Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Solidariti Aidil Fitri buat PAPAGOMO

Posted: 16 Jul 2015 09:30 PM PDT


Malam raya dalam lokap. Dijangka keluar pukul 11:00 pagi ini. Tapi dilaporkan TMI di SINI akan hanya keluar

SOLIDARITI BLOGGER BUAT PAPAGOMO. Selamat hari raya. Muga keadilan bersama mu.

SELAMAT HARI RAYA ...maaf zahir & batin

Posted: 16 Jul 2015 04:30 PM PDT



Melayu bersatu boikot, Low Yat jadi lengang

Posted: 16 Jul 2015 05:30 AM PDT



Memang mereka banyak menipu ...




Dan dah lama mereka sikap angkuh dan biadap ...


Tunjukkan kuasa membeli Melayu.


BBCD Boikot barangan cina DAP










Peguam2 persoal kenyataan IGP tentang Low Yatt?

Posted: 15 Jul 2015 11:30 PM PDT





Isy  biar betul.


Ada cctv video yang dikatakan bukti:


Tapi tarikh salah????



Dan lain2 isu ...



Bukti handphone pun kata lawyer takde.




Jawapan IGP berikut:



Hanya hakim berhak tentukan siapa betul dan bersalah. Kenapa diam pasal Melayu dipukul???






Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Ahli Pas diingatkan baiah kepada parti - Ramai isteri bakal 'menjanda' nanti?

Posted: 16 Jul 2015 03:08 AM PDT


Mana-mana pemimpin dan ahli Pas yang berhasrat menyertai parti baharu di bawah Gerakan Harapan Baharu diingatkan untuk meneliti kembali baiah kesetiaan yang diberikan mereka kepada Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, baiah bukan hanya diberikan semasa seseorang ahli Pas itu bakal bertanding menjadi wakil rak­yat, malah ketika seseorang itu mendaftar dan mengisi borang keahlian parti.

Katanya, baiah atau ikrar janji setia menuntut ahli-ahli parti untuk taat dan patuh kepada ke­pimpinan parti.

"Baiah lazimnya menyebut mengenai soal menjaga kerahsiaan parti tetapi ada juga baiah yang lama-lama dahulu boleh menyebabkan perceraian suami isteri sekiranya dilanggar.

"Soal baiah ini tidak boleh dibuat main-main. Cuba teliti kembali apa yang sudah dibaiahkan, maka perlu dijaga perkara ini be­tul-betul," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Mahfodz Mohamed

Semalam, bekas Timbalan Pre­siden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan inisiatif Gerakan Harapan Baharu yang dipengerusikannya bagi menubuhkan sebuah parti politik Islam baharu untuk bergerak dalam pakatan pembangkang.

Menurut Mahfodz, mana-mana wakil rak­yat daripada Pas yang berhasrat menyertai parti baharu itu sewajarnya memiliki integriti untuk mengisytiharkan keluar daripada Pas dan seterusnya meletakkan jawatan bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili.

"Golongan ini perlu ingat yang mereka ini menang de­ngan tiket Pas. Mereka bukan menang dengan tiket DAP, tiket PKR atau tiket pakatan. Oleh itu, kalau mereka mahu sertai parti baharu, mereka perlu letakkan jawatan dan kosongkan kerusi," katanya.

Dalam pada itu, Mahfodz turut menempelak gerakan berkenaan yang menggunakan markas-markas Pas serta kemudahan-kemudahan parti bagi menghasut ahli-ahli Pas keluar daripada parti.

Katanya, beliau melihat golo­ngan yang hendak menubuhkan parti baharu berkenaan adalah daripada kalangan yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan parti Pas bulan Jun lalu.

"Saya bimbang kerana dalam parti baharu itu pun nanti akan ada pemilihan pucuk pimpinan parti, adakah kalau mereka tewas dalam pemilihan itu nanti, golo­ngan itu akan tubuh lagi satu parti baharu?

"Sikap mereka ini akan jadi bahan ketawa sedangkan Pas terus istiqamah mempertahankan dasar Islam dan mendaulat syariat Islam bersumberkan al-Quran, as-sunnah, ijmak dan qias," katanya.

Nota : Kita tunggu dan lihat berapa ramai pemimpin Pas yang akan melakukan baiah mereka dengan menceraikan isteri masing-masing selepas keluar dari Pas nanti? Pasti menarikkan...!!! Baca disini
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Selamat Hari Raya dan Harapan Baru buat Parti PAS.

Posted: 16 Jul 2015 01:54 AM PDT

Tinggal beberapa jam sahaja lagi, kita akan meninggalkan Ramadhan Al Mubarak... Apa yang aku nak perkatakan suasana apa yang berlaku dalam sepanjang hidup aku, di Ramadhan kali ini, aku terfikir, apakah Parti Pas, parti yang aku anuti mencapai kemenangan di dalam bulan yang penuh barakah?..

 
 Hari selasa lepas, aku terima 1 PM...




Terkejut aku, seorang sahabat , seorang ahli yang istiqamah, sama-sama mengikuti perjuangan salaf, tetapi dalam jiwa beliau ada keberanian dan inginkan perubahan,,, kenapa boleh jadi begini ?...

Dalam hal ini apa yang berlaku, aku tak mau nak kata mana-mana pihak yang bersalah, cuma yang pasti dalam hal ini umno yang bersalah, kerana berjaya meletak jarum-jarum halus dengan atas nama perpaduan melayu tanpa erti kenal jemu, dan akhirnya mereka berjaya.... 

Aku tak mau nak merapu banyak,, cuma aku baru nak rasa kecapi kemenangan , yang pertama PRU12 Dun Pasir Panjang, paling nikmat yang dapat dirasai.. 


Apa yang bestnya aku diberi tanggungjawab sebagai pencadang, calon Pas DS IR Nizar menang,, perghhh siapa tak rasa seronok , lepas tu dilantik jadi MB Perak... 

Kemudian PRK Bukit Gantang, DS IR Nizar menang lagi,,, pergh,,, tak tau nak cerita betapa nikmatnya mengecapi kemenangan... 

Selepas fenomena tersebut, Parti Pas semakin mencipta nama, semakin dikenali di seluruh semenanjung Malaysia, Pas berja mennag di bumi umno iaitu di Johor, beerti Pas dah cukup kuat... semua rakyat Malaysia terutama bukan Islam dan bukan Melayu terutamanya Cina dan India dan sanggup jadi Ahli bersekutu, kelab penyokong, dan berbagai lagi,,, sehingga timbul Pas For All..

Tetapi sayang,,, dalam suasana muta'akhir ini, nampaknya Harapan Baru bakal melanda Pas... aku yakin Harapan baru itu Pas akan kembali di zaman tahun 70han dimana waktu aku mengenali Pas.... cukoplah,, aku tak mau zama yang lepas berulang kembali... 

Aku tak mau menuding kepada sesiapa dalam hal ini... cuma terfikir, sebagai sesama dalam satu jemaah, tak bolehkah duduk semeja diantara sesama yang berkrisis, cari jalan penyelesaian untuk mempertahankan keemenangan parti... Tak boleh kah.... kenapa tak boleh... 
Dalam hal ini rasanya Parti MCA , parti Cahuvanist Cina lebih baik dari parti jemaah islam,,, pimpinan oti-otai MCA sanggup melepas jawatan dan bersara dari parti dan memberikan kepada pimpinan muda untuk meneruskan perjuangan... yang penting parti terpelihara dan tidak berpecah... 

Kenapa Pas tak boleh lakukan sedemikian,,, apakah masing-masing sayangkan jawatan dalam parti dan sanggup melihat parti menuju ke belakang era tahun 70han semula... 

Tolonglah,,, lihatlah realiti generasi yang bakal nak mengundi, mereka bencikan umno... tetapi kena ingat,,, umno ni syaitan-syaitan yang cerdik,,, dan aku harap Pas jangan tertipu buat yang dah keberapa kali aku tak pasti...

Selamat hari raya maaf zahir batin... 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tindakan halang keluarga berhari raya dengan Anwar tidak adil - Dr Wan Azizah

Posted: 16 Jul 2015 08:06 PM PDT

Tindakan halang keluarga berhari raya dengan Anwar tidak adil - Dr Wan AzizahKUALA LUMPUR: Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, keluarga bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya diberi peluang berhari raya bersamanya pada hari raya keempat dan kelima.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keluarganya telah memohon untuk bertemu dengan Anwar pada hari raya pertama namun permohonan itu telah ditolak pihak penjara Sungai Buloh.

"Pihak penjara berkata kami tidak boleh bertemu dengan Anwar dari Hari Raya pertama hingga Hari Raya keempat. Kami hanya dibenarkan melawat beliau pada Hari Raya kelima dan keenam.

"Dulu semasa beliau berada di dalam penjara selama enam tahun, kami dapat berjumpa dengannya pada Hari Raya pertama.

"Apabila kami memberitahu perkara ini kepada pihak penjara, mereka berkata peraturan sudah bertukar," katanya semasa perhimpunan 'Takbir Raya bersama keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim' di hadapan penjara Sungai Buloh, malam tadi.

Dr Wan Azizah berkata, tindakan tidak membenarkan keluarganya menghabiskan Hari Raya pertama dengan Anwar adalah tidak adil.

Beliau berkata anak lelaki Anwar, Mohd Ehsan telah pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat bersama keluarga untuk melawat bapanya, namun mungkin tidak berkesempatan kerana terpaksa pulang semula pada Hari Raya ketiga.

Sementara itu, lebih 100 orang berkumpul di hadapan penjara Sungai Buloh sebagai tanda solidariti untuk Anwar yang dipenjarakan di situ sejak Febuari tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Was Jho Low in control of 1MDB’s board?

Posted: 16 Jul 2015 08:03 PM PDT

Sarawak Report looks to Public Accounts Committee inquiry to address this question
Sarawak-Report,-Jho-Low,-1mdb
KUALA LUMPUR: Sarawak Report yesterday suggested that Jho Low may have been in control of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) board meetings at the time when the PetroSaudi joint venture deals were mooted, inked and put into effect.
Alleging that it was Low who put together the deal "at lightning speed", the report went on to suggest that he may even have sought out the Prime Minister Najib Razak to assuage sceptical board members into agreeing to put into effect dubious plans by assuring them that the deal had the premier's blessings.
This, Sarawak Report says, may account for the 'prolific abuses' which MP Tony Pua hinted at in a statement on Tuesday.
"[A]ny normal person reading the report will be stunned by the sheer number and scale of infractions and transgressions committed by 1MDB and its officers cited in the report," Pua had said.
The report also suggests that former chairman Mohd Bakke Salleh may have quit his post shortly after details of the PetroSaudi joint venture emerged. Another board member, Employees Provident Fund's Azlan Mohd Zainol, followed suit soon after.
Board members are believed to have been shocked to discover that US$700 million of the original US$1 billion raised for the joint venture deal by 1MDB had been side-tracked into a separate account, the report claims.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir pelawa Najib gembirakan rakyat dengan menangkapnya

Posted: 16 Jul 2015 08:02 PM PDT

Kehadiran Syawal yang disambut umat Islam sebagai bulan bermaaf-maafan nampaknya tidak menghalang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada meneruskan serangannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan terbaru di blognya lewat malam tadi bertajuk "Tunai adalah raja", bekas perdana menteri itu secara sinis mempelawa Najib menangkapnya bagi menggembirakan hati orang ramai. Pelawaan itu dibuat sebagai maklum balas kepada kenyataan bekas senator DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ismail yang mendakwa Dr Mahathir kehilangan lebih RM600 juta sewaktu mentadbir negara.

 "Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Ini tidak terlalu lewat. "Tawaran saya ini tidak bertujuan untuk memesongkan perhatian daripada penyiasatan semasa ke atas akaun Najib. Saya hanya mahu membuat orang gembira," tulis beliau dalam blog popularnya chedet.cc.

 Tawaran itu juga dibuat Dr Mahathir sewaktu sokongan orang ramai terhadap tindakannya mengkritik Najib dilihat semakin meningkat kerana orang ramai merasa kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penyusutan nilai mata wang ringgit di pasaran antarabangsa serta kenaikan harga barangan.

Tunku Abdul Aziz yang merupakan bekas pengerusi Transparency International-Malaysia dan kini pengerusi lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kolum New Straits Times beliau pada 4 Mei lalu mengungkit sejarah Bank Bumiputera sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Read More / Baca Lagi >>

Najib orang suruhan Singapura dan Jho Low, kata Dr Mahathir

Posted: 16 Jul 2015 08:00 PM PDT


Bulan Ramadan yang berakhir semalam menyaksikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui tulisan terkini di blognya bertajuk "Tunai adalah raja".

Dr Mahathir mendakwa Najib sebenarnya adalah orang suruhan kepada Singapura kerana meminta izin negara itu dalam rancangan membina jambatan bengkok.

Menurutnya, Najib juga adalah orang suruhan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low. "Najib mempunyai penasihatnya sendiri, termasuk tiga Brits (orang British). Dia membayar perunding asing untuk menasihatinya tentang hal-hal kerajaan.

"Beliau juga bertanya Singapura sama ada dia perlu membina jambatan atau kereta api berkelajuan tinggi. Apabila Singapura berkata jangan, dia ditangguhkan projek-projek itu. "Jho Low adalah kawannya dan kelihatan mempunyai pengaruh yang besar ke atasnya.

Hakikatnya ialah beliau adalah proksi mereka, bukan proksi saya," tulisnya di blog popularnya chedet.cc. Secara sinis beliau berkata, masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan berlaku jika Najib sebaliknya memilih bagi mendengar cakapnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pengakuan video tidak dapat bersih imej PM

Posted: 16 Jul 2015 07:58 PM PDT

Kenyataan Rahman Dahlan dikatakan hanya untuk menenangkan hati PM untuk sambut Hari Raya
zam_najib_rahman-dahlan_600
PETALING JAYA: Pendedahan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau mempunyai bukti rakaman video pengakuan yang menunjukkan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan tidak dapat membersihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, berpendapat Ahli Parlimen Kota Belud itu membuat perhitungan salah kerana menolak realiti yang berlaku di peringkat akar umbi.
Jelasnya, banyak lagi isu lain yang membelenggu kepimpinan sekarang dan bukan setakat laporan Sarawak Report mengenai skandal dana 1MDB.
"Ini adalah oleh kerana Najib tidak sekadarkan 1MDB tetapi Najib adalah bayang-bayang penghapusan ISA yang menimbulkan berbagai masalah dalam keretakan hubungan kaum sekarang dan kegagalan kawalan keatas media internet.
"Najib adalah flip flop Akta Hasutan, Najib adalah ketidak setabilan ekonomi, Najib adalah kejatuhan ringgit , Najib adalah GST, Najib adalah harga minyak,Najib adalah Lahad Datu, Najib adalah Obama, Najib adalah Rosmah," tulisnya di entri terbaru beliau, zamkata.blogspot.com.
Beliau berkata persepsi negatif rakyat daripada pelbagai kaum dan peringkat terhadap Perdana Menteri tidak mudah untuk ditukar.
Read More / Baca Lagi >>

Konspirasi menutup skandal 1MDB tidak akan berjaya – Rafizi

Posted: 16 Jul 2015 07:56 PM PDT

Dia mendakwa segala maklumat mengenai skandal itu telah jelas dan ia diperolehi hasil jawapan yang telah diberikan Menteri Kewangan di Parlimen.
rafizi
PETALING JAYA: Konspirasi untuk menutup skandal 1MDB tidak akan berjaya kerana faktanya terlalu jelas, kata Rafizi Ramli.
Naib Presiden PKR berkata, dakwaan kononnya dia dan Tony Pua serta beberapa pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh berkomplot dengan Sarawak Report hanyalah cubaan untuk mengalih isu sebenar.
Katanya, dia tidak pernah kenal apatah lagi bekerjasama dengan bekas pekerja Sarawak Report, Lester Melanyi, yang didakwa telah membuat pengakuan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya tidak pernah berhubung atau berbincang dengan Clare Rewscastle Brown, pengendali Sarawak Report mengenai 1MDB.
"Sepanjang kerjaya saya, saya hanya pernah bekerjasama dengan Sarawak Report dalam satu kes iaitu skandal pembalakan di Sabah yang melibatkan sogokan RM40 juta yang didakwa melibatkan seorang bernama Michael Chia dan pimpinan kanan Umno Sabah", katanya dalam kenyataan media.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, jawapan-jawapan yang diberi Menteri Kewangan sendiri yang memerangkap Perdana Menteri dalam isu 1MDB apabila banyak maklumat itu bercanggah.
"Saya yakin konspirasi ini tidak akan berjaya kerana skandal 1MDB ini terlalu besar dan faktanya terlalu jelas untuk ditutup.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Rahman Dahlan langkah terdesak-Sarawak Report

Posted: 16 Jul 2015 07:55 PM PDT

Sarawak Report mendakwa individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerkka bagi pihaknya.
dahlan.lester
PETALING JAYA: Sarawak Report (SR) menafikan dakwaan bekas kakitangannya terbabit dalam video yang mendedahkan kononnya portal itu bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan.
Ia juga mendedahkan individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerja untuk pihaknya.
"Kami terkejut bahawa dakwaan ini ditimbulkan.
"Cubaan mempersoalkan kredibiliti laporan memperlihatkan langkah terdesak," petik portal itu.
Penafian itu dibuat susulan kenyataan Pengarah‎ Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa mempunyai video pengakuan bekas kakitangan SR.
Individu berkenaan mendakwa melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, anak tiri Najib, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.
Susulan itu, Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung salah laku pengendali laman SR dan penulisnya, Claire Rewcastle Brown.

JIKA IA DOKUMEN ASAL, beranikah Najib & KERAjaan nak teruskan saman terhadap WSJ

Posted: 16 Jul 2015 04:28 PM PDT

Apa akan terjadi pd Najib jika pendedahan dokumen2 tersebut adalah YANG ASAL, bukannya diubahsuai sptmana yg dicanang oleh KERAjaan UMNO/BN sebelum ini..

Kini giliran pihak Najib dalam perang tanggapan

Posted: 16 Jul 2015 08:01 AM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Tiada sehari pun berlalu tanpa ada kejutan baru tentang kontroversi saga 1MDB.
Dengan serangan bertubi-tubi, pendedahan mengejutkan dan soalan cepu emas datang daripada laman web seperti Sarawak Report dan pengkritik seperti mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), dan memang dijangka mereka yang dikaitkan dengan 1MDB termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan beberapa orang penulis blog pro-kerajaan cuba menepis tuduhan yang dilemparkan oleh pengkritik.
Pertempuran antara mereka yang menentang 1MDB dan mereka yang mempertahankannya semakin memuncak kebelakangan ini, mewujudkan persekitaran yang mengujakan untuk media dan sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan skandal ini.
Perkembangan terbaru melibatkan sebuah video pengakuan yang melibatkan beberapa orang pemimpin pembangkang dan Sarawak Report yang didakwa memalsukan maklumat untuk menggulingkan kerajaan tersebar baru-baru ini.
Video tersebut dan dokumen-dokumen lain, termasuk email dari pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, telah diserahkan kepada polis sebagai bukti rancangan menggulingkan Najib.

Pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional  Abdul Rahman Dahlan (kiri) berkata dia telah menonton video berdurasi 10 minit yang memaparkan bekas seorang wartawan Sarawak, Lester Melanyi (bawah, kanan) yang mendakwa terlibat secara langsung dalam penerbitan dan pengedaran maklumat palsu yang dikeluarkan dalam laman web Sarawak Report.

Email itu yang dihantar oleh Rewcastle-Brown, bertarikh 1 Mac tertulis: "Terima Kasih! Ya kerja yang sangat bagus!...berjaga sepanjang malam untuk 'palsukan' semua dokumen ini!!!!".
Rahman mendesak siasatan pantas polis, dan Interpol dan Scotland Yard untuk menyoal sesiapa sahaja yang terlibat dalam dakwaan memalsukan dokumen tersebut sebelum bukti dimusnahkan.
Rewcastle-Brown telah menafikan dakwaan yang Sarawak Report menerbitkan maklumat palsu tentang 1MDb dan menjelaskan yang Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak Report.
Menurut laporan The Malaysian Insider,  dia berkata yang Melanyi hanya bekerja untuk satu lagi projeknya, radio bebas Radio Free Sarawak dan dia sudah lama tidak berjumpa dengannya.
Menyentuh email itu, Rewcastle-Brwon berkata Melanyi menghubunginya dua minggu lalu berkenaan tentang cubaan pemalsuan dan pengubahan dokumen dan dia membalasnya secara sarkastik.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Hadi, Mustafa Ali pula mahu tiru suara propagandis dan tentera maya UMNO

Posted: 16 Jul 2015 07:43 AM PDT


th-1


Oleh LIM KIT SIANG
Dua hari lalu, saya terkejut apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO dengan menuduh DAP sebagai "cauvinis" semata-mata kerana DAP menuntut dihidupkan kembali pilihanraya kerajaan tempatan, yang sememangnya terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat Nasional dan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.
Hadi seolah-olah tidak tahu bahawa pilihanraya kerajaan tempatan wujud di Indonesia, Turki dan Iran. Tak kanlah Hadi nak menuduh Presiden Jokowi dari Indonesia, Presiden Erdogan (Turki) dan bekas Presiden Ahmadinejad (Iran) adalah "komunis" dan "cauvinis" kerana mereka melaksanakan pilihanraya tempatan?
Hari ini saya terkejut apabila seorang lagi pemimpin kanan PAS, bekas Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali yang turut meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO kononnya parti baru yang akan ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS bakal menghadapi masalah kerana ia adalah proksi DAP, dan dengan itu, orang Melayu tidak akan percaya kepada parti itu.
Sedangkan Mustafa sendiri telah mengakui bahawa label "proksi DAP" ini telah digunakan terhadap PAS apabila PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Adakah PAS pernah menjadi proksi DAP? Adakah ia menjadi sebab mengapa PAS sukar mendapat sokongan orang Melayu?
Jangan lupa bahawa pada masa yang sama, PAS telah dituduh menjadi proksi DAP oleh UMNO di kalangan orang Melayu manakala DAP dituduh menjadi proksi PAS oleh MCA dan Gerakan di kalangan orang Cina.
Malah, tewasnya saya di kerusi Parlimen Bukit Bendera (dan juga kekalahan Karpal Singh di kerusi Parlimen Jelutong) dalam PRU 1999 adalah kerana kejayaan propaganda "hitam" MCA/Gerakan, iaitu mendakwa kononnya apabila DAP bekerjasama dengan PAS, maka ia telah menjadi ejen dan alat PAS.
Propaganda MCA/Gerakan pada masa itu untuk menakutkan pengundi Cina telah mendakwa bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk PAS dan "Negara Islam", iaitu tidak akan ada lagi daging babi,   tiada alkohol, tiada kuil, tiada gereja, tiada karaoke, tiada sekolah Cina, tiada gincu bibir untuk wanita, semua wanita dipaksa memakai tudung, wanita cantik tidak dibenarkan bekerja dan akan berlaku hukuman potong tangan dan kaki.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14: PAS berhak lawan DAP tapi elok tumpu selamatkan kerusi sendiri

Posted: 16 Jul 2015 07:41 AM PDT

PETALING JAYA, 16 JULAI: DAP mengalu-alukan hasrat PAS untuk meletakkan calon-calon bukan-Islam, termasuk bertanding melawan DAP, dalam pilihanraya umum akan datang.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, bagaimanapun mengingatkan PAS agar lebih menumpukan kepada usaha mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya melalui undi pelbagai kaum dalam PRU ke-13 lalu.
Katanya, cadangan yang disuarakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali sebagaimana yang dilaporkan media, adalah hak demokratik mana-mana parti untuk bertanding di mana-mana sahaja.
Oleh kerana PAS secara rasmi telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, maka tidak akan ada sebarang sokongan untuk mana-mana calon PAS dalam PRU akan datang, tambah beliau.
Sebagai Pengerusi DAP Selangor, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, jika PAS mahu bertanding melawan DAP, maka DAP bersedia menghadapi cabaran itu dalam PRU ke-14 nanti.
Menurutnya, DAP Selangor juga menimbang untuk bertanding di lebih banyak kawasan-kawasan majoriti Melayu selaras dengan iltizamnya sebagai wadah pelbagai kaum, walaupun selama ini menjadi mangsa fitnah politik perkauman.
Antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dalam pertimbangan DAP adalah:
NoKerusi DUN% Pengundi MelayuMajoriti% PAS
1Seri Serdang45.5%16,25162.9%
2Dusun Tua50.9%4,70155.1%
3Taman Templer50.9%7,46758.2%
4Tanjong Sepat52.0%68251.4%
5Chempaka53.1%9,60863.1%
6Lembah Jaya54.0%8,71360.5%
7Paya Jaras56.2%5,52257.2%
8Meru58.6%9,07962.9%
Tony menjelaskan, sudah tentu senarai muktamad kerusi yang DAP ingin tandingi akan tertakluk kepada perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan baru pasca-Pakatan yang tidak termasuk PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Mungkinkah PAS hilang kuasa di Kelantan pada PRU14?

Posted: 16 Jul 2015 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: PAS berdepan dengan kemungkinan hilang kuasa di Kelantan dalam pilihanraya umum ke-14 nanti selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kelemahan kerajaan negeri menangani isu tempatan, terutama usaha memulihkan semula kehidupan rakyat pasca banjir besar.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun sentimen politik nasional tidak memihak kepada UMNO-Barisan Nasional berikutan cukai GST, skandal 1MDB dan ekonomi yang semakin merudum, faktor-faktor tempatan mungkin menjadi duri dalam daging untuk PAS di Kelantan.
"Ini bukan sesuatu yang baru atau mengejutkan.
"Sebagai contoh, UMNO-BN berjaya menambah 3.8% jumlah undi di Kedah dalam PRU13 untuk menguasai kembali kerajaan negeri tetapi pada masa yang sama, UMNO-BN merosot 3.7% undi di Terengganu dan hampir hilang kuasa kerajaan negeri.
"Di Kedah, UMNO-BN berjaya kerana kelemahan pentadbiran Menteri Besar PAS, Datuk Seri Azizan Razak. Di Terengganu pula, UMNO-BN hampir tewas kerana kelemahan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, keadaan yang sama mungkin berlaku di Kelantan kerana kelemahan pimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada PRU13, PAS menang 54.5% undi popular dengan menguasai 33 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN 45 kerusi DUN.
Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menang 53% dengan menguasai 9 daripada kesemua 14 kerusi Parlimen.
Kit Siang mengemukakan tiga kemungkinan keputusan PRU14 untuk Kelantan jika PAS merosot undi sebanyak 3% atau 4% atau 5%:
Read More / Baca Lagi >>

RM2 JUTA: JAWAPAN BERANI MATI..

Posted: 16 Jul 2015 05:00 AM PDT


"Tidak ada sebab bagi mempertikaikan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai RM2 juta dalam akaun bank beliau", kata Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Industri, Datuk Tajuddin Abdul Rahman...

PERSOALAN:
Kalau 'income' sbyk itu, pernah tak Rosmah 'declare' income tax kat LHDN !!!.. boleh gak tahu asal usul dari mana dtgnya duit tu..

Kalau rakyat biasa simpan lebih 500k (yang mencurigakan) pun dah kena kejar siasat oleh LHDN. Inikan pula RM2 juta.. Hurmmm

Selangor jelajah Malaysia hulur sumbangan Aidilfitri

Posted: 16 Jul 2015 04:54 AM PDT

BEKAS AHLI J/KUASA PAS PUSAT PENGERUSI GHBPP

Posted: 16 Jul 2015 04:52 AM PDT

Bukan semua kemenangan PAS disumbang ahli parti - Penganalisis

Posted: 16 Jul 2015 04:50 AM PDT

[Raya 2015] Iklan Aidilfitri Astro Kosong Kosong - Kisah Benar Herman

Posted: 16 Jul 2015 04:20 AM PDT

Iklan Raya 2015: Good Surprise Taxi and the Surprise Family Day (BM)

Posted: 16 Jul 2015 04:20 AM PDT

CUTI RAYA - IKLAN RAYA 2015 by FINAS

Posted: 16 Jul 2015 04:19 AM PDT

Iklan Raya TM 2015: #pakcikmisteri

Posted: 16 Jul 2015 04:17 AM PDT

Kad Raya Syafiqa (2015) l PTS Media Group

Posted: 16 Jul 2015 04:14 AM PDT


BDB AIDILFITRI COMMERCIAL 2015

Posted: 16 Jul 2015 04:13 AM PDT


Iklan Raya Naza TTDI 2015 | "Bandar-Raya"

Posted: 16 Jul 2015 04:13 AM PDT


Iklan Raya USM 2015 (Fitrah)

Posted: 16 Jul 2015 04:11 AM PDT


FITRAH, A Malaysian Story - #bettertomorrow - Hari Raya 2015

Posted: 16 Jul 2015 04:11 AM PDT


tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:05 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Selamat Hari Raya atuk ucapkan kepade semue sahabat bloger di alam maya ini.......

Posted: 16 Jul 2015 09:40 AM PDT