Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


MCMC perlu tegas terhadap mirror website SR

Posted: 19 Jul 2015 09:11 PM PDT


Kenyatan Media:

MCMC SEKAT LAMAN SESAWANG YANG MENGGANGGU-GUGAT KESTABILAN NEGARA

CYBERJAYA, 19 Julai 2015 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org), kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.

Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas.

 Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu.

Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi. 

Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak MCMC di aduanskmm@cmc.gov.my



It is too late but harap MCMC dapat pastikan mirror site pun di block. Mana2 portal media yg cuba melanggar blockage ini pun dikenakan tindakan.

KDN perlu ambil timdakan terhadap The Edge



MCA tak perlu selindung peniaga Low Yat yg biadap.dan kurang ajar

Posted: 19 Jul 2015 06:30 AM PDT



MCA usah cuba tutup salahlaku peniaga cina Low Yat.

Minta mereka yg baling henfon di atas bangunan Low Yat ke arak Melayu yg berkumpul serah diri.


MCA patut dapatkan dulu peniaga Low Yat yg bantai budak Melayu dan FBooker dan media sosial Cina yg hina Melayu serah diri dan minta maaf.

Ini dah boleh cekut Tan Sri IGP

Posted: 19 Jul 2015 02:24 AM PDT



Di atas komen ketua bahagian yg dikenakan sedition.



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DI HADAPAN LIM GUAN ENG, MAT SABU KATA PAS SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI

Posted: 19 Jul 2015 09:36 AM PDT

PAS Sudah Tidak Relevan Lagi - Mat Sabu

KEPALA BATAS, 19 Julai (Bernama) -- Parti PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.

PAS masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di sini hari Ahad.

Beliau berkata GHB akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan PAS termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik namun menafikan GHB adalah proksi DAP.

"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jho Low, PetroSaudi berpakat tipu Malaysia AS$1.83 bilion menerusi 1MDB

Posted: 19 Jul 2015 08:54 PM PDT

The Edge Financial Daily dalam laporan muka depan hari ini melaporkan bukti yang mereka kumpul menunjukkan urus niaga di antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International adalah penipuan bagi mencuri AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) dari Malaysia semata-mata.

Ia menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony, dengan dibantu beberapa lagi eksekutif tertinggi 1MDB, sebagai dalang penipuan yang bermula pada 2009 dengan pelaburan awal AS$1 bilion yang kemudian berkembang menjadi AS$1.83 bilion menjelang 2011.

Laporan muka depan The Edge Financial Daily hari ini menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony menjadi dalang penipuan urus niaga 1MDB dan PetroSaudi International.

Harian niaga itu melaporkan pada asalnya PetroSaudi sepatutnya melaburkan aset bukan tunai sebanyak AS$1.5 bilion bagi menjadikannya usaha sama bernilai AS$2.5 bilion.

Sayap penyokong PAS Perak tutup susulan perpecahan Pakatan

Posted: 19 Jul 2015 08:50 PM PDT

Susulan perkembangan terkini dalam PAS, di mana kepimpinannya kini dikuasai golongan konservatif atau ulama, sayap penyokong parti itu di Perak kini merancang untuk menghentikan operasi.

Richard Wong, pemimpin sayap itu berkata, mereka sedang memikirkan untuk bubar pada Ahad ini. "Ahad ini kami akan umumkan peletakan jawatan kami di Manjoi, Ipoh.

 "Kami kena 'sau thong' (tutup kedai dalam bahasa Kantonis)," katanya kepada The Malaysian Insider pada ceramah Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kangar, Perlis malam tadi.

Wong merupakan salah seorang penceramah pada majlis itu yang menarik kunjungan ratusan orang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau melahirkan rasa terkejut mengenai perubahan dalam PAS kini di mana pemimpin progresif diserang dengan pelbagai label kerana pendekatan sederhana mereka. Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana PAS kini berpecah dua.

GHB: Ahli perlu isytihar keluar Pas kata PJ Melaka

Posted: 19 Jul 2015 08:37 PM PDT


Ahli perlu isytihar keluar Pas

BANDARAYA MELAKA - Pemimpin yang ingin menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) sewajarnya mengisytiharkan diri keluar Pas seperti mana beberapa pemimpin parti itu sebelum ini.
Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek berkata, mereka menghormati setiap pendirian bekas pemimpin parti di peringkat negeri yang ingin menyertai gerakan tersebut.
Kamarudin bagaimanapun berkata, tindakan itu perlulah dilakukan secara terhormat, bermaruah serta berjiwa besar untuk melaksanakan hasrat masing-masing.
"Sebaiknya jika hendak bergerak, isytihar diri keluar Pas dulu bukan berstatus ahli parti tetapi berkempen ajak ahli keluar Pas.
"Lihat sahaja Datuk Dr Hasan Ali menubuhkan Jalur Tiga selepas keluar Pas dan Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR dengan menubuhkan parti Kita.
"Bagaimana gerakan ini hendak berteraskan Islam. Ahli jadi keliru, lebih-lebih lagi kalau guna premis parti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kamarudin turut mengingatkan seluruh pemimpin Pas di setiap peringkat supaya berwaspada dan insaf mengenai amanah yang diberikan adalah untuk menjaga matlamat, harta dan maruah parti.
"Jangan muda beri laluan kepada individu-individu disyaki berkempen kepada Harapan Baharu beroperasi di markas Pas yang dibina atas sumbangan dan keringat ahli parti," katanya.
Di SEREMBAN, bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani membayangkan berkemungkinan menyertai GHB.
Mohamad Taufek turut mengakui ditawarkan jawatan timbalan pengerusi, namun tidak mahu mengulas lanjut.
"Saya boleh katakan agak berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai pergerakan ini yang saya rasa salah satu pertubuhan baru lain yang boleh memperjuangkan suara rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Penubuhan GHB hanya undang perpecahan kata PAS Terengganu

Posted: 19 Jul 2015 08:36 PM PDT


Penubuhan GHB hanya undang perpecahan

MARANG - Pas Terengganu menyifatkan usaha menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) hanya akan mengundang perpecahan dalam kalangan umat Islam dan memberi ruang kemenangan kepada BN.
Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha untuk menubuhkan GHB dan menarik ahli Pas untuk menyertainya pelu dihentikan segera.
"Dengan mewujudkan GHB, mereka mahu bertanding untuk kerusi apa dalam pilihan raya nanti, adakah PKR, DAP atau Pas?
"Sudah tentu PKR dan DAP tak akan bagi ruang kerana kerusi sudah dimiliki parti itu yang dianggap  starter score baginya.  
"Yang tinggal hanyalah kerusi Pas, adakah parti baru ini akan bertanding di kawasan kerusi Pas sehingga bersedia untuk menjadikan Pas kalah dan Umno menang," katanya.
Beliau yang juga Adun Bukit Payong turut menyifatkan kewujudan GHB berpunca daripada rasa kecewa untuk terus berjuang dalam Pas sedangkan perjuangan dalam Pas terbuka dan sangat luas.
"Saya harap rasa kekecewaan itu dihentikan dan usaha untuk mewujudkan parti baru ini ditamatkan, datang semula untuk bersatu dalam Pas," katanya.

Tarik ahli Pas bukan matlamat GHB

Posted: 19 Jul 2015 08:35 PM PDT


Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru (GHB) mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menjadi penyokong GHB dengan syarat faham matlamat penubuhan gerakan itu.
Timbalan Pengerusi GHB, Salahuddin Ayob ketika ditanya berhubung status ahli GHB di dalam Pas berkata, gerakan itu bukan parti politik.
"Kita terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bersama-sama dengan GHB," katanya.
Salahuddin berkata,  mengikut perlembagaan mana-mana parti di Malaysia,  sesiapa sahaja yang menyertai parti politik lain serta-merta akan gugur keahlian sebagai ahli dalam parti itu.
"GHB tidak ada paksaan untuk sesiapa menjadi ahli, ia terbuka. Kita ada 28 juta rakyat Malaysia. Ahli Pas hanya ada dalam satu juta.
"Kita ada pasaran yang lebih luas lagi. Rakyat yang mahu menyokong GHB boleh sertai gerakan ini," katanya.
Menurutnya, menarik ahli Pas ke dalam GHB bukanlah matlamat dan fokus GHB.
"Tidak semestinya ahli Pas sahaja. Kita tidak fokus kepada ahli Pas.  Kita tidak mahu. Pas bukan fokus kepada matlamat GHB," katanya.

GHB ingatkan orang Melayu jangan terpedaya mainan perkauman

Posted: 19 Jul 2015 08:28 PM PDT

Orang Melayu mesti berhenti membiarkan diri mereka ditipu dan terperangkap dengan permainan perkauman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Susulan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini yang berkaitan sentimen perkauman, ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kelakuan yang baik atau buruk tiada kaitan dengan mana-mana kaum.

"Dalam semua kaum, ada orang yang baik, ada jahat. Apabila kita menentang Umno, kita menentang pemimpinnya. Itu tidak bermakna kita menentang orang Melayu, tetapi kita menentang semua orang Melayu yang korup.

 "Jika seorang Melayu mencuri, kita tidak boleh pertahankan orang itu," katanya menyifatkan tindakan sebegitu sebagai 'asabiyah dan jahiliah'.

 "Cukuplah. Janganlah kita diperdayakan lagi," katanya pada ceramah GHB yang dihadiri ratusan orang di Kangar, Perlis, malam tadi.

Dalam kejadian di Plaza Low Yat 11 Julai lalu, sekumpulan belia Melayu didakwa melarikan telefon pintar dari sebuah kedai ketika jurujual yang melayan mereka berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma.

DAP kedekut, tidak pernah bagi ‘proksi’ sesen pun, kata Mat Sabu

Posted: 19 Jul 2015 08:25 PM PDT

Dituduh proksi DAP, pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata, kumpulan yang baru dilancarkan itu tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada parti sekular itu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, walau apa tuduhan dilempar PAS, GHB sebenarnya berfungsi dengan sendiri dan berdikari.

Walaupun beliau memberitahu media, tidak mahu bertindak balas terhadap tuduhan pengkritik yang pergerakan itu proksi DAP, beliau berkata sesuatu yang 'normal' bagi GHB dihentam sebegitu rupa.

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP. "Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.

Minggu lepas, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, GHB hanya berperanan sebagai proksi DAP. Kumpulan yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu ditubuhkan bekas pemimpin PAS progresif, juga merancang menubuhkan sebuah parti Islam baharu.

Katanya, GHB yang dilancarkan Isnin 13 Julai lalu, tidak akan mendapat kepercayaan orang Melayu atau sokongan majoriti ahli PAS.

Harapan bertukar menjadi gelombang, di Kota Baru, Kangar

Posted: 19 Jul 2015 08:23 PM PDT

Ia kini bukan lagi satu harapan baharu, tetapi gelombang yang akan melanda negara, kata para pemerhati terhadap 2 majlis perhimpunan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang pertama di Kota Baru, Kelantan dan Kangar, Perlis malam tadi.

Dewan Himpunan Cina Kota Baru dilimpahi hingga ke luar, begitu juga Dataran Paduka Sena, Kangar. Orang ramai memenuhi kedua-dua himpunan pertama itu selepas GHB dibentuk dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu.

Mengulas perkara itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata:"Suatu ombak kini bermula. Ombak ini kian membesar."

"Kepimpinan Mohamad Sabu dan seluruh pendukungnya dalam GHB dilihat bergerak sebagai satu pasukan dan tahu membaca gerak hati rakyat Malaysia yang kini amat dahaga kepada kepimpinan yang baik serta beramanah sesuai dengan ajaran Islam," kata pemimpin PAS yang pernah menjadi menteri besar Selangor itu.

Bagaimanapun, pemimpin PAS lain dalam komen spontan mereka berkata, program pusingan pertama ini memang dijangka akan mendapat sambutan baik kerana orang ramai ingin tahu mengenainya. Namun, mereka percaya, ia akan mula kehilangan tarikan selepas itu.

 Perhimpunan di Kota Baru diketuai Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengutus ucapan bertulis kerana beliau masih tidak sihat untuk menyertai himpunan itu.

Turut serta bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang turut memberikan ucapan sebagai bekas ahli Parlimen Kota Baru.

Di Kangar pula, himpunan dipimpin sendiri Mohamad Sabu, pengerusi GHB, platform yang dibentuk kumpulan progresif dalam PAS yang dipinggirkan parti Islam itu dalam pemilihan awal Jun lalu.

Turut serta ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof yang menjadi antara tokoh penting gerakan ini di samping Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail. Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu ketika memberikan ucapan di Kangar berkata GHB tidak mempunyai pemimpin utama kerana mereka semua pemimpin.

"Kita mahu kuasa rakyat yang menjadi kuasa menurunkan kerajaan Barisan Nasional. Kalau esok lusa pakatan yang akan ditubuhkan menjadi zalim pula, kita mahu kuasa rakyat ini pula yang turunkan kami," kata Mat Sabu.

Read More / Baca Lagi >>

Ceramah Perdana Gerakan Harapan Bharu Sempena Aidilfitri - Dewan Perniagaan China Kota Bharu

Posted: 19 Jul 2015 05:37 PM PDT






GHB sama pegangan dengan Nik Aziz, ganti kerajaan sedia ada, kata Husam

Posted: 19 Jul 2015 05:22 PM PDT


Datuk Husam Musa melihat tiada salahnya puak profesional PAS yang tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dilihat selari dengan pegangan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, Nik Aziz selama ini berharap agar agenda islah bernegara dan berkerajaan dapat diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada wajib digantikan secara total.

 "Kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisme murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

 "Ini satu usaha 'al-birri' (kebajikan) dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan. "Sekalipun saya pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB ini perlu disantuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Husam berkata, hasrat ramai rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa dan penindasan ke atas rakyat jelata, hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, serta segala macam kemungkaran politik, ekonomi dan agama, tidak harus dikecewakan.

 "Derita rakyat adalah derita kita bersama. Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

"Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan," katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri Salor di Kelantan itu berkata, menjadi harapannya untuk hadir ke ceramah GHB di Kangar, Perlis pada malam tadi, namun kesihatannya belum pulih sepenuhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Pas sertai GHB akan dihukum kata Mohd Amar

Posted: 19 Jul 2015 05:11 PM PDT

KOTA BHARU - Walaupun Pas Kelantan membenarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) membuat perasmiannya di negeri itu, namun mana-mana ahlinya yang terlibat tetap tidak akan lari daripada dikenakan hukuman.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar memberi amaran dan mengingatkan keahlian mereka yang terlibat dalam gerakan tersebut boleh terlucut sebagaimana yang termaktub dalam fasal-fasal perlembagaan parti Islam itu.
 
"Mana-mana ahli Pas yang menyertai parti politik yang lain, keahliannya gugur secara automatik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau diminta mengulas mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada ahli Pas yang dijangka menyertai GHB, yang kini dalam proses memulakan siri jelajah perasmiannya minggu ini.
 
Antara pemimpin besar Kelantan yang didakwa terlibat ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Dr Hatta Ramli, serta tidak kurang juga pemimpin-pemimpin dari DAP dan PKR seperti Lim Kit Siang, Datuk Saifuddin Nasution, Khalid Samad serta ramai lagi.
 
Selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP, masih ada beberapa bekas pemimpin Pas yang meneruskan kerjasama dengan PKR dalam PR dan ada yang berpendapat Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga turut akan terkesan dengan keputusan tersebut.
 
Mengulas isu berkenaan, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar menyatakan, DHPP adalah sebahagian daripada Pas dan antara sayap penting parti itu walaupun mereka bukan beragama Islam serta masih menyokong perjuangan yang ditekankan Pas selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

Melanyi temui kebahagiaan dengan pengakuan kata Abdul Rahman

Posted: 19 Jul 2015 05:07 PM PDT

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengkritik Penasihat DAP, Lim Kit Siang susulan pengakuan Lester Melanyi mengenai skandal membabitkan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Merujuk kepada kenyataan Lim sebelum ini yang mengelar Melanyi sebagai 'penyangak di bumi', Rahman berkata walaupun beliau belum cukup mengenali bekas wartawan Sarawak Report itu, namun pengakuan yang dibuat adalah cara untuk menebus kesalahan Melanyi selepas bekerja dengan 'penyangak'.
"Mungkin dia (Melanyi) dilihat sebagai penyangak yang tepat menyebabkan dia dipilih dan diupah untuk memburukkan pemimpin Sarawak dalam tempoh yang lama dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Lagipun hanya penyangak yang mengenali mereka yang sama dengannya. Namun, baru-baru ini seperti yang dilaporkan media, Melanyi mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan kisah jenayah membabitkan Perdana Menteri.
"Dia nampaknya berdamai dengan Tuhan dan mengambil keputusan untuk menebus dirinya," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, ianya memerlukan keberanian untuk seseorang membuat pengakuan melalui video yang membabitkan nama besar.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan berhubung bai’ah talak tiga tidak perlu dipandang serius - Khalid Samad

Posted: 19 Jul 2015 05:04 PM PDT

khalid watermark
Khalid turut menegaskan sumpah berkenaan tidak pernah dilafazkan dalam sejarah PAS.

KUALA LUMPUR, 20 Julai:

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, seruan untuk 'bai'ah talak tiga' oleh Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun tidak perlu dipandang serius.
Beliau menegaskan bahawa sumpah itu, yang perlu diambil oleh ahli-ahli PAS yang menawarkan diri untuk pilihan raya, adalah bersyarat yang telah dipertikaikan oleh ulama Islam tanpa kesimpulan yang jelas setakat ini.
"Anggap sahaja Abdul Fatah hanya berseloroh, kerana meruntuhkan perkahwinan apabila sumpah itu dilanggar adalah satu perkara yang serius.
"Kita juga perlu mengambil kira kesan negatif hasil daripada perceraian berdasarkan sumpah itu," katanya kepada The Rakyat Post.
Khalid turut menegaskan sumpah berkenaan tidak pernah dilafazkan dalam sejarah PAS.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin PAS yang enggan namanya disiarkan berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh sarjana Muslim yang pakar dalam perkara itu.
Katanya, perkara itu menjadi lebih rumit oleh fakta di mana sarjana Muslim seperti sarjana Mesir, Yusuf al-Qaradawi mempunyai pandangan berbeza dalam perkara itu.
"Menceraikan seorang isteri tiga kali dalam satu masa, bukan sebab sengaja tetapi hanya kerana sumpah adalah perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.
Terdahulu, Astro Awani melaporkan bahawa Abdul Fatah berkata, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan perlu ingat kepada sumpah berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

GHB: Kenyataan Rafizi beri kesan kepada imej sendiri, kata Iskandar

Posted: 19 Jul 2015 05:02 PM PDT


Post Pic

SHAH ALAM: Sokongan terbuka Rafizi Ramli kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) sebuah parti yang dibentuk pemimpin progresif PAS, akan memberi kesan kepada imej Setiausaha Agung PKR itu sendiri, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
Ujar Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, parti Islam itu tidak akan terjejas dalam apa jua segi pun hasil daripada kenyataan Rafizi itu.
 
"Saya rasa masalah dari segi kesan kepada PAS sama ada dia hendak menyokong GHB atau tidak, saya rasa tiada kesan yang minima, hanya reputasi dia sebagai seorang pemimpin nasional bahawa dia seorang pemimpin kebangsaan, apabila dia lakukan sedemikian, dia sedikit sebanyak telah menghakiskan reputasi dia," kata Iskandar ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari raya Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015, sebentar tadi.
 
Iskandar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata, sewajarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi perlu mencerminkan kredebiliti sebagai pemimpin rakyat dan tidak semata-mata atas kapasiti sebagai ahli politik.
 
"Saya rasa kita di dalam menjadi pemimpin politik, kita perlu jadi seorang negarawan juga, bukan hanya memikirkan politik tetapi perlu memikirkan kita sebagai pemimpin rakyat. 
 
"Mungkin oleh kerana beliau tidak duduk di dalam mana-mana kerajaan, jadi mungkin beliau kurang faham akan perkara-perkara dari segi sensitiviti atau perjalanan pentadbiran," katanya.
 
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR itu baru-baru ini yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap penubuhan parti baru itu sambil mengalukan iltizam GHB untuk terus berjuang menentang Umno-BN.
 
Menurut Rafizi, sokongan tersebut dibuat berdasarkan rekod mereka yang menyertai GHB adalah daripada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang teruji menentang Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Read More / Baca Lagi >>

JANJI PUAS JILAT SAMPAI MATI !!!

Posted: 19 Jul 2015 04:40 PM PDT


Di saat bau bangkai skandal Najib-1MDB sukar nak ditutup, semakin banyak timbul watak2 hero atau samseng cuba pertahankan boss mereka..

Makhluk camni ibarat Berak Tengah Jalan, Tapi Sendiri Tak Nak Mengaku...

Stop rocking the Bugis boat

Posted: 19 Jul 2015 04:37 PM PDT

Standfirst: Everyone knows that Najib is smart, straight and untainted by corruption.
najib,rakyat
By Iskandar Dzulkarnain
With our country drifting into uncharted waters due to the falling ringgit, GST, and a host of other economic and political problems, Prime Minister Najib Razak's pledge to continue with his responsibilities of running the country and doing what is best for the people has brought a sigh of relief from the whole nation.
The country will face dark difficult times and become the new sick man of Asia if Najib is forced to resign. Ignoring the negativity around him, our noble Bugis warrior continues to steer our sinking ship out of treacherous waters to try to save the country. All the members of the Federal Cabinet have given him their undivided support and so should the rest of us.
Everyone knows that Najib is smart, straight and untainted by corruption. With his credibility, popularity and integrity, he will steer this country forward on the right track.
Najib's government has always held fast to the principles of accountability, transparency and good governance, which is why his enemies find it so hard to unseat him.
Everyone knows better than to believe in a sleazy paper like the Wall Street Journal or the despicable Sarawak Report. The bias in their reports is so blatant that even the gullible public finds it hard to swallow.
It is unbecoming of Najib's enemies to hit below the belt by highlighting the lifestyle of his family. What is so strange about a high rolling movie producer buying a USD65 million mansion or a prime minster's son being employed in an international audit firm or having directorships in more than one company?
Rosmah Mansor has always been the perfect first lady, taking on unofficial ambassadorial roles, projecting an air of professionalism with her immaculate hairdos and expensive accessories like handbags and jewellery. Najib's enemies must be seriously running out of ammunition if they have to train their sights on poor Rosmah.
The opposition politicians should take a long hard look at themselves in the mirror and stop deceiving themselves and others or disappear for good.
Najib has implored us to stop believing in all the unsubstantiated hype about runaway corruption as it is simply a case of perception. It is a smokescreen carefully weaved by the opposition in an intricate web of deception to distract from the failure of the Pakatan Rakyat pact.
Read More / Baca Lagi >>

NEP (DEB) adalah singkatan kepada nepotisme, bukannya Dasar Ekonomi Baru

Posted: 19 Jul 2015 04:33 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

Jika mereka katakan yang duit tidak boleh beli kebahagiaan, maka DEB yang sudah berusia empat dekad tidak membeli orang Melayu sebarang hormat, apatah lagi hormat diri sendiri.

Melihat kepada cara 200 orang samseng Melayu yang memulakan amukan dan menyerang pekedai di Plaza Low Yat pada 13 Julai, membuatkan seseorang mempersoalkan bagaimana DEB telah menggagalkan anak muda Melayu hari ini.

Bergantung kepada siapa anda bercakap, pemuda Melayu yang mencetuskan kekecohan itu, telah didakwa mencuri telefon bimbit, atau menjadi mangsa tipu jual produk tiruan.

Untuk pemuda Melayu itu kembali, dengan telefon bimbitnya dan beberapa orang rakan, demi sokongan moral, untuk membantah pekedai adalah difahami; tetapi untuk kembali dengan kira-kira 200 orang samseng, untuk mencetuskan kekecohan, merosakkan perniagaan, menghancurkan harta benda awam dan pertumpahan darah, semuanya dalam tempoh masa yang singkat, tidak kedengaran seperti kejadian spontan langsung. Perkara ini telah dirancang.

Jadi apa yang dibuat oleh 200 pemuda Melayu pada waktu itu? Adakah mereka tidak bekerja atau belajar?

Adakah mereka Melayu tipikal yang kita sering lihat membuang masa di jalanan KL dan bandar-bandar besar lain?

Kenapa DEB tidak memberi mereka kerja seperti yang dijanjikan, atau peluang perniagaan yang mereka sepatutnya akses dengan mudah, atau peluang pendidikan yang dinafikan kepada bukan Melayu?

Kepada kerajaan, DEB adalah singkatan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ianya bukan baru, kerana ianya dimulakan pada 1971 dan seharusnya hanya bertahan sehingga 1990.

Ia kemudiannya diubah kepada Dasar Ekonomi negara, dan mengekalkan akronim asalnya. DEB mensasarkan untuk memingkatkan taraf hidup Bumiputra dengan membuka peluang dalam pendidikan, perniagaan, hartanah dan pemilikan tanah.

Read More / Baca Lagi >>

Mujahid anggap sertai GHB keputusan paling sukar dalam hidup

Posted: 19 Jul 2015 04:25 PM PDT


Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap keputusannya melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama pemimpin progresif lain dari parti itu awal minggu ini sebagai paling sukar dalam hidupnya

Titik perubahan dalam dunia politiknya itu mungkin menyaksikan beliau meninggalkan parti Islam itu dan menjadi anggota pengasas sebuah pertubuhan politik baharu bersama rakan-rakan yang "dipinggirkan". "Ia keputusan yang paling sukar dalam hidup saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam politik PAS.

Ibu saya mengandungkan saya apabila bapa saya berkempen di Perlis pada tahun 1964.  "Apabila saya dilahirkan pada 25 Oktober tahun itu, bapa saya terpaksa mencari nama yang mencerminkan cabaran yang beliau lalui. Sebab itu saya dinamakan Mujahid, maksudnya seorang pejuang yang tidak berputus asa.

"Saya mesti menghidupkan nama saya dengan kesukaran yang saya hadapi. Ia membentuk diri saya sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider. Mujahid, 50, dan pemimpin PAS progresif lain disingkirkan kumpulan konservatif dalam pemilihan parti awal bulan lalu.

Penyingkiran itu, katanya, membuatkan mereka sedar, parti itu tidak berpegang teguh kepada prinsip Islam dan menerima pakai kefahaman agama yang jumud, menjauhkan mereka yang ingin mengetahui Islam dengan lebih mendalam.

."Hari ini, di dunia sekarang, Islam dianggap pengganas, agama yang mundur dan konservatif, seperti apa yang Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) lakukan.

 "Menjadi tanggungjawab kita membetulkan persepsi dan realiti. Itulah yang kami cuba lakukan dengan Harapan Baru ini," katanya, merujuk kepada parti baharu yang beliau dan rakan-rakan progresif sedang pertimbangkan.

Mereka berharap parti baharu itu akan menjadi parti Islam alternatif kepada PAS dan seterusnya membawa kepada penubuhan pakatan pembangkang baharu menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang terkubur selepas PAS putus hubungan dengan DAP pada muktamar lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Zionis Israel isytihar Aman Palestin pengganas, rampas wang derma

Posted: 19 Jul 2015 04:17 PM PDT

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata pihak rejim dua minggu lalu mengisytihar Aman Palestin sebagai sebuah organisasi pengganas.
Menurutnya, pengisytiharan itu kemudiannya telah dijadikan alasan pasukan bersenjata rejim untuk merampas sejumlah wang dana Persatuan Al-Aqsa untuk program Ramadan, sebahagiannya disalur oleh Aman Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, Aman Palestin sebagai sebuah badan bantuan kemanusiaan antarabangsa menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.
"Penubuhan Aman Palestin adalah untuk mengumpul dana daripada rakyat Malaysia untuk disalur kepada rakyat Palestin ditindas secara kejam di tanah air mereka sendiri oleh penjajah Zionis Israel.
"Pertubuhan kami tidak pernah sekali-kali terbabit dalam apa juga aktiviti keganasan mahupun menyokong atau memberi dana kepada mana-mana pihak bagi tujuan keganasan.
"Aman Palestin menyalur dana dikumpul semata-mata demi membantu rakyat Palestin menjalani kehidupan dengan membekalkan bantuan makanan, keperluan perubatan, infrastruktur, pertanian serta keperluan asas lain yang telah dinafikan oleh pihak rejim.
"Kami juga mengutuk tindakan pihak rejim Zionis yang merampas wang dana dari akaun bank milik Persatuan Al-Aqsa," katanya.
Dana itu tegasnya bertujuan untuk program 'Ramadhan Charity Project 2015', di mana hampir 20,000 rakyat Palestin di tanah Palestin tanpa mengira agama akan menerima bantuan dalam bentuk pek makanan, baucar makanan, jamuan berbuka puasa serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.
Read More / Baca Lagi >>

Poket Didahulukan, Rakyat dikorbankan..!!!

Posted: 19 Jul 2015 04:09 PM PDT

Sedia maklum, majoriti rakyat M'sia dah lama tak percaya kat mana2 pemimpin Benjamin Netanyahu (BN) dan tahu kecelakaan pasti akan berlaku sekiranya tangan2 penyangak ini yang memerintah...
Tetiba Umbodoh Pulai Jaya 2 ni baru terhegeh-hegeh nk buat banner gi hantung sana-sini...LEMBAB betul OTAK nya..

ADAKAH SELEPAS 21 JULAI NANTI NAJIB BERANI NAK AMBIL TINDAKAN SAMAN TERHADAP WSJ ???

Posted: 19 Jul 2015 04:08 PM PDT


SKMM sekat akses ke laman Sarawak Report...Laman Lucah tak sekat pulak...!!!

Posted: 19 Jul 2015 04:04 PM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat buat sementara waktu akses ke laman web pemberi maklumat yang berpangkalan di London, Sarawak Report, setelah menerima maklumat dan aduan dari orang ramai.

Dalam satu kenyataan akhbar, SKMM berkata ia menerima aduan bahawa laman web itu memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan.

"Sekatan berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas," kata SKMM.

Ini merujuk kepada siasatan pasukan khas yang dianggotai Bank Negara, polis dan SPRM serta Jabatan Peguam Negara, terhadap 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

Bai'ah PAS: Cerai isteri talak tiga jika sertai GHB - Abdul Fatah

Posted: 19 Jul 2015 03:59 PM PDT

Bai'ah PAS: Cerai isteri talak tiga jika sertai GHB - Abdul FatahPASIR MAS: Mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kelantan diingatkan supaya merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurut Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, sumpah bai'ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan yang mana semua wakil rakyat, sama ada di peringkat parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya PAS.

"Itu jelas kerana perkara ini bukan baharu iaitu sejak tahun 1990.

"Maknanya kalau keluar parti sukarela atau cara lain mereka ini termaktub dalam bai'ah tersebut, kecuali mereka ini terkeluar parti kerana kes jenayah, gila dan sebagainya," katanya kepada Astro AWANI.

Sebelum ini, Abdul Fatah dalam nada sinis pernah menyuarakan mengenai perkara itu melalui status Facebook dengan mengandaikan bahawa akan ada ramai isteri wakil rakyat PAS Kelantan yang bakal menjanda.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Maszlee Malik ketika dihubungi Astro AWANI menganggap kenyataan Abdul Fatah adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Katanya, Abdul Fatah sepatutnya lebih cerdik mengutamakan hal membabitkan kepentingan rakyat dan bukan memikirkan hal remeh termasuk status janda bagi isteri seseorang wakil rakyat.

"Sepatutnya dia (Abdul Fatah) pentingkan isu rakyat, nasional, pentadbiran dan bukan hanya memikirkan tentang isu seks.

"Ini memberi gambaran buruk kepada PAS dan rakyat menilainya, tambahan pula dengan adanya media sosial," ujar Maszlee.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Razak Awak kat Mana ??

Posted: 19 Jul 2015 07:38 AM PDT


Realiti di Malaysia... Wajah sebenar PDRM di mata KERAjaan UMNO/BN..

Posted: 19 Jul 2015 07:18 AM PDT

Nak lapor 'jenayah' di kalangan UMNO & kuncu2nya, silap2 haribulan korang plok akan diburu mcm penjenayah..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:00 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GHB mula meraih sokongan meluas di Kelantan

Posted: 19 Jul 2015 09:38 PM PDT

OLEH   : JEBON







Displaying IMG-20150720-WA0002.jpg



Walaupun baru bermula Ramadan lalu, Gerakan Harapan Baharu (GHB) mula mendapat sokongan meluas di Kelantan. Ceramah pertama dalam siri jelajah GHB di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu malam tadi penuh sesak dihadiri rakyat yang ingin tahu perjuangan sebuah parti yang akan mengambil alih peranan Pas dalam Pakatan Rakyat baharu.

Penceramah utama Datuk Husam Musa tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Namun begitu penceramah lain mengutarakan hujah yang hebat bagi memulakan satu perjuangan baharu di bumi Malaysia.

Displaying IMG-20150720-WA0006.jpgAhli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata, kewujudan GHB sama sekali bukan kerana kekecewaan golongan profesional Pas terhadap kekalahan mereka dalam Muktamar ke 61 lalu tetapi kerana proses kebangkitan rakyat terhalang akibat tingkah laku pimpinan Pas semasa.

"Tak pernah dalam sejarah rakyat sokong parti yang berdiri atas kaki sendiri untuk tumbangkan BN. Setiap parti perlulah bekerjasama (bagi meyakinkan rakyat)

"Sebenarnya proses kebangkitan rakyat diuruskan dengan baik sejak Reformasi sehinggalah apa yang berlaku sekarang," katanya.

Ketua wanita GHB, Dr Siti Mariah Mahmud pula berkata, kewujudan entiti baharu itu lebih kepada ingin mengubah landskap politik negara dan bukannya kerana kecewa dalam pemilihan lalu.

"Nak harap pemimpin yang berintegriti dah tak boleh harap dengan ahli politik sedia ada. Kita kena panggil masuk orang-orang yang ada integriti untuk masuk politik," katanya merujuk suasana politik BN yang berkecamuk dan kelesuan PR untuk menumbangkan BN.

Adun PAS yang menjadi hero menyelamatkan kerajaan PR Selangor tahun lalu bersama Saari Sungip menyokong pencalonan Dr Wan Azizah, Hasnul Baharuddin pula berkata Pas semakin sempit arah pemikirannya dan tidak sesuai untuk meneruskan perjuangan politik baharu

"Antara kelemahan Pas hari ini adalah perbezaan pendapat merupakan satu dosa," katanya.

Sementara itu, koordinator GHB Pahang Dr Hamzah Jaafar menyindir kerajaan Kelantan yang masih terkial-kial mengatasi masalah perumahan selepas banjir tetapi berkeras ingin melaksanakan Hudud.

"Isu banjir tak selesai lagi mereka dah nak bawa isu Hudud. Di peringkat nasional kerajaan BN semakin teruk. Negara dah banyak hilang duit. 1MDB saja RM42 bilion. Lepas tu RM52 bilion saham bumiputera juga habis. Sebab apa? Sebab BN dah lama sangat berkuasa. Ini yang kita mahu tentang," katanya.

Ceramah perdana itu juga turut menjemput Datuk Wan Rahim yang mengupas isu perumahan rakyat Kelantan dan menekankan bahawa Pas bukan akidah. Oleh itu, tidak salah bertukar perjuangan kepada GHB. Peguam terkenal Zaid Ibrahim pula muncul di pentas mengajak rakyat memberi sokongan kepada GHB yang akan meneroka dimensi baharu politik Melayu.








APA KENA MENGENA DENGAN JUSTO DALAM PELBAGAI ISU SENSITIF DI NEGARA KITA??!!

Posted: 19 Jul 2015 03:11 AM PDT





 


Kalangan yang membesarkan kes justo di Thailand adalah terdiri daripada golongan minda lemah!! Kes 1mdb tiada kaitan dengan justo dan Perdana Menteri harus menjawab banyak persoalan yang belum terjawab!!

Suatu masa dahulu yb datuk ahmad maslan (timbalan menteri kewangan) kata kementerian kewangan tidak pernah keluarkan surat 'jaminan' untuk 1mdb meminjam wang tetapi akhirnya beliau didapati membohongi parlimen serta dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin parlimen untuk memohon maaf.

Apakah isu yb datuk ahmad maslan ini ada kena mengena dengan justo??!! Tiada kaitan pun dengan justo!!

Perdana Menteri kata kononnya tak kenal jho low tetapi ada gambar dato sri najib, datin sri rosmah serta anaknya riza aziz bersama jho low.

Apa kaitan ini dengan justo??!! Ada kena mengena kah dengan justo??

Dato sri najib kata jho low tiada kaitan dan tak pernah terlibat dengan syarikat 1mdb tetapi akhirnya mahkamah london mengaitkan jho low mewakili 1mdb membida untuk beli sebuah hotel di london.

Apa kena mengena isu ini dengan matlumat justo??!!

Perdana Menteri membohongi parlimen kata sebahagian duit yang ditebus dari kepulauan caymen sejumlah usd1.103 billion disimpan di bank BSI singapura akhirnya didapati tidak benar serta 1mdb beri dokumen palsu. Monetary Authority Singapore dah pun siasat!!

Ini pun ada kaitan ke dengan matlumat palsu justo??!! Tidak ada kena mengena pun!!

Duit usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi dato sri najib; apakah ini juga dengan matlumat palsu justo??!!

Isu ini tidak ada kaitan langsung dengan matlumat justo!!

Sejumlah wang tunai rm2 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi datin sri rosmah; apakah ini ada kaitan dengan justo??!!

Justo kah yang bagi matlumat ini??!! Tak ada kena mengena pun!!

Banyak lagi isu-isu yang dato sri najib harus jawab secara jujur, ikhlas, telus dan secara mudah difahami rakyat mengenai berbagai perkara yang rakyat nak tahu. Apa susah sangat dengan dato sri najib untuk memberi jawapan secara mudah bagi memberi pencerahan kepada keseluruhan masyarakat di negara kita??!!

Tolonglah jangan jadikan isu justo untuk mengalih pandangan rakyat. Kini, mentaliti rakyat lebih bijak daripada pemikiran segelintir dari menteri-menterikabinet kita!!

Isu justo yang sedang diperbesarkan itu hanya menjadi bahan tertawa rakyat saja!! Sesungguhnya, rakyat tidak bodoh dan putrajaya akan gagal untuk terus memperbodohkan keseluruhan warganegara malaysia!!

Isu justo akan gagal untuk mengalih pandangan rakyat malaysia terhadap persoalan pokok skandal syarikat 1mdb. Jangan risau!! Banyak isu-isu sensitif yang sedang melanda negara kita masakini tidak ada kena mengena langsung dengan justo!!

Khairuddin Abu Hassan

APA KATA GHB APABILA ULAMAK PAS MENGHENTAM MEREKA.

Posted: 19 Jul 2015 12:11 AM PDT

 

 

 

 

 OLEH: GREENBOC

Semakin Dihentam GHB Semakin Kuat & Semakin Mendapat Sokongan


Cerminan siasah Islam Oleh K Pragalath

Syawal menjelma dan Muslimin seluruh dunia menyambut Aidilfitri.Bagi penulis, Ramadan 1436 memang membawa pengertian besar dalam perkembangan siasah Islam.

Satu kumpulan pimpinan ulama dalam aktiviti siasah bertembung dengan kumpulan bukan ulama dengan pendekatan Islam syumul.

Perkara yang menarik perhatian penulis ialah bahasa yang digunakan oleh kedua-dua pemimpin kumpulan ini. Ya, bicara hari ialah berkenaan kepimpinan PAS dan kumpulan bukan kerajaan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kepimpinan PAS melemparkan pelbagai tuduhan terhadap GHB tanpa sedikitpun mempedulikan kesucian bulan Ramadan dan Islam.

Para pemimpin GHB mempertahankan pendirian dengan kata-kata yang lebih manis.

Penyokong tegar boleh menyatakan bahawa kumpulan GHB ialah kumpulan yang kalah dalam pemilihan muktamar. Persoalannya, bagaimanakah kumpulan ulama menghalalkan penggunaan senarai cai?

Dan mengapakah jawatankuasa disiplin tidak mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjalankan kempen memburukkan calon menerusi protes di depan ibu pejabat agung PAS dan kempen fitnah di dalam ruang siber?

Berbalik kepada isu bahasa, berikut adalah di antara petikan ayat dan kata-kata yang digunakan oleh kedua-dua PAS dan GHB.

Jelas sekali parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim progresif.

Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sisters in Islam, Lawyers for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri.

Petikan di atas ialah kata-kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki. Zuhdi turut membuat tuduhan bahawa GHB akan memperjuangkan 'Islam ala Amerika'.

Pengarah pilihanraya PAS, Mustafa Ali pula menuduh GHB sebagai 'proksi' DAP.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Tantawi pula melabel penyokong GHB 'melakukan pengkhianatan' kepada PAS.Ahli jawatankuasa PAS pusat Zaharudin Mohamad pula menyifatkan sokongan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli terhadap GHB sebagai kurang ajar.

"Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ini gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas.

"Selagi GHB belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar.

"Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa GHB membalas secara bersahaja.

"Sekiranya mereka tidak melihat kami sebagai ancaman, maka mereka tidak perlu memberi kenyataan atau bertindak balas terhadap GHB. Saya tidak faham apa itu Islam ala Amerika dan apa yang dimaksudkan dengan menyokong LGBT.

"Saya tidak boleh memberi komen terhadap imaginasinya."Para pembaca boleh melihat kesantunan bahasa kedua-dua kumpulan.Penulis yakin semua agama melarang keceluparan seperti mana yang ditonjolkan ini.

Tepuk dada, tanyalah selera siapa yang sewajarnya menjadi wakil agama Islam. -beritadaily




Apa Kata Anak Ust Fadzil Nor Yang Pro-Ulama

Sebagai pemerhati diluar, berpandangan daripada duk bergaduh dgn kawan kawan datam yang sama parti dulu, biarlah mereka nak tubuh parti baru dan doakan mereka.

Janganlah tuduh pengkhianat ka apa apa yang berbau istilah mencela. Sempena raya simpanlah siku dan tutut dulu. Perkara ini tidak melibatkan akidah atau pembatalan iman.

Imam Tahawi pernah bermazhab Syafie kemudian berpindah kepada mazhab Hanafi dan berjaya datam kerjaya beliau. Berbaiklah dan bekeriasama datam berbuat kebaikan.

Sayang semua muslim
Fauwaz Fadzil Noor




Harapan Baru, serupa tapi tak sama:

1. Parti2 serpihan Pas sblm ini hanya ditubuh oleh beberapa orang pemimpin Pas yg kecewa dgn dasar atau keputusan politik Pas spt isu pemecatan Dato Mat Nasir sbg MB, krisis Dato Asri , CCC dll,

2. Semua parti serpihan ini bersifat mesra UMNO dan menentang Pas secara total dlm praya. Harapan Baru pula:

1. Akan meneruskan semua dasar dasar Pas termasuk memperjuangkan hukum hudud,

2. Tidak berlawan secara total dgn Pas, BN masih menjadi musuh politik utama

3. Menggantikan Pas dlm pakatan politik pembangkang, Pas semenjak 1990 telah menerima konsep persefahaman antara parti pembangkang, konsep ini perlu diteruskan kerana terbukti berjaya menggugat kekuatan BN,

4. Penubuhan Harapan Baru tidak dibina atas rasa kecewa dlm pemilihan Pas, sebaliknya atas prinsip perjuangan yg wajib diteruskan, bila ruang2 perjuangan telah ditutup rapat oleh manusia2 suci dlm Pas, maka satu laluan baru mesti dibina utk meneruskan perjuangan lama.

5. Harapan Baru didokong oleh lebih separuh drp pemimpin lama Pas samada di peringkat Pusat dan juga Negeri dan diterima baik oleh 80% penyokong dari jumlah lebih 3 juta penyokong PR, mereka hanya ditolak oleh 80% drp hanya 1200 perwakilan Pas yg memilih secara chai.



Ahli, pimpinan PAS tak perlu bimbang dan marah kepada #HarapanBaru

Penubuhan wadah baru sudah tidak dapat dielakkan. Ianya merupakan natijah daripada kemelut dalaman PAS yang tidak diurus dan ditangani secara bertanggungjawab.

Tiada siapa boleh memusing jarum jam untuk kembali ke masa yang telah berlalu.

Kepada yang kekal dalam Pas, anggaplah parti anda berada dalam keadaan selamat sekarang. Tiada lagi ancaman pengaruh fikrah luar yang mengganggu asholah perjuangan Pas. Tiada lagi pengkhianat. Tiada lagi golongan tak jelas fikrah. Parti anda sangat suci dan bersih sekarang. Bergembiralah dan bersyukurlah.

Anda tidak perlu bimbang dan marah. Presiden anda sangat pasti, wadah baru hanya boleh bertahan paling lama 2 tahun. Tempoh itu tidak lama. Anda tidak perlu risau apa-apa. Yakinlah dengan telahan Presiden anda. Dia tidak buat sebarang salah dan silap sebelum ini. Semuanya benar belaka.

Bagi yang memilih wadah baru, ketahuilah anda telah memilih jalan yang sangat sukar. Maka, pilihlah dengan ilmu dan kesedaran. Bukan kerana marah. Bukan kerana kecewa. Anda perlu memilih jalan ini kerana keyakinan dan harapan yang tinggi. Anda perlu memilih jalan ini kerana anda yakin anda benar. Jangan ada sebab lain.

Peluang untuk berjaya ada, tetapi laluannya tidak mudah. Kalau anda sudah biasa berkorban sebelum ini, ada perlu lebih banyak berkorban kali ini.

Kalau anda biasa dengan celaan dan kata nista sebelum ini, anda akan mendengar lebih banyak lagi kali ini. Pertingkatkan kesabaran kalian.

Kalau anda biasa bangun malam bermunajat kepada Allah sebelum ini, anda perlu lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah kali ini.

Ujiannya pasti lebih getir. Celaan pasti lebih pedih. Kepayahan pasti lebih sukar.

Selamat berjuang. Seeru alaa barakatillah.

Abu Mubarak


ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan, demikianlah sunnatullah, semakin dihentam, dicaci dan difitnah, ia akan menjadi semakin utuh dan kuat.

Dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, bala bencana itu menimpa tidak lain kepada orang yang memfitnah dan mencaci maki itu.

Meminjam syair Arab yang dipopularkan oleh mereka juga,

Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah berjalan terus, #GHB akan tetap ditegakkan dan perjuangan akan tetap diteruskan!

Rakyat Kelantan, jangan lupa program malam ini!