihalang ke luar negara?


Tony Pua dihalang ke luar negara oleh Jabatan Imigresen mulai hari ini.

Suara politik
Belantan


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:53 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BolehLand: SKMM akui tiada bukti ke atas Sarawak Report

Posted: 22 Jul 2015 09:02 PM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengakui bahawa siri pendedahan oleh laman Sarawak Report belum dapat dibuktikan sebagai palsu.

Ketua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin mendedahkan perkara itu dalam satu taklimat kepada para editor portal berita, termasuk Malaysiakini.

Dalam pertemuan itu, Zulkarnan berkata sekatan ke atas laman Sarawak Report hanyalah satu langkah pencegahan.

Katanya, suruhanjaya itu akan menunggu polis menamatkan siasatan sebelum memutuskan sama ada sekatan itu akan ditarik balik.

"Biarlah siasatan polis berjalan," katanya.

Tian Chua: Wujud cubaan alih perhatian isu 1MDB

Posted: 22 Jul 2015 08:57 PM PDT

Najib-1MDBSHAH ALAM, 23 JUL: Siasatan yang dilakukan pihak bertanggungjawab dalam skandal 1MDB dilihat menjurus kepada cubaan mengalihkan perhatian rakyat, sekali gus menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata, ia termasuk dakwaan wujudnya dokumen palsu yang kemudiannya digunakan Sarawak Report.
"Saya agak itu tak relevan langsung sama ada dokumen itu diubah atau tidak. Setakat ini tidak ada bukti menunjukkan dokumen itu dipalsukan dan ia tidak dibuktikan dokumen mana satu jika ada.
"Isu pokok yang kita prihatin adalah sikap amanah pemimpin dan pengurusan 1MDB.
"Kita hendak tahu benarkah 1MDB menyalurkan dana RM700 juta ke akaun peribadi erdana menteri dan apakah tujuan penggunaannya.
"Adakah ini benar atau tidak. Sehingga kini, kita tidak dapat penjelasan isu dan berkenaan Xavier Justo juga tidak ada kaitan secara langsung dengan kerugian dialami 1MDB," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Tian Chua turut menggesa pasukan siasatan melakukan siasatan rapi tanpa melindungi kepentingan mana-mana pihak bagi mengelakkan timbul persepsi negatif terhadap ketelusan badan penyiasat terbabit.
Terdahulu, satu demi satu maklumat baru berkaitan skandal kerugian 1MDB mulai terbongkar dengan pelbagai pendedahan baru pelbagai pihak.

Menangislah negara tercintaku- kita sedang melalui masa yang sukar

Posted: 22 Jul 2015 08:52 PM PDT

oleh Edmund Lee

Ideologi negara Malaysia, Rukunegara dibentuk dengan matlamat untuk menjadi panduan kepada usaha pembinaan negara bangsa. Rukunegara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong IV.
Janji Rukunegara seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-Undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan
Ini ialah versi rasmi tentang Prinsip Negara yang wujud dalam laman web.
Setiap keluarga, setiap komuniti, setiap negara mempunyai prinsip dan nilainya yang tersendiri yang disebarkan dan diamalkan bagi memastikan kebaikan, kesaksamaan, keadilan dan perpaduan wujud untuk kebaikan bersama buat semua.
Pendek kata, prinsip-prinsip ini memastikan kewujudan dan kelangsungan semua orang- negara dan rakyat.
Maka kerana itu sangat penting bagi mereka yang berkuasa terdiri daripada golongan yang berkarakter unggul yang meletakkan negara dan rakyat yang dipimpin mendahului diri mereka sendiri.
Singkatnya, mana-mana pemimpin yang menggadaikan prinsip ini tidak lagi boleh memegang kuasa dan perlu berundur secara terhormat, jika mereka masih mempunyai maruah dalam diri.
Korea dan Jepun ialah dua buah negara yang benar-benar mengamalkan amalan ini sejujurnya- pemimpin yang 'tercemar' akan meminta maaf dan berundur daripada jawatan mereka, ada sesetengah mereka malah membunuh diri dalam proses itu, untuk membersihkan dan menyelamatkan nama keluarga dan reputasi mereka.
Tetapi bukan di Malaysia- dimana Perdana Menteri kita dan orang bawahan yang setia membuta tuli telah memalukan negara dengan berterusan menafikan penglibatan dan kesilapan mereka dalam skandal 1MDB walaupun terdapat banyak bukti jelas berwibawa yang menyabitkan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

'Tangkap 'watak utama' 1MDB demi pulih keyakinan' - Anwar Ibrahim

Posted: 22 Jul 2015 08:25 PM PDT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya pihak berkuasa bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memastikan 'watak utama' bagi skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangkap.

Bekas ketua pembangkang yang dipenjara itu berkata, tindakan tegas terhadap 'watak utama' itu perlu diambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan para pelabur memandangkan nilai mata wang ringgit kini merudum.

"Walaupun beberapa tangkapan telah dilakukan, tidak salah untuk terus berasa curiga sehinggalah tindakan diambil terhadap 'watak utama' skandal ini.

"Pihak berkuasa mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Polis Antarabangsa (Interpol) kerana beberapa 'watak utama' atau saksi kini berada di luar negara.

"Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan para pelabur. Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas," kata Anwar dalam perutusan yang disampaikan melalui peguamnya.

Pengguna FB minta SKMM sekat FB Mufti Perlis

Posted: 22 Jul 2015 08:21 PM PDT

Aznil Hisham mendakwa status yang dimuatnaik berbentuk tohmahan terhadap kerajaan tanpa bukti kukuh dan tidak masuk akal.
facebook
PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan terhadap akaun Facebook rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Aznil Hisham membuat aduan itu kerana mendakwa akaun Dr.Maza.com memuatnaik status-status tohmahan yang tidak disertakan bukti-bukti yang kukuh serta tidak masuk akal.
Dalam aduan kepada SKMM pada 21 Julai lalu, dia mendakwa sebagai seorang Mufti, Mohd Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghasut serta menambahkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.
"Beliau adalah public figure yang memegang jawatan sebagai Mufti. Setiap tutur kata beliau menjurus kepada kebencian rakyat terhadap kerajaan. Malah terdapat dakwaan-dakwaan beliau yang agak 'kurang ajar' dengan menyamakan kerajaan kini umpama seekor khinzir," tulisnya dalam aduan itu.
Sambil memuji tindakan SKMM yang bertindak menyekat portal Sarawak Report, dia berharap tindakan sama juga diambil terhadap Facebook Dr Maza.com.

BolehLand: Lagi aktivis dihalang ke luar negara, termasuk Ambiga

Posted: 22 Jul 2015 08:06 PM PDT

Beberapa aktivis dan pemimpin pembangkang, serta seorang pemilik kumpulan media mendapati mereka dalam senarai nama yang dihalang ke luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2015. 
Beberapa aktivis dan pemimpin pembangkang, serta seorang pemilik kumpulan media mendapati mereka dalam senarai nama yang dihalang ke luar negara.

Selepas pendedahan 2 ahli Parlimen, Tony Pua dan Rafizi Ramli, serta pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong disekat ke luar negara mungkin disebabkan kritikan mereka berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB), seorang lagi pemimpin pembangkang dan 4 aktivis turut menerima nasib sama. The Malaysian Insider difahamkan, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim turut mendapati perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen jika mahu meninggalkan Malaysia.
Semakan menggunakan nombor kad pengenalan mereka melalui laman Semakan Status Kawalan Imigresen memberikan jawapan berikut: "Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat."

Status itu kini menimbulkan persoalan jika mereka akan turut mengalami nasib sama seperti Pua, ahli Parlimen Petaling Jaya yang dihalang menaiki penerbangan ke Jogjakarta di lapangan terbang klia2, semalam.Pua dan Rafizi, ahli Parlimen Pandan, mempunyai status sama sewaktu melakukan pemeriksaan nama mereka atas talian.
Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dihalang ke luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2015.Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dihalang ke luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2015.
Mengulas perkara itu, Ambiga berkata beliau ke luar negara sebulan lalu dan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika namanya kini tersenarai sebagai mereka yang dihalang daripada ke luar negeri. "Saya bosan dengan gangguan ini dan akan meneliti pilihan perundangan yang ada jika pergerakan saya dibataskan.
"Tidak masuk akal jika mereka yang perlu berhadapan tindakan undang-undang bebas ke mana-mana sahaja sementara mereka yang bersuara menentang salah guna kuasa diganggu sebegini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Maria pula menuntut Jabatan Imigresen menjelaskan sebab namanya tersenarai sebagai mereka yang perlu merujuk jabatan itu jika mahu ke luar negara.
"Buat masa sekarang, saya mahu tahu sebab saya perlu rujuk imigresen bagi perjalanan saya.
"Sebagai warganegara, saya ada hak dan kebebasan bergerak keluar masuk negara saya," katanya.
Maria sebelum ini dihalang daripada daripada masuk ke Sabah sementara Ambiga pula dihalang daripada masuk ke Sabah dan Sarawak oleh Jabatan Imigresen.
Akhbar The Star pula melaporkan, Pengarah Urusan SRC International,  Nik Faisal Kamal Ariff yang dikaitkan dengan 1MDB, turut dihalang meninggalkan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Pengarah SRC pula dihalang keluar negara

Posted: 22 Jul 2015 08:00 PM PDT

Pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil merupakan antara individu yang dilarang meninggalkan negara.

Laporan The Star mengesahkan perkara itu berdasarkan satu semakan di laman Jabatan Imigresen.

Nik Faisal dikaitkan dengan tuduhan berhubung deposit wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nik Faisal, 44, juga merupakan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

SRC International merupakan salah sebuah anak syarikat 1MDB sebelum diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012.

Dua pemimpin pembangkang, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua dan MP Pandan, Rafizi Ramli semalam dilaporkan disekat daripada meninggalkan dunia.

Turut disekat ialah pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong.

Ketiga-tiganya disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Setakat ini masih belum dapat disahkan jika Nik Faisal turut disiasat mengikut peruntukan sama.

Tinju Dunia dan 1MDB: Kes jelas ‘watchdog’ tak guna

Posted: 22 Jul 2015 07:51 PM PDT

oleh Rama Ramanathan
"Nampaknya... (itu) Cerberus, mitos binatang berkepala tiga yang mengawal pintu Neraka, jelasnya memandu dan mengawal nasib Bank dan memegang kekayaannya ( dalam tiga tangan tertuduh). Analogi ini mungkin tidak wajar dengan wujudnya elemen anjing yang dimasukkan dalam pendengaran kes ini, apatah lagi dengan pelbagai rujukan kepada 'watchdog', tiada taring, tiada salakan, tiada tulang, tergari dan semuanya, Kerajaan atau yang lain, dan tidak dilupakan buruan Media."
Itu ialah petikan kata-kata Hakim Abdoolcader dalam penghakiman pada tahun 1976 ( yang gagal dalam rayuan pada tahun 1978) yang menyimpulkan perbicaraan selama 2 bulan Harun Idris (menteri besar Selangor ketika itu) dan dua yang lain.
Abdoolcader menghuraikan pelbagai aspek undang-undang. Dan, dalam kata-kata yang jelas matang, dia merungkai karikatur badan-badan yang digelar sebagai 'watchdog' ini: tiada taring, tiada salakan, tiada tulang, tergari.

Kes itu menyentuh kes jenayah yang dilakukan pada tahun 1975, dalam era Tun Razak.  Abdoolcader bercakap tentang budaya politik dalam Umno dan keselekehan badan 'watchdog': dalam situasi terbaik sengaja mengabaikan dan dalam situasi terburuk tidak menghiraukan undang-undang.  Nota: Penghakiman itu tidak melibatkan Tun Razak.
Tinju Dunia Sdn Bhd ialah alat yang Harun gunakan untuk Pemuda Umno membawa perlawanan petinju Muhammad Ali-Joe Bugner ke Malaysia. Ketika itu Harun ialah pemimpin Pemuda Umno dan Pengerusi (tidak bergaji) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.
Malaysia dalam kegawatan. Kerajaan kekurangan dana. Razak mahu berbuat sesuatu yang menggembirakan rakyat. Keputusan diambil untuk menjadi tuan rumah pertarungan Ali-Bugner. Ia mesti berlaku dalam masa tiga bulan. Kerajaan tidak mampu membiayai pertarungan itu, tetapi menawarkan untuk membiayai kerugian sekiranya ia berlaku. Dan, yang lebih manis, kerajaan akan mengecualikan apa-apa keuntungan daripada cukai.
Umno tidak mempunyai wang. Tinju Dunia ialah syarikat dua ringgit yang masih tidak dipandang oleh bakal-bakal barisan pengarah. Duit perlu cepat dihantar ke Amerika untuk menempah pertarungan itu. Apakah yang perlu dilakukan?
Read More / Baca Lagi >>

Taktik membuli pembangkang akan makan diri

Posted: 22 Jul 2015 07:47 PM PDT

IMIGRESEN Malaysia telah mempamerkan kecekapan melaksanakan arahan atasan bagi menyenarai-hitamkan beberapa tokoh pembangkang (Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Petaling Jaya Utara Tony Pua) daripada keluar negara walaupun belum diheret ke mahkamah untuk apa-apa tuduhan yang konkrit.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana seorang yang telah disabit kesalahan membunuh boleh pula terlepas ke Australia memandangkan Imigresen negara boleh bertindak secekap ini?

PAS mengingatkan kerajaan bahawa taktik membuli pembangkang dengan cara ini hanya akan menyemarakkan lagi desakan dan keinginan rakyat untuk mengetahui kebenaran di sebalik semua dakwaan terhadap 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rakyat akan melihat tindakan sebegini sebagai terdesak dan bermotifkan politik apabila tiada sekatan dilakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik terhebat 1MDB, yang sudah terang-terang menjelaskan niatnya untuk menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja, persepsi buruk pada kerajaan akan bertambah apabila rakyat melihat mereka yang terlibat dengan isu 1MDB seperti Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Penasihat 1MDB masih bebas bergerak ke seluruh dunia, manakala mereka yang membongkarnya dikenakan tindakan.

Adalah lebih berfaedah dan menguntungkan kerajaan jika fokus dan bantuan dapat diberikan kepada pasukan siasatan khas untuk menyelesaikan misteri aliran tunai di sebalik 1MDB dengan kadar segera daripada terus melakukan tindakan yang menampar diri sendiri.

Bai'ah talak tiga benar, bukan perkara main-main kata Ahmad Yakob

Posted: 22 Jul 2015 07:42 PM PDT


Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai'ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
 
Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak  2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.
 
"Bai'ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main," katanya.
 
Beliau diminta mengulas isu sumpah bai'ah yang didakwa dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan yang kini tersebar di aplikasi WhatsApp.
 
Menurut Daud, mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.
 
Ketika ditanya adakah perkara tersebut berkaitan dengan talak kepada isteri, Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia seperti yang terkandung dalam akuan sumpah berkenaan.
 
Ahmad turut ditanya mengenai laporan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pakatan baru pembangkang, tetapi tidak melibatkan Pas.
 
Read More / Baca Lagi >>

Kadir: Najib’s media campaign not working

Posted: 22 Jul 2015 07:28 PM PDT

No one media person worth his salt wants to go near the embattled Prime Minister and he has been left with unknowns and the riff-raff
Kadir-Jasin,-najib
KUALA LUMPUR: A veteran newsman believes the chips are falling in the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal and that only goes to show that Prime Minister Najib Abdul Razak's media campaign to discredit the various investigations taking place may be unraveling even as his key people leave.
He has expressed cautious optimism following a couple of arrests on the scandal. Sources said the arrests were partly hastened by the heightened campaign to discredit the investigation by Najib's propaganda machine, disclosed former News Straits Times Group Editor in Chief Kadir Jasin.
"I believe, albeit with slight reservation, that the 1MDB Task Force is serious about uncovering the truth and acting, without fear and favour, against the guilty parties," said Kadir. "My slight reservation is based on my observation of media statements that suggest a certain member of the Task Force was still playing 'kayu tiga'."
But with two arrests in two days, he added, the Task Force cannot be engaging in play acting or in an act of deceit involving the Attorney- General, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Bank Negara. "They have to be serious."
Najib's predicament, he added, reminded him of the final days of the then former Prime Minister Tunku Abdul Rahman in the early 1970's when chief editors, news editors and senior journalists gradually stopped covering his functions and left the task to junior reporters.
"I was one of those greenhorns assigned to cover him," said Kadir. "It was an honour for me to cover him although I was once threatened with the sack by his Political Secretary, the late Shariff Ahmad, for not following his instruction on how to report Tunku's speeches."
What's happening to Najib's media campaign now defies the very core of journalism and communication as taught by the great journalism guru, the late Marshall McLuhan, lamented Kadir in his latest blog posting.
"This Canadian writer, communicator and philosopher was the originator of the terms 'Medium is the Message' and 'The Global Village' back in the 1960's."
Read More / Baca Lagi >>

Pas terdesak perlu 'BERTAKUP' dengan Umno

Posted: 22 Jul 2015 06:29 PM PDT

Pas terdesak perlu 'BERTAKUP' dengan Umno
MSO

Pengumuman dibuat oleh Anwar Ibrahim yang akan melancarkan pembentukan Pakatan Baru (Pakatan 2:0) yang melibatkan beberapa Ngo dan juga Gerakan Harapan Baru (GHB) memberi tekanan kepada Pas dibawah pimpinan baru yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang dan memerlukan tindak balas segera.
Sudah pasti pembentukan Pakatan 2:0 itu tidak akan merangkuli sama Pas. Diramalkan pengumuman pembentukan Pakatan 2:0 akan dibuat sebaik selesai pendaftaran parti baru yang diusahakan oleh GHB kini.
Seperti mana dibayangkan oleh Anwar menerusi kenyataan disampaikan menerusi peguamnya, Pakatan 2:0 itu akan menampilkan Ngo seperti Ikram, Abim, Bersih yang akan berkolobrasi dengan PKR dan DAP. Manakalan parti baharu yang sedang diusahakan oleh GHB akan mengganti tempat Pas.
Kata Anwar Pakatan baharu itu bertujuan untuk meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat sebelum ini yang telah berjaya memberi tekanan kepada UBN sehingga menafikan majoriti dua pertiga di parlimen serta meletakkan kerajaan pimpinan Najib Razak goyah. Pakatan baru juga akan menawarkan politik progresif yang tulen.
Keperluan menubuhkan Pakatan baru itu kata Anwar penting ke arah untuk menyalamatkan negara yang kini teruk tertekan dibawah pimpinan Najib. Isu-isu mengenai 1MDB, kejatuhan nilai ringgit adalah faktor kepentingan dan pendesak Pakatan baru itu.
Apabila tertubuhnya Pakatan 2:0 nanti, sudah pastilah Pas akan kehilangan rakan kerana tidak mungkin parti agama itu akan ikut sama bergabung dengan Pakatan Rakyat. DAP yang menjadi tunggak kedua dalam Pakatan itu bersama GHB sudah pasti tidak bersedia untuk menerima Pas sebagai sekutu Pakatan 2:0 itu.
Read More / Baca Lagi >>

3 Bekas Pesuruhjaya PAS NS Pimpin GHB Negeri Sembilan

Posted: 22 Jul 2015 06:21 PM PDT

SEREMBAN - Tiga bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan membarisi ahli jawatankuasa Harapan Baru di negeri berkenaan.

Mereka terdiri daripada Zulkefly Mohamad Omar yang dilantik Pengerusi, manakala Mohd Taufek Abd Ghani dan MK Ibrahim A. Rahman, masing-masing memegang jawatan Timbalan Pengerusi I dan II.

Ketiga-tiga mereka pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan malah MK Ibrahim kini masih memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Seremban.

Sementara Mohd Faiz yang juga anak bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor turut memegang jawatan sebagai Setiausaha dan Yang Dipertua Pas Jelebu, Basri Sawar memegang jawatan sebagai Bendahari.

Menurut Zulkefly, barisan pemimpin parti baharu itu diyakini mampu memperkukuhkan PR dalam misi menawan Putrajaya.

"Agenda tubuhkan parti ini untuk kukuhkan PR. Sekarang kita tetap meneruskan misi untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

"Strategi dan dasar perjuangan kita berdasarkan Buku Jingga PR dan agenda rakyat tetap diutamakan dalam perjuangan kami," katanya pada sidang media memperkenalkan ahli jawatankuasa Harapan Baru Negeri Sembilan di sini semalam.

Zulkefly berkata, kebanyakan barisan kepimpinan Harapan Baru masih ahli Pas dan status keahlian akan diperbaharui apabila parti baharu itu berdaftar secara rasmi.

"Kalau ikutkan perlembagaan, keahlian kami sebagai ahli Pas akan terbatal apabila menyertai parti lain tetapi kami akan keluar secara sukarela bila tiba masanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib v. Dow Jones: A Storm in a Teacup

Posted: 22 Jul 2015 06:18 PM PDT

A post-Raya analysis: There's many a slip between the cup and the lip, they say.
Najib,-Dow-Jones
With the Malay Mail Online reporting Wednesday that Dow Jones & Co, Inc. has already responded to the letter issued by Prime Minister Najib Razak's lawyers primarily seeking clarification as to the true purport of allegations contained in the Wall Street Journal articles of July 2 and 6, the onus now rests firmly on the Prime Minister's lawyers to get him out of the quagmire they may have unwittingly put him in.
The irony is that the entire nation appears transfixed by what may be a storm in a teacup.
Najib lawyer, Wan Azmir Wan Majid, appeared to be giving nothing away, merely telling the Malaysian Insider yesterday that he was not in a position to comment as he had not seen the reply as yet.
In the first place, the lack of haste on the Prime Minister's part is palpable.
In the usual course a defamation action would be met with a swift and stern rebuke by the aggrieved party, calling for a public apology, the immediate retraction of the impugned articles, an undertaking not to publish the same or like statements in any manner or form and an offer of damages as recompense.
That was not done here.
Instead, the Prime Minister's solicitors called for a clarification within fourteen days as to whether the true purport of the article was to suggest that Najib had "misappropriated" nearly US$700 million from 1Malaysia Development Berhad.
That fourteen day period in modern times already seemed like an eternity when the letter was first issued given the seriousness of the subject matter, the global reach of the paper and the stature of the Prime Minister.
Read More / Baca Lagi >>

Harapan Baru menyala dalam obor hati rakyat Malaysia.

Posted: 22 Jul 2015 06:16 PM PDT

Jadi marilah kita mendapatkan beberapa jawapan benar dan terus terang kepada beberapa soalan mudah, ditanya dalam Bahasa yang mudah dari kerajaan krook lagi membohong ; sebuah kerajaan dimana Rosmah memakai celana dan Najib pakai kain. Soalan2 nya:-
1. apakah sumber RM2.6 billion yang disalurkan kedalam akaun peribadi PM? Wang pinjaman? Sumbangan? Wang haram? Dari mana ia datang? Adakah ianya dari dana perang yang disimpan dalam bank luar pantai yang dikendalikan oleh UMNO? Jika dana perang- siapa yang sumbang? Tauke judi? Tauke babi? Kutipan rasuah? Atau ianya suatu jumlah yang dipinjam untuk sementara dari 1MDB yang akan diganti kemudian. Sedikit dana berjumlah RM2.6 billion untuk kerja2 membeli undi? Sogok sana? Sogok sini? Hulur sana? Hulur sini?
2. kenapa RM2.6 billion disalurkan kedalam akaun peribadi? Mengapa? Kenapa? Why? Wei-sha-ma?  
3. jika seperti yang diistiharkan oleh PM, duit itu bukan untuk kegunaan peribadi, bagaimanakah pengunaan RM2.6 billion untuk tujuan yang hanya PM tahu, tidak boleh dianggap, paling tidak, perbuatan money-laundering? Ini suatu kesalahan yang boleh menyebabkan PM dijel paling kurang 5 tahun. Dan bagaimana mahu kata PM tidak dapat faedah dari penggunaan RM2.6 billion ini sedangkan wang tersebut diguna untuk membeli undi dan kemenangan? Kemenangan itu bukan faedah?
4. siapa lagi yang dapat durian runtuh dari RM2.6 billion ini. Ada 222 kawasan parlimen. Kalau wang RM2.6 billion dibahagikan sama rata sama rasa atas nama keadilan UMNO, maka setiap kawasan parlimen patut dapat RM11.7 juta. Maka setiap ketua bahagian UMNO yang ada dalam setiap kawasan parlimen, cuba cek, ada dapat tak RM11.7 juta seorang? Atau seperti biasa, boss dapat, anak buah gigit jari dan terpaksa berkelahi dan baling kerusi meja , bakar balai raya nak dapat duit?
5. bagaimana wang RM2.6 billion digunakan? Untuk apa? Beli kapal terbang? Helicopter? Kapal layar? Sponsor kahwin bini muda? Pakai sikit untuk kahwin anak? Beli intan berlian? Baju bertatahkan ma'nikam?
6. maka jika RM2.6 billion diguna untuk membiayai pilihanraya BN, untuk beli undi dan beli lawan, tidakkah ini bermakna kemenangan UMNO dan BN adalah akibat rasuah dan oleh kerana itu kemenangan mereka dibatalkan semua? Ini cukup untuk membatalkan pendaftaran UMNO dan parti BN yang lain dan semua yang mendapat agihan dari RM2.6 billion diheret dan dihantar kedalam jel dan di haramkan untuk bertanding dalam pru yang akan datang?
7. Adakah PM berani untuk menyaman WSJ, Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown atau The Edge? Saya tidak fikir PM berani. Ada telur atau tidak? Apa lagi yang dinantikan? 
Soalan tambahan untuk 1MDB:
1. kenapa kah PM tidak bercakap benar mengenai jumlah wang dan tanggungan sebenar 1MDB iaitu sebanyak RM46 billion? Menteri kewangan lupa menyebut perihal hutang dan bayaran faedah RM4 billion yang diambil alih oleh MOF, tapi mesti dibayar oleh pembayar cukai kepada suatu dana pencen?  Mengapa tak kira hutang ini?
Read More / Baca Lagi >>

Tun M dakwa Justo, Lester 'cubaan' tutup apa sebenarnya dalam 1MDB

Posted: 22 Jul 2015 06:07 PM PDT

Penahanan bekas kakitangan Petro Saudi, Xavier Andre Justo dan dakwaan pemalsuan dokumen-dokumen milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Sarawak Report dilihat sebagai satu usaha untuk menafikan apa yang sebenarnya berlaku dalam syarikat kontroversi milik Kementerian Kewangan itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, apabila perkara-perkara itu diperbesar-besarkan, ia seolah-olah mahu menunjukkan isu hutang 1MDB yang dibangkitkan secara meluas sebelum ini tidak betul.
"Takkan Justo hendak salin dan ubah segala dokumen, ini tidak munasabah," katanya ketika ditemui selepas majlis The South Africa Lecture Reflections on Nelson Mandela di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengakuan video bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang mendakwa 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1MDB diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam video itu, Melanyi turut menamakan seorang pakar pereka laman web berpangkalan di London yang didakwanya diupah Rewcastle-Brown untuk mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.
Mahathir bagaimanapun tidak terfikir semua dokumen-dokumen berkaitan 1MDB yang bertimbun-timbun itu boleh dipalsukan oleh seorang individu.
Read More / Baca Lagi >>

MP, Adun sertai Harapan Baru letaklah jawatan kata Pas Titiwangsa

Posted: 22 Jul 2015 05:38 PM PDT

Pas Titiwangsa menasihatkan agar semua Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyertai gerakan Harapan Baru segera meletakkan jawatan yang dipegang.

Ketua Penerangannya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, ia perlu segera dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan.

"...letakkan jawatan legislatif tersebut tanpa menunggu penubuhan rasmi parti politik baru itu...segera lepaskan jawatan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi di kawasan mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Malah beliau turut menegur sikap pemimpin-pemimpin itu yang disifatkan tanpa segan silu memburuk-burukkan Pas dalam keadaan masih lagi memegang tiket Pas.

"Ketika usul memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP dalam muktamar lalu, sebahagian mereka dengan bingkas meletakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Kononnya menunjukkan rasa patuh terhadap usul tersebut walaupun belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Mereka telah menunjukkan sikap hipokrit yang jelas dan tidak lagi mematuhi disiplin jemaah ini.

"Ketika mereka melancarkan Harapan Baru dan memburukkan Pas di pentas ceramah serta lapangan media, tanpa segan silu mereka terus membawa status Ahli Parlimen dan Adun yang dimenangi atas tiket Pas," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mustafa Ali kata jangan terperangkap agenda DAP

Posted: 22 Jul 2015 05:33 PM PDT


mustafa ali

KUALA TERENGGANU – Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengingatkan beberapa bekas pemimpin Pas yang berhasrat menubuhkan parti baharu berfikir panjang dan tidak terperangkap dengan agenda DAP.

Beliau, yang bercakap atas dasar peribadi memberitahu, beliau bersedia perjelas kepada ahli kumpulan G18 yang kini menggunakan nama Harapan Baru berhubung agenda DAP itu memandangkan segelintir sudah menjadi burung kakak tua dengan mengikut gaya politik  DAP.

Menyifatkan mereka sebagai adiknya, Mustafa bimbang jika mereka meninggalkan agenda hudud apabila bersama DAP yang jelas menolak hudud sejak awal.

"Yang menjadi pertikaian antara Pas dan DAP ialah hudud. DAP kata, anda hendak bersama dengan kita tinggal hudud sebab DAP merasakan dia boleh menguasai pengundi Cina sekarang ini. 

"Mereka ini hendak menang pilihan raya memerlukan undi Cina sebab dia punya matlamat. Pada saya, pada waktu ini dia punya matlamat jangka pendek hendak menang pilihan raya," katanya.

Beliau yakin kalau mereka tidak berhati-hati, kumpulan itu akan tinggal hudud sebab DAP bantah undang-undang Islam itu.

"Dia orang akan ikut (tolak hudud) dan itu adalah jangkaan saya," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Perkhidmatan pendek Lim bukti hanya PM boleh pulihkan imejnya sendiri

Posted: 22 Jul 2015 05:29 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin

Bolehkah Lim Kok Wing melakukan keajaiban?

Bolehkah beliau menjalankan misi yang mustahil?

Ini adalah persoalan-persoalan yang bermain di fikiran ramai orang, apabila laporan berita The Malaysian Insider pada 22 Mei mendedahkan bahawa pakar pendidikan terkenal itu telah dilantik sebagai pakar strategi PR baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kurang daripada dua bulan, The Malaysian Insider, yang memetik sumber, melaporkan bahawa Lim telah meletakkan jawatan sebagai penyelaras kempen awam Perdana Menteri awal bulan ini. Menurut laporan itu,

Lim yang telah menguruskan kempen pilihan raya Barisan Nasional sebelum ini, telah dilantik pada kemuncak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menyaksikan Najib menghadapi kritikan-kritikan terlantang dalam kerjaya politiknya, dengan tuduhan-tuduhan rasuah dan penyelewengan dana berkaitan dengan badan pelaburan negara itu.

Lim berkata pada masa itu bahawa perlantikan beliau bukan sesuatu "yang luar biasa" dan dia telah bekerja untuk kerajaan Malaysia sejak 1974 mengenai Dasar Ekonomi Baru.

Pelantikan beliau itu mendapat cemuhan pengguna-pengguna Internet yang mempersoalkan integriti beliau kerana membantu seorang yang dibelenggu skandal kewangan, dengan ramai pihak merasakan yang Lim akan gagal dalam tugasnya menyelamatkan imej Najib.

 Lim juga telah ditegur oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui coretan blog beliau yang menyebut Lim sebagai "rakan" yang telah meminta beliau berhenti menyerang Najib berkenaan skandal 1MDB itu.

 Tetapi Mahathir berkata yang pada masa lalu, "rakan" ini telah menyuarakan kebimbangannya mengenai dasar-dasar dan prestasi pentadbiran Najib, dan telah mendesak beliau untuk berbuat sesuatu mengenainya.

Read More / Baca Lagi >>

Insiden Low Yat dan peranan Gerakan Harapan Baharu

Posted: 22 Jul 2015 05:11 PM PDT

oleh Rizuan Shamsudin
Pelancaran platform Gerakan Harapan Baharu (GHB) ditubuhkan oleh puak profesional yang disingkir dalam Muktamar Pas ke-61 Jun lalu, kelihatan menarik apabila ditakdirkan jatuh pada hari yang sama berlakunya insiden 'rusuhan kaum' di Plaza Low Yat, Bukit Bintang.
Insiden yang berpunca daripada tindakan gangster pencuri telefon bimbit itu berakhir dengan beratus-ratus penyokong Ketunanan Melayu merusuh dan memusnahkan perniagaan kaum Cina di kompleks membeli belah berkenaan.
Kerajaan BN hilang kawalan terhadap rakyatnya. Insiden itu menggambarkan pentadbiran negara diambil alih oleh kumpulan berhaluan kanan; Perkasa dan Isma menaikkan suhu kemarahan Melayu terhadap bukan Melayu. 
Manakala pertubuhan kebajikan Melayu seperti Pekida, 'tiga line' dan sebagainya gagal mengawal anak-anak buah mereka daripada mencetuskan pergaduhan kaum.
Lebih menarik, pergaduhan antara etnik Melayu dan Cina pada 1980an misalnya terlebih didahului diwarnai retorik hidup Melayu dan Melayu tuan di Tanah Melayu. 
Namun selepas kemaraan Pas sebagai parti mainstream pergaduhan kaum turut disertai laungan takbir. Sedangkan takbir dilarang dilaungkan ketika marah atau ingin bergaduh dalam hal-hal dunia yang tiada kena mengena dengan agama.
Hilang kawalan dan vakum inilah yang perlu diisi oleh perjuangan Gerakan Harapan Baharu. Pas parti asal puak profesional itu telah tenggelam di dalam perjuangan mengutamakan Melayu. Sedangkan bekas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat melarang orang Islam mengutamakan perjuangan perkauman.
HB perlu menyedarkan Melayu mereka amat jauh ketinggalan berbanding bangsa Cina. Saham dan peluang yang diperuntukkan bagi mereka dirompak oleh pemimpin Umno untuk sanak saudara dan para kroni.
Melayu rata-ratanya cetek pemikiran dan buruk dalam pemahaman kehidupan. Mereka tidak akan marah kepada kerajaan BN selagi mana boleh membeli makanan, membayar sewa rumah dan memandu kereta Myvi.
Sedangkan dalam masa yang sama bangsa Cina mampu bermewah-mewah dan bersenang lenang. Pemimpin Umno juga mempunyai gaya hidup setanding Cina.
Read More / Baca Lagi >>

PAS makin kuat walaupun ada GHB - Khalil

Posted: 22 Jul 2015 05:05 PM PDT


Post Pic

SHAH ALAM: PAS tidak terkesan dengan strategi politik baru yang dibawa oleh pimpinan kumpulan progresif menerusi penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi memberitahu apa yang penting adalah parti Islam itu bertindak secara tersusun tanpa tergesa-gesa supaya sebarang pendiriannya tidak dipengaruhi oleh pihak lain.
 
"Saya melihat apa yang berlaku ini bukan satu hal baru dalam sejarah PAS. Ia pernah berlaku pada tahun 1978 di Kelantan. Ia lebih teruk dari sekarang apabila lebih dari 10 orang AJK PAS meletak jawatan. Walaupun ketika itu orang mengatakan PAS sudah mati, namun selepas dari itu, PAS terus menjadi sebuah parti yang diterima ramai dan kuat. Malah kita berjaya merampas kembali Kelantan. 
 
"Sikap yang diambil oleh PAS adalah berstrategi sebab apabila berada dalam PR kita mempunyai prinsip sendiri dan tidak mengikut orang (lain)," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Pimpinan progresif PAS yang membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) sebelum ini berkali-kali menyatakan bahawa gerakan itu bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
 
Namun bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ucapannya di pentas GHB malam tadi di Perlis mendakwa PAS sudah tidak lagi relevan dengan landskap politik Malaysia.
 
Malah pimpinan baru PAS yang dipilih juga seolah-olah gagal membawa agenda politik yang segar seiring dengan peredaran masa, sebagaimana yang sering dilaungkan pimpinan progresif.
 
Khalid yang kemudiannya diajukan hal itu bertegas bahawa PAS tidak akan sesekali melayani pandangan dangkal sebegitu.
 
Read More / Baca Lagi >>

Prof Dr Agus dakwa bai'ah PAS mengarut

Posted: 22 Jul 2015 05:01 PM PDT


Post Pic

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff menyifatkan bai'ah yang kononnya diikat antara pemimpin-pemimpin PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sebagai karut.
 
Memetik posting di laman Facebooknya, beliau mempersoalkan kewajaran untuk PAS melakukan perkara sedemikian hanya kerana mahu memastikan pemimpin-pemimpinnya tidak 'lari' ke perjuangan parti lain.
 
Agus menggunakan frasa 'isteri' untuk merujuk kepada jawatan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN).
 
"...Komen saya sederhana sahaja: saya terkejut isteri pun boleh dicagar sebagai syarat untuk setia pada parti bagi menjadi calon dalam pilihan raya. Bertanya saya dalam hati, apakah Islam membenarkan perbuatan sebegini?
 
"Merenung seterusnya, jika betullah ada baiah cerai talak tiga jika keluar dari parti PAS, ini adalah sekarut-karut tindakan!," demikian menurut Agus.
 
 
Agus juga menimbulkan dua hujah berkaitan keperluan untuk mengadakan bai'ah di kalangan pemimpin parti Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Projek untuk dana pertahankan Kelantan?

Posted: 22 Jul 2015 05:00 PM PDT

MSO

Seorang ahli perniagaan asal Kelantan dikata diberi kontrak memajukan sebidang tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan syarat kontrektor berkenaan akan menyediakan dana kepada Pas Kelantan untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Tanah yang diperuntukan itu merupakan bekas tapak kilang sebuah syarikat luar negara yang sudah tamat tempoh pajakannya. Nilai tanah yang terletak di Bangsar itu mencecah ratusan juta ringgit.

Penganugerahan tanah berkenaan kepada kontrektor asal Kelantan itu masih belum terdedah kepada umum. Bagaimana pun cerita mengenainya sudah menjadi cakap-cakap dalaman.

Kontra pemberian itu jelas menunjukkan sudah ada persefahaman awal di antara Umno dengan Pas untuk sama-sama menerajui Kelantan.

Dalam pada itu ada maklumat mengatakan perundingan awal untuk memberikan tanah itu kepada ahli perniagaan berkenaan melibatkan salah seorang ahli parlimen dari Kelantan?

1MDB: Task Force Showing Seriousness

Posted: 22 Jul 2015 04:47 PM PDT

A Kadir Jasin

I BELIEVE the chips are falling in the 1Malaysia Development Berhad scandal.
I believe too, albeit with slight reservation, that the 1MDB Task Force is serious about uncovering the truth and acting, without fear and favour, against the guilty parties.
My slight reservation is based on my observation of media statements that suggest a certain member of the Task Force is still playing "kayu tiga".

But with two arrests in two days, the Task Force cannot be engaging in play acting or an act of deceit involving the Attorney General, the police, the Malaysian Anti-Corruption Agency and Bank Negara. They have to be serious.
On July 20, an executive director of a publicly traded construction company was arrested at KLIA as he was about to board a plane bound for Taiwan.
The 39-year old is believed to be a Chinese Malaysia. He has been variously identified as Jerome Lee Tak Loong and his company is Putrajaya Perdana Berhad.
If the information is correct, his arrest has another twist to it. According to the company's official website, its chairman is (Datuk Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim, the Barisan Nasional MP for Baling and the chairman of Tabung Haji. Tabung Haji is one of the many government agencies embroiled in the 1MDB debt saga.
The 39-year old must be a very important person in the 1MDB saga because his lawyer is the high-profiled (Tan Sri) Muhammad Shafee Abdullah. Not every Dollah, Tong and Harishan (the Malaysian version of Tom, Dick and Harry) can afford or would need his services.
So logically Lee's arrest must have been very significant to the case so as to warrant Muhammad Shafee's services.
Media reports quoted Muhammad Shafee as saying that his client was remanded for fours day for investigation under Section 17 (a) of the MACC Act. He said he did not know the grounds for his client's arrest but was told it was on "investigation on national grounds". 
Then yesterday afternoon a high level executive identified as (Datuk) Shamsul Anwar Sulaiman was also arrested and was this morning remanded for five days in relation to the same investigation.
He is the managing director of Ihsan Perdana Sdn Bhd, the company that undertakes corporate social responsibility (CSR) programmes for 1MDB's charity foundation, the Yayasan 1MDB.

Ihsan Perdana was one of the entities mentioned in the Wall Street Journal expose of July 2 as being part of the money trail involving billions of ringgit that led to Mohd Najib's personal accounts.

The MACC prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairy today said  that Shamsul, 54, was met at The Curve and taken to the agency's headquarters where he was arrested under Section 17 (a) of the MACC Act.
Is the PM's Propaganda Backfiring?
Sources said the arrests were partly hastened by the heightened campaign to discredit the investigation by Mohd Najib's propaganda machine.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid, kenapa Tony Pua tak boleh ke luar negara?

Posted: 22 Jul 2015 04:39 PM PDT

Tony Pua akan berbincang dengan peguamnya Gobind Singh Deo untuk menyaman kerajaan Malaysia.
tony-pua-justo
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bercadang untuk menyaman kerajaan Malaysia kerana menghalangnya ke luar negara.
Katanya, dia akan berbincang dengan peguamnya, Gobind Singh Deo untuk tindakan selanjutnya.
Dalam sidang medianya bersama kepimpinan DAP di Ibu Pejabat DAP di sini pada Rabu, Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata, dia dimaklumkan oleh pegawai Imigresen pada jam 3.15 petang yang namanya telah disenarai hitam dan tidak boleh ke luar negara.
Katanya, dia sepatutnya ke Jogjakarta, Indonesia atas urusan rasmi.
"Pegawai kanan Imigresen datang dan memaklumkan kepada saya bahawa saya dihalang meninggalkan negara ini.
"Saya bertanyakan kepada pegawai tersebut kenapa saya dihalang tetapi tiada jawapan diberi," katanya.
Dia turut terkejut kerana tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak selama ini yang dia tidak dibenarkan ke luar negara.
Katanya, kali terakhir dia ke luar negara adalah pada 31 Mei lalu ketika menghadiri Persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Komanwel di Malta.
Sehubungan itu, Tony Pua menuntut jawapan daripada pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa dia dihalang ke luar negara.
Read More / Baca Lagi >>