Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Konspirasi dan kebenaran Skandal 1MDB

Posted: 17 Jul 2015 11:41 PM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tony Puah meracau macam.orang bersalah

Posted: 18 Jul 2015 07:23 PM PDT




Dato Rahman Dahlan dan Dato Shabery Cheek buat statemen.




Tony Pua pun meracau dengan.mencabar, mengugut dan mempersendakan.dengan tingkah laku seolah-olah tamaddun cina yg tiada adab tapi tak juga nafi.





Meracau betul ... menutup melayu.



Rafizi pun turut meracau.


ĻM








Fitnah is not funny, Rapiji

Posted: 18 Jul 2015 07:30 AM PDT


Gila ke apa wakil rakyat dan setiausaha agong PKR ni?

Apa punya kerajaan jika pemimpin parti ini akan terajui jika fitnah, menipu dan putarbelit tu satu hanya satu mainan dan gurauan.




Hari ini Rosmah, esuk rakyat biasa mudah sangat ditekan menggunakan fitnah. Baca komen sijambu ini di SINI

Rosmah dah jawab pun dipermainkan. Kenapa make dunno pasal surat cintanya Rafizi dengan jantan junior di McGay Gay?


Guna JMM, SAMM serang Tun M habibuta kerja habibodo

Posted: 18 Jul 2015 03:30 AM PDT


Samada guna NGO yang diketuai budak pembantu kedai buku atau ....


 ... guna budak PKR Chegubard ...



Mokhzani mampu dan aktif dalam sukan permotoran. Tak bijak serang Mokhzani atau Tun M.

Tak bantu bersihkan atau naikkan balik nama Najib pun. Tu pun tak boleh fikir ke ...

Orang kalau tahu ianya psywar, maka bukanlah ia satu psywar. Psywar mesti ada objektif dan sasaran, bukan habibuta.

Habibodo untuk guna cara old school yg guna takap peringkat bahagian.


Ramai meroyan polis Thai nak tangkap

Posted: 17 Jul 2015 11:30 PM PDT



Ekoran itu, Lim Kit Siang meroyan bila toy boy nya Tomy Pua akan ditangkap untuk didakwa polis Thai. Dia katakan twlor bertepek dimuka Rahman Dahlan tapi muka dia bakal bertepek jika Tony Pua masuk lokap.



Si gersang pun kepanasan bila bapak gersang un dikaitkan.


RPK dah tokok tambah pulak ...






Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ISU TUDUH CINCIN ROSMAH, RAFIZI KATA DIA "MAIN-MAIN" JER...GITU PULAK !

Posted: 18 Jul 2015 08:06 PM PDT


Aduhai kenapa semua orang menggelabah ne...?

Tony Pua macam cacing kepanasan gara-gara Justo ...

La ne Rafizi Ramli pula menggelabah pasal tuduh Cincin...

Lim Kit Siang juga mengelat dah sekarang lapor TMI...

kenapa ne...kenapa...kenapa???

SAYA SANGKA 8,000 SAHAJA

Posted: 18 Jul 2015 12:01 AM PDT


PUTRAJAYA, 17 Julai -- Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinetnya meraikan kira-kira 80,000 rakyat tempatan dan asing pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di sini hari Jumaat.

Orang ramai berbaris sejak pukul 8 pagi untuk menghadiri majlis itu, yang bermula pada 10.30 pagi dan berakhir 4.30 petang.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang masing-masing berpakaian baju Melayu oren-merah dan baju kurung moden, menyambut dan bersalam mesra dengan para pengunjung ke majlis itu.

Terdahulu, Najib menyuarakan kegembiraan beliau mengenai sambutan orang ramai terhadap majlis rumah terbuka iu dan berkata kehadiran beribu-ribu tetamu daripada pelbagai kaum, membantu memupuk perpaduan dan keharmonian nasional.

Pada kira-kira 1 tengah hari, Najib menyertai beribu-ribu umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra Perdana.

Dua jam kemudian, beliau dan isteri, serta beberapa menteri Kabinet, memotong kek Aidilfitri seberat 100kg pada majlis rumah terbuka itu.


Pada majlis memotong kek, Najib menghiburkan hadirin dengan menyanyikan sebuah lagu Raya.

Para tetamu terpegun dan memberi tepukan bergemuruh terhadap perdana menteri yang menyanyikan lagu itu bersama beberapa menteri Kabinet dan selebriti.

Walaupun kelihatan letih setelah sepanjang hari melayan tetamu, perdana menteri tetap meluangkan masa beramah mesra dengan para hadirin.

Cuaca panas tidak menghalang tetamu, termasuk pelancong asing, berpusu-pusu menghadiri majlis itu.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat dan rendang. Kira-kira 70,000 bungkusan cenderamata Aidilfitri juga dihadiahkan kepada hadirin sebagai buah tangan.

-- BERNAMA 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:04 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pas paranoid: Dulu kutuk DAP, sekarang hentam PKR punca perpecahan

Posted: 18 Jul 2015 09:26 PM PDT

Oleh:    PUKUL CANANG

Mungkin tiada pihak yang akan bersekutu dengan Pas selepas menantu Presiden Hadi Awang, Zaharudin Mohamad mengecam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai kurang ajar apabila menyokong penubuhan platform Gerakan Harapan Baharu yang dikepalai Mat Sabu.

Ahli Majlis Syura Ulama itu marah kerana Rafizi menyokong GHB walaupun ahlinya masih belum meninggalkan Pas.

"Selagi Gerakan Harapan Baru belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar," kata Zaharudin dalam akaun  facebooknya.


 

Menurut logik, tiada istilah kurang ajar dalam hubungan bekas ahli Pakatan Rakyat apabila Majlis Syura Ulama Pas awal Julai lalu menerima keputusan Muktamar Pas ke 61 untuk 'menceraikan' DAP. Sehubungan itu PR secara rasminya terbubar.

Sekali dibubarkan DAP ketika memutuskan kesemua hubungan dengan Pas; kali ini Pas pula mengambil jalan serupa. Oleh kerana PR telah pun bubar maka parti-parti di dalamnya bebas untuk memilih sekutu. Pas bebas untuk bekerjasama dengan siapa pun malah bergabung di dalam BN. Maka PKR juga bebas untuk menyokong kumpulan serpihan Pas.

Jadi broker kuasa

Mengapakah seorang yang berilmu agama seperti Zaharuddin tidak mampu memahami logik tersebut? Menuduh Rafizi kurang ajar samalah seperti menyerang PKR yang akan mengundang serangan balas daripada parti itu.

Tindakan Zaharudin semakin pelik apabila cuba memainkan peranan sebagai broker kuasa dan menyifatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali adalah pro Pas. Katanya, pandangan Rafizi berbeza dengan Menteri Besar Selangor .

"Berdasarkan Kajang Move, saya tidak nampak ini keputusan PKR atau Rafizi sendiri kerana itu adalah game kumpulan Rafizi yang di'mastermind'kan dan diwarnai Rahim Ghouse, seorang tegar IRC.

"Sebab itu kenyataan mereka sering tidak sehaluan dengan Azmin dan lain-lain," tulis Zaharudin.

Walaupun hanya di Facebook namun tindakan Zaharuddin ini kelihatan melampau. Sebagai pegawai agama di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, beliau tidak wajar berperi laku sedemikian. Krisis Pas tiada kena mengena dengan PKR.

Sebelum ini Pas menuduh Dap cuba menguasai parti itu. Masalah Pas berpunca dari dalam dan bukan dari mana-mana parti sekutu. Pas sedang diisolasi oleh sekumpulan penasihat Hadi yang kurang cerdik. Mereka cuba menjadikan Pas seperti Umno yang  dominan dalam kerajaan.

Umno dikenali oleh ahli komponen BN sebagai pembuli dan semua keputusannya wajib dituruti. Pas dengan 1.3 juta keahlian juga mahu PKR dan DAP mengikut kehendak mereka.

Sedangkan hakikatnya Pas tidak mempunyai kualiti pemimpin yang mampu mencerna masalah negara. Pas menekan lahirnya tokoh seperti Rafizi atau Tony Pua dalam parti itu. Manakala pemimpin yang mampu menggerakkan massa seperti Mat Sabu, Husam atau Mujahid bukanlah dalam kalangan ulama.

Ulama pula mendengki golongan profesional. Lalu timbullah tuduhan sebagainya didakwa Zaharuddin kononnya puak profesional telah dihasut PKR untuk menghijack Pas.

Tiada bukti

Kononnya pemimpin PKR Rafizi dan Dr Rahim Ghouse yang pernah menganggotai Islamic Representative Council (IRC) - ditubuhkan di United Kingdom oleh pelajar Malaysia yang berbeza pandangan dengan PAS - bertanggungjawab menghuru-harakan parti itu.

Tuduhan mengarut tanpa bukti dan mentaliti bersangka buruk terhadap rakan gabungan itu adalah sebab utama pemimpin profesional meninggalkan Pas.

Siapakah yang akan berkawan dengan Pas selepas ini? Parti yang tidak stabil dan dibarisi oleh sekumpulan pemimpin yang paranoid. Semua orang tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai keperibadian suci seperti mereka.

Sehinggakan sikap tidak bermusuh Azmin yang memberi peluang kepada exco Pas untuk terus berada dalam kerajaan Selangor pun dianggap sebagai pro Hadi dan anti DAP. Malah kumpulan ustaz muda Pas bertindak lebih jauh dan kini mencuba untuk  memecahkan PKR kepada dua, antara puak Rafizi dan Azmin. Dengan harapan puak Azmin menghijack PKR dan mengumumkan Pakatan Rakyat Baharu dibentuk antara PKR dan Pas

Jika beginilah sikap Pas maka bukan sahaja DAP dan PKR akan menjauhi mereka malah rakyat pun tidak akan mendekati parti itu. Sikap adu domba Pas sama buruk dengan Umno walaupun ditadbir kalangan ustaz.

Semakin biul

Mereka sanggup memfitnah PKR menjadi punca Pas berpecah. Sedangkan Mat Sabu dan rakan-rakan beliau tidaklah sebodoh yang disangka Zaharudin. Mat Sabu telah berjuang dalam Pas dan berkali-kali ditahan ISA ketika Zaharudin masih lagi berhingus.

Rafizi juga masih di sekolah rendah ketika Mat Sabu mula melawan kerajaan BN. Adakah seorang tokoh yang berwibawa seperti itu dengan mudah dihasut Rafizi dan Dr Rahim Ghouse? Malah ketika Anwar dalam Umno, Mat Sabu adalah penentang tegar Anwar.

Tokoh yang telah teruji dengan ISA tidak akan beralih arah atau termakan hasutan oleh sekumpulan anak muda dari PKR. Sebaliknya jika Zaharuddin yang diISAkan maka berkemungkinan besar beliau tidak akan bersama Pas  hari ini, malah mungkin tidak mahu menjadi menantu Hadi Awang.

Sesungguhnya perpecahan Pas hari ini adalah kerana golongan pejuang sejati dicampak keluar dan parti itu dipimpin oleh golongan ustaz manja tetapi cuba menunjuk pandai. Kelemahan Hadi yang tidak mengikuti perkembangan politik – seperti kata bekas penasihatnya – cuba digunakan oleh ustaz muda ini demi kepentingan mereka.

Hadi pada awal 2000 menerima nasihat daripada Mustafa Ali, ustaz Abu Bakar Chik, ustaz Haron Taib dan beberapa orang lain yang mahir dalam sepak terajang politik. Namun apabila Zaharuddin mula mendapat kedudukan penting dalam Pas, dapat dilihat Hadi mula enggan mengikut landasan perjuangan yang dirintis oleh para penasihat terdahulu.

Hadi melanggar dasar yang diasaskan oleh Fadzil Noor dan Nik Aziz demi mendengar kata-kata ustaz muda berkenaan . Hadi sanggup berbaik-baik dengan Umno hanya kerana golongan ustaz itu mahu jalan pintas ke puncak kuasa.

Masuk perangkap

Puak profesional yang rata-rata lebih 20 tahun  pengalaman melawan Umno sedar ustaz muda telah masuk perangkap. Mereka tidak akan berjaya dalam apa jua kerjasama dengan parti sekular yang merampas hak rakyat menjadi milik peribadi. Oleh kerana itu profesional meninggalkan perjuangan Pas yang kelihatan semakin sia-sia.

Hanya takdir dan waktu akan memperlihatkan kepada rakyat siapakah yang berjaya dan puak manakah yang terkena. Kalau ustaz muda terkena, Umno enggan meluluskan Hudud di parlimen, maka imej Pas akan tercalar teruk dan parti itu akan runtuh.

Jika demikian, maka para ustaz inilah yang terlebih dahulu akan terbang keluar; berniaga, bekerja dengan kerajaan, menjadi pendakwah bebas dan sebagainya. Pas akan terbiar. Jika dahulu wujud puak Mat Sabu yang tekun bekerja, selepas ini Pas akan merudum kerana puak ulama sibuk dengan urusan keluarga masing-masing.

Clare: Saya sedang dicerca kerana mendedahkan kebenaran

Posted: 18 Jul 2015 09:19 PM PDT

Putrajaya berusaha keras untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari skandal 1MDB dan hubungannya dengan Najib, kata pengasas Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Pengasas laman Whistle-blower Sarawak Report yang Clare Rewcastle Brown berkata beliau hanya menjalankan tugasnya dan menyampaikan fakta-fakta untuk pembaca pintar di Malaysia dengan mendedahkan salah laku dalam 1MDB.

  Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan baru-baru ini yang telah dikaitkan Clare dan Sarawak Report didakwa mengganggu dokumen yang berhubungan dengan 1MDB.

   Beliau telah dituduh bersubahat dengan pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memalsukan dokumen 1MDB.

   Pada hari Khamis, polis Thai mendakwa bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo - yang berada dalam jagaan mereka untuk memeras ugut bekas majikannya - telah bertemu dengan kira-kira 10 orang untuk menjual dokumen berkaitan dengan 1MDB dan PetroSaudi.

   Clare dikatakan salah seorang daripada mereka, bersama-sama dengan orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin pembangkang dan wartawan Malaysia atau bos media.

   Pada hari yang sama, bekas wartawan Sarawak Lester Melanyi mendakwa dia mengambil bahagian dengan plot terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib oleh Sarawak Report dan pembangkang, didakwa memalsukan dokumen yang berhubungan dengan 1MDB.

   Sarawak Report telah menafikan apa-apa plot dan mempersoalkan kredibiliti Lester dengan berkata bahawa dia telah dibayar untuk membuat tuntutan tersebut.

   Apabila Berita Daily bertanya Clare untuk bertindak balas kepada dakwaan ini melalui temu bual e-mel, warganegara UK kelahiran Malaysia itu berkata ini adalah cubaan Putrajaya untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari skandal 1MDB dan hubungannya dengan Najib.

   "Mereka cuba untuk mengalihkan perhatian daripada jenayah; mereka cuba untuk memburuk-burukkan dan mencemar nama baik mereka yang telah mendedahkan dan mereka agak jelas dalam taktik ini dalam proses itu," katanya.

  "Saya rasa mereka cuba untuk mewujudkan gangguan dan untuk menjatuhkan saya melalui media yg mereka kuasai," tambah beliau.

   "Mereka telah menggodam saya dan saya rasa mereka boleh terus mencuba untuk membayar orang untuk mengatakan barangan. Tetapi, saya hanya akan melakukan kerja saya dan membentangkan fakta-fakta untuk pembaca pintar di Malaysia," tambah beliau.

   Apabila ditanya mengenai pertemuan yg dikatakan beliau dengan Justo, Clare enggan mengulas mengenai perkara itu.

   "Apa ada kaitan dengan orang Thai dan penyiasatan mereka sebagai ancaman pemerasan mendakwa dan / atau kesalahan imigresen didakwa oleh Encik Justo ?," tanya beliau.

   "Mengapa saya akan bekerja dengan mana-mana orang-orang ini - tetapi sama ada saya hubungi ahli-ahli politik Malaysia dan tokoh masyarakat, ya saya berbuat seperti mana-mana wartawan lakukan," katanya.

   Beliau menambah bahawa dia bukan orang yang bertanggungjawab atas kehilangan berbilion-bilion wang pembayar cukai Malaysia.

   "Fakta perkaranya ialah setiap yang telah saya lakukan bukanlah di bawah siasatan.

   "Satu-satunya sebab saya yang dimaki-maki dan diburu oleh orang-orang yang terlibat dalam kehilangan wang ini ialah saya telah mendedahkan aspek yang jelas muncul sebagai satu jenayah yang besar," kata Clare.

  "Saya merasakan bahawa jika Umno mengambil jalan keluar seperti yg tidak masuk akal ini, maka mereka mustahil untuk menentang isu-isu yang mereka hadapi keatas skandal 1MDB," kata beliau beritadaily

HUSSAM MUSA DIJANGKA BERCERAMAH DIPENTAS GHB-2 CERAMAH SERENTAK MALAM INI.

Posted: 18 Jul 2015 03:45 PM PDT





KELANTANPERLIS GHB

Hj Hadi muncul sebagai Nujum Pak Belalang pula...

Posted: 18 Jul 2015 03:32 PM PDT


 
 OLEH:: AL HUSSEYN
 
 
Hj Hadi meramalkan parti baru hanya akan bertahan paling lama 2 tahun....
Apa kenanya dengan Presiden PAS, Hj Hadi ni? Lagi kerap dia buka mulut, lagi nampak keserabutan pemikirannya. Orang ramai melihatnya semakin lucu dan kelakar bila Hj Hadi mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten. 

Dulu dialah yang jadi tukang sembur ubat nyamuk, suruh segala macam parasit dan serangga keluar dari kelambunya dan suruh tubuh parti sendiri.Bila nyamuk-nyamuk dah habis semua keluar berterabur dari kelambunya, ingatkan Hj Hadi tentulah tidurnya aman dibuai mimpi indah semahunya...

Rupa-rupanya tidak juga! Hj Hadi semakin meracau diganggau oleh igauan ngeri dan mencemaskannya!Dia dah ngigau jadi Nujum Pak Belalang pula...

Hj Hadi kata, "kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

 "Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat," kata Hadi di sini

Katalah apa yang ko nak kata wahai Hj Hadi.Sebelum ini, pada 6 Sept 2014 kamu yang cabar depa ...

Hadi cabar kelompok PAS tubuh parti sendiri

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

 Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

 "Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

 "Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily. Baca lagi  di sini

Bila pak menteri dan pak polisi terasa senak perut untuk menyebutnya ....

Posted: 18 Jul 2015 03:29 PM PDT

 

 GREENBOC

 

Hentikanlah kerja-kerja bodoh ini semua

Bila pak menteri dan pak polisi terasa senak perut untuk menyebutnya ....
 
SUNDAY, JULY 19, 2015


Bukan main heboh lagi menteri mulut berbuih suruh entah siapa katanya dari pemimpin pembangkang agar menafikan dakwaan bertemu bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.  

Menurutnya, ketiadaan respons daripada pihak pembangkang terhadap tuduhan itu merupakan "perkara serius".  


Menurut Shabery, tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bertindak mengaitkan Najib dengan perbuatan jenayah. Baca lagi di sini


KPN juga turut memperkatakannya juga. Katanya Polis sudah mengenal pasti dan akan memanggil pemimpin pembangkang yang berjumpa Xavier Andre Justo di Singapura.  

Pendedahan yg dibuat polis Thailand itu merupakan sesuatu yang mengejutkan dan amat serius, tambahnya lagi.  


"Beberapa individu-individu akan dipanggil untuk memberi keterangan di atas apa yang didedahkan pihak polis Thailand semalam. Ia amat mengejutkan dan amat serius sekali," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.Baca lagi di sini


Sementara itu dilaporkan Jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri mengatakan ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat berkaitan PetroSaudi International daripada bekas pengarahnya Xavier Andre Justo, lapor akhbar Singapura, Straits Times (ST).


"Kebanyakan mereka, kira- kira 10 individu adalah daripada media dan mereka yang dalam lingkungan parti sama dengan perdana menteri," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut. Baca di sini


Kedua-dua pak menteri dan pak polisi masing-masing mengatakan pendedahan yang dibuat oleh polis Thailand itu itu merupakan "perkara serius.  


Yang peliknya, kedua-dua mereka hanya sebut 'pemimpin pembangkang' sahaja, kenapa?


Tidakkah Jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri mengatakan ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat?


Siapa yang sorang dari Umno itu? Kenapa pak menteri dan pak polisi tidak mahu hebohkan mengenainya? Tentu bukan calang-calang orangnya hinggakan pak menteri dan pak polisi terasa senak perut untuk menyebutnya.


Pagi ini, Tony Pua mencabar pak menteri itu secara terbuka menamakan beliau sebagai ahli politik Malaysia yang bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Justo di Thailand.  

"Saya cabar mana-mana Menteri BN menuduh saya menemui Justo. Ayuh, jangan kebudak-budakan, jangan semborono. Tidak perlu (main) wayang," Pua menulis di Fesbuknya pagi ini. Baca selanjut di di sini


Saya tidak pasti apa maksud pak menteri dan pak polisi bila mereka kata perkara itu serius. Apakah mereka sudah pastikan maklumat yg diberikan oleh Andre Justo palsu atau benar?


Kalau maklumat tersebut palsu, baguslah, PM Najib boleh diselamatkan dari skandal tersebut. Masalahnya ialah sekiranya maklumat tersebut ternyata adalah benar…. 


Bak pepatah omputeh : Don't shoot the mesengger, focus on the message.Pak menteri dan pak polisi hanya mahu larikan fokas kepada isu sampingan sahaja. Hentikanlah kerja-kerja bodoh ini semua.  


Kita mahu pastikan : Benarkah AS $ 700mil telah didepositkan ke dalam akaun peribadi PM Najib?  Dari mana wang itu datang dari? Dan ke mana perginya wang itu digunakan? 


Apakah bila seseorang membayar untuk mendapatkan sesuatu maklumat itu dikira satu perkara jenayah? Saya tidak pasti mengenainya.  


Cuma dalam perkara berkaitan ini, kita mahu kepastian, apakah polis Malaysia mendapat maklumat dari polis Thailand secara percuma?


Senanglah kalau begitu....polis Malaysia, kerja goyang-goyang telor saja…..ada orang lain tolong buatkan kerja untuk depa! - sumber

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Saya dah tunjuk emel itu, kini giliran kamu pula' - Clare Rewcastle

Posted: 18 Jul 2015 08:07 PM PDT

Ketua Pengarang Sarawak, Clare Rewcastle Brown telah mencabar pengkritik yang mendakwa dia menggunakan dokumen yang diubahsuai untuk artikelnya supaya menunjukkan bukti, sama seperti yang dilakukannya dalam respons kepada "pengakuan" seorang bekas wartawan.

Rewcastle memberitahu Malaysiakini bahawa dia terus menyiarkan emel antara beliau dan bekas wartawan Lester Melanyi, selepas Lester menuduhnya mengakui "memalsukan" dokumen dalam komunikasi emel mereka.

Katanya, apabila Lester bermain dengan satu emel yang telah dihantarnya, beliau segera menyiarkan versi yang betul.

"Mengapa PetroSaudi tidak boleh buat demikian?" tanya beliau.

Rewcastle merujuk kepada dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa beliau telah menggunakan dokumen-dokumen yang telah "diubahsuai" dari PetroSaudi International  Ltd (PSI) untuk artikelnya yang kritikal terhadap 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

Belanja sakan: Apabila nafsu mengaburi pertimbangan

Posted: 18 Jul 2015 07:53 PM PDT

oleh V Shuman
Kita semua sedar kita terlalu banyak berbelanja ketika musim-musim perayaan.

Tanpa mengira bangsa ataupun agama, selagi kita memiliki pendapatan, anda tentu rasai dompet kita kian menipis dan baki di dalam simpanan semakin kehabisan. Kita berbelanja untuk baju, kuih muih dan segala perkara yang menceriakan perayaan.

Pun begitu, kebanyakan kita sering menafikannya dengan berkata, "Hanya setahun sekali, jadi okaylah tu."

Terdapat juga mereka yang berbelanja melebihi kemampuan, kadang-kala sehingga terpaksa meminjam dari orang lain dan akhirnya perlu membayar balik dalam tempoh yang lama.

Itulah yang didedahkan akhbar Harian Metro baru-baru ini.

Tiga individu ditemubual - seorang wanita yang kehabisan wang selepas membeli beg tangan mahal, seorang lelaki yang berbelanja bagi modifikasi kereta dan seorang lagi wanita yang dihambat ah long selepas meminjam RM20,000 dari mereka.

Wanita pertama, yang hanya mahu dikenali sebagai Shila, 26, memberitahu bahawa dia "taksub" berbelanja di atas talian bagi beg tangan mahal, terutama di musim perayaan.

"Saya berpendapat beg-beg itu berbaloi dengan harganya kerana ia tahan lama," kata Shila, yang memiliki 10 beg tangan bernilai puluhan ribu ringgit.

Selain itu, wanita tersebut dilaporkan berbelanja bagi pakaian dan kasut agar sepadan dengan beg tangannya.
 
Read More / Baca Lagi >>

Amy Search: Rocker legenda dan pengasas sekolah tahfiz Al Bayan

Posted: 18 Jul 2015 06:54 PM PDT

oleh Lokman Mustafa

Penyanyi utama kumpulan rock legenda Search Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, 57, mula mencipta nama pada awal 80an, apabila album sulung mereka "Cinta Buatan Malaysia" mendapat sambutan ramai. Album tersebut turut memuatkan lagu "Isi dan Kulit" yang mengingatkan pendengar agar tidak mengadili seseorang daripada paras rupa atau dari segi penampilan luaran semata-mata.

 Selepas album ketiga "Mentari Merah di Ufuk Timur", populariti Search terus melonjak apabila lagu balada mereka "Isabella" menjadi hits di Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 1989.

Amy dan anggota kumpulan Search Kid, Yazid dan Nasir lantas ditawarkan membintangi filem "Isabella" dan "Fenomena" pada 1990. Kini Amy yang memiliki 5 orang anak telah hampir empat puluh tahun berkecimpung di bidang seni, namun aksinya di pentas masih ligat seperti dahulu.

 Sesetengah pihak yang kurang menyenangi penampilannya menggelarkan Amy sebagai "hantu" termasuklah seorang ahli Perkasa baru-baru ini. Episod tersebut bagaimanapun berakhir dengan permohonan maaf kepada penyanyi kelahiran Johor tersebut serta para peminatnya.

 Amy sebenarnya tak perlu mengendahkan pengkritik kerana lebih perlu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjayanya, serta sekolah Quran dan Hadith Al Bayan yang baru ditubuhkannya. Ya, Amy penyanyi rock juga merupakan pengasas sekolah tahfiz.

Laporan Selangor Kini bagi keluaran 26 Jun-3 Julai menyebut sekolah tahfiznya, Al Bayan School of Quran and Hadith akan berpindah ke lokasi lebih selesa dan luas di Denai Alam, Shah Alam selepas sambutan Aidilfitri tahun ini. Kata Amy, ini berikutan permintaan tinggi ibubapa bagi mendaftar anak mereka.

Sekolah tersebut yang mula ditubuhkan pada April lalu di Sungai Buloh hanya mampu memuatkan 16 pelajar. Di Al Bayan School of Quran and Hadith, kanak-kanak berusia 7 ke 15 tahun diajar menghafal Al Quran, hadith, Bahasa Arab serta matapelajaran lain termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik.

Read More / Baca Lagi >>

Banglasia: 'Bagaikan bersolat Hari Raya di Bangladesh'

Posted: 18 Jul 2015 06:50 PM PDT

BAGAIKAN bersolat Hari Raya di Bangladesh.

Itu perkara pertama, terlintas di fikiran sebaik menjejak masuk ke Masjid Jamek Kuala Lumpur di Jalan Tun Perak, pada 1 Syawal untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Manakan tidak, di depan dan belakang, di kiri dan kiri hanya kelibat warga Bangladesh yang kelihatan hampir memenuhi setiap saf di masjid berkenaan.

Terfikir, ke mana perginya warga kota?

"Mungkin ramai yang sudah balik ke kampung berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara, kecuali penulis yang perlu bertugas di Aidilfitri ini.

Ini menjadikan, yang tinggal di ibu negara, majoritinya warga asing, termasuk Bangladesh.

Bilangan mereka yang terlalu ramai menjadikan diri ini kekok dan rasa terasing, seolah-olah ketika itu, berada di Bangladesh.

Sedangkan, warga Bangladesh itu, kelihatan terlalu selesa seperti di negara sendiri.

Ahmad Shuhaimi Mohd Zabri
Warga asing membanjiri Masjid Jamek Kuala Lumpur pada Hari Raya pertama bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri setelah pihak berkuasa tidak membenarkan mereka menunaikan solat sunat Aidilfitri di Jalan Silang untuk mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya.
 
Ia mengimbas kembali pengalaman mengunjungi Masjid Nasional Bangladesh, Baitul Mokkarram beberapa tahun lalu.

Namun, sebaik khatib memulakan khutbah Aidilfitri di dalam Bahasa Malaysia, menyedarkan penulis, bahawa diri ini masih berada di bumi Malaysia yang bertuah.

Selepas solat, apa yang menarik disaksikan, komuniti warga Bangladesh yang besar, sambil memparagakan kepelbagaian pakaian tradisional negara itu yang berwarna warni.

Bukan sahaja mereka menyapa, bersalaman dan saling berpelukan seolah-olah mengenali antara satu sama lain, sambil mengucapkan selamat menyambut hari raya.
Read More / Baca Lagi >>

5 SEBAB MENGAPA KAMI SUKA ROSMAH MANSOR

Posted: 18 Jul 2015 06:28 PM PDT

VIDEO: 5 SEBAB MENGAPA KAMI SUKA ROSMAH MANSOR
Sebelum kamu teruskan bacaan, kami ingin ingatkan kamu: ini bukan artikel troll atau perli-memperli. Walaupun Satrika adalah laman satira, tapi kali ini, artikel kami serius. Kami memang sukakan Rosmah Mansor, First Lady Malaysia.
"Ye ke?"
Ye lah, serius, tak tipu.
Siapa tak kenal Datin Seri Rosmah Mansor? Ada yang mengingatinya kerana keaktifannya dalam sukan badminton, kerana PERMATA, kerana PM Najib dan banyak lagi. Biasalah dalam hidup ni, ada yang suka, ada yang tak suka. Jika kamu seorang yang popular dan kaya, peratusan untuk dibenci tanpa sebab adalah lebih tinggi dari orang biasa.

Tapi kami ada sebab mengapa kami suka Rosmah Mansor:

1. Sebab dia cool bila menjawap soalan, termasuk soalan panas.

Bila saja orang cuba tanya soalan berbentuk provokasi, Datin Rosmah akan menjawap
"Saya bukan ahli politik. Saya cuma seorang suri rumah."
Dan ada ketikanya, beliau sempat mengusik mereka yang menghadiri acara yang beliau turut hadiri:

"Kenapa muka masam? Macam saya ada buat salah je? Saya fighting untuk kebaikan para ibu di sini. Nanti saya berucap di tempat awak, saya fight untuk taska di tempat awak pula"
Cool, kan?

2. Sebab dia prihatin
Maaf cakaplah, dia bukan cuma prihatin bila pilihanraya dah dekat, bila ada pilihan raya kecil, bila nak tawan Kajang dan sebagainya. Tetapi dia prihatin bila masa yang diperlukan. Antara sumbangan Datin Rosmah setakat ini:

Permata
Kalau kamu tak tahu apa itu PERMATA, dan kamu tak tahu yang Datin Seri Rosmah adalah penaung PERMATA, kamu patut tanya diri kamu, kamu ni dari negara mana?
"Setiap anak adalah permata" – itulah slogan PERMATA. Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Testimoni dari mereka yang menyertai PERMATA (macam MLM pulak)
Read More / Baca Lagi >>

Polis Thai tak mahu nyatakan apa yang diubah suai

Posted: 18 Jul 2015 06:21 PM PDT

Polis Thailand enggan mengulas lanjut mengenai dokumen yang didakwa diubahsuai yang dijual oleh bekas pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo kepada pihak ketiga.

Ditanya sama ada pengubahsuaian itu banyak, jurucakap polis Thai Major Jeneral Prawut Tavornsiri memberitahu Malaysiakini: "Perubahan itu kecil, tetapi penting".

Beliau berkata polis Thai telah membuat kesimpulan itu selepas menyoal Justo, yang memberitahu mereka bahawa hanya dokumen-dokumen asal dari PSI, yang telah diberikan kepada orang lain.

Prawut berkata beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan pengubahsuaian itu kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Justo telah ditahan oleh polis Thailand sejak 22 Jun atas alasan dia cuba memeras ugut bekas majikannya untuk 2.5 juta Franc Switzerland untuk memastikan dokumen-dokumen tidak bocor.

Read More / Baca Lagi >>

Meeting Justo for the truth is not a crime

Posted: 18 Jul 2015 06:20 PM PDT

Those who allege tampering of documents would have to prove it in Court through subject matter experts taking the witness stand
Clare-Rewcastle-Brown,-Xavier-Andre-Justo
It appears that apologists for the Najib administration are trying to imply in the mainstream media in particular that opposition leaders, an Umno leader and The Sarawak Report Editor Clare Rewcastle-Brown met with ex-PetroSaudi International director Xavier Andre Justo, 49, apparently in Singapore.
If so, it would seem to indicate that something positive, on their part, did take place in search of the truth on the scandal-ridden 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Such meetings by themselves are not a crime. There must be a law before there can be a crime. No law, no crime. Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali (there exists no crime and no punishment without a pre-existing law.)
The apologists would like the people to believe that the meeting or meetings with Justo was actually part of a conspiracy, based on tampered documents, to bring down Prime Minister Najib Abdul Razak.
In law, those who allege tampering would have to prove it through subject matter experts taking the witness stand in Court, not in the media.
The theories of the apologists, to digress a little, don't explain the Wall Street Journal Report of Friday 3 July which alleged that nearly USD700 million entered Prime Minister Najib Abdul Razak's personal banking accounts at AmBank Islamic private banking services.
Najib himself has never denied the allegations. Instead, his lawyers have merely sent a letter to the WSJ demanding to know whether the American paper stood by its story. The letter was in fact sent after the WSJ had issued a statement confirming that it stood by its story and that it would vigorously defend any law suit launched against it over the said allegations.
Najib meanwhile keeps saying that he would never steal (for himself) the people's money, that he had never used any monies (meaning AmBank) for personal purposes, that he would not be so stupid as to steal government money and keep it in the country in his personal accounts, and that he would never betray the people i.e. steal their money and use it for personal purposes.
The jury is not out on the WSJ report.
Read More / Baca Lagi >>

Merosak atau bawa manfaat, gerakan sivil terus mekar di Malaysia

Posted: 18 Jul 2015 05:27 PM PDT

Gerakan masyarakat sivil di Malaysia menyaksikan pertumbuhan mendadak mutakhir ini, menyamai iklim politik negara yang rancak dan mencerminkan keperluan rakyat yang semakin mahukan suara mereka didengar, kata pemerhati politik dan pemimpin gerakan tersebut.

Sejak liberalisasi masyarakat sivil sedekad yang lalu, rakyat Malaysia menyaksikan kewujudan ratusan pergerakan baru yang mendakwa mereka mewakili suara penyokong mereka dalam bidang seperti kebebasan sivil hinggalah hak bangsa dan agama.

Pertumbuhan ini, kata pemerhati politik, adalah hasil daripada kebimbangan yang semakin memuncak di kalangan rakyat biasa mengenai isu dan kontroversi yang melanda negara ini, terutamanya dalam bidang tadbir urus.

 "Salah satu peranan utama kumpulan masyarakat sivil ialah mereka membantu menjana kesedaran awam tentang isu nasional dan antarabangsa, serta menuntut tindakan atau maklum balas daripada kerajaan," kata penganalisis dan pensyarah kanan di Universiti Malaya, Dr Khoo Ying Hooi.

 "Dalam jangka masa panjang, ia sebenarnya mempunyai kesan membentuk norma tingkah laku negara." Aktivis Tariq Ismail berkata, keperluan untuk "voices of reason" (suara alasan) membawa kepada tertubuhnya kumpulan bukan kerajaan beliau yang dikenali sebagai Aura Merdeka.

Beliau berkata, meningkatnya pengaruh pelampau kaum dan agama akhir-akhir ini menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai, sambil menambah, masyarakat sivil perlu menjalin usaha menetapkan matlamat yang sama yang boleh diperjuangkan berdasarkan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"(Masyarakat sivil) perlu menetapkan standard dan memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, dari semua lapisan masyarakat," kata Tariq, yang merupakan cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Bagi G25, salah satu badan sivil terbaru dan paling berpengaruh setakat ini, bahaya dan "seriusnya pelanggaran undang-undang syariah terhadap Perlembagaan Persekutuan negara" mendorong 25 bekas kakitangan awam Melayu itu bangkit dan membenarkan suara kesederhanaan mereka didengar.

Read More / Baca Lagi >>

GHB vs PAS: Antara akhlak dan perjuangan

Posted: 18 Jul 2015 04:52 PM PDT

Al Amin Mohamed Sultan

Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah satu pasukan yang sedang bergerak laju dalam mencorakkan warna baru dalam arena politik tanah air.

Ada yang mengatakan mereka ini sebagai serpihan PAS walaupun masyarakat umum lebih memahami mereka ini adalah gabungan individu yang terkeluar daripada kepemimpinan PAS melalui pembersihan terancang dalam muktamar.

Maka, setelah kalah sepatutnya mereka duduk diam-diam sahajalah, buat apa-apa yang rasional dalam terus memajukan parti.

Sayang seribu kali sayang, keputusan yang mereka ambil adalah unik kerana mereka ingin meneruskan agenda yang lebih besar.

Ianya dalam erti kata meneruskan sistem dual parti politik di Malaysia untuk memantapkan blok pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang kini sedang punya pakatan yang longgar terutama daripada aspek sokongan umat Islam melalui PAS.

Blok Pakatan Rakyat ini dilihat aspek yang penting sebagai unit "check and balance" kepada Barisan Nasional iaitu kerajaan yang memerintah sejak daripada kemerdekaan sehingga sekarang.

Kekuatan sistem dual parti iaitu kerajaan dan pembangkang adalah penting agar rakyat sentiasa mendapat khidmat yang terbaik. sebagaimana konsep dua peniaga yang akan saling meningkatkan kualiti barangan dan servis kepada pembeli untuk memenangi hati mereka.

Penulis agak keliru dengan reaksi beberapa pemimpin dan organisasi yang mempunyai perbezaan pendapat dengan penubuhan GHB. Ini termasuklah pandangan terhadap organisasi yang mengusaha dan menyokong penubuhan gerakan ini terutamanya respons daripada PAS.

Setiap organisasi bebas untuk mempunyai perbezaan pendapat seperti mana juga bebasnya sesetengah pihak yang bersetuju dengan penubuhan GHB ini.

Semua pihak bebas untuk mempunyai pandangan mereka sendiri kerana kita berada dalam negara yang menghormati suara orang lain dalam pengamalan sistem demokrasi. Umum memahami akan ada golongan yang cemas dan tercabar dengan kewujudan pesaing-pesaing baru.

 Tetapi mereka sepatutnya melihat dari perspektif positif kerana ianya akan memantapkan lagi satu-satu organisasi itu apabila sudah mempunyai pesaing, lebih-lebih lagi gerakan yang persis kepada perjuangan mereka dengan lebih memahami gerak kerja antara satu sama lain. Ianya akan lebih mematangkan dan mengharmonikan ruang serta medan perjuangan.

Malahan lebih enak sekiranya dipandang sebagai rakan daripada melihatnya sebagai musuh. Tetapi adakah mereka mempunyai jiwa yang cukup besar untuk berpandangan sebegitu?

Perkara yang lebih penting daripada itu adalah berkaitan akhlak bagi seorang pemimpin.

 Kita dapat melihat bagaimana sesetengah pemimpin PAS menyerang karektor dan peribadi individu-individu yang memperjuangkan dan menyokong GHB ini.

Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak akan jatuh, kecuali….

Posted: 18 Jul 2015 04:44 PM PDT

Amin Iskandar

Seorang penganalisis politik antarabangsa yang sudah lama melakukan kajian terhadap Malaysia meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri walaupun beliau kini diselubungi skandal besar membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Profesor William Case daripada Pusat Kajian Asia Tenggara, City University of Hong Kong mengatakan Najib akan berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dengan pelbagai tuduhan kerana beliau mengawal siasatan dijalankan terhadapnya dan mempunyai sejarah panjang terselamat daripada pelbagai skandal.

"Walaupun skandal (1MDB) ini antara yang paling besar, saya percaya Najib akan terselamat kerana pasukan petugas khas akan melaporkan secara terus kepadanya dan beliau mempunyai sejarah terselamat daripada pelbagai skandal," kata Case dalam wawancara bersama CNBC pada 12 Julai lalu merujuk kepada pasukan petugas khas menyiasat 1MDB.

Menurut Case, walaupun Najib kini diserang hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ianya tidak akan memberikan kesan besar kerana presiden Umno itu kini disokong kuat partinya.

Case berkata, walaupun kredibiliti Najib dikritik hebat selepas The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadinya, perdana menteri akan terus bertahan selagi Umno mahukannya kekal.

 "Kita harus faham apa fungsi Umno sebenarnya. Umno bukan sahaja kenderaan untuk pilihan raya, ia juga merupakan 'mesin naungan gergasi'.

 "Dan orang menyertai parti ini bukan sahaja untuk mempertahankan komuniti Melayu, akan tetapi untuk menguntungkan diri mereka sendiri."

 Wartawan CNBC yang menyoal Case terkejut dengan hujah Case, Najib bakal menyelamatkan diri walaupun berdepan tuduhan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadinya dan kini diserang hebat Dr Mahathir. Case benar-benar memahami politik Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Rahman Dahlan memalukan diri sendiri

Posted: 18 Jul 2015 04:31 PM PDT

Pengarah Komunikasi Strategik BN dikatakan tidak membuat 'kerja rumah' sebelum membuat kenyataan
rahman
PETALING JAYA: Pendedahan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai suatu klip video pengakuan bekas editor Sarawak Report mengenai pemalsuan dokumen berhubung 1MDB yang bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, mengecewakan.
Teka teki mengenai laporan dan individu yang dikaitkan terbongkar meskipun dalam sidang akhbar di pejabatnya, beliau memaklumkan akan berbuat demikian sekiranya mendapat jaminan polis.
Pada peringkat awal nampak seolah-olah pendedahannya itu amat mengejutkan dan bakal memberi impak besar kepada isu 1MDB yang semakin menekan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak .
Bagaimanapun, kenyataan Sarawak Report selepas itu mendedahkan kelemahan Dahlan apabila ia menafikan editor yang kononnya dirahsiakan identiti itu pernah bekerja dengan portal berkenaan.
"Lester Melanyi, editor yang membuat pengakuan itu dikatakan bekerja di sayap lain iaitu Radio Free Sarawak dan bekas pengarang Sarawak Tribune yang digantung penerbitannya kerana menerbitkan karikatur kontroversi berkenaan Nabi Muhammad SAW pada 2006 dan kemudiannya meletakkan jawatan.
"Lebih memalukan ialah report polis itu sebenarnya dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah NGO mesra BN yang memang selalu tampil sama ada membuat laporan polis, mengadakan tunjuk perasaan kecil-kecilan dan membuat kenyataan untuk mempromosi dirinya," tulis Shahbudin Husin.
Read More / Baca Lagi >>

Pas akan lawan GHB

Posted: 18 Jul 2015 04:28 PM PDT

Kepimpinan Pas masih belum memutuskan tindakan ke atas ahlinya yang menyertai GHB.
Datuk-Ahmad-Yakob
TUMPAT : Pas tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya.
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob berkata, selain dasar perjuangan yang belum jelas parrti itu dianggap sebagai lawannya.
"Kami tak boleh bersama sebab dia (Harapan Baharu) parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu.
Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.
Ia dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin Pas yang menyertai Harapan Baharu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.
Read More / Baca Lagi >>

Tuntutan RM100 bilion Sabah seharusnya membuka mata rakyat Sarawak

Posted: 18 Jul 2015 04:21 PM PDT

oleh Jimmy Adit

Perkembangan yang perlu diberi perhatian telah berlaku di Sabah yang seharusnya memberi minat kepada Sarawak. Telah dilaporkan baru-baru ini bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah bersetuju untuk membentuk jawatankuasa khas untuk mengkaji 40 peratus hak daripada hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada negeri itu.

Anifah Aman Tiada yang disebut mengenai siapa yang akan menyertai jawatankuasa itu, tetapi warga Sabah Anifah Aman, yang juga menteri luar, dipetik sebagai berkata: "Jawatankuasa ini sangat diperlukan kerana 'orang luar' sedang cuba meracuni minda generasi muda dan mendakwa bahawa ketika Malaya mengambil alih Sabah, mereka turut mengambil alih hartanya sekali.

"Ini telah meraih momentum dan kami berasa yang kami (rakyat Sabah) harus tekankan ini dengan menyatakan kedudukan politik kami. Lagi pun, ianya adalah hak kami. "40 peratus hak untuk Sabah adalah sah di bahawa Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah hak kami dan kami sememangnya berhak terhadapnya."

Menariknya, nampaknya, orang yang membuat langkah pertama terhadap 40 peratus hak ini adalah pemimpin pembangkang Sabah, ketua Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah Jeffrey Kitingan. Jeffrey, menurut laporan, telah mendakwa bahawa Sabah berhak terhadap kesemua tunggakan 40 peratus hak itu sejak 1975, dikatakan kali terakhir dibayar pada 1974, seperti yang termaktub di dalam Perkara ke-10 Perlembagaan Persekutuan. 17 Jun lalu, ADUN Bingkor telah memanggil Kerajaan Sabah untuk menghantar sepucuk surat kepada kerajaan persekutuan untuk meminta ianya dibayar kira-kira RM100 bilion faedah kompaun terkumpul dan ianya tertunggak sejak 1975.

Read More / Baca Lagi >>

Realiti di bumi Malaysia yg dikepalai oleh pemerintah UMNO/BN..

Posted: 18 Jul 2015 04:03 PM PDT


Hakikatnya....
Bila kaki fitnah UMNO/BN dibebaskan...

Ditangkap mahupun bebas tiada bezanya..

Patut La Ramai.....Suku Sakat Datang..!!

Posted: 18 Jul 2015 04:01 PM PDT


Kenapa ibonda Rosmah tertunduk malu ka atau terasa hiba kerana 'ramai' yang datang ke teratak istana mewah pasangan bahgia Rosmah-Najib.. ???

Bagaimana pula dgn keluarga Anwar Ibrahim & keluarga menyambut Hari Raya tahun ini.. ???.. Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui perancangan Najib & kuncu2nya...

SIAPA YANG JAHANAMKAN melayu sebenarnya !!!

Posted: 18 Jul 2015 03:56 PM PDT

INGAT TAK.. makhluk ni dapat kontrak bina UiTM Tapah, kos bina HANYA RM285 juta.. tapi claim RM1.3 bilion pd konsesi selama 23 tahun.. 

Menteri BN sanggup berbohong demi bodek KERAjaan ibarat MENUTUP BANGKAI GAJAH yg dah busuk..

Posted: 18 Jul 2015 08:32 AM PDT

Agak2 lah nak bodek. Tak kan SANGGUP MENIPU berbanding fakta sebenar.. Ini Menteri Pengangkutan ka atau Menteri Ampu Bodek..

Biasalah dlm BN, syarat nak duduk kekal lama dlm kabinet Najib MESTI KUAT AMPU JILAT SAMPAI NAJIB LETAK JAWATAN... "YOU HELP ME, I HELP YOU"

1MDB: Lelaki penghina Rasulullah dijaja untuk selamatkan Najib?

Posted: 18 Jul 2015 07:38 AM PDT

Nampaknya menteri BN & kuncu2nya terpaksa guna talian hayat utk nak selamatkan Najib & 1MDB dgn mengaitkan skandal 1MDB-Najib adalah Anwar yang salah, Anwar lah punya angkara...

NAMPAK TAK !!!..

Inilah modus operandi BN bersama kuncunya2 cuba nak menutup 'bau bangkai' skandal 1MDB yg semakin kusut lagi parah lagi sukar nak ditutupinya lagi..

Terbaru:
1) Rafizi akan mengambil tindakan saman terhadap Ramesh Rao dan individu-individu lain terbabit dalam masa yang terdekat.

2) Tony Pua telah mencabar menteri Barisan Nasional (BN) menamakan beliau sebagai ahli politik pembangkang yang bertemu dengan bekas pengarah Petrosaudi International Xavier Andre Justo berhubung 1MDB.

Lelaki penghina Rasulullah dijaja untuk selamatkan Najib?

"Bila orang sudah sakit, tahi kambing pun sanggup dimakan kerana percaya ia boleh menyembuhkan"..

Selepas Low Yat, kecurian berkumpulan di Berjaya Times Square pula

Posted: 18 Jul 2015 07:28 AM PDT

Selepas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur disebabkan seorang remaja lelaki yang tidak berpuas hati kerana dituduh mencuri, pusat membeli-belah Berjaya Times Square semalam turut hampir mengalami nasib sama.

Pihak pengurusan Berjaya Times Square hari ini memaklumkan sekumpulan belia terlibat dalam kes mencuri di sebuah kedai optik di pusat beli-belah itu.

Katanya, ketika kecurian itu berlaku, sekumpulan belia itu didakwa menyerang pengurus kedai optik tersebut secara fizikal dan segera melepaskan diri apabila pengawal keselamatan menghampiri di tempat kejadian.

Walaupun tidak mendedahkan waktu kejadian serta nama kedai optik tersebut, Berjaya Times Square dalam satu kenyataan berkata mereka sedang bekerjasama rapat dengan polis untuk menyelesaikan kes tersebut.

"Pasukan keselamatan sedang berhubung rapat dengan pihak polis untuk mengenal pasti dan membantu dalam penangkapan ini. Pihak pengurusan ingin memaklumkan kes itu sudah diserahkan kepada polis dan polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan kes tersebut," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Police standby after Low Yat rumours by Papagomo group

Posted: 18 Jul 2015 07:25 AM PDT

Security stepped up at Low Yat Plaza but 'nothing so far' after blogger's supporters spread word about trouble
Papagomo,Papagomo
KUALA LUMPUR: Police stepped up security around Low Yat Plaza today but all was quiet despite word of plans to create trouble being spread, apparently by supporters of controversial blogger Papagomo.
Police made their presence felt with patrols and road-blocks on the streets leading up to the shopping centre. "There is nothing so far. We have beefed up security here because of the rumours," said Dang Wangi district police chief Zainol Samah, quoted by Malaysian Insider.
A Light Strike Force truck was stationed near the plaza.
Last week police said Papagomo, whose name is Wan Muhammad Azri Wan Deris, had helped spread messages bringing out a crowd of protestors outside the plaza on Sunday night, and later triggering a riot.
He was arrested and held in custody for three nights before his release on Friday.
Zainol said the police presence was in response to rumours that some groups intended to create unrest in the area today.
About 25 people have been arrested so far, some under the Sedition Act including Bagan Umno division leader Datuk Shaikh Hussein and Umno activist Mohd Ali Baharom or "Ali Tinju".
Shops at Low Yat Plaza carried out business as usual despite the rumours. However, business has suffered in the days leading up to Hari Raya.

Clare’s reports ‘different from 1MDB files’

Posted: 18 Jul 2015 07:20 AM PDT

Thai police say 'minor' but significant differences from digital copies leaked by Justo
Sarawak-Report,-1mdb
KUALA LUMPUR: Minor but significant changes were made by Sarawak Report from the digital files of leaked 1MDB documents, according to Thai police quoted in news reports.
"The information contained in the documents that were published online appear to be different from the original digital copies retrieved from (arrested blackmail suspect Xavier) Justo's personal computer," Thai police spokesman Lt Gen Prawut Thavornsiri was quoted as saying.
Prawut did not name either Sarawak Report or its editor Clare Rewcastle-Brown; however, his description matches that of the web site and Rewcastle-Brown.
Over the past months, Sarawak Report has produced extensive exclusive coverage on the affairs of government-owned investment company 1Malaysia Development Bhd, which it said were based on leaked company documents.
The reports have resulted in intense pressure on the Prime Minister, Najib Razak, to resign. The government has ordered an investigation of allegations made against the company, its RM42 billion in debts and its use of funds for investments.
Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan Harapan Baru perlu belajar daripada sejarah sebelum terlambat - Nuridah Salleh

Posted: 18 Jul 2015 07:18 AM PDT


Post Pic

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin kanan PAS yang terbabit dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru dinasihatkan belajar daripada sejarah yang menyaksikan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.
 
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh berkata perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baru kerana sejarah telah membuktikannya.
 
"Masa akan datang ustazah tak pasti tapi kalau kita melihat kepada sejarah yang lampau yang pernah berlaku di mana pimpinan yang tidak berpuashati telah menubuhkan parti baru.
 
"Tapi setakat ini yang kita lihat parti mereka sudah tidak berfungsi," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS yang mahu menubuhkan parti baru menerusi Gerakan Harapan Baru yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang. 
 
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku pengerusi jawatankuasa penaja parti baharu itu mengumumkan pelancaran parti baru itu pada Isnin lalu. 
 
Antara anggota jawatankuasa interim parti itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Read More / Baca Lagi >>

MP, ADUN PAS diminta 'duduk diam-diam' kalau mahu terus bersama parti - Setiausaha PAS Selangor

Posted: 18 Jul 2015 06:48 AM PDT




SHAH ALAM: Mana-mana wakil rakyat atau pun ahli PAS yang masih hendak bersama dalam parti itu diminta 'duduk diam-diam' dan tidak menduakan parti itu, demikian ditegaskan Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.
 
Mohd. Khairuddin berkata demikian melihat kepada perkembangan terkini beberapa Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terus menerus mencanang penyertaan mereka untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB) tetapi dalam pada masa yang sama mereka masih menegaskan status sebagai ahli PAS.
 
"PAS pusat tidak akan pecat, kita tidak akan pecat, mengapa kita hendak pecat mereka? 
 
"Kalau mereka isytihar, automatik mereka terkeluar, kalau mereka hendak masih bersama dalam PAS maka duduk diam-diam, itu saja," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Susulan itu katanya, beliau berharap semua wakil rakyat, ADUN dan siapa sahaja yang memegang jawatan dalam PAS akur kepada Perlembagaan PAS yang jelas penamatan keanggotaan mereka boleh terbatal secara automatik mengikut Fasal 13 (1) (c).
 
"Dalam perlembagaan kita sebut mana-mana orang yang isytihar masuk parti baru, maka keahlian dia akan terbatal secara automatik.
 
"Sesiapa sahaja ahli-ahli kita di peringkat cawangan, kawasan atau negeri ke, atau siapa-siapa sahaja," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

TH: Manipulasi dan Mungkir Janji Peringkat Tinggi

Posted: 18 Jul 2015 06:42 AM PDT

A Kadir Jasin
DALAM kita beraya, ramai saudara-mara, suku-sakat dan kawan-taulan kita sedang bersiap sedia untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji.
Kalau ikut laman web rasmi Lembaga Urusan Tahun Haji (TH), penerbangan pertama musim haji tahun ini adalah pada 16 Ogos.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, TH amat berjasa kepada umat Islam Malaysia. Ia bukan sahaja membolehkan mereka mengerjakan haji dengan lebih selesa malah membantu menjana ekonomi umat Islam melalui penabungan dan pelaburan.
Walaupun berlaku sekali dua penyelewengan dan salah tadbir, TH umunya diuruskan dengan baik sehinggalah terbongkar rahsia penglibatannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mei lalu.
Bakal haji: Amanah mereka di bahu Tabung Haji
Sejak itu nama TH tercemar dan ia terpaksa berdolak-dalik serta berbohong dengan umat Islam dalam percubaannya menghalalkan urus niaga dengan 1MDB itu.
Ambil contoh Pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (Baling), yang berkata Mei lalu tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dijual dengan keuntungan dan ramai pembeli menunjukkan minat.
Tapi selepas hampir tiga bulan belum ada khabar berita yang ia sudah dijual sebaliknya timbul dolak-dalik yang tanah itu tidak perlu dijual kerana ia berupa pelaburan jangka panjang yang baik.
Masalahnya ini bukan calang-calang arahan dan bukan main-main punya janji. Arahan jual dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sendiri dan janji untung dibuat oleh Abdul Azeez.
Abdul Azeez (kanan) orang kepercayaan Mohd Najib
Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual, Abdul Azeez "berbohong" kepada khalayak dan ingkar kepada Perdana Menteri.
Hakikatnya, dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu.
Lagipun mengapa harus beli atas tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual.
TH beli tanah seluas 0.63 hektar itu dengan harga RM188.5 juta sebagai sebahagian daripada operasi rahsia untuk menyelamatkan 1MDB yang berhutang RM42 bilion dan ketandusan wang.
Selepas dipersoalkan oleh rakyat jelata yang peduli dan digerudi oleh media atas talian, TH mengaku ia bukan sekadar membeli tanah malah telah memberi "hutang" sebanyak RM920.8 juta 1MDB dengan membeli sukuk Bandar Malaysia.
Sukuk adalah surat hutang syariah dan Bandar Malaysia adalah tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi yang dijual murah kepada 1MDB.
  
TH Mangsa Manipulasi Peringkat Tinggi
Kerajaan menjual tapak TRX kepada 1MDB dengan harga sekitar RM60 sekaki persegi tetapi 1MDB menjual kepada TH pada kadar RM2,774 sekaki persegi – 46 kali ganda.
Jadi semuanya keterdedahan (exposure) TH kepada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion itu ialah RM1,109.3 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB salahkan Dr M dan media IPO Edra gagal

Posted: 18 Jul 2015 04:52 AM PDT

1MDB hari ini menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan media atas kegagalan IPO Edra Global Energy Bhd, syarikat pegangan aset kuasanya.

"Kami menjadi subjek kempen bermotifkan politik yang berterusan dan tidak berasas oleh ahli-ahli politik pembangkang tertentu dan Mahathir Mohamad, yang seterusnya disokong oleh media cetak dan media di talian tertentu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihak-pihak berkenaan menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaan hariannya, yang memberi kesan kepada, antara lain, cadangan IPO Edra Global Tenaga.

1MDB berkata ianya berlaku walaupun kejayaan awal syarikat milik kementerian kewangan itu dalam merasionalisasikan kewangannya dan mengurangkan beban hutang.

Ia berkata antara dakwaan "tidak berasas" itu ialah RM42 bilion pinjaman 1MDB telah hilang dan RM16 bilion asetnya adalah tidak bernilai.

1MDB sebaliknya telah memutuskan untuk menjual Edra, dengan tawaran datang dari pihak-pihak seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).

1MDB berkata ia komited dalam memastikan kejayaan pelan rasionalisasinya itu.

Ia menambah, antara keputusan yang dibuat berikutan pelan tersebut termasuk usaha sama pada Mac 2015 dengan Land Lease dari Australia untuk membangunkan 17 daripada 70 ekar tanah Tun Razak Exchange (TRX).

Ini tambahan kepada perjanjian dengan International Petroleum Pelaburan Syarikat (IPIC) yang akan membantu mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16 bilion.
 

Read More / Baca Lagi >>